Tuesday 7 August 2012

Dia Imamku (Bab 3)

Aku keluar dari bilik doktor dengan jari berbalut. Aku nampak Naufal dan mama bersembang.
“Hah, doktor cakap apa?” Tanya mama bila aku duduk di sebelah mama.
Aku sengih. “Doktor cakap, seminggu lagi baru boleh buka balutan ni.”
“Itulah, lain kali mengelamun lagi. Apa yang difikir tak tahulah?”
Aku ketap bibir. Malu pada Naufal masih bersisa.
“Nur Insyirah binti Adnan.” Suara jururawat memanggil nama aku.
“Duduk sini, mama pergi ambil ubat.”
Aku bersandar di kerusi. Aku tengok jari yang berbalut.
“Sakit ke?”
Aku berpaling pada dia yang bertanya. Aku angguk.
“Lain kali nak mengelamun lagi ke?”
Aku geleng.
“Nasib baik orang hantar bubur kanji tadi. Kalau orang tak pergi, mesti awak dah hilang banyak darah.” Aku dengar dia bersuara, separuh kerek.
“Terima kasih,” ucap aku, ikhlas. Malas nak berlawan cakap.
“Hati-hatilah sikit lain kali. Kan tadi orang pesan jaga diri.”
Aku pandang dia. Suaranya lembut. Tak sinis macam selalu.

“Awak risaukan orang ke?”
Dia pandang aku sekilas lalu dia pandang tempat lain. “Tak pun.”
Aku cebik bibir. ‘Memalukan je kau tanya macam tu dekat dia, Insyirah!’ Bisik hati aku.
“Dah. Jom balik,” mama pegang bungkusan ubat mendekati aku. Bila aku pandang Naufal, dia sudah pun keluar dari klinik. Tak suka sangat ke duduk dengan aku?

Dalam perjalanan balik, mama dan Naufal saja yang bersembang. Aku pula lebih senang membuang pandang ke luar. Aku masih teringat sentuhan hangat jemari Naufal. Aku tepuk dahi. Habislah, syaitan tak ada bulan puasa ni. Yang ada cuma hawa nafsu aku sendiri. Habislah! Habislah!
Sampai saja di rumah opah, aku cepat-cepat keluar dari kereta. Aku nak cepat masuk rumah. Aku bagi salam dengan kuat, dengan harapan Yana cepat buka pintu rumah opah ni.
“Terima kasih, ye Naufal.”
“Sama-sama, mama.”
Aku memeluk tubuh. Aku tak suka dia panggil mama aku, mama!
Aku tengok mama menonong ke pintu belakang. Kalut semacam. Entah kenapa.
“Insyirah.”
Aku pandang dia. Kening aku jungkit sikit.
“Cubalah sayangi diri tu sikit.”
Aku diam dan aku alih pandangan. Pintu depan masih tak terbuka.
“Bukan awak sorang je sakit, orang pun rasa sakit sama,” aku terdengar dia menggumam.
“Apa dia?” Aku pandang dia. Aku dengar tapi aku tak pasti apa yang dia cakap.
“Orang cakap, bukan awak je yang sakit. Mama awak pun mesti sakit bila awak sakit,” ujar dia laju.
Betul ke dia cakap macam tu tadi? Kenapa aku rasa macam lain?
“Hah, tercegat apa lagi? Masuklah rumah.”
Aku jeling dia. Amboi, suka hati nak mengarah orang. “Awak tu, pergilah balik. Yang tercegat depan rumah opah orang kenapa?”
Aku nampak dia angkat kening pandang aku tapi sekejap je, lepas tu mesti dia pandang tempat lain. Apa dia ni memang tak suka tengok aku ke apa?
“Naufal, ni ada kuih ketayap sikit,” mama muncul dari belakang dengan membawa sebiji Tupperware.
“Terima kasih, mama,” aku nampak Naufal tersenyum. Tiba-tiba jantung ni berdebar sendiri. Ah, sudah! Kau tergoda dengan senyuman dia ke Insyirah?
“Hati-hati balik, ye?”
“InsyaAllah mama,” dan dia terus berlalu tanpa pamitan.
Aku ikut mama, nak masuk ikut pintu belakang tapi aku sempat pusing belakang, nak tengok Naufal dan tak semena, aku tangkap dia sedang memandang aku. Cepat-cepat aku kalih ke depan balik. Kantoi nak usha dia!
“Angah,” aku pandang mama. Terkejut aku dengan mama, aku ingat mama dah masuk rumah.
“Ye?”
“Naufal tu risaukan angah. Mama boleh nampak,” ujar mama sebelum masuk ke dalam rumah.
Aku terkejut dengan bicara mama. Mama nampak dekat mana? Aku tengok muka si Naufal tu, kelat-kelat masam je! Aku geleng perlahan dan terus masuk ke rumah.

Malam itu, aku ringankan kaki untuk ke surau kampung untuk bersolat terawih. Selalunya aku solat di rumah saja, berimamkan opah tapi hari ni opah tak larat. Orang tua, biasalah. Aku berjalan beriringan dengan Yana. Mama dan mak ngah berjalan di belakang, bergosip kot.
“Insyirah,” bahu aku dicuit oleh Yana.
“Apa?”
“Naufal tu.”
Aku pandang ke arah yang ditunjuk oleh Yana. Aku pandang Naufal yang ada di pintu surau sekilas, serentak jantung aku berdegup kencang, dug-dag-dug-dag ataupun dalam bahasa biologinya lup-dup-lup-dup.
Wajah itu tampak bercahaya walaupun langit gelap. Dia memakai baju melayu berwarna maroon dan dipadankan dengan kain pelikat. Kopiah putih yang tersarung di kepalanya menambahkan cahaya. Hilang muka kelat-kelat masam tu, digantikan dengan muka yang tampak berseri tapi aku je ke yang nampak dia macam tu? Aku menggeleng perlahan. Membuang semua tanggapan terhadap Naufal.
“Insyirah.”
“Apa?”
“Kenapa kau tersipu-sipu ni?”
Aku jeling Yana tapi dia tersengih saja.
Aku pandang balik Naufal tapi aku pelik, dia dah tak ada di pintu surau. Dah masuk ke dalam surau agaknya.
Ketika masuk ke dalam surau, azan Isya’ berkumandang. Lunak merdu suaranya. Sejak aku balik ke kampung, suara itu yang selalu melaungkan seruan azan. Tak kiralah waktu apa, hatta waktu maghrib sekalipun.
“Insyirah,” Yana memanggil aku usai membaca doa selepas azan.
“Aku nak pergi ambil wudu’ kejap. Tadi aku terken...”
“Hah, pergi! Tak payah nak sebut penuh ayat tu, nanti aku tergelak tergolek kat sini,” balas aku, perlahan. Tak nak menganggu orang lain yang melakukan solat sunat.
Beberapa minit kemudian, Yana terkocoh-kocoh masuk ke dalam surau usai mengambil wudu’. Aku hulurkan telekung miliknya dan mula bersiap sedia nak bersolat. Iqamat dilaungkan oleh muazzin. Lalu kami penuhkan saf. Seketika kemudian, aku dengar imam melaungkan takbiratul ihram lantas aku melafazkan niat solat Isya’ dan terus mengangkat takbiratul ihram. Usai solat Isya’, kami menunaikan solat terawih.

Aku mencari-cari sandal milik aku di luar surau. Sudah hampir sepuluh minit aku mencari, masih tidak berjumpa.
“Tak jumpa ke?”
Soalan Yana aku jawab dengan gelengan. Mama dan mak ngah dah pulang awal lagi, tinggal aku dengan Yana je sebab Yana nak ke tandas tadi. Aku tarik nafas. Fahamlah aku yang sandal yang berharga sepuluh ringgit itu sudah diambil orang. Macam mana aku nak balik ni? Memang jarak dari surau ke rumah opah tak jauh mana tapi aku tak berani nak berjalan dalam gelap. Mana tahu aku terpijak kaca ke, terpijak ular ke. Tak ke naya aku?
“Kau tunggu sini, aku pergi ambil selipar dekat rumah opah,” Yana dah berlari meninggalkan aku.
Tiba-tiba aku dengar suara orang bersembang-sembang di pintu surau bahagian lelaki. Aku nampak Naufal melangkah keluar bersama-sama beberapa orang kampung. Dari butir bicara, aku tahu mereka sedang berbicara tentang isu sosial anak muda. Naufal bercerita dengan orang tua? Skema tak habis walaupun gaya skema tu dah tak ada. Aku tersengih sendiri.
“Ya Allah!”
Tersentak aku bila salah seorang pak cik di situ terjerit kecil.
“Kenapa Pak Mahat?” Abang Din Cendol bertanya pada pak cik yang terjerit tadi.
“Itu hah, cucu si Cah tu. Mati-mati aku ingat lembaga putih. Terkejut aku,” Pak Mahat mengurut dadanya.
Aku ketap bibir, aku pandang ke arah lain. Aku tahan ketawa sebenarnya. Kalau aku gelak kat sini, mampus aku dengan Pak Mahat tu.
“Kenapa kamu duduk kat sini, Insyirah?” Tok Su Bakar, penjaga surau bertanya kepada aku.
Aku tersenyum sumbing, “Sandal saya hilang, tok su. Sekarang tengah tunggu sepupu saya datang hantar selipar.”
“Hah, pakailah sandal mahal-mahal. Aku ni pakai selipar jepun je. Selamat lagi,” aku dengar Pak Mahat tadi membebel. Eleh, nak cover malulah tu sebab terkejut tengok aku tadi.
Aku pandang Naufal. Aku nampak bibir dia senyum mengejek. Kureng punya mamat! Aku terus pandang tempat lain. Si kelat-kelat masam!
Mana Yana ni? Aku rasa dah lama aku duduk dekat surau ni.
“Insyirah, kami balik dulu. Kirim salam opah kamu,” Tok Su Bakar bersuara dan aku hanya mengangguk. Langkah mereka aku kirim dengan pandangan mata. Tiba-tiba aku tersedar sesuatu, termasuk Naufal tadi, ada lima orang semuanya. Ni ada empat orang je berjalan balik. Seorang lagi... mana? Dan aku terus berpaling ke sebelah sana. Aku nampak Naufal sedang duduk di tangga surau sambil mengibas muka dengan kopiah putih miliknya.
Terharu sekejap aku. Dia tunggu aku ke?
“Awak... tunggu orang ke?” Tanpa sedar, aku bertanya.
Dia pandang aku sekejap dan terus berpaling ke tempat lain, “Eh, tak ada masa orang nak tunggu awak! Orang nak tunggu awak balik, orang nak kunci surau.”
Jawapan dia yang sinis tu buat aku rasa nak humban dia masuk tali air. Ei, geramnya!!
Mana Yana ni?! Ni yang aku nak mengamuk ni. Mamat ni sinis tak ingat, yang minah tu cakap tak pernah tepat.
Aku berdiri. Lantaklah apa nak jadi, dari aku tunggu Yana baik aku balik je.
“Insyirah! Awak nak pergi mana?” Terkejut aku bila dia memannggil aku saat aku mahu keluar dari pagar surau.
“Balik!” Sepatah aku jawab.
Baru aku nak melangkah pergi, Naufal dah berdiri sebelah aku.
“Nah, pakai ni.”
Terkedu aku bila Naufal menanggalkan selipar yang dipakainya.
“Nanti awak balik nak pakai apa?”
Aku nampak Naufal senyum segaris. Bukan senyum sinis atau mengejek seperti selalu tapi senyum ikhlas tapi sekejap je, tak sampai lima minit pun.
“Orang... pakai kaki orang jelah.”
Aku tunduk pandang selipar, “Tak payahlah. Awak pakai je.”
“Nur Insyirah, pakai je. Jangan melawan. Nanti kaki awak terpijak kaca ke apa ke, tak ke orang yang nak kena hantar awak pergi klinik,” sinis Naufal pada aku.
Aku ketap bibir. Kena sindir lagi,” Yelah. Thank you.” Dan aku terus memakai selipar yang saiznya lagi besar dari saiz kaki aku lantas tanpa berpaling ke belakang, aku menonong ke depan.
“Insyirah!”
Aku pusing pandang mamat kelat-kelat masam tu. Aku nampak dia memandang aku, serius.
“Apa?” Tanya aku, malas. Geram, marah, menyampah, meluat dicampur menjadi satu.
“Hati-hati jalan tu.”
Rasa yang bercampur-baur tadi terus hilang dengan ucapan yang aku rasakan ikhlas itu.
“Satu lagi.”
Aku renung dia yang menggosok rambutnya. “Esok, pulangkan selipar tu. Jangan dibuat harta pulak!”
Argh!! Tak sukalah dia ni! Aku merengus dan terus berlalu.
Aku sampai je dekat rumah. Aku tengok Yana elok je landing depan televisyen.
“Ilham!” Aku panggil adik aku yang lelaki.
Yana tengok aku, terkebil-kebil. Takutlah tu.
“Kenapa, ngah?”
“Bagi selipar ni kat Naufal. Dia ada kat surau. Tolong angah kejap.”
Ilham angguk tanpa banyak soal.
Yana pandang aku tapi aku sikit pun tak pandang dia. Marah pada dia masih bersisa jadi dari aku mengamuk, baik aku diamkan diri.
Aku buka telekung yang tersarung di kepala lalu aku lipat dan aku sangkut di penyidai. Aku atur langkah ke dapur. Air sarsi sejuk yang ada di dalam jag aku tuang dalam gelas lalu aku teguk, rakus. Panas hati aku ni masih tak surut.
“Kenapa gelojoh sangat ni?”
Aku pandang along.
“Angah tak nak kahwin dengan Naufal tu. Tak nak!” Jerit aku sebelum aku berlalu ke tingkat atas.

“Awak baca buku apa tu?”
Budak lelaki yang sedang membaca itu angkat muka sekejap sebelum kembali tunduk.
“Ei, sombong!”
“Biarlah!”
Aku nampak budak perempuan itu tarik buku planet di riba budak lelaki itu lalu dia campak masuk ke dalam tali air.
“Hei!”
“Apa?” Budak perempuan tu samseng betul. Ada gaya macam aku sikit.
“Ganti balik buku tu.”
“Tak nak!”
“Budak jahat!” Budak lelaki tadi, menolak budak perempuan itu sampai terjatuh.
Aku nampak mata budak perempuan itu dah berair. Budak perempuan itu capai sebiji batu besar lalu dia baling kepada budak lelaki itu.
“Jangan!!!” Dan aku terus terjaga dari tidur. Astaghfirullahal a’zim. Aku raup muka. Peristiwa yang sudah hampir tujuh belas tahun berlalu itu kembali berputar di mindaku.
Aku ingat lagi, dulu aku baling batu pada Naufal sampai dahinya berdarah. Siap kena jahit. Semuanya kerana buku planet tu. Selepas peristiwa baling batu tu, Naufal benci aku. Pernah aku pergi rumah Tok Man nak minta maaf, itupun kerana opah yang paksa tapi dia tak nak jumpa aku. Menangis-nangis tak nak jumpa aku walaupun dia sebenarnya setahun tua dari aku. Dia menjerit-jerit di tingkap rumah Tok Man yang aku ni budak jahat, bila besar nanti tak ada sesiapa yang nak kahwin dengan aku. Dari nak minta maaf terus aku jadi menyampah. Aku ejek dia lembik, bukan lelaki dan macam-macam lagi. Dan kerana peristiwa itu, teruk aku kena marah dengan arwah atuk.
Lepas tu, Naufal ikut ibu dan ayahnya berpindah ke London kerana ayahnya menyambung pelajaran ke sana. Dalam jangka waktu tujuh belas tahun itu, tidak mustahillah untuk aku lupakan dia tetapi sejak kami bertemu balik, kenangan aku dengan dia dulu-dulu seolah-olah mengejar aku. Ingatan kepadanya yang dulu pudar, kini kembali cerah.
“Insyirah?”
Aku pandang Yana.
“Kenapa kau tak tidur lagi?”
Aku geleng. Aku pegang dada. Jantung aku berdegup kencang, macam baru lepas masuk acara lumba lari Sukan Olimpik.
“Kau sakit ke?” Yana bertanya, separuh risau tapi aku geleng saja.
“Insyirah.”
Aku pandang Yana. “Aku minta maaf tadi sebab tinggal kau. Opah tak bagi aku pergi surau balik.”
“Kenapa?” Tanya aku kepada Yana.
Yana angkat bahu tanda tidak tahu. “Aku ikut je opah cakap apa. Tak nak melawan.”
Aku angguk. Sebenarnya tadi aku terlalu ikut nafsu amarah aku. Kata-kata aku di dapur tadi pun terlafaz kerana amarah aku.
“Dahlah, Yana. Aku tadi ikutkan amarah aku. Dah, dah! Jom tidur.”
Yana ukir sengih. Dia terus letak kepala di bantal dan terus terlena manakala aku terkebil-kebil merenung siling. Aku tak ingat ada ke tidak parut di dahi Naufal tadi. Satu keluhan aku lepaskan lalu aku pejam mata, menghalau bayang Naufal yang mengacau minda.

“Insyirah!”
“Ye, opah?”
“Insyirah suka Naufal?”
Aku yang tengah buat cheese cake terkaku, terkedu. Aku pandang along. Along suruh aku jawab soalan opah.
“Kenapa opah tanya?”
“Saja opah nak tahu lagipun semalam kamu kata kamu tak nak kahwin dengan Naufal.”
Teringat semalam yang aku menjerit tak nak kahwin dengan Naufal tu.
“Naufal nak ke kahwin dengan Insyirah?” Tak nak jawab soalan opah, aku alih topik tapi masih lagi tentang Naufal.
“Naufal tu...” Opah berhenti sekejap. Aku pula tengok opah, menunggu opah menghabiskan ayatnya.
“Naufal tu apa opah?” Along bertanya. Aku kerling along, teruja dari aku nampaknya.
“Naufal tu, serahkan bulat-bulat perihal jodoh pada Tok Man dan ibunya. Bagi dia, pilihan ibunya itu pilihan terbaik untuk dia.”
Aku diam. Aku, sebenarnya kalau boleh nak cari calon sendiri tapi masalahnya tak ada yang berkenan dengan aku. Tapi hari tu, bila aku curi dengar perbualan mama, aku rasa itu pilihan terbaik memandangkan aku ini tiada siapa yang mahu tapi aku tak menyangka lelaki yang menjadi pilihan mama dan opah adalah Naufal.
Dek kerana sudah berbelas tahun kami tak berjumpa,aku terlupa bentuk wajahnya dan segala-galanya tentang dia.
Bila aku dapat keputusan SPM yang tak berapa nak memberangsangkan, arwah atuklah yang paling bising. Dibandingkan aku dengan cucu Tok Man yang menyambung pengajian di Ireland. Dan aku tak tahu, cucu Tok Man yang belajar di Ireland itu adalah Naufal!
“Insyirah! Mengelamun lagi.”
Tersentak aku kena tegur dengan opah. Aku ukir sengih.
“Angah, tolong hantar bahan tumis ni ke luar kejap,” along hulurkan sebuah bekas yang berisi bawang besar, bawang kecil, halia dan bawang putih yang sudah siap dimayang. Hari ni, opah nak buat bubur lambuk, gotong-royong dengan orang kampung untuk dibuat moreh malam nanti.
Aku sarung tudung dan terus aku ambil bekas itu lalu aku atur langkah ke luar rumah.
Saat aku keluar saja dari rumah, bibir aku terus mengukir senyum. Aku nampak Insyirah (bukan aku, okey?), sepupu Naufal yang berusia tiga tahun tersengih pandang aku.
“Insyirah!”
Aku berpaling pada suara yang memanggil. Aku kenal suara itu. Aku nampak dia melangkah mendekati aku. Jantung aku, dah keluar bunyi dram. Dum-dum-dum.
Sampai saja di depan aku, dia jungkit kening. “Orang tak panggil awak, jangan perasan.”
Aku terkedu. Sumpah aku malu bila dia cakap macam tu. Muka aku rasa dah tebal tiga inci. Aku pandang dia yang dah jalan melepasi aku. Aku nampak dia dukung Insyirah kecil. Sungguh aku sentap, tak tipu.
“Angah, termenung apa tu? Bak sini bahan tumis tu, mama nak masak,” suara mama buat aku menarik nafas yang terasa sesak. Bibir ukir senyum lalu aku dekati mama yang sudah bersedia untuk menumis.
“Apa muka angah kelat sangat ni?” Soalan mama buat aku terkedu tapi aku tetap ukir senyum. Aku tak jawab apa-apa. Rasa sentap, malu tadi masih bersisa.
Bila bekas yang aku bawa tadi bertukar tangan, aku terus pusing dan berlalu ke dalam rumah. Sikit pun aku tak bersuara. Aku sedar, sepasang mata itu merenung aku walaupun dia sedang mendukung Insyirah kecil tapi aku pura-pura tak nampak. Hasrat aku nak mendukung Insyirah kecil turut terbantut. Semua kerana dia, Naufal.

Cheese cake aku keluarkan dari peti ais lalu aku potong kecil-kecil. Jam sudah menginjak ke pukul enam petang. Orang-orang kampung yang membantu untuk buat bubur lambuk tadi sudah pulang ke rumah masing-masing. Cheese cake yang sudah dipotong tadi, aku susun dalam bekas Tupperware.
Sebenarnya aku tak nak bagi cheese cake ni pada ‘dia’ itu, tambah-tambah lepas apa yang terjadi tadi tapi kerana didesak mama, aku turutkan saja. Mama suruh aku bagi pada ‘dia’, sebagai tanda terima kasih kerana menghantar aku klinik semalam.
“Nah, ma!” Bekas Tupperware tadi aku hulurkan pada mama.
“Kenapa bagi pada mama?”
“Mamalah hantar,” ujar aku.
“Amboi, anak suruh mak! Angah pergilah hantar.”
Aku ukir sengih tak ikhlas, “Angah malas. Angah suruh Ilhamlah hantar.”
“Ilham ke bazar.” Belum sempat aku menjerit memanggil Ilham, mama bersuara. “Apa salahnya kalau angah hantar?”
Aku diam. Malu tadi masih bersisa. Rasa sentap tadi masih ada.
Along yang sedang menggaul yong tau foo di dalam mangkuk aku tengok.
“Along tak nak hantar!” Tak sempat aku nak bercakap, along dah bersuara dulu.
Aku merengus. Aku sarung tudung dan terus aku keluar dari pintu dapur.
Aku berjalan ke rumah Tok Man dengan rasa tak puas hati. Dalam hati, aku berdoa yang si Naufal tu tak ada di rumah. Tak nak aku jumpa dia.
Sampai di rumah Tok Man, aku nampak beberapa buah kereta sudah ada di perkarangan rumah. Mungkin anak-anak Tok Man sudah pulang, agaknya. Dari jauh, aku nampak Mak Su Elia, mak cik kepada Naufal sedang bermain dengan Insyirah di pangkin bawah pokok rambutan.
“Assalamualaikum,” salam aku beri.
Mak Su Elia berpaling dan bibirnya terus terukir senyum, “Insyirah!”
Aku dekati Mak Su Elia lalu aku hulurkan tangan untuk bersalam.
“Mak su bila balik?” Tanya aku, sekadar berbasa-basi.
“Baru tadi. Insyirah?”
“Dah dekat seminggu pun,” jawab aku sambil mencubit pipi Insyirah kecil.
“Mak su, atuk panggil,” mati senyuman aku bila terdengar suara itu.
“Hah, yelah! Naufal tolong tengokkan Insyirah kejap,” dan Mak Su Elia terus tinggalkan aku dengan dia dan Insyirah kecil yang sememangnya tidak tahu apa-apa.
“Mak su, ni ada cheese cake saya...” tak habis aku bersuara, kelibat mak su dah menghilang.
Aku garu kepala yang masih bertudung. Nak tak nak, aku kena bagi dekat mamat kelat-kelat masam ni.
“Nah!” Aku hulur pada dia bekas Tupperware itu.
Dia pandang aku, “Apa ni?”
“Cheese cake.”
Huluran aku bersambut, “Jari sakit pun sempat lagi nak masuk dapur?”
Walaupun nadanya biasa tapi aku masih dapat rasakan kesinisan soalannya itu. Aku angguk saja.
“Orang balik dulu, kirim salam semua,” dan aku terus berlalu meninggalkan dia.
“Insyirah!”
Aku dengar dia memanggil tapi aku tak berpaling. Dia bukan panggil aku pun, dia panggil Insyirah kecil.
“Nur Insyirah bt Adnan!”
Ha, yang ni nama aku. Aku berpaling kepada dia. Terkejut aku bila nampak dia ada dekat je dengan aku. Bila dia mengekor aku, entahlah.
“Kenapa?” Tanya aku tanpa memandang dia tapi aku nampak dia dukung Insyirah kecil.
“Kenapa tadi tak menyahut?”
“Ingatkan panggil Insyirah yang kecil ni. Kenapanya?”
“Saja,” jawab dia, bersahaja.
Aku jungkit kening, “Orang tak ada masa nak melayan awak. Orang nak balik tolong mama.”
“Baliklah!”
Eh, dia ni! Menghalau pulak. Tadi menahan. Kali ini, tanpa pamitan aku terus berlalu tapi baru dua kali melangkah, aku dengar dia bersuara.
“Orang minta maaf.”
Aku berpaling ke belakang. Aku pandang dia tapi dia angkat kening, buat muka kerek pada aku.
“Awak cakap apa tadi?”
“Cakap apa?” Naufal bertanya balik pada aku.
Aku merengus dan terus berlalu. Aku rasa tadi dia minta maaf ke aku yang salah dengar?

Bersambung...


p/s:mata kanan terkejip-kejip dari semalam, kenapa ye? anyway, maaf kalau ada kekurangan dalam bab yang ini :)



37 comments:

  1. Eiiii geramnya ai ngn naufal niii... Rasa nak cekik2 ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. cekik je...hihihi...yang menulis pun bila baca balik rasa geram -.-"

      Delete
  2. hahahahahahah... naufal nie... nat insyirah besar xnak kawen dgn awk baru tw...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi...biar insyirah tak kahwin dengan dia...hihihi :D

      Delete
  3. baju melayu maroon ye, ikut tema akak thn ni.bkn tiru Naufal ye. mmg dr awl hubby pilih hahahahaa. nakal sungguh naufal ni asyik nyakat si insyirah jer. bila la nk berdamai diaorg ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk...hihihi...bestlah sedondon dengan naufal...hihihi...

      Delete
  4. aiyo... makin sukalah dengan cite nih.. walaupun naufal tu mmg menyakitkan hati.. tp ai tetap like like like sampai lebam.. naufal sengaja mengusik tuh... nak suruh Insyirah ingat kat dia jeh.. heehh.. cepat smbung yunk.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha...hangat hati dengan naufal...tapi dalam sinis dia, nampak dia care...cewahhh...hikhik...insyaAllah...soon :D

      Delete
  5. Haih masing -masing ego...-_-#

    ReplyDelete
  6. best.......suka dgn watak insyorah dan naufal yg bersahaja...............
    i followwwwwwwwwwwwwwwwwwwww

    ReplyDelete
  7. perghhh...mmg sakit ati kalo kne camtu..hehehe...

    amik berat dlm sinis..da cakap tanak ngaku...hahaha...comel je...

    ReplyDelete
  8. I will follow youuuuuuu~

    Hihi..nice2. Suka ngan Naufal dari bab 1 lagi, he is really something! haha! :D

    ReplyDelete
  9. best nyer...xsbr next n3 nih..yeah2..naufal n insyirah..yahooooooooooooo

    ReplyDelete
  10. ckett pnyerr annoying la si naufal ni woii..haha!tp oke,sweet gk~ ^^

    ReplyDelete
  11. nk n3 lg..hehehe..nmpk link ni kt group kak rehan..dh bce dr bab 1 ..overall..best gilerr la...hehehe(jgn giler sudah)..geram nye ngan Naufal..kalau syg jgn la wt Insyirah marah..hehehe(tp best gadoh2 syg...) xsbr nk tggu next bab...good luck k.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar ye :), terima kasih sudi baca cerita tak seberapa ni :)

      Delete
  12. nape naufal ni ati kering sgt ek...klw nk ckp je la nk..hadoooiii...sket ati tol....

    ReplyDelete
  13. waaaaaaaaaaaaa..kak wawa..besttt sangattt laaa...aci x kalau publish ja tahun ni..hahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...ni mesti jannah ni...:D, doa2kanlah cerita ni dapat dipublish :P

      Delete
  14. best2. mkin insyirah marah, msti mkin naufal ske. hehe.

    p/s : do your best. i know u can do it !! chaiyok2 !

    <3 Maksu <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi...naufal yg sweet dlm sinis....gitu, thnx Maksu :)

      Delete
  15. hahaha. gelak kuat gila bila yana ckp dia terken.. pastu nmpak insyirah mcm hantulaa. . tpikann. aduhh encik naufal nii potong linne insyirah, bru insyirah nak sukasuka ngn ayat dia, then naufal potong .. memang si kelat masammasam. insyirah pnya gelaran , ada jgak ke nanti? hehe . suka dorang bhasakan diri *orang*, jrang nak jmpa skarang nii. :) btw thanks for the entry kaq najwa * pnggil cik writer, kaq najwa boleh kan? ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. naufal tu memang >.< kasi org geram je -.-" naufal naufal...ish ish ish...hehehe...welcome...of course u can kol me kak najwa :)

      Delete
  16. naufal tu knapa?? x phm klau da ske dkt Insyirah tu ckp jer la... x pyh la nk lindung2 bagai..... mesti Insyirah tension.. >_<
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
  17. den bru jmpa blog ni..mcm bez je citer nih..(ttgal bas).. ;)

    ReplyDelete