Thursday, 8 September 2016

[CERPEN] Love, Suga

 "Dian, ada orang tinggal nota dalam buku kau ni."
Dian kalih memandang Amanda yang sedang membelek buku nota miliknya, "Nota apa? Aku yang tulis kot tu."
"Sejak bila kau lekat sticky note dalam buku nota kau sendiri? Siap puji diri sendiri cantik pulak tu!" Sticky note bewarna kuning itu dilekatkan pada tudung Dian.
Dian mengerutkan dahinya sticky note itu ditarik lalu isinya dibaca.
'You look beautiful today. As always...'
Love, Suga
Kerutan dahi Dian makin bertambah. Suga? Sugar? Gula? Siapa?
"Dian, siapa Suga ni?"
Dian jungkit bahu, "Entah. Suga aku tak kenal, sugar aku kenal. Ala, budak-budak kelas nak main-mainkan aku kot."
"Motif budak-budak kelas nak main-mainkan kau?"
"Manalah aku nak tau," Dian senyum senget.
"Ladiesss! Korang nak pergi makan ke?"
"Eh, tak!" Amanda buat muka pada si lelaki yang menegur, "Kau dari mana, Jai?"
"Meeting dengan supervisor. Tunggu aku kejap wei, aku nak join korang makan. Firas tak ada hari ni. Dia ada game. Aku berseorangan, bersendirian..." lelaki yang dipanggil Jai buat muka sedih.
Dian ketawa, "Kuat dramalah kau!"
Jai sengih, "Tunggu tau! Aku nak pergi toilet kejap lepas tu kita pergi kafe."
"Cepat, Jai! Aku lapar ni!"
Jai angkat tangan dan segera berlalu.
"Manda, Firas tu yang mana ek?"
"Wei, kita dah nak habis belajar dah pun kau tak kenal mana satu Firas?"
Dian sengih.
"Firas tu mamat tinggi-tinggi yang selalu dengan Jai tu. Ala, kau panggil dia hantu galah dulu. Waktu kita ada pertandingan debat dulu tu."
Dian kerutkan dahi sebelum dia ketawa, "Oh, mamat hantu galah tu ke. Aku tak tau nama betul dia."
"Firas. Nama dia Firas!"
Dian menjuihkan mulutnya. Hantu galahlah, Firas apanyaaa...


Dian menongkat dagu sambil matanya membaca nota subjek Komunikasi Interpersonal dan sebuah buku rujukan yang diambil dari rak buku. Sesekali tangannya mencatat ayat-ayat penting.
"Gemok, aku tumpang duduk sini boleh?"
Dian laju panggung kepala. Pantang betul aku orang panggil aku gemuk! Taulah badan aku comel! Wajahnya berubah apabila si hantu galah berdiri di depannya, "Tak boleh!"
Firas buat muka, "Tumpang duduk je. Bukan kerusi kau pun. Kerusi library kan?"
"Kau dulu tak belajar bagi salam eh? Panggil orang dengan nama yang elok. Tak belajar eh?"
Firas sengih, "Belajar tapi aku tak rasa nak apply benda tu dengan kau."
Dian merengus, "Pergi tempat lainlah!"
"Kau ni cepat emolah, Gemok!"
Dian laju menutup buku notanya. Bengang! Barang-barangnya laju dikemas sebelum dia berdiri. Buku-buku dan helaian nota dipegang erat sebelum jelingan diberikan pada si Hantu Galah! Kalau bukan kat tempat awam, aku cucuk mata kau dengan pensel mekanikal aku!
Firas buat muka bersahaja. Eleh, jeling-jeling! Ingat aku takut ke?
Dian terus berlalu pergi meninggalkan Firas yang sudah mengambil tempat di meja yang diduduki Dian tadi.
Grrr... tak guna punya Hantu Galah!

"Hantu Galah!"
Satu dewan kuliah terdiam. Firas yang sedang berhujah, turut sama terdiam. Huh?
Amanda yang duduk di sebelah Dian menyiku tangan Dian. Dian ni, taulah tak puas hati bila hujah dia dipangkah habis-habisan dengan Firas tadi tapi agak-agaklah nak mengata si Firas pun. Mikrofon ada depan mulut kot.
Dian pandang Amanda, "What?"
Suaranya yang bergema di seluruh dewan kuliah buat Dian tersedar sendiri. Mikrofon yang ada di depannya ditolak ke meja Ali di sebelahnya. Wajahnya terasa panas. Dia pandang Amanda sekali lagi, "Satu dewan dengar ye? Pasal hantu galah?"
Amanda hela nafas lalu dia mengangguk, "Dian, bergema satu dewan kuliah."
Dian tepuk dahi! Gila Dian! Gila!
Firas yang sedang memandang Dian terus mengukir senyum. Hantu galah, ek? "Cik Dian, boleh saya teruskan dengan penghujahan saya?"
Satu dewan kuliah bergema dengan ketawa. 
Dian buat muka. Kurenggggg punya hantu galah! 
Firas sengih sebelum dia kembali bersuara.
"Sengih-sengih! Apahal kau?" Jai menolak bahu Firas yang sedang tersengih sendiri.
Firas tersentak sedikit sebelum dia sengih lagi lebar, "Sajalah nak sengih. Kau apahal lambat? Penat aku tunggu kat sini."
"Ala, Wana tu... macam kau tak tahu! Kalau jumpa aku, ada banyak benda yang nak dibincangnya."
"Sudahlah kau!" 
"Tadi aku rasa macam aku nampak Dian. Mana dia?"
"Blah dah!"
"Gaduh lagi ke korang ni?"
Firas jungkit bahu, "Minah tulah, emo sangat dengan aku!"
"Adalah kau cakap kat dia tu sampai dia emo."
"Ala, aku panggil dia gemuk aje pun."
"Kau ni, bangang jugak kan? Kau tak tahu ke perempuan anti dengan perkataan gemuk?"
Firas buat muka, "Nak anti apa? Dah itu hakikatnya. Terima jelah seadanya. Dia panggil aku hantu galah, aku tak ada nak emo pun."
"Betullah kau ni bangang!" Jai menggeleng.
Baru Firas nak membalas, ada satu suara menegurnya, "Yo, shooting guard!"
Firas kalih memandang suara yang menegurnya, "Yo, PG!"
"Heya, PG!" Jai angkat tangan.
Lelaki yang dipanggil PG turut sama mengangkat tangan! "Jai Ho!"
Jai ketawa. 
"Petang ni latihan macam biasa," ujar PG pada Firas.
"Tempat? Outdoor ke indoor?" Tanya Firas.
Jai pula terus bermain dengan telefon bimbitnya, membiarkan Firas dan PG berbual-bual. Nak masuk campur, dia tak reti sembang pasal bola keranjang!

Dian meletakkan barang-barangnya di atas meja kafe. Isyarat tangan menandakan dia mahu ke tandas pada Amanda yang sedang membuat perbincangan.
Amanda mengangguk sebelum kembali membuat perbincangan. Baru saja Dian nak melangkah, laluannya dihalang oleh si hantu galah. Dia ke kiri, mamat itu ke kiri. Dia ke kanan, mamat itu pun ikut ke kanan, "Tepilah!"
"Kau tu yang patut ke tepi. Kau sorang dah memenuhi ruang laluan."
Dian buat muka. 
Firas sengih sebelum dia memberi laluan pada Dian, "Sebab aku ni lelaki yang budiman, sila jalan dulu ya, Cik Dian manis."
"Budiman celah gigi!" Rengus Dian, separuh jengkel sebelum dia berlalu. 
Firas senyum sambil dia memandang Dian yang sudah berlalu.
Firas kemudiannya mengambil tempat duduk di sebelah Jai yang sedang membuat perbincangan untuk subjek English for Occupational Purposes. Sempat Firas memberi senyuman pada Amanda yang memandangnya.
Disiku Jai perlahan sebelum dia berbisik, "Lambat lagi ke?"
"Sikit lagi..." ujar Jai tanpa memandang Firas. Sesekali dia mengangguk pada penerangan Hairi yang menjadi ketua kumpulannya.
"Ni buku si Dian ek?" Sekali lagi Firas berbisik di telinga Jai.
"Ye kot!" Balas Jai, keras, "Jangan kacau aku, gila!"
Firas ketawa kecil. Jai... Jai... nak acah-acah seriuslah tu! Firas kemudiannya terus membelek-belek buku nota Dian sebelum dia senyum sendiri. Tulisan comel, secomel badan tuannya.
Jai disebelahnya di siku sebelum dia berbisik, perlahan.
Jai merengus sebelum membalas pendek, "Dalam beg."
Firas sengih sebelum beg Jai diselongkar. Dia kemudiannya ukir senyum. Yes!

Bola di tangannya di-dribble perlahan di atas lantai. Peluh yang meleleh di pipinya, dia lap dengan belakang tangan.
"Firas, peminat-peminat kau dah tergedik-gedik kat hujung sana!" PG yang sedang melunjurkan kakinya, tersengih.
"Apa peminat aku pulak? Peminat kaulah!" Bola di tangannya dicampak pada PG sebelum dia turut sama duduk melunjur di sebelah PG.
"Aku nampak Dian, budak course kau!" Ujar Alif yang tiba-tiba duduk di sebelah Firas selepas selesai latihan slam dunk bersama Aizad.
Firas ketawa, "So?"
"Sajalah nak bagitau."
"Dian tu ek yang panggil kau hantu galah?" Tanya PG, meminta kepastian.
"Dialah," Firas mengangguk, "Dia datang dengan siapa? Kau nampak?"
"Dengan Jai dengan entah siapalah lagi."
Firas mengangguk.
"Dian tu comel jugak, kan? Dia ada boyfriend tak?" Tanya PG tiba-tiba.
"Comel?" Firas kerutkan dahi sebelum dia kalih memandang Dian yang duduk di bangku penonton bersama Jai. Jai yang nampak dia memandang Dian laju mengangkat tangan kepadanya lalu dia membalas perlahan, "Biasa je. Comel lagi awek Aizad tu."
"Hoi, awek orang!" Bahu Firas ditepuk Alif, kuat.
Firas angkat bahu, "Aku puji je, tak bermaksud aku minat awek Aizad tu."
"Habis, kau minat siapa?" PG dan Alif jungkit-jungkit kening.
Firas sengih, "Vanidah Imran. Beauty with brain."
"Aku ingat betullah dia nak sebut nama orang yang dia minat. Hampeh punya, Firas."
"Kau kalau kena baling dengan bola karang, jangan tanya aku kenapa."
Firas ketawa, "Lah, betullah jawapan aku untuk soalan korang tu."
"Malas layan kau!" PG berdiri dan terus berlalu. Alif pun turut berlalu meninggalkan Firas.
Firas ketawa! Tua-tua nak emo. Terpengaruh dengan Dianlah tu!

Firas berjalan perlahan mendekati Jai dan Dian yang sedang duduk berbual, "Jai!"
"Uuu... abang shooting guard!" Jai buat muka teruja, "Dah habis ke practice?"
"Dah," Firas pandang Dian, "Kau turun exercise ye, Mok? Nak bakar lemak ye?"
Dian buat muka. Sabar, Dian. Sabar.
"Ke... kau turun ni sebab nak usha aku main basket?"
Dian pandang Jai, "Kawan kau ni kenapa?"
Jai ketawa. Firas senyum senget.
"Dian!"
Mendengarkan namanya diseru seseorang di belakang Firas, Dian berdiri dan tangannya dilambai-lambai.
Firas kalih ke belakang, "Hai, Amy!"
"Amanda, please!" Amanda sengih, "Kau kacau kawan aku lagi ke?"
Firas sengih tak menjawab, "Jai, jomlah gerak. Nak maghrib dah ni."
Jai mengangguk lalu dia berdiri, "Aku blah dulu, wei."
Dian dan Amanda sama-sama mengangguk. Firas memeluk bahu Jai sebelum dia menarik Jai laju meninggalkan kawasan tempat duduk penonton itu.
"Macam mana kau boleh duduk dengan Jai?" Tanya Amanda, pelik. Dian sebenarnya taklah rapat sangat dengan Jai cuma dua tiga hari ni aje jadi rapat sebab Jai rapat dengan dia semester ni. Itu pun kerana Jai dengan dia banyak kerja kumpulan sekali.
"Tadi waktu nak gerak ke sini, terserempak dengan dia dengan budak-budak lain. Tu boleh duduk dengan dia, lepas tu budak-budak lain gerak pergi tempat lain, tinggal aku dengan dia aje."
"Ooo... Firas kacau kau lagi, ek?"
"Dia tu kenapa, eh? Makin menjadi-jadi perangai tak semengah dia. Ikut aku, nak aje tumbuk muka dia tu."
"Firas tu memang macam tu. Kuat mengusik tapi dia baik."
"Baik celah gigi! Sikit-sikit panggil aku Gemok!"
"Dah kau pun panggil dia hantu galah."
"Aku tak sengaja tau. Aku cuma cakap dalam hati, mana tau mulut aku pun nak tersebut hantu galah. Lagipun kes tu semester lepas tau, tak payahlah nak bawak ke semester ni."
Amanda ketawa, "Dahlah, jom!"
"Jom!" Dian mula berdiri dan mula berjalan bersama Amanda.

Dian membelek buku notanya, mencari nota-nota yang ditulisnya di dalam kelas hari ni. Dalam dia asyik membelek-belek buku notanya, dia tidak sedar ada sehelai kertas kecil yang keluar dari buku notanya.
"Dian, kertaih hang jatuh tu."
Teguran rakan sebiliknya menghentikan gerakan tangannya. Helaian kertas itu diambil lalu isinya dibaca. Wajahnya berubah riak!
'Smile! You look better with it, Dian!"
Love, Suga
"Awat hang?" Bahu Dian ditolak perlahan.
"Mira... aku ada dapat nota misteri sejak akhir-akhir ni."
"Nota misteri? Amboi..."
"Ni salah satunya," nota kecil yang dibaca tadi dihulurkan pada Mira.
"Love, Suga? Suga? Gula ka?"
"Itulah masalahnya. Aku tak tahu siapa Suga ni."
"Secret admirer hang la noh dia ni."
"Entahlah!" Dian mengeluh.
"Manda tak kenai ka sapa Suga ni? Dia kan rapat jugak dengan budak-budak kelaih hangpa."
"Dia tak kenal. Dia tanya aku balik, siapa Suga."
Mira garu kepala, "Trylah siasat, wei!"
"Siasat? Nak siasat macam mana?"
Mira ukir sengih, "Mula-mula kita senaraikan nama budak-budak lelaki dalam kelaih hang."
Dian garu kening, "Tapi aku tak kenal semua budak lelaki kelas aku. Aku kenal dua tiga orang je."
"Manda mana Manda?"
"Mandi."
"Tak apa. Hang tulis dulu nama hat yang hang kenai. Hat lain-lain, kita tanya Manda sat lagi."
Dian mengangguk sebelum sehelai kertas kajang dicapai. Pen biru ditangannya diputar-putar sebelum tangannya menulis nama budak lelaki kelasnya.
1. Jai
2. Hantu Galah
3. Redza
4. ...

Hai, Dian. Sorang je?" Kerusi berhadapan dengan Dian ditarik.
Dian yang sedang menyalin nota panggung kepala. Spontan bibirnya mengukir senyum paksa, "Er... hai. But, who are you?"
Lelaki itu ukir senyum. Comel, "Sorry. Nama I Hazwan tapi you boleh panggil I PG."
"Err... okay." Dian mengerutkan dahinya, "Tapi awak siapa sebenarnya? Saya tak kenal awak."
"You tak kenal I?" PG pura-pura terkejut, "I kapten pasukan bola keranjang kolej. Kawan Firas a.k.a. ..." Tak sempat PG habiskan ayat, bahunya ditepuk seseorang, "Dude!"
"Alif..." PG buat muka. Kenapalah mamat ni kena kacau aku sekarang? "Kau nak apa?"
Alif sengih. Faham sangat dengan reaksi muka PG, "Sorry kacau tapi kita ada emergency."
"Emergency apa?"
"Our shooting guard injured. Sekarang dia ada kat pusat kesihatan."
Wajah PG berubah. Dia bingkas bangun. Dia pandang Dian sekilas, "Sorry, Dian. I've got to go! Lain kali kita sambung sesi perkenalan kita ya?"
Dian senyum nak tak nak. Lain kali? Takkan ada lain kali. 
Sambil dia memerhatikan langkah PG dan Alif yang sudah menjauh, telefon pintarnya yang berbunyi dicapai. 
"Hello?" 
"Dian? Aku ni, Manda."
"Hah, mana kau?! Berjanggut aku tunggu kau."
"Sorry, Dian. Aku teman Jai ni. Dia ada kat pusat kesihatan."
"Jai sakit ke?"
"Jai sihat. Firas yang sakit."
Wajah Dian berubah, "Siapa sakit?"
"Firas. Kaki dia injured."
Dian rasa lidahnya kelu. Kaki Firas injured? Sebab aku... ke? Ya Allah!!

"Macam mana kau ni? Sampai berbalut kaki. Apa cerita wei?"
Firas sengih, "Benda nak jadi."
"Macam mana boleh jadi macam ni?" PG menepuk bahu Firas yang terbaring di atas katil.
"Salah landing. Acah-acah nak jadi hero, sekali terpeleot," jawab Jai sebelum dia ketawa apabila Firas mengangkat penumbuk, acah-acah mahu menumbuknya.
"Acah-acah jadi hero?" Alif kerut dahi.
Jai ketawa manakala si Firas dah buat muka, "Ada budak junior mintak tolong dia selamatkan anak kucing yang dok atas pokok. Dah elok dapat anak kucing, mangkuk hayun ni tak turun elok-elok. Pakai lompat je dari pokok. Nak tunjuk macho konon, sekali silap landing. Allah bayar cash lah sebab niat tu tak betul. Konon nak nampak macho, sekali dapat malu."
"Diamlah, Ajai!"
"Ajai hotak luuu!!" Jai menepuk kaki Firas yang berbalut.
"Argh! Sakit, gila!" Firas tumbuk bahu Jai.
PG ketawa lalu dia menggelengkan kepala, "So, doktor kata apa wei?"
Firas garu kepala, "Aku kena rest dalam dua minggu macam tu tapi itu pun doktor tak bagi aku main basket lagi buat sementara waktu. Aku rasa, korang kena cari shooting guard barulah."
"Seriuslah, wei!" Alif yang sedang duduk, terus berdiri.
"Habis serius dah ni," Firas sengih tawar, "Apa kata kau cuba rekrut Andy, budak yang selalu main basket sorang-sorang sebelah gelanggang kita."
"Nantilah aku try suruh Aizad approach dia," PG mengeluh, "Kenapalah kau nak tunjuk hero depan junior tu?"
Firas ketawa saja. Dia pun menyesal gila cuba berlagak hero di depan budak junior tadi!

Pintu bilik rawatan yang dibuka dari dalam buat Amanda dan Dian serentak mengalihkan pandangan ke arah pintu itu.
Amanda berdiri apabila dia nampak Jai dan PG sama-sama memapah Firas. Dian turut sama berdiri. Kaki Firas yang berbalut itu buat dia diserang serba salah. Aku ke yang buat? Sebab aku ke?
"Eh, Dian...! Bila sampai?" Tegur Jai sebaik saja dia ternampak Dian di sebelah Amanda.
"Baru sampai. Amanda call cakap dia ada kat sini," balas Dian, perlahan. Dia menundukkan wajah, tak berani nak bertentang mata dengan Firas yang tajam memandangnya.
"Ingatkan datang sini sebab nak ambik tips pemakanan dari doktor kat sini," ujar Firas dengan senyum senget di bibir.
Dian laju mengangkat muka! Wajahnya dimasamkan. Sia-sia je aku rasa bersalah! 
"Firas! Kau tengah sakit pun sempat lagi kan? Allah bayar lebih lagi nanti baru kau tau," tegur PG apabila dia lihat wajah Dian berubah. Rasa kesian pulak pada Dian. Dia tak faham sungguh, kenapalah Firas suka sangat mengejek Dian pasal berat badan sebab serasa dia, Dian taklah gemuk pun. Mungkin berisi sikit aje.
Firas hela nafas, "Sorry, Dian!"
Dian bulatkan mata. Hah? Apa dia? "What?! Ulang balik!"
Firas tarik muka, "Jomlah balik, Jai. Aku rasa kaki aku berdenyut-denyut ni."
Jai laju mengangguk, "Yelah. Jom! Alif, kau boleh hantar kita orang kan?"
"Dah kalau bukan aku, siapa lagi?" Ujar Alif sebelum dia menepuk dahi, "Eh, baru aku teringat! Aku kena jumpa SV aku. Kalau korang tunggu kejap, boleh?"
"Tak apalah kalau kau tak boleh, Alif. Jai boleh kot hantar aku naik motor."
"Mangkuk, aku tak beranilah! Kau dengan kaki macam gini."
Firas tepuk bahu Jai sebelum dia memandang PG, "Kau... boleh tolong hantar aku?"
"Aku datang dengan Saif. Aku tak bawak kereta."
"Tak pun, macam ni. Kau bawaklah kereta aku, Jai. Hantar si Firas ni balik dulu. Biar aku naik motor kau balik karang." Cadang Alif, tiba-tiba.
Jai langsung tersengih apabila mendengar cadangan Alif.
Firas tepuk dahi, "Jai tak boleh bawak keretalah, Alif."
"Hah?" Alif buntangkan matanya, "Tua terlajak macam ni tak boleh bawak kereta lagi?"
"Bangang panggil aku tua terlajak! Aku tak berani bawaklah. Lesen ada!"
Alif dan PG sama-sama ketawa. Jai... Jai...
"Guys..." seru Dian perlahan.
Serentak tawa Alif dan PG mati. Firas dan Jai terus pandang Dian.
Dian pandang Amanda. Amanda hela nafas, "Macam nilah, guys! Dian cakap dari korang bergaduh kat sini pasal siapa nak hantar Firas, biar dia je hantar Firas balik rumah. Tapi PG dengan Jai ikut sekalilah!"
Serentak PG, Jai dan Alif tarik nafas lega. Alhamdulillah!
Firas pandang Dian tajam, "Kau betul ke ni, Gemok? Macam ada udang di sebalik batu je..."
"Kau bersyukur je tak boleh ke, hah?! Orang nak tolong hantar pun banyak bunyi!" Balas Dian, geram.
"Bukan banyak bunyi, nak mintak kepastian aje!" Firas ukir senyum, "Terima kasih, ye Cik Dian sayang..."
Dian tunjuk penumbuk pada Firas sebelum dia menarik tangan Amanda keluar dari pusat kesihatan.
Amanda yang ditarik Dian kalih ke belakang, memandang Jai dan Firas, "Tunggu kat pintu depan tau. Nanti kami ambik kat situ."
Firas pandang Jai tiba-tiba, "Jai, beg galas aku kat mana?"
"Ni ada kat aku." 
"Bak kat aku kejap."
"Kenapa?"
"Nak cari barang kejap."
Dahi Jai berkerut namun beg galas itu tetap diberi pada Firas, "Jom pergi farmasi dulu. Ambik ubat kau."
Firas mengangguk saja sebelum mereka berjalan menuju ke farmasi yang terletak berhampiran dengan pintu masuk pusat kesihatan.

Dian memeluk tubuh memerhatikan PG dan Jai yang bersusah-payah memapah Firas masuk ke dalam rumah. 
Amanda di sisinya turut sama memeluk tubuh, "Lepas ni kita hantar PG dengan Jai balik kampuslah, kan?"
Dian mengangguk, "Aah. Kenapa?"
"Lepas hantar dia orang kita balik bilik, ek? Aku letih...! Aku tak larat nak pergi library," Amanda sengih lebar.
"Yelah! Tapi kita pergi cari makan dulu. Aku lapar."
Amanda mengangguk laju.
Jai keluar dari rumah teres berwarna putih itu lalu dia mendekati Dian dan Amanda, "Thanks, Dian!"
Dian mengangguk, "Tak ada hal. Kebetulan aku boleh tolong."
"Tapi macam rare sebab kau tolong Firas," ujar Jai separuh mengusik.
Amanda pandang Dian dengan pandangan mengusik.
"Aku sepak korang dua orang nanti. Aku tolong dia ajelah! Atas dasar kemanusiaan!"
Jai dan Amanda ukir sengih lebar.
Dian tarik muka. 
PG yang baru keluar dari rumah teres itu mendekati mereka bertiga, "Firas cakap thank you."
Dian mengangguk, "Okey. Kalau tak ada apa-apa dah, jom balik kampuslah!"
Mereka bertiga mengangguk sebelum masing-masing meloloskan diri masuk ke dalam kereta Dian.
Dian pula, baru saja dia nak membuka pintu kereta. Ada satu suara menghentikan tangannya.
"Thank you, Gemok! Sayang kau..."
Dian buat muka! Gila punya hantu galah!

"Dian..."
"Hmm...?" Sahut Dian tanpa memandang Amanda di sebelahnya.
"Aku rasa kan... PG suka kaulah."
Dian kerutkan dahi, "Merepek! Motif nak suka aku?"
"Eh, apa yang merepeknya. Aku rasa betullah dia suka kau. Tadi dia minta nombor telefon kau kan? Kau bagi tak?"
"Hmm..."
"Kau bagi? Serius? Yes!!!"
"Apa kau teruja benar ni? Ala, kalau dia mesej ke call ke, tak semestinya aku nak layan, tau?"
Amanda buat muka, "Alaaaa..."
"Apa ala?"
"Dia tu kacak kot. Tinggi pun tinggi. Walaupun bukan Dean List student, dia antara student yang boleh dikira cemerlang kat fakulti dia, tau."
"Maka...?"
"Dian!" Amanda tepuk dahi, "He has a bright future, y'know?"
"Habis orang lain masa depan gelaplah, maksud kau?"
"Susahlah sembang dengan kau, Dian!"
Dian tersenyum.
"Apa-apa pun Dian, aku tetap sokong kalau kau dengan PG walaupun Jai kata dia suka kalau kau dengan Firas."
"Motif Jai nak kenenkan aku dengan Hantu Galah tu?! Kau pun, motif nak kenenkan aku dengan si PG13 tu? Aku kenen kau dengan Jai nanti baru kau tau!"
"Jai dah ada makwelah! Lagipun takkanlah Jai nak pandang aku yang serba sederhana ni?"
Dian ternganga dua saat, "Amanda! Kau suka Jai?!"
Dian sedar riak wajah Amanda berubah sedikit lantas dia ukir senyum. Dalam diam-diam kau, Manda...

Dian memarkirkan kereta Viva miliknya di tempat parkir kereta yang disediakan oleh pihak hostel. Enjin kereta dimatikan selepas dia menutup aircond dan radio keretanya.
Kemudian, dia dan Amanda keluar dari kereta.
"Dian, aku nak pergi beli air kejap. Kau nak?"
"Boleh jugak. Tak nak air gas tau. Nak jus."
Amanda angkat jari menunjukkan tanda okey sebelum dia berlalu ke deretan kedai siswa yang ada di luar pagar hostel.
Dian pula membuka pintu belakang keretanya, ingin mengambil buku rujukan yang diletakkan di tempat duduk belakang.
Saat dia mencapai buku rujukan itu, matanya tertancap pada sehelai post-it-note yang tertampal kemas pada muka depan buku rujukan tersebut.
Dian, kalau hari-hari saya boleh jumpa awak kan bagus?
Love, Suga
Dian ukir senyum dua saat sebelum senyumannya mati dan dahinya berkerut. Kalau Suga lekatkan post-it-note atas buku ni, maksudnya.. tadi Suga naik kereta aku?! Maksudnya... salah seorang daripada mamat tadi adalah Suga?!
Dian terkedu sendiri. Suga... sekereta dengan... aku?!

"Jai..."
Jai yang mendengar namanya diseru sengaja mempercepatkan langkahnya.
"Jai!" Sekali lagi namanya dipanggil. Kuat.
Kaki Jai juga turut sama laju melangkah.
"Zairil Aizuddin!!!"
Mendengarkan nama penuhnya diseru, Jai menghentikan langkah sebelum berpaling memandang gadis yang sedari tadi menyeru namanya, "Eh, Amanda..."
"Kau jangan nak 'Eh, Amanda' dengan aku! Apahal kau lari bila aku panggil nama kau?"
"Mana ada. Bila aku lari?"
"Jaiiiiiii..." Amanda meleretkan suaranya.
Jai mengeluh, "Sorry..."
"Kenapa kau lari? Kau ada buat salah dengan aku, ek?"
"Mana ada! Aku lari sebab aku ingatkan kau nak tanya pasal Suga."
Wajah Amanda berubah, "Maksud kau... kau tau siapa Suga?"
"Kenapa kau panggil aku?" Tanya Jai, mahu mengubah topik perbualan.
"Sebab aku nak tanya pasal Suga."
Jai tepuk dahi! Agak dah... "Apa lagi kau nak tahu pasal dia tu? Aku kan dah pernah cakap aku tak tahu siapa Suga."
"Tipu! Aku tau kau tau siapa Suga sebenarnya."
"Apa pulak tipu! Betullah aku tak tahu siapa Suga."
"Dian dapat nota dari Suga semalam. Nota tu ditampal pada buku rujukan dia yang dia letak dalam kereta di tempat duduk belakang. Dalam kereta semalam kau, PG dan Firas yang duduk kat tempat duduk belakang."
"Maka? Kau nak cakap salah seorang daripada kami Suga? Jangan merepeklah, Manda. Dahlah. Aku dah lambat ni. Jumpa nanti!" Jai angkat tangan, mengucapkan selamat tinggal sebelum dia berpaling mahu berlalu.
"Kau tahu siapa Suga sebenarnya dan kau lari dari aku sebab kau dah janji dengan Suga untuk rahsiakan identiti dia, kan? Susah sangat ke kau nak bagitau aku? Kau kata kau cerita apa-apa aje dengan aku..."
Kata-kata Amanda bagai memakukan kaki Jai pada lantai. Satu keluhan dia lepaskan sebelum dia berpaling ke belakang, "Kalau aku bagitau kau siapa Suga, janji dengan aku kau takkan bagitau Dian? Aku tak nak bagitau tapi aku rasa kau berhak tahu siapa Suga sebenarnya."
Amanda mengangguk, "Aku janji."
"Suga tu sebenarnya..." bisik Jai perlahan.
Wajah Amanda berubah! Dia?!

Wajah tak percaya Amanda dipandang, "Kau okey ke wei? Gaya kau terkejut, macam kau pulak Dian."
"Okey tapi itulah... macam mana dia buat? Dan macam mana kau tahu?"
"Macam mana dia buat, aku tak tau. Macam mana dia boleh tampal nota-nota tu dekat buku Dian, aku tak tau!" Jai menggeleng sebelum dia menyambung, "Aku tau pun kebetulan tapi nantilah aku cerita macam mana."
Amanda mengangguk, "Kau tak tanya dia?"
"Tanya. Berubah jugaklah muka dia. Tak sangka kot aku tau second identity dia."
"So, dia betul suka Dian?"
"Kau tengok sendiri nota yang dia bagi pada Dian. Kau rasa kau boleh tau kot jawapannya."
Amanda hela nafas, "Aku okey je kalau dia dengan Dian tapi... itulah, kalau dia betul suka Dian, be a man. Luahkan direct, bukan pakai nota."
"Maybe dia takut kalau dia luahkan direct, Dian akan reject dia?"
"Kalau Dian reject pun, sekurang-kurangnya dia tau perasaan Dian pada dia. Taklah sakit sangat dok pendam perasaan."
Jai sengih tiba-tiba, "Amboi, macam ada pengalaman."
Amanda ketawa, "Aku cakap je. Kau nasihatlah dia sikit, suruh dia ajak Dian keluar ke? Belanja Dian makan ke? Apa-apa je. Ini tak, menyorok balik nota... tak macho langsung."
Jai mengangguk sebelum kopi ais disedut laju.
"Kalau dia kata dia takut Dian reject, kau cakaplah belum cuba belum tahu. Mana tahu kalau Dian sebenarnya suka dia jugak."
Jai mengangguk sebelum dia memandang Amanda, "Wei..."
"Apa?"
"Kau lepas habis belajar, nak buat apa?"
"Cari kerjalah, bingai! Apa kau ingat aku habis belajar aku nak melepak tanam anggur?"
Jai buat muka, "Selain daripada tulah, gila! Contoh, kahwin ke... travel ke..."
Amanda ketawa, "Aku tak pernah terfikir pun pasal kahwin tapi travel tu memang salah satu impian aku."
Jain mengangguk. Kopi ais disedut lagi.
"Kenapa tanya?"
"Saja." Jai sengih, "Sebab aku cadang nak ajak kau pergi travel. Dalam Malaysia pun cukup dah."
"Berdua je? Jangan merepek, Jai! Kau ingat mak aku nak bagi. Lainlah kau suami aku, lain cerita!" Amanda mencebirkan bibirnya.
Jai sengih lagi lebar, "Kalau macam tu... jom kahwin?"
Amanda yang sedang menyedut teh o ais limau dengan penyedut minuman tersedak. What? Come again?

"PG ajak aku keluar."
Mata Amanda membulat, "So, kau cakap apa? Yes? No?"
"Aku tak bagi jawapan lagi. Tapi entahlah, Manda. Aku... hmm... macam mana kalau aku keluar dengan PG, Suga tak suka?"
"Suga?" Amanda yang sedang berdiri terus duduk di sisi Dian, "Motif kau nak fikirkan pasal mamat tu? Kau suka dia?"
Dian tersenyum tawar, "Macam bodoh kan? Suka dekat orang yang kau tak kenal siapa dan cuma nota dari dia saja yang kau ada. Itu pun dah cukup untuk buat aku jatuh suka."
Amanda hela nafas. Sorry, Dian sebab tak dapat bagitahu kau perkara sebenar, "Tak bodoh pun. Kau nak tau sebab apa?"
Dian angguk sebelum memandang Amanda.
Amanda senyum, "Sebab sekurang-kurangnya kau tahu, suka kau tu berbalas dan bukannya cuma bertepuk sebelah tangan."
Dian ketawa! "Entah dia tu cuma nak main-main je."
"Dian, apa kata..."
"Hmm...?" 
"Apa kata kau keluar je dengan PG. Mana tahu, Suga tu cemburu."
Dian kerutkan dahi, "Macam mana kalau PG tu Suga?"
"Simple, kau sentiasalah cerita pasal Suga. Buat dia luahkan perasaan dia. Cantik tak idea aku?"
Dian garu kepala, "Kalau PG bukan Suga...?"
Amanda sengih, "Kalau PG bukan Suga, kita boleh tengoklah si Hantu Galah kau cemburu."
Dian tarik muka. Apa kaitan dia dengan cerita ni? Ceit!

"Amboi, lawanya cik kak! Nak pi mana ni?" Mira yang baru selesai bersolat memandang Dian yang sedang mengenakan keronsang tudungnya.
"Nak pergi kafelah, Mira."
"Tudiaaa... nak pi kafe pun bergaya sakan."
"Mana ada bergaya. Aku pakai baju biasa je."
Mira sengih, "Saja nak mengusik hang sebab nampak hang macam nervous ja. Hang nak pi dengan siapa ni? Mat Gula tu ka?"
"Mat Gula mana, Mira oiii..." Amanda yang baru masuk ke dalam bilik menepuk bahu Mira.
"Mat Gula tu lah. Ala, yang dok bagi Dian nota-nota cinta tu."
"Suga?!" Serentak Amanda dan Dian memandang Mira.
"Ha, dialah. Suga, gula... lebih kuranglah tu."
Dian sengih sebelum dia membetulkan tudung yang terletak elok di atas kepalanya, "Aku bukan keluar dengan dialah. Dia tu pun aku tak tahu siapa."
"Habis tu dengan siapa?"
Amanda yang duduk di birai katilnya mengukir senyum, "Dia keluar dengan Encik Muhammad Hazwan."
"Siapa tu?!" Mira mengerutkan dahi.
"PG. Kapten team bola keranjang universiti kita."
Mira yang mendengar nama itu disebut, berubah sikit mukanya. PG? "Ooo..."
"Okey! Aku dah siap. Aku nampak okey aje kan?"
Amanda mengangguk. Mira pula mengangkat ibu jari tangan kanannya.
"Aku pergi dulu."
"Elok-elok. Jangan balik lambat!" Pesan Mira sebelum dia melipat telekung yang dia pakai tadi.
Dian ukir senyum dan langsung mengangguk, "Bye, my lovely people!"
Sebaik saja pintu bilik ditutup oleh Dian. Mira memandang Amanda, "Macam mana Dian boleh keluaq dengan PG?"
"Sebab kami syak PG tu Suga."
"Tapi dia bukan Suga."
"Kau tau?"
"Tau apa?" Mira bertanya semula.
"Tau yang PG bukan Suga..."
Mira mengeluh, "Aku dah lama tau dia bukan Suga. Salah satu sebabnya, dia bukan budak kelas hangpa."
Amanda garu kepala, "So kau tahu Suga tu sebenarnya..."
Mira senyum lalu mengangguk, "Firas? Ya, aku tau!"

"Firas, PG telefon ni!" ujar Jai sambil menghulurkan telefon pintar Firas yang sedari tadi berbunyi di ruang tamu. Telefon ada di ruang tamu, tuan punya telefon sedap melepak dalam bilik main gitar.
Firas kerutkan dahi sebelum telefon itu dicapai. Ikon berwarna hijau ditarik sebelum telefon itu dilekapkan di telinganya, "Yo!"
"Yo, Firas!" PG di talian sebelah ketawa, "Kau malam ni tak pergi mana-mana, kan?"
"Tak. Kau nak aku pergi mana dengan kaki aku ni? Pergi kelas pun seksa yang amat."
"Tak adalah! Aku nak pinjam kereta kau, kereta aku masuk bengkel."
"Ha, datanglah rumah ambik!" Ujar Firas, "Kau nak pinjam kereta aku ni... kau nak pergi dating ek?"
"Hahaha!" PG ketawa kuat, "Kau ni...! Tau je. Dian setuju nak keluar makan dengan aku malam ni."
Senyuman yang mekar di bibir Firas mula memudar, "Dian?"
"Yup! Dian. Aku try approach dia. Tak sangka dia punya respon positif."
"Oh, ye ke? Baguslah untuk kau. Eh, kalau kau nak kereta datang jelah rumah."
"Okey. Karang apa-apa aku mesej kau."
"Okey!" Ujar Firas sebelum talian dimatikan. Dia memandang Jai yang sedang bersandar pada dinding, "PG ajak Dian keluar."
Jai hela nafas, "So, kau nak buat apa?"
"Entah! Aku rasa macam aku dah terlambat."
"Belum terlambat lagi tapi kau kena bertindak sekarang. Kalau tidak, kau betul-betul dah terlambat."
Firas hela nafas, "Tapi Dian tak suka aku."
"Kau tahu mana dia tak suka kau? Lagipun, kau punya mulut tu celupar sangat. Sikit-sikit panggil dia Gemok! Mau tak meluat kawan tu dekat kau."
Firas garu kepala, "Dahlah. Aku nak mandi. Karang kalau PG datang, kau bagi ajelah kunci kereta aku dekat dia."
Jai mengangguk sebelum dia bersuara, "Ingat Firas, kau belum terlambat lagi."
Kata-kata Jai buat dia teringat pada peristiwa yang membuatkan dia terkantoi dengan Jai. Dia masih ingat lagi. Sangkanya dia boleh menjadi Suga sampai ke hujung semester tapi tak sangka, dia boleh terkantoi dengan Jai!
"Jai, tolong aku boleh?"
Jai yang sedang menyuap mee kari memandang Firas yang sedang duduk berlunjur.
"Tolong ambikkan ubat aku dalam beg galas aku."
"Beg galas kau yang kau bawak pergi kelas tu ke?"
"Ha, yang tu."
Jai mengangguk sebelum dia berlalu masuk ke bilik tidur mereka berdua.
Dua minit kemudian, Jai keluar dari bilik namun bukan plastik ubat yang ada di tangannya tetapi helaian post-it-note yang sudah siap bertulis.
Firas yang sedang menonton televisyen panggung kepala apabila dia terasa seperti dirinya sedang diperhatikan. Baru dia nak bersuara, lidahnya terasa kelu. Tangan Jai yang sedang memegang post-it-note dipandang sekilas sebelum dia memandang Jai.
Jai pandang Firas yang sudah berubah wajahnya, "Kau..."
Firas hela nafas, "Aku..."
"Kau Suga!" Ujar Jai sebelum dia duduk berhadapan dengan Firas, "Kau kata kau tak kenal Suga. Of courselah kau tak kenal, kau Suga!"
"Aku... aku..."
"Kau Suga, kan?"
Firas garu kepala, "Aku kiranya dah kantoilah ye?"
"Kenapa kau tak mengaku je dulu waktu aku tanya kau? Lagi satu, kenapa Suga?"
"Kalau aku bagitau kau, aku takut kau terberitahu Amanda. Kau kan rapat dengan dia semester ni, "Firas senyum. Post-it-note ditangan Jai ditarik sebelum dibaca sekilas, "Suga. SG, singkatan bagi position aku dalam basket."
"Shooting Guard?"
Firas hela nafas, "Janji dengan aku. Jangan bagitahu dia."
"Tapi..."
"Dia tak perlu tahu lagi siapa aku. Janji dengan aku, Jai. Jangan bagitahu dia."
Jai akhirnya mengangguk, "Sejak bila lagi?"
"Lama dah. Sejak first year lagi."
Jai ternganga. Sejak first year?! "Habis kau nak simpan benda sampai bila?"
"Sampai tiba satu masa yang sesuai." Jawab Firas sebelum dia menghela nafas sekali lagi.

"Kaki kau okey dah?" Amanda memandang Firas yang berdiri di depan pintu bakeri.
"Okey dah sikit tapi sakit tu ada lagi."
Amanda mengangguk, "Kau tunggu siapa ni?"
"Aku tunggu..."
"Manda! Sandwich ayam dah habis!" Ujar Dian tanpa memandang Amanda. Dia kalut menyelongkar beg sandangnya, mencari telefon yang berbunyi sedari tadi. 
Firas jeling Dian sekilas, "Kau cari apa, Mok?"
Tangan Dian spontan berhenti menyelongkar beg sandangnya. Kepala dipanggung, "Hidup lagi kau, Hantu Galah?!"
"Mestilah! Kalau tidak, siapa yang nak menghantui hidup kau?" Firas jungkit-jungkit kening.
"Gila!" Dian menjeling Firas, tajam sebelum dia kembali menyelongkar beg sandangnya. Dalam dia menyelongkar, tanpa sengaja post-it-note yang dia terima pada hari ini terjatuh.
Firas yang kenal dengan kertas itu segera mencapai post-it-note itu, "Hello, Dian! I miss you! Love, Suga!"
Dian tanpa sengaja melepaskan beg sandangnya ke bawah sebelum dia cuba merebut kembali helaian post-it-note yang ada di tangan Firas, "Bagi baliklah!"
"Uuu... ada secret admirer kau, eh?" Usik Firas. Kalaulah kau tau siapa secret admirer kau sebenarnya...
"Bagilah balik, Hantu Galah!"
Firas menggeleng sebelum dia buat muka mengejek. 
Dian merengus. Hantu Galah nilah!
Amanda pula dah tepuk dahi. Sempat lagi bergaduh tu.
Baru Firas nak memasukkan post-it-note itu ke dalam poket seluarnya, ada tangan yang menghalang perbuatannya. PG! "Dude, apa usik Dian aku ni?"
Kertas post-it-note itu diambil dari tangan Firas sebelum dia sengih, "Saya call, awak tak angkat pun."
"Er..." Dian pandang Firas yang dah berubah wajahnya, "Telefon saya simpan dalam beg. Saya cari-cari tak jumpa."
PG senyum, "It's okay. Dah makan?"
Baru Dian nak balas, Firas bersuara dengan nada agak keras, "Amanda, aku blah dulu. Kalau kau jumpa Jai, bagitahu dia aku tunggu dia kat kafe."
Amanda mengangguk. Mak oi, cemburu ke ni? Garangnya!
Firas menepuk sikit bahu PG, "Aku blah dulu!"
PG memandang Firas sebelum mengangguk.
Firas segera berlalu meninggalkan kedai bakeri itu walaupun dia terhincut-hincut. Sakit di kaki dia boleh tahan, tapi sakit di hati, walau tak nampak sangat pedih dan menyakitkan. Jai, aku dah terlambat!
Amanda mengerling Dian yang memandang Firas yang dah berlalu.
"Dian? Awak dengar tak?"
Dian yang ralit memerhatikan Firas tersentak apabila dia disiku Amanda. Spontan, kepalanya dipanggung memandang PG yang tinggi! Mak oi, tinggi! Macam Hantu Galah! "Er... ya?"
PG senyum. Comelnya budak ni, "Saya tanya, awak nak tak lunch dengan saya?"
Dian garu kening. Dia pandang Amanda, "Er... sebenarnya saya..."
"Eh, Dian! Aku lupalah! Aku ada janji dengan abang Master nak buat discussion pasal FYP aku dengan Jai!" Ujar Amanda sambil menepuk dahinya.
"Hah?" Dian tercengang. 
Amanda sengih, "Aku pinjam kereta kau, eh? Aku takut aku balik lambat."
"Habis, aku?"
"Awak balik dengan sayalah. Saya hantar."
"Ha, kau baliklah dengan PG! Please! Pretty, please..." 
Dian kerutkan dahi dan mulutnya dimuncungkan sedikit sebelum kunci kereta yang ada dipoket seluar ditarik keluar, "Fine!"
Kunci kereta Dian bertukar tangan. Amanda sengih lebar, "Thank you, Dian sayang! PG, jaga kawan aku elok-elok! Apa-apa jadi dekat dia, siap kau!"
PG angkat tabik tanda arahan diterima.
Sebaik saja Amanda berlalu, Dian pandang PG, "Jom balik!"
"Eh, tunggulah dulu! Kita lunch dulu?"
"Er... tapi..."
"Jomlah. Saya lapar."
Dian mengeluh lalu dia mengangguk, "Okey!"

Bunyi hiruk-pikuk manusia di kafe itu buat Dian tak selesa. Apatah lagi ada mata-mata sedang memerhatikan dia dengan PG. Aduh, kenapalah tak makan dekat kafe bangunan kuliah tadi? Kenapalah nak kena makan dengan kafe hostel ni? Ni balik bilik ni, haruslah ada surat-surat layang lagi, macam dia terima seminggu lepas sebaik saja berita dia keluar makan malam dengan PG tersebar!
"Awak nak makan apa?"
"Hah? Apa?"
PG senyum, "Awak ni. Suka betul mengelamun."
"Mana ada mengelamun," ujar Dian, perlahan.
PG senyum lagi. Comel! Comel! "Awak nasi campur ke awak nak nasi kukus?"
Dian kerutkan dahi berfikir sebelum dia bersuara semula, "Nasi kukuslah."
PG memandang pelayan yang sedari tadi berdiri di tepi mejanya, "Nasi kukus dua. Ayam, tak nak ayam isi ya. Sambal belacan lebih. Air pulak, ais kosong dua."
Pelayan itu berlalu pergi manakala Dian membulatkan matanya, "Macam mana awak tau..."
"Saya tanya Jai semalam."
"Oh..." Dian mengangguk sebelum dia tersedar sesuatu, "Eh, PG..."
"Ya?"
"Boleh tak bagi semula nota saya yang awak ambik dari Han... eh, Firas tadi?" Dian ukir senyum.
PG kerutkan dahi sebelum dia mengangguk. Nota di dalam poketnya ditarik keluar. Nota bertulis tangan itu dibaca. Hmm... macam pernah tengok tulisan ni! "Siapa Suga ni? Nama pun pelik," ujar PG sebelum meletakkan post-it-note yang berwarna kuning itu pada buku nota Dian.
Dian rasakan senyuman di bibirnya bagaikan kaku. PG ni tengah berlakon ke dia betul-betul tak tahu siapa Suga sebenarnya?
"Hati-hati, Dian. Entah siapa-siapa je dia ni. Takut dia ada niat jahat!" Ucap PG, serius.
"Takkanlah?" Dian rasa senyuman di bibirnya makin pudar.
"We never know. Entah budak psiko mana yang hantar benda-benda ni."
Senyuman Dian langsung mati. Psiko?!
"Kenapa? Awak macam tak suka je saya panggil dia ni psiko?"
"Eh, tak! Mana ada!" Ucap Dian sambil tersenyum. Plastik! 
"Dian..."
"Ya?"
"Saya tau kita baru kenal."
Dian telan liur. O-oh! This is bad! Real bad! 
"Tapi saya rasa saya sukakan awak. Sebelum kita kenal lagi."
Dian rasa badannya seram sejuk! Allah! "Er..."
"Izinkan saya untuk kenal awak dengan lagi rapat."
"Er..."
"Dian, saya nak jadi yang istimewa dalam hidup awak. Boleh?"
Dian rasa tekaknya loya. Tangan kanannya diangkat, "Stop!"
"Huh?"
"Stop! Just stop! Jangan cakap apa-apa lagi! Saya rasa nak muntah!"
Wajah PG berubah! What?
Tak sempat PG bersuara, Dian dah bangun berlari mencari tandas!
PG mengeluh. Geli sangat ke luahan hati aku tadi?

Bola yang berwarna oren di tangannya dibaling pada hoop tanpa perasaan. Bola lain di kakinya dicapai sebelum bola tersebut dibaling lagi pada hoop cuma kali ini balingannya lebih kuat dari tadi!
Aizad yang baru tiba di gelanggang bola keranjang mengerutkan dahinya. Apahal gaya macam nak lepas geram aje ni? Jai yang duduk di kerusi penonton didekati, "Jai!"
Jai pandang Aizad sebelum tangannya diangkat sebelah, "Yosh!"
"Mamat tu apahal? Gaya semacam je shoot bola tu."
Jai sengih, "Jiwa kacaulah dia."
"Jiwa kacau? Apahal?"
Jai jungkit bahu, konon tak tahu. "Dia ajak aku datang sini. Tadi dia kata nak lepas geram sebab dah lama tak main basket."
"Gaya macam lepas geram sebab lain je."
Jai sengih. Memang sebab lain pun.
Aizad bangkit dari duduknya lalu dia mendekati Firas yang sudah terduduk di tengah-tengah court, "Yo, Suga!"
Firas kalih memandang Aizad. Bibirnya mengukir senyum tawar sebelum tangannya diangkat.
"Kau apahal? Ada masalah ke?"
Firas menggeleng, "Tak adalah. Saja lepas geram."
Aizad senyum, "Bukan setahun dua aku kenal kau, Firas!"
Firas senyum hambar, "Ada practice ke petang ni?"
"Shootaround je," balas Aizad, "Eh, kau tau cerita tak?"
"Cerita apa?"
"PG tengahari tadi acah-acah nak jadi mat romeo, konon nak luahkan perasaan pada Dian tapi lain jadinya."
"Kenapa?"
"PG kata Dian berlari ke tandas lepas dia luahkan perasaan."
Erk? Firas kerutkan dahi. Dia bertanya lagi, "Kenapa?"
"Dian muntah!"
Firas rasa nak ketawa. Dia rasa nak ketawa kuat-kuat. Dian muntah?! Kahkahkah! "Kira PG kena rejectlah, ye?"
"Kena reject apanya! Dian mintak PG masa untuk fikir pasal luahan hati dia."
Rasa ingin ketawa Firas tadi terus mati. Wajahnya yang tadi berseri terus kelam.
"Shooting guard!" Satu suara menyerunya dari belakang buat dia dan Aizad sama-sama kalih ke belakang. PG!
"Amboi, berseri muka!" Usik Aizad sebaik saja PG mendekati mereka berdua.
"Mana ada..." PG sengih sebelum dia duduk berdepan dengan Aizad, "Lagipun, dia tak bagi jawapan lagi. Tapi aku harap jawapan dia positiflah."
Aizad senyum, "InsyaAllah. Merasa aku nasi minyak lepas habis belajar nanti."
PG ketawa besar, "Tadi waktu dia berlari ke tandas sebab nak muntah tu, aku ingat dia dah reject aku dah! Nasib baik dia minta masa untuk berfikir, so aku rasa aku masih ada peluang tapi..."
"Tapi apa pulak?" Tanya Aizad.
"Entahlah. Aku rasa dia suka orang yang hantar nota-nota kat dia."
"Nota? Nota apa?"
"Entah! Nota ayat-ayat manis."
"Siapa yang hantar nota tu?"
PG kerutkan dahi, berfikir, "Suga."
"Siapa?" Tanya Aizad sekali lagi.
"Suga! Bawah nota tu ada si pengirimnya tulis Love, Suga."
Aizad kalih memandang Firas yang sudah berjalan terhincut-hincut mendekati tempat duduk Jai. Firas?
"Eh, Firas! Kau nak pergi mana?" Tanya PG bila menyedari yang Firas sudah pun berjalan mendekati Jai.
Firas berpaling. Bibirnya terukir senyum, "Baliklah! Korang ada practice kan kejap lagi? Takkan aku nak menyibuk."
"Ala, shootaround aje pun! Lepaklah!" Ujar PG.
Firas menggeleng, "Lain kalilah kot! Aku nak submit draf awal tesis esok! Takut tak siap, mampus aku!" 
PG ketawa lalu mengangguk. Tangan kanannya diangkat.
Aizad pandang Firas.
Firas pandang Aizad. Dia ukir senyum. 
Aizad rasa telefon jenama Nokia yang ada di dalam poket seluar treknya bergetar. Nama Firas terpampang di skrin.
Don't tell him!
Aizad menghela nafas. Benar telahannya. Firas tu Suga!

Firas yang baru selesai solat terkejut apabila melihat Aizad yang duduk bersila di atas katilnya saat dia berpaling ke belakang.
Aizad senyum, "Suga..."
Firas berdiri. Kerusi yang dia gunakan untuk bersolat tadi dia letakkan di tepi dinding. Sejadah yang digunakan, dicapai dan dilipat dua, "Berapa lama kau peratikan aku?"
"Baru lagi."
"Sampai ke sini kau cari aku."
"Dah aku Whatsapp kau tak reply pun. Kasi blue tick aje! Kecewa aku tau!"
Firas sengih sebelum dia mendekati Aizad, "So..."
"So..." Aizad leretkan suara, "Kau nak cerita apa-apa dekat aku?"
Firas geleng.
"Suga!"
Firas bersandar pada dinding. Nafasnya dihela perlahan. Suga itu nama yang diberi Aizad sewaktu mereka sama-sama terpilih memasuki pasukan bola keranjang sekolah. Lima tahun dia pakai nama Suga. Masuk matrikulasi, nama Suga tak lagi kedengaran. Aizad terlepas ke kolej matrikulasi di Perak. Dia pula, terlepas ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Nama Suga terus tenggelam. Masuk universiti, tak disangka jodohnya bersama Aizad panjang. Waktu awal-awal semester tahun satu saja Aizad memanggilnya Suga sebelum Aizad menukar panggilan namanya dari Suga pada Firas. Semuanya gara-gara orang ingat Aizad gay, asyik panggil Firas dengan nama Sugar (Gula).
"Kenapa aku tak tau pun kau suka Dian?"
Firas yang mengelamun terus ukir senyum, "Hal hati, bro! Takkan nak dicanang-canang."
Aizad sengih, "Siapa lagi tahu?"
"Jai."
Aizad mengangguk, "Waktu PG sebut Love, Suga tu aku rasa macam, eh... macam kenal je. Sekali tengok kau dah blah. Aku pun mula syak Suga Dian tu kau. Sekali kau hantar mesej jangan bagitahu PG. Betul rupanya kau!"
"Aku sebenarnya guna nama Suga sebab orang tak kenal aku dengan nama Suga. Tapi..." Firas kerling Aizad di sebelahnya, "Aku lupa mangkuk ayun yang bagi nama tu dekat aku satu universiti dengan aku."
Aizad buat muka, "Ceh!"
Firas sengih.
Aizad pandang Firas, "Kau nak buat apa wei? PG dah mula mengayat Dian."
"Buat apa? Buat tak tau ajelah. Aku ni tak ada apa nak bagi Dian tu. Betul, aku suka dia tapi dia suka ke dekat aku? Haruslah tak. Lagi satu, antara aku dengan PG, PG tu lagi sesuai dengan Dian."
"Apasal pulak?"
"PG tu anak loaded! Keluar-keluar universiti mesti terus kerja dengan bapak dia. Aku? Masa depan aku ni macam samar-samar aje ni. Entah-entah, waktu korang konvo aku dok mengulang paper."
"Kau? Mengulang paper? Pigi dah! Result punya mantap! Tiap-tiap semester pointer cecah 3.00 walaupun tak dekan."
Firas ketawa, "Tapi aku serius wei! Walaupun result bagus, tak semestinya aku akan dapat kerja terus. Macam mana aku nak 'ikat' Dian kalau diri aku sendiri pun aku tak dapat nak tanggung?"
"Habis? Kau nak biar je PG tu mengorat Dian?"
"Biar ajelah. Kalau ada jodoh aku dengan Dian nanti-nanti, Alhamdulillah. Kalau tak ada, aku redha."
"Kenapa kau suka Dian? Bukan kau suka kutuk dia ke? Panggil Gemoklah apalah."
Firas senyum, "Entah. Sebab pipi dia kot. Kan pipi dia kan tembam-tembam gitu? Macam tupai. Comel je."
Aizad kerutkan dahi, "Sebab pipi je?"
Firas sengih tak jawab.

"Guys! Listen! Listen!" Amin, ketua kelas mereka menepuk tangannya berkali-kali, mahu menarik perhatian rakan-rakan sekelasnya yang sedang sibuk berbual.
Seisi kelas senyap lalu mereka semua memandang Amin.
"Apahal ni, wei?" Jai bertanya.
"Nak cakap pasal dinner," usai Amin berkata-kata, kelas kembali hingar. Dah terdengar yang di sebelah sana cakap pasal nak cari baju lawa, yang di sebelah sini cakap pasal tak ada duit nak bayar duit dinner.
"Hoi! Senyap!" Amin menjerit. Geram! 
Seisi kelas senyap semula.
Amin hela nafas, "Aku nak bagitau, bayaran dinner kita kali ni cuma lima puluh ringgit je. Tak mahal macam yang sebelum ni."
"Mahal jugak..." sampuk satu suara di bahagian belakang.
"Dinner ni wajib ke kita pergi?"
"Tak wajib tapi korang tak nak ke kita spend time sama-sama? Kita ni tak lama nak habis belajar dah, masing-masing nak pergi Latihan Industri lepas ni. Lepas tu semua berterabur. Sorang ke utara, sorang ke selatan."
Seisi kelas senyap. Ada yang menganggukkan kepala tanda setuju. Ada yang mengerutkan dahi.
Jai tiba-tiba berdiri, "Ehem! Aku ada benda nak cakap ni."
Serentak, satu kelas berpaling memandang Jai.
Jai sengih, "Firas kata kalau satu kelas pergi dinner, Firas nak buat persembahan khas untuk kita semua."
Wajah budak-budak perempuan kelas itu mula menguntum senyum. Wajah mereka turut nampak berseri-seri. Amboi, over!
"Kau confident aje kan Firas setuju dengan rancangan kau ni!" Daniel menyiku Jai.
"Aku kenallah Firas! Mungkinlah dia akan mencarut dua hari tiga malam dekat aku tapi aku tahu dia takkan menolak!" Jai jungkit-jungkit kening.
Di sudut lain, Amanda menyiku Dian yang sedang mendengar lagu.
"Kenapa?" Dian tarik earphone di telinganya.
"Dengar tak?"
"Dengar apa?" Dian pandang Amanda sekilas.
"Jai kata Firas nak buat persembahan waktu dinner nanti."
"Apa kaitan dengan aku?" Dian buat muka.
"Memanglah tak berkaitan tapi aku rasa excited nak tengok dia buat persembahan."
"Motif?"
Amanda menyembunyikan senyum. Haruslah aku excited, mesti dia tujukan persembahan dia tu untuk kau.

"Kau dah gila ke, bangang?"
Jai sengih tak bersalah, "Apanya?"
Firas mencampakkan bantal bulat yang berwarna oren seperti bola keranjang pada Jai, "Bangang! Bangang!"
"Hoi, relakslah!"
Aizad ketawa apabila Jai mencampakkan bantal itu kembali pada Firas.
"Kau nak suruh aku buat persembahan apa? Silap mata? Menari zapin?"
"Menari macam K-Pop okey jugak, kan Aizad?"
Aizad angkat kedua belah tangannya, "Jangan libatkan aku, oi!"
Firas tarik muka, "Bangang!"
Jai senyum, "Apa kata kau luahkan perasaan kau untuk Dian dengan lagu? Maksud aku, kau menyanyi."
"Menyanyi? Jangan merepeklah, gila! Boleh ribut malam dinner tu kalau aku menyanyi."
Jai dan Aizad dah ketawa.
"Dahlah! Aku tak nak pergi dinner tu!"
"Eh, kau jangan merepek! Aku dah bayar duit dinner."
"Jai..."
"Firas..."
"Suga..." panggil Aizad, "Ini peluang kau untuk luahkan perasaan kau pada Dian."
Jai dah tersengih-sengih, "Aku setuju. Ini peluang kau!"
Firas hela nafas, "Fine! Tapi aku tak tahu nak nyanyi lagu apa."
Jai dan Aizad masing-masing ukir senyum macam kambing, "Anuar Zain, Lelaki ini!"
Firas tarik muka, "Korang memang dah rancang kan benda ni?"
Jai dan Aizad sama-sama mengangguk. Aizad siku Jai. Jai sengih  lantas dia mula menyanyi, "Lelaki ini yang selalu mencintaaaaaamu..... selaluuuuu.... tanpa raguuu..."
"Aku pun tanpa ragu-ragu rasa nak tampar kau!" Firas menunjukkan penumbuknya pada Jai.
"Dah! Dah! Aku tahu lagu apa yang sesuai untuk kau menyanyi malam tu."
Serentak Firas dan Jai memandang Aizad, "Lagu apa?"
"Pemuja Rahasia, Sheila on 7."
"Kena! Kena sangat dengan mamat ni!"
"Macam mana lagunya?"
Aizad mengeluarkan telefon pintarnya. Senarai main lagu dibuka. Lagu Pemuja Rahasia dipilih sebelum butang main ditekan.
"Part na... na... na... na... tu siapa nak nyanyi?" Tanya Firas.
"Kaulah!" Jai sengih.
Firas ukir senyum jahat, "Kau tarik aku menyanyi, aku kena tarik kau dengan budak lain join aku!"
Jai buat muka bersahaja, "Aku tak kisah sangat. Ala, setakat na na na na, petik jari je wei!"
"Fine! Kau back-up singer aku! Tak ada kompromi."
"Kau join jugak kan?" Jai pandang Aizad.
"Kaitan pulak aku dengan dinner course korang. Aku bukan satu course dengan korang!" Aizad sengih sambil jungkit-jungkit kening.
Firas pandang Jai, "Aku nak kau pujuk Red, Amin dengan Daniel join. Kalau tak cukup, aku tak nak buat persembahan."
Jai buat muka, "Ala, setakat pujuk budak-budak tu. Tak ada masalahlah, oi!"
Mereka bertiga kemudiannya fokus pada lagu Pemuja Rahasia yang masih berkumandang kuat di dalam bilik Firas. Dalam hati, Firas berharap sangat yang Dian tahu yang lagu ni ditujukan untuknya!

"Oi, Gemok!" 
Dian yang baru selesai mendaftar menghela nafas lantas dia berpaling ke belakang. Keningnya dijungkit sikit, "Apa kau?"
Firas senyum, "Lawa malam ni."
Dian menjeling, "Aku hari-hari lawa!"
"Perghh, riak!" Firas ketawa, "Tapi lepas ni jangan pakai baju macam ni lagi, ya?"
"Tu nak kata aku gemuklah tu!" Dian dah berura-ura nak berlalu. Ingat dah lama tak mengusik tu sebab insaf.
"Mana..." Firas senyum nakal, "Kalau kau nak pakai lagi baju ni, pakai waktu majlis walimah kita, ya? Baru cun!"
Dian bulatkan mata. Buku program majlis dilibas pada lengan Firas, "Siapa nak kahwin dengan Hantu Galah macan kau?!" Sempat dia mencebik sebelum berlalu masuk ke dalam dewan. Gila punya Hantu Galah!
Di dalam dewan, Dian meneliti dirinya. Amanda yang baru masuk ke dalam dewan, menyiku Dian, "Kenapa?"
"Aku nampak pelik ke, Manda?"
Amanda geleng, "Taklah. Lawa je."
"Tak nampak gemuk?"
"Mana ada. Lawalah. Kenapa? Firas panggil kau gemuk lagi ek?"
Dian menggeleng, "Tak pun."
"Dah tu?"
Dian diam lantas dia menggeleng, "Tak ada apa-apalah. Jom pergi kat meja. Si Laila dengan Hani dah terlambai-lambai tu."
Amanda mengangguk lantas mereka beriringan mendekati meja yang diduduki Laila, Hani dan rakan-rakan mereka yang lain.
"Handsomenya..." Ujar Aina tiba-tiba.
Dian dan Amanda lantas berpaling ke belakang, mahu melihat siapa yang Aina puji handsome tu.
Laila di sisi Aina buat muka, "Tak payah tengoklah, wei! Siapa lagi yang dia puji handsome kalau bukan si Redza tu."
"Redza tu tak ada girlfriend ke? Dari tahun satu sampai tahun empat, tak ada langsung gosip pasal dia. Macam si Jai tu, ada gosip dengan budak senior waktu tahun dua. Firas pulak kena gosip pasal gay dengan kawan basket dia tu. Si Aizad ke siapa entah!" Ujar Lisa sebelum meneguk air.
Dian yang mendengar terus menyampuk, "Gay? Si Hantu Galah tu?"
"Aah!" Hani mengiakan, "Sebabnya si Aizad tu dok panggil Firas tu sugar, sugar... orang pun kata dia orang tu gay. Nak-nak pulak Firas dengan Aizad tak ada awek. Lagi orang ingat dia orang tu gay."
Wajah Dian berubah sedikit. Sugar?
"Kenapa aku tak pernah dengar pun gosip pasal Firas tu gay?" Laila jungkit-jungkit kening.
"Eh, Jemah! Takkan kau tak tau kot?" Ujar Lisa, berseloroh sebelum dia ketawa.
Laila mencebik sebelum dia menggamit Firas yang baru mahu melabuhkan punggung di kerusi meja sebelah, "Firas!"
Firas mendekati meja Laila, "Yes, anything...?"
"Aku nak tanya ni tapi jangan marah."
"Tanyalah."
Laila sengih, "Kau tak ada suka sesiapa ke, wei? Asyik berkepit dengan Jai je. Ke korang ni..." Laila naikkan jari telunjuknya lalu didekatkan, buat isyarat seperti mereka itu pasangan.
Firas ketawa, "Gilalah! Takkanlah aku dengan Jai! Jai tu dah ada yang punya cuma tak heboh je."
Mata Laila terbuntang luas, "Serius? Budak uni kita ke? Kena siasat ni!"
Amanda jeling Firas.
Firas ketawa lagi kuat! 
Laila menongkat dagu memandang Firas, "So... kau tak ada suka sesiapa ke?"
"Ada!" Firas mengangguk.
"Siapa?" Serentak Hani, Laila dan Lisa bertanya.
Firas senyum lalu dia memandang Dian, "Mok, kau tak nak tahu ke siapa aku suka?"
Dian buat muka, "Tak hingin aku nak tahu!"
"Wei, siapa?!"
Firas sengih. Baru dia nak menjawab, suara pengacara majlis yang menyuruh para pelajar duduk di tempat masing-masing buat Firas mengangkat tangan sebelum berlalu, "Later, girls!"
Laila mengerutkan dahinya, "Mangkuklah emcee ni!"
Amanda dan Dian pantas ketawa. Tiba-tiba emcee yang salah...

"Dian!"
Dian yang sedang meneguk air memandang Laila. Keningnya dijungkit.
Laila sengih, "Betul ke kau dengan PG sekarang ni?"
Uhuk! Dian tersedak!
Amanda yang sedang berbual dengan Hani laju menepuk belakang Dian.
Laila sengih, "Sorry, wei! Tak sangka kau nak tersedak sampai gitu sekali!"
Dian berdehem sikit, mahu menghilangkan rasa perit di tekaknya, "Tiba-tiba sangat soalan kau tu."
"Aku pun nak tanya jugak tapi aku takut kau cepuk aku, Dian!" Ujar Lisa, tiba-tiba.
Spontan pecah ketawa di meja itu. 
Dian yang turut ketawa, "Macamlah aku jahat sangat nak cepuk kau. Aku dengan PG tu tak ada apa-apa. Kawan je."
"Tapi dia handsome ooo..."
"Aina, please! Handsome tu bukan boleh kasi kau makan, tau?" Hani menjulingkan matanya.
"Dengar cerita PG tu dah luahkan perasaan dia dekat kau. Betul ke?" Laila dah keluar aura-aura Mak Jemah.
Dian senyum lalu dia mengangguk, "Tapi aku tak bolehlah dengan dia. Macam something wrong somewhere!"
Laila nak bertanya lagi namun suara pengacara majlis, sekali lagi membantutkan niatnya.
"Persembahan yang seterusnya, kita mempersilakan Firas and The Boys dengan lagu mereka Pemuja Rahasia!"
Serentak dari itu, tepukan gemuruh mula kedengaran dalam seisi dewan. Geng budak-budak lelaki dah bersiul-siul sebaik sahaja Jai, Redza dan Amin naik ke atas pentas.
"Mak oi, macam kugiran!" Amanda ketawa apabila melihat Jai, Redza dan Amin memakai baju ala-ala kumpulan kugiran. Baju kemeja putih, bow tie siap berkaca mata hitam!
Seisi dewan ketawa saat melihat Jai kalut membetulkan mikrofon stand sambil sesekali dia mengelap peluh di dahinya. Mak, cheq nervous!
Amin pula rasa mukanya panas. Kerja gila kau buat ni, Amin! Rasa segan pada junior-junior dan para pensyarah makin menebal. Presiden Kelab Kimia yang orang panggil nerd malam ni jadi ahli musik! Aduh!
Redza, selamba saja. Tiada segan dalam hati. Sesekali dia melemparkan senyuman ala lelaki buaya darat pada penonton-penonton di bawah.
"Mana Firasnya? Aku teruja nak dengar dia menyanyi ni!" Ujar Laila, teruja.
Amanda pandang Dian yang sedang meneguk air, "Nervous tak?"
"Motif nak nervous?"
"Manalah tahu. Hantu Galah kesayangan kau nak menyanyi."
Dian tarik muka, "Euww..."
"Kak Dian?"
Dian yang mendengar namanya dipanggil berpaling ke belakang, "Ya?"
Si junior tahun dua senyum, "Ini ada orang bagi."
Wajah Dian berubah melihat post-it-note yang dihulurkan padanya, "Er... siapa bagi ni?"
"Tak tahu. Tadi waiter tu letak kat meja kita orang. Ada nama akak," ujar si junior.
Post-it-note dicapai sebelum dia tersenyum pada si junior, "Terima kasih, Nia."
"Sama-sama, kak!"
Dian membaca nota itu. Serentak dengan itu, kedengaran suara-suara dari atas pentas. Dian laju mengangkat muka. Firas sedang berdiri memegang mikrofon. Bibirnya mengukir senyum manis. Suara Jai, Amin dan Redza mula berkumandang dalam dewan. The show has began!
Dian baca kembali nota di tangannya.
Dian,
The song is for you!
Love, Suga
Na Na Na, Na Na Na Na
Ku awali hariku dengan mendoakanmu agar kau slalu sehat dan bahagia disana
Sebelum kau melupakanku lebih jauh, sebelum kau meninggalkanku lebih jauh
Ku tak pernah berharap kau kan merindukan keberadaanku, yang menyedihkan ini
Ku hanya ingin bila kau melihatku kapanpun, dimanapun hatimu kan berkata seperti ini
Pria inilah yang jatuh hati padamu
Pria inilah yang kan slalu memuja mu
"Aha Yeah Aha Yeah", begitu para rapper coba menghiburku
Dian panggung kepala sekali lagi. Dia? Dia Suga?
"Dian!" Amanda tiba-tiba memegang tangan Dian.
Dian kalih memandang Amanda.
"Dia tengah meluahkan perasaan dia pada kau. Dia hampir give up bila tau PG mula rapat dengan kau"
Dian rasa badannya seram sejuk. Dengan nada yang tertahan dia bertanya, "Suga?"
"Shooting Guard! Position dia dalam basket."
Dian rasa matanya panas. Dengan lagu yang berkumandang buat dia rasa sebak! "I need an explanation."
"Kau boleh tanya dia, lepas ni!"
Dian hela nafas. Minda dia masih celaru tapi pandangan mata Firas pada dia buat dia tahu satu benda. Firas adalah Suga!

Na Na Na, Na Na Na Na
Ku awali hariku dengan mendoakanmu agar kau slalu sehat dan bahagia disana
Sebelum kau melupakanku lebih jauh, sebelum kau meninggalkanku lebih jauh
Ku tak pernah berharap kau kan merindukan keberadaanku, yang menyedihkan ini
Ku hanya ingin bila kau melihatku kapanpun, dimanapun hatimu kan berkata seperti ini
Pria inilah yang jatuh hati padamu
Pria inilah yang kan slalu memuja mu
"Aha Yeah Aha Yeah", begitu para rapper coba menghiburku
Na Na Na, Na Na Na Na
Akulah orang yang selalu menaruh bunga dan menuliskan cinta diatas meja kerjamu
Akulah orang yang kan slalu mengawasi mu, 
Menikmati indahmu dari sisi gelapku
Dan biarkan aku jadi pemujamu, jangan pernah hiraukan perasaan hatiku
Tenanglah, tenang pujaan hatiku sayang
Aku takkan sampai hati bila menyentuh mu
Mungkin kau takkan pernah tau, betapa mudahnya kau tuk di kagumi
Mungkin kau takkan pernah sadar, betapa mudahnya kau tuk di cintai
Akulah orang yang akan selalu memujamu
Akulah orang yang akan selalu mengintaimu
Akulah orang yang akan selalu memujamu
Akulah orang yang akan selalu mengintaimu
Karena hanya dengan perasaan rinduku yang dalam padamu, ku pertahankan hidup
Maka hanya dengan jejak-jejak hatimu, ada arti ku telusuri hidup ini
Selamanya hanya ku bisa memujamu
Selamanya hanya ku bisa merindukanmu
Ooooo...

"Pergh! Cair aku tengok Firas menyanyi. Walaupun suara tak best mana, tapi dia punya jiwa tu sampai!" Komen Hani usai Firas selesai menyanyi.
"Tapi budak-budak penyanyi latar tu paling best sekali, gaya sebiji sama. Tepuk tangan pun ikut tempo. Dasyat!" Ujar Aina pula.
"Tapi kan wei..." Laila mengetuk dagu tiba-tiba.
"Apa?" Tanya Lisa, laju sebelum dia menyuap ayam bakar ke dalam mulutnya. Erm... bolehlah. Sedap ayam bakar Gulp Kafe lagi!
"Lagu Firas tu... dia macam tujukan untuk someone, kan?"
Amanda senyum. Dian di sebelahnya dipandang sekilas. Someone tu dah tersampuk bisu dah Laila oi...
"Dian..." Hani tiba-tiba mencuit lengan Dian.
Dian yang sedang mengelamun tersentak sikit sebelum memandang Hani, "Ya...?"
"Aku tak taulah kau perasan ke tidak..." bisik Hani sambil sesekali dia melirik pada Laila yang masih bergosip pasal Firas-tuju-lagu-dekat-siapa-entah!
"Perasan apa?"
"Firas menyanyi tadi dia asyik pandang kau."
"Mana ada!" Laju Dian menafikan, "Dia pandang orang belakang akulah, Hani!"
"Dian, belakang kau Rajesh! Takkanlah Firas tu jadi pemuja rahsia si Rajesh pulak!" Hani menggelengkan kepala, "Aku rasa dia suka kaulah, Dian."
"Suka apanya? Takkanlah dia suka perempuan yang dia dok ejek Gemok ni!"
"Mungkin dia ejek sebab dia suka?"
Dian ketawa, "Kalau betul suka, kena luah. Bukan ejek aku!"
"Tapi aku suka ejek kau!" 
Dian terdiam bila ada suara berbisik di telinganya. Dia berpaling ke kanan dengan laju!
Firas yang tadi menunduk dah berdiri tegak. Dia sengih! Laju sangat kalihnya, nasib baik tak tercium...!
"Kau!" Dian berdiri! "We need to talk!"
Firas mengangguk, "Sure! Nak cakap pasal apa?"
Dian menyeluk tas tangannya, mencari nota yang diterima tadi tapi tak sempat dia bawa keluar nota itu, nama Firas diseru dari meja lain!
"Firas! Sini hoi!"
Firas berpaling pada mereka yang menyeru lalu dia mengangkat tangan sebelum dia berpaling pada Dian, "Kita cakap nanti, ya?"
"Tapi...!"
"Later, Mok!" Firas sengih sebelum berlalu pergi.
Dian mengetap bibir! Eiiii...!

Keadaan dewan banquet hotel itu semakin hingar. Di sana sini, kedengaran bunyi orang mengambil gambar. Sesekali kedengaran bunyi ketawa. 
Dian mengerling jam di tangannya. Majlis dah nak habis! Bila nak bercakapnya? Dian merengus! Dia memandang Firas yang sedang berbual dengan geng-geng lelaki. Tanpa memberitahu Amanda, dia berlalu, mahu menghampiri Firas! Dia nak dengan penjelasan dari Firas, sekarang jugak!"
"Seniors, tangkap gambar ramai-ramai!" Satu suara dari atas pentas berkumandang.
Dian tinggal beberapa langkah saja lagi sebelum menghampiri Firas saat Amanda menarik tangannya, "Eh, Manda..."
"Jom ambik gambar! Kenang-kenangan!" Ujar Amanda, teruja.
Dian turuti jua langkah Amanda. Sempat dia berpaling memandang Firas tapi Hantu Galah tu dah hilang entah ke mana.
"Yang pendek depan, yang tinggi belakang!" Suara Amin di bawah pentas buat semua orang kalut mencari tempat masing-masing.
Dian yang tadi ditarik Amanda, terpinga-pinga seorang diri apabila Amanda tiba-tiba saja pergi ke barisan hadapan. Baru dia nak ikut jejak Amanda, lengan baju kurungnya ditarik dari belah kiri. Dia lantas berpaling.
"Nak pergi mana?"
Dian hilang kata-kata. Orang yang dia cari tadi dah ada depan mata.
Firas jungkit kening, "Mok...?"
Sebaik saja Firas menyebut nama panggilan yang tidak dia gemari itu, dia terus buat muka bengis, "Kau apahal tarik lengan baju aku?!"
"Saja! Tadi kau cari aku, eh?" Firas senyum.
"Eiii, tak kuasa!" Dian nak berlalu namun lengan bajunya masih lagi dipegang Firas, "Lepaslah!"
"Tak nak!" Firas senyum mengejek!
Dia nak rentap tapi takut bajunya rosak! Baju baru oi! Dahlah cantik. Rosak nanti, menangis tak berlagulah jawabnya!
"Dian! Firas! Tengok depan!"
Serentak mereka berdua berpaling ke depan manakala yang lain dah berpaling ke belakang mahu melihat Dian dan Firas.
Klik! Si jurugambar sengih! "Cantik! One more! Semua pandang depan ek? Jangan pandang pasangan kat belakang tu!"
Dian mengerutkan dahi. Jurugambar tu macam...
"Tu kawan baik aku. Sejak sekolah. Kalau kau nak tahulah..." tiba-tiba ada satu suara berbisik di telinganya.
Dian pandang si Hantu Galah, "Ei... kau ni..."
Firas senyum pandang Dian, "Dian, aku suka kau!"
Dian terdiam. Erk! Apa?
Klik! Aizad sengih! Dia berdehem sikit sebelum bersuara, "Dian! Firas! Tengok depan, bukan tengok sesama sendiri."
Yang lain dah berbisik sesama sendiri, bergosip!
Dian tersedar lantas dia berpaling ke hadapan. Firas pula senyum, "Dah lama. Sejak kita first year lagi. Aku suka kau kali pertama bila nampak kau kena denda makan pisang waktu minggu orientasi. Kan kau kantoi makan pisang waktu pegawai HEPA tengah berucap. Abang senior suruh kau makan pisang tapi tak boleh kunyah dan telan. Kau simpan pisang tu kat pipi kau! Sebijik macam tupai! Comel gila! Waktu tu, aku mula suka kau."
Dian diam, tak menyahut. Dia kata aku macam tupai?!
"Freestyle, guys!" Suara Aizad di bawah bagaikan tidak masuk ke dalam telinga Dian.
"Waktu first time kau panggil aku Hantu Galah, aku suka gila! Rasa macam menang game basket kau, tau? Sebab sebelum kau panggil aku Hantu Galah, kau mana nampak aku. Kau selalu dalam dunia kau sendiri yang cuma ada Amanda dengan geng-geng Jemah kau tu. Start kau panggil aku Hantu Galah, aku mula jadi tamak! Walaupun kau dah mula kenal aku dengan nama Hantu Galah, aku rasa tak cukup! Aku nak kau ingat aku. Jadi aku usik kau! Usik kau, buat kau marah. Semuanya sebab aku nak kau ingat aku!" Tanpa memandang Dian, Firas bersuara.
Rakan-rakan sekelas mereka dah buat macam-macam gaya, cuma mereka berdua saja kaku tak bergerak.
Dian hela nafas, "Nota?"
Firas kerling Dian di sebelahnya, "Aku nak luahkan perasaan aku dekat kau tapi aku tak berani. Sebab kau macam benci aku. Jadi aku gunakan nota, nak sampaikan apa yang aku nak cakap dengan kau hari-hari."
"Kenapa baru sekarang kau nak mengaku yang kau... Suga?"
"Sebab aku tergugat dengan PG!" Ujar Firas, "Mula-mula memang aku nak give up tapi Aizad dengan Jai cakap kalau aku tak luahkan perasaan sebenar aku, aku akan menyesal. Aku tak nak menyesal di kemudian hari. Katakanlah kalau kau reject aku sekalipun, aku rasa aku akan okey sebab aku dah luahkan. Aku dah tak ada apa yang nak dipendam lagi. At least, aku tau jawapan kau."
Dian diam. Jemarinya bermain dengan hujung baju kurung yang dipakainya.
"Kalau PG tak dekat dengan aku...?"
Firas hela nafas, "Mungkin aku masih menyorok di balik nota. Berharap kau akan suka pada penulis nota tu."
"Okey, guys! Selesai! Adik-adik junior pulak!" Suara Aizad kedengaran dari bawah pentas.
"Aku tak paksa kau untuk terima aku. Aku tunggu jawapan kau, Dian. Kalau kau pilih PG, ya aku mungkinlah sedih sikit tapi aku akan okey. Kalau kau pilih aku, Alhamdulillah syukur!"
Dian tahan senyuman yang nak menguntum. 
"By the way..." Firas senyum senget, "Dengar kata waktu PG buat sesi luahan perasaan dengan kau, kau lari cari tandas!"
Dian terkejut lantas dia berpaling mahu memandang Firas namun Firas dah pun turun dari pentas. Dian pegang pipinya yang terasa panas. PG buat luahan perasaan, aku muntah. Dia buat luahan perasaan, kenapa aku tak rasa nak muntah, ya?!
Aizad pandang Dian yang masih kaku di atas pentas. Dia sengih jahat! "Cik Dian, junior nak tangkap gambar pulak. Awak nak gambar solo, lain kali pulak ye?"
Dian tersentak. Dia jeling Aizad sekilas sebelum turun dari pentas. Padanlah kawan baik dengan Hantu Galah, perangai sama jenis! 
Firas yang sedang memerhatikan Dian dari jauh tergelak. Mulut terkumat-kamit tu mesti dok mengata aku dengan Aizad. Dian... Dian...

"Apa kau tengok tu, Jad?"
Aizad yang sedang tersengih mengadap laptop berpaling pada PG, "Huh?"
"Kau tengok apa?"
"Oh, ni ha..." Aizad kembali memandang laptop, "Gambar dinner course Firas. Kan hari tu dia orang upah aku jadi jurugambar rasmi dinner dia orang tu."
"Oh!" PG mengangguk sebelum dia ukir senyum, "Gambar Dian ada?"
Tak sempat Aizad nak jawab, telefon pintarnya berbunyi. Telefonnya dicapai sebelum dia bersuara pada PG, "Ada! Ada! Tengoklah. Aku nak jawab call sekejap!" Dia segera keluar dari bilik, mencari privasi di luar.
PG mengangguk lalu dia duduk di atas kerusi belajar milik Aizad. Gambar-gambar dinner kelas Firas diteliti. Mananya gambar Dian?
Butang next ditekan dengan mouse. Gambar seterusnya yang keluar di skrin buat wajah PG berubah. Gambar Dian dan Firas saling berpandangan, sedangkan yang lain memandang kamera. Butang next ditekan lagi. Gambar yang keluar di skrin buat dia hilang kata-kata. Dia nampak pandangan mata Firas pada Dian dalam gambar itu. Dia tau erti pandangan Firas itu. Dia meraup wajahnya. Firas dengan Dian... Firas! Dian! Allah!

"Yo!" 
PG yang sedang men-dribble bola berpaling pada tuan punya suara yang menegurnya. Spontan bibirnya mengukir senyum, "Yo!"
Firas sengih! Baju sleeveless PG yang sudah basah dengan dipandang sekilas, "Kau nak jumpa dengan aku, kenapa?"
"Ten point match jom?" Bola ditangannya dibaling pada Firas.
Firas menangkap bola yang dibaling PG dengan sebelah tangan, "One on one?"
"Ada orang lain ke selain kita?" PG sengih.
Firas senyum senget, "On!" Bola di tangannya dilambung tinggi dan mereka berdua sama-sama melompat!
Dua puluh minit kemudian, PG dan Firas saling bersandar belakang dengan satu sama lain. Hela nafas mereka berdua sama-sama tidak teratur.
PG menyiku belakang Firas, "Kau... tak pernah cakap pun kat aku yang kau suka Dian!"
Firas menghela nafas yang masih tak teratur, "Kau nak jumpa aku sebab ni ke?"
"Aku tak sangka... kita suka orang yang sama!" Balas PG.
"Sorry, bro!" Ucap Firas, perlahan.
PG senyum. Bintang di langit dia pandang, "Hei, relakslah! Perasaan tu anugerah Allah, bukan kita boleh paksa nak suka dekat orang ni, orang tu. Lagipun, aku rasa aku yang patut minta maaf. Aku rasa aku yang potong line kau!"
Firas ketawa, "Potong line apa? Kau berani, aku ni je ha... penakut!"
"So... Suga tu kau?" Tanya PG.
"Aizad bagitahu ke?"
"Tak! Aku dapat teka sendiri!" Jawab PG sebelum dia hela nafas, "Kau dah bagitahu siapa kau dekat Dian?"
Firas mengangguk, tak menjawab.
PG senyum tawar, "So, sekarang terpulang pada Dian lah kan, dia nak pilih siapa?"
"If... aku yang Dian pilih, kau boleh terima?" 
"Wah, yakinnya kau Dian nak pilih kau!" PG ketawa, "Aku boleh je terima. Kau? Kalau Dian pilih aku, kau boleh terima?"
Firas senyum lantas mengangguk, "Sure! May the best man win!"
PG mengangguk lalu dia berdiri. Dia menghulurkan tangan pada Firas, "Whatever happens..."
"We will still be friends!" Ucap Firas sebelum dia mencapai huluran tangan PG.
PG ukir senyum.
"By the way PG..."
"Apa?"
"Dian tak muntah bila aku luahkan perasaan." Firas jungkit-jungkit kening, acah-acah kerek!
"Bangang!" 
Serentak, tawa mereka berdua pecah!

"Dian pasaipa, wei?" Mira menyiku Amanda yang sedang bersandar pada katil sambil membaca novel.
Amanda jungkit bahu, "Tak tahu nak buat keputusan kot."
"Keputusan apa?"
"Tak tahu nak pilih Firas ke PG."
Mira mengangguk faham, "Ooo... Firas dah luah ka kat dia?"
"Dah. Waktu dinner hari tu!"
Mira sengih. Dia menepuk tangan suka, "Yes!"
"Kau tak payah yes sangat. Dian tu tak pilih pun lagi Firas tu."
"Dian tau dak lagi pasal aku dengan Firas..." Mira mendekatkan kedua-dua belah jari telunjuknya pada Amanda.
Amanda menggeleng, "Tak!"
Mira sengih! "Baguih!"
"Kau tak nak bagitahu dia ke?"
"Nantilah. Kalau dia pilih si Firas tu, mesti dia tau jugak nanti."
"Ikut suka hanglah Amira, wei!"
Mira buat muka sebelum dia mendekati Dian, "Dian..."
Dian yang sedang mengelamun tersentak sikit sebelum dia panggung kepala, "Hmm...?" 
"Hang okey dak ni?"
"Okey..." Dian mengangguk sebelum dia memandang dinding di depan meja belajarnya. Dinding yang penuh dengan nota dari Suga buat dia hela nafas, "Tak! Aku tak okey."
"Awat? Nak share dengan aku?"
Dian garu kepala, "Aku tak tau nak pilih siapa. Dua-dua baik... eh, tak! Sorang je baik. Sorang lagi tu perangai menyakitkan hati, suka buat aku marah, suka buat aku geram! Rasa nak ketuk-ketuk kepala dia dengan terompah surau."
Mira ketawa! "Amboi..."
"Tapi yang perangai menyakitkan hati tu, baik jugak. Cuma dia nakal sikit tapi dia baik."
Mira senyum, "Dah tu? Yang baik tu?"
"Yang tu macam baik sangat tapi aku macam tak kenal dia sangat. Dengan dia tu aku rasa ada gap!"
"Yang nakal menyakitkan hati tu orang yang hantaq nota-nota tu ka?" Tanya Mira sambil menunjuk pada nota-nota yang terlekat elok di dinding.
Dian mengangguk. Wajah Firas terbayang depan mata. Dia masih tak percaya yang Suga tu sebenarnya Firas.
"Istikharah, Dian. Mintak petunjuk dari Dia. InsyaAllah Dia akan bantu hang."
Dian hela nafas lalu dia mengangguk, "InsyaAllah."

"So...?" PG jungkit kening pada Dian di depannya. Pagi tadi, dia terkejut sikit bila dapat mesej dari Dian. Katanya mahu berjumpa.
Dian hela nafas. Jari jemarinya bermain sesama sendiri di atas riba, "Saya..."
"Ya...?"
"Pasal luahan hati awak pada saya yang sebelum ni."
PG mengangguk faham, "Jadi, awak nak bagi jawapan pada sayalah kiranya?"
Dian mengangguk, "Saya... er... maaf... saya tak dapat nak terima awak. Awak baik, serius... tapi, saya tak dapat nak paksa hati saya untuk terima er... cinta awak."
Dahi Dian yang berkerut-kerut buat PG ukir senyum. Nak tolak cinta orang pun sampai berkerut dahi, "Saya faham, Dian."
"Er... awak tak marah, kan?"
"Takkanlah saya nak marah. Sedih adalah sikit tapi setakat itu jelah. Saya terima keputusan awak. Cinta tak boleh dipaksa."
Dian menundukkan muka. Dia rasa bersalah!
PG capai beg yang diletakkan di kerusi sebelah, "Okeylah. I've got to go. Saya ada presentation kejap lagi. Thanks, Dian sebab bagi jawapan pada saya."
Dian mengangguk. Saat dia panggung kepala, dia nampak belakang PG yang dah berlalu pergi. Maaf, PG!

"Dengar cerita dia reject PG!"
"Dia kan yang reject PG tu? Eii, tak faham aku! Macam lawa je nak reject PG. Kalau lawa tak apa, ni badan kurus sikit je dari badak..."
"Tak lawa pun dia ni. Macam mana PG boleh sangkut?"
Dian memejamkan mata. Badannya disandarkan pada dinding. Sejak dia reject PG tadi, macam-macam benda tak elok orang kutuk dia. Orang menjeling dia tak payah cakaplah. Yang bisik-bisik sambil pandang dia pun berlonggok. Urghh! Salah ke kalau aku reject PG? Kalau hati aku dah tak suka, takkan nak terima jugak?!
"Dian..."
Dian buka mata. Amanda yang lengkap bertelekung di depannya dipandang. Dia ukir senyum tawar, "Ya?"
"Kau okey?"
Dian jungkit bahu, "Aku tak sangka nak jadi artis paling popular hari ni."
Amanda senyum tawar. Dia sangat bersimpati pada Dian. PG okey saja, orang lain pulak yang over menggelabah.
Baru Dian nak memejamkan matanya kembali, ada sehelai kertas kecil dihulurkan kepadanya di bawah tirai yang memisahkan ruang solat lelaki dan perempuan.
Kertas itu dicapai. Isi kertas itu dibaca. Tiba-tiba saja dia rasa matanya panas.
Dear Ms Dian!
Apa saja yang mereka kata, cukup kau tahu satu perkara...
Aku tetap suka kau, Mok! ;P
Love, Suga
Buat kali pertama, Dian tak marah Firas menggelarkan dia Mok malah dia rasa gembira! 
"Suga?" Tanya Amanda, sambil tersenyum.
Dian mengangguk lalu dia tersenyum. Terima kasih, Suga!

Amanda dan Mira saling berpelukan, "Jangan lupa aku, Mira!"
"Gila apa nak lupa hang? Hang dengan Dianlah kawan sebilik yang paling best aku pernah jumpa!"
Amanda ketawa. Air mata yang mengalir di pipi dikesat! Part paling tak best lepas habis belajar adalah perpisahan! 
Mira mendekat Dian lalu dia depakan tangan, "Dian!"
Dian terus memeluk Mira, erat! "Jaga diri, Mira! Terima kasih untuk empat tahun yang happening dan ceria!"
"Hang pun! Kena sentiasa happy. Aku doakan hang dengan mat gula menjadi!"
Dian senyum tawar, "Terima kasih, Mira! Harap-harap doa kau dimakbulkan."
Pelikan dileraikan. Mira mengesat air mata Dian. Teringat dia pada cerita yang Dian ceritakan dua bulan lepas! Bibirnya ukir senyum, "Aku yakin, dia akan kembali bersama hang jugak nanti."
Dian senyum lantas mengangguk! Aku pun harap benda yang sama, Mira...

"Kau reject PG?"
Itu soalan pertama Firas pada dia sewaktu dia keluar dari surau dua bulan lepas.
Dian mengangguk. First time jalan berdua dengan Firas tanpa Jai dan Amanda. 
"Kenapa?"
Dian pantas menjeling Firas. Kenapa dia tanya? 
Firas ketawa! "Mak oi, jeling!"
Dian buat muka.
"PG tu baik tau. Kau tak rasa rugi reject dia?"
Dian berhenti melangkah, "Kau ni kenapa?"
Firas senyum, "Yelah. Kau reject PG tapi kau pilih aku, kau tak rasa rugi? PG tu ada semuanya, aku pulak... jahat sikit."
"Siapa kata aku pilih kau, Hantu Galah?"
Firas ketawa lagi! "Yelah, kau pilih Suga tapi kalau kau pilih Suga, pakejnya ada aku sekali. Nak tak nak, kau kena terima."
"Whatever."
Di depan pintu kelas, Dian rasa begnya ditarik dari belakang, "Dian!"
"Apa?" 
Firas senyum, "Aku nak mintak maaf."
"Mintak maaf kenapa?"
"Sebab banyak usik kau."
"Tau pun!" Dian tahan senyum yang nak menguntum! "Aku maafkan."
"Ada satu lagi benda yang aku nak mintak maaf dengan kau."
"Apa lagi?"
Firas garu kepala. Serba-salah dia nak cakap tapi... "Aku... aku... rasa kita tak payah ada apa-apa lagi."
"Huh?"
"Aku nak fokus pada pelajaran dulu. Aku tak nak terus terbuai dengan cinta, rindu dengan apa-apa lagi. Aku tau, aku yang luahkan perasaan aku pada kau dulu tapi... sampai situ jelah. Aku bukan tak sayang kau. Aku sayang tapi aku tak ada apa-apa nak bagi dekat kau. Aku tak ada jaminan masa depan lagi. Kita lupakan apa yang jadi."
Dian terdiam.
"Lepas ni, Suga akan berhenti bagi nota dekat kau. Aku sendiri pun akan berhenti usik kau. Aku nak kita sama-sama fokus."
"Good! Aku pun tak nak dengan kau! Baguslah kalau Suga ke whatever ke berhenti hantar nota-nota tu. Aku pun rimas. Baguslah. Dahlah, aku nak masuk kelas dulu!"
"Dian..."
Dian terus masuk ke dalam kelas meninggalkan Firas di luar. 
Firas hela nafas. Dia tahu Dian terluka. Dia nampak tapi apa dia buat ni untuk masa depan dia dan masa depan dia adalah Dian, "Tunggu aku, Dian. Tunggu aku."

"Dian, jaga diri!" Amanda memeluk Dian, erat!
"Kau pun sama! Jangan lupa aku!"
"Tak adanya aku nak lupa kau. Aku sayang kau, Dian!"
"Mula dah... mula dah drama," usik Dian.
"Drama apa? Betullah! Aku sayang kau."
"Aku sayang kau jugak, Manda. Hei, kalau kau jadi bertunang dengan Jai nanti. Jangan lupa bagitau aku, aku nak redah pergi majlis tunang kau."
"Doakan aku! Kau pun, kalau dia cari kau... jangan lupa bagitau aku."
"Dia nak cari aku? Mimpilah!" Dian ketawa namun hatinya menangis. Sejak kejadian Firas minta dia lupakan apa yang jadi, Firas dah tak mengusik dia. Tiada lagi nota comel dari Suga. Tiada lagi Firas dengan panggilan Mok. Kalau berselisih bahu, Firas terlebih dahulu memalingkan wajah. Dia pula hanya menunduk. 
"Apa yang mimpi, Dian?"
Dian berpaling ke belakang. Jai dan Firas!
"Dian ni ha... tengah mimpi bulan jatuh ke riba," ujar Amanda, mengusik Dian.
"Kalau bulan jatuh atas riba, aku juallah. Untung dapat duit," balas Dian, berseloroh. "Dahlah Amanda. Aku nak gerak dah ni."
"Kau balik dengan siapa?" Suara yang hampir dua bulan tidak dia dengari kedengaran di telinganya.
"Jai, jaga Amanda elok-elok! Kau buat kawan aku, aku hentak kau!" Ujar Dian pada Jai, langsung tidak menjawab soalan orang di sebelah Jai.
"Yelah! Aku pun tak berani nak buat kawan kau ni!" Jai tersengih.
Tanpa berpamitan dengan Firas, Dian terus berlalu meninggalkan mereka semua. Sempat dia berpaling ke belakang, melambai Amanda.
Amanda membalas lambaian Dian sebelum memandang Firas yang sedang memerhatikan Dian. Aduhai, Dian... "Dian drive. Dia balik rumah along dia je."
"Dia marah aku lagi?"
"Entah!" Amanda angkat bahu. Dia pun tak tahu. Nak kata marah, macam tak tapi gaya dia tak pedulikan si Firas macam marah. 
Firas hela nafas! Jaga diri, Dian...

Dian membuka kotak kecil yang sudah hampir dua bulan simpan dibawah katil. Helaian kertas berwarna-warni disentuh dengan jemarinya. Rindu. Itu yang disebut oleh hati. 
"Kak Yang, buat apa tu?"
Dian berpaling pada adik bongsunya yang berdiri di muka pintu, "Kak Yang tengah kemas barang. Kenapa, Didi?"
"Didi nak tidur dengan Kak Yang, boleh? Lepas ni Kak Yang nak kerja jauh, nanti Didi rindu."
Dian tersenyum mendengar celoteh adiknya yang baru berusia enam tahun itu, "Sini, dekat dengan Kak Yang."
"Wah, cantiknya kertas ni! Warna-warni..." Bersinar mata Didi melihat kertas-kertas kecil yang berbagai bentuk dan warna itu, "Siapa punya ni, Kak Yang?"
"Kak Yang punyalah."
"Cantik. Didi nak boleh?"
"Tak bolehlah. Ni Kak Yang punya. Kalau Didi nak, esok Kak Yang cari kertas warna-warni ni untuk Didi ya?"
Mata Didi bersinar, "Kak Yang janji?"
"Janji!"
"NurDini!" Suara dari luar bilik Dian buat mereka berdua berpaling. Puan Alia sedang mencekak pinggang! "Didi, penat umi cari Didi tau!"
Didi tersengih, "Sorry, umi! Didi nak tidur dengan Kak Yang."
"Didi kan ada bilik sendiri."
"Ala..."
Dian senyum sebelum dia belai rambut Didi yang ditocang dua, "Tak apalah, umi. Biar Didi tidur dengan Kak Yang malam ni."
"Tak apa ke?" Tanya Puan Alia.
"Tak apa. Lagipun Kak Yang lusa dah nak pergi tempat baru, biarlah Kak Yang manja-manja dengan Didi."
Puan Alia tersenyum, "Iyelah! Tapi sebelum tidur suruh Didi tu kencing dulu. Nanti tak pasal, basah tilam Kak Yang."
Dian mengangguk pada Puan Alia, "Er... umi..."
"Ya?"
"Kak Yang nak tanya sesuatu, boleh?"
"Boleh. Nak tanya pasal apa, Kak Yang?"
"Ada seorang lelaki ni. Dia luahkan perasaan dia pada si perempuan. Si perempuan pula ada seorang lelaki lain yang minat dia tapi sebab si perempuan suka jugak dekat lelaki yang pertama, dia reject lelaki yang kedua. Tapi lepas dia reject lelaki kedua, lelaki pertama tiba-tiba mintak dia lupakan apa yang jadi. Dia kata dia tak nak ada apa-apa dengan si perempuan. Kononnya dia nak fokus pada pelajaran sebab dia kata dia tak ada apa-apa nak bagi si perempuan. Kalaulah umi jadi si perempuan, umi tunggu lagi ke lelaki tu?"
Puan Alia mengerutkan dahinya sebelum dia duduk di sisi Dian, "Kak Yang ke si perempuan?"
Dian tak menjawab. Dia cuma tersengih tawar.
"Kalau umi jadi Kak Yang, umi tunggu jugak si lelaki tu."
"Kenapa?"
"Kak Yang, dia luahkan perasaan pada Kak Yang tak?"
Dian angguk.
"Tapi dia tak nak ada apa-apa dengan Kak Yang lagi? Kononya sebab dia tak ada apa-apa nak bagi Kak Yang?"
Dian mengangguk lagi.
"Dia sayang Kak Yang tu."
"Sayang apa kalau macam tu?"
"Sebab dia sayanglah dia nak fokus pada pelajaran. Dia nak masa depan dia dengan Kak Yang senang di kemudian hari."
Dian diam.
"Kak Yang sayang dia tu?"
Dian mengangguk.
"Then, trust him!"
"Thank you, umi!" Ucap Dian sebelum memeluk ibu tirinya itu. 
"You are welcome, Kak yang..." Puan Alia membalas pelukan Dian, erat!

"Tak sangka, kan? Kita dah grad! At last!"
Dian ketawa lalu mengangguk! "Kan? Aku paling takut kena repeat FYP!"
"Aku pun!" Balas Amanda.
Serentak tawa mereka pecah! 
Dian memegang jubah konvokesyen dengan sebelah tangan. Mortar board turut dipegang dengan tangan yang sama.
"Dian."
"Hmm...?"
"Kau dengan Firas memang tak ada contact langsung ke lepas finals hari tu?"
Dian senyum tawar lalu dia menggeleng.
"Facebook?"
"Nope."
"Twitter?"
"Dia ada Twitter ke?"
"So... kau macam mana?"
"Macam mana apa? Macam gitulah!" Jawab Dian, sambil tersengih.
Amanda mengerutkan hidungnya sedikit sebelum dia menggosok bahu Dian.
"Eh, Mira grad hari ni jugak kan? Sesi sama dengan kita, kan?" 
Amanda mengangguk, "Aahlah! Baru aku sedar. Hari tu bukan main nak jumpalah, apalah. Kejap, aku mesej dia."
Dian laju menghalang Amanda yang baru nak keluarkan telefon pintarnya, "Tak payah. Tu dia ada kat depan sana tu!"
Mereka berdua laju mahu mendekati Mira namun langkah Dian terhenti sendiri bila ternampak seorang lelaki sedang membetulkan jubah Mira. Lelaki itu memakai jubah yang sama seperti pelajar jurusannya. Dian rasa sebak! Allah!
Amanda sendiri terkejut apabila melihat si lelaki membetulkan jubah Mira. Dia lantas berpaling pada Dian, "Dian..."
Dian hela nafas sebelum dia mengukir senyum, "Kau pergilah tegur Mira. Aku nak cari umi aku kejap."
"Dian..."
Baru Dian nak melangkah pergi, namanya dilaung oleh Mira, "Dian! Amanda! Sinilah!"
Si lelaki yang masih membetulkan jubah Mira memanggung wajahnya. Mata dia dan Dian bertembung, "Dian..."
"Ni masanya yang hang tunggu! Go for it, Firas!"
Firas menumbuk bahu Mira, "Diamlah!"
Dian yang memerhatikan drama sebabak itu menahan rasa sebak yang hadir tiba-tiba. Aku ni dah gila agaknya, kenapalah aku tunggu dia? 
Tak menunggu lama, Dian berlalu pergi. Biarlah dia mengundur diri. Semoga bahagia, Firas!

"Dian?"
Dian yang sedang bersandar pada tiang khemah mengerling ke kanan. Wajahnya berubah sedikit sebelum dia berdiri tegak, "PG!"
"Santai sangat nampak."
Dian tersengih malu!
"Sorang je ke? Amanda mana?"
"Er... ada tadi. Entah ke mana dia lesap," jawab Dian, "Awak sorang je? Aizad mana?"
"Aizad ada. Berjumpa dengan family awek dia. Sesi perkenalan orang kata."
Dian mengangguk. Er... nak tanya apa lagi ye? 
"Awak dah jumpa family Firas? Buat sesi perkenalan."
Dian tersenyum tawar lalu dia menggeleng.
"Nantilah kot. Eh, saya nak pergi beratur dulu. NIce to meet you here, Dian."
"You too..." Dian senyum.
PG berlalu lantas Dian mengeluh. Orang yang ditolak ceria je, orang yang menolak...? Huh!
"Fikir apa, Dian?"
"Jai!" Dian terjerit, "Lainnya kau! Mana rambut cecah kolar kau?"
Jai tersengih sebelum menggosok belakang kepalanya, "Dah mula kerja, kenalah rupa macam manusia sikit."
Dian senyum, "Dah jumpa Amanda?"
Jai angguk, "Kau? Termenung apa? Orang grad happy je. Kau menung macam fikir masalah negara."
Dian ketawa, "Mana ada..."
"Hah! Gosip eh?" Amanda menepuk bahu Dian.
"Oi, pergi mana? Sembang bukan main lama!" Rungut Dian. 
"Biasalah, aku kalau jumpa Mira. Dia tanya pasal kau tadi."
Dian mengangguk, "Tak apalah. Habis majlis karang kita jumpalah. Aku pun nak jumpa dia, tangkap-tangkap gambar."
"Aku, tak nak jumpa?" Tegur satu suara tiba-tiba.
Dian menjeling si empunya suara sebelum dia menarik tangan Amanda, "Jom beratur! Amin dah panggil tu!"
Jai sengih pada Firas, "Marah lagi nampaknya tu..."
Firas sengih. Bahu Jai dipeluk, "Kau tau apa orang-orang tua pernah kata?"
"Apa?"
"Marah tu tandanya sayang..." Firas jungkit kening.
Jai ketawa! Sayanglah sangat!

Amanda di sebelah Dian mula menguap! Ucapan yang diberikan oleh Pro Cancelor terasa begitu membosankan, Ada beberapa orang pelajar di barisan hadapan sudah mula mengeluarkan telefon pintar masing-masing, berselfie.
Yang di barisan belakang kedengaran berbual-bual.
"Dian... bosan..." bisik Amanda pada Dian yang sedang membelek buku Majlis Konvokesyen.
"Ish, apa ni kacau aku! Kacau Hani nuh." Dian merengus.
"Aku bosan..."
"Habis...kau nak aku buat apa?"
"Hiburkan hati aku!"
Dian gelak, "Hati aku ni pun ta terhibur, nak hiburkan hati kau!" 
Amanda tarik muka. Baru dia nak bersuara, dia terasa mortar boardnya ditepuk dari belakang, "Tolong pass dekat orang sebelah."
Sehelai nota kecil dihulurkan oleh si lelaki di barisan belakang mereka. Amanda tersengih! Dian disiku, "Dian..."
"Apa lagi?"
"Nah!" Nota kecil itu diberi pada Dian.
Dian mengerutkan dahinya, "Apa ni?"
Amanda jungkit bahu tanda tak tahu. 
Dian mencapai nota itu sebelum dibaca sekilas.
Dear, Dian!
Smile! You look better with it!
p/s: Can we meet after this?
Love, Suga
Dian mengerutkan dahi. Buat apa nak jumpa aku?! Nak perkenalkan Mira dekat aku?! Huh!
"Dian, bangun! Kena beratur kat sana! We're going to get our degree!" Amanda menarik tangan Dian supaya sama-sama berdiri bersamanya. Selepas empat tahun penuh keringat, mereka akan bergraduasi, akhirnya!!

Selesai majlis konvokesyen, pelajar-pelajar yang bergraduasi mula keluar dari dewan. Nota yang diterima Dian sewaktu di dalam dewan tadi direnyuk di dalam genggamannya. 
Dian melangkah keluar dari dewan dengan harapan ingin berjumpa dengan Firas dan memulangkan semula nota di tangannya pada Firas namun langkahnya terbantut apabila sekali lagi dia nampak Mira bersama Firas beriringan mendekati sebuah keluarga tapi dia tak pasti, itu keluarga Mira atau pun Firas. Bibirnya mengukir senyum tawar. Dah kenalkan pada keluarga mentua nampaknya. Baguslah!
Nota ditangannya digenggam lebih kemas. Biarlah ni jadi nota terakhir dari dia. Saat dia melintasi keluarga itu, lengan jubahnya terasa seperti ditarik, "Dian!"
Dian terkejut sikit namun dia tetap ukir senyum, "Eh, Mira!"
"Laju jalan aih, sampai tak nampak aku!"
"Tak adalah. Aku tengah cari family aku, tu kalut sikit."
Mira sengih sebelum dia memandang keluarganya, "Mama, inilah Dian! Buah hati pengarang jantung anak teruna mama tu!"
Muka Dian berubah. Eh, apa aku pulak?! "Eh, mana ada! Merepeklah kau, Mira!"
"Oh, inilah Diannya?" Wanita yang Mira panggil mama mengukir senyum penuh makna.
Muka Dian berubah lagi. Eh?
Firas dah tersengih-sengih.
"Mana Mira kenal Dian?"
"Kami sebilik, ma! Dari Miralah along dok tanya pasal Dian."
"Along mana ni? Along, A L O N G aku kenal!" Bisik Dian, kalut.
"Along Firas a.k.a Suga hang a.k.a sepupu aku a.k.a abang susuan aku!" Mira tersengih lalu dia mengangkat dua jari tanda peace!
Mata Dian membulat. Abang susuan Mira?!
Firas ketawa melihat reaksi Dian. Dian... Dian...

Selepas Dian selesai berbasa-basi bersama keluarga Firas dan Mira, dia segera meminta diri. Rasa malu bukan kepalang. Rasa bersalah usah cakaplah! Bersalah sebab terkutuk Firas macam-maca, rasa bersalah sebab fikir Mira tu khianati persahabatan mereka. 
Dian laju melangkah meninggalkan keluarga Firas dan Mira selepas selesai bersalaman. 
"Nak pergi mana tu?"
Dian diam tak membalas. Bila Firas ikut dia dari belakang pun dia tak tahu,
"Cemburu lagi ke? Itulah, lain kali tanya... jangan buat assumption sendiri. Kan dah malu sendiri." Firas ketawa mengejek.
"Tak lawaklah!"
"Aku tak buat lawak pun."
Dian merengus. Langkah kakinya dilajukan. Sesekali, langkahnya terhalang dek orang-orang yang lalu-lalanh di kawasan dewan besar itu.
"Kau laju sangat nak pergi mana?"
Dian berpaling ke belakang sekilas, "Jangan ikut akulah!"
"Kenapa aku tak boleh ikut?" 
Soalan Firas buat langkah Dian terhenti, "Kau nak apa sebenarnya dari aku? Ni! Nota kau bagi ni, kenapa? Dulu kau cakap, Suga takkan bagi nota dah! Ni apa? Apa motif kau?!"
Wajah Dian memerah, menahan amarah membuahkan senyuman di bibir Firas, "Kenapa kau dah tak Mok macam dulu?"
Wajah Dian berubah! Keinginan dirinya untuk menyepak dan menumbuk muka Firas semakin memuncak! "Urghhh!"
"Okey... okey... sorry!" Firas angkat kedua belah tangan. Dia nak senyum tapi dia tahan, "Aku akan jawab soalan kau tapi..."
"Tapi apa?"
"Bawak aku jumpa ayah kau dulu."
"Apahal pulak?"
Firas kenyit mata tiba-tiba, "Ada hal pasal masa depan aku nak bincang dengan dia."
Dian mengerutkan dahi! Gila ini orang!

Firas masih mengikuti langkah Dian yang laju. Walaupun berkali-kali Dian menghalaunya, dia tetap setia mengekori Dian.
Langkah Firas terhenti apabila Dian berhenti melangkah. Dia nampak Dian mencium pipi seorang lelaki separuh abad yang dia kenalpasti sendiri sebagai ayah Dian.
Dia menarik nafas panjang! "Assalamualaikum."
Serentak, tiga pasang mata kalih memandangnya manakala Dian menjeling! Eiii... dia ni!
"Waalaikumussalam." Encik Daud menjawab salam lelaki muda yang berdiri di depannya, "Kawan Kak Yang, ya?"
Muka Firas kelam, "Er... saya kawan Dian!"
"Abang, apa panggil Kak Yang, mestilah kawan dia panggil Dian." Puan Alia menegur suaminya.
"Allah!" Encik Daud ketawa, "Maaf ya, pak cik lupa yang Kak Yang tu nama panggilan Dian kat rumah."
"Tak apa!" Firas senyum, "Saya nak jumpa pak cik dengan mak cik ni ada hajat sikit."
"Hajat?" Serentak Encik Daud dan Puan Alia berpandangan, "Hajat apa tu?"
"Saya berhajat nak berkawan dengan Dian."
"Eh, kawan ajelah! Pak cik tak halang."
"Bukan kawan biasa pak cik! Saya berniat nak jadikan Dian isteri saya yang sah!"
Encik Daud tercengang. Puan Alia terkejut.
Dian membulatkan matanya! "Kau merepek apa ni? Dulu kau suruh lupakan semua. Ni kau buat lawak apa ni?"
"Aku serius. Dulu aku tak yakin dengan masa depan aku, jadi aku minta kau lupakan semuanya. Aku tak ada apa-apa dulu! Macam mana aku nak bagi jaminan masa depan kita kalau aku pun terumbang-ambing lagi hidup dulu? Sekarang, aku dah kerja, walaupun gaji taklah hebat mana. InsyaAllah cukup untuk hidup berdua. Cumanya, duit simpanan aku untuk majlis walimah tak cukup lagi maka aku nak cop kau dulu!"
"Cop apa?! Kau ingat aku sampul surat nak main cop-cop?"
Firas sengih, "Kau bukan sampul surat, kau Mok aku!"
"Firas!"
Encik Daud ketawa tiba-tiba, buat Dian dan Firas kalih memandangnya. Dian mengerutkan dahi, "Abah?"
"Pak cik suka kamu. Berani!" Encik Daud senyum, "Tapi kamu nak cop anak pak cik ni pakai apa?"
Firas sengih. Poket seluar slack diseluk. Sebuah kotak baldu biru empat segi dikeluarkan dari poket, "Ini gelang tanda. Saya nak bagi cincin, saya tak tahu saiz jari Dian."
Mata Dian terbuntang. Gelang?
"Kamu sampaikan hajat ni, ibu ayah kamu tahu ke?" Tanya Puan Alia.
"Dah. Mereka dah tahu. Saya sendiri minta kebenaran ibu ayah saya. Mereka pun dah jumpa Dian. Alhamdulillah, mereka setuju."
"Kak Yang? Macam mana?" Tanya Encik Daud sambil memandang Dian yang kelihatan bingung.
Puan Alia senyum, "Rare ni Kak Yang, orang melamar lepas majlis konvo."
Dian masih diam. Otaknya terasa seperti tak berfungsi.
Firas pandang Dian. Mok, jawablah Mok!
"Umi, Kak Yang rasa nak pengsanlah!" Dan... buk! Dian terjatuh tiba-tiba.
"Dian!"
"Kak Yang!"

"Itulah Kak Yang, umi pesan dah. Makan, makan... tapi tak jugak Kak Yang makan. Nasib baik pengsan depan umi dengan abah. Kalau pengsan tengah ambik skroll tadi macam mana?"
Dian sengih. Mengaku salah sendiri, "Sorry, umi."
Keadaan sekeliling Dian perhatikan. Mencari si lelaki yang tadi tanpa segan silu melamarnya depan umi dan abah.
"Cari siapa Kak Yang?"
"Er... abah mana, umi?"
"Abah pergi kedai bakeri kat sana tu. Beli makanan, dengan air. Kak Yang... risau umi tau tadi."
"Ala, umi... Kak Yang dah okey, kan?"
Puan Alia menggelengkan kepalanya.
"Er... mak cik?"
Serentak Dian dan Puan Alia panggung kepala. Puan Alia ukir senyum manakala Dian dah tertunduk membetulkan pakaiannya yang sudah elok terletak. Ala, acah-acah aje dia betulkan. Malu sebab pengsan tiba-tiba tak hilang lagi.
Puan Alia berdiri, "Firas sembanglah dulu dengan Dian. Mak cik nak cari abah si Dian ni. Lambat sangat beli rotinya."
Firas mengangguk. Puan Alia buat isyarat mata pada Dian sebelum dia berlalu. 
Firas mengambil tempat duduk di kerusi yang bersebelahan dengan kerusi Dian. Firas mengerling Dian. Senyap je...
Dian masih lagi tertunduk. Er... tak pernah aku nervous macam gini jumpa dia.
Kawasan ruang legar bangunan Kompleks Siswa itu sunyi saja jika mahu dibandingkan dengan keadaan di luar.
"Kenapa kau pengsan?"
Dian menjeling Firas yang tengah tersengih memandang dia, "Jangan senyum macam tu."
"Habis, nak senyum macam mana?"
"Jangan senyum macam orang gila."
Firas ketawa, "Kau kenapa dah kurus sekarang?"
"Sibuk sangat kenapa?"
"Kenalah sibuk. Aku tak sukalah kau kurus. Rasa macam tak sesuai dengan kau."
Dian merengus geram! "Ei..."
Firas ketawa, "Umi kau cerita yang kau berdiet sebab nak nampak lawa dalam gambar konvo. Betul ke?"
Dian tepuk dahi. Umi...
"Betullah tu."
"Kau yang selalu panggil aku Gemok!, Gemok!"
"Tu nama dia nama panggilan manja. Kau panggil aku Hantu Galah, aku tak ada pun nak cuba jadi pendek."
"Ish!"
Firas ketawa, "Kau dah cantik, Dian. Tak payah diet-diet. Kau tak kurus macam sekarang pun aku dah terpikat. Lepas ni makan kasi banyak sikit, biar jadi Gemok macam dulu."
Dian diam.
Firas senyum. Coklat yang disorokkan di belakang badannya dihulurkan pada Dian, "Aku suka isteri aku chubby chubby sikit. Baru sedap peluk."
Dian buat muka. Penumbuknya diangkat, konon menggertak Firas, "Gatal!" Namun jambangan coklat itu tetap dicapai. Gila tak ambik, Ferero Rocher tu!!
"Dian..."
"Apa?"
"Kahwin dengan aku, jom?"
Dian pandang Firas. Keningnya dijungkit sebelum tangannya dihulurkan pada Firas. Mukanya digarangkan, "Mananya gelang tu? Aku nak pakai."
Firas terus ketawa! Macam gengster mintak gelang! Tak padan dengan baru lepas pengsan!
"Gelak apa? Mana gelangnya?"
Firas menghentikan ketawanya namun senyumnya masih terbias. Alhamdulillah...

Dian memandang Firas yang duduk elok di depan abahnya. Sesekali dia menangkap pandangan mata Firas yang memandangnya. 
Dia teringat balik Geng Jemahnya yang terkejut beruk bila dia cakap dia nak kahwin dengan Firas.
Kata si Aina, "Bila masa kau dengan Firas main-main mata dalam kelas?"
Kata si Hani, "I knew it! Aku ingat lagi waktu Firas menyanyi malam dinner tu. Aku nampak mata dia pandang kau! Betul rupanya kau dengan dia!"
Tapi yang penting reaksi Laila paling best, "Kau rupanya perempuan yang Firas tu suka!!! Kenapa aku tak nampak sebelum ni?! Kenapa?!"
Dasar Mak Jemah, drama lebih.
"Dian..."
Dian tersentak apabila Amanda menyikunya. Dia panggung kepala. Firas jungkit kening memandangnya. Wajahnya kelam tiba-tiba, "Eh, dah selesai ke akad nikah?"
"Udah..." sahut seisi rumah sebelum tawa mereka berderai.
Firas ketawa, "Mengelamun!"
Dian buat muka sebelum tangannya dihulurkan pada Firas.
Firas menyambut huluran tangan Dian dengan senyuman.
Dian tunduk mencium tangan Firas sebelum dia kembali mengangkat muka. Firas pula kemudiannya memegang dagu Dian lembut sebelum dia mencium dahi Dian. 
Sebelum Firas menarik mukanya menjauh daripada Dian, sempat dia berbisik pada Dian, "Dear, Dian! You are now officially my wife. Love, Suga..."
Dian senyum. Nota kecil yang diselitkan oleh Firas sewaktu mereka bersalaman tadi dibaca.
Dear, Dian!
I love you!
Love, Suga
TAMAT

p/s: Selepas sekian lama saya hilangkan diri. Jemput baca semua. Maaf menghilang, saya pergi mencari diri :)

39 comments:

  1. Love it..sweet..

    ReplyDelete
  2. best sgt...lama menghilang...rindu nak baca

    ReplyDelete
  3. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  4. tks sis najwa...boleh sis beri sambungan mini novel hanya untuk seminggu..

    ReplyDelete
  5. Sukanya...akk lps ni jgn hilangkan diri lg tau..

    ReplyDelete
  6. Comel tahap gaban ini cerita

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. So sweettttttttttt... comel jaaa haish best besf

    ReplyDelete
  9. Cun! Apa jadi dkat PG?? Wat smbungan psal die plak.. Hehehehe :p

    ReplyDelete
  10. So sweet. Miss your writing. Welcome back and thank you.πŸ˜ŠπŸ˜ŠπŸ˜ŠπŸ‘πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
  11. So sweet. Miss your writing. Welcome back and thank you.πŸ˜ŠπŸ˜ŠπŸ˜ŠπŸ‘πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
  12. Cik writter ....
    FLY tu x dak smbungn ka??

    -harddiefans-

    ReplyDelete
  13. Sweet sgt2.. Thanks najwa :-)

    ReplyDelete
  14. siapa nak bertanggungjawab dengan pipi yang keras sebab asyik sengih dari mula baca ni? Lepas tu siap mengulang lagu Pemuja Rahsia berkali-kali pulak tu. Ni yang geram niii!!

    Hahahhaha.. okey, gurau je. serius suka cerita ni. saaaaangaaattt comel <3

    ReplyDelete
  15. Akhirnya.. sekian lama saya tggu karya terbaru..baru terubat rindu.

    ReplyDelete
  16. Akhirnya.. sekian lama saya tggu karya terbaru..baru terubat rindu.

    ReplyDelete
  17. pipi ni duk tersengih dri tdi.. best sangat!!! dh lama tunggu cerpen baru.. tq!!

    ReplyDelete
  18. More sweet than sugar♥ like it.. hehe keep writing!!

    ReplyDelete
  19. love it!!! waa... kan best jadi kat diri sendiri..haha..

    ReplyDelete
  20. 2 ques:

    1) Found the loss? Chill girl, the deeper u try to extract, the fenin it derive... take it easy..
    2) ↑ couple associated the 'cafe' people? Wondering..

    ~~> RL ♥

    ReplyDelete
    Replies
    1. HOOO SWEET GILER... BEST SANGAT.

      Delete
  21. Tetap terbaik dan mantop
    _Azzna_

    ReplyDelete
  22. sis, bila nak upload cerpen baru? where are you now??

    ReplyDelete
  23. Salah 1 blog yg suka saya terjah. Rindu nak baca n3 terbaru. Da ulang baca byk kali novel2 dan cerpen dlm blog ni.. masih x puas jgk. Nanti upload cerpen baru k. Rindu dgn tulisan sis.

    ReplyDelete
  24. bultaoreune! fireeeeeeee!!! best sgt!

    ReplyDelete
  25. akakkkkk bila nak sambung cerita FLY tu ���� everytime i went to mph or popular i never forget to find novel FLY tu manalah tau dah keluar but takde �� btw this cerpen was good �� keep writing pleaseee ����

    ReplyDelete
  26. waaa....bestnya
    lama x baca cerita akak...asyik dok ulang baca cita pasai apek n the geng ja...hehehe

    ReplyDelete
  27. Sis.. kalau dah keluar novel fly.. habaq deh... puas cr.. huhuhu

    ReplyDelete
  28. Sis? Sambung please novel fly??? Best sgt2. Sya mntak sgt2

    ReplyDelete
  29. akak best la cerita ni..........
    why not buat pasai jai n Amanda lak....mesti best
    x sbr nak baca cerita seterusnya

    ReplyDelete
  30. So sweet..😍😍😍

    ReplyDelete
  31. so sweet..seronok bace sbb kena dengan jiwa saya serta situasi saya sekarang

    ReplyDelete