Aku tunduk merenung kasut. Kata-kata papa masih menghantui diriku.
Kembali ke rumah bermakna, aku akan terus hidup dalam memori lama. Kembali ke
rumah bermakna, aku akan kembali menjadi Dania Ezmira, nama yang sudah lama
mati sejak aku ditinggal mama.
“Dani,” setin air Pepsi dihulur kepada aku. Aku panggung kepala. Koji
berdiri di depan aku, wajahnya penuh rasa simpati.
Aku capai air Pepsi yang dihulurkan oleh Koji, “Thanks.”
“No biggie,” balas dia, perlahan.
Aku ketap bibir lalu aku pandang dia, “Tadi... papa aku sembang apa
dengan kau?”
Dia ukir senyum tawar, “Adalah.”
“Aku harap papa aku tak buat permintaan yang bukan-bukan dekat kau.”
“Nope, kami cuma sembang benda-benda biasa je,” ujar Koji. Wajahnya
biasa, tak terbias apa-apa. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi, “Kejap, weh!”
Aku mengangguk. Koji! Nama itu aku seru dalam hati. Aku pandang belakang
lelaki itu yang berdiri membelakangi aku. Tadi, tanpa aku pinta, dia menawarkan
diri menemani aku ke hospital melawat papa. Aku terharu dengan kebaikan
hatinya. Pertama kali aku ada sahabat sebaik Koji. Ijad? Ceh, tak layak pun
digelar sahabat.
Suara Koji buat aku kejung. Alahai, Koji batalkan date sebab aku ke? Aku
bangkit menuju ke arah Koji. Bahu Koji aku tepuk. Dia kalih ke belakang. Kening
dijungkit. Riak wajahnya menunjukkan dia tak senang.
“Jangan cancel date kau sebab aku! Aku boleh jaga diri. Kesian awek
kau!” Ujar aku, seperlahan mungkin sebelum meninggalkan Koji yang memandang
aku.
Aku pandang mummy yang sedang bersolat di dalam bilik wad papa. Papa
dipindahkan ke wad kelas pertama atas arahan mummy. Lama, aku merenung mummy.
Seingat aku, mama tak pernah mengajar aku cara bersolat. Hanya papa yang
mengajarku itu pun selepas mama pergi meninggalkan kami berdua. Selepas aku
keluar dari rumah papa, aku semakin lupa pada kewajipan yang satu itu.
“Dani dah solat?” Soalan mummy buat aku tersentak. Aku pandang wajah
mummy yang masih bertelekung. Serentak aku menggeleng.
“Ada telekung?”
Aku geleng lagi.
“Guna telekung mummy, ye? Mummy nak turun ke kafe kejap. Tadi papa Dani
cakap nak makan nasi air.”
Mummy melipat telekung yang dipakai tadi lalu diletakkan di atas riba
aku, “Mummy turun dulu, ye?”
Baru mummy nak melangkah, aku bersuara, perlahan, “Kenapa mummy baik
dengan Dani padahal Dani selalu buat perangai dengan mummy? Kenapa mummy tak
pernah cakap kat papa yang Dani pernah tinggikan suara pada mummy?”
Mummy berpaling pada aku lalu dia melutut di depan aku, “Sebab mummy
cuma ada Dani dan papa Dani dalam hidup mummy. Mummy selalu nak ada anak tapi
mummy tak boleh mengandung. Sebab itu mummy bercerai dengan suami pertama mummy
tapi bila mummy dilamar oleh papa, mummy rasa gembira. Mummy akan ada anak
perempuan yang mummy inginkan. Sayangnya, Dani tak boleh terima mummy sebab
kisah silam Dani. Tapi mummy tak pernah berhenti berusaha berdoa, memohon pada
Ilahi supaya dia bukakan hati Dani untuk terima mummy sebagai ibu Dani yang
baru.”
Aku rasa kolam mata aku panas. Kenapa aku terlambat mengetahui hakikat
ini? Kenapa terlalu lambat papa mengahwini mummy? Serentak aku memeluk mummy,
“Maafkan Dani, mummy. Maafkan Dani!”
“Dah lama mummy maafkan Dani, sayang.”
“Mummy takkan tinggalkan Dani macam mama buat kan?” Tanya aku, seperti
budak kecil.
Mummy mengangguk di dalam pelukanku, “Mummy takkan pernah tinggalkan
anak mummy. InsyaAllah.”
Aku teresak-esak di bahu mummy. Mungkinkah ini petanda yang Dani harus
kembali ke fitrah asalnya, sebagai seorang Dania Ezmira?
Ijad mencerun di depan aku. Wajahnya penuh amarah. Aku buat selamba.
Bukan tak biasa tengok Ijad mengamuk.
“Kau dah gila ke, Dani? Kau nak quit The Charlies macam tu je? Kita ada
event kot esok!”
Aku angkat bahu, “Aku... terpaksa. Kau carilah drummer baru.”
“Siapa? Event kita esok, Dani!” Ijad raup muka.
“Event dekat mana?”
“Speed City,” laju Ijad jawab.
Aku angguk kepala, “Okey. Aku join event esok tapi...”
“Tapi apa?” Ijad ukir senyum. Senyum penuh kelegaan.
“I’m still quitting,” aku capai sticks di atas meja, “Jom practice!”
Ijad tercengang, “Kenapa kau nak quit?”
Aku pandang Ijad lalu aku ukir senyum tawar sebelum duduk di kerusi yang
tersedia untuk drummer, “Aku dah jumpa turning point aku untuk berubah kepada
fitrah aku sebenar.”
“Maksud kau?”
“Dani will be dead after tomorrow. Yang cuma hidup selepas tu hanyalah
Dania. Bear that in mind!” Aku mula mengetuk dram, mencari beat. Latihan
terakhir untuk event terakhir aku esok. Dani will be dead. She will be dead.
“Baru balik?” Tersentak aku saat ditegur dari belakang. Aku kalih ke
belakang. Koji bersandar di keretanya.
“Kau pun baru balik?”
“Kau dari mana?”
“Kau tak jawab soalan aku,” ujar aku sebelum capai beg sandang dari raga
motor.
“Kau pun ignore soalan aku,” balasnya sambil mendekati aku.
“Esok kau free Koji?”
“Kenapa?”
Aku hulurkan dua pas masuk ke event yang bakal aku sertai esok, “Esok
last event aku! Kau bawaklah awek kau!”
“Kau baru balik dari practice ke apa ni?” Pas masuk yang aku hulurkan
ditarik oleh dia.
Aku angkat bahu, “Kinda.”
“Kau quit band kau sekarang, maksudnya...” Koji pandang aku.
“I’m quitting The Charlies but that doesn’t mean I’ll be joining Pillow
Fight. Aku dah buat keputusan nak quit terus dari dunia gig ni.”
“Why?”
“I want to learn again. Learn to be Dania Ezmira again. Aku dah puas
dengan dunia aku. Sekarang tiba masa aku buat jasa kat parents aku pulak.”
Serentak Koji ukir senyum, “Kalau itu sebab utama kau, aku sokong.”
“Kau tak nak naik lagi ke?”
“Kenapa? Kau takut nak naik sorang-sorang?”
Aku buat muka, “Bye!”
“Eh, tunggulah aku Dani!” Koji mengejar langkahku lalu kami beriringan
sambil bersembang mengenai hari kami.
Aku betulkan rambut yang terasa serabut. Sticks kesayangan aku bawa
keluar lalu aku renung. Aku sayangkan dunia ni tapi dunia ni tak mungkin lagi
jadi dunia aku. Cukuplah aku hidup di dunia ini, aku mahu kembali ke dunia dulu
sewaktu mama masih ada.
“Dani, kau dah ready?” Ijad menghampiri aku.
Aku angguk. Aku bangkit dari dudukku. Jaket kulit yang tersarung di
tubuh aku betulkan. Serentak, dada terasa ingin pecah. Sebak datang tiba-tiba.
Sedih pulak rasa nak tinggalkan The Charlies!
“Kau okey?”
Aku ukir senyum tawar dengan soalan Feril, bassist The Charlies. Okeykah
aku? Entahlah.
“Guys, c’mon! Jangan lengahkan masa!” Suara si event manager
menghentikan lamunan aku. Langkah kakiku aku atur ke atas pentas. Moga
segalanya mudah bagiku.
“Guys, are you having fun tonight?!” Suara Ijad menjerit mendapat
sambutan gemuruh dari penonton di bawah pentas. Persembahan kami sudah pun
berakhir. Persembahan terakhirku.
“Ini mungkin last performance kami untuk anda semua kerana kami bakal
kehilangan drummer kesayangan kami, Dani! Teruskan menyokong kami, dear fans!”
Terkedu kejap aku bila si Feril menarikku ke depan pentas. Ramai orang
bersorak saat aku berdiri di sisi Ijad.
Ijad ukir senyum, “Give a round of applause to Miss Dani!”
Semua orang bersorak! Aku rasa sebak. My world. I’m leaving it.
Tiba-tiba mata aku menangkap bayang Khairul Hafizi di tengah-tengah penonton
bersama seorang gadis cantik. Pasti itu Ayu, kekasih hatinya. Entah kenapa, aku
tiba-tiba rasa sakit di hati.
“We’re going to have a special performance by Dani before she’s leaving
us,” Ijad pandang aku. Tersentak aku. Kejadah apa ni?
“Apa ni, Ijad?” Bisik aku kepada Ijad.
“Hadiah untuk kami sebelum kau pergi. Please, Dani!”
Wajah Ijad yang penuh harapan tak sampai hati untuk aku kecewakan lalu
aku mengangguk.
Penonton di bawah bersorak lagi! Aku gosok leher, meredakan gemuruh yang
datang tiba-tiba. Aku tak pernah menyanyi secara live lagi woi!
“Lagu apa kau nak nyanyi?” Ijad duduk di bangku yang di tarik Feril
tadi. Di ribanya dia pangku si Lisa, gitar kesayangannya.
“Semua tentang kita, Peter Pan.”
Ijad mengangguk lalu dia mula memetik gitar, mengikut irama lagu dari
seberang itu. Mikrofon yang sudah tersedia di mic stand aku pegang.
Perlahan-lahan, aku mula menyanyi...
Waktu
terasa semakin berlalu
Tinggalkan cerita tentang kita
Akan tiada lagi kini tawamu
Tuk hapuskan semua sepi di hati
Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa
Teringat di saat kita tertawa bersama
Ceritakan semua tentang kita
Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa
Tinggalkan cerita tentang kita
Akan tiada lagi kini tawamu
Tuk hapuskan semua sepi di hati
Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa
Teringat di saat kita tertawa bersama
Ceritakan semua tentang kita
Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa
Aku kerling rumah sebelah yang pintunya masih tertutup. Mana si Koji ni?
Tak balik lagi ke? Tadi lepas habis event, aku terus balik walaupun Ijad berkali-kali
mengajak aku lepak di Pazzi. Malaslah aku nak pergi tempat tu. Mesti ada Jay.
Aku keluarkan Malboro Light. Sudah lama rasanya tidak aku merokok. Sejak
kena tegur dengan Koji rasanya.
“Nak jadi Dania Ezmira, benda tu kau kena tinggal jugak tau!”
Terlepas terus kotak rokok aku ke bawah. Sekali dengan pemetik api.
Terkejut punya pasal. Aku kalih ke kanan. Koji bersandar elok di pintu
gelongsor rumahnya. Entah bila pak cik ni keluar.
“Kau!” Aku mencerun pada si Koji.
Dia ketawa, “Nampak tak? Tu tandanya kau kena berhenti.”
Aku merengus. Lalu aku tongkat dagu dengan tangan kanan, menikmati
suasana kota raya yang masih belum tidur.
“Aku tak sangka kau pandai menyanyi,” ujar Koji tiba-tiba.
“Kau tengah perli aku ke apa ni?”
“La, aku seriuslah mak cik!”
Kami sama-sama terdiam selepas itu. Aku selitkan rambut aku yang sudah
panjang ke belakang telinga.
“Dani...”
“Hmm...?”
“Kau menyesal tinggalkan dunia gig?”
Aku angkat bahu. Menyesal? Ada sikit tapi aku rasa kalau aku tak
berhenti sekarang lagi aku menyesal kot, “Kenapa?”
“Saja, tertanya-tanya.”
“Koji, tadi tu awek kau ke?” Tanpa memandang dia, aku bertanya.
“Boleh kata macam tulah tapi dari awek, better kau sebut bakal isteri
aku kot.”
Aku angguk. Kenapa aku rasa macam... er... tak suka je bila Koji mengaku
tu bakal isteri dia?
“Kau tau kan esok petang aku dah nak pindah balik ke rumah papa aku?”
Tanya aku pada dia yang sedang membelek telefon.
“Esok? So soon?”
“Papa dah boleh keluar hospital. The sooner I moved out, the better,”
balas aku.
“Lepas ni siapa nak teman aku sembang dekat balkoni?” Tanya dia.
Aku ketawa, separuh ikhlas, “Kahwin cepat-cepat, tiap-tiap hari boleh
sembang dengan isteri kau dekat balkoni.”
Dia senyum tawar, “Aku pun tak pasti aku bakal kahwin ke tak dengan Ayu
tu.”
“Maksud kau?”
“Aku nak masuk dulu. Mengantuk pulak rasanya,” tak sempat nak
menghalang, dia dah melangkah masuk ke dalam rumahnya. Apa maksud dia?
Sudah hampir dua minggu aku tinggalkan apartment lamaku dan sudah hampir
dua minggu, aku cuma tinggal di rumah, menjaga papa. Kerja di KFC sudah aku
tinggalkan. Rambutku yang semakin panjang aku ikat kemas. Kata papa, hari ni
ada orang nak datang ke rumah.
“Mak Ita, ada apa-apa yang Dani boleh tolong?” Aku dekati Mak Ita,
pembantu rumah aku sejak aku kecil.
“Tolong kupas bawang, boleh Dani?”
Aku mengangguk. Duduk di rumah ni, semua benda sudah tersedia tapi aku
tak betah duduk saja. Aku bukan puteri raja minta untuk dilayan semua.
“Dani...”
Aku kalih ke belakang, “Mummy.”
“Lah, kenapa pakai baju ni? Tukar baju yang sopan sikit, Dani. Baju
kurung yang mummy beli semalam tu pun okey jugak.”
Aku pandang badan yang tersarung t-shirt lengan panjang yang ada gambar
Elmo. Seluar Hawaii tiga suku yang tersarung di bahagian bawah badan aku turun
aku pandang, “Buruk ke Dani pakai baju macam ni?”
“Tak buruk tapi Dani kejap lagi kan ada kawan papa nak datang. Dani
tukar baju ye, sayang?”
Aku angguk saja lalu aku bangkit dan berjalan ke sinki. Tangan aku basuh
sebelum aku keluar dari dapur tapi belum sempat kaki aku mencecah anak tangga
pertama aku terdengar suara Mak Ita bertanya pada mummy, “Dania setuju ke puan
kalau dia dijodohkan dengan anak Encik Ridhuan tu? Boleh ke anak Encik Ridhuan
tu terima Dania seadanya Dania? Dania masih dalam proses mengenal diri sendiri,
boleh ke Dania terima semua ni puan?”
Aku sandarkan tubuhku pada dinding yang memisahkan kawasan dapur dan
tangga. Aku berdebar menanti jawapan mummy, “Saya sendiri tak tahu, Mak Ita.
Tuan yang nak sangat Dani cepat kahwin. Saya takut Dani tinggalkan rumah lagi
kalau dia tak setuju.”
Hampir aku terduduk di situ. Papa mahu aku cepat kahwin? Kenapa?!
This is damn awkward! Selepas hampir dua minggu tak bertemu muka, dia
sekarang duduk di depan aku. Masih kacak seperti dulu cuma bezanya kali ni,
renungannya sedikit dingin berbanding dulu. Kenapa?
“Are we going to look at each other without saying anything?” tanya aku
sambil cuba ukir senyum tapi entah kenapa Koji tetap begitu. Masih membisu tak
keluar suara. Takkan marah sebab aku pindah macam tu je.
“Kalau kau tak nak cakap apa-apa, aku nak masuk dalam,” aku berdiri.
Dahlah tak selesa pakai baju kurung ni. Rasa tak bebas.
“Kalau... kalau papa kau keluar usul supaya kita kahwin...” aku pandang
Koji yang bersuara, “Aku mohon kau tolak permintaan papa kau!”
Aku berpaling pada Koji. Benda apa? “Kau cakap apa ni?”
“Makan tengahari dua keluarga, aku rasa kau faham kot. They want to
match make us!”
“Tapi...”
“Dani, aku suka kau but only as a friend. Untuk dijadikan isteri...” dia
diam lalu dia berdiri betul-betul di depan aku, “Aku tak rasa kau layak untuk
jadi isteri aku. Aku nak perempuan yang betul-betul perempuan. Bukan perempuan
yang macam kau, yang merokok, yang bergaul bebas dengan lelaki, yang join gig.
You are far too different from what I’ve ever imagine how my wife should be.”
Aku terkedu! Hilang terus kata-kata aku. Aku tak layak untuk jadi isteri
dia? Heh, macam aku nak sangat berlakikan dia! “Kalau kau betul lelaki, Khairul
Hafizi... mungkin kau sendiri perlu tolak perkahwinan ni, bukan suruh aku yang tolak
lamaran ayah kau. Jangan jadi pengecut kalau kau mengaku diri kau tu lelaki!”
Giliran dia terdiam. Malas nak tunggu lama, segera aku tinggalkan dia.
Malas nak ambik tahu dah.
Aku panggung kepala saat kerusi di mejaku ditarik oleh orang yang aku
tunggu. Tanpa aku pelawa, dia melabuhkan punggung di kerusi yang sama.
“Kenapa kau nampak lain?” Tanya dia sambil menongkat dagu.
Aku buat muka, tu tak lain nak bahan akulah tu sebab pakai baju kurung
dengan wajah tak tercalit sebarang mekap ala-ala gothic aku dulu, “Tak payah
nak bahan akulah, Ijad.”
“Tak sangka aku...” dia leretkan suara sambil mengukir senyuman yang
tidak dapat aku tafsirkan maknanya.
“Apa kau?” Aku buat muka! Ni aku malas kalau dengan Ijad ni.
“Tak sangka dalam seorang Dani, ada seorang Ezmira.”
“Tak payah nak gula-gulakan aku sangatlah,” aku peluk tubuh.
Ijad ketawa, “Chill, Dani! Kau sejak jadi Dania ni dah pandai
sentap-sentap kan?”
“Cut it out, dude! I’m serious.”
“Okey, okey... so, kenapa kau nak jumpa aku ni?”
“Aku nak mintak tolong kau, Ijad.”
“Mintak tolong apa? Jarang kau mintak tolong ni,” Ijad kerutkan dahi.
Aku ketap bibir. Nak cakap ke tak? “Er... boleh tak... er...”
“Apa kau ni? Sejak bila jadi gagap?”
Aku raup muka, malunya kena tegur gitu dengan Ijad. Ya Tuhan, c’mon
Dani! You can do it, dear me! “Tolong jadi boyfriend tipu-tipu aku, boleh?”
“Hah?!”
Papa cuma diam saat kami mengadap makan malam. Sejak Ijad balik tadi,
papa hanya diam. Aku cuak! Papa tidak pernah diam sebegini sekali kecuali
sewaktu mama pergi satu ketika dulu.
Mummy juga diam seperti papa. Aku resah sendiri. Salahkah aku
memperkenalkan Ijad kepada papa dan mummy tadi? Ijad pun satu, semalam aku
suruh pakai baju sopan sikit, dia boleh lepak datang pakai baju tengkorak
kesayangan dia tu.
“Dania, kenapa makan sikit sangat?” Tersentak kejap aku bila papa
menegur.
“Er... banyak dah ni,” balas aku, sedikit takut.
Papa hela nafas, “Papa mintak maaf tapi lelaki yang Dania kata kekasih
Dania tu, tak dapat papa terima.”
“Tapi...”
“Dia tak cukup baik untuk Dania. Dia bagi tau papa, hidupnya cuma dengan
band dia, cuma dengan hidup dia. Bagaimana dengan rohani dia?”
Aku telan liur, “Tapi... Ijad... dia baik dengan Dania. Dia faham
Dania.”
“Baik je tak cukup, Dania. Bila papa tanya pasal solatnya, dia
tergagap-gagap. Papa tak rasa dia layak buat Dania.”
Layak? Kalau Ijad yang lopong tu pun tak layak untuk aku? Siapa yang
layak untuk aku? Koji? Terang-terang dia tolak aku dan cakap aku tak layak
untuk dia! “Dania ni...”
Papa dan mummy pandang aku, lama.
“Dania ni... memang tak layak untuk sesiapa kot,” ujar aku sambil ukir
senyum sinis.
“Dania...” suara mummy meleret, memujuk.
“Hafiz tu layak untuk Dania, papa yakin yang tu. Dia boleh bimbing
Dania.”
Hafiz? “Kalau dengan dia, Dania rela tak kahwin sampai bila-bila!”
Bentakku lalu terus aku berdiri.
“Dania!” Papa ikut sama tinggikan suara.
“Dania rela kahwin dengan Ijad dari kahwin dengan mamat tu!”
“Dania Ezmira!” Sekali lagi suara papa melengking. Papa yang jarang
marah, menengking aku kerana lelaki itu!
“Dania takkan kahwin dengan lelaki yang pijak maruah Dania!” Ujar aku
sebelum berlalu tapi saat aku terdengar bunyi kaca berderai di belakang. Aku
berpaling dan terus terkaku. Papa aku... rebah!
Aku memeluk lutut. Tangisan yang sedari tadi mengalir bagai tidak mahu
berhenti. Ya Allah, jangan tarik nyawa papaku. Aku belum sempat meminta maaf
kepadanya atas keceluparan kata-kataku.
“Dania...” perlahan aku rasakan ada tangan yang menyentuh kepalaku. Saat
aku dongakkan kepala, wajah mummy yang turut basah dengan air mata kelihatan di
depanku.
“Mummy... papa...” aku menuding jari ke arah operation room. Kata
doktor, papa kena heart attack kali kedua!
“Mummy tahu, sayang!”
Aku terus peluk mummy lalu aku menggongoi kesedihan. Kali pertama, aku
menyesal menjadi seorang Dania.
“Aunty...” ada satu suara menegur mummy. Saat mummy lepaskan pelukannya.
Di depan aku, berdirinya dia bersama ibu bapanya.
Mummy terus menangis saat ibunya memeluk mummy. Aku termangu di situ.
Aku kesat air mataku saat mata kami bertemu. Sungguh, aku bencikan Koji! Aku
tak pernah mahu dia jadi suamiku walaupun aku akui, dia berjaya menyentuh
hatiku yang selama ini kebal. Rupanya papa sudah lama kenal dengan bapa Koji.
Itupun baru mummy ceritakan tempoh hari.
“Dania, sabar ye nak. InsyaAllah, papa Dania tak ada apa-apa,” Encik
Ridhuan, yakni bapa Koji memujukku yang nyata masih mahu menangis.
Air mata yang aku kesat, kembali mengalir.
Aku tak mahu kehilangan papa. Cukuplah dulu mama tinggalkan aku. Aku buang
pandang ke tepi. Esak tangisku mula kedengaran, teringat pergaduhan aku dengan
papa aku tadi. Kerana Koji, aku derhaka...
Aku pandang papa yang masih kaku terbaring di
atas katil. Permintaan mummy semalam masih terngiang-ngiang di telinga. Aku
pegang jemari papa, “Pa, kalau Dania ikut cakap papa... papa akan bangun kan?”
Papa tetap diam kaku. Air mata yang mengalir
aku kesat perlahan dengan tangan kiriku, “Kalau Dania betul kahwin dengan Hafiz
tu... papa akan bangun kan?”
Aku tunduk merenung jari. Ada cincin belah
rotan yang tersarung di jari, disarung oleh ibu Koji malam semalam selepas aku
bersetuju dengan permintaan mummy. Wajah Koji ketika itu nampak marah tapi aku
tak peduli. Yang penting bagi aku sekarang adalah papa.
Aku menapak keluar dari wad yang menempatkan
papa. Surah Yasin yang kini menjadi bacaan harianku aku simpan ke dalam beg
telekungku. Baru aku nak berlalu, mata aku menangkap tubuh seseorang yang aku
kenal bersandar pada dinding berhadapan dengan wad papa.
“Kenapa kau buat keputusan macam tu?” Suara
dia terus menerjah gegendang telinga.
Tanpa mempedulikan dia, aku berjalan terus.
Berpura-pura tidak mengenali dirinya.
“Dani!”
Aku tetap berjalan. Berhenti pun tidak.
“Dani!” Panggilnya, kuat!
Aku buat pekak! Kau panggil sampai tahun
depan pun belum tentu aku nak menyahut, Koji!
“Dania Ezmira,” dia merentap tanganku, kasar.
“Apa masalah kau ni?” Ujar aku, separa marah.
“Aku panggil kau dari tadi!”
“Aku tak dengar pun,” aku buat muka tak
bersalah.
“Dani...” dia leretkan suara, berbaur amaran.
“Dania! My name is Dania. Dani was my past.”
Dia diam memandang aku, “Kenapa kau terima
lamaran mak aku?”
Aku jungkit bahu, “Aku ada hak kan untuk
terima atau menolak?”
“Tapi hari tu kan aku dah...”
Tak sempat dia menghabiskan kata, aku
menyampuk, “Aku terima lamaran mak kau bukan sebab aku hadap sangat nak kahwin
dengan kau tapi aku terima kau sebab aku tunaikan permintaan papa aku!”
Dia terdiam terus. Mata aku terus menikam
tepat ke matanya, “Kau ingat aku nak kahwin dengan lelaki yang cakap aku tak
layak jadi isteri dia? Kau ingat aku teringin sangat nak jadi isteri lelaki
macam kau?”
“Apa maksud kau?!” Wajah Koji memerah dan
berubah sedikit. Benganglah kot!
“Kau ingat aku nak kahwin dengan lelaki
pengecut macam kau? Yang tak berani nak cakap dengan parents kau yang kau tak
nak kahwin dengan aku!” Senyuman sinis aku berikan kepada dia. Puas hati aku!
“Kau!” Koji tolak badanku rapat ke dinding!
Terlepas terus beg telekung di tanganku.
“Kau nak buat apa ni? Jangan nak buat
gilalah, Koji!”
“Kau cabar aku, Dani!”
“Kau ingat aku takut?!” Wajah Koji yang dekat
dengan wajahku aku tentang!
“Baik, kita akan kahwin tapi...” dia ukir
senyum sinis, “Kau takkan pernah aku anggap sebagai isteri aku sebab kau memang
tak layak jadi isteri aku!”
ihetchu koji....
ReplyDeleteBest nak lagi
ReplyDeleteKasian dania sedih cite Kali ini sampai mengalir air mata
Imah
Hoi koji.. Blahla .. X hadap betul la laki mcm ni.. Prasan bagus! # kak najwa,, sy bkn marah akak tau ,, sy mrh koji tu#
ReplyDeleteHehehehe dah hbs dah marah kat koji kat pg fb...tp..i hate u koji
ReplyDeleteJuwa... AN nak lagi.. hihi. Koji Koji Koji Koji Koji.. semua reader membenciiiii kikiki.
ReplyDeleteAi tak..Ai sentap je :p
Juwa... AN nak lagi.. hihi. Koji Koji Koji Koji Koji.. semua reader membenciiiii kikiki.
ReplyDeleteAi tak..Ai sentap je :p
mmg sedih...bila diri nk berubah org x blh trima.
ReplyDelete-dibah-
hati kojie masih bengkok lagi nih. ahaahah.. da lurus baru dia tau langit tinggi ke rendah ..
ReplyDeletekoji akan menyesal sbb cakap cam2.. haha
ReplyDeleteYa ya nanti mesti koji menyesal tahap beku. Wat masa nie...... Koji ko memang sengggaaaallll sanggatt.....
DeleteYanshi
Sakit pulak hati ni ngan prangai koji nih..haishh..takmou lah wat mcm tu kat dani :'(.. Hihi
ReplyDeleteKenapa? Kenapa? Kenapa? Memang sentap la dengan koji ni...apa dia baik sgt ke
ReplyDeletebongok r koji ni...dh ko x nk ko ckp r kt parents ko...senget...cuba jd ank jantan skit,ni x pengecut....ishhh geramnyew
ReplyDeletekenapalah kau selalu ada hero yang menyakitkan ati najwa wehh.. tensen tahu tak.. tenseennn
ReplyDeletebongok tul si koji nie.....dah x nak ckplah terus terang.....pastu nak salahkan dani pulak.....eeeeeeeeee cam nak lepuk2 aje kepala dia...
ReplyDeletehekeleh koji..macamlah die tuh bagus sgt utk dijadikan suami,haish mcm n sengkeh je kpala dier nih....
ReplyDelete