“Mummy,
masak apa tu?” Jihanna memeluk pinggang Puan Suhana yang sedang memasak.
“Jihan
punya favourite, sambal sotong,” balas Puan Suhana, mesra.
Jihanna
meleraikan pelukannya lalu dia bersandar di kabinet dapur, “Makanan kegemaran
kak long?”
Tangan
Puan Suhana yang sedang mengacau sambal sotong di dalam kuali terhenti.
“Kak long
would be glad if mummy masakkan untuk dia,” ujar Jihanna, perlahan. Takut mummy
terasa.
Puan
Suhana tak menjawab sebaliknya dia mencapai pinggan kecil yang ada di rak
pinggan lalu sambal sotong yang di dalam kuali dicedok ke dalam pinggan
tersebut, “Jihan tolong letak lauk ni ke depan.”
Jihanna
hela nafas sebelum mengangguk. Pinggan di tangan Puan Suhana bertukar tangan.
Jihan yang baru nak berlalu terkaku bila ternampak Johanna yang bersandar bahu
pada pintu dapur, “Kak long...”
Puan
Suhana berpaling ke belakang. Johanna betulkan letak sweater pada tubuhnya lalu
dia mendekati water dispenser yang ada di atas kabinet dapur. Gelas yang ada di
tepi water dispenser dicapai dan terus dia memenuhkan gelas itu dengan air dari
mesin itu. Johanna berpaling pada Jihanna, “Jihan ada panadol?”
Johanna
angkat bahu, “Masaklah apa pun. Pia makan aje. Kalau Pia minta favourite food
Pia, belum tentu mummy ingat, kan?”
Puan
Suhana ketap bibir. Terasa seperti disindir walaupun riak wajah Johanna
bersahaja, nadanya juga biasa-biasa. Betul, dia tak ingat apa favourite food
Johanna. Hanya makanan kegemaran Jihanna dan Jehan saja yang dia ingat.
Jihanna
mengeluh. Johanna dipandang. Isyarat mata diberikan pada Johanna. Kenapa cakap
macam tu pada mummy?
Johanna
jungkit kening. It’s a fact, dear sister.
“Pia
rehatlah dulu kat atas. Nanti dah siap masak, mummy panggil.”
Johanna
angkat bahu sebelum berlalu dengan gelas di tangan.
Jihanna
pula mengeluh. Nak salahkan siapa ya dalam hal ni?
Johanna
keluar dari bilik dengan dahi bertempek dengan KoolFever. Jehan, adik lelakinya
mengamit dia supaya segera. Katanya mummy dah siap masak. Masa untuk makan
malam satu keluarga, satu aktiviti keluarga yang tak dapat Johanna elak
walaupun dia tak suka dengan aktiviti itu.
Sewaktu
tiba di meja makan, Encik Suffian menjeling Johanna yang menarik kerusi
bersebelahan Jihanna, “Lambat sangat nak tunggu tuan puteri tu turun makan.
Yelah, tuan puteri kan? Nak makan pun kena berjemput bagai.”
Jihanna
dah kerutkan dahi. Dah mula dah...
Johanna
buat muka biasa.
Puan
Suhana memegang tangan Encik Suffian yang ada di atas meja, “Sudahlah tu. Depan
rezeki ni.”
“Jehan,
baca doa makan.”
Jehan
menadah tangan sebelum mula membaca doa makan. Johanna spontan mengukir senyum.
Jehan dah besar. Jehan aje yang tak sedar apa yang berlaku di dalam rumah ni.
Usai
bacaan doa dari Jehan, Puan Suhana mula mencedok lauk ke dalam pinggan Encik
Suffian. Johanna pula pandang Jehan yang terkulat-kulat, tak tahu nak ambil
lauk apa. Tiba-tiba Johanna rasa pinggangnya disiku lalu dia berpaling pada
Jihanna, “Apa?”
“Makanlah.”
“Kak long
tak ada selera.”
Jihanna
buat muka sebelum sambal sotong diambil dan terus dia menyudukan lauk itu ke
dalam pinggan Johanna, “Kena makan jugak, kak long. Kak long tu demam.”
“Ai, tuan
puteri! Lauk pun nak dicedokkan ke? Dah tak ada tangan nak ambik sendiri?”
Sindir Encik Suffian, tidak senang melihat Jihanna mencedok lauk ke dalam
pinggan Johanna.
Johanna
hela nafas lalu dia pandang Encik Suffian, “What about you daddy? Lauk dalam
pinggan daddy tu pun mummy yang cedok. So, daddy tak ada tangan nak ambik
sendiri?”
“Johanna
Sofea!” Encik Suffian berdiri!
Jehan
tercengang. Jihanna terkedu. Puan Suhana menggeleng, “Pia, siapa ajar Pia jadi
biadap macam ni?!”
Johanna
Sofea mencebik lalu mengangkat bahu. Sedikit pun dia tidak takut dengan
jerkahan Encik Suffian.
“Biadap!”
Ujar Encik Suffian, geram!
Johanna
baru nak membalas namun tangan Jihanna kejap memegang lengannya, “Dahlah tu,
kak long!”
Johanna
mengeleng lalu pinggan yang masih belum bersentuh ditolak sedikit ke hadapan, “Pia
tak lapar. Pia naik dulu!” Tanpa menunggu jawapan dari Puan Suhana dan Encik
Suffian, Johanna terus berlalu.
Jehan
pandang Jihanna. Terkejut! Jihanna hanya menggeleng lalu dia mengisyaratkan
Jehan supaya terus makan.
Puan
Suhana menolak pintu bilik Johanna. Nafasnya dihela melihat Johanna yang sudah
terlena di atas katil dengan buku komik di dadanya. Perlahan-lahan dia
mendekati Johanna lalu dia menutup buku komik yang terbuka sebelum dia
meletakkan buku itu di atas rak sebelah katil.
Dahi Johanna sudah tidak lagi bertempek dengan
KoolFever disentuh. Puan Suhana segera menarik tangannya. Panas sungguh badan
Johanna! Plastik KoolFever yang masih belum dibuka diambil lalu dikoyak
bahagian atasnya sebelum kepingan KoolFever itu dikeluarkan dan ditempekkan di
atas dahi Johanna dengan lembut.
Selimut
ditarik lalu dia terus menyelimutkan Johanna sehingga ke paras dada. Dahi
Johanna yang bertempek KoolFever dikucup lembut, “Selamat malam, anak mummy!”
Entah
kenapa, naluri keibuannya tersentuh melihat Johanna. Dia tahu, dia sudah gagal
menjadi seorang ibu selepas melihat gaya Johanna melawan cakap daddynya tadi.
Dia tahu dia gagal menjadi ibu bila Johanna sudah jauh daripada dia dan
suaminya. Dia sedar, sejak Jihanna dan Jehan lahir, Johanna tidak dipedulikan
sangat apatah lagi dengan dia. Sejak kecil Johanna sentiasa bersama daddynya, tidak
pernah berenggang dan dia pula memanjakan Jihanna. Namun hubungan rapat Johanna
dan daddynya menjadi renggang apabila Jehan lahir.
Johanna
yang sudah biasa menjadi lasak, sering membawa masalah kepada mereka dan selalu
menjadi mangsa amarahnya. Bergaduh dengan anak jiran, pecahkan pasu jiran, pukul
orang, buat kacau dekat sekolah... semuanya Johanna buat. Dulu dia sering marah
pada Johanna, kononnya Johanna itu hanya memalukan keluarga tapi dia rasa dia
silap. Johanna buat semua benda itu bukan kerana dia nakal tapi kerana dia
mahukan perhatian. Perhatian dari mummy dan daddynya.
Sewaktu
nak melangkah keluar dari bilik Johanna, kaki Puan Suhana terhenti apabila terlihat
sejadah, telekung dilipat elok dan diletakkan di atas kerusi meja solek. Dia
kembali berpaling pada Johanna. Dulu dia dan suaminya tidak menitikberatkan
sangat pasal hal ehwal agama pada Johanna. Hanya selepas Jehan lahir baru
mereka mula berubah namun tidak Johanna. Johanna lebih senang buat gaya tidak
peduli bila dulu dia membebel tentang solat kepada Johanna. Tapi hari ni dia
rasa tersentuh. Telekung yang dulu sentiasa berada di dalam almari, ada di luar
tanda ia digunakan oleh tuannya.
Nafasnya
dihela. Matanya ditala pada gitar yang disandarkan pada meja solek. Gitar yang
buat hubungan dia dan Johanna semakin jauh. Dia bukan sengaja mahu marah pada
Johanna dulu namun ketika majlis kenduri doa selamat sempena hari lahirnya,
Johanna selamba saja bawa keluar gitar dengan gaya penyanyi jalanan lengkap
berseluar jeans dan bert-shirt hitam. Sungguh dia dan Encik Suffian malu lantas
Johanna diberi amaran supaya jangan keluar bilik selagi majlis tak selesai. Selepas
majlis selesai, kaw-kaw dia dan Encik Suffian membebel pada Johanna. Tentang
pakaiannya yang tak menghormati majlis, tentang gitar yang dibeli entah pakai
duit dari mana dan macam-macam lagi. Namun dia tak nafikan... dia rindukan
Johanna. Johanna yang sekarang, walaupun dekat terasa terlalu jauh untuk
digapai.
Suis
lampu bilik Johann ditutup lantas pintu bilik ditarik. Sewaktu dia nak melangkah
masuk ke biliknya, dia nampak Jihanna memerhatikan dia dari muka pintu bilik
Jihanna, “Jihan? Tak tidur lagi?”
Jihanna
menggeleng, “Jihan nak tengok kak long tapi rasanya tak payah dah kot. Mummy
dah tengok kak long.”
Puan
Suhana rasa wajahnya berbahang, “Mummy nak masuk tidur dulu.”
Jihanna
mengangguk, “Okey, mummy!”
Puan
Suhana pulas tombol pintu bilik tidurnya namun dia tidak terus tolak pintu
sebaliknya dia memandang Jihanna, “Kalau kata nanti kak long terjaga dan lapar,
dia cari Jihan. Jihan panaskan aje sup dengan bubur yang mummy buat tadi, okey?”
Jihanna
mengangguk. Bila mummy masak sup dengan bubur? “Mummy... er...”
“Hati
mummy tak senang bila tengok kak long Jihan tu tidur dengan perut kosong.”
Jihanna
hela nafas dan dia mengangguk lagi. Siapa kata mummy tak sayang kak long? Siapa
kata mummy tak kisah pada kak long? “Good night, mummy. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam
and good night, Jihanna Suhaila.”
“Awak
pergi mana?” Tanya Encik Suffian sebaik saja Puan Suhana masuk ke dalam bilik.
Puan
Suhana yang baru menutup pintu mendekati katil lalu dilabuhkan punggung di sisi
suaminya, “Tengok Pia.”
Encik
Suffian menjeling Puan Suhana sekilas lalu dia meneruskan pembacaannya. Puan
Suhana menyandarkan badannya pada kepala katil. Nafasnya dihela, “Abang...”
Tiada
respon dari Encik Suffian. Puan Suhana menoleh pada suainya.
"Bang..."
Puan Suhana mencuit tangan Encik Suffian.
"Hmm...?"
"Naluri
saya kata Pia tak menipu, bang."
Encik Suffian mengeluh, keras! "Percaya sangatlah pada
Pia tu. Awak dah lupa waktu polis datang rumah kita, hantar Pia. Pia tu sertai
gig haram, bergelumang dengan dadah, arak. Awak dah lupa? Malu saya pada
jiran-jiran, adik beradik kita. Dia cakap dia nak tidur rumah kawan dia. Kita
percaya, kita bagi dia kebebasan tapi dia hancurkan kepercayaan kita.
Macam-macam dah dia buat untuk malukan keluarga kita ni! Dan saya percaya,
peristiwa lemas tu tak pernah terjadi pun."
Puan Suhana mengeluh, "Tapi abang ingat tak, kita tak
cuba dengar penjelasan Pia. Polis balik aje, abang terus pukul dia."
"Nak jelas apa lagi? Dah terang lagi bersuluh dia buat
onar pada keluarga kita. Tak cukup dengan yang tu, dia pukul orang, masuk
kumpulan entah apa, berkawan dengan manusia tak berjenis. Nama aje perempuan,
perangai macam jantan!" Encik Suffian menggeleng kepala, kecewa.
"Abang dah lupa, dulu abang yang nak sangat anak lelaki.
Bila Pia lahir, abang kecewa sangat. Abang yang ajar dia jadi lasak. Abang dah
lupa? Bila Jehan lahir baru abang berhenti tukar Pia tu jadi lelaki. Abang dah
lupa?"
Encik Suffian menjeling Puan Suhana, "Awak nak kata
semua yang jadi ni salah saya?"
"Saya tak kata ni semua salah abang tapi saya rasa, kita
patut berhenti menghukum Pia pasal benda lalu," luah Puan Suhana.
"Sekali kepercayaan saya hancur, saya takkan mudah nak
bagi balik. Tambah bila dia pukul si Amelina tu. Malu saya pada ayah Amelina tu
tau?"
"Abang pernah tanya Pia, kenapa dia pukul Amelina?"
Encik Suffian mendengus sebelum menggeleng. Ya, dia tak
pernah tanya dan dia tak rasa nak ambil tahu sebab kenapa Johanna pukul Miley.
Yang dia tahu, yang memukul itu bersalah, yang dipukul itu mangsa.
“Kak long!” Jihanna melompat naik atas katil Johanna sambil
tersengih.
“Amboi, happy sangat nampak?!” Johanna yang sedang mengelap
rambutnya yang separa basah menjeling.
“Lepaklah, kak long.”
Johanna sidai tuala yang dia gunakan tadi ke penyidai, “Mummy
daddy dah keluar?”
Jihanna mengangguk, “Kak long nak keluar ke?”
Johanna
mengangguk, “Kejap-kejap lagi. Bukan sekarang. Nak lepak dengan Cap.”
“Kak long
ni dah baik sungguh ke?”
Johanna
jungkit bahu lalu dia duduk di sisi Jihanna, “Dahlah kot!”
“Macam
mana kak long boleh demam? Kak long Jihanna ni kan susah nak sakit."
"Dah
nak demam..." balas Johanna, bersahaja.
"Kak
long, best tak duduk sekolah berasrama?"
Johanna buat muka lalu menggeleng, "Dah namanya sekolah,
haruslah tak best! Tapi best jugaklah sebab ada member yang sempoi. Kak long
still tak boleh percaya yang kak long boleh berkawan dengan perempuan."
Jihanna mencebik, "Siapa lagi sempoi? Jihan ke member
kak long tu?"
Johanna memandang Jihanna lalu dia buat muka, "Jihan tak
best, anak mummy dengan daddy!"
"Jahatlah, kak long!" Bantal kecil milik Johanna
dicampak. Geram!
"Bila masanya kak long jadi baik, Jihan?"
Jihanna senyum lalu dia memeluk bahu Johanna, "Kakak
Jihanna Suhaila baiklah, baik gila walaupun dia kasar, kadang-kadang degil,
hati macam batu tapi kak long sangat baik."
"Yelah tu..."
"Ye..." Jihanna senyum lalu dia kembali berbaring,
"Kalau bukan sebab Jihan, kak long mesti takkan kena tukar sekolah,
kan?"
"Jihan..." suara Johanna bergetar.
"Kak long belasah Miley sebab dia cakap benda buruk
pasal kita, cuba buat benda tak elok pada Jihan..."
"Jihan..."
"Mummy daddy should know about this."
"They need to know nothing, Jihan. Lagipun benda dah lepas,
they won't remember."
"Kak long..."
Johanna senyum tawar, "Kalau birthday kak long pun dia
orang tak ingat, takkanlah peristiwa kak long menconteng arang kat muka dia
orang macam tu dia orang nak ingat?"
"Kak long..."
"End of discussion, dear Jihanna..."
Jihanna mengeluh. If only our parents know, kak long...
"Kak long! Kak ngah!"
Serentak Jihanna dan Johanna kalih memandang pintu bilik yang
terbuka. Jehan Putra memuncungkan mulutnya.
"Kenapa budak kecik?" Johanna turun dari katil lalu
mendekati Jehan.
"Kata nak main playstation dengan Jehan. Jomlah!"
Johanna sengih keji, "Kalau Jehan kalah?"
"Jehan belanja kak long makan ais krim dekat kedai
depan."
"Kalau kak long kalah?"
"Kak long kena belanja Jehan KFC."
Johanna ketawa, "Mana aci! Tak adil kot."
"Ala, Jehan mana ada duit lagi nak beli makanan
mahal-mahal."
Johanna ketawa lagi. Pipi Jehan yang berusia sebelas tahun
itu ditarik, "Yelah!"
Jihanna bingkas turun dari katil Johanna, "Dah, kak ngah
nak buat apa?"
Jehan dan Johanna sama-sama berpaling ke belakang, "Jadi
pengadil, please!"
Jihanna mencebik! Asyik-asyik dia aje jadi pengadil.
Diskriminasi! Jihanna merungut di dalam hati namun dia tetap melangkah mengikut
langkah Jehan dan Johanna.
“Kak long, lama ke kak long keluar?”
“Tak lama,” Johanna menggeleng, “Kak long nak lepak dekat
skate park dekat sana tu je, dengan Cap.”
“Kalau mummy dengan daddy tanya?”
Johanna pandang Jihanna, “Cakap aje kak long keluar.”
“Mak Mah!” Johanna menjerit apabila kasut Converse miliknya
tiada di rak kasut.
“Ya, Johanna?”
“Mak Mah ada nampak kasut Jo tak dekat sini?”
Mak Mah kerutkan dahi, “Kasut Jo yang mana satu?”
“Yang warna merah hitam tu, ada nampak?”
“Oh, ada! Tuan suruh letak kasut tu dalam stor.”
Johanna terdiam. Jihanna ketap bibir. Oh man!
“Oh, Mak Mah tolong ambilkan boleh?”
Mak Mah menganggukkan kepalanya, “Kejap ya, Johanna?”
Johanna senyum lalu mengangguk, “Okey!”
“Kak long...” seru Jihanna selepas Mak Mah berlalu pergi.
“Daddy tu...” Johanna pandang Jihanna dengan mata yang
berkaca, “Memang benci kak long kan?”
Bersambung...
p/s: Sedih sikit ya bab ni? :(
p/s: Sedih sikit ya bab ni? :(
Sian nye johanna... :'(
ReplyDelete**rse cam nk kick je daddy Jo tu..huh!
Sian jo-pia! :'( kalo lah daddy tau.. Huhuhu.. Pdhl dlu jo lah ank kesygn..tp jo still baik ngn adk2 sia.. Sobs!! T.T
ReplyDeleteSedih nya.. bila parent jo nk tau hal yg sebenarnya ek.. sian jo...
ReplyDeleteSedihnya:(
ReplyDeleteMenitis bila baca bab 11 ni najwa.... tersentuh hati cheq ni..😭😭😭😭😭 johanna... oh johanna....
ReplyDeleteKesian Johanna.
ReplyDeletekesian dia....
ReplyDeleteAduhaii..klu bab seblm ni leh gelak2 senyum2& sengih2..tp bab 11ni
ReplyDeletemmg sentap giler..
sampai hati daddy buat jo mcm musuh...wlpn mummy cam nak berubah..tp kenapa dia xberusaha sgt nak rapat dgn jo..
Best! ♡♡♡ tq najwa..
Bergenang ayaq mata dik oii, cian kat pia, sabaq no...
ReplyDeleteYa Allah .. tak kuat rasenye kalau sye kt tmpat jo .. kesian sangtt .. tp mmng sifat seorg ayah mcm tu . hati keras tp sebenanye die sayang .. one day daddy jo pasti akan tau jgk kebenaran tu .. sabar ye jo .. sedih aihh . akak da buat hati ni sedih pilu tau takk . hihi .. best :D
ReplyDeleteApakah punya bapak??? Sekali dia dah tahu siapa salah, baru tau langit tu tinggi ke rendah. Haih bapak bapak...
ReplyDeleteAduhai!!!! Sentap giler kot.. buat diri sendri rasa nak marah kaw kaw.. uhuks
ReplyDeleteAdehh la jihan...nape nye nk simpan lg...sian le ke kak long tu....btau je mummy daddy..
ReplyDeleteSedey la gan daddy dia
ReplyDeletesedih sgt nih..sobsob
ReplyDelete-nadhira-
Mengapa terlalu membenci anak yg membuat kesalahan sedangkan mereka perlukan bimbingan dan panduan agar tidak ulangi kesilapan itu lagi... jgn pilih kasih.... setiap anak ada keistimewaannya tersendiri
ReplyDeleteNangis..xsdr kot mata brgenang..napa daddy dia x siasat dulu, ni tau nk mghukum je
ReplyDeletePehal daddy jo ni --'
ReplyDeleteBukan sikit dah,ini banyak punya sedih T.T
ReplyDeleteBukan sikit dah,ini banyak punya sedih T.T
ReplyDeleteEiiiii kesiannya kat jo. Awat bapak dia wat lagu tu. Hadi penyembuh luka itu hahahaa -inas-
ReplyDeleteSangat sedih.. Sya pun turut terasa tempiasnya. warghh, T_T
ReplyDeleteSdehnyaa..huhu.. Kesian pia.. InsyaAllah one day daddy pia akn sdr jgk.. Tp seronok tgk pia rapat ngn adk2 dia.. Nice sister.. Dia x brdendam pun dgn adk2 dia kan.. Love it! <3
ReplyDeletetq najwa :-)
sian kat johanna .....ntah apa2 parent dia tu....tak sabarnyer .....nunggu n3 seterusnya......tabahlah hati...
ReplyDeleteKesian johanna...byk pengetahuan dlm mendidik anak2 kat sini....
ReplyDeleteAlahaiiii lagi2 jo yg kena
ReplyDeleteSmpi bila airmata jo nk kering ni
siannnn dia
How i wish i hve your telent sis...atleast u cn express ur feeling in writing...keep it up...pedih mata sbb mnangis baca this n3...huhuhu
ReplyDeleteayah jo tak sedar lagi betapa silapnya dia mengabaikan anak nya tu...sabar jo
ReplyDeleteLagi...lagi. ..sedih tapi nak baca citer ni lagi...sambung cepat please. ..
ReplyDeleteCepatt entry baru T-T
ReplyDelete-Minn-
Kak cepat sambung entry baru..dah tak sabaq ni -jemey-
ReplyDeleteda lame tgu bab 12...huhu..lambatnya.... tiap ari check tgk ade tak...
ReplyDeletebila nak sambung ....x sabar ni..
ReplyDeleteBetullah... Najwa bila nak sambung FLY ni ya? Dah tak sabar nak baca cerita seterusnya.
ReplyDeleteK.mid