Johanna
bekukan wajah saat pelajar-pelajar lain di sekelilingnya memerhatikan dia
sambil berbisik-bisik. Nafasnya dihela. Payah sungguh manusia yang jenis suka
menghukum tanpa siasat ni.
“Jo,
senyum...” Nuha tarik kedua-dua hujung bibir Johanna dengan tangannya.
Johanna
ukir senyum segaris sebelum kembali mematikan senyuman itu, “Korang nak tak mee
ni?”
Elly dan
Nida saling berpandangan, “La, kenapa? Makanlah.”
“Aku tak
ada seleralah,” ujar Johanna. Mee yang ada di dalam pinggan dikuis-kuis dengan
garfu di tangan. Wajah Jehan terbayang di mindanya. Entah kenapa, bagai ada
rindu yang menggamit di hatinya sedangkan baru semalam mereka berjumpa.
“Kenapa?”
Tanya Nida sambil memandang Johanna. Dia sedar yang Johanna tidak seperti
kebiasaannya. Selalunya dia sering bergurau dan mengusik Nuha tapi sejak dia
pulang ke asrama semalam, dia menjadi sedikit pendiam.
“Entah,”
balas Johanna, pendek.
“Orang
banyak dosa, memang macam tu. Kan, Peah?” Rena yang duduk membelakangi Johanna
bersuara, sinis. Geramnya pada Johanna masih bersisa.
“Itulah.
Aku ingatkan aku dah tak payah nampak dah muka dia, alih-alih ada lagi kat
sekolah ni. Cikgu kesian kot. Anak kurang kasih sayang mak bapak, kan?”
“Tapi
syukurlah, seminggu kena gantung dah boleh berubah. Dah pakai tudung,” ujar
Moni, ikhlas.
Rena
julingkan mata pada Moni, “Ala, pakai tudung tapi hati busuk buat apa.
Mencemarkan nama orang-orang lain yang pakai tudung.”
Nuha dan
Nida ketawa. Elly senyum, “Dia tengah cakap pasal diri sendiri tu.
Alhamdulillah, dia sedar diri.”
Meledak
ketawa semua orang termasuk Johanna. Nuha bangun dari duduknya dan diikuti yang
lain, “Jomlah masuk kelas. Duduk kat sini, aku rasa nak gelak aje.”
Elly dan
Nida menarik sengih dan mengikut langkah Nuha yang dah ke depan. Johanna pula
memandang Rena sebelum dia menunduk sedikit lalu di telinga Rena dia berbisik,
“Inilah nama dia, menepuk air di dalam dulang, terpercik ke muka sendiri.”
Rena kalih
memandang Johanna, “Kau!”
“Rena,
orang yang mulia hatinya takkan mengaku hatinya mulia dan orang yang busuk
hatinya, sering mencanang pada dunia betapa busuknya hati orang lain,” dengan
senyum masih meniti di bibir, Johanna berlalu. Payback time, dude!
Johanna
pegang kepala yang terasa berdenyut. Detak jantung yang terasa lebih laju dari
kebiasaannya buat dia rasa tak senang hati. Suara hingar-bingar pelajar dalam
kelas 5 Aurum bagai tiada kesan pada dirinya.
“Jo, hang
okey ka?”
Johanna
kalih memandang Nuha lalu dia mengangguk, “Okey.”
“Hang macam
resah semacam ja. Betul ka hang okey?”
Johanna
mengangguk, “Nuha, aku okey!”
D.O yang
mendengar perbualan Johanna dan Nuha, kalih ke belakang, “Jo, kau tak tegur aku
lagi hari ni!”
“Kenapa?
Kau rindu aku ke?” Ujar Johanna, berseloroh.
“Gila tak
rindu! Kau kan cikgu aku.”
“Ceh!” Nuha
buat muka.
D.O.
senyum, “Nuha, janganlah jealous.”
“Sapa yang
cemburu pun!” Nuha pukul bahu D.O. dengan bekas pensilnya.
“Korang
boleh diam tak? Study, boleh?” Hadi kalih memandang D.O., suaranya tenang saja
namun masih terasa aura berapi Hadi.
Nuha diam
dan terus berpura-pura membuat latihan Sejarah manakala D.O. dah kalih ke
depan. Johanna menggeleng, “Tak boleh tengok orang senang langsung.”
Hadi yang
mendengar cuma tunduk memandang buku latihan. Dia tak mahu membalas. Johanna
Sofea yang ada di belakang dia sekarang bukan Johanna Sofea yang sama dia jumpa
seminggu lepas. Bukan hanya tudung yang menutup rambutnya yang membuatkan dia
berbeza. Ada sesuatu pada Johanna yang lain pada pandangan matanya.
“Lapar gila,
wei! Padahal aku makan banyak dah tengahari tadi,” ujar Elly, separuh mengeluh.
Nida pula cuma ketawa. Elly... Elly... walaupun dia paling banyak makan tapi
dia jugaklah yang paling kurus pun.
Nuha yang
mendengar turut ketawa namun tawanya mati melihat Johanna yang diam seperti
memikirkan sesuatu, “Jo, hang dah sampai mana ni?”
Johanna
sedikit tersentak lalu dia memandang ke arah Nuha, “Ada je kat sini.”
“Kau macam
ada masalah je, Jo. Ada apa-apa kau nak share dengan kami?”
Johanna
geleng kepala, “Aku sendiri tak tau kenapa. Kejap lagi, korang pergilah DM
dulu. Aku nak telefon rumah kejap.”
“Hang nak
aku ikut dak?” Nuha memandang Johanna.
Johanna
mengangguk, “Boleh jugak.”
“Tak apalah
macam tu. Kami tunggu kat DM,” ujar Nida.
Johanna dan
Nuha mengangguk, faham. Baru mereka nak berpisah arah, Nuha memanggil Nida,
“Nida!”
“Ya?”
“Simpan roti
boom sehelai kat aku!”
“Banyaklah
kau punya sehelai, Nuha!”
“Biaqlah!”
Nuha ketawa dan terus berjalan beriringan dengan Johanna.
Duit
syiling lima puluh sen dimasukkan ke tempat syiling sebelum jarinya laju
mendail nombor telefon rumah yang sudah dihafal.
Lama dia
menunggu sebelum panggilannya berjawab, “Hello, assalamulaikum!” Suara orang
yang menelefon itu kedengaran sedikit resah.
“Waalaikumussalam. Jihan?!”
“Kak long?”
Jihanna di talian bertanya, meminta kepastian. Dari nada cemas, suaranya
kedengaran seperti sedang menahan sebak.
“Jihan!
Kenapa ni?”
“Kak long,
adik... kak long,” tangisan Jihanna pecah di talian sana.
“Kenapa
dengan adik?” Jantung Johanna mulai berdetak dengan lebih laju, “Jihan?”
“Adik masuk
ICU. Demam dia makin kritikal. Doktor kata bukan demam biasa.”
“Kenapa tak
ada sesiapa pun inform kak long?!” Suaranya berubah menjadi lebih keras! Geram,
risau dan marah bercampur menjadikan Johanna lebih beremosi.
“Daddy...”
Jihanna ketap bibir. Dadanya terasa sesak.
Johanna
pejam mata. Setitis air matanya mengalir ke pipi. Sampai hati daddy... “Adik
sakit apa, Jihan?”
“Demam...
kepialu. Doktor kata mungkin terjadi sebab makan makanan yang tak bersih. Usus adik
rosak, kak long. Adik lemah sangat. Dia tak kenal Jihan, dia asyik cakap benda
merepek dan dia asyik cari kak long.”
Johanna
garu kepala, “Jihan cakap dekat adik, suruh dia tunggu kak long balik. Kak long
cuba balik petang ni.”
Jihanna
menangis di talian. Sedunya jelas kedengaran, “Kak long balik cepat ya...”
“Kak long
akan balik. Kak long akan balik,” ucap Johanna, tegas.
Usai
berpamitan dengan Jihanna di talian, Johanna tarik nafas panjang.
Nuha yang
menemani Johanna hanya mampu menepuk belakang Johanna, “Anything happen?”
“Jehan...”
Johanna tarik nafas, “Jehan masuk ICU, Nuha. Aku tak tahu nak buat macam mana.
Aku nak balik tapi aku berani kerat jari Cikgu Mashitah takkan bagi.
Tambah-tambah dah petang macam gini.”
“Cakap
baik-baik boleh kot.”
“Mana ada
orang percaya aku lagi. Cikgu Mashitah mesti soal siasat macam-macam. Dia mesti
tanya aku nak balik dengan siapa. Orang tua aku bukan nak ambik aku, dia orang
lebih rela senyap tak buka mulut cakap apa-apa. Dia orang lagi suka kalau aku
tak balik...” Johanna pegang kepala yang terasa pening, “Dan kalau aku suruh
Cap datang, Cikgu Mashitah mesti takkan bagi aku balik buta-buta macam tu je.”
“Habis tu?”
Johanna
yang sedang memegang kepala tiba-tiba memandang Nuha, “Nuha...”
“Hmm...?”
“Fly. Aku
nak fly malam ni.”
Wajah Nuha
berubah, “Jo, takkan hang nak tambah problem lagi? Kalau kena tangkap macam
mana?”
“Takkan ada
orang nak tangkap aku kalau orang tak tahu.”
Nuha
menggeleng, “Okeylah. Katakanlah hang lepaih nak fly, macam mana hang nak pi
hospital? Bukan dekat, Jo.”
“Cap.
Tunggu kejap, Nuha. Aku nak call Cap!”
Nuha
mengeluh perlahan sebelum mengangguk. Johanna, kalaulah A yang dikata, A lah
yang dibuat.
Johanna
membetulkan hoodie di atas kepalanya. Zip sweater ditarik hingga menutup dada.
Tudung yang sedikit senget dibetulkan. Perlahan-lahan dia pusing memandang
rakan sebiliknya yang sedang memandang dia, “I’m going.”
“Are you
sure about this, Jo? Bahaya wei. Kalau kau kena tangkap, ada kemungkinan kau
kena buang sekolah. Dengan kes kecurian tu pun tak selesai lagi,” Elly
bersuara. Nadanya resah.
Johanna
mengeluh, “Apa pilihan yang aku ada? Aku cuba jumpa Cikgu Mashitah tapi Cikgu
Mashitah tak benarkan aku keluar kalau bukan keluarga yang jemput. Dia anggap
aku menipu. Aku tak boleh tunggu dan pastinya aku tak nak Jehan terus menunggu
aku.”
Nida
mengangguk lalu tubuh Johanna dipeluk, “Sabar, Jo. Apa-apa jadi, sabar dan
sentiasa redha ya? Aku doakan adik kau selamat hendaknya. InsyaAllah.”
“Terima
kasih, Nida!” Ucap Johanna, sebak.
“Jo, take
care. Pastikan hang tak kena tangkap! Janji dengan aku,” Nuha ketawa sambil
mengesat matanya yang terasa panas.
Johanna
memeluk Nuha, lama. “Doakan aku, Nuha! Doakan Jehan jugak.”
Nuha
mengangguk. Berat sungguh hatinya mahu melepaskan Johanna fly malam ni. Namun
demi mengenangkan Jehan, dia diamkan saja.
Elly orang
terakhir yang mendekati Johanna, “Jo...”
“Elly,”
Johanna depangkan tangannya.
Elly tanpa
kata terus memeluk Johanna, lama. “Jo, kuat Jo! Ingat. Allah sentiasa ada
dengan kau.”
Johanna mengangguk
dalam pelukan Elly. Air matanya menitis jua. Terima kasih Ya Allah kerana
kurniakan aku sahabat seperti mereka...
Johanna
mengelap dahi yang sudah dibasahi dengan peluh. Langkahnya diatur penuh
berhati-hati namun tetap laju. Detak jantungnya semakin laju berlari. Di antara
risau, resah dan takut kantoi... semuanya bersatu. Sesekali dia menoleh ke
belakang. Takut-takut ada yang mengikutnya dari belakang.
Saat tiba
di pagar belakang. Dia sudah mahu bersedia untuk merangkak keluar dari pagar
besi, namun langkahnya terhenti saat namanya diseru dari belakang.
"Johanna Sofea!"
Air liurnya ditelan. Wajahnya sudah berubah riak. Jantungnya berdegup
lebih laju dari biasa. Dia kenal suara yang menyeru namanya itu. Perlahan-lahan
dia berpaling ke belakang. Matanya tiba-tiba silau akibat disuluh dengan lampu
suluh.
"Tak pernah lagi dalam sejarah sekolah ni, pelajar perempuan berani
fly," suara Cikgu Lah kedengaran.
Lampu yang disuluh pada mukanya, malap tiba-tiba. Saat dia membuka
matanya yang masih terasa perit akibat disuluh, wajahnya berubah. Hadi Azraff,
Rena Aleeya, rakan sebiliknya, warden aspuri berdiri bersama-sama Cikgu Lah.
"Saya ada sebab saya sendiri, cikgu!" Ujar Johanna sambil
memandang Nida, Elly dan Nuha yang memandangnya dengan wajah serba salah.
"Apa alasan kamu?" Cikgu Mashitah bertanya, lembut.
Johanna ketap bibir, "Ad... adik saya masuk ICU."
"Alasan awak tak kukuh!" Cikgu Lah bersuara, garang!
"Awak boleh pergi ICU esok, atau pun keluar dengan minta kebenaran. Bukan
keluar senyap-senyap macam ni! Kes awak mencuri pun tak selesai lagi, awak dah
buat masalah baru! Apa nak jadi dengan awak, Johanna?!"
“Cikgu tak adil! Saya cuba minta kebenaran Cikgu Mashitah tadi tapi saya
tak dapat kebenaran dari Cikgu Mashitah. Jadi apa yang saya boleh buat selain
dari fly?”
Cikgu Mashitah menunduk, memang betul kata Johanna. Dia memang tak
memberikan kebenaran kepada Johanna untuk keluar petang tadi.
“Tapi itu bukan alasan awak untuk keluar dari sekolah tanpa kebenaran,
Johanna Sofea! Alasan awak tak munasabah! Bukannya awak tak boleh tunggu esok.
Lagipun, kalau betul adik awak masuk ICU, mustahil ibu bapa awak tak telefon
pihak sekolah untuk maklumkan pada awak! Awak sengaja gunakan nama adik awak
untuk tipu saya, tipu pihak sekolah! Awak betul-betul dah melampau!” Suara
Cikgu Lah semakin keras.
"Saya melampau?" Johanna pandang tepat pada mata Cikgu Lah
dengan jari telunjuk tangan kanannya dituding pada dirinya sendiri. Matanya
berkaca. Alasan tak munasabah, huh? "Kalau adik saya ditakdirkan nazak
malam ni tanpa sempat saya jumpa dia, cikgu agak-agak cikgu boleh tak suruh
adik saya tunggu, jangan mati lagi supaya saya dapat jumpa dia esok? Dengan
minta kebenaran cikgu?!"
Cikgu Lah terdiam. Nuha dah teresak-esak. Elly dan Nida turut sama
menangis. Wajah Johanna walaupun nampak tenang namun matanya jelas
tampak marah dan sedih dengan mereka yang menghalangnya kala itu.
"Kau nak menipu lagi, kan? Tak payah berlakon, Jo! Aku dengar yang
kau telefon budak lelaki mana entah nak jumpa malam ni. Kau nak keluar dengan
dia, kan? Nasib baik kami dapat tangkap kau! Thanks to Hadi punya plan.
Cukup-cukuplah busukkan nama sekolah ni dengan attitude kau!" Ujar Rena,
angkuh.
Johanna pandang Hadi. Hadi dah
terkaku. Dia mengaku dia yang buat plan untuk menangkap Johanna fly malam ni.
Dia tak dapat mengelak, apatah lagi Rena memberitahunya tentang plan Johanna
pada malam itu di depan Cikgu Lah. Tidak mahu tidak, dia terpaksa membuat
rancangan untuk menangkap Johanna.
"Sekolah ni dah pun busuk. Baik nama dan orang di dalamnya
tambah-tambah hati manusia penuh hasad dengki macam kau!" Tengking
Johanna! "Kalau apa-apa jadi dengan Jehan, aku takkan maafkan kau dan
Hadi! Takkan!"
Rena terkelu. Sebelum ni Johanna hanya akan membalas kata-katanya dengan
sinis. Ini kali pertama dia dijerkah dan dia akui, dia dah kecut perut.
Suasana senyap seketika sebelum tiba-tiba telefon Cikgu Mashitah
berbunyi. Cikgu Mashitah segera mengambil panggilan tersebut. Wajahnya berubah
seketika. Bibirnya diketap sebelum dia mengangguk. Sebaik sahaja dia mematikan
panggilan tersebut, dia mendekati Johanna, "Johanna, saya minta maaf
sangat-sangat pada awak. Saya betul-betul minta maaf pada awak."
Wajah Johanna berubah. Matanya tepat memandang Cikgu Mashitah,
"Kenapa cikgu nak minta maaf pada saya?"
"Adik awak..." Cikgu Mashitah tak dapat meneruskan
kata-katanya. Dia sebak! “Saya minta maaf, Johanna. Saya harap awak
banyakkan bersabar...”
Wajah Cikgu Lah berubah. Hadi dan Rena terkedu. Johanna dah terjelepuk
jatuh. Nida, Elly dan Nuha pantas mendekati Johanna, "Jo... sabar Jo!"
Johanna diam tak bersuara. Air matanya jatuh setitis demi setitis. Dia
teringat semula kata-kata Jehan sebelum dia pulang ke asrama Ahad lepas selepas
seminggu digantung persekolahan, "Kak
long, walaupun semua orang tak percaya kak long. Kak long kena tahu, adik
percaya kak long, kak ngah pun. Kak long nanti adik mesti rindu kak long.
Sangat-sangat. Kak long jangan lupa balik, ya? Teman adik."
“Jehan Putra, kenapa tak tunggu kak long?!” Raung Johanna, kuat. Air matanya terus mengalir. Wajah
Jehan, keletah Jehan semuanya bagai pita rakaman yang diulang tayang di
mindanya. “Jehan, kenapa tak tunggu kak long? Kenapa?”
Hadi memejamkan matanya. Inna Lillahi
wa inna ilaihi raji'un...
P/S: this going to be the last chapter of FLY dalam blog. harap semuanya dapat menanti cerita FLY jadi buku :) maaf buat awak-awak yang saya sayangi dan saya kasihi. Kalian menanti FLY waktu PBAKL tapi FLY takdak pun waktu PBAKL. Maaf sangat-sangat. Penulis awak ni pemalas *sendiri sedar diri, alhamdulillah* Saya harap awak semua masih boleh terus menanti. Doakan saya, Hadi dan Johanna :)
P/S: this going to be the last chapter of FLY dalam blog. harap semuanya dapat menanti cerita FLY jadi buku :) maaf buat awak-awak yang saya sayangi dan saya kasihi. Kalian menanti FLY waktu PBAKL tapi FLY takdak pun waktu PBAKL. Maaf sangat-sangat. Penulis awak ni pemalas *sendiri sedar diri, alhamdulillah* Saya harap awak semua masih boleh terus menanti. Doakan saya, Hadi dan Johanna :)
Oh hadi.. awak akan rasa bersalah selamanya.. percayalah.. walau nanti jo pasti maafkan awak semula.. tapi rasa itu akan terus kekal.. :'( harap awak sedar dan lebih sayangkan jo..Arisa91
ReplyDeleteBiar semua orang tak percayakan Jo, cukup la kalau ada sorang yg tetap percayakan dia..Sedih rasanya bila satu2nya orang yg percaya Jo (adik dia) dah takde..
ReplyDeleteMungkinkah cinta? Andai dimulai dgn rasa bersalah dan simpati? Erm.. *please someone answer me.. in dilemma..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteHuwaaaaa apasal sedih ni.....head boy u kejam...
ReplyDeleteKENAPA BUAT CERITA SEDIH SGT NI?????huwaaaaa... sedih gila. kesian Jo
ReplyDeleteHarap cepat dapat peluk buku nie...;)
ReplyDeleteHarap dapat baca buku ni secepat mungkin! :')
ReplyDeleteSgt setuju dengan anon...sgt x reliable apabila wujudnya cinta di tengah2 rasa bersalah dan simpati...
ReplyDeleteWaaaaa.. sedih akak baca bab ni..xsabar nak tggu versi cetak...
ReplyDeleteWaaaaa.. sedih akak baca bab ni..xsabar nak tggu versi cetak...
ReplyDeleteSedihhhh brapa lama nak kena tunggu ni huhuhuhu
ReplyDeletesedihnya kesian dgn jo....
ReplyDeleteSesungguhnya mulai mlm ni hadi bkn lg hero dhatiku. Kbai
ReplyDeleteSesungguhnya mulai mlm ni hadi bkn lg hero dhatiku. Kbai
ReplyDeleteSedihhh.....Hadii...kau akn menyesall....hati johanna makin keras la.pas ni....say sayonara gudbye la to you hadi...
ReplyDeleteSedihhh.....Hadii...kau akn menyesall....hati johanna makin keras la.pas ni....say sayonara gudbye la to you hadi...
ReplyDeleteGood job hadi!! You're doing well.. Head boy yg sgt brtanggungjwb.. Be strong Jo, only u know how painful it is..but life must go on..
ReplyDeletesedih sangat.. waaaaa... x sabar nk peluk fly..huhuhu
ReplyDeleteSama la kita ...nak peluk FLY
Deletekan? akan jadi igauan..hihihi
Deleteok..sye nanges....waaaa..sedih sgt...:( ..utk tuan writer smoga segalanye dipermudahkan utk myiapkan karya ini...aminnn...chaiyok..chaiyok...:)
ReplyDeletedah baca berkali2.. still airmata meleleh2... apa pun ending dia.. walaupun jo maaf kan diaorg... tp tolonggg lah... kasi si rena tu pengajaran cukup2, biar terbongkar semua sifat busuk dia... & lg satu biar ayah jo menyesal seumur hidup dia sbb buat jo mcm tu..
ReplyDeleteSetuju sgt. Mesti ayah jo akan menyesal juga. Ikatan ayah anak xmungkin putus! Sy yakin juga yg jo akan maafkan semua org. :) dan, penyelasan itu mesti bg setiap yg hidup kan? Belajar dr salah. Jgn ulang salah yg sama. Hidup mesti juga diteruskan! Rasa salah itu yg akan membawa kita utk lebih menghargai dan menyayangi lepas ini. ^^ berikan yg terbaik!
DeleteAwat lambat sgt nk upload? Ok2.
ReplyDeleteFly dah xde.. tunggu USS jela
First time comment. Just nak inform.. nangis.. Huhu
ReplyDeleteSmbung la lg 2-3 chapter...Please
ReplyDeleteSay bye2 to Hadi.. aq dah xsuka watak Hadi ni...
ReplyDeleteBila akn kluar versi buku? Tak sabar. Confirm saya beli
ReplyDeletenangis T_T...sedih sangat..good job writer
ReplyDeleteakhirnya Jehan pergi tinggalkan Jo.... makin dalam luka di hati Jo...
ReplyDeleteSedih,, kesian Jo.. Baca bnyk kali pun still nangis.. Kak sambung 2 chapter lagi.. Please
ReplyDeleteakakkkk nk lgiii please ~T_T~last chapter
ReplyDeleteAkak . Sambungan cerita yg len takde ke?
ReplyDeleteNajwa..rindu kisah lily n iman..huhu
ReplyDeleteboleh tak awak tolong sambung?
Akak kena buat cepat cepat saya nak beli nanti nak jawab SPM tak tenang ��
ReplyDeletesedih sgt...nak baca lagi...sambung sampai bab 25 boleh tak? nak buk dia...cepat2 la siapkan...tak sabar ni...
ReplyDeleteBile nak smbg kisah iman dn laili?pleased..abiskan cepat kat blog ,akak..hehe
ReplyDeleteSedihnya bab ni. Tak sabar nak tunggu versi cetak.
ReplyDeleteAq hrap sngattt jo dpt jd org yg tbah dan bgkit dari kesedihn
ReplyDeleteMeroyan tnggu buku keluar... bile kluar nii T_T
ReplyDeleteplease sambung bab 23 ASAP
ReplyDeleteNajwa knpe lmbt nk update even 1 entry? USS dah lama bersarang. Xnk smbung ke apa ni? Sorry emo. Geram ngn Hadi la ni...
ReplyDelete(T.T)
ReplyDeleteAduh....tetibe mata masuk habuk....
sedih..nape kejam sgt wat jo camtu..xsuke hadi n rena..
ReplyDeleteUlang baca lagi Fly still sebak. Harap versi cetak tahun ni juga
ReplyDeleteNk Fly.. Huaaa... Dh prgi kedai buku tpi dorang kata novel Fly x ada..
ReplyDeletenovel ni dah kluar ke blum
ReplyDeletenovel fly kalau dah keluar bagitau ye...kesian jo x dapat jumpa adik dia utk kali terakhir
ReplyDeleteSedih nya..... byk kali baca msh nangis..
ReplyDeleteCepatlah smbg plzzzzzzz
bila novel ni nak keluar ? tak sabar nak baca :(
ReplyDeleteTak boleh berhenti menangis sbb apa yg Jo rasa sama macam apa yg saya rasà waktu f5 dulu. Rasa mcm baca kisah diri sendiri.
ReplyDeleteBla nk kuar ni?
ReplyDeleteBila nak keluarkan buku nie....... byk kali baca ttp naseh nangis.... sedih nya......
ReplyDeleteBile nak kuar buku ni???? dh lame tnggu huhuhuhuh
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBila nk kuar novel ni??? Dah lame giler tggu ni..
ReplyDeleteSambong lh!!!!! Adik sanggup x tido seharian sbb nk lyn novel nie.... sedihnye adik x dpt bace ending novel nie!!! Adik hrp dpt smbong scpt yg mungkin
ReplyDeleteBoleh saya tahu . Novel ni dah keluar ke ? Suka dengan watak johanna yang keras .
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteRindu FLY em.. bila nak publish jadi novel, kak? I'm waiting huhuhu takpun post la sambungan dalam blog heheheh #jadibudakbaik xp
ReplyDeleteAkak..bila novel FLY akan kluar?tringin sngat nak baca novel dia.and ni dah kali ke-6 saya bca FLY ni tpi tak prnah bosan.seriously best sngat
ReplyDeleteSalam kepada penulis...bila novel fly akan dikeluarkan ye...?
ReplyDeleteAkak bila novel ni nak keluar..? Dah 5 kali baca..
ReplyDeleteNak fly pleasee ..
ReplyDeletehai kak najwa!!saya dh bca semua story akak yg ni..berulang saya bca..tak jemu..tapi satu lh yg tak best..sbb tak ada sambungnya lagiiiii..saya ada cari kt kedai buku..mana tahu ada jual novel akak ni..tp takdelh..akak msh ada stok buku ni tak??kalau ada..saya nk bli blh tak??betul ni!saya nk sangat baca sambung crta fly ni..blh ye kak�������� ��
ReplyDeleteBaca balik fly sbb rindu jo dan hadi aka headboy..huhu..kak najwa, bila fly nak keluar? Tak sabar nak peluk ketat2 sambil nangis..sian ke jo tapi tak boleh salahkan hadi jugak..kenapalah cikgu dia kejam sangat???
ReplyDeleteNk lgiii plzz last chapter pun jd laa...tunggu publish lmbat sngt
ReplyDeleteassalamualaikum.. sya nak sngat baca part 23... please
ReplyDeleteOh cik writter ku sayang...
ReplyDeleteBuku ni dh publish ka ...
Tlh la smbung lgi.... nk thu jgk...
Huwaaaa
Cik writer please sambung cerita ni best sangat sangat��....publish buku kaa
ReplyDeleteAkak bila nak bagi ending..?novel dah keluar ke..? Nak baca smpai habis..Setiap kali baca mesti nangis..
ReplyDelete10times baca 10 times ngak..kuar air mata...ku terlebih feeling agaknya..huhuhu..
ReplyDelete10times baca 10 times ngak..kuar air mata...ku terlebih feeling agaknya..huhuhu..
ReplyDeleteMeraung menangis ni... Kesian Jo.. Hate u hadi n bpp
ReplyDeleteNak novel nye..........
ReplyDeleteNak novel nye..........
ReplyDeletesambungg pleaseeeeeeeeee
ReplyDeletesambungg pleaseeeeeeeeee
ReplyDeletenovel sda kluar kaa ne..
ReplyDeleteSpa2 yg ada stock novel ne nak jual infm.. k..
Tdk tntram tdr lps bca ne crita.. gantung...
Tp best sngat2..kesian kat Jo..ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
Tlg laa cik penulis..bg respond😂😂😂
ReplyDeleteTlg laa cik penulis..bg respond😂😂😂
ReplyDeleteNovel dah keluar belom? I reallyyy want this book!! Pls
ReplyDeleteAkak writer.... Bila nk kuar novel ni??? Sedih smpai berair hidung ni haaaaaaa....
ReplyDeleteSambu glah pleasssseeeeee satu chapter pun jadilah.... :(..sedih cerita nie nak baca lagi...
ReplyDeleteReally miss d story...x sabar nak tau endingnya...sambung le another chapter.
ReplyDeleteNovel fly belom keluar lagi ke , please publish cepat , tak sabar nak beli
ReplyDeleteakak update laa lagi novel fly ni... huhuhuh dah lama tunggu sambungan..ni dah berapa kali dah ulang novel FLY ni...
ReplyDeletesalam... sis, bila nak keluar ni... dah berapa kali ulang baca ������
ReplyDeleteSalam..novell ni dh boleh dpt dkt pesta buku yg akn berlangsung tk lama lgi ni ke?
ReplyDeleteSis bila nak keluarkan dalam versi cetak ? TT
ReplyDeletebila sis nak terbitkan novel nie? 2 tahun da kami menunggu. please bg info about this novel. there are many people out there are waiting for this novel ��
ReplyDeleteSis.... Please sambung bab 23 kat blog ni... Sis please.. Saya nak tahu full story.. Please sis najwa...
ReplyDeleteSis.. buku dah publish ke? Kalau dah publish nak beli kat mana ye?
ReplyDeleteSis where is the continue.. We want to know the ending please..
ReplyDeletesis cerita ni best sangat-ii. nak tahu sangat-ii ending dia macam mana. apa jadi dekat johanna , rena and hadi?
ReplyDeleteAkak bila nk publish buku fly ni.... Tak puas baca mcm tergantung je....
ReplyDeleteAkak tlg lh sambung...����������
Penulis please continue this story. I keep repeat read this story ��
ReplyDeleteAkk buku dah publish ke ? Dari 2016 kita follow .. huhuhu
ReplyDeleteI follow cerita ni since first chapter. Best sangat cerita ni. Pernah cari kat bookstore tapi tak jumpa. Nnti kalau dah publish update please.
ReplyDeletedah dua tahun saya tunggu buku FLY nie keluar...kalau dah keluar tolong inform yeee pleasssseeeee...tak sabar nak baca sambungan cite nie
ReplyDeleteBila novel ni nak keluar? Since 2015 tunggu
ReplyDeletesetia dari 2015, please nk baca sambungan diaðŸ˜ðŸ˜
ReplyDeletesaya akan sentiasa tunggu cerita ni keluar🥺🥺
ReplyDelete