Friday, 9 March 2012

Jangan Marah Lagi, Sayang


Jangan marah-marah lagi. Itu pesan mama. Jangan asyik nak mengamuk tak tentu hala. Itu pesan papa. Tok dengan opah pula kata, jangan nak menyebai selalu. Tau tak menyebai tu apa?? Orang utara sebut bebai, orang luar sebut bebal. Bebal ni maksudnya macam jangan nak menunjuk perasaan sangatlah kiranya. Oh ya, abang kata jangan nak baran sentiasa. Haih, susahkan bila orang panas baran ni kena pergi belajar jauh-jauh. Cuma abang, papa, mama, tok dengan opah je yang tahan dengan aku. Siapa aku? Akulah minah paling baran di abad ini or maybe not tapi yang pastinya, aku memang mudah baran.

“Oya, kau duduk situ diam-diam. Jangan pergi mana-mana.” Aulia mengangguk, perlahan apabila Atikah dah melangkah ke kedai koperasi. Panasnya hari ni, Ya ALLAH!
“Eh, itu bukan budak yang mengamuk dekat dewan hari tu ke?” Aulia buat muka. Datang dah spesies-spesies kepochi ni.
“Panas baran betul. Padahal benda kecil je. Mengamuk macam nak bagi roboh dewan.” Ujar satu suara lagi.
Aulia rasa badan dah mendidih.  Darah dah mengelegak. Badan rasa panas semacam.
“Ala, saja nak tunjuk dia garang depan senior. Konon-konon jenis tak melayan lelaki padahal...” Ketawa gadis-gadis tadi menjadi irama yang sangat tak best bagi Aulia. Sangka mereka, Aulia mendengar lagu dari telefon bimbitnya kerana ternampak wayar earphone melekat elok dengan telefon bimbit itu. Aulia bangkit dari duduk. Terdiam terus budak-budak tadi.
Aulia merenung gadis-gadis di depannya itu. “Berani jugak korang kutuk aku depan-depan kan?” Suara Aulia bersahaja namun menakutkan.
Tiga gadis itu telan air liur. Seramnya! Seramnya! “Ada bukti ke?” Takut-takut berani je ni.
“Hoi, telinga aku ni tak pekak lagi tau!” Aulia tarik si gadis yang berbaju merah polka dot dan terus ditarik kolar baju si gadis.
“Eh, lepaslah kawan kita orang tu!” Dua yang lain dah merayu. Apahal budak ni baran sangat?
“Korang diam!” Separuh menjerit Aulia bersuara. “Kau pulak!” Pegangan di kolar baju si gadis berbaju merah polka dot diperketatkan. “Seronok kau kan kutuk aku macam-macam!”
“Aulia Husna!” Atikah pegang tangan Aulia yang masih menggenggam baju si gadis baju merah. “Let her go.” Namun Aulia masih tajam merenung gadis yang di depannya.
“Oya! Let. Her. Go.”
Aulia cuma senyum sinis. “This is the price she has to pay!”
“Aulia Husna, jangan sampai aku telefon Mak Long!” Atikah bersuara keras. Sepupu yang satu ni memang baran. Menakutkan.
Aulia mendengus. “Fine!” Dilepaskan terus kolar baju si gadis tadi. Dia menjeling Atikah.
“Perempuan gila!” Terus gadis tiga serangkai itu lari.
“You really can’t control your temper isn’t it?”
Aulia diam. Menenangkan diri yang masih ada sisa-sisa amarah. “Let just not talk about it.”


“Izzad, kau tengok apa?”
“Drama melayu abad ini.” Izzad menjawab malas.
Ridzwan angkat kening. “Mana?”
“Tu!” Izzad menjuihkan mulutnya. “Tu tak lain berebut lelaki la tu.”
Ridzwan gelak besar. “Kau tulah. Time orientasi tidur je memanjang. Tak sedar kan apa yang jadi dalam dewan besar?”
“Apa yang dah jadi?”
“Budak perempuan yang baju kurung biru laut tu mengamuk dekat senior kot.”
Izzat angkat kening, tanda menyuruh Ridzwan menyambung cerita.
“Budak tu namanya Aulia. Orang panggil dia Oya. Dia tu garang nak mampus. Baran yang amat. Memang tak ada orang boleh cope dengan dia. Si Oya tu mengamuk dekat Benji.”
Izzad angguk. “Mamat poyo perasan bagus.”
“Yup, the very the one.” Ridzwan sengih. Tak ada siapa yang suka Benjamin Affendi. Mamat perasan bagus. Senior terhebat kononnya padahal tak pegang apa-apa jawatan tertinggi pun. MKK pun tidak, MPP jauh sekali.
“Benjo tu buat apa dekat Aulia tu?” Aulia? Ehek, comel je nama budak baran tu. Izzad sengih dalam hati.
Benjo dipanggilnya si senior tu? “ Aulia tertidur. Lepas tu si Benji rakam muka Aulia yang tertidur guna kamera dewan.”
“Damn! Kiranya satu dewan tengoklah si Aulia tidur?”
“Yup. Tengah orang dok bantai gelakkan si Aulia, Aulia pun terjaga. Bila nampak je muka dia terpampang untuk tatapan satu dewan, pecah kamera kat tangan Benji.” Ridzwan cerita bersungguh-sungguh. “Benji mula-mula nak mengamuk tapi si Aulia maki hamun dia sampai terdiam si Benji. Jadi speechless. MPP, AJK Orientasi, MKK semua buat tak tahu.”
Izzad diam. Interesting. “Aku terasa macam nak kenal je dengan si Aulia ni.” Dan Ridzwan terlopong dengan kata-kata Izzad.

“Perempuan tak elok kalau tunjuk baran ni.” Atikah bersuara.
“Habis, takkan nak bagi dia orang pijak kepala kita? Biar je orang mengutuk, macam tu?”
“Bukan macam tu, Oya. Nak marah boleh tapi bukan macam tu. Lagipun tak baik marah macam tu, macam mak tiri dah aku tengok kau.”
Aulia diam. Heh, aku nak buat macam mana? Aku memang dah keturunan baran. Arwah Tok Ayah baran. Kalau bising bila Tok Ayah nak lelap mata, kena jerkah. Bila makan tak habis, kena piat telinga. Nenek je boleh tahan dengan Tok Ayah, Tok Ayah bising sayur masin, siap baling pinggan semua, nenek diam je. Tak melawan langsung. Nasib baik papa tak macam tu, kalau tak... tiap-tiap hari aku dengan abang lebam-lebam satu badan. Tapi aku punya baran ni macam mana? Tak kena dekat papa tapi kena dekat aku. Abang pun tak baran macam aku.
“Oya, aku minta maaf kalau kau terasa dengan aku.” Teragak-agak bersuara. Macam nak mengamuk je.
Aulia tarik nafas. “Tak apalah. Memang silap aku, baran tak kira masa.”
“Oya, manusia boleh berubah tapi jangan kau paksa diri kau untuk berubah. Sebab lama-lama nanti, perangai tu datang balik dekat kau. Perlahan-lahan, okey?”
“InsyaAllah.” Sepupu nan satu ini memang sentiasa memberi nasihat dan tak pernah jemu. InsyaAllah aku berubah Tikah, cuma aku tak tahu bila.

“Miss Aulia Husna!”
Aulia berpaling. Siapa pulak dah mamat tinggi galah ni? “Yes?”
“Saya Izzad.” Lelaki itu tersengih.
“Ada saya tanya?” Aulia mendengus. Darah rasa macam nak naik ni, apahal entah mamat ni. Panggil aku lepas tu bagitau nama sambil sengih-sengih. “Awak nak apa ni?”
“Saya nak kenal dengan awak!” Izzad sengih lagi lagi.
Aulia buat muka. “Saya tak nak!”
Izzad masih tersengih. “Saya tak kira, saya nak kawan jugak dengan awak.”
“Eh, gila ke apa?” Aulia angkat beg dan berkira-kira untuk berlalu. Baik aku blah sebelum aku mengamuk dekat sini. Aku nak berubah, macam Tikah suruh.
“Cik Aulia kalau ye pun nak lari daripada saya, kad matrik awak ni nak campak mana?” Izzad pegang kad matrik.
“Bagi balik!” Muka Aulia dah merah.
Izzad geleng. “Nope.”
“Weh, mamat! Bagilah balik!”
“Tak nak!”
“Ei, kau ni nak kena dengan aku ke hah? Bagi baliklah!”
Izzad senyum. Tangan kanannya yang memegang kad matrik diangkat tinggi. “Saya boleh bagi balik tapi dengan syarat.”
Aulia mendengus. Payahlah manusia ni. “Apa syaratnya?” Aulia cuba menenangkan amarah yang semakin meningkat.
“Be my friend.”

“Tak nak!”
“Then, this will be mine.” Izzad dah nak berlalu.
“Weh.” Izzad berpaling.
BUK! Izzad terduduk terus bila perutnya dilibas dengan beg di tangan Aulia. Terjatuh kad matrik di tangan Izzad.
“Sorrylah, saya terlupa dalam beg saya ni ada buku Organic Chemistry and I believe this is mine!” Kad matrik diambil dan dia terus berlalu.
Izzad pegang perut yang terasa sengal namun bibirnya mengukir senyum. She’s cute. Auliaku sayang, kad matrik yang awak ambil tu milik saya.

“Oya, ni kad matrik siapa ni?” Fiza mengangkat kad matrik yang ada di atas katil Aulia.
Aulia angkat kening. “Kad matrik akulah.”
“Sejak bila nama kau tukar jadi Muhammad Izzad Bukhari bin Ahmad Hasnan?”
Aulia meluru ke arah Fiza. “Bak sini aku tengok!”
Dan Aulia menjerit kuat. Rasanya satu Taman Pustaka dapat dengar jeritan dia malam-malam ni

Pap! Izzad nampak kad matrik dia  betul-betul di atas meja di cafeteria itu. Terus dia berpaling pada wajah gadis yang cemberut itu. “Tak baik baling-baling barang, Cik Aulia.”
Aulia menapak menghampiri Izzad. “Mana kad matrik saya?”
Izzad senyum. “Eh, semalam awak cakap kad matrik ni kad matrik awak, kan?”
“Tak payah nak senyum sangat! Give me my matric card back!”
“Chill. No need to yell.” Izzad senyum lagi. “Will you be my friend, Miss Aulia Husna?”
Aulia mendengus. “Yelah, kawan jelah!”
Izzad tersenyum menang.
“Kad matrik?” Aulia bersuara saat Izzad bangun.
“Saya tak bawalah Aulia. Esok jelah, ye?”
“Awak jangan cabar kesabaran saya!”
Izzad ketawa. “Baran betul awak ni, Aulia.”
“Oya!” Aulia buat muka.
“What?” Izzat tak faham.
“Don’t call me Aulia, call me Oya.”
“Tak nak! Aulia tu kan bagus maknanya dari Oya yang tak ada maksud tu.”
“Eleh, macam tau je apa maksud Aulia tu.”
“Yang tertinggi atau yang mulia, right?.”
“Whatever. Give me back my matric card.”
“Later, Aulia. Jom teman saya makan.”
 “Seriously, I don’t like your game! Just give me my matric card back!” Aulia dah tinggi suara.
“Kenapa nak marah sangat ni? Saya ajak awak makan je, Aulia. Saya tak minta awak buat bukan-bukan pun kan?” Izzad tersenyum. “Teman saya makan dulu, please. Kawan awak ni sangat lapar.”
Aulia merengus. Banyak songehlah dia ni. “Jomlah!” Aulia dah menonong ke depan.
Aulia Husna, awak memang cute! Izzad berlari-lari anak mengejar langkah Aulia.

“Aulia.”
“Lambat!”
“Saya ada kelas, okey?”
“So?”
“Aulia!”
“Ish, diamlah! Dah lah datang lambat. Aulia... Aulia...”
Izzad sengih dengan suara kasar Aulia. “Yelah. Sorry, okey.”
Aulia bengang. “Nak pergi mana lepas ni?”
“Ikut saya, jom!”
“Pergi mana?”
“Adalah!”
“Izzad, I don’t like guessing things. Baik awak cakap, kalau tak saya blah!” Aulia dah keluar aura nak telan orang.
Izzad senyum. Garangnya Cik Aulia sayang ni. “Kita nak pergi tengok baby Rania.”
“Siapa tu?” Airina angkat kening.
“Anak along saya.” Izzad bangun. “Jom.”
Aulia mula mengukir senyum. “New born, eh?”
“Ye. Nak ikut tak?”
“Nak!” Laju Aulia mengangguk.
Izzad nak tergelak dengan reaksi Aulia. “Janji dengan saya dulu.”
Aulia buat muka malas. “Janji apa pulak ni?”
“Janji jangan baran tak tentu pasal nanti.”
“Apahal pulak saya nak baran tiba-tiba?” Aulia bertanya pelik.
Izzad gelak. “Awak tu bukan boleh kira, Aulia. Baran nak mampus.”
“Diamlah!” Aulia dah mengorak langkah meninggalkan Izzad.
“Eh, nak pergi mana?”
“Balik!”
Izzad senyum. Aulia Husna dah pandai merajuk. Makin manja dan mengada tapi baran tu tetap ada. Dah dekat setahun lebih mereka berkawan. Dalam setahun lebih tu dah berbakul-bakul makian dia terima dari Aulia. Dah banyak kali dia pendam perasaan terasa saat Aulia marah dia. Semuanya untuk Aulia. Aulia dah makin berubah walaupun baran tu masih ada. Aulia dah pandai kawal amarah dia cuma kena tahan telinga kadang-kadang.
“Aulia, baby Rania tunggulah.”
Aulia berpaling. “So? Saya tak nak pergi, nanti saya mengamuk tak tentu pasal pulak, ye tak? Saya kan baran.”
Alalala, comelnya muka masam dia. “Sekarang baran ke merajuk?”
“Baran!”
“Jomlah, Aulia Husna. Please, teman saya.” Lembut suara Izzad memujuk.
Hah, dia dah guna suara lembut dia tu. Taulah aku cepat cair bila dia sebut nama aku macam tu pun. “Yelah. Jomlah!” Aulia merengus.
Marah lagi? Aulia... Aulia... Izzad sengih.

“Nina, pantang kali ni duduk rumah bonda ya?”
“Eh, mana boleh macam tu bonda. Zam nak bermanja dengan siapa nanti?” Aizam sengih bila Airina pukul lengannya. Tengku Rayyan yang berusia empat tahun tersengih-sengih bila tengok papanya kena pukul.
“Rayyan senyum kenapa, sayang?” Airina bertanya pada anak sulungnya itu.
“Mama pukul papa. Padan muka, papa!” Rayyan jelir lidah pada Aizam.
Aizam jegil mata pada Rayyan. “Oh, ejek papa ya!” Dan semua ketawa bila Rayyan menyorok di tepi mamanya.
“Assalamualaikum. Apa bising sangat ni? Adik dari luar boleh dengar.” Izzad melangkah dengan sejambak bunga ros di tangan.
“Pak cu!” Rayyan berlari pada Izzad.
“Hi, Rayyan!” Izzad peluk Rayyan. Rindulah dekat budak kecil ni. “Come, salam kawan pak cu.”
Rayyan mendongak pada Aulia yang berdiri di sebelah Izzad. “Kakak ni mak cu Rayyan ke?”
Aulia tersenyum saja lalu dia duduk bertinggung di depan Rayyan. “No, sayang. Kakak kawan pak cu.”
“Kakak cantik.” Rayyan sengih.
“Mama!” Rayyan berlari pada Airina yang masih berbaring.
“Ye, sayang?”
“Rayyan nak kahwin dengan kakak cantik.”
Airina gelak saja. “Tak bolehlah macam tu.”
“Kenapa?”
“Sebab kakak ni nak kahwin dengan pak cu je.” Izzad gelak bila Aulia buat muka menyampah.
“Siapa tu adik?” Aizam bertanya.
“Kawan adik. Aulia Husna namanya.” Izzad dan Aulia mendekati katil Airina dan Aulia terus bersalam dengan Puan Sofiah dan Airina.
“Ibu mana, along?”
“Ibu balik sekejap.” Airina tak lepas pandang Aulia. Cantik budak ni.
“Baby Rania mana?” Izzad pandang sekeliling.
“Ada kat nursery. Jom, abang long tunjuk.” Aizam bangun dari duduknya. “Sayang, abang pergi tunjuk baby Rania sekejap ye.”
Airina mengangguk. Dan Aizam cepat mengucup dahi isterinya.
“Bonda, jaga wife Zam tau.”
“Yelah!” Puan Sofiah pukul lengan Aizam yang tersengih nakal.
Aulia pula tiba-tiba terharu dengan Aizam dan Airina. Romantiknya.

“Abang long awak tu memang style romantik ke?”
“Yup.” Izzad mengangguk.
“Dia orang sangat sepadan. Along awak cantik. Abang long awak kacak.”
“Tapi sebelum dia orang kahwin, banyak dugaan.”
“Maksud?”
“Dulu, sebelum along saya kahwin dengan abang long dia dah bertunang. Tunang dia tu kawan dengan abang long tapi tunang dia curang and surprisingly, tunang along saya tu curang dengan girl friend abang long saya tu. Dia orang kena tangkap khalwat.”
Aulia terlopong. “Along awak tak marah?”
“Nope. Dia tak marah, dia cuma terkilan sampai bawak diri pergi Australia.”
“Kalau saya, mesti saya dah mengamuk.”
Izzad gelak. “Yang tu sudah semestinya. Awak kan baran.”
“Izzad, awak nak kena penumbuk?” Aulia dah angkat tangan kanannya.
Izzad gelak lagi. “Sorry.”
“Macam mana along dengan abang long awak tu boleh kahwin pulak?”
“Sebab bekas tunang along still kacau along walaupun dia dah kahwin dengan perempuan tu.” Izzad tarik nafas. “And perempuan tu jumpa along, suruh along cari suami supaya suami dia tu tak kacau along dah.”
“Then?”
“Along saya nak lari dari masalah, dia lari balik kampung. Then, dekat RnR Simpang Pulai, dia jumpa abang long saya and dia ceritakan semua dekat abang long saya.”
“And dia orang kahwin?”
“Yup tapi awal perkahwinan dia orang macam bermasalah sikit.”
“Kenapa?”
“Sebab abang long dingin dengan along. Rupa-rupanya dia kahwin dengan along supaya perempuan tu tak kena tinggal dengan suami dia.”
Aulia ternganga. “Abang long awak jahat! Kalau saya jadi along awak, memang saya ganyang habis-habisan.”
Izzad gelak besar. “Along saya memang mengamuk pun. Marah betul dengan abang long. Bingkai gambar kahwin dia orang, dia baling dekat abang long tapi abang long sikit pun tak elak.”
“Kena tak?” Aulia dah teruja
“Of course, kena. Sampai berdarah.”
“Kenapa dia tak elak?”
Izzad senyum. “Sebab dia tahu salah dia. Dia rela diri dia dibaling apa sahaja asalkan along maafkan dia.”
“Okey, itu sangat sweet.” Aulia tersenyum.
“And sekarang, abang long saya sangat menjaga along saya. Dia tak nak along saya terluka sekali lagi.”
“Saya harap saya dapat suami macam tu.”
“Awak?” Izzad gelak.
“Kenapa?”
“Awak tu baran, tahu? Tak ada siapa yang akan suka awak, Aulia kalau awak asyik baran.”
Aulia ketap bibir. Terus dia pukul Izzad dengan beg tangannya.
“Aulia, saya tengah memandu!” Izzad tinggi suara sedikit.
Aulia terdiam. First time kena marah. Terus dia buang pandang ke luar tingkap. Tengok pokok lagi best.

Dah dua hari dia tidak bertegur sapa dengan Aulia. Bukan dia sengaja tapi Aulia yang mengelakkan diri. Dia akui dia silap memarahi Aulia tapi dia pelik, kenapa Aulia tidak membalas balik hari itu? Kenapa Aulia diam membisu sampai dekat rumah sewanya? Kenapa Aulia tak mengamuk macam selalu?
“Izzad, termenung!” Ridzwan ketuk meja Izzad.
Izzad tersentak lalu dia tersengih. “Mana ada termenung. Memikirkan something.”
“Yelah tu.”
“Hei, macam mana kau dengan Aulia?”
“Aku dengan Aulia? Macam tu jelah.”
“Wei, kau budak yang berkawan dengan Aulia tu kan?” Satu suara menegur.
Benji! “Kenapa?”
“Kau boleh tahan dengan kerenah budak baran tu?” Benji senyum sinis.
“Kenapa? Tak puas hati ke?”
“Memang aku tak puas hati! Sebab dia dah malukan aku dulu.” Benji membentak. “Lagipun, kau patut dapat lagi baik dari budak tu. Adik aku, Liya dah lama minat kau.”
“So?” Izzad angkat kening. Aku tak faham betullah. Kenapalah ramai sangat tak puas hati aku berkawan dengan Aulia? Hari tu si Mael, dua hari sebelum tu Ikhmal dan sekarang Benjo ni pulak. “Bro, kau tak boleh tentukan dengan siapa aku nak berkawan.”
“Kau fikirlah. Aulia tu bukan stok nak buat isterilah. Baran mengalahkan gorilla.”
“Kau tak kenal Aulia, so you better shut your damn mouth!” Sekarang aku yang nak baran. Izzad terus angkat kaki

“Aulia Husna!”
Aulia angkat muka. Dia mai dah. Terus dia tutup buku, berkemas nak balik.
“Merajuk lagi, ye?” Izzad sengih comel.
“Malas nak layan.”
“Jangan marah, eh sayang?”
Aulia angkat kening. “Apa sayang-sayang?”
“Garangnyalah. Cuba lembut sikit dengan saya.”
“Eh, tak ada masa!”
Izzad sengih. “ Adakanlah.”
“Adakan apa?”
“Adakanlah masa untuk saya.” Lembut suara Izzad.
“Izzad.” Liyana dah datang entah dari mana.
Aulia terus tengok telefon bimbit tapi dalam hati dah sumpah seranah si Liyana.
“Awak nak apa ni?” Bersahaja suara Izzad. Dikerling Aulia yang diam.
“Saja nak lepak dengan Izzad.” Liyana ambil tempat di sebelah Izzad. “Izzad, kenapa awak lepak dengan budak baran ni?”
“Eh, biarlah. Dia kawan saya. Suka hati sayalah.”
“Tak faham betullah awak ni, Izzad. Budak baran macam ni pun awak boleh nak berkawan. Dah lah baran, kasar. Menyombong...”
“Dah habis?” Aulia letak telefon atas meja. Liyana, budak baju merah polka dot yang masih tak serik-serik kena marah dengan Aulia.
Liyana diam.
Izzad diam.
“Aku tanya ni, kau dah habis belum kutuk aku?” Suara itu mengandungi amarah.
Liyana masih diam tidak berkutik.
“Weh, perempuan!”
“Aulia, behave!” Izzad berdiri dan dia sempat tahan tangan Aulia yang hampir hinggap di muka Liyana.
Aulia renung muka Izzad. Bengang. “Lepas!”
Izzad buat muka tak faham. “Liyana, berambus sekarang jugak.”
Liyan terus lari dari situ.
“Muhammad Izzad, lepaskan tangan saya!” Aulia cuba tahan amarah yang bergendang dalam jiwa. “Weh, lepaslah mangkuk!”
Izzad mendengus. “Aulia, cubalah awak kawal diri awak tu! Benda kecil pun nak marah-marah!”
Aulia diam.
“Hah, kenapa diam? Balaslah. Dah tak ada modal? Dah tak mampu nak bercakap? Dah tak mampu nak maki saya?” Izzad menengking. Selama ni aku dah cukup bersabar, I can’t take it no more.
Aulia masih diam.
“Balaslah! Panggillah saya mangkuk! Panggillah saya bodoh ke, bangang ke, bongok ke. Panggillah sekarang! Selama ni saya sabar dengan kerenah awak, Aulia. Saya dah tak boleh bersabar. Awak ingat saya ni apa, hah? Tak ada hati perasaan? Ada masa saya rasa awak ni baik sangat tapi sebenarnya, awak ni bengis! Kejam! Perangai macam Hitler je. You know what? Saya menyesal kawan dengan awak.” Izzad berlalu.
Aulia terduduk. Amarah yang bersarang tadi dah hilang, yang tinggal cuma kesedihan. Air mata mengalir turun tanpa dipinta.

“Cuba awak tengok sunrise tu.” Suara Izzad ketika mereka di Broga Hill terngiang-ngiang di telinga. “Eh, kenapa awak menangis Aulia?”
“Sebab matahari terbit sangat cantik.” Dan Izzad cuma ketawa.
Aulia meraup muka. Tiba-tiba teringat waktu balik peristiwa dekat Medan Kuliah.
“Kenapa kau nak berkawan lagi dengan si Aulia tu?” Suara kawan-kawan Izzad kedengaran.
“Sebab dia jujur. True, dia memang baran tak kira masa. Tapi dia ada kelembutan sendiri yang dia tak pernah tunjuk dekat siapa-siapa.” And bila dia manja mengada, memang sangat comel. Izzad selamba menjawab sebelum pergi dekat Aulia yang terpinga-pinga.
Aulia rasa mata dah kembali panas.
“Kau tak payah nak menangislah, Oya!” Fiza muncul dari belakang.
Aulia diam tak berkutik.
“Kau menangis macam mana sekalipun, kau dah sakitkan hati si Izzad. Tanggunglah sendiri.” Atikah pula datang.
“Apa patut aku buat?” Aulia bertanya perlahan. Entah kenapa kali ini dia tidak marah bila diprovok oleh kawan-kawannya.
“Apa patut kau buat?” Fiza bersuara, sinis. “Heh, teruskanlah perangai baran kau tu! Teruskan sampai mati!”
“Aku tak tahulah kenapa dalam dunia ni ada perempuan macam kau, Oya. Aku pun rasa malu nak mengaku kau ni sepupu aku, tahu tak?”
Aulia masih diam. Masih tidak melawan. Tapi matanya dah mula bertakung dengan air.

Aulia jalan seorang diri. Dah tiada sesiapa sudi berjalan di sisinya. Ya Allah, baru aku sedar betapa ruginya aku melayan amarah. Dia terlupa, kemarahan yang dia pamerkan selama ini cuma menunjukkan yang syaitan dah berjaya menghasutnya.
Buk! Berterabur semua isi dari dalam begnya. Matanya merenung lelaki yang melanggarnya tapi lelaki itu terus berlalu tanpa sebarang ucapan maaf.
Izzad, kenapa awak macam ni? Aulia kutip semula barang yang berterabur. Pelik, dia tiada rasa marah. Apa yang dah jadi pada Aulia?

“Aulia!”
Aulia berpaling dan dia berhenti.
“Padan muka kau. Sebab baran kau tu, Izzad dah tinggalkan kau!” Benji tersengih jahat.
Aulia diam.
“Kau jadi pendiam sekarang, kan? Baguslah kalau kau tu dah tahu tutup mulut kau yang dah malukan aku depan dewan tahun lepas.”
Aulia tarik nafas. “Saya minta maaf. True, saya memang mulut jahat. Saya memang baran sampai semua tinggalkan saya. Izzad, Fiza, Tikah. Semua dah jauh dari saya. Saya dah kosong, Benji. Jiwa saya dah kosong. Perit hati kena pulau lagi perit dari hati yang tanggung amarah. Amarah yang saya selalu bawa tu dah terbang, Benji. Sakitkanlah hati saya macam mana sekalipun, hati saya dah kosong.”
Giliran Benji terdiam.
“Saya dah lukakan hati semua orang, Benji. Dah tak ada apa-apa lagi yang tinggal untuk saya.” Aulia tersenyum.
“Saya minta maaf. Sampaikan maaf saya untuk Liyana sekali.” Aulia berkira-kira untuk berlalu.
Benji tiba-tiba rasa bersalah. Ini rupanya kelembutan yang Aulia cuba tutup dari semua orang. “Aulia!”
Aulia berpaling.
“Awak nak pujuk Izzad balik?” Benji bertanya.

Annual Dinner Fakulti Kejuruteraan. Tema malam ini, Party. Macam kebiasaannya, pelajar perempuan yang memang terkenal dengan sifat suka melaram, mula pakai pelbagai jenis baju. Yang bling bling, yang lip-lap lip-lap, yang macam traffic light. Semua ada. Ada yang berbaju ala muslimah, ada yang berpakaian ala Madonna. Yang pakai macam nak pergi pasar malam pun ada jugak. Aulia datang malam tu dengan sehelai kemeja putih lengan panjang, dipadankan dengan tudung bawal biru laut dan seluar slack hitam. Dia menggalas beg gitar di belakangnya. Semoga malam ni, Izzad memaafkan dia.

“Weh, Izzad datang dengan siapa tu?” Aulia berpaling ke belakang. Ternyata lelaki itu memang kacak dengan pakaiannya. Dan di sebelahnya ada seorang perempuan. Cantik, manis, comel dan nampak kelembutan di wajahnya. Berbanding dengan dia, memang 100% berbeza. Perempuan tu pakai dress labuh. Dia lepak pakai kemeja dengan seluar slack. Perempuan tu pakai selendang belit-belit, dia pulak cuma pakai tudung bawal biasa. Kontranya. Muka perempuan tu bertempek make-up yang pelbagai dari maskara sampai ke gincu bibir. Dia pula hanya pakai bedak Johnson Baby je. Kontranya!
“Izzad, siapa tu?” Ridzwan menyiku Izzad yang meninggalkan pasangannya di meja sementara  dia mengambil air.
“Hanis. Budak Mass Comm.” Izzad kerling Aulia yang diam di meja dessert.
“Mana kau rembat?”
“Aku terlanggar dia hari tu. Teruslah aku ayat. Muka cantik, perangai pun elok. Stok nak buat isteri, tak macam si baran tu.” Bibirnya dijuih pada Aulia,
Ridzwan telan air liur. “Izzad.”
Aulia segera berlalu. Malas nak dengar apa-apa lagi yang keluar dari mulut Izzad.

“Liya, kau tengok budak yang sebelah Izzad tu.” Shima menuding jari pada Hanis
Liyana angkat kening. “Kenapanya?”
“Cantik.”
Liyana ketawa kuat. “Cantik? Aku lagi berganda cantik, tahu.”
“Aulia lagi cantik.” Suara Iza mematikan tawa Liyana.
“Maksud kau?”
“Aulia tak perlu make-up tebal macam kau dan Hanis tu. Dia datang sempoi, simple. Benda macam tu dah cukup buat dia nampak cantik.”
Liyana mencebik. “Eh, minggu ni memang minggu membela Aulia ke? Abang aku pun asyik membela dia.”
“Aulia dah tak macam dulu,  Liya.”
“What ever!”
Lampu dewan tiba-tiba dipadamkan. Hampir semua terjerit kerana terkejut.
“Lagu ini untuk dia.” Satu suara dari atas pentas buat semua orang berpaling pada pentas.
Bunyi petikan gitar kedengaran. Irama lagu ‘150 Juta’ kedengaran. Dan tiba-tiba, lampu terpasang dan semua terkedu. Aulia di atas pentas dengan sebuah gitar di tangan!

Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?
Apa kau buta, apa kau pura-pura suka
Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu
Dia mungkin bengis seperti singa
Tapi dia nangis tonton cerita Korea
Dia mungkin keras bila bersuara
Tapi dia jelas, jujur apa adanya
Aku lagi kenal dia

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi
Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata
sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua–
saya kenal sayang saya

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi senja
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua..

Semua orang diam. Nak tepuk tangan, tapi macam tak mampu. Semua terkedu. Budak bengis menyanyi atas pentas. Buat semua orang terdiam terbisu tambah-tambah bila nampak Aulia menangis time tengah menyanyi tu.
“Sebelum saya mengundur diri. Saya nak minta maaf pada semua. Saya tahu sepanjang saya ada dalam universiti ni, hampir semua orang saya dah maki. Benar, saya cepat naik darah. Saya sendiri tak suka saya macam ni. Saya sendiri benci dengan diri saya. Tapi saya tak marah arwah Tok Ayah saya yang bengisnya sepuluh kali ganda dari saya walaupun kerana dia, saya dapat sikap panas baran ni.” Aulia tergelak, hambar sambil sambil dia kesat air mata yang meleleh. “Sebab sikap saya ni, kawan baik saya tak mengaku saya kawan. Sepupu saya malu nak mengaku saya ni sepupu dia. Lelaki pertama yang ikhlas kawan dengan saya pun dah menyampah dengan saya. Semuanya sebab baranlah senang cakap. Tapi saya tak marah mereka, saya faham. Tak mungkin mereka nak kawan dengan perempuan macam saya. Baran tak tentu hala, baran yang saya patut bawak sampai mati. Perangai tak macam perempuan. Betullah kata sepupu saya, kenapalah perempuan macam saya ada dalam dunia ni. Cuma menyusahkan semua orang. Perempuan yang tak layak dibuat isteri oleh mana-mana lelaki sekalipun. Tapi saya bersyukur, keluarga saya masih mampu menerima saya dengan kelemahan saya yang ini. Dan yang pasti, DIA juga mahu terima saya. Alhamdulillah. Anyway, enjoy your dinner. Assalamualaikum.” Aulia tersedu sebelum turun dari pentas dengan juraian air mata.
Fiza tersandar di kerusi. Atikah terkaku di tempat sendiri. Izzad terdiam seribu bahasa walaupun Hanis di tepinya sedang bercakap dengan dia. Aku dah melampau sangat ke?

“Benji, mana Aulia?” Izzad dah pegang erat kolar Benji. Hari tu Liya kena dengan Aulia, sekarang turn abang dia pulak.
“Aku tak tahu. Lepas turun tadi, dia terus blah!”
Izzad lepaskan kolar baju Benji. Dia merengus. Aulia, mana awak pergi ni?
Telefon bimbit Izzad berbunyi. Segera dia angkat bila terpampang nama Fiza.
“What? Dia tak ada kat rumah sewa korang?” Ya ALLAH, mana budak ni pergi. Izzad dah terkaku. Mulanya dia cuma nak sedarkan Aulia tapi dia tak sangka, dia dah melampau. Aulia dah pergi bawa diri!

Aizam diam. Airina menggeleng. Izzad cuma mampu mendiamkan diri sahaja.
“Adik tahu adik salah but please help me, along.” Ujar Izzad setelah tidak betah asyik mendiamkan diri sedari tadi.
Airina mengeluh. “Walau sebaran mana pun seorang perempuan, hati dia tetap lembut. Walaupun Aulia tu keras kepala, baran, bengis tapi dia tetap perempuan adik.”
Izzad mengeluh. “Along, please help me.”
“Along tak nak campur. You’re the one who’ve created the problem, so you are the one to solve it.” Bagai dirancang, baby Rania menangis. Airina bangun tinggalkan Aizam, Izzad dan Rayyan yang asyik tengok Upin dan Ipin.
“Dia merajuk tak lama. Nanti dia datang balik. Trust me.” Aizam tepuk bahu Izzad berkali-kali.

“Aulia Husna, mana kau pergi? Kau tau tak semua orang risaukan kau? Izzad macam orang gila cari kau! Cuba jangan nak pentingkan diri sangat.” Atikah terus menghamburkan marah saat Aulia melangkah masuk ke dalam rumah. Namun Aulia cuma diam.
“Cuba jadi matang, Aulia.”
Fiza yang diam tiba-tiba bersuara. “Tikah, let her rest first.”
Atikah terdiam. Terlupa terus janji untuk tidak memarahi Aulia.
Aulia yang tadi cuma berdiri di pintu rumah sewa, terus berjalan meninggalkan Atikah dan Fiza.

“Aulia.”
Aulia percepatkan langkah.
“Aulia Husna!” Izzad menghadang jalan Aulia.
Aulia ke kiri, dia ke kiri. Aulia ke kanan, dia ke kanan.
Aulia mengeluh. “Awak boleh tolong tepi sikit tak? Saya nak balik.”
Izzad terdiam. Aulia bersuara, perlahan tanpa bunyi amarah. “We need to talk.”
“I don’t want to talk about anything. Just let me go home.”
“Aulia Husna.” Izzad cuba mencari mata hitam milik Aulia namun gadis itu melarikan matanya.
“Izzad.” Hanis yang baru turun tangga terus menegur Izzad.
“Eh, Hanis!” Izzad berpaling pada Hanis dan apabila dia berpaling kembali, Aulia dah tiada.
“Aulia, tunggu!”

Pin!!!! Aulia terasa badannya kebelakang.
“Jalan tu tengok kiri kanan! Jangan nak menonong je!” Izzad menengking Aulia.
Aulia tarik nafas. “Saya pandai jaga diri saya. Saya tak perlukan awak, atau sesiapa saja dalam hidup saya selain Dia dan keluarga saya. Tak payah nak menengking sangat.”
Izzad merengus. “Pandai jaga diri? What the hell? Tadi tu apa?  Kalau saya tak tolong awak, awak dah lama kena langgar tau!”
“Hei, saya tak pernah suruh awak selamatkan saya or what ever! Tak payah nak tunjuk baik! Sudahlah tu, Izzad! Game over.” Aulia bersuara tenang.
“Memang awak tak suruh tapi saya yang nak tolong awak, tahu! Awak nak saya jadi bujang terlajak ke hah?”
“Eh, apahal pulak! Kahwinlah dengan Hanis, dengan Liyana. Semua stok perempuan yang boleh buat isteri. Kahwin je. Dia orang dah ready.” Aulia tersenyum. “Jangan lupa jemput saya.” Aulia baru nak berlalu namun lengannya dipegang Izzad, erat.
“Lepas!”
Izzad pegang makin kuat.
“Muhammad Izzad, lepaskan lengan saya!”
Izzad pegang lagi kuat.
“Muhammad Izzad, apa yang awak nak, hah?”
“Saya nak awak maki saya macam dulu!”
“Not funny!” Aulia buat muka. “Lepaslah!”
Izzad dapat tengok wajah Aulia tahan kesakitan tapi dia tak marah. Dah tak ada riak kemarahan. Cuma yang ada wajah yang penuh kesakitan seraya itu dia lepaskan tangan Aulia. “Sakit ke?”
“Eh, tak. Rasa macam kena gigit semut je!”
“Aulia!”
“Awak nak apa lagi?”
“Hanis bukan girl friend saya.”
“Saya tak tanya, Izzad.”
“Liya pun bukan.”
“Untunglah.”
“Saya nak awak je.”
Aulia tergelak besar. “You and me? Saya tak layak untuk awak! Saya tak termasuk dalam stok isteri-isteri solehah, Izzad.”
“Saya...” Tergamam sekejap. Pedih siot kena sindir!
“Saya nak balik.”
“Aulia Husna, lagu ni untuk awak!” Dan Izzad mula menyanyi lagu yang dia cipta sendiri untuk Aulia. Aulia yang baru nak melangkah mendengar bait lagu itu sebaik-baiknya.

 Sayang
 Terimalah cintaku ini
Bukakan pintu hatimu untukku
Sayang,
Jangan marah-marah lagi, please.

Sayang
Wajah kerutmu buat aku takut
Wajah senyummu buat aku terjatuh,
Oh sayang,
Jangan marah lagi padaku.

Sayang
Aku bukan putera raja yang mempunyai takhta
Aku bukan golongan bangsawan yang mampu memberikanmu harta
Aku lelaki biasa.
Yang cuma bisa memberikan hati dan jiwa ku padamu,
Maafkanlah aku sayang,
Sekali lagi aku pinta peluang
Janganlah marah lagi, sayang.

Aulia berpaling pada Izzad “Lagu tak best. Melodi tunggang terbalik. Lirik macam apa entah.”
Izzad menunduk. Ala, tak best ke? Penat aku karang.
“Tapi mampu buat hati Aulia Husna terharu.” “Izzad angkat muka dan nampak wajah Aulia tersenyum. Hatinya menarik nafas lega

“Abang!”
Izzad terkocoh-kocoh masuk ke dalam rumah. Aulia yang menatang dulang berisi air oren berkerut dahi.
“Kenapa ni?”
“Aulia dah nak bersalinlah. Air ketuban dah pecah!” Separuh menjerit Aulia bersuara.
“Bukan due date lambat lagi ke?” Izzad dah mula kalut. Along, tolong adik!
“Abang! Aulia sakit ni! Cepatlah ambil barang kat atas, pergi hospital.” Aulia menjerit sekali lagi. Izzad terus berlari naik ke atas, ambil barang dan terus dia mencempung isterinya yang dah menjerit kesakitan.
Dalam perjalanan ke hospital, sebelah tangannya dia bagi Aulia pegang. Rasa sakit, dia tahan. Aulia cengkam kuat gila. Rasa nanti mesti berbekas dengan kuku Aulia.
“Abang, cepat!” Dan Izzad terus pecut keretanya.

Alhamdulillah, bayi lelaki seberat 3.3 kilogram itu sudah selamat dia azankan. Izzad usap rambut isterinya. “Thank you, Aulia.”
“Abang, sorry.” Aulia menangis.
“Kenapa menangis pulak ni? Baby okey je. Baby Izham okey. Sihat macam ayah dia juga.”
“Bukan sebab baby.”
“Dah tu, kenapa?”
“Ni.” Dia pegang lengan Izzad yang dah berbekas dengan kukunya. “Aulia dah terjerit-jerit dekat abang, macam dulu. Aulia minta ampun.”
Izzad tersenyum saja. “Abang maafkan, sayang. Lagipun abang rindu nak dengar Aulia jerit dekat abang, macam dulu-dulu.”
“Aulia sayang abang.”
“Abang pun sayang Aulia.” Pipi isterinya dikucup.
Telefon bimbit Izzad berbunyi tiba-tiba. Dia terus angkat. “Assalamualaikum. Ye, ibu.” Izzad menganggukkan kepalanya. “Aulia dah selamat melahirkan. Ibu nak datang bila?”
“What? Along pun nak bersalin hari ni?” Izzad terjerit kecil manakala Aulia cuma ketawa.

18 comments:

  1. like like like very much.....
    love love love it very much.....
    hihi....
    bestnyer....

    ReplyDelete
  2. like jgk..sweet...ade ksinambungan pasal kisah nina dgn aizam...best...terbaek..

    ReplyDelete
  3. wahh. suke suke :)
    u make me smile. hikhik

    from : shida lyna

    ReplyDelete
  4. wahhh... ai suka tau lagu tuh..
    hmm.. story ni lain sikit dari y sebelumnyer...
    mujur terperasan nak baca tdi..hehe..
    mgkin lepas ni boleh buat cerita yang lebih serius.
    means,, mngkin boleh buat cerita sal suami isteri pulak ke..hehe

    ReplyDelete
  5. seronok baca..lg pn da kisah nina n aizam jgk...gud luck tuk karaya kn dtg

    ReplyDelete
  6. Sukanya dekat Izzad! :D

    ReplyDelete
  7. Wahhh bestnya..Second cerpen yang Shamine baca..Yang nie buat Shamine tersenyum sentiasa yang dulu tu buat Shamine menangis.Hehehe Anyways goodluck dalam bidang penulisan ini..!

    ReplyDelete
  8. I've thought this is the one of the most best
    story

    ReplyDelete
  9. ade jgak yer org yg pns baran camtu...senior2 skali dier mrah...hehehe

    ReplyDelete
  10. hari ni nak marathon semua cerpen Najwa sebelum kena lock lagi hehehe. Suka yg ni too.

    ReplyDelete
  11. http://nalurerenewws.blogspot.com/2018/09/taipanqq-beberapa-buah-yang-ampuh-atasi.html
    http://updatetaipanbiru.blogspot.com/2018/09/taipanqq-5-hal-buruk-yang-terjadi-pada.html


    Taipanbiru
    TAIPANBIRU . COM | QQTAIPAN .NET | ASIATAIPAN . COM |
    -KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
    Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID terbaik nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
    Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
    1 user ID sudah bisa bermain 8 Permainan.
    BandarQ
    AduQ
    Capsasusun
    Domino99
    Poker
    BandarPoker
    Sakong
    Bandar66

    Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
    Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
    customer service kami yang profesional dan ramah.
    NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
    Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
    • WA: +62 813 8217 0873
    • BB : E314EED5

    Daftar taipanqq

    Taipanqq

    taipanqq.com

    Agen BandarQ

    Kartu Online

    Taipan1945

    Judi Online

    AgenSakong

    ReplyDelete