Johanna melangkah masuk ke dalam
kelasnya selepas hampir dua jam berada di dalam bilik kuarantin. Dia mengetuk
pintu kelas sebaik saja menyedari kehadiran Puan Faridah di dalam kelas ketika
itu. Puan Faridah yang sedang mengajar, berhenti sebelum mengangguk, tanda
menyuruh Johanna masuk.
Seulas senyuman dihadiahkan kepada
Puan Faridah sebelum dia berjalan ke tempat duduknya di sisi Nuha.
Sebaik saja Johanna duduk di
tempatnya, Nuha tiba-tiba memegang tangannya yang ada di bawah meja, “Stay
strong, Jo! Aku percaya hang.”
Johanna senyum sebelum dia
menggumam rendah, “Thank you.”
“Johanna, lepas kelas ni saya nak
jumpa awak sekejap ya?” Suara Puan Faridah buat Johanna tersentak sekejap
sebelum dia mengangguk.
“Pasaipa dia nak jumpa hang?”
Johanna jungkit bahu, “Entah. Nak
basuh aku lagi kot.”
Tiba-tiba D.O. yang di depan
Johanna berpaling ke belakang, “Jo, I’m with you!”
Johanna tersenyum lalu mengangguk,
“Thank you, D.O.!”
“Ini latihan awak yang awak hantar
tadi, saya dah semak. Saya dah tanda semuanya. Awak check balik soalan yang
salah itu dan tengok balik cara penyelesaiannya.” Puan Faridah menghulurkan
beberapa helai kertas kajang yang sudah siap ditanda kepada Johanna.
Johanna mengangguk sebelum mencapai
helaian kertas kajang yang dihulur oleh Puan Faridah itu, “Ada apa-apa lagi, cikgu?”
“Ada apa-apa awak nak cerita dekat
saya, Johanna?”
Johanna menggeleng, “Tak ada.”
“Pasal kes kecurian dalam kelas
awak tu, awak tak nak cerita apa-apa dekat saya?”
“Saya rasa cikgu pun tahu kisahnya.
Saya malas nak cerita apa. Yang saya tahu, saya tak bersalah.”
Puan Faridah ukir senyum, “Saya pun
rasa awak tak bersalah. Tapi setakat cakap di mulut, tak dapat buktikan
apa-apa, Johanna.”
“Cikgu, sejahat-jahat saya... saya
takkan curi barang orang. Senakal-nakal saya, saya takkan sentuh barang orang
tanpa kebenaran orang tu,” ujar Johanna,
tegas.
“Saya tahu tapi macam mana awak nak
buktikan kata-kata awak tu?”
“Entahlah cikgu, apa saja yang saya
cakap orang takkan percaya. Orang dah label saya sebagai pencuri. Dahi saya ni
dah kena cop dah cikgu.”
“Jadi, awak kenalah buktikan kepada
orang yang melabel awak tu yang awak tak bersalah.”
Johanna terdiam, lama.
“Johanna, awak mungkin nakal, keras
kepala, degil tapi saya juga tahu hati awak tak seperti luaran awak.”
Johanna tersenyum tawar, “I’ll take
that as a compliment, cikgu.”
“It is, Johanna. Kalau kata awak
masih tak dapat nak buktikan yang awak tak bersalah, awak jangan risau,
perbanyakkan doa kepada Allah. Doa orang yang teraniaya, Allah akan makbulkan,
insyaAllah.”
“InsyaAllah, cikgu! Saya akan
pegang pesan cikgu tu.”
“Alhamdulillah. Okeylah. Awak boleh
pergi sekarang.”
“Terima kasih, cikgu!” Ucap Johanna
laju sebelum dia keluar dari bilik guru itu. Cikgu Lah yang memerhatikan
perbualan antara cikgu dan pelajar itu mendekati Puan Faridah yang sedang mengemas mejanya.
“Apa yang Id cakap dengan Johanna
tu?” Cikgu Lah mengjungkit kening.
“Saya cakap, doa orang teraniaya
akan dimakbulkan oleh Allah.”
“Id rasa Johanna tu teraniaya?”
Puan Faridah tersenyum, “Saya kenal
dengan student saya, Cikgu Lah.”
“Awak yakin dia teraniaya?”
“Johanna tak bersalah. Saya percaya
tu...” Ujar Puan Faridah, tenang sebelum dia berlalu ke pantry, meninggalkan
Cikgu Lah yang kelihatan seperti tidak percaya dengan kenyataan Puan Faridah.
Nuha dan Elly duduk di kerusi batu
yang tersedia di luar bilik guru. Masing-masing hanya diam, tak mahu bersuara.
Johanna yang baru keluar dari bilik guru terus melangkah ke arah Nuha dan Elly,
“Yo!”
Nuha dan Elly sama-sama mengangkat
muka, “Jo!”
Johanna ukir senyum, “Korang tunggu
aku ke?”
Elly mengangguk. Nuha membalas
senyuman Johanna, “Puan Faridah cakap apa kat hang?”
“Puan Faridah cakap aku kena
buktikan kat satu sekolah yang aku tak bersalah. Tapi masalahnya...”
“Macam mana nak buktikan kau tak
bersalah, “sambung Elly, senafas. “Kau nak buat apa, Jo?”
Johanna angkat bahu, “Aku tak tahu.
Aku tak dapat berfikir secara normal dah.”
“Pencuri macam kau memang tak dapat
berfikir secara normal. Dah buat salah, lepas tu kantoi. Haruslah dah tak boleh
nak bersihkan nama sendiri,” satu suara menyapa mereka bertiga.
Johanna tak kalih memandang manusia
yang bersuara itu. Elly pula hanya tunduk menggeleng sambil tangannya
menggenggam penumbuk. Nuha pula menghela nafas panjang, “Hang kalau setakat nak
buat fitnah, pi buat kat tempat lain. Kat sini, kami tak dengaq cakap-cakap
orang yang macam hang. Orang macam hang, sepuluh hang cakap. Sebelas tak boleh
nak percaya!”
Peah hanya buat muka tak tahu. Moni
pula memandang Johanna dengan pelbagai rasa. Dia rasa kasihan pada Johanna
namun dia tak boleh nak buat apa-apa.
“Peah!” Seru Johanna, tiba-tiba.
Peah dan Moni yang baru nak
berlalu, sama-sama berhenti. Peah memandang Johanna dengan wajah angkuh,
“What?!”
“Kau bagitahu Rena, aku akan
pastikan yang dia akan menyesal dengan apa yang dia buat pada aku. Aku ada
bukti yang aku kena fitnah dengan kawan baik kau tu,” ujar Johanna, dengan
wajah yang tenang namun ada aura sinis.
Wajah Peah berubah sedikit namun
dia pura-pura berani, “Eleh, ingat kami nak percaya dengan cakap kau?”
“Mungkin aku tak nampak tapi Allah
nampak...” ujar Johanna, selamba sebelum berlalu meninggalkan Peah dan Moni.
Nida memandang kosong ke arah katil
milik Johanna. Nafasnya dihela panjang. Akalnya kuat mengatakan bukan Johanna
yang mencuri namun hatinya meragui kenyataan itu.
“Assalamualaikum,” pintu bilik
tiba-tiba dibuka dari luar. Nuha, Elly dan Johanna melangkah masuk ke dalam
bilik itu.
“Waalaikumussalam...” jawab Nida,
perlahan.
“Eh, awal kau balik? Kenapa tak
tunggu kami tadi?” Elly senyum pada Nida sebelum tudung di atas kepalanya
ditarik.
“Aku... ada hal tadi,” ujar Nida
dengan senyuman yang dipaksa.
“Kau okey ke, Nida? Macam tak sihat
aje?” Tanya Johanna sambil menjungkit kening. Baju kurung sekolah di tubuhnya
sudah berganti dengan t-shirt lengan pendek.
“Aku okey,” jawab Nida, senafas
sebelum dia memandang Johanna, “Jo...”
Johanna pandang Nida, “Ya?”
“Kenapa kau ambik purse Rena?”
Elly yang baru nak buka tudung,
berpaling terus pada Nida. Nuha yang baru nak duduk di kerusi meja studinya
terus berdiri, “Nida!”
Johanna menghela nafas, “Kau pun
nak tuduh aku ambik purse Rena tu, Nida?”
"Kalau bukan aku yang jumpa aku takkan syak, Jo."
Johanna senyum sinis, "Aku ingatkan kau kenal aku. Aku
silap rupanya."
Nida ketap bibir. Dia nak percayakan Johanna tapi bila dia
sendiri yang jumpa purse Rena dalam beg Johanna, hatinya berbelah bagi.
"Nida, takkan kau tak kenal Jo lagi?" Elly
bersuara, sedikit bergetar! "Dulu, waktu Jo tak solat, waktu Jo kuat
mencarut, kau pesan dekat aku dengan Nuha, jangan judge Jo. Sekarang? Hanya sebab
kau yang
jumpa purse tu, kau terus nak hukum Jo? Kau tak adil! Kau ada saksi yang kata
Jo ambik dompet Jo tu? Ada?!"
Nida menundukkan wajahnya. Tangan
kanannya digenggam kuat.
"Dahlah tu, Elly. Aku tak
kisah orang nak tuduh aku dah. Yelah, aku ni kan dari dulu jahat. Dalam luar,
serba-serbi jahat," Johanna senyum sinis lalu dia segera keluar dari bilik
itu.
Nuha yang sedari tadi diam terus
berdiri, "Nida, satu ja pesan aku. Jangan hukum dia dengan apa yang hang
nampak sebab pandangan mata boleh menipu!"
Nuha dan Elly terus keluar bilik.
Nida pula terduduk. Aku nak percaya kau, Jo. Aku nak sangat tapi aku tak
boleh...
Johanna kesat air matanya yang
mengalir. Hari ni orang yang paling rapat dengan dia pun tuduh dia macam-macam.
Orang yang dulunya membela dia, sudah pun meragui dirinya. Dulu dia tak seperti
ni, dulu orang tuduh dia macam-macam, dia tak pernah ambik kisah. Kenapa hari
ni, senang sangat hati dia tersentuh?
“Jo...” seru D.O. sebelum duduk di
sisi Johanna. Nuha di sisi D.O. duduk memeluk lututnya.
Johanna kalih ke tempat lain,
melindungi matanya yang basah, “Korang buat apa dekat sini?”
“Saja. Ambik angin,” ujar Elly yang
tiba-tiba duduk di belah kanan Johanna, “Kau okey ke, Jo?”
Johanna senyum tawar, “Entah. Aku
tak tahulah nak definisikan perasaan aku sebagai apa sekarang. Aku tak tahulah
aku okey ke tak.”
“Hang terasa dengan apa yang Nida
cakap tadi?” Tanya Nuha.
Johanna angkat bahu, “Aku dah lali
kena tuduh cuma aku jadi terkilan bila orang yang aku anggap sebagai saudara
aku sendiri pun buat aku macam musuh.”
“Jo, aku percaya kau. Senakal-nakal
kau, sejahat-jahat kau, sedingin-dingin kau... kau bukan pencuri. Aku tahu tu,”
ujar D.O., tegas.
Johanna ukir senyum tawar, “Aku tak
kisah wei kalau orang yang tak rapat dengan aku nak tuduh aku tapi dia kawan
aku! Nida kawan aku. Dia tahu cerita aku, dia kenal aku... or mungkin aku saja
yang assume dia kenal aku.”
Elly dah peluk bahu Johanna. Dia
sebak dengan kata-kata Johanna. Jujurnya, dia sendiri pun kalau jadi Johanna
akan terasa. Inikan pula Johanna sendiri.
“Jo, mungkin Nida tak bermaksud nak
tuduh kau. Dia sendiri tengah keliru. Antara tanggungjawab dan sahabat. Aku
bukan nak bela Nida tapi aku dapat tengok, Nida sendiri rasa berbelah bagi. Dia
resah. Dia nak percaya kau tapi dia sendiri yang jumpa purse tu dalam beg
sandang kau.”
Johanna jungkit bahu, “Terpulanglah
pada dia nak percaya aku atau tidak. Aku dah malas nak yakinkan orang yang aku
tak bersalah.”
Elly dan Nuha saling berpandangan.
D.O. menghela nafas, “Kami
percayakan kau, Jo! Walaupun semua dalam dunia ni tak percayakan kau, kami
tetap percayakan kau.”
Johanna ukir senyum lalu dia
mengangguk, “Terima kasih kawan.”
Johanna tekun menyalin nota komsas
yang ditulis oleh Cikgu Sakinah di papan putih. Nuha pula dah
tersengguk-sengguk di meja sebelah Johanna. Dia memang tak boleh kalau kelas
subjek Bahasa Melayu ni. Harus nak membuta aje kerjanya.
Bunyi ketukan di pintu buat semua
orang yang tadi sibuk menyalin nota mengangkat muka. Johanna turut mengangkat
mukanya dari buku latihannya. Nuha di sebelahnya sudah membuka mata
seluas-luasnya. Dia pandang Johanna, “Siapa?”
Johanna cuma jungkit bahu namun dia
dapat agak siapa yang mengetuk pintu kelasnya. Cikgu Sakinah yang tadi duduk di
meja guru terus mendekati pintu kelas. Kelihatan dia sedang berbual dengan
seseorang. Wajahnya serius saja sebelum dia menggeleng. Cikgu Sakinah tiba-tiba
mengalihkan pandangannya pada Johanna, “Johanna Sofea, Hadi Azraff, Rena Aleeya
dan Nuha Nuradila, sila ikut Cikgu Lah ke bilik pengetua sekrang.”
Nuha pandang Johanna. Johanna
berdiri tanpa berkata sepatah apa sebelum dia melangkah menuju ke pintu depan
kelas. Langkahnya turut diikuti oleh Nuha. Hadi dan Rena pula beriringan
berjalan mengikut langkah Johanna dan Nuha.
Pintu bilik Puan Suriani, pengetua
sekolah diketuk perlahan oleh Cikgu Lah sebelum pintu bilik itu dibuka, “Assalamualaikum,
cikgu!”
“Waalaikumussalam. Kenalkan, ini
Encik Suffian dan Puan Suhana, ibu bapa kepada Johanna.”
Johanna yang baru nak melangkah
masuk ke dalam bilik pengetua, terkaku langkahnya.
Encik Suffian berjabat tangan
dengan Cikgu Lah. Puan Suhana pula mendekati Johanna, “Pia?”
“Kenapa datang sini?” Tanya Johanna
sebaik saja dia mendekati ibunya.
Nuha yang berdiri di sebelah
Johanna laju-laju menghulurkan tangannya kepada Puan Suhana, “Aunty, saya Nuha.
Kawan sebilik dan sekelas Jo.”
Puan Suhana menyambut huluran
tangan Johanna dengan senang. Wajah Nuha yang manis bertudung membuahkan rasa
syukur di dalam hatinya. Ternyata, Johanna berkawan dengan orang yang
baik-baik.
“Maaf, saya terpaksa mencelah.
Encik Suffian dan Puan Suhana pasti tertanya-tanyakan kenapa pihak sekolah
menelefon encik dan puan untuk datang ke sekolah?”
“Saya dah biasa dipanggil ke
sekolah kalau berkaitan dengan Johanna ni,” bersahaja saja intonasi suara Encik
Suffian.
Johanna ukir senyum sinis, “Memang.
Daddy saya memang suka bila dia dipanggil datang ke sekolah.”
Puan Suriani menggosok lehernya
tiba-tiba melihat situasi tegang di antara dua beranak ini. Cikgu Lah pula
turut sama merasai ketegangannya.
Encik Suffian mengepal penumbuk.
Johanna Sofea! “Apa pulak yang dia buat kali ni, cikgu?”
“Macam ni, Encik Suffian. Semalam,
berlaku satu kes yang jarang terjadi di sekolah ini. Dompet salah seorang rakan
sekelas Johanna hilang dan malangnya, dompet itu dijumpai di dalam beg sekolah
Johanna. Pihak sekolah memandang serius kes seperti ini. Namun begitu, bukan
itu masalahnya. Yang menjadi isunya di sini ialah Johanna telah mengasari rakan
sekelasnya iaitu Rena Aleeya.”
Wajah Encik Suffian berubah. Puan
Suhana pula terlopong, “Maksud cikgu?”
“Johanna telah menumbuk Rena. Kesan
tumbukan Johanna masih ada di pipi Rena,” Cikgu Lah bersuara, perlahan. Dia
menggamit Rena supaya mendekati meja pengetua, “Rena, sini!”
Encik Suffian berdiri. Dia
mendekati Rena lalu dia menunduk sedikit, “Maafkan anak uncle. Mungkin uncle
yang bagi salah didikan pada dia.”
Johanna mengepal penumbuknya, “Kenapa
nak minta maaf pada dia? Pia ada sebab kenapa Pia tumbuk dia! Kenapa tak tanya
Pia? Kenapa nak mintak maaf pada dia?”
Encik Suffian memanahkan pandangan
matanya kepada Johanna. Pandangannya tajam ibarat pedang. Dia mendekati Johanna
dan...
Pang! Kepala Johanna terteleng ke
kanan. Hadi tercengang. Nuha terkedu. Rena menahan senyum yang nak menguntum.
Cikgu Lah tersentak.
"Anak tak tahu diuntung!"
Encik Suffian mengangkat tangan kanannya sekali lagi namun sempat dihalang oleh
Puan Suhana.
"Abang, sudahlah tu!"
Johanna
angkat muka pandang Encik Suffian, "Tamparlah lagi! Tampar sampai daddy
puas! Sampai Pia mati pun tak apa! Tamparlah!"
Encik
Suffian mengetap bibir sebelum sekali lagi pipi Johanna ditampar,
"Biadap!"
Encik
Suffian mengangkat tangan sekali lagi namun tangannya dihalang lagi tapi bukan
oleh Puan Suhana.
Johanna
memandang manusia yang masih memegang tangan daddynya.
"Bukan
ini caranya, uncle!" Hadi melepaskan tangan Encik Suffian, "Maafkan
saya menegur tapi bukan begini caranya."
“Kau jangan sibuk dengan hal aku!”
Ujar Johanna dengan suara yang tertahan-tahan. Johanna pandang wajah ayahnya, “Daddy
nak tahu kenapa Pia pukul dia? Sebab dia tarik nama daddy dengan mummy atas
satu kesalahan yang patut dia letak atas bahu Pia! Pia tumbuk dia sebab daddy
dengan mummy! Tahu tak?!”
Encik Suffian tersentak. Puan
Suhana sudah terasa sebak, “Pia...”
“Saya tak kisah kalau orang nak
tuduh saya cikgu. Tapi jangan tarik nama mak ayah saya! Kalau betul nak tuduh
saya, cukup dengan tuduh saya! Jangan libatkan mak ayah saya!” Ujar Johanna
dengan matanya memandang tepat ke arah Puan Suriani.
“Sudah, Johanna Sofea! Aku dah lama
bersabar dengan perangai kau yang tak pernah menguntungkan aku dengan isteri
aku!” Ujar Encik Suffian keras. Cikgu Lah pula sudah menggosok belakang badan
Encik Suffian, cuba menenangkan lelaki itu yang nyata sudah hilang
pertimbangannya sedari tadi.
“Saya minta encik untuk bertenang
seketika,” Puan Suriani menghela nafas panjang sebelum dia memandang Johanna
yang pada pandangannya seorang anak yang baik, “Johanna, saya faham maksud kamu
tapi kamu kena ingat, kekerasan bukan penyelesaian pada masalah sebaliknya ia
akan menimbulkan masalah yang lain.”
Johanna hanya diam dan menunduk.
Dia cuba menahan air matanya dari gugur. Cuba beritahu dia, anak mana yang tak
sakit hati bila orang tuanya dikata yang bukan-bukan oleh orang luar.
“Dan di atas perlakuan kasar kamu
terhadap Rena dan juga di atas kes kecurian yang melibatkan kamu, saya dan ahli
lembaga sekolah telah membuat keputusan untuk menggantung persekolahan kamu
selama seminggu. Maafkan saya, Johanna.”
Johanna memejamkan matanya. Dia
kalah! Air mata yang ditahan gugur jua akhirnya.
Nuha mengetap bibir. Air mata sudah
bertakung di kolam matanya, hanya menunggu masa untuk gugur. Hari ni, dia
saksikan sendiri betapa buruknya hubungan Johanna dan ayahnya. Simpatinya
terhadap Johanna semakin melimpah. Sudahlah keruncingan hubungan Johanna dengan
ayahnya sudah diketahui ramai, kini Johanna pula digantung sekolah.
Perlahan-lahan dia memeluk Johanna dan menenangkan Johanna yang sudah mula
menangis. Dia tahu kerana dia dapat dengar esakan halus yang keluar dari
Johanna.
Encik Suffian tak menunggu lama dan
terus keluar dari bilik pengetua itu. Dadanya tidak dapat menahan sebak melihat
Johanna menangis. Anak itu tidak pernah menangis sebelum ini. Ini kali pertama
dia melihat Johanna menangis dan tangisan itu bagai menghantui dirinya kala
itu.
Hadi tunduk. Entah kenapa dia
terasa mahu membangkang dengan keputusan yang dibuat oleh Puan Suriani. Bunyi
esakan halus yang keluar dari Johanna buat dia rasa sakit di hatinya. Andai dia
mampu menghentikan tangisan Johanna...
p/s: sedih tak? sedih tak?
Manyak jahat lorrr bikin orang sedih... bila nak terbongkar perbuatan jahat rena? Allah makbulkan dia orang yang teraniaya. Terus berdoa pada Allah.
ReplyDeleteSedih teramat menitik air mata huhuhu
ReplyDeleteMau xsedih..mna tisu ni...uwaaaa
ReplyDeletesedih sngt ni..huhu...ksian jo..kwan baik xprcya..hadi pun mcm tu..mak ayah mcm tu..sian sngt.huhu..plis hbiskn d blog cite ni..
ReplyDeletesdihla...x sbaq nk tnggu next entry...
ReplyDeleteSedihhhh...huaaaaa...anak mana yang xsedih...bila ayah sendiri benci dan hukum tanpa periksa...pleaseeee...smbg lagiiii...
ReplyDeleteMau nyer tak sedih..klu pasal daddy mmg dah boleh agak reaksi dia..kes sblm ni pun dia dah menghukum anak tu tanpa usul periksa..takkan senang2 dia nak percaya kali ni
ReplyDeletetp pasal nida tak caya jo tu pun agak sentap sket arr..
Best! Deabak! Najwa
Yeahh..menangis baca citerr ni..Sgt mnyentuh hati..please la abiskan di blog.. Please kak najwaa..and sorry for demand..huhuhukk..sedihh
ReplyDeleteAla.. Apsal pilu sgt ni?? Huhu.. Mata sy pedas!!
ReplyDeleteAla.. Apsal pilu sgt ni?? Huhu.. Mata sy pedas!!
ReplyDeleteuwaaaaa....ni siapa yang kijam ni. cik najwa ke rena...bergenang air mata baca. kesiannya jo. harap cik najwa buat dia jadi lebih kuat. sedih tau
ReplyDeleteSedihhhnya. Cikgu lah ni dn ahli lembaga tak siasat betul betul dh jatuhkn hukuman.
ReplyDeleteKesiannnya Jo dh lah bapa dia x dgr dn x blh pandang muka Jo. X nk dgr ckp Jo.
Beri kn tumbukan padu lagi pd si reana poyo.
Normal tindakan jo tu sebenaqnya.. ;) tengok je cara papa dia bertindak bila emosi kena kuis.. bapa borek anak rintik.. so papa kalau nk jo jd anak sopan hormat papa.. i think papa yg kena sopan dan hormat jo jugak.. masing2 give and take! *its remind me.. always follow what Rasulullah s.a.w teach us.. comfirm the ending will change to happy ending forever.. in shaa Allah..^^
ReplyDeleteYeah.. someone mungkin kena 'campakkan batu' dekat papa juga.. biar sedar jo just follow what papa react bila tengah marah.. erm.. marah aja penampar.. marah aja penampar.. stresssss~~ papa kena ingat suatu ketika dulu papa paling rapat dgn siapa? Dan papa mesti tahu idola.. dan kesayangan jo sejak dulu siapa? ;) please papa.. sy syg papa.. sy jgk syg jo..
Deletearghhhh........... tak pernah tak menangis baca fly ni. keep it up babe.
ReplyDeletedah la bru lps nangis bce bab nih trus mencurah2 xhnti... sedih bangett... good job kak!!
ReplyDeletesedihnye..
ReplyDeleteEvery time bc mesti mgalir air mata.....
ReplyDeleteWaaaaaaa........
ReplyDelete- ila
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteaaaa, sedih...
ReplyDeletepleasee sambung lagi T_T
sedihnya huhuhu kesian dgn jo.....best next n3 pls
ReplyDeleteSede sgt..cpt2 update ye cete nie
ReplyDeleteAdoi... bila la rena nk kena balik ni..
ReplyDeletesedihnye...hope lepas ni Rena akan dapat balasan atas perbuatan dy.. n Nida aku tak sangka kau yang rapat dengan Jo boley ragu tentang Jo! kalau kena gantung n Jo tak balik rumah parents dia pun x pe.. sebab daddy dia tak percayakan anak sendiri.. lain kali tanyela dulu,ni tak main tampar je!! GRRRR
ReplyDeleteAiyaaa sedih nyaaa.sumpah
ReplyDeleteSedihnya..n3...plz
ReplyDeletebla nk smbunggggh...
ReplyDeleteNak meleleh2 air mata ni... kesiannya jo... puaslah hati rena skrg ni...
ReplyDeleteBila ayah kita menyalahkan kita tanpa paham situasi kita yg sebenaqnya . Itu sangat menyakitkan . I feel u jo .. banyak kan besabaq noh .. Aish .. Sedeh la kak .. ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸŽŠ
ReplyDeleteTq kak . Bestt⭐⭐⭐⭐⭐
Uwaaa....T_T
ReplyDeleteSedihnya.....
Mata masuk habuk.... Sob sob..
ReplyDelete