Johanna dan rakan-rakannya
beriringan ke dewan makan. Johanna masih lagi diam, tak mahu bersuara. Nida,
Elly dan Nuha cuba memahami Johanna dengan bercakap dengannya tentang perkara
yang penting saja.
Rena yang nampak Johanna dari jauh
mengepal penumbuknya. Rasa malu, geram, marah dan bengang dengan kisah semalam
masih bersisa. Dendamnya pada manusia bernama Johanna itu makin membara.
“Rena, kenapa kau tak makan?” Moni
yang baru meletakkan tray makanan di sebelah Rena bertanya.
Peah yang di depan Rena buat muka
pada Moni sambil meletakkan jari telunjuknya pada bibir, “Don’t ask anything.”
“Aku benci budak tu!” Pap!
Serentak, bahu Peah dan Moni terhincut, akibat terkejut dengan tindakan Rena
yang tiba-tiba mencucuk sosej yang ada di dalam tray makanannya dengan garfu.
“C’mon, Rena! Dahlah tu. Kita dah
nak SPM pun. Lepas ni kita takkan jumpa dia dah pun,” ujar Moni sebelum
menggeleng. Dia sebenarnya tak faham kenapalah Rena ni suka sangat cari pasal
dengan si Jo tu.
“Oh, just shut up Moni! Kau tak tau
apa rasanya bila dimalukan depan satu dewan!” Bidas Rena, keras.
Moni buat muka sebelum menggumam
rendah, “Siapa suruh kau cari pasal dulu?”
“Excuse me?” Rena memandang Moni
dengan wajah cemberut.
“Whoa, people! Korang nak gaduh
pasal Jo tu? Buang masa aje,” Peah menggeleng sebelum dia mengukir senyum
sinis, “Instead of arguing and fighting among ourselves, apa kata kita bagi Jo
tu rasa manisnya sebuah dendam?”
Moni menggelengkan kepalanya, kesal, “Dan kau
ada masalah apa dengan Jo, Peah?”
“Hei, dia dah malukan kawan baik
aku. Kau expect aku nak duduk diam semata-mata?” Peah merengus.
“At last, ada juga orang yang
memahami aku!” Rena tersenyum, gembira.
“I don’t know, guys! Cukuplah tu.
Tak boleh ke kita hadapi SPM ni dengan perasaan gembira semata-mata, tak payah
nak dendam segala. Ini bukan cerita zaman sekolah rendah, wei!” Moni mengeluh.
“Are you in or are you out?” Rena
jungkit kening, “Kalau kau betul kawan aku, kau akan tolong aku, Moni!”
Moni menggeleng kepala lalu dia
mengeluh lagi, “Fine! What’s your plan?”
Rena dan Peah saling berpandangan
sebelum Rena ukir senyum, “Aku nak Johanna dibuang dari sekolah ni!”
Wajah Moni berubah terus, “Kau dah
gila ke? Kita tinggal lagi beberapa bulan aje nak SPM tau?”
“So?” Rena jungkit kening, “Dengan
cara ni aje yang si Jo tu akan tahu betapa manisnya rasa sebuah dendam!”
Hadi mengerling jam tangannya yang
menunjukkan waktu sudah menginjak ke pukul 2.30 petang. Sudah hampir setengah
jam waktu berlalu, bayang Johanna masih tidak kelihatan. Sepatutnya sekarang
Johanna sudah ada di depannya untuk program mentor mentee.
Sejak kejadian yang berlaku ketika
ceramah tempoh hari, Johanna berubah terus. Masuk hari ini sebenarnya dah tiga
hari Johanna ponteng mentor mentee. Tadi di kelas sudah dia ingatkan namun
Johanna cuma diam tak membalas.
Barang-barangnya yang ada di atas meja
dikemas sebelum dia melangkah ke kelasnya. Sewaktu berjalan menuju ke kelas,
dia terserempak dengan Eman yang datang dari bilik guru, “Em!”
“Eh, Hadi! Lambat kau datang prep?”
Eman jungkit kening sebelum bahu Hadi dipeluk.
“Apa yang lambatnya? Aku dekat
library tadi,” ujar Hadi sebelum mereka beriringan ke kelas.
“Oh, kenapa tak prep terus kat
library je?”
“Aku tunggu Johanna aje tadi. Kan
sepatutnya kita orang ada yang mentor mentee tu.”
Eman kerutkan dahi, “Eh?!”
“Apa yang kau eh tiba-tiba ni?”
“Jo ada aje dalam kelas dengan
Nuha. I thought korang punya program mentor mentee tu dah habis? Still going on
ke?”
Hadi pula yang mengerutkan dahi,
“Tak ada pulak Puan Faridah bagitahu aku apa-apa.”
Eman ketawa sebelum menggeleng,
“Aku rasa Jo tak nak dah kot buat mentor mentee dengan kau. Tadi aku ada nampak
dia jumpa Puan Faridah. Gayanya macam tengah belajar. Apa-apa kau tanyalah Jo
sendiri or lebih baik, tanya Puan Faridah aje.”
Wajah Hadi berubah terus. Johanna
dah tak nak buat mentor mentee dengan aku?
“Kenapa kau tak pergi
perpustakaan?” Buku teks Kimia dan Fizik dihempas ke atas meja Johanna. Kuat.
hingga buat yang kelas tadinya hingar jadi sunyi sepi.
Johanna angkat muka dari buku
latihan Biologi lalu dia menghela nafas panjang, “Kau bukan mentor aku dah.”
“Says who?” Hadi menyilangkan
tangannya. Serius.
“Me!”
“Aku tak terima arahan dari Puan
Faridah.”
“Aku dah jumpa Puan Faridah
sendiri. Aku sekarang belajar dengan dia aje. So, tak payah susahkan diri kau,
tunggu aku kat library ke apa ke. Lagipun, aku lagi faham dia ajar dari kau
ajar aku.”
Wajah Hadi berubah langsung.
Nafasnya dihela lalu kepalanya digelengkan, “Perangai kau ni macam budak-budak
kau tau?”
“Apa masalah kau ni sebenarnya? Aku
dah takkan ambik masa kau untuk ajar aku. Kau guna masa kau tu untuk kau
belajar sendiri. SPM dah dekat, kau fokus study untuk diri kau sendiri dahlah!”
Ujar Johanna, datar.
Hadi menghela nafas lagi, “Fine!
Suit yourself, Johanna!”
Johanna langsung tidak mengangkat
muka dari buku latihan. Hadi pula terus duduk di tempatnya tanpa banyak kata.
Seisi kelas senyap tak bersuara. Rena pula mengukir senyum dalam diam.
“Jo, hang tak mau rehat ka? Aku lapaqlah,”
Nuha menarik lengan baju kurung Johanna yang sedang membuat karangan Bahasa
Melayu.
“Kejap! Ayat last, ayat last!” Ujar
Johanna sebelum menghabiskan ayat terakhir di atas kertas kajang itu, “And...
done!”
“Wei, waktu rehat tak boleh duduk
dalam kelas!” Serentak, Johanna dan Nuha angkat muka memandang pintu depan
kelas 5 Aurum. Elly tersengih sambil mengangkat dua jari, “Yo!”
“Kejap!” Johanna ketawa sebelum dia
berdiri, “Okey. Dah settle tapi korang pergi kantin dulu tau. Aku nak pergi
bilik guru. Nak hantar latihan Puan Faridah bagi semalam.”
“Okie dokie!” Elly membuat isyarat
okey sebelum mereka beriringan menuju ke destinasi yang ingin mereka tuju.
Johanna dan Nuha melangkah masuk ke dalam
kelas melalui pintu belakang dan serentak mereka terkaku. Di bahagian depan
kelas, beberapa orang pengawas tingkatan lima termasuk Nida berdiri di samping
Cikgu Lah. Johanna pandang Nida dan kening dijungkit, bertanya kenapa. Nida
pula hanya menggeleng sebelum tersenyum.
“Saya minta semua pelajar kelas 5
Aurum berdiri di hadapan kelas. Sebelum itu, letakkan beg masing-masing di atas
meja. Salah seorang daripada rakan sekelas anda kehilangan dompet, makanya saya
harap anda semua dapat berikan kerjasama dengan saya dan pengawas-pengawas yang
lain.”
Johanna dan Nuha saling
berpandangan. Siapa pulak yang hilang purse ni? Johanna capai beg galasnya lalu
diletakkan di atas meja sebelum beriringan bersama Nuha ke depan kelas.
Sebaik sahaja semua pelajar kelas
berdiri di depan kelas, para pengawas mula menjalankan tugas mereka dengan
menggeledah setiap beg sandang yang ada di atas meja dan juga di bawah meja
pelajar.
Nida memeriksa beg sandang milik
Nuha terlebih dahulu sebelum dia mencapai beg sandang Johanna. Sedang dia
menggeledah. Wajahnya berubah sedikit melihat dompet berwarna merah jambu yang
ada di dalam beg Johanna. Setahu dia, Johanna punya dompet berwarna biru tua.
“Sesiapa yang menjumpai barang yang
mencurigakan, sila bawa barang tersebut ke depan,” arahan Cikgu Lah kedengaran
di serata kelas.
Nida mengeluh. Kimie, pengawas dari
kelas 5 Barium memandang Nida lalu menjungkit kening, bertanya. Nida menggeleng
lalu dia berjalan ke depan kelas.
Wajah Johanna berubah saat melihat
Nida membawa beg sandangnya ke depan kelas. Nuha memandang Johanna.
“Aznida, apa yang awak jumpa?”
Nida tak menjawab sebaliknya isi di
dalam beg Johanna dibawa keluar. Purse berwarna merah jambu turut keluar dari
beg sandang tersebut.
“Purse saya, cikgu!” Tiba-tiba Rena
bersuara sebelum dia menuding jari ke arah purse tersebut.
Cikgu Lah mencapai purse tersebut
lalu dia memandang Johanna, “Dompet ini milik awak ke, Johanna?”
Johanna menggeleng sebelum dia
tenang bersuara, “Tak. Bukan dompet saya.”
“Jadi dompet ni siapa punya?” Keras
Cikgu Lah bertanya.
“Saya tak tahu dan saya tak pernah
nampak dompet tu. Kalau Rena kata dompet dia, dompet dialah gamaknya,” ujar
Johanna, selamba.
“Awak nak main-main dengan saya?”
“Saya serius, cikgu.”
“Jadi macam mana dompet ni boleh
ada dalam beg galas awak?”
“Saya tak tahu.”
Cikgu Lah menggeleng, “Johanna,
saya terpaksa bawa awak ke bilik kuarantin untuk disoal siasat.”
“Tapi saya tak ambik dompet tu,”
ujar Johanna, tegas.
“Kalau kau tak ambik, macam mana
purse aku boleh ada dalam beg kau?” Rena melangkah mendekati Johanna.
“Mana aku tau! Mungkin kau yang
busuk hati letak dalam beg aku!”
“Kau, kurang ajarkan!” Ujar Rena,
kasar! “Nampak sangat mak ayah kau tak ajar kau jadi manusia!”
Wajah Johanna berubah terus dan
spontan, penumbuknya naik ke muka Rena. Kuat hingga menyebabkan Rena terjatuh!
“Johanna Sofea!” Cikgu Lah menjerit
kuat!
Johanna duduk di atas Rena sebelum
sebiji lagi penumbuk di angkat untuk menumbuk Rena! “Kau nak cari pasal dengan
aku, boleh! Jangan sesekali kau tarik nama mak ayah aku, betina!”
Tak sempat penumbuk itu sampai di
muka Rena, tangannya dipegang kejap dari belakang, “Johanna Sofea, stop!”
Johanna berpaling ke belakang. Hadi
memandangnya dengan wajah garang, “Bertumbuk tidak akan selesaikan apa-apa
masalah, Johanna!”
Johanna menarik tangannya dari
pegangan Hadi sebelum berdiri, “Mind your own business, Hadi!”
“Johanna! Ikut saya ke bilik
kuarantin, sekarang!” Cikgu Lah bersuara, keras!
Johanna melanggar bahu Hadi sebelum
mengikut langkah Cikgu Lah. Nuha memandang D.O. dan D.O. menggeleng, kesal.
Rena yang terbaring di lantai,
dibantu oleh pelajar lain supaya bangun. Nuha mendekati Rena, “Hati hang memang
busuk kan, Rena?”
Wajah Rena berubah dan Nuha terus
melangkah ke tempat duduknya. Di dalam hatinya, dia berdoa agar Johanna dapat
membela dirinya.
Hadi hampir melangkah masuk ke
dalam bilik kuarantin sebaik saja Cikgu Lah keluar dari bilik tersebut namun
langkahnya sempat dihalang oleh Cikgu Lah, “Hadi, awak cubalah cakap dengan
dia. Saya letih. Kali pertama saya jumpa orang yang tak takut dengan ugutan
saya. Sepuluh saya tanya, satu pun dia tak jawab. Awak cubalah cakap dengan
dia. Mana tahu kalau awak cakap dengan dia, dia nak dengar.”
Hadi mengangguk sebelum melangkah
masuk ke dalam bilik kuarantin. Johanna memandangnya sekilas sebelum dia
mengalihkan pandanganya ke tempat lain.
"Kenapa?"
Johanna angkat kening, "Apa?"
"Kenapa kau ambik purse Rena? Kalau kau nak prank Rena,
ini bukan caranya."
Johanna mengeluh kasar, "Bila
aku kata aku tak buat, aku tak buat!"
"Then, explain macam mana
purse tu boleh ada dalam beg kau?"
"AKU TAK TAHU! Mungkin purse
tu jalan sendiri masuk beg aku tapi serius, aku tak tahu!" Johanna
bersuara, keras. Nafas dihela, "Mungkin bagi kau, bagi Rena, bagi your so
called BPP, aku ni troublemaker tapi bukan cara aku nak ambik hak orang macam
tu. I'm not that kebuloq kelapaq nak makan duit orang!" Ujar Johanna,
tegas.
Hadi menggeleng kepala, "Benda
ni senang je, Johanna. Mengaku salah aje salah kau."
"Aku tak buat, damn it!"
Johanna mengetuk meja, geram! "Kenapa aku nak mengaku salah pada benda
yang aku tak buat?"
Hadi mengeluh, "Apa aje kau
cakap, bukti jelas nyata memang kau yang buat. Aku rasa sia-sia je selama ni aku
bagi nasihat dekat kau. Cakap dengan kau ibarat mencurah air ke daun keladi.
Buang masa!”
"What do you mean by
that?"
Hadi senyum sinis, "Aku
ingatkan bila aku dah bagi nasihat kat kau, bila kau dah dengar ceramah apa
semua, kau akan berubah tapi kau masih di takuk lama, hati kau masih penuh
dendam!”
"Kau..." Johanna mengepal
penumbuknya, "Kau tak ada hak nak judge aku, kau tak ada hak nak cakap
macam-macam pasal aku macam kau kenal aku!”
Hadi tak membalas sebaliknya dia terus keluar
dari bilik kuarantin itu. Johanna terduduk. Air mata terasa nak mengalir. Kau
tak ada hak, Hadi. Kau tak ada hak!
p/s: saya rasa nak jadi baik :)
Adoi, sakit hati baca, bennnncccciiiiii giler la ngn rena tu
ReplyDeleteAsik kena tuduh
ReplyDeletecianye johana
ReplyDeleteXpela Jo..let other people say what they want.. Let them judge.. Those who don't believe and know don't deserve the best..let it be.. Let it be..
ReplyDeleteharap kebenaran akan terbongkar.. kesian jo, benci dgn Rena ni, Hadi pula tak percayakan Jo. nak lagi...
ReplyDeleteAwat sikit sangat tak puas bacalaaa
ReplyDeleteAisey...mencinya ngan hadi tuuuuu...ai x puas hati la...harapnya ada la yg akan bongkarkan kegiatan jahat si rena tu...geramnya mak jemah...cian jo..
ReplyDeletePuas la hati rena kan..ishhh..gerammm
ReplyDeleteKalau sy kata nak tumbuk jer hadi azraff ni boleh tak..haishhh..
betul la dorg ni suka jatuhkan hukuman tanpa usul periksa..asalkan budak bermasalah akan sentiasa di cop budak nakal/jahat..
Benci toi kat rena... jahat sgt... sian kat jo.... hadi ketahui la apabila kebenaran terbentang di depan mata maka kamu akan menyesali apa yg kamu cakap kat jo...... geramnya......
ReplyDeleteAish . Hadi . Ang mmng xknal siape jo yg sebenar .. ang xkenal jo betol2 .. ak xbenci rena . sbb rena tu mmng hati die da lama busuk . Tp rasa nak benci ang hadi . Sbb ang xcube tok pham jo . Aishhh ..
ReplyDeleteSabar na jo . Ang kuat .. sangat kuat ..
Tq kak .. best . Segala macam perasaan ad bila baca . Hee😍😘😁
huhu siannyer jo
ReplyDeleteOooh hadi, kenape awk kejam sgt ni? Kesian jo...
ReplyDeleteTampar lagi si Rena
ReplyDeleteSapa potong bawang merah ni... berayaq dh mata cheq ni..
ReplyDeletenuha, elly, cikgu faridah.. sila tampilkan diri bagi alibi pada jo... eee geramnye kat rena gedik tu... biar dia yg kena buang sekolah..
ReplyDeleteSikit bebeno....tak puas membaca nye. More pleaseeeeeee, cik penulis yang cantik manisssssss!
ReplyDeletesakitnya hati
ReplyDeleteLaaaa.. awat pndek sngt ni cik writer? Xpuas bca ni.. anyway, cian la kat si Jo tu. Hadi, hang mang xlyak la jd pngwas.. main judge2 je.. siasat arr dlu
ReplyDeleteakak! best bangettt...xsabar nak tau apa jadi kat jo..heheh
ReplyDeletebenci hadi!!! pn faridah, nuha n elly bleh jd saksi..plz smbung lg cik writer...
ReplyDeletealaaa najwaaaaa.. nak lagiiiii.....
ReplyDeleteCepat la smbung .omg rasa nak sepak.je rena ni
ReplyDeleteKejam nya rena.dasar celaka.hmmm sambung lagi pls. Kesin joo.omgg hadii bodoh la
ReplyDeletebencinya hadi.....xnak lah dia hero...may be cap lebih better...
ReplyDeleteI really can't wait what will happen next...hurm...tk sabar tunggu next post..
ReplyDeletebla nk smbung....
ReplyDeletekak bla nk smbung...x sbaq tnggu ni..
ReplyDelete