Wednesday, 17 September 2014

[Mini Novel] FLY (BAB 6)

Johanna mengerut-ngerutkan dahinya! Jantungnya masih lagi tidak sekata degupannya. Pensel mekanikal ditangan kirinya dipusing-pusing. Kalkulator saintifik dikeluarkan dari bawah meja. Buku latihan Matematik dibawa keluar. Latihan Kimia yang hanya separuh dijawab, ditutup lalu disimpan di bawah meja.
“Nuha, kenapa dengan Jo?” D.O. mengerling Johanna yang fokus dengan latihan di tangannya.
Nuha ukir sengih, “Dia ada masalah tekanan jiwa sikit!”
“Kenapa?”
“Hang mana boleh tau!”
“Kenapa?”
“Hang jangan dok banyak tanyalah. Aku taboh dengan botol ayaq aku ni, baru hang tau!” Nuha mengerutkan dahinya. Banyak tanya sungguh si D.O.!
D.O. kerut dahi! Dah kenapa dengan Johanna? Matanya kembali memandang Johanna. Tiba-tiba dia teringat sesuatu, “Oh, Jo!”
“Apa?” Tanpa mengangkat muka dari buku latihannya, Johanna menyahut.
“Hadi kata petang ni mentor-mentee cancel. Dia ada mesyuarat dengan BPP.”
Johanna angkat muka. Oh, mentor-mentee hari ni cancel? Eh, Johanna! Apahal kau nak rasa sedih ni? Lepaklah! Petang ni boleh prep dalam kelas dengan Nuha, dengan D.O., dengan Mimi, dengan orang lain lagi! Patutnya kau gembira tapi apahal kau kecewa ni?!

Johanna meraba rambutnya yang terasa makin panjang. Alahai! Cepat sangat tumbuhnya! Rasa macam baru hari tu dia kerat pendek. Johanna mengeluh.
“Mengeluh! Awat hang?” Nuha membaling bantal miliknya kepada Johanna.
Johanna sengih, “Rambut aku dah panjang.”
“Okeylah tu! Baru ada rupa perempuan sikit. Ni dak, serupa kembaq D.O. dah aku tengok hang.”
“Bengong, Nuha!”
Nuha hanya senyum sebelum senyumannya mati. Matanya bertembung dengan mata Elly yang baru selesai solat. Dia menganggukkan kepala. Dia faham isyarat mata Elly yang dihantar kepadanya itu. Kemudian dia memandang Nida dan Nida mengangguk.
Jo, aku tanya sikit boleh?" Elly bertanya sambil dia melipat telekung di tangannya.
Johanna mengangguk, “Tanyalah."
“Kau... er..." Elly gigit bibir. Takut nak bertanya.
“Er... apa?" Johanna angkat kening.
“Kau tak solat?"
Wajah Johanna berubah namun dia cepat-cepat buat selamba, “Aku nak pergi tandas kejap."
Sebaik saja Johanna berlalu, Elly pandang Nuha, Nuha pandang Nida. Nida mengeluh, “Ingat, kita tak boleh judge orang sesuka hati. Sekarang ni, tugas kita tarik dia, nasihat dia. Jo nampak keras tapi hati dia lembut. Jangan pernah putus asa nasihat dia."
Nuha dan Elly mengangguk. Sekarang, tugas mereka adalah untuk ajak Jo ke jalan yang benar dan bukan tinggalkan dia terkapai-kapai seorang diri.
“Hangpa rasa...”
Serentak Elly dan Nida memandang Nuha menanti ayat Nuha sampai ke titik noktah.
“Hangpa rasa...” Nuha pandang Nida dan Elly sebelum kembali menyambung ayatnya, “Sampai bila dia nak mengelak?”
Elly jungkit bahu. Dia pun tak tahu sampai bila Johanna nak mengelak.
Pada masa yang sama,
Johanna yang duduk di tangga mengeluh! Solat! Perkara itu dibangkitkan semula oleh mereka, rakan sebiliknya. Johanna bangkit. I need fresh air!

Johanna menyeluk poket seluar lalu MP3 dikeluarkan. Butang play ditekan. Lagu Welcome to the Black Parade berkumandang di telinga. Punggungnya dilabuhkan di atas padang. Kakinya dilunjurkan dan tangannya galak mencabut kemuncup yang ada di atas padang rumput itu.
Gelagat beberapa orang pelajar yang sedang bermain ragbi di tengah padang, direnung. Satu keluhan dilepaskan. Teringat balik pertanyaan Elly tadi. Hailah...
“Mengeluh tu tak baik!” Bayangan orang yang berdiri di depannya buat dia mendongak! Wajahnya terus berubah! Macam tak ada orang lain dalam sekolah ni...
"Kau ni dok renung jauh dekat pagar tu kenapa? Nak fly lagi?"
Johanna buat muka, "Kau agak-agaklah! Mana ada orang fly petang gini!"
Hadi jungkit bahu, "Kalau dengan kau, apa pun boleh terjadi!"
"Blahlah! Jangan kacau aku!" Johanna merengus! Tak boleh tengok orang senang ke apa?
Betullah, jantung aku ni gila! Dok berdebar tak tentu hala pasal mamat kerek ni. Sungguhlah gila!
"Mata kau sembab kenapa?"
Tangan Johanna yang sedang mencabut kemuncup terhenti, "Tak cukup tidur!"
"Kenapa tak cukup tidur?"
Johanna mendongak memandang Hadi, "Kenapa kau suka sibuk dengan hal aku?"
Hadi jungkit bahu, "It's fun. I guess..."
"Apa yang fun?"
"Menyibuk dalam hal kau," ujar Hadi bersahaja sebelum duduk di sisi Johanna.
"Mind your own business."
"Nah, it's not fun minding my own business. It's fun to mind on your business, Johanna!" ujar Hadi, sambil turut mencabut kemuncup yang tumbuh meliar di kawasan padang itu. 
"Kau gila!" Johanna buat muka.
"Back at you, Johanna!" Balas Hadi bersahaja. Sesuka hati dia aje kata aku gila! Johanna... Johanna... “Kau kenapa?”
Johanna jungkit bahu, “Nothing!”
Hadi pandang Johanna sekilas, “You know, tak salah kalau kau cerita masalah kau dengan aku.”
“No, thanks!” Johanna buat muka, “Aku mana ada masalah.”
“Fine!” Hadi bangkit dari duduknya, “Dah nak pukul tujuh, pergilah balik bilik. Malam ni ada prep lagi.”
“Kalau tak balik bilik, tak boleh ke?” Separuh menggumam, Johanna bersuara.
“Pardon?” Hadi jungkit kening.
Johanna menggeleng, laju! “Blah! Blah!”
“Yelah! Kau tu, pergi balik bilik!” Ujar Hadi sebelum berlalu. Johanna memandang Hadi yang sudah menjauh darinya. Johanna mengeluh tiba-tiba. Dadanya dipegang, kononnya nak meredakan detak jantung yang laju sejak Hadi duduk di sisinya tadi.

Lima minit selepas Hadi berlalu, Johanna pun bangkit dan terus melangkah longlai ke aspuri. Dalam sedar tak sedar, dia tiba juga di biliknya. Keluhan dilepaskan. Relakslah, Jo! Kalau dia orang tanya lagi, kau mengelaklah lagi, macam biasa.
Di depan pintu bilik, dia mengetuk pintu bilik beberapa kali. Namun tiada siapa yang membuka pintu. Jadinya Johanna buka pintu sendiri dan baru selangkah dia masuk ke bilik, dia sedikit terkejut melihat ketiga-tiga orang rakan sebiliknya sedang solat. Berjemaah! Patutlah tak ada siapa yang buka pintu! Pintu ditutup perlahan, tidak mahu mengganggu mereka yang sedang menunaikan solat.
Johanna duduk di birai katilnya. Matanya masih lagi memandang mereka bersolat. Elly menjadi imam. Entah kenapa, dia rasa sunyi. Dia rasa kosong tiba-tiba.
Selepas lima minit, mereka bertiga selesai mengerjakan solat. Johanna perhatikan saja mereka bertiga bercakap sesama mereka. Johanna tiba-tiba rasa terasing.
Tiba-tiba Nida bangkit dan duduk di sisi Johanna, “Jo, aku nak cakap sikit boleh?"
Johanna mengangguk dan dia dapat mengagak apa yang Nida nak cakap. Johanna, kali ni mungkin kau dah tak boleh mengelak!
“Aku tahu kita baru kenal tapi aku dah sayang kau, Jo. Kau macam adik-beradik aku dah."
Johanna mengangguk. Dia faham maksud Nida, “Jadi, apa yang kau nak sampaikan sebenarnya?"
“Jo, kau tau kan solat tu tiang agama?"
Johanna gigit bibir namun dia mengangguk. Dia tahu, dia pernah dengar. Tiba-tiba Elly dengan Nuha turut mendekati mereka berdua. Nuha duduk di lantai lalu tangan Johanna dipegang, “Kami sayang kau, Jo. Kami tak nak masuk syurga tanpa kau."
Johanna diam tak terkata. Elly pula bersuara, “Kau baik, Jo. Mungkin kau kasar tapi aku tahu hati kau lembut. Kami tegur bukan apa, kami tegur sebab kami sayang kau. Solat tu ibadah wajib seorang umat Islam. Kau tau kan ada hadis yang berkata, `Yang membezakan antara Muslim, seorang Islam dan seorang kafir adalah meninggalkan solat'."
Johanna tersentak. Wajahnya berubah sedikit.
“Jo, kau marah ke kita orang tegur?" Tanya Nida sebaik saja dia sedar perubahan wajah Johanna.
Johanna menggeleng lalu dia senyum tawar, “Aku tak marah. In fact, aku tahu apa yang korang cakap tu. Aku tahu selama ni yang aku tinggal solat tu, aku berdosa. Dan aku tahu korang sendiri sedar yang aku mengelak aje kalau bercakap pasal solat. Aku tahu aku berdosa besar bila tinggal solat tapi hati aku tak ada niat nak berubah, tapi kali ni, hati aku tersentuh. Jujurnya, daddy dengan mummy aku tak pernah nasihatkan aku pasal solat, selembut ini. Mereka kalau tegur aku, mesti ada terselit nama adik aku, Jihan. Korang tau tak, aku tak solat, aku memberontak sebab aku nak tarik perhatian mummy daddy aku tapi aku tak sedar aku makin jauh."
Nuha tiba-tiba rasa sebak. Johanna rupanya banyak menyimpan rahsia hatinya selama ini. Mereka sangka Johanna memang orang yang carefree, jenis tak fikir masalah dan sentiasa berfikiran positif. Rupa-rupanya.... “Jo, tak terlambat untuk kau patah balik."
“Tapi aku dah jauh sangat dari Allah. Allah nak terima ke taubat orang hina macam aku ni? Aku ni dah terlambat sangat nak bertaubat." Tanya Johanna, dengan suara bergetar. Entah bila, air matanya menitis.
Tangan Elly laju mengelap pipi Johanna yang basah, “Allah terima taubat setiap hambaNya. Tak ada istilah dah terlambat dalam bertaubat, Jo malah Allah lebih suka bila hambaNya yang macam kita ni bertaubat. Dia akan bertambah sayang dengan kita, Jo."
Nida yang turut mengalirkan air mata memeluk bahu Johanna, “Kalau kau takut nak melangkah ke jalan tu, kau jangan risau. Kami semua ada nak temani kau. InsyaAllah kita sama-sama berjalan mencari redha Allah. Beriringan, berdampingan. InsyaAllah."
Johanna akhirnya mengangguk dan mereka semua terus memeluk Johanna. Dan di dalam hati mereka melafazkan syukur kepada Allah, kerana buka hati Johanna untuk mendengar nasihat mereka...

Nuha mengerling Johanna yang senyap sedari kejadian ketika Maghrib tadi. Dia sebenarnya risau kalau Johanna merajuk atau terasa hati pasal teguran mereka tadi.
“Nuha, muka aku ni ada tulis soalan KOMSAS ke?” Johanna angkat kening memandang Nuha.
“Jo, hang tak marah aku kan?”
Johanna kerut dahi, “Nak marah sebab apa pulak?”
“Pasal benda yang aku, Nida dengan Elly tegoq tu.”
Johanna senyum, “Lepaklah. Benda korang cakap tu betul. Dah sampai masa kot aku cari jalan betul... mungkin.”
“Jalan apa, weh?” D.O. tiba-tiba berpaling kepada mereka berdua.
“D.O., hal orang perempuan jangan campuq!”
D.O. buat muka, “Guys, cuti penggal nanti kita akan ada kem Cemerlang SPM dekat Lata Kekabu, Perak.”
Johanna jungkit kening lalu dia menggeleng, “I’ll pass!”
“Ala, Jo! Jomlah! It’ll be fun!” Nuha merengek.
Johanna menggeleng, “Camping is not my thing!”
“Everything is not her thing!” Satu suara dari sebelah D.O. buat Johanna mencerunkan pandangannya. Apa masalah budak ni?
Nuha ukir sengih! Aw... budak dua ekor ni tak boleh comel lagi ka? “Hadi!”
“Hmm...?” Tanpa berpaling, Hadi menyahut.
“Hang suka Jo ka? Bukan main hang dok sakat Jo!” Nuha tersengih-sengih.
Serentak, tiga pasang kepala berpaling lipat maut kepada Nuha!
Hadi berdehem sebelum berpaling semula ke depan, “Suka Johanna? Tunggu dia jadi manusia dulu, baru aku consider nak suka dia ke tak!”
Johanna buat muka, “What do you mean tunggu aku jadi manusia?!”
Hadi jungkit bahu! Malas nak membalas soalan Johanna.
Johanna merengus lalu dia menggumam, “Kalau aku jadi manusia nanti, aku akan pastikan kau tak ada dalam senarai lelaki yang boleh aku sukai. Aku tak suka geeks!”
Hadi ketap bibir! Walaupun suara Johanna perlahan tapi telinganya cekap saja menangkap kata-kata Johanna itu. Bukan main sedap mengata aku geeks! Kureng...

Hujung minggu itu, tinggal Nuha dan Johanna saja di dalam bilik. Elly ada perlawanan bola baling di sekolah lain. Nida pula ada perbincangan pasal folio Sejarah di perpustakaan.
Johanna menutup novel Julia di tangannya. Nafas dihela. Bosan! Novel Julia ni, dari minggu lepas cikgu kelas dia suruh habiskan tapi dah masuk minggu baru, baru suku novel itu dia baca.
“Nuha..."
“Apa hang?" Nuha pandang Johanna sekilas sebelum kembali membuat latihan Kimia yang diberikan oleh guru mereka.
"Kau tak boring ke mengadap formula Kimia tu? Layanlah aku, Nuha!" Johanna merengek.
Nuha ketawa, "Hang ni! Manja jugak noh! Aku ingat hang ni spesies manusia independent."
"Aku bosanlah!"
"Dah, hang nak aku buat apa?"
Johanna angkat bahu. Bosannya! 
"Awat hang tak main gitar?" Nuha bertanya.
Johanna kerut dahi, "Aku tak tau nak main lagu apa dah."
"Lagu Nora yang Di Persimpangan Dilema tu hang tau chord dia?" Nuha bertanya sambil berpaling memandang Johanna.
Johanna mengangguk, "Tau. Kenapa?"
"Nyanyikan lagu tu untuk aku. Aku pun dah rasa nak muntah buat latih tubi Kimia ni!"
Johanna ketawa. Beg gitar di bawah katil, ditarik keluar. Johanna mengeluarkan gitar dari begnya lalu gitar itu di tune sikit bunyinya, agar tidak sumbang.
"Tapi aku tak tau lirik lagu ni."
Nuha dah duduk berdepan dengan Johanna, "Tak apa. Aku tau. Hang main ja, nanti aku nyanyi."
Johanna mengangguk lalu gitar itu dipangku dan jari jemari tangan kirinya membentuk kord dan jemari tangan kanannya mula memetik gitar, mengeluarkan irama lagu yang pernah dipopularkan oleh Nora itu.
Nuha mula membuka mulut, menyanyi seiring dengan petikan gitar Johanna.
Masa berlalu
Tanpaku menyedari
Percintaan yang kita bina
Hampir terlerai
Apa salahku
Kau buat ku begini
Dalam dilema
Di antara jalan derita
Tidak pernah ku duga
Ini semua terjadi oh.. oh...
Janganlah engkau
Menghancurkan segala
Setelah lama
Kita mengharungi bersama
Usah biarkan cinta kita yang suci
Di lambung ombak
Karam di lautan berduri
Hanya satu pintaku
Moga kau menginsafi oh.. oh...
Semua ini...
Telah banyak yang ku beri
Sejak dulu lagi
Pengorbanan tiada pernah jemu
Hanyalah Tuhan saja
Bisa menentukan semua
Kesabaran daku menantimu oh.. oh...
Ku tetap memaafkan
Dan berdoa kau kembali
Sebelum diri melangkah pergi...
"Pergh! Suara kau sedap jugak, kan? Boleh lawan Siti Nurhaliza weh!" Puji Johanna sebaik saja Nuha menghabiskan nyanyiannya.
"Hang puji ka perli?"
Johanna ketawa, "Dua-dua sekali!"
Nuha turut ketawa sebelum dia merenung jemari Johanna yang memetik gitar, "Jo..."
"Hmm...?"
“Kenapa hang tak pernah cerita kat kami pasal family hang, pasal diri hang?”
Johanna senyum tawar, “Tak ada benda menarik pun untuk diceritakan.”
"Kenapa hang tak pernah telefon parents hang?"
Jemarinya Johanna terhenti sekejap dari memetik gitar. Johanna ukir senyum, "Buat apa nak telefon? Dia orang pun tak pernah nak datang melawat."
"Hang marah parents hang?"
Johanna geleng, "Aku tak marah. Aku cuma nak perhatian dia orang. Aku cuma nak dia orang pandang aku, kelebihan aku dan bukan hanya semata-mata kekurangan aku."
Nuha diam, membiarkan Johanna meneruskan kata-katanya.
"Jihanna Suhaila dengan Johanna Sofea ibarat langit dengan bumi. Dia ibarat rama-rama dan aku ibarat kupu-kupu. Kau nak tahu kenapa aku main gitar?"
Nuha mengangguk, "Nak."
Johanna senyum tanpa perisa, "It was my mummy's birthday. Aku berniat nak mainkan lagu Happy Birthday dengan gitar tapi mummy dengan daddy marah aku. Marah sebab aku beli gitar. Marah sebab bagi dia orang, anak perempuan tak boleh main gitar-gitar ni. Paling koman pun, main recorder. Waktu tu, aku malu dan terkilan sangat. Jari aku luka sebab aku berlatih main gitar tu setiap malam, senyap-senyap tapi mummy tak ucapkan terima kasih pun. Sebaliknya dia cakap aku ni saja malukan dia dekat ahli keluarga kami yang lain dengan main gitar."
"Hubungan hang dengan adik hang macam mana?"
"Kami okey aje. Kadang-kadang, Jihan yang pujuk aku tapi aku... hati busuk, selalu bersangka buruk dengan Jihan," Johanna ketawa.
Nuha mengangguk. Ketawa Johanna tawar, setawar hati Johanna... 
"Nuha..."
"Hmm...?"
"Nak dengar tak lagu comfort aku bila aku rasa kecewa dengan diri aku, dengan parents aku?"
Nuha menganggu. Johanna mula memetik gitar dan memainkan lagu Perfect-Simple Plan.

Hey dad look at me
Think back and talk to me
Did I grow up according to plan?
And do you think I'm wasting my time doing things I wanna do?
But it hurts when you disapprove all along
And now I try hard to make it
I just wanna make you proud
I'm never gonna be good enough for you
Can't pretend that
I'm alright
And you can't change me
'Cause we lost it all
Nothing lasts forever
I'm sorry
I can't be perfect
Now it's just too late and
We can't go back
I'm sorry
I can't be perfect
Nuha memandang Johanna yang sedang menyanyi. Saat dia ternampak air mata Johanna gugur je pipinya, hati dia turut terasa sakit. Seolah-olah, dia turut berada di tempat Johanna, menjadi anak terbuang...
I try not to think
About the pain I feel inside
Did you know you used to be my hero?
All the days you spent with me
Now seem so far away
And it feels like you don't care anymore
And now I try hard to make it
I just wanna make you proud
I'm never gonna be good enough for you
I can't stand another fight
And nothing's alright
'Cause we lost it all
Nothing lasts forever
I'm sorry
I can't be perfect
Now it's just too late and
We can't go back
I'm sorry
I can't be perfect
Nothing's gonna change the things that you said
Nothing's gonna make this right again (right again)
Please don't turn your back
I can't believe it's hard
Just to talk to you
But you don't understand (you don't understand)
'Cause we lost it all
Nothing lasts forever
I'm sorry
I can't be perfect
Now it's just too late and
We can't go back
I'm sorry
I can't be perfect
'Cause we lost it all
Nothing lasts forever
I'm sorry
I can't be perfect
Now it's just too late and
We can't go back
I'm sorry
I can't be perfect
"I can't be perfect..." ucap Johanna, perlahan. Ya, aku tak boleh jadi anak yang sempurna untuk mummy dan daddy...
Tak sempat Johanna nak letakkan gitarnya ke bawah, dirinya ditarik Nuha ke dalam pelukan Nuha, “Jo, apa-apa benda... hang cerita ja kat aku, kat Nida ka Elly ka. Kami sedia mendengaq! Kalau lanie hang nak teriak pun, teriaklah weh! Aku ada. Bahu aku ni taklah lebaq mana tapi insyaAllah mampu nak tampung kepala hang kalau hang nak teriak!”
Johanna mengangguk. Air matanya menitis, “Terima kasih Nuha...”

p/s: Johanna macam gitu, Hadi macam gini...tak sabar nak tunggu kem cemerlang SPM tu! Muahahahaha! *gelak jahat*

45 comments:

  1. ye....sy pun tak sabar nak baca next

    ReplyDelete
  2. Untung jo ada kwn2 cmni... me miss time study :'( mst smthg kijamss + sweet happen time kem kn kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. untung-untung :) something yang buat rena makan hati, :P

      Delete
  3. Hadi suka jo.. Hehehe

    ReplyDelete
  4. Sobbss.. bila msk lagu simple plan tu touching abes

    ReplyDelete
  5. Najwa u'r awesome
    Berjaya membuat air mata i mengalir

    ReplyDelete
  6. Ish Ish Awatla Org mcm hadi n jo xde masa akak spm dulu. Klu X Syok woo
    Meriah idup hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...kalau jo dgn hadi tu ada, mesti akak jadi nuha kan? ekeke

      Delete
  7. Sedih woo.. part jo luahkan perasaan dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jo akhirnya meluahkan apa yang terbuku dalam hati dia ;(

      Delete
  8. Cehh..nuha ni xagak2 la nak spedo pun..sah2 headboy xkan mengaku..hihihi
    Alahai..kesian johanna sofea..dia jd halimunan pd mummy & daddy..
    Tp pasti ada hikmah nyer kenapa jo dihantar ke sekolah ini kan..

    **sy pun xsabar nak tunggu kem tu..so bleh la up entry tu cepat sikit yer ;) **

    ReplyDelete
    Replies
    1. nuha tu...dia memang jenis gitu! hahaha. kesian-kesian. dia ada umpama tak ada. hikmahnya....haruslah jumpa nuha and the gang :) oh, tak lupa jugak D.O. dan hadi :)

      sabarlah menanti bab 7 :P

      Delete
  9. Sy pun xsbar jgk nk bca kem cemerlang spm tu...cpt lar post..hehe

    ReplyDelete
  10. Sabar menanti kisah seterusnya...

    ReplyDelete
  11. Sedih... Nice job kak najwa.. Menusuk gila baca.. Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) jo used to be in the part of my life...heee

      Delete
  12. Apa yg jdik dkt Jo sme mcm jdik dkt saya (bab the parents la..not the jntung dupdapdupdap...)
    N that's the song that saya akan nyanyi (more like merosakkan lgu..haha) mse sye stress klau parents saye comparekan sye dgn adik brdik yg lain...
    I understand ur feeling Jo...(emo sat..hahaha)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sometimes parents don't understand the children and the children don't understand the parents...communication kurang antara punca lain. i've been there and i've done that :)

      Delete
  13. Everyday i tgk blog awak. Nak tgk ada update ke tak. Kalau takde saya ulang lah baca btw best eleh hadi elehhh poyooo suka sakat jo sbb dah feeling dup dap dup dap ler tu -inas-

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy tak update everyday buat msa sekarang...kalau everyday, mungkin sbb sy tak ada kerja dan rajin menulis. hehehe :)

      Delete
  14. Nak lagiii.. Memang real lah cite jo tuuuu..Best. Ada feel bila baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) terima kasih...cerita jo, cerita dari pengalaman

      Delete
  15. As salam Najwa,
    Sedih bila baca part Jo menyanyi lagu simple plan tue. Teringat kat anak2. Mmg semua anak tak sama. Dalam byk2 tu ada yg tak menepati kehendak kita. Tapi jgnlah kita sisirkan dia kerna kita tak tahu satu hari nanti dia yg kita sisirkan itulah yg akan menjaga dan menyayangi kita lebih dari anak yg kita kasihi.

    K.mas

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm :) betul...saya tahu sbb saya rasa saya masuk dalam kategori yang tak menepati kehendak tu.sakit di hati jo, sakit juga di hati saya...saya pernah ada dalam diri jo. sedih memang sedih. sebab tu,saya harap cerita ni dapat dijadikan pengajaran buat ibu bapa, bakal ibu dan bapa dan anak-anak yg tiada anak-anak dan ibu bapa yang sempurna. kadang2 ada ibu bapa terlepas pandang pada seorang anak sebab beri perhatian pada anak yang lain, kadang2 anak-anak tak mau faham ibu bapa dan cuma mahukan perhatian-tu sampai memberontak...

      Delete
  16. Sedih...n x sabaq nk tgu next entry

    ReplyDelete
  17. Kak. Apa jadi dgn koji dani ? And apa jadi dgn cerita jgn lari pengantinku tu ?

    ReplyDelete
  18. dah ulang byk kali bca entry ni... tak puas pula... nak entry seterusnya..
    btw sy ni bru follow blog ni... marathon baca cite akak.
    semua best.. saya suka....

    ReplyDelete
  19. terlambaaatttt pulak baca sarapannn nihhh... ngeeeeee... suka friendship derang wehhh.. okay make it as a novel please.. lg pun addv tu entah bila nak kuarnyaaaa.

    ReplyDelete
  20. Sedihnya.menusuk kalbu wlupun bca lirik je, fhm je rasa hati jo

    ReplyDelete
  21. kalau ada kawan mcm nuha, elly n nida tu mmg bersyukur sngat, saling sokong each other, realiti ni susah nk cari kwn mcm tu, yg bnyak, berlambak kt muka bumi ni semuanya bitch bitch mcm rena je. sy baca blog akak sbb, srs blog akak best, novel akak best, ada pengajaran, sy cakap bkn sbb sy ni sweet talker, nk membodek or what tp ni dr hati sy, sy nk kwn yg mcm nuha elly nida d.o, so sy bayangkan sy ni jo. hampir 100% jo ni mcm sy tp bab kwn yg mcm nuha semua tu tk der la, realiti kak, susah nk dpt kwn mcm tu, sbb tu lh sy baca blog kak, at least sy bayangkan yg sy ada kwn mcm tu, yah i know, sy just tipu diri sy everything will be okay n my life akann berakhir happy ending seiring cerita ni jugak, lol just ignore this comment.

    JO, HADI SUKA SAMA LU

    ReplyDelete
  22. Baru sempat baca.bz n ada masalah prob.best2.novel ke mini novel ke ok je.mana2 la.

    ReplyDelete