NUR INSYIRAH... Dia menerima hakikat dan yakin dengan mimpi-mimpi yang bertandang. Mimpi yang membuatkan dia merasa debaran di dada dan rasa bahagia menggebu di jiwa.
“Memang mainan tidur semata-mata but I wish somehow, it’ll come true.” - Insyirah
MUHAMMAD NAUFAL... si dia yang kelat-kelat masam, manis-manis gula kapas, gedik-gedik manja, penyejuk hati, pendamai jiwa telah lama membenih cinta dan menyemai rasa.
"Orang tak kira. Awak setuju atau tak, orang nak kita kahwin. Biar orang je jaga awak!” -Naufal
Jodoh ekspress yang tidak diduga. Terbitkah putik-putik cinta, bersatu mekar menguntum di taman hati bila hati sering disakiti dan diusik kesinisan si dia?
“Aku masih sukakan kau, tetap sukakan kau dan akan sentiasa sukakan kau,” - Ashraf
“Tell him to stop! He won’t get you. I’ll never let you go! Takkan pernah sekali abang akan lepaskan Insyirah!” – Naufal
Mampukah kasih bersemi saat berjauhan. Mampukah kasih dipertahan saat cemburu menguasai keadaan. Wujudkah kesetiaan apabila si dendeng datang mengendeng?
SINOPSIS JADI MILIKKU?
Dhiya
Zhafira, gadis ceria yang pernah punya kisah silam yang pahit telah terjatuh
hati pada kawan baik sendiri, Faris. Hadirnya Aireen di antara mereka
mengundang duka di setiap harinya. Semakin dia menafikan perasaan sendiri,
semakin dia terluka. Dhiya akhirnya akur saat Faris meninggalkan dia tanpa
sebarang kata apabila dia meluahkan perasaannya sewaktu lelaki itu mahu ke luar
negara, menyambung pengajiannya bersama Aireen.
Hadirnya
Mika di dalam hidup Dhiya bukanlah satu kebetulan. Mereka sering dipertemukan
di dalam takdir yang ditulis oleh Allah S.W.T meskipun hubungan mereka tidak
pernah lekang dari pertengkaran. Tanpa mereka sedar bila, sebuah ikatan
persahabatan terjalin di antara mereka. Mika, yang sering dilabel beku dan
sinis, adakalanya manis jua. Entah bila, nama Mika mulai meniti di bibirnya dan
sering diseru di dalam hati.
Mika
pandang aku, “Sayang sangat angah kau dengan Cik Jonet tu. Sepatutnya dia orang
tu cepat-cepat menikah.”
Aku
ketawa, “Eleh, kau frust ke apa ni tak boleh kahwin dengan Aya?”
Mika
buat muka. “Kau cakap macam tu, esok aku hantar rombongan pergi rumah kau. Biar
kau frust kena kahwin dengan aku!”
Saat
hatinya mulai melupakan Faris, berita kematian Aireen mengejutkan Dhiya.
Perasaan bersalah bersarang di dalam hati. Kesal bertamu tiba-tiba, apatah lagi
di saat bonda Faris dan mama Aireen melamarnya untuk Faris. Dhiya bingung!
Bonda Faris mengharapkan dia mengatakan ya namun hatinya menghalang. Kesian
pada Faris namun di hati sudah tiada sayang. Siapa bakal menjadi pilihan hati
Dhiya? Faris atau Mika? Sungguh, Dhiya keliru!
“Ketuk-ketuk
pintu hati, tanya siapa yang menghuni?
Ketuk-ketuk
lagi, senyap sunyi tiada jawapan.
Ketuk
sekali lagi, ada deheman dari dalam hati.
Ketuk
lebih kuat bersama salam, hati tiba-tiba menjawab,
‘Penghuni
hati adalah dia’.”
p/s; cepat-cepat order novel-novel ni.
Untuk Dia Imamku: Boleh order dengan pihak Kakinovel sendiri. Beli kombo terus, tiga buku RM50. Dapat Dia Imamku, Gaun Cik Boss Tuxedo Mr Secretary karya Fatrim Syah dan Arluna karya Rin Ahmad.
Untuk Jadi Milikku?, boleh refer ke post dua hari lepas atau terus ke Ilham Bestari
Terima kasih :)
Untuk Dia Imamku: Boleh order dengan pihak Kakinovel sendiri. Beli kombo terus, tiga buku RM50. Dapat Dia Imamku, Gaun Cik Boss Tuxedo Mr Secretary karya Fatrim Syah dan Arluna karya Rin Ahmad.
Untuk Jadi Milikku?, boleh refer ke post dua hari lepas atau terus ke Ilham Bestari
Terima kasih :)
tak sabar nk beli dua2 novel ni...suka kedua2nya...
ReplyDeletetahniah najwa... =)
terima kasih ye :) sila2 beli hehe
Deletekalu nak nk beli 3 buah tajuk "dia imamku", "pakaian cik boss tuxedo'" & "jadi milikku" boleh dapat harga RM50 tak?
ReplyDeleteeh, tak boleh...sebab JM tu bukan under KN. yang under KN tu je boleh RM50 :)
Deletehahhaa saya baru baca novel ni,,,kikikikkk kelakar pon ada sampai tegelak2 baca :) apa pon novel ni bagus ..... tak berat sgt utk menghayati,,,,best la,,,
ReplyDeleteHow much ,?
ReplyDelete