Dia
mengerling ke dalam isi bas. Masih banyak tempat kosong yang belum berpenghuni.
Dia membetulkan hoodie yang tersarung di kepala. Headphone yang berdentum
dengan suara Joel Madden disarung ke kepala.
Dia
pandang ke luar tingkap. Masih ada ramai orang di terminal. Matanya tepat
memandang perlakuan seorang gadis yang memakai kemeja kotak-kotak. Si gadis
kelihatan begitu sedih untuk berpisah dengan seorang perempuan yang dia kira
sebagai ibu si gadis.
Bibirnya
menguntum senyum sinis. Sedih sangat ke berpisah dengan mak dia? Aku? Mama tak
sudi pun nak hantar aku ke terminal. Papa apatah lagi. Dia berbisik sendiri.
Tergeleng-geleng kepalanya. Matanya dipejam, rapat. Dia mahu tidur.
Bunyi
kerusi terhenyak di tempat duduk di sebelahnya buat dia kembali membuka mata.
Dikerling orang di sebelahnya. Si gadis berkemeja kotak-kotak!