Monday, 3 April 2017

[Mini Novel] K.A.D.L.R (BAB 10)

“Lee, meeting petang ni jangan lupa! Pesan dekat budak-budak lelaki yang tak ada dalam group Whatsapp kita!” Ujar Kasyaf sambil sebelah tangannya menyelak planner manakala tangan lagi sebelah memegang telefon pintarnya rapat ke telinga, “Okey. Jumpa petang ni!”
Usai mematikan talian, pen yang ada di atas meja studinya dicapai lalu dia menulis sesuatu di dalam planner. Event Sehati Sejiwa! Planner itu ditutup sebelum dia berdiri. Bunyi riuh-rendah dari dapur rumah membuatkan dia tertanya-tanya, mereka yang ada di dapur itu sedang memasak atau sedang berkaraoke.
Dia melangkah menuju dapur lalu bahunya disandarkan pada pintu dapur. Kepalanya digeleng perlahan. Aku agak dah...
"WEE... E... ARE NEVER EVER GETTING BACK TOGETHER!!!" Danny yang memegang senduk ala-ala mikrofon, menyanyi (lebih kepada menjerit ya, bukan menyanyi) kuat!
"One more time..." Lutfi mengangkat tangannya, konon cue untuk menyanyi kembali lirik dari lagu Taylor Swift itu.
"Weee... eee... are never ever getting back together...!" Aman yang sedang menumbuk sambal di lantai, menyambung.
Kasyaf menggeleng lagi, "Menyanyi, menyanyi jugak... air liur tu jaga-jaga sikit dari menyembur masuk dalam makanan."
Danny jeling Kasyaf dari jauh sebelum dia menyanyi semula, "Telah kucuba memintal kasihmu, biar menjadi ikatan abadi..."
Aman yang mendengar, terus menyambung, "NAMUN APA DAYA, TERLERAI JANJI KITA, MUNGKIN TAKDIR YANG MEMINTAAAA..."
"Namun apa daya, terlerai janji kita mungkin takdir yang meminta..." Lutfi yang sedang membasuh pinggan menyambung pula dengan suara kecik, acah-acah macam suara Siti Nordiana, "Bermusim kita bersamaaaa, menyemai ikatan cinta... tak mungkin kasih kuhilang, kukunci hati untukmu..."
"Mangai suara macam Doraemon!" Danny tergelak.
Aman yang menumbuk sambal turut ketawa. Sesekali dia betulkan helmet yang tersarung di kepalanya.
Kasyaf menggeleng untuk kesekian kalinya. Lagi dilarang, lagi dia buat!
"Lagu Kpop pulak wei!" Lutfi tak mengendahkan gelengan kepala Kasyaf, membuat permintaan.
"Lagu Kpop aku tau lagu tu je wei..." Aman menyahut.
Danny pandang Aman sebelum dia mengira, "1... 2... 3..."
"I'm like TT, just like TT... nomuhae, nomuhae..." sekali dengan gaya tarian, Aman dan Danny menyanyi.
"Gila!" Lutfi ketawa, "Kasyaf, cuba menyanyi satu lagu. Asyik buat muka serius je. Cuba menyanyi satu lagu best kat kita orang."
Kasyaf menjungkit kening pada Lutfi.
Aman yang sudah siap menumbuk sambal memandang Kasyaf. Visor helmet sudah diangkat ke atas,  menanti lagu apa yang bakal Kasyaf nyanyikan.
Danny turut sama-sama memandang Kasyaf. Lagu apa agaknya Kasyaf nak menyanyi...
Kasyaf ukir senyum sesaat sebelum dia menyanyi, "Upin dan Ipin inilah dia... kembar seiras itu biasa..."
Ting! Senduk yang dipegang Danny terjatuh, "Gila!"
"Holy shit!" Lutfi tercarut di luar sedar.
Aman terlopong sebelum visor helmet yang dipakainya tiba-tiba terjatuh.
"KAHKAHKAHKAH!" Radzi yang baru selesai menjemur kain di belakang rumah dah ketawa berdekah-dekah! "Mangai, Kacap! Musnah impian kanak-kanak tengok kau menyanyi muka serius macam tu!"
Kasyaf buat muka selamba. Dah suruh aku menyanyi, aku nyanyi ajelah...

“Kau bersiap ni nak pergi mana, wei?” Danny yang baru keluar bilik air memandang Kasyaf yang sedang menyarung baju t-shirt pada tubuhnya.
“Ada perjumpaan Sehati Sejiwa.”
“Ooo... sakan korang meeting sekarang. Jihan pun sibuk aje. Nak jumpa pun tak sempat memanjang...” tanpa sedar, Danny merungut.
“Kau merungut pasal ni dekat aku sebab...?” Kasyaf jungkit kening.
“Sebab... tak ada sebab. Aku tak merungut. Aku cakap je.”
“Yeah, right!”
Danny buat muka tak peduli. Seluar pendek paras lutut yang dipakainya tadi sudah digantikan dengan kain pelikat, “Korang punya program Sehati Sejiwa ni bila sebenarnya?”
“Next week. Sekali dengan Minggu Keusahawanan.”
“Makin sibuklah Jihan nanti...” tanpa sedar lagi, Danny mengeluh.
“Nanti aku bagitahu Jihan yang kau rindu dia,” ujar Kasyaf selamba selepas beg galasnya digalas di sebelah bahu.
“Palaotak! Mana ada aku rindu dia...” Danny buat muka.
Kasyaf menggeleng, “Tak faham aku, kau ni. Kalau rindu, cakap je rindu...”
“Masalahnya aku tak rindu dia pun!” Ujar Danny, tidak mahu kalah! “Sudah, aku nak solat!”
Melihatkan Danny yang sudah keluar billik, Kasyaf menggeleng lagi. Payah betul orang suka tak nak mengaku ni.

Radzi mengerutkan dahinya memandang formula yang tertulis di dalam kertas notanya. Dia kemudiannya mencapai kertas tutorial milik Danny yang masih berbaki lima soalan yang tidak berjawab, “Apasal lain je formula ni? Tapi elok pulak budak ni dapat jawapannya. Haish...”
Baru dia nak menyeru nama Danny, kedengaran bunyi dari rumah sebelah. Bunyi seperti perabot dialihkan buat dia mengerutkan dahinya. Ada orang ke kat rumah sebelah?
Niatnya yang mahu menyeru nama Danny dimatikan sebelum telefonnya dicapai. Baru dia sedar, notifikasi yang masuk dari group Whatsapp lantas group Whatsapp itu dibuka.

Danny
- (voice note) Sayang apa khabar denganmu?-
- (voice note) Di sini kumerindukan kamu  
πŸ‘„-
Lutfi
- Kau apahal, jebon?-
- Tak habis lagi sesi menyanyi kau pagi tadi?-
Aman
- Entah, suara dahlah tak sedap! Rekod masuk dalam group pulak  πŸ˜‚ πŸ˜‚-
Danny
- (voice note) Watpeeewww tewwwww?-
- Aku bosan. Nak study, malas-
Radzi
- Malas konon-
- Nanti waktu exam, kaulah paling pulun study pun-
Danny
- Pulun study je. Result macam tu jugak  
πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚-
Radzi- Wei, ada orang baru pindah ke?-
- Bunyi keletung keletang je dekat rumah sebelah-
Danny
-  
😨 πŸ˜¨ πŸ˜¨ πŸ˜¨ πŸ˜¨-
- Haip! Benda mistik jangan tegur-
- Dia datang nanti haaaa...-
Lutfi
- Danny  
πŸ˜’ πŸ˜’ πŸ˜’-
Danny- Lutfi takut lettewwwww-
Radzi
- Mana ada aku tegur dia? Aku tanya korang je-
- Dalam Whatsapp pulak tu. Bukan tanya pakai suara-
Danny
- (voice note) Tapi 'dia' tau...- *bayangkan suara Danny meleretttt ya?*
- (voice note) Hantu sekarang dah pandai teknologi kot-
Aman
- Palaotak Danny  
πŸ˜‚ πŸ˜‚-
- Semoga malam ni dia datang melawat kau-
Lutfi
- Danny  
πŸ’© πŸ’© πŸ’© πŸ’©-

Radzi yang sedang menaip mesej terkejut apabila pintu biliknya tiba-tiba dibuka dari luar. Lutfi!
“Kau apahal?” Radzi jungkit kening pada Lutfi yang sudah masuk dan berbaring di tilam Aman.
“Dannylah! Cari pasal betullah budak tu...”
“Lutfi, kau sedar tak? Yang dengar bunyi-bunyi pelik tu dari bilik aku?”
“Sedar! Tapi aku rela duduk dengan kau dari duduk dengan Danny! Kau bukan tak tahu perangai Danny tu macam mana! Perangai hantu dia lagi teruk dari hantu!” Ujar Lutfi sebelum mengesat peluh di dahinya.
Radzi ketawa menggeleng sebelum dia memandang telefon pintarnya yang baru menerima mesej dari Danny, “Telefon kau mana? Ni Danny tengah menganjing kau ni.”
“Aku datang sehelai sepinggang je ni! Telefon apa aku tak bawak! Dahlah lampu bilik aku tiba-tiba berkelip-kelip tadi! Siot!”
Radzi senyum lalu menggeleng perlahan namun gelengannya apabila bunyi keletung-keletang dari rumah sebelah semakin kuat! Pantas dia dan Lutfi saling berpandangan. Lutfi yang tadi berbaring di tilam Aman terus duduk di sebelah Radzi. Radzi tahan ketawa. Penakut sungguhlah dia ni...

Danny
- KAHKAHKAH-
- Lutfi takutttt-
- Booooo-
Radzi- Woi, bunyi makin kuat-
- Aman, kau tak pernah dengar ke?-
Danny
- Korang sebilik pun berkomunikasi kat sini ke, mangkuk?-
-  
πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚-
Aman
- Wei, bangang! Aku kat librarylah-
- Radzi-
- Kuat sangat ke bunyinya? Aku kadang-kadang dengar bunyi orang bersembang je. Keletung-keletang tak pernah dengar-
Danny
- Eh, bila kau keluar rumah?-
- Tak ajak aku pun  
😭 πŸ˜­ πŸ˜­-
Radzi
- Kuat jugak-
Aman
- Aku dah ajak tadi-
- Kau yang kata kau nak study kat rumah-
Danny
- Aah, kan?-
- Aku lupa-
- I'm sorry!-
- Wei, Lutfi! Apahal kau senyap je?-
Radzi
- Lutfi ada dalam bilik aku ni-
- Dia tinggal phone dalam bilik dia-
Aman
- Bongok Lutfi! Dah tau takut pergi bilik tu pulak!-
- Pergilah bilik Danny-
Radzi
- Lutfi kata, dia rela dok dengan aku dari Danny-
- Dia kata Danny perangai lagi teruk dari hantu-
Danny
-  
πŸ˜’ πŸ˜’ πŸ˜’ πŸ˜’-
- Jebom, Lutfi!-
Aman
- JEBOM  
πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚-
Radzi
- JEBOM PUN BOLEH DANNY  
πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚-
Danny
-  
πŸ˜’ πŸ˜’ πŸ˜’ πŸ˜’-
Kasyaf
- Korang cakap pasal rumah mana ni?-
Danny
- Kacap sayang...-
- Bila kau nak balik? Aku rindu ni 
L-
Kasyaf
- Jijik-
- Wei, Radzi. Kau cakap pasal rumah mana?-
Radzi
- Rumah belah kanan-
Kasyaf
- Dah seminggu dah orang baru masuk rumah sebelah-
- Hari ni baru kau sedar, Radzi?-
Aman
- Oh, ada orang baru ke rumah sebelah?-
- Aku pun baru sedar  
πŸ˜‚ πŸ˜‚-
Radzi
- Manusia ke orang?-
Danny
- Bongok apa Radzi? Apa beza manusia dengan orang?-
Radzi
- Eh, salah  
πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚-
Kasyaf
- Kalau bukan manusia, apa?-
Aman
- Kalau bukan manusia mestila...-
-  
πŸ‘» πŸ‘» πŸ‘» πŸ‘»-
Kasyaf
- Ha, yelah! Memang aku dengan Danny tolong hantu pun minggu lepas-
Radzi
- What the...?-
- Bangang Danny!!!-
Aman
- Tenuk punya Danny!!!-
-  
😠 πŸ˜  πŸ˜  πŸ˜  πŸ˜ -
Danny
-  
😁 πŸ˜ πŸ˜ πŸ˜ πŸ˜ πŸ˜ πŸ˜-
- (voice note) I'm sorry- *bayangkan gaya Danny cakap macam Amir Raja Lawak*
Radzi memicit dahinya sekejap sebelum dia memandang Lutfi yang sedang membelek komik Detektif Conan milik Aman, “Wei, Danny mainkan kita wei!”
“Hah?”
“Dia saja takut-takutkan kau. Orang rumah sebelah baru pindah minggu lepas! Kacap dengan Danny ada tolong dia orang angkat barang masuk rumah!”
“CINABENG DANNYYYYYYYY!” Kuat Lutfi menjerit.
Danny di bilik sebelah dah ketawa terguling-guling. Bongok Lutfi! Penakut pahit!



p/s; siapa yang takut macam Lutfi? Hahaha :P

17 comments:

  1. bestnya kawan macam diorang ����

    ReplyDelete
  2. Hahaha... Penakut betul lutfi... Keep on kak najwa. Best sgt

    ReplyDelete
  3. tumbuk lada pakai helmet *bedekah
    luthfi penakut *sabung bedekah hahahaa

    ReplyDelete
  4. Wowww!!! Hasil ketukan jari najwa pada keyboard memang selalu kebabooomm!! Tahniah

    ReplyDelete
  5. Haha... when you read on monday blues, it will be a kind of medicine.

    ReplyDelete
  6. hahahaha msti happy la ade geng kaki ngusik mcm danny , ade pulak yg kwn penakut kne bahan jela .. haha , tq kak wawa

    ReplyDelete
  7. Hahahahha...paling best takutkan orang yg memang penakut...sgt heaven...

    ReplyDelete
  8. Hahahaha kelakar la dorang ni. Suka cara akak menulis

    ReplyDelete
  9. buat la novel... kalau ada mesti baca time stress πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

    ReplyDelete
  10. Bestnyaaaaaa... Lega rs otak.. Hilang stress baca kisah diorang.. Sgt sempoiiii😬😬😬😬

    ReplyDelete
  11. Fallen in love with Kasyaf

    ReplyDelete
  12. Bila nak smbung ni?

    ReplyDelete
  13. Everyday I searched your blog and hoped for update. Please sis..

    ReplyDelete
  14. Akak bila nak sambung..hari2 bukak blog mengharap ada sambungan

    ReplyDelete
  15. Saya!!! hahaha

    ReplyDelete