Thursday, 21 January 2016

[CERPEN] Grow Old With Me?

Ez menongkat dagu memandang lelaki di depannya. Lagi dua minggu, genap tiga tahun dia bercinta dengan lelaki itu. Lagi dua minggu... "Amir, lagi dua minggu... you ingat tak hari apa?"
Lelaki yang dipanggil Amir itu memandang Ez sekilas sebelum dia kembali memandang telefon pintarnya, "Tak. Kenapa?"
Ez mengerutkan dahinya, "You tak ingat?"
Amir menggeleng tanpa memandang Ez, "You dah habis makan ke belum? Jomlah. Esok pagi-pagi I ada meeting."
Ez memandang pinggannya. Makanan dia sudah lama habis, dia pandang pula pinggan Amir. Masih banyak berbaki, "You yang tak habis makan lagi."
"I dah kenyang. Jomlah!" Tanpa memandang Ez, Amir berdiri lantas dia terus berlalu ke kaunter pembayaran.
Amir, apa yang tak kena dengan you ni? Ez mengeluh sebelum dia mengikut langkah Amir yang laju.
Dulu, jalan sentiasa beriringan.
Sekarang, dia berjalan di hadapan dan aku di belakang.
Dulu, kalau keluar makan bersama, sentiasa ada saja yang akan dibualkan.
Sekarang, jangan kata berbual, nak dengar suara dia pun susah.