Talian yang
masuk dari telefon pintarnya, dibatalkan. Dia pegang pada janjinya dengan Lily.
Dia tak mahu berhubung dengan Jun. Jun sendiri sudah dia maklumkan semalam
namun Jun tak mahu faham permintaannya. Lehernya yang terasa tegang, diurut
perlahan. Hari ni dah bermula tempoh seminggu yang diminta Lily. Dia sedar Lily
cuba nak baiki keadaan tapi dia rasa kekok.
“Pagi-pagi lagi dah tegang, Iman?”
Senyum nipis diberikan kepada Azrul yang sudah tarik kerusi dan duduk di
hadapannya, “Biasa aje.”
“Kau okey tak? Nampak serabut aje.”
“Tempoh seminggu Lily tu bermula hari ni.”
Azrul menganggukkan kepala, “Takkan baru mula dah serabut? Lagipun, sejak
bila Lily pandai menyerabutkan kau?”
“Bukan Lily yang serabutkan aku. Jun tu, aku dah minta dia jangan contact
aku seminggu ni. Tak faham-faham. Keep on jugak call, mesej. Naik rimas aku!”
“Orang dah sayang...” perli Azrul, perlahan.
Iman jeling Azrul, “Kau perli aku ke kau perli Jun?”
“Dua-dua sekali. Seorang tak sedar diri dah ada bini, seorang lagi tak
sedar yang dia tu dok meruntuhkan rumahtangga orang.”
“Azrul!”
“Chill! Lily macam mana?”
Iman jungkit bahu, “Entah. Macam tulah.”
“Aku pelik dengan kau, Iman.”
“Apa yang peliknya?”
Iman pandang Azrul. Baru dia sedar. Betul apa yang Azrul cakap tu. Kenapa
dia pilih Jun?
“Iman, hargai masa seminggu kau dengan Lily ni. Buka mata, buka hati.
Siapa sebenarnya yang bertakhta dalam hati kau.”
Azrul yang sedang melangkah pergi itu dipandang. Tanya sama hati, siapa
yang bertakhta...
Lily buka
album gambar perkahwinan dia dan Iman dulu. Bibirnya terukir senyum. Dia ingat
lagi, Selepas mereka diijabkabulkan, mereka segera menukar pakaian. Dari baju
pengantin, ke baju sekolah sebabnya mereka nak tangkap gambar untuk album post
wedding picture mereka. Tiba di satu gambar, matanya mulai kabur. Dadanya sudah
terasa sebak.
Dulu, dia dan Iman berkenalan ketika mereka sama-sama bersekolah. Ketika
itu, Iman baru berpindah ke sekolahnya dan lelaki
itu ditempatkan di meja sebelah mejanya. Mereka tidak pernah bersembang
mengenai perkara lain kecuali tentang pelajaran sehingga suatu hari, Iman
melekatkan sehelai kertas 'post-it-note' di mejanya.
'Lily...' Hanya itu yang tertulis di atas
kertas itu dan dia pun membalas namun dengan menggunakan kertas lain.
+ Apa?
- Kenapa
hari ni awak comel sangat?
+ Eh,
saya hari-hari comel!
- Lily...
+ Apa
dia?
- Saya
suka awak!
Dan Lily ingat, selepas itu dia tak berani
langsung nak pandang Iman. Seminggu selepas kejadian itu, mereka berkawan lebih
rapat namun mereka cuma berkomunikasi dengan menggunakan kertas berpelekat itu
saja dan mereka akan berdating senyap-senyap di kantin sekolah tanpa
pengetahuan sesiapa pada hari Khamis petang.
Siapa sangka cinta zaman persekolahan itu
akhirnya berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan tapi sayangnya, ia tidak
kekal lama. Sayangnya, Iman mahu melepaskan dia pergi sedangkan dulu, dia
memulakan segalanya.
Air mata yang ditahan, gugur akhirnya. Lily
teresak-esak di birai katil, menyesali apa yang telah berlaku dalam hidupnya.
Bunyi pintu depan yang terbuka buat Lily terkocoh-kocoh
menyiapkan kerjanya di dapur. Lauk ayam masak merah dan sayur campur dibawa ke
meja makan. Iman yang baru masuk ke rumah, mengangkat kening memandang Lily
yang kelihatan ‘sibuk’.
Sebaik saja Lily selesai menyusun pinggan mangkuk di atas meja, dia
segera mendekati Iman. Tangannya laju disua kepada Iman, mahu bersalam. Iman
sedikit tersentak namun huluran tangan Lily disambut. Lily tunduk mengucup
belakang tangan Iman, satu rutin yang sudah lama dia tinggalkan, “Lapar tak?”
Iman mengangguk. Tipu! Tadi dia dah makan dengan Azrul sebelum balik
tapi entah kenapa dia tak sampai hati nak cakap perkara sebenarnya pada Lily.
“Jom makan dulu. Saya masak lauk favorite awak,” berserta senyuman, Lily
menarik tangan Iman yang nampak kekok itu.
Iman telan liur apabila melihat lauk-lauk yang ada di atas meja. Ada sup
tulang, ayam masak merah, sayur campur, ulam-ulaman dan sambal belacan. Seperti
suatu ketika dulu, Lily menarik kerusi dan menyuruh Iman duduk.
Sebaik saja Iman duduk di atas kerusi yang ditarik Lily, Lily segera
mencedok nasi dan diletakkan di atas pinggan Iman.
This is damn awkward! Iman merengus dalam hati. Lily di depannya
dipandang lama. Nasi di pinggan masih tak bersentuh.
“Kenapa?" Lily pandang Iman balik.
“Tak kerja hari ni? Rajin masak," Iman tanpa sengaja menyindir
Lily.
Lily ketawa tanpa perisa. Terasa dengan
sindiran Iman. Dia tahu dia dah lama tak memasak, “Saya cuti seminggu. Saya nak
habiskan masa seminggu dengan suami saya."
Iman terpempan. Teringat kata-kata Lily
semalam, ‘Saya nak minta seminggu masa awak... untuk saya!’
“Awak
nak lauk apa? Saya cedokkan?" Lily bertanya, lembut.
Iman menggeleng, “Saya boleh cedok
sendiri."
“Tak apa. Biar untuk seminggu ni, saya cedokkan
lauk untuk awak."
Iman tergamam lantas dia mengangguk. Hanya
untuk seminggu saja...
Usai makan malam bersama, Lily terus mengemas meja. Iman pula
terus naik ke atas untuk mandi dan solat. Sedang Lily mengemas pinggan mangkuk
yang digunakan tadi, telefon pintar Iman berdering. Laju dia meninggalkan sinki
dan terus ke meja makan. Baru dia nak angkat panggilan tersebut, tangannya
terkaku. Nama Jun tertera di skrin. Lily ketap bibir sebelum dia mengambil
panggilan tersebut.
Tak sempat dia beri salam, suara Jun terlebih
dahulu menerjah telinganya, “Iman, kenapa you buat I macam ni? Tak angkat call
I, tak balas mesej I. Penting sangat ke seminggu you dengan isteri you tu!
You... jangan buat I macam ni...”
“Assalamualaikum...” perlahan suara Lily
memberi salam, “Jun kan? Iman ada kat atas, solat. Ada apa-apa nak pesan ke?
Saya boleh sampaikan pada dia.”
Jun yang di talian terus terdiam. Isteri Iman!
“Maaf kalau saya buat awak terkejut tapi saya
ingat ini panggilan penting. Awak tanya tadi, penting ke masa seminggu Iman
dengan saya? Jawapan saya, sangat penting. Sebelum Iman lepaskan saya, sebelum
Iman tinggalkan saya untuk awak, takkan awak tak boleh beri saya ruang dan
waktu untuk merasa kasih sayang suami saya untuk kali terakhir? Saya cuma minta
seminggu, Jun. Bukan sebulan. Hormati permintaan saya sebagai isteri Iman yang
sah sebelum awak, dia angkat sebagai isteri. Boleh, kan?”
Sebaik saja Lily bertanya seperti itu, Jun
terus mematikan taliannya. Lily menghela nafas. Suami orang nak, hormat isteri
si suami tu tak pandai!
“Siapa yang telefon?”
Terangkat sikit bahu Lily sebaik saja Iman
menegurnya di tangga. Lily kalih ke belakang lalu telefon milik Iman itu
diletakkan di atas tapak tangan Iman, “Jun.”
Wajah Iman sedikit berubah, “Apa awak cakap
dengan dia?”
Lily jungkit bahu, “Saya cuma meminta dia bagi
peluang pada saya untuk rasa ‘kasih sayang’ awak hanya untuk seminggu ni.”
Iman terdiam. Wajah tenang Lily dipandang,
“Kasih sayang?”
Lily ukir senyum tawar, “Oh, bukan! Bukan kasih
sayang tapi simpati...”
Iman tersentak manakala Lily sudah pun berlalu
meninggalkan ruang tamu dan terus ke dapur untuk menyelesaikan kerjanya yang
tergendala tadi.
Iman baca mesej yang dihantar oleh Jun tadi. Mesej yang dia
kira sebagai mesej orang bengang! Iman menggeleng perlahan. Dia sebenarnya dengar
apa yang Lily cakap Jun. Lembut saja cara Lily bercakap tapi mesej yang Jun
hantar ni cakap yang Lily menengking-nengkingnya. Iman menghela nafas. Dia
tutup telefon pintarnya lalu dia terus keluar dari bilik tamu yang sudah
menjadi bilik tidurnya.
Entah kenapa, terdetik di dalam hatinya ingin
menjenguk Lily di bilik tidur utama. Perlahan-lahan kakinya diatur ke bilik
tidur utama lalu tombol pintu dipulas perlahan. Iman tercengang di muka pintu
bila Lily tiada di atas katil sebaliknya Lily sudah terbaring di atas lantai
dengan album gambar di dadanya.
Perlahan-lahan kakinya diatur kepada Lily.
Album gambar yang dipeluk Lily ditarik perlahan. Baru dia nak tutup album
gambar itu, dia terpaku. Gambar Lily dalam gaun pengantin bersama dia yang
duduk melutut, konon sedang melamar Lily. Spontan, bibirnya mengukir senyum.
Terus dia teringat peristiwa bersejarah itu.
“Pengantin
perempuan, awak buatlah muka konon-konon terkejut bila Iman melutut nak
melamar,” ujar si jurugambar yang berbadan besar.
Lily
kerutkan dahi lalu dia pandang Iman yang sedang tersenyum memandang dia, “Macam
mana nak buat muka konon terkejut tu?”
Iman
ketawa, “Awak buat muka terkejut. Tangan kanan awak buat-buat macam nak tutup
mulut tapi tak tutup.”
“Ala,
macam mana? Saya tak retilah...” Lily bersuara, separuh merengek.
“Awak ada
tengok kan video klip kumpulan Korea yang dia sebut ‘Omona’, dia angkat tangan
letak kat mulut tu?”
Lily
mengangguk.
“Cuba
buat muka macam tu. Bulatkan mata, tangan dekat mulut, konon terkejut!” Arah
Iman dan Lily mengikut kata-kata Iman.
Jurugambar
tadi terus tersenyum, “Yes! Muka macam tu!”
Iman
terus melutut dan Lily pula buat muka terkejut dia.
“Nice!”
Si jurugambar buat isyarat bagus kepada mereka.
Iman hela nafas, dadanya terasa sebu bila
mengingati peristiwa itu. Album gambar itu ditutup akhirnya dan diletakkan di
tepi sebelum tubuh Lily dicempung. Perlahan-lahan dia mengangkat tubuh Lily
sebelum diletakkan di atas tilam. Selimut ditarik lalu terus tubuh Lily
diselimuti. Buat seketika, Iman merenung wajah Lily. Wajah itu masih manis,
seperti sepuluh tahun yang lalu.
Dia ingat lagi, dia mula tertarik pada Lily
bila dia lihat Lily langsung tak memandang dia sewaktu dia masuk ke kelas
mereka sedangkan budak perempuan yang lain memandangnya macam nak telan. Lily ketika
itu, lebih senang tunduk memandang buku dari memandang wajahnya. Saat Lily
memanggung kepala apabila Cikgu Rokiah menyebut namanya, mata mereka bertemu
dan ketika itu, dia jatuh hati pada si pemilik mata bundar itu.
Iman hela nafas. Baru dia nak bangun, dia
terasa tangannya digenggam erat, “Iman... jangan pergi! Jangan tinggalkan
saya...”
Iman terkesima melihat titisan air jernih yang
keluar dari mata yang terpejam rapat itu.
“Iman, saya janji... saya akan berubah! Saya
janji, Iman. Tolong... jangan tinggalkan saya...” Tangan Lily yang tadi
memegang erat tangan Iman, terlerai dan terkapai-kapai seolah-olah sedang
lemas, “Iman... jangan pergi!”
Iman terduduk di atas lantai. Tangan Lily yang
terkapai-kapai itu ditarik dan dikucup lembut, “Saya ada dekat sini, sayang.
Saya ada dekat sini...”
“Iman...” perlahan, bibir itu memanggil
namanya.
Iman hela nafas. Lily...
Lily buka mata saat alarm berbunyi dari telefon bimbitnya.
Baru dia nak gerakkan tangan kanannya, dia tersentak saat dia sedar tangan
kanannya digenggam erat oleh Iman yang sudah terlentok di birai katil.
Dia nak belai rambut Iman namun saat Iman
bergerak, dia cepat-cepat berpura-pura tidur kembali. Entah kenapa, dia takut
dengan reaksi Iman.
Iman yang terasa bagai ada pergerakkan dari
atas katil, buka mata. Iman kesat matanya yang terasa kelat dengan tangan
kanannya. Bibirnya spontan mengukir senyum melihat wajah polos Lily yang masih
terlena. Tegarkah hati dia nak melepaskan Lily? Rasa yang dulu yang disangka
mati, bagai menyala kembali. Tak payah tempoh seminggu. Hanya dalam masa
sehari, hatinya sudah kembali terisi dengan nama Lily.
Iman pantas menggeleng. Tangan kirinya yang
menggenggam erat tangan Lily, ditarik perlahan-lahan. Sebaik saja genggaman
tangan mereka terlerai, Iman terus bangun. Iman meregangkan sedikit pinggangnya
yang terasa sakit lalu dia terus keluar dari bilik yang didiami Lily dan terus
masuk ke bilik tamu.
Lily buka mata. Genggaman tangan Iman bagaikan
masih terasa. Masih ada peluangkah dia dengan Iman atau itu hanya simpati yang
ditunjukkan oleh Iman?
Ok,, kalau iman berubah lebih baik.. Saya akan suka dia.. Haha.. Kalau x , iman boleh gantung diri sendiri.. Nyampahhh
ReplyDeleteMacam pernah baca plot citer begini... saya harap Iman tak buat keputusan salah melepaskan Lily. Jun tu hanya nampak didepan...belakang belum tahu lagi.
ReplyDeleteIman.. tgk dgn mata hati.. jgn cpt buat keputusan..
ReplyDeleteSentap ngan Iman,. Huhu
ReplyDeleteMareton saya bc cite sbb ada sorang adik suh saya bc katanya sedih ya memang sedih apabila seorg isteri sedar akan khilafnya tp cam dah terlambat apabila suami dah ada yg lain begitu mudah n cepatnya cinta beralih arah bukan xboleh bercakap dr hati ke hati carik a balik apa yg puncanya bukan g carik lain nak lepaskan perasaan cam nak balas dendam jer eeeeee sakit lak rasa hati rasa kalu Iman lepaskan lily memang bodoh a tgk c Jun tu cam nak kongkong jer dah terang pun xpaham pastu wat cite lak tu org camtu yg Iman nak wat bini pikir a betul2 grrrrr
ReplyDeleteHaiiiilaaaa apasal ada hujan tempias kat mata aii ni..ish ish ishhh
ReplyDeleteBenda mcm ni selalu jd pd psgn suami isteri.. ujian rumah tangga.. cumanya utk kebiasaan kalau jd mcm ni psgn selalu ikut emosi.. msing2 x nak mengalah.. erm.. keep it up! Bahan bacaan @ cite mcm ni Leh jd cth utk kita semua.. suburkan semula kasih syg yg pudar.. bukan terus matikan dgn ikatan penceraian.. tahniah utk cite ni! :)
ReplyDeleteorg yang sabar bakal menerima ganjaran yg besar...sabar lily. moga bahagia milikmu jua walau siapapun masa hadapanmu
ReplyDeleteHuaaaaa...kesiannya lily..iman kijam
ReplyDeleteSgt2 geram dgn iman
ReplyDeleteUsaha lagi lily .. ad lagi harapan . Baru hari pertama .. iman da mula untuk buka hati tanpa die sedar .. kak . Tq . Best😘😁😍
ReplyDeletesedih..jgn lpaskn permata n pilih kaca...
ReplyDeleteSorry sis.. But I vote for lily with someone better.. Not iman.. I believe that lily deserves more than that.. Just because lily fell for him for years, doesn't mean that he can take that for granted..
ReplyDeletei agree with u
DeleteTiba tiba rasa n sokong Fazila Hassan....... Someone betterforher....
ReplyDeleteMoga bahahia milik mereka berdua......
ReplyDeleteklau sya jdi lily mgkin sya akn lpaskan iman... biarkan lily pergi mncri kbhagia yg mgkin mnti dihadapan...buat ape nak ditanggih ksih suami...mgkin stgah org ckp bodoh lpaskan suami untuk org lain...tpi bgi sya x...biarkan die pergi...
ReplyDeletesaya sokong fazila dan sewaktu dgn fazila.saya dibesarkan dlm keluarga yg seorg suami yg sanggup tinggalkan isteri krn perempuan lain yg lebih cantik.saya tidak suka lelaki yg hipokrit Cuba mencari kesalahan isteri. saya ego biarlah lily pergi slps 7 hari. bila Iman balikk kerja terkejut tgk lily tak ada.maafkan saya tp bg saya lily mampu hidup sendiri, biar iman tahu dan menyesal.setelah cinta itu pergi tiada maknanya lg...
ReplyDeleteMoga kasih mereka kembali bertaut.... khilaf rumah tangga memang selalu ada.. Jadi biarlah Iman sedar sebenarnya cintanya masih buat lily. Bukan senang untuk menghapuskan rasa cinta di hati... begitu juga lily.. saya harap mereka masih boleh temui satu jalan lurus untuk bersama... tak mau mere
ReplyDeleteSelalunya suami hanya salahkan isteri bila hatinya mula berubah.... x pernah terfikir pengorbanan yg telah isterinya lakukan.. tertanya2 mengapa begini akhirnya hubungan cinta yg mekar dulu.... dimana kesetiaan dan kebahagiaan yg diagung2 kan dulu.... iman, rebut semula peluang tu atau sesalan akan mengiringi hidupmu selamanya... hati isteri yg terluka bukan mudah dipujuk kembali lebih2 lagi berkaitan org ketiga...
ReplyDeleteSis...best sngat...mne smbugannye....
ReplyDeleteplease dear continue this story ASAP..it's very interesting and i really can't wait for the next entry
ReplyDeleteDah lbh 3 kali sya ulang baca..haha
ReplyDeletex sbr tunggu sambungan.. :-)
Sambunglah. Xsabar
ReplyDeleteSedilah....sambil baca kisah iman dgn liliy sambil dgn ost lagu master sun(k-drama korea..)
ReplyDeleteMenangis sampai merah mata...bab pertama dah start nangis...huwaaaa...penulis awak nie sentimetel ke??????..semua karya awak boleh buat saya menangis......saya harap penulis terus melangkah ke dalam dunia penulisan dgn menulis cerita yg bagus.....selalu update cerita2 yg best...semoga berjaya fighting....saya sokong cik penulis