Saturday 6 September 2014

[Mini Novel] FLY (BAB 2)

Empat minggu berlalu, Johanna dah boleh membiasakan dirinya dengan rakan sebiliknya dan sekolahnya. Tapi dia masih mempunyai masalah dengan rakan sekelasnya. Ada yang okey dengan dia, ada yang alergi dengan dia padahal dia tak pernah kacau pun budak-budak tu.
“Jo, kau tolong aku boleh?” D.O. yang duduk di depan Jo berpaling ke belakang.
“Tolong apa? Kalau duit, aku tak ada!” Johanna ukir sengih jahat.
D.O. buat muka, “Bukanlah!”
“Dah tu?” Tanpa mengangkat wajah dari buku Julia, Johanna bertanya.
“Ajar aku add math. Aku rasa nerve kat otak aku semua dah berselirat tengok soalan tutorial yang Kak Nor tu bagi!” D.O. buat muka sedih.
Nuha di sebelah Johanna terus ketawa, “Selamba badak ja hang panggil Madam Normadiah tu Kak Nor. Hang ingat dia kak hang ka apa?”
D.O. sengih, “Ala, kira sweet apa aku panggil dia Kak Nor. Kalau aku panggil baby nanti, korang pengsan.”
Johanna dan Nuha buat muka konon jijik.
Pap! Kepala D.O. dipukul dari belakang, “Kau tak ada orang lain nak mengayat?”
D.O. mendongak memandang si pemukul. Cis! Kacau daun! “Sibuklah kau, Nik.”
“Hai, Nuha!”
Tanpa memandang Nik, Nuha angkat tangan. Dia tak suka sangat si Nik ni. Merenyam! Player! Sweet talker dan bajet handsome!
“D.O., aku nak tanya something ni.”
D.O. yang tadi tekun memandang Nuha, terus memandang Johanna, “Tanya apa?”
Baru Johanna nak buka mulut, dia sedar si Nik masih ada di mejanya, cuba mencuri dengar. Dia terus memandang Nik, “Kau. Blah. Boleh?”
Nik angkat kedua belah tangannya tanda menyerah, “Yelah!”
Sebaik saja Nik berlalu, Johanna terus pandang D.O., “Kau pernah fly?”
D.O. tercengang, “Kenapa?”
“Kau selalu guna laluan mana?”
D.O. tiba-tiba ukir senyum, “Kau nak fly?”
Johanna sengih tak menjawab.
“Bagi aku satu kertas kosong, aku lukiskan pelan untuk kau tapi kau kena tolong aku.”
Mata Johanna bersinar, “I’ll do anything!”

“Jo!”
Johanna terkejut saat D.O. melompat duduk di atas kerusi yang ada di Kafe Teratai itu, “Kau kenapa, ngek! Nasib baik aku tak gol dulu!”
D.O. sengih, “Lepaklah! Nuha mana?”
Johanna buat muka sebelum tunduk membuat latihan Fizik yang akan dikutip oleh Puan Faridah esok pagi, “Nuha pergi koperasi kejap. Karang datanglah. Kenapa?”
“Saja!” D.O. masih lagi tersengih, “Kau buat kerja apa ni?”
“Fizik.”
“Yang inertia tu ke?”
“Entah. Yelah kot. Aku tak tahu, aku tiru Nuha punya jawapan aje ni.”
“What? Kau tiru?!”
Johanna tersentak lalu terus dia meluku kepala D.O. dengan bekas pensel miliknya, “Kau nak bagitau semua orang ke aku meniru?!”
D.O. menggosok kepalanya, “Sorry! Terlepas. Kenapa kau tiru jawapan Nuha?”
“Kau ni betul tanya soalan tu ke or sekadar nak perli aku? Obviously aku tiru Nuha sebab aku tak reti and aku malas nak fikir solution dia.”
“Manalah aku tau. Lepak ah! Sentap aje kau hari ni apasal?”
“Kawan semeja kaulah! Sebab dia, aku tak boleh masuk kelas pagi tadi. Okeylah, aku tahu salah aku overslept tapi tu tak bermaksud dia sesuka hati je tahan aku dekat laluan dari asrama ke kelas. Kurang ajar kau tau?! Dahlah bila dah sampai kelas, dia sorang je boleh masuk. Kak Nor kesayangan kau tu boleh pulak tak bagi aku masuk kelas. Mamat tu memang...grr...”
“Whoa! Chill, girl! Apa masalah kau dengan Hadi sebenarnya eh? Aku rasa dia okey je dan aku pun rasa kau okey je. Kenapa kau anti sangat dengan dia?”
“Sebab dia tu skema! Nerd! Geeks!”
“Dan kau tu kurang adab punya budak!”
Johanna terus berdiri dan berpaling ke belakang, jari telunjuknya spontan naik menunjuk ke muka Hadi, “Kau!”
“Biar skema, ikut peraturan asalkan bukan hidup tak tentu hala macam tak ada pegangan hidup!” Hadi senyum sinis sebelum berlalu. Johanna pula dah kepal penumbuk!
“Johanna, nama sedap tapi sayang, perangai hodoh!” Rena yang tadi berdiri di belakang Hadi bersuara dan terus berlalu.
Shit! Johanna menyumpah di dalam hati! D.O. pula mengeluh. Macam-macamlah dia orang ni! Pening kepala aku.
“Jo!” Panggil D.O., lembut.
“Apa?”
“Biarkanlah dia orang tu. Hadi tu memang macam tu tapi dia baik. Rena pulak...”
“She’s a bitch!” Ujar Jo, keras sebelum duduk di hadapan D.O. Buku latihan Fizik di depannya diselak-selak kasar.
D.O. tercengang dua saat. Air liur ditelan, bahasa Jo... kalah bahasa budak lelaki, “Biar jelah dia orang.”
Johanna angkat bahu. Malas nak fikir dah. Sakit hati, sakit jiwa.
“Jo, ingat tak pasal benda yang aku nak kau tolong aku tu?”
Johanna angkat muka, “Hah, apa dianya?”
“Tolong aku mengurat Nuha.”
“Hah?!” Johanna tergamam sebelum ketawa, “Kenapa kau suka Nuha?”
D.O. gosok leher. Mukanya rasa berbahang, “Entah. Aku suka dengar dia cakap utara dia tu. Comel je...”
Sekali lagi, Johanna ketawa! Sakit di hati yang dia rasa tadi terus hilang!

Sweater berhoodie yang bertulis 'I'm Awesome, You Sucks!' dicapai Johanna lalu terus disarung ke tubuhnya.
Elly ang sedang membuat kerja rumah subjek Kimia angkat kening. Earphone di telinga kanan ditanggalkan, “Kau nak pergi mana, Jo?"
Johanna tak menjawab sebaliknya dia cuma sengih.
“Hang nak fly ka?" Nuha yang sedang baca novel meletakkan novel di sisinya lalu dipandang terus wajah Johanna.
Johanna jungkit bahu, “Aku nak lepas gian. Dah lama aku tak pergi jamming."
“Kau jangan buat gilalah, Jo. Karang kalau ada spot check macam mana?" Elly bangun dari duduknya.
“Cakaplah aku pergi koperasi."
“Malam ni tak ada spot check," Nida yang disangka lena oleh teman-teman sebiliknya bersuara, “Kalau kau kena tangkap Jo, aku takkan boleh tolong."
Johanna mengangguk, “Aku tahu dan aku janji, aku takkan libatkan korang kalau aku kena tangkap sekalipun."
Nuha melepaskan nafas. Elly pula memicit dahi. Nida cuma senyap tak bersuara.
“Aku pergi dulu," Johanna angkat tangan. Dia tahu rakannya tak senang hati, apatah lagi Nida tapi dia betul-betul gian nak jamming dengan kawan-kawannya dari sekolah lamanya.
Belum sempat dia buka pintu, Elly memanggilnya, “Jo!"
Dia berpaling. Nuha, Elly dan Nida memandangnya. Elly senyum nipis segaris, “Be safe, Jo!"
Johanna mengangguk. I will!

Johanna berhigh-five dengan kawan-kawannya yang ada di studio jamming itu, “Yo, dude!”
“Man, you look... feminine!” Cap menumbuk bahu Johanna!
“Weh! Feminine is not in my dictionary! Kurenglah tu, cakap aku feminin.”
Cap ketawa, “Serius, kau nampak lain! How’s the school?”
“Sucks! Big time!” Johanna ketawa, “Tapi roommates aku cool je. Classmates aku, setengah okey, setengah lagi geeks with some bitchy behaviour.”
“Macam Miley?” Luke yang mengetuk dram ukir sengih sinis.
Johanna pandang Luke, tajam, “Dude! Kalau kau tak suka aku datang, cakap je! Aku boleh blah! Kau tak payah pakai nama perempuan tu nak sakitkan hati aku!”
Cap bangun lalu dia mencekak bahu Johanna, “Chill, Jo!” Kemudian dia pandang Luke, “Kau jangan nak tambah garam dalam luka Jo, dude!”
“C’mon, Jo! Sejak bila kau jadi minah sentap? Aku tanya aje, lepaklah,” Luke buat gestures berdamai.
“Sejak dia buat aku jadi macam anak buangan dalam family aku sendiri,” Johanna bersuara, keras. Sungguh, dendamnya pada Miley masih bergunung.
“Dah! Dah! Jom jamming!” Ken angkat gitar bass miliknya, tanda mahu mula berjamming. Padahal dia tak nak tengok Luke dengan Johanna saling bertekak. Tak syoklah macam tu bila bergaduh sesama sendiri?
“Lagu apa?” Luke angkat kening. Serentak tiga pasang mata memandang Johanna.
“The Hell Song!”
“On!”
“Righto!”
“Cool!”
Johanna senyum. Gitar dicapai lalu tali gitar disarung ke tubuhnya. Pick gitar dikeluarkan dari poket sweater lalu dia mengangguk pada yang lain, tanda sudah bersedia.
Irama muzik Punk Rock mula kedengaran dari studio jamming itu. Cap yang menjadi vokalis mula menyanyikan bait-bait lagu Sum 41 itu.

Everybody's got their problems
Everybody says the same things to you
It's just a matter how you solve them
And knowing how to change the things you've been through

I feel I've come to realize
How fast life can be compromised
Step back to see what's going on
I can't beleive this happened to you
This happened to you

It's just a problem that I'm faced with am I
Not the only one who hates to stand by
Complications that are first in this line
With all these pictures running through my mind

Knowing endless consequences
I feel so useless in this
Get back, step back, and as for me, 
i can't believe.

Part of me, won't agree
Cause I don't know if it's for sure
Suddenly, suddenly
I don't feel so insecure

Part of me, won't agree
Cause I don't know if it's for sure
Suddenly, suddenly
I don't feel so insecure
Anymore

Everybody's got their problems
Everybody says the same things to you
It's just a matter how you solve them
But what else are we supposed to do

Part of me, won't agree
Cause I don't know if it's for sure
Suddenly, suddenly
I don't feel so insecure

Part of me, won't agree
Cause I don't know if it's for sure
Suddenly, suddenly
I don't feel so insecure
Anymore

Why do things that matter the most
Never end up being what we chose
Now that I find no way so bad
I don't think I knew what I had

Why do things that matter the most
Never end up being what we chose
Now that I find no way so bad
I don't think I knew what I had


Johanna kerling jam di pergelangan tangannya. Lagi lima belas minit nak pukul 1.00 pagi. Di pintu pagar yang berlubang di bahagian bawah itu, dia cuba menyusup masuk ke kawasan asrama tapi entah macam mana, pipinya terhiris dengan besi pagar saat dia baru nak masukkan kepalanya, “Aduh!"
Pipinya terasa basah dan hangat. Mesti berdarah! Damn! 
Sebaik saja dia berdiri selepas menyusup masuk ke dalam kawasan asrama, dia terasa hoodienya ditarik dari belakang. Johanna dah resah! Mati aku!
Ada sepasang tangan yang menarik dia berpaling ke belakang. Johanna pejam mata. Mama, Pia takut!
“Johanna Sofea!" Suara orang yang memalingkan tubuhnya kedengaran perlahan tapi tegas.
Johanna buka mata. Oh man! Ini lagi dasyat dari jumpa Cikgu Lah! 
“Pertama kali dalam sejarah sekolah ni ada budak perempuan yang fly. You are one brave girl, Johanna!" Sindir Hadi.
Johanna buat muka, “Sekarang kau dah tangkap aku, so kau nak apa lagi dari aku?"
Hadi jungkit kening. Sombong betul budak ni bercakap. Baru dia nak buka mulut, kedengaran suara lain dari dewan makan, menyeru namanya, “Hadi!"
Hadi dan Johanna saling berpandangan lalu Hadi tolak Johanna menyorok di belakang pokok ketapang yang berhampiran dengan tempat mereka berdiri.
Cikgu Lah dengan rotan di tangan muncul dari dewan makan, “Jumpa tak budak yang lari tadi?"
Johanna nampak Hadi menggelengkan kepala, “Tak ada cikgu. Saya tak sempat tangkap. Saya cuma jumpa kotak rokok ini saja."
Cikgu Lah menganggukkan kepala, “Tak apalah macam tu. Awak ikut saya sekarang, kita buat spot check di aspura, siapa yang tak ada dalam bilik."
Hadi mengangguk, “Baik, cikgu!" Sebaik saja Cikgu Lah berlalu, Johanna keluar dari tempat persembunyiannya.
Hadi mengerling Johanna sekilas sebelum berdehem, “Blah sekarang sebelum aku panggil Cikgu Lah balik. Sebelum tu, ambik sapu tangan ni. Pipi kau berdarah!"
Laju tangan Johanna tarik sapu tangan yang dihulur Hadi lalu terus ditekap pada pipinya. 
Hadi pandang Johanna sebelum menggeleng, “Sama-sama, Johanna! Dah, pergi balik aspuri!" Hadi terus berpaling ke belakang, nak mengikut Cikgu Lah tadi.
Johanna mencebikkan bibirnya sebelum menyeru Hadi, “Head boy!"
Hadi yang baru nak berjalan berpaling, “Kalau kau nak cari pasal, esok aje. Karang Cikgu Lah patah balik, aku dah tak boleh tolong kau."
Johanna buat muka. Tangannya menyeluk poket sweater di belah kanan. Pick gitar miliknya dikeluarkan, tangan Hadi ditarik, ”Nah!"
“Apa ni?" Hadi mengerutkan dahi.
Johanna jungkit bahu, ”A token of gratitude, I guess! Thanks sebab tak cakap dengan Cikgu Lah kau jumpa aku kat sini."
Hadi angkat bahu lalu terus berlalu. Johanna buat muka. Kerek punya budak!

“Korang!” Mimi tarik kerusi yang D.O. tinggalkan berpusing mengadap Johanna dan Nuha.
Johanna angkat kening sebelah, “Kenapa kau ni? Nampak macam teruja lebih aje.”
“Of course! Weekend ni kan ada Hari Kokurikulum, aku tak sabar weh!”
“Awatnya dengan hari tu pun? Bukan memang tiap-tiap tahun ada ka?” Nuha kerutkan dahi.
“Memanglah tapi kali ni lain sikit. Ada live band buat performance.”
Johanna yang tadi menulis angkat wajah, “Live band?”
“Aah! Budak Persatuan Muzik yang uruskan.”
“Band apa dia orang panggil,” Johanna bertanya lagi.
“Entah. Tak sure pulak tapi aku dapat bayangkan Hari Kokurikulum kita tahun ni mesti gempak.”
Nuha buat muka, “Gempaklah sangat.”
Mimi buat muka geram sebelum terpandang pipi Johanna yang berplaster, “Jo, kenapa dengan pipi kau?”
Johanna sengih, “Luka.”
“Ai, Nuha cakar muka kau ke sampai boleh luka-luka ni?”
Tak sempat Johanna nak menjawab, suara dari tingkap menyahut, “Wow, ganasnya pasangan lesbian ni. Sampai bercakar-cakar gitu!”
Johanna baling pensel mekanikal miliknya ke atas meja. Matanya dipandang terus pada Rena, si Head girl yang baru bersuara tadi, “Kau nak cakap buruk pasal aku, boleh! Aku tak kisah tapi kau jangan nak libatkan Nuha!”
Moni, si kawan Rena ketawa, “Oh my! Hero bela heroin! So sweet.”
Nuha pegang lengan Johanna yang baru nak berdiri, “Let it go! Biaaqlah depa bagi pahala mudah dekat kita.”
Johanna merengus.
“Siap pegang-pegang lagi tu! Tak takut dosa pahala langsung,” Rena bersuara lagi, sengaja nak menambahkan api.
Mimi menggelengkan kepala sebelum berlalu ke tempat duduknya. Sempat dia menggumam sabar kepada Johanna dan Nuha. Nama aje Head Girl tapi perangai hodoh. Tak boleh nak dijadikan teladan langsung.
“Korang tabur fitnah, tak takut dosa pahala?” Satu kelas senyap terus. Rena pun nampak tersentap. Johanna berpaling ke belakang, Hadi dan D.O. berjalan tenang ke tempat duduk mereka.
Hadi geleng kepala. Rena dipandang, “Jangan jatuhkan nama baik Badan Perwakilan Pelajar, Rena”
Rena buat muka dan terus berpaling ke tempat lain. Urgh! Hadi bela si Johanna tu kenapa?!
Hadi tiba-tiba berpaling ke belakang. Johanna yang nampak merah mukanya dipandang sebelum sekotak plaster diletakkan di atas meja Johanna dan dia terus berpaling ke depan semula.
Johanna kerut dahi, “Benda apa ni?”
“Plaster pun kau tak kenal?” Tenang Hadi membalas soalan Johanna tanpa memandang si gadis yang kelihatan termangu-mangu.
Nuha kerut dahi sebelum mengukir sengih selebar-lebarnya. Lengan Johanna disiku, “Jo!”
Johanna kalih memandang Nuha, “Apa?”
“Sejak bila kau dengan Hadi ada skandal?”
“Nuha Nuradilla!” Peha Nuha terus Johanna cubit. Skandal? Aku dengan Hadi? Mintak jauhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...

Bersambung...

p/s: kemain mintak jauh si Jo ni :D

23 comments:

  1. semakin menarik....rena memang mulut longkang. tak pernah la sejarah sekolah jupa head girl mulut camtu...tak taula kalau lepas habis sekolah ada...hahaha. mesti johanna banyak simpan grudge dalam hati kat sapa tu miley...kesian dia...baca ni teringat zaman sekolah sebab seyesly akak jenis pengawas lurus aje...hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. rena ni head girl yang perasan bagus. hehehe...sebab tu jo bengang gila dengan dia. saya pun pengawas tapi pengawas yang er... kadang-kadang buat jahat jugak :P

      Delete
  2. bkn setakat kemain lg semangat pon ye .. haha

    ReplyDelete
  3. Cepat smbunggg
    Tapiiii...saya still tunggu DI & JM versi raya..
    Cepat smbung tauu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. DI & JM versi raya akan menyusul nanti...hehehe sabar ye :)

      Delete
  4. wahhhh.....best sgt2...nmpknyew si hadi cam dh jtuh suka jew kt jo tu.....hehe

    ReplyDelete
  5. Wah suka lah cerita boarding school yang budak nakal lawan head girl/head boy. Hlovate ada buat cerita lebih kurang macamni jugakk. But I believe both ada kelainannyaaaa! Tak sabaaaaaaaaaarrr~~~~

    ReplyDelete
  6. Best nih xsbr nak tunggu sambungan..

    ReplyDelete
  7. Best....
    I want more....
    Cant wait for the new entry....

    ReplyDelete
  8. Jauh tp dekat sebenarnya.hahaha.sila sambung laju2 yea.

    ReplyDelete
  9. comey!! :) x sabar nk baca next entry..cite ni dah makin best. thanks k.najwa fot the entry :)

    ReplyDelete
  10. Awat Johanna loklaq Sgt....pasaipa

    ReplyDelete
  11. Mcm comel je...mcm sweet je...😆😆😆

    ReplyDelete
  12. Perfect story -inas- 👍👍👍👍

    ReplyDelete
  13. satu part yg akak suka;
    orang utara cakap macam comel!
    betui!

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju....
      cek pun oghang utagha. v(",)v

      cik ct

      Delete
  14. Klu lumur cili kat mulut Rena tu bleh tak..hishh
    Hadi & Jo ada skandal whoaaa..gempak tu...hihihi

    Best!!

    ReplyDelete
  15. novel or mini novel or what? heh... comel2 walaupun gaduh2 benci2 jd sayang ni dah jadi lauk basi.. aku tetap rasa nak makna. heh

    ReplyDelete
  16. Wah..nice story. ^^ and excited kejap bila nmpk nama D.O. haha

    ReplyDelete