“Dhiya,
janganlah menangis macam ni. Aku susah hati ni,” suara Jija di talian tidak
mampu meredakan tangisanku. Air mata masih mengalir. Terlalu lemah diri aku
kala ini.
“Ja...” aku
menyeru Jija di talian.
“Ye,
Dhiya?”
“Aku... aku
teruk sangat... ke sampai Faris tak nampak aku langsung?” Dengan tersedu-sedu
aku menangis.
“Dhiya, tak
naklah macam ni. Kau tak teruk, sayang.”
Air mata
aku merambu dengan lebih teruk, “Ja... aku sayang dia, Ja!”
“Aku tahu,
Dhiya. Aku tahu tapi kau tak boleh menangis macam ni. Dia dengan Aireen cuma
nak bertunang je, bertunang boleh putus, Dhiya. Aku doakan dia orang putus
tunang, eh?”
Aku kesat
air mata yang mengalir lalu aku ketawa, “Tak baik tau doa macam tu.”
“Kau dah
gelak? Syukur, Alhamdulillah!”
“Aku nak
menangis lagi boleh?”
“Tak boleh! tak nak menangis lagi. He’s not
worth for your tears.”
“Jija...”
“Yes,
darla?”
“Kenapa kau
bukan lelaki? Kalau tak memang aku suka kat kau je, takkan suka Faris dah.”
“Choi!
Mintak simpanglah hoi! Kau ni, sekejap okey, sekejap macam orang meroyan.”
Aku ukir
senyum, “Ja, aku sayang kau. Thanks.”
“Welcome.
Dhiya, kau betul-betul sayangkan Faris?”
Aku
mengangguk di talian, “Aku tak tahu sejak bila dia dah ada dalam hati.”
“Kau tak
nak cuba luahkan rasa hati kau kat dia?”
“Kau serius
ke, Ja?”
“Serius
Dhiya. Cubalah, mana tahu selama ni itu yang dia nantikan dari kau tapi sebab
kau buta kayu, dia pura-pura sayangkan Aireen.”
“Kau rasa
aku patut luahkan perasaan aku dekat Faris?”
“Yes!”
“Tapi dia
dah nak bertunang.”
“Dhiya,
belum cuba belum tahu,” suara Jija buat aku terdiam. Perlukah aku meluahkan apa
yang aku rasa padanya?
“Dhiya,
banyak termenung hari ni. Baru putus cinta ke?”
Tersentak
aku ditegur Bang Chik lalu aku ukir sengih, “Putus cinta apa? Dhiya mana main
cinta-cinta ni.”
“Iye? Tapi
termenungnya mengalahkan orang mati laki,” usik Yani, salah seorang pekerja
part time seperti aku.
“Merepeklah,”
getus aku sambil ketawa.
“Eh, tu
macam mamat hari tu je!” Ujar Yani sambil menuding ke arah pintu masuk kedai
kasut.
Aku
mengalih pandangan dan aku tercengang. Mika? Dia buat apa dekat sini? “Yani,
kau pergilah layan dia.”
Yani
menggeleng sambil memandang aku, “Tak nak! Aura dia menakutkan. Aura pembunuh
walaupun kacak tahap giga.”
Aku ketawa.
Memang harus diakui, Mika memang ada aura ala pembunuh. Pandangannya dingin,
nadanya sinis, gayanya garang dan kata-katanya tak pernah ada yang lembut.
“Dhiya,
pergi layan customer dulu. Sembang kemudian,” Bang Chik bersuara tegas saat aku
dan Yani tidak bergerak seinci pun untuk melayan Mika, “Yani, tolong Bang Chik
susun selipar tu.”
Aku
mengeluh. Nak membantah namun aku tahu Bang Chik takkan melayan bantahan aku
lalu aku segera atur langkah mendekati dia yang sedang membelek flats yang
berwarna peach.
“Ada apa
yang aku boleh tolong?” Nah, aku betul-betul ‘cut the formalities’ macam yang
dia cakap hari tu.
Mika angkat
muka pandang aku lalu dia melepas keluhan, “Tak ada orang lain ke yang kerja
kat kedai ni? Kenapa mesti kau je yang melayan aku?”
Aku buat
muka, “Macam aku nak sangat melayan kau. Kalau bukan sebab kau customer, memang
aku halau kau dah.”
Mika
berdiri di depan aku dengan wajah penuh sinis, “Berani kau halau aku?”
Aku
mendongak memandang wajah Mika, “Berani je.”
Mika angkat
kening, wajahnya separa mengejek.
Baru aku
nak buka mulut ada seseorang menepuk bahu Mika, “Mika, penat aku cari. Call tak
nak angkat.”
Aku dapat
rasa darah tak mengalir ke muka aku. Aku rasa jantungku dah berhenti berdegup.
Aku rasa... nak lari!
“Fira.
Dhiya Zhafira,” si lelaki yang menepuk bahu Mika langsung berubah mukanya.
“Amir, blah
yok! Aku lapar,” tak sempat si lelaki itu mendekati aku, Mika sudah menariknya,
menjauhi aku. Aku yang tadi rasa susah nak bernafas, kembali merasai oksigen
masuk ke paru-paru. Ya Allah! Aku masih trauma dengan kehadirannya.
Mataku masih
mengikut langkah mereka berdua yang sudah keluar dari kedai namun tidak aku
sangka, Mika akan berpaling kembali memandang aku. Wajahnya nampak lembut,
penuh simpati bukan dingin seperti tadi. Kenapa agaknya?
Aku sedang
menikmati makanan di Kentucky Fried Chicken sewaktu kerusi di depan aku ditarik
dan diduduki seseorang.
“Kenapa
makan sorang-sorang cik adik? Nak abang temankan?”
Aku angkat
muka. Buaya sungai mana yang terlepas ke darat ni?
“Sejak bila
kakak aku kahwin dengan kau sampai nak berabang bagai,” sinis nada aku bagi
padanya. Pandai-pandailah maksud kau faham maksud aku.
“Garang. I
like,” si buaya cuba menyentuh pipi aku namun ada tangan yang menghalang tangan
itu dari menyentuh pipi aku.
“Haram
sentuh anak dara orang, abang. Tambah kalau abang nak pegang ni bakal isteri
saya,” aku angkat muka pada dia yang sedang tersenyum pada si buaya. Dalam
ramai orang dalam KFC ni, kenapa mesti dia yang datang membantu?
“Er...
maaf,” si buaya itu menarik tangannya dari pegangan si dia dan terus berlalu
dengan segera.
Si dia
melabuhkan punggung di depan aku.
“Kalau kau
tak tolong, aku boleh halau dia sendirilah.”
“Yeah,
right! Dulu kena belasah dekat tandas sekolah tak boleh melawan pun.”
Aku ketap
bibir mendengar balasan darinya, “Kalau bukan kau suruh, takkan dia orang tu
nak pukul aku.”
Teringat
balik peristiwa selepas penggantungan Amir Ayyad kerana merokok... peristiwa
yang membuatkan aku tukar sekolah.
“Kau Dhiya, kan?”
“Kenapa?” Aku memandang mereka-mereka yang berpeluk tubuh
memandang aku.
“Kau kurang ajar kan, perempuan? Kenapa kau laporkan hal Amir
dekat pengetua? Bodoh!” Aku ditolak ke dinding. Sakit. Sumpah sakit!
“Dia... salah. Patut dihukum!” Daguku dipaut oleh salah seorang
daripada mereka. Pipi aku ditampar.
“Kau, perempuan tak tahu diuntung! Tak guna!” Selepas ditampar,
aku ditumbuk di bahagian perut dan disepak-sepak oleh mereka ibarat aku ini
sebiji bola.
Benda terakhir yang aku dengar selepas dipukul dan disepak adalah,
“Berhenti!”tapi aku tak tau siapa yang cakap. Yang pasti, dialah yang menyelamatkan
aku dari terus dibelasah oleh mereka-mereka itu.
“Aku memang
cakap dengan tunggul kayu pun.”
Aku pandang
si lelaki, “Kau nak apa lagi?”
“Kau tau
tak yang kau patut cakap terima kasih kalau ada orang tolong kau.”
Aku angkat
kening, “Terima kasih.”
“Okey,”
balasnya namun masih tidak berganjak.
“Kau patut
dah boleh bangun dan blah, Mika.”
“That guy
is still there. Dengan kawan-kawan dia. Kalau betul kau nak aku blah, aku blah
sekarang,” Mika berdiri dan mungkin dek kerana aku terkejut dengan kenyataan
yang si buaya masih ada dalam KFC, aku dengan spontan memegang lengan Mika.
“Er, sorry!
Aku tak sengaja.” Aku terus melepaskan tangan Mika.
Mika
kembali duduk lalu dia tersenyum sinis, “Kalau kau pegang lagi lama tadi, aku
mengadu kat mama aku kau cabul aku!”
Aku pandang
dia yang masih tersenyum sinis, “Gila!”
Dia buat
tak tahu dan terus membelek telefon bimbit di tangannya bagai aku tidak wujud
didepannya. Hampeh punya Mika!
Aku
mengendang meja belajarku yang menempatkan komputer ribaku, beberapa buah novel
Melayu dan Inggeris, dan macam-macam lagi. Internet pada malam ini memang
mencabar kesabaranku.
Telefon
bimbit yang ada di sebelah laptop aku capai lalu dail nombor Jija. Baru di
deringan pertama, panggilanku berjawab, “Assalamulaikum, Hazizah bercakap.”
“Jija! Apa
skema sangat kau jawab telefon ni?”
“Hahaha...
saja. Kenapa kau telefon? Kenapa kau tak online lagi?”
“Sebab tak
boleh online-lah aku telefon kau. Line problemlah, Ja.”
“Ala, baru
nak Skype. Aku rindu nak tengok muka kau, minah.”
Aku ketawa
dengan kata-kata Jija, “Nanti aku try sekali lagi.”
“Ha, okey.
By the way Dhiya, kau dah cakap kat Faris ke?”
“Tak.
Aku... entah...”
“Kau nak
luahkan perasaan kau kat dia tak?”
Aku
mengeluh lalu aku berbaring di atas katil, “Aku takut, Ja. Macam mana kalau aku
luahkan perasaan aku, dia tak boleh terima? Macam mana kalau aku luahkan, dia
dah tak nak kawan dengan aku?”
“Maksud
kau?”
“Aku rasa
patut biar macam ni jelah.”
“Kau nak
diam je pasal perasaan kau?”
Aku
mengangguk, “Better macam ni kot, Ja. Aku takut dia tak boleh terimalah.”
Aku dengar
Jija di hujung talian mengeluh, “Up to you, sister but promise me, never ever
cried for that guy. Okey?”
“Can’t
promise that to you, Ja.”
“Aku sayang
kau, Dhiya. Kalau betul kau tak nak luahkan, kau patut lupakan perasaan kau
dekat dia. You deserve to be happy.”
“I am
happy, Jija.”
“You are
not happy bila dah dua puluh empat jam kau fikir pasal dia.”
“Mana ada
aku fikir pasal dia dua puluh empat jam, Jija.”
“Promise
me, Dhiya,” Jija bersuara tegas di talian.
“What?”
“Be happy.
Always, be happy.”
Aku
tersenyum, hambar, “Aku cuba, Jija. Aku cuba.”
Dan aku tak
sempat mencuba, aku dirudung kesedihan yang amat sangat saat Faris menelefonku
untuk mengkhabarkan satu berita yang meremukkan hati aku.
“Lady.”
“Kau memang
suka telefon aku waktu aku dah nak membuta kan?”
“Ala,
janganlah marah makcik.”
“Aku tak
marah tapi aku geram tau!”
“Janganlah
geram dengan aku.”
“Kenapa kau
telefon ni?”
“Ala, sebab
aku rindu dengan kaulah, Lady.”
“Kau ingat
aku percaya?” Aku ketawa namun aku tak nafikan, aku gembira dengan kenyataan
Faris itu.
“Lady...”
“Kenapa?”
“It’s
official.”
“Apa yang
official?”
“Aku and
Aireen. Both of us have been accepted to study in UK cuma berlainan tempat. Aku
dekat London, dia dekat Edinburgh.”
Aku
terkaku, tergamam, terkelu, terkejut dan macam-macam ter... lagi, “Kau telefon
nak cakap tu je ke?”
“Tak.
Aku... erm... nak jemput kau...”
Aku genggam
telefon. Aku tak sedar bila kolam mataku sudah berair. Hidung sudah mula
berair. Semuanya aku tahan supaya dia tidak tahu.
“Aku dengan
Aireen bertunang next week. You... will come, right?”
Serentak,
air mata mengalir, “Kalau aku tak pergi?” Aku kawal suara agar dia tak ketahui.
“Aku tak
nak bertunang selagi aku tak nampak kau dekat majlis. You are my best girl,
Lady. The greatest I ever had, Dhiya. Tempat kau dalam hati aku, walaupun bawah
sikit dari tempat Aireen, tetap penting.”
Kata-kata
itu, buat aku terbuai tapi pada masa yang sama buat aku ingin terus menangis.
Aku adalah orang yang penting untuk Faris tapi pada masa yang sama, aku tidak
sepenting Aireen. Apa saja aku buat, tidak akan menempatkan aku di tempat
teratas di dalam hati Faris.
“Lady?”
Panggil Faris di talian. Nada suaranya risau. Mungkin tersedar ada sedu yang
keluar dariku.
“Kau buat
aku terharu, bhai!” Ujar aku dengan ketawa. Ketawa yang dibuat-buat.
“Kau orang
yang mendekatkan aku dengan Aireen, so you should be there. With us.”
Cukuplah
Faris... cukup... “Aku kerja, aku tak pasti aku...”
“Without
you, aku takkan bertunang, Dhiya.”
“Bukan aku
yang jadi pengantin perempuannya, Faris.”
“Kalau tak
ada Aireen, it has to be you, Dhiya. I don’t want anyone elses besides me. Kau
faham aku sepenuhnya. Even Aireen don’t understand me like you do.”
Why are you
making this thing damn hard, Faris? “Kau jangan nak gula-gulakan aku, Faris.
Kalau aku suka kat kau nanti, macam mana?”
Faris
ketawa, “Sebab aku tahu kau takkan sukakan aku, Dhiya. Dah lama aku tahu.”
Aku
terdiam. Kau salah Faris, aku dah lama sukakan kau...
“You will
go, right?”
Aku hela
nafas, “InsyaAllah, Faris. After all, I am your best girl.”
“Sayang kau
Dhiya! Aku kena letak telefon dulu. Aku nak telefon Aireen pulak.”
“Yes, of
course... assalamualaikum,” tanpa menunggu Faris membalas, talian aku matikan.
Jariku laju membuka kotak mesej. Nama Jija aku taip. Jemari aku laju menaip
sesuatu kepada Jija.
‘I will never stand a chance in stealing his heart. Aku dah kalah
sebelum sempat bertarung, Jija. Aku dah kalah. No matter what I do, I will
never win against Aireen.’
Aku
letakkan kepala ke bantal lalu aku pejamkan mata. Berharap semuanya adalah
mimpi namun air mata yang mengalir di pipi mengakui hakikat, aku ada di alam
realiti.
Bersambung...
p/s: mampu ke Dhiya raih cinta Faris?
p/s: mampu ke Dhiya raih cinta Faris?
InshaAllah....jodoh Allah yg tentukn,
ReplyDeleteandai ada jodoh mereka...
Deletedhiya JANGAN pergi!
ReplyDeletetoo late...she will go
Deletexpa. Mika kan ada..haha
ReplyDeletemika suka ke kat dhiya?:P
Deleteif nak pergi, pergi dgn mika... somehow i do prefer mika to be the hero know//huhu
ReplyDeletedhiya alergik dengan mika
Deletemika anti dhiya...so macam mana? :P
Mikaaa. Suka muka sangat sangat.
ReplyDeletesuka mika? haish...sukalah faris :P hahah
Deletesaya pun suka mika.
ReplyDeletesaya pun suka dia :P
Deletei wonder sape yang ckap "berhenti" tu...hahaha...penyelamat...nak dhiya dgn org 'tu'...bole???hehehe
ReplyDeletesaya pun tertanya jugak ni :P hehehe...penyelamat tu ke? nak jugaklah :P
DeleteHati kuat mengtakan mika yg selamatkn dhiya dulu..tk tau nape..hihi..
ReplyDeleteJadik kan mika hero cerita nih pleasee!!!
Tau sangat..mika mesti suka dhiya..mika cam tuh sebab ego tuh..wahh...mcm saya tahu pulak..hahaha..btw tk suka faris..
pape pon..best..teroskan ok..
erk...nak bagi mika ke jadi hero? hmm...hmmm...hehehe
DeleteNak dhiya ngan mika
ReplyDeleteer.....boleh2 :P
DeleteNk dhiya ngn mika la...sure mika tu dh lama suka dhiya tp duk main pendam pendam...kan..kan...suwitttt ;p
ReplyDeleteye ke? yakin mika suka dhiya? :P
DeleteKesian Dhiya...
ReplyDeletekesian sangat :(
Deletebuat la dgan mika . best . suke mika sngat2 .
ReplyDeleteohmaiii!!! rse nk nangessss..... huwaaaa! rse nk siat2 je faris tu...
ReplyDeletealorh...dont cry please...jom siat dia jom :D
Deletekak najwa Xnk mika dgn dhiya!!!wlaupun,mika pon blh thn jgk,tp still Xnk mika...haha...nk dhiya dgn faris jgk...please!!!
ReplyDeleteuish...awk org first yg xnak mika dengan dhiya...hahaha...kenapa tak nak mika? kenapa nak faris? :)
Deletesaya baru je baca mini novel ini and i really like it. tak sukalah dgn Faris tu, tak sensitif dgn perasaan Dhiya.. sedih! saya rasakan Mika yg tlng Dhiya waktu kena belasah dulu...betul tak? saya nak Faris tu cemburu kalau tengok Dhiya dgn lelaki lain..hehehe
ReplyDeleteterima kasih debby :). lelaki kan mmg tak sensitif psl perasaan perempuan.. hehehe...no komen on siapa yg tlg Dhiya tu :P
Deletehmm..boy n girl cant be bff without either one fall!!
ReplyDeletebak kate faris ko da kenal aku luar dalam maksudnya dieorg rapat dan sgt xmustahil slh sorg akn jatuh dkt bffny.. plg worst sbb yg sllu jatuh tu pompuan n lelaki slluny mcm faris la care dkt dhiya tp syg dkt aireen.. hmm..teremosi plak dekat sini..hehe..sori tuan tanah..apepon sy akan follow cite ni..hee..happy writing..^_^
true enough...mostly, kalau lelaki n perempuan jdi kwn baik, slh seorang akn terjatuh dan itu menyedihkan :( faris syg dhiya tp only as a friend...terima kasih sudi follow ye :)
Deletefaris kejam, kata kwn baik, xkn x perasan feeling dhiya dkt dy..buta kayu lah faris ni..kesian dkt dhiya..huhu
ReplyDeletehope dhiya end up with mika..
sbb mika mcm ada simpan perasaan aje dkt dhiya..
-miss nina-
dia tatau...mesti dia xsgka yg dhiya suka dia...sy masih tak tahu siapa yg akn end up dgn dhiya :P
Deletesedihhh.... mcm nie la senang crita bg je mika tu dkt Dhiya.... drpd dgn faris tu...asyik nanges je...mmg la dgn mika jdi sakit hati tpi dlm msa yg sama dia protective.... :) *VOTE FOR MIKA >>> tetiba ngeh2
ReplyDeleteprotective? serius? hahahaha....mika macam menyakitkan hati je :D
Delete