Saturday, 3 March 2012

Kau Bukan Milikku

Airina mengeluh. Sudah lima kali Haziq mungkir janji. Sepatutnya mereka bersama-sama pergi butik pengantin tu. Tapi lain yang ditunggu, lain yang tiba.
“Nina, nak saya hantar ke rumah ke?” Aizam menegur.
“Eh, tak apa. Saya balik sendiri.” Airina tersenyum. Kenapa bukan tunang aku yang datang tengok baju pengantin dengan aku?
“Haziq ada mesyuarat tadi. Kelam-kabut dia.” Aizam tiba-tiba bersuara seolah-olah tahu apa yang ada dalam hati Airina.
Airina tersenyum tawar. Setiap kali Aizam datang, setiap kali itu jugalah Aizam bagi alasan yang sama. “Aizam, Haziq tu nak ke tak kahwin dengan saya sebenarnya?”
Aizam tergamam. “Kenapa cakap macam tu? Haziq tu sayang awak. Mestilah dia nak kahwin dengan awak. Dia cuma busy, ada client dari Jepun datang.”
“Okeylah awak. Saya nak balik.” Airina bangun dan terus berlalu tanpa pamitan.


“Haziq, kau tak boleh macam ni dengan Nina. Kau tak kesian ke dekat dia?” Aizam merenung Haziq yang asyik dengan Blackberry.
Haziq cuma angkat bahu. “Entahlah, kesian memang kesian tapi aku bosan dengan dia. Aku nak pegang tangan dia tak boleh, nak peluk pinggang dia pun tak boleh. Aku rasa macam aku bertunang dengan ustazah, kau tau?
Aizam mengeluh. Itu namanya dia menjaga diri, Haziq. Jumpa tak nak, BBM rajin pulak. “Dah tu, kenapa kau stay jugak dengan dia? Kenapa kau tak putuskan je hubungan korang?”
“I wish I could tapi mama dah terlalu sayangkan si Nina tu.” Aku pun masih sayangkan dia tapi rasa tu dah semakin berkurang.
“Tapi kau tak boleh terus seksa dia macam ni dan kau tak boleh selalu hantar aku untuk gantikan kau untuk uruskan majlis walimah kau.” Aizam bersuara. “Kalau Chinta tahu, mesti dia merajuk.”
“Yelah. Nanti aku fikirkan jalan penyelesaiannya.” Haziq meneguk teh tarik di depannya.
Aizam cuma mampu mengangkat bahu dengan jawapan Haziq. Nurul Airina, orangnya lemah lembut, sopan walaupun tak secantik Chinta tapi manisnya ada.

“Along, kenapa tak tidur lagi ni?”
Airina yang bersila dalam bilik bacaan menoleh ke arah Encik Hasnan. “Tak mengantuk lagi, abah.”
“Tadi telefon bimbit along berbunyi, kenapa tak angkat?” “Malas nak angkat, abah.” Airina tersenyum. “Abah, kenapa tak tidur lagi?
“Along ada masalah?” Encik Hasnan bertanya tanpa menjawab soalan Airina.
“Tak adalah, abah. Along okey je.” Airina menjawab, perlahan.
“Bergaduh dengan Haziq?”
“Abah ni. Mana ada?”
“Dah banyak kali dia call, along buat tak hairan je.”
“Merajuk je abah. Geram sebab tadi yang dok mencuba baju pengantin, bukan dia tapi si Aizam, kawan dia tu.”
“Dia ada kerja tu, agaknya.” Encik Hasnan menggosok bahu Airina.
Kerjalah sangat. Si Aizam tu, relaks je boleh keluar. “Tapi abah, ni kan majlis kami berdua. Hari tu, tempah kad pun dengan Aizam. Pilih cincin dengan Aizam. Hantaran pun, semua dengan Aizamlah senang cerita.”
“Apa kata along cakap baik-baik dengan Haziq? Haziq tu kan workaholic sikit.” Encik Hasnan menepuk bahu Airina.
“Abah nak tidur ni. Esok abah kerja. Anak abah ni jangan tidur lambat pulak, esok kerja kan?”
“Kerjalah abah.” Airina tersenyum memandang abahnya. “Good night abah.”
Airina mengeluh saat bayang Encik Hasnan hilang dari pandangan matanya. “Haziq...”

“Morning, Nina.” Izzah dah menjenguk ke bilik Airina.
“Assalamualaikum, Izzah.” Airina tersenyum menyindir.
“Waalaikumsalam.” Izzah buat muka.
“Kau suka kenakan aku.”
“Eh, aku bagi salam pun salah?” Airina tersenyum.
“Kau free tak lunch nanti?” Izzah bertanya tiba-tiba.
“Kenapa?” “Nak ajak makan tengahari sama-sama.” Airina tersenyum.
“Sorry, sayang. Haziq dah booked masa aku dulu.” Semalam, beria-ia Haziq memujuknya. Hati wanita sepertinya sudah pasti cair mendengar suara Haziq. Selepas Encik Hasnan keluar dari bilik bacaan semalam, laju dia berlari mengangkat telefon yang sudah 4 kali berbunyi.
“Ala, tak apalah kalau macam tu.” Izzah mengeluh, “Lain kali je.”
“Sorry, Izzah.”
“It’s okay. Enjoy your day with Haziq, okay?”
“Okey, I will.”

“Airina, tunggu siapa ni?” Encik Ikram, ketua Airina menegur tiba-tiba.“Tunang saya. Cadang nak lunch sekali.”
“Okay, saya nak balik. Lunch dengan wife.” Encik Ikram tersenyum lalu menuju keretanya yang diletakkan elok di tempat parkir depan pejabat.
“Hati-hati Encik Ikram.” Airina tersenyum. Hai, dah nak masuk 50-an pun dok romantik lagi.
Tiba-tiba telefon bimbit Airina berbunyi. Terus ditekan butang hijau. “Assalamualaikum.” Wajah ceria Airina bertukar mendung. “Jangan cakap saya kena lunch dengan Aizam.” Airina mendengus. “Saya tau jaga diri saya. Saya makan ke tak makan ke, awak bukan peduli. Sudahlah, assalamualaikum.” Ei, aku campak jugak handphone ni masuk longkang. Senang hidup aku.
Tengahari itu, Airina tidak menjamah apa-apa langsung. Makan hati dengan Haziq.
“Nina.” Izzah datang dengan wajah ceria. Airina cuma tersenyum tawar.
“Kenapa?” Izzah mengerutkan dahinya. Bergaduh dengan Haziq ke?  “How’s your lunch?”
Airina angkat muka dari dokumen belanjawan syarikat. “I had a ‘great’ time.” Nada sarkastik dari mulut Airini buat Izzah mengangguk sendiri.
Dia mungkir janji lagi. “Kau okey?”
“Okey? Heh, okey sangat. Nampak muka aku yang happy gila-gila ni?” Wajah Airina yang manis, sudah hilang kemanisannya. Izzah naik gerun.
“Nina, aku keluar dulu. Kau tenangkan diri, okey?”  Izzah dah melangkah untuk meninggalkan Airina.
“Izzah.” Izzah berpaling.
“Sorry. Emosi terganggu.”
“It’s okay. Aku keluar dulu, okey?” Izzah tersenyum lalu meninggalkan Airina

“Haziq, sampai bila kita macam ni?” Natasya memeluk lengan Haziq.
Haziq memandang gadis di sebelahnya. “Macam mana apa?”
“Kita nilah. Sampai bila kita nak main sembunyi-sembunyi macam ni?" Haziq mengeluh. “I pun tak tahu sayang. I sayangkan you tapi mama I suruh I pilih Airina.”
“Habis I?” Natasya mengeluh, “I tak nak bermadu. You kena cakap kat mama you, you dah ada I.”
“It’s not that simple, Tasya.” Haziq merengus. Tinggalkan Airina, dia tak mampu. Airina terlampau baik untuk disiakan macam tu.
“Hello, it’s not like you’re in love with her. Dia kan pilihan mama you, you tolak je dia.” Natasya mencebirkan bibirnya, You tak tahu Tasya. Airina pilihan I bukan mama I. I pilih Airina sebelum you muncul dalam hidup I. Haziq mengeluh.
“Jomlah balik. I serabut.”
“Kalau you tak mahu tinggalkan Airina, I yang akan tinggalkan you!” Haziq mengeluh.
“You, jangan buat I macam ni. Okey, I janji I akan tinggalkan Airina. Untuk you.” Natasya tersenyum manja mendengar janji Haziq.

Sudah hampir seminggu Airina tidak menghubungi Haziq. Merajuk dengan sikap Haziq yang tidak bersungguh-sungguh. Dalam hati, terdetik satu rasa yang Haziq sudah tidak mencintainya.
“Izzah, hari ni kita lunch sekali.” Izzah yang asyik memeriksa data dari komputer menganggukkan kepalanya.
“Makan kat mana?”
“Kat mana pun tak apa. Aku ikut kau je.” Airina tersenyum.
“Okey, darling.” Izzah mengenyitkan mata.
Tengahari itu  ketika Airina, Izzah dan beberapa orang lagi rakan sekerja mereka keluar untuk makan tengahari, Haziq muncul dengan sejambak bunga ros merah.
“Izzah, teruskan berjalan. Buat-buat tak nampak.” Airina memberikan amaran sambil memeluk lengan Izzah kuat. “Tapi...” Izzah dah serba salah.
“Nina.” Haziq menghadang jalan mereka berdua.
“Apa ni? Ish, tepilah. Orang nak pergi makan.” Airina membentak.
Haziq tersenyum. Merajuk sampai seminggu. “Nina, Haziq nak cakap sikit dengan Nina.” Izzah meleraikan pegangan tangan Airina di lengannya.
“Aku pergi dulu, Nina. Tak mau gaduh-gaduh.” Izzah dah berdecit lari meninggalkan Airina dan Haziq.

“Haziq nak cakap apa?” Airina merenung tunangnya yang nampak resah gelisah.
“Nina...”
“Ye.”
“Nina tahu kan yang Haziq sayangkan Nina?”
Airina mengeluh. Tak, Nina tak tahu. “Kenapa?”
“Apa kata kita postpone dulu majlis kita?” Haziq melarikan pandangannya dari wajah Airina.
Airina terpempan. “Kenapa? Bagi Nina sebab.”
“Haziq nak kukuhkan kerjaya Haziq. Haziq nak kumpul duit banyak-banyak untuk keluarga kita nanti.” Haziq menjawab. “Kenapa tak buat semua tu lepas kita kahwin?” Airina tiba-tiba sebak. Kenapa sebelum ni kau masuk meminang aku? “Sorry, sayang  tapi Haziq fikirkan masa depan anak-anak kita.” Haziq membalas laju.
Anak-anak apa? Kahwin pun tak jadi. “Haziq cakap sendiri la dengan abah Nina. Nina serahkan pada Haziq.” Airina dah bangun dari kerusi. Nasi goreng ayam yang dipesan tidak dijamah langsung. Tertutup terus selera makannya.
“Nina nak pergi mana?”
“Nina nak masuk office. Malas nak tengok muka Haziq.” Airina terus berlalu. Tak disangka-sangka, Airina berani mengeluarkan kata-kata seperti itu.
Haziq tersenyum lalu dicapai Blackberry di atas meja. “Tasya? You busy?”

“Maaf, mama tak dapat terima permintaan Haziq. Kenapa nak ditangguhkan majlis kamu? Persiapan dah dibuat. Ada lagi sebulan lebih saja lagi Haziq. Jangan nak mengarut.” Puan Yasmin mengurut dadanya yang terasa sesak.
“Mama, Nina yang minta tangguh. Bukan Haziq.” Lancar saja mulut Haziq mengeluarkan jawapan.
“No! Mama tak percaya Nina minta tangguhkan perkahwinan. Kamu ingat mama tak tahu yang kamu selalu mengelak bila Nina ajak kamu pergi ke butik, ke kedai emas. Kamu jangan nak main-main dengan mama, Haziq.” “Fine! Tak payah tangguh. Ikut mamalah.” Haziq angkat tangan. Malas nak bertekak dengan mama sebenarnya.Dia terus mencapai kunci kereta lalu terus meluru keluar.
“Izhar Haziq!” Jeritan Puan Yasmin sia-sia sahaja, Haziq dah menderu keluar.

Aizam memerhati keadaan sekeliling restoran. Dinner dengan Chinta, mesti di tempat mewah.
“Zam, tengok apa tu?” Chinta menegur Aizam yang leka memerhatikan orang sekeliling.
Aizam tersenyum. “Tak ada tengok apa-apa. Saja perhatikan orang. Lamanya Chinta pergi toilet.”
“Orang perempuan, mestilah nak touch-up dulu muka ni.” Chinta tersenyum manja. Aizam  turut menguntum senyum. Cair hatinya dengan senyuman Chinta, kekasih hati nan satu. Tiba-tiba telefon bimbit Chinta di atas meja, bergetar. “Zam, Chinta angkat call kejap eh?” Tak sempat Aizam nak membalas, Chinta dah berlalu. Tak apalah, important call agaknya.
Tak sampai lima minit, Chinta datang menghampiri meja mereka kembali. “Aizam, Chinta kena balik. Lisa call tadi, dia kata dia ada masalah.” Aizam terkejut namun tidak terkata apa-apa apabila Chinta dah meluru keluar. Dia terus ke kaunter bayaran, untuk membatalkan pesanan. Usai membatalkan pesanan, Aizam terus bergerak ke tempat letak kereta namun bayang Chinta sudah tiada. Telefonnya berbunyi tanda ada pesanan masuk.
‘Sorry, Zam. Chinta betul nak cepat. Chinta balik dulu, you take care dear.’ Pesanan itu dibaca berulang kali. Aizam mengeluh. Batal lagi rancangan nak melamar Chinta.

“Nina minta maaf, mama.” Airina mengeluh di talian. “Ye, mama. Nina yang minta tangguh. Nina tak bersedia lagi.” Airina bersuara, sebak. Sampai hati Haziq buat macam ni kat Nina. “Haziq tak pernah minta tangguh, mama. Ni cadangan Nina.” “Assalamualaikum, mama.” Airmata menitik turun saat panggilan dimatikan. Izhar Haziq, kenapa kau buat aku macam ni? Kenapa kau cakap aku yang minta tangguhkan majlis?
Pintu diketuk berulang kali. “Along...” Puan Aisya tergamam saat Airina berlari memeluk ibunya.
“Kenapa along menangis ni?” Puan Aisya membelai rambut Airina. “Gaduh dengan Haziq?”
“Ibu, kalau kita tangguhkan perkahwinan Haziq dengan along, boleh?”
“Along cakap apa ni, sayang?” Puan Aisya terkejut.“Abah! Abah!” Laju dia memanggil suaminya manakala Airina terus-terusan menangis.
“Kenapa ni?” Encik Hasnan dah berkerut dahi.
“Along kenapa?” Airina membuka cerita dari awal sampai akhir. Dari Haziq suruh tangguhkan perkahwinan sampailah kena menipu Puan Yasmin kerana Haziq.
Encik Hasnan mengeluh. “Along nak buat apa sekarang ni?”
“Along tak tahu, abah. Along serabut sangat.”
“Tak apalah, Along. Ikut je kehendak si Haziq tu.” Encik Hasnan menepuk bahu Airina yang masih menangis.
“Along nak minta cuti esok. Along nak tenangkan fikiran. Boleh abah?”
“Along dah bagi tahu Izzah?”
“Belum, abah. Sekejap lagi kot.” Airina mengesat mata yang masih berair.
“Sekarang, along pergi ambil wuduk. Along mengaji, tenangkan hati along tu.” Airina mengangguk dengan arahan ibunya.
“Baik, ibu.” Dipeluk ibunya sekali lagi.

Di sebuah apartment di tengah-tengah bandaraya. “Baby, you okey tak ni?” Natasya memegang tangan Haziq yang nampak serabut.
“I okey. You pergi mana tadi?” Haziq mengelus wajah Natasya. Gadis cantik, seksi dan manja. Andai Airina seperti Natasya, pasti aku takkan buat Airina macam tu.
“I pergi makan tapi lepas dapat call you, I terus tak jadi makan. I lapar.” Natasya mencebirkan bibirnya.
“Okey, sayang. Jom pergi makan.” Haziq merangkul pinggang Natasya lalu mereka keluar dari apartment tersebut.
Sementara itu, Aizam yang baru sampai di rumahnya terus duduk di atas sofa. Samsung Galaxy S II dikeluarkan dari poket seluar. Jari-jemarinya laju menaip di atas skrin telefon pintar itu. Mesej ditaip, dihantar pada Chinta. Sambil menunggu balasan mesej tersebut, dia ke atas untuk menukar baju dan solat. Telefon bimbitnya dibiarkan di atas meja. Sepuluh minit kemudian, Aizam turun. Dia ke dapur sebelum duduk di sofa. Samsung dicapai namun hatinya hampa, tiada satu balasan pun diterima. Aizam tidak menunggu lama, dia terus mendail nombor telefon milik Chinta.
“Sorry, please try later.” Hanya itu yang didengar di hujung talian. Aizam mengeluh. Kali pertama berjumpa Chinta ketika dia sedang mencari kain pasang untuk dihadiahkan pada bonda. Dia tidak sengaja terlanggar Chinta yang juga sedang mencari kain untuk dibuat baju kurung.
“Sorry, saya tak sengaja.”
“Salah saya jugak.” Gadis itu pada mulanya nampak macam nak marah tapi dia akhirnya tersenyum. “Saya Chinta.”
Aizam menarik nafas lega. “Aizam.”
Dan dari situ, kisah mereka bermula namun Aizam dapat merasakan yang Chinta semakin jauh daripadanya.
“Ah, sesaknya jiwa bila bercinta sorang-sorang macam ni.” Aizam mengeluh.

Airina membuat keputusan untuk pergi ke rumah opahnya di Lenggong, Perak. Mungkin di sana, dia mendapat ketenangan jiwa.
“Ibu, along nak pergi dah ni.” Airina dah turun dengan beg di tangan.
“Amboi, besarnya beg. Nak pindah sana terus ke?” Airina menggeleng.“Tak besar mana pun, ibu.”
“Along boleh ke balik sorang-sorang ni?”
“Boleh, ibu. Janganlah risau. Along dah 26 tahun.” Airina tersenyum. “Abah mana, ibu?”
“Abah dah keluar. Katanya nak pergi rumah tunang kamu tu.” Puan Aisya mengusap pipi anaknya itu.
“Mungkin ada hikmahnya kamu berdua tangguhkan perkahwinan ni. Nasib baik kad kahwin tu boleh dicetak balik.”
“Along tak tahu apa yang jadi dengan Haziq, ibu.” Airina sebak tiba-tiba. “Dia dah jadi macam orang lain.”
“Along, tabahkan hati. Bagi dia masa, mungkin dia sayang nak lepaskan title bujang tu.” Airina mengangguk.“Along pergi dulu. Nanti mak su dengan opah ternanti-nanti pulak.” Disalami tangan ibunya lalu dia terus menapak keluar dari rumah.

“Aizam, kenapa tiba-tiba kau nak bercuti ni?” Haziq pelik dengan Aizam yang baru sudah menghantar borang permohonan cuti kepada Encik Aizat, ketuanya.
“Saja. Nak tenangkan minda.” Aizam tersengih pada Haziq.
“Chinta tolak lamaran kau ke?”
Aizam mengeluh. “Tak adalah. Aku tak sempat nak lamar dia pun.” Haziq mengerutkan dahi. “Kenapa?”
“Dia ada hal. Dahlah, aku malas nak fikir. Aku nak tenangkan fikiran aku.” Haziq mengeluh. Tak dapat lagilah aku nak berjumpa dengan Chinta. Aizam pernah berkata, dia akan kenalkan Chinta pada Haziq bila Chinta terima lamarannya.
“Aku baru nak borak dengan kau.” Aizam angkat kening.
“Pasal apa?”
“Aku berjaya tangguhkan perkahwinan aku dengan Nina.” Haziq tersenyum, bangga.
Aizam mengukir senyum sinis. Aku yang nak kahwin ni tak dapat kahwin, dia yang dah ada peluang nak kahwin, dilepaskan begitu je. “Dah tu, bila pulak majlisnya?”
“Entahlah. Malas aku nak fikir.”
Aizam tersenyum lagi. “Kenapa kau memainkan perasaan Nina tu, Haziq? Kalau kau tak nak dah dengan dia, cakap terus. Jangan main tangguh-tangguh macam ni. Nanti dia yang terluka, tahu.”
“Nantilah.”
“Lagi satu, kenapa kau melamar dia dulu kalau kau tak nak kahwin dengan dia?” Aizam menggelengkan kepalanya. “Kau kejam!” Haziq terdiam dengan persoalan yang diberikan oleh Aizam.
“Kau nak cuti ke mana?” Haziq menjerit pada Aizam yang dah berlalu.
Aizam berpaling. “Perak!”

Airina duduk di pondok yang tersedia di RnR Simpang Pulai. Terasa sengal satu badan. Dia jarang memandu kalau balik ke kampung. Selalu abah je yang memandu. Sandwich yang dibeli, dibuka balutannya lalu disuapkan ke mulut selepas membaca doa makan. Mesej yang diterima dari Haziq tadi terus dipadam tanpa dia baca.
“Nina?” Airina berpaling pada si tuan punya suara.
“Aizam? Awak buat apa kat Perak ni?”
“Saya nak balik kampung.” Aizam dah duduk sebelah Airina.
Kecilnya bumi Malaysia ni. “Awak buat apa kat RnR ni, sorang-sorang pulak tu.”
“Saya pun nak balik kampung, Rehat kejap kat sini.”
“Samalah kita. Kampung awak dekat mana?” Aizam tersenyum.
Kebetulan yang tak dijangka. “Lenggong. Awak?” Airina bertanya.
“Kuala Kangsar. Dah dekat sangat kita ni.” Airina tersenyum.
“Awak nak sandwich?” Airina menghulurkan sandwich di tangan.
“Tak apa. Saya baru sudah makan.” Aizam menggeleng.
“Aizam, kalau saya tanya sikit boleh?”
“Tanyalah.”
“Awak ada nampak perubahan dekat Haziq tak sejak akhir-akhir ni?”
“Tak ada apa yang berubah kecuali...”
“Kecuali?”
“Dia tak boleh berenggang dengan Blackberry dia tu.”
“Tak berenggang, maksudnya?”
“Dia asyik berBBM.”
“Dengan siapa?” Airina mengerutkan dahi.
Aizam buat muka pelik. “Dengan awaklah. Dia cakap dia BBM dengan awak.” Airina menghela nafas. “Saya tak ada Blackberry, Aizam.”
“Kalau bukan awak, siapa?” Aizam terkejut.
“Entahlah. Saya pun tak tahu.” Airina tersenyum hambar. “Awak mesti tahu kan dia minta tangguhkan perkahwinan kami.”
“Tahu. Dia cakap tadi.” Aizam menganggukkan kepalanya.
“Saya rasa...”
“Rasa apa?” Aizam angkat kening.
“Saya rasa cinta dia bukan milik saya lagi.” Airina tersenyum tawar. Mata dah kabur. Airmata terasa nak mengalir.
Aizam mengeluh. “Cinta itu ada Airina, mungkin sudah sedikit pudar tapi saya tahu, awak mampu terangkan cinta awak tu balik.”
“Thank you, Aizam.”
“Welcome. Eh, awak nak gerak ke Lenggong bilanya? Asyik bersembang kat sini, lambat sampai pulak.” Airina melihat jam di tangan kanannya. “Saya kena pergi dah ni. Saya pun tak sedar kita dah bersembang lama.”
“Kita konvoi? Kita gerak sama-sama sampai tol Kuala Kangsar.”
“Boleh jugak.” Airina tersenyum.

Airina memberhentikan keretanya di halaman rumah opahnya di Kampung Teluk Batu. Seketika dia teringat pada Aizam yang menemaninya memandu sampai ke pekan Lenggong. Ketika di tol Kuala Kangsar, Aizam tiba-tiba memberhentikan keretanya. Sangkanya kereta Aizam rosak, lalu dia juga memberhentikan keretanya.
“Kereta rosak ke?” Airina bertanya pada Aizam yang berdiri di tingkap keretanya.
Aizam menggeleng. “Saya risaulah nak bagi awak drive sorang-sorang sampai ke Lenggong. Saya ikut awak. Sampai kat pekan Lenggong, saya patah balik. Okey?”
Airina terpana dengan kata-kata Aizam. “Saya okey je drive. Jangan risau. Lagipun saya tak nak susahkan awak.”
“Tak susah pun. Awak perempuan, Nina. Macam-macam boleh jadi dekat jalan tu. Lagipun, awakkan tunang kawan baik saya. Jadinya, awak kawan baik saya juga.”
Airina sedikit terharu dengan Aizam. Dia angkat bahu. “Okeylah. Ikut awak je.”
Tiba-tiba, tingkap kereta diketuk. Berkecai semua ingatan tadi. Wajah Aizam turut lenyap, yang ada cuma opah. Airina segera keluar dari kereta. Dicium tangan yang penuh dengan kedutan itu. “Opah, ni terkejut orang.”
“Dah tu, kamu termenung. Opah ketuk pi lah tingkap kereta tu.” Opah senyum pada cucunya yang satu itu.
Airina tarik muncung seketika dan dia terus mengukir senyum. “Opah sihat?”
“Sihat macam ni ja. Kaki dah tak kuat macam dulu. Pinggang dok sakit selalu. Satgi malam, picit pinggang opah, noh.” “Yalah, opahku sayang.” Airina menganggukkan kepalanya. “Mak su mana, opah?”
“Ada ja dalam rumah tu. Dok right paper murid dia.” Opah dah berjalan menuju ke rumah.
“Kamu dok tunggu apa lagi tang situ? Marilah masuk.”
“Ye... orang nak ambik beg sat.”

Haziq mencapai Blackberry yang ada di atas meja. Meskipun telefon pintar itu tidak berbunyi, dia tetap ingin memeriksa sekiranya Airina ada membalas mesej-mesejnya. Dia mengeluh, hampa. Kata-kata Aizam sebentar tadi masih bermain di mindanya. Tiba-tiba terasa rindu pada Airina yang setia dengannya. Rindu pada Airina yang suka tersenyum. Selalunya Airina selalu menghantar mesej, selalu menelefonnya dan bila itu berlaku, dia naik rimas tetapi sekarang, dia yang menanggung rindu yang tiba-tiba menerpa. Tiba-tiba telefon berbunyi namun apabila terlihat nama yang ada di skrin, dia mengeluh. “Hello.” Haziq menjawab akhirnya. “I nak rehat malam ni, Tasya. Sorry. Bye.” Natasya merajuk namun Haziq tak rasa nak pujuk. Kenapa bila dia tak ada baru aku nak mencari? Haziq bangun dari kerusi. Dia nekad. Dia nak pergi ke rumah Airina!

Chinta mengeluh. Dia mencampakkan Blackberry di tangannya ke atas sofa. Serabutnya!! Dia kemudiannya mencapai kembali telefon pintar itu. Didail nombor Aizam. “Hello, sayang.” Chinta tersenyum mendengar suara Aizam. “Zam, jom keluar dinner malam ni. Chinta nak tebus balik masa dinner kita semalam.” Senyumannya pudar tiba-tiba. “Zam tak bagi tahu Chinta pun yang Zam nak balik kampung. Sampai hati, Zam.” Suaranya disedihkan, konon merajuk. Namun, lain yang jadi Aizam tak melayan rajuknya sebaliknya Aizam meminta dia menelefon kembali nanti kerana dia sedang memandu.
“Argh! Aku boleh hidup walaupun tak ada dia!” Chinta mencapai beg tangannya lalu terus keluar dari pejabatnya. “Jeslyn, please reschedule back all my appointment. I want to go home. Kepala sakit.” Chinta berlalu apabila setiausahanya itu mengangguk.
“Bos kau tu nak ke mana?” Linda datang dekat meja Jeslyn. Nak gosip la tu. Jeslyn angkat bahu. Tanda tidak tahu.

“Assalamualaikum.” Aizam memberi salam. Beg galasnya diletakkan di tepi.
“Eh, Tengku. Bila sampai?” Pak Kassim, pemandu peribadi Tengku Azhar menegur dari belakang.
Aizam berpaling lantas dia mengukir senyum.“Berapa kali saya nak cakap, Pak Kassim? Panggil saya Aizam. Rumah ni banyak Tengku.” Tangan Pak Kassim, disalam. “Bonda tak ada ke, Pak Kassim?”
“Ada di dalam. Tengku Azhar yang tak ada.”
Aizam mengangguk. “Ayahanda ke Korea lagi ke?”
“Ye. Mari Pak Kassim angkatkan beg.” Tangan penuh kedut cuba mengambil beg yang berada di atas lantai.
“Eh, tak payah. Saya bawa sendiri.” Aizam mengangkat beg galas itu.
Tiba-tiba, pintu rumah itu di buka dari dalam. “Zam, dah sampai?” Puan Sofiah yang lengkap bertelekung tersenyum. “Bonda solat ya tadi? Zam bagi salam, tak berjawab.” Puan Sofiah mengangguk.
“Masuklah. Mandi dan solat. Lepas tu, boleh minum petang. Mak Milah buat cekodok petang ni. Pak Kassim pun masuklah.” Aizam tersenyum lalu menyalami bondanya itu.
“Baik, Puan tapi saya masuk ikut belakanglah.” Dengan rendah diri, Pak Kassim tersenyum. Teringat pulak dekat sang isteri yang sedang memasak cekodok untuk minum petang.
“Jom, bonda. Kita masuk.” Ujar Aizam pada bondanya saat Pak Kassim sudah ke belakang.
“Marilah.” Pintu rumah itu ditutup sebaik sahaja anak-beranak itu masuk ke dalam.

“Nina cuba bagitau kat mak su, awat kamu tangguh nikah?” Soalan mak su buat Airina tersedak.
“Nida, tunggulah budak tu habis telan laksa tu dulu.” Opah macam biasa, backing cucu.
Airina meneguk sirap limau yang sudah tersedia di atas meja. “Nina tak ready, mak su.”
“Tak ready pulak dah. Hari tu beria-ia sangat.”
“Adalah hal depa tu. Kita toksah sibuk. Hang tu bila nak menikah?” Tudia, kena direct kat batang hidung. Airina angkat ibu jari tanda mengejek mak sunya.
“Ada jodoh, adalah mak.” Perlahan saja mak su menjawab.
“Dah, mak nak pi mandi.” Opah dah bangun dari meja makan itu. “Sat lagi jangan lupa kemas.”
“Nina, I want you to tell me everything in detail what really happened between you and Haziq.” Mak su dah keluar bahasa pertuturannya. Cikgu Bahasa Inggeris la katakan.
“Nina pun tak tahu mak su. Haziq dah lain sejak kami bertunang.”
Mak su tersenyum. “Maksud Nina.”
“Kawan Haziq cakap kat Nina, Haziq tak berenggang dengan Blackberry dia. Asyik berBBM.  Haziq cakap dia asyik berBBM dengan Nina tapi Nina kan tak ada Blackberry, nak BBM pakai macam mana.”
Mak su mengeluh. Parah dah ni, Nina. “Aizam tu nama kawan Haziq?”
“Yup.” Aizam. Terbayang wajah Aizam yang sentiasa tersenyum.
“Nina, ni telefon dok berbunyi ni. Opah tak reti nak angkat.” Terdengar opah melaung dari bilik.
“Sat!” Airina bangun meninggalkan mak su.
Tak sampai lima minit, Airina dah keluar dari bilik. Kalau tadi Airina bermuka mendung, sekarang wajahnya tampak ceria. “Ni awat sengih melampau ni?”
“Aizam baru call. Cakap dah sampai rumah.” Mak su angkat kening.
“Sampai tersengih macam ni? By the way, why did he inform you?”
“Tadi terjumpa dia kat RnR Simpang Pulai, sembang sekejap. Lepas tu dapat tahu, kampung dia dekat Kuala Kangsar.” Airina sengih lagi.
“Kami konvoi sekali.”
“Ooo...” Mak su mengangguk.
“Bukan dia patut sampai dulu ke? Kenapa lambat sangat dia sampai?”
“Adalah kot dia singgah mana-mana sebelum sampai rumah tadi.” Takkan nak cakap dia hantar aku sampai pekan Lenggong baru patah balik. Mati kena gelak. ‘Hmm, yelah.” Mak su dah terasa lain. Siapa Aizam ni?

“Haziq, turun makan.” Haziq termenung. Pergi rumah Nina, dia balik kampung. Alone. Aku call tak angkat, aku mesej tak berbalas. Gambar graduasi mereka berdua yang sedang elok di atas meja, dicapai dan direnung. Airina yang setia dengannya. Walaupun dia sentiasa memberi alasan, Airina terima segalanya.
“Haziq!” Puan Yasmin muncul di muka pintu bilik anak teruna yang satu itu.
Haziq masih kaku merenung wajah Airina. Dia tak cantik, tapi dia manis.
“Haziq, makan.” Puan Yasmin menepuk bahu anaknya itu. Haziq terkejut sedikit.
Haziq tersenyum. “Tak apalah mama. Kenyang lagi.”
“Rindu Nina?”
Haziq tergelak sedikit. “Mestilah, mama.”
“Kalau sayang, kenapa tak hargai dia? Kalau rindu, kenapa susah nak jumpa dia?” Haziq menelan air liur.
“Apa mama ni?”
“Mama tahu, bukan Nina yang minta tangguh. Haziq yang  minta tangguh, kan?”
Haziq mengeluh. “Maafkan, Haziq.” Untuk apa aku terus menipu andai mama dah tahu.
“Macam mana mama tahu?”
“Mama call Nina malam tu. Memang Nina mengaku dia yang minta tangguh tapi mama dapat dengar suara dia tahan sebak.”
“Dia menangis?” Tiba-tiba Haziq terasa sedikit kesal dengan perbuatannya. Kerana kata-katanya, Airina menjadi mangsa. “Perempuan mana yang tak menangis bila tunang dia buat macam tu, Haziq.” Haziq terdiam.
Tiba-tiba Blackberry di atas meja berbunyi. Nama Tasya tertera. Terasa malas nak mengangkat panggilan dari Natasya tapi bila Puan Yasmin dah bangun untuk memberi laluan supaya dia boleh bersembang dengan Natasya. “Hello. Kenapa you call I ni? I tak ada mood Tasya.” Haziq merengus.
“What? Wait there!” Haziq terkejut saat Tasya memberitahu dia terjatuh di tandas rumahnya.

“Sakitlah.” Natasya merengus bila Haziq memegang pergelangan kakinya. Haziq menjeling.
“Memanglah sakit. Kenapa tak hati-hati?”
Natasya memuncungkan mulutnya. “Mana nak tahu boleh terjatuh dalam bilik air tu.”
“Muncunglah selalu. Jadi mulut itik baru tahu.” Haziq mengusik Natasya.
“Biarlah. Bukan ada orang kisah pun pasal I.”
“I kisah!” Haziq bangun dari duduknya. “You sakit macam ni, mestilah I kisah.”
“Eleh, kalau I tak terjatuh you mesti tak datang jumpa I kan? You mesti buat tak kisah pasal I kan? Siapalah I ni kalau nak dibandingkan dengan Airina. I rasa baik kita berpisah, Haziq. Itu yang terbaik untuk kita. You ada dia.” Natasya bersuara, lirih. Dia sendiri terasa kehilangan. Dia sendiri sudah mempunyai kekasih hati sebelum Haziq tetapi sejak bertemu Haziq, perasaan lelaki itu cuma dipandang seperti angin lalu sahaja. Namun, Haziq tidak pernah tahu kehadiran lelaki tersebut.
Haziq tergamam. Lepaskan Tasya? Aku tak sanggup! “We can work it out.”
“Haziq, you tak cintakan I. Dalam hati you cuma ada Airina. Bukan Natasya. Sepatutnya I sedar dari dulu lagi, tapi I buta.” Natasya menundukkan wajahnya.
“Tasya, I...”Haziq terdiam. Tangisan Natasya membuatkan dia kaku.
Tiba-tiba pintu apartment Natasya diketuk dari luar.
Natasya bangun untuk membuka pintu namun lengannya dipegang Haziq. “Biar I buka.”
Pintu dibuka dan Haziq tergamam saat terlihat ada empat orang lelaki lengkap berkopiah di depan pintu. “Assalamualaikum. Maafkan kami andai kami menganggu. Kami dari Jabatan Agama Islam negeri Selangor telah mendapat aduan bahawa di apartment ini terdapat pasangan bukan muhrim sedang berdua-duaan.” Natasya yang turut mendengar kata-kata lelaki itu, terus terduduk.

“Apa salah mama, Haziq?” Puan Yasmin dah menangis tersedu-sedan di rumah banglo itu.
Selepas mereka berdua ditangkap khalwat, Encik Hamdan bapa Haziq membawa mereka berdua pulang ke rumah miliknya.
Natasya yang duduk tidak jauh dari situ terasa sesal yang amat sangat pada Haziq. Ingin sekali dia memujuk ibu Haziq yang tidak sudah-sudah menangis.
“Mana mama nak letak muka, Haziq? Mama tahu anak mama ni nakal tapi kenapa sampai macam ni sekali? Ya ALLAH!!” Puan Yasmin memukul-mukul anaknya yang masih diam.
Haziq mengerling Natasya yang juga menangis. Wajah wanita itu kelihatan mendung. Saat itu, hatinya berbelah bagi. Dia ingin mengahwini Natasya, apatah lagi Natasya baru sahaja ditangkap khalwat dengannya. Tapi bagaimana dengan Airina?
“Sudahlah tu, Min. Benda dah jadi, kita dah tak boleh buat apa.” Encik Hamdan menggosok bahu isterinya.
“Salah saya mendidik ke, bang? Saya bukan mama yang baik! Saya tak pandai mendidik anak.” Puan Yasmin memeluk Encik Hamdan. “Ada tunang, dia layan tunang dia macam sampah! Lepas tu boleh berdua-duaan lagi dengan perempuan ni bila tunang dia merajuk. Saya dah tak kenal anak sendiri abang.”
“Maafkan saya, puan. Semuanya salah saya. Haziq tak salah.” Natasya bersuara, perlahan. “Saya yang telefon Haziq. Semua salah saya.” Dipeluk terus kaki Puan Yasmin. “Jangan salahkan Haziq, puan.”
“Bukan salah Tasya. Mama, izinkan Haziq kahwin dengan Natasya!” Haziq bersuara setelah lama membisu.
“Chinta?!” Aizam terkejut saat kakinya melangkah masuk ke rumah Haziq. Gadis yang ditangkap khalwat dengan Haziq, Chinta? Kekasih aku, Chinta?  Airina yang di belakang Aizam, jatuh pengsan dengan permintaan Haziq untuk mengahwini gadis yang dipanggil Chinta oleh Aizam. Sebentar tadi, dia mendapat panggilan telefon dari ibunya. Haziq ditangkap khalwat! Laju tangannya mendail nombor Aizam. Terus dia meminta tolong Aizam.
“Nina!” Haziq terkaku.

“Dia Chinta Nur Natasya. Dia Chinta aku, Haziq.” Aizam mengeluh, berat.
Haziq tunduk.“Aku tak tau dia tu Chinta, Aizam.”
“Sebab tu, kau kena setia dengan tunang kau! Bukan senang-lenang je kau nak ambil semua perempuan jadi kekasih kau!” Aizam dah mula naik darah.
“Aku tau ni salah aku. Aku...”
Aizam merengus. “Sudahlah, Haziq! Sebelum kau bercinta dengan dia, kau patut selidik dulu siapa dia! Baru aku tahu kenapa susah sangat dia nak berjumpa dengan aku. Semua sebab kau! Aku ingat kaulah kawan aku dunia akhirat tapi kau sebenarnya kawan keparat!” Aizam menumbuk meja itu. Sungguh, tangannya memang sakit tapi hatinya lebih sakit mengenangkan apa yang berlaku
. “Zam.” Suara Chinta, gadis yang dia rindui buat dia menoleh pada sliding door.
“Aku nak balik.” Aizam bangun dari duduknya namun lengannya dipegang Chinta “Chinta nak minta maaf, Zam. Chinta tahu Chinta banyak salah dengan Zam. Chinta layan Zam macam barang permainan. Maafkan Chinta, Zam.”
“Sudahlah! Kau dengan Haziq sama je! Kau boleh berambuslah dari hidup aku! Aku jujur sayangkan kau, aku betul-betul nak kahwin dengan kau. Tapi cara macam ni kau balas kasih sayang aku! Kau memang perempuan murahan!”
“Aizam!" Haziq berdiri.
“Apa? Kau nak tumbuk aku? Tumbuklah. Hei, korang berdua sangat sepadanlah. Macam pinang dibelah dua!” Aizam menengking Haziq. Dikeluarkan sesuatu dari poketnya. “Cincin ni, aku beli untuk melamar kau. Aku nak ambil kau jadi isteri aku tapi kau buat aku macam ni, Chinta. Kau ambillah cincin ni! Campak masuk sungai!” Aizam mencampakkan cincin ditangannya pada Chinta dan Chinta mula menangis teresak-esak. Baru dia tersedar, dia sebenarnya amat menyayangi Aizam. Kenapa ini harus terjadi? Cincin yang dicampak padanya itu, adalah cincin yang pernah dia meminta Aizam belikan padanya namun Aizam buat tidak peduli ketika itu. Rupa-rupanya Aizam belikan cincin untuk melamarnya, sesalan mula terasa. “Mulai hari ni, aku tak nak tengok muka kau, Haziq! Jangan pernah kau mengaku kau kenal aku! Dan kau Chinta, belajarlah mencintai dengan sejujurnya!” Aizam melangkah. Sedikitpun dia tidak menoleh ke belakang. Air mata yang menitis, dibiarkan. Buat pertama kali dalam hidupnya, dia menangis kerana seorang perempuan yang amat dia cintai. Chinta terduduk di atas rumput. Haziq pula terasa sebak. Aku dah hilang seorang sahabat baik.

“Nina, bangun sayang.” Puan Yasmin membelai wajah bakal menantunya. Hiruk pikuk di luar tidak dia ambil peduli. Airina lebih penting dari segalanya.
Airina buka mata. “Mama, tadi Nina mimpi Haziq kena tangkap khalwat dengan kekasih Aizam.”
“Itu bukan mimpi sayang. Itu kenyataan.” Puan Yasmin memeluk Airina namun badannya ditolak lembut oleh Airina.
Puan Yasmin terkedu saat matanya menangkap titisan air jernih di mata Airina “Kenapa mama tak tipu je Nina mama? Kenapa mama beritahu jugak Nina kebenarannya? Nina nak lupakan semuanya.”
“Mama minta maaf, Nina.” Puan Yasmin terasa nak meraung. Airina bangun dari duduknya.
“Nina nak ke mana?” Encik Hamdan yang sedari tadi membisu bertanya pada gadis yang sudah berdiri.
“Saya nak balik, uncle. Saya rasa kehadiran saya kat sini tidak ada apa-apa makna lagi.” Perkataan saya dan ‘uncle’ membuatkan Puan Yasmin dan Encik Hamdan terdiam seribu bahasa. “Saya nak jumpa Haziq dulu sebelum saya balik.” Air mata yang menitis dikesat kasar.
Di luar, Chinta masih menangisi pemergian Aizam. Haziq pula cuma mampu duduk memerhatikan Chinta.
“Haziq!”
“Nina.” Haziq dah bangun saat melihat Airina mendekati dirinya.
“Saya lepaskan awak pergi. Ternyata awak bukan milik saya. Dari dulu sampai sekarang, awak tak pernah jadi milik saya.” Airina menarik nafas, menahan sebak di dada. Matanya memandang Chinta yang masih menangis. “Dia, memang tak macam saya langsung kan? Saya boleh nampak kenapa awak suka dia. Tapi saya tak sangka sampai macam ni sekali awak buat dekat saya. Teruk sangat ke saya, Haziq? Sampai awak sanggup duakan saya macam ni sekali. Benci sangat awak dengan saya kan? Patutlah susah sangat awak nak jumpa saya, muka saya ni hodoh sangat tak macam dia.”
“Bukan macam tu, Nina. Haziq...”
“Awak nak menipu lagi? Sudah-sudahlah tu, Haziq. Awak dah berjaya, tak perlu lagi nak menipu. Saya dah cukup sakit. Saya dah tiada sebarang daya untuk mempertahankan cinta saya, saya dah tiada kekuatan untuk terus bertahan sebagai tunang awak. Kejadian ini dah membuka mata saya, apa ertinya saya dalam hidup awak.” Air mata menitis dibiarkan sahaja. Jarinya menarik cincin tunang di jari manisnya. “Cincin ni, awak sarungkan di jari dia. Saya dah tak layak...eh, saya memang tak pernah layak untuk pakai cincin ni.” Airina tersenyum sinis. Tangan Haziq dicapai lalu cincin yang pernah tersarung dijarinya itu diletakkan di tapak tangan Haziq. “Awak nikahilah dia seperti apa yang awak suarakan pada mama awak. Mulai hari ni, saya bukan lagi tunang awak. Saya bukan lagi Nina awak. Dan awak bukan lagi Haziq saya. “ Airina membangunkan Chinta yang masih menangis. “Jagalah Haziq untuk aku. Aku tak mampu untuk terus mencintai dia. Dia ternyata sangat mencintai kau, dia sanggup menikahi kau sedangkan aku, dia sanggup tangguhkan pernikahan kami untuk kau.” Airina terus berpaling untuk melangkah namun matanya menangkap batang tubuh Puan Yasmin yang menangis kesedihan di bahu suaminya. “Maafkan Nina, mama. Ini yang mampu Nina lakukan untuk bagi Haziq bahagia. Haziq bukan lagi milik Nina.” Perlahan dia menuturkan dan tanpa pamitan, dia berlalu. Air mata Haziq menitis buat kali pertama. Maafkan Haziq, Nina. Chinta pula terus menangis saat dia tahu dia telah lukai hati seorang wanita sepertinya.

Kita pernah bahagia. Kita pernah merasakan cinta tetapi kini kau berubah. Aku tidak mengerti apa yang terjadi. Hati ini sudah tidak mampu menangis, sudah tidak mampu ketawa. Kerana kamu, aku terluka. Kerana kamu, aku biarkan diriku terluka. Kerana kamu, aku biarkan semuanya. Kau tidak pernah mahu mengerti jiwa yang luka ini. Kau tidak pernah mahu ubati luka yang berdarah ini. Mungkin aku yang bodoh, tidak pernah mahu mengerti apa sebenarnya yang ada dalm hatimu. Saat aku terlihat kau bersamanya, baru aku mengerti... kau bukan milikku lagi...:(

4 comments:

  1. sdih sgt bnci dkt haziq ble dpt pmpuan baik dia mcm nie plak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah tu.......tak pndi nk mnghargai

      Delete
  2. beng la chinta ngn haziq tu..mmg pdan pndue org tu...huh

    ReplyDelete
  3. sedih....besttt!!!

    ReplyDelete