Iman tak menunggu lama, dia segera
bangun dari duduknya. Dia memandang Jun, “Maafkan I, Jun! Antara you dan Lily,
I akan pilih Lily. Dia yang pertama dan terakhir dalam hati I. Tak ada yang
lain.”
Jun kaku.
Kata-kata Iman, wajah Lily yang basah dengan air mata bagai menghantui dirinya.
Demi melihatkan air mata yang mengalir di pipi Lily buat dia terasa berdosa! Ya
Allah, kenapalah aku harus menjadi orang ketiga di dalam hubungan mereka?!
“Jun...?” Seru
Iman. Dia nak berlalu pergi tapi wajah Jun yang berubah habis buat dia tak jadi
nak melangkah.
“Kejar dia...”
perlahan saja suara Jun sebelum dia memandang Iman, “Kejar dia, Iman!”
Iman terkaku
sebelum mengangguk, “Maafkan saya, Jun!”
Iman yang berlari
keluar segera mencapai telefon pintarnya dan nombor Azrul didail. Baru sekali
deringan panggilannya bersambut, “Iman? Kenapa?”
“I’ve got to go,
Azrul! Kau please datang je ke kafe tu, jumpa Jun. Aku kena pergi dah ni!” Laju
Iman bersuara.
“Kenapa ni? Cemas
aje suara kau ni?” Tanya Azrul, risau.
“Lily...” Iman
hela nafas, “She saw me with Jun! Kebetulan Jun tengah pegang tangan aku!”
“What?!”
“I know! Aku pun
terkejut. Aku tak sangka Lily ikut aku, Azrul! Dia dah pergi tapi aku tak tahu
ke mana. Mungkin dia balik rumah terus. Aku kena balik, Azrul! Aku kena
terangkan hal sebenarnya pada dia,” balas Iman.
“I’m sorry, Iman!”
“It’s okay! Betul
cakap kau, sepatutnya aku bagitau dia. Dia dah salah faham. Aku harap dia nak
dengar penjelasan aku.”
“InsyaAllah,”
balas Azrul, “By the way, Jun macam mana?”
“Dia pun terkejut
nampak Lily! Kau tolong datang sini. Aku kesian dekat dia.”
“Aku dah nak
sampai dah. Kau pergilah cari Lily. Pasal Jun, biar aku selesaikan,” ujar
Azrul, cuba menenangkan Iman.
“Thanks, Azrul! I
owe you one,” balas Iman sebelum dia dan Azrul saling berpamitan. Tak menunggu
lama, dia segera mendapatkan keretanya. Dia mahu betulkan segalanya sebelum
terlambat!
Lily kesat air matanya yang mengalir
laju. Dia tak mampu menahan lagi rasa sakit di hati. Selama ini dia cuba
butakan mata, butakan hati, butakan jiwa tapi dia dah tak mampu menjadi buta
lagi apabila dia sudah nampak dengan mata kepalanya sendiri, gadis yang menjadi
pilihan Iman. Lily, kau dah kalah!
Tak menunggu lama,
dia terus berhentikan keretanya di tempat parking kereta taman tasik yang
pernah dia datang dengan Iman sebelum ini. Dia tak tahu kenapa dia boleh bawa
kereta sampai ke sini. Air matanya mengalir bagaikan tak mahu berhenti. Hancur
luluh hatinya melihat si gadis tadi memegang tangan Iman.
Kalau sudah tidak
mahu kepadanya, kenapa harus Iman buaikan hati dia yang masih setia mencinta?
Kalau sudah memilih dia, kenapa harus Iman memanggilnya sayang seperti dia
memaksudkan kata-katanya? Kenapa harus Iman lukai hati dia yang sedia terluka?!
Kenapa?!
Entah bila, hujan
mulai turun. Langit yang tadinya biru, semakin gelap. Semakin mendung, sama
seperti hatinya kala ini. Andai dia mampu undurkan waktu, dia tidak akan ikut
Iman tadi. Dia tak mahu tempoh seminggu dia bersama Iman habis begini saja.
Tapi dek kerana dia turutkan kata hati, hari ini dia terluka.
Lily tekup
wajahnya. Sendunya makin deras kedengaran. Dia dah kalah! Dia dah kalah dalam
merebut kembali kasih Iman. Dia dah tak mampu lagi. Tertanya, Iman bukanlah
untuk dirinya. Lirik lagu yang berkumandang dari corong radio menambahkan lara
di hatinya.
Dahulu kau mencintaiku
dahulu kau menginginkanku
meskipun tak pernah ada celaku
tak berniat kau meninggalkan aku
dahulu kau menginginkanku
meskipun tak pernah ada celaku
tak berniat kau meninggalkan aku
Dahulu,
ketika masih menginginkan dirinya, dia tolak Iman menjauh. Dan kini saat Iman
sudah menjauh, yang tinggal di dalam hatinya cumalah penyesalan semata-mata. Dia
perlu pergi... dia harus pergi!
Lily memarkirkan keretanya di porch sebelum keluar
dari kereta. Dengan langkah yang lemah, dia mendekati pintu rumah. Gugusan
kunci dari dalam beg tangannya dicapai. Dengan tangan yang terketar-ketar, anak
kunci cuba dimasukkan ke dalam lubang kunci namun getaran tangannya membuatkan
dia tak mampu nak memasukkan anak kunci ke dalam lubangnya.
Tanpa dia mampu menahan, air
matanya mengalir lagi. Perasaan sedih masih menyelubungi hatinya. Dengan mata
kabur dan sedu-sedan, dia mencuba sekali lagi. Berjaya! Dia segera masuk ke
dalam rumah sebelum pintu rumah ditutup. Tak menunggu lama, dia naik ke tingkat
atas. Air mata yang masih mengalir dikesat kasar. Lily, kau kena kuat! Kena
kuat! Kau menangis air mata darah sekali pun, kalau Iman dah tak suka... sampai
bila-bila dia tak suka!
Dia segera menapak masuk ke dalam
bilik tidurnya. Kakinya terus melangkah ke arah katil sebelum dia menarik
sebuah bagasi besar yang diletakkan di bawah katil. Habuk-habuk yang melekat pada
bagasi itu disapu-sapu sebelum bagasi itu dibuka. Dia kemudiannya mendekati
almari baju. Baju-bajunya yang bergantungan ditarik keluar sebelum dicampakkan
di tepi bagasi. Baju-bajunya yang berlipat juga ditarik keluar dan dicampakkan
di tepi bagasi.
Bunyi telefon yang dari beg
tangannya buat Lily segera menapak ke katil di mana dia mencampakkan beg
tangannya tadi. Nama yang tertera di skrin telefon buat dia sebak kembali.
Dayah! Tak mahu Dayah menunggu, panggilan itu diambil Lily.
“Lily? Are you okay? Aku
mesyuarat tadi. Aku baru baca mesej kau. Lily... are you there?”
Suara Dayah yang kalut buat Lily
tersedu, “Da... dayah...”
“Lily? Kenapa ni? Kau nak aku
pergi rumah kau ke?”
Lily menggeleng walaupun dia tahu
Dayah tidak nampak, “A... ku tum... pang rumah kau ma... lam ni? Bo... leh tak?”
“Lily? Kenapa ni?”
“A... ku dah kalah, Dayah... dah
ka... lah! Ka... lah teruk!” Dengan sedu-sedan Lily bersuara.
“Lily?”
“Aku tum... pang... ru... mah kau
ma... lam ni ya?”
“Kau gaduh dengan Iman, ya? Lily...
nak keluar rumah pun bincanglah dengan dia dulu. ,” Dayah cuba menasihati Lily
yang nyata diselubungi emosi.
“Nak bincang apa lagi? Aku minta
tujuh hari je, Dayah... tak sampai tujuh hari, dia cari balik perempuan tu! Dia
dah janji, Dayah... dia dah janji...” adu Lily dengan tangisan yang masih tak
mahu berhenti.
“Tujuh hari? Tujuh hari apa ni,
Lily?” Dayah bertanya, tak faham.
“I don’t want to talk about this.
Please, Dayah... aku tumpang rumah kau ya?”
Kedengaran Dayah menghela
nafasnya, “Fine. Kau nak datang bila ni?”
“Right now!” Ujar Lily, tegas.
Air mata yang mengalir tadi dikesat kasar. Sedu-sedan yang kedengaran cuba
ditahan. Dia tak mahu jadi lemah! Dia kena kuat!
“Sekarang? Aku kat ofis lagi ni.”
“Tak apa. Aku tunggu.”
“Kau memang dah nekad ke Lily?”
“Ya!”
Sekali lagi kedengaran keluhan
dari Dayah di talian sana.
Lily mengangkat bagasi besar
miliknya menuruni tangga. Dia tak mahu berlama-lama di rumah itu. Tempoh yang sekejap tadi pun dah buat
dadanya sesak. Bayangan Iman kelihatan di mana-mana. Dia juga tak mahu berlama.
Dia tak mahu bertembung dengan Iman lagi.
Ketika di anak tangga yang
terakhir. Pintu rumah dibuka dari luar tiba-tiba. Spontan, Lily memandang ke
arah pintu rumah itu. Iman!
“Lily...” Iman yang basah kuyup
melangkah masuk ke dalam rumah. Bagasi besar yang dipegang Lily membuatkan
jantungnya berdegup laju, “Awak nak pergi mana...?”
“Saya nak keluar!” Tanpa
perasaan, Lily bersuara. Dia meneruskan langkahnya namun sempat dihadang Iman.
“Awak nak pergi mana? Tempoh
seminggu awak belum habis lagi, Lily...”
Lily ukir senyum sinis, “Saya dah
tak perlukan tempoh seminggu tu lagi! Lagipun, awak dah mungkir janji Iman. Apa
perlunya saya duduk kat rumah ni lagi!”
“Lily... awak dah salah faham!”
Iman memegang kedua-dua belah bahu Lily.
“Salah faham apanya? Saya nampak
sendiri! Awak berjumpa dengan kekasih hati awak tu! Jangan risau, tempoh dah
tamat! Pergilah jumpa dia semula! Pergi!” Tangan Iman dibahunya ditepis sebelum
tubuh Iman ditolak, “Pergi!”
“Lily...”
“Cukuplah Iman. Hati saya ni tak
cukup kuat dah nak tanggung semua ni. Saya tahu awak terseksa dalam masa
seminggu ni tapi tak boleh ke awak tunggu lagi sehari? Sehari je lagi... lepas
tu awak bebas!”
“Awak dah salah faham, Lily...”
“Saya tak boleh nak tengok muka
awak sekarang! Saya sayang awak sangat tapi saya dah mula nak bencikan awak!”
“Lily...”
“Saya perlukan masa. Izinkan saya
keluar dari sini.”
“Lily, dengar dulu penjelasan
saya!” Iman cuba pegang tangan Lily namun Lily lebih laju melarikan tangannya.
“No! Awak dah hancurkan hati saya
sebelum ni Iman, dengan pengakuan awak. Susah payah saya cantumkan balik. Hari
ni awak hancurkan semula... awak rasa saya patut dengar penjelasan awak lagi
ke, Iman?”
“Lily...”
“I’m sorry, Iman tapi saya dah
letih nak hadapi semua ni. Bagi saya masa...” Lily dah menangis semula.
Iman terpaku. Kenyataan Lily buat
dia hilang kata-kata, “Awak nak tinggalkan saya?”
Lily ukir senyum sinis pada Iman
walau pandangan matanya kabur, “Sepatutnya, dari dulu lagi saya tinggalkan
awak. Lepas awak buat pengakuan tentang hadirnya Jun dalam hidup awak.”
Iman terdiam.
Lily capai semula bagasi besar di
tangannya. Dia melangkah melintasi Iman sebelum berhenti dan bersuara, “Maafkan
saya, Iman. Halalkan makan minum saya selama saya jadi isteri awak. Terima
kasih untuk segalanya.
Iman masih kaku di tempatnya
manakala Lily sudah melangkah keluar dari rumah itu. Air mata
yang mengalir, dia kesat laju. Di muka pintu, dia berpaling. Segala isi rumah
itu, dia pandang dengan air mata yang masih penuh mengaburi mata.
Di setiap sudut di rumah itu, dia terbayang
kemesraan dan kebahagiaan yang pernah dia dan suaminya rasai satu ketika
dahulu. Batang tubuh suaminya yang membelakangi dirinya dipandang lama. Dia
kesat lagi air mata yang semakin galak mengalir. Selamat tinggal, Iman Zariff.
Terima kasih untuk segalanya. Bagasi besar miliknya diangkat dan terus dia
melangkah pergi. Dengan air mata yang mengalir laju, dia terus berlalu dan tak
berpaling lagi.
Sebaik saja bunyi enjin kereta Lily
kedengaran, Iman jatuh terduduk. Kakinya terasa lembik tak berdaya. Ingin
dikejar namun langkahnya terasa sumbang. Tanpa sedar, air matanya mengalir.
Kerana terlalu mahu berahsia, dia kehilangan Lily. Kerana terlalu turutkan kata
hati, dia kehilangan cinta hati.
Di dalam kereta, air mata Lily makin laju
mengalir. Dadanya yang terasa sakit ditepuk-tepuk, bagai mahu menghilangkan sakit.
Walau beribu pujukan Iman berikan, hatinya tak mahu memaafkan. Bukan dia tak
sayang tapi dia takut dia dilukai lagi. Iman, carilah bahagia awak semula. Maafkan
saya kerana tak mampu berikan kebahagiaan pada awak. Maafkan saya...
p/s; hai semua! Maaf lambat update cerita ni. Kena writer's block. Tudiaaa tiga tahun writer's block. Trust me, idea cerita ni entah kemana perginya, Ni baru dapat sambung itu pun masih tersangkut-sangkut. Saya cuba untuk bagi lagi update cerita ni kemudian. Semoga terus sabar menunggu. Maaf jugak kalau cerita ni jadi klise, hambar dan lain-lain. Maaf sangat-sangat. Terima kasih juga sudi menunggu update cerita ni. Saya baca komen anda semua tapi masih belum ada waktu nak balas komen-komen anda. Semoga terhibur ya :)
huhuhu ... sedihnya baca part ni , nk suruh lily dgr penjelasan iman pon hati tgh sedih teruk ..huhu moga iman mulakan projek memujuk lily
ReplyDeletebest
ReplyDeleteRindunya dngn your stories sis. Finally update jgk . Go lily find yourself back . When you got it , come back to Iman .
ReplyDeleteAda sambungan lagi dak?
ReplyDeleteassalamualaikum sedihnya cite ni.. kesian lily dia dah trsalah faham dkt iman.... harap dyeorg berbaik semula.. :)
ReplyDeleteKenape jadi begini Iman... Nk berahsia sgt... Kan Lily making terluka
ReplyDeleteBest👍👍👍
ReplyDeleteSedih
ReplyDeleteWah!!! Finally after so long!! Welcome back!! It's ok if its cliche or what..still ade masa untuk edit or tambah baik before dinovelkan kan? Huhuhu
ReplyDeleteCerita ni habis dekat blog ke atau nak dinovelkan
ReplyDeleteMmg best sis....
ReplyDeleteHwaaa sdihnya....
Tu la iman curang sngat....cpatla pjuk lily
tks sis..x sabar nk baca sambungan die..
ReplyDeleteHuwaaaaa. Nak entry baruuuu.😭😭😭😭😭
ReplyDeletelama tunggu sambungan cerita ni. iman kena kuatkan diri dan gandakan usaha untuk memenangi hati lily lagi dan memujuk lily agar mendengar penjelasannya. selepas itu terpulanglah semuanya kepada lily. sayang betul jika terpaksa berpisah hanya disebabkan salah faham. mereka berdua masih saling menyayangi. semoga jodoh mereka masih panjang..
ReplyDelete~ azean78 ~
How about F.L.Y? Rindu sangat dgn jo..
ReplyDeleteCerita ni dan novel fly memang takkan ada sambungan ke..? Ending dia memang tergantung eh..?
ReplyDeleteBila nak sambung lagi?
ReplyDeleteBila sambunganya...sedihnya...kesian Lily.
ReplyDeleteIman tu pun x kan x boleh tunggu sehari je lagi jumpa girlfriendnya.
Berterus terang dulu dgn Lily baru lah gi jumpa.
Sambung sambung lah sambunglah..
Tolonglah sambung lagi sayangku Najwa
ReplyDeletetolong sambung lagi cerita ni... best...
ReplyDeleteYup... tolong lah sambung cerita ni..Rasa mcm tergantung lh sis
ReplyDeletetak sambung pun takpe
ReplyDeleteMasih menunggu
ReplyDeleteMasih menunggu
ReplyDeletemasih menungguu, pls update
ReplyDelete