Wednesday 18 December 2013

Andai Dapat Kugapai Hatimu (PART 5)

Mummy dan papa ukir senyum saat melihat aku melayan Koji makan. Lauk-pauk yang dia pinta, aku isikan ke dalam pinggannya, seolah-olah aku ini isteri mithali padahal ini adalah kali pertama kami duduk semeja untuk menjamah makanan sejak kami berkahwin.
“Ibu nak apa-apa lagi?” aku pandang ibu Koji yang turut tersenyum.
“Tak nak dah, sayang. Dania makanlah, asyik melayan kami je... dari tadi Dania tak makan,” ujar ibu.
Aku senyum lalu mengangguk. Baru aku nak suapkan makanan, pingganku tiba-tiba diisi dengan sayur carrot dan kobis bunga oleh manusia di sebelahku, “Makan,” arahnya.
Aku pantas menggeleng, “Tak nak.”
“Makanlah sikit. Tak cukup vitamin dengan fiber kalau tak makan,” ujar dia, lembut.
Aku buat muka. Dia ni memang sengaja ke apa? Aku tak makan sayurlah!
“Dania ada supplement,” balas aku.
“Makan,” dia pandang aku lalu dia ukir sengih, “Ke nak abang suap?”
Agak-agak kalau aku pengsan kat sini, mummy dengan ibu kata apa ya? “Tak payah nak suaplah. Malu...”
“Dengan abang pun nak malu ke?” Dia jungkit kening pada aku.
Papa dan ayah ketawa. Ibu dan mummy tersenyum-senyum pandang kami. Aku pula sekadar menunduk. Apa buang tebiat ke apa mamat ni?
“Alhamdulillah, papa gembira tengok kamu berdua. Kalau macam ni, papa redha kalau Allah jemput papa,” luah papa sambil tersenyum memandang aku.
“Apa papa ni?” Aku buat muka, “Tak naklah cakap macam tu...”
“Yelah. Dah! Makan-makan...” papa ketawa namun hatiku tetap tidak senang. Entah kenapa, aku takut andai papa pergi. Bagaimana hubungan aku dan Koji pada waktu itu? Adakah kami akan masih bersama atau dia akan tinggalkan aku sendiri?

Aku melangkah masuk ke dalam bilik Koji saat aku menghantar ibu dan ayah di muka pintu. Koji, papa dan mummy pula sedang asyik menonton televisyen di ruang tamu. Papa tiba-tiba cakap nak tidur di rumah kami. Resah aku rasakan sekarang. Aku harus berkongsi bilik dengan Koji. Kali ketiga kami berkongsi bilik. Dulu kongsi bilik pun, aku tidur atas katil, dia tidur bawah sebabnya aku akan tertidur dulu. Dia pula entah menghilang ke mana.
Aku buka getah pengikat rambut. Rambutku yang dulu pendek ala tomboy sesat, sekarang dah panjang. Aku lihat wajahku di cermin. Kalau dilihat, memang bersih wajahku ini tanpa jerawat atau jeragat tapi... hidupku tak sebersih wajahku. Hidupku penuh noda. Koji menolak aku sebagai isterinya kerana kisah silamku. Andai hidupku tiada kisah silam yang penuh noda, adakah Koji akan menerimaku sebagai isterinya? Aku sendiri tak pasti.
“Aku nak guna lagi cermin tu. Karang retak, kau ganti baru,” tersentak aku saat mataku terpandang Koji yang bersandar pada pintu sambil memeluk tubuh, merenung aku.
Aku cebikkan bibir. Macam aku hadap sangat dengan cermin dia. Aku kembali mengikat rambutku. Seketika kemudian aku terdengar bunyi berkeriuk di atas katil. Bila aku berpaling, dia sudah pun berbaring di atas katil dengan selesa.
Aku garu kepala sebelum berdiri, “Awak...”
“Apa?” Dengan malas, dia menyahut.
"Saya nak tidur kat mana ni?" Aku pandang dia yang dah sedia berbaring di atas katil.
"Ikut suka kau tapi yang pasti bukan atas katil ni," balasnya tanpa membuka mata.
Aku mengeluh. Nak kena tidur atas lantailah ni? Apa nak buat Dania, kau tu bukan isteri pilihan Koji.
Aku rebahkan diri di atas karpet. Kepalaku aku tampung dengan lenganku, konon bantal buatku. 
"Dani..."
"Hmm?"Sahutku tanpa memandang dia.
"Tidurlah atas katil ni. Biar aku tidur kat bawah tu."
Aku buka mata yang hampir terpejam. Aku salah dengar ke? “Tadi awak suruh saya tidur kat mana-mana je.”
“Tidur jelah atas ni. Biar aku tidur kat bawah tu!” Dia dah bangkit dari baringnya. Aku juga mula bangkit dari baringku. Kenapa dengan Koji ni?
Aku berdiri. Dia berdiri juga tapi belum sempat dia merebahkan dirinya, aku capai lengannya, “Apa kata... kita tidur je atas katil ni? Katil ni besar, kan?”
“Tak nak aku!”
“Ala, tidur jelah sekatil. Apa masalahnya? Bukan saya nak rogol awak pun...” cepat-cepat aku tekup mulut bila Koji pandang aku, tajam.
“Kalau aku yang rogol kau, macam mana?” Dia dekatkan wajahnya dengan wajahku lalu segera aku tekan dadanya, menghalang dia mendekati aku.
“Ikut awaklah nak tidur mana! Saya cadangkan kita tidur je sekatil, selesa. Dua-dua dapat tidur lena... kot,” ujar aku, separa gugup.
Koji berikan bantal yang ada di tangannya kepadaku, “Letakkan kat tengah antara kita,” ujarnya sebelum dia kembali merebahkan diri.
 “Bukan kita nak cabul dia ke apa sampai nak kena letak bantal...” gumam aku, rendah. Huh, macam kita hadap sangat dengan dia!
“Memanglah kau tak cabul aku! Aku takut aku yang tercabul kau!” Tiba-tiba dia bersuara, “Lagipun, aku rasa kau boleh je nak mencabul aku! Tambah hari tu kau pernah cium aku!”
Zup! Aku rasa mukaku panas! Cis! Benda tu jadi secara tak sengajalah!

Aku garu kepala yang tak gatal. Macam mana nak goreng koeyteow ni? Xperia aku capai lalu resipi menggoreng koeyteow aku Google. Mummy dan papa, lepas solat subuh berjemaah, kembali masuk ke bilik tetamu. Koji? Lesap jugak lepas solat subuh tadi. Tinggal aku terkapai-kapai nak memasak kat dapur.
“Takkan Google resipi lagi?” Aku berpaling ke belakang. Koji berdiri sambil memeluk tubuh. Memang gaya dia macam gitu kot. Konon kerek.
“Dah nama tak reti memasak, mestiah Google je,” balasku dengan nada sinis.
“Benda senang pun tak reti ke?” Sinis dia pula.
“Tak,” ujar aku, malas.
“Sayur dah potong?” Tanya dia.
Aku angguk.
“Udang dah kupas kulitnya?”
Aku angguk lagi.
“Cili dah kisar?”
Aku angguk lagi sekali lalu aku pandang dia yang dah berdiri di sisiku, “Awak ni kenapa sebenarnya? Kalau nak tanya benda-benda tu, baik tak payah.”
“Meh nak ajar tuan puteri kita cara-cara nak menggoreng koeyteow,” sinis Koji sambil buat muka kerek.
Aku memberi ruang kepadanya yang dah mula menyalakan dapur gas. Aku ukir senyum dalam hati, walaupun Koji yang pernah aku kenal berbeza dengan Koji yang di sisi aku ini, aku tetap rasa lega kerana akhirnya dia mula mahu bercakap dengan aku.
“Termenung apa? Tengoklah ni!” Dia jeling aku.
Aku tersentak lalu aku mula memerhatikan dia yang sedang menumis cili kering yang dikisar bersama bawang kecil. Setiap perbuatannya aku perhatikan, dalam setiap pergerakkannya bagai ada seni.
“Aku suruh tengok aku memasak, bukannya renung aku macam nak telan,” tersentak lagi aku. Ish, asyik kantoi kering je!
“Saya nak pergi buat airlah,” baru aku nak berlalu ke kabinet dapur yang ada di kiriku, tanganku ditarik oleh Koji.
“Nak lari nampak?”
“Mana ada! Saya nak buat airlah!”
“Tapi...”
“Ehem... alahai, sweetnya pasangan ni. Jealous pulak mummy,” suara dari belakang, membuatkan kami serentak berpaling.
“Mummy,” aku ukir sengih. Tangan yang dipegang Koji, aku rentap. Malunyalah mummy tengok dia main tarik-tarik aku.
“Tak payahlah nak cover, Dani. Mummy dah nampak,” giat mummy, “Sedap bau ni, masak apa?”
“Goreng koeyteow, mummy,” Koji menarik sengih.
“Hafiz masak?”
Koji mengangguk, “Saja nak tolong Dani, mummy.”
Mummy tersenyum lalu dia mendekati kami berdua, “Lega mummy tengok kamu berdua tapi kalau mummy nak tolong jugak boleh, Dani?”
Aku pandang Koji lalu aku mengangguk, “Boleh mummy.”
“Biar mummy goreng koeyteow ni. Hafiz duduklah kat depan sembang dengan papa,” ujar mummy.
Koji pandang aku, mengangkat kening bagai meminta kebenaran. Aku mengangguk, “Pergilah teman papa. Kesian papa sorang-sorang kat luar.”
“Okey, abang keluar teman papa. Don’t miss me,” tanpa aku sangka Koji tiba-tiba mencium pipiku. Darah merah mula menyerbu ke muka. Dia demam ke apa ni?

Aku duduk bersila di atas sofa. Perut yang sakit aku tekan berkali-kali. Koji keluar rumah tadi, ada practice katanya dan masih belum pulang. Tinggal aku seorang diri di rumah. Mummy dan papa sudah pulang ke rumah selepas bersarapan tadi.
Selalu kalau aku sakit perut macam ni antara dua, sama ada aku makan pedas sampai perut aku tak tahan ataupun sebab aku nak datang bulan. Yang ni aku rasa sebab koeyteow goreng yang mummy masak tadi. Pedasnya, hanya Allah saja yang tahu. Papa siap tanya aku, okey ke tak tapi aku jawab okey saja padahal lidah rasa terbakar.
Aku terdengar pintu rumah dibuka dari luar. Aku kalih memandang pintu, Koji melangkah masuk ke dalam rumah sambil menggalas gitar. Dia angkat kening memandang aku yang masih memandang dia, “Kenapa?”
“Sa...” aku ketap bibir, aduhlah perut... “...kit perut.”
Wajah Koji berubah sikit lalu dia mendekati aku yang menekan perut, “Nak pergi klinik?”
Aku geleng, “Nanti... okeylah.”
“Dah berpeluh, terketar-ketar macam ni pun tak nak pergi klinik lagi?” Suaranya kedengaran kasar tapi sedikit pun aku tak terasa. Sebaliknya aku rasa bahagia, kerana dalam kasarnya dia, terselit kerisauan di dalam suaranya.
Aku geleng lagi, “Tak nak pergi.”
“Suka hati kaulah!” Ujar dia sebelum bangkit dan meninggalkan aku yang masih kesakitan. Eh, gitu aje balasan dia? Baru aku nak panggil, aku rasa kelopak mataku berat dan duniaku terus kelam.

Aku buka mata saat terasa pipiku ditampar beberapa kali. Sakit dan perit. Sumpah! Aku tak tipu. Aku tercengang kejap bila tangan Koji menampar pipiku buat entah keberapa kali tanpa sempat aku halang, “Awak buat apa ni?! Sakit tau tak!”
Koji nampak terpempan sebelum dia terduduk di atas lantai, bertentangan dengan aku, “Kau dah okey ke ni?”
“Awak rasa? Kenapa tampar saya? Sakitlah!”
“Kau tulah! Aku naik tak sampai 20 minit, dah tak sedarkan diri. Ingatkan dah kiok! Sakit perut lagi ke?”
Aku bangun dari baringku lalu aku duduk bersila. Rambut yang terasa serabut aku betulkan sikit, “Tak sakit dah! Banyak lagi benda yang saya nak buat. Mana boleh kiok lagi,” balas aku.
“Tapi kalau Allah nak tarik nyawa kau, tadi lagi dia dah tarik tau,” balas dia pulak.
Aku pandang Koji, lama, “Saya ni banyak dosa. Allah takkan mahukan saya di sisiNya lagi.”
“Siapa cakap? Kalau kau kata kau banyak dosa, hari ni kau masih bernafas kan? Bertaubatlah. Dia kalau dia tak mahukan kau dekat sisi Dia, kenapa Dia masih hidupkan kau? Itu maksudnya Dia nak kau berubah dulu, bertaubat... Dia sedang bagi kau peluang untuk terus beribadat kepada Dia, terus memohon keampunanNya.”
Aku mengangguk lalu aku pandang telus ke wajahnya, “Tapi sebagai seorang isteri, saya perlukan redha awak kan untuk ke syurga Dia?”
Dia terdiam, lama sebelum mengangguk, “Ya.”
“Macam mana saya nak dapatkan keredhaan awak sedangkan awak membenci saya?”
Dia tunduk seketika sebelum kembali mengangkat muka, “Aku nak keluar cari makanan. Nak ikut aku tak?”
Aku ketap bibir sebelum menggeleng, “Tak nak.”
“Aku keluar dulu,” tanpa menunggu balasan aku, dia melangkah keluar.
 “Awak faham tak maksud saya, Koji? Saya perlukan redha awak, saya perlukan hati awak untuk lengkapkan hubungan kita tapi bila awak bagi reaksi macam tu, saya rasa susah untuk saya... susah untuk saya gapai hati awak, Koji. Andai saya dapat gapai hati awak...” gumam aku, sebelum meraup muka. Bersabarlah wahai Dania Ezmira, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar.

Aku duduk di birai katil sambil membalas mesej dari Aliya, buah hati Feril yang mengajak aku ke majlis pertunangan dia dan Feril. Nak pergi tapi kalau aku pergi harus aku bawa Koji sekali. Kalau aku tak bawa dia pun, sekurang-kurangnya aku wajib minta kebenaran dari dia sebelum keluar rumah.
Pintu bilikku tiba-tiba dibuka dari luar, lantas aku segera berpaling. Koji berdiri di muka pintu, berkain pelikat siap berbaju melayu dan bersongkok. Tadi petang, dia keluar aku terus masuk bilik. Tak sedar pun bila dia balik.
“Awak nak pergi surau kat bawah ke?” Aku tinggalkan telefon bimbit lalu aku berjalan kepadanya.
“Tak...” dia menggeleng lalu dia renung aku, “Kau dah solat?”
Aku geleng. Maghrib baru masuk tadi, “Kenapa?”
“Kau nak keredhaan aku, kan?”
Aku angguk.
“Jom solat jemaah dengan aku. Sementara tunggu Isya’, kita mengaji.”
Aku tak tahu kenapa aku rasa nak menangis, rasa diterima oleh Koji. Alhamdulillah dan tanpa aku menunggu lama, aku peluk dirinya, “Terima kasih awak...”
“Eh, aku dah ada air sembahyanglah!” Tegurnya.
“Ala, boleh ambik lagi nanti,” balas aku tanpa memandang dirinya. Air mata menitis di pipi. Sebak dan terharu. Aku dongakkan wajah memandang Koji, “Awak...”
“Kau menangis kenapa?”
Aku kesat mataku lalu aku sengih seketika sebelum sengihku padam kembali, “Awak...”
“Kenapa?”
“Awak...” aku ketap bibir lalu aku pandang dia, “Tadi awak kata nak mengaji sekali, kan? Tapi saya tak reti mengaji. Saya cuma tahu surah Tiga Qul saja.”
Dia nampak tenang lalu tanpa aku sedari dia kesat air mata yang masih menari-nari di tubir mata, “Jangan risau, aku akan ajar kau mengaji. Aku taklah pandai sangat tapi insyaAllah, aku akan cuba ajar kau mengaji. Boleh?”
Aku mengangguk lalu aku pegang tangannya, “Nak peluk awak sekali lagi, boleh?”
“Tak payah nak merepek! Pergi ambik air sembahyang. Aku tunggu kau kat bilik aku,” balas dia sebelum berlalu.
Tanpa sedar, ada senyum menguntum di bibir bagai tak mahu padam. Ya Allah, bantulah aku mendapat keredhaan dari dia, suamiku agar dapat aku raih keredhaan dariMu.

p/s: perghh...bapaklah lama nak nyambung cerita ni. harap maaf, saya insan biasa, ada kekurangan. maaf ye :) Bagi yang menunggu cerita Naufal-Insyirah a.k.a Dia Imamku, insyaAllah bakal terbit Februari 2014. Tunggu berita selanjutnya nanti ye? Untuk Mika-Dhiya-Faris, insyaAllah awal tahun depan jugak. Doa-doakan ye :) Sayang semua <3

21 comments:

  1. yeayyy first bace n komennn...
    twitttt~

    ReplyDelete
  2. yes koji dh jd sweet..walaupun x seberapa sweet..haahahah

    ReplyDelete
  3. Koji...beku sungguh...x suka..reject

    -SJ SAB-

    ReplyDelete
  4. Sweet aje...koji dah mula nak redha atau dalam hati memang ada taman...suka ahkak. Tq dear.

    ReplyDelete
  5. nampaknya koji dah mulai sweet2 ngan dania...

    ReplyDelete
  6. mula2 bca n3 nie..xcam lagi jln cite.. last2 br trigat.. cian kt dania.. koji ko teme jer lah dania 2.. tp apa jd kt awek koji yek..

    ReplyDelete
  7. salam kak najwa, ni first time sy drop comment kt sini...actually dah lama follow smua stories awk, ni baru nak comment...btw, all your stories ad mesej yg nak disampaikan, jalan cerita yg unik dan yg paling best, semua watak dalam semua cerita, buat sy jatuh sayang...n btw, sy kenal akak, sbb dulu sy pun belajar kat KMPP :D...kita sama kuliah :)

    ReplyDelete
  8. Wee... :) koji dah lembut ngan dania...oklah tu.hehe. Thanks akak ;D

    ReplyDelete
  9. erm...dani dh tnya koji ke psal makwe dia tu...ish x kn la minah tu btol2 mngandung kot...hailaaaa..sabor jew la dani

    ReplyDelete
  10. sweet jew, mcm x sbar jew nk tnggu part yg sterusnya...(^_^)

    ReplyDelete
  11. okeh aku mula sayang pd koji y kelat2 masam nihh.. menci betul sebb semua hero ko suka buat heroin tercedera jiwa raganya.. hahaha

    ReplyDelete
  12. sweet la koji ni..

    ReplyDelete
  13. yeayyy..tahun depan checklist book baru utk pesta buku..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.....ya...... btul tu ada beberapa termasuk yg nie.... Suka suka

      Delete
  14. Moga koji bukak hati terima damia

    ReplyDelete
  15. Wah..dah lama tunggu smbungn cerite nih..suka..suka..
    Cerita insyirah ngn naufal nk diterbitkan??mika ngn dhiya pon..wahh..tahniah2..wajib say beli due2 tuh.. :)

    ReplyDelete
  16. suka sangat!! cepat la update bab seterusnya ^^
    http://semangatuntukku.blogspot.com/#

    ReplyDelete
  17. Yeay...koji da blembut dgn dania,tp biar la koji ngn dania je ek,sbb sweet sgt dorg ni,hehehe

    ReplyDelete
  18. Best .......sangat....tetiba nak koji
    -Shafy-

    ReplyDelete