Johanna membuka matanya saat terasa tangan Jehan meronta-ronta bagai
meminta pertolongan. Tangannya laju menggoncangkan bahu Jehan, “Adik, bangun
adik!”
“Tak nak! Tak nak!” Masih dalam keadaan tidak sedarkan diri, Jehan
meronta-ronta.
“Jehan Putra!” Pipi gebu milik Jehan ditepuk beberapa kali.
Jehan buka matanya tiba-tiba sebelum dia menerpa ke arah Johanna, “Kak
long!”
“Adik, kenapa ni?”
“Adik tak suka nightmares!”
“Adik mimpi apa ni?” Johanna memeluk erat Jehan.
“Adik mimpi ada orang tarik adik ikut dia. Adik nampak kak long menangis,
tak kasi adik pergi. Tapi dalam mimpi tu, adik tak melawan pun. Lepas adik tak
nampak kak long, baru adik menangis.”
Johanna hela nafas panjang, “It was just a nightmare adik. Tadi tidur
basuh kaki tak? Baca doa tidur tak?”
“Baca tapi adik lupa nak basuh kaki.”
“Hah, sebab tulah adik mimpi pelik-pelik. Dah, pergi basuh kaki.”
Jehan menurut kata Johanna namun ketika di depan pintu bilik air, dia
berpaling pada Johanna. “Kak long...”
“Hmm..? Kenapa?”
“Adik sayang kak long.”
Johanna terpempan seketika sebelum mengangguk, “Kak long pun sayang adik.
Dah, pergi basuh kaki.”
Jehan tersenyum sebelum masuk ke bilik air. Johanna pula bersandar di
kepala katil. Kata-kata Jehan, mimpi Jehan... semuanya bagai berputar kembali di
mindanya namun dia tak pasti kenapa.
“Panas badan Jehan ni, Pia. Risau Mak Pah,” ujar wanita separuh abad yang sedang menuam dahi Jehan yang terbaring di atas sofa.
Johanna garu kepala. Rambut yang panjang menjadi serabut, “Mak Pah dah
cuba call daddy dengan mummy?”
“Sudah tapi tak berangkat. Tengah mesyuarat agaknya.”
Johanna hela nafas, “Meeting tak habis-habis. Kita nak buat apa sekarang
ni, Mak Pah?”
“Mak Pah pun tak tahu Pia.”
Johanna ketap bibir. Telefon wireless dicapai. Nombor sahabat yang seorang
itu didail. Baru satu deringan, panggilannya berjawab, “Cap!”
“Yo! Kenapa kau call aku ni?”
“Kau kat mana, dude?”
“Aku on the way nak balik rumah. Baru habis kelas tambahan. Kau call aku
dari rumah ke ni, minah?” Tanya Cap sambil menghidupkan enjin kereta.
“Ya, ya! Cap, I need your help.”
“Kenapa?”
“Jehan demam,” sepatah dia menjawab.
“Kau tunggu aku sampai,” dan talian dimatikan. Johanna hela nafas. Thank
you, Cap! Kaulah kawan aku, dunia akhirat.
Johanna menggenggam erat kedua belah tangannya. Jehan masih belum keluar
dari bilik pemeriksaan di Klinik Husna. Cap yang masih berpakaian sekolah
bersandar pada kepala kerusi. Letih dengan kelas tambahan, letih berkejar ke
rumah Johanna.
“Cap...”
“Ya?”
“Thanks.”
“Not a big deal. By the way, apa kau buat dekat rumah? Kau bukan patut
ada kat asrama ke?”
“Long story.”
“Keep it short.”
“Aku kena tuduh mencuri, aku belasah orang yang tuduh aku mencuri, aku
digantung sekolah. The end!”
“Kau pukul orang lagi?”
Johanna senyum senget, “Siapa suruh dia kacau hidup aku?”
Cap senyum. Johanna... kau masih tak berubah.
Pintu bilik pemeriksaan yang dibuka dari dalam buat Johanna dan Cam
sama-sama berdiri. Jehan keluar dari bilik itu dengan langkah yang longlai.
“Doktor cakap apa?”
Jehan menyandarkan kepalanya ke bahu Johanna, “Demam biasa aje. Doktor
suruh makan ubat.”
Johanna mengangguk, “Adik lapar tak? Nak makan?”
Jehan menggeleng, “Adik nak tidur aje boleh tak? Sakit kepala.”
“Okey, kita ambik ubat dulu then kita terus balik. Okey?”
Jehan mengangguk. Cap yang sedang asyik memerhatikan perbualan dua
beradik itu mengukir senyum. You’ll be a great mom, Jo.
“Jehan Putra!”
Baru Johanna mahu bangun, lengannya dipegang oleh Cap, “I got this, Jo.
It’s on me.”
Johanna tersenyum lalu dia menggumam rendah, “Thanks, Cap.”
Hadi merenung padang sekolah yang penuh dengan pelajar-pelajar yang
bersukan. Di gelanggang bola keranjang, ada perlawanan antara senior dan
junior. Di trek larian juga terdapat beberapa orang pelajar yang berlari, ada
yang berjoging dan ada juga yang melenggang kangkung.
“Jauh menung. Teringatkan siapa?” D.O. melabuhkan punggung di sebelah
Hadi.
Hadi ukir senyum nipis, “Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalamwarahmatullahhiwabarakatuh...” balas D.O. panjang.
“Kau dari mana?”
“Koop. Cari jajan. Kau tak jawab
pun soalan aku.”
“Soalan apa?”
“Kau menung teringatkan siapa?”
Hadi senyum tawar. Kemuncup yang melekat di seluar sukannya ditarik, “Tak
ada sesiapa.”
“Kau teringatkan Jo ke?”
Hadi buat muka, “Motif aku nak teringatkan dia.”
“Manalah tahu. Hati kau. Kalau hati aku, aku taulah kenapa aku nak rindu
Jo ke apa ke.”
“Jangan merepek D.O.!”
“Lepaklah. Sentap je kenapa,” D.O. ukir senyum senget.
Hadi menjeling D.O. sebelum kembali memandang ke arah padang bola.
“Kau yakin ke Jo yang curi purse Rena?”
Hadi kalih memandang D.O.
“Aku rasa kau lebih kenal Jo dari aku kenal Jo, Hadi.”
“D.O., I don’t want to talk about her.”
“Percayalah. Johanna Sofea tak bersalah!” Ucap D.O. sambil mencekak bahu
Hadi kejap sebelum berlalu pergi meninggalkan Hadi.
Hadi menghela nafas. Dia menekup wajahnya dengan kedua belah tangannya
sebelum sebuah keluhan dilepaskan. Arghh, serabut!
Jehan buka mata. Dahinya laju mencapai tuala basah yang didemah di atas
dahinya, “Kak long...”
“Ya? Adik lapar ke?”
Jehan mengangguk, “Nak makan.”
“Kejap ya. Kak long panaskan bubur.”
Jehan mengangguk manakala Johanna bingkas berlari masuk ke dapur, “Mak
Pah!”
“Ya, Pia?” Mak Pah yang sedang membasuh pinggan mangkuk berpaling,
memandang Johanna.
“Tolong Pia panaskan bubur untuk Jehan, boleh?”
“Boleh,” laju Mak Pah mengangguk, “Er... Pia.”
“Ya?”
“Pia dah bagitahu mummy dengan daddy pasal Jehan?”
Johanna angkat bahu, “Entah. Pia dah pesan kat Jihan. Jihan kata dia dah
call mummy dah tapi tak tahulah respon mummy macam mana.”
Mak Pah mengangguk. Dalam hatinya dia mengeluh kesal. Tidak faham dengan
sikap kedua orang tua Johanna itu. Anak yang sakit, tiada usaha pun untuk
pulang ke rumah sebaliknya mereka lebih selesa tinggal di Singapura atas urusan
perniagaan. Kerana perniagaan, anak-anak ditinggalkan.
“Mak Pah, nanti dah siap panaskan panggil Pia, ya? Pia nak tukarkan tuala
kepala Jehan sekejap,” ujar Johanna sebelum keluar dari dapur. Di pintu dapur
dapat dia lihat Jihanna sedang tekun menukar tuala demahan dahi Jehan.
Perlahan-lahan dia mendekati Jihanna, “Demam adik macam mana?”
Jihanna sedikit tersentak sebelum dia mendongak memandang Johanna, “Tak
surut pun demam adik.”
“Hmm, tu yang kak long risau tu.”
Jihanna usap lembut rambut Jehan, “Kak long balik asrama bila?”
“Lusa,” Johanna duduk di sisi Jihanna, “Tapi... kak long risau nak
tinggal adik.”
“Jihan kan ada?”
Johanna senyum sebelum dia memandang Jihanna, “Jihan dah call mummy?”
“Dah.”
“Mummy cakap apa?”
Jihanna ukir senyum sinis. Dia rasa geram tiba-tiba, “Mummy cakap adik
demam biasa aje ni. Mummy dengan daddy balik lusa sebabnya delegasi dari Arab
tu sampai esok ke Singapore and it’s their job to entertain the client!”
Johanna menggeleng, kesal! “Takkan tak ada sekelumit rasa risau dia orang
pada adik? Kalau kak long, lain cerita. Ni adik!”
“Entahlah, kak long!” Jihanna jungkit bahu.
Johanna pegang dahi yang terasa berdenyut, “Kak long kesal, Jihan...”
Jihanna mengangguk. Jihan pun, kak long.
Johanna mengemas barangan yang mahu dibawa pulang ke asrama. Tempoh ‘bercuti’
dah nak habis, dah tiba masa untuk dia kembali ke ‘neraka’.
“Kak long!” Pintu bilik Johanna tiba-tiba dibuka dari luar. Jehan meluru
masuk ke dalam bilik tidur kakaknya sebelum dia melompat naik ke atas katil
milik Johanna.
“Haip! Apa ni, lompat-lompat! Awak tu demam lagi, tahu?”
Jehan ketawa sebelum dia meniarap di atas katil Johanna sambil menongkat
dagunya, “Mana ada demam dah. Adik dah baiklah!”
“Baik apa? Pucat lagi mukanya!” Ujar Johanna sebelum meletakkan belakang
tangannya ke dahi Jehan. Suam, sudah tidak panas seperti dua hari lepas.
“Kak long, tak payahlah balik asrama! Duduklah sini. Jaga Jehan. Jehan
kan sakit?”
“Kak long kenalah balik. Kak long kan dah nak SPM.”
“Ala, sakit pening adik siapa nak jaga?”
Johanna ketawa dengan kata-kata yang keluar dari mulut Jehan. “Amboi,
sakit pening ek? Kalau pening, nanti kak long suruh Mak Pah sediakan ubat.”
“Tak naklah ubat! Ubat tak sedap. Pahit! Yek!” Jehan menjelirkan
lidahnya, tanda tak suka dengan rasa ubat yang harus dia telan dua hari lepas.
“Mana ada ubat manis, sayang.”
Jehan ketawa ceria sebelum dia turun dari katil dan duduk di sisi
Johanna. Lengan Johanna dicapai, “Kak long... jangan balik, ya?”
“Tak bolehlah adik. Kak long dah nak SPM ni. Kalau kak long gagal, kak
long kena marah dengan daddy, dengan mummy. Adik nak kak long kena marah dengan
daddy dengan mummy?”
Jehan menggeleng sebelum dia memeluk lengan Johanna, “Tapi adik nak kak
long ada dengan adik. Adik nak kak long jaga adik!”
“Adik, kak ngah kan ada?”
Jehan
menggeleng lalu dia peluk erat Johanna. Entah bila, air mata Jehan dah
mengalir, "Tak nak kak ngah. Nak kak long. Kak long jangan balik ya..."
"Jehan
Putra, tak naklah menangis macam ni. Nanti kak long baliklah."
Jehan menggeleng, "Macam mana kalau kak long balik sini adik dah tak ada?"
Jehan menggeleng, "Macam mana kalau kak long balik sini adik dah tak ada?"
Johanna
kerutkan dahi, "Lah, adik nak pergi mana?"
Jehan
meleraikan pelukannya sebelum mengesat air matanya yang masih mengalir,
"Mana tahu nanti Allah panggil adik. Nanti kak long balik, dah tak sempat
jumpa adik."
"Adik!"
Tanpa sedar, Johanna tinggikan suara. Dia menggeleng perlahan sebelum tubuh
kurus Jehan dipeluk, "Kenapa cakap macam tu? Kak long tak suka."
Jehan
kembali menangis di dalam pelukan Johanna, "Kak long jangan balik asrama,
ya?"
Johanna
mengeluh, tak menjawab. Belakang Jehan ditepuk-tepuk lembut, bagai memujuk. Kak
long bukan tak nak tinggal kat sini dengan adik. Maafkan kak long, ya?
“Kak long.”
“Ya?”
"Kak
long, walaupun semua orang tak percaya kak long. Kak long kena tahu, adik
percaya kak long, kak ngah pun. Nanti adik mesti rindu kak long. Sangat-sangat.
Kak long jangan lupa balik, ya? Teman adik kat sini,” ucap Jehan, perlahan
namun cukup untuk Johanna dengari. Johanna pejam mata. Setitik air matanya
jatuh membasahi pipi. Terima kasih adik!
“Mak Pah,
tolong jagakan Jehan dengan Jihanna ya?” Ucap Johanna pada Mak Pah yang berdiri
di muka pintu rumah banglo dua tingkat itu.
Mak Pah
mengangguk, “Pia tak nak tunggu tuan dengan puan balik dulu?”
Johanna
senyum senget, “Pia tunggu ke, Pia tak tunggu ke... sama aje Mak Pah.”
“Kak long!”
Suara dari dalam rumah buat Johanna menggeleng kepala. Jehan Putra!
“Ya? Kak
long tak pergi lagilah,” ujar Johanna pada Jehan sebaik saja Jehan berdiri di
depannya dengan sengih melebar.
“Nah,
hadiah untuk kak long!” Jehan memberikan model figura Kamen Rider Decade pada
Johanna.
“Aik? Ni
kan patung mainan kesukaan adik?”
Jehan
sengih, “Kak long simpanlah! Nanti kalau kak long rindu adik, kak long ciumlah
patung ni.”
Johanna
mengangguk sebelum model figura itu dicapai dan disimpan di dalam beg galasnya.
Kemudian dia melutut di depan Jehan sambil mendepangkan tangannya, “Come and
give me a big hug, dude!”
Jehan tak
tunggu lama sebelum dia memeluk Johanna. Erat! Bagai tidak mahu dilepaskan, “Kak
long...”
“Hmm...?”
“Kalau
nanti kak long balik, adik tak ada. Kak long jangan sedih tau. Jangan lupakan
adik, tau?”
Johanna
terasa sebak tiba-tiba, “Adik nak pergi mana? Kan kak long dah kata tadi, kak
long tak suka adik cakap benda macam ni.”
“Ala, adik
cakap aje! Mana tahu, kak long balik nanti. Adik pergi bercuti ke. Mana nak
tau,” Jehan cubit pipi Johanna. “Adik sayang kak long!”
“I love you
too, big boy!”
Jehan
tersenyum. Johanna pula kembali berdiri dan terus bersalaman dengan Mak Pah, “Jagakan
adik-adik Pia ya, Mak Pah?”
Mak Pah
mengangguk lagi sebelum dia mengusap kepala Johanna, “Mak Pah suka tengok Pia
pakai tudung. Manis aje.”
Johanna
senyum, “Doakan Pia terus istiqamah ya, Mak Pah? Lagi satu, kirim salam dekat
Jihan dan bagitahu dia yang Pia minta maaf sangat-sangat sebab tak dapat tunggu
dia.”
Mak Pah
mengangguk. Johanna pula mengusap rambut Jehan yang setia memandangnya sebelum
dia mengangkat beg pakaiannya. Perlahan-lahan dia melangkah meninggalkan
perkarangan rumah, menuju ke arah teksi yang sudah menunggu di luar pagar.
Sempat dia menoleh ke belakang, memandang Mak Pah dan Jehan yang melambai
kepadanya. Entah kenapa, hati dia terasa berat nak tinggalkan rumah kala itu. Seperti
ada sesuatu yang bakal terjadi...
p/s: entry bonus kisah Johanna. Saya saja kasi, sebab... SAYA BAIK! Muahaha <3
Terharu melihat kasih sayang antara Johanna n adik2 nya sgt kukuh...
ReplyDeleteSedih sebab ada parent yg lebih pentingkan biznez dari anak2..
Cap.. sahabat yg baik.... sentiasa ada pada masa susah dan sgt memerlukan bantuannya...
Hadi... mengapa ada sangsi pada kejujuran Johanna..
ya ALLAH! sedihnya baca entry nie mcam tahu je apa da jadi. TT..TT
ReplyDeleteJohanna tu anak yg baik kenapala parent tu buta hati x nmpak benda tu.............
dia lbih percaya ckp org berbanding dari anak sendiri. hati anak mne yg x sedih parent lebih dri diri dia.
Arrgghh..sedihnyer ...dah boleh agak ape yg akn jdi...Johanna syg gile kat adik2 die..harap2 parents Johanna cepat2 sdr.. walau byk mne pn harta tak same klau anak dah hilang satu..~T_T~~T_T~
ReplyDeleteHuhuhu menitis air mata....allhamdullilah my parents tak begitu.
ReplyDeleteSedyh plakk... Fmly tlalu pntngkn keja dr anak2... Hmmmm
ReplyDeleteNak lagiii
Iman sedihnya. Kasih sayang kakak kepada adiknya yg tak berbelah bagi. Adakah mimpi Jehan akan menjadi kenyataan.
ReplyDeleteKmas
Ya Allah .. if ak kat tmpat jo . Ak xtau cmne nak lalui . Dengan adik xsihat . Mak ayah xad . Pastu kne balik asrama .. xkuat rasenye .. but . Something la dengan adik die . Cm ad yg bruk je nak jdi .. hope xad pape la .. mst jo sdih nnti ..
ReplyDeleteBtw kak . Tq so much😘 .. rindu da terubatt . Tq 😘 besttttt😍😘😚😂
Jgnla jdik apa2 dekat jehan...
ReplyDeleteHuhu mata saya pedas!! Alah, sygnye Johanna kt adik2..n jehan pn syg Kakak die juga. Terharu dgn kasih syg ni.. Be strong Jo.. You can do it!!
ReplyDeleteSambung la cepat dear.dear kan baik.
ReplyDeleteSmbungla...best..akak kn baik
ReplyDeleteMohon sambung lagi ya...
ReplyDeleteNajwa kan baik... #^_^
Najwa..tq very much dear..awak mmg baik.. Tp awak tambah baik kalau awak smbung kisah lily n iman..hehe
ReplyDeletebest n sdih..
ReplyDeletemenarik giler! but jangan tak sambung pulak.. orang tak tahan suspen.. akak jgn tunggu buku diterbitkn.. hhuhuhuhhu :'( tak sabar2 nie.. puhleasee...
ReplyDeleteBsan...blala nk smbung...x lrat nk tnggu lama
ReplyDeleteBila nak jd buku ni!!!
ReplyDeleteT
ReplyDeletedh kluar buku blom? Hiks xsabar nk beli
ReplyDeleteRasa x sedap hti dengr jehan ckp mcm tuu 😭😭😭
ReplyDelete