"Lawa
ke budak yang nak langgar kau tu?"
Aman
jungkit bahu menjawab soalan Radzi. Mulutnya masih penuh dengan nasi. Karang
jawab bersembur mulut, kena carut pulak.
"Kau
kenal ke budak tu?" Tanya Lutfi sambil menyudu kobis masak lemak ke dalam
pinggannya.
Aman
angguk, "Kenal."
"Siapa?"
Danny yang tadi asyik menyuap nasi bertanya pula.
"Adalah... kalau aku sebut karang, belum tentu korang
kenal."
Danny mencebik, "Eleh... nak berahsia konon. Kau pun
bukannya kenal sangat budak-budak perempuan kolej."
Kasyaf yang tadi diam menghulurkan pinggannya kepada Radzi, meminta
nasi tambah, "Korang punya kapten basketball nama apa entah?"
"PG!" Jawab Danny laju.
"Dia ada adik kan?"
Mendengar soalan Kasyaf, Aman
rasa ayam goreng kunyit yang ditelan tadi terasa lekat di kerongkongnya.
"Ada. Second year!" Laju Danny menjawab.
"Adik dia tadi menangis terduduk dekat kawasan parking
library."
Aman tersedak! Uhuk! Lutfi
dan Radzi kalut menghulur air pada Aman.
"Tudialah, gelojoh lagi!" Danny senyum sinis.
Kasyaf ukir senyum sinis yang lagi sinis dari senyuman Danny,
"Kau agak-agak kan Aman, siapa yang buat dia menangis ek?"
Aman yang meneguk air, tersedak sekali lagi! Uhuk!
Lutfi dan Radzi saling berpandangan.
Danny terlopong.
Kasyaf pula selamba menyambung suapan nasi.
“ADIK PG KE YANG NAK LANGGAR KAU TU?” Soal Danny dengan nada
tinggi.
Aman berdehem sikit sebelum menjeling Kasyaf! “Mana kau tau
dia menangis?”
“WOI, AKU TANYA KAU NI!” Danny bersuara lagi.
Lutfi yang geram dengan suara Danny yang kuat terus menyumbat
isi ayam ke dalam mulut Danny, “Kau nak tanya, tanya slow-slow lah gila! Kau
ingat Aman tu duduk rumah hujung ke kau nak menjerit?!”
Danny yang terkejut dengan sumbatan (ada ke perkataan ni)
Lutfi memuncungkan mulut sambil dia mengunyah isi ayam yang ada di dalam
mulutnya.
Kasyaf menggeleng sebelum dia menjawab soalan Aman, “Aku
nampaklah! Kecoh jugak kat tempat parkir tu tadi. Tangan terketar-ketar macam
dia yang kena langgar.”
Aman mencebik, “Ingat hati kental! Waktu first year dulu muka
toya je kena marah dengan aku!” Teringat balik dia sewaktu dia mengajar Pijah main
bola keranjang dulu. Kena marah banyak kali pun, muka dia tetap toya tak
berperasaan. Pelik... takkan kena tengking sekali dah koyak?
“Perempuan, emosi hari ni bukan sama dengan emosi semalam.
Bukan macam Kacap, satu emosi je dia ada,” ujar Radzi tiba-tiba.
“Apa kait dengan aku pulak?” Kasyaf jungkit kening.
“Saja...” Radzi sengih sebelum dia pandang Danny, “Ha,
Danny...! Kau kata ada cerita hot! Cerita apa wei?”
Danny langsung tersengih. Hilang rajuk dia tadi ditegur Lutfi
tadi, “Haaaa...”
“Danny...” Suara Kasyaf kedengaran namun nadanya biasa tapi
terasa aura amaran.
Danny buat tak peduli sebelum kembali bersuara. Matanya
mengerling pada Kasyaf, “Aku jumpa orang tu dating dekat library tadi...”
“Siapa?” Aman bertanya sebelum dia kembali menyuap nasi.
Lutfi menggeleng. Radzi senyum saja. Datang dah dia punya
lembab, “Kasyaf...”
Aman kerut dahi, “Kasyaf dating? Perempuan gila mana yang nak
dating dengan dia?”
Kasyaf buat muka, “Apa kau ingat muka aku muka tak ada market
ke?”
“Haaa...” Aman mengangguk sebelum dia sengih keji.
“Kau dating dengan siapa, Kacap?” Tanya Radzi yang sudah
selesai makan.
“Mana ada aku dating. Percaya sangat cakap Danny tu. Bukannya
betul.” Balas Kasyaf sebelum menyuap nasi yang masih berbaki.
“Dating tak mengaku!” Danny buat muka nakal, “Dia dating
dengan minah gothic ooo...”
“Ika?” Lutfi dah mengerutkan dahinya, “Kau sure ke dating?
Bukan perang. Kacap dengan minah tu mana boleh jumpa, perang je.”
Kasyaf hela nafas, “Betullah tu.”
Danny ketawa lalu dia pandang Lutfi, “Kalau dah duduk
berdua... tak ke dating namanya?”
Kasyaf menggeleng sebelum dia berdiri, “Tak kuasa aku nak
dating dengan minah tu! Dah, siapa last makan... kemas!”
Sebaik saja Kasyaf selesai berkata-kata, serentak... Lutfi,
Radzi dan Aman berdiri, “DANNY, KEMAS!”
Danny tercengang, “Bila korang habis makan? Cinabeng!”
Kasyaf menatap laptop yang diletakkan di atas meja belajar.
Mouse digerakkan sebelum dia berhenti. Tiba-tiba dia teringat peristiwa petang
tadi. Peristiwa di mana dia dan Ika dikatakan dating oleh si Danny. Dia hela
nafas. Kenapa agaknya Ika tu suka cari pasal dengan dirinya...?
"Ika, ni Kasyaf ketua program dan
Kasyaf... ni Ika, pembantu awak!" Puan Suhaila, penaung Program Sehati
Sejiwa ukir senyum.
Kasyaf angkat tangan antara ikhlas dengan
tidak, "Hai."
"Hai." Ika senyum dua saat sebelum
kembali memasamkan wajahnya.
"O... key..." Puan Suhaila dapat
rasakan aura tegang antara Ika dan Kasyaf, "Awak berdua kenal ke satu sama
lain?"
"Tak!" Serentak, mereka menjawab.
"Okey..."
Puan Suhaila ukir senyum paksa, "So, jom mulakan perbincangan kita."
Kasyaf
dan Ika serentak mengangguk.
"Program
Sehati Sejiwa ni kami berdua tahu kan tentang apa?"
Kasyaf
angguk.
Ika
geleng, "Saya tak tahu."
"Lain
kali kalau ada perjumpaan datang! Jangan memonteng je kerja!" Perlahan saja
suara Kasyaf namun masih cukup kuat di telinga Ika dan Puan Suhaila.
Ika
pantas menjeling Kasyaf.
Puan
Suhaila dah kalut! Ah, sudah! "Bukan Ika ponteng hari tu, Kasyaf..."
"Tak
payah terang kat dia pun, Puan. Orang bebal kalau kita terang pun bukan faham.
Dia tau main sembur je."
Bebal?!
Kasyaf jeling Ika.
Baru Puan
Suhaila nak menyampuk, telefonnya berbunyi, "Jangan gaduh! Saya pergi
angkat call kejap!"
Melihat
Puan Suhaila berlalu, Kasyaf pandang Ika dengan pandangan yang tajam! "Apa
masalah kau dengan aku?!"
"Tak
ada masalah apa-apa."
"Kenapalah
kau jadi penolong aku?" Separuh mengeluh, Kasyaf bersuara.
"Kau
ingat aku nak sangat ke? Kalau bukan Jihan paksa aku, aku pun tak naklah!"
"Macam
aku kebulur sangat."
"Nampak
macam kebulur!"
Tak
sempat Kasyaf nak balas, bahunya terasa dipeluk.
"Kacapppppppp!"
Danny ukir sengih lebar, "Rindu kau!"
"Berambuslah,
mangkuk!"
Danny
kerling si gadis yang ada di sebelah Kasyaf, "Uuu... dating! Patutlah
halau aku!"
"Please,
siapa nak dating dengan Mat Kayap ni!"
Berdesing
telinga Kasyaf mendengar kata-kata Ika. Mat Ka... what?! "EXCUSE
ME?!"
Danny
bulatkan mata. Eh?! "Kau dating dengan Ika?!" Separuh berbisik dia
bertanya pada Kasyaf.
"Aku
tak gila lagi Danny, nak dating dengan minah
gothic ni!"
Ika malas
nak melayan terus menyarung headphone ke telinganya. Sembanglah nak sembang.
Jangan kacau aku!
Danny
tersengih lebar, "Uuu... cerita hot ni! Best ni dapat story kat
budak-budak lain!"
"Kau
rasa nak kena sepak dekat punggung, kau ceritalah!"
"Ala,
setakat kena sepak. Bukan rasa apa!" Danny jungkit-jungkit kening,
"Elok-elok dating Kacap, takut ada yang memerhati..."
"Bingai!"
“HA, TERMENUNG! TERINGAT AWEK BAJU HITAM PETANG TADILAH
TUUUUUUUUUU...” Suara Danny yang kuat menghentikan lamunan Kasyaf.
“Tak kuasa aku nak
ingat dia!” Balas Kasyaf dengan muka bersahaja.
“Eleh...” Danny buat muka sebelum dia duduk di sebelah
Kasyaf, “Eh, Kacap!”
“Apa?”
“Jihan join jugak kan program Sehati Sejiwa kau tu?”
Kasyaf mengangguk, “Kenapa? Nak kirim salam?”
“Buat apa nak kirim salam? Aku sendiri boleh hantar mesej
bagi salam dekat dia...”
“Dah tu. Kau tanya kenapa?”
Danny buat muka sedih, “Lah, tanya pun tak boleh ke?”
“Ni kau menempel dekat aku ni... kau tak ada kerja ke nak
buat?”
Danny angguk sambil tersengih, “Ada tapi aku malas...”
“Asyik malas je... bila entah nak rajinnya,” balas Kasyaf! “Cubalah
jadi rajin sikit. Jangan nak malas je! Lawan sikit malas kau tu...”
Mendengar bebelan Kasyaf, Danny cepat-cepat menggeliat, “Astaghfirullahal’azim...
mengantuknya! Aku tidur dululah, Kacap...”
Kasyaf sengih dalam hati. Bagus, pergi tidur! Jangan kacau
aku buat kerja! “Ha, pergilah tidur...”
Danny cepat-cepat lari masuk ke bilik tidurnya. Takut dibebel
lagi dengan Kasyaf.
“Eh, mana Danny?” Radzi yang baru keluar bilik bertanya, “Tadi
aku rasa aku dengar suara dia bersembang dengan kau.”
Kasyaf senyum dua saat, “Lari masuk bilik. Kena bebel dengan
aku.”
Radzi langsung ketawa. Danny... Danny... anti betul kau
dengar si Kasyaf ni bebel.
Kasyaf
keluar dari bilik air dengan wajah basah. Dari bilik air, dia terdengar suara
Danny mengejutkan Aman yang masih lagi lena. Dia melangkah mendekati bilik Aman
sebelum dia bersandar bahu di muka pintu, “Bangun dah ke?”
Danny
geleng, “Liat bebenor nak bangunnya...”
Kasyaf
hela nafas sebelum dia melangkah masuk ke dalam bilik itu. Dia mencangkung di
sebelah Danny sebelum dia memandang Danny, “Kau pergi bentang sejadah kat
depan. Biar aku kejut dia.”
Danny
geleng kepala lagi, “Kalau mamat ni kahwin, isteri dia harus terseksa tiap-tiap
pagi nak kejut dia bangun Subuh!”
Kasyaf
tersenyum kecil mendengar rungutan Danny sebelum dia menepuk bahu Aman, “Aman...
bangun!”
Aman tak
bergerak. Masih statik dalam posisi mengiring.
"Aman...
bangun! Dah subuh!" Kasyaf garu kepala sebelum dia menepuk
kaki Aman pula, namun tepukannya lebih kuat dari tadi.
"Hmm..."
"Aman,
bangun."
"Hmm..."
"Nak
masuk syurga tak?"
"Mengantuk, ma!" dalam tak sedar, Aman merengek.
Danny yang berdiri di muka pintu dah tekup mulut nak ketawa. Dia tak jadi
membentang sejadah bila dia nampak Radzi sudah membentangkan sejadah di ruang
tamu.
"Bangun, Aman!"
Aman mengiringkan badannya mengadap dinding.
“Tak bangun lagi?” Entah bila Lutfi berdiri di sebelah Danny
di muka pintu.
Kasyaf geleng. Betul cakap Danny, harus terseksa isteri Aman
nanti nak kejut bangun Subuh...
Lutfi senyum senget mendekati Aman. Tubuh Kasyaf ditolak sikit untuk memberikan dia ruang untuk duduk di sisi
tilam Aman. Perlahan dia berbisik di telinga Aman, suaranya sengaja digaraukan!
"ASSALAMUALAIKUM, ZAYYAD AIMAN!"
Zup! Aman terus bangkit, "Waalaikumussalam, cikgu!"
"Ha, dah bangun! Pergi ambik air sembahyang! Orang lain
dah tunggu dah!" Lutfi menepuk bahu Aman sebelum menjungkit kening pada Kasyaf.
Berlagak!
Kasyaf buat muka. Ceh! "Radzi bangun dah ke?"
"Sudah, maaaa!" Radzi menyahut dari ruang tamu.
Danny pula dah ketawa suka. Makin lama, makin banyak nama
panggilan Kasyaf.
Bingai! Carut Kasyaf dalam hati. Aman yang masih lagi terpisat-pisat di tepuk
bahunya, "Cepat!"
Aman mengangguk saja. Baik dia pergi sekarang, kalau tak
bergerak ni harus empat ekor jebon tu pakat baca Yasin kat telinga dia!
p/s; terima kasih tukang buat cover kat atas tu. awak tahu awak sapa. lawa sungguh.I loike <3
p/s/s; maaf pendek sikit bab ni. hehehe saya dah mengantuk kakaka :D
Best ✌✌✌
ReplyDeleteBest...
ReplyDeleteSambunglah lagi...
Best je dorg ni. Mmg kamceng gila
ReplyDeleteBagusnye dpt kawan2 camne... Kejutkan kawan yg liat bangun ssolat.... Best
ReplyDeletehahaha .. dale duk suka mngata mencarut pon solat ber jemaah x lupa .. sape la jdi isteri zayyad aiman ni ..ngeeee~
ReplyDeleteHahaha.....best...nak lg....😂😂😂
ReplyDeleteBest....Sgt....
ReplyDelete-Azzna-
Ini calon2 suami gegadis luar sana.. mulut mengata sesama depa bkn main laser.. tapi solat jemaah sesama buat.. limited edition nih..kihkih
ReplyDeletebestttt. smbung la lagi. heeeeee
ReplyDeleteHahaha..baca byk kali tetap gelak 👍
ReplyDeleteWaaa....best3
ReplyDeleteWaaa....best3
ReplyDeleteHahaha menarik betul... makin tak sabar tunggu n3 seterusnya.
ReplyDeleteJihan tu Jihan Firas ke?
ReplyDeletebila baca kisah ni.. Akif teringatkan hero² gulp's cafe, si Jet, Mike, Adib, Apek dan jugak Is.. mmg sempoii...
ReplyDelete