Aku genggam erat tangan kanan Naufal. Langkah kami seiring. Semalam,
Naufal bawa aku tidur di Villa Seri Mayang bukan hotel seperti dia cakap kerana
dia tidak larat nak memandu sampai ke tengah bandar Kuala Terengganu. Masih jet
lag, katanya. Villa Seri Mayang pun tidaklah jauh mana dari rumah sewaku. Kami
juga tidak bersembang panjang semalam kerana Naufal tersangatlah letih sampai
tertidur ketika menungguku mandi.
“Sayang...”
Aku pandang dia, “Kenapa?”
“Tengok tu.”
Aku alih mata dari memandang dia, aku melihat ke arah yang ditunjuk olehnya, “Subhanallah! Comelnya baby tu.”
“Ish, bukan baby tulah yang abang tunjuk.”
“Dah tu?”
“Abang suruh tengok family tu. Ibu baby tu muda lagi. Macam Insyirah. Ayah baby tu pun nampak muda lagi, macam abang.”
Aku angkat kening pada dia, “Abang muda? Oh, please! Geli pulak tekak Insyirah dengar.”
Naufal mencerun kepadaku, “Eh, cik puan! Abang ni muda lagi tau.”
“Ish, perasan! Abang dah tualah. Insyirah yang masih muda bergaya.”