Thursday 22 August 2013

[Mini Novel] Jadi Milikku (BAB 7)

“Dhiya, janganlah menangis macam ni. Aku susah hati ni,” suara Jija di talian tidak mampu meredakan tangisanku. Air mata masih mengalir. Terlalu lemah diri aku kala ini.
“Ja...” aku menyeru Jija di talian.
“Ye, Dhiya?”
“Aku... aku teruk sangat... ke sampai Faris tak nampak aku langsung?” Dengan tersedu-sedu aku menangis.
“Dhiya, tak naklah macam ni. Kau tak teruk, sayang.”
Air mata aku merambu dengan lebih teruk, “Ja... aku sayang dia, Ja!”
“Aku tahu, Dhiya. Aku tahu tapi kau tak boleh menangis macam ni. Dia dengan Aireen cuma nak bertunang je, bertunang boleh putus, Dhiya. Aku doakan dia orang putus tunang, eh?”
Aku kesat air mata yang mengalir lalu aku ketawa, “Tak baik tau doa macam tu.”
“Kau dah gelak? Syukur, Alhamdulillah!”
“Aku nak menangis lagi boleh?”
“Tak boleh! tak nak menangis lagi. He’s not worth for your tears.”
“Jija...”
“Yes, darla?”
“Kenapa kau bukan lelaki? Kalau tak memang aku suka kat kau je, takkan suka Faris dah.”
“Choi! Mintak simpanglah hoi! Kau ni, sekejap okey, sekejap macam orang meroyan.”
Aku ukir senyum, “Ja, aku sayang kau. Thanks.”
“Welcome. Dhiya, kau betul-betul sayangkan Faris?”
Aku mengangguk di talian, “Aku tak tahu sejak bila dia dah ada dalam hati.”
“Kau tak nak cuba luahkan rasa hati kau kat dia?”
“Kau serius ke, Ja?”
“Serius Dhiya. Cubalah, mana tahu selama ni itu yang dia nantikan dari kau tapi sebab kau buta kayu, dia pura-pura sayangkan Aireen.”
“Kau rasa aku patut luahkan perasaan aku dekat Faris?”
“Yes!”
“Tapi dia dah nak bertunang.”
“Dhiya, belum cuba belum tahu,” suara Jija buat aku terdiam. Perlukah aku meluahkan apa yang aku rasa padanya?

“Dhiya, banyak termenung hari ni. Baru putus cinta ke?”
Tersentak aku ditegur Bang Chik lalu aku ukir sengih, “Putus cinta apa? Dhiya mana main cinta-cinta ni.”
“Iye? Tapi termenungnya mengalahkan orang mati laki,” usik Yani, salah seorang pekerja part time seperti aku.
“Merepeklah,” getus aku sambil ketawa.
“Eh, tu macam mamat hari tu je!” Ujar Yani sambil menuding ke arah pintu masuk kedai kasut.
Aku mengalih pandangan dan aku tercengang. Mika? Dia buat apa dekat sini? “Yani, kau pergilah layan dia.”
Yani menggeleng sambil memandang aku, “Tak nak! Aura dia menakutkan. Aura pembunuh walaupun kacak tahap giga.”
Aku ketawa. Memang harus diakui, Mika memang ada aura ala pembunuh. Pandangannya dingin, nadanya sinis, gayanya garang dan kata-katanya tak pernah ada yang lembut.
“Dhiya, pergi layan customer dulu. Sembang kemudian,” Bang Chik bersuara tegas saat aku dan Yani tidak bergerak seinci pun untuk melayan Mika, “Yani, tolong Bang Chik susun selipar tu.”
Aku mengeluh. Nak membantah namun aku tahu Bang Chik takkan melayan bantahan aku lalu aku segera atur langkah mendekati dia yang sedang membelek flats yang berwarna peach.
“Ada apa yang aku boleh tolong?” Nah, aku betul-betul ‘cut the formalities’ macam yang dia cakap hari tu.
Mika angkat muka pandang aku lalu dia melepas keluhan, “Tak ada orang lain ke yang kerja kat kedai ni? Kenapa mesti kau je yang melayan aku?”
Aku buat muka, “Macam aku nak sangat melayan kau. Kalau bukan sebab kau customer, memang aku halau kau dah.”
Mika berdiri di depan aku dengan wajah penuh sinis, “Berani kau halau aku?”
Aku mendongak memandang wajah Mika, “Berani je.”
Mika angkat kening, wajahnya separa mengejek.
Baru aku nak buka mulut ada seseorang menepuk bahu Mika, “Mika, penat aku cari. Call tak nak angkat.”
Aku dapat rasa darah tak mengalir ke muka aku. Aku rasa jantungku dah berhenti berdegup. Aku rasa... nak lari!
“Fira. Dhiya Zhafira,” si lelaki yang menepuk bahu Mika langsung berubah mukanya.
“Amir, blah yok! Aku lapar,” tak sempat si lelaki itu mendekati aku, Mika sudah menariknya, menjauhi aku. Aku yang tadi rasa susah nak bernafas, kembali merasai oksigen masuk ke paru-paru. Ya Allah! Aku masih trauma dengan kehadirannya.
Mataku masih mengikut langkah mereka berdua yang sudah keluar dari kedai namun tidak aku sangka, Mika akan berpaling kembali memandang aku. Wajahnya nampak lembut, penuh simpati bukan dingin seperti tadi. Kenapa agaknya?

Aku sedang menikmati makanan di Kentucky Fried Chicken sewaktu kerusi di depan aku ditarik dan diduduki seseorang.
“Kenapa makan sorang-sorang cik adik? Nak abang temankan?”
Aku angkat muka. Buaya sungai mana yang terlepas ke darat ni?
“Sejak bila kakak aku kahwin dengan kau sampai nak berabang bagai,” sinis nada aku bagi padanya. Pandai-pandailah maksud kau faham maksud aku.
“Garang. I like,” si buaya cuba menyentuh pipi aku namun ada tangan yang menghalang tangan itu dari menyentuh pipi aku.
“Haram sentuh anak dara orang, abang. Tambah kalau abang nak pegang ni bakal isteri saya,” aku angkat muka pada dia yang sedang tersenyum pada si buaya. Dalam ramai orang dalam KFC ni, kenapa mesti dia yang datang membantu?
“Er... maaf,” si buaya itu menarik tangannya dari pegangan si dia dan terus berlalu dengan segera.
Si dia melabuhkan punggung di depan aku.
“Kalau kau tak tolong, aku boleh halau dia sendirilah.”
“Yeah, right! Dulu kena belasah dekat tandas sekolah tak boleh melawan pun.”
Aku ketap bibir mendengar balasan darinya, “Kalau bukan kau suruh, takkan dia orang tu nak pukul aku.”
Teringat balik peristiwa selepas penggantungan Amir Ayyad kerana merokok... peristiwa yang membuatkan aku tukar sekolah.
“Kau Dhiya, kan?”
“Kenapa?” Aku memandang mereka-mereka yang berpeluk tubuh memandang aku.
“Kau kurang ajar kan, perempuan? Kenapa kau laporkan hal Amir dekat pengetua? Bodoh!” Aku ditolak ke dinding. Sakit. Sumpah sakit!
“Dia... salah. Patut dihukum!” Daguku dipaut oleh salah seorang daripada mereka. Pipi aku ditampar.
“Kau, perempuan tak tahu diuntung! Tak guna!” Selepas ditampar, aku ditumbuk di bahagian perut dan disepak-sepak oleh mereka ibarat aku ini sebiji bola.
Benda terakhir yang aku dengar selepas dipukul dan disepak adalah, “Berhenti!”tapi aku tak tau siapa yang cakap. Yang pasti, dialah yang menyelamatkan aku dari terus dibelasah oleh mereka-mereka itu.
“Aku memang cakap dengan tunggul kayu pun.”
Aku pandang si lelaki, “Kau nak apa lagi?”
“Kau tau tak yang kau patut cakap terima kasih kalau ada orang tolong kau.”
Aku angkat kening, “Terima kasih.”
“Okey,” balasnya namun masih tidak berganjak.
“Kau patut dah boleh bangun dan blah, Mika.”
“That guy is still there. Dengan kawan-kawan dia. Kalau betul kau nak aku blah, aku blah sekarang,” Mika berdiri dan mungkin dek kerana aku terkejut dengan kenyataan yang si buaya masih ada dalam KFC, aku dengan spontan memegang lengan Mika.
“Er, sorry! Aku tak sengaja.” Aku terus melepaskan tangan Mika.
Mika kembali duduk lalu dia tersenyum sinis, “Kalau kau pegang lagi lama tadi, aku mengadu kat mama aku kau cabul aku!”
Aku pandang dia yang masih tersenyum sinis, “Gila!”
Dia buat tak tahu dan terus membelek telefon bimbit di tangannya bagai aku tidak wujud didepannya. Hampeh punya Mika!

Aku mengendang meja belajarku yang menempatkan komputer ribaku, beberapa buah novel Melayu dan Inggeris, dan macam-macam lagi. Internet pada malam ini memang mencabar kesabaranku.
Telefon bimbit yang ada di sebelah laptop aku capai lalu dail nombor Jija. Baru di deringan pertama, panggilanku berjawab, “Assalamulaikum, Hazizah bercakap.”
“Jija! Apa skema sangat kau jawab telefon ni?”
“Hahaha... saja. Kenapa kau telefon? Kenapa kau tak online lagi?”
“Sebab tak boleh online-lah aku telefon kau. Line problemlah, Ja.”
“Ala, baru nak Skype. Aku rindu nak tengok muka kau, minah.”
Aku ketawa dengan kata-kata Jija, “Nanti aku try sekali lagi.”
“Ha, okey. By the way Dhiya, kau dah cakap kat Faris ke?”
“Tak. Aku... entah...”
“Kau nak luahkan perasaan kau kat dia tak?”
Aku mengeluh lalu aku berbaring di atas katil, “Aku takut, Ja. Macam mana kalau aku luahkan perasaan aku, dia tak boleh terima? Macam mana kalau aku luahkan, dia dah tak nak kawan dengan aku?”
“Maksud kau?”
“Aku rasa patut biar macam ni jelah.”
“Kau nak diam je pasal perasaan kau?”
Aku mengangguk, “Better macam ni kot, Ja. Aku takut dia tak boleh terimalah.”
Aku dengar Jija di hujung talian mengeluh, “Up to you, sister but promise me, never ever cried for that guy. Okey?”
“Can’t promise that to you, Ja.”
“Aku sayang kau, Dhiya. Kalau betul kau tak nak luahkan, kau patut lupakan perasaan kau dekat dia. You deserve to be happy.”
“I am happy, Jija.”
“You are not happy bila dah dua puluh empat jam kau fikir pasal dia.”
“Mana ada aku fikir pasal dia dua puluh empat jam, Jija.”
“Promise me, Dhiya,” Jija bersuara tegas di talian.
“What?”
“Be happy. Always, be happy.”
Aku tersenyum, hambar, “Aku cuba, Jija. Aku cuba.”

Dan aku tak sempat mencuba, aku dirudung kesedihan yang amat sangat saat Faris menelefonku untuk mengkhabarkan satu berita yang meremukkan hati aku.
“Lady.”
“Kau memang suka telefon aku waktu aku dah nak membuta kan?”
“Ala, janganlah marah makcik.”
“Aku tak marah tapi aku geram tau!”
“Janganlah geram dengan aku.”
“Kenapa kau telefon ni?”
“Ala, sebab aku rindu dengan kaulah, Lady.”
“Kau ingat aku percaya?” Aku ketawa namun aku tak nafikan, aku gembira dengan kenyataan Faris itu.
“Lady...”
“Kenapa?”
“It’s official.”
“Apa yang official?”
“Aku and Aireen. Both of us have been accepted to study in UK cuma berlainan tempat. Aku dekat London, dia dekat Edinburgh.”
Aku terkaku, tergamam, terkelu, terkejut dan macam-macam ter... lagi, “Kau telefon nak cakap tu je ke?”
“Tak. Aku... erm... nak jemput kau...”
Aku genggam telefon. Aku tak sedar bila kolam mataku sudah berair. Hidung sudah mula berair. Semuanya aku tahan supaya dia tidak tahu.
“Aku dengan Aireen bertunang next week. You... will come, right?”
Serentak, air mata mengalir, “Kalau aku tak pergi?” Aku kawal suara agar dia tak ketahui.
“Aku tak nak bertunang selagi aku tak nampak kau dekat majlis. You are my best girl, Lady. The greatest I ever had, Dhiya. Tempat kau dalam hati aku, walaupun bawah sikit dari tempat Aireen, tetap penting.”
Kata-kata itu, buat aku terbuai tapi pada masa yang sama buat aku ingin terus menangis. Aku adalah orang yang penting untuk Faris tapi pada masa yang sama, aku tidak sepenting Aireen. Apa saja aku buat, tidak akan menempatkan aku di tempat teratas di dalam hati Faris.
“Lady?” Panggil Faris di talian. Nada suaranya risau. Mungkin tersedar ada sedu yang keluar dariku.
“Kau buat aku terharu, bhai!” Ujar aku dengan ketawa. Ketawa yang dibuat-buat.
“Kau orang yang mendekatkan aku dengan Aireen, so you should be there. With us.”
Cukuplah Faris... cukup... “Aku kerja, aku tak pasti aku...”
“Without you, aku takkan bertunang, Dhiya.”
“Bukan aku yang jadi pengantin perempuannya, Faris.”
“Kalau tak ada Aireen, it has to be you, Dhiya. I don’t want anyone elses besides me. Kau faham aku sepenuhnya. Even Aireen don’t understand me like you do.”
Why are you making this thing damn hard, Faris? “Kau jangan nak gula-gulakan aku, Faris. Kalau aku suka kat kau nanti, macam mana?”
Faris ketawa, “Sebab aku tahu kau takkan sukakan aku, Dhiya. Dah lama aku tahu.”
Aku terdiam. Kau salah Faris, aku dah lama sukakan kau...
“You will go, right?”
Aku hela nafas, “InsyaAllah, Faris. After all, I am your best girl.”
“Sayang kau Dhiya! Aku kena letak telefon dulu. Aku nak telefon Aireen pulak.”
“Yes, of course... assalamualaikum,” tanpa menunggu Faris membalas, talian aku matikan. Jariku laju membuka kotak mesej. Nama Jija aku taip. Jemari aku laju menaip sesuatu kepada Jija.
‘I will never stand a chance in stealing his heart. Aku dah kalah sebelum sempat bertarung, Jija. Aku dah kalah. No matter what I do, I will never win against Aireen.’
Aku letakkan kepala ke bantal lalu aku pejamkan mata. Berharap semuanya adalah mimpi namun air mata yang mengalir di pipi mengakui hakikat, aku ada di alam realiti.

Bersambung...

p/s: mampu ke Dhiya raih cinta Faris?

35 comments:

  1. InshaAllah....jodoh Allah yg tentukn,





    ReplyDelete
  2. dhiya JANGAN pergi!

    ReplyDelete
  3. if nak pergi, pergi dgn mika... somehow i do prefer mika to be the hero know//huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. dhiya alergik dengan mika
      mika anti dhiya...so macam mana? :P

      Delete
  4. Mikaaa. Suka muka sangat sangat.

    ReplyDelete
  5. i wonder sape yang ckap "berhenti" tu...hahaha...penyelamat...nak dhiya dgn org 'tu'...bole???hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tertanya jugak ni :P hehehe...penyelamat tu ke? nak jugaklah :P

      Delete
  6. Hati kuat mengtakan mika yg selamatkn dhiya dulu..tk tau nape..hihi..
    Jadik kan mika hero cerita nih pleasee!!!
    Tau sangat..mika mesti suka dhiya..mika cam tuh sebab ego tuh..wahh...mcm saya tahu pulak..hahaha..btw tk suka faris..
    pape pon..best..teroskan ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk...nak bagi mika ke jadi hero? hmm...hmmm...hehehe

      Delete
  7. Nak dhiya ngan mika

    ReplyDelete
  8. Nk dhiya ngn mika la...sure mika tu dh lama suka dhiya tp duk main pendam pendam...kan..kan...suwitttt ;p

    ReplyDelete
  9. buat la dgan mika . best . suke mika sngat2 .

    ReplyDelete
  10. ohmaiii!!! rse nk nangessss..... huwaaaa! rse nk siat2 je faris tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alorh...dont cry please...jom siat dia jom :D

      Delete
  11. kak najwa Xnk mika dgn dhiya!!!wlaupun,mika pon blh thn jgk,tp still Xnk mika...haha...nk dhiya dgn faris jgk...please!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. uish...awk org first yg xnak mika dengan dhiya...hahaha...kenapa tak nak mika? kenapa nak faris? :)

      Delete
  12. saya baru je baca mini novel ini and i really like it. tak sukalah dgn Faris tu, tak sensitif dgn perasaan Dhiya.. sedih! saya rasakan Mika yg tlng Dhiya waktu kena belasah dulu...betul tak? saya nak Faris tu cemburu kalau tengok Dhiya dgn lelaki lain..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih debby :). lelaki kan mmg tak sensitif psl perasaan perempuan.. hehehe...no komen on siapa yg tlg Dhiya tu :P

      Delete
  13. hmm..boy n girl cant be bff without either one fall!!
    bak kate faris ko da kenal aku luar dalam maksudnya dieorg rapat dan sgt xmustahil slh sorg akn jatuh dkt bffny.. plg worst sbb yg sllu jatuh tu pompuan n lelaki slluny mcm faris la care dkt dhiya tp syg dkt aireen.. hmm..teremosi plak dekat sini..hehe..sori tuan tanah..apepon sy akan follow cite ni..hee..happy writing..^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. true enough...mostly, kalau lelaki n perempuan jdi kwn baik, slh seorang akn terjatuh dan itu menyedihkan :( faris syg dhiya tp only as a friend...terima kasih sudi follow ye :)

      Delete
  14. faris kejam, kata kwn baik, xkn x perasan feeling dhiya dkt dy..buta kayu lah faris ni..kesian dkt dhiya..huhu
    hope dhiya end up with mika..
    sbb mika mcm ada simpan perasaan aje dkt dhiya..

    -miss nina-

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia tatau...mesti dia xsgka yg dhiya suka dia...sy masih tak tahu siapa yg akn end up dgn dhiya :P

      Delete
  15. sedihhh.... mcm nie la senang crita bg je mika tu dkt Dhiya.... drpd dgn faris tu...asyik nanges je...mmg la dgn mika jdi sakit hati tpi dlm msa yg sama dia protective.... :) *VOTE FOR MIKA >>> tetiba ngeh2

    ReplyDelete
    Replies
    1. protective? serius? hahahaha....mika macam menyakitkan hati je :D

      Delete