Aman hela nafas. Tadi selepas kuliah
terakhirnya untuk hari itu habis, dia terkejut bila dia dapat mesej daripada PG
yang mahu bertemu dengannya.
Itu yang menyebabkan
dia ada di sini. Dia kedai makan yang ada di luar kampus. Wajah PG yang duduk
di depannya dipandang sekilas sebelum dia berdehem, “Kenapa kau nak jumpa aku?”
PG pandang Aman sebelum
dia mengeluh, “Apa yang jadi antara kau dengan adik aku, Aman? Pijah...”
“Kenapa dengan dia?” Laju
Aman memotong. Hatinya terbersit rasa risau!
“Kau suka adik aku?”
Aman diam sekejap. Dia
menunduk sebelum dia bersuara, “Aku anggap dia tak lebih dari seorang kawan.”
PG angguk kepala, tanda
faham! “Kalau kawan kenapa kau jauhkan diri dari adik aku tanpa sebab? Kenapa
semalam...”
“Aku takut!” Potong
Aman, laju! “Aku takut aku bagi harapan pada adik kau. Aku tak pernah anggap
dia lebih dari...”