Tuesday 10 September 2013

From Alor Star to Kuala Terengganu, I Fall In Love (Naqi-Yaya)


Dia mengerling ke dalam isi bas. Masih banyak tempat kosong yang belum berpenghuni. Dia membetulkan hoodie yang tersarung di kepala. Headphone yang berdentum dengan suara Joel Madden disarung ke kepala.
Dia pandang ke luar tingkap. Masih ada ramai orang di terminal. Matanya tepat memandang perlakuan seorang gadis yang memakai kemeja kotak-kotak. Si gadis kelihatan begitu sedih untuk berpisah dengan seorang perempuan yang dia kira sebagai ibu si gadis.
Bibirnya menguntum senyum sinis. Sedih sangat ke berpisah dengan mak dia? Aku? Mama tak sudi pun nak hantar aku ke terminal. Papa apatah lagi. Dia berbisik sendiri. Tergeleng-geleng kepalanya. Matanya dipejam, rapat. Dia mahu tidur.
Bunyi kerusi terhenyak di tempat duduk di sebelahnya buat dia kembali membuka mata. Dikerling orang di sebelahnya. Si gadis berkemeja kotak-kotak!

“Hai!” Seperti sedar dia diperhatikan, si gadis menegur, “Nak pergi Kuala Terengganu?”
Kening dijungkit. Perempuan ni demam ke apa? Dah sah aku naik bas nak pergi Kuala Terengganu, kan? “Tak, nak pergi Johor.” Sinis suara si lelaki.
Si gadis tersenyum, “Haha... my bad! Mestilah pergi KT, kan?”
Si lelaki diam. Malas nak melayan.
“Saya Ilya Nazirah. Orang panggil Ilya tapi kalau nak manja sikit, panggil ‘Baby’,” si gadis cuba berseloroh.
Si lelaki mengerling, “Ada?”
Si gadis terpinga-pinga, “Ada apa?”
“Ada aku tanya nama kau apa?”
Erk! Terdiam si gadis. Dinginnya mamat ni!
Ilya mengerling si lelaki di sebelahnya. Dingin dan beku. Sombong. Kerek. Berlagak dan... macam-macam lagi tanggapan tak elok yang otaknya cakap pasal lelaki itu.
“Kenapa?”
Tersentak Ilya ditegur lelaki sombong itu.
Si lelaki buka mata yang dipejam sedari tadi dan terus memandang Ilya.
“Awak memang spesies sombong dan berlagak macam dunia ni awak yang punya, ke?”
Si lelaki terkejut dengan pertanyaan Ilya, “Kau memang jenis direct je kan?”
Ilya tersenyum, “Buat apa nak bersimpang siur bila kita boleh tanya straight je.”
“Aku malas layan kau.”
Ilya buat muka, “Eleh, tadi sebelum bas jalan pun awak cakap benda yang sama. Awak layan jugak saya ni.”
Si lelaki menggeleng. Volume i-Pod di kuatkan, sehingga Ilya boleh dengar bunyi berdentum dari headphone si lelaki. Tanpa mempedulikan Ilya, dia menyarung headphone .
Ilya ukir senyum sinis, “Gila!”
Si lelaki buang pandang ke luar tingkap. Gelap. Tak ada apa yang boleh dilihat tapi matanya tak mengantuk. Kali pertama dalam sejarah dia tak mengantuk dalam perjalanan jauh. Dulu sewaktu belajar di MCKK, sekejap saja dia sudah terlentok di dalam bas ketika perjalanan pulang ke rumah.
Tiba-tiba dia terasa bahunya dicuit. Dia berpaling pada Ilya yang tersengih memandangnya. Dia melurut headphone turun dari kepala, “Kenapa?”
“Jom sembang. Saya bosan.”
“Tidur jelah.”
“Tapi saya nak sembang dengan awak,” Ilya tersengih, lebih lebar dari tadi.
“Kau jangan merepek boleh?”
Ilya menjuih bibirnya ke depan. Si lelaki naik dari Alor Star tapi tutur katanya tak ada bunyi utara langsung, “Awak ni, tak baik menghampakan permintaan saya tau?”
“Kau ingat aku peduli?” Si lelaki menjawab.
Ilya mengeluh, “At least bagitahulah nama awak.”
“Megat Naqiuddin. Dah? Puas?”
“Orang panggil awak apa? Naqiu? Din? Que? Naqi? Megat?”
Naqi tepuk dahi, “Kau memang spesies tak faham bahasa, kan?”
“Panjang sangatlah Megat Naqiuddin tu,” tanpa mengendahkan komen Naqi, Ilya bersuara.
“Naqi. Panggil aku Naqi.”
“Saya nak panggil Din, boleh?”
Naqi dah tak lalu melayan kerenah si gadis berkemeja kotak-kotak, “Suka hati kaulah asalkan kau jangan kacau aku.”
Ilya sengih keji, “Naqi, jom sembang!”
Naqi menjeling Ilya di sebelah, memang tak reti duduk diam!

“Tadi aku nampak kau menangis kat terminal. Kenapa?”
Bas yang baru masuk Tol Sungai Petani Utara tidak menganggu perbualan mereka berdua. Entah kenapa, dari tak nak layan Ilya, Naqi dah terjebak bersembang dengan Ilya.
“Oh, sebab saya tengah sedihlah! Saya nak tinggal ibu, mestilah sedih tapi mana awak tahu saya menangis?”
“Aku ternampak.”
Ilya ukir sengih, “Awak stalk saya?”
“Dalam mimpi!”
“Sebenarnya...” Suara Ilya yang perlahan buat Naqi berpaling pada Ilya. Mata gadis itu berkaca, “Sebenarnya... ayah saya baru meninggal bulan puasa itu hari. Jadi saya jadi sedih sikit nak tinggal ibu dekat sini.”
Naqi terpempan, “Sorry to hear that.”
“It’s okay! At least I know he’s safe there.”
Naqi terdiam, dah tak tahu nak membalas.
“Ibu saya, nampak kuat tapi dalam hati dia tak ada siapa tahu. Nasib baik adik lelaki saya dah habis belajar, lega sikit nak tinggal ibu dekat Alor Star tu sorang-sorang.”
Naqi mengangguk, “Adik kau dah habis belajar?”
Ilya mengangguk, “Dia baru habis diploma. Saya tak pasti bila dia nak sambung degree.”
Naqi diam.
“Awak ni, banyak mulut jugak rupanya ya?”
Tersentak Naqi ditegur Ilya yang tiba-tiba mengukir sengih.
“Ah, malas layan kau!” Hoodie ditarik menutup muka.
“Ala, janganlah macam tu. Jomlah bersembang lagi!”
Naqi sembunyi senyum yang mahu menguntum. Suara Ilya yang merayu itu memberi rasa yang lain macam di dalam hatinya.
“Kau nak sembang apa?” Dia bersuara.
Ilya menguntum senyum, “Nak cerita pasal isu semasa?”
Hoodie ditolak ke belakang, “Bosan gila!”
Ilya garu kepala, “Cerita pasal movie?”
“Aku tak suka tengok movie.”
Ilya dah berkerut dahi, “Drama melayu?”
“I have allergies on those lovey-dovey dramas.”
“Habis nak cerita pasal apa?”
Naqi buang pandang ke luar tingkap, “Apa kata kita cerita pasal...”
“Pasal...?” Ilya jungkit kening.
“Pasal kita,” dan Naqi berpaling pada Ilya.

“Kau sekolah mana dulu?” Naqi bertanya sambil matanya membuang pandang ke luar tingkap.
“Menengah ke rendah?”
“Apa kata kalau kau cerita dari kau tadika?” Sinis suaranya sambil matanya mencerun pada Ilya, “Sekolah menengah dahlah!”
“Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, Alor Star. Awak?”
Naqi pandang Ilya, “Harian biasa?”
Ilya mengangguk, “Awak sekolah mana dulu?”
“MCKK.”
“Malay College Kuala Kangsar?” Ilya terlopong, “Seriously?”
“Apa muka aku ni tak layak ke masuk sekolah tu?”
“Bukanlah tapi entah... saya terkejut.”
Naqi mengangguk.
Ilya gigit bibir bawah, “Awak nak pergi Terengganu buat apa?”
“Interview kerja.”
“Eh, awak dah habis belajar?”
“Kenapa?”
“Ingat awak budak kolej lagi. Gaya tak ada macam nak pergi interview je.”
Naqi senyum sinis, “Heard that a lot. Nampak sangat aku awet muda, kan?”
Ilya ukir senyum, “Bukan awet muda tapi awak tu tak sedar diri tua.”
Naqi menjeling dan Ilya cuma angkat dua jari, menunjukkan simbol ‘PEACE’.
“Awak interview dekat mana?”
“Kerteh.”
“Mesti awak orang minyak, kan?”
“Hah?”
Ilya tepuk dahi, “Maksud saya bukan orang minyak yang pergi rumah orang kampung merogol anak dara orang tu tapi maksud saya, awak belajar oil and gas.”
Naqi mengangguk saja, “Ingatkan kau nak cakap aku ni orang minyak yang merogol orang tu.”
Ilya ketawa, “Awak ni comellah bila buat muka terlopong macam tu.”
Ah, sudah! Comel gila dia ketawa macam tu. Naqi buang pandang ke luar tingkap lagi. Hatinya terdetik satu rasa lagi.

“Dulu awak belajar dekat universiti mana?” Naqi tersentak. Hampir lima belas minit mereka membisu, sangkanya Ilya sudah tidur.
“Kau bukan dah tidur ke tadi?”
“Taklah. Saya tengah godek-godek beg ni ha. Cari MP3 saya.”
Godek-godek? Comelnya! Naqi tersenyum di luar sedar, “Kau memang tak tidur ke kalau naik bas?”
“Tidur je. Selama ni berulang-alik dari Alor Star ke Kuala Terengganu, saya tidur elok je.”
“Dah tu hari ni kenapa kau terlebih ramah ni?”
“Entah, sebab saya nak sembang dengan awak kot!” Ilya menghulurkan sesuatu kepada Naqi, “Nak keropok durian?”
Naqi tersenyum, “Kau ni kelakar.”
Ilya pula terkaku di tempatnya. Dia... senyum. Senyum manis. Sangat!
“Kau kenapa ni?” Senyuman mati.
“Tak... tak ada apa-apa.”
Naqi membetulkan duduknya. Tersilap bagi senyuman dekat Ilya tadi, “Kau tanya apa tadi?”
Ilya garu kepala, “Er... nak keropok durian?”
“Bukan yang tu!”
Ilya berkerut dahi memikirkan soalan yang dia tanya pada Naqi tadi, “Hah! Dah ingat!” Dia terjerit.
“Slow sikit suara tu. Orang lain tengah tidur.”
Ilya tekup mulut, “Oopss! Sorry!”
“Apa soalannya?”
“Awak belajar kat universiti mana dulu?”
“University of Leeds.”
“United Kingdom?”
Naqi mengangguk, “Kenapa?”
“Hebatlah awak!”
Naqi ukir senyum sinis, “Apa yang hebatnya?”
“Yelah, bukan semua dapat belajar dekat luar negara. Kira hebatlah tu. Saya teringin jugak nak pergi UK tapi tak ada rezeki.”
“Belajar rajin-rajin lepas tu sambunglah Master dekat luar negara,” usul Naqi.
Ilya menggeleng, “Not that easy. Ibu macam mana? Adik saya mesti nak sambung belajar jugak. Saya baru nak masuk last year. Tinggal lagi setahun. Lepas habis belajar, saya nak terus kerja. Nak tolong ibu.”
“Kau anak sulung?”
Ilya mengangguk.
“Best ke ada adik?”
Ilya sengih, “Best sebab ada teman gaduh, teman gosip, teman ketawa, teman menangis...”
Naqi senyum tawar, “Untunglah kau.”
“Awak anak tunggal ke?”
Naqi menggeleng, “Aku anak bongsu tapi abang kakak aku tak peduli pun aku wujud ke tak.” Mama dan papa pun anggap aku tak wujud dalam hidup dia orang.
Ilya tercengang.
“Aku tahu kau tak faham maksud aku. Tak apalah, buat-buat faham je.”
Ilya mengangguk. Dia memang tak faham.
“Kau belajar dekat universiti mana?”
“Universiti Malaysia Terengganu.”
“Best?”
“Bolehlah!” Ilya ketawa.
“Aku cemburu dengan kau.”
“Hah, kenapa?”
Naqi senyum tawar, matanya memandang permandangan di luar yang kelam, “Hidup kau, penuh warna warni tapi hidup aku tak. Hidup aku cuma ada satu warna. Hitam.”

Ilya garu kepala, “Apa maksud awak?”
“Kau, walaupun cuma ada ibu dan tak ada ayah, aku rasa hidup kau mesti bahagia kan?”
Ilya mengangguk.
“Aku, ada mama papa tapi aku rasa macam dia orang tak pernah ada. Sejak aku kecik, aku dihantar masuk ke sekolah asrama. Habis UPSR, aku masuk MCKK. Setiap kali cuti, aku balik rumah tak pernah ada yang menjemput aku kecuali bibik. Abang dengan kakak aku langsung tak kenal aku. Dia orang ingat aku anak bibik padahal pangkal nama kami sama, Megat.”
Naqi hela nafas, “Waktu aku lahir, abang dengan kakak aku tak ada. Semuanya di hantar ke sekolah asrama, balik rumah bukan mama yang pegang aku tapi bibik. Bibik yang jaga aku sampai aku darjah satu. Sebab itu dia orang ingat aku ni anak bibik. Habis SPM, aku dimasukkan KYUEM. Habis A-Level, terus dihantar ke Leeds tanpa aku sempat kenal parents aku, abang kakak aku.”
“Takkan waktu cuti sekolah pun awak...”
“Waktu cuti sekolah, aku dihantar ke tuisyen private dan kelas agama. Dari pagi ke malam, aku cuma hidup dekat rumah cikgu tuisyen aku. Balik rumah cuma untuk tidur.”
Ilya terdiam, “Saya tak tahu.”
Naqi menggeleng, “Bukan salah kau. Tak ada sesiapa tahu kisah hidup aku. Waktu graduation day aku, yang datang bukan parents aku tapi bibik aku dan driver papa aku.”
Ilya terdiam tanpa kata. Dalam hatinya terbit rasa kasihan pada Naqi.
“Sebab tu jugak aku tak berapa pandai nak bergaul dengan orang sebab aku tak tahu sangat nak berkawan. Kau orang pertama yang nak bercakap dengan aku. Sebelum ni, semua tak berani nak tegur aku sebab aku dingin sangat. Waktu aku sekolah, aku tak ramai kawan. Orang cakap aku ni asal Antartika sebab dingin je dengan orang.”
Ilya mencuit bahu Naqi dengan botol air, “Sekarang ni awak ada kawan baru.”
“Siapa?”
“Saya!” Ilya senyum.
“Kau? Tak naklah! Banyak cakap sangat,” balas Naqi tanpa memandang  Ilya namun bibirnya terukir senyum. Kau orang ketiga yang ikhlas nak kawan aku lepas Hairul dan Faris.

Entah bila, Naqi dan Ilya sama-sama tertidur. Tadi lepas bersembang pasal kehidupan keluarga Naqi yang sedih, mereka terus diam dan terus hanyut dalam mimpi. Naqi yang sedang nyenyak tidur terasa tidurnya terganggu bila bahunya dicuit orang. Terpisat-pisat dia buka mata.
“Kau nak apa ni?”
“Saya terjaga. Saya tak boleh tidur. Saya takut dengan gaung-gaung kat jalan ni.”
“Dah tu kau kejut aku, aku boleh buat apa?”
“Teman sayalah.”
“Aku mengantuk.”
“Awak suka naik bas?” tanpa mempedulikan rungutan Naqi, Ilya bertanya.
“Suka.”
“Sebab?”
Naqi ukir senyum walaupun matanya masih tertutup rapat, “Sebab aku bebas dari driver mama dan papa aku.”
“Oh, awak ada driver sendiri?”
“Sort of.”
“Best tak?”
“Mula-mula dulu best tapi lepas setiap kali singgah kat tempat ni, singgah tempat tu kena lapor dengan Tuan Megat dan Puan Raja, jadi rimas.”
“Tuan Megat?”
“Papa aku. Dia sebenarnya tak bagi aku naik bas, tak kena dengan taraf dia. Aku nak drive sendiri, tak bagi sebab sayang kereta-keretanya yang berlambak dekat porch rumah tu. Dia suruh aku pakai driver, aku tak nak! Aku rasa terkongkong jadi aku naik bas. Aku rasa bebas.”
“Awak memang asal Alor Star ke?”
Naqi menggeleng, “Aku bercuti dekat Alor Star. Aku bukan orang Alor Star.”
“Patutlah awak cakap tak bunyi Kedah langsung.”
“Kau pun sama.”
“Eh, saya kalau dengan orang luar memang tak cakap loghat utara. Takut orang tak faham.”
“Yeah right!”
“Awak tak rindu parents awak?”
“Rindu dekat parents tu macam mana? Aku tak tahu.”
Ilya terdiam.
“Aku dapat interview dekat Kerteh ni pun dia orang tak tahu. Bagi parents aku, once aku dah dapat pelajaran secukupnya, aku kena hidup berdikari tapi berdikari di dalam lingkungan kawalan mereka. Papa aku suruh aku kerja dengan kawan dia tapi aku tak nak. Cukuplah dia orang atur hidup aku. Aku nak atur hidup aku sendiri.”
Ilya senyum, “Buktikan pada parents awak, awak boleh!”
“I don’t think they care.”
“They will. Parents mana yang tak sayang anak?”
“Mine!” Naqi menjawab sambil menyengetkan kepalanya ke arah Ilya.
“Awak je yang fikir macam tu.”
Naqi angkat bahu, “Change the topic please, talking about them gave me nausea.”
“Umur awak berapa?”
Naqi ukir senyum nakal, “Teka sampai dapat.”
“Eleh... mesti umur awak 25 kan?”
Naqi geleng, “Salah.”
“Eh, bukan?”
“Kau umur berapa tahun ni?”
“Saya baru 23 tahun.”
“Aku 24 tahun, tua setahun dari kau.”
“You, what?!”

“Kau ni mulut bisinglah!” Naqi mengguman di bawah hoodie. Berlakon.
Ilya yang turut berlakon pura-pura tidak mendengar kata-kata Naqi. Tadi lepas dia terjerit tentang umur Naqi, pemandu bas terkejut dan terus menekan brek. Nasib baik tak ada kereta di belakang bas, kalau tidak...
“Dah boleh jalan. Tak ada apa-apa.”
“Siapa yang menjerit tadi? Terkejut aku.”
“Entah, adalah kot sapa-sapa tu. Mengigau kot.”
Suara pemandu bas dan co-drivernya buat Ilya dan Naqi masing-masing menahan ketawa.
“Semua salah kau.”
“Apa saya pulak!”
Naqi menggeleng, malas nak bertekak dengan Ilya.
“Naqi?”
“Apa?”
“Awak memang tua setahun dari saya?”
Naqi senyum dan mengangguk, “Aku baru habis belajar sebenarnya. Kenapa?”
“Tak percaya. Ingatkan awak 25 tahun.”
“Aku habis belajar tahun lepas, baru balik Malaysia dan terus bercuti satu Malaysia. Tiba-tiba minggu lepas bibik kata aku dapat interview kerja. Aku on jelah!”
“Awak lompat kelas ke dulu?”
Naqi mengangguk, “Pandai kan aku?”
“Pandai,” Ilya mengangguk-angguk. Memang pandai.
Naqi senyum. Comel budak ni, “Dahlah, tidurlah. Kalau kau takut gaung tu, tidur mengiring dekat aku. At least kau nampak aku, bukan gaung.”
Ilya mengiring ke kanan dan terus pejam mata, “Hmm... awak kalau senyum, boleh mendamaikan jiwa saya. Senyum selalu, okey?”
Senyuman Naqi mati. Did she just said...? Hoodie ditarik ke belakang. Wajah Ilya yang sudah terlena dia amati dengan bersungguh-sungguh. Kenapa ada rasa lain dalam hati aku bila pandang dia? Aduh parah, tak sampai dua puluh empat jam kau kenal dia, Naqi!

Ilya buka mata yang terasa kelat bila bas SP Bumi itu tiba-tiba berhenti di sebuah kedai makan. Dia pandang ke kanan. Cahaya di dalam bas membolehkan dia merenung wajah Naqi. Tadi gelap, tak nampak sangat wajah Naqi. Naqi ni boleh masuk dalam kategori makhluk Tuhan yang kacak.
Walaupun rambutnya agak serabai sikit tapi itu sikit pun tak mencacatkan wajah Naqi bahkan ia membuatkan Naqi kelihatan lebih kacak.
Anak teruna orang, Ilya. Hang dok renung apa? Bisik hatinya. Ilya menggeleng perlahan, awat hang ni Ilya? Jatuh cinta pulak? Jangan oii... ni anak Tuan Megat dan Puan Raja. Hang tu anak Encik Nazri dengan Puan Hajar ja.
“Kau tergeleng-geleng kenapa?”
Terkesima kejap ditegur Naqi, “Tak ada apa-apa.”
“Kau keluar kejap. Aku nak turun pergi toilet,” Naqi memberi arahan. Tanpa bantahan, Ilya keluar dari tempat duduknya dan Naqi terus turun meninggalkan Ilya.
Ilya pegang dada, kenapa rasa macam tak normal degupan jantung aku ni?

Ilya mengunyah sandwich telur yang telah dibekalkan oleh ibunya. Degupan jantungnya sudah kembali normal namun dia rasa dia seperti sedang terbang di langit. Fikirannya seolah-olah melayang. Aku dah kenapa?
“Kenapa kau ni?”
Tersedak Ilya saat batang tubuh Naqi berdiri di depannya.
“Mana ada apa-apa.”
“Keluarlah, aku nak masuk.”
Ilya bangkit dan terus keluar dari tempat duduknya, memberi laluan kepada Naqi. Wajah Naqi tampak sedikit segar setelah pulang dari tandas.
“Awak nak tak?” Naqi yang baru bersandar berpaling ke kiri bila suara Ilya menyapa telinganya.
“Apa tu?”
“Sandwich telur dan tuna. Ibu saya bekalkan sebab ibu tahu saya takkan turun dari bas kalau bas berhenti. Ambiklah satu. Sedap ooo sandwich telur ibu saya buat. Best in the world.”
Naqi mencebikkan bibirnya, “Kalau tak sedap?”
“Hei, tak baik tau cakap gitu. Awak tak rasa lagi, cuba rasa dulu. Terangkat awak nanti.”
“Terangkat pergi mana? Langit ketujuh?” Sinis. Dingin. Beku.
Ilya memuncungkan mulutnya, “Tak nak sudah!”
Naqi tersenyum. Eh, budak ni dah pandai nak merajuk pulak! “Bagi aku satu.”
“Tadi banyak sangat komen, itulah inilah...” separuh membebel Ilya menggumam.
“Ilya Baby, Abang Naqi nak satu boleh?”
“Euww...” Ilya buat muka bila Naqi memanggilnya baby.
“La, tadi waktu perkenalkan diri kau kata nama manja kau baby. Aku panggillah kau baby.”
Ilya buat muka, “Tu untuk breaking the ice lah brother!”
“Dah tu, pecah tak aisnya?”
“Hah?”
“Breaking the ice?”
“Nak pecah amende? Beku tahap apa entah. Dingin je.”
“Perli akulah tu.”
Ilya ukir senyum sinis, “Terasa ke?”
Naqi menghulurkan tangan kanannya, “Aku lapar. Nak sikit sandwich telur ibu kau yang best in the world tu.”
Ilya ukir senyum, “Serius, best in the world,” sandwich telur bertukar tangan.
Dengan lafaz bismillah, Naqi menggigit sandwich telur itu. Lama dia terdiam sebelum kembali bersuara, “I can taste...”
“Sedap kan?”
“I can taste mother’s love from this.”
Ilya terdiam. Naqi nampak bersungguh-sungguh menghabiskan sandwich telur yang diberi Ilya.
“Naqi?” Ilya menegur Naqi yang merenung sandwich telur yang sudah tinggalk lagi sedikit di tangannya.
“Aku tak pernah makan makanan yang dimasak oleh seorang ibu. Ini kali pertama. Walaupun rasanya biasa je tapi aku dapat rasa sentuhan seorang ibu di dalam sandwich telur ni.”
Ilya rasa nak menangis. Sedih. Simpatinya jatuh pada Naqi. Bekas lutsinar yang berisi sandwich telur dan tuna dihulur pada Naqi, “Awak nak? Saya dah kenyang.”
Naqi memandang Ilya lama dan dia mengangguk di luar sedarnya.

Ilya membelek MP3 di tangannya. Kekok dia rasa sejak kejadian awak-nak-sandwich-telur-ibu-saya-buat yang menjadikan Naqi lebih senyap dari mula mereka kenal.
“Kenapa...”
Ilya berpaling ke kanan.
“Kenapa kau tekan MP3 kau tu sampai nak pecah?” Tanya Naqi, separa kerek.
“Eh, biarlah! MP3 saya bukan MP3 awak.”
“Apa erti kehidupan pada kau?”
Jemari Ilya yang masih menekan-nekan MP3nya terhenti. Perlahan-lahan dia memandang Naqi yang sedang merenung langit yang gelap, “Kenapa?”
“Bagi aku, hidup ni macam game perang. Kau yang tentukan arah hidup kau. Kalau kau tersilap langkah, kau meletup terkena bom. Kalau kau rancang betul-betul, buat strategi, insyaAllah kau akan selamat tapi...”
“Tapi?”
“Tapi bila semuanya dirancang, hidup jadi bosan. Macam duduk dalam sangkar. Tak bebas nak berlari, kena ikat di kaki.”
“Sebab tu awak tak boleh samakan game perang dengan hidup kita ni. Game tu lain. Hidup kita lain. Bagi saya, kehidupan ni macam pentas lakonan yang berlakon secara spontan. Awak mainkan watak awak dan saya mainkan watak saya. Kita ikut skrip yang ditentukan Allah, yakni takdir hidup kita. Semuanya unpredictable. Kita diberi pilihan, pilih salah satu dan kita akan berjalan, mengikut takdir yang Allah tulis untuk kita. Baik jalan yang kita pilih, baik jugaklah hidup kita tapi macam saya cakap, life is unpredictable. Mana tahu di tengah jalan kita terjumpa ujian-ujian besar sebelum kita sampai ke destinasi.”
Naqi senyum, “Kau dah macam A. Samad Said.”
“Lah, saya serius ni.”
“Kita jumpa hari ini bukan kebetulan, kan?”
Ilya menggeleng sambil tersenyum, “Tak, tak ada kebetulan dalam hidup kita. Semuanya telah Dia takdirkan untuk kita.”
Dan Naqi turut tersenyum. Terima kasih Allah kerana membawa dia kepada aku.

Ilya memandang Naqi yang sudah tertidur. Dia pasti bila dia tertidur tapi dia ingat lagi tadi mereka bersembang tentang erti kehidupan. Samsung Galaxy Mini dikeluarkan dari poket sweater dan diam-diam dia menangkap gambar Naqi. I’ll keep this as a token of friendship.
“Kita dah sampai mana?”
Ilya yang sedang tersenyum merenung wajah Naqi yang terpampang di skrin telefon bimbitnya terus mati senyumannya, “Setiu.”
“Kau buat apa tu?”
“Mana ada buat apa-apa.”
“Nampak gelabah ayam je.”
Ilya angkat kening, “Saya ada rupa ayam ke?”
“Adalah sikit. Mulut bising serupa ayam berkokok pagi-pagi buta.”
Pap! Bahu Naqi dia pukul dengan botol air mineral yang kosong.
“Sakitlah!”
“Siapa suruh cakap saya macam ayam.”
Naqi ukir senyum mengusik, “Okeylah, macam itik. How’s that sound?”
“Ei, awak tu serupa penguin!”
Terdiam Naqi seketika sebelum ketawa, “Penguin comel. Kau cakap aku serupa penguin. Kau sebenarnya nak cakap aku ni comel macam penguin, kan?”
“Urgh! Perasannya.”
“Jangan malu-malu, aku tak kisah kalau kau nak puji aku. Aku faham. Aku memang comel.”
Ilya buat muka.
“Ilya.”
“Ya?” Dia berpaling ke kanan dan tercengang saat Naqi mengambil gambarnya.
“Megat Naqiuddin!”
“I’ll keep this as a token of our friendship, kay?”
“Mana aci. Saya tak ada gambar awak,” Ilya buat muka sedih.
“Kau ingat aku tak tahu kau curi-curi ambik gambar aku tadi?”
Ilya tersipu-sipu, “Awak tahu?”
“Aku dah jaga pun tadi.”
Ilya buat muka, “Fine!”
“Ilya.”
“Ya?” Sahutnya tanpa memandang Naqi.
“Jom ambik gambar berdua.”
“Hah?” Dia berpaling kepada Naqi dan dia lihat Naqi tersenyum. Darah menyerbu ke muka. Kenapa muka dia nampak comel sangat ni?

Mereka terus bersembang selepas mengambil gambar berdua. Entah kenapa Ilya mengikut kata-kata Naqi dan entah kenapa Naqi mengusulkan cadangan seperti itu.
Perbualan yang mulanya kekok menjadi ceria saat Ilya bercerita tentang pengalamannya menangkap ayam. Mereka ketawa, mereka bercerita seolah-olah hanya ada mereka di dalam bas itu.
“Naqi...”
“Ye?”
“Saya mengantuk.”
Naqi mengangguk, “Tidurlah.”
“Tak apa ke?”
“Lah, kenapa pulak?”
“Nanti awak nak sembang dengan siapa?”
Naqi angkat bahu, “Nanti aku akan tertidur sendiri.”
“Nak kongsi dengar ni?” Ilya menghulur earphonenya kepada Naqi.
“Aku ada lagu sendiri.”
Ilya ukir senyum, “Yeah, right! Lagu yang buat orang boleh terjaga dari tidur.”
Naqi menggeleng namun earphone itu di capai, “Lagu apa ni?”
“Can’t help falling in love.”
“Euw, cheesy!”
“Dengar jelah.”
Disumbat earphone ke telinga. Mata mengerling pada si gadis yang sudah memejamkan mata. I can’t help falling in love with you, Ilya.

Wise men say only fools rush in
but I can't help falling in love with you
Shall I stay
would it be a sin
If I can't help falling in love with you

Like a river flows surely to the sea
Darling so it goes
some things are meant to be
take my hand, take my whole life too
for I can't help falling in love with you

Like a river flows surely to the sea
Darling so it goes
some things are meant to be

take my hand, take my whole life too
for I can't help falling in love with you
for I can't help falling in love with you


“Kuala Terengganu! Kuala Terengganu!”
Ilya membuka mata. Naqi di sebelahnya turut membuka mata.
“Eh, dah sampai Kuala Terengganu?” Tanpa mempedulikan Naqi, dia segera mengemaskan barang-barangnya dan terus berdiri. Dia memandang Naqi, “Eh, kenapa tak siap lagi? Jomlah turun.”
“Aku turun dekat Kuala Berang.”
Pap! Beg yang digalas melurut jatuh, “Bukan Kuala Terengganu?”
Naqi menggeleng.
“Er...”
Naqi ukir senyum, “So this is good bye.”
Ilya mengangguk, “I hope we’ll meet again, later.”
Naqi senyum, “Kalau ditakdirkan Dia.”
Ilya gigit bibir, dia tarasa sedih tiba-tiba. Dia dah tak tahu nak cakap apa. Pertemuan yang tak sampai dua puluh empat jam, telah memberikan impak yang besar kepada dirinya. Tempoh lapan jam yang selama ini terasa panjang, hari ni terasa singkat.
“Kuala Terengganu! Turun cepat. Bas nak gerak dah ni!” Suara pemandu bas mematikan lamunannya.
“Good luck on your interview.”
“Doakan aku dapat kerja kat Kerteh. Nanti aku boleh melawat kau kat sini.”
Ilya mengangguk, “Saya pergi dulu.”
“Ilya.”
Ilya yang baru nak berlalu berhenti lalu berpaling, “Kenapa?”
“Nah, hadiah dari aku.”
Headphone yang dipakai oleh lelaki itu dihulurkan kepadanya, “Tapi...”
“Take it.”
Ilya tersenyum lalu dia keluarkan sesuatu dari poketnya, “Swap.”
Earphone dan headphone itu bertukar tangan. Tanpa sebarang pamitan, Ilya turun dan Naqi terus duduk di tempatnya kembali.
“Till we meet again, Ilya Nazirah.”
Ilya di bawah, menitis air matanya. Betullah, takdir Allah menentukan mereka bertemu di Alor Star dan berpisah di Kuala Terengganu.
Ilya terus menapak pergi apabila bas SP Bumi itu bergerak meninggalkan platform. Dia terkaku di tempat itu. Masih setia berdiri dengan berharap Naqi turun dan berlari kepadanya.
Mimpilah hang, Ilya! Hang bukan sesiapa pun pada dia. Ilya berpaling dan mula bergerak menuju ke teksi yang kosong. Dia berpaling sekali lagi. Bas SP Bumi sudah hilang dalam dingin pagi. Dia pejam mata. Sukar untuk akui hakikat itu tapi harus dia akui, dari Alor Star ke Kuala Terengganu, dia jatuh cinta…
Dan di dalam bas SP Bumi itu, si lelaki membetulkan letak earphone di telinga. Dia pejam mata, berharap untuk terlena. Mungkinkah akan ada pertemuan yang kedua antara dia dan Ilya? Dia akui, dalam masa lapan jam perjalanan dari Alor Star ke Kuala Terengganu, dia sudah terjatuh hati pada Ilya Nazirah, gadis becok yang tak reti duduk diam...


p/s: this is the edited version of From Alor Star to Kuala Terengganu, I Fall In Love. Simple story and doesn't have an ending. Sebelum ni, ramai request cerita ni dijadikan novel. Sebelum tu jadi, saya nak tanya which version is better. This one or the other one? :)


17 comments:

  1. I prefer this edited version. version yg lama mereka bertukar no hp, kan..tidak straight forward bertukar no hp tapi dah ada 'rasa' di hati masing2. fall in love at the first sight...and pls continue...

    ReplyDelete
  2. edited version :D

    ReplyDelete
  3. best la..unik n sweet je citer ni, xsabar nak baca..

    ReplyDelete
  4. So damn sweet sist ! Love it. Err.. Blh pnjangkan x? Jd cerpen bersiri ke. Hehe X puas lah ending dy mcm tu je. Huhuhu.. Please.. Please.. Pleaseee !

    ReplyDelete
  5. Edited ver. ni lg best. Berpisah tanpa contact number lg mencabar

    ReplyDelete
  6. wohoooo...best...jdikan cerpen bersiri pon okey...y nie lgi best...sbb x brtukar no fon...so diorg akan tr6ti2 tuk brtemu kmbali...dripade ad no fon,diorg blh contact...heheheh...

    nadia zaidi...

    ReplyDelete
  7. This version is better and I just love it

    ReplyDelete
  8. Edit lagi lagi besttt :D

    ReplyDelete
  9. omo ! yongseo ! <3 <3
    best, best, best. tak baca pun yg sblm ni punya. tpi, yang ni still best !
    sambung plisssssss. ;)

    -fatinMalyanah

    ReplyDelete
  10. Assalam. Just found ur blog and this story was awesome. Sedih sket at the last part sbb diorang terpisah mcm tu ja. Was hoping for you to continue this story. Maybe short story or AS to KT part 2 ka. Overall mmg superb. Saya suka!! Hehehe ;D

    ReplyDelete
  11. awesome..nak sambungan die..bt lah novel..hurmmbest sesangat..nak tahu lg kisah dorang nieyh..heheh

    ReplyDelete
  12. Lama aih menunggu sambungannya ... Bila nk ade sambungannya?? Tak sabar nk baca sambungannya ni... Lama dah tunggu :)

    ReplyDelete
  13. Baru nk komen..yg ni lgi best..tnpa fon numb..bru trill sket.kalo dah first meet da tuka fon numb kurang sopan sket jadinya..hahaha

    ReplyDelete