Monday, 6 March 2017

[CERPEN] Anak Cikgu Timah Masuk Kampung Pt.2

"Kau buat apa?"
"Aku tau aku dah buat salah."
"PG, sejak bila kau jadi orang yang suka menuduh tak tentu pasal ni?"
"Sejak aku kenal dia! Aku tak tau kenapa tapi bila aku dapat tau dia pergi sungai tu, aku jadi marah tapi bukan niat aku nak marah. Aku cuma risaukan dia! Aku tak nak ada apa-apa jadi dekat dia."
Firas di hujung talian hela nafas, "Aku tak ada nombor telefon dia, kalau kau nak mintak dekat aku."
"Kau ada nombor abang dia."
"Kau nak kena bunuh dengan abang dia ke? Kau dah marah budak tu sampai budak tu merajuk bawak diri, sekarang kau nak nombor abang dia pulak?"
PG picit kepala yang terasa berpusing, "Aku buntu dah ni, Firas."
"Maaf aku tak dapat tolong. Kau doalah banyak-banyak kau jumpa dia balik nanti."
PG mengeluh, "Aku rindu dia, Firas..."
"Ada depan mata, kau marah-marah. Dah hilang baru nak rindu-rindu..."
"Ya, aku tau aku salah!" Ujar PG, sedikit berjauh hati.
Firas ketawa, "You really like her, don't you?"
PG tak menjawab sebaliknya dia memejamkan mata. Ya, aku memang suka dia!
"Apa kata kalau datang KL, cari dia kat sini?"
"Kau ingat KL tu besar kangkang kau ke, Suga?!" PG bersuara, geram.
Firas di talian dah ketawa, "Kau ni, aku bagi idea punya bernas kot."
"Banyaklah kau punya bernas. Arghh, Firas! Apa aku nak buat ni?"
"Wei, PG...!"
"Apa?"
"Dia takkan pergi mana-mana pun. Mak dia still kat kampung kau tu kan?"
"Ya."
"Maksudnya, satu hari nanti dia akan balik jugak ke kampung kau tu."
"Kalau dia tak balik?"
"Macam aku cakap tadi, kau datang KL cari dia."
PG mengeluh. Matanya merenung bulan yang bersinar terang malam itu, "Firas, Dian mesti ada nombor dia kan?"
"Kau ingat Dian nak tolong ke kau?" Firas bersuara separuh mengejek, "Malam sikit, bro! Dian tu sisterhood dia kuat ooo... dengan adik aku pun dia boleh buat pakatan nak menentang aku."
PG tersenyum tawar, "I'm hopeless, right?"
"Doalah pada Allah, moga dipanjangkan jodoh kau dengan dia."
PG hela nafas, "Itu je yang aku boleh buat sekarang, kan?"
"PG, kalau ada jodoh kau dengan dia... she will come back to you, okay?"
"InsyaAllah..."

"Elin dah kemas barang?"
Elin mengeluh sebelum mengangguk. Dia kemudiannya memeluk pinggang Cikgu Timah, "Rasa macam tak puas lagi nak cuti panjang..."
"Habis, Elin tak nak sambung belajar dah?" 
"Naklah. Cuma tak seronok dah tak cuti."
"Tak seronok nak bela badanlah tu!" Eli yang baru turun dari tingkat atas menyampuk sambil tangannya menarik rambut Elin yang diikat tocang.
"Atehhh!" 
"Eli Farhan!"
Eli mencebik, "Ateh nak keluar kejap lagi, ibu. Nak jumpa Hani."
"Elin nak ikut!"
"Tak payah nak mengada. Elin dok rumah teman ibu je. Ibu jauh-jauh naik bas dari Kedah nak teman dia, dia nak berjalan merata pulak!"
Elin buat muka sebelum dia meletakkan dagunya di atas bahu Cikgu Timah, "Sorry, ibu. Dahlah kena cuti lama-lama nak hantar Elin."
"Tak payah nak minta maaf sangat. Ibu mestilah nak hantar anak bongsu ibu ni masuk universiti."
"Siapa hantar ibu pergi stesen bas, ibu?" Eli bertanya selepas dia duduk di sofa.
"Oh, cucu Tok Wan Aziz. Ateh tak kenal kot."
Elin yang sedang memeluk pinggang Cikgu Timah melonggarkan pelukannya, "Ibu nak air? Elin asa dahaga tiba-tiba."
Cikgu Timah tak sempat menjawab bila Elin sudah pun berlalu meninggalkan ruang tamu.
"Elin, Ateh nak milo ais!"
"Ingat mamak ke nak order-order!" Elin bersuara dari dapur.
"Ateh, Elin macam mana?"
Eli pandang Cikgu Timah pelik, "Macam mana apa? Okey je dia. Macam ibu tengoklah."
"Lepas dia balik dari Kedah, terus okey macam sekarang?"
"Oh... taklah terus okey, ibu! Dia ada heart to heart talk dengan kak long dengan achik. Tak taulah apa dia orang sembang."
Cikgu Timah mengangguk. Teringat pulak pesanan PG selepas hantar dia di stesen bas semalam.
"Nah, ibu! Milo ais!" Tiba-tiba gelas berisi air milo ais diletakkan di atas meja kopi oleh Elin.
"Wei, ateh punya mana?"
"Pergi dapur, buat sendiri!" Elin tarik muka sebelum dia duduk di sisi Cikgu Timah.
"Elin..."
"Ya?"
"Ali dengan Hakim kirim salam sayang dan rindu."
Mata Elin bersinar mendengar nama Ali dan Hakim. Salam yang disampaikan dijawab dalam hati, "Dia orang sihat ibu?"
"Sihat, Alhamdulillah."
Elin sengih. Gembira rasanya dapat mendengar berita pasal budak berdua tu.
"Ada sorang lagi yang kirim salam dekat Elin."
Sengihan Elin mati. Jangan sebut nama dia. Jangan sebut nama dia, ibu.
"Elin dengar tak ibu cakap? Ada sorang lagi kirim salam dekat Elin."
"Si... siapa ibu?"
"PG!"
Elin tiba-tiba berdiri, "Eh, Elin lupa nak isi borang PTPTN. Elin naik dulu, ibu."
Eli kerutkan dahi, "Kenapa Elin tu, ibu?"
Cikgu Timah cuma senyum tak membalas. Elin masih terasa hati agaknya...

"Aku Hafizah tapi orang panggil Pijah je.”
"Aku Elin. NurElina Fariza." Elin ukir senyum pada Pijah.
"Aku Rahila. Panggil Ila tak pun Ali. Ikutlah kot mana pun!" Gadis yang duduk di meja study ukir sengih.
Elin yang mendengar nama Ali itu ukir senyum. Rindunya dekat Ali dan Hakim...
"Aku Rabiatul. Panggil Atul je," gadis yang katilnya di atas katil Pijah bersuara.
"Kau course apa, Atul?"
"Aku? Business. Kau?" Atul memandang Ila.
Ila garu kepala, "Matematik."
"Perghhh! Paling aku tak suka subjek tulah. Kagum aku kau ambik course tu!" Elin menyampuk sebelum ketawa.
"Kau, Elin?" Pijah bertanya pula.
"Nutrition."
"Eh! Sama dengan aku!"
"Serius? Alhamdulillah! Ada geng aku nak pergi kelas pagi-pagi!" Elin menepuk tangan, gembira.
Pijah ketawa, "Aku pun! Kawan-kawan aku waktu matrik dulu semua course lain."
"Samalah!" Elin mengangguk.
"Aku pun!" Ila menyahut juga.
"Eh, jom siap-siap! Tu dia orang dah buat pengumuman suruh beratur kat dataran bawah!" Atul dah melompat turun dari katilnya.
"Kena pakai baju yang dia orang bagi tadi ya?" Pijah dah berdiri sambil tangannya memegang baju yang diterima sewaktu mendaftar tadi.
"Ye kot! Pakai jelah, jom!" Elin mengangguk.
Elin memandang saja Pijah dan Atul sedang bersiap. Dikerling pada Ila sekilas. Pandangan Ila yang sedang memandang Pijah dan Atul buat Elin seram sejuk. Takkanlah... tapi kalau tengok gaya memang macam lain sikit si Ila ni.
"Eh, Elin? Tak siap lagi?"
Elin tersentak sebelum berdiri, "Ha! Aku bersiap dekat bilik air. Aku nak basuh muka sekali."
Pijah dan Atul mengangguk. Elin pula terus keluar dari bilik. Sebaik saja pintu bilik ditutup, dia menghela nafas. Haraplah telahan aku tadi salah...

Elin membelek helaian pamplet di tangannya. Sesekali dia mengeluh. Serabutnya kena pilih kelab persatuan ni.
"Elin, nak daftar kelab apa ni? Mati kita kalau tak ada kelab lagi. Takut dia masukkan kita kat kelab yang ada kawad-kawad. Aku tak nakkkk..."
Elin garu kepala sebelum menghela nafas, "Aku pun tak nak. Eh, Pijah aku rasa abang JPAM tu macam nak rekrut kita je. Dari jauh terlambai-lambai." Dia memandang ke satu arah di mana ada seorang lelaki berpakaian seragam JPAM sedang melambaikan tangannya pada mereka.
"Kau nak masuk ke JPAM?" Pijah pandang Elin.
Baru Elin nak jawab, tiba-tiba kepalanya terasa sakit, "Aduh!"
Elin dah jatuh terduduk. Bola oren yang menyebabkan kepalanya sakit dicapai dengan sebelah tangan sebelum dia berdiri, "Buta ke apa orang yang main basketball ni?"
"Saudari? Saudari okey?" Muncul tiga orang lelaki berpakaian seperti pemain-pemain bola keranjang di depan Elin.
"Nah, bola awak!" Tanpa menjawab soalan, bola di tangannya dihulurkan pada si lelaki.
"Awak okey ke?" Bola oren itu sudah bertukar tangan.
Elin mengangguk, "I'm good!"
Baru Elin dan Pijah nak melangkah pergi, laluan mereka dihalang oleh lelaki-lelaki tadi, "Kejap saudari berdua!"
"Apa lagi ni?" Pijah jungkit kening. Nak mengorat Elin paaa...
"Nak join Kelab Bola Keranjang kami tak?"
Pijah mengerdipkan matanya beberapa kali. Apa dia? "Er... kalau masuk kelab ni, kena kawad tak?"
"Hah?!"
Elin tarik tangan Pijah, "Pijah? Kau nak daftar masuk kelab ni ke? Aku tak reti main, wei!"
"Aku tanya je. Aku pun tak reti main jugak."
"Eh, saudari berdua jangan risau! Masuk kelab ni, kami akan ajar semuanya. Teori, praktikal. Semuanya!" Tegur si lelaki yang paling rendah.
Elin pandang Pijah. Pijah pandang Elin, "Er... kami kalau masuk bukan sebab nak main secara serius ke apa. Kami cuma nak markah Kokurikulum je."
"No worries. Kami faham. Cuba aje dulu. Mana tau nanti jatuh cinta ke dengan basketball."
Pijah siku Elin, "Kita join ajelah kelab ni. Ke kau nak masuk JPAM?"
Tanpa menjawab soalan Pijah, Elin memalingkan wajah pada lelaki-lelaki yang setia menanti di situ, "Er... kat mana nak mendaftar, ye?"

"Elin..."
Elin rasa sangat menyesal masuk ke kelab bola keranjang. Tambah bila ternampak lelaki yang digelar kapten (sebenarnya bekas kapten) itu. Dahlah dari tadi dok pandang-pandang orang. Cucuk biji mata tu, baru dia tau penderitaan Kassim Selamat tu macam mana.
"Elin!"
Elin pantas berpaling ke tepi, "Ya?"
"Kau kenapa? Mengelamun?"
"Wei, kita masuk JPAM nak? Aku tak sukalah kelab basketball ni!" Ujar Elin serius, "Lagipun kita tak submit lagi borang pendaftaran ni. Kita masuk JPAM, eh?"
"Ala... masuk JPAM kena kawad..."
"Tapi..."
"Ada apa-apa masalah ke saudari berdua?" Suara yang menegur buat Elin menelan air liur. Bila masa dia datang dekat aku ni? Dahlah suara macam dok dalam kelambu?
"Cik Elin? Ada masalah ke?" 
Pijah memandang Elin sebelum dia memandang lelaki di depannya, "Er... abang kapten?"
Elin gigit bibir bawahnya, tahan ketawa. Abang kapten? 
"Ya, saya?"
"Er... macam mana abang kapten boleh tahu nama Elin?"
Si lelaki senyum senget, "Sebelum saya jawab soalan awak, awak jawab dulu soalan saya. Ada masalah apa tadi? Coach cakap kat depan, awak berdua sembang apa?"
"Err... kami... kami..." Si lelaki angkat tangan, memberhentikan Pijah yang masih tergagap-gagap nak menyusun ayat. Borang di tangan Elin dan Pijah ditarik, "Saudari Elina dan Hafizah, saya nak awak berdua lari keliling gelanggang ni sepuluh round."
"What?!" Tanpa sedar, Elin tertinggikan suaranya! 
"Awak tinggikan suara awak pada kapten, ya saudari Elina? Tambah lagi lima round."
Pijah dah terlopong, "Saya sekali?"
"No! Cuma Elina!"
Elin merengus geram sebelum dia menarik Pijah penjuru gelanggang, "Jomlah lari."
"Tapi..."
"Pijah..."
Pijah mengangguk saja sebelum mereka berdua memulakan larian mereka. Pelajar-pelajar junior lain ada yang tersengih mengejek, ada yang memandang dengan penuh simpati.
"Walaupun awak semua masuk kelab ni sebab nak markah Kokurikulum, awak tetap kena patuhi undang-undang kelab. Jangan bersembang waktu coach sedang bercakap. Kalau tidak, itulah denda yang saya akan bagi!" Suara si lelaki kedengaran tegas. 
Elin dah mencebik, macam bagus!
"PG, take it easy will you? Dia orang baru lagi."
"Sebab dia orang barulah kena tegas, baru tak pijak kepala kita."
Elin mencebik lagi. Kalau kau tu pendek dari aku, dah lama kepala kau aku pijak-pijak! Grrr!

"Elin, jomlah! Aku dah tak larat ni."
"Kau tunggu kejap. Aku nak ambik balik borang kita."
Pijah tercengang. Nak halang dah tak sempat sebab Elin dah laju berjalan ke arah PG.
"Kapten!"
PG berpaling ke belakang. Bibir yang mahu menguntum senyum ditahan. Sejak bila dia pakai tudung ni?
"Ya, Cik Elin?"
"I nak ambik balik borang pendaftaran I dengan kawan I."
"Kenapa?"
"Obviously sebab kami tak nak masuk kelab ni."
"Tapi awak dah bagi borang pada saya."
"No, I tak bagi apa-apa borang pun pada you. You yang rampas borang kami tadi."
"Oh, ya? Maaflah, ya Cik Elin?" PG tersenyum manis.
Elin menghela nafas, "I nak balik borang I dengan kawan I."
"Sorry, saya tak rasa nak bagi balik pada awak. Selamat datang ke Kelab Bola Keranjang kami."
"Bagilah balik!" 
"Nope."
"Kapten!"
"Pergi balik, Elin. Dah nak maghrib ni. Malam nanti ada ceramah kat dewan kan? Balik dulu."
"Tapi..."
"Kalau aku balik borang ni kat hang, mana ada kelab lain dah hang nak daftar. Depa dah tutup booth dah. Pergi balik hostel. Satgi kalut nak makanlah, nak mandilah!" Ujar PG, lembut.
"What are you doing here?" Separuh mengeluh Elin bertanya.
PG yang baru berlalu berpaling ke belakang, "Nak kejar masa depan."
Elin tak membalas sebaliknya dia terus berpaling dan berlalu. Punya jauh aku lari, kenapa sekarang kau kena muncul depan aku semula?!

"Elin..."
"Hmm...?" 
"Aku mengantuk!" Pijah bersuara, perlahan bila tersedar ada seorang kakak fasilitator sedang menjeling ke arahnya.
"Aku pun..." ujar Elin sebelum dia meregangkan kakinya.
"Elin..."
"Ya?"
"Aku nak tanya kau something ni."
"Tanyalah."
"Kau tak rasa Ila tu pelik ke?"
Elin yang sedang melukis bunga di dalam buku notanya kalih memandang Pijah, "Kau pun sedar?"
Pijah ternganga, "Omo! Kau dah lama sedar?"
"Shushh!" 
Pijah dan Elin sama-sama terdiam. Jelingan kakak fasilitator buat mereka meremang bulu roma.
"Ala, cakap sikit pun nak marah..." Pijah mencebik bila si kakak fasilitator dah pergi ke tempat lain.
"Kaulah! Bising sangat."
Pijah cubit bahu Elin sebelum dia merapatkan badannya pada Elin, "Bila lagi kau sedar Ila tu pelik?"
"Dari first day lagi. Waktu kita nak salin baju sebelum nak pergi berkumpul tu."
"Kau tak cerita pun kat aku."
"Aku tak berani nak cerita dalam bilik. Takut dia dengar. Lagipun, aku tengok Atul dengan kau baik je dengan dia. Nanti aku cerita, korang cakap aku fitnah dia pulak," Elin senyum serba salah bila Pijah menarik muncung, "Kau sedar dia tu lain masa bila?"
"Hari yang kami makan megi ramai-ramai dua hari lepas. Kau pulak tengah tengok movie. Atul kan kalau makan bersepah sikit. Ada terlekat megi kat tepi bibir dia. Si Ila selamba je kutip lepas tu masuk dalam mulut dia. Lepas tu dia boleh cakap 'Erm, manisnya!'. Atul tercengang. Aku pura-pura tak nampak jelah."
Elin bulatkan mata, "Oh my God!"
"Kan? Seram kau tau. Atul lepas tu terus stop makan. Bila aku tanya, dia kata dah kenyang."
"Kau?"
"Aku? Tanya lagi. Haruslah aku sambung makan. Rugi oi tak makan."
Elin tekup mulut, menahan mulutnya dari ketawa.
"Lepas tu, semalam..."
"Kenapa dengan semalam?"
"Aku dengar Ila cakap telefon. Dia bahasakan diri dia abang."
Elin kerutkan dahi, "Lepas ni, jaga kelakuanlah depan dia. Karang seronok bertepuk tampar, dia fikir kot lain pulak."
Pijah mengangguk, "Tapi takkan kita nak biar je dia macam tu?"
"Nak mengadu dekat Felo Kediaman ke?"
"Tapi nak cakap apa? Roommate kami berkemungkinan songsang?"
Elin tepuk bahu Pijah, "Kau jangan buat lawak, gila!"
"Aku seriuslah."
"Ke... nak duduk bersembang dengan dia dulu?"
"Nak ke dia?"
"Belum cuba belum tahu."
"Yelah! Tapi kita bincang dengan Atul dulu!"
Elin mengangguk.
"Eh, Elin..
"Kenapa?"
"Macam mana abang kapten tu boleh tahu nama kau ya?"
Wajah Elin berubah, "Aku nak pergi toilet kejap,"
Pijah tercengang bila Elin dah menapak ke pintu belakang dewan. Eh, lari? Pijah sengih sekejap sebelum telefon yang ada di dalam poket ditarik keluar. Aplikasi Whatsapp dipilih sebelum nama Along ditekan.

PG menepuk bahu Aman, yang sedang menghirup teh tarik, "Lama tunggu?"
Uhuk! Aman terbatuk kecil. Terkejut barangkali apabila bahunya ditepuk tiba-tiba, "Bagi salam dulu, bro! Nasib baik aku tak ada sakit jantung."
"Sorry! Danny mana? Zul? Achik? Kemain beria-ia nak aku belanja makan, ni ada kau aje! Mana yang lain?"
"Si Achik kena jaga budak-budak baru. Fasi tak cukup."
"Pulak!"
"Hah! Cakap pasal budak baru..." Aman leretkan suara sebelum dia tersengih nakal.
"Apa? Kau nak cakap pasal budak aku denda petang tadi tu kan?"
Aman ketawa! "Bull's eye!"
"Ala, aku denda bersebab."
"PG! C'monlah! Aku kenal kau dah lama kot. Tahun sebelum-sebelum ni, minggu orientasi kau mana balik lagi. Budak-budak junior masuk kelab pun kau pandang sebelah mata aje. Tahun ni, mencemar duli kau pergi tegur budak junior. Rare! Lagi satu, program Master kau tak mula lagi kan? Apahal awal sangat kau datang?" Aman jungkit-jungkit kening.
"Saja. Nak pantau korang."
"Pantau kami ke pantau awek?" Bahu PG ditepuk dari belakang.
PG laju berpaling ke belakang. Danny mengangkat simbol peace kepadanya, "Yosh!"
"Awek mana aku nak pantau, Danny?"
"NurElina?"
PG diam tak menjawab.
"Dia ke perempuan yang Firas dok cakap dalam group Whatsapp tu?" Danny sengih-sengih.
"Percaya sangat cakap si Firas tu!" PG berdiri.
"Eh, nak pergi mana?" Danny kerutkan dahi. Takkan sentap usik pasal awek kot.
"Nak ambik menulah, gila! Ke korang tak jadi dah nak pau duit aku?"
"Jadilah! Gila apa tak jadi pau duit kau!" Danny sengih.
PG tunjuk penumbuk pada Danny sebelum berlalu ke kaunter.
"Aku ingat dia merajuk, wei!" Ujar Aman pada Danny.
"Aku pun! Tapi kalau ikut logik, PG mana reti sentap."
"Betul!" Serentak, Aman dan Danny menganggukkan kepala.

"Elin!" Sebuah botol minuman dihempas ke atas meja!
Elin yang sedang mengunyah roti, tersedak! "Uhuk!"
"Kenapa ni, Ila?" Pijah menepuk belakang Elin yang masih terbatuk-batuk.
"Aku nak cakap dengan Elin!"
Elin berdehem sikit sebelum memanggung wajahnya, "Kalau ye pun, tak boleh ke kalau kau panggil aku elok-elok?"
"Kau buat cerita pasal aku, elok pulak?" Ila bersuara, dingin.
Elin pandang Pijah, "Cerita apa pulak ni?"
Ila tunduk lalu dia mendekatkan dirinya pada Elin, "Kau beritahu apa dekat Pijah dengan Atul pasal aku sampai dia orang pulaukan aku?" 
Wajah Elin berubah sebelum dia menolak Ila jauh darinya, "Kita bincang kat tempat lain!" Sangkanya Ila tak sedar yang Atul dan Pijah jauhkan diri mereka dari Ila. Rupa-rupanya dia tahu!
"Okey! Dekat rooftop Kompleks Siswa!" Ujar Ila sebelum berlalu. Rakan-rakan Ila yang lain sempat menjeling Elin dan berlalu pergi.
"Kenapa, Elin?"
"Dia tahu aku cerita kat kau dengan Atul pasal dia."
"Mana dia tau?"
Elin angkat bahu sebelum berdiri, "Aku nak pergi jumpa dia!"
"Eh, aku ikut?" Pijah berdiri.
"Tak payahlah! Dia cuma nak bercakap aje kot."
"Elin, aku risaulah! Kau tak tengok kawan-kawan pengkid dia tu?"
"Tak ada apa kot. Aku pergi dulu."
"Elin..." Pijah hela nafas. Sungguh dia risau!

PG sedang bersembang bersama rakan-rakan sepasukannya bila tiba-tiba Pijah menjerit namanya.
"ABANG KAPTEN!"
PG tersentak sikit sebelum berpaling, "Ya, Hafizah? Kenapa? Perjumpaan kelab hari Sabtu, bukan hari ni."
"Abang kapten kena tolong saya..."
"Hah?"
"Elin... Elin dalam bahaya!"
Wajah PG berubah, "Maksud awak?"
"Elin... Elin... dia pergi jumpa roommate kami kat rooftop Kompleks Siswa!"
Sesaat suasana di situ hening sebelum ketawa mereka semua meletus.
"Saya seriuslah! Awak semua ketawa kenapa?" Pijah dah rasa nak menangis.
PG hentikan ketawanya, "Yelah! Awak cakap Elin dalam bahaya tapi dia pergi jumpa roommate awak aje pun. Apa yang bahayanya?"
"Roommate saya tu songsang!" Senafas Pijah bersuara.
Senyuman PG mati sebelum dia terus berlari menuju ke Kompleks Siswa.
"PG!" Aman dan Danny memanggil serentak.
Pijah pula dah hela nafas lega sebelum terduduk. Letih berlari dari kafe ke gelanggang bola keranjang.

Buk! Elin terasa belakangnya pedih bila Ila menolaknya rapat ke dinding.
"Kenapa kau kacau hidup aku? Kenapa kau cerita dekat Atul pasal aku?!" Ila mencekak rahang Elin sebelum wajah Elin didongak memandang wajahnya.
"Sa... sakitlah!" Elin menepis tangan Ila sebelum dia menggosok wajahnya.
"Sebab kau, Atul dah tak nak rapat dengan aku, tau tak?!" Ila menengking.
"Baguslah dia tak rapat dengan kau! Dari kau rosakkan dia dengan nafsu songsang kau tu, baik dia jauhkan diri!"
"Sial!" Ila tak menunggu lama terus menampar wajah Elin.
Elin terkedu. Pipinya terasa pedih.
"Ali, laukkan aje perempuan ni! Macam bagus je!" Satu suara di belakang Ila menyampuk.
Ila tersenyum sebelum pipi Elin yang ditampar tadi dibelai, "Kau ni cantik jugak, kan?"
Wajah Elin dah berubah. Tangan Ila ditepis, "Jangan pegang aku!"
Ila ketawa besar sebelum tangan kanannya menekan tangan kiri Elin di dinding dan tangan kirinya mencekak rahang Elin, "Rugilah aku kalau tak pegang kau!"
Elin terus menepuk-nepuk tangan Ila dengan sebelah tangannya, "Le... le... lepaskan aku!" Kakinya turut menyepak-nyepak betis Ila namun Ila masih diam tak berkutik.
Ila merapatkan wajahnya pada wajah Elin. Elin nak larikan wajahnya namun pegangan Ila pada wajahnya terasa begitu kuat. 
Pintu rooftop yang tadinya tertutup rapat, terbuka tiba-tiba. Ila dan rakan-rakannya terkejut besar!
Pegangan tangan Ila pada wajah dan tangan Elin terasa longgar. Elin tak menunggu lama terus memijak kaki Ila sekuat hati!
"Aduh!"
Sebaik saja pegangan Ila terlepas, dia segera berlari ke pintu rooftop dan langkahnya terhenti apabila salah seorang rakan Ila menarik tudungnya dari belakang. Tak menunggu lama, rakan Ila menarik tangannya kebelakang lalu dipegang kuat.
"Lepaskan dia!" PG bersuara.
"Kau jangan sibuk urusan kami!"
PG hela nafas sebelum menggeleng. Tanpa pedulikan tengkingan si pengkid tadi, dia berjalan perlahan. 
Ila yang sedari tadi memerhati, terasa takut tiba-tiba. Pandangan mata si lelaki itu terasa lain macam, "Kei, lepaskan dia!"
"What?!" 
"Lepaskan perempuan tu!"
Si pengkid bernama Kei itu merengus sebelum Elin dilepaskan. Elin terduduk langsung. Nafasnya menderu kasar.
Tak menunggu lama, Ila dan rakan-rakannya berlari keluar dari kawasan rooftop!
"Elin..."
Elin panggung kepala. PG dah mencangkung di depan dia. Wajah PG kelihatan kabur di matanya sebelum dia menunduk. Kalaulah PG tak datang... 
"Elin, pandang aku..."
Elin panggung wajah sekali lagi.
"Hang okey? Depa tak buat apa-apa kat hang kan?"
Elin tak menjawab sebaliknya tangannya menunjuk ke pipinya yang memerah.
"Sakit?" Tanya PG, perlahan. Ikut hati, nak aje dia sentuh pipi Elin yang memerah tu.
Elin mengangguk.
"Jom turun! Hang boleh berdiri dak?"
Elin mengangguk. Dia cuba berdiri namun dia kembali terduduk. Tak tahu kenapa, lututnya terasa lembik.
PG hela nafas, "Aku pimpin hang, okey?
Elin mengangguk lagi. PG memegang lengan Elin sebelum dia membantu Elin untuk berdiri.
"Elin!" Dari pintu rooftop, Pijah berlari mendapat Elin dan PG.
"Kawan hang dah ada kat sini. Biaq dia pimpin hang, okey?" Pegangan tangannya pada lengan Elin dilepaskan.
Elin diam tak menjawab. 
Pijah lantas memeluk Elin, "Kau patut bagi aku ikut kau tadi, Elin!"
PG memandang Pijah sebelum berdehem sikit.
"Abang kapten! Terima kasih banyak-banyak sebab tolong Elin!"
PG mengangguk, "No problem tapi maaflah, saya tak dapat nak tangkap budak-budak tu."
"Eh, tak apa!" Pijah menggeleng-gelengkan kepalanya, "Pegawai HEPA dah tangkap dia orang waktu dia orang lari turun tadi."
PG mengangguk saja sebelum dia memandang Elin, "Hafizah, awak bawaklah Elin ke pusat kesihatan. Takut dia ada cedera kat mana-mana."
Pijah mengangguk sebelum dia memimpin Elin, "Jom, Elin!"
Pijah memimpin Elin berjalan. Selepas beberapa langkah, Elin tiba-tiba berpaling memandang PG. Terima kasih...
PG yang memerhatikan Elin ukir senyum sebelum mengangguk. Sama-sama, sayang...

"Elin... bangun...! Dah subuh ni!" Atul menggoyangkan Elin yang masih berselubung selimut.
"Tak bangun lagi?" Pijah yang dah siap solat mendekati katil Elin, "Elin... dah subuh ni."
Selimut yang menyelubungi tubuh Elin ditarik sebelum tangannya memegang dahi Elin, "Eh, Elin! Panas sangat badan kau ni. Kita pergi klinik ya kejap lagi?"
Elin yang terkejut dengan suara Pijah yang kuat, perlahan-lahan bangkit dari baringnya, "Dah subuh, ya?"
"Elin, badan kau panas sangat ni. Kita pergi klinik ya?" Pujuk Pijah.
"Eh, tak payahlah. Sikit aje ni. Aku nak pergi ambik air sembahyang dulu," Elin mengukir sengih namun baru sahaja dia berdiri, dia hampir terjatuh namun sempat dia berpaut pada tangga katil.
Pijah dan Atul cepat-cepat berdiri. Atul segera memegang lengan Elin, "Jom aku papah kau ke toilet."
Pijah yang memandang Elin dan Atul yang dah berlalu ke bilik mengeluh. Dah dua hari Elin demam dan hari ni suhu badan Elin terasa lebih panas dari semalam. Ni semua gara-gara si Ila lah ni! Aduh, nak buat macam mana ni ya?

"Budak yang cuba buat benda tak elok kat Elin tu jadi apa wei?" Achik yang sedang memutarkan bola di jari telunjuknya bertanya.
PG jungkit bahu, "Entah! Dengar kata dia dengan kawan-kawan dia kena gantung. Berapa lama tu aku tak tahu."
Achik mengangguk sebelum dia tiba-tiba ketawa!
"Kau apahal? Aku buat lawak ke?" PG mendongak memandang Achik.
"Taklah! Tu, si Aman dengan Danny tu. Buat kelakar tengah court pulak."
PG memandang ke arah tengah court sebelum dia tersengih. Aman tengah berlakon melontar bola ala-ala perempuan. Lemah gemalai aje gayanya! Si Danny pula dah buat gaya menyambut bola ala-ala sotong kena salai atas api.
"Eh, PG!"
"Apa?"
"Awek kau tak adalah!"
PG terus berdiri sebaik saja Achik selesai bersuara. Dahinya dikerutkan. Betul! Pijah bersendirian hari ni!
Tak menunggu lama, dia mengatur langkah mendekati Pijah sebelum dia melabuhkan punggunnya di sebelah Pijah, "Mana Elin?" 
Pijah tersentak sikit sebelum dia memandang PG, "Demam! Tapi Elin tak ada MC. Dia tak pergi klinik."
"Dah berapa lama?"
"Apa?"
"Elin demam?"
"Erm... dua hari dah." Pijah menjawab
PG mengangguk. Dia demam lepas kejadian hari tu! PG kembali bersuara kemudiannya, "Kejap lagi lepas habis perjumpaan, awak ikut saya kejap."
"Nak pergi mana?"
"Bawak roommate awak tu pergi klinik!" Jawab PG sebelum dia berdiri dan berlalu pergi pada Aman dan Danny yang masih memberi penerangan tentang cara melontar bola.
Pijah ukir sengih lega. Untung Elin ada abang kapten...

"Assalamualaikum..."
"Waalaikumussalam!" Atul menjawab perlahan sebelum dia memandang Pijah yang sudah masuk ke dalam bilik mereka.
"Elin mandi dah ke?" Tanya Pijah sambil matanya memandang Atul.
Atul mengangguk, "Sudah. Tapi badan dia panas lagilah, Pijah."
Pijah mengangguk sebelum dia duduk di birai katil Elin, "Elin... bangun. Kita pergi klinik jom."
"Erm..." Elin menggeleng, "Tak payahlah. Sikit je. Susah je nak telefon teksi. Dahlah tambang teksi mahal."
"Tapi badan kau panas sangat ni."
"Aku okey, Pijah!"
Pijah mengerutkan dahi sebelum dia keluarkan telefon pintarnya dan dia menaip sesuatu.
Seketika kemudian telefon pintar Elin berbunyi.
Pijah tahan sengih yang nak menguntum, "Elin, ada orang telefon."
"Biar ajelah."
"Eh, kecemasan kot ni! Aku angkat ye?"
Elin mengangguk saja. Tak larat nak menjawab.
Pijah capai telefon Elin lalu panggilan itu diambil, "Kejap! Saya suruh Elin cakap!"
Elin langsung membuka matanya sebelum mengerutkan dahinya, "Siapa?"
"Cakap aje!" Pijah meletakkan telefon itu di telinga Elin.
"Hello?"
"NurElina, kenapa tak nak pergi klinik?"
Wajah Elin berubah mendengar suara di talian itu. Dia memandang Pijah.
Sorry! Pijah menggumam perlahan. 
Tangan Elin pantas naik memicit dahinya, "I tak larat nak cakap lama-lama. Nanti-nantilah kita gaduh."
"NurElina, kalau hang tak mau aku naik pi bilik hang, dukung hang pi klinik. Baik hang turun! Aku bagi masa lima minit ja kat hang!"
"Eh...!" Tak sempat dia menghabiskan ayatnya, panggilan itu mati.
Elin pantas menjeling Pijah, "Kalau aku sihat, aku sembelih kau!"
"Kalau nak sembelih aku, baik pergi klinik. Cepat sikit sihat!"
Elin tarik muka lalu dia duduk dari baringnya. Mamat tu kalau aku sihat nanti, tunggulah...
Di bawah blok bilik Elin, PG berdiri sambil menyandarkan badannya pada kereta Perodua Viva miliknya.
Dia kemudian meneliti jam tangannya. Cukup ke lima minit, ya?
Sepuluh minit kemudian,
PG tahan senyum yang nak terbentuk sebaik saja dia nampak Elin dan Pijah beriringan, "Lambat!"
Elin tarik muka, "Bersyukurlah orang nak turun."
PG mengukir senyum nakal, "Awat hang turun? Rugi aku! Kalau dak boleh dukung hang!"
Elin buat tak tahu. Malas nak layan!
Pijah dah tersengih-sengih. Abang kapten gatal!!

Pijah dan Elin beriringan keluar dari bilik doktor. PG yang baru selesai bercakap dengan telefon pantas menyimpan telefon pintarnya ke dalam poket seluar, "Doktor kata apa?"
"Jangan sibuk!" Ucap Elin sebaik saja dia mengambil tempat di sebelah PG.
"Doktor kata lagu tu, noh?" PG jungkit kening.
Elin menjeling. Pijah pula tersengih-sengih, "Abang kapten, saya nak tanya something boleh?"
PG mengangguk, "Tanyalah."
"Abang kapten dengan Elin dah lama kenal? Sebab nampak mesra lain macam!" Pijah tersengih sebelum dia mengaduh kesakitan bila pinggangnya dicubit Elin, "Aduh!"
PG memandang Pijah bila terdengan Pijah mengaduh. Dia ukir senyum. Amboi, tangan macam ketam anak Cikgu Timah ni... "Mesra lain macam ya? Lain macam tu macam mana?"
"Jangan jawab, Hafizah!" Elin menjeling Pijah, geram!
Pijah ketap bibir. Takut nak bersuara!
"NurElina!" Suara pembantu klinik dari kaunter ubat kedengaran kuat.
"It's on me!" PG bersuara bila Elin mula nak berdiri.
"Tapi..."
"Tak dak tapi-tapi..." PG berdiri sebelum dia memandang Pijah, "Untuk soalan awak tadi, awak tanyalah Elin apa hubungan saya dengan dia."
Usai berkata-kata, PG berlalu pergi ke kaunter ubat.
Pijah pula langsung memandang Elin, "Korang memang dah lama kenal, kan?"
Elin mengeluh, "Nantilah aku cerita."
"Dengan aku, dia cakap macam biasa tapi dengan kau, dia macam tak kisah nak cakap dalam loghat utara."
"Jadi...?"
Pijah senyum, "Tak ada apa-apa! Aku saja nak point-kan benda tu!"
Elin buat muka sebelum dia bersandar pada kerusi yang tersedia di klinik itu. Sesekali matanya mengerling pada PG yang masih berada di kaunter ubat. Tengah mengorat pembantu kliniklah tu!

"Jangan lupa makan ubat!"
"Taulah!"
"Jangan off phone nanti!"
"Motif?"
"Senang kalau aku nak call hang, nak check keadaan hang!"
Elin buat muka menyampah, "Tak payah susah-susah!"
"Aku pegang amanah orang ja."
"Hah?" Elin mengerutkan dahi, "Amanah siapa?"
"Adalah. Jangan off phone!"
"Taulah!"
"Jangan lupa makan ubat!"
"Nak pesan berapa kali langsung?" Elin merengus geram! Kepala yang pening terasa makin pening.
"Aku nak pesan sampai hang asyik teringat-ingat suara aku."
Elin buat tak peduli. Dia membuang pandangan ke luar tingkap. Rasa macam jauh aje perjalanan dari klinik nak ke hostel. Pijah yang duduk di sisinya dah terlena. Macam dia pulak yang demam.
"Macam mana hang boleh demam sampai macam ni sekali, Elin?"
Elin yang mendengar tak menjawab.
"Hang tau dak macam nak hilang nyawa aku bila nampak hang dekat rooftop hari tu. Dengan budak-budak tu. Nasib baik aku sampai tepat pada waktunya. Kalau tidak, aku memang takkan maafkan diri aku sampai bila-bila..." suara PG perlahan namun masih kedengaran jelas di telinga Elin.
"Aku tau hang tak tidoq lagi. Aku tau jugak hang masih tak maafkan aku pasai kes dekat kampung dulu. Aku pun tak pernah mintak maaf dekat hang. Aku main redah ja, buat macam kes dulu tak pernah jadi tapi jujur aku cakap, aku tak tau nak mintak maaf macam mana dekat hang. Hang pun dok berkepit ja dengan Pijah. Aku nak jumpa dengan hang sorang-sorang pun payah. Macam mana..." tak sempat dia nak habiskan ayatnya, Elin tiba-tiba menepuk belakang tempat duduknya.
Dahi PG berkerut. Wajah Elin dipandang melalui cermin pandang belakang. Wajah PG berubah terus. Signal ke kiri terus diberi dan keretanya diberhentikan. 
Elin pula tak tunggu lama, pintu kereta dibuka laju sebelum dia terus... "Uwekkk!"
Pijah yang tadinya lena terus membuka matanya, "Elin, kau okey ke?"
PG di tempat duduk pemandu dah raup muka. Not again?!

Malam itu,
"Kenapa demam tak bagitahu ibu?"
Tak sempat dia nak memberi salam, Cikgu Timah terus menghamburkan soalan!
Elin mengerutkan dahi, "Dah ibu tahu mana Elin demam? Roommate Elin telefon ibu ke?"
"Mana..." Cikgu Timah leretkan suaranya, "Menantu ibu yang telefon bagitahu."
"Hah? Menantu ibu?"
"Eh, silap! Bakal menantu ibu..."
Elin kerutkan dahi. Siapa? "Ibu nak mainkan Elin, ya?"
"Lah, ibu serius ni! Hah, ubat dah makan? Nak ibu pergi sana ke? Ada ke bubur kat sana? Elin nak ibu bawak bubur?"
Elin ketawa! "Whoa, ibu! Sabar, ibu! Elin dah makan bubur. Ubat pun Elin dah makan. Bubur tu roommate Elin belikan dekat kafe tadi. Ibu tak payah risau ye? Elin dah okey dah. Demam pun dah kebah dah."
"Betul ni? Kalau nak ibu pergi, ibu pergi sana esok."
"Tak payahlah ibu. Kedah dengan sini bukan dekat. Ibu jangan risau ya?"
"Macam mana ibu tak risau, anak dara ibu duduk jauh dari ibu tak sihat."
"Elin dah sihat, ibu. Elin okey. Tak ada apa-apa yang ibu perlu risaukan. Roommates Elin ada untuk jaga Elin."
Cikgu Timah di talian menghela nafas, "Kalau macam tu, tak apalah. Okeylah, sayang. Ibu nak sambung marking kertas peperiksaan. Elin rehat ya, sayang?"
"Baik, ibu. Good night! Assalamualaikum..."
"Waalaikumussalam..." jawab Cikgu Timah sebelum taliannya dimatikan.
Elin tersenyum sendiri sebelum dia menggelengkan kepalanya. Macam mana ibu tahu aku demam? Telefon ditangannya dipusing-pusingkan. Kata nak telefon, bilanya nak telefon ni? Dah pukul sebelas malam dah ni. Hmm...

Elin memerhatikan PG yang sedang mengajar Zara, pelajar jurusan Komunikasi Massa melontar bola. Entah kenapa dia rasa tak enak bila sedari tadi, PG seperti melarikan diri darinya. 
Hari yang PG kata nak telefon tu. Seminggu dia tunggu, tak ada langsung panggilan dari PG. Nak Elin sendiri telefon? Eh, please! PG nak mintak maaf, dialah kena telefon. Lagipun, dia mana nombor telefon abang kapten kesayangan Pijah tu. Private number! Nak telefon macam mana?!
"Zara tu kan... aku rasa dia minat abang kaptenlah!" Pijah tiba-tiba menyiku Elin.
"Eh, peduli pulak aku!" Elin buat muka tak kisah.
"By the way..." Pijah memandang Elin, "Kau dengan abang kapten gaduh ke? Dia macam tak nampak aje kau kat sini. Kalau tidak, ada aje idea nak mengusik kau!"
Elin jungkit bahu, "Entah! Lantaklah dia. Malas nak peduli."
"Kau jangan, Elin. Kalau Zara tu mengorat abang kapten, melopong kau nanti!"
"Tak adanya nak melopong," balas Elin selamba.
Baru Pijah nak menyambung, kedengaran suara tertawa. Manja! "Apalah abang PG ni!"
Aman yang turut mendengar ketawa Zara berdehem kuat, "Ehem! Amboi, kapten! Jual minyak nampak..."
Serentak bergema bunyi ketawa dari gelanggang bola keranjang. 
Elin mengerling PG yang mengacahkan penumbuknya pada Aman. Elin buat muka. Whatever!!
"Ei, gedik!" PIjah buat muka menyampah.
Elin ketawa, "Kau buatlah gedik manja macam tu, confirm kapten pun pandang.
"Ei, tak kuasaaa!"
Sekali lagi, Elin tertawa.

Elin memusingkan pen di tangannya. Dia dah tak larat nak menelaah. Dia nak balik bilik tapi Pijah suruh dia tunggu pulak.
"Sorang je?"
Elin panggung kepala, "Eh, Abang Aman!"
Aman sengih sebelum kerusi di depan Elin ditarik perlahan dan dia terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi itu, "Selalu berkepit dengan si Pijah tu. Kenapa hari ni sorang je?"
"Pijah ada discussion. Ni pun tengah tunggu dia ni. Nak balik dulu, dia tak bagi."
Aman mengangguk, "Elin sure ke tak nak join pasukan bola keranjang kami? Team perempuan still tak cukup orang tau."
"Er... saya mana pandai pun main basket. Sikit-sikit bolehlah."
Aman ketawa, "Tak pandai? You throw like a pro."
Elin tersengih malu. Pro celah bedah!
"Macam nilah, petang ni kami ada tryouts. Datanglah! Ambik pengalaman."
"Tengoklah kalau saya rajin!" Elin menjawab separuh ikhlas.
"Datanglah. Zara pun nak datang katanya petang ni."
Muka Elin berubah, "Apa kaitan dengan saya?!"
"Well, I just thought that you would want to know," Aman ukir sengih penuh makna sebelum dia berdiri
"See you this evening, Elin."
Elin senyum saja. Zara yang lontar bola macam main baseball tu nak pergi tryouts petang ni?

"NURELINA!" Lantang PG memanggil nama Elin.
Zara yang tadinya jatuh terus berdiri sebelum tangannya memegang lengan Elin, "Abang PG..."
"Zara, diam!" PG bersuara, garang! "Awak ni nak main basketball ke nak bergusti?"
Elin terkedu. Dia bukan sengaja nak tolak Zara. Apa tiba-tiba dia kena marah pulak ni? "I..."
"Apa?”
"PG!" Aman memegang belakang PG.
"Kenapa you nak marah-marah pulak? Normallah kalau main, tertolak orang!"
"Abang PG, Elin tak sengajalah!" Zara membela Elin. Dia sendiri tak sangka PG nak marah Elin. Tadi pun, dia ada je tertolak Elin. Tak ada pulak dia nak marah-marah.
"Kalau tak pandai main, jangan datang tryouts!"
Muka Elin berubah. Tangannya yang dipegang Zara direntap, "Apa masalah you dengan I? You marah I tertolak girlfriend you?!"
"NurElina, disqualified!" PG bersuara sebelum dia berlalu.
Elin yang masih memegang bola berlari mengikut langkah PG, "Muhammad Hazwan!!!"
"Kenapa you suka buat I macam ni?" 
PG tak berpaling. Dia bergerak mahu berlalu namun suara lantang Elin menghentikan langkahnya!
"Stop! You ingat you siapa yang nak buat I macam ni??" Elin kesat air mata yang tiba-tiba mengalir,
"You halau I dari kampung you, I terima! I mengaku salah I. I jauhkan diri dari you, dari kampung tu, dari Ali dan Hakim sebab I tahu salah I! Tapi... tiba-tiba you muncul depan I, datang kacau hidup I kat sini. Buat I terbiasa dengan you macam waktu kat kampung dulu. Memang I menyampah dengan you tapi at the same time I happy! You masih nak bercakap dengan I! I ingat you still marah pasal dulu! Tapi hari ni, sekali lagi... you marah I tanpa sebab. Yang kali ni I tak tahu apa salah I! I tak sengaja tertolak Zara! What do you expect? You nak I main bola keranjang lemah lembut macam menari tarian tradisional Melayu? Macam tu?!"
Elin diam seketika. Dia mengesat air mata yang makin galak mengalir sebelum kembali bersuara, "Makin lama, you makin dekat dengan I. Bila I kena kacau dengan Ila, you datang tolong I. Bila I demam, you datang bawak I pergi klinik. You risaukan I. I tak nak berharap dekat you tapi you yang buat I berharap sendiri. Dan lepas I letak harapan I pada you, you tiba-tiba ignore I. Tak pedulikan I. Buat I macam tak wujud! Marah I sesuka hati you! You ingat I ni apa? Kalau tak suka, janganlah buat I berharap dengan you! You ingat I ni bola oren ni ke? Senang-senang passing ke sana ke mari?! Kalau tak suka I sekalipun, tak boleh ke you jaga hati I? Sikit pun jadilah!"
PG berpaling. Riak wajahnya kelihatan terkejut namun dia lebih terkejut melihat air mata Elin ketika itu. Dia hilang kata-kata.
Elin kesat air matanya sebelum dia membaling bola di tangannya pada PG, "I hate you, PG! I benci you bila you buat I macam ni! I really hate you!"
Tanpa menunggu balasan dari PG, Elin mencapai beg sandangnya dan terus berlari meninggalkan gelanggang bola keranjang. Orang lain yang ada di tengah gelanggang terpinga-pinga. Apa yang dah jadi ni?!
PG tercengang. Dia meraup wajahnya kasar sebelum dia terduduk. Damn!
"She really likes you!"
PG panggung kepala. Pijah!
"Sejak abang kapten bawak Elin pergi klinik dan cakap nak telefon dia, dia tetap menunggu panggilan abang kapten walaupun abang kapten tak pernah telefon pun. Kalau tak suka dia, janganlah bagi harapan! Kesian dia tahu?!" Marah Pijah sebelum dia berlalu pergi.
PG hela nafas. Damn! Elin sukakan aku? Kenapa aku tak sedar? Kenapa aku suka buat andaian sendiri? Shit!!

"Kau okey, Elin?" Pijah memeluk bahu Elin yang masih menekup mukanya. Sedih sangat gayanya.
Elin meraup mukanya sebelum air matanya dikesat, "Sia-sia je nangis pasal mamat senget tu."
Pijah ukir senyum sebelum belakang Elin ditepuk-tepuk, "Elin..."
"Ya?"
"Aku nak tanya, boleh?" PIjah meminta izin.
Elin mengangguk saja.
Pijah gigit bibir sebelum dia bertanya, "Betul ke kau tak sengaja tolak Zara? Aku bukan nak tuduh kau ke apa, aku cuma tanya je..." Ujar Pijah, berhati-hati. Matanya mengerling pada wajah Elin, mahu melihat perubahan riak wajah Elin.
Elin menghela nafas sebelum dia memintal baju yang dipakainya dengan jemarinya, "Aku cakap ni... janji kau takkan marah aku?"
"Kenapa aku nak marah kau pulak? Kau takut aku marah kau kalau kau cakap yang kau tolak Zara dengan sengaja?" Pijah jungkit kening.
"Fine! Aku mengaku. Aku mungkin... mungkin sengaja tolak Zara tapi aku taklah nak tolak dia kuat sampai jatuh."
Pijah mengeluh, "Sejak dari awal game lagi aku sedar. Kenapa, Elin? Kau cemburukan Zara?"
Elin mengangguk sebelum dia menumbuk-numbuk bawah matanya yang terasa bengkak. Dia kemudiannya tersenyum tawar, "Dia tak salah pun sebenarnya."
"Siapa? Zara?"
Elin geleng, "PG! Mungkin dia nampak dari awal game lagi yang aku target Zara. Dia memang patut marah aku."
"Elin..."
Elin senyum. Matanya terasa hangat, "Bodohkan aku, Pijah?"
Pijah mengangguk, "Sikitlah!"
Elin ketawa, "Aku tak tahu sejak bila aku mula suka dia padahal dia tak suka aku pun."
"Dia tak suka kau?" Pijah jungkit kening, "Kalau dia tak suka kau, dia takkan risaukan kau, Elin!"
Elin senyum tawar. Air mata dia dah mengalir. Sungguhlah. Murah sungguh air mata dia hari ni, "Tak apalah, biarlah! Lusa dah nak cuti mid-sem. Tak payah tengok muka dia dah."
Tiba-tiba telefon yang ada di tepi bantal bergetar. Tak menunggu lama, telefon itu dicapai. Dahinya berkerut sedikit melihat nama pemanggil di talian namun panggilan yang masuk itu tetap diambil, "Hello, Ateh?"

"Janganlah tengok aku macam tu!"
Aman menggelengkan kepalanya, "Kau ni, aku kata bodoh karang marah!"
"Kata ajelah! Memang aku bodoh pun!" Ujar PG, tanpa nada. Memang dia bodoh pun. Nak marah pun, itu kenyataannya!
"Kau ni betul ke suka dekat Elin tu?" Danny bertanya.
PG hela nafas. Gambar yang ada di atas meja belajarnya dihulurkan pada Danny yang bersila di atas lantai.
"Ni... gambar bila?" Gambar Elin yang sedang duduk di tepi bendang bersebelahan dengan dua budak lelaki ditatap lama.
"Gambar aku ambik curi-curi waktu dia datang kampung aku dulu," jawab PG sebelum kepalanya diletakkan di atas meja. PG bangang! PG bangang!
“Budak dua orang ni ke yang kau cerita pergi sungai ajak Elin tu? Yang sampai lemas-lemas tu?”
PG mengangguk tanpa mengangkat kepalanya.
"What happened to you, bro? Kau dulu hero gadis-gadis kot! Apa dah jadi ni?" Tanya Aman sebelum dia menepuk bahu PG.
"Aku tak tahulah apa tak kena dengan aku! Senang cakap, aku bodoh!"
"PG!" Danny menegur, "Waktu kau suka Dian dulu, kau tak macam ni."
PG senyum tawar, "Ingat pasal kes Dian muntah dulu? Waktu aku luahkan perasaan aku dekat dia?"
Aman dan Danny mengangguk.
"Hari tu, aku ada cuba luahkan perasaan aku dekat Elin. Dan dia..." PG meleretkan suaranya.
"Elin muntah?!" Sambung Aman.
PG mengangguk, "Aku macam trauma pun ada jugak. Aku luah perasaan kat Dian, Dian muntah. Aku luah perasaan dekat Elin, Elin muntah."
"Bila kau luahkan perasaan kau dekat dia ni?" Tanya Danny sebelum gambar Elin yang dia pegang tadi dia letakkan di atas meja belajar PG.
"Hari yang dia demam."
Aman dan Danny serentak tepuk dahi, "PG!"
"Ya, aku tahu! Dia muntah mungkin sebab dia demam tapi..."
"Sebab tu kau jauhkan diri kau dari dia?"
PG mengangguk, "Aku takut kena reject. Waktu Dian reject aku dulu, aku tak rasa apa sangat. Tapi dengan Elin, aku takut... aku... entah! Dulu suka aku dekat Dian tu lain. Dengan Elin ni, lain."
"Kau tak boleh control emosi kau. Kau takut ditolak. Kau punya karakter yang pendiam dan sentiasa cool jadi lain bila Elin dekat dengan kau. PG, kau yakin kau cuma suka pada Elin?" Aman sengih pada Danny.
Danny mengangguk, seakan-akan faham maksud sengihan Aman.
PG hela nafas, "Maksud kau apa ni?"
"L is for the way you look at me! O is for the only one I see!" Aman pandang Danny.
Danny sengih sebelum bersuara, "V is very, very extraordinary! E is even more than anyone that you adore and..." 
Aman mengangguk dan menyambung lirik lagu yang dinyanyikan Danny, "Love is all that I can give to you...!"
Muka PG kelam, "Korang ni apahal tiba-tiba buat persembahan musikal depan aku ni?"
"PG, kau bukan setakat suka Elin. It's love, dude!"
PG rasa wajahnya panas, "Kalau dah tau tu, diam-diam dahlah!"
Aman dan Danny serentak ketawa! Aman hentikan tawanya sebelum dia kembali serius, "So... kau nak buat macam mana ni?"
PG jungkit bahu! Dia pun buntu. Elin marah teruk dengan dia kali ni! 
"By the way, PG..." Danny yang tadinya ketawa dah membelek telefon pintarnya
"Hmm...?"
"Firas cari kau dalam group! And aku rasa, dia akan..." ayat Danny mati bila telefon PG berbunyi tiba-tiba.
Danny mengangguk kemudiannya, "Yup, dia telefon kau!"
PG hela nafas. Panggilan dari Firas diterima, "Hello, Suga?"
"Kau buat apa wei? Whatsapp tak balas, mesej tak jawab. Kau buat apa sebenarnya?"
"Hah?"
"Kejap! Ada orang nak cakap dengan kau."
Tak sempat PG nak balas, ada satu suara lain kedengaran di talian, "PG?"
"Huh? Ni..."
"Paan, abang Elin!"
PG rasa seram sejuk. Ah, sudah! Teringat balik amaran Eli Farhan padanya dulu. Sewaktu dia pergi ke rumah Cikgu Timah, meminta restu untuk memikat Elin..
"Kau rupanya yang buat adik aku merajuk..." Eli bersuara rendah.
PG diam. Nak cakap apa. Betullah salah dia, buat Elin merajuk.
"Kau betul ke nak kat adik aku tu?"
PG mengangguk, "Kalau tak betul, aku takkan datang sini jumpa ibu kau."
Eli mengangguk, "Elin tu cengeng, manja, gedik, mengada, kasar, keras kepala, sombong, poyo kadang-kadang. Kau sanggup nak hadap semua tu?"
"Sanggup."
"Jangan buat dia menangis, jangan buat dia sedih lagi... sekali lagi kau buat, aku kahwinkan adik aku dengan orang lain!"
Muka PG berubah. Takkanlah.
Eli yang menyedari perubahan wajah PG terus ketawa, "Aku melawak aje tapi kalau kau betul buat adik aku sedih lagi, aku tak jamin yang kau boleh berjalan macam biasa lagi!"
PG yang baru nak mengukir senyum menelan air liur. Mampus!
"Wei, PG! Dengar tak?"
"Hah? Apa?"
Kedengaran Eli mengeluh di talian, "Aku nak mintak tolong kau ni."
"Mintak tolong apa? Kenapa kau tak telefon aku sendiri?"
"Mangkuk ayun sebelah aku ni salah masukkan password telefon aku, terus kena block tiga puluh minit. Aku rushing ni! Kau boleh tolong aku tak?"
"Tolong apa ni? Macam urgent sangat je?!"
"Aku dengan Firas on the way nak ke Kedah ni. Ibu aku jatuh tandas rumah dia. Masuk hospital. Tak tahu keadaannya macam mana. Aku nak mintak tolong kau pujuk Elin, suruh stay dia semalam lagi dekat hostel. Aku telefon dia tadi. Kalut nak ke stesen bas malam-malam buta ni. Aku suruh dia balik esok aje! Dia terus letak telefon, tak sempat aku nak tegah." Kedengaran Eli merengus. Entah geram, entah marah.
Pujuk Elin? Nak ke budak tu dengar cakap aku?! "Er... insyaAllah aku cuba pujuk dia. Kau tu, hati-hati. Jangan kalut-kalut sangat drive tu. Bergilir-gilirlah dengan si Firas tu."
"InsyAllah. Kau tolong, ya? Pujuk Elin tu..." Eli kedengaran seperti merayu.
"InsyaAllah!. Dah-dah! Letak telefon. Apa-apa inform aku semula!"
PG berpamitan dengan Eli sebelum dia menamatkan panggilan. 
PG terus berdiri kemudiannya. Hoodie berwarna hitam yang ada di atas katil dicapai lalu disarung pada tubuhnya. Kunci kereta, dompet dan telefon pintarnya dicapai, "Aku keluar kejap. Korang nanti kalau dah nak balik bilik masing-masing, tolong kunci bilik aku. Nanti aku ambik kunci kat korang."
"Kau nak pergi mana?" Aman dah berkerut dahi.
"Nak pergi pujuk anak dara Cikgu Timah!" PG lantas berlalu keluar dari biliknya, "Kunci bilik ada dekat loker!"
Danny mengerutkan hidung. Bayang PG dah hilang.
Aman pandang Danny, "Siapa Cikgu Timah?"
Danny menggeleng saja, "Entah!"

"Kak, tolonglah kak! Saya perlukan sangat tiket ke Kedah malam ni. Tolong kak!" Elin dah merayu-rayu di kaunter tiket. 
Pekerja kaunter tiket itu sudah serba-salah, "Adik, bukan akak tak nak tolong dik! Tapi ni dah pukul sepuluh malam dah. Bas semua dah bertolak dah. Tak ada tiket. Adik beli tiket untuk esok pagi, ya? Pukul sembilan bas bertolak!"
"Tak boleh, kak! Saya tak boleh tunggu sampai pagi esok! Tolonglah, kak!"
Pijah yang sedari tadi memerhati terus memegang bahu Elin, "Elin, kita balik hostel dulu, ya? Pagi esok, kita datang semula. Ya?"
"Tak boleh, Pijah! Aku nak jumpa ibu aku! Macam mana kalau aku tak sempat jumpa ibu? Pijah... ibu aku..." Elin dah terduduk di depan kaunter tiket. Dia menghamburkan air mata. Orang yang lalu lalang mula memerhatikan Elin dan Pijah. Drama sebabak di stesen bas!
Pijah garu kepala! Allah, apa aku nak buat ni! "Elin, bangunlah! Jangan duduk kat sini! Kita balik dulu, ya?"
"Pijah... ibu aku!" Elin menggeleng, tak mahu! Dia nak balik malam ini juga! Tak kisahlah apa jadi, dia nak balik malam ini jugak!
"Elin..." Pijah terus mencangkung di depan Elin, "Elin, kalau kita lambat sampai hostel. Kita tak boleh masuk tau!"
"Pijah! Aku tak nak balik hostel! Aku nak balikkkk!" Elin membentak.
Pijah dah picit dahi. Tadi, lepas Elin terima panggilan telefon dari abangnya, kalut dia mahu ke stesen bas. Sanggup nak jalan kaki ke bandar, semata-mata nak ke stesen bas. Nasib baik, ada budak hostel yang balik dari outing naik teksi. Teksi itu mereka ambil untuk ke stesen bas.
"Pijah... kalau kau nak balik, kau baliklah! Aku nak tunggu kat sini!"
"Elin!" Pijah bersuara, tegas! "Kau jangan degil boleh tak? Kita balik dulu! Esok pagi kita datang semula!"
"Pijah! Ibu aku masuk hospital, Pijah! Aku tak boleh tunggu sampai esok."
Pijah mengeluh sebelum dia turut terduduk di atas lantai. Dia mengalah! Dia dah tak tahu nak pujuk Elin macam mana lagi.
"Elin?!"
Elin dan Pijah mengalih pandangan memandang ke arah lelaki yang berdiri tidak jauh dari tempat mereka.
Pijah bingkas bangun, "Abang kapten!"
"Elin, kita balik hostel dulu, okey?" PG sudah mencangkung di depan Elin.
"You jangan sibuk boleh tak?" Elin merengus, marah! Air matanya yang menitis di pipi dikesat kasar. Mana dia tau aku kat sini?!
"Elin, jangan degil macam ni. Cikgu Timah kalau tau anak dara dia buat perangai macam ni, mesti dia sedih!"
"Diam!" Elin bersuara, keras! "JANGAN SIBUK HAL I! YOU PERGI BALIK SANA! PERGI DEKAT ZARA KESAYANGAN YOU TU!"
Pijah yang berdiri mengeluh! Degil sungguh budak ni!
"Macam mana aku tak sibuk? Hang buat aku risau tau dak? Dok teriak, duduk kat tengah-tengah laluan orang macam ni! Hang buat perangai lagu ni, bukan Cikgu Timah bertambah sihat!"
"I cuma nak balik Kedah aje! I nak balik Kedah! Nak jumpa ibu!" Elin bersuara, separuh sebak!
PG mengeluh. Dia menggosok belakang lehernya sebelum dia memegang lengan Elin, "Bangun dulu!"
"Tak mau!" Elin cuba menarik lengannya yang dipegang PG!
"NurElina sayang, bangun dulu! Aku bawak hang balik Kedah."
Elin terus memandang wajah PG, "Be... betul ke? You boleh bawak I balik Kedah?"
PG mengangguk, "Syaratnya, kita hantar Pijah balik hostel dulu. Boleh?"
Elin pantas mengangguk. Air matanya segera dikesat. Dadanya terasa lapang!
PG tahan senyum nak menguntum, "Jom, bangun dulu!"
"I boleh bangun sendiri!" Ujar Elin cuba menarik lengannya yang masih dipegang PG.
"No, aku takut hang rebah kat sini!" PG bersuara, lembut tapi masih kedengan tegas.
Elin bangun, perlahan-lahan dengan bantuan PG. Sebaik saja dia berjaya berdiri, dia menarik tangannya sebelum dia memandang Pijah, "Pijah, aku mintak maaf!"
Pijah ketawa sebelum dia memeluk Elin! "Aku maafkan."
PG menghela nafas. Kalau aku tau, dari awal lagi aku offer hantar dia balik Kedah. Beg sandang Elin dicapai, "Dah, jom! Karang Pijah tak boleh masuk hostel pulak!"
Pijah mengangguk sebelum dia berjalan beriringan dengan Elin.
Elin memandang PG yang sudah mendahului mereka berdua sebelum dia memandang Pijah, "Kau bagitahu dia ke? Pasal ibu aku?"
Pijah laju menggeleng, "Aku pun terkejut dia tiba-tiba ada kat sini. Aku mesej Atul aje tadi."
Elin tiba-tiba berhenti dari berjalan, "Pijah!"
"Ya?"
"Mesti aku bersememeh kan tadi? Menangis macam orang tak betul depan dia!"
Pijah ketawa, namun masih terkawal, "Bolehlah!"
Elin meraup mukanya! Allah!
"Elin..."
"Hmm...?"
"Orang tu, kalau dia tak sayang kau, dia takkan datang sini pujuk kau, risaukan kau."
Elin jungkit bahu sebelum dia menarik tangan Pijah! "Dahlah, tak payahlah cakap pasal dia."
Pijah menggeleng. Elin... Elin...

Suasana di dalam kereta sunyi sepi tanpa perbualan. Siaran radio yang kejap ada, kejap tiada buat PG terus menutup siaran radio tersebut. Elin menumbuk-numbuk bawah matanya yang terasa bengkak. Menangis sebab PG, menangis sebab ibu. Mana tak bengkak?!
"Yang tumbuk mata tu kenapa?"
Tangan Elin yang menumbuk bawah matanya terhenti sendiri. 
"Risau sangat ya pasal Cikgu Timah?"
Elin diam.
"Ka... sedih sebab aku marah hang petang tadi."
Wajah Elin berubah sebelum dia memandang ke luar tingkap. Bukan nak tengok pemandangan pun. Gelap lagipun, mana ada pemandangan yang menarik untuk ditengok. Lebih kepada nak sorokkan riak wajahnya.
"Aku minta maaf!" Perlahan PG menuturkan maaf, "Aku nampak dari awal lagi, hang cuba nak jatuhkan Zara."
Elin diam. Matanya terasa hangat kembali.
"Aku salah. Aku tak patut marah hang depan orang ramai macam tu."
Elin masih lagi diam. Air matanya dah meleleh.
PG hela nafas, "Janganlah teriak lagi. Mata hang dah macam panda dah."
"Siapa yang menangis?!" Elin bersuara, namun suaranya kedengaran serak.
"Yelah! Hang tak teriak."
"Diam!"
"Okey!"
Suasana kembali hening sebelum PG tiba-tiba menyanyi. Perlahan namun cukup kuat untuk Elin dengar.
"Usahlah kau bersedih, di hadapanmu aku hadir, memadam resah dan curiga dari hatimu. Apakah kali ini bisa kau tolak dan berlari setelah aku menanamkan azimatku..."
"Tak sedap! Jangan nyanyi!" Elin bersuara.
PG sengih, "Tapi kalau aku tak menyanyi, aku mengantuk. Kalau aku mengantuk, aku mesti nak tidoq! Kalau aku tidoq, lambatlah kita sampai Kedah."
"Fine!" Elin merengus, "Tapi jangan nyanyi lagu tadi."
"Hati ini, bukan mililku lagi. Seribu tahun pun akan ku nantikan kamu. Sayangku, jangan kau persoalkan siapa di hatiku. Terukir di bintang, tak mungkin hilang cintaku padamu," PG kembali menyanyi.
Elin buat muka, "You tak ada lagu lain ke?"
"Awatnya? Tadi hang jugak cakap jangan nyanyi lagu Spider. Aku nyanyilah lagu Yuna pulak."
Elin merengus! "Urghhh!"
PG ketawa, "Okeylah. Aku nyanyi lagu lain."
Elin tak membalas. Dia memejamkan matanya.
"I want nobody, nobody but you! I want nobody, nobody but you! How can I be with another? I don't want any other. I want nobody, nobody, nobody, nobody!" PG menyanyi sambil matanya mengerling Elin yang sedari tadi memalingkan wajahnya mengadap tingkap, "Tidoq dah? Sedap sangat ka suara aku?"
"Diam!"
PG ketawa lagi. Elin... awatlah hang comel sangat tak tau? PG meraba-raba tempat duduk belakang, namun matanya masih memandang ke jalan raya. Tak sampai seminit, dia meletakkan sesuatu di atas riba Elin.
"Apa ni?" Elin buka mata. 
"Selimut. Orang Kedah panggil blanket!"
Elin memandang PG, "You bagi kat I buat apa?"
"Nak suruh buat kain tudung!" Balas PG, sarkastik sebelum dia tersenyum, "Selimut kegunaan dia untuk apa? Mestilah untuk lindungi diri hang dari sejuk, kan?"
Elin gigit bibir sebelum selimut yang terlipat kemas itu dibuka lipatannya sedikit sebelum dia menyelimuti tubuhnya. Macam tau-tau aje aku sejuk.
"Tidoqlah!"
"Tak apa ke?"
"Tak apa..." jawab PG sebelum dia memandang Elin sekilas, "Unless, hang nak bersembang dengan aku."
Elin tak menjawab sebaliknya selimut itu ditarik menutup wajahnya.
PG tersenyum sebelum menggeleng. Elin, hang faham dak apa aku cuba sampaikan dari lagu-lagu tadi?

"Elin..." PG mengejutkan Elin yang tertidur elok di atas kerusi penumpang, "Elin, bangun!"
Elin yang mulai tersedar perlahan-lahan membuka matanya sebelum matanya memandang sekeliling kawasan. Dia kemudiannya memandang PG, "Kat mana?"
"Kat Gurun ni. Kita turun solat dulu," balas PG tanpa memandang Elin. Tadi dia berniat nak mengusik Elin, konon ada air liur melelehlah, taik mata besar gedabaklah namun semua ideanya hilang. Hilang saat Elin memandang wajahnya. 
Elin mengangguk, "You tak ada berhenti rehat kat mana-mana ke tadi?"
PG menggeleng, masih tak memandang Elin, "Tak. Aku minum kopi dah tadi."
"Oh, okey!" Elin mengangguk sebelum dia memandang PG, "Jomlah turun, solat!"
"Ha, okey! Okey!" Jawab PG semacam kalut.
Elin mengerutkan dahinya. Apahal dia ni? Tanpa mempedulikan PG yang semacam masih terkial-kial matikan enjin, dia membuka pintu kereta.
"Elin!" Tiba-tiba PG menyeru nama Elin.
"Ya?"
"Aku tunggu kat sini sat lagi!"
Elin mengangguk sebelum terus berlalu keluar dari kereta.
PG di dalam kereta dah meraup wajahnya. Hailah, NurElina... kenapa kau bangun pagi boleh jadi secantik itu? Allah!

“Elin, mana PG?" Cikgu Timah bertanya. Tadi Eli kata, PG yang bawak Elin balik ke Kedah tapi tak ada pulak dia nampak PG tu.
"Entah!" Elin jungkit bahu. Tadi, lepas selesai solat di Gurun. Mereka bersarapan sekali tapi yang peliknya PG langsung tak buka mulut. Tak bising macam selalu. Usai bersarapan, PG terus membawanya ke Kedah Medical Centre. 
"Elin..."
Elin mengeluh, "Ibu ni, anak ibu ni yang ibu perlu fikirkan. Bukan dia tu!" Sengaja dia kata begitu. Memang ibu selama ni SUKA sangat dengan PG. Tak tahu kenapa.
"Iya, sayang. Ibu tahu tapi ibu nak juga berterima kasih dekat dia. Kalau bukan sebab dia, Elin tak mungkin ada depan ibu sekarang ni."
Baru Elin nak balas, pintu wad yang menempatkan Cikgu Timah dibuka dari luar. 
"Cikgu! Elin! Tolong..." Firas muncul dengan nafas yang tak teratur.
"Kenapa Firas?"
"Eli...!" Firas menarik nafas, cuba meredakan nafasnya yang tersekat-sekat, "Eli dengan PG... bertumbuk kat luar."
Muka Elin berubah, "Apa?!"
Tak sempat Firas nak mengulang. Elin dah berlari keluar dari wad Cikgu Timah.
Cikgu Timah pandang Firas, tak percaya! "Kenapa sampai bertumbuk?!"
Firas sengih, "Pandai tak saya berlakon, cikgu?"
Cikgu Timah ketawa, "Rancangan siapa ni?"
"Eli!"
Cikgu Timah menggeleng. Eli... Eli... nak mengenakan Elinlah tu!

"Ateh!" Elin meluru ke arah Eli yang sudah duduk di atas PG yang terbaring di atas jalan tar. Allah! Drama apa pulak ni?
Bagaikan tidak mendengar jeritan Elin, satu penumbuk dilayangkan ke muka PG! Dush!
"Ateh!" Elin menolak Eli, kuat sehingga Eli jatuh ke tepi. Kepala PG diangkat diletakkan di atas ribanya. Tindakan spontan!
"PG! PG! Talk to me!" Pipi PG ditampar-tampar. Matanya terasa hangat, "Muhammad Hazwan! Bukak mata!"
"Elin ni kenapa nak risaukan budak tu? Biar dia mereput je kat situ! Siapa suruh dia sakitkan hati Elin?!"
Eli bersuara sebaik saja dia berdiri.
"Ateh ni kenapa? Dah gila agaknya pukul anak orang!" Marah Elin. Bibir PG yang berdarah buat dia rasa bersalah pada PG. Dia tak tahu macam mana Eli boleh tahu PG sakitkan hati dia tapi dia tak suka cara Eli. 
"Elin tu kenapa? Orang tu dah buat awak macam-macam tau? Nak bela dia lagi kenapa?!"
"Sebab Elin sayang dia!" Elin bersuara separuh menjerit. Geram dengan Eli! Dia kemudiannya kembali menunduk memandang wajah PG, "Hazwan... bangunlah! Bukaklah mata!"
Hazwan! PG yang mendengar rasa nak tersenyum. Tak ada lagi orang panggil dia dengan nama Hazwan. Perlahan-lahan dia buka mata walaupun kepala terasa berpusing. Penangan tumbukan Eli. Orang suruh berlakon je, dia pukul betul-betul! "Elin..."
"Hazwan! You okey?!" Elin terus ukir senyum pada PG yang sudah buka mata. 
PG ukir senyum, "Sayang jugak hang dekat aku..." tak sempat habiskan ayat, PG tiba-tiba tak sedarkan diri.
"Hazwan!" Elin menepuk pipi PG berkali-kali, "Muhammad Hazwan! Jangan buat I macam ni!"
Eli yang tadi buat tak tahu terus mendekati PG bila sedar yang PG betul-betul tak sedarkan diri, "PG! Wei...! PG! Woi, aku pukul sikit aje kot! Woi, bangunlah!"
Tiada respon.
Elin dah menangis, "Hazwan..."
Eli dah gelabah. Dia pantas memanggil jururawat yang kebetulan baru keluar dari keretanya, "Nurse, tolong! Adik ipar saya pengsan! Tolong!"
Elin yang masih menangis tak mendengar apa yang Eli katakan. Yang di telinganya cuma terngiang-ngiang suara PG! Hazwan, tolong bangun! I janji kalau you bangun I takkan marah-marah dengan you lagi! Bangun, please!

"Dah berapa hari dia tak tidur?" Tanya doktor yang baru selesai memeriksa PG.
Muka Eli dan Elin kelam. Eli pandang Elin, "Semalam ada berhenti rehat kat mana-mana tak?"
Elin menggeleng, "Tak."
"Dia bukan pengsan pun sebenarnya. Dia sebenarnya tertidur."
Elin buntangkan mata, "Hah? Bukan dia pengsan sebab kena belasah ke?"
"Tak! Dia cuma tak cukup tidur, saya agak dah lebih 36 jam dia tak tidur dan badan dia kurang air. Jadi kami akan tambah air, "doktor lelaki itu tersenyum, "Kalau tak ada apa-apa, saya keluar dulu. Nanti dia dah sedar, kita buat pemeriksaan sekali lagi."
Sebaik saja doktor itu keluar, Eli ketawa! "Tertidur? Seriously, PG?"
Elin pandang Eli sebelum memukul lengan Eli, "Diamlah! Dia tengah tidur kan?"
Eli mencebik, "Eleh!"
"Kenapa Ateh tumbuk PG?" Tanya Elin tiba-tiba bila dia terpandangkan bibir PG yang lebam.
Eli keraskan badan. Ah, sudah! "Elin tunggulah PG. Ateh nak tunggu ibu."
Elin tak menjawab. Dia nak tunggu ibu sebenarnya tapi tadi ibu telefon, suruh dia tunggu PG lepas dapat tahu PG pengsan. Elin menongkat dagu dan dia merenung terus pada PG. Hazwan, you buat apa sampai tak tidur hmm...?
"Elin..."
Mendengar namanya dipanggil dari belakang, Elin berpaling. Firas yang baru masuk ke bilik yang menempatkan PG terus mendekati Elin, "Dia macam mana?"
"Doktor kata dia tertidur, bukan pengsan."
Firas tekup mulut menahan tawa dari meletus.
"Jangan gelak!" Elin memberi amaran.
"Elin tak rasa kelakar ke?"
Elin menggeleng, "Dia tak cukup tidur. Lebih 36 jam tak tidur. Mesti ada sesuatu yang mengganggu fikiran dia."
Firas senyum, "Betullah tu."
"Apa yang betul?" Elin pandang Firas.
"Ada yang mengganggu fikiran dia. Tapi bukan sesuatu, seseorang..." ujar Firas penuh makna.
"Seseorang?"
Firas senyum, "Elin tahu kenapa Eli dengan PG bertumbuk?"
Elin menggeleng.
Firas sengih lebar. Masa untuk cucuk jarum, "PG pernah jumpa Eli sebelum ni. Eli bagi amaran kalau PG buat Elin menangis lagi, Eli akan buat PG sampai tak boleh berjalan lurus."
Wajah Elin berubah, "Elin tak faham."
"PG datang mengaku dekat Eli yang dia buat Elin menangis semalam."
"Ke... kenapa dia bagitahu Ateh? Elin sendiri pun tak bagitahu Ateh."
Firas jungkit bahu, "Mungkin sebab dia nak hukum diri dia sebab buat Elin menangis."
"Tapi kenapa?" Tanya Elin perlahan.
"Sebab..." Firas kerling PG yang bergerak sedikit, "Elin tanyalah dia sendiri bila dia sedar nanti."
Elin mengeluh. Why did you do that, Hazwan?!

PG pegang kepala yang terasa berat. Aku kat mana ni? Dia memandang sekeliling sebelum matanya lekat pada si gadis yang sudah tertidur beralaskan lengannya. Elok saja dia terlena di birai katil.
Elin yang merasakan ada pergerakkan dari atas katil terus mengangkat kepalanya. Dia menggosokkan matanya sedikit, "Dah jaga?"
PG memandang Elin, lama! "Apa dah jadi? Kenapa aku boleh dok dalam wad ni?"
"You tak ingat ke?"
PG mengerutkan dahinya sebelum menggeleng.
"Kenapa you gaduh dengan abang I? Kenapa sampai bertumbuk?"
PG mengerutkan dahinya lama sebelum dia memegang bibirnya, "Ouch!"
Elin senyum sinis, "Dah ingat?"
PG tersengih sebelum mengangguk, "Ingat!"
"Sengih kenapa? Soalan I, you tak jawab lagi. Kenapa you bertumbuk dengan abang I?"
PG garu kepala, "Er... self-punishment kot."
"Sebab?"
"Sebab aku buat hang menangis kelmarin."
"Tapi tak payah sampai bertumbuk, kan?"
PG senyum saja, "Awat? Hang takut kalau aku kena tumbuk lepas tu tak bangun-bangun ka?"
Buk! Lengan PG ditumbuk Elin, "Cakap apa macam tu?!"
PG tarik sengih, "Lepas hang tumbuk aku ni, tiba-tiba aku teringat sesuatu."
"Apa?"
"Elin..." tiba-tiba PG memanggil nama Elin. Lembut saja.
"Apa? Nak kena tumbuk lagi?"
"Amboi, cengey eh!" PG sengih lagi, "Elin..."
"Ish, nak apa?"
"Cuba panggil aku Hazwan sekali lagi. Macam pagi tadi!"
Muka Elin terasa berbahang! "Tak nak."
"Sekali ja lagi. Pleaseeeeeee..." 
"Ei, awat gedik sangat ni?"
"Eh, anak Cikgu Timah pandai cakap utara noh!"
"Diamlah!"
"Elin..." suara PG meleret.
"Apa?"
"Panggil aku Hazwan sekali lagi. Aku nak dengaq. Pagi tadi aku macam dengaq tak dengaq ja. Dok mamai time tu."
"Nasiblah! I tak nak ulang!"
"Ala, Elin..."
Elin merengus, "You ni dah kenapa, Hazwan?"
Spontan, sengihan PG melebar sebelum tangannya dibawa ke dada, "Aduh, cayaq! Cayaq!"
Elin buat muka namun bibirnya tetap mengukir senyum, "Ei, gedik!"

"Aku tak faham betul. Macam manalah kau boleh bantai tidur waktu kita tengah berlakon tu..." Eli menggelengkan kepalanya pada PG.
PG sengih, "Adik kaulah! Tiba-tiba riba kepala aku. Apa lagi, lentoklah..."
Eli pantas menumbuk bahu PG, "Kau jangan nak gatal lebih-lebih. Adik aku tu belum jadi isteri kau lagi!"
PG mengaduh kesakitan sebelum dia menggosok bahunya, "Aku rasalah kan..."
"Apanya?"
"Aku nak ajak adik kau kahwinlah."
Eli menjungkit kening, "Nak ajak kahwin tu, duit ada ke, bro?!"
"Duit yang aku dapat waktu menang basket ada lagi."
"Cukup ke?" Eli jungkit kening, "Lagipun, adik aku tu baru semester satu tau. Ada lagi tujuh semester. Kau nak tanggung dia macam mana? Kau sendiri baru nak sambung Master, kan?"
"Untuk beli cincin tunang, cukup je duit aku. Aku cadang nak tunang dulu, lepas aku habis Master baru kahwin."
Eli mengangguk, "Baguslah kalau kau fikir nak tunang dulu tapi..."
"Tapi...?" PG jungkit kening.
"Kau tak rasa kita kena berterus-terang dengan Elin ke? Pasal yang berlakon tu..."
PG kerut dahi, "Perlu ke?"
"Habis... takkan nak tipu dia lagi. Aku datang rumah kau ni pun, dia tak tau. Dia mesti ingat aku menyampah lagi dengan kau."
PG hela nafas, "Betul jugak, kan? Eh, ibu kau dah sihat ke?"
"Alhamdulillah, bengkak kaki dia dah surut."
PG mengangguk, "Paan..."
Eli yang baru nak menghirup air dari cawan memandang PG, "Apa?"
"Petang ni lepas Asar, kau suruh adik kau jumpa aku dekat pangkin bawah pokok mempelam. Cakap, tempat pertama yang dia jumpa aku kat kampung ni."
Eli mengangguk, "Bincang baik-baik. Jangan gaduh pulak."
PG mengangguk saja.

Elin berjalan menuju ke tempat pertemuan yang diberitahu Eli tadi. Hari tu poyo sangat berlakon bergaduh, ni sampai-sampaikan pesan ni. Tak takut pulak dia tahu yang dia orang tu berlakon. Lagipun, macamlah si PG tu tak ada nombor telefon dia, nak hantar pesanan-pesanan ni.
Dari jauh, dia dah ternampak ada seorang lelaki sedang memangku gitar di atas pangkin. Elin berdehem perlahan, konon-konon mahu membetulkan suaranya. Baju yang tersarung ditubuhnya turut dibetulkan sikit sebelum dia kembali melangkah.
"Ada apa nak jumpa ni?!" Tanya Elin, tanpa salam sebaik saja dia sampai di pangkin itu.
"Amboi anak Cikgu Timah, salam mana?"
"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam..." PG sengih sebelum dia menepuk ruang kosong di atas pangkin, "Mai duduk dulu."
"Kenapa nak jumpa tiba-tiba? I tak boleh lama. Ibu tak ada siapa tunggu."
"Muhong! Bukan Paan ada ka kat rumah hang?"
Elin tarik mula, "You nak apa ni? Cepatlah cakap."
"Duduklah dulu. Bukan aku nak buat apa kat hang."
Elin mengeluh sebelum dia duduk di atas pangkin. Jauh dari PG, "Hah, cepat cakap!"
"Awat lepaih aku keluaq hospital hang tak mai melawat aku kat rumah?"
"Motif nak melawat?!"
"Hang tak sayang aku dah ka?"
Wajah Elin berubah, "Bila I cakap I sayang you?"
PG ukir sengih, "Sebab Elin sayang dia..." Ejek PG, mengulang kata-kata keramat yang dia dengar pagi dia dengan Eli berlakon bergaduh tu.
"You ni memang nak makan penumbuk sekali lagi kot!"
PG ketawa, "Aku rindu hang. Awat tak mai jumpa aku?"
Elin terdiam. Nada PG biasa tapi ayatnya macam orang merajuk.
"Macam tak manis je kalau pergi rumah you. Lagipun ibu kan sakit lagi, "perlahan saja suara Elin waktu tu, "Kita dok berdua ni pun macam tak manis je."
PG tersenyum. Aduh, boleh cair dia kalau Elin guna nada suara macam tu hari-hari, "Mana ada berdua je. Kan kat depan tu ramai orang."
Elin memandang kawasan sawah padi yang ditunjuk PG. Betul. Memang ramai orang. Budak-budak yang banyaknya, "You nak jumpa I kenapa?"
PG yang baru nak memetik gitar menghela nafas, "Aku nak buat pengakuan sikit."
"Pengakuan apa?"
"Panggil nama aku, dulu. Macam hang panggil aku waktu kat hospital hari tu."
"Tak naklah!"
"Please, Elin..." PG dah meleretkan suaranya, "Sekali ni ja. Aku takut kalau lepas aku buat pengakuan ni, hang dah tak mau bercakap dengan aku lagi."
Elin kerut dahi, "Nak mengaku apa ni? Mengaku yang you dengan Ateh hari tu berlakon je? Hmmm...?"
PG terdiam. Eh?
"Hazwan, I tanya you ni..."
PG sengih sebelum memandang PG, "Hang tau?"
Elin hela nafas, "I bagi you sepuluh minit untuk explain everything. I nak dengar dari mulut you sendiri. Boleh, Hazwan sayang?
PG terus mengangguk macam burung belatuk. Hazwan sayang dia panggil aku? Cair... cair...

"AkudenganPaankomplotsebabakutakuthangbenciakulepasapaakubuatkathangharitu!" Senafas PG bersuara.
"Hah? Apa?" Elin kerutkan dahi.
"Paan dengan aku komplot sebab aku habaq kat dia aku buat hang marah lagi. Mula-mula dia marah jugak kat aku sebab buat hang teriak lagi tapi dia kata, dia tau hang pun mengada buat-buat benci kat aku tapi sebenaqnya sayang. Sebab tu dia bagi idea ajak bertumbuk tu. Aku ingat dia nak tumbuk sikit-sikit ja. Sekali dia tumbuk real..." ujar PG separuh mengadu.
"Habis yang sampai tertidur tu? Kenapa pulak? Ke you saja-saja buat tidur?" Saja dia bertanya. Mana tahu, kot-kot sebenarnya PG berlakon aje. Berkomplot dengan doktor kat hospital.
"Aku tidoq betoi-betoilah!" Ujar PG dengan nada tinggi, "Aku tak tidoq pikiaq pasai hang reject aku."
"Bilanya I reject you?" Elin dah berkerut dahi.
"Hari aku bawak hang pi klinik. Aku baru bukak mulut nak meluah perasaan. Hang dah suruh aku berhentikan kereta sebab nak muntah."
Elin pantas mencapai sebatang ranting kayu di tanah lalu dilibas ke lengan PG, "I demam waktu tu, I pening naik kereta. I muntah sebab I demam, bukan sebab I reject you! Lain kali kalau nak luah perasaan ke apa ke, tengoklah keadaan orang lain. Dia tak sihat ke apa ke!" 
PG menggosok lengannya yang sakit dilibas Elin, "Sakitlah!"
"Hati I ni lagi sakit tau! Dah tau orang demam, buat sesi luahan time orang dok mabuk. Memanglah muntah. Lepas tu, buat assumption sendiri. Nak kata bengap, you tu dah nak ambik Master."
"Ouch!" PG pegang dadanya bila Elin kata dia bengap.
Elin menjeling PG, "Sakit lagi ke lengan tu?"
PG pandang Elin lalu dia mengangguk, "Sakit!"
"Lepas ni taruk ubat. I nak balik dah!" Elin berdiri.
"Eh, hal kita mana selesai lagi! Aku tak cakap lagi apa aku nak cakap."
Elin merengus, "Hah, cakaplah!"
PG ukir sengih. Garang-garang pun lawa Elin ni, "Elin, jom kahwin?"
"Hah?"
"Hang nak dak jadi isteri aku?"
"Eh, gila ke? I tak habis belajar lagi."
"Mana ada gila. Aku serius ni. Aku tak bolehlah jauh dari hang. Aku macam tak boleh hidup!"
"Jangan nak jiwang sangat, boleh?!" Elin buat muka, "No, I tak nak kahwin dengan you."
Muka PG berubah.
Elin melihatkan wajah PG berubah cepat-cepat bersuara, "I tak nak kahwin dengan you dalam masa terdekat ni. Lepas empat tahun..." Elin pandang wajah PG sekilas, "Yes, I will marry you!"
"Ala... lamanya..."
"Apa ala-ala? Nasiblah! Siapa suruh tipu I?"
"Elin..."
"No! My answer is still no!"
"Tak dak talian hayat ka?"
"Tak ada!"
"Tiga tahun."
"Nope, empat tahun! I habis degree baru boleh."
"Bertunang dululah, nak?"
"Tak nak!"
"Ala... empat tahun tu lama sangatlah. Eli pun kalau menikah, boleh dapat dua tiga orang anak dah."
"So?"
"Elin... tiga tahun dahlah."
"Empat tahun! Tak ada kompromi."
PG raup muka. Empat tahun nak tunggu? Terseksa jiwa aku, oi!
Elin pula dah sengih jahat. Payback time!

"Dia tak mau kahwin dengan aku!" PG raup muka. Serabut! "Tunang pun tak nak!"
Aman dan Danny garu kepala, "Kau pujuklah mak dia. Abang dia."
"Abang dia tak nak campur. Katanya si Elin tu dah sembur dia kaw-kaw hari tu."
"Habis tu? Korang punya relationship ni apa sebenarnya? Couple?" Aman bertanya.
PG angkat bahu. Couple ke? Elin kata dia tak suka couple, "Kawan ajelah kot!"
"Kawan? Kawan je?" Danny menekankan perkataan kawan.
"Entahlah! Aku stress kau tau?! Dahlah sejak balik dari kampung dia macam lari-lari dari aku. Stress. Stress! Tak sangka aku nak ajak orang kahwin pun begini punya stress."
"Kau lamar dia secara tak romantik kot!" Aman bersuara dan Danny mengangguk.
PG kerut dahi, "Apa tak cukup romantik ke kalau aku ajak dia kahwin?"
"Tak!" Serentak Danny dan Aman bersuara.
PG baru nak menekup wajahnya pada bantal bila telefonnya berbunyi. Wajahnya yang kusut terus jadi ceria. Tak menunggu lama, panggilan itu diambil, "Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam. You ada kat mana? Sibuk tak?" 
PG sengih. Aish, baru dengar suara dah rasa hilang semua kekusutan yang dia rasa tadi, "Aku kat bilik dan aku tak sibuk. Awat?"
"Turun pergi kafe boleh tak? Abang Firas ada kirim benda kat you."
PG merengus, "Awat hang boleh panggil Firas abang? Aku, hang panggil pakai huruf ja. I, You ja memanjang."
Aman dan Danny dah ketawa terbahak-bahak. Geli siot dengar PG menggedik macam tu.
PG tumbuk penumbuk pada kedua orang lelaki itu. Bangang!
"Muhammad Hazwan, you nak turun ke tidak?"
PG terdiam. Dia kelu kejap. Elin sebut nama penuh dia. Hilang terus rasa tak puas hati dia tadi.
"Hazwan, dengar tak?"
"Ya, aku dengaq. Sat aku turun."
"Okey. I nak pi koop dulu. You dah sampai bawah, bagitau I."
"Okey!" Ujar PG sebelum dia mematikan talian.

PG memutarkan kunci bilik dengan jarinya. Dia baru saja menelefon Elin, bagitau dia sudah menunggu. Elin minta dia tunggu sekejap saja lagi. Ramai orang di koperasi katanya.
"PG?"
Kunci bilik yang diputar tadi berhenti berputar bila PG memanggungkan kepalanya memandang orang yang menyebut namanya tadi, "Eh... Nani!"
"You buat apa kat sini?" Gadis yang dipanggil Nani terus duduk di depan PG.
PG senyum, "I sambung Master. You pulak?"
"I jadi RA sambil sambung Master."
PG mengangguk, "Samalah kita tapi I taklah jadi RA ke apa."
Nani senyum saja, "I tak sangka you sambung Master jugak."
PG tersengih lebar, "Apa? You ingat muka I ni tak layak sambung Master ke? Taulah you budak pandai..."
"Mana ada I cakap muka you tak layak! Memandai je you!" Nani ketawa, "I ingat you nak terus kerja aje. Kan waktu kita ambik kelas EOP, you ada cakap nak kerja terus."
"Oh, ada ye? I tak ingat dah, " PG sengih lagi, "Lagipun, I tak ada rasa nak kerja lagi. Tak puas jadi student kot."
"Ye ke? Ke sebab you nak usha junior?"
PG ketawa. Baru dia nak balas, dia terasa seperti dia diperhatikan dari belakang. Dia berpaling. Wajahnya berubah. Senyumannya mati. Mampus! Mampus!
Elin yang sedari tadi merenung PG terus berdiri, "Pijah, aku naik bilik dululah."
Pijah yang baru nak menyuap keropok sira yang dibeli di koperasi ke dalam mulutnya memanggung kepala, "Eh, bukan ka kata nak jumpa dengan abang kapten ke?"
"Tak jadi. Dia jumpa dengan orang lain!" Jawab Elin selamba. Matanya masih memandang PG sebelum dia menilik jam di pergelangan tangannya. Dia cuma terlewat lima minit. Boleh aje dia nak pergi tegur PG tapi dia saja tak nak tegur. Cemburu satu hal, geram satu hal.
Janji dengan orang lain tapi duduk dengan orang lain. Bukan dia tak lalu depan PG tadi. PG yang tak nampak dia. Iyelah, ada perempuan lawa depan dia kan? Huh!
"Elin!" PG dah berdiri. Wajahnya terbias riak serba salah.
Elin menjeling saja sebelum dia berlalu meninggalkan ruang kafeteria.
Pijah pula dah berpaling ke belakangnya. Kepalanya digelengkan pada PG. Padanlah dari tadi Elin sibuk nak lalu depan meja tu tadi. Abang kapten dating dengan orang lain rupanya...
PG garu kepala. Kusutttttt!!!!

Elin mengerling telefon pintarnya yang ada di sisi bantal. Wajah diraup kasar sebelum dia menekup muka dengan bantal, "Arrghh!"
"Wei! Nak bunuh diri jangan depan aku!" Pijah bersuara dari meja belajarnya. 
Atul yang sedang meniarap di katilnya ketawa, "Kau kenapa, Elin?"
"Kau jangan kacau dia, Atul. Orang ada masalah hati dan perasaan tu!" Giat Pijah sebelum dia ketawa.
"Diam kau!" Tanpa mengangkat mukanya dari bantal, Elin bersuara.
Tak sempat Pijah balas, telefon yang ada disisi bantal Elin berbunyi. Pijah terus ukir sengih, "Tu abang kapten dah nak pujuk kau tu!"
Elin angkat mukanya dari bantal. Telefon itu dikerling, "Ah, biarlah kat dia!"
"Oi, minah! Tadi kau jugak tunggu dia call kan?"
Elin mencebik. Tadi dia tunggu. Sekarang tak dah!
Pijah menggeleng sebelum dia berdiri. Telefon Elin yang masih berbunyi dicapai dan terus dilekapkan pada telinganya, "Hello!"
"Pijahhhhhhhh!"
"Ada ni ha! Saja dia gedik, acah-acah nak merajuk dengan abang kapten!"
Atul dah ketawa terkekek-kekek di atas katilnya melihat wajah selamba Pijah menjawab panggilan telefon Elin.
"Nah! Cakap!"
"Pijah!"
"Kau jangan nak mengada, Elin! Sementara dia nak pujuk ni, baik kau layan. Dia tak mau pujuk nanti, hati kau jugak sakit!"
Elin terdiam sebelum telefon yang dihulur Pijah dicapai. Telefon itu dilekapkan di telinganya, "Hello? Nak apa?"
Terdengar suara di talian sana ketawa, "Amboi, cengeinya!"
"Nak apa?"
"Merajuk ka?"
"Tak!"
"Marah ka?"
"Tak!"
"Yaka? Lepaih tu, awat hang pi lagutu ja tadi?"
"Meluat tengok drama kat kafe tadi."
"Drama apa?"
Elin buat muka, "Drama gelak tergedik-gedik."
"Elin... "
"Apanya?"
"Tadi tu kawan satu kuliah dengan aku dulu. Dia sambung Master jugak."
"Okey."
"Tu ja?"
"Dah tu nak cakap apa?"
"Hang sebenaqnya marah kan?"
"Tak." Memanglah tak marah. Merajuk sikit je...
"Aku tau hang marah."
"I tak marahlah! I geram tahu?"
"Sorry! Aku dok rancak sembang dengan kawan aku, hang tunggu lama pulak." PG hela nafas, "Sorry, Elin. Aku janji aku tak buat lagi. Okey?"
"Hmm... sebenarnya bukan lama pun I tunggu. I yang buat perangai pelik padahal you lagi lama tunggu I," ujar Elin dengan perlahan namun masih sampai di telinga PG.
"Kalau untuk hang, seberapa lama pun aku mau eh tunggu..."
"Jangan jiwang sangat, please!"
Serentak mereka ketawa sebelum PG berdehem, "Elin, Firas kirim apa kat aku? Awat hang pi jumpa dia, tak habaq kat aku?"
"Jealous?"
"Ya!" Jujur.
"I jumpa Kak Dianlah. Abang Firas kirim benda tu melalui Kak Dian."
"Oh..." PG diam sekejap sebelum dia kembali bersuara, "Barang apa dia kirim?"
"Tak tau. Ada dalam beg kertas. I tak bukak pun," jawab Elin. Dia diam seketika sebelum dia menyeru nama PG, "Hazwan..."
"Ya?"
"Jom kahwin?" Tanya Elin sebelum memejamkan matanya. Berdebar dia menunggu jawapan PG namun bunyi 'tit' dari talian sana buat dia kembali membuka mata. Skrin telefon dipandang. Dia letak telefon?!
Sementara itu,
Prak! Telefon di tangan PG langsung terlepas dari tangannya. Terburai habis isi telefon itu namun PG masih keras. Matanya membulat. Elin... ajak aku kahwin?

"Dia ajak aku kahwin!"
"Dah tu? Itu yang kau nak kan?" Aman mengerutkan dahinya. Hari tu kawan tu tak nak kahwin, meroyan. Ni kawan tu ajak kahwin, meroyan jugak. Tak faham sungguh aku!
"Kau tak faham, Aman!"
"Apa yang aku tak faham? Hari tu kau serabut sangat dia tak nak kahwin dengan kau. Ni dia nak kahwin, kau nak serabut apa lagi?"
"Kahwin bukan benda main-main!"
"Allahuakbar!" Aman dah tarik rambutnya, "PG, takkanlah si Elin tu main-main? Kau nak dia tarik balik ke lamaran dia tu?"
"Aku tak nak dia buat keputusan tu hanya sebab dia jealous."
Aman menggelengkan kepalanya, "Apa kata kau bincang balik dengan dia? Kau bincang dengan aku, memang aku suruh kahwin je. Senang!"
PG mengeluh sebelum telefonnya yang sudah retak seribu dikeluarkan dari poket seluarnya.
-Lepaih perjumpaan kelab satgi, tunggu aku! Kita kena bincang hal kelmarin-

Elin melangkah mendekati PG setelah dia 'menghalau' Pijah balik ke hostel, "Nak jumpa kenapa?"
PG yang sedang bersembang dengan rakan-rakannya terus memanggung kepala, "Hang pi dok kat bangku sana sat. Satgi aku pi kat hang."
Elin mengeluh, "Sat you tu berapa lama?"
PG yang baru nak bercakap dengan rakan-rakannya memandang Elin, "Aku ada perjumpaan sat."
Elin pandang Aman yang tersengih memandangnya, "Setengah jam. Setengah jam je I boleh tunggu you. Kalau lambat, I balik bilik dulu."
Baru PG nak balas, Elin dah berlalu pergi. 
"Pergilah jumpa dia. Kita malam karang nak jumpa lagi. Boleh je sembang pasal MT tu nanti!" Ujar Danny bila nampak Elin yang sudah bersila di bangku.
PG garu kepala, "Betul ke ni?"
"Iya! Pergilah! Kesian dia. Terkulat-kulat dia kat situ," tambah Aman bila melihat Elin yang terkebil-kebil memandang kawasan sekeliling.
Orang lain turut menganggukkan kepala mereka.
PG mengangguk sebelum ukir sengih, "Thanks guys!"
Aman dah angkat ibu jari, tanda bagus! "GOOD LUCK!"
PG membalas dengan sengihan sebelum dia mendekati Elin, "Okey, dah selesai!"
Elin pandang PG, "Eh, sudah?"
PG mengangguk saja, "Elin, pasal hal kelmarin tu..."
"Cop! Kejap!" Elin angkat tangan menghentikan bicara PG, "Semalam kenapa letak telefon tiba-tiba?"
PG kerutkan dahi sebelum dia ketawa sendiri. Telefon yang disimpan di dalam beg galas dikeluarkan lalu ditunjukkan pada Elin, "Nah, tengok!"
Elin mengerutkan dahinya melihat skrin telefon PG, "Kenapa retak ni?"
"Ada orang ajak aku menikah kelmarin. Aku punya terkejut sampai jatuh telefon aku. Tu retak seribu tu."
Elin gigit bibir, "Er... nak kena ganti ke?"
PG ketawa lalu dia menggeleng. Telefon di tangan Elin ditarik sebelum dia bersuara, "Elin."
"Hmmm...?"
"Hang serius ka pasai semalam tu? Hang betoi nak kahwin dengan aku?"
Elin rasa muka dia dah berbahang. Malu oiii! "Er... seriuslah kot!"
"Kot?"
"Kalau I tak serius, I takkan ajak you kahwin semalam."
PG mengangguk, "Elin, benda nikah kahwin ni bukan main-main tau?"
"I taulah! Kan I dah cakap I serius!"
"Aduh..." PG tiba-tiba menarik rambutnya. Kusut! "Tapi awat tiba-tiba, Elin? Hari tu kata kena tunggu empat tahunlah apalah!"
Elin hela nafas, "Kenapa? Tak boleh ke I ajak you kahwin?"
"Bukan tak boleh tapi..." PG diam. Dia tak ada alasan sebenarnya nak tolak lamaran Elin sebab dia memang nak kahwin dengan Elin, "This is too sudden!"
Elin hela nafas lagi sebelum dia berdiri, "Okeylah! Kalau tak nak, tak apa! I tak paksa pun!" Elin diam sekejap sebelum dia bersuara kembali, "Anggap ajelah apa yang I cakap semalam tak pernah jadi!"
PG dah gelabah. Eh?
Tak sempat Elin nak melangkah pergi, PG tarik beg sandang Elin, "Hujung minggu ni... ikut aku balik kampung."
"Nak buat apa?" Elin bertanya tanpa memandang PG. Hati kita sedih lagi ni, nak ajak kita balik kampung dengan dia pulak.
"Balik kampunglah! Menikah kat sana. Takkan nak menikah kat sini."
Elin laju kalih ke belakang, "Hah?"
PG ukir sengih. Gilalah aku kalau tak mau kahwin dengan hang, Elin oiii...!

Elin serba tak kena. Kejap dia bermain dengan telefonnya. Kejap dia bermain dengan tudungnya. Betul ke keputusan dia ni? Aduhai...
"Hang pasaipa?"
Elin tersentak sikit sebelum dia menggeleng, "Tak ada apa-apa."
"Elin, kita dah separuh jalan dah ni. Hang jangan tiba-tiba nak ubah keputusan pulak."
"Mana ada..."
PG kerling Elin sebelum dia ukir senyum nakal, "Wei, lepas kahwin nanti aku nak kena panggil hang apa?"
"Hah?"
"Hah? Hang nak aku panggil hang, Hah?
"Hazwan..." Elin merengus geram! 
PG ketawa, "Hei, aku tak gila lagilah nak panggil hang Hah! Aku melawak ja pun!"
"Tak kelakar."
"Lah, dak ka? Ingat lawak! Hang janganlah risau sangat. Kita nak buat benda baik. Takkan ibu hang nak halang."
"Macam mana I tak risau. I tak rasa ibu bagi kita kahwin. Lagipun, family you! I mana kenal dia orang semua. I kenal tok wan aje! Ibu you, ayah you, adik-beradik you berapa orang pun I tak tau."
PG menggelengkan kepala sebelum tersengih, "Hang tudialah. Sebelum ni ada banyak masa terluang, hang tak mau ambik tau pasai aku. Ni dah kalut macam ni baru hang nak gelabah ayam!"
"Hazwan!"
PG ketawa, "Jangan risau. Family aku dah kenai hang. Adik aku yang paling rapat dengan aku pun kenai hang!"
"Hah?"
"Hang ni kerja dok hah saja! Hang ada masalah pendengaran ka?"
"Macam mana adik you kenal I?"
PG sengih lebar, "Nanti hang taulah. Lanie, kita pi makan dulu. Mau dak?"
Elin jungkit kening, "Orang gila pun takkan tolaklah kalau ada orang ajak makan."
"Kerek hang ni!" PG buat muka sebelum dia memberi signal ke kiri untuk masuk ke laluan menuju Hentian Rehat dan Rawat Gunung Semanggol.
"Kerek-kerek pun ada orang nak!" Balas Elin bersahaja.
PG diam tak balas. Cis, terkena aku balik...

"Ibu tak setuju!" Bangkang Cikgu Timah selepas Elin dan PG menyatakan hasrat mereka. Dia tak hilang lagi terkejut tengok anak daranya tiba-tiba ada di depan rumah bersama PG.
Muka Elin dan PG dah sama-sama kelat. 
"Ibu..." Elin yang duduk sebelah Cikgu Timah memegang tangan Cikgu Timah. Ibu, Elin boleh tunggu tapi bakal menantu ibu tu mata keranjang bu...! Dia meluah dalam hati. Nak cakap depan-depan PG, nampak sangat dia cemburu pasal kes hari tu!
"Kalau bertunang dulu, okey. Elin baru mula belajar, kan? Nanti kalau kahwin, mengandung. Larat ke nak bawak perut masuk kelas?" Cikgu Timah kalih memandang Elin.
Dengar saja perkataan mengandung, muka Elin berubah merah.
PG pulak dah menggaru kepala. Dia tiba-tiba rasa segan. Ah, sudahhh.
Eli yang duduk bersila dekat lantai terus ukir sengih. Lawak sungguh budak berdua ni. Ibu pun, kemain! Hari tu beria sangat nak buat PG tu jadi menantu.
"PG dengan Elin bertunang dululah. Boleh?"
Permintaan Cikgu Timah buat PG pantas memandang Elin. Kebetulan, Elin turut memandang PG sebelum sama-sama berpaling memandang tempat lain.
"Bertunang dululah. Kenal hati budi masing-masing dulu!" Cikgu Timah bersuara lagi.
Elin mengangguk saja. 
PG pun turut mengangguk. Tak jadi kahwin lagi aku ni! "Tapi apa-apa cikgu, saya cop Elin dulu! Cikgu jangan nikahkan Elin dengan orang lain pulak. Mau saya pindah pergi Mongolia bawak hati saya!"
Eli dah berguling ketawa! Apa dialah PG ni!
Elin dah kerutkan dahi! 
Cikgu Timah turut ketawa sebelum menggeleng kepala, "Takkanlah saya buat macam tu."
PG hela nafas, "Esok mak ayah saya datang hantar rombongan merisik."
Cikgu Timah mengangguk sebelum dia memandang Elin, "Elin ada berapa bulan lagi sebelum habis semester satu?"
"Tiga bulan lebih lagi."
Cikgu Timah angguk lagi sebelum dia memandang PG, "PG cadang nak kahwin dengan Elin bila?"
"Kalau ikut saya, esok!" Ujar PG sebelum sengih, "Tapi dah cikgu suruh kami bertunang dulu, empat tahunlah kot."
"Mangai, lamanya kau nak bertunang!" Eli ternganga. Dia yang bertunang setahun pun terseksa jiwa raga. Ini pulak empat tahun.
"Dah tu..." sengaja PG leretkan suara.
Cikgu Timah dah tersenyum, "Cikgu tak cakap kamu kena bertunang sampai empat tahun."
Eh?! Elin dan PG serentak memandang Cikgu Timah.
"Lepas Elin habis exam semester ni, menikahlah kalau nak menikah. Nak lagi mudah, sekalikan dengan hari Eli kahwin. Cikgu tak jahat lagi nak suruh PG tunggu anak cikgu sampai empat tahun tapi tak eloklah nak terus redah menikah esok. Apa pulak kata orang kampung?"
PG bulatkan mata, "Ci... cik... cikgu seriuskan? Bukan nak prank saya kan?"
Cikgu Timah mengangguk, "Iya. Esok bawak mak ayah kamu datang, kita bincang semula."
PG terus ukir senyum lebar. Yesssssssss! FIRAS, AKU DAH BOLEH KAHWIN!

Elin meraup wajahnya. Dia masih lagi tak boleh percaya dengan apa yang dia nampak tadi. Sejak bila dia orang rapat? 
"Elin..." 
Bahunya yang dicuit buat dia menurunkan tangan yang masih menutup wajahnya. Pijah!
"Kenapa kau? Macam fikir masalah negara je."
Elin menggeleng saja, "Kau dari mana?"
"Hah? Er..." Pijah menggaru kepalanya, "Aku pergi kedai. Cari berus gigi."
"Mana berus giginya?" Tanya Elin, serius. 
"Er... aku tak suka spesifikasi berus-berus gigi yang dia orang jual."
Elin senyum sinis sebelum berdiri, "Sejak bila kau cerewet untuk sebatang berus gigi?"
"Aku... er..."
"Tak apalah! Tak payah jawab pun soalan aku. Tak penting pun," Elin sengih sebelum dia tarik tuala yang tersangkut di pintu loker, "Jom pergi makan kejap lagi."
"Aku dah makan tadi..." Pijah sengih serba-salah.
"Okey," Elin angkat bahu sebelum berlalu keluar dari bilik.
Pijah di dalam bilik mengeluh lega. Elin di luar bilik mengeluh resah. Patut ke dia undur diri?

"Kau ni dah tak dengan budak Elin tu ke?" Tanya Danny pada PG sebelum dia meletakkan kepalanya di bahu Aman.
"Woi, beratlah setan!!!" Aman menjungkit-jungkit bahunya dengan harapan Danny mengalihkan kepala dari bahunya.
"Kenapa kau tanya macam tu?" Tanya PG semula.
"Entah! Sebab kau dah tak cerita pasal dia, waktu latihan pun kau buat tak peduli je dengan dia. Kau dah give up ek? Bolehlah aku dengan Aman cuba nasib pulak!"
"Eh, jangan nak libatkan aku!" Aman menepuk belakang kepala Danny, "Dia je nak ngorat si Elin tu."
PG sengih, "Kau nak kena bunuh dengan aku, trylah mengorat dia."
"Amboi..." Aman ketawa, "Dah tu kenapa kau macam tak peduli dengan dia?"
PG sengih, "Aku takut tak dapat tahan diri."
"Hah?" Aman dan Danny bulatkan mata.
PG sengih saja. Tak ada tanda mahu menjawab.
"Abang kapten!"
Serentak mereka bertiga berpaling ke kanan. PG jungkit kening pada si pemanggil, "Kenapa?"
"I need to talk to you!"
"Kenapa?"
"NurElina!"
PG pantas berdiri, "Kenapa dengan dia?"
"I think she know..."
PG pantas memandang Aman dan Danny, "Korang stay sini lagi kan? Jaga laptop aku kejap!"
Aman dan Danny serentak mengangguk, "Okey!"
"Kita cakap kat luar!" PG berdiri dan Pijah mengangguk bersetuju. Mereka beriringan berjalan menuju pintu perpustakaan.
Danny pandang Aman, “Kau sedar tak yang Pijah tu semacam rapat dengan PG?”
Aman angguk, “Aku sedar jugak. Agak-agak dia orang ada skandal tak?”
Danny ketawa, “Yes, boleh mengorat Elin!”
Aman jeling Danny, “Nak kena sembelih dengan PG, trylah!”
Sementara itu,
"What do you mean dia tahu?"
"Orang tak tahu! Tapi dia macam lain tau pandang orang. Kita bagitahu ajelah dekat dia."
"Jah, benda bukan senang!"
"Alonglah suka buat benda senang jadi payah!"
Pijah baru nak membalas namun lidahnya terkelu apabila matanya terpandang orang yang jadi topik perbualannya dengan PG, "Elin!"
Langkah PG terhenti. Allah!
Di pintu, Elin berdiri tegak memandang PG dan Pijah yang berjalan berdua. Elin tersenyum sinis lalu dia menggeleng kepala. Tak jadi dia nak melangkah masuk ke perpustakan. Sebaliknya, dia mengatur langkah keluar dari perpustakaan.
Pijah pandang PG, "Still nak berahsia lagi?!" 
PG tak menjawab sebaliknya dia berlari keluar, mengejar langkah Elin.

Elin kesat air matanya yang mengalir. Patutlah asyik mengelak aje dari dia sekarang. Patutlah Pijah pun lain sekarang. 
"Elin!" 
Mendengarkan namanya dipanggil, langkah kakinya dilajukan. 
"Elin, tunggu!"
Lagi laju dia melangkah! Dia tak nak jumpa dengan PG sekarang. Namun entah bila, langkahnya dihadang oleh PG.
"Tepi!" Arahnya tanpa memandang PG.
"Hang dah salah faham ni!"
"I don't care!"
"Elin! Aku dengan Pijah tu sebenaqnya..."
"I tak nak dengar!!" 
"But..."
"Stop! I tak nak dengar. Please..." separuh merayu Elin bersuara. 
"Elin...!" Entah bila, Pijah berdiri di sebelah PG.
"Oh, great! Tolonglah bagi aku lalu... tolonglah!" Suara Elin bergetar.
Pijah pantas memegang tangan Elin, "Elin, abang kapten ni sebenarnya abang kandung aku. Kami adik-beradik kandung."
Elin panggung kepala, "Kau cakap apa ni?"
PG mengangguk, "Inilah adik aku yang aku kata dah kenai hang tu."
Elin menepis tangan Pijah, "What?!"
Pijah pandang PG lalu dia hela nafas, "Aku dengan along tak ada niat nak rahsiakan hubungan kami."
"Aku nak balik bilik!" Senada saja suara Elin tika itu. Tanpa memandang PG, Elin berlalu pergi. Dirempuh saja tubuh PG yang masih menghalang laluannya. Pedulilah dia nak kata apa. Dia dah cukup letih sekarang! Letih mental dan fizikal!

"Elin, kau marah aku lagi ke?" Pijah mendekati Elin yang sedang melipat kain telekung di katil. Sejak dia balik tadi, Elin senyap saja. Menegur dia pun tidak.
"Kalau kau kan, agak-agak marah tak?" Tanpa memandang Pijah, Elin bersuara, "Pandai kan kau... berpakat dengan abang kau tu tipu aku! Abang kapten konon! Patutlah dia tau macam-macam benda pasal aku. Aku demam, aku sakit hati, aku menangis... patutlah dia tahu! Patutlah kau ajak aku masuk kelab bola keranjang untuk kokurikulum dulu! Ada 'kabel besar' rupanya..."
"Alaaaaaa... Elin..." Pijah dah rasa bersalah bertimpa-timpa. Bukan niat dia nak tipu Elin. PG yang minta dia rahsiakan. Dia ingat lagi hari mereka mendaftar tu. Dia tak tahu pun Elin perempuan yang PG cari, perempuan yang buat PG gila bayang. Niat dia waktu ajak Elin masuk kelab sebab dia nak kenalkan Elin pada PG tapi rupa-rupanya...
Elin pegang kepala. Letih jiwa raga. Beria-ia dia cemburu buta! 
"Elin, sumpah aku cakap aku tak tahu yang kau perempuan yang along aku suka. Waktu aku ajak kau daftar kelab tu, memang niat aku nak kenalkan kau dengan along aku! Aku nak bagitahu kau yang along aku student Master kat sini. Itu je. Tapi aku tak sangka kau rupanya perempuan yang along cari."
"Apa-apa ajelah! Aku terkilan tau tak, kau dengan Hazwan rahsiakan hubungan korang dari aku. Rasa macam tak penting pulak aku dalam hidup kau, dalam hidup Hazwan."
“Elin..."
Tanpa menunggu jawapan Pijah, Elin bangun dan terus dia melangkah keluar dari bilik.
Arghh!! Pijah kusutkan rambutnya! Stress! Aku dah agak dah Elin nak marah! Ni sebab alonglah ni! Aku jugak yang kena... 
"Pijah!"
Pijah yang sedang menyumpah diri sendiri panggung kepala. Elin! 
"Kau nak aku maafkan kau?"
Pijah mengangguk laju!
"Jadi pengapit aku, boleh?!"
Pijah pantas berdiri lalu dia memeluk Elin, "Aku memang nak offer diri aku pun jadi pengapit kau!"
Elin ketawa lalu dia membalas pelukan Pijah, "Okey, kau dah dimaafkan!"
Pijah ketawa juga. Leganyaaaa, "Sorry tau, Elin! Aku serius tak ada niat nak tipu kau. Kalau kau nak marah, kau marahlah along! Dia yang suruh aku rahsiakan!"
"Tapi kau pun pandai berlakon. Abang kapten konon!" Ujar Elin selepas meleraikan pelukannya.
"Hei, aku ratu lakonan kot!"
Elin ketawa, "Tapi kan Pijah, aku bukan marah kau pun... aku sebenarnya malu. Sebab aku fikir bukan-bukan pasal kau dengan Hazwan!"
Pijah tersenyum lalu dia memegang tangan Elin, "Salah aku jugak. Kalau aku jadi kau, aku pun akan fikir bukan-bukan!"
Elin tersenyum, "Pijah..."
"Yas?"
"Jangan bagitau along kau kita dah berbaik tau?"
"Eh?"
"Asyik dia je pekena aku, biar kali ni aku pekena dia pulak!"
Pijah angkat ibu jarinya, "On!"

"What?!"
"Dia cakap dia nak putuskan pertunangan!"
"Mana boleh?!"
"Mana Jah tahu! Alonglah suka buat benda mudah jadi serabut!"
PG rasa tubuhnya melonglai! "Marah sangat ke dia?"
"Dengan Jah ni bercakap pun dia tak nak pandang tau? Bercakap pun senada aje!" Ujar Pijah dengan wajah habis serius padahal dalam hati dah berdekah-dekah ketawa. 
"Jah, along nak kahwin dengan dia."
"Tapi dia tak nak!"
PG tekup mukanya di meja! "Jah... apa yang patut along buat ni?!"
"Lepaskan ajelah dia!"
"Tapi along sayang dia!" PG angkat kepala.
"Dia tak sayang along!"
"Jah! Dia sayang alonglah! Along tahu."
"Kalau sayang mesti dia tak minta putus tunang!"
Baru PG nak balas pernyataan Pijah, telefon pintarnya berbunyi. Nama Elin terpampang di skrin, "Dia call!"
"Angkatlah!"
PG berdehem sikif sebelum panggilan itu diambil, "Hello?"
"Pijah dah bagitahu I nak putus?"
"Awat? Pasai aku rahsiakan benda tu? Elin, aku suruh Pijah rahsiakan hubungan kami sebab aku tak mau Pijah terkena tempias kemarahan hang kat aku!"
"So? I peduli apa? I nak putus jugak!"
"Elin..."
"What?"
"Aku sayang hang! Sungguh aku sayang hang! Aku tak tipu."
"What? I tak dengar!"
"Aku sayang hang! Aku nak kahwin dengan hang!"
"Tak cukup kuat! I tak dengar!"
PG tiba-tiba berdiri. Butang speaker ditekan, "ELIN, AKU SAYANG HANG! AKU NAK KAHWIN DENGAN HANG!"
Pijah yang duduk semeja dengan PG dah menekup mula. Malunya...
Kedengaran bunyi sorakan di sekitar kafe! Aman yang duduk di meja di hujung kafeteria dah tersedak mendengar luahan hati PG. Mangai, jiwang!
PG rasa wajahnya berbahang. Malu gilaaa! Dia kembali duduk. Telefon di tangannya dipandang. Dia mengeluh. Elin matikan talian!
"Tak malu ke menjerit macam tu?!" Satu suara di tepi meja buat dia berpaling. 
Elin buat muka tak ada perasaan memandang PG sebelum dia memandang Pijah, "Pijah, nak ikut pergi outing tak? Ibu aku suruh cari renda nak letak kat kotak hantaran."
PG pandang Pijah. Aik? Tadi kata bercakap tak pandang mukalah, bercakap senadalah! Jangan-jangan...
"Boleh jugak! Aku teringin sushi!" Pijah berdiri lalu begnya disangkut ke bahu, "Bye, along!"
"Wait...!" PG berdiri, "Korang..."
Elin meletakkan sekeping kertas di atas meja, "Tema majlis kita pink tau!"
"Hah?!"
"Bye, sayang!" Elin ketawa sebelum dia beriringan dengan Pijah berlalu dari kafeteria.
Kertas yang diletakkan di atas meja tadi dicapai lalu isinya dibaca. Spontan PG menekup wajah!
'I SAYANG YOU JUGAK, HAZWAN :P :P'

"Kahkahkahkah! Tak macho langsung woi!" Firas yang bersila di lantai dah berdekah ketawa. Aman dah tergolek di atas lantai. Danny pula menyembunyikan wajah di balik kipas pengantin namun masih kedengaran bunyi ketawanya.
"Hang boleh dah ni nak masuk kumpulan Jambu! Maharaja Lawak..." Amet, rakan sekampung PG ukir sengih. Kelmarin dia pun tak cukup nafas gelak tengok PG pakai baju pengantin tu!
"MEGAAAAA!" Serentak Firas, Aman dan Danny menyambung sebelum mereka ketiga kembali ketawa berdekah-dekah!
PG menilik dirinya di dalam cermin. Ingatkan Elin main-main aje nak pakai baju pink, rupanya dia serius,
"Esok kalau aku bantai pakai jersi kelab, boleh ke agak-agak?"
Tak sempat yang lain mahu menjawab, Pijah menjengulkan kepalanya di sebalik tirai pintu bilik PG,
"Elin kata akad nikah nanti biar bola oren kesayangan along tu jadi pengantin perempuan kalau along berani pakai jersi esok."
Serentak, rakan-rakan PG ketawa lagi! PG pula dah monyok. Hailah, Elin! Nasib baiklah aku sayang hang...
"Tak sangka aku Pijah tu adik kau!" Ujar Danny setelah dia selesai ketawa.
"Entahnya! Nasib baik aku tak marah over-over waktu latihan kelab dulu!"
PG sengih saja sebelum dia membetulkan letak sampin di pinggang, "Kenapa? Berkenan? Kalau rasa kau berani nak kena silat dengan aku, cubalah datang meminang."
"Tak payahlah mangkuk dua ekor ni, bukan boleh percaya!" Ujar Firas sebelum menepuk bahu Aman,
"Awek kau harus keliling pinggang kan, Aman?"
"Perempuan nak dok keliling aku pun tak, inikan pulak keliling pinggang!" Jawab Aman sebelum ketawa.
PG ketawa sebelum dia memandang Amet, "Hang esok jadi kan nak jadi pengapit aku?"
Amet garu kepala, "Er... tak boleh kot wei! Aku kena pi kedai pagi esok. Tengahari time kenduri hang baru aku available."
"Ah, sudah!" PG tepuk dahi sebelum memandang Aman, Danny dan Firas! "Korang? Siapa yang free?"
"Aku tarik diri dulu!" Firas angkat tangan. Dian harus tak bagi. 
"Aku pemalu!" Danny angkat tangan, "So, aku tak mau!"
"Taik hidung kau pemalu!" Aman tolak bahu Danny.
"Okeylah!" PG tepuk tangan, "Aman jadi pengapit aku!"
"Eh, apahal pulak?!"
"Dah kau je tak tarik diri. Danny pemalu, so dia tak boleh. Firas, tak tau apa alasan dia tapi dia tak boleh. Amet tak boleh. Kau aje yang free!"
“Wei, mana boleh macam gini! Kalau Danny pemalu, aku lagi berganda-ganda pemalu!"
"Tak ada! Tak ada! Kau je calon yang tinggal!"
Danny dan Firas pantas mengejek Aman. Amet pula dah ketawa dengan telatah mereka bertiga. Macam-macam sungguh perangai depa ni!

"CANTIKNYA ELINNNNN!" Dian terjerit, suka melihat Elin yang baru selesai disolek.
"Kak Dian, mana ada! Elin biasa jelah!" Elin tersipu-sipu.
"Tak sangka akak! Akak yang tunang tapi Elin yang kahwin dulu!" Dian memegang tangan Elin, "Akak lega sangat Elin pilih PG."
"Eh, mana ada Elin pilih dia! Dia yang nak kat Elin. Elin okey je!" Seloroh Elin sebelum ketawa kecil,
"Terima kasih kak. Sudi datang kenduri Elin walaupun Elin panggil last minute."
"Eh, ada syarat tau! Next week wajib pergi kenduri akak!"
"Itu sudah pasti!"
Dian tertawa kecil, "Eh, siapa pengapit Elin?"
"Adik Hazwan, kak."
"Hazwan?" Dahi Dian berkerut.
"Er... PG. Elin panggil Hazwan."
"Cewah... nama manja, ya?"
Elin ketawa sebelum berbisik, "Nama manja lain."
"Nakal!" Ujar Dian sebelum ketawa.
"Elin!" Pintu bilik Elin dibuka dari luar.
"Ya, Achik?"
Eliza tersengih, "Ada orang nak jumpa."
"Siapa?" Tanya Elin, sebelum mencapai selendang yang ada di atas katil.
"Masuklah!" Ujar Eliza pada seseorang di luar bilik Elin.
Di muka pintu, terjengul dua kepala yang sangat Elin kenali, "KAK ELIN!"
"Ali!" Elin dah sengih lebar, "Hakim!"

"Mana ada orang ambik gambar kahwin atas lori lembu macam ni!"
"Adalah!" PG angguk sebelum tersengih, "Kita!"
"Muhammad Hazwan! Ini tak kelakar!"
"Lah, abang tak buat lawak sayang oi..."
Elin tekup bunga tangan ke mukanya sebelum dia menuding jari ke lori merah yang ada di tepi jalan, "Hazwan oiii, ni lori ni... siapa nak naik?"
"Elin dengan abanglah!"
"Abang mana?"
PG tuding jari ke diri sendiri, "Abang yang ini!"
"Hazwan... you jangan nak gula-gulakan I! I tak mau tangkap gambar atas lori nilah!"
"Elin..." PG pegang dagu Elin, tiba-tiba sebelum diangkat wajah Elin yang masam mencuka, "Elin, kita first time jumpa kat mana?"
Tersentak kejap Elin bila PG selamba saya mendongakkan wajahnya,"Er... kat pangkin bawah pokok mempelam yang kita ambik gambar tadi."
"Lepas tu apa jadi?"
"I jatuh atas taik lembu."
"Apa I... I lagi ni?" PG kerut dahi.
Elin mengeluh sikit, "Elin jatuh atas taik lembu."
"Okey, lepas tu?"
"Abang bagi baju salin dekat Elin."
"Lepas tu?"
"Abang hantar Elin pergi rumah ibu naik lori lembu ni."
"Ha, betullah tu!"
"Apa kaitannya?!" Elin membentak. Dia baru berangan nak tangkap gambar kat sawah padi.
"Kan banyak memori kita dengan lori ni!"
Pijah yang dah duduk di atas pangkin mengeluh, "Hoi, nak tangkap gambar ke tidak? Aku dahlah lapar tak makan lagi!"
"Entahnya! Panas tau tak? Panas!" Aman yang duduk tak jauh dari Pijah bersuara sambil mengipas wajahnya.
PG buat muka pada Aman dan Pijah sebelum memandang Elin, "Elin nak abang pakai baju pink, abang pakai. Elin nak abang beli coklat Fererro Rocher lima kotak, abang beli. Takkan abang minta Elin tangkap gambar dekat sini, Elin tak boleh buat?"
Elin julingkan mata sebelum mengeluh, "Elin bukan apa. Elin pakai kain kot. Macam mana nak panjat naik? Takkan abang nak Elin selak kain Elin depan Aman dengan photographer tu?"
PG kerutkan dahi lalu dia laju menggeleng, "Tak boleh! Tak boleh!" 
"Ha, tau pun!" Elin tersenyum dalam hati. Yes! Yes! "So, tak payah ambik kat sini ye?"
"Tapi abang sewa lori ni kot. Mahal. Kita tangkap gambar kat bawah ajelah!"
"Hoi, mangkuk! Cepatlah sikit!" Aman bersuara, kuat!
"Diamlah kau!" PG tunjuk penumbuk sebelum dia memandang Elin, "Boleh?"
Elin mengangguk saja! Asalkan tak payah naik atas lori pun dah cukup bagus.
"Okey! Pengantin lelaki pegang dagu pengantin perempuan ya? Dongakkan sikit muka pengantin perempuan macam tadi," si jurugambar sudah mula memberikan arahan, "Pengantin perempuan, pegang tangan pengantin lelaki. PG, tangan kau lagi sebelah tu pegang tangan wife kau yang pegang bunga!"
PG laju mengikut arahan, "Macam gini?"
"Yes!" Sahut si jurugambar sebelum dia memandang Elin, "Pengantin perempuan, buat macam saya suruh tadi ya?"
Terketar-ketar tangan Elin mahu memegang tangan PG.
"Kenapa ketar sangat tangan sayang ni?" Lembut saja suara PG menegur Elin.
Sa... sayang? Oh my God! "Er..."
"Nervous nak pegang tangan abang?"
"Macam mana abang boleh relaks aje ye nak pegang tangan Elin? Pegang dagu Elin? Elin rasa awkward sangat sekarang."
"Macam mana ek?" PG kerutkan dahi dan dia dongakkan wajah Elin, lebih tinggi dari tadi, "Mungkin sebab abang dah lama nak pegang Elin macam ni kot."
"Hah?"
"Elin, jangan comel sangat! Abang rasa abang boleh sakit jantung tengok Elin buat muka terlopong macam ni!" Romantis saja suara PG ketika itu. 
Elin pantas menutup mulutnya, "Sejak bila abang pandai cakap ayat manis-manis ni?"
"Sejak abang kahwin dengan Elin!" Jawab PG sebelum mendekatkan dahinya dengan dahi Elin, "I love you!"
Elin buat muka mahu termuntah.
Wajah PG berubah.
"Just kidding!" Elin terus ketawa sebelum dia memegang erat tangan PG, "I love you too... abang!"

TAMAT

p/s; Ada Danny dengan Aman lah :D

19 comments:

  1. Best so funny and sweet. πŸ˜πŸ˜πŸ˜πŸ‘πŸ‘πŸ‘❤❤❤

    ReplyDelete
  2. best .. kalau dpt kisahkan aman dgn pijah kan besf .. hihi

    ReplyDelete
  3. So sweetttttttttttt 😍 best best best best best

    ReplyDelete
  4. Ok Aman dengan Pija...hahaha

    ReplyDelete
  5. Aman n danny tk pernah kecewakan saya;-)funny as always (lol)

    ReplyDelete
  6. πŸ–’πŸ–’πŸ–’πŸ’‹

    ReplyDelete
  7. Danny.. you are my sweety haha. . Aman calon adik ipar Pg yeahaa

    ReplyDelete
  8. Cerita akak x penah mngecewakan.. Nak lgi 😍😍😍😍😍😍

    ReplyDelete
  9. Lepas ni boleh lah buat versi raya.. ������

    ReplyDelete
  10. sweet...bestnya
    dah lama tunggu cerpen dri akak

    ReplyDelete
  11. always the best la cite akak ��������

    ReplyDelete
  12. wah... siap ade Aman ngan Danny lagi.. Firas ngan Dian sekali... bestnya kak najwa

    ReplyDelete
  13. wah... siap ade Aman ngan Danny lagi.. Firas ngan Dian sekali... bestnya kak najwa

    ReplyDelete
  14. Aman dengan pija plak lps ni!!!

    ReplyDelete
  15. Aman ngan Pija pulak, yeayyy ><

    ReplyDelete
  16. Cerita-cerita awak memang tak pernah mengecewakan akak. Best. Banyak insiden yang mencuit hati. Menyengih je bila membaca.. ������
    ~azean78~

    ReplyDelete