Wednesday 25 September 2019

PRA-TEMPAHAN DIBUKA UNTUK KOMPILASI GULP! CAFE

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Hari ni, dengan rasminya saya buka PRA-TEMPAHAN untuk Kompilasi GULP! Cafe.

Buku ini berstatus PRINT ON DEMAND (POD) dan 300 tempahan awal akan dapat tandatangan penuh cinta (cewah) dan hadiah istimewa dari saya.

🌼 100% jualan online (tiada di kedai buku)

🌼 Kisah romantik komedi

🌼 Pra-tempahan sehingga 25 OKTOBER 2019 (untuk batch pertama)

🌼 Boleh KOMBO dengan buku JADI MILIKKU?, cuma tambah RM10 sahaja!

🌼 Boleh KOMBO dengan LOVE, SUGA juga ya 


🌼 Kompilasi ni tebal ya, 800+ pages.


 Di dalam buku kompilasi ini akan ada;

4 CERITA UTAMA (Iced Americano, Jodoh Dari Langit, Cik Peah Klinik Sebelah dan Si Sneakers Merah)

1 CERPEN EKSKLUSIF (yang saya tak pernah siarkan di mana-mana)

5 CERITA PENDEK ISTIMEWA; juga tak pernah disiarkan di mana-mana laman sosial



SINOPSIS GULP! CAFE:

ICED AMERICANO
Perkenalan Iman dengan Jet bermula dengan Iced Americano. Dalam diam, Iman jatuh hati tapi Jet masih setia pada cinta lamanya.
“You tak nak jadi barista?”- Iman
“I dah tak ada sebab untuk jadi barista lagi.”- Jet

Iced Americano itu pahit. Sepahit kisah cinta Iman tapi Iman tetap sukakannya...

JODOH DARI LANGIT
Waktu ibu Jet tanya pada Apek bila nak kahwin. Jawapan dia,
“Saya tunggu jodoh turun dari langit.”- Apek
Tapi bila tiba-tiba dia dilamar si Lisa gadis sunti 17 tahun, dia serabut!
Nak diterima atau patut dia tolak saja?

CIK PEAH KLINIK SEBELAH
Perkenalan mereka tidak dirancang.
Adib itu nakal kuat mengusik. Peah itu kuat melayan.

“By the way, Faridatul Afifah adalah sebuah nama yang sangat sedap. Kenapa kau bagitahu aku nama kau Peah?"- Adib
“Sebab aku takut kau mandremkan aku, so aku rahsiakan nama betul aku."-Peah

SI SNEAKERS MERAH
Senyuman si wanita buat jantungnya bergetar. Jatuh cinta pandang pertama itu wujud dalam kamus hidup Mike, si pencinta kucing..
"Beli untuk kucing ke?"- Mike
"Tak, saya nak buat makan sarapan pagi. Makan dengan susu."- Sarah

Comel! Jawapan dari Sarah buat Mike terkedu.
Namun ada kisah buat Sarah menjauh...