Friday, 2 January 2015

[CERPEN] 2 JAM 12 MINIT 22 SAAT

Fad mengerling jam di tangannya. First interview tapi dia lambat. Oh lif, tolonglah cepat sikit turun ke bawah! Jantungnya dah dag-dig-dug dah ni! 
Bunyi derap kaki yang menghampiri kawasan menunggu lif itu buat dia berpaling pada yang melangkah. 
Fad terpana sendiri! Mangai, kacak nak M! Walaupun lelaki yang sudah berdiri di sebelahnya tidak begitu terurus gayanya, dia tetap nampak kacak. Kenapa tak terurus? Rambut lelaki itu kelihatannya seperti tidak bersikat, tali leher di bawah kolar baju dibiarkan tak berikat, kemejanya, di bahagian pergelangan tangan dibiarkan tak berbutang. Tak terurus tapi aura kacak tetap ada.
"Yes, anything?" Si lelaki mengangkat kening bila sedar yang Fad ralit menganalisa dirinya.
Fad tersenyum malu sebelum matanya kembali dihala pada lif yang sudah pun terbuka. Bila masa yang turunnya, dia pun tak tahu! Lantaklah, asalkan dia sempat sampai ke tempat interview.
Fad dan lelaki itu kemudiannya, sama-sama masuk ke dalam lif yang kosong itu. Sebaik saja pintu lif tertutup, Fad dan lelaki itu sama-sama menghulurkan tangan nak menekan butang lif dan sama-sama juga mereka berhenti dari menekan.
"Eh!" Fad garu kepala, "Awak nak naik tingkat berapa? Saya tekankan."
Si lelaki berdehem seketika sebelum bersuara, "Tingkat lapan."
"Eh, awak pun nak pergi interview jugak ke?"
Si lelaki tercengang sebelum mengangguk, "Yes. Tapi..."
"Saya pun nak pergi ke interview tu jugak tapi saya nervous giia. This is my first interview lepas habis belajar. Saya risau sangat."
Lelaki tu mengangguk saja. Ayat yang dia nak cakap pada Fad terus dia telan melihat wajah resah Fad. 
"By the way, saya Fadzlin!" Fad tersenyum.
Si lelaki mengangguk tanpa memandang Fad, Leka dengan tali leher yang belum berikat, "Aden."
Fad mengangguk. Oh, Aden... nice name. Puji Fad dalam hati. Nak puji depan-depan, macam malu pula...
Mereka berdua kemudiannya senyap tak bersuara. Leka melayan diri masing-masing. 
Tiba-tiba, sebaik saja lif itu sampai di tingkat empat, tiba-tiba lif itu seperti bergoyang sendiri. Lampu lif juga sudah berkelap-kelip. 
"Aaah!!" Fad dah terduduk, "Ya Allah!"
Aden memegang dinding lif, menahan dirinya dari terjatuh, "Ya Allah, lif ni stuck ke?"
Lif itu kemudiannya berhenti dari bergoyang. Lampu di dalam lif, terpadam terus. Fad dah rasa berpeluh tapak tangan. 
"Fadzlin, awak okey?" Suara Aden kedengaran tidak jauh dari tempat dia terduduk.
Fad terus menitiskan air matanya mendengar suara Aden, "Saya takut..."
Aden keluarkan telefon jenama Nokia lama yang ada di dalam poket seluarnya dan fungsi torchlight dibuka, "Sekarang, takut lagi?"
Fad mengesat air matanya. Lif yang gelap itu jadi sedikit cerah. Perasaan takut yang ada, beransur-ansur pergi.
Aden senyum. Tali leher yang tadi dah siap berikat dileher dirungkai semula sebelum tangannya menekan butang loceng kecemasan lif.
"Kenapa lif ni boleh berhenti tiba-tiba pulak?" Gumam Fad sambil bersandar pada dinding lif.
"Adalah tu. Lif ni memang selalu rosak pun," balas Aden sambil melipat lengan kemejanya ke siku. Panas yang amat lif ni!
"Eh? Selalu rosak? Awak selalu ke syarikat ni?"
Aden tercengang dua saat. Oh, terlupa pula! "Saya selalu datang syarikat ni. Dulu saya kerja penghantar barang, so selalulah datang sini."
"Oh, patutlah!" Fad mengangguk, "Kiranya awak pernah terperangkap dalam lif ni jugaklah?"
Aden senyum lalu menggeleng, "This is my first time actually. Cumanya saya selalu dengar orang dalam syarikat ni bercakap pasal lif yang selalu rosak. So I guess, this is the infamous lift."
Fad ketawa namun tawanya mati apabila...
"Krek!!" Lif itu tiba-tiba bergerak ke bawah sebelum kembali berhenti, mengejut.’
Fad tiba-tiba rasa nafasnya bagai tersekat! Oh no, panic attack dia dah datang! "A... Aden..."
"Ya?"
"I... I... can't... breathe..."
Aden tercengang! Ah, sudah!
"Fad, look at me please! Tengok saya."
Fad berpaling pada Aden. Dadanya, berombak-ombak. Nafasnya masih tersekat-sekat. Dia terasa sangat sesak kala itu. Rongga pernafasannya bagai tersumbat. I need air!
"Fad, everything will be fine. InsyaAllah. Tarik nafas panjang, perlahan-lahan dan hembus, perlahan-lahan. Kosongkan fikiran, jangan fikir pasal lif, pasal benda-benda yang tak best. Fikir pasal benda yang best-best aje..."
Fad mengikut arahan Aden. Nafas ditarik perlahan-lahan, dihembus juga perlahan-lahan. Matanya dipejam rapat. Wajah ibu dan ayahnya, muka Tommy si kucing kesayangan, wajah Paden adiknya, wajah Aimy kawan baiknya bermain-main di mindanya.
Aden menarik nafas lega bila melihat Fad yang kembali tenang, "Awak ada panic attack ke?"
"Kinda. Jarang jadi. Kalau jadi tu mesti sebab saya panik betul."
"Breathe in, breathe out. Relax, okey? Everything will be fine."
Fad mengangguk, "Tapi awak kena keep talking dengan saya, kalau tak saya akan panik balik."
"Okey, let me tell you a story. About a guy, falling in love with a girl he met in a lift dan dia orang pun terperangkap dalam lif, macam kita."
"O... key..." Fad mengangguk.
"Kisah ni bermula pada suatu pagi. Ketika itu, si gadis masuk ke dalam lif dengan tangan penuh dengan fail..."

"Excuse me sir, boleh tak tolong tekan loceng ke tingkat lapan?"
Si lelaki mengangguk, "Sure."
"Thank you," ucap si gadis apabila lelaki itu menekan butang tingkat lapan.
"Welcome. Banyak fail, untuk apa semua fail ni?"
"Oh, just some paper of proposal and stuff. My boss ada meeting kejap lagi dengan client dia. Suruh I fotostat proposal and all this stuff tapi mesin fotostat kat ofis rosak, terpaksa fotostat kat kedai kat luar."
Si lelaki ketawa, "Kesian you."
"It's my job, anyway. Amanah orang bagi, kita kena jaga sebaiknya."
"Baguslah macam tu. Your boss is very lucky to have you as his worker."
Si gadis baru nak membalas tapi lif itu tiba-tiba bergegar dan berhenti, di tingkat empat! Lampu lif, terpadam terus!
"Ya Allah!" Terlepas terus semua fail di tangan si gadis. Si lelaki pula terus menekan butang loceng kecemasan,
Si gadis dah terduduk di lantai lif. Dia dah menangis. Bersungguh-sungguh dia menangis.
"You, please don't cry! We're going to be fine," si lelaki dah mendekati si gadis yang sedang menangis,
"I takut..."
"I know. I tau tapi you tak boleh macam ni. Kita kena banyak berdoa pada Tuhan."
"I... selalu tengok dalam movie je scene terperangkap dalam lif ni. I tak... boleh berfikir dengan normal sekarang ni."
Si lelaki diam. Lama sebelum dia tiba-tiba mengalunkan sebuah lagu...
I wanna know

Who ever told you I was letting go
Of the only joy that I have ever known
Girl, they were lying

Just look around

And all of the people that we used to know
Have just given up, they wanna let it go
But we're still trying

So you should know this love we share was never made to die

I'm glad we're on this one way street just you and I 
Just you and I

I'm never gonna say goodbye

Cos I never wanna see you cry
I swore to you my love would remain
And I swear it all over again and I
I'm never gonna treat you bad
Cos I never wanna see you sad
I swore to share your joy and your pain
And I swear it all over again
All over again

Some people say

That everything has got its place in time
Even the day must give way to the night
But I'm not buying
Cos in your eyes
I see a love that burns eternally
And if you see how beautiful you are to me
You'll know I'm not lying

Sure there'll be times we wanna say goodbye

But even if we try
There are some things in this life won't be denied
Won't be denied

I'm never gonna say goodbye

Cos I never wanna see you cry
I swore to you my love would remain
And I swear it all over again and I
I'm never gonna treat you bad
Cos I never wanna see you sad
I swore to share your joy and your pain
And I swear it all over again

The more I know of you is the more I know I love you

And the more that I'm sure I want you forever and ever more
And the more that you love me, the more that I know
Oh that I'm never gonna let you go
Gotta let you know that I

I'm never gonna say goodbye

(I'm never gonna say goodbye)
Cos I never wanna see you cry
(never wanna see you cry) 
I swore to you my love would remain
And I swear it all over again and I
(swear it all over again and I)
I'm never gonna treat you bad
(never gonna treat you bad)
Cos I never wanna see you sad
(never wanna see you sad)
I swore to share your joy and your pain
(oh no, oh no)
And I swear it all over again

All over again

All over again
And I swear it all over again

Perlahan-lahan bibir si gadis menguntum senyum dan lelaki itu menarik nafas lega. Alhamdulillah...
"Dah berapa lama kita terperangkap dalam ni?"
Si lelaki tengok jam di tangan, "Dah dua jam, lima minit dan satu saat."
"I nak keluar. I dah rasa stuffy gila dalam ni."
Si lelaki mengangguk, "Me too..."
Usai dia bersuara, kedengaran ada suara memanggil mereka, "Mohon duduk setempat, ya? Kami nak buka pintu lif."
Serentak lelaki dan perempuan itu berpandangan, Si gadis tersenyum! "Alhamdulillah."
Si lelaki turut mengukir senyum, "By the way, what is your name? Dua jam kita terperangkap dalam ni. Nama you pun I tak tau."
"Juwita and you?"
"Ajim."
Ktang! Pintu lif terbuka. Juwita dan Ajim terus memandang ke arah pintu yang terbuka. Allahuakbar! Rupa-rupanya lif tidak berhenti di depan pintu. Juwita kembali resah. Macam mana mereka nak keluar?
"Kami akan tarik sorang-sorang dulu, ya?" Seorang ahli bomba di situ bersuara.
"Sure. Keluarkan dia dulu. Saya boleh tunggu," balas Ajim dengan senyuman.
"Baiklah. Cik, mari dekat sini, kami akan tarik cik keluar."
Juwita mengangguk lalu dia mendekati pintu lif yang separuh terbuka. Saat dia menghulurkan tangan kepada ahli bomba yang menunggu, Ajim memanggil namanya, "Juwita."
Dia berpaling, "Ya?"
"Dua jam, dua belas minit dan dua puluh dua saat kita terperangkap bersama. I akan ingat tempoh masa ni sampai I mati."
Juwita tersenyum, "Lepas keluar dari sini, why don't we have dinner together?"
Ajim cuma tersenyum tak membalas, "Go on. Hati-hati."
Juwita mengangguk dan dia terus menghulurkan tangannya pada ahli bomba yang menunggu. Sedaya upaya mereka menarik tangan Juwita sebelum dia berjaya keluar dari lif tersebut. Rakan-rakan Juwita yang menunggunya terus menerpa Juwita dan memeluknya. Lega bila mereka melihat Juwita berdiri di depan mereka.
Tang! Tiba-tiba kedengaran satu bunyi dari lif tersebut membuatkan Juwita memandang ke arah pintu yang separa terbuka itu.
"Tuan, kabel lif putus!" Suara salah seorang ahli bomba buat Juwita terkedu. 
"AJIM!!!!"

"So, that guy mati?"
Aden mengangguk, "Lif tu terhempas ke bawah. Katanya ada orang sabotaj lif. Ajim tu actually klien yang sepatutnya bos Juwita jumpa."
Fad pandang Aden, "Mana you tahu cerita ni?"
Aden cuma tersenyum, "Orang ceritakan."
Mereka kemudiannya sama-sama diam, tak bersuara.
"Fad..."
"Ya?"
"Kita dah terperangkap dalam lif ni dua jam, dua belas minit dan dua puluh dua saat."
Fad terpana memandang Aden. Aden duduk memeluk lutut dan tersenyum.
Fad terus mengalihkan pandangannya pada jam di tangan. Jantungnya berdebar. Panic attack dia datang balik. Takkanlah...
"Fad..." Lembut suara Aden memanggil namanya, "Tempoh masa ni, saya akan kenang sampai mati..."
Fad angkat muka memandang Aden namun wajah Aden kabur. Perlahan-lahan, dia tak sedarkan diri.

"Fadzlin! Jangan buat ibu macam ni lagi."
Fad senyum, "Orang okeylah, ibu."
Ayah hanya menggeleng. Fad tak ingat apa yang jadi dalam lif tadi. Yang cuma dia ingat, Aden panggil nama dia dan dia terus collapse. Eh, Aden! "Ayah, ada tak lelaki nama Aden datang melawat orang?"
Ayah menggeleng. Ibu juga. Fad menggaru kepala yang tidak gatal.
"Assalamualaikum..." Pintu bilik yang dibuka dari luar buat mereka sama-sama memandang ke arah pintu.
"Waalaikumussalam. Oh, tuan! Sila masuk tuan,"
Si lelaki separuh abad yang lengkap berpakaian seragam polis menghampiri katil Fad, "Cik dah okey ke?"
Fad mengangguk, "Alhamdulillah."
"Baguslah macam tu. Saya cuma nak maklumkan yang kes cik ni tiada kaitan dengan jenayah atau apa. Cuma masalah teknikal di syarikat itu saja. Kami tak nak berlaku spekulasi sabotaj atau apa sedangkan ia cuma masalah dalaman syarikat saja."
Fad mengangguk sebelum tersenyum, "Eh, tuan! Boleh saya tanya sesuatu?"
"Ya. Cik nak tanya apa ya?"
"Lelaki yang ada dalam lif dengan saya tadi. Dia okey ke?"
Wajah pegawai polis itu berubah sedikit, "Lelaki? Lelaki mana ya, cik?"
"Lelaki dengan saya. Dia ada dengan saya dalam lif tu tadi."
"Kami cuma jumpa cik saja dalam lif tersebut. Itu pun cik dah pengsan."
Fad terkaku. Habis, siapa yang menemani aku tadi?

"Fad... okey?"
"Orang okeylah, ibu."
Seminggu selepas peristiwa itu, Fad bagai hilang arah. Ni baru dia dapat bernafas dengan normal semula.
"Ni ada surat sampai pagi tadi. Posmen hantar," ujar ibu sebelum meletakkan sekeping sampul surat yang masih belum dibuka ke atas riba Fad.
"Surat apa ibu?"
"Tak tahulah. Cuba Fad buka dan baca sendiri."
Fad terus mengoyakkan sampul surat tersebut dan surat di dalamnya ditarik keluar. Sejurus selepas membaca surat tersebut, surat itu terus terlepas dari tangannya, "Ibu!"
"Ya?"
"Fad..." Fad menekup mulutnya. Ya Allah! "Fad dapat kerja."
"Alhamdulillah! Tapi kenapa anak ibu ni macam sedih aje?"
"Fad dapat kerja dekat syarikat yang Fad terperangkap dalam lif tu. Tapi bu, Fad tak sempat pergi interview pun hari tu."
Wajah ibu terus berubah. Fad dah resah. Siapa yang main prank dengan dia ni?!

Fad bermain dengan jemarinya sendiri. Resah. Tadi, dia menapak naik ke tingkat lapan dengan tangga. Penat? Gila tak penat tapi kalau dia nak naik pakai lif, memang taklah! Serik!
"Cik Fadzlin?" Seorang gadis tinggi menyeru nama Fad.
"Ya, saya."
"Berkenaan surat tawaran kerja ni, memang betul. Syarikat kami yang hantar, atas arahan bos kami."
"Tapi saya tak pergi temuduga."
"Betul tapi bos kami dah tawarkan kerja ni untuk Cik Fadzlin. Cik boleh berjumpa dengan bos kami kalau cik nak."
Laju Fadzlin mengangguk. Senang sikit kalau jumpa bos terus, kan?
"Kalau macam tu, cik tunggu sekejap ya? Saya nak jumpa setiausaha bos dulu."
Fad mengangguk. Dia kembali duduk di atas kerusi yang disediakan di ruang menunggu. Matanya dipejam rapat. Otak dia rasa serabut. Dia nak rehat. Penat memikirkan surat tawaran yang tiba-tiba datang, penat memikirkan di mana Aden...
"Dua jam, dua belas minit dan dua puluh dua saat..."
Pap! Matanya dibuka luas. Bagai terasa ada suara berbisik di telingannya. Fadzlin. Apa kena dengan kau ni?

Fad mengikut langkah gadis tinggi itu menuju ke bilik bosnya. Nama yang terpampang di depan pintu buat jantungnya berdegup laju. Ku Aidan Ku Hazim.
"Assalamualaikum, Encik Aidan."
"Waalaikumusalam," tanpa mengangkat wajah dari fail di atas meja, si lelaki menyahut. Fadzlin semakin berdebar-debar. Tu suara Aden...
"Saya dah bawakan Cik Fadzlin untuk encik. Apa-apa, encik boleh interkom saya saja."
"Terima kasih, Linda."
Gadis yang dipanggil Linda itu tersenyum lalu dia memandang Fad, "Jemput duduk, Cik Fadzlin."
Fad mengangguk saja namun dia masih berdiri. Linda pula terus keluar dari bilik milik Ku Aidan tersebut.
"So, kenapa nak jumpa saya Cik Fadzlin? Tak suka saya tawarkan kerja untuk awak?" Terus saja lelaki itu bersuara tanpa mengangkat wajahnya.
"Saya bukan tak suka. Gilalah saya kalau tak suka bila ditawarkan kerja di syarikat ni tapi masalahnya saya tak pernah ditemuduga untuk jawatan ni atau apa-apa jawatan di syarikat ni."
"Saya dah temuduga awak, awak aje yang tak tahu."
Fad terkesima, "Hah? Bila?"
Si lelaki angkat wajah. Bibirnya mengukir senyum, "Dalam lif minggu lepas, waktu tempoh dua jam, dua belas minit dan dua puluh dua saat kita terperangkap dalam lif sama-sama."
Beg tangan yang dipegang Fad terlepas, "Aden!"
"Suprise!"

"Kenapa daddy tipu mummy?"
Aden ketawa, "Saja. Daddy saja nak kenakan mummy. Sekali mummy merajuk dengan daddy. Dua minggu jugaklah daddy nak pujuk mummy!"
Bella ketawa, "Padan muka daddy. Tipu lagi mummy."
Fadzlin yang sedang meriba cucunya ketawa, "Itulah. Memandai nak tipu. Siap minta tok su kamu menipu mummy waktu kat hospital tu. Punyalah jahat daddy kamu ni! Dahlah berpakat dengan tok aki dengan nenek kamu sekali. Kesian mummy kena tipu hidup-hidup."
"Bukan saja saya menipu. Saya tipu nak kasi awak ingat dekat saya."
"Yelah tu, habis cerita Ajim dengan Juwita tu? Konon Ajim mati, padahal Ajim tu sihat walafiat aje,. Siap kahwin lagi dengan Juwita."
"Siapa Ajim? Siapa Juwita, mummy?"
"Tok ayah dengan opah kamu, Bella!"
Bella dah ketawa terkekek-kekek, "Daddy matikan watak tok ayah, tok ayah tak marah?"
"Tak pun sebab dulu dia buat macam tu jugak dengan opah kamu!"
Bella ketawa lagi sampai menitis air matanya. Alahai, daddy dengan atuk. Sama aje!

"AJIM!!!" Juwita dah terduduk di lantai. Baru kejap tadi dia cakap nak dinner sama-sama. Air matanya sudah menitis. Sedihnya hati, Ya Allah!
"Kenapa menangis ni?"
Juwita panggung kepala. Ajim dah bertinggung di depannya dengan senyuman memekar di bibir, "A... Ajim..."
"Saya main-main aje. Janganlah sedih macam ni."
"Bunyi tadi tu?"
Ajim sengih, "Saya ketuk dinding lif dengan fail awak yang bertimbun tu."
Juwita gigit bibir lalu tangisannya pecah lagi, "Jahat!"



END

24 comments:

  1. Hahaha. Sweet.. pada masa sama mendebarkan :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. mesti mula-mula ingat cerita hantu kan? :)

      Delete
  2. Alahaiii..baca part ajim n juwita dah sebak ingat citer sedih td...alih2
    hadoii..menjadi sungguh plan aden & ajim ni..leh plak jd menantu ngan pak mentua yer
    mmg terkena den mcm fadzlin gak..hahahaha

    Best! Awesome! Deabak! ♡♡♡

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni baru kena like father, like son :) heee terima kasih

      Delete
  3. best gilosss....😍😍😍😍

    ReplyDelete
  4. pandai kak wawa .. adoii kelakar laa

    ReplyDelete
  5. ohmaiiii...sis dh siap nangis dh tauuu...best story...
    (first time komen nie, b4 that jd silent reader jer)..
    teruskan berkarya.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. uik...bakpe nangis. hehehe terima kasih :)

      Delete
  6. Miss nak tnye cket bole? Novel aku dia dan vespa dh publish ke dlm versi cetak??? Sebab saya try search image covel novel tu dlm versi cetak tp tk jumpa.... hope somebody can answer me???

    ReplyDelete
    Replies
    1. ADDV masih belum dipublish. harap maklum. bila akan publish, saya tak ada jawapannya. harap dapat didoakan mssnya siap ya :)

      Delete
  7. So sweetttt .. Btol2 ingatkan yg eden tu xad .. Haha . terpikir jgk la dgn sape fad tu dok dlm lif .. Ilikeu la akk .. Pandai akk maen2 kteorg . haha . iloveusomuchhh la . hihi :*

    ReplyDelete
  8. Berdebar je bace.huhu.. Nice one wawa. Besttt. :)

    ReplyDelete
  9. Ingatkan aden tu roh ajim.. adehh tertipu den btw best sangat..

    ReplyDelete
  10. Hahahahahha... nice!!! Ada suspense, seram, dan sweet dlm satu cite yg pendek.. love it!!! Part ending lawak <3

    ReplyDelete
  11. Best..klakar pn ad...ending dia buat Kte tersengih sorang2...tq..awak

    ReplyDelete