Monday, 10 August 2015

[MINI NOVEL] Untuk Seminggu Saja (BAB 12)

Iman terjaga dari lenanya bila telefon pintar miliknya tiba-tiba bergetar dari bawah bantal. Tangannya laju mencapai telefon tersebut. Tertera nama Jun di skrin. Satu keluhan dia lepaskan lantas dia mengambil panggilan tersebut dan dia bangkit dari baringnya sebelum berlalu ke balkoni.
“Iman! At last, you angkat jugak!” Suara Jun kedengaran ceria di talian sana.
“Jun...”
“Iman, I miss you so much.”
“Jun...” Suara Iman kedengaran sangat serius. Iman terfikirkan kata-kata ayahnya. Kali ini saja dia mungkir janji dengan Lily. Kali ni saja...
“Iman...? Kenapa you serius sangat ni?”
“I need to talk to you about something,” ujar Iman tanpa menjawab soalan daripada Jun, “You free esok?”
“You nak jumpa I? What happen to your stupid promises with your wife?”
“Jun, listen! I need to see you. I want to discuss about you, me and us.”
“Fine! Kita jumpa esok tapi dekat mana?”
Iman picit pelipis, cuba mengurangkan tekanan, “Republic Cafe.”
“What time?”
Iman kerut dahi, “Around lunch hour, maybe.”
“Okay, then!”
Iman baru nak matikan talian bila suara Jun kedengaran dari talian sana, “Iman...”

“Yes?”
“Tak sampai tempoh seminggu pun...” suara Jun kedengaran lirih, “You dah berubah.”
“Jun...” seru Iman, seolah-olah memujuk.
“I rasa I tahu kenapa you nak jumpa I tapi I nak pura-pura tak tahu...”
“Jun...”
“Okeylah, Iman! I letak dulu. Good night, sayang. I love you,” senafas, Jun bersuara sebelum dia mematikan talian.
Iman mengeluh. Dia tahu dia dah lukakan hati Jun tapi untuk ambil Jun menjadi isterinya menggantikan Lily, dia tak rela. Dia sedar khilafnya dan dia harus betulkan semuanya sekarang. Lagipun, dia dan Jun tak sampai sebulan lagi ‘berkasihan’. Masih baru dan Jun pasti boleh cari lelaki yang lebih baik dari dia...
Iman menekan skrin telefon pintarnya, menaip sesuatu sebelum pesanan itu dihantar kepada Azrul. Harapnya Azrul sudilah menemani dia, esok. Iman kembali ke tempat dia dan Lily tidur tadi lalu dia berbaring semula di sisi Lily. Tangannya pantas melingkari pinggang Lily lalu terus dia memejamkan matanya.

“Pagi-pagi lagi dah bersiap ni. Nak ke mana?” Tegur Puan Melissa apabila melihat Iman yang sudah berpakaian kemas.
“Nak balik, ibu. Iman ada hal sikit tengahari karang. Ada benda penting yang Iman kena uruskan,” balas Iman sebelum mengambil tempat di meja makan.
Lily yang baru selesai membancuh minuman, menatang dulang berisi teko air dan cawan ke meja makan, “Saya ingatkan kita duduk rumah ibu sampai petang.”
Iman pandang Lily, “Saya ada hal sikit dengan Azrul.”
Lily mengangguk, “Kalau macam tu, saya naik atas kejap. Saya nak bersiap.”
Iman mengangguk. Setiap langkah Lily diperhatikan sebelum dia kembali mengadap sarapannya. Puan Melissa mengambil tempat di kerusi berhadapan dengan Iman, “Iman...”
“Ya, ibu?”
“Ibu nak tanya ni.”
“Iman dengan Lily okey saja, kan?”
“Kenapa ibu tanya macam tu?” Iman pandang Puan Melissa.
“Semalam ibu nampak Lily ceria aje tapi lepas kita balik dari makan malam dekat restoran tu, dia jadi pendiam. Kejap-kejap mengelamun, kejap-kejap termenung. Tadi, waktu tolong ibu memasak dekat dapur, dia termenung jugak sampai terhiris jarinya. Kamu ada masalah ke?”
Iman ukir senyum tawar, “Tak ada apa ibu cuma lately hubungan kami macam dingin sikit. Iman busy dengan kerja, dia busy dengan kerja dia. Sama-sama busy, jarang habiskan masa sama-sama.”
“Jagalah Lily baik-baik. Dulu, ibu pernah buat salah dengan tuduh dia bukan-bukan lepas dia keguguran kali ketiga. Ibu rasa menyesal sangat. Ibu tak sepatutnya cakap dia macam tu sedangkan apa yang jadi bukan salah dia. Iman jagalah dia baik-baik, jangan sakiti hati dia.”
Iman telan liur yang terasa kesat. Baru dia nak balas, derap kaki dari tangga rumah Puan Melissa menghentikan bicaranya. Lily dah turun dari tingkat atas.
Puan Melissa ukir senyum pada Lily, “Jom, makan Lily.”
Lily membalas senyuman Puan Melissa sebelum duduk di sebelah Iman. Iman mengerling Lily. Benar kata ibu, terbias kesedihan di wajah yang dulu penuh dengan senyuman.

Lily mengerling Iman yang tenang memandu di sebelahnya. Sesekali jemarinya bermain dengan kain baju kurung yang tersarung di tubuhnya. Ada sesuatu yang mahu dia tanyakan pada Iman namun tidak mampu dia tanyakan. Segalanya bagaikan tersekat di kerongkong.
Nafasnya dihela perlahan, “Iman...”
“Ya?” Jawab Iman namun langsung dia tidak berkalih memandang Lily.
“Awak dengan Azrul nak jumpa kenapa?”
Iman kalih memandang Lily, namun cuma sekejap, “Ada hal pejabat sikit.”
“Oh,” Lily mengangguk, “Bukan jumpa dengan Jun?”
“Hah?” Iman kembali memandang Lily.
“Tak ada apa-apa,” Lily ukir senyuman yang bukan dari hati, “Saya nak ikut boleh?”
“Eh, tak payahlah! Saya hantar awak balik rumah dulu, baru saya pergi. Kesian awak nanti. Saya tak tahu sampai pukul berapa saya nak jumpa dengan Azrul, takut lama.”
“Oh, kita pergi terus jelah! Lagipun saya bosanlah duduk rumah sorang-sorang. Tambah esok dah hari ketujuh. Boleh ya, saya pergi?” Lily merapatkan kedua-dua tangannya lalu dia buat muka kasihan.
Iman pandang Lily lalu dia menggeleng, “Awak duduk rumah aje, ye? Awak masak untuk saya, boleh?”
Lily mengeluh lalu dia membuang pandangannya ke luar tingkap kereta. Iman yang mendengar keluhan Lily berpura-pura tidak mendengar. Dia tak boleh biarkan Lily tahu yang dia mahu pergi bertemu dengan Jun.

“Jaga diri baik-baik kat rumah. Masak yang sedap-sedap, tau?”
Lily hanya mengangguk dan terus masuk ke dalam rumah. Iman yang baru nak memanggil nama Lily mengeluh pendek. Lily merajuk! Maaf, Lily. Malam ni saya pujuk awak, ya?
Tak menunggu lama, Iman masuk ke dalam kereta dan terus memandu keluar dari pekarangan rumah.
Sebaik saja kereta Iman menderu pergi, pintu rumah yang tertutup tadi dibuka semula. Lily keluar dari rumah, masih lengkap berpakaian seperti tadi lantas dia mengunci pintu rumah. Butang hijau pada kunci kereta ditekan. Sebaik saja dia masuk ke dalam kereta, dia segera menghidupkan enjin kereta. Dia tekad! Dia nak ikut Iman!

“Azrul, kau jadi kan teman aku jumpa Jun hari ni?” Iman bersuara selepas panggilannya disambut oleh Azrul di talian sana.
“Jadi tapi aku pergi lambat sikit. Aku hantar kereta aku servis hari ni.”
“Oh, ye ke? Kau nak aku ambik kau ke?”
“Tak apa, dah nak selesai dah. Kau pergi je dulu. Tak baik biar Jun tertunggu-tunggu kau.”
“Okey then, apa-apa roger aku jelah.”
“Okey! Eh, Iman! Kau bagitahu Lily tak kau nak pergi jumpa Jun ni?”
“Tak. Aku tak nak dia tahu dan rasa ditipu pulak sebab aku tak tepati janji aku yang takkan contact Jun seminggu ni.”
“Kalau dia dapat tahu macam mana? Lagi dia akan rasa ditipu,” balas Azrul.
“Aku terpaksa. Esok, aku akan beritahu dia semuanya. No more lies,” ujar Iman, yakin. “Kalau aku beritahu dia, dia akan rasa ditipu, kemungkinan besar suprise esok takkan menjadi.”
“Suka hati kaulah tapi kau kena ingat, kalau dia dapat tahu kau jumpa Jun senyap-senyap, ada kemungkinan dia tak nak dengar penjelasan kau dah lepas tu.”
Iman hela nafas, “I’m aware of that. Harapnya dia tak tahu. Esok, aku akan mengaku semua benda pada dia. No more secrets.”
“Good for you then. Okeylah wei, jumpa nanti!”
“Okey, apa-apa roger aku!”
“Okey and Iman, terangkan elok-elok pada Jun,” ujar Azrul.
“InsyaAllah, thanks Rul!” Ucap Iman sebelum dia mematikan talian. Ya Allah, permudahkanlah urusanku...

Jun membetulkan juntaian rambutnya yang jatuh elok di atas dahinya. Cermin dari beg tangan diambil lalu wajahnya ditilik. Kemudian dia membetulkan sedikit kolar kemeja yang tersarung di tubuhnya. Nafasnya dihela perlahan saat pintu kedai dibuka dari luar. Iman dah sampai!
Jun memaniskan wajahnya dengan senyuman, “Iman.”
Iman hanya mengangguk, “You dah lama tunggu I?”
“Baru aje. You nak order apa-apa tak? I tak order lagi and I’m hungry,” ujar Jun, manja.
“I datang nak bincang dengan you, Jun. I tak nak makan.”
Jun menghela nafas, “Well at least, kasilah I makan.”
Iman mengangguk lantas dia menggamit seorang pelayan lelaki supaya mengambil order, “You nak makan apa?”
“Spaghetti carbonara and iced latte,” balas Jun laju.
Iman pandang pelayan lelaki yang sudah bersedia untuk mencatat pesanan mereka, “Spaghetti carbonara, iced latte and black coffee.”
Pelayan itu mengangguk sebelum berlalu dari meja mereka. Jun pandang Iman lalu dia ukir senyum, “So, you nak bincang pasal apa?”
“About us. I nak cakap pasal kita. Pasal you, I dan hubungan kita ni.”
Jun mengangguk, “What’s wrong Iman? I tahu you marah I keep on call you this week tapi I tak boleh tahan rindu I pada you. Tak sampai seminggu pun, I dah dapat rasakan perubahan you. Kenapa Iman? Jangan sebab you simpati pada isteri you, you berubah macam ni...”
“No!” Iman membantah kata-kata Jun, “Bukan sebab I bersimpati pada Lily. Cuma...”
“Cuma apa?”
“I nak tamatkan hubungan kita...”
“You what?!” Jun meninggikan suaranya! Dia dah jangka tapi dia tak sangka Iman terlalu berterus-terang macam ini.
“I jatuh cinta semula dengan Lily. Lily yang sederhana, Lily yang masih mencintai I sedangkan I sudah pun lukakan hati dia.”
“Then? Oh, patutlah you tak pernah mengaku you sayangkan I! You...” Jun menundukkan wajahnya. Sakitnya hati, hanya dia dan Tuhan saja yang tahu.
“I mengaku, waktu you pikat I, I terima sebab I sunyi. Lily tak pedulikan I. I mengaku I jahat, I dah lukakan hati you, I dah lukakan hati Lily. You akan jumpa lelaki yang lebih baik dari I, Jun.”
Jun tiba-tiba memegang tangan Iman yang ada di atas meja, “Please, Iman! Jangan tinggalkan I. I rela jadi yang kedua, Iman. I sayangkan you...”
Iman cuba menarik tangannya dari pegangan Jun, pegangan Jun terlalu kuat, “Jun, jangan macam ni please!”
Beberapa orang pengunjung cafe tersebut tertoleh-toleh kepada mereka. Iman memandang sekeliling dan dia terkedu. Di luar cermin cafe tersebut, Lily berdiri! Lily berdiri di luar itu dengan pipi yang basah! “Lily!”
Jun yang mendengar Iman menyebut nama Lily, turut memandang ke arah yang Iman pandang. Tangan yang tadi memegang tangan Iman, ditarik laju. Serta-merta hatinya dihimpit rasa bersalah. Wajah yang sudah basah dengan air mata itu ditatap sebelum dia menunduk. Cantiknya dia walaupun sedang menangis, cantiknya dia walaupun matanya terbias kesedihan. Jun, kau jauh berbeza dengan dia...
Lily yang berada di luar kafe, mengesat air matanya dan terus berlalu. Dia rasa dikhianati! Dia rasa ditipu! Sebenarnya, semalam dia dengar perbualan Iman dengan seseorang tapi dia tidak tahu siapa, kerana itu dia mahu ikut Iman. Namun, tidak dia sangka, Iman tegar mengkhianatinya... sekali lagi! Dan dia akur kini, dia sudah kalah...

Apalah maumu kasih
Kau pilih diriku didalam hidupmu
Nyatanya kulihat kini
Tak bisa kau coba untuk setia

Sudah cukuplah sudah
Ku memberikan waktu
Kau selalu tak bisa
Mencoba untuk setia

Yang selalu kuinginkan
Yang selalu kunanti
Kau coba untuk mengerti
Apalah arti mencinta

Dan harus kau sadari
Bila ingin bersamaku
Jangan coba kau ingkari
Cobalah untuk setia

Apalah maumu kasih
Kau pilih diriku didalam hidupmu
Nyatanya kulihat kini
Tak bisa kau coba untuk setia

Sudah cukuplah sudah
Ku memberikan waktu
Kau selalu tak bisa
Mencoba untuk setia

Yang selalu kuinginkan
Yang selalu kunanti
Kau coba untuk mengerti
Apalah arti mencinta

Dan harus kau sadari
Bila ingin bersamaku
Jangan coba kau ingkari
Cobalah untuk setia

Masihkah aku di inginkan
Masihkah aku di dambakan
Masih ada waktu untukmu
Bersamamu akankah kujalani hidup

Yang selalu kuinginkan
Yang selalu kunanti
Kau coba untuk mengerti
Apalah arti mencinta

Dan harus kau sadari
Bila ingin bersamaku
Jangan coba kau ingkari
Cobalah untuk setia

p/s: so, nak kasi ending depa ni jadi macam mana ya??? :)

50 comments:

  1. Rasaaaaaaaa mcm nak jun tu p teruih
    Ahakssssssss

    ReplyDelete
  2. Hapoy ending...tp masak gak la.iman nk pujuk n yakinkan lily balik...ekeke...Jun...dia kena sedar diri la...ngeeeee...

    ReplyDelete
  3. Hapoy ending...tp masak gak la.iman nk pujuk n yakinkan lily balik...ekeke...Jun...dia kena sedar diri la...ngeeeee...

    ReplyDelete
  4. Hapoy ending...tp masak gak la.iman nk pujuk n yakinkan lily balik...ekeke...Jun...dia kena sedar diri la...ngeeeee...

    ReplyDelete
  5. Cant wait for the next entry! Hikhik. Nak ending yg sweet la opkos. (:

    -akuZan-

    ReplyDelete
  6. Best ngt...dah lme tggu smbgnye

    ReplyDelete
  7. Nak hepi ending gak,...takmo lily sedih2 lg...:-):-):-):-)

    ReplyDelete
  8. Nak happy ending iman dan lily, kesian lily salah sangka, bagi peringat kan jun jgn nak goda suami org lagi..
    ..huh

    ReplyDelete
  9. Nak happy ending iman dan lily, kesian lily salah sangka, bagi peringat kan jun jgn nak goda suami org lagi..
    ..huh

    ReplyDelete
  10. tlg laaaa x nl sedih2 .. sian lily huhu

    ReplyDelete
  11. Ciannye lily...
    Salahke klu terus terang...?

    ReplyDelete
  12. kadang kala hidup ni tak seindah apa yang kita impikan.nak sangat jun hilangkan diri dan iman menyesal gila dan menunggu jun nanti..biar iman rasa tegarnya seorang lelaki mengkhianati cinta hanya kerana lily yg berdepan emosi keguguran. ...

    ReplyDelete
  13. nak iman dan lily happy forever. Tapi biar lily merajuk teruk2 dulu, sampai iman menyesal penah tipu lily. Harap jun sedar salah dia and move on walaupun kesian jugak dekat jun, sebab rasa dipermainkan. Thank you writer dah post bab baru. :)

    ReplyDelete
  14. Aduiiiii buka2 ja dah sedihhhh.... Any progress on Fly hihihi tak sabar la:-)

    ReplyDelete
  15. Pleaseee..the next entry..make it A.S.A.P.. hee

    ReplyDelete
  16. Huwaaaa..tlg iman jgn kau sakiti lily lg.. :( Nk happy ending pleaseee..tq so much cik writer yg cute for the new entry! Syg awk byk2..tak sabar tunggu ending..

    ReplyDelete
  17. Ending dye....hurmmm mestilah nak iman gan lily bahagia..tapi penulis cer gabungkan azrul and jun
    .hehehehehe.....jun nampak azrul...dan jun jatuh cintam.sedangkan azrul tak minat kat jun sbb jun peremuan bukan taste azrul....hahahahaa
    Cer penulis buat cerita jun gan azrul yew..tu cadagan saya...kalo penulis setuju....waa...mesti gempak☺

    ReplyDelete
  18. Anonymous said...

    Cuba buat Jun terima hakikat Iman suami dan jauhkan diri. Sbb masih peringat
    awal x sakit sgt ku klu berpisah..
    dailog dari drama cinta paling agong.... apa kamu nak jawab akhirat kelak jika
    kamu menyebabkan sebuah rumahtangga runtuh....

    ReplyDelete
  19. Terbaik!! Jgn bagi Jun kahwin dgn Iman

    ReplyDelete
  20. Nak Iman dengan Lily jugak walaupun payah iman nak pujuk rajuk Lily... Campur tangan Azrul boleh redakan rajuk Lily..

    ReplyDelete
  21. ending dah ade blum??? x sabarlah😭😭😭

    ReplyDelete
  22. ble nk ade next n3???hri2 bkak blog nie...#happyendingplease

    ReplyDelete
  23. Rndunye ngn cter ni.....
    Smbg plseee...

    ReplyDelete
  24. best! hakaks punye karya sune best2! nak ending baik2 ye...
    n pls sambung T.T lama tunggu da *.*

    ReplyDelete
  25. Sad ending pun ok....kikikikiki

    ReplyDelete
  26. Tlg sambung pls. Harap happy ending.

    ReplyDelete
  27. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  28. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  29. please sambung sis,saya dh in love gile dgn cerita niii

    ReplyDelete
  30. sis pls sambung lagi.. dah lama tunggu ni

    ReplyDelete
  31. Plss sambung T.T dah lama tunggu huhu T.T

    ReplyDelete
  32. mana sambungan.....
    apa macam akhirnya Lily berpisah dgn Iman,penyesalan Iman membuatkan dia tak dapat memaafkn dirinya dan berkahwin tanpa cinta buat Jun...Lily dapat menerima takdirnya dgn redah...sesudah beberapa tahun Lily berjodoh pula dgn Azrul heee.....heee..

    ReplyDelete
  33. Knp xda smbungan mini novel ni? Dh lama tunggu cik writer

    ReplyDelete
  34. lain kali nak buat citer habis kan terus..takyah bagi org tertunggu tunggu..ye writer..

    ReplyDelete
  35. Bila cadangnya nak sambung kisah ni?

    ReplyDelete
  36. Lamanya ternanti-nanti sambungan cerita ni.

    ReplyDelete
  37. LAMA BETUL TUNGGU SAMBUNGAN LILYIMAN NI.. TERNANTI2.

    ReplyDelete