Wednesday, 22 February 2017

[Mini Novel] K.A.D.L.R (BAB 1)

Kasyaf menolak pintu dewan kuliah dengan sebelah tangan. Sebaik saja dia melangkah keluar dari dewan kuliah, bahunya tiba-tiba dipeluk dari kedua-dua arah, “Kacap sayang...”
Kasyaf tersentak sikit sebelum memandang ke kiri dan kanannya. Radzi dan Lutfi tersengih saja memandang Kasyaf.
“Korang tak ada kelas ke?”
Radzi masih dengan sengihnya menggeleng, “Kelas aku dah habis.”
“Aku pun...” Jawab Lutfi sebelum dia tersengih, “Tapi petang karang ada satu lagi.”
“Dah korang buat apa kat sini?”
“Saja. Cari geng nak pergi makan tengahari,” jawab Lutfi dengan nada ceria, “Kebetulan aku terserempak dengan Radzi, dia pun cari geng nak makan.”
“Apasal tak makan dengan budak kelas kau?”
Lutfi mengerutkan dahinya, “Ala, hari ni nak lunch dengan housemate terchentaa...”
“Gila! Pergi jauh dari aku!” Kasyaf pantas menolak Radzi dan Lutfi yang menempel rapat dengannya.
“Jomlah Kacap... makan dengan kami. Tak meriah kalau makan berdua je... jomlahhhhhhhhhhh....” Radzi kembali menempel dengan Kasyaf, siap pakej belai-belai bahu lagi.
“Gelilah, bangang!” Kasyaf tepis tangan Radzi sebelum bahu Radzi dan Lutfi dipeluk, “Kafe hostel ke kafe fakulti aku?”
“Kafe fakulti kau banyak otaku! Nanti dia minat pulak kat muka aku yang macam watak manga Jepun,” ujar Lutfi tiba-tiba.
“Perasan. Muka handsome sikit je dari bontot kuali, perasan muka watak manga Jepun!” Bidas Radzi, “Kafe mana-mana pun tak apa. Aku kelaparan oi!”
“Bangang! Dengan bontot kuali kau samakan muka aku?! Muka aku sikit lagi je nak sama dengan Remy Ishak tau!“ Ujar Lutfi,  separuh geram!
Kasyaf menggeleng. Remy Ishaklah sangat, “Dah! Cukup! Kita pergi kafe library nak? Lepas makan boleh terus aku pergi library!”
“Elok! Danny pun ada kat library, ada discussion dengan group assignment dia. Kalau dia dah habis discussion, boleh join makan sekali,” ujar Radzi, bersetuju dengan cadangan Kasyaf.
“Boleh je mana-mana,” Lutfi jungkit bahu tak kisah.
“Ni korang datang fakulti aku ni naik apa ni?”
Spontan Radzi dan Lutfi ukir sengih sebelum serentak mereka menjawab, “Rempit!”
Kasyaf geleng, “Ada helmet ke?”
“Haruslah tak adaaaa...” meleret Lutfi menjawab, “Dah, aku nak pergi kat motor aku. Jumpa kat kafe nanti.”
Kasyaf dan Radzi mengangguk sebelum mereka berdua berjalan menuju tempat parkir pelajar Fakulti Animasi dan Multimedia.

“Mana Kasyaf? Aku dah nak habis makan dah ni,” ujar Lutfi pada Radzi yang masih enak menjamu selera.
“Tu, tengah beli nasi! Tadi dia jumpa pengelola Program Sehati Sejiwa ke apa entah, sembang lama kemain. Tu baru terhegeh-hegeh nak beli nasi!”
Lutfi membulatkan mulutnya, membuat reaksi ‘ooo’ tanpa bunyi, “Kemain lama bincangnya! Nasi kita dah habis dah.”
“Kasyaf... macam kau tak kenal!” Ujar Radzi sebelum dia menghabiskan nasi di pinggannya, “Dah, aku pergi basuh tangan kejap!”
Lutfi angguk. Dia makan dengan sudu dan garfu, tak payah susah-susah nak basuh tangan sebelum, selepas makan. Walaupun tadi kena perli Radzi, dia buat muka tak ada perasaan je.
Selepas seketika, Radzi kembali ke meja dan pada masa yang sama, Kasyaf turut menghampiri meja dengan pinggan di tangannya.
Kasyaf meletakkan pinggan nasi di atas meja sebelum dia memandang Lutfi dan Radzi, "Jaga nasi aku, wei. Aku nak beli air. Karang mat dua ekor tu datang, harus bantai terus je nasi aku!"
Radzi mengangguk saja sebelum dia mencapai gelas teh o ais limau yang masih berbaki di dalamnya. Dia tersedar sesuatu sebelum dia menyeru Lutfi, “Wei, Lut...”
Lutfi yang sedang mengunyah ais ketul memandang Radzi, “Awat?”
“Sorry! Aku terminum saudara kau.”
Lutfi buat muka kelam, “Hah?”
Radzi ukir sengih, “Ni... limau kasturi...”
“Bangang! Setan!” Lutfi menyepak kaki Radzi di bawah meja.
Radzi terus ketawa berdekah-dekah. Maaflah Encik Muhammad Lutfi Kasturi oiiii...
Beberapa minit kemudian, Lutfi tiba-tiba pandang Radzi, "Wei, Kasyaf suruh buat apa tadi?"
"Jaga nasi dia!" Radzi menjawab selepas menyedut air teh o ais limau dari gelasnya, “Kenapa?”
Lutfi tiba-tiba bangun dari tempat duduknya sebelum dia duduk di kerusi yang diletakkan beg Kasyaf di atasnya.
"Kau kenapa?" Radzi bertanya pelik.
"Aku nak jaga nasi dia ni!" Jawab Lutfi sebelum dia mendepangkan tangannya dan diletakkan di atas meja, cuba 'melindungi' nasi Kasyaf.
Radzi yang baru nak menyedut sisa-sisa akhir air dah tersedak sebelum dia ketawa berdekah-dekah! Ni buat lawak bangang jenis apa ni?!
Kasyaf yang terdengar suara Radzi ketawa berpaling. Baru dia nak kecilkan mata mahu melihat kenapa Radzi ketawa macam tak cukup nafas, kedengaran dua orang gadis yang beratur di belakangnya ketawa.
"Aku dengar mamat yang hadang nasi tu cakap dia nak jaga nasi tu!"
"Wei, takannlah jaga sampai macam tu sekali!"
Kasyaf dah tepuk dahi! Lutfi...

"Why this kolaveri, kolaveri... kolaveri di..." Aman menyanyi sambil tangannya melambung-lambungkan kunci kereta milik Danny. Bunyi telefon bimbit dari dalam poket seluar menghentikan langkahnya. Pesanan Whatsapp dari group Kasyaf dan Empat Budak Kacak dibuka.

Danny
- Wei, ada cerita hot!-
Lutfi
- Kau taip dulu. Kau taip dulu. Aku nak fokus dalam kelas ni-
Radzi
- Pigi dah lu! Fokus konon!-

Aman kembali melangkah sambil jemarinya galak menekan skrin, menaip ayat.

Aman
- Cerita hot apa, woi? Ada orang masuk meminang kau ke? -
Lutfi
- Orang masuk meminang Danny? Sah orang tu rabun teruk 
πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ -
Danny
- Cinabeng lu!-
- Ni betul cerita hot kot!-

Baru Aman nak balas, tiba-tiba ada sebuah kereta yang mengundur keluar dari petak parking yang hampir-hampir saja melanggar Aman.
Dek kerana terkejut, telefon di tangannya jatuh ke jalan tar! "Telefon aku!!!"
"Eh... sorry! Saya tak sengaja!" Entah bila, tuan punya kereta keluar dari keretanya dan sudah berdiri di depan Aman.
"Buta ke?!" Aman angkat muka, memandang orang yang meminta maaf.
Pucat muka si gadis selepas ditengking Aman, "Sorry Abang Aman! Sa... saya betul tak sengaja!"
Mendengar namanya disebut, dia merenung wajah si gadis sebelum dia berdehem, "Kau adik PG, kan?"
Pijah angguk. Matilah aku! Matilah aku!
"Kau reverse kereta memang jenis tak tengok belakang ke macam mana?"
Pijah geleng.
Aman mengeluh! Nak marah lebih-lebih, adik kawan sendiri, "Dahlah! Kau bawak kereta tu hati-hati sikit! Jangan jaga nyawa kau je! Orang lain pun ada nyawa jugak!" 
Sejurus berkata seperti itu, Aman mengambil telefonnya yang sudah retak seribu itu lalu terus berlalu.
Pijah pula dah terduduk. Telefon di dalam beg dicapai dengan tangan yang masih lagi terketar-ketar.
Nombor Elin didail, "Elin... tolong aku."
"Eh, kenapa? Kau kat mana ni?!"
"A... aku... kat tempat parkir library. Tolong aku! Aku takut!" Air mata Pijah dah merembes keluar. Trauma dia datang kembali!
"Kejap, aku call Hazwan! Dia keluar beli barang dapur. Tunggu kejap. Kau tunggu dalam kereta, ya?"
"Elin... cepat..." Masih lagi Pijah teresak-esak.

Aman membelek telefonnya yang retak seribu. Telefon yang dia beli pakai duit sendiri, dah retak. Siap pakej tak boleh menyala lagi. 
"Kau apahal? Tunggu awek telefon ke?" Lutfi yang menatang mangkuk berisi maggi kari, bersila di sebelah Aman.
"Kau habis kelas dah?" Aman bertanya tanpa menjawab soalan Lutfi.
"SUDAH!" Lutfi menjawab ceria, "Lecturer aku buat kelas sejam je hari ni!
Aman menjeling saja Lutfi yang ketika itu sudah mengangkat mangkuk ke paras dadanya, "Kau tak sibuklah kiranya petang ni?"
Lutfi yang menyuap maggi mengangguk sambil badannya tergedik-gedik.
"Kau apahal?"
Lutfi mengunyah maggi, sekali-sekala dia membuka mulut, mengeluarkan haba dari maggi yang disuapkan ke mulutnya, "Panas... panas..."
"Bongok!" Aman tumbuk bahu Lutfi sebelum dia menarik mangkuk yang ada di tangan Lutfi, "Bak sikit..."
Lutfi angguk saja. Dia masih lagi berusaha melawan kepanasan.
Aman menyuap maggi yang masih panas ke dalam mulutnya, "Panas..."
"Aku dah kata dah!" Lutfi tersengih. 
"Karang ikut aku pergi kedai telefon kejap."
"Kenapa?"
"Telefon aku ni ha... gelap tak menyala!" Aman menolak telefonnya pada Lutfi, "Nak survey, kalau tukar skrin berapa. Kalau harga sama macam telefon baru, aku beli telefon barulah."
"Pergh... beli iPhone wei!" Ujar Lutfi sebelum menyuap maggi.
"Bak mai duit!" Aman buat muka sebelum berdiri, "Sudah! Aku nak sembahyang kejap."
Lutfi angguk saja, sambil tangannya membuat gaya 'pergi... pergi...' kepada Aman.
Aman angkat beg galasnya sebelum melangkah longlai ke biliknya. Dia masih lagi sedih dengan keadaan telefonnya. Telefon aku...

Petang itu, di dalam group Whatsapp Kacap dan Empat Budak Kacak.

Danny
- Woi, sesiapa tolong telefon Aman! Asyik masuk voicemail box je! Habis kredit aku!-
Lutfi
- Aman ada dengan aku ni. Kat kedai telefon ni ha. Telefon dia masuk ICU-
Radzi
- Aik? Rosak jugak telefon dia tu ek?-
- Padahal si Aman dah jaga elok-elok macam binatang minyak yang penuh. Gittew  πŸ˜‚-
Lutfi
- Oi perosak bahasa! Binatang kepala lutut kau! Menatang lah! Menatang! -
Danny
- Binatang KAHKAHKAHKAH 
πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚-
Kasyaf
- Telefon Aman kenapa?-
- Jauh sangat korang ni menyimpang-
Lutfi
- Ada kereta reversed mengejut tadi! Aku terkejut, telefon aku jatuh. Melayan mesej korang punya pasallah!-
- Eh, btw! This is Aman 
πŸ˜‰ πŸ˜‰-
Kasyaf
- Habis tuan punya kereta tak turun minta maaf ke?-
Lutfi
- Turun-
- Dia mintak maaf-
Danny
- Habis kau maafkan ke?-
Lutfi
- Ha-
- Tapi aku adalah tertengking dia  πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚-
Radzi
- Ada halkum ke tak?-
Lutfi
- Tak nampak! Dia pakai tudung 
πŸ˜‚-
Danny
- Apalah kau marah perempuan!-
Lutfi
- Wei, aku dah nak hilang nyawa kot!-
Radzi
- Tak hero gegadislah kau sekarang!-
Kasyaf
- Junior ke senior?-
Lutfi
- Junior second year-
Danny
- Kacap, kau kalau masuk je mesti soalan serius. Cuba letak emoticon sikit. Barulah berseri-
- Macam ni -->  😁 😁 😁 😁-
Kasyaf
- ... -
Danny
- Eh, lupa pula aku nak story kat korang cerita hot tengahari tadi 
πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚-
Kasyaf
- KAU JANGAN BUKAK CERITA, MUHAMMAD DHANI!-
Danny
- Uuu... takutnyew kitteww 
πŸ˜› πŸ˜› πŸ˜›-
Radzi
- Danny, cerita oi! Ada kaitan pasal Kasyaf ke? Cantekkkk-
Lutfi
- Cerita oi! Cerita!-
Kasyaf
- Siot je sekor-sekor!-
Danny
- Balik rumah sewa karanglah story! Baru syiok story!-
Kasyaf
- Kalau kau nak tengok kereta kau hilang tayar, buatlah!
Danny
- Booooooo! Tak takut! Kahkahkah!

p/s; cerita ni masih belum ada tajuk rasmi tapi ni tajuk sementara je. kekeke. selamat membaca semua.
p/s/s; Ini salah satu cara saya nak hilangkan writer's block. cerita ni saya akan habiskan dekat blog. SAYA JANJI! :)
p/s/s/s; USS saya akan teruskan jugak, selingan. jangan risau ya :) saya nak jadi aktif kat blog tahun ni. doakan saya <3

14 comments:

  1. Miss you Najwa. ☺☺☺πŸ‘πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
    Replies
    1. awww <3 sorry lama menghilang. semoga terhibur dengan buah tangan terbaru saya :)

      Delete
  2. Ayokkkkkkk.... menanti lagi la jawabnyaaaaa.. �� btw, still superb!! Keep it up!!

    ReplyDelete
  3. Wahhh kipidap! Btw akak tkda ke cerpen baru? Sy suka tau cara penulisan akak. Menarik. So tk sabar rsanya klau2 ada cerpen baru nanti ke kan.. hihi

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Wah.. baru sikit dah best ni.. keep it up kak najwa !!

    ReplyDelete
  6. Yeayyyy!!! Good luck kak najwa and all the bestπŸ˜‰

    ReplyDelete
  7. Ok jumpa dah..K.A.D.L.R = Kasyaf. Aman. Danny. Lutfi. Radzi... ^^
    note to self: tu la lain kali jangan lompat terus chapter 7..hahaha

    ReplyDelete
  8. awak xde wattpad ke?

    ReplyDelete
  9. nak baca fly punya sambungannn

    ReplyDelete