Sunday 20 May 2012

Aku, Dia Dan Vespa (Bab 14)

Ulfah yang masih dalam keadaan terkejut tidak mampu untuk melangkah masuk ke dalam Hospital Tawakal itu. Entah kenapa, dia takut. Dia takut hadapi kenyataan andai dia kehilangan tunang pada hari yang sama dia ditunangkan.
“Fafa, jom masuk.”
Ulfah geleng. “Tak nak.” Dia tarik tangan yang dipegang Suhail.
“Along, nasihat Fafa ni.” Suhail merengus. Geram pada si adik yang berdegil.Dah setengah jam mereka sampai tapi mereka masih lagi tidak menjejak masuk ke dalam hospital. Lobi hospital pun tidak sempat mereka jejak.
Umairah yang berdiri di sebelah Asfan, diam. Dia sendiri geram dengan Ulfah. Mahu dikhabarkan keadaan Thaqif sebenarnya, Ulfah tak mahu dengar. Dia kata dia nak tengok sendiri tapi bila dah sampai ke hospital, degil tak nak masuk pulak.
“Fafa, kenapa ni?” Syafiq angkat dagu Ulfah lalu dia tenung mata adiknya yang berkaca.
“Uzair Syafiq, can’t you see?” Entah kenapa dia rasa nak marah. Air mata mengalir.
Syafiq senyum. Ulfah Syuhada bukan marah tapi dia risau. “He’s fine, Fafa. Kenapa menangis ni?”
“Fafa risau, along. What if I can’t meet him again? What if I can’t see his smile again?”Syafiq senyum. Nyata itu yang dirisaukan Ulfah. Air mata Ulfah yang mengalir disapu perlahan. “Dia tak ada apa-apa. Kita masuk dulu, okey? Nanti Fafa tengok sendiri Adam macam mana.”
“Tak nak.” Ulfah geleng kepala.
Syafiq senyum. “He’s fine. Percaya cakap along. Kak Dayah sendiri beritahu along.”
Ulfah diam sekejap. Baru teringat Kak Dayah, tunang Syafiq kerja di hospital ini. “Betul?”
“Betul.” Syafiq memanjangkan ayatnya itu.
Ulfah kesat pipi yang basah dengan kain tudung yang tersarung di kepala. “Jom masuk.” Dia melangkah masuk ke dalam hospital itu manakala Umairah, Asfan, Syafiq dan Suhail ditinggalkan begitu saja.
“Tak senonoh punya adik.” Suhail geleng kepala.

“Mama dah kata kan, hati-hati. Ni tengok apa dah jadi, ni?”
Thaqif garu kepala. “Sikit je, ma.”
“Sikit? Sampai terseliuh tangan Adam kata sikit.”
“Terseliuh, ma. Bukan patah macam Aidil tu.”
Aidil buat muka lalu dia ketuk lengan Thaqif yang jelas membengkak.
“Sakitlah!” Thaqif menjerit.
“Mulut jaga, bro. Aku sumbat DSLR ni karang.” Aidil menggertak. Sekarang bolehlah dia menggertak, cuba kalau Thaqif berdiri, memang taklah dia nak gertak abangnya itu.
“Kau tunggu bila aku sihat sikit. Siap kau nanti.”
“Bergaduh aje kamu berdua ni. Yang ni, tak sedar diri tu sakit! Yang tu tak sedar diri muda! Mama cili mulut dua-dua karang.”
Pit, Fakhrul dan kawan-kawan Thaqif yang lain cuma mampu menahan tawa bila Thaqif dibebelkan oleh mamanya.
“Assalamualaikum.” Wajah Syafiq muncul di balik pintu wad itu.
Thaqif ukir senyum. “Ma, did you tell her?” Bisiknya perlahan.
“Mestilah! Dia tunang Adam, kan.”
Thaqif mengeluh. Rasa kasihan pada tunang menebal di jiwa. Tadi, tanpa pamitan talian mati. Haruslah talian telefon mati. Telefon bimbitnya juga turut tercampak sepertinya bila vespa hitam itu dirempuh dari belakang. Risau pada vespa buat dia lupa pada Ulfah. Sudah pasti gadis itu mencarinya sedari tadi. Rasa bersalah bertandang di jiwa.
“Macam mana keadaan Adam?”
Thaqif senyum pada Syafiq. “Alhamdulillah, okey je along. Mama je risau lebih.”
“Mama awak tu risau sebab dia sayang, tahu?” Suara gadis yang sudah menjadi tunangannya itu kedengaran di pintu wad. Dia kalih pandangan, nyata, Ulfah berdiri sambil menyilangkan tangannya.
Wajah gadis itu direnung. Matanya jelas bengkak. Kesan dari menangis, mungkin. Hidung gadis itu merah. Wajah Ulfah nampak sembab. “And you cried because you care, right?”
“Siapa menangis?”
“Awaklah!”
Ulfah berjalan mendekati Thaqif. “I cried because of your mama, okey?”
Thaqif ukir senyum. “Denial!”
“Shut up! Tangan tu kenapa? Macam mana boleh accident?”
Mama  tersenyum lalu dia berdiri di sebelah Umairah yang baru menapak masuk ke dalam wad. Rakan-rakan Thaqif tadi semuanya sudah keluar apabila Ulfah masuk. Tidak mahu mengganggulah tu.
“Saya jatuh tersembab tadi. Kena rempuh dari belakang. Sorry.”
“Why?”
“Sebab saya tak letak telefon properly. It’s kinda rude, you know? Talking to your fiancĂ© and then you just shut the line without any words. It is worth an apology.”
Ulfah diam sebelum kembali bersuara. “Bukan sengaja, kan?”
Thaqif angguk kepala. “Awak risau, eh?”
“Mestilah. Dahlah baru bertunang. Baru nak terharu sikit, ada budak tu accident pulak. Spoil mood betul.”
Thaqif buat muka. “Sorry.”
“Apology accepted. Bila boleh keluar?”
“Esok rasanya.”
Ulfah angguk lalu diam.
Thaqif pun diam. Mati kata tiba-tiba.
“Hai, dah tak boleh bercakap pulak.” Suhail menyindir Ulfah dan Thaqif. Bersembang langsung tak pandang kiri kanan.
“Angah diamlah!” Ulfah mencerun pada Suhail.
“Kasi canlah, bro!” Thaqif pula bersuara.
“Menangis bagai nak rak tadi, lepas tu tiba-tiba tengok muka tunang tersayang, terus jadi singa balik. Adik siapalah ni.” Suhail sengaja mengusik Ulfah yang dah memerah mukanya.
Thaqif ukir senyum. “Suhail, wajiblah dia menangis untuk aku. Bakal suami dia, kot.”
“Amboi! Gatal. Bawak vespa pun boleh accident, ada hati nak mengada kat sini.” Mama bercekak pinggang.
“Ma...” Thaqif buat muka.
“Kami rasa baik kami beransur dulu, Acik Amnah. Lagipun, Umairah dengan Asfan nak balik Sungai Besar petang ni.” Syafiq senyum.
Mama angguk kepala. “Yelah. Kesian kamu empat beradik. Terima kasih sebab sudi melawat Adam.”
“Bakal adik ipar, Acik Amnah. Takkan nak dibiarkan saja.” Syafiq berjalan mendekati Thaqif. “Along balik dulu. Jaga diri baik-baik. Jangan kasi budak tu menangis lagi. Risau dia tadi.”
Thaqif ukir sengih lalu dia pandang Ulfah. ‘Terima kasih, awak.’
Ulfah angguk sambil ukir senyum. Tangan kanan diangkat lalu dia cium gelang pemberian Thaqif yang ada di pergelangan. ‘Kasih diterima.’ Matanya dikedipkan.
Thaqif terkedu. Hati berdebar tak semena. ‘Ma, Adam nak kahwin hari ni jugak!’

Ulfah berbaring namun matanya sukar lelap. Lagu Kasih Kekasih yang dinyanyikan Thaqif sebelum kemalangan kedengaran di telinganya. Rindu pula pada si lelaki yang sudah menjadi tunangannya itu. Wajah lelaki itu terlayar di mindanya. Dia bangkit dari baringnya lalu dia duduk bersila di atas katil. Kepalanya digaru. Nokia C3 dicapai dari bawah bantal. Nama Adam Thaqif dicari lalu didail namun panggilannya sia-sia kerana talian tak dapat disambungkan.
“Alamak, terlupa telefon dia tak boleh on.” Ulfah tepuk dahi, perlahan.
Tiba-tiba Menjadi Diriku berlagu. Nombor tidak dikenali terpapar di skrin. Dia kerling jam di dinding, dah nak masuk 11.30 malam. Butang hijau ditekan.
“Hello, assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.” Suara lelaki yang dirindui di talian sana buat degupan jantung Ulfah jadi laju. Rasa gembira menggebu di jiwa.
“Eh, ni nombor siapa, awak?” Nada suara ditahan agar tidak kedengaran begitu ceria.
Thaqif ketawa. “Aidil. Awak happy eh, dapat dengar suara saya?”
“Did not.”
“Did too.”
“Adam Thaqif!”
“Ye, Ulfah Syuhada?”
“Dalam hospital tak boleh on call.”
Kedengaran Thaqif mengeluh. “I know. That is why I hate hospital damn much. The ‘hospital’ smell, I can’t stand it. The only thing that I can tolerate here is the nurse and the awesomely beautiful doctors.”
“Gatal!” Ulfah tiba-tiba rasa macam nak letak telefon. Terasa hati kot si Thaqif dok memuji misi-misi dan doktor-doktor perempuan yang ada di hospital itu.
“Awak cemburu, ye?” Thaqif bersuara di sebelah sana. Nada mengusik.
“Tak berminat nak layan cemburu. Dahlah, awak. Dah lewat. Nak pukul berapa dah ni. Nak tidur.” Laju mulutnya berbicara. Nada cemburu kedengaran.
“Okeylah. Sleep well, my dear.”
“Good night. Assalamualaikum.” Namun tidak sempat dia tekan butang merah, namanya dipanggil lembut.
“Ulfah Syuhada.”
“Apa?” Nada kerek keluar.
“Give me a thousand nurses, I chose only YOU. Give me a thousand doctors, I just want YOU. You are my only one girl. InsyaAllah.” Suara Thaqif buat Ulfah terdiam. Sungguh, dia terharu.
“Ulfah?”
“Here.” Sebak yang mengepung diri dikawal agar tidak kedengaran di telinga Thaqif.
“Now, go to bed. Sleep tight. Jangan cemburu-cemburu. Saya main-main je tadi. Takkanlah saya nak pandang nurse dan doktor yang kat sini sedangkan dalam hati saya cuma ada nama tunang saya.”
Ulfah diam. “Saya tak cemburulah.”
“Ye, awak tak cemburu. Dah, pergi tidur. Jangan lupa basuh kaki, ambil wudu’ sebelum tidur. Jangan mimpikan saya, tau sebab nanti awak akan rindu saya. Selamat malam. Assalamualaikum.” Lembut suara itu menuturkan. Nada suaranya mengambarkan dia sedang tersenyum.
Ulfah menjawab mati sebelum menamatkan talian. ‘Umi, Ulfah rasa nak pergi hospital sekarang!’

Vespa hitam itu direnung. Belakang vespa itu remuk teruk. Rasa macam nak meraung pulak dekat bengkel ni.
“Thaqif, wa sudah kasi murah. Lima ratus ringgit saja. Tarak mahal.” Apek, si tuan punya bengkel angkat kening.
Thaqif garu kepala. Serabutnya. Mana nak cekau duit? Duit tu memang ada tapi dia nak simpan, buat belanja kahwin. “Apek, kasi kuranglah. Kita kenal dah lama, kot.”
“Ini sudah rosak teruk. Kena mahal sikit.”
Aidil yang membelek DSLR angkat muka. “Apek, abang wa sudah terseliuh tangan. Lu mau cekik darah lagi. Wa cekik sama lu, lu mau?”
Apek itu terdiam. Dua beradik itu memang pelanggan tetapnya namun untuk memberi murah, bukan cara dia. Business is business katanya. “Lu cekiklah kalau boleh lu cekik. Tapi bisnes wa boleh lingkup kalau ini macam.”
Thaqif pandang Aidil, Aidil pandang Thaqif.
“Tak apalah, Apek. Kami cari tempat lain jelah. Lu sekarang sudah sombong, sejak lu dapat bisnes besar. Lu jangan risau. Bisnes lu tetap jalan. Lu cuma hilang kami saja sebagai customer lu.” Aidil beri DSLR pada Thaqif sebelum menolak vespa hitam milik abangnya itu.
“Aiya, jangan ini macamlah. Okeylah. Okeylah, wa kasi kurang. Empat ratus ringgit. Tak boleh kurang dah. Okey?”
“Ha, ini macamlah apek. Wa sayang lulah macam ini.” Aidil sengih manakala Thaqif diam membisu.
“Lu tunggu sat, wa nak cari buku wa.” Apek itu berlalu dengan membebel dalam bahasa Cina. Mungkin sedang mengeji mereka berdua. Tapi mereka tak kisah, asal apa yang mereka nak, jalan.
Aidil angkat kening pada Thaqif. ‘Jerat mengena.’
Thaqif kedip mata. ‘Kau memang pelakon terhebat, kalah Aaron Aziz.’
Aidil sengih, berlagak. ‘Well, you know me.’

Ulfah tengok rak cermin yang menempatkan telefon bimbit jenama Samsung. Dia garu kepala yang dilitupi tudung. Dia cadang nak belikan sebuah telefon kepada Thaqif. Dia pandang gelang di lengan. Cantik, bersinar. Rasa hati kembang setaman.
“Yes, cik adik. Ada apa yang boleh saya bantu?” Pekerja kedai Samsung itu ukir sengih.
‘Senyum gatal.’ Ulfah cebik bibir. “Saya nak beli telefon untuk suami saya.”
Mati senyuman lelaki tadi. Dia pandang cincin yang tersarung di jari Ulfah. ‘Isteri orang rupanya.’
“Puan nak telefon yang macam mana?” Lelaki itu sudah hilang mode gatalnya.
“Anything. Yang penting boleh call dan mesej.”
“Samsung Galaxy S II, mungkin sesuai untuk suami puan tu.” Telefon pintar itu dihulurkan pada Ulfah. “Dia ada Android, so you can download anything for free tapi ada juga yang berbayar. Boleh hantar e-mail. Facebooking, Tweet. WhatsApp pun ada.”
Ulfah garu kepala. Dia tak berapa pandai sangat nak guna telefon pintar ni. Tambah kalau yang skrin sentuh seperti Samsung Galaxy S II itu. Dia angkat muka dari telefon itu. Dia pandang jurujual yang tekun merenungnya. Dia malu, lalu dia berpaling ke kiri dan dia terpempan.
“Adam Thaqif.” Hanya itu yang terkeluar. Dia terkejut! Lelaki yang baru menjadi tunangnya selama dua hari itu sedang berjalan masuk ke Secret Recipe dengan seorang wanita cantik. Sumpah dia terkejut. Telefon di tangan dihulur kembali kepada jurujual itu. “Saya nak telefon ni.”
Lelaki itu garu kepala. ‘As simple as that?’
“Serius ke?”
“I’m dead serious!” Ulfah bersuara lembut tapi tegas. Dalam benaknya, pelbagai persoalan yang keluar dan topiknya hanya satu, Adam Thaqif!

To be continued...

p/s:siapa perempuan tu?jeng jeng jeng...:D

18 comments:

  1. Uit sis Sungai Besar tu kampung saya tu,rindu dah lama x balik...T_T
    betul ke Adam Thaqif yang berjalan dengan perempuan tu???
    Next chapters please....#^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah tu...hahaha...minggu depan pulak :)

      Delete
  2. sapekahh??jeng3x.........cepat update tau najwa hehehehehe

    ReplyDelete
  3. like. next pleaseeeeeee. ;p

    akuZan.

    ReplyDelete
  4. Sungai besar kampungku jua...hehe..yeye...blk kg next week...
    opss...entry kali best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeye...balik kampung...hehee...terima kasih ;)

      Delete
  5. aaaa....nk komen hape ek?. -.-"
    sambungan cepatan sikit yep..aq paling bnci nk kne tggu next2 chapter nih..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni komfom lia -.-"...insyaAllah, har khamis pulak....hahaha

      Delete
    2. eh eh spe lia?slh owg nih.hahaha..
      tbaek la ko najwa! :))

      Delete
    3. blah la hoi...ahahaha...aku sudah tahu kau siapa

      Delete
  6. adeihh... eden dah terjatuh sayang pada thaqif lah..
    ngeee... sepupu dia kot..
    ulfah, sila jgn fikir bukan2..
    btw, ada kematangan dalam setiap olahan najwa..
    great job...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai dah terjatuh syg dekat thaqif nie...alahai :P...terima kasih ;)

      Delete
  7. thaqif keluar dengan sape..???
    ni yang wat saspen nih...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkkk...hah, tunggu next entry kalau nak tau ;P

      Delete
  8. alahai ada pulak yg jd penyibuk hehehe. jgn kena serang udahlah karang x psl2 ada yg lebam kat mulut mcm ari tu hehehe.

    ReplyDelete
  9. erk....bukan penyibuk nie...hahaha...kita tunggu entry seterusnya kalau nak tahu siapa perempuan tu :P

    ReplyDelete