“Hadi cakap apa tadi Jo?” Elly pandang Johanna yang
diam saja selepas bertemu dengan Hadi.
“Ceramah pasal aku tak patut malukan si Rena bla bla
bla...” Ujar Johanna sebelum membuka ikatan rambutnya yang tadi disanggul. Klip
rambut yang ada di rambutnya ditarik perlahan-lahan sebelum klip rambut itu
diletakkan di meja studi Elly, “Thank you!”
“Most welcome.”
“Jo, hang nak stay up ka?” Nuha yang baru pulang dari
tandas bertanya.
Johanna yang sedang menyarung seluar tiga suku
mengangguk. Bajunya sudah bertukar dari baju kurung ke baju t-shirt gedabak
yang bertulis ‘SAVE ENERGY’, “Kau nak stay up jugak ke?”
Nuha mengangguk, “Kerja khusus Matematik Tambahan aku
tak siap lagi.”
“Banyak lagi ke?”
“Tak banyak dah. Hang? Stay up nak buat apa ja?”
“Latih tubi yang Hitler bagi kat aku hari tu.”
“Kimia?” Nuha jungkit kening.
Johanna mengangguk, “Redoks.”
“Dia nak kuatkan ikatan kovalen antara korang tu,”
tiba-tiba Elly yang sudah berbaring di atas katil bersuara.
“Good night, Nuha!” Ujar Elly dan terus memejamkan
matanya, mengikut jejak langkah Nida yang dah pun hanyut sedari tadi.
“Jo...”
“Yup?”
“Hang ada rasa berdebar lagi dak bila nampak Hadi?”
Johanna kalih memandang Nuha lalu dia jungkit bahu.
Nuha pandang Johanna, “Awat hang diam ja lepas jumpa
Hadi tadi?”
Johanna mengeluh. Soalan latih tubi di depannya hanya
direnung kosong sebelum dia memandang Nuha, “Nuha, apa yang aku buat tadi. Aku
malukan Rena ke?”
Nuha sengih serba-salah, “Mungkin.”
“Aku jahat sangat ke, Nuha?”
“Jahat?” Nuha garu kepala sebelum menggeleng, “Jahat
tu bagi aku terlalu besar maksud dia. Bagi aku hang ni nakai, atau orang Kedah
kata naughty.”
Johanna ketawa namun hanya seketika, “Apa yang Hadi
cakap dekat aku tadi macam berputar balik dalam minda aku. Rasa macam aku ni
jahat aje dekat mata dia.”
“Hadi cakap hang jahat ka?”
“Taklah dia cakap aku jahat. Dia cuma... macam nasihat
aku. Tak baik berdendam apa semua. Dia cakap kalau Rena buat aku, aku cuma
patut diam dan istighfar. Dia suruh aku macam belajar bersabar.”
“Sebenarnya, Hadi tak nampak hang jahat, Jo. Kalau
ikut pandangan aku, Hadi nasihat hang sebab dia tak nak hang simpan dendam
dalam hati hang tu sebab dendam boleh buat hati hang tu jadi keras dan hitam.
Maksudnya, bila Rena usik hang, bila Rena cari pasal dengan hang, hang
sepatutnya sabar dan biarkan ja si Rena tu. Tak kurang sekupang pun kalau hang
layan dia. Lebih kurang macam tulah maksud nasihat Hadi.”
Johanna mencebikkan bibirnya, “Dahlah, Nuha! Buat
kerja!”
Nuha senyum, “Johanna Sofea, Hadi Azraff tu sedang
cuba jaga hati hang...”
Johanna tersentak lalu dia pandang Nuha namun sudah
kembali tekun membuat kerja khusus untuk subjek Matematik Tambahan.
“Esok ada ceramah kecemerlangan SPM yang akan diadakan
di Dewan Cengal. Semua pelajar tingkatan lima diwajibkan hadir. Sesiapa yang
ponteng ceramah esok, saya akan denda pelajar tersebut di depan semua pelajar
ketika perhimpunan sekolah akan datang,” suara garau Cikgu Lah buat semua
pelajar menikus. Takut.
“Ah, saya lupa!” Cikgu Lah tiba-tiba menepuk dahinya,
“Untuk ceramah esok, akan ada pelajar sekolah lain yang akan datang sertai
kita. Dua buah sekolah yang akan sertai kita esok ialah sekolah harian biasa
tapi bertaraf sekolah berprestasi tinggi iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Sri
Iskandar dan Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah.”
Johanna yang sedang menconteng kertas kajang di atas
meja, terkaku. Sekolah apa? Tangannya diangkat tiba-tiba.
Nuha yang di sebelahnya dah jegilkan mata. Awat pulak
dah yang minah ni angkat tangan ni?
“Ya, Johanna? Awak ada benda yang nak tanya ke?” Cikgu
Lah kerutkan dahi.
“Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Iskandar, cikgu?”
Tanya Johanna, serius.
“Ya? Kenapa?” Tanya Cikgu Lah sebelum dia tiba-tiba
dia tersenyum, “Oh, saya lupa! Tu sekolah lama awak, kan?”
Spontan Johanna senyum tak berapa ikhlas sebelum
mengangguk. Dia mengeluh. Macam mana agaknya dia nak berdepan dengan Luke dan
Miley esok?
Rena yang sedari tadi memerhatikan Johanna mengukir
senyum tiba-tiba. Payback time, Johanna Sofea!
Dari jauh, Johanna nampak bas sekolah milik sekolah
lamanya memasuki ruang parkir berhampiran Dewan Cengal.
Satu demi satu pelajar Sekolah Sri Iskandar turun dari
bas sekolah itu dan dari jauh, ada dua orang lelaki melambai kepadanya. Tanpa
dapat ditahan, bibirnya mengukir senyum.
Tanpa menunggu orang lain, kedua orang pelajar lelaki
itu sudah pun mendekati Johanna. Cap tersenyum lebar pada Johanna sebaik saja
dia berhenti betul-betul di depan Johanna. “Yo, Jo!”
Johanna senyum lalu tangan kanannya diangkat, “Yo!”
“God, Jo! Serius kau nampak perempuan habis!” Ken
ketawa. “Betullah apa yang Cap bagitahu aku.”
“Maksud?”
“The famous Jo dah berubah ke Johanna.”
Johanna menggeleng lalu dia ketawa, “Nah... still the
same old Jo. Mungkin adalah aku berubah sikit tapi aku still the same Johanna.”
“Well, if it isn’t Johanna Sofea...”
Suara dari belakang Ken buat Johanna jungkit kening.
Tanpa mempedulikan orang yang bersuara dia memperkenalkan rakan sebiliknya yang
sedari tadi berdiri kaku, “Ken, Cap... meet my roommates. From the left Nuha,
Nida dan Elly.”
Ken dan Cap mengangguk serentak, “And we’re Ken and
Cap.”
Nuha senyum lalu mengangguk. Dia sedikit pelik bila tadi
Cap tegur Johanna, tak ada high five atau fist bump yang pernah dia nampak
dulu.
“Are you ignoring me, Johanna?” Miley tiba-tiba
menolak Ken dan Cap dan terus berdiri di depan Johanna.
“Kalau ya, kenapa?”
“Tak baik kot kau ignore aku. We used to be friends,
kan?” Miley tersenyum.
Johanna kerutkan hidungnya sambil tersenyum lalu dia
menggeleng. Perlahan dia berbisik di telinga Miley, “Sorry. Aku tak berkawan
dengan bitch. Apatah lagi yang ada masalah seksualiti macam kau.”
“Okeylah wei. I’ll catch up with you guys later. Aku
nak masuk dewan dulu,” Johanna senyum pada Ken dan Cap sebelum dia berlalu
bersama rakan sebiliknya.
“Jo, budak perempuan tadi tu...?” Elly pandang
Johanna. Nida dan Nuha turut memandang Johanna. Mereka pun tertanya-tanya.
Johanna sengih, “Ingat tak ada khabar angin pasal aku
pukul orang dulu?”
Serentak mereka bertiga mengangguk.
“Dialah orang yang kena pukul dengan aku dulu.”
“Oh, dia tu orangnya? Kenapa kau pukul dia dulu?” Nida
jungkit kening.
Johanna tersenyum lalu menggeleng, “Biarlah aku dengan
dia aje tahu kenapa aku pukul dia.”
Nida mengangguk. Elly dan Nuha pula hanya tersenyum
sebelum mereka masing-masing duduk di atas kerusi plastik yang sudah tersedia
di dalam dewan.
"Hidup ni cuma sementara, oleh itu hargai hidup kita.
Jaga ia sebaiknya," kata-kata dari penceramah yang ada di depan dewan buat
Johanna rasa sayu tiba-tiba. Apa yang dia dah buat dengan hidup dia selama ni?
“Belum terlambat lagi adik-adik nak berubah. Masih belum jauh lagi untuk adik
berpatah balik. InsyaAllah.”
"Dalam hidup ni yang penting sekali restu ibu bapa. Kita
dapat restu ibu bapa kita, dapat redha ibu bapa kita. Automatik adik-adik,
Allah akan permudahkan hidup kita!" si penceramah ukir senyum.
Ibu bapa? Johanna senyum sinis sebelum dia mengangkat tangan, mahu bertanya.
"Ya adik yang kat belakang,
nak tanya apa-apa ke?"
Johanna mengangguk, "Maafkan
saya sebab mencelah. Saya cuma nak tanya, andai kata ada ibu bapa yang
mengabaikan anak-anak mereka macam mana? Ibu bapa yang hanya memandang kesempurnaan,
contoh kalau si adik berjaya dalam pelajaran tapi si kakak kurang sikit dalam
pelajaran. Ibu bapa mereka membanding-bandingkan mereka berdua sehingga si
kakak berkecil hati. Dan, kadang kala keluar dari mulut ibu bapa tu yang
menyesal mempunyai anak seperti si kakak. Hingga suatu hari, si kakak sudah
tawar hati dengan ibu bapanya. Macam mana kalau itu terjadi? Macam mana dengan
restu ibu bapa tu? Salah si kakak ke sebab tak berapa pandai? Salah si kakak ke
dia dilahirkan ke dunia?”
Seisi dewan diam. Nuha memandang
Johanna yang nampak tenang saja. Hadi yang duduk di barisan depan menoleh ke
belakang. Johanna...
"Adik, terima kasih atas
soalan itu," si penceramah mengukir senyum manis, "Bagus soalan adik.
Terkesan kat hati saya. Adik-adik kena ingat ya, ibu bapa itu juga manusia, tak
sempurna. Ya, betul saya akui, ada ibu bapa yang suka membanding-bandingkan
anak-anak mereka dan ada yang kadang-kadang ibu bapa cakap benda yang mereka
sendiri tak maksudkan. Ada ibu bapa memberi perhatian lebih kepada anak yang
seorang itu dari yang seorang lagi.”
Si penceramah berhenti seketika
sebelum menyambung, “Memang ada ibu bapa yangg macam itu, adik-adik. Ada! Tapi
macam saya cakap, ibu bapa cuma manusia biasa, tak lari dari melakukan
kesilapan. Terkadang mereka tak sedar dengan perbuatan dan kata-kata mereka itu
boleh melukakan hati anak-anak mereka. Maafkanlah ibu bapa adik-adik andai ada
yang buat adik-adik rasa seperti itu. Kalau ada yang berkecil hati dengan ibu
bapa masing-masing, cuba pandang diri sendiri. Mungkin mereka buat adik-adik
kecil hati, terluka tapi sebab mereka juga adik di sini. Pengorbanan mereka
besar, adik-adik. Oleh itu, kita harus sentiasa lapangkan dada, buka hati
sebesar-besarnya. Kalau ada yang berselisih faham dengan ibu bapa, ada yang
bergaduh dengan ibu bapa, cepat-cepatlah minta maaf sebab kita tak tahu, bila
lagi kita boleh kucup tangan mereka, bila lagi kita boleh cium pipi mereka.
Bersyukurlah kita masih punya ibu bapa. Ada sesetengah dari kita cuma ada ibu,
tiada bapa, ada juga punya bapa tapi tiada ibu bahkan ada yang langsung tak
punya ibu bapa. Bersyukurlah adik-adik. Minta maaf, mohon restu ibu bapa
semula. Cuba berkomunikasi semula dengan ibu bapa, andai hubungan sudah
renggang, luahkan apa yang kita rasa dalam hati. InsyaAllah, mereka akan sedar
dan mereka juga akan cuba berubah. InsyaAllah..."
Johanna ketap bibir. Kolam mata
terasa panas. Macam mana saya nak minta maaf kalau ibu bapa saya sendiri tak
sudi pandang muka saya? Macam mana nak berkomunikasi semula kalau berkomunikasi
pun hanya pergaduhan saja yang ada? Saya bersyukur masih punya ibu bapa tapi
ibu bapa saya... saya tak pasti mereka bersyukur dengan kehadiran saya.
“Jo, mendalam soalan kau tadi huh?”
Rena berdiri sambil menyilangkan tangannya di depan Johanna.
“Kau ada masalah apa dengan soalan
aku tadi?” Soal Johanna dengan riak muka aku-malas-nak-layan-kerenah-kau.
“Nothing. Just soalan kau tu
mendalam sangat.”
Johanna kerut dahi lalu dia pandang
Rena dengan pandangan yang tajam, “Kalau ada masalah dengan parents kau ke yang
kau nak lepas semua benda kat aku ni? Aku tak fahamlah dengan kau Rena, aku tak
kacau pun kau tapi kenapa kau suka sangat kacau hidup aku. Kau tergugat dengan
aku ke?”
“Kau, parents jangan buat main
eh?!” Rena tuding jari ke arah muka Johanna.
Jari telunjuk Rena yang ada di
depannya ditepis, “Aku tanya je. Lepaklah. Kau nak gabra semacam apa kes.”
“Ala Jo! Kau tak payahlah nak act
tough depan orang lain. I bet, satu sekolah kau tak tahu kan yang kau masuk
sekolah ni sebab kau dah kena buang dengan keluarga kau pasal kes kau yang
dulu, kan?”
Serentak Rena dan Johanna kalih
memandang Miley yang berdiri bersama rakan-rakan sekolahnya. Johanna kepal
penumbuk, “Kau tak serik ke kena pukul dengan aku?”
“Jo, don’t!” Nuha pegang tangan
Johanna yang nyata mahu mendekati Miley.
Miley senyum sinis, “Ciao,
Johanna!” Dan dia terus berlalu.
Rena pula terkaku sebelum ukir
senyum sinis, “Kau memang dasar budak bermasalah kan?”
Zap! Sekelip mata, Johanna menarik
kolar baju dan tudung Rena, “Apa masalah kau dengan aku, hah?”
Nuha terkaku. Nida terkesima dan
Elly langsung tercengang. Wajah sombong Rena hilang terus dan digantikan dengan
wajah yang kelihatan takut.
“Aku tanya kau sekali lagi...”
Johanna mengemaskan cekakan tangannya pada kolar dan tudung Rena sebelum
menarik Rena dengan dengannya, “Apa masalah kau dengan aku, Rena Aleeya?!”
Hadi dan D.O. yang baru nak keluar
dari dewan di pintu dewan terus berpaling ke belakang. Wajah Hadi berubah sama
sekali. D.O. pula hilang kata.
“Jawab soalan aku, apa masalah kau
dengan aku, hah?!” Separuh menjerkah, Johanna bersuara.
Jerkahan Johanna buat Nuha tersedar
lalu lengan Johanna dipegang, “Jo, lepaih Jo! Lepaih. Sabar, Jo! Sabar.”
Nida dan Elly turut membantu Nuha,
“Ingat Jo, marah ni perangai syaitan. Ingat Jo...”
“Jawab soalan aku, Rena!” Jerkah
Johanna sekali lagi.
Wajah Rena semakin pucat.
“Johanna Sofea!” Tinggi suara Hadi
menyeru nama Johanna.
“Johanna Sofea! Lepaskan Rena.
Now!” Hadi hela nafas. Wajahnya berubah tegang. Pelajar sekolah Muadzam Shah
dah pandang-pandang manakala yang dari Sri Iskandar mengukir senyum sinis.
Siapa tak kenal Johanna Sofea?
“Boyfriend kau datang tolong
kaulah, Rena!” Johanna menguatkan cekakannya. Bibirnya terus mengukir senyum
sinis, “Sukalah kau, kan?!”
Rena menelan air liur. Wajah Johanna
kala itu, tenang tapi menakutkan.
“Kau tak malu ke Johanna? Semua
orang tengok kau!” Ujar Hadi, cuba berdiplomasi.
“Bukan aku yang mula dulu, kenapa
aku nak malu?” Dijeling Hadi sekilas sebelum matanya kembali memandang Rena.
“Johanna Sofea!” Sekali lagi suara
Hadi tinggi. Sungguh dia malu dengan tingkah laku Johanna..
“Jo, dahlah tu! Lepaskan Rena,
please...” Separuh merayu Elly bersuara.
Namun Johanna tetap kaku berdiri.
Matanya masih tajam menikam mata Rena.
“Jo, let her go...” Cap mendekati
Johanna lalu lengan Johanna dipegang. Cap pandang Johanna, “Jo...”
Tanpa sebarang kata, Johanna
menolak Rena ke belakang, dan cekakan tangannya di kolar dan tudung Rena
dilepaskan. Rena yang tidak menyangka tindakan spontan Johanna terus terjatuh
di atas lantai. Johanna pandang Rena dengan wajah kosong tanpa riak, “Mess with
me once more and I will never, ever let you go!”
Rakan-rakan Rena terus menolong
Rena yang kelihatan lembik tak berdaya kala itu. Johanna pula memandangnya
sinis sebelum mahu berlalu namun langkahnya dihalang Cap, “Back off, Cap!”
“Jo!”
“I said... BACK OFF, Cap!” Tinggi
suara Johanna kala itu buat Cap terkedu. Johanna tak pernah menengkingnya
seperti itu.
Melihatkan Cap yang berdiri kaku di
depannya, tanpa sebarang kata Johanna terus menolak Cap ke tepi sebelum berlalu
pergi. Saat melintasi beberapa orang
pelajar dari Sri Iskandar, Johanna tiba-tiba bersuara, “Kau pandang apa?
Nak kena macam minah tu jugak?!”
Nuha, Elly dan Nida saling
berpandangan. Cap pula masih terkaku. Ken pula terus menggosok bahu Cap. Hadi
pula hanya mampu hela nafas panjang.
Johanna bersandar pada dinding
bangunan Kemahiran Hidup sambil matanya memandang tasik yang jarang dikunjungi
oleh orang. Tanpa sedar air matanya menitis. Jo, apahal kau lembik sangat ni?!
Rambutnya dikusutkan. Kata-kata
Miley terus terngiang-ngiang di telinganya, ‘I
bet, satu sekolah kau tak tahu kan yang kau masuk sekolah ni sebab kau dah kena
buang dengan keluarga kau pasal kes kau yang dulu, kan?’
Kata-kata Miley tu, menusuk sungguh
ke hatinya! Kali pertama dia tewas dengan Miley. Kali pertama, dia tewas dengan
kenyataan itu.
“Jo!” Nuha perlahan-lahan mendekati
Johanna.
“Go away!” Tanpa memandang Nuha,
Johanna bersuara.
“Jo, we’re here for you!” Nida
duduk di depan Johanna. Tangannya mencapai tangan Johanna lalu digenggam erat.
Johanna menahan air matanya dari
jatuh namun air matanya tetap menitis ke pipi, “She’s right, you know?!”
“Siapa?” Tanya Elly sebelum duduk
di sebelah kiri Johanna.
“Miley,” ujar Johanna dengan pipi
yang basah dengan air mata, “Memang hakikatnya aku dibuang keluarga. Daddy tak
mengaku aku ni anak dia lepas kes aku belasah Miley. Mummy langsung tak nak
bercakap dengan aku dan cuma bercakap bila ada benda yang penting aje! Kau tau
tak perasaan dia tu macam mana? Sakit kau tau! Sakit gila! Kat dada aku ni,
sakit nak mampus! Aku pernah tanya pada diri aku, kenapa aku dilahirkan? Kenapa
aku ada kat dunia ni?!”
Nuha tekup mulut, menahan sebak! Bahu
Johanna dipeluk.
Johanna tanpa dipaksa terus
bersuara, “Parents aku lebih percayakan Miley dari aku! Hati anak mana yang tak
sakit, wei?! Sekeras-keras aku, aku ada hati jugak tapi mummy daddy tak pernah
kisah pasal hati aku! Salah aku ke bila aku cuba nak bela maruah Jihan? Salah
ke aku nak lindung Jihan dari perempuan gila macam Miley? Salah aku ke bila aku
belasah orang yang cabul adik perempuan aku? Salah aku ke?”
Elly terkedu! Ya Allah. Rupanya itu
yang disimpan oleh Johanna selama ini. Tiada siapa tahu dan siapa sangka. Miley
yang nampak bersifat keperempuanan itu rupanya songsang! “Kau tak cuba bagitahu
parents kau?”
“Kau ingat dia orang nak percaya
cakap aku?! Baru aku nak bela diri, aku kena tampar dengan daddy! Mummy cakap
dia malu dapat anak macam aku, daddy cakap dia kecewa aku lahir dalam keluarga
dia! Mana letaknya aku dalam keluarga kalau mak ayah aku tak iktiraf aku
sebagai anak dia orang?! Dalam rumah tu, hanya ada tiga orang hargai kehadiran
aku. Mak Mah, Jihanna dan Jehan. Hanya tiga orang manusia tu yang buat aku
masih tinggal dekat situ,” Ujar Johanna sambil tersenyum tawar. Air matanya
terus mengalir. Lemahnya seorang Johanna...
“Jo...” Seru Nuha. Bibirnya
diketap, “Bagi aku, hang kuat Jo... sangat kuat. Kalau aku jadi hang, mungkin aku
dah angkat kaki dah.”
Johanna ketawa, tawar. Kosong. Tak
berperisa. Air matanya dikesat kasar, “Korang nak tahu siapa orang yang paling
aku sayang dalam dunia ni?”
Mereka bertiga mengangguk, “Siapa?”
“Mummy dan daddy aku. Dia oranglah
yang paling aku sayang walaupun... walaupun... dia orang tak sayang aku...” dan
Johanna terus menangis. Sungguh-sungguh dia menangis. Beban perasaan yang dia
tanggung selama ini, dia lepaskan terus tanpa dia tahan.
Cap, Ken dan D.O. yang berdiri di
tepi bangunan turut terasa sebak. Tanpa sedar Cap sudah terduduk. Dia tak tahu
langsung tentang Miley yang mencabul Jihan. Kalaulah dia tahu, dia dulu yang
akan belasah Miley.
Ken meraup wajahnya. Dia tahu
Johanna ada masalah dengan keluarganya tapi tidak dia sangka seteruk ini. Johanna
Sofea, kau manusia kental...
D.O. hela nafas. Air mata yang
bertakung di matanya dikesat laju. Bibirnya mengukir senyum tawar. Beratnya
beban yang kau tanggung selama ni, Jo! Maafkan aku sebab tak cuba jadi kawan
yang mampu ringankan beban kau.
p/s: heya people. sorry for the hiatus. saya sangat busy sekarang, dengan praktikalnya, dengan siapkan mssnya. doakan saya. ya, saya tahu saya pernah cakap saya nak hentikan update FLY tapi...hari ni saya rasa saya nak jadi baik. boleh kan?
Tq memang rindu sgt ngan johanna n good luck
ReplyDeletePlease. .jgn hentikn..bg la sampai tamat..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteksian kat jo 😢😢😢
ReplyDeleteAng sangat kuat jo . Sangatt .. i feel u johanna .. i feel .. touching sangat kak ..
ReplyDeleteDue dianggap bermasalah . Tp hanya org yg rapat dengan die je tau kebaikan die ..
Akk buat sye nangis kak .. 😭aishhh .. sedeh .. tu yg sye rase😔
Tq kak .. besttttt . Iloveu kak😍😘😁
U make me cry...:(
ReplyDeleteBila baca kisah jo..
ReplyDeletemenitis air mata akak ni..
T.q sis..
Nice n3....
ReplyDelete♡it.....
If ada masa terluang, sambunglah lg ye.. =)
ReplyDeleteWat tamat kt cni la... plizzz writer
ReplyDeleteSapa potong bawang merah ni.. sobs sobs sobs..
ReplyDeleteU make me cry akak~ 😢😢
ReplyDeleteTerkesan dengan luahan kata2 jo...well...nasib aku pon lebih kurang macam tu lar....kadang2 sabar pom ada tahap die...rasa nak lari jauh je...tpi fikir balik xda kesudahan juga lari dri msalah nie...
ReplyDelete_qaseh_
Wow mmg tersentuh hati dengar luahan hati Johanna yg menusuk kalbu
ReplyDeleteKenapa hadi tak dgr luahan johanna. ��������-inas-
ReplyDeleteAh... meleleh air mata..
ReplyDeleteAlahai..bawang ni buat pedih mata plk..huhuhu...really hope Cap pergi belasah Miley tu lpas ni..dush3..
ReplyDeleteSedih nya berulang kali baca:'(
ReplyDeleteSemua dh dgr the big secret. But...where's Hadi????
ReplyDelete:'( jo.. be strong dear.. percayalah kebaikan akan dtg jgk akhirnya.. fighting! :)
ReplyDeleteSedihnye..
ReplyDeleteYey! Best2..nk lg hehe
ReplyDeleteawat letak asap dalam ni..
ReplyDeleteberair mata ai..
blh rasa apa yg Jo ras..mcm kna kt diri sendiri..
keep it up writer...u r great..
nice entry..
will waiting next entry and this book...
Aaaaa sedihnye,kan mata saya dah bocor ni..huhu
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThanks....
ReplyDelete- Ila
sgt tersentuh....smbung lgi ia.. :)
ReplyDelete-nisa-
wahhh sedih sangat kesian dgn nasib Jo.... best sambung lagi..... tq
ReplyDeleteArghhh Jo I can feel what you feel it's very hurt right huhu..please akak make it the ending in this blog..
ReplyDeleteHuwaaahh ....harap beban Jo terlerai lah
ReplyDeleteplease keep update us story ni... hati x puas selagi si miley tu x kena belasah lagi..
ReplyDeleteSimpati pd Jo.. :'( moga Jo terus tabah.. mesti ada hikmahnya! Najwa thumbs up 4 this n3! Harap trus smbung di blog.. :)
ReplyDeletePuas ati ada n3 baru
ReplyDeletesedih
ReplyDeleteTabah la johanna
ReplyDeletesedih nya n3 ni, smpai nitis air mata
Huwaaahh ....harap beban Jo terlerai lah
ReplyDeleteWalau baca berkali2 still kesedihan hati srorang Johana still dapat dirasa. Love this story so much.
ReplyDeletejgn stop...best n3..sebak gila...gud job...nak lagi...
ReplyDeleteCiannya kat Jo.. huk3.. cik writer smbung la smpai abes.. jngn la stop.
ReplyDeletemiss writer tolong jangan stop post FLY..harap FLY habis kat blog je please..(kelip-kelip mata) (buat muka comel)
ReplyDeleteYa Allah menngis ak baca. I can feel u Jo..
ReplyDelete