Johanna membuka hoodie yang menutup wajahnya apabila dia
terasa bas berhenti. Dia kerutkan dahi melihat kawasan hutan di sekelilingnya.
Bunyi cengkerik, deru air sungai buat dia mengeluh. Dah sampai...
Dikerling Hadi yang masih belum sedarkan diri di sebelahnya.
Tiba-tiba bibirnya mengukir senyum dan cepat pula senyumannya mati. Ehhhh!
Apahal kau nak senyum-senyum pandang
Hadi ni? Johanna menggelengkan kepalanya berkali-kali. Gila,
Jo! Gila!
“Kau kenapa?”
Gelengan kepala Johanna terhenti. Dia
pandang Hadi yang sudah duduk tegak walaupun matanya masih kelihatan kuyu.
“Kau...” bibir Johanna terhenti
sendiri dari berkata-kata. Dia dah kena sumpahan apa ni?
“Kau kenapa, Johanna? Tak pernah
tengok hutan ke macam mana?” Sindir Hadi bila lihat Johanna macam tersampuk
bisu.
Johanna terus pandang ke luar
tingkap. Shit! Benda apa ni? Kenapa aku jadi macam ni? Ish...
“Johanna?” Hadi angkat kening. Kenapa
budak ni?
“Pergi turunlah, Head Boy!” Ujar
Johanna, keras tapi masih tak memandang Hadi.
Hadi jungkit bahu, “Tak payah kau
cakap, memang aku nak turun pun.”
Johanna mengangguk, “Baguslah!”
“Blahlah! Kau tunggu apa lagi?”
Johanna buat muka. Turunlah! Janganlah duduk sebelah ni. Blahlah!
Hadi geleng kepala. Budak pelik!
“Yelah!”
Saat Hadi bangun dan keluar dari bas.
Johanna melepas nafas lega. Hailah hati, kenapa kau boleh berdebar tengok dia
tadi?
Tiba-tiba Johanna rasa kerusi di
sebelahnya diduduki orang. Perlahan-lahan dia kalih. Nuha tersengih
memandangnya, “Jo!”
Johanna ukir sengih nak tak nak, “Nuha!”
“Hang pasaipa? Muka lain macam ja…”
Nuha pegang dahi Johanna, konon memeriksa suhu. Mana tahu, Johanna demam ke
tiba-tiba.
“Aku okey! Aku okey!” Ujar Johanna
lalu menepis tangan Nuha, “Pening dok dalam bas aje.”
“Oo…” Nuha mengangguk, “Eh, jomlah!
Kita kena berkumpul dekat dataran sana.”
Johanna mengangguk lalu dia berdiri.
Nuha sudah bergerak turun ke bawah. Johanna pula memegang dadanya. Nafas
dihela. Jantung, tolong jadi normal balik…
“Kamu kalau nak ke mana-mana dalam
kawasan hutan ni, pastikan berteman! Kalau boleh biar lebih dari dua orang,”
suara Cikgu Lah disahut oleh semua pelajar dengan suara yang tak berapa nak
bersemangat.
Usai sesi tazkirah ringkas Cikgu Lah
tadi, pelajar-pelajar mula bertaburan ke sana-sini. Ada yang berlari masuk ke
tandas. Ada jugak yang mula mengeluarkan khemah masing-masing untuk dipasang.
“Jo, jom pasang khemah!”
Johanna buat muka, “Malas.”
“Dah, nanti malam nak lena kat mana?”
“Chalet tu berlambak tapi kenapa dia
orang nak suruh kita berkhemah bagai? Aku serabutlah!” Johanna memuncungkan
mulutnya.
“Kem ni lain dari kem kecemerlangan
yang lain. Setiap tahun, sekolah kita memang buat.”
Johanna mengeluh lalu dia pandang
Nuha, “Nuha…”
“Apa?”
“Jom jalan-jalan kat sekitar kawasan
ni.”
“Tapi khemah tak pasang lagi ni,”
Nuha kerutkan dahi.
“Ala, kita jalan-jalan kejap aje.
Lepas tu kita pasanglah khemah ni.”
“Dan ka? Nak solat lagi. Ceramah mula
pukul 2.30 petang, tau? La ni pun dah pukul 1.45 petang.”
“Dan, Nuha! Aku nak tengok sungai
aje. Nanti kita balik semula ke sini.”
Nuha akhirnya mengangguk. Sebenarnya,
dia pun teringin sangat nak tengok air sungai yang kedengaran menderu di
bahagian hujung kawasan perkhemahan mereka, “Janji sat ja noh?”
Johanna mengangguk! Yes!!
Johanna menolak bahu Nuha sambil
tertawa apabila Nuha mengusiknya pasal Hadi, “Gila aku kalau nak suka dekat
mamat nerd tu!”
Nuha ketawa, “Hang tak boleh tarik
balik kata-kata hang tu! Aku doakan jodoh hampa dua orang panjang. Biaq hang
menyesai dengan kata-kata hang!”
“Merepek kau ni, Nuha! Nak ke si Head
Boy tu dengan aku yang banyak cela ni? Tak lawa macam Mimi, tak pandai macam
Zuha, tak hot macam Rena. Kau ingat dia pandang aku ni? Dia pandang aku sebelah
mata aje tau,” ujar Johanna sambil tertawa.
“Hang ni… hang tau dak hang tu ada
kelebihan sendiri. Hang pandai main gitar. Hang muka taklah selawa aku tapi
muka hang ni kira lakulah kat Malaysia ni!” Nuha sengih.
“Bengong,” Johanna ketawa.
Dalam mereka berjalan di kawasan itu,
tanpa sedar ada sepasang mata sedang memerhatikan topi Johanna.
Tiba-tiba topi yang dipakai Johanna
ditarik dari atas pokok. Johanna tersentak lantas dia mendongak! Matanya yang
tak berapa besar terus dibulatkan! “Weh, monyet! Bak balik topi aku!”
Nuha pula menyorok di belakang
Johanna, “Jo, aku takut dengan kera. Depa kata kera ni ganaih! Jom balik tempat
kem!”
“Tak nak! Selagi aku tak dapat topi
aku, selagi tu aku takkan berganjak dari tempat ni!”
Nuha mengeluh namun tangan tidak
lepas dari memegang baju Johanna.
Johanna capai ranting yang ada di
tanah lalu dicampak pada monyet yang masih bermain dengan topi miliknya! “Bagilah
balik topi aku tu!”
Tak cukup dengan ranting, Johanna
capai pula batu-batu kecil yang ada di situ lalu dicampak kepada monyet tadi
dengan harapan monyet itu takut dan terus melarikan diri.
“Janganlah Jo! Aku takut dia marah
nanti!”
Johanna merengus, “Aku yang patut marah!
Dia yang ambik topi aku!”
Nuha mengeluh, “Tapi dia monyet, Jo!”
“Memanglah monyet! Aku tak kata dia
dinosaur!”
Johanna capai pula sebiji batu
sederhana besar lalu terus dia mencampakkan batu di tangannya kepada monyet
tadi namun tak kena!
Si monyet pula. Mungkin kerana dia
berasa terancam dengan Johanna terus mencampakkan topi milik Johanna ke dalam sungai!
Johanna menjerit! “No!”
Tanpa sempat Nuha menahan, Johanna
sudah pun terjun ke sungai sebab nak menyelamatkan topinya.
Tapi lain jadinya saat Johanna
tiba-tiba terkapai-kapai di dalam air sungai. Nuha terkedu! Ya Allah!
“Tolong!!" Nuha menjerit sepenuh hati. Johanna yang di
dalam air sungai itu kelihatan tercungap-cungap dan tangannya tergapai-gapai
bagai meminta tolong buat Nuha rasa tak sedap hati, “Tolong!!! Hadi!! D.O.!!"
Hadi yang sedang memasang khemah tersentak lalu dia memandang
D.O. yang turut memandang Hadi. Tanpa suara mereka bergegas berlari ke arah
suara Nuha yang menjerit meminta pertolongan.
“Tolong!!" Nuha dah terduduk di atas tanah. Johanna
sudah hilang dari permukaan air. Dalam hatinya tak putus-putus berdoa untuk keselamatan Johanna.
Tiba-tiba Johanna keluar semula ke
permukaan air namun tangannya masih tergapai-gapai meminta pertolongan.
Hadi yang baru sampai, terkejut
melihat Johanna sudah lemas di dalam air sungai itu. Tanpa menunggu lama, dia
terjun ke sungai dengan niat mahu menyelamatkan Johanna.
Sebaik sahaja dia berjaya mencapai
Johanna yang sudah separa sedar, dia menarik Johanna ke tebing sungai.
Hadi membaringkan Johanna ke atas
tanah. Pipi Johanna ditampar berkali-kali, “Johanna! Johanna! Johanna
Sofea!"
Hadi yang mula resah apabila Johanna
tidak memberikan respon, “Nuha, tolong tekan dada Johanna. Aku rasa dia dah
banyak tertelan air sungai."
Nuha mengangguk dan mula menekan dada
Johanna, mengikut arahan dari Hadi.
Melihat Johanna masih tidak memberi
respon, Hadi memicit hidung Johanna. Udara disedut lalu pipi Johanna ditekan,
membuatkan mulutnya membentuk huruf `O' dan terus dia merapatkan mulutnya ke
mulut Johanna. Berkali-kali. Tangan Nuha di dada Johanna ditepis lalu dia
menekan dada Johanna berkali-kali dengan tangannya, “C'mon, Johanna! Don't die
on me! Please!"
Nuha tercengang. D.O. pula terkesima.
Mereka saling berpandangan dan minda mereka, tanpa disuruh, membuat konklusi
sendiri.
Nuha pegang tangan Johanna yang sejuk. Dalam hatinya tak
putus-putus mengucap syukur pada Allah SWT kerana masih memanjangkan nyawa
Johanna. Nida dan Elly turut berada di bilik chalet yang menempatkan Johanna.
Masih terbayang di mata mereka semua bagaimana Hadi mencempung Johanna ke
tempat perkhemahan.
“Macam mana boleh jadi ni. Nuha?”
“Ada monyet curi topi Jo. Tak taulah pasaipa tapi Jo nampak sayang
sangat dengan topi tu. Tapi tulah, topi Jo tu tak dapat diselamatkan. Nasib
baik Hadi sampai on time… kalau dak, aku tak taulah apa jadi dengan Jo
sekarang.”
Elly mengangguk lalu dia pegang belai rambut Johanna. Tadi
Cikgu Lah cuba menelefon parents Johanna namun tiada siapa pun yang mengangkat.
Kesiannya Johanna…
“Nuha, Hadi ke yang buat CPR dekat Jo?”
Nuha pandang Nida lalu dia mengangguk, “Darurat… tak apa kan?”
Nida pandang Elly lalu Elly angkat bahu, “Tak apa… kot.”
Nuha tiba-tiba berdiri, “Eh, aku nak keluar kejap. Nak
panggil Puan Faridah kejap.”
Elly dan Nida sama-sama mengangguk dan Nuha terus berlalu
keluar.
Di luar bilik chalet, D.O. yang duduk di tangga terus berdiri
sebaik saja mendengar bunyi pintu dibuka dan ditutup kembali.
"Nuha, macam mana dengan Jo?" tanya D.O. sebaik
saja Nuha berdiri di sebelahnya.
"Alhamdulillah. Getting better. Hadi mana?"
D.O. jungkit bahu, "Entah. Tiba-tiba hilang."
Nuha mengangguk lalu dia pandang
D.O., "Wei..."
"Kenapa?"
"Hang nampak tak apa yang aku
nampak?"
D.O. kerut dahi, "Nampak
apa?"
"Tadi... hang tak nampak
ka?"
"Nampak apa, Nuha
Nuradila?" ujar D.O.
Nuha mengeluh, "Tak
apalah..."
Baru Nuha nak berjalan turun dari
tangga chalet tersebut, D.O. bersuara, "Aku nampak. In fact, dah lama aku
nampak."
Nuha pandang D.O., "Sejak bila
hang nampak?"
"Sejak hari kokurikulum hari
tu."
Nuha mengangguk, "Memang Hadi
suka Jo ka?"
"Aku tak pasti tapi pada gaya
dia waktu Jo lemas tadi, lebih dari suka..." D.O. membuat kesimpulan
sendiri. Terbayang di mata dia wajah cemas Hadi sewaktu Johanna tak sedarkan
diri tadi.
Nuha senyum, "Bukan Hadi seorang
rasa macam tu kot."
"Maksud kau..." D.O.
bulatkan matanya, "Jo pun...? Kau biar betul!"
Nuha mengangguk sambil mengukir
sengih lebar, "Aku pasti seratus peratus!"
Johanna buka mata yang terasa perit. Tekaknya turut terasa perit. Perlahan-lahan
dia bersandar pada kepala katil. Kepalanya yang terasa berpinar dia pegang. Aku
ada kat mana ni?
“Jo? Hang dah bangun?”
Johanna kalih memandang Nuha yang baru masuk dari luar, “Nuha…
bukan aku lemas ke tadi?”
Nuha mengangguk lalu dia mendekati Johanna, “Jangan buat stunt
macam tu lagi, Jo! Takut gila aku tadi!”
Johanna senyum, “Aku sayang topi tu.”
“Tahu tapi kau kena sayang diri kau dulu.”
Johanna mengangguk, “Aku tahu tapi aku sayang gila topi tu.”
“Siapa yang bagi sampai hang sanggup nak korbankan nyawa
sendiri ni?”
Johanna sengih tawar, “Daddy aku bagi. Waktu tu, hubungan
kami okey lagi. Masih dalam kategori normal. Itu hadiah dia yang pertama dan
yang terakhir yang pernah aku dapat.”
Nuha senyap. Baru dia tahu nilai topi Johanna itu, “Sorry.
Aku tak tahu.”
“It’s okay! Lagipun, topi tu dah pergi mana entah. Dah tak
ada jodoh aku dengan topi tu.”
Nuha senyum serba-salah. Johanna… kalaulah aku tahu…
“Nuha…”
“Hmm…?”
“Siapa yang selamatkan aku tadi?”
“Er…”
“Kenapa, Nuha? Kau jangan cakap Nik, Nuha! Pengsan aku kat
sini nanti.”
Nuha ketawa, “Bukanlah. Bukan Nik tapi…”
“Tapi…?” Johanna jungkit kening.
“Hadi.”
Johanna bulatkan matanya, “Head Boy?!”
Nuha menganggukkan kepalanya lalu dia sengih, “And I think
you should really thank him.”
Johanna kembali bersandar pada kepala katil. Head Boy
selamatkan aku…
“Eh, Jo! Ni aku ada bawak balik makanan. Makanlah. Aku kena
keluaq ni. Kejap lagi ada ceramah.”
“Aku nak join!” Johanna tolak selimut yang menutup lututnya.
“Eh, hang dah diberikan pengecualian dari terlibat dengan
sebarang aktiviti.”
“Dah, takkan aku nak buat bodoh semata-mata aje?”
Nuha jungkit bahu, “PIlihan apa yang hang ada? Hang pun
nampak lembik lagi. Rehatlah dulu.”
Johanna mengeluh lalu dia mengangguk, “Nuha…”
“Hmm…?”
“Tolong ambilkan gitar aku boleh?”
Nuha mengangguk, “Duduk elok-elok. Rehatkan badan hang tu.
Jangan paksa diri sangat.”
Johanna mengangguk. Macam mak nenek aje si Nuha ni!
Malam itu, Johanna keluar dari chalet lengkap dengan
bersweater dan berhoodie. Gitar dipegang dengan sebelah tangan.
Nuha yang sedang bersembang dengan Mimi bangun dan terus
mendekati Johanna, “Kenapa keluar bilik?”
“Bosanlah, Nuha! Kau pun tinggal aku sorang dalam bilik tu.
Memang aku nak bercakap dengan cicak and lipas pun.”
Nuha gelak, “Sorrylah! Jom lepak sana.”
Johanna mengikuti langkah Nuha yang sudah kembali mendekati
bulatan unggun api yang dibuat oleh pelajar lelaki selepas solat isya’ tadi.
“Jo, kau dah cakap terima kasih dekat Hadi?”
Johanna menggeleng, “Nak cakap macam mana? Dia tak ada pun
kat sini.”
“Dia adalah! Tu dekat pangkin sana tu. Pilah kat sana! Cakap
terima kasih.”
Johanna mencebirkan bibirnya lalu dia menggeleng.
“Ish, tak baik hang tau?! Orang dah tolong hang, selamatkan
hang.”
Johanna merengus. Gitar ditangannya diberikan kepada Nuha, “Pegang
ni!”
Nuha sengih! Yes! Gitar yang dihulur Johanna diambil, “Good
luck, Jo!”
“Shut up, Nuha!” Hoodie ditarik hingga menutup wajahnya lalu
kakinya diatur mendekati Hadi yang duduk di atas pangkin.
Head Boy..."
Hadi panggung kepala. Johanna berdiri di depannya,
memandangnya telus. Hadi angkat kening kanan, "Kenapa?"
"Aku duduk sebelah kau, boleh?"
Hadi jungkit bahu, "Duduk
ajelah. Bukan aku ada letak nama aku kat situ pun yang kau nak minta kebenaran
aku."
Johanna buat muka sebelum duduk di
disi Hadi. Sinis!
"Kenapa tak duduk dalam
chalet?"
Johanna kalih memandang Hadi lalu dia
mencebik, "Sebab bosan. Korang dengar ceramah apa semua, aku pulak renung
siling. Bosan gila!"
Hadi senyum, "I thought ceramah,
camping apa semua ni is not your thing."
"Memang pun tapi better dengar
ceramah dari renung siling and tengok cicak jantan mengurat cicak betina."
Hadi terus ketawa sejurus selepas
Johanna selesai berkata-kata. Ramai kalih memandang Hadi dan Johanna. Johanna
dah tepuk dahi. Head boy ni pun...
"Head boy, dahlah tu!"
Hadi menghentikan tawanya namun
bibirnya masih mengukir senyum.
"Head boy..."
"Apa Johanna?"
"Kenapa kau selamatkan aku? Aku
ingatkan kau benci aku."
Hadi kalih memandang Johanna sebelum
dia pandang tempat lain, "Kau hampir mati lemas, Johanna! Takkan aku nak
tengok dan buat tak tahu aje. Kalaupun aku benci orang, aku takkan biar orang
tu mati. Lagipun, siapa cakap aku benci kau?"
Johanna menggeleng, "Aku ingat
kau benci aku..."
"Tak ada sebab untuk aku benci
kau, Johanna."
Johanna mengangguk lalu dia pandang
Hadi, "Head boy..."
"Apa lagi, Johanna Sofea?"
Hadi pandang Johanna sekali lagi.
"Terima kasih," tanpa Hadi
sangka, Johanna mengukir senyum manis. Hadi terasa detak jantungnya menjadi
laju tiba-tiba. Johanna, senyuman kau... kenapa manis sangat ni?
p/s: sumpah letih gila! Maaf kalau bab ni kurang memuaskan. Love you guys muchos
Best sngt!! Senyuman Jo yg manis gitu..haha head boy dah angau. Thanks k.najwa utk bab 8 ni :)
ReplyDeleteWahh..head boy jd hero hari ni ;)
ReplyDeleteada sentimental value rupanya..
patut la jo sanggup bergadai nyawa nak ambil topi tu..
Tp kesian jo..jd mcm ni pun xleh nak contact family dia :(
mujur ada kwn yg ambil berat.
**jo tau tak yg hadi wat CPR ;) **
TQ Najwa Ulfa ♡
BEST
ReplyDeleteai pun senyum aje ....dah ada progress hubungan diorg ni. jangan ada mata2 yang cemburu dahla tgk hadi ni yg dah nyata punya taman dalam hati milik johanna....tq dear. kalau boleh nak lagi tapi takpe akak tunggu
ReplyDeleteKenapa sekolah saya cuma ada headgirl? Hhaha
ReplyDeleteBEST.......NK LG
ReplyDeleteBest sgt....nk lagi....
ReplyDeleteBest!!!! So Jo bkn la bertpuk sblh tgn...yay!!!
ReplyDeletebest apa bab ni. headboy jadi hero... hohoho... mmg best
ReplyDelete:)
ReplyDeletewaahhhh...cpr...mintak nyawa!! hihihi
ReplyDeleteFuh memang best....
ReplyDeleteHohoho head boy jd hero, cinta berputik sudah..
ReplyDeleteBest....best...best
ReplyDeleteKesian jo dgn keadaan mcm ni pun tak dpt contact mak bapak dia. Wah hadi become heroooo yeahhhhh. Jo tak tahu hadi buat cpr. Kalau tau msti malu -inas-
ReplyDeleteLahai hadi dah tangkap cintan ke tu?huhu.thank you for the entry,kak najwa!
ReplyDeleteperghhhhh....si jo lmas msa terjun sungai,si head boy plak lemas kna panahan snyuman manis si jo...hahahaha...terbaek r..
ReplyDeleteCinta mula berputik antara hadi n johanna.... pasti rena cemburu...
ReplyDeleteSama2 ada rasa rupanya...
ReplyDeleteWalaupun jo n hadi selalu gaduh,still nampak sweet.... #^_^
Bestnya citer ni...kalo kluar buku bg tau la ya...seronok sangat baca sbb dkat dgn hati...hehehe good luck...��������
ReplyDelete