Dia
mengerling ke dalam isi bas. Masih banyak tempat kosong yang belum berpenghuni.
Dia membetulkan hoodie yang tersarung di kepala. Headphone yang berdentum
dengan suara Joel Madden disarung ke kepala.
Dia
pandang ke luar tingkap. Masih ada ramai orang di terminal. Matanya tepat
memandang perlakuan seorang gadis yang memakai kemeja kotak-kotak. Si gadis
kelihatan begitu sedih untuk berpisah dengan seorang perempuan yang dia kira
sebagai ibu si gadis.
Bibirnya
menguntum senyum sinis. Sedih sangat ke berpisah dengan mak dia? Aku? Mama tak
sudi pun nak hantar aku ke terminal. Papa apatah lagi. Dia berbisik sendiri.
Tergeleng-geleng kepalanya. Matanya dipejam, rapat. Dia mahu tidur.
Bunyi
kerusi terhenyak di tempat duduk di sebelahnya buat dia kembali membuka mata.
Dikerling orang di sebelahnya. Si gadis berkemeja kotak-kotak!
Kening
dijungkit. Perempuan ni demam ke apa? Dah sah aku naik bas nak pergi Kuala
Terengganu, kan? “Tak, nak pergi Johor.” Sinis suara si lelaki.
Si
gadis tersenyum, “Haha... my bad! Mestilah pergi KT, kan?”
Si
lelaki diam. Malas nak melayan.
“Saya
Ilya Nazirah. Orang panggil Ilya tapi kalau nak manja sikit, panggil ‘Baby’,”
si gadis cuba berseloroh.
Si
lelaki mengerling, “Ada?”
Si
gadis terpinga-pinga, “Ada apa?”
“Ada
aku tanya nama kau apa?”
Erk!
Terdiam si gadis. Dinginnya mamat ni!
Ilya mengerling si
lelaki di sebelahnya. Dingin dan beku. Sombong. Kerek. Berlagak dan...
macam-macam lagi tanggapan tak elok yang otaknya cakap pasal lelaki itu.
“Kenapa?”
Tersentak
Ilya ditegur lelaki sombong itu.
Si
lelaki buka mata yang dipejam sedari tadi dan terus memandang Ilya.
“Awak
memang spesies sombong dan berlagak macam dunia ni awak yang punya, ke?”
Si
lelaki terkejut dengan pertanyaan Ilya, “Kau memang jenis direct je kan?”
Ilya
tersenyum, “Buat apa nak bersimpang siur bila kita boleh tanya straight je.”
“Aku
malas layan kau.”
Ilya
buat muka, “Eleh, tadi sebelum bas jalan pun awak cakap benda yang sama. Awak
layan jugak saya ni.”
Si
lelaki menggeleng. Volume i-Pod di kuatkan, sehingga Ilya boleh dengar bunyi
berdentum dari headphone si lelaki. Tanpa mempedulikan Ilya, dia menyarung
headphone .
Ilya
ukir senyum sinis, “Gila!”
Si
lelaki buang pandang ke luar tingkap. Gelap. Tak ada apa yang boleh dilihat
tapi matanya tak mengantuk. Kali pertama dalam sejarah dia tak mengantuk dalam
perjalanan jauh. Dulu sewaktu belajar di MCKK, sekejap saja dia sudah terlentok
di dalam bas ketika perjalanan pulang ke rumah.
Tiba-tiba
dia terasa bahunya dicuit. Dia berpaling pada Ilya yang tersengih memandangnya.
Dia melurut headphone turun dari kepala, “Kenapa?”
“Jom
sembang. Saya bosan.”
“Tidur
jelah.”
“Tapi
saya nak sembang dengan awak,” Ilya tersengih, lebih lebar dari tadi.
“Kau
jangan merepek boleh?”
Ilya
menjuih bibirnya ke depan. Si lelaki naik dari Alor Star tapi tutur katanya tak
ada bunyi utara langsung, “Awak ni, tak baik menghampakan permintaan saya tau?”
“Kau
ingat aku peduli?” Si lelaki menjawab.
Ilya
mengeluh, “At least bagitahulah nama awak.”
“Megat
Naqiuddin. Dah? Puas?”
“Orang
panggil awak apa? Naqiu? Din? Que? Naqi? Megat?”
Naqi
tepuk dahi, “Kau memang spesies tak faham bahasa, kan?”
“Panjang
sangatlah Megat Naqiuddin tu,” tanpa mengendahkan komen Naqi, Ilya bersuara.
“Naqi.
Panggil aku Naqi.”
“Saya
nak panggil Din, boleh?”
Naqi
dah tak lalu melayan kerenah si gadis berkemeja kotak-kotak, “Suka hati kaulah
asalkan kau jangan kacau aku.”
Ilya
sengih keji, “Naqi, jom sembang!”
Naqi
menjeling Ilya di sebelah, memang tak reti duduk diam!
“Tadi aku nampak kau
menangis kat terminal. Kenapa?”
Bas
yang baru masuk Tol Sungai Petani Utara tidak menganggu perbualan mereka
berdua. Entah kenapa, dari tak nak layan Ilya, Naqi dah terjebak bersembang
dengan Ilya.
“Oh,
sebab saya tengah sedihlah! Saya nak tinggal ibu, mestilah sedih tapi mana awak
tahu saya menangis?”
“Aku
ternampak.”
Ilya
ukir sengih, “Awak stalk saya?”
“Dalam
mimpi!”
“Sebenarnya...”
Suara Ilya yang perlahan buat Naqi berpaling pada Ilya. Mata gadis itu berkaca,
“Sebenarnya... ayah saya baru meninggal bulan puasa itu hari. Jadi saya jadi
sedih sikit nak tinggal ibu dekat sini.”
Naqi
terpempan, “Sorry to hear that.”
“It’s
okay! At least I know he’s safe there.”
Naqi
terdiam, dah tak tahu nak membalas.
“Ibu
saya, nampak kuat tapi dalam hati dia tak ada siapa tahu. Nasib baik adik
lelaki saya dah habis belajar, lega sikit nak tinggal ibu dekat Alor Star tu
sorang-sorang.”
Naqi
mengangguk, “Adik kau dah habis belajar?”
Ilya
mengangguk, “Dia baru habis diploma. Saya tak pasti bila dia nak sambung
degree.”
Naqi
diam.
“Awak
ni, banyak mulut jugak rupanya ya?”
Tersentak
Naqi ditegur Ilya yang tiba-tiba mengukir sengih.
“Ah,
malas layan kau!” Hoodie ditarik menutup muka.
“Ala,
janganlah macam tu. Jomlah bersembang lagi!”
Naqi
sembunyi senyum yang mahu menguntum. Suara Ilya yang merayu itu memberi rasa
yang lain macam di dalam hatinya.
“Kau
nak sembang apa?” Dia bersuara.
Ilya
menguntum senyum, “Nak cerita pasal isu semasa?”
Hoodie
ditolak ke belakang, “Bosan gila!”
Ilya
garu kepala, “Cerita pasal movie?”
“Aku
tak suka tengok movie.”
Ilya
dah berkerut dahi, “Drama melayu?”
“I
have allergies on those lovey-dovey dramas.”
“Habis
nak cerita pasal apa?”
Naqi
buang pandang ke luar tingkap, “Apa kata kita cerita pasal...”
“Pasal...?”
Ilya jungkit kening.
“Pasal
kita,” dan Naqi berpaling pada Ilya.
“Kau sekolah mana
dulu?” Naqi bertanya sambil matanya membuang pandang ke luar tingkap.
“Menengah
ke rendah?”
“Apa
kata kalau kau cerita dari kau tadika?” Sinis suaranya sambil matanya mencerun
pada Ilya, “Sekolah menengah dahlah!”
“Sekolah
Menengah Kebangsaan Convent, Alor Star. Awak?”
Naqi
pandang Ilya, “Harian biasa?”
Ilya
mengangguk, “Awak sekolah mana dulu?”
“MCKK.”
“Malay
College Kuala Kangsar?” Ilya terlopong, “Seriously?”
“Apa
muka aku ni tak layak ke masuk sekolah tu?”
“Bukanlah
tapi entah... saya terkejut.”
Naqi
mengangguk.
Ilya
gigit bibir bawah, “Awak nak pergi Terengganu buat apa?”
“Interview
kerja.”
“Eh,
awak dah habis belajar?”
“Kenapa?”
“Ingat
awak budak kolej lagi. Gaya tak ada macam nak pergi interview je.”
Naqi
senyum sinis, “Heard that a lot. Nampak sangat aku awet muda, kan?”
Ilya
ukir senyum, “Bukan awet muda tapi awak tu tak sedar diri tua.”
Naqi
menjeling dan Ilya cuma angkat dua jari, menunjukkan simbol ‘PEACE’.
“Awak
interview dekat mana?”
“Kerteh.”
“Mesti
awak orang minyak, kan?”
“Hah?”
Ilya
tepuk dahi, “Maksud saya bukan orang minyak yang pergi rumah orang kampung
merogol anak dara orang tu tapi maksud saya, awak belajar oil and gas.”
Naqi
mengangguk saja, “Ingatkan kau nak cakap aku ni orang minyak yang merogol orang
tu.”
Ilya
ketawa, “Awak ni comellah bila buat muka terlopong macam tu.”
Ah,
sudah! Comel gila dia ketawa macam tu. Naqi buang pandang ke luar tingkap lagi.
Hatinya terdetik satu rasa lagi.
“Dulu awak belajar
dekat universiti mana?” Naqi tersentak. Hampir lima belas minit mereka membisu,
sangkanya Ilya sudah tidur.
“Kau
bukan dah tidur ke tadi?”
“Taklah.
Saya tengah godek-godek beg ni ha. Cari MP3 saya.”
Godek-godek?
Comelnya! Naqi tersenyum di luar sedar, “Kau memang tak tidur ke kalau naik
bas?”
“Tidur
je. Selama ni berulang-alik dari Alor Star ke Kuala Terengganu, saya tidur elok
je.”
“Dah
tu hari ni kenapa kau terlebih ramah ni?”
“Entah,
sebab saya nak sembang dengan awak kot!” Ilya menghulurkan sesuatu kepada Naqi,
“Nak keropok durian?”
Naqi
tersenyum, “Kau ni kelakar.”
Ilya
pula terkaku di tempatnya. Dia... senyum. Senyum manis. Sangat!
“Kau
kenapa ni?” Senyuman mati.
“Tak...
tak ada apa-apa.”
Naqi
membetulkan duduknya. Tersilap bagi senyuman dekat Ilya tadi, “Kau tanya apa
tadi?”
Ilya
garu kepala, “Er... nak keropok durian?”
“Bukan
yang tu!”
Ilya
berkerut dahi memikirkan soalan yang dia tanya pada Naqi tadi, “Hah! Dah
ingat!” Dia terjerit.
“Slow
sikit suara tu. Orang lain tengah tidur.”
Ilya
tekup mulut, “Oopss! Sorry!”
“Apa
soalannya?”
“Awak
belajar kat universiti mana dulu?”
“University
of Leeds.”
“United
Kingdom?”
Naqi
mengangguk, “Kenapa?”
“Hebatlah
awak!”
Naqi
ukir senyum sinis, “Apa yang hebatnya?”
“Yelah,
bukan semua dapat belajar dekat luar negara. Kira hebatlah tu. Saya teringin
jugak nak pergi UK tapi tak ada rezeki.”
“Belajar
rajin-rajin lepas tu sambunglah Master dekat luar negara,” usul Naqi.
Ilya
menggeleng, “Not that easy. Ibu macam mana? Adik saya mesti nak sambung belajar
jugak. Saya baru nak masuk last year. Tinggal lagi setahun. Lepas habis
belajar, saya nak terus kerja. Nak tolong ibu.”
“Kau
anak sulung?”
Ilya
mengangguk.
“Best
ke ada adik?”
Ilya
sengih, “Best sebab ada teman gaduh, teman gosip, teman ketawa, teman
menangis...”
Naqi
senyum tawar, “Untunglah kau.”
“Awak
anak tunggal ke?”
Naqi
menggeleng, “Aku anak bongsu tapi abang kakak aku tak peduli pun aku wujud ke
tak.” Mama dan papa pun anggap aku tak wujud dalam hidup dia orang.
Ilya
tercengang.
“Aku
tahu kau tak faham maksud aku. Tak apalah, buat-buat faham je.”
Ilya
mengangguk. Dia memang tak faham.
“Kau
belajar dekat universiti mana?”
“Universiti
Malaysia Terengganu.”
“Best?”
“Bolehlah!”
Ilya ketawa.
“Aku
cemburu dengan kau.”
“Hah,
kenapa?”
Naqi
senyum tawar, matanya memandang permandangan di luar yang kelam, “Hidup kau,
penuh warna warni tapi hidup aku tak. Hidup aku cuma ada satu warna. Hitam.”
Ilya garu kepala, “Apa
maksud awak?”
“Kau,
walaupun cuma ada ibu dan tak ada ayah, aku rasa hidup kau mesti bahagia kan?”
Ilya
mengangguk.
“Aku,
ada mama papa tapi aku rasa macam dia orang tak pernah ada. Sejak aku kecik,
aku dihantar masuk ke sekolah asrama. Habis UPSR, aku masuk MCKK. Setiap kali
cuti, aku balik rumah tak pernah ada yang menjemput aku kecuali bibik. Abang
dengan kakak aku langsung tak kenal aku. Dia orang ingat aku anak bibik padahal
pangkal nama kami sama, Megat.”
Naqi
hela nafas, “Waktu aku lahir, abang dengan kakak aku tak ada. Semuanya di hantar
ke sekolah asrama, balik rumah bukan mama yang pegang aku tapi bibik. Bibik
yang jaga aku sampai aku darjah satu. Sebab itu dia orang ingat aku ni anak
bibik. Habis SPM, aku dimasukkan KYUEM. Habis A-Level, terus dihantar ke Leeds
tanpa aku sempat kenal parents aku, abang kakak aku.”
“Takkan
waktu cuti sekolah pun awak...”
“Waktu
cuti sekolah, aku dihantar ke tuisyen private dan kelas agama. Dari pagi ke
malam, aku cuma hidup dekat rumah cikgu tuisyen aku. Balik rumah cuma untuk
tidur.”
Ilya
terdiam, “Saya tak tahu.”
Naqi
menggeleng, “Bukan salah kau. Tak ada sesiapa tahu kisah hidup aku. Waktu
graduation day aku, yang datang bukan parents aku tapi bibik aku dan driver
papa aku.”
Ilya
terdiam tanpa kata. Dalam hatinya terbit rasa kasihan pada Naqi.
“Sebab
tu jugak aku tak berapa pandai nak bergaul dengan orang sebab aku tak tahu
sangat nak berkawan. Kau orang pertama yang nak bercakap dengan aku. Sebelum
ni, semua tak berani nak tegur aku sebab aku dingin sangat. Waktu aku sekolah,
aku tak ramai kawan. Orang cakap aku ni asal Antartika sebab dingin je dengan
orang.”
Ilya
mencuit bahu Naqi dengan botol air, “Sekarang ni awak ada kawan baru.”
“Siapa?”
“Saya!”
Ilya senyum.
“Kau?
Tak naklah! Banyak cakap sangat,” balas Naqi tanpa memandang Ilya namun bibirnya terukir senyum. Kau orang
ketiga yang ikhlas nak kawan aku lepas Hairul dan Faris.
Entah bila, Naqi dan
Ilya sama-sama tertidur. Tadi lepas bersembang pasal kehidupan keluarga Naqi
yang sedih, mereka terus diam dan terus hanyut dalam mimpi. Naqi yang sedang
nyenyak tidur terasa tidurnya terganggu bila bahunya dicuit orang.
Terpisat-pisat dia buka mata.
“Kau
nak apa ni?”
“Saya
terjaga. Saya tak boleh tidur. Saya takut dengan gaung-gaung kat jalan ni.”
“Dah
tu kau kejut aku, aku boleh buat apa?”
“Teman
sayalah.”
“Aku
mengantuk.”
“Awak
suka naik bas?” tanpa mempedulikan rungutan Naqi, Ilya bertanya.
“Suka.”
“Sebab?”
Naqi
ukir senyum walaupun matanya masih tertutup rapat, “Sebab aku bebas dari driver
mama dan papa aku.”
“Oh,
awak ada driver sendiri?”
“Sort
of.”
“Best
tak?”
“Mula-mula
dulu best tapi lepas setiap kali singgah kat tempat ni, singgah tempat tu kena
lapor dengan Tuan Megat dan Puan Raja, jadi rimas.”
“Tuan
Megat?”
“Papa
aku. Dia sebenarnya tak bagi aku naik bas, tak kena dengan taraf dia. Aku nak
drive sendiri, tak bagi sebab sayang kereta-keretanya yang berlambak dekat
porch rumah tu. Dia suruh aku pakai driver, aku tak nak! Aku rasa terkongkong
jadi aku naik bas. Aku rasa bebas.”
“Awak
memang asal Alor Star ke?”
Naqi
menggeleng, “Aku bercuti dekat Alor Star. Aku bukan orang Alor Star.”
“Patutlah
awak cakap tak bunyi Kedah langsung.”
“Kau
pun sama.”
“Eh,
saya kalau dengan orang luar memang tak cakap loghat utara. Takut orang tak
faham.”
“Yeah
right!”
“Awak
tak rindu parents awak?”
“Rindu
dekat parents tu macam mana? Aku tak tahu.”
Ilya
terdiam.
“Aku
dapat interview dekat Kerteh ni pun dia orang tak tahu. Bagi parents aku, once
aku dah dapat pelajaran secukupnya, aku kena hidup berdikari tapi berdikari di
dalam lingkungan kawalan mereka. Papa aku suruh aku kerja dengan kawan dia tapi
aku tak nak. Cukuplah dia orang atur hidup aku. Aku nak atur hidup aku
sendiri.”
Ilya
senyum, “Buktikan pada parents awak, awak boleh!”
“I
don’t think they care.”
“They
will. Parents mana yang tak sayang anak?”
“Mine!”
Naqi menjawab sambil menyengetkan kepalanya ke arah Ilya.
“Awak
je yang fikir macam tu.”
Naqi
angkat bahu, “Change the topic please, talking about them gave me nausea.”
“Umur
awak berapa?”
Naqi
ukir senyum nakal, “Teka sampai dapat.”
“Eleh...
mesti umur awak 25 kan?”
Naqi
geleng, “Salah.”
“Eh,
bukan?”
“Kau
umur berapa tahun ni?”
“Saya
baru 23 tahun.”
“Aku
24 tahun, tua setahun dari kau.”
“You,
what?!”
“Kau ni mulut
bisinglah!” Naqi mengguman di bawah hoodie. Berlakon.
Ilya
yang turut berlakon pura-pura tidak mendengar kata-kata Naqi. Tadi lepas dia
terjerit tentang umur Naqi, pemandu bas terkejut dan terus menekan brek. Nasib
baik tak ada kereta di belakang bas, kalau tidak...
“Dah
boleh jalan. Tak ada apa-apa.”
“Siapa
yang menjerit tadi? Terkejut aku.”
“Entah,
adalah kot sapa-sapa tu. Mengigau kot.”
Suara
pemandu bas dan co-drivernya buat Ilya dan Naqi masing-masing menahan ketawa.
“Semua
salah kau.”
“Apa
saya pulak!”
Naqi
menggeleng, malas nak bertekak dengan Ilya.
“Naqi?”
“Apa?”
“Awak
memang tua setahun dari saya?”
Naqi
senyum dan mengangguk, “Aku baru habis belajar sebenarnya. Kenapa?”
“Tak
percaya. Ingatkan awak 25 tahun.”
“Aku
habis belajar tahun lepas, baru balik Malaysia dan terus bercuti satu Malaysia.
Tiba-tiba minggu lepas bibik kata aku dapat interview kerja. Aku on jelah!”
“Awak
lompat kelas ke dulu?”
Naqi
mengangguk, “Pandai kan aku?”
“Pandai,”
Ilya mengangguk-angguk. Memang pandai.
Naqi
senyum. Comel budak ni, “Dahlah, tidurlah. Kalau kau takut gaung tu, tidur
mengiring dekat aku. At least kau nampak aku, bukan gaung.”
Ilya
mengiring ke kanan dan terus pejam mata, “Hmm... awak kalau senyum, boleh
mendamaikan jiwa saya. Senyum selalu, okey?”
Senyuman
Naqi mati. Did she just said...? Hoodie ditarik ke belakang. Wajah Ilya yang
sudah terlena dia amati dengan bersungguh-sungguh. Kenapa ada rasa lain dalam
hati aku bila pandang dia? Aduh parah, tak sampai dua puluh empat jam kau kenal
dia, Naqi!
Ilya buka mata yang
terasa kelat bila bas SP Bumi itu tiba-tiba berhenti di sebuah kedai makan. Dia
pandang ke kanan. Cahaya di dalam bas membolehkan dia merenung wajah Naqi. Tadi
gelap, tak nampak sangat wajah Naqi. Naqi ni boleh masuk dalam kategori makhluk
Tuhan yang kacak.
Walaupun
rambutnya agak serabai sikit tapi itu sikit pun tak mencacatkan wajah Naqi
bahkan ia membuatkan Naqi kelihatan lebih kacak.
Anak
teruna orang, Ilya. Hang dok renung apa? Bisik hatinya. Ilya menggeleng
perlahan, awat hang ni Ilya? Jatuh cinta pulak? Jangan oii... ni anak Tuan
Megat dan Puan Raja. Hang tu anak Encik Nazri dengan Puan Hajar ja.
“Kau
tergeleng-geleng kenapa?”
Terkesima
kejap ditegur Naqi, “Tak ada apa-apa.”
“Kau
keluar kejap. Aku nak turun pergi toilet,” Naqi memberi arahan. Tanpa bantahan,
Ilya keluar dari tempat duduknya dan Naqi terus turun meninggalkan Ilya.
Ilya
pegang dada, kenapa rasa macam tak normal degupan jantung aku ni?
Ilya mengunyah sandwich
telur yang telah dibekalkan oleh ibunya. Degupan jantungnya sudah kembali
normal namun dia rasa dia seperti sedang terbang di langit. Fikirannya
seolah-olah melayang. Aku dah kenapa?
“Kenapa
kau ni?”
Tersedak
Ilya saat batang tubuh Naqi berdiri di depannya.
“Mana
ada apa-apa.”
“Keluarlah,
aku nak masuk.”
Ilya
bangkit dan terus keluar dari tempat duduknya, memberi laluan kepada Naqi.
Wajah Naqi tampak sedikit segar setelah pulang dari tandas.
“Awak
nak tak?” Naqi yang baru bersandar berpaling ke kiri bila suara Ilya menyapa
telinganya.
“Apa
tu?”
“Sandwich
telur dan tuna. Ibu saya bekalkan sebab ibu tahu saya takkan turun dari bas
kalau bas berhenti. Ambiklah satu. Sedap ooo sandwich telur ibu saya buat. Best
in the world.”
Naqi
mencebikkan bibirnya, “Kalau tak sedap?”
“Hei,
tak baik tau cakap gitu. Awak tak rasa lagi, cuba rasa dulu. Terangkat awak
nanti.”
“Terangkat
pergi mana? Langit ketujuh?” Sinis. Dingin. Beku.
Ilya
memuncungkan mulutnya, “Tak nak sudah!”
Naqi
tersenyum. Eh, budak ni dah pandai nak merajuk pulak! “Bagi aku satu.”
“Tadi
banyak sangat komen, itulah inilah...” separuh membebel Ilya menggumam.
“Ilya
Baby, Abang Naqi nak satu boleh?”
“Euww...”
Ilya buat muka bila Naqi memanggilnya baby.
“La,
tadi waktu perkenalkan diri kau kata nama manja kau baby. Aku panggillah kau
baby.”
Ilya
buat muka, “Tu untuk breaking the ice lah brother!”
“Dah
tu, pecah tak aisnya?”
“Hah?”
“Breaking
the ice?”
“Nak
pecah amende? Beku tahap apa entah. Dingin je.”
“Perli
akulah tu.”
Ilya
ukir senyum sinis, “Terasa ke?”
Naqi
menghulurkan tangan kanannya, “Aku lapar. Nak sikit sandwich telur ibu kau yang
best in the world tu.”
Ilya
ukir senyum, “Serius, best in the world,” sandwich telur bertukar tangan.
Dengan
lafaz bismillah, Naqi menggigit sandwich telur itu. Lama dia terdiam sebelum
kembali bersuara, “I can taste...”
“Sedap
kan?”
“I
can taste mother’s love from this.”
Ilya
terdiam. Naqi nampak bersungguh-sungguh menghabiskan sandwich telur yang diberi
Ilya.
“Naqi?”
Ilya menegur Naqi yang merenung sandwich telur yang sudah tinggalk lagi sedikit
di tangannya.
“Aku
tak pernah makan makanan yang dimasak oleh seorang ibu. Ini kali pertama.
Walaupun rasanya biasa je tapi aku dapat rasa sentuhan seorang ibu di dalam
sandwich telur ni.”
Ilya
rasa nak menangis. Sedih. Simpatinya jatuh pada Naqi. Bekas lutsinar yang
berisi sandwich telur dan tuna dihulur pada Naqi, “Awak nak? Saya dah kenyang.”
Naqi
memandang Ilya lama dan dia mengangguk di luar sedarnya.
Ilya membelek MP3 di
tangannya. Kekok dia rasa sejak kejadian awak-nak-sandwich-telur-ibu-saya-buat
yang menjadikan Naqi lebih senyap dari mula mereka kenal.
“Kenapa...”
Ilya
berpaling ke kanan.
“Kenapa
kau tekan MP3 kau tu sampai nak pecah?” Tanya Naqi, separa kerek.
“Eh,
biarlah! MP3 saya bukan MP3 awak.”
“Apa
erti kehidupan pada kau?”
Jemari
Ilya yang masih menekan-nekan MP3nya terhenti. Perlahan-lahan dia memandang Naqi
yang sedang merenung langit yang gelap, “Kenapa?”
“Bagi
aku, hidup ni macam game perang. Kau yang tentukan arah hidup kau. Kalau kau
tersilap langkah, kau meletup terkena bom. Kalau kau rancang betul-betul, buat
strategi, insyaAllah kau akan selamat tapi...”
“Tapi?”
“Tapi
bila semuanya dirancang, hidup jadi bosan. Macam duduk dalam sangkar. Tak bebas
nak berlari, kena ikat di kaki.”
“Sebab
tu awak tak boleh samakan game perang dengan hidup kita ni. Game tu lain. Hidup
kita lain. Bagi saya, kehidupan ni macam pentas lakonan yang berlakon secara
spontan. Awak mainkan watak awak dan saya mainkan watak saya. Kita ikut skrip
yang ditentukan Allah, yakni takdir hidup kita. Semuanya unpredictable. Kita
diberi pilihan, pilih salah satu dan kita akan berjalan, mengikut takdir yang
Allah tulis untuk kita. Baik jalan yang kita pilih, baik jugaklah hidup kita
tapi macam saya cakap, life is unpredictable. Mana tahu di tengah jalan kita
terjumpa ujian-ujian besar sebelum kita sampai ke destinasi.”
Naqi
senyum, “Kau dah macam A. Samad Said.”
“Lah,
saya serius ni.”
“Kita
jumpa hari ini bukan kebetulan, kan?”
Ilya
menggeleng sambil tersenyum, “Tak, tak ada kebetulan dalam hidup kita. Semuanya
telah Dia takdirkan untuk kita.”
Dan
Naqi turut tersenyum. Terima kasih Allah kerana membawa dia kepada aku.
Ilya memandang Naqi
yang sudah tertidur. Dia pasti bila dia tertidur tapi dia ingat lagi tadi
mereka bersembang tentang erti kehidupan. Samsung Galaxy Mini dikeluarkan dari
poket sweater dan diam-diam dia menangkap gambar Naqi. I’ll keep this as a
token of friendship.
“Kita
dah sampai mana?”
Ilya
yang sedang tersenyum merenung wajah Naqi yang terpampang di skrin telefon
bimbitnya terus mati senyumannya, “Setiu.”
“Kau
buat apa tu?”
“Mana
ada buat apa-apa.”
“Nampak
gelabah ayam je.”
Ilya
angkat kening, “Saya ada rupa ayam ke?”
“Adalah
sikit. Mulut bising serupa ayam berkokok pagi-pagi buta.”
Pap!
Bahu Naqi dia pukul dengan botol air mineral yang kosong.
“Sakitlah!”
“Siapa
suruh cakap saya macam ayam.”
Naqi
ukir senyum mengusik, “Okeylah, macam itik. How’s that sound?”
“Ei,
awak tu serupa penguin!”
Terdiam
Naqi seketika sebelum ketawa, “Penguin comel. Kau cakap aku serupa penguin. Kau
sebenarnya nak cakap aku ni comel macam penguin, kan?”
“Urgh!
Perasannya.”
“Jangan
malu-malu, aku tak kisah kalau kau nak puji aku. Aku faham. Aku memang comel.”
Ilya
buat muka.
“Ilya.”
“Ya?”
Dia berpaling ke kanan dan tercengang saat Naqi mengambil gambarnya.
“Megat
Naqiuddin!”
“I’ll
keep this as a token of our friendship, kay?”
“Mana
aci. Saya tak ada gambar awak,” Ilya buat muka sedih.
“Kau
ingat aku tak tahu kau curi-curi ambik gambar aku tadi?”
Ilya
tersipu-sipu, “Awak tahu?”
“Aku
dah jaga pun tadi.”
Ilya
buat muka, “Fine!”
“Ilya.”
“Ya?”
Sahutnya tanpa memandang Naqi.
“Jom
ambik gambar berdua.”
“Hah?”
Dia berpaling kepada Naqi dan dia lihat Naqi tersenyum. Darah menyerbu ke muka.
Kenapa muka dia nampak comel sangat ni?
Mereka terus bersembang
selepas mengambil gambar berdua. Entah kenapa Ilya mengikut kata-kata Naqi dan
entah kenapa Naqi mengusulkan cadangan seperti itu.
Perbualan
yang mulanya kekok menjadi ceria saat Ilya bercerita tentang pengalamannya
menangkap ayam. Mereka ketawa, mereka bercerita seolah-olah hanya ada mereka di
dalam bas itu.
“Naqi...”
“Ye?”
“Saya
mengantuk.”
Naqi
mengangguk, “Tidurlah.”
“Tak
apa ke?”
“Lah,
kenapa pulak?”
“Nanti
awak nak sembang dengan siapa?”
Naqi
angkat bahu, “Nanti aku akan tertidur sendiri.”
“Nak
kongsi dengar ni?” Ilya menghulur earphonenya kepada Naqi.
“Aku
ada lagu sendiri.”
Ilya
ukir senyum, “Yeah, right! Lagu yang buat orang boleh terjaga dari tidur.”
Naqi
menggeleng namun earphone itu di capai, “Lagu apa ni?”
“Can’t
help falling in love.”
“Euw,
cheesy!”
“Dengar
jelah.”
Disumbat
earphone ke telinga. Mata mengerling pada si gadis yang sudah memejamkan mata.
I can’t help falling in love with you, Ilya.
Wise
men say only fools rush in
but I can't help falling in love with you
Shall I stay
would it be a sin
If I can't help falling in love with you
Like a river flows surely to the sea
Darling so it goes
some things are meant to be
take my hand, take my whole life too
for I can't help falling in love with you
Like a river flows surely to the sea
Darling so it goes
some things are meant to be
take my hand, take my whole life too
for I can't help falling in love with you
for I can't help falling in love with you
but I can't help falling in love with you
Shall I stay
would it be a sin
If I can't help falling in love with you
Like a river flows surely to the sea
Darling so it goes
some things are meant to be
take my hand, take my whole life too
for I can't help falling in love with you
Like a river flows surely to the sea
Darling so it goes
some things are meant to be
take my hand, take my whole life too
for I can't help falling in love with you
for I can't help falling in love with you
“Kuala Terengganu! Kuala Terengganu!”
Ilya membuka mata. Naqi di sebelahnya turut
membuka mata.
“Eh, dah sampai Kuala Terengganu?” Tanpa
mempedulikan Naqi, dia segera mengemaskan barang-barangnya dan terus berdiri.
Dia memandang Naqi, “Eh, kenapa tak siap lagi? Jomlah turun.”
“Aku turun dekat Kuala Berang.”
Pap! Beg yang digalas melurut jatuh, “Bukan
Kuala Terengganu?”
Naqi menggeleng.
“Er...”
Naqi ukir senyum, “So this is good bye.”
Ilya mengangguk, “I hope we’ll meet again,
later.”
Naqi senyum, “Kalau ditakdirkan Dia.”
Ilya gigit bibir, dia tarasa sedih tiba-tiba.
Dia dah tak tahu nak cakap apa. Pertemuan yang tak sampai dua puluh empat jam,
telah memberikan impak yang besar kepada dirinya. Tempoh lapan jam yang selama
ini terasa panjang, hari ni terasa singkat.
“Kuala Terengganu! Turun cepat. Bas nak gerak
dah ni!” Suara pemandu bas mematikan lamunannya.
“Good luck on your interview.”
“Doakan aku dapat kerja kat Kerteh. Nanti aku
boleh melawat kau kat sini.”
Ilya mengangguk, “Saya pergi dulu.”
“Ilya.”
Ilya yang baru nak berlalu berhenti lalu
berpaling, “Kenapa?”
“Nah, hadiah dari aku.”
Headphone yang dipakai oleh lelaki itu
dihulurkan kepadanya, “Tapi...”
“Take it.”
Ilya tersenyum lalu dia keluarkan sesuatu
dari poketnya, “Swap.”
Earphone dan headphone itu bertukar tangan.
Tanpa sebarang pamitan, Ilya turun dan Naqi terus duduk di tempatnya kembali.
“Till we meet again, Ilya Nazirah.”
Ilya di bawah, menitis air matanya. Betullah,
takdir Allah menentukan mereka bertemu di Alor Star dan berpisah di Kuala
Terengganu.
Ilya
terus menapak pergi apabila bas SP Bumi itu bergerak meninggalkan platform. Dia
terkaku di tempat itu. Masih setia berdiri dengan berharap Naqi turun dan
berlari kepadanya.
Mimpilah
hang, Ilya! Hang bukan sesiapa pun pada dia. Ilya berpaling dan mula bergerak
menuju ke teksi yang kosong. Dia berpaling sekali lagi. Bas SP Bumi sudah
hilang dalam dingin pagi. Dia pejam mata. Sukar untuk akui hakikat itu tapi harus dia akui, dari Alor Star ke Kuala Terengganu, dia jatuh cinta…
Dan di dalam bas SP Bumi itu, si lelaki membetulkan letak earphone di telinga. Dia pejam mata, berharap untuk terlena. Mungkinkah akan ada pertemuan yang kedua antara dia dan Ilya? Dia akui, dalam masa lapan jam perjalanan dari Alor Star ke Kuala Terengganu, dia sudah terjatuh hati pada Ilya Nazirah, gadis becok yang tak reti duduk diam...
p/s: this is the edited version of From Alor Star to Kuala Terengganu, I Fall In Love. Simple story and doesn't have an ending. Sebelum ni, ramai request cerita ni dijadikan novel. Sebelum tu jadi, saya nak tanya which version is better. This one or the other one? :)
I prefer this edited version. version yg lama mereka bertukar no hp, kan..tidak straight forward bertukar no hp tapi dah ada 'rasa' di hati masing2. fall in love at the first sight...and pls continue...
ReplyDeleteedited version :D
ReplyDeletebest la..unik n sweet je citer ni, xsabar nak baca..
ReplyDeleteYg ni lagi best.. =)
ReplyDeletebest... ^_^
ReplyDeleteSo damn sweet sist ! Love it. Err.. Blh pnjangkan x? Jd cerpen bersiri ke. Hehe X puas lah ending dy mcm tu je. Huhuhu.. Please.. Please.. Pleaseee !
ReplyDeleteEdited ver. ni lg best. Berpisah tanpa contact number lg mencabar
ReplyDeletewohoooo...best...jdikan cerpen bersiri pon okey...y nie lgi best...sbb x brtukar no fon...so diorg akan tr6ti2 tuk brtemu kmbali...dripade ad no fon,diorg blh contact...heheheh...
ReplyDeletenadia zaidi...
This version is better and I just love it
ReplyDeleteEdit lagi lagi besttt :D
ReplyDeleteomo ! yongseo ! <3 <3
ReplyDeletebest, best, best. tak baca pun yg sblm ni punya. tpi, yang ni still best !
sambung plisssssss. ;)
-fatinMalyanah
Assalam. Just found ur blog and this story was awesome. Sedih sket at the last part sbb diorang terpisah mcm tu ja. Was hoping for you to continue this story. Maybe short story or AS to KT part 2 ka. Overall mmg superb. Saya suka!! Hehehe ;D
ReplyDeleteawesome..nak sambungan die..bt lah novel..hurmmbest sesangat..nak tahu lg kisah dorang nieyh..heheh
ReplyDeletebest n sweet
ReplyDeletebest n sweet
ReplyDeleteLama aih menunggu sambungannya ... Bila nk ade sambungannya?? Tak sabar nk baca sambungannya ni... Lama dah tunggu :)
ReplyDeleteBaru nk komen..yg ni lgi best..tnpa fon numb..bru trill sket.kalo dah first meet da tuka fon numb kurang sopan sket jadinya..hahaha
ReplyDelete