“Aku terima nikahkanya Dania Ezmira binti
Luthfi dengan mas kahwinnya dua puluh dua ringgit lapan puluh sen, tunai,”
lafaz kabul yang diucapkan oleh Khairul Hafizi menyebakkan hatiku. Air mata
mengalir di pipi tanpa aku kesat. Bagaimana agaknya nasib aku setelah menjadi
isteri kepada lelaki yang tak akan pernah menganggap aku sebagai isterinya?
Papa yang duduk di atas kerusi roda aku
pandang. Ya, hanya ini mampu aku berikan kepada papa. Perkahwinan aku bersama
Koji adalah permintaannya yang terakhir. Ada air mata mengalir di pipinya. Air
mata gembira? Mungkin. Kalau itu yang papa rasa, aku bersyukur kerana aku mampu
buat papa gembira akhirnya.
“Sayang, tak nak menangis macam ni. Habis
make-up Dania. Dah tak cantik!” Mummy mengesat air mata yang mengalir. Aku
tersenyum tawar lalu mengangguk. Buat apa nak jadi cantik kalau si suami sedari
tadi hanya memandangku sepi di sini.
Koji menghampiri aku lalu dia duduk
berhadapan denganku. Tanganku aku hulur kepadanya dan dia capai.
Hangat! Itu yang ku rasa saat kulit kami bersentuhan. Bukan tak pernah kulitku bersentuhan dengan lelaki ajnabi sebelum ini. Padahal selalu saja, tambah-tambah bila di gig dulu tapi kali ini, rasanya berbeza.
Hangat! Itu yang ku rasa saat kulit kami bersentuhan. Bukan tak pernah kulitku bersentuhan dengan lelaki ajnabi sebelum ini. Padahal selalu saja, tambah-tambah bila di gig dulu tapi kali ini, rasanya berbeza.
Sebentuk cincin bermata satu disarungkan pada
jari manisku. Saat itu, air mata aku kembali jatuh. Inikah rasanya bila menjadi
isteri? Rasa bahagia tiba-tiba menerjah ke dalam hati.
Aku tunduk mencium belakang tangan Koji. Dia
kini sudah menjadi suamiku, bukan kawanku lagi walaupun aku bukanlah perempuan
yang dia mahukan untuk menjadi suri hatinya.
Saat aku angkat wajah, Koji mencium dahiku
setelah digesa oleh ibunya. Tak lama pun bibirnya mendarat di dahiku. Tak
terasa langsung ciumannya. Nampak sangat tidak sudi. Sabarlah Dania, ingat...
semua ini demi papa.
Selepas majlis itu, ada sesi bergambar di
pelamin. Majlis bersanding tiada kerana Koji tidak mahu. Aku juga menolak. Aku
bukan lawa mana nak tayang muka di atas pelamin tu.
Saat
aku ingin berdiri, aku hampir terduduk kerana kebas di kaki tapi tangan Koji
lebih pantas menghalang aku dari jatuh terduduk.
“Kenapa?” Lembut dia bertanya tapi aku sedar,
itu sekadar lakonannya di depan orang ramai kerana mukanya menunjukkan betapa
dia tak rela.
“Kebas. Tak apa, saya boleh berdiri sendiri,”
aku rentap tanganku dari pegangan dia. Bukan kerana aku tak suka tapi aku rasa
sakit hati kerana aku tahu dia tak rela.
“I’m your husband, Dania. Jom abang pimpin,”
ujar dia dengan wajah seselamba mungkin. Abang? Nak muntah aku!
Aku pandang kepalaku yang berbalut selendang
di cermin. Nampak lain. Tiada lagi si Dani, si rambut Korea yang kerjanya
mengetuk drum di gig-gig. Yang hanya sekarang seorang Dania, isteri kepada
Encik Khairul Hafizi bin Khairul Ridhuan. Yang hidupnya diabadikan buat seorang
suami walaupun aku masih belum bersedia. Perbualan aku dan mummy dua hari lepas
menerjah mindaku.
“Mummy
tahu Dania masih belum bersedia sepenuhnya nak menjadi seorang isteri tapi
kalau nak tunggu sedia tu, bila nak jadinya. Dania kena sabar layan kerenah
suami, pikat hati suami Dania dengan masakan Dania, dengan kelembutan Dania,
dengan belaian Dania, dengan segala-galanya yang Dania boleh bagi,” aku rasa
mummy membelai lembut rambutku yang sudah melepasi bahu, “Dan aurat Dania ni,
harus Dania jaga demi maruah suami Dania.”
Aku
mengangguk seketika kemudian aku terjeda. Mummy aku pandang, telus,“Tapi kan
mummy… er… Dania tak reti memasak.”
Mummy
ketawa, “Boleh belajar, kan? Dania boleh terima Hafiz dengan seadanya, kan?”
Aku
pandang mummy lalu aku mengangguk tapi... bolehkah Koji menerima aku seadanya
aku. Sudah pasti jawapannya tidak.
Bunyi pintu bilik ditutup buat aku terkejut
lantas aku berpaling ke belakang. Dia melangkah masuk dengan wajah terbias
penat. Aku tunduk mematahkan jari. Aku... takut! Tak pernah seumur hidup aku,
aku takut pada lelaki.
Tanpa mempedulikan aku, dia capai baju tidurnya
yang sudah aku sediakan usai aku solat Isya’ tadi. Mulanya aku ingin solat
berimamkan dia tapi nyata dia tak sudi. Sewaktu aku masuk ke bilik air, sudah
aku pesan aku ingin solat bersamanya tapi dia buat tak tahu saja. Keluar dari
bilik air, dia sudah siap bersolat. Jadi, pilihan apa lagi yang ada untuk aku
selain dari bersolat sendirian?
“Er...”
“Puas hati kau sekarang, Dani?” Tercengang
kejap aku bila dia kata macam tu.
“Apa yang puas hatinya?” Aku berdiri,
memandang dia.
“Kenapa... kenapa Dani?” Koji duduk di birai
katil, meraup mukanya.
“Saya...” aku telan liur, kekok nak bahasakan
nama kepadanya. Pesan mummy supaya berlembut dengan suami, masih aku pegang, “Saya
terima awak sebab papa. Saya tak nak papa marah saya,” gaya cakap macam
budak-budak? Ini dah sehabis lembut, tau?
“Kau dah tau aku ada girlfriend, Dani!”
Aku hela nafas, “I know tapi untuk
menghampakan papa, I can’t. Papa paling penting dalam hidup saya.”
“Well, Ayu pun penting dalam hidup aku! She
is my inspiration! Aku dengan dia dah bercinta sejak sekolah, Dani! Kenapa kau
datang and ruined everything that we had?”
Aku terpempan, “Saya...”
“Save your words, Dani! Apa yang kau cakap
sekarang, takkan mampu ubah apa-apa.”
Aku ketap bibir, “Kenapa awak setuju nak
kahwin dengan saya? Kenapa awak tak bantah sendiri je? Kenapa mesti tunggu
jawapan saya?!”
Dia hela nafas, “Sebab aku terikat dengan
satu janji bodoh yang aku buat dulu dan sungguh, aku menyesal kerana berjanji!”
Janji bodoh? Janji apa? Aku tak sempat
bertanya bila dia dah pun berlalu ke bilik air, meninggalkan aku
terpinga-pinga.
Wajahku dirias oleh kak Fiya, kakak sulung
Koji untuk majlis resepsi di sebelah pihak lelaki. Kali pertama aku
diperkenalkan dengan kakaknya adalah ketika kak Fiya datang melawat papa di
hospital, “Dania tak selesa ke?”
Aku pantas menggeleng, “Taklah. Dania okey,
kak Fiya.”
“Kak Fiya tengok Dania macam tak selesa.
Kenapa? Dania macam fikirkan sesuatu, tentang Hafiz ke?”
Aku gigit bibir lalu menggeleng.
Kak Fiya tersenyum lalu dia menarikku
mengadapnya, “Kak Fiya tahu, Hafiz masih belum dapat terima pernikahan ni. Dia
terima kerana ibu bapa kami, kak Fiya harap Dania faham dan mampu bersabar
dengan Hafiz, ye?”
Aku mengangguk saja. Aku sendiri pun
merasakan diriku terpaksa tapi dalam keterpaksaan itu, aku akui aku sebenarnya
rela. Entah sejak bila, ada rasa kasih yang melimpah buat Koji, ada sayang yang
mencurah dari diri ini untuk dia yang sudah bergelar suami tapi sayangnya, dia
tak tahu.
Koji meninggalkan aku sendirian sebaik saja
sesi makan beradab berakhir tadi. Pengantin perempuan ditinggalkan sendirian.
Heh, seronok sangat!
“Dania Ezmira...”
Aku kalih ke belakang. Seorang perempuan,
lengkap berbaju kurung moden dengan selendang berbelit, gaya hijabis
fashionista mendekati aku. Wajahnya cantik tapi sayangnya, tiada senyuman
terukir di bibirnya.
“Kenal I?” Dia bertanya sambil memeluk tubuh.
Aku renung wajah cantik itu lalu aku angguk.
Aku kenal dia, “Ayu... ex-girlfriend...”
“Girlfriend! Bukan ex-girlfriend. Kami tak
pernah putus, dear Cik Dania,” dia ukir senyum sinis.
“Oh, I bukan cik, I puan. I’m officially
married to...” aku senyum sinis lalu aku tunjukkan jari manisku yang bersarung
cincin, “Koji, your ex-boyfriend.”
“Kan I dah cakap, I’m still his girlfriend!”
Aku angkat bahu, “Well, unfortunately Miss
Whatever-Your-Name-Is, I isteri dia. I’m married to him. There is no place for
you in the picture.”
“You jangan act macam you baik sangatlah,
Dania! Mungkin family dia tak tau tapi I dan Koji tahu yang you tu budak gig,
hisap rokok, bergaul bebas dengan lelaki. Jenis perempuan yang tak berjenis! Dahlah
tak ada langsung ciri-ciri dalam diri you tu yang sesuai untuk dijadikan
isteri.”
Aku rasa darahku mula naik hingga ke kepala
namun senyum tetap aku ukir, “You rasa you adalah ciri untuk jadi seorang isteri?
Kalau I ni you kata perempuan yang tak berjenis, how about you? You dari jenis
apa? Perempuan meroyan? Oh yes, bukan hari tu pun you turun ke event I ke, so
you pun kategori budak gig jugaklah, kan?” Heh! Kau nak serang aku? Kau takkan
mampulah, Ayu! Ini Danilah!
“You!” Dia tuding jari ke muka aku, “You akan
menyesal, Dania! Kalau you nak tahu, Koji menikah dengan you pun sebab dia dah
terlanjur berjanji dengan ayah you tu! You jangan nak perasan yang Koji pilih
you because he will never chose you!”
Aku kepal penumbuk! Kalau bukan sebab ini
kenduri perkahwinanku, memang aku rasa buku lima aku melayang ke muka perempuan
ni! “I’m off. Yes, I tahu Koji pilih I sebab I ni pilihan ibu bapa dia. Mungkin
ada reasons kenapa bukan you yang jadi pilihan dia orang, kan?”
Dia cuba membalas tapi aku lebih pantas
meninggalkan dia. Haih, mohon jangan datang lagi dekat aku, takut kenduri ni
jadi kenduri arwah bukan kenduri kahwin.
“Tahniah, Koji! Hari tu kau cakap nak carikan
drummer untuk Pillow Fight, alih-alih kau ambik kat kau sorang, kan?” Kata-kata
gurauan dari Mika itu buat aku tersipu sekejap. Mika datang bersama isterinya,
Dhiya Zhafira kalau tak salah aku. Cantik dan manis. Cemburu tiba-tiba menerjah
dalam hati... mereka nampak bahagia. Aku dan Koji? Akan bahagiakah kami?
“Pandailah kau! Terima kasih datang,”
suaranya kedengaran ceria tapi pada masa kedengaran sumbang. Terluka benarkah
hatimu wahai suamiku?
“Sama-sama. Dania, jangan sayang Koji sangat
tau nanti kita orang hilang guitarist pulak sebab ikut jejak langkah Mika
berhenti Pillow Fight.”
“Kureng! Mengata bini aku, eh!” Mika menolak
bahu Aiman, si vokalis. Dhiya hanya ketawa lalu menggeleng.
“Baliklah woi! Buat havoc apa lagi?” Gurau
Koji pula. Aku pandang wajahnya yang tersenyum itu. Dah lama rasanya aku tak
nampak dia tersenyum seperti itu.
“Pengantin dah halau weh, baliklah!” Giat
Aiman lalu senyum kepadaku, “Selamat pengantin baru, Dania.”
Aku mengangguk dan mengucapkan terima kasih.
Aiman, Paei dan yang lain-lain mula melangkah meninggalkan aku dan Koji. Mika
pula memeluk Koji dan sempat aku dengar dia berbisik pada Koji, “Hargai isteri
kau. Dia mungkin bukan pilihan kau tapi Allah yang dah tetapkan jodoh korang,
berlandaskan hasrat ibu bapa korang. Mungkin Allah hantar dia pada kau supaya
kau boleh bimbing dia ke fitrah asalnya. Ingat satu benda, Koji. Isteri ni
amanah Allah pada kau makanya kau kena jaga dia dan bimbing dia ke jalan yang
benar.”
Aku terkaku. Mika tahu pasal kami? Perlahan
aku tundukkan wajah. Sebak tiba-tiba datang. Koji bercerita tentang kami pada
Mika? Malunya, Ya Allah.
“Dania...”
Aku angkat wajah, serentak Dhiya menarik aku
ke dalam pelukannya, “Selamat menempuhi alam perkahwinan ya? Kalau ada apa-apa
nak tanya saya, awak boleh contact saya, ya?” Sehelai kertas kecil diselitkan di
tanganku.
“Kenapa awak...”
“Sebab saya dan suami saya nak tolong awak.”
“Terima kasih, Dhiya. Terima kasih...” air
mata menitis tiba-tiba. Terharu.
Dia senyum lalu mengangguk, “Kami berangkat
dululah. Jaga diri, ya?”
Aku mengangguk sambil melihat dia dan Mika
melangkah pergi. Masih adakah insan sebaik Dhiya di dalam dunia ini?
Aku bersila di atas lantai dapur. Buku resipi
yang berterabur di atas lantai bersamaku aku capai sebuah lalu aku cari resipi
masakan yang mudah untuk aku masak. Aku kerling jam di dinding, sudah pukul
Sudah seminggu lebih kami tinggal bersama dia
bawah satu bumbung. Di apartment Koji yakni di sebelah apartment aku yang lama
tapi kami tidak sebilik. Koji melarang aku terus dari masuk ke biliknya. Eleh,
macam nak sangat aku masuk bilik dia.
Hubungan kami? Entah. Makin teruk kot. Dia
tak bercakap sangat dengan aku. Aku cakap pun, dia buat tak tau. Kalau cakap
pun, suaranya dingin saja. Aku umpama tunggul di dalam rumah ini tapi aku tak
tau kenapa aku biarkan saja padahal sebelum ni aku pantang kalau orang biarkan
aku bercakap seorang diri. Aku juga rasa diri aku makin lembut berbanding
dengan diriku dulu tapi belum sepenuhnya, kot.
Aku mengeluh. Nak masak apa ni? Resipi dalam
buku ni susah dan renyah! Pening kepala aku.
“Kau buat apa ni?!”
Tersentak lalu terus aku berdiri. Saat aku
berpaling ke belakang, dia masih dalam kemeja kerjanya, “Er...”
“Kalau kau rasa nak masak untuk aku, tak
payah. Aku tak nak makan masakan kau!” Ujar dia sebelum berlalu meninggalkan
aku.
Aku juihkan bibir ke depan! Heh, tunggulah
Koji! Satu hari nanti mesti kau akan jatuh cinta dengan aku!
Hiruk pikuk di sekelilingku aku tak hiraukan.
Aku berjalan laju di dalam lautan manusia. Sesekali aku ditolak dan ada ketikanya
aku yang menolak orang yang menghalang laluanku. Aku tarik sweater yang aku
pakai rapat ke tubuh. Langkah aku lajukan lagi sehingga aku tiba betul-betul di
depan pentas. Saat itu aku nampak suamiku, di atas pentas memetik gitar seperti
kebiasaannya dia.
Aku perhatikan sekeliling, semua anak-anak gadis
menjerit memanggil namanya. Koji! Koji! Ada jugak yang memanggil nama Aiman.
Bising! Bingit! Baru aku sedar tentang hakikat itu. Bagaimanalah aku boleh
menyukai dunia ini dulu?
Aku merenung jari manisku yang bersarung
cincin. Ada sebab kenapa aku ke sini hari ini. Ada sebab kenapa aku ingin
menarik Koji balik ke rumah kami. Teringat kembali pertemuanku dengan gadis
manis yang pernah menyerangku ketika di majlis resepsi keluarga Koji petang
tadi di apartment Koji.
Aku
berlari dari dapur ke pintu depan apartment saat loceng apartment ditekan
berkali-kali. Aku kemaskan rambutku. Sangkaku, Koji sudah pulang namun saat aku
buka pintu, Ayu ada di depan pintu. Wajahnya tenang, tak sebengis dulu.
“Ayu.”
“May
I come in?” Lembut suaranya, tak seperti dulu.
Aku
lebarkan pintu, dan dia terus melangkah masuk. Dia berjalan masuk dan aku
mengikutnya dari belakang, “Duduklah.”
“Koji...”
“Kerja,”
laju aku memintas kata-katanya,”Kenapa you datang?”
Ayu
nampak gelisah, “I nak mintak maaf sebab berkasar dengan you hari tu. Waktu
majlis resepsi di rumah Koji. I was mad at him tapi I lepaskan pada you.”
Aku
rasa pelik! Hari tu dia menghina aku dengan pelbagai kata-kata tapi hari ini
dia meminta maaf. Aku tak boleh nak bersangka baik. Hati aku tetap nak
bersangka buruk, “Straight to the point, Ayu.”
Ayu
tunduk dan saat dia angkat muka, ada air mata meleleh di pipinya. Aku
tercengang. Drama apa pulak ni? “Dania... izinkan I dan Koji kahwin! I need
him! We, need him!”
We?Serentak
aku rasa jantungku makin laju berdegup, “Apa maksud you dengan we?”
“I...”
dia ketap bibir lalu dia pegang perutnya... “I pregnant, Dania. Anak Koji
dengan I, Dania.”
Aku
terpempan terus! Apakah?!
Pap! Aku ditolak oleh orang belakang. Terus
hilang lamunanku. Ayu mengandung? Anak Koji, suami aku? Aku halau Ayu selepas
itu kerana aku tahu tak mungkin Koji akan berbuat sesuatu seperti itu.
“Dani!” Aku pandang ke depan. Pillow Fight
dah berganti dengan The Charlies, band lamaku!
Orang di kelilingku memandang ke arah aku.
Alahai, Ijad! Kalau pun teruja dengan kehadiran aku, tak payah panggil
kuat-kuat.
Baru aku nak melambai kepadanya, aku rasa lenganku
ditarik oleh orang belakangku. Saat tubuhku berpaling ke belakang. Aku terkaku.
Koji! Tak sempat nak bersuara, dia menarikku keluar dari orang ramai yang
sedang bersesak-sesak.
“Kau buat apa kat sini?” Tanya dia di depan
sebuah kedai pakaian.
“Cari awak.”
“Buat apa?”
“Nak bincang sesuatu dengan awak...”
“Tak boleh tunggu balik rumah? Yang nak jejak
kaki ke sini kenapa? Dah gian sangat nak join gig?”
Aku ketap bibir dan cuma mampu menunduk.
“Pergi balik!” Arahnya.
“Saya nak balik dengan awak je!”
“Sejak bila kau jadi annoying macam ni? Dulu
independent sangat!” Marahnya.
“We need to talk, Koji!” Aku tekan suaraku.
“Later!” Dia cuba untuk berlalu tapi aku
lebih pantas memegang tangannya, “Please, Koji. Kita perlu berbincang.”
“Kan aku kata nanti!”
“Tapi...”
“Pergi balik!”
Aku geleng kepala tanda tak mahu, “Tak nak!”
“Kau...”
“Bro, apa marah-marah ni!” Tiba-tiba bahuku
dipeluk oleh seseorang. Aku kalih ke tepi. Ijad!
“Oh, patutlah nak datang sangat ke sini, nak
jumpa boyfriend?” Sinis Koji.
Aku ketap bibir, “Ijad!” Aku tolak tangan
Ijad yang ada di bahuku.
“A’ah, memang dia girlfriend aku! Kau kenapa
nak marah-marah dia?”
Aku nampak Koji kepal penumbuk sebelum
menarik tanganku kuat, “Dia isteri aku!”
Aku terkesima kejap. Dia mengaku aku isteri
dia walhal sebelum ni dia tak nak mengaku aku ni isteri dia! Boleh tak nak
cakap aku rasa bahagia gila?
“Isteri kau?” Ijad ketawa sinis, “Kalau kau
betul suami dia, kau takkan marah-marah dia kat khalayak ramailah, bro!”
Koji tak membalas sebaliknya dia menarikku
agar mengikuti langkahnya. Cengkaman tangannya di lenganku amat kuat. Sakit.
Sungguh, aku tak tipu! Dalam kekalutan itu, aku terlupa terus tentang Ayu dan
kandungannya yang dikatakan milik Koji.
Saya sekarang tengah dalam fasa sibuk jadi saya harap awak-awak semua faham kalau saya lambat up part baru untuk cerita ni. Saya masih belajar jadi fokus saya lebih kepada pelajaran saya. Awak-awak juga penting dalam hidup saya, tanpa awak tak adalah Najwa Rahman :)Terima kasih dan salam sayang dari saya :)
p/s: cerita ni bukan ada empat part tapi lima part. kenapa ada lima? sebab saya nak panjangkan lagi cerita ni.
Saya sekarang tengah dalam fasa sibuk jadi saya harap awak-awak semua faham kalau saya lambat up part baru untuk cerita ni. Saya masih belajar jadi fokus saya lebih kepada pelajaran saya. Awak-awak juga penting dalam hidup saya, tanpa awak tak adalah Najwa Rahman :)Terima kasih dan salam sayang dari saya :)
p/s: cerita ni bukan ada empat part tapi lima part. kenapa ada lima? sebab saya nak panjangkan lagi cerita ni.
takpela kalau panjang sikit...sorry ye desak2 suh up entry heheheh...oh dania oh koji...:D
ReplyDeletehehehe...takut org tak baca kalau panjang -.- terima kasih ye sudi baca cerita saya, takpe, saya faham. saya juga seorang pembaca :) saya akan cuba up entry secepat mungkin, insyaAllah :)
Deleteoooo... Ayu mengandung?... ohmai... ohmai... ish ish kalau akak kan... kalau akak kan ..akak blah jerrrr.. org x tau menghargai org...
ReplyDeleteehem...betul ke ayu tu? haaaaaaa......hehehe, tunggu part empat yang entah bila nak upload -.- hehe
Deleteargggghh... geramnya aku dengan koji nihhhh... mujur kehadiran mika mengubat hati.. kehkeh
ReplyDeleteaku pun geram dengan dia -.- mika juga pengubat hati dan jiwa...ehem...haha
DeleteKahkah... Semua geram ngan Koji.
DeleteAku pon... Nak geram jugak la...
Koji ni memg lah..sabo jelah dania oii :) buatlah panjang mne pun kteorg x kisah ;) hehe best sngt!! thanks k.Najwa.
ReplyDeletehahaha...first time buat watak hero jahat macam ni sekali -.- terima kasih :) maaf ye kalau nanti kena tunggu lama utk entry seterusnya
DeleteCool...... Cik writer, garapan citer yg paling penting. Hero memula jd jahat, agak mencabar tu....
DeleteYanshi
oyeah. baru boleh pergi kl dengan senang aty. sebab dah baca koji. kah3.. mekaseh :)
ReplyDeletehuhuhuhu........rasa nak nangis aje aje baca n3 nie, kesian kat Dania......tinggalkan aje Koji tuuuuuuu..........panjang lg bagus, kita suka sgt2..........
ReplyDeleteOh Koji..apa yang telah anda lakukan
ReplyDeleteBetul je Ayu ngandung anak koji..adehh
Sian kat Dania
pnjang2 kn lah bb crita dy mnrik.. good job..
ReplyDeleteNak part 4,5,6,7.....end.... Hihihihi.... pronto..... hahahaha..... pls.....
ReplyDeleteBest2
ReplyDeleteish...meluat lah koji nie....huh!!! sblm nie aci2 je x ngaku dani tu wife dy skali ijat ngaku as bf dani bru nk terhegeh2 ngaku..huh!! lelaki....ego melangit sngt..huuhuhu..ter"emo sikit..stress with thesis writing >.<
ReplyDeletemiss n-
Best....ada masa jgn lupa sambung yer dik ;)
ReplyDeleteNak lgi nak lagi.. Lmbt pon xpe.. :)
ReplyDeleteAyu ni x btl lah..reka cita he dia tu sbb nk dpt koji blk
ReplyDeleteRasanyaaaaaaaaaaaaaa kene masukkan cipat. Em baik baca panjang dari sekerat tapi kene seksa hati. Muehehe
ReplyDeleteNajwa... ble nk masuk n3 baru ni.. x sabar nk tau pe berlaku between koji n dani..
ReplyDeleteSis najwa.. da november 2014 nie... takd entry bru pon cerita nie.. =(
ReplyDeleteAkak.. best kot cerita2 akak. Jalan cerita pelbagai.. keep it up!! Btw bila sambungan ni nak keluar.? Hehe. Lama menunggu
ReplyDeleteSis..bler nak sambung cerita koji+dani?i can't wait any longer..btw, i love all your stories..and keep it up..hope we can read koji+dani's soon..we will be waiting..
ReplyDelete