Monday, 6 March 2017

[CERPEN] Anak Cikgu Timah Masuk Kampung Pt.1

"Erghh! Ibu, pick up the phone! Pick up the stupid phone, ibu!" Elin menggumam rendah sambil dia menarik bagasinya dengan sebelah tangan. Apabila panggilan telefonnya masih lagi tidak berjawab dia berjalan sambil menghentakkan kakinya berkali-kali! "Arghhh! Where the hell am I right now? Dengan panasnya, dengan tahi lembu merata-rata! Ibu ni pun, tadi cakap kalau dah sampai telefon. Orang telefon banyak kali tak nak angkat pulak!"
Dari jauh dia nampak tiga orang lelaki sedang melepak dia bawah pohon mempelam. Dengan hati yang geram dia terus menapak mendekati tiga orang lelaki itu, "Hei, I nak tanya. Rumah Fatimah dekat mana ye?"
Tiga orang lelaki yang tadi asyik memetik gitar saling memandang antara satu sama lain. Salah seorang daripada mereka, yang memakai baju merah jungkit kening, "Fatimah mana hang nak cari? Kampung ni memang ada sorang ja nama Fatimah. Satu lagi, apa hei... hei...? Bagi salam tak reti ka? Muka elok dah, sayang budi bahasa tak dak!"
"Apa hang-hang? You ingat I keturunan Hang Tuah ke?" Elin tarik muka menyampah, "Fatimah Az-zahra."
Si lelaki baju merah kalih memandang si lelaki yang sedang memangku gitar, "Dia cari adik hang, wei!"
Si lelaki yang memangku gitar garu kepala, "Cik kenai ka adik saya? Adik saya tu baru setahun, pelik ni kalau cik kenai dia!"
Urgh! Elin merengus, geram! "Cikgu Fatimah Az-zahra. Baru pindah sini tiga bulan lepas. Kenal ke tidak?"
Serentak tiga lelaki itu bersuara, "Ooo... anak Cikgu Timah ka?"
Si baju merah bersuara kemudiannya, "Habaqlah Cikgu Timah Kolumpo! Hang ingat mak hang sorang ja ka nama Timah dalam kampung ni!"
"You kenallah ibu I? Boleh tunjukkan I jalan ke rumah ibu? I dah tak tahan sangat dah ni dengan cuaca panas macam ni!"
Si baju merah berdiri sebelum dia memandang Elin atas bawah, "Hang ni orang mana hat tak tahan panaih sangat ni? Nak kata orang putih, muka Melayu-Jawa! Nak kata orang Arab, hidung tak mancung pun. Penyet serupa ayam penyet lagi! Apa tempat hang tak dak matahari ka, cheq?"
Elin menarik nafas! "You know what, I don't need your help! I boleh cari rumah ibu I sendiri!"
"Baguihlah! Aku pun tak terasa nak tolong hang!"
Elin menjeling si baju merah, "Whatever, dude!" Laju saja dia meninggalkan tiga orang lelaki yang memerhatikan saja langkahnya yang semakin menjauh.
"Segak noh anak Cikgu Timah!" Ujar si lelaki berambut kerinting.
"Segak? Segak lagi Kiah Gila! Kurang-kurang Kiah Gila tu jumpa orang, dia bagi salam!" Ujar si baju merah yang mengukir senyuman sinis.
"Kesian tengok dia, wei! Beg besaq nak mampoih. Hang pun, mulut laser sangat! Orang tu mintak tolong kot!"
"Mintak tolong apa. Budi bahasa pun tak dak!" 
Tiba-tiba...
"Aaaaaaaa!" Jeritan dari hujung jalan buat mereka bertiga berdiri.
Si rambut kerinting garu kepala, "Anak Cikgu..."
Si lelaki yang memegang gitar tekup mulut, tahan ketawa, "Timah Kolumpo..."
Si baju merah senyum jahat,"Jatuh terduduk ataih baja fresh...!"
Sekali lagi, kedengaran jeritan dari mulut Elin!
Serentak, mereka bertiga menghamburkan tawa!

Si baju merah memandang saja anak Cikgu Timah yang sedang mengerutkan dahinya memandang lori Pak Samad yang berhenti di tepi jalan selepas dia menahan tadi, "Hang tak payah buat muka lagu tu!"
"Ni lori lembu, kot!" Baru kejap tadi dia nampak Pak Samad menurunkan seekor lembu di sebuah rumah di tepi jalan.
"Jadi?"
"You expect I nak naik lori ni? Are you sure?"
Si baju merah senyum sinis, "Hang dengan lembu tak dak beza pun. Sama ja bau dia. Bukan sat-sat tadi hang melaboq kat tengah jalan ka?"
Elin tarik muka! Ei, dia nii...! "Diam!"
Tanpa mempedulikan Elin, dia membuka pintu lori, "Masuklah lekaih, wei!"
Elin hela nafas sebelum dia memanjat naik ke atas lori! "My God! Busuknya! Serius ke you tak ada kereta lain nak hantar I? Motor pun I sanggup naik!"
"Hang ni cakap banyaklah!" Si baju merah tarik muka sebelum dia melontar bagasi Elin ke dalam lori. Kemudiannya, dia terus melompat naik ke atas lori, "Lagipun, kalau aku ada kereta, tak hinginlah aku nak bagi hang naik! Dengan busuknya, selekehnya..."
Elin menjeling si baju merah sekilas sebelum dia membuang pandang ke arah sawah yang sudah menguning, cuma menunggu masa untuk diambil. Dia baru nak seluk poket seluarnya sebelum dia tersedar, dia tidak memakai seluar yang dia pakai tadi. Dia dah tukar pakai seluar sukan milik anak saudara lelaki si baju merah.
Dia menghela nafas sebelum beg sandangnya dicapai. Telefon jenama Samsung dicapai sebelum aplikasi kamera dibuka. Dengan menggunakan kamera depan, dia mengukir senyum paling manis. Dia menyentuh skrin telefon pintar itu dan sebuah gambar berjaya ditangkap. Gambar yang baru diambil tadi ditatap lalu dia ukir senyum. Perfect angle, perfect smile! Perfect!
Si baju merah senyum sikit sebelum menggeleng. Anak Cikgu Timah masuk kampung oii...

"Terima kasih, PG. Susahkan PG aje kena hantar Elin sampai ke rumah cikgu."
"Tak ada masalah, cikgu. Tanggungjawab saya sesama insan."
Elin buat muka ala-ala menahan muntah apabila mendengar kata-kata Hazwan, si lelaki berbaju merah.
Boleh pulak cakap elok-elok tak ada slang utara dia tu! Dasar mamat poyo!
"Elin, cakap apa padaPG ?"
"Ibu..." Elin jegilkan mata. Apalah ibu tanya macam dia ni budak kecik aje!
Si baju merah dah jungkit-jungkit kening pada Elin. Poyo!
Cikgu Tiimah ukir senyum pada si baju merah, "Jomlah naik dulu, PG."
"Tak apalah, cikgu! Dah nak masuk asar ni. Karang tok wan saya bising pulak, tengok cucu dia tak pergi surau."
Cikgu Timah ketawa, "Oh, yelah! PG tunggu kejap ya. Cikgu nak pulangkan bekas makanan Tok Wan Ajit."
PG mengangguk. Cikgu Timah pula laju saja masuk ke dalam rumahnya.
Elin pandang PG sebelum dia buat muka sombong, "PG? Pak Guard?"
"Hang ni tak reti cakap terima kasih ka?"
"Tak!" Elin menjelirkan lidahnya sebelum dia menarik bagasinya masuk ke rumah.
"Wei, mandi tu bagi wangi! Busuk oi! Aku tak tau mana satu lembu mana satu anak dara Cikgu Timah!"
Elin berpaling ke belakang sebelum penumbuknya ditunjukkan pada PG! Mamat poyo!

"Elinnn..."
"Yes?!"
"Tolong ibu jemur kain kejap."
Elin yang sedang membelek majalah segera bangkit menuju ke dapur.
"Seluar Elin semalam ibu basuh dah ke?"
"Seluar yang mana? Yang kena baja tu ke yang Elin pinjam tu?"
"Yang Elin pinjam tu lah. Yang kena taik lembu tu... er... Elin tak nak pakai dah."
"Bukan baru beli ke?"
"Baru tak baru... Elin tak nak pakai dah!" Ujar Elin sebelum mengangkat raga yang penuh berisi baju.
"Elin..."
"Ya?" Elin berpaling memandang Cikgu Timah.
"Mana tudung?"
Elin mengerutkan hidungnya sedikit sebelum tersengih, "Ala, ibu..."
Cikgu Timah menggeleng saja. Antara enam orang anaknya, hanya Elin saja yang masih belum menutup aurat dengan sempurna. Entah di mana silapnya dia.
Elin ukir senyum kelat. Ni yang dia malas datang Kedah ni. Dulu sebelum Cikgu Timah berpindah, sudah acapkali juga dirinya dibebel mengenai aurat. Tapi tidak pernah dia endahkan. Kak long, abang ngah, alang, achik dengan ateh pun dah berbuih mulut tegur dia. Pun tak lut juga. 
Ikut hati, dia tak nak datang pun ke Kampung Alor Papan ni. Dia lagi suka duduk di Kuala Lumpur bersama kakak-kakak dan abang-abangnya namun kerana pujukan ibu, dia ikutkan juga. Lagipun sejak dia habis matrikulasi, dia bukan ada buat apa-apa. Kak long selalu suruh dia datang ke Kedah, temankan ibu. Tapi itulah, dah datang teman ibu ni... kena siap sedialah nak ditegur ibu.
"Ha, termenung apa lagi? Cepat sidai baju tu. Matahari sedang elok panas tu."
"Ye... nak sidailah ni!" Elin laju mengangkat raga baju menuju ke luar rumah.

Kemuncup di tangannya dipusing-pusingkan. Sesekali matanya memandang sekeliling kawasan kampung. Di sebelah kanan, ada beberapa orang kanak-kanak lelaki sedang memancing ikan di tepi tali air. Ada yang berbaju, ada yang tidak. Perlahan-lahan dia berjalan mendekati kumpulan kanak-kanak itu.
"Hai, adik! Buat apa tu?" Dia menegur seorang budak lelaki yang sedang bersila di atas rumput.
Budak lelaki yang memakai seluar sekolah dengan singlet itu berpaling kepadanya, "Kak ni tak nampak ka? Tak nampak ka kami dok mengail ni?"
Elin yang sedang tersenyum, tersentap! "Adik tak tahu ke bunga-bunga bahasa?"
"Dak," balas kanak-kanak lelaki itu sambil mengangkat jorannya.
Elin mengeluh sebelum dia mencabut rumput-rumput di kakinya.
"Kak ni mai dari mana?"
Elin kalih memandang budak lelaki yang bertanya, "KL."
"Awat kak mai sini?"
"Saja. Tak boleh ke?"
"Daklah! Boleh ja!" Budak lelaki itu mula mengukir senyum.
"Kak nama apa?" Tanya budak lelaki yang duduk di sebelah budak lelaki bersinglet tadi.
"Elin. Nurelina. Adik-adik ni nama apa?"
"Saya Hakim. Hat sebelah saya ni, Ali."
"Kak ni anak sapa? Kak mai sini bila?"
"Amboi, Ali... banyaknya soalan!" Elin senyum, "Kenal Cikgu Fatimah? Yang baru pindah kampung ni tiga bulan lepas. Tapi akak baru datang semalam."
"Kenai sangat!" Hakim sengih, "Cikgu Timah cengei kami panggil dia."
"Haip! Mak akak tu!"
Ali dan Hakim terkekek-kekek ketawa. Sebelum Ali tiba-tiba memandang Elin, "Kak kata kak mai kelmarin kan?"
Elin mengangguk, "Kenapa?"
"Kak ka hat orang kampung dok cerita jatuh ataih taik lembu tu?"
Elin tercengang.
"Ha, dialah hat jatuh terduduk ataih taik lembu tu Ali!" Ujar satu suara tiba-tiba.
Elin berpaling ke belakang! Urgh! Mesti mamat ni yang menyebar cerita! Dia bingkas berdiri! "You!"
"Awatnya?" PG melangkah mendekati Elin. Rapat!
Elin yang terkejut apabila PG merapatinya, spontan melangkah ke belakang dan tanpa disangka-sangka... 
"Aaaa!"
Burrr!
PG terkejut. Tidak sempat dia nak menarik tangan Elin, Elin dah jatuh ke dalam tali air. 
Hakim dan Ali terjerit! "Kak Elin!"
PG garu kepala. Masak aku... masak!

Elin berjalan laju. Malas nak peduli pandangan orang padanya. Tadi, dia keluar saja dari tali air. Ada dua tiga orang yang ketawakan dia. Mamat poyo tu? Entah! Dia tak nak tengok, jeling pun tak nak! Eiiiii...
"Wei, anak dara Cikgu Timah!"
Elin mempercepatkan langkah kakinya mendengar suara yang dia tak nak dengar. Grrr!
"Wei! Aku panggil hang ni!"
"You nak apa?!" Elin berpaling, wajahnya digarangkan!
PG garu kepala. Alahai, basah lencun anak dara Cikgu Timah ni! Dia memandang pada Elin sebelum pandangannya dilarikan pada tempat lain apabila terlihat baju Elin melekap elok pada tubuh gadis itu.
Baju kemeja yang dia pakai ditanggalkan sebelum diberikan pada Elin "Pakai baju ni!"
Wajah Elin kelam, "Motif nak suruh I pakai baju you?!"
"Baju hang basah lencun! Hang nak tunjuk kat sapa aset hang tu?"
Wajah Elin berubah terus! Dia memandang pada badannya sebelum tangannya laju menarik kemeja yang dihulurkan PG! Kemeja itu disarung terus pada badannya. Tanpa mengucapkan apa-apa, dia berlalu meninggalkan PG.
PG hela nafas melihat langkah Elin yang laju. Esok-esoklah aku minta maaf!

"Ya Allah, Elin!! Apa yang Elin buat sampai basah kuyup ni?!" Cikgu Timah yang sedang membakar sampah di halaman rumahnya mendekati Elin yang baru berjalan masuk ke halaman rumah.
"Elin jatuh dalam tali air."
Cikgu Timah menggelengkan kepalanya, "Macam mana boleh jatuh? Elin nilah... tak hati-hati langsung! Ni ada luka kat mana-mana ke?"
Elin menggeleng, "Elin nak naik atas dulu. Nak mandi."
Cikgu Timah mengangguk namun belum sempat Elin melangkah, tangan Elin ditarik, "Baju siapa Elin pakai ni?"
"Er... er..."
"Tadi Elin pakai t-shirt kan? Ni kemeja siapa ni?"
"Ni baju mamat poyo tu. Dia kasi pinjam sebab baju Elin melekap dekat badan."
"Siapa?"
"PG ke apa entah nama dia tu."
"Ooo, PG yang semalam tu ke?" Spontan Cikgu Timah ukir senyum.
"Ibu tiba-tiba senyum ni kenapa?" Elin jungkit kening.
"Tak adalah. Saja ibu nak senyum. Dia tu baik kan?"
Elin senyum sinis. Baik? Baik apanya. Poyo je lebih!
"Elin bukan nak mandi ke tadi?"
"A'ah! Nak pergilah ni."
"Nanti lepas mandi tolong ibu masak nasi ye, Elin!"
"Siap, buk!!" Jawab Elin sambil membuat isyarat 'OK' dengan jarinya.

"Along nak dok dengan tok wan ni sampai bila?"
PG yang sedang menggaul nasi angkat muka memandang atuknya, "Awat tok wan tanya? Tok wan tak suka ka along dok dengan tok wan?"
"Bukan tok wan tak suka! Tok wan saja tanya. Hang dah lama habis mengaji, tapi tak kerja-kerja lagi. Hang tak mau ka merasa nak pegang gaji sendiri?"
PG sengih, "Along nak sambung mengaji lagi tok wan. Dok tunggu panggilan ja ni."
"Apa salahnya sambil dok tunggu tu, kerja dulu kat mana-mana. Ni tok wan tengok dok melepak ja tepi bendang. Ha, tak pun, pi kerja dengan abah hang."
"Malaihla nak kerja dengan abah. Satgi depa dok buat hormat lain macam. Lagipun kalau kerja dengan abah, along kena dok kat KL. Ha, tok wan nak ka along tinggai tok wan? Biaq tok wan dok sorang-sorang. Satgi tok wan kesunyian, macam mana?"
"Hang ni la. Pandai sungguh putaq belit cerita. Nasib baik cucu aku. Kalau dak, mau aku sunat sekali lagi!"
PG ketawa! Yes, tok wan kalah! 
Melihat tok wan yang sedang asyik menggaul nasi dengan ikan pekasam, PG mula menyuap nasi ke dalam mulutnya.
"Satu lagi tok wan nak tanya."
PG pandang tok wan sambil mengunyah. Nak menyahut tak boleh. Mulut penuh.
"Hang bila nak menikah?"
Uhuk! PG tersedak langsung dengan soalan tok wan! Tok wan, awat suka sangat tanya soalan sensitif lagu tu?
Tok wan tanpa memandang PG ukir sengih. Hang ingat tok wan senang-senang nak bagi hang menang, along?!

Elin melangkah mendekati bangku yang diletakkan di kaki lima Sekolah Kebangsaan Alor Papan. Earphone yang melekat ditelinganya ditarik keluar. Sesekali dia memandang keadaan sekeliling sekolah. Di padang sekolah dia nampak beberapa orang budak sedang bermain badminton. Ada juga yang bermain dengan gelung. Spontan bibirnya mengukir senyum. Zaman sekolah yang indah...
"Eh... anak dara Cikgu Timahlah..."
Elin pantas berpaling ke kiri. Nampak saja wajah orang yang tidak dia sukai, mati terus senyumannya. Tak ada orang lain ke dalam kampung ni selain dia?
"Hang ada urusan apa kat sini?"
Elin jeling PG, "None of your business."
"Amboi, cakap orang putih. Hang cari mak hang ka?"
"Ei, sibuklah dia ni!"
PG buat muka. Berlagak sungguh budak bandar ni, "Baju aku bila hang nak pulangkan? Seluaq trek hari tu pun hang tak bagi lagi."
"Nanti I pulangkanlah!"
"Aku nak la! Kesian anak menakan aku tak dak seluaq nak pakai waktu PJ," PG bersuara ala serius.
"Petang nanti I mintak Ali hantarkan kat you."
"Apa kaitan Ali pulak? Hang yang pinjam, hanglah pulang semula."
"I dah janji dengan ibu petang ni nak keluar pergi bandar."
"Peduli pulak aku. Hang pinjam, hang pulangkan. Satgi hang on the way nak pi pekan tu, mailah hantaq kat rumah aku. Bukan payah pun."
"Yelah..." Elin bersetuju saja. Malas nak berlawan cakap dengan mamat poyo ni.
"Hazwan!"
Serentak PG dengan Elin berpaling pada suara yang menyeru nama PG. PG spontan ukir senyum,
"Laila!"
"Hazwan mai sekolah pasaipa? Nak jumpa Laila ka?"
"Ada hal sikit. Laila mengajaq sekolah ni ka? Ingat mengajaq kat sekolah pekan nuh."
"Yalah!" Wanita bernama Laila itu ukir senyum sebelum memandang Elin di sebelah PG, "Sapa tu?"
"Anak Cikgu Timah," jawab PG sambil mengerling pada wajah mencuka Elin.
"Oh, hat kelmarin jatuh dalam tali ayaq tu ka?"
Elin bulatkan mata sebelum dia menjeling PG. Mesti mamat ni penyebar cerita! Yang cikgu ni pun, kaki gosip!
PG pula ketawa, "Dialah tu! Dia perak, kat KL tak dak tali ayaq!"
Laila ketawa. Dalam hatinya mencemuh Elin. Sombongnya, senyum apa pun tak dak. Taulah orang pekan pun!
"Elin?"
Elin spontan berpaling ke kiri. Nafasnya dihela lega, "Ibu!" Spontan dia berdiri mendekati Cikgu Timah. Beg laptop yang dia galas dari tadi diberikan kepada Cikgu Timah.
"Terima kasih, sayang! Maaf ibu susahkan Elin datang sekolah ibu."
"Tak susah pun ibu. Anything for you!" Elin senyum sebelum dia menyalami tangan ibunya, "Elin balik dulu, ibu. Rasa panas pulak dekat sekolah ibu ni."
Cikgu Timah kerutkan dahi sebelum matanya menangkap kelibat PG dan Cikgu Laila di belakang anaknya. Patutlah... "Yelah, hati-hati ya?"
Elin mengangguk sebelum dia berpaling ke belakang.  Sebaik saja dia melintasi depan PG, PG tiba-tiba bersuara, "Baju dengan seluaq tu jangan lupa hantaq. Jangan dok buat harta pulak..."
Elin buat muka. Kalaulah cikgu kaki gosip ni tak ada, mesti mamat ni dah makan penumbuk!

"Assalamualaikum..." Elin memberi salam. Tangannya sesekali, menyebak rambut yang menutupi wajahnya.
"Waalaikumussalam..." satu suara menjawab salam Elin, "Oh, anak Cikgu Timah. Awat cheq mai rumah tok wan ni?"
Elin memandang tok wan. Cheq? Apa tu? Nama orang ke? "Er... er... saya nak jumpa PG, tok wan. Nak pulangkan barang dia."
"Piji? Anak sapa Piji tu?"
Elin garu kepala, "Cucu tok wan tu. Yang duduk sekali tok wan." Segannya pada tok wan masih terasa. Teringat balik waktu mula-mula jumpa tok wan. Dengan taik lembu bersepah dekat seluar. Eii... malunya!
"Tok wan tak dak cucu nama Hafizi. Hazwan adalah."
Elin kerutkan dahi. Baru dia nak buka mulut, ada satu suara menyampuk, "Dia cari along, tok wan."
Giliran tok wan pula mengerutkan dahi, "Sejak bila hang tukaq nama jadi Piji?"
PG ketawa, "Nama panggilan along waktu belajaq dulu. Depa panggil PG kat along."
Tok wan mencebikkan bibirnya, "Nama elok-elok Hazwan, pi panggil Piji. Elin, tok wan naik dulu na..."
Elin menganggukkan kepalanya.
Seketika suasana antara PG dan Elin senyap sunyi. Elin dari tadi asyik memerhatikan tok wan yang bersusah payah memanjat tangga untuk masuk ke dalam rumah.
PG pula asyik memerhatikan Elin. Dia berdehem sikit namun tidak didengari Elin. Spontan dia bersuara, "Hang berkenan dengan tok wan aku ka?"
Spontan Elin kalih memandang PG, "Excuse me?"
"Daklah! Hang dok renung tok wan aku lain macam ja."
"Ei, gila! I tengok tok wan you sebab I kesian tengok dia dok panjat tangga susah payah."
"Ya ka kesian? Ka hang dok rasa nak pimpin tok wan aku?"
"Otak you ni memang tak center kan? Wayar short!"
"Amboi, sedap mulut mengata aku!"
Elin cepat-cepat menghulurkan beg kertas berisi baju dan seluar milik PG, "Nah!"
"Apa ni? Hadiah untuk tok wan aku ka?"
"You jangan nak main-main boleh tak?"
PG ketawa. Gurau sikit pun tak boleh! Beg kertas yang dihulurkan Elin dicapai, "Hang basuh dak ni?"
"Basuhlah!"
Hang basuh ka, mak hang yang basuh?" 
"Ibu."
PG mencebikkan bibirnya, "Anak dara pemalas."
Elin ketap bibir. Spontan, dia memijak kaki PG yang tersarung selipar!
"Aduhhhh!"
Elin menjelirkan lidahnya sebelum dia berlari keluar dari kawasan rumah tok wan PG. 
PG hanya ketawa dengan tingkah laku Elin, "Macam budak tak cukup umur."
"Hang pun sama macam budak tak cukup umoq! Tak payah nak kata kat orang aih..."
Tawa PG mati sebelum kedengaran bunyi tawa tok wan dari dalam rumah. Ceh, tok wan... spoil betul!

Lagu tema Kamen Rider Decade berkumandang kuat di atas meja belajar yang ada di dalam bilik tidur PG. PG yang sedang melipat baju, terkocoh-kocoh berlari masuk ke biliknya. Spontan bibirnya mengukir senyum apabila terlihat nama di skrin telefon pintarnya.
Tanpa berlengah lagi panggilan itu diambil, "Hey, man!"
"Yosh, captain! Kau buat apa tu? Sibuk ke?"
"Tak adalah. Aku tengah lipat baju. Kau sihat ke?"
"Alhamdulillah! Sihat! Kau kat Kedah lagi ke?"
"Aah! Kenapa?"
"Oh, tak! Aku nak tanya, kenduri Aizad kau pergi tak? Jomlah pergi sama-sama, boleh buat reunion."
PG ketawa sambil tangannya membelek kalendar, "Mestilah aku pergi, dude! Aku pengapit kot. Kau datang Kedah bila?"
"Dua hari sebelum kenduri kot."
"Cun! Dah sampai roger aku!"
"Sure thing! Eh, kau boleh tak survei mana-mana motel yang murah tapi selesa?"
PG kerutkan dahi, "Buat apa motel? Kau tak tidur rumah mak ngah kau ke?"
"Tak! Dian stay situ. Macam tak sopan kalau aku tidur rumah mak ngah aku."
PG mengangguk sebelum tersenyum lebar, "Aku ada satu tempat. Selesa dan tak payah bayar."
"Kau nak suruh aku tidur surau ke?"
PG ketawa dengan soalan Firas, "Wei, gila! Tidur rumah tok wan akulah! Dari kau buang duit, baik dok
rumah tok wan aku!"
"Aah, kan?! Tak terfikir pulak aku! Ha, kalau macam tu. Aku menumpang tidur rumah tok wan kaulah!"
"Boleh! Tak ada hal!" PG tiba-tiba terpandang beg kertas yang ada di atas katilnya, "Wei, Firas..."
"Apa?"
"Macam mana kau buat Dian terpikat dengan kau?"
"Hah?!"
"Kau buat teruk, Firas..."
Firas di talian ketawa! "So, perempuan mana yang buat kau nak berguru dengan aku ni?"
"Yang pasti aku tak nak dah dia muntah kalau aku luah perasaan aku!"
Sekali lagi Firas ketawa kuat!

"Kak Elin... ooo... Kak Elin....!"
Pintu rumah setingkat itu tiba-tiba dibuka dari dalam. 
Ali dan Hakim terdiam bila sedar orang yang membuka pintu rumah itu bukannya Kak Elin, rakan baru mereka sebaliknya... CIKGU TIMAH!
"Ha, kamu dua datang kenapa ni? Kenapa tak bagi salam?"
Ali siku Hakim. Hakim membalas dengan memijak kaki Ali.
"Cikgu tanya ni, kenapa tak jawab?"
Ali garu kepala, "Er... kami mai nak jumpa Kak Elin. Kami nak ajak dia jalan-jalan dekat kampung."
"Kenapa nak ajak anak cikgu?"
"Er..."
"Ibu!" Ali tak sempat menjawab bila Elin muncul di belakang Cikgu Timah.
Hakim dan Ali menarik nafas lega.
"Elin kenal ke budak berdua ni?"
Elin sengih, "Elin keluar dengan dia orang kejap ye, ibu? Bosanlah dok rumah je."
"Jangan balik lambat!"
Elin senyum lalu mengangguk. Tangan Cikgu Timah dicapai sebelum dicium, lembut, "Elin pergi dulu!"
"Ali, Hakim... jangan lupa esok saya nak kamu berdua hantar buku latihan Matematik kamu!"
Ali dan Hakim saling berpandangan sebelum sama-sama mengangguk, "Baik, cikgu!"

"Mak kak tu cengei sungguhlah! Kat sekolah lagi cengei!" Ujar Hakim sebelum mematahkan ranting kayu yang dikutipnya di tepi jalan.
"Cengei tu apa?" Tanya Elin sambil memandang kawasan kampung. Tenang saja. Langit yang cerah membuatkan pemandangan di sekeliling lebih cantik untuk dipandang.
"Garang!" Jawab Ali, "Kak dok kat sini sampai bila?"
Elin mengerutkan dahi sebelum dia mengangkat bahunya, "Sampai bila-bila kot. Kenapa? Tak suka akak dok sini ke?"
"Daklah! Ingat kot kak nak balik dok kat pekan. Lanie mana ada orang mau dok kat kampung dah. Semua nak pi pekan."
"Ali dengan Hakim suka dok kat kampung?"
"Suka. Kampung seronok. Semua ada! Kak tau dak kat kampung ni ada sungai?"
"Sungai? Serius?"
"Ha, tapi tak ramai tau. Kami pun pernah pi sekali dua ja. Tu pun sebab ikut kem sekolah. Cantik tempat tu. Kalau nak pi kena naik kereta sebab ikut jalan bukit. Nak jalan pun boleh tapi kena jalan jauhlah sikit."
"Oh, nanti bolehlah korang bawak akak pergi situ?!"
"Eh, tak beranilah kami. Kalau ada orang dewasa kami beranilah." Ujar Hakim, serius.
"Akak kan ada?"
"Tapi kak perempuan."
"Ala..."
"Nanti Ali try ajak Abang Hazwan! Dia pun selalu dok pi sungai tu dulu."
Muka Elin berubah, "Eh, tak payah ajak dia. Tak pergi sungai pun tak apa!"
"La, awat?"
Elin menggeleng saja sebelum dia ukir senyum.
"Eh, ada orang main sepak takrawlah! Jom pi tengok!" Ali segera menarik tangan Hakim dan berlari.
"Eh, tunggulah akak!"
"Lekaih, kak! Lari!" Ali ketawa. Hakim yang ditarik turut ketawa.
Elin menggeleng saja sebelum dia menuruti larian Ali dan Hakim.

"Wei, Cikgu Laila pun mai tengok sepak takraw jugak," ujar Hakim pada Ali.
"Ha, dia kan suka dengan Abang Hazwan! Dia mai nak bagi sokongan untuk Abang Hazwanlah kot," Ali mengangguk.
"Mana hang tau?"
"Aku dengaq kak aku hat tingkatan tiga tu dok bergosip hari tu."
"Siapa yang bergosip?!" Bahu Hakim dan Ali ditepuk Elin.
"Mana ada sapa-sapa. Kak pi mana? Pungkok kami panaih dah, kak tak sampai pun lagi."
"Pungkok?"
Ali dan Hakim ketawa terkekek-kekek, "Pungkok tu punggung kak!"
Elin tutup mulut. What the?! Pungkok? Seriously, pungkok?! "Dahlah gelak tu! Malu akak. Tadi akak singgah kedai runcit tu. Nah, ais krim Malaysia!"
"Kak belanja kami ka ni?" Tanya Hakim.
"Ya. Ambiklah!" 
"Terima kasih, kak!" Serentak Ali dan Hakim bersuara sambil mengambil ais krim yang dihulurkan Elin.
Elin mula menggigit hujung plastik ais krim sebelum ais krim itu dihisap. Matanya mula memandang ke arah sekumpulan lelaki yang sedang bermain sepak takraw. Matanya kemudian terhenti pada seorang lelaki.
"Eh...?"
"Awat kak?" Ali memandang ke arah yang dipandang Elin.
Elin menggeleng sendiri. PG yang sedang bermain sepak takraw dipandang lagi. Seluar yang dipakai PG membuatkan dia rasa sesuatu, "Ali dengan Hakim kenal rapat ke dengan mamat tu?"
"Siapa?"
"Tu..." Elin memuncungkan mulutnya
"Abang Hazwan ka? Kenai rapat jugak. Dia baik, suka belanja kami jajan." Jawab Hakim.
"Ooo... kira korang kenallah anak saudara dia?"
"Ha?" Muka Ali dan Hakim kelam sedikit.
"Hari Kak Elin jatuh atas taik lembu, dia bagi pinjam seluar anak saudara dia. Tu Kak Elin tanya tu.
"Anak menakan Abang Hazwan? Dia mana ada anak menakan lagi. Lagipun Abang Hazwan dok kat kampung ni dengan Tok Wan Ajit ja. Mana ada depa dok dengan orang lain."
Mata Elin membulat. Maksudnya...
"Nah! Macam payah ja hang nak bukak beg besaq hang tu!" Elin panggung kepala dari beg besarnya. Si lelaki baju merah menghulurkan sehelai seluar tracksuit kepadanya.
"No, thank you! I tak nak pakai seluar you!"
"Hang ingat aku nak bagi ka kat hang seluaq aku? Ni seluaq anak menakan akulah! Pakailah!"
Elin hela nafas sebelum huluran si baju merah diambil, "Nak tukar dekat mana?"
"Tu ada bilik ayaq. Jangan risau, bilik ayaq tu bersih!" Si baju merah menunjuk ke arah sebuah rumah kecil di bawah pokok mempelam sambil tersenyum sinis, "Aku tak boleh jemput hang masuk rumah pakai bilik ayaq kat dalam. Aku tak mau kena tangkap basah dengan hang. Satgi tak pasai ja aku dapat bini orang Kolumpo!"
Elin buat muka. Ingat kita nak ke dengan dia? Ceh, pigi dah! "Taulah!"
"Hang tunggu apa lagi? Pi la salin seluaq hang tu!"
"I nak plastik satu, boleh?" 
"Hang tunggu sat!" Si baju merah hela nafas sebelum berlalu naik ke dalam rumahnya.
"Kak Elin, awat?"
Elin menggeleng, "Kira dia tu tak ada anak saudara yang dah besar?"
Hakim mengangguk, "Setahu kamilah, tak dak! Awat kak?"
Elin tiba-tiba ternampak PG sedang menjungkit kening kepadanya sambil mengukir senyum senget.
Elin gigit bibir! Cinabeng, dia tipu akuuuu...!

Elin memeluk lutut sambil mendengar Ali dan Hakim bersembang entah apa. Yang dia dengar cuma 'cuba', 'payah gila', 'tak mau pi sekolah'.
"Ali! Hakim!"
"Abang Hazwan!"
PG sengih pada budak berdua itu sebelum dia menjeling pada Elin, "Cantik tocang..."
Elin tarik muka. Perlilah tu...
PG senyum, "Muka tu biaqlah manih sikit, ni masam serupa jeruk kelubi ja!"
"Sibuk je penipu ni!"
PG jungkit kening. Bajunya yang basah dengan peluh dikibas-kibas, "Hang kata kat aku ka?"
"Tak! Cakap kat rumput ni haa"
PG senyum senget sebelum dia memandang Ali dan Hakim, "Hangpa dua orang tak mau balik lagi ka? Lupa dah ka hangpa dua ada kelaih mengaji dengan Tok Wan Ajit malam ni?"
Ali dan Hakim lantas berdiri, "Kak Elin, kami balik dulu naa... satgi lambat!"
Elin tak sempat memberi jawapan, dua orang budak lelaki itu dah berlari meninggalkan gelanggang sepak takraw.
"Cik kak oii...! Dah nak masuk maghrib ni, tak reti nak balik ka?"
Elin buat muka, "Taulah!"
"Hazwan..."
Serentak PG dan Elin memandang suara yang menegur.
PG ukir senyum, "Laila, rajin turun gelanggang."
"Saja. Dok terperap ja kat rumah bukan boleh buat apa pun. Bosan ja lebih."
Elin jungkit kening melihat Laila yang memintal-mintal hujung selendang yang dipakainya. Tanpa sebarang kata, dia berpaling dan berlalu.
PG baru nak memanggil nama Elin namun suara Laila menghalang, "Sombong noh anak Cikgu Timah tu. Berlagak! Tak mesra langsung."
PG jungkit kening. Motipppp?!

PG sengih memandang Dian yang sedang tercengang melihat dia, "PG?!"
"Hai, Dian!"
"Haip, senyum sikit-sikit je! Tunang aku tu..."
Dian buat muka pada Firas.
PG hanya ketawa sebelum dia memeluk Firas, "Bahagia kau sekarang, kan?"
Firas ketawa, "Kau pun apa kurangnya..."
PG meleraikan pelukannya sebelum memandang Dian, "You nak hug jugak ke?"
Dian menjulingkan matanya sebelum penumbuknya diangkat. Firas pula menumbuk bahu PG, "Kau nak makan penumbuk aku ke?"
PG ketawa! Sensitif benar! "Eh, nak lepak dalam rumah dulu ke nak jalan-jalan dekat kampung aku dulu?"
"Macam tak manis je kalau nak lepak dalam rumah sebab ada Dian sekali. Jalan-jalanlah, nak?"
Dian mengangguk, "Boleh je. Lagipun, saya lapar."
"Lapar? Tadi kat RnR Gurun kan kita dah berhenti makan," Firas bulatkan mata pada Dian, "Macam mana tak gemok?"
"Ala, gemok pun ada orang nak!" Balas Dian sebelum memandang PG, "Kan, PG?"
PG ketawa kuat bila Firas tarik muka! Dari dulu sampai sekarang, tak pernah berhenti gaduh!

"You bahagia, Dian?"
Dian pandang PG, "Kenapa? Saya nampak tak bahagia ke?"
"Taklah! You nampak sangat bahagia. Saja I tanya. Tapi I tahu Firas boleh bahagiakan you!"
"Firas sangat baik. Nakal tapi sangat baik. So, saya sangat bahagia."
"Good for you then!"
"Awak? Bahagia?"
PG baru nak jawab bila dia terlihat Elin berjalan ke arahnya. Di tangan Elin kelihatan ada sebuah beg plastik yang penuh berisi makanan. Dia senyum, "Bahagia!"
"Wei, anak dara Cikgu Timah!" Jerit PG tiba-tiba.
Elin yang sedang ralit memandang sawah mengalih pandangannya ke arah PG. Dahinya dikerutkan. Betullah kampung ni tak ada orang lain, ada dia je!
Dian memandang Elin. Bibirnya mengukir senyum, "Hai."
Elin pandang Dian sebelum memandang PG. Hari tu Cikgu Laila, hari ni orang lain. Pergh! Boleh tahan playboy dia ni! "Hai!"
"Dian!" Dian menghulurkan tangannya pada Elin.
Elin menyambut tangan Dian, "Elin!"
"Aku, hang tak nak salam?" PG jungkit kening pada Elin.
"Gatal!" 
Dian ketap bibir menahan ketawa. Comel!
"Sorry, guys! Perut meragam!" Firas yang baru keluar dari tandas surau, menepuk bahu PG.
"Kenalkan wei, anak dara Cikgu Timah yang aku cerita dekat kau tu!"
Elin jungkit kening bila terdengar perkataan 'kau' keluar dari mulut PG. 
"Eh?!"
Serentak PG, Dian dan Elin memandang Firas yang menuding jari pada Elin.
Elin kerutkan dahi. Dah kenapa... eh?! "Wait! I know you!"
"Elin, kan? Adik Eli Farhan, kan?"
"Abang Firas?!" 
PG dan Dian saling berbalas pandangan. Huh?

"Macam tak percaya aje yang Elin boleh jumpa Abang Firas kat sini!"
Firas senyum, "Tau tak apa! Last jumpa Elin dulu waktu Elin Form 3 ke Form 4 entah! Dah tak berhingus macam dulu, ye Elin sekarang?"
"Hei, baik sikit! Elin mana berhingus dah!" Elin acah-acah mahu menumbuk Firas.
Firas ketawa sambil mengelak, "Elin ni... dari dulu tak berubah. Eli sihat ke?"
"Sihat sangat Ateh tu! Abang Firas tau yang dia jumpa balik Kak Hani?"
"Hani mana?"
"Ala, takkan dia tak pernah cerita pasal kawan baik dia lepas dia tukar sekolah dulu?"
"Hani tomboi tu ya?"
"A'ah! Ateh macam tak betul je sejak dia jumpa Kak Hani balik. Hari tu dia ada bawak Kak Hani datang rumah, sebelum ibu pindah sini."
"Ooo... dia dengan Hani dah steady ke?"
"A'ah! Abang Firas macam mana? Dah kahwin ke still available?"
"Kalau available kenapa? Nak isi borang ke?" Giat Firas tanpa menyedari Dian di belakangnya dah berubah wajahnya.
PG berdehem, kuat bila menyedari wajah Dian yang dah berubah. Aduhai...
Firas berpaling ke belakang, "Eh, lupa pulak aku dengan korang!"
PG ketawa! Hambar je rasa, memang nak mati kau ni Firas! Leher Firas dipaut kasar, "Kurang ajar! Boleh kau lupa aku dengan Dian?!"
Firas ketawa besar!
Elin pula berpaling memandang PG, "Abang Firas kenal ke si poyo ni?"
PG lantas memandang Elin, "Hang panggil aku apa?"
"Wei, buruk gila kau cakap utara!" Firas ketawa bila PG menumbuk bahunya, "Elin, nilah kapten pasukan bola keranjang abang waktu universiti dulu! Kapten paling hot, paling kacak, paling ramai peminat..."
"Mesti buta siapa yang minat dia tu..."
"Eh, hang ni..."
"Guys!" Suara Dian menghentikan kata-kata PG, "Mira dah sampai."
Firas lantas memandang Dian, "Mira dah sampai rumah PG?"
"Taklah, Mira dah sampai dekat bulan!" Balas Dian sebelum berpaling ke belakang, mahu pulang ke rumah PG.
"Eh, sayang...!" Firas mengerutkan dahinya bila melihat Dian yang dah berlalu! Dia memandang Elin,
"Elin kirim salam dekat Cikgu Timah, ya? Abang Firas nak kejar tunang abang tu. Tak dan kot nak singgah rumah Elin."
"Eh, tak apa! Nanti Elin sampaikan salam abang pada ibu."
Firas tersenyum sebelum dia mengejar langkah Dian.
Elin ukir senyum senget. Abang Firas dah bertunang...! Dalam dia asyik memerhatikan Firas, dia tersedar yang PG masih di sebelahnya, sedang memandang dia, "Apa tengok-tengok? Ada hutang ke?"
PG menggelengkan kepalanya, "Ni semua hang punya pasal!"
Elin jungkit kening, "Huh?"
PG tak membalas sebaliknya dia terus berlalu pergi, mengejar langkah Dian dan Firas yang dah menjauh.
Elin garu kepala! Apa yang aku dah buat?!

"Aku still tak faham macam mana kau kenal Elin."
Firas yang sudah berbaring di atas katil terus mengiring sambil menongkat sisi kepalanya dengan tangan kiri, "Aku kenal rapat dengan abang si Elin. Aizad pun kenal. Satu sekolah rendah dengan kami sebelum dia ikut family dia pindah tempat lain."
"Ooo... cam pulak kau dengan Elin?"
"Gila tak cam. Sebelum ayah Elin meninggal, dia orang pernah pindah balik dekat taman perumahan aku. Lepas ayah Elin meninggal, dia orang pindah tempat lain pulak tapi abang dia tu selalu je aku jumpa. Sama-sama melepak minum kat mamak."
"Ooo..."
"Cikgu Timah, mak si Elin tu cikgu Matematik sekolah aku dulu. Aku dengan Aizad selalu kena denda sebab tak buat kerja sekolah," ujar Firas sebelum dia ketawa sendiri.
PG mengangguk, "Abang dia tu sebaya kita?"
Firas mengangguk sebelum dia membelek telefon pintarnya, "Rumah tok wan kau ni line okey je kan?"
PG mengangguk sebelum dia duduk di birai katil, "Apahal?"
"Dian... tak mesej aku. Sejak-sejak Mira ambik dia petang tadi, tak mesej aku langsung."
"Kau tak mesej dulu?"
"Mesej dah, bluetick je dia kasi. Telefon tak berangkat. Tengok status Whatsapp online je."
PG sengih senget, "Aku rasa tunang kau tu tengah marah kau tu."
"Huh? Apa salah aku?!"
"Fikir balik Suga... apa yang kau dah buat."
Firas ketuk-ketuk dagu sebelum matanya membulat. Takkanlah?! "Alamak! Dia merajuk ke?"
"Kaulah! Jumpa si Elin tu, lupa terus Dian! Aku tau kau dengan Elin tu rapat, tapi jagalah hati tunang sama..."
"Ala, aku dengan Elin tu bukan ada apa-apa pun!"
PG menggeleng, "Kalau esok-esok Dian mintak putus, jangan meraung dekat aku!"
Firas tarik muka, "Kau ni... janganlah doa yang tidak-tidak! Aku sayang ooo dengan Dian!"
"Kalau sayang, treat her right! Ni tidak, kau jumpa perempuan lain, kau buat tak tau je dengan dia. At least kenalkan Dian tu as tunang kau dekat Elin."
"Aku tak taulah, wei! Sejak-sejak kita orang bertunang ni, si Dian tu makin kuat cemburu, makin kuat merajuk. Pening aku nak layan."
"Ye ke?"
"Betullah! Aku lambat balas Whatsapp pun nak merajuk. Dia dah jadi macam tipikal perempuan yang mengada-ngada, yang clingy. Rimas jugak aku, kadang-kadang!"
PG menggeleng, "Kalau rimas, putus ajelah senang! Boleh aku masuk line balik."
Firas bingkas duduk. Wajahnya diseriuskan, "Kau cakap apa?"
"Tau pun kau nak marah! Ni semua dugaan bertunang, Firas! Ni baru 20% diri Dian yang kau kenal. Lepas kahwin, ada lagi 80% lagi pasal Dian yang kau kena belajar. Kalau kau dah rimas dengan 20% tu, macam mana kau nak hadap yang lagi 80%? Takkan baru diduga sikit, dah nak mengalah?!" PG angkat kening.
Firas bingkas berdiri. Seluar jean yang disangkut di tepi tingkap, dicapai!
"Eh, kau nak pergi mana?"
"Jumpa Dian."
"Dah nak masuk pukul sepuluh, Firas! Esok-esoklah kau pergi jumpa Dian."
Firas menggeleng, "Tak boleh tunggu dah, wei! Aku kena jumpa Dian, kena minta maaf dengan dia.
Aku takut esok pagi aku dapat nota mintak putus tunang dari Dian. Mau merana aku seumur hidup!"
PG senyum, "Nak aku teman tak?"
Firas menggeleng, "InsyaAllah sebelum pukul dua belas aku balik!"
"Iyelah! Hati-hati!" PG sengih, "Firas..."
"Hmm...?"
"Kalau Dian jadi api, kau kena jadi air. Jangan jadi minyak! Faham?"
Firas sengih lalu mengangguk, "Noted, captain!"
"Good luck, dude!" 
Firas mengangkat isyarat bagus sebelum berlalu keluar dari bilik PG!

"Macam mana semalam?"
Firas sengih mendengar soalan PG, "Tengok kakilah! Aku Suga kot..."
PG buat muka sebelum dia menghulurkan cawan berisi kopi kepada Firas, "Tak selera aku nak tengok kaki kau!"
Firas ketawa, "Mula-mula tu dia senyap je, tak cakap apa-apa. Lepas aku provok dia, hah... dia luah habis semua. Pedih jugak telinga aku kena bebel dengan Dian."
"Lepas tu?" Tanya PG sebelum bungkusan nasi lemak dibuka.
"Lepas tu aku pujuklah Dian elok-elok. Tapi sebab Dian dah luah semua, dia jadi mudah dipujuk sikit."
"Baguslah kalau macam tu. Eh, kita nak pergi rumah Aizad pukul berapa ni?"
"Dalam pukul 10 macam tulah. Kau tau kan rumah Elin kat mana?"
PG mengangguk, "Kenapa? Kau nak pergi rumah dia ke? Tak takut Dian merajuk pulak."
"Dian yang suruh pergi. Dia kata tak elok kalau dah sampai sini tapi tak pergi jumpa mak Elin. Lagipun, Dian suruh bagi kad jemputan kami."
PG mengangguk.
"Eh, tok wan kau mana? Tak sarapan sekali ke?"
"Tok wan aku awal lagi keluar. Pergi bendang."
Firas mengangguk, "Ooo... esok tok wan kau pergi kenduri Aizad?”
“Tak. Dia ada kenduri kat tempat lain. Cucu kawan dia kahwin,” jawab PG, "Lepas sarapan ni, kita pergi teruslah rumah Cikgu Timah."
Firas mengangguk lagi sebelum dia menyuap nasi lemak yang dibungkus dengan daun pisang. Dah lama rasanya dia tak jumpa nasi lemak yang dibungkus dengan daun pisang.

PG memerhatikan saja Firas bersembang dengan Cikgu Timah. Dari dalam rumah sampai nak naik kereta, tak habis lagi. Dia yang tadi bersandar di pintu kereta terus mendekati Elin yang duduk di tangga sambil bermain dengan telefon pintarnya, 
Tanpa bersuara dia labuhkan punggung di sebelah Elin.
Elin tersentak sikit sebelum dia memandang PG, "Eh, kata nak balik dah?"
PG tak menjawab sebaliknya bibirnya memuncung pada Firas dan Cikgu Timah.
"Ibu memang macam gitu! Dia kalau jumpa student dia, memang sembang panjanglah. Tambah Abang Firas memang rapat dengan famili kita orang, lagilah ibu excited nak bersembang dengan Abang Firas."
"Hang suka ka kat Firas?"
"Euw... gila ke?! Dia kawan abang I kot!"
"Dah tu? Awatnya? Berdosa ka kalau suka kawan abang sendiri?"
Elin senyum, "Bukanlah berdosa tapi pelik kot! Kawan-kawan abang I, I cuma boleh anggap dia orang tu macam abang I je. Not more than that."
PG tahan senyum nak menguntum, "Eleh, sembang ja hang ni! Ntah-ntah dalam hati dok suka dekat kawan-kawan abang hang!"
"No way! I nak kalau boleh, nak bercinta dengan someone yang I baru jumpa, baru kenal. Bukan yang dah selalu tengok muka. Spark tu tak ada!"
PG ketawa, "Spark ka sepak?!"
"Ei, meluat...!" Elin tarik muka, "Malas nak layan you!" 
Baru PG nak balas, Firas menggamit PG, "PG, jomlah!"
PG mengangguk. Sempat dia mengerling telefon pintar yang ada di tanganElin, "Instagram?"
Elin mengangguk sambil jemarinya menolak skrin telefon pintarnya naik ke atas..
"Nama apa?"
"ElinaIbrahim."
"Noted!" PG sengih sebelum dia berlalu.
Elin baru tersedar sesuatu. Dia panggung kepala. Eh, mamat poyo tu tanya apa tadi?!

"Elin sayang..."
"Ya, ibu?"
"Elin dah pilih baju nak pergi kenduri anak murid ibu dulu?" Cikgu Timah duduk di sisi Elin yang sedari tadi sedang asyik membaca novel.
"Belum. Esok nak pergi pukul berapa, ibu?"
"Kita pergi tengahari sikitlah sebab ibu kena ke sekolah esok pagi."
Elin mengangguk saja.
"Elin..."
"Ya, ibu..."
"Elin rasa-rasa PG tu macam mana?"
"Kenapa ibu tanya pasal dia tu?"
"Sajalah. Ibu rasa macam nak jodohkan dia dengan achiklah! Elin rasa macam mana?"
Elin buat muka, "Euw... tak naklah dia tu jadi abang ipar Elin! Euw...."
"Apa euw pulak! Tak baik!"
Elin masih mencebik.
"Ke... Elin nak dia dengan Elin?"
"What?! Double euww...!"
"Elin ni..." Cikgu Timah menggeleng, "Dahlah! Ibu keluar dulu. Jangan tidur lambat!"
"Yes, maam!"
Elin kembali menyambung pembacaan novelnya selepas Cikgu Timah keluar dari biliknya. Novel Hanya Dia... Cinta diletak ke tepi apabila telefon pintarnya yang diletak di tepi bantal berbunyi. Telefon itu dicapai.
Notifikasi dari Instagram buat dia menjungkit kening.
'Muhammad Hazwan (@PG_MhmdHzwn) requested to follow you.'
Elin membuka Instagram si jejaka. Ceh, mamat poyo ni ke?! Bibirnya spontan mencebik namun jemarinya rancak menolak skrin telefonnya ke atas. Sekeping gambar PG memakai jubah konvokesyen ditekan. Gambar PG bersama beberapa orang lelaki berpakaian sama dengannya membuahkan senyuman dibibir Elin. Di sisi PG, ada Firas dan Aizad. Masing-masing tersenyum ceria. Caption gambar tersebut dibaca.
'The whole team last picture together! #slamdunk #basketballteam #graduationday'
Elin senyum nipis sebelum butang approve di bahagian atas ditekan sebelum dia kembali menatap gambar-gambar yang ada di dalam Instagram PG.

PG mengetuk-ngetuk dagunya dengan telefon pintarnya, bagai memikirkan sesuatu. Sesekali dia menekan-nekan butang ON di telefonnya. Tiada notifikasi terbaru. 
"Kau kenapa?" Firas menepuk bahu PG sebelum dia melabuhkan punggungnya di sisi PG di atas sofa.
"Tak ada apa-apa!" PG sengih tawar sebelum menggeleng.
Firas jungkit bahu sikit sebelum dia menonton televisyen yang sedang menayangkan cerita Hindi lakonan Salman Khan dengan Karisma Kapoor, "Sejak bila kau layan Hindustan, oi?"
Senyap. PG masih membelek telefon pintarnya.
Firas memgerling sikit PG di sebelahnya. Apahal pulak dengan PG ni? "Kau kenapa? Tunggu panggilan kerja ke macam mana? Resah semacam je."
PG tersentak sikit sebelum dia sengih, "Tak ada apa-apa."
"Dari tadi tak ada apa-apa, tak ada apa-apa tapi resah gelisah jugak aku tengok kau!"
Tak sempat PG nak membalas, satu notifikasi dari Instagram masuk! PG menatap telefon pintarnya dengan tekun sebelum dia ukir sengih, "Yes! Yes!"
"Apahal kau?!"
"Aku gembira! Aku gembira!"
Firas menggelengkan kepalanya. Gembira dan gila. Sangat gila!

"Gila panas!" PG mengibas-ngibas baju melayu yang tersarung di badannya, konon-konon mahu mengurangkan panas.
"Abang PG, Abang Aizad suruh masuk dalam. Nak tangkap gambaq dekat pelamin."
PG yang sedang bersandar di tiang ukir sengih, "Kalau tak tangkap gambar tak boleh ke? Abang segan!"
Adik Suraya, isteri kepada Aizad ketawa, "Mana boleh, bang! Abang kan pengapit. Tempat pengapit adalah di sebelah..."
PG tarik muka, "Pengantin..."
Sekali lagi adik Suraya ketawa! "Pandai... masuk naa!"
PG baru nak ikut langkah adik Suraya saat matanya terlihat seorang gadis yang sedang beriringan bersama Dian dan Mira. Eh, macam kenal?
Kakinya yang tadi nak melangkah masuk ke dalam rumah Suraya, berpaling dan segera melangkah mendekati Dian, "Dian!"
"Eh, Encik Pengapit!" Dian senyum! Mira mengangkat tangan pada PG! "Buat apa kat sini? Tak kipas pengantin lelaki ke?"
"Pengantin lelaki dah ada isteri, suruh isteri dialah kipaskan!" PG senyum sebelum dia memandang gadis yang memeluk lengan Dian, "Firas mana?"
"Ada dengan Cikgu Timah dia. Berjumpa dengan kawan-kawan lama dia dekat tempat parking tadi."
PG mengangguk sebelum dia ukir senyum senget, "Dah kamceng eh?" 
Dian kerutkan dahi sebelum dia nampak mata PG memandang tepat pada Elin di sebelahnya, "Aah! You jangan buli dia lepas I dengan Firas balik KL nanti, kalau tidak... siap you!"
"Abang PG! Penat saya panggil tadi! Kak Su dengan Abang Aizad suruh abang masuk dalam tangkap gambaq!"
"Eh, terlupa pulak!" PG ketawa, "Eh, korang nanti jangan balik dulu tau. Suruh Firas tunggu ya? Nak balik sekali!"
Dian mengangguk. PG pula terus berlalu bersama adik Suraya. Sesekali ternampak mereka berdua ketawa bersama.
"Sesuai jugak PG dengan adik si Suraya tu kan?" Tanya Dian pada Mira.
Mira mengangguk, "Bolehlah tapi... aku rasa kalau Elin dengan PG pun okey apa."
"Eh, apa pulak?!" Elin pantas menggeleng. Tak kuasa teman...

Elin menguis-nguis kakinya yang bersarung kasut pada rumput yang ada di depannya. Sesekali jemarinya memintal rambutnya yang dibiarkan lepas bebas.
"Bosan?" 
Elin kalih memandang Dian sebelum mengukir sengih, "Sikit!"
"Sorry, Elin. Dia orang tu memang kalau dah berkumpul susah nak dipisahkan."
"Eh, tak apa! Elin yang nak ikut Kak Dian jalan-jalan dekat bandar Alor Setar. Kenalah follow."
Dian senyum, "Tapi jejaka-jejaka Malaya tu lambat lagi rasanya. Tak apa ke Elin tunggu?"
Elin mengangguk, "Sebab kalau Elin nak balik pun dah tak boleh. Ibu dah pergi kenduri kat Sungai Petani. Nak tak nak, kena tunggu sekali Kak Dianlah!"
"Sorry, Elin!" Dian senyum serba salah.
"It's okay! Kak Mira mana?"
"Pergi dessert bar. Dia kata dia nampak kuih lapis yang sangat menyelerakan."
Elin ketawa, "Kak Mira tu tak ada yang punya lagi ke?"
"Kenapa? Elin ada calon ke nak kenenkan dengan Mira?"
Elin ketawa. Wajah Emil, abangnya yang nombor dua bermain di minda, "Ada kot."
"Kak Mira tu kebal sikit tau. Dia tak layan ayat manis-manis lelaki."
"Jangan risau, calon Elin tu memang tak pandai ayat-ayat manis. Ayat-ayat dia semuanya tawar dan pahit."
"Uuu..." Dian jungkit-jungkit kening, "Kelat ke orangnya?"
Elin mengangguk, "Dia okey je tapi tulah, mulut dia tak ada tapis. Cakap pakai lepas je..."
"Siapa dia tu?"
"Angah, abang Elin!" Elin sengih.
Dian mengangguk, "Berkenan ye dengan Kak Mira tu?"
"Dengan Kak Dian pun Elin berkenan tapi Kak Dian dah ada yang punyaaa..."
Dian ketawa namun tidak terlalu kuat. Dia kemudiannya mencubit pipi Elin, "Nakal!"
Elin tersenyum senang.

"So, nak pergi mana dulu ni?" Tanya Firas pada Dian yang baru saja menutup pintu kereta.
"Mana saya tahu! Tanyalah PG. Saya bukan orang sini," balas Dian, geram. Hampir dua jam dia, Elin dan Mira menunggu Firas dan PG di kenduri Aizad tadi. Bila dia nak pergi sendiri dengan Mira semalam, punyalah tak bagi. Nak pergi sekalilah, apalah! Sembang...
"Dian, you marah I dengan Firas ke? Sorrylah! Kita tak sedar tadi. Rancak sangat berbual."
Dian diam, tak membalas. Eiiii, geramnyaaaa!
"Apa-apa pun, kita pi cari masjid dulu. Dah pukul tiga lebih dah. Kita ni sembahyang dak lagi," Mira bersuara, garang.
"Baik, mak encik..." balas Firas dan PG serentak sebelum mereka ketawa.
"Kelakar ke?" Dian pandang Elin dan Mira.
Mira dan Elin menggeleng, serentak. 
"Eh, by the way..." PG yang duduk di sebelah pemandu tiba-tiba berpaling ke belakang, "What are you doing here?"
Elin buat muka, "Sibuk kenapa?"
"Sibuklah! Dah hang ikut. Kalau dak, kami boleh buat double date. Aku dengan Mira, Dian dengan Firas."
"Ei, tak kuasa aku nak date dengan hang!" Mira membalas bagi pihak Elin. 
"Abang Firas, hantar Elin dekat Shahab Perdanalah! Elin nak balik rumah! Tak jadi nak ikut korang jalan-jalan."
Dian dan Mira memandang Elin sekilas sebelum mereka sama-sama bersuara! "PG!"
PG angkat tangan, tanda meminta maaf pada Dian dan Mira. Firas yang sedang memandu memandang
Elin dari cermin pandang belakang, "Er... Elin ikut kami ajelah ye. Abang Firas nak hantar Elin dekat Shahab Perdana tu, abang tak tau jalan."
PG di sisi Firas terus menghamburkan ketawa, "Kau nilah..."
"Apa? Betullah! Aku mana tau Shahab Perdana tu apa. Jalan nak pergi situ, lagilah aku tak tau!"
PG ketawa lagi sebelum dia kembali berpaling ke belakang, "Kita nak pergi masjid kan?"
Mira mengangguk, "Awat?"
Dan tika itu, Firas sudah pun memberi lampu signal kanan sebelum dia membelok keretanya masuk ke dalam pekarangan masjid.
"Tu, rambut Elin tu. Korang tak ada selendang lebih ke?" Tanya PG dengan nada serius.
Elin garu kepala, "Er... keluar macam ni tak boleh ke?"
PG tak menjawab sebaliknya dia memuncungkan mulutnya pada sebuah papan tanda yang ada di pintu masuk masjid.
'SILA BERPAKAIAN SOPAN DAN MENUTUP AURAT KETIKA BERADA DI DALAM MASJID.'
Mira pandang Elin yang sudah memerah mukanya. Menahan malu, barangkali. Mira terus membuka beg tangannya yang besar sebelum dia keluarkan sebuah beg kain. Beg kain itu kemudiannya diberikan kepada Elin, "Dalam ni ada telekung. Elin sarunglah dulu. Kami tunggu kat luaq na..."
Elin mengambil yang dihulur Mira sebelum dia memandang Mira yang tersenyum manis. Sungguh, dia terharu, "Terima kasih Kak Mira."
Mira mengangguk sebelum dia turun dari kereta. Firas dan Dian turut sama keluar dari kereta.
PG pandang Elin, "Dok renung apa lagi telekung? Sarunglah. Itulah, lain kali aurat tu tutup! Ni dak, dok tayang kat satu dunia... macam lawa sangat rambut dia tu!"
Elin hanya diam tak membalas. PG pula terus keluar dari kereta. 
Sebaik sahaja PG menutup pintu kereta. Elin panggung kepala. Matanya yang sedari tadi terasa panas sudah mengalirkan air mata. Rasa terharu yang dia rasakan tadi bertukar menjadi geram yang teramat sangat! Kalau tak sakitkan hati orang, tak boleh ke?!

Elin tersenyum melihat Dian dan Mira yang sedang asyik ber-posing. Firas, si tukang ambil gambar terkumat-kamit mulutnya seperti memberi arahan. Comel saja mereka bertiga! 
"Nak ayaq?" Sebotol air mineral yang diunjukkan oleh orang sebelahnya buat bahu Elin terangkat sedikit.
Elin merengus. Menyibuk kat sini buat apa. Pergi duduk jauh-jauhlah!
"Tak join depa ambik gambaq?"
Elin menggeleng. Rasa malas nak bukak mulut bercakap dengan orang di sebelahnya. 
PG garu kepala. Teringat balik peristiwa bahunya ditumbuk Firas sewaktu mereka sedang menunggu si gadis-gadis di luar masjid.
"Kau cakap apa dekat Elin tadi?"
"Cakap apanya? Aku cakap apa yang patut aku cakaplah."
Firas hela nafas. Telefon di tangannya dihulurkan pada PG. PG capai telefon itu sebelum mesej Dian dan Firas dibaca.
-Lambat lagi ke? Saya dengan PG tunggu dekat tangga masjid ni.
+PG cakap apa dekat Elin? Menangis-nangis budak tu waktu sembahyang. NI pun dok menangis lagi.
PG hela nafas, "Aku perli dia pasal tudunglah."
"Lah, kau perli kenapa?"
"Aku cuba cara kaulah..."
"Cara apanya?"
"Kau cakap dulu kau bagi Dian ingat kau, kau usik-usik dia. Kau perli-perli dia."
Firas terus menumbuk bahu PG, "Kau ni... aku usik Dian macam tu sebab Dian tu iron lady. Hati dia kebal. Elin tu bukan macam Dian. Elin tu sensitif. Anak bongsu pulak tu. Kau pun... agak-agaklah!"
PG garu kepala, "Salah caralah aku ni?"
"Aduhai... PG, apa dah jadi dengan kau ni..."
PG hanya sengih saja. Rasa serba salah mula menggigit hatinya. Elin menangis?
"Wei, sinilah! Tangkap gambar sekali!" Jeritan Firas yang berada di atas titi yang menghubungkan Muzium Kota Kuala Kedah dengan kubunya menghilangkan lamunan PG.
Dia kerling Elin di kirinya. Elin hanya menggeleng pada pelawaan Firas..
"Hang terasa ka dengan apa aku kata tadi?"
Orang gila pun boleh terasalah dengan apa yang kau kata tadi! Elin menjerit dalam hati namun wajahnya tetap dibiarkan kosong tak beriak.
PG hela nafas, "Sorry. Aku tak ada niat pun nak bagi hang terasa dengan aku."
Elin rasa lubang telinganya macam tersumbat. Dia cakap apa tadi? Nak suruh ulang sekali lagi boleh tak?
"Niat aku cuma nak tegoq hang cuma aku cara aku salah. Aku minta maaf sekali lagi," ujar PG sambil matanya mengerling Elin.
Elin masih diam.
PG hela nafas. Dia bangkit dari duduk. Tak betah rasanya nak duduk di situ. Elin masih marahkan dia. Baru dia gerak nak berlalu, baju melayunya terasa seperti ditarik dari belakang. Perlahan-lahan dia berpaling.
"Nak air mineral tu."
PG tahan senyum nak menguntum. Yes, yes and yesssss!!!
"Elin! PG! Sinilah!" Giliran Dian pula menjerit memanggil PG dan Elin.
PG angkat tangan tanda suruh mereka tunggu sebelum dia memandang Elin., "Aku nak pi sana. Hang nak pi dak?"
Elin tak menjawab sebaliknya dia berdiri. Tangan kanannya dihulurkan pada PG.
PG kerut dahi. Dia nak suruh aku pegang tangan dia ke ni? "Hang pasai pa?"
"Air! Nak air!" Elin bersuara garang.
PG termalu sendiri. Tanpa kata, air mineral yang dia pegang dari tadi diletakkan pada tapak tangan Elin sebelum dia berlalu laju meninggalkan Elin.

"Jangan lupa datang kenduri akak nanti ye, Elin!"
"InsyaAllah, kak!" Elin sengih.
Dian turut mengukir sengih sebelum tubun Elin dipeluk, "Jangan gaduh-gaduh dengan PG lagi."
"Kalau dia tak cari pasal, Elin pun tak nak gaduh."
Dian senyum sebelum dia memegang tangan Elin, "Elin, pasal yang PG cakap semalam. Kak Dian tak tahu apa yang dia cakap pada Elin tapi Kak Dian tahu, niat dia baik."
Elin senyum tawar, "Elin tak kisah dah pasal semalam tu. Dia pun dah minta maaf."
"PG tu baik tau sebenarnya. You just have to get to know him better."
"Baik? Dia? Macam tak kena je..."
"Kalau Elin nak tau waktu kami belajar dulu PG tu terkenal dengan sikap gentleman. Kawan-kawan akak ramai gila adore dia dulu."
"Akak? Tak adore dia?"
Dian menggeleng. Tak sempat nak balas, ada satu suara menyampuk, "Kak Dian ni adore Abang Firas je!"
Dian mencebik, "Yalah tu!"
"Kak Dian Elin ni tak pandang budak lelaki dulu. Sombong je. Nak-nak dengan abang, sombongnya bukan main lagi. Siap panggil abang hantu galah lagi!"
"Eh, awak yang mula dulu!"
"Siapa suruh kalah debat?"
"Hantu Galah!"
"What? Say that again, Dian!"
Elin dah ketawa terkekeh-kekeh dengan aksi Dian dan Firas. Comel je! 
"Okeylah, Elin! Kami gerak dulu ye?" Dian pegang tangan Elin erat sebelum dilepaskan. Firas pula berpamitan dengan Cikgu Timah.
Elin mengangguk sebelum melambai Dian yang dah berlalu ke kereta milik Firas.
"Elin..." Seru Dian dari jauh.
Elin jungkit kening.
"Ingat pesan akak, jangan gaduh-gaduh dah dengan PG!"
Elin mencebik, menyampah sebelum dia tersenyum.

"Kak Elin! Ooo... Kak Elin!"
"Ya...?" Elin buka tingkap biliknya, "Ali! Hakim!"
"Kak, mailah turun sat! Nak sembang-sembang!" Gamit Ali yang masih lengkap berpakaian seragam sekolah.
Elin mengangguk sebelum tingkap biliknya ditarik. Dia kemudiannya terus keluar ke pintu depan,
"Lama akak tak nampak korang. Pergi mana? Ingat tak mau kawan dengan akak dah."
"Mana ada tak mau kawan! Mak kami tak bagi keluaq. Minggu periksa. Mak suruh dok rumah, belajaq.
"Elin mengangguk, "Ooo... ni kira dah habis exam lah ni?"
"Sudahhhh!" Serentak mereka bersuara.
Ali kemudiannya duduk di anak tangga rumah Elin, "Kak..."
"Ya...?"
"Kak...."
"Kenapa ni? Nak apa?" Elin jungkit kening.
"Hari tu kan... ada kawan kami bawak mai ikan laga kat sekolah. Segak kak! Ekoq warna biru merah!"
Ali pandang Hakim.
Hakim terus menyambung, "Kami nak bela jugak sekoq. Lawa kak."
"Ooo... kira korang ni nak ajak pergi kedai haiwan peliharaanlah, ye?"
"Kami tak mau beli..." Ali berdiri.
"Dah tu?"
"Kawan kami tangkap sendiri ikan tu."
"Dia tangkap kat mana?"
Hakim sengih, "Kak... jom pi sungai!"
Mata Elin terus bersinar! Sungai? "Eh, hari tu kata tak berani nak pergi kalau kita-kita aje!"
"Kami dah ajak Abang Hazwan kemarin, dia tak mau pi. Dia malaih. Kami tak dak sapa dah nak bawak. Tu kami ajak kak. Kawan kami tangkap ikan tu kat sungai tulah."
"Bila nak pergi?" Elin bertanya.
"Esok mau dak kak? Kita pi pagi, sebelum tengahari kita balik mailah," pujuk Ali, lembut.
"Jauh tak kena drive?"
"Dak. Dalam dua puluh minit lagu tu ja. Nak dak kak?"
"Okey. Tapi mintak kebenaran mak ayah korang dulu, eh?"
Ali dan Hakim saling berpandangan sebelum mereka ukir senyum, "Okey!"

Elin membetulkan ikatan rambutnya agar menjadi lebih kemas. Kemeja kotak-kotak warna hitam merah disarung ke tubuhnya. Baju hitam yang dipakai di dalam dibetulkan sikit. Sling beg berwarna hitam dicapai sebelum diletakkan di atas bahu. Dia melihat dirinya di dalam cermin sebelum dia mengangguk, berpuas hati.
"Amboi, cantiknya anak ibu ni. Nak ke mana?"
Elin laju berpaling pada pintu biliknya, "Ibu... terkejut Elin! Elin nak keluar sekejap."
"Keluar dengan siapa? Pergi mana?"
"Keluar dengan Ali, Hakim. Nak pergi sungai, ibu"
"Sungai? Sungai mana?"
"Entah. Elin pun tak tahu."
Cikgu Timah kerutkan dahi, "Hati-hati, Elin. Elin tu tak biasa lagi dengan kawasan sini. Elin nak bawak dia orang tu, mak ayah dia orang tau tak?"
"Elin dah suruh dia orang bagitau mak ayah dia orang. Nanti Elin pergi ambik dia orang, Elin mintak kebenaran mak ayah dia orang sekali lagi."
Cikgu Timah mengangguk. Hatinya rasa tidak enak tiba-tiba, "Elin, kalau tak pergi tak apa ke?"
"Kenapa ibu? Elin tak sampai hati, ibu. Dia orang beria-ia mengajak. Elin pun dah janji."
"Ibu risau aje, sayang."
"InsyaAllah tak ada apa-apalah, ibu."
"Elin ajak Hazwan sekali ye?"
Elin kerut dahi, "Dia orang ajak dah dia tapi dia tak nak pergi."
Cikgu Timah menghela nafas, "Hati-hati, Elin."
"Iya, Cikgu Timah sayang..." Elin pegang tangan Cikgu Timah, "Okeylah, ibu. Elin nak pergi dulu."
Cikgu Timah mengangguk saja.
Elin ukir senyuman sebelum dia keluar dari biliknya, "Ibu! Elin pergi, ya?"
Cikgu Timah mengangguk, "Ingat pesan ibu."
"Ya, ibu..." Elin ukir senyum lagi sebelum dia berlalu ke pintu depan. Selak pintu ditarik sebelum pintu itu dibuka. Hampir terjerit dia apabila Hakim dan Ali sedang berdiri elok sambil tersengih di tangga rumahnya, "Allah!"
"Lambatnya kak bukak pintu!" Rungut Ali.
"Kenapa datang sini? Kenapa tak tunggu akak dekat rumah?" Tanya Elin sebelum menarik pintu rumahnya
"Dak. Teruja nak pi lagipun kalau nak pi rumah kami, kena lalu jalan ban. Takut kak tak berani drive kat situ."
"Jalan ban?"
"Jalan kecik yang tepi dia ada bendang."
"Oh, okey! Dah mintak kebenaran mak ayah korang?"
Hakim dan Ali mengangguk laju.
"Betul ke ni?"
"Yaaaa!" Serentak mereka menjawab.
"Jom kak. Pi awai, boleh balik awai,"
Elin mengangguk, "Ha, jomlah!"
"Jommm!" Ali dan Hakim menyahut gembira!

"Subhanallah! Cantiknyaaaa!" Elin tersenyum. Tak sia-sia dia memberanikan diri lalu jalan sempit yang sekelilingnya cuma hutan.
"Cantik kan, kak?" Hakim pandang wajah Elin.
"Cantik sangat!"
"Sini biasa ja kak. Kat ataih lagi cantik..." Ali sengih lebar.
"Iya? Kita duduk kat sini ajelah, nak?"
"Naik kat ataihlah kak. Lagi lawa. Ada ayaq terjun."
Elin sengih, "Air terjun? Yelah... jom!"
Hakim dan Ali sengih sebelum mereka berjalan menuju ke bahagian atas sungai. Elin pula mengikut saja langkah sambil sesekali dia menangkap gambar air sungai yang mengalir. 
Dalam lima minit perjalanan, mereka tiba di suatu kawasan. Air sungai di situ lebih cantik dan airnya tidak terlalu deras.
Elin langsung memanjat satu batu besar sebelum dia duduk di atas batu itu. Kasutnya yang dia pakai, ditanggalkan terus sebelum kakinya dimasukkan ke dalam sungai. Ah, nyamannyaaaaa!
"Kak, kami nak naik kat ataih lagi naa! Kawan kami kata dia tangkap ikan laga tu kat ataih sana,"
"Eh, sini pun ada ikan! Tak payahlah naik sampai atas!" Ujar Elin sambil matanya memandang ke dalam sungai. Memang ada dia nampak anak-anak ikan berenang-renang di dalam sungai.
"Ala, sini ikan tak lawa. Kat ataih lagi lawa." Ali tarik muncung panjang.
Elin hela nafas, "Jangan lama-lama. Hati-hati jugak! Kalau air deras, jangan masuk sungai, tau? Semalam hujan lebat, takut air deras."
"Baik, kak!" Serentak Ali dan Hakim menjawab sebelum mereka berjalan meninggalkan Elin sendiri.
Elin pula menghela nafas sebelum dia ukir senyum. Ah, seronoknyaaa!
Elin kemudiannya berbaring di atas batu besar itu sebelum telefon pintarnya dibawa keluar dari poket seluar.
Aplikasi kamera ditekan setelah telefon itu dibuka. Butang kamera depan ditekan sebelum dia menekan butang kamera. Sekali lagi dia ber-posing di atas batu itu sebelum dia menekan butang kamera!

Pada masa yang sama,
 "Hazwan! Hazwan!"
PG yang sedang menonton televisyen terus bangkit apabila mendengar namanya dipanggil dari luar. Dahinya dikerutkan. Siapa pulak yang datang ni?
Pintu rumahnya dibuka. Wajah Cik Kiah dan Cik Hanim yang beriak kerisauan membuahkan rasa pelik di hatinya, "Awat ni Cik Kiah, Cik Hanim?"
"Hazwan ada jumpak Hakim dengan Ali dak? Kami balik dari nat sat ni, tengok depa dah tak dak kat rumah. Tanya kat adik-adik depa, tak tau depa pi mana!"
"Tak dak pulak depa mai sini. Depa ada ja kot, pi main kat rumah kawan-kawan depa."
"Kami dah pi banyak rumah dah. Tak dak! Depa tak pi pun rumah depa."
PG menggaru kepala sebelum dia bersuara, "Cik Kiah dengan Cik Hanim, tunggu sat! Kami nak siap sat, satgi kita pi cari depa na..."
Baru PG nak berpaling masuk ke dalam rumah, ada suara lain memberi salam! 
"Assalamualaikum..."
"Waalaikumussalam! Eh, Cikgu Timah..."
Cik Kiah dan Cik Hanim berpaling memandang Cikgu Timah yang berdiri di belakang mereka, "Cikgu!"
Cikgu Timah ukir senyum segaris sebelum dia memandang PG, "Ada apa ramai-ramai kat sini?"
PG menjawab, "Anak Cik Kiah dengan Cik Hanim hilang, cikgu."
Dahi Cikgu Timah berkerut, "Anak yang mana?"
"Hakim dengan Ali, cikgu." PG menjawab lagi.
"Hakim dengan Ali? Dia orang ikut Elin rasanya."
"Ikut Elin? Pergi mana?"
"Sungai!"
Wajah PG terus berubah! Sungai? "Sungai mana, cikgu?"
"Cikgu tak tau, Hazwan. Cikgu datang ni pun nak mintak tolong Hazwan bawak cikgu pergi sungai tu. Cikgu risau kat mereka bertiga."
"Sungai mana depa pi, kak?" Cik Kiah bertanya. Wajahnya cemas, "Bukan sungai hat depa tutup tu kan?"
Cikgu Timah menggeleng, tanda tak tahu.
PG tak menunggu lama. Dia berlari masuk ke dalam rumah. Dompet dan telefon pintarnya dicapai. Kunci motor yang tersangkut di tepi pintu ditarik sebelum dia berlari keluar rumah, "Cikgu, cikgu stay sini kejap ya? Karang Alif datang ambik cikgu, bawak cikgu pergi sungai tu."
"Hazwan?"
"Saya pergi dulu. Cik Kiah dengan Cik Hanim balik rumah dulu. Satgi kalau kami jumpa depa, kami telefon Cik Kiah dengan Cik Hanim!" Tanpa menunggu balasan ibu-ibu Hakim dan Ali, dia melompat turun ke tanah. Motor EX5 milik tok wannya dihidupkan enjinnya sebelum dia topi keledar disarung ke kepala. Tak menunggu lama, dia segera menunggang motor itu keluar dari kawasan rumahnya!

"Kak Elin! Kak Elin! Tolong!"
Elin yang terlena di atas batu besar, perlahan-lahan membuka mata. Dia bangun perlahan-lahan. Dia menguap kecil sebelum dia memandang keadaan sekeliling. Siapa yang panggil tadi?
"KAK ELIN! TOLONG!!!" Suara Hakim membuat matanya yang layu terus menjadi segar. Hatinya jadi tak sedap tiba-tiba. Tanpa menyarung kasutnya, dia turun dari batu besar itu sebelum dia berlari mencari Hakim dan Ali, "Hakim? Ali?"
Dia tiba di satu kawasan air deras. Jantungnya seakan berhenti berdegup apabila terlihat Ali sedang berpaut pada sebuah dahan pokok, "Ali!!"
Ali yang ternampak Elin rasa nak meraung. Dia dah tak larat nak berpaut pada dahan pokok ni tapi kalau dia lepaskan, mungkin dia takkan dapat jumpa dah ibunya, ayahnya, Elin, Hakim dan kawan-kawannya yang lain.
Hakim yang duduk di tebing sungai sedang menangis teresak-esak. Elin mencampakkan telefon, kunci kereta dan dompetnya ke tanah!
Tak menunggu lama, Elin mula memanjat batu-batu besar yang ada di dalam sungai. Apabila dirinya makin hampir dengan Ali, dia merendahkan badannya sebelum tangan kanannya dihulurkan pada Ali. Sikunya yang terasa pedih akibat bergeser dengan dahan kayu dibiarkan saja walau dia sedar, ada cecair merah yang keluar dari sikunya! "Ali, pegang tangan akak!"
"Ali takut..."
"Pegang tangan akak! Akak takkan biarkan Ali cedera. Pegang tangan akak, Ali!"
Baru Ali nak menghulurkan tangannya, tiba-tiba...
Praak!
"ALI!!!!!!!!!!!"
Baru Elin nak melompat masuk ke dalam sungai, percikan air yang terkena mukanya buat dia sedar ada orang lain terlebih dahulu sudah masuk untuk menyelamatkan Ali.
"Kak Elin..." Hakim yang tadinya berdiri di tepi sungai, sudah jatuh terduduk.
Melihatkan Hakim yang terduduk, Elin cepat-cepat turun dari batu besar itu sebelum dia mendekati Hakim. Tubuh kecil yang basah lencun itu segera dipeluk! "InsyaAllah Ali akan selamat. Orang tu akan selamatkan Ali."
"Ni semua salah kami! Kami banyak bohong kak. Kami sebenarnya tak mintak pun kebenaran mak kami nak mai sini. Abang Hazwan pun kami tak ajak mai sini sebab Abang Hazwan tak mau bawak kami mai sini!" Hakim meraung kuat! "Ali lemaih pun salah kami, kak! Tadi kami yang nak masuk kat tempat dalam tu. Ali tak bagi! Patutnya kami yang lemaih, bukan Ali! Ali terjun dalam sungai sebab nak selamatkan kami! Kalau kami tak pura-pura lemaih, mesti Ali tak lemaih, kak! Kak, kami dah bunuh Ali!!"
"Shussh...! Bukan salah Hakim. Jangan macam ni, Hakim!" 
"Elin?!"
Elin panggung kepala. Matanya terasa panas saat matanya bertembung dengan mata Cikgu Timah! "Ibu!"
"Elin!" Cikgu Timah terus saja memeluk Elin yang masih memeluk Hakim! "Elin anak ibu!"
"Maafkan Elin, ibu..."
"Jangan cakap apa-apa, Elin! Bukan salah Elin. Elin selamat pun ibu dah bersyukur sangat!" Cikgu Timah meleraikan pelukannya sebelum memandang Hakim dan Elin silih berganti, "Mana Ali?"
Mendengar soalan Cikgu Timah, Hakim meraung kembali! "Cikgu, kami jahat! Ali lemaih sebab kami, cikgu!!"
"Allahuakbar!" Cikgu Timah menekup mulut.
"Ada orang dah terjun dalam sungai nak selamatkan Ali, ibu. Kita sama-sama doa Ali selamat, ya?"
Cikgu Timah pandang Elin, "Hazwan ke yang Elin maksudkan?"
Elin tercengang namun tak sempat dia bertanya lanjut apabila di permukaan sungai, PG tiba-tiba memunculkan diri dengan sebelah tangannya memegang tubuh Ali.
Hakim yang ternampak Ali segera berlari ke tepi sungai! "ALI!"
PG pula sebaik saja dia berjaya menaiki tebing sungai, terus dia menarik tubuh Ali menaiki darat lalu dia melakukan CPR ke atas Ali. Dada Ali ditekan berkali-kali. Apabila tubuh Ali masih tidak lagi memberi reaksi, pernafasan mulut ke mulut terus dibuat, berkali-kali sebelum Ali terbatuk-batuk.
PG tarik nafas lega sebelum dia mendukung Ali. Saat dia berpaling, matanya bertemu dengan mata Elin.
"Ali..."
"Puas hati hang sekarang ni?!" 
Ternaik bahu Elin apabila dia ditengking PG, tiba-tiba, "I..."
Tanpa mempedulikan Elin, PG terus berjalan menuju ke jalan keluar dari kawasan itu. Sempat bahu Elin dilanggar kasar. Cikgu Timah yang memerhati sedari tadi hanya mendiamkan diri. Terasa juga hatinya apabila tiba-tiba PG menengking Elin.
Elin tersentak sebelum bahunya digosok perlahan. Dia pandang Hakim yang masih berdiri kaku,
"Hakim, Ali dah selamat..."
Hakim tak menjawab sebaliknya dia tiba-tiba Hakim jatuh terjelepuk di atas tanah. Elin tak tunggu lama sebelum dia meriba Hakim, "Hakim...! Bangun! Jangan buat akak macam ni! Ibu, tolong Elin! Tolong ibu!" Dengan sepenuh hati Elin menjerit. Tanpa sedar, air matanya mengalir laju.

Suasana suram menyelubungi kawasan menunggu di unit kecemasan itu. Elin memandang bilik rawatan yang menempatkan Hakim sebelum matanya memandang bilik rawatan yang dihuni Ali. Matanya dialihkan memandang pada PG dan tak semena-mena, mata mereka bertemu.
"Kenapa hang pi sungai tu?"
Elin diam. Takkan nak jawab sebab Hakim dan Ali yang mengajak.
"Aku tanya ni, kenapa hang pi sungai tu? Hang bodoh tak reti baca ka kat simpang sebelum masuk jalan nak ke sungai tu ada tulis pasal sungai tu ditutup!"
"Muhammad Hazwan.,," tok wan meleretkan suaranya. 
"I... Elin... I... tak sedar ada signboard tu."
"Ni mesti hang yang mengajak budak-budak tu, kan? Hang kan orang pekan, jakun tak pernah tengok sungai! Kalau ada apa-apa jadi kat Ali, semua salah hang! Hang tu dah dewasa, boleh pikiaq baik buruk. Hang tak ada orang dewasa ka nak ajak, sampai pi ajak budak-budak teman hang?!"
Elin diam lagi. Air mata yang tadi sudah berhenti, kembali mengalir. Malu ditengking, sedih dimarah dan rasa bersalah yang menggunung membuatkan air matanya kembali memenuhi kolam mata. Ibu, cepatlah datang! Sudah nasibnya kala itu, Cikgu Timah pulang ke Kampung Alor Papan untuk membawa ibu Ali datang ke hospital.
"Hah! Teriaklah! Teriak! Hang ingat hang teriak ni, hang boleh undur masa ka?! Hang tak payahlah dok kat kampung kami tu! Semak ja! Hari tu sebab hang, Dian dengan Firas bergaduh. Ni pulak, sebab hang Ali dengan Hakim jadi lagu tu! Aku rasa hang patut pi balik dok kat pekanlah! Dok kat kampung ni, hang menyusahkan orang ja!"
"Along, dahlah tu! Benda dah nak jadi, bukan salah Elin!"
Elin diam. Matanya menekur lantai namun lantai itu nampak kabur. Luka di sikunya yang terasa pedih ditahan saja. Ibu, Elin nak balik...
"Ali! Ali mana?" Cik Kiah, ibu kepada Ali menerpa kawasan unit kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah itu, "Mana anak aku?!"
"Ali masih tak sedarkan diri, Cik Kiah!"
Cik Kiah segera menerpa pada Elin. Lengan Elin ditarik kuat sehingga kukunya terkena pada kawasan luka siku Elin! "Apa hang dah buat pada anak aku?! Pasaipa hang buat anak aku?"
"Kiah, dahlah tu!" Tok wan memberi isyarat mata pada Cikgu Timah memegang Puan Rokiah yang terus-terusan memukul lengan Elin!
Sebaik saja Cikgu Timah memegang lengan Cik Kiah, Cik Kiah segera menolak Cikgu Timah dengan kasar, "Jangan sentuh aku! Hang dengan anak hang sama ja! Masuk kampung menyusahkan orang saja!"
Elin ketap bibir sebelum dia bersuara, "Mak cik nak marah saya, marahlah. Nak pukul saya, pukullah! Tapi jangan buat ibu saya! Bukan salah dia! Salah saya!"
"Ya, memang salah hang!" Cik Kiah kembali memukul Elin. 
PG hanya mengerling dengan sekali lalu saja. Rasa kesian yang bercambah di hatinya ditepis laju. Dia masih marah pada Elin!
"Dahlah tu, Kiah! Hang tak malu ka orang dok tengok hang? Sudahlah!" Tok wan menggelengkan kepalanya. Wajah Elin yang basah dengan air mata ditatap lama. Allah, kesian Elin!
"Biaq depa tengok! Biaq depa tengok muka budak hat cuba bunuh anak saya, tok wan!"
Hakim yang baru keluar dari bilik rawatan di situ segera berlari dan berdiri di depan Elin sambil mendepangkan tangannya, "Jangan pukul Kak Elin lagi! Bukan salah Kak Elin Ali lemaih! Bukan salah Kak Elin..."
Elin tersenyum kelat lalu dia turunkan tangan Hakim sebelum Hakim ditarik mengadapnya, "Hakim okey?"
Hakim tak menjawab sebaliknya dia terus menangis, "Awat kak tak habaq kat depa hal yang sebenaq? Awat kak diam saja?!"
"Siapa ahli keluarga Muhammad Ali?"
Cik Kiah segera mendekati misi yang menyeru nama Ali tadi. PG dan tok wan turut sama mengikuti langkah Cik Kiah.
"Ibu, jom kita balik!" Ujar Elin apabila dia melihat Cik Kiah mengangkat tangan sebelum diraup ke mukanya.
"Kak Elin..."
"Hakim duduk dengan Abang Hazwan ya? Tadi dia dah telefon mak Hakim."
"Kak..."
Elin belai lembut kepala Hakim sebelum dia berjalan longlai, keluar dari unit kecemasan.
Cikgu Timah membelai pipi Hakim, "Hakim pi dok dengan Tok Wan Ajit. Pasal Kak Elin, Hakim jangan risau ya."
"Cikgu, bukan salah Kak Elin..."
"Cikgu tau, Hakim. Cikgu tau..."

"Elin... kenapa Elin tak cerita perkara sebenar pada Cik Kiah?" Tanya Cikgu Timah sambil membersihkan luka di siku Elin.
"Kalau Elin cerita, dia nak percaya ke, ibu?"
Cikgu Timah diam.
"Ibu..."
"Ya...?"
"Elin tak nak duduk sini dah. Kita balik KL, ya?"
"Elin..." terjatuh langsung kapas yang dipegang Cikgu Timah tadi.
"Orang sini dah benci Elin. Elin kan budak bandar yang bawak masalah masuk kampung! Kerja menyusahkan orang saja, bodoh pulak tu...!" Elin kesat air matanya sebelum dia mengukir senyuman namun senyuman itu nampak tawar, "Semua benci Elin, ibu! PG pun benci Elin, ibu..."
Cikgu Timah langsung menarik Elin ke dalam pelukannya. Hati ibu mana tak terluka melihat anaknya menangis seperti ini.
"Ibu, kita balik KL ya? Kita jangan duduk sini lagi, ya? Kita pindah balik KL, ya ibu?"
"Ibu tak boleh pindah sana. Ibu kan baru tukar ke sini."
"Esok kita pergi PPD, kita cari borang mohon pertukaran ya? Kita balik sana, ya?!" Elin bersuara dalam tangisan.
Cikgu Timah membelai lembut rambut panjang Elin, "Elin..."
"Elin tak nak duduk sini lagi! Ibu suruh Ateh ambik Elin, ibu. Ateh, Achik, sesiapa pun tak apa. Elin tak nak duduk sini dah!"
"Iya sayang! Iya... nanti ibu suruh Ateh datang ambik Elin kat sini ya?"
Elin di pelukan Cikgu Timah terus-terusan menangis. Sungguh, dia dah tak ada hati mahu tinggal di Kampung Alor Papan ni!

Cikgu Timah meletakkan buku latihan anak muridnya di atas meja. Dia sedar, sejak kejadian Ali lemas tempoh hari ramai cikgu-cikgu bagai memulaukan dia. Dia mengeluh sebelum kerusinya ditarik. 
 "Cikgu..."
Cikgu Timah yang baru mahu melabuhkan punggung tersentak sedikit sebelum dia memandang pada Hakim yang entah bila berdiri di sisi kanan mejanya, "Hakim, terkejut cikgu. Kenapa? Ada yang tak faham ke dengan latihan cikgu bagi tadi?"
Hakim menggeleng, "Kelmarin saya pi tengok Ali kat hospital. Dia tanya pasal Kak Elin."
Cikgu Timah terdiam sebelum dia ukir senyum, "Ali dah sihat?"
Hakim mengangguk, "Esok boleh keluaq hospital dah kot. Kak Elin tak mau pi tengok Ali ka?"
Cikgu Timah hela nafas, "Kak Elin bukan tak mau pergi lawat Ali tapi Kak Elin tak sihat jugak. Dia demam.”
“Teruk ka cikgu?"
"Tak. Dah kebah pun demamnya."
Wajah Hakim kelihatan bercahaya, "Bolehlah dia mai melawat Ali petang ni, kan cikgu?"
"InsyaAllah. Nanti cikgu ajak dia pergi hospital, tengok Ali."
Hakim mengangguk laju, "Terima kasih cikgu. Saya masuk kelaih dulu noh?"
Cikgu Timah mengangguk sebelum dia kembali menghela nafas. Nak ke Elin pergi ke hospital petang ni?

"Pembunuh! Hang bunuh anak aku! Hang bunuh Ali!"
"Tak! Saya tak bunuh Ali! Saya cuba selamatkan dia tapi..."
"Hang mai sini, macam-macam jadi! Pi balik dok pekanlah!"
"Kak Elin, awat kak tak tolong Ali? Awat kak biaq ja Ali lemaih?"
"ALI!" Elin bingkas duduk dari baringnya. Bila tersedar dia berada di rumah ibunya, dia menarik nafas lega. Allah! 
Peluh yang merecik di dahinya dikesat perlahan. Mimpi ngeri! Mimpi yang sama dialaminya sejak tiga hari lepas.
"Elin, kenapa ni?" Cikgu Timah yang baru pulang dari sekolah duduk di sisi Elin? "Basah habis baju dengan peluh. Elin sihat tak? Demam lagi?"
Elin menggeleng, "Elin mimpi Ali lagi..."
"Elin, Ali dah sihat. Hakim bagitau ibu pagi tadi."
"Iya? Alhamdulillah."
"Elin tak nak pergi tengok Ali? Ali dengan Hakim cari-cari Elin."
Elin gigit bibir lalu menggeleng, "Cik Kiah mesti tak bagi Elin jumpa budak-budak tu."
"Elin..."
"Elin nak mandi dan solat kejap. Nasi dah siap masak dah. Lauk pun Elin dah masak. Ibu pergilah salin baju dulu, nanti kita makan sama-sama," Elin senyum sebelum dia berlalu ke biliknya.
Cikgu Timah hela nafas sebelum telefon tangannya diambil dari dalam beg tangannya. Satu nombor didail sebelum dia meletakkan telefon itu di telinganya.
Tak sampai seminit panggilannya disambungkan.
"Hello, Ateh? Esok Ateh datang boleh? Elin tak nak duduk kampung dah. Dia nak balik KL. Lagipun dia dah tau keputusan UPU dia. Senang nak uruskan kalau dia duduk kat sana."

Ali mencapai buat epal yang sudah dipotong oleh ibunya sebelum potongan epal itu dimasukkan ke dalam mulutnya.
"Ali, esok Ali nak makan apa? Esok mak masak. Special untuk anak kesayangan mak ni."
"Erm... Ali nak makan nasi lemak ikan kering boleh dak mak? Lama tak makan."
Cik Kiah mengangguk laju, "Boleh. Untuk anak mak, semua boleh..."
Ali sengih sebelum dia memandang luar tingkap, "Mak, Ali bosanlah dok dalam ni. Ali nak keluaq hari ni tak boleh ka?"
"Doktor suruh dok sehari lagi kan?"
"Tapi Ali bosanlah, mak!"
"Ali!"
Ali kalih memandang pintu yang sudah dibuka dari luar, "Hakim! Abang Hazwan!"
PG senyum memandang Ali, "Dah sihat, Ali?"
Ali sengih lalu mengangguk. Dia kemudiannya memandang Hakim, "Hang mai dengan Abang Hazwan ja ka? Kak Elin?"
Muka Cik Kiah berubah, "Ali, mak tak suka Ali sebut nama budak perempuan tu. Kalau bukan sebab dia, Ali tak dok terkangkang kat hospital ni tau dak?"
"Bukan salah Kak Elin, Cik Kiah..." Hakim bersuara perlahan.
Cik Kiah merengus geram.
"Mak, kami yang ajak Kak Elin pi sungai tu! Dia mana tau sungai tu tutup ka apa ka. Dia ikut kami ja walaupun dia yang bawak kereta. Kami main kat tempat ayaq deraih tu pun, dia dah larang awai lagi.
Kami ja yang ketegaq, nak cari ikan laga."
PG yang mendengar kata-kata Ali kerutkan dahi, "Ikan laga?"
Hakim mengangguk, "Mat Acap hari tu pi sekolah bawak mai ikan laga. Dia dok berlagak kata dia dapat ikan tu dari sungai. Kami pun nak jugak ikan laga hat segak. Tu kami ajak Kak Elin."
"Pasaipa tak ajak Abang Hazwan hangpa ni?" Cik Kiah bertanya. Nada suaranya berbaur kesal.
"Sebab Abang Hazwan tau kata sungai tu tutup. Kak Elin tak tau. Sebab tu kami ajak dia. Itu pun dia sebenaqnya suruh kami ajak Abang Hazwan," Ali menunduk, "Kami muhong Kak Elin kata mak bagi kami pi. Dia sebenaqnya nak pi jumpa mak pagi tu. Nak mintak kebenaran mak."
"Ali, berapa kali mak nak pesan? Jangan dok muhong orang! Awat Ali buat lagu ni, hah?"
"Ali tau salah Ali. Sebab tu kot Ali lemaih, Tuhan nak bagi peringatan." Ali dah teresak-esak menangis.
Cik Kiah diam. Nak marah pun dia tak sampai hati. Tambah bila dia nampak Hakim turut mengesat air matanya, "Esok, lepaih keluaq hospital kita pi rumah Cikgu Timah. Mak pun nak mintak maaf dekat Kak Elin hangpa tu."
"Betoi ka mak? Mak tak muhong kan?"
"Dak! Esok kita pi."
Ali kesat air matanya lalu dia tersenyum gembira. Hakim juga sudah mengesat matanya. PG tersenyum melihat dua kanak-kanak itu. Dia juga mahu turut serta ke rumah Cikgu Timah esok. Hari tu, mulutnya terlalu lantang berkata-kata. Dan sejak hari tu juga hatinya tidak tenang. Harapnya, esok Elin sudi memaafkan dirinya...

"Elin, Ateh nak tanya something boleh?" Eli mengerling Elin yang sedari tadi memandang kawasan sawah yang mereka lalui. Eli mengeluh apabila Elin tidak menyahut, "Elin...?"
"Hmm?" Elin kalih memandang Eli, "Ateh kenapa?"
"Elin kenapa? Sejak Ateh sampai malam semalam, sampai ke pagi ni Elin macam lost. Are you okay?"
"Okey. Elin okey..." Elin menjawab dengan suara yang perlahan.
"Elin, you are not you. What happened? Tak nak cerita dengan Ateh?"
"Ala, tak ada apa nak dicerita pun."
"Kalau tak ada apa-apa, kenapa Elin gelabah sangat nak balik KL? Bukan Elin kata Elin nak teman ibu ke?"
"Ateh, can we just drop the subject? Elin tak ada jawapan untuk soalan-soalan Ateh."
Eli mengeluh sebelum dia meneruskan pemanduannya sehingga dia sampai di sebuah kedai runcit,
"Ateh nak beli kopi. Do you want anything?"
Elin menggeleng. Dahinya disandar pada cermin kereta. Matanya masih lagi memandang ke luar kereta.
Eli menggelengkan kepalanya sebelum dia keluar dari kereta.
Elin memandang saja langkah Eli yang laju menuju ke dalam kedai runcit. Dalam asyik dia memerhatikan Eli, matanya tiba-tiba terpandang seorang lelaki tua yang sangat dia kenali.
Baru dia mahu membuka pintu kereta, tangannya terkaku saat seorang lelaki muda keluar dari kedai runcit. PG...

PG yang sedang memegang sepapan telur tiba-tiba berpaling ke belakang. Dia terasa seperti namanya dipanggil oleh seseorang. Matanya kemudian tertancap pada sebuah kereta yang cerminnya gelap. Kereta bernombor plat W itu dipandang lama.
"Awat hang pandang kereta tu lagu tu?"
PG menggeleng, "Tak dak apa. Along macam dengaq ada orang panggil nama along."
Tok wan menggeleng, "Hang nak pi hospital bila?"
"Lepaih ni lah kot. Nak buat kek dulu."
"Buat kek buat apa? Hang nak sambut birthday tok wan ka?"
PG ketawa, "Daklah! Nak buat kek nak pujuk orang."
Tok wan buat muka, "Ceh, habih romantiklah buat kek? Hang bukan main kata kat kawan tu, hari ni terhegeh-hegeh nak pujuk dia noh..."
"Ya, along tau along salah..." Ayat PG tak sempat nak habis apabila dia terasa badannya dilanggar seseorang.
"Eh, sorry bro! Tak sengaja," Eli laju meminta maaf bila dia tanpa sengaja melanggar PG, "Ralit baca SMS, macam ginilah jadinya!"
PG spontan sengih, "No problem! Salah aku jugak. Dok jadi tugu negara kat tengah-tengah jalan ni."
Eli ketawa sebelum tangannya dihulurkan pada PG. "Aku El... eh, Paan!"
PG kerutkan dahi sikit sebelum huluran tangan Eli disambut, "PG! Tak pernah nampak pun kau kat sini. Baru pindah ke?"
"Oh tak, datang jenguk mak kat sini. Sambil bawak adik balik KL."
PG mengangguk. Baru dia nak bertanya lagi, bunyi hon dari kereta bernombor plat W itu buat dia mematikan niatnya.
Eli senyum serba salah, "Sorry! Adik aku tu moody sikit. You know, women."
"Sure thing! Pergilah. Nice meeting you."
"You too!" Eli senyum sebelum dia bersalam dengan PG dan tok wan.
PG memandang saja langkah Eli sebelum dia memandang tok wannya, "Along rasa macam kenailah dia, tok wan. Tok wan tak rasa lagu tu?"
Tok wan menggeleng saja, "Dak pun. Hang awat jadi perasan lebih hari ni?"
PG tak sempat menjawab bila Eli yang lalu di depannya membunyikan hon, "Assalamualaikum!"
PG pantas mengalihkan pandangannya. Tangan kanannya spontan diangkat saat tersedar Eli sudah menurunkan tingkap bahagian penumpang. Salam Eli dijawab di dalam hati. Bibirnya mengukir senyum namun senyumannya mati. Matanya tidak lagi tertumpu pada Eli sebaliknya pada orang yang duduk di bahagian penumpang. Entah kenapa, detak hatinya terasa lain macam. Meskipun wajah orang di sebelah Eli itu ditutupi dengan hoodie, dia rasa seperti dia mengenali orang itu. Tapi... siapa?

Bersambung ke Pt.2

8 comments:

  1. Bestnyaa.. tempat cheq ni "Muzium Kota Kuala Kedah" bangga satt

    ReplyDelete
  2. Suga ????? hihihi,
    best, tak sangka memula baca rupanya ada kaitan jugk tgk cerpen suga tuuu. so nice....

    ReplyDelete
  3. Besttttt. Sambunggggg

    ReplyDelete
  4. Mula2 baca blur kejap PG ni macam pernah baca je..dkt mana eh...sekali ade nme si Firas...ooo yg kena muntah dengan Dian haritu..hahaha.. Tak sabar nak tunggu macam mana PG pujuk budak bandar ni...huhuhu

    ReplyDelete
  5. Wah...citer PG ngan elin plak...kena ulang balik suga ni

    ReplyDelete
  6. Wah...citer PG ngan elin plak...kena ulang balik suga ni

    ReplyDelete