Monday 2 December 2013

Andai Dapat Kugapai Hatimu (Part 4)

Koji diam saja sepanjang perjalanan kami pulang ke rumah. Aku pula lebih selesa melihat pemandangan di luar. Sebenarnya aku tak betah ada dalam suasana senyap sunyi seperti ini. Tangan aku pantas menekan butang ‘on’ untuk menghidupkan radio.
Lagu di radio bagai menyindir aku yang sedang menagih perhatian Koji. Aku peluk tubuh lalu aku sandarkan badanku. Mataku terarah terus ke luar. Melihat langit gelap tanpa bintang. Bila agaknya Koji akan sedar kehadiranku di sisinya?
Aku kalih memandang dia yang sedang memandu, dia biasa saja, tak ada yang istimewa tapi sikapnya mampu buat aku jatuh cinta. Aku tertanya sendiri, apakah yang dimaksudkan dengan Ayu dulu tentang Koji terperangkap dengan perjanjian. Perjanjian apa?
Aku tatap lagi wajahnya. Aku akui, Koji bukanlah masuk dalam kategori handsome gila, dia kacak dengan gayanya sendiri. Banding dengan Mika, Mika menang lagi. Kalau banding dengan Ijad, Koji menang.
“Apa pandang-pandang?”

Tersentak aku kena sergah dengan Koji. Aku buat muka sebelum kembali memandang ke kiri. Pandang pun tak boleh. Kedekut! Bukan handsome pun! Sambil membebel di dalam hati, telingaku masih menangkap bait-bait lagu yang tepat kena di hidungku. Aku akan tetap menantimu, suami...

Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu

Untuk cintamu

Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu
Aku kan tetap menantimu


Sampai saja di rumah, dia terus berjalan meninggalkan aku. Aku pula mengikuti langkahnya. Sewaktu dia masuk ke bilik dan cuba menutup pintu, aku tahan pintu itu dengan lenganku! Dan aku akui, sakit nak mampus oi! “Argh! Sakit!”
“Kau ni kenapa?”
“Awak tu kenapa? Kalut sangat nak tutup pintu, saya tahanlah!”
“Kau tahan kenapa?”
“Saya nak berbincang dengan awak!”
“Bincang apa?” Dia tanya tanpa membuka pintu biliknya.
“Pasal Ayu...”
Dia buka pintu, luas, “Apa maksud kau berbincang pasal Ayu?”
“Let me in, at least!”
Dia bergerak ke belakang dan aku masuk ke dalam biliknya.
“Sekarang cerita!” Arahnya.
“Awak...” aku hela nafas panjang, “Awak dengan Ayu pernah buat er... er...”
“Er apa? Kau gagap ke apa ni?”
Aku garu kepala, “Maksud saya, awak dengan Ayu pernah buat hubungan macam er... suami isteri tak?”
Koji kecilkan mata, “Hah? Maksud kau?”
“Hubungan macam hubungan suami isterilah!” Ujar aku, geram!
“Aku tak faham. Apa maksud kau ni?” Koji kerutkan dahi.
 “Takkan nak tunjuk kot,” gumam aku, rendah.
“Kau ni pelik...” tak sempat dia habiskan kata, bicaranya mati saat aku jingkitkan kaki lalu tanganku memeluk erat tengkuknya. Bibirku bertemu dengan bibirnya.
Aku leraikan pelukan. Darah menyerbu ke muka. What did you just do, Dania? Er... muka Koji pun merah. Aku tak sengaja, aku just nak... er... tunjuk? Okey, that sounds so weird!
“Apa... apa yang kau buat tadi?” Tanya dia, tergagap.
“Er... saya... er... sorry,” tanpa menunggu lama, aku tinggalkan dia yang nyata masih terpaku. Dani, apa kau buat tadi? Habis terus persoalan tentang Ayu. Yang ada di minda cuma bayangan aku dan suami aku bercium. Haih...

Aku ketuk pintu bilik Koji, lama. Panggilan telefon yang aku terima dari mummy tadi buat aku rasa gelisah dan resah. Cepatlah buka pintu, wahai suamiku!
Baru aku nak ketuk buat kali kedua, pintu dibuka dari dalam. Koji bersandar pada tepi pintu tanpa baju, “Kau nak apa ni? Cuti-cuti pun nak kacau aku ke?”
Aku rasa pipiku panas. Seksi yang amat suami aku ni. Sejak kejadian aku cium Koji tu, kami sering mengelak dari bertembung dari satu sama lain. Aku segan, dia aku tak tahu. Segan jugaklah kot. Perihal tentang Ayu langsung tidak aku tanyakan kerana rasa malu masih bersarang di dalam hati.
“Mummy call tadi...” aku garu kepala, “They want to have dinner with us tonight together with your parents too.”
“Hah?”
“Ish, there’s no time for your hah huh heh! Kita kena beli barang dapur.”
“Kau ni... tipu aku, eh?”
“Hello, Mister Hafizi, I don’t have time to play with you, okay!”
“Bila nak keluar?” Tanya dia.
“Now would be nice, yes?” Sinis aku membalas
Dia julingkan mata, “Sure. Nak pergi dengan aku tak mandi lagi?”
“You don’t understand sarcasm, huh?” Aku buat muka.
Bum! Tanpa sebarang kata dia menutup pintu biliknya. Apa punya manusialah! Gila!

Aku capai sayur kalian yang sudah siap dipek di atas rak. Kemudian aku capai pula bungkusan tomato kecil bersama daun salad. Aku tolak troli ke depan lagi sehingga ke bahagian ayam dan daging. Aku garu kepala, kalau beli ayam nak masak apa eh?
“Apa benda yang kau beli ni?” Terkejut aku bila ditegur oleh Koji yang entah datang dari mana. Di tangannya ada dua tiga barang keperluannya.
“Foods.”
“Kau nak masak apa?”
Aku angkat bahu, “Saya bukan pandai masak sangat.”
“Tahu dah,” balasnya.
Aku buat muka. Dah tau, diam-diam jelah.
“Ibu suka makan paprik.”
Aku pandang Koji, “Hah?”
“Ibu suka makan paprik. Ayah suka makan gulai jering.”
“Awak?” Aku pandang dia.
Dia pandang aku balik. Tak fahamlah tu.
“Awak...” aku pandang ayam di depan aku sebelum kembali memandang dia, “Awak suka makan apa?”
“Aku tak kisah makan apa pun tapi...” dia pandang aku sebelum senyum sinis, “Yang pasti aku takkan makan masakan kau!”
“Eleh, jangan nak kerek sangatlah! Jangan nanti merayu-rayu nak saya masakkan!” Aku tekan keras suaraku. Geramnyalah! Berlagak nak mampus. Erghh, suami siapa entah!
“Sudahlah. Nak beli ayam ke tak?”
Aku palingkan muka lalu aku capai seekor ayam yang masih belum dipotong kepalanya lalu aku berikan kepada si lelaki yang bekerja di tempat itu, “Potong lapan ye?”
“Siap,” si lelaki tersenyum manis, “Awak ni... bekas drummer The Charlies kan?”
Tercengang kejap aku. Eh, dia kenal aku? Pantas aku menggeleng, “Salah orang kot,” aku senyum. Rambut aku yang dah panjang gini pun orang cam lagi ke?
“C’mon, Dani! You can fool everyone but not me,” Topi yang tadi tersarung di kepalanya ditanggalkan. Aku terlopong sekejap. Dia! What is he doing here?
“Kenal dah?”
Aku menggeleng, “Dah habis belum potong ayam? Saya nak cepat ni.”
“Jangan gelabah sangat Dani. Sejak bila awak kahwin dengan Koji? Tak sangka Dani yang kebal dengan lelaki, lastnya kahwin jugak, kan?” Dia hulurkan ayam yang sudah siap dibungkus kepada aku
Aku capai ayam di tangannya lalu aku terus berpaling sambil menolak troli tapi langkahku terhenti saat aku terdengar suaranya, “Leave Koji and come back to me, Dani.”
Aku berpaling kepada dia dan aku menggeleng, “Andai Koji tinggalkan aku satu hari nanti sekalipun, aku tetap takkan kembali pada kau, Adi,” dan aku terus berlalu tinggalkan tempat itu.

Aku potong carrot mengikut resipi di dalam buku tapi potongan aku semuanya macam... alahai, hodohnya. Macam mana nak makan kalau gini rupa bentuk carrot aku? Ni baru carrot, yang lain-lain? Kelaut jugak!
“Kau potong carrot ni nak buat paprik ke nak buat coleslaw?” Entah bila dia berdiri di sebelah aku di meja.
Aku muncungkan mulut. Perangai bebal aku dah datang, kalau ada benda yang aku tak boleh buat dan ada orang tegur, mesti mulut nak muncung ke depan tapi sisi aku yang ini cuma orang yang rapat saja yang tahu.
“Dah, tepi! Biar aku buat. Nama je perempuan tapi tak reti buat kerja dapur, buat apa jadi perempuan?”
Aku buat muka, “Membebel pun kerja orang perempuan. Tak tahu pulak awak ni perempuan!”
“Dah masak nasi?” Dia bertanya tanpa memandang aku.
“Dah.”
“Selain paprik, kau nak masak apa?”
Aku sengih, “Sup telur.”
Dia pandang aku, “Reti ke?”
“Itulah masakan yang paling saya terror masak tau!”
Dia ketawa kuat. Aku terkaku kejap. Dah lama tak nampak dia gelak macam tu. Last aku nampak dia gelak macam tu bila aku dan dia melepak di balkoni apartment kami, sebelum aku kembali ke rumah papa. Lama aku perhatikan tawanya. Matanya yang tak besar mana mengecil saat dia tertawa, bibirnya yang nampak merah itu mengingatkan aku dengan peristiwa... oh, damn! Dania Ezmira, stop! Stop right there! Jangan nak mula ingat benda-benda tu.
“Kau kenapa? Tergeleng kiri kanan,” tegur Koji sambil mengangkat kening.
“Tak ada apa-apa,” aku cepat-cepat berlalu ke sinki lalu aku pura-pura membersihkan telur yang sebenarnya dah aku bersihkan tadi.
“Dani...”
“Ye?” Sahut aku, lembut. Debar. Jantung aku dah jadi lain macam.
“Kenapa hari tu kau cium aku?”
Prak! Terlepas telur di tanganku jatuh ke sinki. Pecah! Apa tanya soalan tu sekarang? “Saya... er...”
“Kenapa?”
“Sebab... awak tu lampi sangat bila saya cakap pasal hubungan macam suami isteri tu...” balas aku perlahan.
“Perlu ke sampai cium aku?”
“Tindakan refleks sebab geram awak tak faham maksud saya,” ujar aku, laju. Tindakan refleks? Apa bodoh sangat alasan kau ni, Dani!
“Oh, ye ke geram sebab aku tak faham ke kau geram sebab aku kacak sangat?”
Aku berpaling pandang dia, “Awak kacak? Euw... handsome lagi cashier dekat kedai anney kat bawah tu,” balas aku. Cashier kedai anney handsome? Euweerr... Bangladesh kot, Dania. Dania has totally lost her mind! Lain kali, cuba ambik lelaki yang handsome macam A... di... Pantas aku pejamkan mata, why did you come back, Adi?
“Hamid tu lagi handsome dari aku? Mata kau memang bermasalah,” ujar dia sambil memotong shitake mushroom yang turut aku beli tadi.
Aku buat tak tahu. Karang balas lagi, kena balik dekat aku.
“Tadi...” dia diam sebelum kembali menyambung, “Aku nampak kau cakap dengan budak potong ayam tu. Kau kenal dia?”
Aku mengeluh, “Kenallah jugak.”
“Adi Khusyairi, kan?”
“Awak kenal dia?”
“Siapa tak kenal dia? Vokalis Nerdy Geeks, kan?”
“Hmm...” balas aku, malas.
“Apa hubungan kau dengan dia? Aku dengar cerita drummer The Charlies tu bercinta dengan vokalis Nerdy Geeks, betul ke?”
“Pernah! Pernah bercinta. Get you fact right!”
“Kenapa kau tak go on je dengan Adi tu? Kenapa korang putus?”
“Saya kena tinggal dengan dia sebab dia ada orang lain. Dia pilih perempuan yang betul-betul perempuan dan bukan saya. Alasan yang dia bagi sama macam alasan awak dulu, saya tak layak jadi isteri orang,” aku menggeleng sendiri sambil tersenyum.
Dia diam terus. Sudah berhenti bertanya, aku pula sudah tak bersuara. Well, silence is too loud... sometimes.

Bersambung...

p/s: cerita ni bakal jadi mss ketiga saya. mss pertama saya, ADDV saya akan rewrite balik, tajuk pun tukar. hehe... dan cerita ni tak habis kat blog. Doakan saya berjaya habiskan mss dua-dua cerita ini secepat mungkin. InsyaAllah :)

12 comments:

  1. Aminnn....akak doakan u berjaya buat..:D

    ReplyDelete
  2. alah cik writer...lama lagi lah cam gitu nk baca full story ..huhu..well anyway.. all the best lah cik writer^^

    miss n.

    ReplyDelete
  3. pendeknya n3 kali nie. :(
    hopefully dapat baca full version secepat mungkin. ;)

    [naimah]

    ReplyDelete
  4. adi ni pun macam koji gak pandang luaran je..

    ReplyDelete
  5. Dah bleh borak balik dah..oklah tu.hehe. Thanks akak :) n good luck too ;)

    ReplyDelete
  6. Suka cerita awak

    ReplyDelete
  7. ai sokonglah sesangatttttt... go dani gooo

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum, singgah baca cerita di sini dan follow. Salam penulisan. Jemput ke blog saya pula ya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  9. Salam Cik Writer, kita suka...suka.....suka.....sambungla laju laju.... Plissss.... Plissss

    ReplyDelete
  10. tak sabr nk smbung bce crite ni....

    ReplyDelete
  11. salam Najwa..just nk tgur ckit..ada typo "Get youR fact right!"

    ReplyDelete