Sunday 25 August 2013

[Mini Novel] Jadi Milikku? (BAB 9)

“Let go, Dhiya!” Mika bersuara dengan mata tepat merenung mataku. Kau ingat aku cuaklah?
“Berapa kali aku nak cakap dekat kau, aku takkan ganggu hubungan dia orang! Kenapa kau suka provok aku?! Apa masalah kau dengan aku, hah?” Cekakan aku di kolarnya makin kemas.
“Let. Go. Dhiya.” Nada suaranya, mimik wajahnya tenang, seolah-olah tiada apa yang berlaku.
“Jawab soalan aku, Mika!” Tangan aku yang masih di kolar Mika aku ketatkan namun aku tersentak saat tangan Mika memegang lenganku dan dengan sekali rentap, cekakan tanganku di kolar bajunya lepas.
“Kau akan tahu jawapannya satu hari nanti, Dhiya dan sekarang bukan masanya,” dan dia terus berlalu meninggalkan aku dengan rasa marah yang masih menggunung dalam diri.
Aku terus terduduk di lantai. Mulutku tak habis-habis beristighfar. Ya Allah, apa yang aku baru buat tadi? Ya Allah!
Aku turun setelah hampir setengah jam aku menyesali perbuatanku tadi. Di anak tangga, mataku bertembung dengan mata Mika. Aku kawal rasa hati yang tiba-tiba mahu marah. Cukuplah sekali aku cekak kolar baju dia tu. Sumpah aku tak buat dah!
“Fira, buat apa kat atas tadi?”
“Er, Fira pergi toilet kejap,” senyum aku hulur pada Aunty Nurul.
“Hari tu Fira kata nak pergi rumah kawan Fira kat Kuala Lumpur, kan?”
Aku mengangguk dengan pertanyaan mama, “Jangan mama cakap mama tak bagi Fira pergi.”
“Bukan. Tadi Afiq cakap dia pun nak pergi rumah kawan Fira tu. Aireen ke namanya?”
Aku mengangguk sambil mata memandang Mika. Dia nak pergi jugak? Takut aku rosakkan majlislah tu, “Aireen dengan Faris.”
“Mama cadangkan Fira naik je dengan Afiq pergi ke Kuala Lumpur.”
Aku tercengang. Oh no, mama! Berapi kereta tu nanti, “Tapi... Fira kan nak pergi rumah Jija dulu. Fira pergi KL dengan Jija naik bas.”
“Mama risaulah Fira. Fira satu-satunya anak perempuan mama, mama takut apa-apa jadi dekat Fira nanti.”
“I’ll be okay, mama. Bila lagi Fira nak berdikari, kan?”
“Bahaya, Fira. Lagipun, Afiq bawa kereta ke sana. Sekurang-kurangnya mama tahu Fira selamat dengan Afiq.”
Selamat? Selamat, mama? Not in a million years Fira akan selamat dengan mamat ni, “Tapi...”
“Afiq boleh kan singgah rumah Jija, kawan Fira?” Tiba-tiba Aunty Nurul bertanya pada Mika.
Mika mengangguk tanpa sebarang bantahan. Aku pandang dia. Dia jungkit kening kat aku. Nak rasa kena cekak dekat kolar sekali lagi kot mamat ni!

“You will come to my house with whom?! And we will go to Aireen’s house with whom?! Aku tak mimpi, kan?” Jija menjerit di talian telefon.
“Ja, kau kalau depan mata aku ni memang aku sekeh kau sampai botak kepala!”
Jija ketawa, kuat, “Girl, aku rasa kau dengan Mika ni jodoh kuatlah!”
“Hoi, janganlah! Aku tak naklah dengan dia.”
“C’mon. Mika is not so bad, what?”
“Hello! Kalau kau tak ingat, dia tu sepupu Amir Ayyad, okey? Sepupu Amir Ayyad!”
“Jadi? Better Mika dari Faris.”
“Jija...”
“What?”
“Apa kata kalau kau go on dengan Mika? Sesuai gila kot!” Aku bersuara konon-konon gembira. Memang taklah aku nak jodohkan mamat tu dengan Jija. Tak sesuai gila, okey!
“Kau jangan, jadi betul aku dengan Mika. Merana kau!”
“Apa kes aku nak merana? Blah kau, Ja!”
Jija ketawa lagi. Lebih lantang dari tadi, “Tapi betullah, Dhiya...”
“Apa yang betul?”
“Kau dengan Mika memang berjodoh!”
Aku tepuk dahi, “Siap kau nanti Jija!”
Jija terus ketawa sampai aku tak terkata apa. Suka betul dia kalau aku dengan Mika. Maaflah Cik Jija, aku tetap pilih Faris, “Jija, dahlah tu!”
“Okey... okey. Sorry but still, aku doa kau berjodoh dengan Mika.”
“Whatever weh! Eh, lusa ke keputusan UPU keluar?”
“Yup, lusa. Aku takut, Dhiya. Rasa macam tak dapat pergi universiti pilihan, wei.”
“Doa, Ja. Doa. Katakanlah kita tak dapat universiti yang kita nak, kita kena redha. He knows the best for us.”
“True enough. Dhiya...”
“Apa?”
“Aku dapat bayangkan...” Jija leretkan suara
“Bayangkan apa? Kita masuk U?”
“Tak! Aku dapat bayangkan macam mana kau dengan Mika nanti kalau korang kahwin tapi aku harap tak adalah kot scene tarik kolar baju tu!”
“Hoi!” Aku menjerit di talian. Memang nak matilah minah ni dengan aku!

Aku masih tak percaya dengan keputusan UPU aku. Ni betul ke main-main, ni? Biar betul! Takkanlah. Dari lapan pilihan universiti, takkan aku dapat yang tu kot? Biar betul?
Nada dering dari telefon ku berbunyi menandakan mesej masuk. Segera aku capai telefon itu dan nyata dari Jija. Mesti Jija dapat universiti pilihan dia.
‘Dhiya, aku tak dapat UPM! T_T.’
Seriously? Jija pun tak dapat UPM? Jemariku laju menghantar mesej, ‘And aku pun tak dapat UM, Ja! Kau dapat kat mana? L
Seminit kemudian, mesej dari Jija masuk, ‘Aku dapat pilihan kelapan, Dhiya. Aku dapat UMT!’
Aku terkejut! Biar betik! ‘Hello gang! I’ll be going to UMT too, missy!’
Tak sampai seminit, telefon bimbitku berbunyi dan panggilan itu datang dari Jija, “Kau tak tipu kan, minah?”
“Hoi, salam mana salam?”
“Assalamualaikum, Cik Dhiya! Betul ke kau dapat UMT jugak?”
“Waalaikumsalam. Ya Cik Jija! I’ll be going to UMT, with you!”
“Alhamdulillah! Lega aku, Dhiya. Aku ingat aku sorang tercampak kat sana.”
“Ja, kau okey ke tak dapat pergi UPM?”
Aku dengar Jija mengeluh, “Sebenarnya, aku terkilan tapi bila fikirkan balik, ada sebab kenapa Allah hantar aku ke bumi Terengganu. Kau?”
“Terkilan gila tapi yelah, mungkin bukan rezeki kita kat sana. Mungkin memang rezeki kita kat UMT kot.”
“Ya. Eh, family kau dah tau?”
“Belum! Kau?”
“Belum jugak. Dhiya, kau rasa... siapa lagi yang tercampak ke Terengganu dengan kita?”
“Entahlah tapi aku harap...”
“Kau harap apa?”
Aku ukir sengih, “Aku harap Faris walaupun aku tau tak mungkin.”
“Dhiya, kau sure ke kau nak pergi majlis Faris tu? Aku takut kau tak kuat, Dhiya.”
Aku mengeluh, “Faris want me to be there. Aireen pun. Aku tak kuat macam mana sekalipun, aku tetap pergi. Aku tak nak Faris syak apa-apa.”
“Cakap pasal majlis Faris ni... I have to tell you something.”
“Apa? Kau jangan cakap kau tak jadi pergi.”
“Unfortunately, memang itu aku nak cakap pun. I’m sorry, pretty but family aku ajak pergi cuti-cuti Malaysia.”
Alemak! Balapetaka! “Jija, kalau kau tak pergi... habislah aku! Takkan aku nak mengadap Mika sorang-sorang.”
“I’m so sorry tapi aku rasa memang kau kena hadap dia sorang-sorang. So sorry, Dhiya.”
Aku mengeluh buat kesekian kali, “Haih, nak buat macam mana. By the way, jangan lupa ole-ole aku, tau?”
“Okey, pretty. Be nice to Mika, tau!”
“Bila masa aku buat jahat kat dia pun? Dia buat jahat kat aku adalah.”
Jija ketawa di talian, “Hello, bukan dia yang cekak kolar baju kau!”
“Ja, jangan diungkit balik cerita tu.”
“Haha... Sorry! Sorry!”
“So, kau memang takkan ikut aku kan?”
“Macam gitulah gamaknya.”
“Jija, kalau aku nak menangis nanti macam mana?”
“Dhiya, kau kena kuat tapi kalau kau nak menangis jugak, kau kan ada knight in shining amour.”
Aku kerutkan dahi, “Siapa?”
“Muhammad Afiq Hakim!” Jija dah gelak kat sebelah sana.
Aku ketap bibir. Hampeh punya Hazizah! “Jija!!!!”

“UMT?!” Mama kerutkan dahi.
“Kat mana tu?” Papa gosok dagu.
“Adik ni mintak kat ceruk mana ni, dik?” Angah buat muka tapi tak nampak sangat mimik mukanya sebab banyak sangat lalang kat muka angah.
Aku ketap bibir, “Janganlah buat teruk sangat. Kat Terengganu je pun. Jija pun dapat sana.”
“Tapi mama memang tak tahu UMT ni kat mana.”
“Kat Terengganulah mama. Dah nama pun Universiti Malaysia Terengganu,” ujar angah, sambil ketawa.
“Memanglah kat Terengganu tapi dekat belah mana? Mama tak pernah dengar pun pasal universiti ni.”
Aku tongkat dagu dan terus aku pandang along, “Uh, along! I need some help here.”
“Mama dengan papa tau KUSTEM?” Along bertanya pada mama dan papa.
“KUSTEM? Kenapa dengan KUSTEM?” Papa bertanya.
“UMT ni nama baru KUSTEM, ma.”
Mama dan papa menganggukkan kepala, “Oh, KUSTEM ke?”
“Kenapa jauh sangat adik mintak ni, dik?” Angah berkerut dahi.
“Hello! Nak banding London dengan Terengganu, mana lagi jauh? Mana lagi mahal tiketnya?” Angah terus terdiam. Kalahlah tu.
“Mama rasa macam jauh sangatlah untuk Fira.”
Aku kerut dahi, “Ala, ma! Bila lagi Fira nak duduk jauh dari family? Fira pun teringin ma naik bas balik kampung.”
“Afiq, Fira tau dapat mana?”
Nak tercekik rasa bila mama tanya pasal Mika. Tiba-tiba tanya aku pulak, “Fira tak ambik tau pun pasal dia, ma.”
“Nantilah mama tanya kat Aunty Nurul.”
Aku buat muka, “Mama ni, sayang betul dekat Afiq tu.”
“Ai, adik. Jealous?” Angah mengejek.
“Shut up, angah!”
“Confirm jealous, ngah,” giat along pulak.
“I’m not talking to both of you,” aku jelirkan lidah dan terus ke tingkat atas. Malas nak melayan along dengan angah.

Aku dah lengkap memakai baju kurung berwarna merah jambu lembut. Tudung di kepala juga kemaskan gayanya. Tapi aku tetap rasa malas nak pergi walaupun pak supir tu dah ada kat bawah. Huwaaaaa... rasa nak menangis! Aku masih tak dapat percaya yang aku akan pergi dengan Mika. Apa kata Faris nanti?
Pintu tiba-tiba diketuk dari luar. Sudah pasti mama yang mengetuknya. Takkan angah yang ketuk. Angah dari semalam pergi jalan-jalan di sekitar Malaysia. Bukan nak diangkutnya aku sekali.
Pintu dibuka tiba-tiba, mama mendekati aku, “Fira dah siap?”
Aku mengangguk lalu aku capai beg tangan yang aku pinjam dari kak Iera. Dalam mimpilah aku nak pakai beg tangan macam ni, tak kena dengan selera aku.
“Cantik anak mama ni. Nampak sesuai dengan Afiq yang kat bawah,” mama senyum.
Mama merepek apa ni, “Tiba-tiba pulak nak sesuai dengan dia.”
“Mama tahu siapa Afiq tu sebenarnya, Fira.”
“Maksud mama?”
“Dia sepupu Amir, kan?”
Aku pandang mama, “Mana mama tahu?”
“Dia yang cerita. Dia minta maaf bagi pihak Amir. Katanya Amir pun minta maaf cuma tak berani datang ke rumah.”
Aku ketap bibir, “Tak payah datang pun tak apa.”
“Dia dah minta maaf, Fira walaupun melalui Afiq.”
Aku menggeleng, “Ma, parut tu, kesan lebam tu walaupun dah hilang tapi setiap kali nampak dia, setiap kali itulah luka tu berdarah balik ma. Minta maaflah macam mana sekalipun, dia takkan kembalikan kehidupan Fira yang dulu.”
Mama peluk aku, “Mama faham, sayang. Mama ingat lagi macam mana traumanya Fira. Macam mana susahnya Fira nak dekat dengan kawan-kawan sekolah baru Fira. Fira takut nak bertegur sapa dengan sesiapa pun sebab takut kena pukul. Mama tau, Fira.”
Aku balas pelukan mama, “Mama, Fira masih ada trauma tu. Fira masih takut, ma.”
“Mama tahu sayang. Dah, jom turun! Dah lama Afiq tunggu Fira.”
Aku leraikan pelukan dengan mama lalu aku beriringan dengan mama namun di tengah jalan aku tahan mama dari terus melangkah, “Kenapa mama senang lepas Fira pergi ke KL dengan Afiq tu?”
Mama ukir senyum, “Sebab mama tau dia akan jaga Fira macam mana along dengan angah jaga Fira. Lagipun, dia anak kawan mama. Mama tau mama boleh percaya pada dia.”
Mama terus berlalu meninggalkan aku. Aku mengeluh, kenapa mama percaya pada Mika? Ada apa dengan Mika yang buat mama yakin Mika boleh jaga aku?

Bersambung...

p/s: mostly orang vote mika. kenapa mika? :3

36 comments:

  1. Faris pls.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. a vote for faris...hahaha :D

      Delete
    2. Saja akak nk provoke najwa hehe

      Kak na

      Delete
    3. ala...nak jadi mcm mika ke provok sy? hehehe :D

      Delete
  2. Yesss....at last mika dh mulakan langkah..can't wait for nxt entry

    ReplyDelete
  3. Tak mau Faris sebab dia.. semakin hari semakin buat jiwa dan raga saya berkecamuk :D haha. Go Go Mika! Oh ya, sambung cepat ya? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah :), btw, mmg faris selalu buat jiwa org berkecamuk pun :P

      Delete
  4. Mika kata satu hari nanti fira akan tau sbbnya...adakah trauma yg fira alami berpunca dr faris???...spekulalat laaah.....
    Tapi apa2pun vote for mika.....
    Minta2 muka pun dpt umt....

    ReplyDelete
    Replies
    1. trauma yg fira alami, datang dari Amir Ayyad, sepupu Mika. Mika dapat UMT ke? hahaha

      Delete
  5. Vote 4 mika...hihihi jgn mrh ye...go go go aja aja fighting mika

    ReplyDelete
  6. MIKA!!!!!! eh eh cita ni abes kt sni or publish?

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboiii...hahaha, cerita ni habis kat sini je :)

      Delete
  7. Yes go go Mika

    ReplyDelete
  8. Vote for mika!! .sbb mika is mika...not faris...wiwiwi :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. another vote for mika? ramai betul minat dia :O

      Delete
  9. Vote for mika!! .sbb mika is mika...not faris...wiwiwi :P

    ReplyDelete
  10. Yayaaya Mika! hehe. can't wait...

    ReplyDelete
  11. nak mika.. sbb mika mcm pelindung dhiya.. pendapat sayalah ..

    ReplyDelete
  12. Nak mika plssssss


    Imah

    ReplyDelete
  13. Replies
    1. kalau fira dgn faris mcm mana? sesuai apa faris dengan fira...nama pun dekat2 :D

      Delete
  14. Rasa mak fira nk jodohkan fira dengan mika..haha..suka..suka..suka..
    Rasa mika dapat umt jugak..
    Suka..suka..suka..
    Love mika with fira

    ReplyDelete
  15. vote for mika sebab beliau lebih cerek+sengal dan ad sensitiviti juge tp faris xad sensitiviti..haha..vote for mika..peace..V

    ReplyDelete
  16. Ni sebelum Dia Imamku ke ?

    ReplyDelete