Iman
tersenyum sendiri saat teringat peristiwa pagi tadi. Dia dan Lily sama-sama
tersentak bila tersedar dari lena. Semalam selepas Lily menangis-nangis, Lily
terlena dalam pelukannya lantas dia mencempung Lily kembali ke atas katil dan
kerana dia rasa penat, dia tertidur di sisi Lily.
“Iman!”
Iman tersentak. Lamunannya tentang Lily mati begitu saja. Nafas
dihela. Azrul dipandang, tajam, “Bro, salam mana?”
“Aku dah bagi, bro!” Balas Azrul bersahaja, “Kau tu yang fokus
benda lain. Tersengih-sengih. Apahal kau sebenarnya?”
“Tak ada apa. Nak senyum pun salah?”
“Tak salah tapi kau senyum tu. Lain macam sangat.”
“Azrul...”
“Hmm...?”
“Agak-agak kalau aku mintak cuti empat hari, lepas tak?”
“Kau nak ke mana?” Azrul dah berkerut dahi.
Iman ukir senyum nipis segaris, “Adalah...”
Azrul buat muka menyampah, “Kau jangan kau nak pergi menikah
dengan Jun pulak.”
Iman pantas menggeleng, “Kau jangan merepeklah.”
Baru Azrul nak membalas, telefon pintar Iman berdering. Iman
mengerling sekilas telefon bimbitnya sebelum panggilan itu dimatikan.
“Siapa?”
Tak sempat Iman nak menjawab, telefonnya berbunyi lagi. Baru dia
nak batalkan panggilan tersebut, tangannya terhenti sendiri. Bibirnya mengukir
senyum.
“Hello, assalamualaikum...”
Azrul angkat kening! Ai, lembut sangat cara bagi salam ni. Lain
macam!
“Waalaikumussalam, Iman. Awak busy?” Suara Lily di talian
membuahkan senyuman di bibir Iman.
Iman mengerling Azrul lalu dia menggeleng, “Tak sangat. Saya
tengah berborak dengan Azrul. Kenapa?”
“Saja telefon. Rindu...”
Iman terdiam. Dia tak nak mengaku tapi rindu di hatinya turut
menggebu-gebu, “Oh... erm... awak masak apa hari ni?”
“Saya tak masak apa-apa lagi. Barang dapur banyak habis. Saya
sebenarnya telefon awak ni nak minta kebenaran awak pergi Giant kejap.”
“Oh...”
“Boleh ke awak? Saya nak pergi Giant.”
“Boleh tapi...” Iman pandang Azrul yang tersengih-sengih
memandang dia, “Tunggu saya balik. Kita pergi sama-sama. Mesti banyak barang
yang awak nak beli.”
Lily di talian sana terdiam seketika sebelum ketawa kecil,
“Okey. Saya tunggu awak.”
“Kenapa ketawa?”
“Entah. Sebab saya rasa macam awak comel,” balas Lily. Iman
tersenyum. Awak lagi comel, Lily...
Usai berpamitan dengan Lily di talian, Iman terus meletakkan
telefonnya di atas meja. Wajah Azrul yang sedang tersengih-sengih dia jeling,
“Kau nak tanya apa, baik kau tanya sekarang. Aku nak keluar kejap lagi.”
Azrul mencebik, “Untunglah orang tu... nak keluar dating dengan
wife sendiri. Aku jelah yang single tak ada orang nak.”
Iman sengih senget. Meja kerjanya dibersihkan sedikit, “Bukan
orang yang tak nak, kau tu yang memilih. Eh, aku nak jumpa bos kejap. Kau nak
berambus ke tak dari bilik aku ni? Aku, lepas jumpa bos terus balik rumah.”
“Amboi, terhormatnya cara kau halau aku!”
Iman ketawa lalu dia dan Azrul sama-sama beriringan keluar dari
bilik pejabatnya. Tak sabar rasanya nak balik jumpa Lily.
Lily
menjeling Iman yang tenang memandu. Dengan rayban hitam tersarung di matanya,
Iman nampak lebih kacak dari biasa. Macam jejaka-jejaka hot gitu! Teringat dulu
waktu zaman-zaman sekolah, Iman sangat popular kerana kekacakan dan
kepandaiannya.
“Dah jumpa ke?”
Tersentak sikit Lily ditegur Iman, “Jumpa apa?”
“Jumpa apa yang awak nak cari dekat muka saya ni. Dari tadi
tertengok-tengok. Handsome sangat kot saya ni.”
Lily buat muka, “Mana...”
Iman tersenyum, “Tak nak mengaku.”
Baru Lily nak membalas, dia tiba-tiba terjerit kecil, “Eh!”
Iman kalih memandang Lily, sekilas, “Kenapa?”
“Awak silap jalan ni. Giant dekat sanalah,” Lily menuding ke arah
satu jalan lain di belah kanannya.
“Siapa kata kita nak pergi Giant?”
“Eh, kita bukan nak pergi Giant ke?”
“Bukan.”
“Dah, kita nak pergi mana?” Lily kerutkan dahi lalu dia
memandang Iman.
“Saya nak beli baju kemeja baru dekat Pacific. Barang dapur
semua, kita beli dekat Pacific. Okey?”
Kening Lily terjungkit sikit,
“Okey. Saya ikut aje.”
Lily
mengikut saja langkah Iman yang sekejap masuk kedai baju Dockers, sekejap ke
kedai lain. Iman, memang cerewet. Kalah perempuan. Tanpa sedar, bibirnya
mengukir senyum.
“Lily!” Iman menjungkit kening pada Lily yang sedang tersenyum
seorang diri.
Lily pandang Iman yang sedang berpeluk tubuh memandang dirinya,
“Kenapa?”
“Awak tu, kenapa? Mengelamun?”
Lily pantas menggeleng, “Mana ada...”
“Dah!” Iman menggeleng lalu dia mengamit Lily, “Sini!”
Lily mendekati Iman, “Kita nak masuk kedai mana pulak?”
“Kedai tu,” Iman menuding jari ke arah kedai yang dikatakan
sebelum dia berjalan meninggalkan Lily.
Lily yang ditinggalkan di belakang pantas mengatur langkah
mengikut Iman yang laju di hadapan. Saat dia sudah berada di sisi Iman, dia
memperlahankan langkahnya agar langkahnya seiring dengan Iman.
Sewaktu berjalan di sisi Iman, dia mengerling Iman.
Berkali-kali, bagai mahu menuturkan sesuatu. Iman yang sedar dengan kerlingan
Lily mengangkat kening, “Kenapa, Lily?”
“Kenapa apa?”
“Awak dok kerling saya dari tadi macam nak cakap something
je...”
“Saja nak kerling-kerling awak. Awak nampak bergaya terlebih
hari ni.”
Iman kerutkan dahi sebelum menggeleng, “Macam-macamlah awak ni.”
“Iman...”
“Hmm...?"
“Tangan awak cantik."
Langkah Iman terhenti, “Hah?"
Lily sengih serba-salah, “Nak pegang tangan awak, boleh?"
Iman tercengang sebelum ketawa. Ketawa yang sungguh-sungguh hingga orang
sekeliling memandang mereka.
“Awak, tak boleh tak apalah. Janganlah gelak macam tu," Lily cuba
berlalu kerana malu namun langkahnya terhenti bila Iman menarik tangannya dan
menyulam jari jemari mereka bersama.
“Kata nak pegang tangan..." Iman bersuara selamba bila Lily pandang
muka dia dengan wajah kelam.
“Ingat tak nak pegang..." gumam Lily.
“Orang gelak je, bukan kata tak nak pegang. Dah, jom!" Iman laju
menarik Lily agak jalan beriringan dengan dirinya. Tanpa sedar bibir mereka
sama-sama mengukir senyum...
Selesai
membeli-belah, Iman dan Lily singgah di sebuah restoran makanan ala thai untuk
menjamu selera. Sedang Iman membelek menu, telefon pintarnya berdering. Lily
yang turut memegang menu angkat kening lalu dia memandang Iman.
Nama di skrin telefonnya menghasilkan keluhan dari bibirnya. Iman
meletakkan kembali telefon itu ke dalam poket seluarnya.
“Siapa yang telefon?” Tanya Lily tanpa memandang Iman.
“Tak ada sesiapa.”
“Jun?”
“Drop the subject, Lily.”
Lily mengeluh. Menu di tangannya ditutup, “Syarat saya tu keterlaluan
sangat ke, Iman?”
“Seriously, Lily. Drop the subject.”
Lily hela nafas lalu dia mengangguk, “Saya nak makan tomyam campur.”
Iman mengangguk lalu tangannya diangkat, memanggil pelayan. Apabila
seorang pelayan lelaki menghampiri meja mereka, Iman pantas membuat pesanan
makanan.
“Iman...” Panggil Lily sebaik saja pelayan tadi berlalu dengan pesanan
mereka.
“Ya?”
“Awak tak rasa terpaksa kan dengan saya sekarang ni?”
Soalan Lily buat Iman terus menongkat dagunya dengan kedua-dua belah
tangannya, “Awak nampak muka saya macam terpaksa ke?”
Lily angkat bahu, “Saya tak tahu...”
“Saya mengaku, dua hari pertama memang saya rasa terpaksa. Tapi lepas
semalam ada orang mengigau sebut nama saya, rasa terpaksa saya hilang terus.”
Lily muncungkan mulutnya, “Awak perli saya!”
Iman ketawa, “Bukan selalu.”
Lily tersenyum. Ya, dia dapatkan rasakan yang Iman sudah tiada rasa
terpaksa melayannya tapi kalau bukan terpaksa, apa agaknya rasa yang sebenarnya
Iman rasa?
BAB 7
BAB 7
Pulang
dari makan malam, Lily terus ke dapur, mengemas barang dapur yang dibeli tadi.
Iman pula terus naik ke atas, membersihkan diri. Selesai saja dia menyusun
barang di dalam peti ais, Lily terus naik ke tingkat atas. Baju untuk Iman
pakai usai mandi, dia sediakan. Kain pelikat dan sehelai t-shirt berwarna
kelabu diletakkan di atas katil sebelum dia turun ke bawah semula.
Iman yang baru selesai mandi, mengukir senyum apabila dia nampak pakaian
yang disediakan oleh Lily. Hatinya tiba-tiba dijentik bahagia. Terasa seperti
waktu dulu seperti ketika mereka meniti bahagia.
Saat Iman ingin mencapai baju t-shirt tersebut, telefon pintarnya berbunyi
tanda ada mesej masuk. Baju t-shirt itu disarung sebelum tangannya mencapai
telefon pintar keluaran Apple Inc. itu. Mesej dari Jun. Nafasnya dihela
perlahan.
+Iman, you dah melampau! I call
banyak kali, you tak angkat. I mesej banyak kali, you tak balas! I Whatsapp
you, you tak reply padahal you online! You sengaja nak mainkan I ke, Iman?
Iman menghela nafas. Sorry Lily. Saya janji... ni last! Jari jemari Iman
laju menaip mesej kepada Jun.
-I melampau atau you yang melampau?
You dah tahu perjanjian I dengan wife I, kenapa you jadi gelojoh sangat? Tak
reti nak sabar?! I suruh you tunggu, kan? Ke you sebenarnya tak pernah belajar
apa maksud tunggu dan sabar tu?
+Iman! I nak suruh you pujuk I, bukan
kasi I lagi sakit hati! I saw you today, Iman. With her. You pegang tangan dia,
you senyum dengan dia. Perempuan mana boleh sabar, cuba cakap?!
-You sepatutnya boleh sabar sebab
yang haknya bakal dirampas bukan you tapi Lily.
+Wah, you nak kata I perampaslah ni?!
-That’s it, Jun! I’m tired. I’m
sorry. Lepas habis tempoh seminggu, kita cakap balik pasal hubungan kita. I pun
dah letih bergaduh dengan you macam ni...
Tiada balasan dari Jun buat Iman menghela nafas lega. Kala ini, dia
buntu. Bagaimana caranya nak tinggalkan Jun?
“Buat
apa?” Iman yang baru melangkah masuk ke dapur bertanya melihat Lily yang tekun
mengacau sesuatu di atas dapur.
Lily pantas menoleh ke belakang apabila Iman menegurnya, “Kek batik
leleh.”
“Hah?”
“Kek batik leleh, Iman.”
“Tahu tapi ada ke kek batik leleh? Selalu saya dengar kek cheese leleh
apa semua, ni kek batik leleh. Meleleh dengan apa? Milo?”
Lily ketawa, “Bukanlah.”
“Dah tu?” Iman melangkah mendekati Lily lalu dia menjenguk isi periuk
yang sedang dikacau Lily.
“Awak duduk aje. Nanti saya dah siap buat baru awak tahu maksud dia.”
Iman mengangguk lantas kerusi ditarik lalu dia duduk di situ sambil
tangannya menongkat dagu, memerhatikan Lily.
Lily yang tadi mengacau coklat di dalam periuk terus mencedok setengah
dari coklat yang sudah cair itu ke mangkuk lain sebelum dia memasukkan kepingan
biskut Marie yang sudah dipatah-patahkan menjadi bahagian-bahagian kecil ke
dalam periuk tadi.
Iman tersenyum melihat Lily yang kelihatan tekun mengacau isi dalam
periuk tersebut, “Lily...”
“Hmm...?”
“Tak ada apa. Saya saja panggil.”
Lily mencebik sebelum bibirnya menguntum senyum, “Dah siap. Iman, tolong
ambilkan bekas atas meja tu.”
Bekas yang dipinta Lily dihulurkan, “Tak leleh pun.” Komennya bila
melihat biskut Marie yang sudah diselaputi coklat dicedok dari periuk.
“Tak letak coklat lagi, macam mana nak meleleh.”
“Letaklah coklat, cepat!” Suruh Iman sebaik saja Lily memampatkan kek
batik yang sudah siap di dalam bekas.
“Bagi dia sejuk dulu,” ujar Lily dan terus menyimpan kek tadi ke dalam
peti ais.
Iman mengangguk lalu dia bersandar pada kaunter dapur, “Kenapa tiba-tiba
buat kek batik?”
Lily berpaling lalu dia bersandar pada peti ais, “Saja. Saya teringat
waktu sambutan hari guru waktu kita kat sekolah dulu. Kek batik saya habis
awal, awak tak sempat makan. Awak merajuk seminggu dengan saya sebab awak kata
awak yang patut rasmi dulu, bukan orang lain.”
Iman ketawa, “Mestilah saya merajuk! Kek batik awek saya buat, orang
lain habiskan. Saya tak sempat rasa pun.”
“Lepas tu saya buat kek batik dua bekas untuk awak, ingat?
“Ingat! Tiap-tiap malam saya makan sampai saya muak.”
Lily ketawa, “How time flies...”
Iman mengangguk. Benar, sudah sepuluh tahun usia kenangan itu. Zaman
sekolah yang penuh kenangan dan di situ ada dia bersama Lily, melakar cinta
tanpa diketahui sesiapa.
“And now...”
Iman pandang Lily yang bersuara tiba-tiba.
“Things are about to change.”
Iman terpempan. Lily pula senyum tawar, “Saya nak naik atas kejap. Awak
tengoklah tv kat depan. Nanti saya dah siap mandi apa semua, kita boleh makan
dah kek batik tu.”
Iman hanya mengangguk. Kata-kata Lily bagai merentap rasa bahagia yang
datang tadi. Lily, apa kata kita jangan ubah apa-apa?
“Lily, sedap gila kek batik yang kau buat ni!
Nanti kasi resipi kat aku tau? Aku nak buat sendiri dekat rumah,” ujar Dayah
sambil menyuap lagi kek batik yang sudah dipotong kecil-kecil itu.
“Biasa ajelah! Kau ni, drama aje.
Macam tak pernah makan kek batik.”
“Seriuslah, Lily. Sedap kot!” Ujar
Dayah lagi sambil mengambil lagi kek batik buatan Lily dari bekas.
Lily tersenyum cuma. Dia pandang kiri
dan kanannya. Rata-rata budak kelas sudah mengambil makanan dan sudah duduk di
tempat masing-masing untuk menjamu selera.
“Lily, kau tak nak makan ke?” Yumi
yang sedang menuang air menegur.
“Kejap lagi kot,” Lily tersengih,
“Eh, Yumi!”
“Ya?”
“Ada nampak Iman dengan Ayie?”
Yumi menggeleng, “Ayie pergi tolong
Cikgu Rokiah ambik nasi tomato. Iman aku tak tahu.”
Lily mengangguk saja lalu dia
tersenyum, “Terima kasih.”
Yumi mengangguk dan terus berlalu ke
tempat duduknya. Dayah yang sedari tadi memerhatikan Lily tersenyum, “Iman tu
tak lari ke mana, Lily.”
Lily tersentak lalu dia mencubit
Dayah, “Apa kau? Aku tanya ajelah!”
Dayah mengangguk, “Iyelah!”
Baru Lily nak membalas, Iman masuk ke
kelas dengan seplastik besar ais, “Pet, sini kejap! Tolong aku!”
Hafis yang dipanggil Pet terus bangun
dan menolong Iman memasukkan ais ke dalam bekas air yang diletakkan di atas
kerusi. Lily menarik nafas lega. Pergi beli ais rupanya...
“Iman, kau kena try kek batik Lily
buat weh! Sedap gila!” Ujar Dayah sebaik saja Iman selesai dengan kerjanya.
Iman menjungkit kening, “Mana ada kek
batik pun atas meja ni.”
Serentak Lily dan Dayah pandang meja
yang sudah disusun dengan makanan tadi. Dayah pandang Lily. Lily pula sudah
mengangkat tupperware bewarna biru yang dia bawa dari rumah tadi, “Eh, dah
kosong?”
Iman pandang Lily, “Dah habislah ni?”
Lily ukir sengih, “Sorry. Dah habis.
Tak ada rezeki kau.”
Iman mengangguk sebelum berpaling dan
terus dia ambil makanan lain yang masih berbaki. Dayah menyiku Lily, “Lily...”
“Hmm...?”
“Kenapa aku nampak Iman macam merajuk
aje?”
Lily pandang Iman yang sudah duduk di
sisi Pet, sama-sama menjamah makanan. Lily hela nafas lalu dia mengangkat bahu,
“Biasa ajelah. Kenapa dia nak merajuk pulak?”
Dayah mengangguk. Betul jugak. Kenapa
Iman nak merajuk pulak ya?
Sedang matanya memerhatikan Iman,
Iman tiba-tiba memandangnya namun tidak seperti kebiasaannya, tiada senyuman
yang diberikan kepada Lily sebaliknya dia kembali berbual dengan Pet. Lily
mengeluh. Betullah, Dayah. Iman merajuk...
Seminggu berlalu,
“Iman...”
Iman yang sedang membuat latihan
Matematik Tambahan memandang Lily sekilas, “Hmm...?”
“Janganlah merajuk dah!” Bisik Lily,
perlahan.
Iman diam tak menjawab. Buku teks
Matematik Tambahan tiba-tiba jadi lebih menarik dari wajah Lily. Wah, bukan main
kau kalau merajuk...
Lily mengeluh sebelum dia keluarkan
dua bekas tupperware lalu diletakkan di atas meja Iman, “Nah, kek batik yang
saya buat semalam. Janganlah merajuk dah.”
Iman sembunyi senyum yang nak
menguntum, “Kenapa bagi saya? Kenapa tak bagi dekat satu kelas aje?”
Lily ketap bibir. Geram! Bekas
tupperware itu diambil balik, “Okey! Saya bagi dekat budak kelas yang lain!”
Tak sempat Lily nak berdiri, Iman
terlebih dahulu menarik bekas tupperware tu, “Cuba jangan jadi buruk siku.”
“Awak yang suruh bagi dekat budak
lain.”
“Itu perlian ajelah,” ujar Iman lalu
menggeleng.
“Awak nak merajuk lagi ke?”
Iman pandang Lily lalu dia menggeleng
sambil tersenyum, “Tak nak dah!”
Lily tersenyum manis. Yeay, Iman dah
tak merajuk!
“Senyum sorang-sorang tu makruh, Lily!”
Lily tersentak lalu dia pandang pintu bilik yang terbuka. Elok saja Iman
berdiri bersandar bahu dengan pintu. Lily tersenyum, “Lama eh tunggu saya?”
Iman menggeleng, “Tak pun cuma saya tak boleh nak tunggu lagi nak makan
kek batik tu. Rasa macam dah lama saya tak makan.”
“Okey. Jomlah turun,” Lily tersenyum sebelum bangun dari duduknya.
“So, this
is the infamous kek batik leleh, ya?”
Lily buat muka mendengar komen Iman, “Tak sedap ke?”
“Sedap tapi...” Iman pandang Lily, “Awak tau kan saya tak makan coklat
sangat.”
Lily mengangguk namun matanya tetap memandang peti televisyen. Fokus dia
menonton filem Hindustan, Kuch Kuch Hota Hai , filem yang kegemaran dia dari
dulu.
“Cerita ni bukan yang hero dia kahwin dengan kekasih dia, then isteri
dia mati, dia jatuh cinta dengan kawan baik dia tu ke?” Komen Iman, tiba-tiba.
“The very the one...”
Iman menggeleng kepala, “Tak bosan ke? Saya rasa awak dah berpuluh kali
tengok cerita ni.”
“Tak bosan pun. Saya suka. Cerita ni cerita klasik kalau nak dibandingkan
dengan filem Hindustan yang sekarang. Filem Hindustan yang baru-baru banyak
adegan-adegan yang tak berapa nak elok untuk dipertontonkan.”
“Yang tu saya setuju.”
“Iman...”
“Ya?”
“Saya nak tanya, boleh?”
Iman kalih memandang Lily, “Tanyalah.”
“Apa istimewanya Jun berbanding saya?” Tanya Lily sambil matanya tetap
pada peti televisyen.
Iman diam, lama sebelum dia bangun, “Saya nak naik atas dulu. Esok saya
nak pergi kerja lagi. Good night, Lily.” Tak menunggu lama, ubun-ubun Lily
dikucup sebelum dia berlalu ke tingkat atas.
Lily yang menunggu jawapan Iman tersentak saat bibir Iman melepak di
ubun-ubunnya. Tak lama tapi cukup untuk menerbitkan getaran di dalam dadanya.
p/s: sila cakap saya baik, cepat!
Sangat baik,cik penulis. Hoho! Oh, iman. Tolonglah ptus dgn Jun kau tu cpt2.
ReplyDeleteOk ok.. De org tu baik sbb bg 2 entry mlm ni.. Wlupun dua2 sedih pilu, tp berbeza.. N lily, she can have happy moments within a week.. Will that remain? Sigh..
ReplyDeleteAsk mmg baik!tq for the entry!best!
ReplyDeleteGler xbaek??!!!
ReplyDelete*Sila baca ngan intonasi xcited^.^
tq^.~
Awak.sangat baik
ReplyDeleteharap iman kekal bersama Lily, Jun tolak ketepi menyebok jer.
ReplyDeletebaik cik najwa .. but i hope dorg x berpisah .. huhu
ReplyDeleteimann . Please lembut kan hati tok naik ngan lily . N anggap jun tu sebagai kawan .. bleh?? Pleasee . Lily tu da ckul baik da tok awkk . Pleasee . Hee
ReplyDeleteOkayy . Akk tersangat baik sebab buat kami bace dengan feeling yg lame ari ni .. hehe . Tq soooo much kak .. hehe . Loveu la . Hehe😍😘😚😁
awak ..awak...awak memang baik..
ReplyDeleteup la lgi bab seterusnye...hihi
Merci cik penulis.. awak sgt baik hari.. skali hadap 3 n3.. heheheh
ReplyDeleteBaiknya dia. Hehehe
ReplyDeleteBaiknya dia. Hehehe
ReplyDeleteSangatttt baikkk..love u 😘😘😘😘
ReplyDeleteOk najwa, awak memang terbaik!!! :-) hehe
ReplyDeletetq awak..boleh tdo nyenyak sy mlm nie..haha
Alhamdulillah... terima kasih. Nampak gayanya idea untuk kembalikan kebahagian selama seminggu boleh dipraktikkan dalam real life. Jun bukan seorg penyabar. Seminggu pun mengada2 apatah lagi nak spent the rest of her life dgn Iman. Iman plak bkn penyabar utk memujuk bagai ni. Kalau x takkan dia mudah untuk berpaling dari Lily. Rasanya Iman dah rasa getaran cintanya terhadap Lily. Tapi Lily yang akan memaknaka hubungan seminggu ni. Keputusan perkahwinan ini adalah ditangan Iman. Harap dia x buat keputusan salah dan memilih Jun.
ReplyDeleteBest sgt...tq cik penulis yg baik...
ReplyDeleteCik penulis sgttt baikk.. bukan saja baikk.. comel lotee lg.. citer pon bestttttt... thanks yunkkk
ReplyDelete-mieza-
best sangat2 cik writer yang budiman..
ReplyDeletelepas rinduuuu..thankssss cik penulis baiiikkkkk..... :)
ReplyDeletebaikkknya cik penulissssssssssssssss,
ReplyDeletenak lagi!!!!!!!!hahahha
Baik sangat...muah2.. t.q..
ReplyDeleteCik penulis baik sgt. Love u so much !!!! Next pls.....
ReplyDeleteHuhu.. cik writer baik sngt2 coz bg 2 n3 ari ni.. hepy2.. but sedey n simpati to Lily
ReplyDeletebaik sangat...hehhe..bestnyerrr...peace!:)
ReplyDeletehuaaa...... cik penulis sangat baik..... cepat continue.....
ReplyDeleteBaik sgt2!
ReplyDeletetq cik penulis yg baik:)
ReplyDeletesgt baek..hehe..best..
ReplyDeletepost la entry selalu ye..kami setia menanti..hari2 bukak check kalau2 ade n3 bru..semoga idea selalu menjengah ye...keep it up girl! caiyok! #nakFLY #nakUSS
ReplyDeleteHuhu... terbaik la n3 kali ni.. update la slalu ye.. klau anda2 smua ni ad mse free, bolehlah singgah blog kwn sy ni.. lynanovel.blogspot.com... tq3
ReplyDeletetak...sabar...nyer.....
ReplyDelete