Aku turun
ke bawah dan aku lihat Mika sedang bersembang dengan along. Aku rasa kekok,
macam nak pergi date dengan Mika pulak. Haih...
“Fira,
termenung kat tangga kenapa? Sinilah,” along gamit aku dari sofa.
Aku dekati
mereka berdua along dan Mika.
“Jarang
along dapat tengok adik cantik macam ni,” along giat aku saat aku duduk di
sebelahnya. Mika langsung tak tengok aku. Heh, aku pun tak nak dia tengok aku!
“Shut up
lah you!”
“Afiq,
minum ni dulu,” mama keluar dari dapur menatang sedulang air anggur dan diletakkan
di atas meja kopi.
“Eh,
susahkan aunty je.”
“Tak ada
susah pun, tuang kordial, letak air, kacau, bubuh ais, dah siap,” air di dalam
gelas mama letakkan di hadapan Mika.
Mika senyum
dan terus menyisip air anggur itu.
“Afiq dapat
masuk universiti mana? Hari tu aunty lupa nak tanya mama Afiq.”
“Saya dapat
UMT, aunty. Dekat Terengganu.”
“La, ye ke?
Sekali dengan Firalah ye.”
He what?!
Aku pandang dia dan nyata dia juga memandang aku dengan riak tak percaya.
Mungkin dia terkejut dengan kenyataan mama. Along pula asyik siku-siku aku.
Ceit, ini orang perangai serupa Jija jugak!
“InsyaAllah
saya ambik teknologi makanan kat sana.”
Again! He
what?! Aku rasa nak pitam! Aku rasa nak pitam! Along dah terkekeh-kekeh ketawa.
Mama pulak tersengih-sengih. Oh my! Kalau aku cakap kat Jija ni...
Aku siku
along bila dia tak habis-habis ketawa. Aku karate jugak along ni karang,
“Along, apa gelak ni! Dahlah tu!”
Mika
terpinga-pinga. Nampak sangat dia tak faham apa yang dah jadi.
“Nanti,
bolehlah Afiq tengok-tengokkan Fira dekat kelas,” mama senyum lagi. Lagi lebar
dari tadi.
Mika angkat
kening, “Er...”
“Fira pun
dapat teknologi makanan kat universiti tu,” ujar mama dengan sengih lebar yang
tak padam dan sekali lagi, Mika tengok aku dengan riak tak percaya. Aku pulak
rasa nak menangis. Kalau buat rayuan, boleh dapat universiti lain tak
agak-agak?
Along dari
tadi tak habis-habis menggiat aku. Ni aku dah masuk dalam kereta Mika pun dia
nak menggiat lagi. Dah-dahlah tu, along.
“Jaga adik
along elok-elok, Afiq.”
“InsyaAllah,
along.” Ujar dia sebelum memulakan perjalanan kami ke Kuala Lumpur.
He called
my brother along? Who gives you the permission mister? Aku julingkan mata ke
atas. Lagi aku nak lari dari mamat ni, lagi dekat Allah letak aku dengan dia.
“Kau dapat
UMT jugak, huh?” Mika bersuara, setelah hampir sepuluh minit kami memulakan
perjalanan.
“So?” Aku
bertanya separuh jengkel.
“Dhiya, kau
mungkin nak pakai seat belt tu. Aku tak ada tiga ratus ringgit nak bagi dekat
polis.”
Aku buat
muka. Kalau cakap tak ada sinis-sinis tak boleh ke, mamat? Tali pinggang
keledar aku tarik dan aku pakai.
“Rumah Jija
dekat mana?” Dia bersuara lagi.
“She won’t
be following us. Mama aku tak cakap ke tadi?”
“Tak pun.
So, kira terus ke Kuala Lumpurlah ni?”
“Eh, tak!
Jomlah singgah dekat mana-mana dulu. Boleh dating berdua,” aku buat muka.
Mika ukir
senyum sinis, “Tak hingin aku nak dating dengan kau.”
“Habis kau
ingat aku nak?” Aku jeling dia yang memakai aviator hitam. Handsomelah tu? Huh.
“Manalah
tau…” dia jungkit kening.
“Urgh! Aku
rela naik bas dari duduk dalam kereta ni dengan kau.”
Mika ketawa
plastik untuk seketika sebelum kembali bersuara, “Kau betul ke nak pergi majlis
pertunangan dia orang ni?”
“Kau nak
provok aku lagi ke?”
Mika geleng
kepala sambil ketawa, “Kenapa? Kau nak cekak kolar baju aku sekali lagi?”
“Kalau kau
nak, aku boleh je nak buat sekali lagi.”
“Aku tak
ada niat nak provok kau cuma aku nak kepastian, kau betul nak pergi? Emosi kau,
boleh ke terima semuanya?”
Suara Mika.
Suara Mika kala itu tunjuk yang dia care. Tapi betul ke dia care? “Mestilah aku
okey. Why wouldn’t I be okay?”
“Dhiya, aku
tau kau suka Faris.”
“Get over
it, Mika. Kenapa kau suka cakap aku suka Faris?”
“Because I
got that feeling yang kau memang suka Faris.”
Aku buang
pandang ke luar tingkap, “Well, feeling kau tu tipu. Aku tak suka Faris.”
“Whatever
you say, Lady tapi aku tau kau memang suka dia,” ujar dia, tenang. Aku pandang
Mika. He called me what?!
“Dhiya.
Bangun.”
Aku kesat
mata yang terasa kelat. Perlahan aku buka mata. Aku kat mana ni? Aku kalih ke
kanan. Zup! Terus aku duduk tegak. Aku tertidur dalam kereta? Serius?
“Aku nak
turun ni. Kau nak apa-apa tak?” Mika bertanya. Aku kerling dia sekilas, nyata
bibirnya terukir senyuman mengejek. Ei!!!
“Naik air
mineral,” perlahan aku bersuara. Malunya! Macam mana aku boleh tertidur ni? Aku
mengigau tak? Aduh!
“Itu je?”
“Yang tu
je!” Aku bersuara. Sedikit kuat.
“I’ll be
back. Lock the door,” pesannya dan sebelum dia menutup pintu kereta, sempat dia
memberikan satu lagi pesan, “You might want to wipe off your air liur basi. And
kemaskan tudung kau. Macam orang gila dah aku tengok kau.”
Air liur...
what? Segera aku kesat tepi bibir. Eh, tak ada pun! Aku keluarkan cermin dalam
beg tangan. Mukaku aku telek, memang tak ada langsung kesan air liur basi.
Tudung aku pun still elok. Comel lagi. Arghh!! Aku cepuk jugak Mika ni karang!
Aku beristighfar dalam hati sambil aku kunci pintu kereta. Haih, mamat ni
memang suka cabar kesabaran aku!
Telefon
bimbit dalam beg aku ambil dan terus tanganku laju menaip mesej kepada Jija, ‘I hate him,Ja! I really hate him! Aku nak
cepuk dia, weh! Nak cepuk sangat-sangat!’
Seminit
kemudian aku dapat balasan dari Jija, ‘Hahaha!
Dia buat apa kali ni? Kau tak cekak kolar baju dia, kan?’
‘Aku bukan nak cekak dah kali ni! Aku nak cekik dia terus, Ja! Dia
tipu aku! Aku tertidur. Lepas tu dia kejut dan cakap ada air liur basi. Lepas
tu cakap tudung aku serebeh. Plus, dia cakap aku macam orang gila! Jahat gila
dia, Jija! And you know what? Dia dapat UMT. Satu course dengan kita, minah!’ Aku menekan keypad dengan penuh geram.
Tak sampai
seminit, balasan dari Jija aku terima, ‘WHAT?!
Dhiya, memang jodoh kau dengan dialah!’
Aku
kerutkan dahi, ‘Kau nak kena cekak dekat
kolar jugak ke? Dah lama hidup kot, Ja?’
Jija
membalas kemudiannya, ‘HAHAHAHAHAHA! Try
me, Dhiya!’
Baru aku
nak membalas, Mika mengetuk cermin tingkap pemandu. Aku simpan telefon dalam
beg, aku membuka kunci di pintu kereta dan tak menunggu lama, dia terus masuk.
“Here’s
your mineral water. Aku belikan sekali Nescafe Mocha. Okey tak?” Dia bertanya.
Aku
mengangguk. Tadi rasa nak marah tapi bila dia beli Nescafe ni aku jadi tak nak
marah pulak.
“Tu ada pau
sekali, makanlah kalau lapar.”
Aku
mengangguk lagi. Kenapa dah aku ni? Aku pandang Mika yang sudah mula memandu.
Dia nampak... er... kacak.
“Kenapa?”
Dia pandang aku.
Tersentak
kejap bila dia tiba-tiba pandang aku lalu aku gelengkan kepala, “Aku cuba nak
mencari jawapan kenapa ramai sangat manusia yang minat kat kau.”
Mika senyum
sinis, “Oh really? Ke kau pandang aku sebab kau pun dah minat kat aku?”
Aku buat
muka, “Urgh! Bagilah aku sejuta ringgit sekalipun, kau tetap takkan aku minat!”
“Oh really?
We’ll see about that, Dhiya.”
Aku buat
muka lalu aku buang pandang ke luar. Cepatlah sampai! Cepatlah sampai! Tak
sanggup dah aku nak hadap muka dia ni!
Empat jam
kemudian, kami akhirnya sampai di rumah Aireen. Aku pandang Mika yang masih tak
matikan enjin.
“Kenapa?”
Aku pandang dia. Pelik.
Mika
menggeleng, “Kita tak payah pergilah, ye? Kita pergi tempat lain.”
“Kita dah sampai kot! Kenapa nak pergi tempat
lain pulak? Tak sanggup nak tengok Aireen bertunang dengan Faris?” Giat aku
padahal dalam hati, aku menyetujui cadangan Mika. Rasa nak je aku suruh dia
pergi ke Mid Valley.
Mika
menggeleng dan menggumam sesuatu namun tak dapat aku dengar.
“Kau cakap
apa?”
“Jomlah
turun!” Tanpa membalas, terus dia matikan enjin dan memandang aku.
Aku
mengangguk. Seat belt aku tanggalkan dan terus kau keluar dari kereta. Mika
juga berbuat perkara yang sama. Sebaik saja dia locked kereta, kami terus
beriringan ke rumah Aireen yang nyata memang meriah.
“Dhiya, kau
betul ni?”
Aku pandang
Mika, “Apa yang betul?”
“Kau betul
nak masuk rumah Aireen? Kau tau kan, once kau jejak kaki kat rumah Aireen, kau
takkan dapat jejak keluar dah?”
Aku
mengangguk dan Mika seakan akur dengan keputusan aku. Apa masalah Mika ni
sebenarnya?
“Dude,
betul ke apa yang aku nampak ni?” Suara salah seorang tetamu buat aku berhenti
berjalan.
“Cut it
out, Iman! You guys know the story. Kami datang sekali sebab mama aku dengan
mama aku paksa, okey?” Mika berjalan mendekati Iman dan menumbuk bahu si Iman
manakala aku kaku di pagar. Okay, awkward gila! Saat Iman menggamit aku, baru
aku mendekati mereka. Itu pun masih lagi kekok.
“Dhiya, you
look nice!” Rendi ukir sengih gatal pada aku. Aku anggukkan kepala separuh
ikhlas. Alahai...
“Rombongan
lelaki dah sampai ke?” Aku dengar Mika bertanya pada Rendi.
“Belum.
Awkward gila kami tadi. Nasib family Aireen mesra, kalau tak mati katak aku.
Faris kata dia orang dah on the way.”
“Aku nak
masuk dalam, jumpa Aireen,” beritahu aku pada Mika.
“You sure
you gonna be okay?” Dia bersuara, separuh berbisik.
“Aku duduk
dengan korang lagi aku tak okey!”
Mika buat
muka serius, “Apa-apa cari aku kat sini.”
Aku
mengangguk saja dan terus berlalu masuk ke dalam rumah untuk mencari Aireen.
“Rombongan
lelaki dah sampai!” Suara dari luar buat aku berdebar. Aku pandang Aireen di
sebelahku. Nyata, dia sendiri berdebar.
“Dhiya,
saya takut.”
Aku ukir
senyum, tawar, “Ala, takut apa? Belum akad nikah lagi, Aireen.”
“Dhiya...”
Aku pandang
Aireen dan tanpa dapat aku duga, Aireen tiba-tiba memelukku, erat, “Terima
kasih sebab datang. Kehadiran awak sangat saya hargai, Dhiya.”
Aku senyum
lalu aku membalas pelukan erat Aireen. Bahagiakan Faris, Aireen... bahagiakan
dia. Setitik air mata jatuh ke pipi.
“Kenapa
awak menangis, Dhiya?” Aireen pandang aku.
“Saya
terharu. Awaklah, buat ayat kasi saya terharu.”
Aireen
senyum, “Awak buat saya nak menangis sekali, Dhiya.”
Aku senyum,
mata Aireen yang berair aku kesat, “Jangan menangis. Faris mesti tak nak tengok
awak menangis. Awak mesti senyum. Faris sangat bertuah sebab awak pilih dia,”
dan awak sangat bertuah sebab berjaya memiliki Faris, Aireen.
Upacara menyarung cincin sudah selesai. Aireen akhirnya sah, menjadi tunangan Faris. Terbias kebahagiaan di wajah Aireen dan Faris. Aku masih belum sempat bertemu dengan Faris, hanya dari jauh aku dapat lihat wajahnya. Sungguh, walaupun hanya memakai kemeja biasa, Faris tetap nampak segak di mataku.
Aku berdiri
di pintu bilik Aireen, memerhatikan bagaimana pasangan itu tertawa bahagia saat
orang mengambil gambar mereka. Majlis pertunangan mereka sudah macam majlis
perkahwinan aku rasa. Meriah. Aku tak dapat nafikan betapa aku cemburu melihat
mereka berdua. Aku berharap yang di sisi Faris kala itu bukan Aireen tapi aku.
“Hai,
Dhiya... tengok dari jauh je? Pergilah dekat sikit. Tak sanggup nak tengok dari
dekat ke?” satu suara menegur aku, sinis. Aku kalih ke tepi. Nyata, di tepi aku
berdiri teman sebilik Aireen, Mila. Dia yang dulu menuduh aku ingin merosakkan
hubungan Aireen dan Faris. Sama seperti Mika.
“Kenapa
pulak aku tak sanggup? Kalau kata aku tak sanggup, aku takkan jejaklah rumah
Aireen,” aku bersuara, selamba. Kasar? Heh, kita berkasar dengan orang yang tak
reti hormat kita je.
Dia buat
muka mengejek, “Sure, Dhiya. Tempat kau, bukan kat sini. Kau... sampai bila pun
takkan dapat Faris. Faris takkan pandang perempuan macam kau,” dan Mila terus
berlalu.
Aku rasa
macam ayat itu bagai menghiris hati aku. Aku sampai sekarang tak faham. Kenapa Mila
tu macam benci sangat dengan aku? Apa salah aku dengan dia? Aku pandang kembali
pasangan Aireen-Faris dan nyata, mereka saling berbisik-bisik. Ada air mata
menitis di pipi. Cepat-cepat aku kesat saat mata aku bertembung dengan mata Mika.
Matanya tajam memandang aku tapi cara pandangannya itu, lain dari selalu...
Bersambung...
p/s: Jadi Milikku ni habis kat blog. Kali ni saya janji, habis kat blog. Kikiki
p/s: Jadi Milikku ni habis kat blog. Kali ni saya janji, habis kat blog. Kikiki
Bila agknya faris akn sdr tentng cintaya pd dhiya?
ReplyDeleteAtau pn selamnya faris xakn tahu dan bila mika mnjdi pilihan dhiya faris akn mula rasa tercabar...segalnya mungkin
faris takkan sedar...selamanya takkan sedar kecuali kalau dhiya khabarkan pada faris...
DeleteAkak tunggu janji itu huhu cian dhiya
ReplyDeletekali ni saya memang nak habiskan kat blog je...hehehe
Deletekesian dhiyaaa :( tapi takpe ade mika :D
ReplyDeletekesian kesian :(
DeleteKesian dhiya@fira....
ReplyDeleteXpe satu pergi..masih ada yg menanti....
Kan dah nangis...itu yg mika xnak bg pergi..dia xnak orang ygdia sayang terluka...
eh, ye ke orang yg dia syg tu dhiya? u sure? ;)
Deletegrrr...kesiannya. I think Mika mcam jatuh hati je kat dhiya? hehe
ReplyDeleteehhhhhhhhhhhhhhhhh....ye ke? kikikiki
Deletenak lagi :)
ReplyDeleteesok pulak ye :)
DeleteBenci laa mila tuh..kesian fira..
ReplyDeleteMika mesti pujuk fira nnti..hehe
dieorang dpt umt..kos yg same..omg..jodoh dieorang kuat..suka..suka..
haha...kalau kena kat dhiya, mesti dia cakap, 'ni mesti spesies jija.' kikiki
Deletewah best... kesian pada Dhiya cinta bertepuk sebelah tangan... Dhiya memang ada jodoh dengan Mika... ;-)
ReplyDeletecinta yang tepuk sebelah tangan ni menyedihkan :(
DeleteNak mika ubatkan hati dhiya
ReplyDeleteImah
mika..... seriously i like him soooooo much hahahha... :D
ReplyDeletebest...
ReplyDeleteMana yg bab 11 ? :(
ReplyDeleteknapa x dak bab 11???.....
ReplyDeletemana sambungan? huhu..
ReplyDeletemana sambungan bab 11??????????
ReplyDeleteSis kata nak abeh dekat blog. jadi bila nak abeh ni? emmmmmm
ReplyDeletebila nak sambungg
ReplyDeleteKak...... Bila nk habis kat blog ni... Ka kena beli novel
ReplyDeletedh tk nk smbung dh ke story ni? 😄😄
ReplyDelete