Thursday, 21 January 2016

[CERPEN] Grow Old With Me?

Ez menongkat dagu memandang lelaki di depannya. Lagi dua minggu, genap tiga tahun dia bercinta dengan lelaki itu. Lagi dua minggu... "Amir, lagi dua minggu... you ingat tak hari apa?"
Lelaki yang dipanggil Amir itu memandang Ez sekilas sebelum dia kembali memandang telefon pintarnya, "Tak. Kenapa?"
Ez mengerutkan dahinya, "You tak ingat?"
Amir menggeleng tanpa memandang Ez, "You dah habis makan ke belum? Jomlah. Esok pagi-pagi I ada meeting."
Ez memandang pinggannya. Makanan dia sudah lama habis, dia pandang pula pinggan Amir. Masih banyak berbaki, "You yang tak habis makan lagi."
"I dah kenyang. Jomlah!" Tanpa memandang Ez, Amir berdiri lantas dia terus berlalu ke kaunter pembayaran.
Amir, apa yang tak kena dengan you ni? Ez mengeluh sebelum dia mengikut langkah Amir yang laju.
Dulu, jalan sentiasa beriringan.
Sekarang, dia berjalan di hadapan dan aku di belakang.
Dulu, kalau keluar makan bersama, sentiasa ada saja yang akan dibualkan.
Sekarang, jangan kata berbual, nak dengar suara dia pun susah.
"Esok pagi I tak ambik you tau? You pergi ofis sendiri. I ada mesyuarat, karang pergi ambik you, lambat pulak I pergi mesyuarat tu."
Ez pandang Amir yang sudah mula memandu, "You nak I pergi dengan apa?"
"Teksi banyak, Ez! Lagipun, cuba jadi independent sikit. Takkan you nak dua puluh empat jam nak bergantung dengan I," dingin saja nada suara Amir kala itu.
"Sebelum ni, you jugak yang cakap I boleh sentiasa bergantung pada you. Ni cakap lain pulak."
"Ez, don't start. I penat. I tak nak gaduh."
"I tak buat apa pun. I cuma cakap apa yang you pernah cakap dengan I. You tak ingat siapa dulu yang tak bagi I pergi ofis sendiri?"
"Stop, Ezzah! I cakap I penat kan?" Amir merengus, marah.
Ez mengeluh sebelum dia memandang ke luar tingkap. Dia je penat? Aku tak penat?
Lima belas minit kemudian, kereta milik Amir berhenti di depan sebuah rumah teres dua tingkat, "Dah sampai."
"Thanks!" Tanpa memandang Amir, Ez keluar dari kereta. Sebelum dia menutup pintu dia memandang Amir, "Good night, Amir. Sorry pasal tadi. I love you."
"Okey! Pergilah masuk." 
Ez menutup pintu kereta Amir. Amir tak balas ucapan dia tadi...
"Ez!"
Ez kalih memandang Amir yang sedang memandangnya.
"Good night. Love you too." Ucap Amir senada sebelum dia memecutkan keretanya meninggalkan Ez.
Ucapan cinta you tadi tu... you ikhlas ke, Amir?

Ez berlari mengejar lif yang sudah hampir tertutup pintunya, "Kejap! Kejap!"
Pintu lif itu terbuka. Mata Ez bercahaya apabila melihat Amir sedang berbual dengan orang yang tidak dia kenali, "Am..."
Kata-katanya mati bila Amir mengerlingnya sekilas sebelum dia terus berbual dengan entah sesiapa itu.
"Cik, nak masuk tak?" Seorang lelaki mengangkat kening memandangnya.
Ez ukir senyum. Senyum yang terasa tawar, tiada perisa, "Maaf!" Dia mengucap perlahan sebelum masuk ke dalam lif.
Sebaik saja pintu lif tertutup, suasana di dalam lif itu terasa begitu sesak bagi Ez.
"Cik, tingkat berapa?"
Ez memandang lelaki yang sedang memandangnya itu, "Tingkat lapan."
"Apa pendapat Encik Amir dengan anak saudara saya tadi?"
"Cik Aulia?" Ez dengar Amir ketawa, "Dia cantik, elegan. Dia nampak matang dari usia dia."
"Wah, bangga saya bila dengar awak puji dia macam tu. Dia tu dari kecil dididik untuk jadi independent. Mungkin sebab itu dia nampak lebih matang. Kalau Encik Amir nak berkenalan dengan dia, bagitahulah saya."
Ez genggam penumbuk. Apa orang tua tu merepek hah? Amir tu kekasih aku kot!
"Saya sekarang fikir kerja je, tuan. Banyak lagi impian saya yang masih tak tercapai."
Ez terkaku. Fikir kerja je? Kenapa dia tak cakap je pasal dia dah ada kekasih?
"Ke Encik Amir ada kekasih?"
Ez dengan Amir ketawa. Jawablah! Jawablah!
"Er... cik?"
Ez panggung kepala memandang lelaki yang berdiri berdekatan butang lif.
"Dah sampai tingkat lapan. Cik tak nak turun?"
Ez tersenyum lalu dia mengangguk, "Terima kasih." Dia berlalu keluar dari lif itu. Sebaik saja pintu lif itu tertutup dia rasa nak terjatuh. Dia rasa pening tiba-tiba. Kenapa Amir tak jawab? Kenapa Amir gelak? Kenapa Amir tak bagitau orang tu yang dia dah ada kekasih?

"Kau okey tak ni, Ejah?"
Ez panggung kepala memandang Yati yang sudah duduk di atas mejanya.
"Okey. Aku pening sikit."
"Kau macam ada masalah je. Tak nak share dengan aku?"
"Aku okey, Yat. Tak ada masalah pun."
"Kau dengan Amir okey?"
Ez pandang Yati, "Okey. Kenapa kau tanya macam tu?"
"Saja tanya. Kotlah kau ada masalah dengan Amir."
"Aku dengan dia okey je. Alhamdulillah!" Ez tersenyum namun di bawah meja dia menggenggam tangannya. Aku tipu, Yat! Ada sesuatu yang tak kena dengan Amir! Aku dengan Amir memang bermasalah...
"Minta perhatian semua!"
Serentak Yati dan Ez memandang ketua mereka yang sedang berdiri di tengah-tengah laluan pekerja. Di sebelah kanannya ada Amir dan di sebelah kirinya ada seorang wanita yang memakai kaca mata hitam, "Saya nak kenalkan ini, Cik Aulia dari Syarikat AuliaBeauty. Syarikat Cik Aulia akan berkerjasama dengan syarikat kita. Dia klien penting kita, jadi layan dia elok-elok ya?"
Wanita yang dipanggil Aulia itu membuka kaca matanya, "Selamat berkenalan semua."
"Amir, perkenalkan Aulia pada semua staff kita. Lepas tu bawa dia masuk ke ofis saya."
Amir mengangguk sebelum dia memandang Aulia, "Jom, Lia. I kenalkan dengan staf-staf dekat sini."
Aulia mengangguk sebelum dia mengikut langkah Amir.
Ez memandang mereka berdua itu, lama. Itu rupanya Cik Aulia. 
"Ejah!" Yati menyiku Aulia.
"Sakitlah, Yat. Apanya?" Ez menjeling Yati sikit.
"Cik Aulia tu cantik kan?"
Ez senyum tawar lalu dia mengangguk. Sangat cantik...

"Amir, kejap lagi kita lunch sekali?"
Amir yang sedang mengadap storyboard iklan angkat muka memandang Ez, "You tak nampak ke I busy?"
Nada yang dingin. Mata yang dingin. Wajah yang beku. Ini bukan Amir yang I kenal.
"Kalau tak lunch, dinner?" Tanya Ez, masih mahu mencuba.
"Ezzah!"
Ez mengeluh, "I cuma nak spend time dengan you. Takkan setiap masa you sibuk sampaj tak ada masa dengan I? Dah dekat seminggu kita tak spend time sama-sama."
"Ez, sekarang projek tengah banyak. You nak I buat apa bagi you faham? Lagi satu, ini ofis! Tolong jangan campur adukkan kerja dengan peribadi!"
Ez mengangguk, "Maafkan saya, Encik Amir. Storyboard tu, kalau encik tak puas hati. Encik tandalah kat mana yang encik tak suka. Nanti saya dengan yang lain betulkan. Saya keluar dulu."
Ez terus keluar dari bilik Amir dan berlalu terus ke kubikelnya.
"Macam mana? Amir kata apa?"
Ez sengih seperti tiada apa yang berlaku, "Dia tengah sibuk tengok storyboard untuk iklan syampu. Yang kita punya dia tak tengok lagi."
"Makin sibuklah dia sekarang, kan?"
Ez mengangguk. Terlalu sibuk, Yat.
Tepat jam dua belas setengah tengahari,
"Ez, aku turun dulu eh?"
Ez laju panggung kepala, "Eh, aku nak ikut Yat!"
"Kau tak lunch dengan Amir?"
Ez menggeleng, "Dia sibuk."
Yati mengangguk. Ada benda yang tak kena ni.
Baru Ez nak berdiri, pintu bilik Amir dibuka. Amir sedang berbual di telefon sewaktu melintasi meja Ez. Dikerling Ez sekilas sebelum terus berlalu, "You kat mana, Lia? I baru nak turun."
Yati memandang Ez. Ez pula terus menarik tangan Yati. Laju saja dia melintasi Amir yang sedang menyimpan telefon pintar di dalam poket seluarnya.
Yati yang mengikut saja langkah Ez berpaling pada Amir. Lelaki tak guna.
Sebaik saja mereka tiba di depan lif, Ez laju menekan butang turun. 
Yati menggosok belakang Ez. Sabar, Ez... sabar...
"Kau nak makan apa, Yat?" Tanya Ez sebelum berpaling pada Yati di sebelahnya. Dia dapat rasakan Amir berdiri di belakangnya, memerhatikan dirinya.
"Nasi ayam je kot. Kau?"
"Aku? Aku nak makan nasi berulamkan jantung, berlaukkan hati masak kicap."
Yati ternganga. Ah, sudah!
Ez ketawa tiba-tiba. Ketawa tanpa perisa, "Just kidding."
Yati turut ketawa sebelum dia memegang tangan Ez, "Sabar." Perlahan Yati memberikan semangat pada Ez.
Ez mengangguk. Ya, sabar Nurul Ezzah. Sabar!

Ez memandang Amir yang beriringan masuk ke dalam ofis bersama dengan Cik Aulia. Tadi, lepas solat Zohor, dia meluahkan semuanya pada Yati. 
"Ez..."
Ez kalih memandang Yati, "Ya?"
"Kau okey?"
Ez ukir senyum, "Okey. InsyaAllah."
Yati mengangguk sambil tersenyum. Kesiannya Ez. Tadi dia nasihatkan Ez supaya tanya pada
Amir apa yang sebenarnya tidak kena. Ez cuma senyum tipis. Dia kata macam mana nak tanya pada Amir kalau bercakap dengan dia pun seperti mahu tak mahu saja.
Ez meneruskan kerja yang tergendala. 
"Well, you tak payahlah hantar I sampai ke bawah, Amir. I boleh turun sendiri," Ez panggung kepala bila terdengar suara Cik Aulia.
"Well, if you say so. Hati-hati, Lia..." Ez nampak Amir mengukir senyum manis pada Aulia. Senyuman yang sudah lama tidak kelihatan pada matanya.
Dia menunduk. Kertas lukisan yang separuh berconteng direnyuk. Sakit...
"Ez, kau okey ke? Muka kau pucat!" Sengaja Yati bersuara kuat, bagai mahu memberitahu satu ofis.
Amir pantas kalih memandang Ez. Aulia turut sama memandang ke arah Ez.
"A... aku okey!" Ez berdiri namun dia menunduk memandang lantai, "Aku nak pergi toilet."
Tanpa mempedulikan mata-mata orang yang sedang memerhatikannya, dia terus berjalan melintasi Amir dan Aulia. Tangannya menggenggam erat hujung blaus yang dipakainya. Sabar, Ezzah. Sabar.

"Cik Aulia tu cantik, kan?"
Ez yang duduk di dalam toilet memasang telinga. Suara penyambut-penyambut tetamu syarikatnya. 
"Cantik. Tadi aku nampak dia keluar dengan Encik Amir dari team storyboard. Bagai pinang dibelah dua kau tahu?"
"Bukan Encik Amir tu dah ada kekasih ke? Ala, budak bawahan dia juga. Team storyboard."
Ez menggigit bibir apabila dia dengar salah seorang daripada mereka menjawab, "Aku dengar dia orang dah putus. Iyelah! Kalau aku jadi Encik Amir tu, takkan aku nak lagi dekat kekasih dia yang sekarang. Mesti aku cari yang macam Cik Aulia. Cantik pun cantik. Kalau tak Cik Aulia, aku ada."
Jawapan itu membuahkan ketawa di dalam bilik air itu. Ez menghela nafas. Pipinya yang masih basah dengan air mata dikesat. Ez berdiri sebelum pintu bilik air itu dibuka, kasar.
Serentak tiga pasang mata kalih memandang dirinya. Berubah terus wajah ketiga-tiga wanita yang sedang memandang dirinya. Perlahan-lahan dia mendekati sinki bilik air. Tangannya dibasuh sebelum dia kalih memandang tiga orang wanita itu.
"Kalau dengan saya pun dia tak nak, takkanlah Amir tu nak dekat awak. Kalau saya ni bukan saingan Cik Aulia. Awak lagilah. Tak sempat bersaing, dah kalah..." selamba Ez bersuara sebelum dia mendekati ketiga-tiga orang wanita yang kelihatan takut. Iyalah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata? Takut lebam biji mata.
Ez memandang ketiga-tiga orang wanita itu atas bawah, "Kalau ya pun nak pakai skirt pendek, biarlah kaki tu putih. Hati awak tu dah cukup hitam, tak perlulah nak tayang kaki yang sama hitam tu."
Tercengang-cengang ketiga-tiga wanita itu. 
Ez pula terus berlalu meninggalkan tandas.
"Sakit perut ke?"
Bahu Ez terangkat sikit bila ditegur tiba-tiba. Dia kalih ke kanan. Amir berdiri sambil berpeluk tubuh di depan pintu tandas lelaki.
"Dah okey?"
"Dah," sepatah dia membalas sebelum dia berlalu ke pejabat.
Amir memandang pintu tandas wanita. Dia menggeleng perlahan. Siapalah yang buat cerita dia dan Ez dah berpisah?

"Kau balik dengan apa hari ni, Ejah?" Yati mula mengemas mejanya. Lagi lima minit nak ke pukul lima petang.
"Teksi kot. Tak pun bas. Aku pun tak tahu lagi."
"Kau tumpang akulah, Ejah. Bahayalah sekarang nak naik teksi."
Ez pantas menggeleng, "Tak apa. InsyaAllah tak ada apa-apa. Lagipun kau dengan husband kau kan nak sambut anniversary hari ni."
"Ala, apa kaitannya?"
"Kaitannya mestilah kau nak bersiap wangi-wangi dulu, pergi dinner. Dahlah, baliklah sana. Aku balik naik teksi."
"Betul ni?"
Ez mengangguk lalu dia ukir senyum.
"Ejah..."
"Ya?"
"Kalau kau dah tak mampu nak hadapi, angkat kaki aje okey?"
Ez mengangguk, "Aku tunggu dia berterus-terang dengan aku."
"Jaga hati kau, Ejah. Jangan biar hati kau terus jadi barang permainan dia."
Ez mengangguk.
Yati hela nafas sebelum dia kembali mengemas barangnya.
Ez menggigit bibirnya. Kata-kata Yati bagai terngiang-ngiang di telinganya. Jangan biar hati kau terus jadi barang permainan dia.
"Aku balik dulu, okey?" Yati menepuk bahu Ez.
Ez panggung kepala lalu dia mengangguk, "Kirim salam suami kau."
Yati mengangguk sebelum dia berlalu keluar dari pejabat. Ez memerhatikan seisi ruang pejabat yang mula kosong. Orang dah balik. Dia pun mula mengemas barang-barangnya. Sedang dia mengemas, bunyi pintu bilik yang dibuka dan ditutup kedengaran.
"Tak balik lagi, Ez?"
Ez panggung kepala. Bibirnya pantas mengukir senyum pada Kak Lida, pekerja senior di department papan cerita ini, "Dah nak balik dah."
Kak Lida mengangguk sebelum berlalu. Ez pantas menggalas beg sandangnya. Baru dia nak melangkah, dia terasa bagai ada mata sedang memerhatikan dia. Dia berpaling ke kanan. Amir bersandar pada pintu biliknya sambil berpeluk tubuh. Matanya pula tajam merenung dia.
"Balik dengan apa?" Amir mendekati Ez.
"Teksi berlambak. Bas ada," balas Ez selamba.
"Jom, I hantar."
"Tak apalah, Encik Amir. Encik Amir kan sibuk sangat sekarang. I pun nak belajar jadi independent. Takkan dua puluh empat jam nak bergantung dengan orang lain. Yelah kan, kita tak tahu... bila-bila masa aje yang orang lain tu boleh angkat kaki tinggalkan kita."
"You perli I?"
"I ada sebut nama you ke?"
Amir merengus, "Ez, I tak nak gaduh."
"I pun tak nak gaduh. Siapa yang cari gaduh? Dah lah, tak payah buang masa you nak hantar I balik bagai. I boleh balik sendiri."
"You ni cemburu I rapat dengan Aulia ke?"
"Cemburu? Untuk apa I cemburu? Kita ada apa-apa hubungan ke selama ni?"
"Nurul Ezzah!"
"Listen! I tak tahu apa dah jadi dengan kita. I sedar, you cuba nak jauhkan diri you dari I. You layan I dingin, bercakap nak tak nak aje. I sedar semua tu. I tak bodoh. Bila you ucapkan cinta, tak ada satu pun yang datang dari hati you. You cakap I love you dekat I out of habit. Sebab you dah terbiasa."
Amir terdiam.
"I dah penat, Amir. Kalau you tak nak kat I dah, tak boleh ke you terus-terang je? Perlu ke nak simpan I ni lagi sedangkan dalam hati you tak ada nama I pun."
"Ez..."
"I balik dulu," Ez ukir senyum hambar, "By the way, I think we both need a break."
Ez melangkah keluar dari pejabat dengan laju.
Amir mengeluh. I don't need a break. I need you. You akan faham nanti kenapa I buat you macam ni, Ez. I cintakan you. It's a fact. I tak pernah tipu tentang itu...

"Kau kenapa?" 
Amir panggung kepala memandang Is lalu dia menggelengkan kepalanya, "Tak ada apa-apa."
"Kau punya plan untuk Ez tu macam mana?"
Amir mengeluh lalu gelas berisi Sprite dipusing-pusing, "Entah. Plan tu macam takkan jadi je."
"Kenapa pulak?"
"Aku sengaja ignore dia, buat-buat tak layan dia... tapi aku rasa aku dah terover ignore dia. Dia sakit hati dengan aku dan sekarang dia kata aku dengan dia need a break."
Wajah Is berubah, "Dah tu? Plan kau?"
"Aku tak tahu. Stress aku."
"Lusa, korang dah genap tiga tahun kan?"
Amir mengangguk.
Is garu kepala, "Dah berapa lama kau pura-pura tak layan Ez ni?"
"Tiga minggu dah."
"Teknik kau salah ni," Is menggeleng, "Kejap. Aku kenalkan kau dengan expert dalam cinta."
Amir ketawa, "Siapa?"
Is angkat tangan menyuruh dia untuk tunggu, "Adib! Sini kejap!"
Adib yang sedang berbual dengan Mike panggung kepala, "Apahal? Aku tak nak join MLM."
Is tepuk dahi. Amir jungkit kening. Rupa aku ni macam orang MLM ke?
"Sinilah, gila!"
Adib tinggalkan Mike lalu dia mendekati Is, "Kenapa?"
"Amir, kenalkan sepupu aku Adib. Adib, ni kawan aku Amir."
Adib sengih sebelum bersalaman dengan Amir, "Kau bukan nak terang pasal sistem piramid dekat aku, kan?"
Amir ketawa, "Aku bukan jenis manusia nak cepat kaya."
Adib ketawa, "Kawan kau cool, Is. Kau tak!"
"Bangang! Ni, duduk kejap. Kawan aku nak mintak nasihat kau ni."
Muka Adib jadi kelam, "Nasihat apa ni? Aku pandai buat kopi je wei!"
"Ala, dengarlah dulu."
Adib jeling Is, "Okey, ceritalah."
"Cerita dia macam ni..." Amir mula bercerita. Adib mendengar penuh tekun. Is pula tersengih. Malam ni, kafe tutup lambat!

Ez memeluk lututnya sambil matanya memandang langit. Dia kembali teringat bagaimana dia dan Amir bertemu dulu. Kali pertama dia kenal Amir, Amir seorang yang sangat carefree. Orangnya positif walaupun ketika itu mereka berdua terperangkap dalam lif.
"Takut ke?"
Ez kalih memandang lelaki yang memakai t-shirt hitam dan kemeja kotak-kotak diluar, "Huh?"
"Tangan you terketar-ketar."
"I takut. I tak pernah lagi terperangkap dalam lif macam ni."
"Relakslah!" Si lelaki menyandarkan badannya pada dinding lif, "I tak pernah nampak you sebelum ni. You kerja dalam bangunan ni jugak ke?"
"Hari ni sepatutnya hari pertama I kerja. I kerja dekat syarikat pengiklanan dekat tingkat lapan."
Si lelaki senyum, "Department apa?"
"Storyboard."
"Cool! Nama I Amir Razin. You boleh panggil I Amir, Amet, Raz, Zen, Zain Saidin. I okey je." Lelaki itu memandang Ez, "I satu ofis dengan you. Department sama dengan you."
Mata Ez bercahaya. Satu ofis? "Er... tak apa ke kita lambat ni?"
"Relakslah. Lif ni nak rosak, bukan salah kita. Lagipun bos okey. No worries."
Ez tersenyum lega.
"Nama you apa?"
"Nurul Ezzah. You boleh panggil I, Ez."
"Cool name! Selamat berkenalan."
Ez mengangguk. Dia tak sedar, ketika itu... ketakutannya mula hilang. Setengah jam yang dia terperangkap di dalam lif bersama Amir, adalah setengah jam paling menggembirakan bagi dia kala itu.
Lamunan Ez terhenti bila tiba-tiba guruh berdentum. Nafasnya dihela. Amir, apa dah jadi antara kita? Apa dah jadi dengan you?

Ez pandang kalendar di atas mejanya. Hari ni sudah dua puluh haribulan. Bermakna sudah genap tiga tahun dia bercinta dengan Amir. Tapi... dah tiga hari dia dan Amir tidak bertegur sapa. Dia tak tahu apa statusnya dengan Amir sekarang. Masih bersama atau susdah tiada apa-apa.
"Ez, Amir suruh masuk bilik dia. Sekali dengan storyboard iklan Cik Aulia."
Ez pandang Rizal yang berdiri di mejanya, "Aku je ke dia panggil."
"Kau je. Kau kan ketua projek."
Ez garu kepala. Storyboard yang sudah siap dicapai. Buku notanya dicapai dengan sebelah tangan lagi. Nafas dihela sebelum dia melangkah ke bilik Amir. Pintu bilik itu diketuk dulu sebelum dia membukanya, "Assalamualaikum."
Amir yang sedang berbual dengan Aulia panggung kepala, "Waalaikumussalam. Masuklah, Ez."
Ez mengangguk sebelum dia mengambil tempat di sebelah Aulia, "Cik Aulia."
Aulia mengangguk, "Hai, Ez!"
"Dah siap storyboard untuk iklan Cik Aulia?" Tanya Amir tanpa memandang Ez.
"Dah," kadboard yang dipegangnya dihulurkan pada Amir.
Amir mencapai kadboard itu lalu dia segera menunjukkan storyboard itu kepada Aulia. Ez hanya diam apabila Amir menerangkan setiap scene di atas storyboard itu pada Aulia.
Sesekali Aulia ketawa apabila Amir membuat lawak ketika menerangkan setiap scene.
"You've did a good job, Ez!" Puji Aulia setelah Amir selesai memberi penerangan.
"This is the best we can offer to you, Cik Aulia."
"Lia, siapa duta produk you?" Tanya Amir.
"Farahanis."
"Model muslimah tu?" Ez bertanya sebelum dia memandang Amir. Farahanis... ex-girl kawan baik Amir.
Amir garu kepala. Farahanis? Macam kenal je...
"Kenapa? Ada masalah ke dengan Farahanis?"
"Tak ada masalah apa-apa," ujar Amir sebelum tersenyum.
Ez gigit bibir, "Kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu, ya?"
"Kejap, Ez. I ada lagi benda nak bincang dengan you," ujar Amir, serius.
Aulia pula bingkas berdiri, "Kalau macam tu, I keluar dulu. By the way, malam ni... jom dinner dengan I?"
Amir pandang Aulia sebelum dia tersenyum, "Sorry. Malam ni I ada hal lain."
"Kenapa? You ada date, ye?"
Amir ketawa, "Maybe. Itupun kalau dia say yes."
"What a lucky girl! I balik dulu, bye!" Ucap Aulia ceria sebelum dia berlalu meninggalkan bilik Amir.
Ez hanya buat muka kosong, "Nak bincang apa?"
"Malam ni, you free?"
Ez angkat muka merenung Amir, "Kalau I free, kenapa? Kalau I tak free, kenapa?"
"I nak you pergi kafe yang Is kerja. I cadang nak buat iklan Aulia dekat situ."
"Kenapa I kena pergi? Suruhlah team lain pergi. I buat storyboard jel"
"Ini arahan dari Encik Alias. You nak ke tak nak, you kena pergi jugak kafe tu."
Ez mengeluh, "Fine. Whatever!"
"You boleh keluar sekarang," ujar Amir tanpa mengangkat wajah dari komputer ribanya.
Snobbish! Getus hati Ez sebelum berlalu keluar.

Ez menolak pintu kafe dengan sebelah tangan. Sempat dia menghela nafas panjang. 
"Selamat datang!"
Ez panggung kepala lalu dia ukir senyum bila dia ternampak Is! "Is!"
"Ez!" Is melambai, penuh semangat! "Datang pun. I ingat you tak datang dah."
"You tau mana I nak datang ni?" Tanya Ez sambil mendekati Is yang berdiri di kaunter.
Is sengih. Alamak, terlepas cakap! "Tak adalah. Amir ada cakap dia hantar you survey kafe ni."
Ez senyum tawar. Amir! Amir! Urghhh! 
"Duduklah dulu. Nanti I bawakkan you buku menu."
Ez mengangguk sebelum dia mengambil tempat di salah satu meja kosong.
Is mendekati kaunter minuman lalu dia ukir sengih pada Adib dan Mike, "It's showtime!"
Adib tarik muka, "Pergi bagi menu kat dia dulu baru sembang showtime-showtime. Mike, get ready nak call Jet."
"Kalau tutup elektrik tiba-tiba ni, tak apa ke? Mamat sepet kat dapur tu karang tergoreng tangan sendiri pulak."
"Kau ingat aku ni bangang sangat ke sampai nak tergoreng tangan sendiri?" Ujar Apek yang baru keluar dari dapur.
Mike ketawa, "Mana tahu! Kau sejak-sejak kahwin ni, terserlah kebangangan sikit. Falling in love lah katakan."
"Diam kau!" Apek tarik muka.
Is ketawa sebelum mendekati meja Ez, "Nah, menu untuk you."
"Thanks!" Ez senyum, "By the way, kenapa tak ada orang malam ni? Sunyi je..."
Is sengih. Sebab Amir dah tempah satu kafe untuk you. "Ada satu kafe hipster baru bukak dekat hujung lot sana. Orang sekarang kan tengah seronok dengan hipster." Is berlalu dari meja Ez, sempat dia buat isyarat mata pada Adib. Adib angkat ibu jarinya, tanda isyarat diterima.
Ez ketawa lalu dia mengangguk. Baru dia nak buka buku menu, tiba-tiba lampu di seluruh kafe terpadam! "Is?"
Tiada sahutan.
Ez gigit bibir! "IS?!" 
Masih tiada sahutan. Ah, sudah! Mana Is pergi?
Baru Ez nak berdiri, tiba-tiba dinding putih kafe bercahaya. Lima saat kemudian, di atas dinding itu, terpapar sebuah video yang memaparkan wajahnya.
"Say hi to the camera, sayang!" 
Ez terduduk di kerusinya. Suara Amir! Ini video yang Amir rakam ketika mereka berada di set pengambaran sebuah iklan dua tahun lepas.
"Ez, buat muka masam."
Ez ketawa kecil apabila dia melihat dirinya dua tahun lepas mengikut kata-kata Amir.
"Muka sedih!"
Ez kesat pipinya yang terasa basah. Apa ni?
"Macam mana you boleh jatuh hati dekat I?"
"Siapa kata I jatuh hati dekat you?"
Ez tak dapat menahan air matanya yang semakin galak menuruni pipinya. Apa semua ni?
"Nurul Ezzah!”
Ez panggung kepala. Di dinding putih itu, terpampang wajah Amir.
"Happy third anniversary, Ez! I tau I banyak buat you sakit hati. Ini sebenarnya kejutan yang I rancang untuk you tapi rancangan I tak menjadi. I sepatutnya ignore you sikit-sikit aje tapi I ter-ignore you lebih. I tak pernah tipu bila I cakap, I sayangkan you. Bila I cakap I love you pada you, I tak tipu. I sayang you, Ez.”
Ez tekup mulut, menahan sedu.
"True, ada masa I rasa penat dengan relationship kita. I kadang-kadang bosan dengan hubungan kita tapi I takkan pernah mahu lepaskan tangan you. Corny, I know. Cheesy, yes! I rasa cukuplah tiga tahun kita berkawan, kan?"
Ez gigit bibirnya. Ini ke sebabnya Amir ignore aku?
"Nurul Ezzah, grow old with me?"
Ez tekup wajahnya! Amir...
"Kenapa menangis?"
Ez panggung kepala apabila dia terasa bagai ada orang melutut di depannya. Kafe yang tadinya gelap sudah kembali cerah.
"Kenapa buat I macam ni?"
Amir sengih, "Er.... surprise?"
"I sakit kat sini, tau?" Ez memukul bahagian dadanya, menunjukkan betapa sakitnya hati dia dengan Amir! "You ignore I, cakap nak tak nak dengan I, buat macam I tak wujud, you menggedik dengan Cik Aulia tu! I sakit hati, tau tak?!"
"Tau. I cuma nak bagi you kejutan dengan lamaran I pada you. I tak ada niat nak buat you sakit hati macam ni sekali. Pasal I dengan Aulia. Kami tak ada apa-apa pun. Aulia dah nak bertunang pun."
Ez kesat air matanya yang masih mengalir.
"Ez, I bukan orang yang romantik. I nak tanya you sekali lagi. Sayang, kahwin dengan I? Jadi isteri I untuk selamanya?"
"Kalau I terima pun, you jangan harap I senang-senang nak maafkan you!"
Amir mengangguk, "Is it a yes?"
"You ingat siapa je nak terima you kalau bukan I?" Ez menjawab laju, "Lepas kahwin nanti, you tengoklah apa yang I balas balik dekat you!"
Amir terus berdiri! "YES! She said yes!"
Is di kaunter tunjuk isyarat bagus! Tahniah, dude!
"Kawan baik kau dah lamar awek dia. Kau bila lagi?"
Is pandang Adib yang bertanya sebelum dia tersengih, "Tak naklah kahwin. Single best apa?"
Adib dan Mike berpandangan, Jet dan Apek turut saling berpandangan. Is tak nak kahwin?!

TAMAT

p/s: So, grow old with me? :)

55 comments:

  1. Eh..siapekah amir?? Loss kejap..hahaha...

    ReplyDelete
  2. Best2... Lepas ni pls cerita pasal Is pulak.. Hehee.. Rindu ngan cerita2 najwa..

    ReplyDelete
  3. Best2... Lepas ni pls cerita pasal Is pulak.. Hehee.. Rindu ngan cerita2 najwa..

    ReplyDelete
  4. waaaa πŸ˜‚ i miss ur entry kak najwa ! semua entry2 kak najwa awesome ! i laf it ! πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜˜πŸ‘πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
  5. Love this cerpen. Harap tahun novel Fly terbit ye!

    ReplyDelete
  6. wah..best...rasa mcm cite ni tak sepanjang cerita2 lain..hehe.ap2 pn..tq.best..waiting for another story..:)

    ReplyDelete
  7. Best.... sangat2 best.. continue lagi yer...pasal is pulak..

    ReplyDelete
  8. Best.....tlg update pasal Fly jugak ye....

    ReplyDelete
  9. Best.....tlg update pasal Fly jugak ye....

    ReplyDelete
  10. Huhu... kak tq lah ye update 1 cerpen utk reader akak ni.jeles kejp sbb akak update 21/1 (hri jdi kwn sya)... hihi gurau je

    ReplyDelete
  11. Best! 😍😍 lepasni mesti is pulak kan hehe btw we miss fly ☺

    ReplyDelete
  12. who is Amir?? fikir akak nak buat cite psl org dlm kafe tu gak..
    tp whatever la..still best!!

    ReplyDelete
  13. Best... Best baca.. Lgi2 dgn geng2 bangang hot yg memeriahkn kt blkg tu..

    ReplyDelete
  14. ska lah...best
    akak sambng la cita apek n lisa

    ReplyDelete
  15. Best giler. Hahaha. Harap2 lpas ni cerita psal Is pulak kk.

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. Urmmm ╯﹏╰....nk cite fly.....plzzz(灬♥Ο‰♥灬)
    I MISS JOHANA N HADI
    (╥﹏╥)..kasihanilah saya....nk flyyy!!!!!

    ReplyDelete
  18. Ouhhh yaaa.....almost forget to say.....i like this n3.....u are the best(っ´▽`)っ

    ReplyDelete
  19. Hari2 bukak blog akak, kut2 ada update cerpen baru ke. Hihi suka dgn cerpen2 akak.

    ReplyDelete
  20. Haii.. bw here.. seriously semua cerpen akak best2.. awesome!! Jemput singgah ke blog saya
    .. cupcakesred.blogspot.com ..

    ReplyDelete
  21. Tak da update cerpen baru ke..? Dah rindu sangat sangat dengan cerpen akak..

    ReplyDelete
  22. Tl ong la update Fly ngan Untik Seminggu Saja.. jenuh tnggu nie.. plis.. *insert cute face* btw.. ur writing is soo good!! Keep up the good work!!

    ReplyDelete
  23. Aaaa bestnyaaa.. Nak panjang lagi... Special edition maybe??? Hahaha

    ReplyDelete
  24. wahhhhh.. best nye .. nak lagi boleh?? rindu ngan cerite najwa...

    ReplyDelete
  25. Dari tadi dok refesh2 page ni...rindu cerita dalam blog ni...=( last2 repeat baca cerita amir je..πŸ˜…

    ReplyDelete
  26. Akak bila nk sambung cerita psl iman dgn lily??? X sabar nk tau kisah diorang seterusnya

    ReplyDelete
  27. Utk smggu sja n fly dah x smbung lg ke sis.....

    ReplyDelete
  28. Sis sambung la cerita fly..da lama tggu.

    ReplyDelete
  29. sis bila nk update cerpen baru? dah lama kitorg tunggu 😭 by the way, lpasni buat la love story psl Is pulak πŸ˜‰πŸ˜„πŸ˜ hehehhe 😁

    ReplyDelete
  30. sis bila nk update cerpen baru? dah lama kitorg tunggu 😭 by the way, lpasni buat la love story psl Is pulak πŸ˜‰πŸ˜„πŸ˜ hehehhe 😁

    ReplyDelete
  31. Sis x de cite baru ke..? Cptla update..dh rindu ni..

    ReplyDelete
  32. Kak najwa.. enty baru mane??? Rindu nih ngn cerpen meletopss akak

    Rienamuezza.blogspot.com

    ReplyDelete
  33. Alaaa asal tkde n3 baru...rndu nk baca karya2 akak

    ReplyDelete
  34. Akak bila nak ada cerpen baru???
    Rindu la.........

    ReplyDelete
  35. Assalam. Kak najwa smbg la cite fly😒 pliss. Rindu jo n hadi

    ReplyDelete
  36. Assalam. Kak najwa smbg la cite fly😒 pliss. Rindu jo n hadi

    ReplyDelete
  37. Hai kak.... saya antara silent reader akak... saya dah bc semua cerita akak... saya suka sangat tapi sejak beberapa bulan ini akak tak update satu cerita pon... walaupun hati kecewa tapi saya masih setia lawat blog akak... kalau akak busy pon tlg update cerita sbb akak memang berbakat menulis sampai semua reader tertunggu2 utk cerita akak yg seterusnya.... saya harap akak faham hati2 yg tertunggu2 utk cerita akak...

    ReplyDelete
  38. Hai kak.... saya antara silent reader akak... saya dah bc semua cerita akak... saya suka sangat tapi sejak beberapa bulan ini akak tak update satu cerita pon... walaupun hati kecewa tapi saya masih setia lawat blog akak... kalau akak busy pon tlg update cerita sbb akak memang berbakat menulis sampai semua reader tertunggu2 utk cerita akak yg seterusnya.... saya harap akak faham hati2 yg tertunggu2 utk cerita akak...

    ReplyDelete
  39. Kak najwaaa. Nak cerpen br pliss. Lama dah tunggu nih

    ReplyDelete
  40. Kak najwaaa. Nak cerpen br pliss. Lama dah tunggu nih

    ReplyDelete
  41. Lama tggu cerpen baru. Rinduuuuuu

    ReplyDelete
  42. Lama tggu cerpen baru. Rinduuuuuu

    ReplyDelete
  43. Sis saya tabik la kat sis ni. Cerita sis semua best best dan saling berkait ! Saya suka macam tu sebab menarik tertarik ! �� Taknak buat cerita pasal empat sahabat tu lagi ke ? Hah buat pasal Is ke hahahaha best sis serious best���� terima kasih lah sis sebab buat cerpen ni semua ��saya macam nak duduk dalam dunia fantasi je ni ha hahahaha

    ReplyDelete
  44. best best.. tp kalau sampai lepas kawen lagi best..hihi

    ReplyDelete
  45. Best gilerrrrrrr!!! Lepas ni, buat cerita pasal Is pulak.

    ReplyDelete
  46. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete