Saturday, 6 September 2014

[MINI NOVEL] FLY (BAB 1)

“This is your room. Awak boleh ambil katil yang belah kiri tu, situ kosong. Budak-budak lain pergi prep petang. Nanti dia orang balik, bolehlah awak berkenal-kenalan,” Cikgu Mashitah ukir senyum manis kepada si gadis yang membelakangi dia, “Saya warden untuk blok ni, jadi kalau ada apa-apa masalah, boleh beritahu saya.”
“Terima kasih, cikgu!” Ayah kepada si gadis menundukkan sedikit kepalanya, tanda hormat.
“Kalau tak ada apa-apa, saya keluar dulu. Oh! Sebelum saya terlupa, pasal kelas, awak boleh tanya terus pada rakan sebilik awak yang bernama Nuha. Dia sekelas dengan awak.”
Si gadis berpaling lalu mengangguk, tanda faham sebelum kembali berpaling mengadap tingkap.
“Kalau macam tu, saya pergi dulu Encik Suffian, Puan Suhana.”
“Terima kasih cikgu,” serentak Encik Suffian dan Puan Suhana bersuara. Cikgu Mashitah berlalu dari bilik K-013.
 “Wow! I love this school...” Si gadis berpaling kepada ibu bapanya, “Not!”
“Pia boleh kemas barang Pia dulu,” Puan Suhana bersuara, tanpa mempedulikan kata-kata anaknya.
“Mum! Can’t you hear me? I hate this school! Pia tak faham kenapa mummy dengan daddy hantar Pia ke sekolah ni. This school sucks!”
“Johanna Sofea, this is not a time for you to whine around!”
Johanna buat muka, “So what time is it for? Having fun around this school? Sheesh!”
“Kalau Pia tak bertumbuk dekat sekolah lama dulu, daddy takkan hantar Pia ke sini, tahu?”
“You are impossible! Pia dah cakap kan, Pia tak salah! Dia orang start dulu!”
“That’s not the point!” Encik Suffian meninggikan suaranya.
“Then what’s the point? Pia tak kena buang sekolah pun tapi daddy yang tukarkan Pia ke sekolah ni!” Johanna bersuara, keras.
“Yes, Pia tak kena buang sekolah tapi air muka daddy ni dah jatuh, tahu? Budak perempuan yang Pia belasah tu anak kawan daddy tahu? Tangan dia patah, bibir dia pecah.”
“She deserves that.”
“Johanna Sofea!”
“Stop it, both of you!” Puan Suhana bersuara, kuat, “Johanna Sofea, kemas barang!”
Johanna buat muka. Boarding school sucks! This school sucks! Big time!

Johanna angkat muka dari gitar di ribanya lantas memandang pintu. Dia terdengar ada suara bersembang di balik pintu. Seperti yang dia jangka, pintu bilik terbuka.
“Kau patut tengok muka Eman tu kena dengan Cikgu Lah. Macam ayam berak kapur. Padan muka di...” kata-kata si gadis berkaca mata yang menolak daun pintu, mati. Ni anak jantan siapa sesat dalam bilik aku ni?
“Awat hang ni? Tersampuk bi...” Si gadis yang bercakap dalam loghat utara turut mati kata. Siapa pulak dah budak yang aura macam pembunuh ni?
“Er...” si gadis berkaca mata nak menegur tapi tak tahu nak mula dari mana.
“Aku Johanna. Panggil Jo boleh, Han pun boleh. Tak kisahlah yang mana, asalkan bukan Hana or Ana,” tanpa nada, Johanna bersuara sebelum kembali mengadap kembali gitar di tangannya. Sebelum sempat gadis yang berdua itu berjalan ke tempat mereka, Johanna kembali mengangkat muka, “Siapa antara korang nama Nuha?”
Si gadis berkaca mata terus menuding jari ke arah si gadis loghat utara yang terkejut bila namanya disebut Johanna.
“Aku sekelas dengan kau. I’m gonna need your help,” ujar Johanna, sebelum ukir senyuman. Separuh ikhlas, separuh terpaksa.
Si gadis bernama Nuha terus ukir senyum, “Boleh, tak dak masalah. Sebelum apa-apa, biaq aku perkenalkan diri dulu. Nama aku Nuha Nuradilla, orang panggil Nuha.”
Johanna angguk kepala sebelum matanya memandang si gadis berkaca mata. Si gadis berkaca mata senyum sebelum bersuara, “Aku, Ellyana.  Orang panggil Elly, ada jugak panggil aku Elle.”
“Memang kita bertiga aje dalam bilik ni?” Johanna letak gitar yang ada di pangkunya ke tepi katil.
“Termasuk kau, sepatutnya berempat tapi Nida tak balik lagi. Dia ada mesyuarat dengan badan pengawas.”
“Nida?” Johanna angkat kening.
“Aznida. Orang panggil Nida aje. Dia baik. Suka senyum.”
Johanna mengangguk. My roommates are not that bad tapi Nida tu pengawas, huh? Susahlah nak fly macam ni!

Johanna angkat tray makanan di depannya lalu dia mengikut langkah Nuha dan Elly yang sudah berjalan mencari meja makan. Sesekali matanya menjeling orang-orang yang asyik memerhatikan dia sejak dia melangkah masuk ke dewan makan. Sebaik saja mereka duduk di meja yang ada di dewan makan itu, seorang budak perempuan yang duduk di sebelah Johanna tiba-tiba bangun dan terus berlalu ke tempat lain. Nuha dan Elly sempat memandang budak perempuan tersebut. Apa masalah dia?
“Ignore her,” tiba-tiba satu tray diletakkan di sebelah Johanna.
Serentak mereka bertiga memandang orang yang bersuara itu. Johanna kerut dahi. Kawan Nuha dengan Elly ke?
“Salam, girl! Salam!” Elly buat muka.
Si gadis ketawa, “Chill! Ni siapa? Kawan korang ke?”
Nuha ketawa, “Kawan kitalah, mak cik.”
“Kita?” Si gadis angkat kening, “Aku tak kenal pun dia.”
“Nida, ni Jo. Jo, ni Nida. Budak bilik kita yang aku cakap tadi.”
Johanna memandang Nida di sebelahnya lalu dia hulurkan tangan, untuk bersalam. Nida menyambut huluran salam Johanna lalu dia tersenyum, “Nida.”
“Jo!”
Nida kerut dahi sebelum mengangguk, “Dah. Makanlah. Karang lewat pulak pergi prep malam.”
Serentak Nuha dan Elly mengangguk. Johanna dah mula rasa nak hilang selera makan. Prep?

Peraturan kelas prep, tak kisahlah malam ke siang ke, wajib pakai baju kurung. Johanna dah menggaru kepala. Baju kurung? This is so not me.
“Kenapa Jo?”
“Wajb ke pakai baju kurung? Jeans dengan t-shirt aje tak boleh ke?”
“It’s a must,” Nida yang baru balik dari tandas senyum.
“Sh...” tanpa habiskan perkataan yang dia ingin sebut, dia duduk di atas katil.
Nuha dan Elly berpandangan. Jo ni memang lain dari yang lain, “You’ll get use to it. Kita orang dulu pun macam hang.”
Johanna angguk kepala. Ikutlah apa pun.
Nida menggelengkan kepala namun bibirnya masih terukir senyum, “Kau kelas mana?”
“5 Aurum.”
Nida tiba-tiba ketawa, “Oh man, you’re dead!”
“Hang pasaipa, minah?” Nuha menolak Nida yang masih ketawa.
“Nuha, baik kau jaga Jo baik-baik. She won’t be safe kalau sekelas dengan Head Boy.”
Nuha yang tadi nampak kelam terus ketawa. Dia faham maksud Nida. Dia faham sangat! Johanna pandang Elly dan Elly cuma mengangkat bahunya. Dia pun tak faham kenapa Nida dengan Nuha suka sangat.

Nuha dan Johanna beriringan ke kelas 5 Aurum dan seperti biasa, mereka jadi perhatian ramai.
“Dengar kata budak ni kaki pukul.”
“Sampai patah tangan...”
“Kesian budak yang kena belasah tu...”
Ganas gila. Tengok gaya dia pun aku dah tahu!”
Nuha sesekali memandang Johanna.
“Kau kenapa pandang aku?” Tanpa memandang Nuha, Johanna bersuara.
“Hang okey ka?”
“Dari dulu aku selalu dengar benda yang dia orang cakap tu. Biarlah,” Johanna angkat bahu.
“Hang memang pernah pukul orang?” Tanya Nuha lagi.
Johanna berhenti melangkah dan memandang Nuha, “Pukul orang, pernah tapi aku bukan kaki pukul.”
“Serius?” Nuha membuntangkan matanya.
“Nanti cerita kat biliklah. Dah sampai kelas kan?”
“Eh, mana hang tau dah sampai kelas?”
“Sia-sia sekolah ni letak papan tanda kelas kat pintu, Nuha.”
Nuha sengih, “Yalah! Yalah! Jom masuk.”
Baru Johanna nak melangkah masuk, lengannya ditarik dari belakang, “Nuha, siapa ni?”
Nuha yang dah masuk kelas berpaling. Tak dan aku nak cover hang, Jo! “Tu... er... er...”
“Siapa benarkan kau pakai celak macam budak gothic kat sini? Ni!” Lengan Johanna diangkat, “Bangles merepek apa ni? Kau tak pernah masuk sekolah ke? Rambut pun gaya kutu rayau.”
Johanna menepis tangan yang memegang lengannya, “Lu sapa?”
“Jo! Hadi! Chill. Relaks sat. Tak mau gaduh-gaduh!” Nuha menarik Johanna yang dah keluar gaya nak bergaduh.
“Apa yang kecoh-kecoh ni?” Suara cikgu yang bertugas malam itu, menghentikan pergaduhan yang hampir tercetus di antara Johanna dan Hadi, “Hadi? Kenapa?”
“Budak ni...”
Tak sempat lelaki bernama Hadi itu habiskan ayat, Nuha mencelah, “Dia budak baru. Nama Johanna Sofea.”
“Oh, awak yang Cikgu Mashitah cakap tu. Tak apa, Hadi, "cikgu itu memandang Hadi sebelu memandang Johanna, "Kali ni saya lepaskan awak. Esok, jangan pakai gelang-gelang awak tu, celak kat mata tu pun, hilangkan. Rambut awak saya tak nak tengok dah warna-warna pelangi tu,” cikgu itu menjeling Johanna sekali imbas, “Dan kalau boleh, pakailah tudung. Lagi cantik dan sopan.”
Hadi menjeling Johanna. Cantik dan sopan? Gaya macam budak gothic sesat. Gelang kat tangan kalah pelakon hindustan, bezanya warna gelang budak ni warna semua suram-suram.
Johanna pandang Hadi sebelum dia buat gaya mengelar leher kepada Hadi. Lu cari pasal, siap lu!
Hadi hanya memerhatikan si gadis yang dipanggil Jo oleh Nuha tadi. Nama sedap-sedap pergi panggil Jo. Bibirnya tiba-tiba mengorak senyum sinis. Johanna ni sekelas dengan aku, huh? It will be an interesting final year, I guess! 

Bersambung...

p/s; Awesome cover from Aryssa Najwa ;)

11 comments:

  1. Ok cite ni sangatlah comel. Lg writer! Lagii!

    ReplyDelete
  2. wah memula lagi dah gaduh hadi dan jo...best najwa. nak lagi. apa pun good luck sebab dah start semester baru

    ReplyDelete
  3. Sy suka.sila sambung.hehehe

    ReplyDelete
  4. Suka suka suka lain dari yg lain

    ReplyDelete
  5. Hai Najwa...Wah ada cite baru....
    Mcm best je....

    ReplyDelete
  6. Yes!!crite baru...
    Dah lme tnggu new story from your blog...😁😁😁

    ReplyDelete
  7. I like all ur story

    ReplyDelete