Empat minggu berlalu, Johanna dah
boleh membiasakan dirinya dengan rakan sebiliknya dan sekolahnya. Tapi dia
masih mempunyai masalah dengan rakan sekelasnya. Ada yang okey dengan dia, ada
yang alergi dengan dia padahal dia tak pernah kacau pun budak-budak tu.
“Jo, kau tolong aku boleh?” D.O.
yang duduk di depan Jo berpaling ke belakang.
“Tolong apa? Kalau duit, aku tak
ada!” Johanna ukir sengih jahat.
D.O. buat muka, “Bukanlah!”
“Dah tu?” Tanpa mengangkat wajah
dari buku Julia, Johanna bertanya.
“Ajar aku add math. Aku rasa nerve
kat otak aku semua dah berselirat tengok soalan tutorial yang Kak Nor tu bagi!”
D.O. buat muka sedih.
Nuha di sebelah Johanna terus
ketawa, “Selamba badak ja hang panggil Madam Normadiah tu Kak Nor. Hang ingat
dia kak hang ka apa?”
D.O. sengih, “Ala, kira sweet apa
aku panggil dia Kak Nor. Kalau aku panggil baby nanti, korang pengsan.”
Johanna dan Nuha buat muka konon
jijik.
Pap! Kepala D.O. dipukul dari
belakang, “Kau tak ada orang lain nak mengayat?”
D.O. mendongak memandang si
pemukul. Cis! Kacau daun! “Sibuklah kau, Nik.”
“Hai, Nuha!”
Tanpa memandang Nik, Nuha angkat
tangan. Dia tak suka sangat si Nik ni. Merenyam! Player! Sweet talker dan bajet
handsome!
“D.O., aku nak tanya something ni.”
D.O. yang tadi tekun memandang
Nuha, terus memandang Johanna, “Tanya apa?”
Baru Johanna nak buka mulut, dia
sedar si Nik masih ada di mejanya, cuba mencuri dengar. Dia terus memandang
Nik, “Kau. Blah. Boleh?”
Nik angkat kedua belah tangannya
tanda menyerah, “Yelah!”
Sebaik saja Nik berlalu, Johanna
terus pandang D.O., “Kau pernah fly?”
D.O. tercengang, “Kenapa?”
“Kau selalu guna laluan mana?”
D.O. tiba-tiba ukir senyum, “Kau
nak fly?”
Johanna sengih tak menjawab.
“Bagi aku satu kertas kosong, aku
lukiskan pelan untuk kau tapi kau kena tolong aku.”
Mata Johanna bersinar, “I’ll do
anything!”
“Jo!”
Johanna terkejut saat D.O. melompat
duduk di atas kerusi yang ada di Kafe Teratai itu, “Kau kenapa, ngek! Nasib
baik aku tak gol dulu!”
D.O. sengih, “Lepaklah! Nuha mana?”
Johanna buat muka sebelum tunduk
membuat latihan Fizik yang akan dikutip oleh Puan Faridah esok pagi, “Nuha
pergi koperasi kejap. Karang datanglah. Kenapa?”
“Saja!” D.O. masih lagi tersengih, “Kau
buat kerja apa ni?”
“Fizik.”
“Yang inertia tu ke?”
“Entah. Yelah kot. Aku tak tahu,
aku tiru Nuha punya jawapan aje ni.”
“What? Kau tiru?!”
Johanna tersentak lalu terus dia
meluku kepala D.O. dengan bekas pensel miliknya, “Kau nak bagitau semua orang
ke aku meniru?!”
D.O. menggosok kepalanya, “Sorry!
Terlepas. Kenapa kau tiru jawapan Nuha?”
“Kau ni betul tanya soalan tu ke or
sekadar nak perli aku? Obviously aku tiru Nuha sebab aku tak reti and aku malas
nak fikir solution dia.”
“Manalah aku tau. Lepak ah! Sentap
aje kau hari ni apasal?”
“Kawan semeja kaulah! Sebab dia,
aku tak boleh masuk kelas pagi tadi. Okeylah, aku tahu salah aku overslept tapi
tu tak bermaksud dia sesuka hati je tahan aku dekat laluan dari asrama ke
kelas. Kurang ajar kau tau?! Dahlah bila dah sampai kelas, dia sorang je boleh
masuk. Kak Nor kesayangan kau tu boleh pulak tak bagi aku masuk kelas. Mamat tu
memang...grr...”
“Whoa! Chill, girl! Apa masalah kau
dengan Hadi sebenarnya eh? Aku rasa dia okey je dan aku pun rasa kau okey je.
Kenapa kau anti sangat dengan dia?”
“Sebab dia tu skema! Nerd! Geeks!”
“Dan kau tu kurang adab punya
budak!”
Johanna terus berdiri dan berpaling
ke belakang, jari telunjuknya spontan naik menunjuk ke muka Hadi, “Kau!”
“Biar skema, ikut peraturan asalkan
bukan hidup tak tentu hala macam tak ada pegangan hidup!” Hadi senyum sinis
sebelum berlalu. Johanna pula dah kepal penumbuk!
“Johanna, nama sedap tapi sayang,
perangai hodoh!” Rena yang tadi berdiri di belakang Hadi bersuara dan terus
berlalu.
Shit! Johanna menyumpah di dalam
hati! D.O. pula mengeluh. Macam-macamlah dia orang ni! Pening kepala aku.
“Jo!” Panggil D.O., lembut.
“Apa?”
“Biarkanlah dia orang tu. Hadi tu
memang macam tu tapi dia baik. Rena pulak...”
“She’s a bitch!” Ujar Jo, keras
sebelum duduk di hadapan D.O. Buku latihan Fizik di depannya diselak-selak
kasar.
D.O. tercengang dua saat. Air liur
ditelan, bahasa Jo... kalah bahasa budak lelaki, “Biar jelah dia orang.”
Johanna angkat bahu. Malas nak
fikir dah. Sakit hati, sakit jiwa.
“Jo, ingat tak pasal benda yang aku
nak kau tolong aku tu?”
Johanna angkat muka, “Hah, apa
dianya?”
“Tolong aku mengurat Nuha.”
“Hah?!” Johanna tergamam sebelum
ketawa, “Kenapa kau suka Nuha?”
D.O. gosok leher. Mukanya rasa
berbahang, “Entah. Aku suka dengar dia cakap utara dia tu. Comel je...”
Sekali lagi, Johanna ketawa! Sakit
di hati yang dia rasa tadi terus hilang!
Sweater
berhoodie yang bertulis 'I'm Awesome, You Sucks!' dicapai Johanna lalu terus
disarung ke tubuhnya.
Elly
ang sedang membuat kerja rumah subjek Kimia angkat kening. Earphone di telinga
kanan ditanggalkan, “Kau nak pergi mana, Jo?"
Johanna
tak menjawab sebaliknya dia cuma sengih.
“Hang
nak fly ka?" Nuha yang sedang baca novel meletakkan novel di sisinya lalu
dipandang terus wajah Johanna.
Johanna
jungkit bahu, “Aku nak lepas gian. Dah lama aku tak pergi jamming."
“Kau
jangan buat gilalah, Jo. Karang kalau ada spot check macam mana?" Elly
bangun dari duduknya.
“Cakaplah
aku pergi koperasi."
“Malam
ni tak ada spot check," Nida yang disangka lena oleh teman-teman
sebiliknya bersuara, “Kalau kau kena tangkap Jo, aku takkan boleh tolong."
Johanna
mengangguk, “Aku tahu dan aku janji, aku takkan libatkan korang kalau aku kena
tangkap sekalipun."
Nuha
melepaskan nafas. Elly pula memicit dahi. Nida cuma senyap tak bersuara.
“Aku
pergi dulu," Johanna angkat tangan. Dia tahu rakannya tak senang hati,
apatah lagi Nida tapi dia betul-betul gian nak jamming dengan kawan-kawannya
dari sekolah lamanya.
Belum
sempat dia buka pintu, Elly memanggilnya, “Jo!"
Dia
berpaling. Nuha, Elly dan Nida memandangnya. Elly senyum nipis segaris, “Be
safe, Jo!"
Johanna
mengangguk. I will!
Johanna
berhigh-five dengan kawan-kawannya yang ada di studio jamming itu, “Yo, dude!”
“Man,
you look... feminine!” Cap menumbuk bahu Johanna!
“Weh!
Feminine is not in my dictionary! Kurenglah tu, cakap aku feminin.”
Cap
ketawa, “Serius, kau nampak lain! How’s the school?”
“Sucks!
Big time!” Johanna ketawa, “Tapi roommates aku cool je. Classmates aku, setengah
okey, setengah lagi geeks with some bitchy behaviour.”
“Macam
Miley?” Luke yang mengetuk dram ukir sengih sinis.
Johanna
pandang Luke, tajam, “Dude! Kalau kau tak suka aku datang, cakap je! Aku boleh
blah! Kau tak payah pakai nama perempuan tu nak sakitkan hati aku!”
Cap
bangun lalu dia mencekak bahu Johanna, “Chill, Jo!” Kemudian dia pandang Luke, “Kau
jangan nak tambah garam dalam luka Jo, dude!”
“C’mon,
Jo! Sejak bila kau jadi minah sentap? Aku tanya aje, lepaklah,” Luke buat
gestures berdamai.
“Sejak
dia buat aku jadi macam anak buangan dalam family aku sendiri,” Johanna
bersuara, keras. Sungguh, dendamnya pada Miley masih bergunung.
“Dah!
Dah! Jom jamming!” Ken angkat gitar bass miliknya, tanda mahu mula berjamming.
Padahal dia tak nak tengok Luke dengan Johanna saling bertekak. Tak syoklah
macam tu bila bergaduh sesama sendiri?
“Lagu
apa?” Luke angkat kening. Serentak tiga pasang mata memandang Johanna.
“The
Hell Song!”
“On!”
“Righto!”
“Cool!”
Johanna senyum. Gitar
dicapai lalu tali gitar disarung ke tubuhnya. Pick gitar dikeluarkan dari poket
sweater lalu dia mengangguk pada yang lain, tanda sudah bersedia.
Irama muzik Punk Rock
mula kedengaran dari studio jamming itu. Cap yang menjadi vokalis mula
menyanyikan bait-bait lagu Sum 41 itu.
Everybody's
got their problems
Everybody says the same things to you
It's just a matter how you solve them
And knowing how to change the things you've been through
I feel I've come to realize
How fast life can be compromised
Step back to see what's going on
I can't beleive this happened to you
This happened to you
It's just a problem that I'm faced with am I
Not the only one who hates to stand by
Complications that are first in this line
With all these pictures running through my mind
Knowing endless consequences
I feel so useless in this
Get back, step back, and as for me,
i can't believe.
Part of me, won't agree
Cause I don't know if it's for sure
Suddenly, suddenly
I don't feel so insecure
Part of me, won't agree
Cause I don't know if it's for sure
Suddenly, suddenly
I don't feel so insecure
Anymore
Everybody's got their problems
Everybody says the same things to you
It's just a matter how you solve them
But what else are we supposed to do
Part of me, won't agree
Cause I don't know if it's for sure
Suddenly, suddenly
I don't feel so insecure
Part of me, won't agree
Cause I don't know if it's for sure
Suddenly, suddenly
I don't feel so insecure
Anymore
Why do things that matter the most
Never end up being what we chose
Now that I find no way so bad
I don't think I knew what I had
Why do things that matter the most
Never end up being what we chose
Now that I find no way so bad
I don't think I knew what I had
Everybody says the same things to you
It's just a matter how you solve them
And knowing how to change the things you've been through
I feel I've come to realize
How fast life can be compromised
Step back to see what's going on
I can't beleive this happened to you
This happened to you
It's just a problem that I'm faced with am I
Not the only one who hates to stand by
Complications that are first in this line
With all these pictures running through my mind
Knowing endless consequences
I feel so useless in this
Get back, step back, and as for me,
i can't believe.
Part of me, won't agree
Cause I don't know if it's for sure
Suddenly, suddenly
I don't feel so insecure
Part of me, won't agree
Cause I don't know if it's for sure
Suddenly, suddenly
I don't feel so insecure
Anymore
Everybody's got their problems
Everybody says the same things to you
It's just a matter how you solve them
But what else are we supposed to do
Part of me, won't agree
Cause I don't know if it's for sure
Suddenly, suddenly
I don't feel so insecure
Part of me, won't agree
Cause I don't know if it's for sure
Suddenly, suddenly
I don't feel so insecure
Anymore
Why do things that matter the most
Never end up being what we chose
Now that I find no way so bad
I don't think I knew what I had
Why do things that matter the most
Never end up being what we chose
Now that I find no way so bad
I don't think I knew what I had
Johanna kerling jam
di pergelangan tangannya. Lagi lima belas minit nak pukul 1.00 pagi. Di pintu
pagar yang berlubang di bahagian bawah itu, dia cuba menyusup masuk ke kawasan
asrama tapi entah macam mana, pipinya terhiris dengan besi pagar saat dia baru nak
masukkan kepalanya, “Aduh!"
Pipinya terasa basah
dan hangat. Mesti berdarah! Damn!
Sebaik saja dia
berdiri selepas menyusup masuk ke dalam kawasan asrama, dia terasa hoodienya
ditarik dari belakang. Johanna dah resah! Mati aku!
Ada sepasang tangan
yang menarik dia berpaling ke belakang. Johanna pejam mata. Mama, Pia takut!
“Johanna Sofea!"
Suara orang yang memalingkan tubuhnya kedengaran perlahan tapi tegas.
Johanna buka mata. Oh man! Ini lagi dasyat dari jumpa Cikgu Lah!
Johanna buka mata. Oh man! Ini lagi dasyat dari jumpa Cikgu Lah!
“Pertama kali dalam
sejarah sekolah ni ada budak perempuan yang fly. You are one brave girl,
Johanna!" Sindir Hadi.
Johanna buat muka,
“Sekarang kau dah tangkap aku, so kau nak apa lagi dari aku?"
Hadi jungkit kening. Sombong betul budak ni bercakap. Baru dia nak buka mulut, kedengaran suara lain dari dewan makan, menyeru namanya, “Hadi!"
Hadi jungkit kening. Sombong betul budak ni bercakap. Baru dia nak buka mulut, kedengaran suara lain dari dewan makan, menyeru namanya, “Hadi!"
Hadi dan Johanna
saling berpandangan lalu Hadi tolak Johanna menyorok di belakang pokok ketapang
yang berhampiran dengan tempat mereka berdiri.
Cikgu Lah dengan
rotan di tangan muncul dari dewan makan, “Jumpa tak budak yang lari tadi?"
Johanna nampak Hadi menggelengkan kepala, “Tak ada cikgu. Saya tak sempat tangkap. Saya cuma jumpa kotak rokok ini saja."
Johanna nampak Hadi menggelengkan kepala, “Tak ada cikgu. Saya tak sempat tangkap. Saya cuma jumpa kotak rokok ini saja."
Cikgu Lah
menganggukkan kepala, “Tak apalah macam tu. Awak ikut saya sekarang, kita buat
spot check di aspura, siapa yang tak ada dalam bilik."
Hadi mengangguk,
“Baik, cikgu!" Sebaik saja Cikgu Lah berlalu, Johanna keluar dari tempat
persembunyiannya.
Hadi mengerling
Johanna sekilas sebelum berdehem, “Blah sekarang sebelum aku panggil Cikgu Lah
balik. Sebelum tu, ambik sapu tangan ni. Pipi kau berdarah!"
Laju tangan Johanna
tarik sapu tangan yang dihulur Hadi lalu terus ditekap pada pipinya.
Hadi pandang Johanna sebelum menggeleng, “Sama-sama, Johanna! Dah, pergi balik aspuri!" Hadi terus berpaling ke belakang, nak mengikut Cikgu Lah tadi.
Hadi pandang Johanna sebelum menggeleng, “Sama-sama, Johanna! Dah, pergi balik aspuri!" Hadi terus berpaling ke belakang, nak mengikut Cikgu Lah tadi.
Johanna mencebikkan
bibirnya sebelum menyeru Hadi, “Head boy!"
Hadi yang baru nak
berjalan berpaling, “Kalau kau nak cari pasal, esok aje. Karang Cikgu Lah patah
balik, aku dah tak boleh tolong kau."
Johanna buat muka.
Tangannya menyeluk poket sweater di belah kanan. Pick gitar miliknya dikeluarkan,
tangan Hadi ditarik, ”Nah!"
“Apa ni?" Hadi
mengerutkan dahi.
Johanna jungkit bahu,
”A token of gratitude, I guess! Thanks sebab tak cakap dengan Cikgu Lah kau
jumpa aku kat sini."
Hadi angkat bahu lalu
terus berlalu. Johanna buat muka. Kerek punya budak!
“Korang!” Mimi tarik kerusi yang
D.O. tinggalkan berpusing mengadap Johanna dan Nuha.
Johanna angkat kening sebelah,
“Kenapa kau ni? Nampak macam teruja lebih aje.”
“Of course! Weekend ni kan ada Hari
Kokurikulum, aku tak sabar weh!”
“Awatnya dengan hari tu pun? Bukan
memang tiap-tiap tahun ada ka?” Nuha kerutkan dahi.
“Memanglah tapi kali ni lain sikit.
Ada live band buat performance.”
Johanna yang tadi menulis angkat
wajah, “Live band?”
“Aah! Budak Persatuan Muzik yang
uruskan.”
“Band apa dia orang panggil,”
Johanna bertanya lagi.
“Entah. Tak sure pulak tapi aku
dapat bayangkan Hari Kokurikulum kita tahun ni mesti gempak.”
Nuha buat muka, “Gempaklah sangat.”
Mimi buat muka geram sebelum
terpandang pipi Johanna yang berplaster, “Jo, kenapa dengan pipi kau?”
Johanna sengih, “Luka.”
“Ai, Nuha cakar muka kau ke sampai
boleh luka-luka ni?”
Tak sempat Johanna nak menjawab,
suara dari tingkap menyahut, “Wow, ganasnya pasangan lesbian ni. Sampai
bercakar-cakar gitu!”
Johanna baling pensel mekanikal
miliknya ke atas meja. Matanya dipandang terus pada Rena, si Head girl yang
baru bersuara tadi, “Kau nak cakap buruk pasal aku, boleh! Aku tak kisah tapi
kau jangan nak libatkan Nuha!”
Moni, si kawan Rena ketawa, “Oh my!
Hero bela heroin! So sweet.”
Nuha pegang lengan Johanna yang
baru nak berdiri, “Let it go! Biaaqlah depa bagi pahala mudah dekat kita.”
Johanna merengus.
“Siap pegang-pegang lagi tu! Tak
takut dosa pahala langsung,” Rena bersuara lagi, sengaja nak menambahkan api.
Mimi menggelengkan kepala sebelum
berlalu ke tempat duduknya. Sempat dia menggumam sabar kepada Johanna dan Nuha.
Nama aje Head Girl tapi perangai hodoh. Tak boleh nak dijadikan teladan
langsung.
“Korang tabur fitnah, tak takut
dosa pahala?” Satu kelas senyap terus. Rena pun nampak tersentap. Johanna
berpaling ke belakang, Hadi dan D.O. berjalan tenang ke tempat duduk mereka.
Hadi geleng kepala. Rena dipandang,
“Jangan jatuhkan nama baik Badan Perwakilan Pelajar, Rena”
Rena buat muka dan terus berpaling
ke tempat lain. Urgh! Hadi bela si Johanna tu kenapa?!
Hadi tiba-tiba berpaling ke
belakang. Johanna yang nampak merah mukanya dipandang sebelum sekotak plaster
diletakkan di atas meja Johanna dan dia terus berpaling ke depan semula.
Johanna kerut dahi, “Benda apa ni?”
“Plaster pun kau tak kenal?” Tenang
Hadi membalas soalan Johanna tanpa memandang si gadis yang kelihatan termangu-mangu.
Nuha kerut dahi sebelum mengukir
sengih selebar-lebarnya. Lengan Johanna disiku, “Jo!”
Johanna kalih memandang Nuha,
“Apa?”
“Sejak bila kau dengan Hadi ada
skandal?”
“Nuha Nuradilla!” Peha Nuha terus
Johanna cubit. Skandal? Aku dengan Hadi? Mintak jauhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...
Bersambung...
p/s: kemain mintak jauh si Jo ni :D
p/s: kemain mintak jauh si Jo ni :D
semakin menarik....rena memang mulut longkang. tak pernah la sejarah sekolah jupa head girl mulut camtu...tak taula kalau lepas habis sekolah ada...hahaha. mesti johanna banyak simpan grudge dalam hati kat sapa tu miley...kesian dia...baca ni teringat zaman sekolah sebab seyesly akak jenis pengawas lurus aje...hahahah
ReplyDeleterena ni head girl yang perasan bagus. hehehe...sebab tu jo bengang gila dengan dia. saya pun pengawas tapi pengawas yang er... kadang-kadang buat jahat jugak :P
Deletebkn setakat kemain lg semangat pon ye .. haha
ReplyDeletehahahahah :D
DeleteCepat smbunggg
ReplyDeleteTapiiii...saya still tunggu DI & JM versi raya..
Cepat smbung tauu..
DI & JM versi raya akan menyusul nanti...hehehe sabar ye :)
Deletewahhhh.....best sgt2...nmpknyew si hadi cam dh jtuh suka jew kt jo tu.....hehe
ReplyDeleteCepattt sambung huhu
ReplyDeleteWah suka lah cerita boarding school yang budak nakal lawan head girl/head boy. Hlovate ada buat cerita lebih kurang macamni jugakk. But I believe both ada kelainannyaaaa! Tak sabaaaaaaaaaarrr~~~~
ReplyDeleteBest nih xsbr nak tunggu sambungan..
ReplyDeleteBest....
ReplyDeleteI want more....
Cant wait for the new entry....
Jauh tp dekat sebenarnya.hahaha.sila sambung laju2 yea.
ReplyDeletecomey!! :) x sabar nk baca next entry..cite ni dah makin best. thanks k.najwa fot the entry :)
ReplyDeleteBest !
ReplyDeleteAwat Johanna loklaq Sgt....pasaipa
ReplyDeleteMcm comel je...mcm sweet je...😆😆😆
ReplyDeletePerfect story -inas- 👍👍👍👍
ReplyDeletesatu part yg akak suka;
ReplyDeleteorang utara cakap macam comel!
betui!
setuju....
Deletecek pun oghang utagha. v(",)v
cik ct
Klu lumur cili kat mulut Rena tu bleh tak..hishh
ReplyDeleteHadi & Jo ada skandal whoaaa..gempak tu...hihihi
Best!!
novel or mini novel or what? heh... comel2 walaupun gaduh2 benci2 jd sayang ni dah jadi lauk basi.. aku tetap rasa nak makna. heh
ReplyDeleteWah..nice story. ^^ and excited kejap bila nmpk nama D.O. haha
ReplyDeletebest...
ReplyDelete