Thursday, 12 November 2015

[CERPEN] Sweet

"Apa definisi sweet bagi kau?"
"Definisi apa kau ni? Kau ingat aku kamus?"

Zarith ketawa, "Ala, jawablah ngok!"
Nine kerutkan dahi, "Sweet ya? Erm..."
Zarith melunjurkan kakinya ke depan sebelum memandang Nine.
"Entah! Sweet tu... bila orang offer belanja makan?"
"Tu bukan sweet, tu nama dia rezeki!" Zarith memukul bahu Nine dengan botol airnya sebelum dia menuding jari ke arah bangku yang berdepan dengan tasik, "Kau nampak tak uncle dengan aunty tu?"
"Nampak."
"Bagi aku sweet tu macam tulah. Aku tak tahulah kau sedar ke tak yang uncle tu sebenarnya buta. Dia dengan wife dia tiap-tiap petang datang tasik. Ada sekali hari aku jogging sorang-sorang kat sini, aku tegur aunty tu. Aku tanya dia kenapa tiap-tiap petang datang tasik ni. Aunty tu jawab sebab dia dan suaminya selalu dating kat sini dari sebelum kahwin, sampai sekarang dah bercicit. Dari suami dia celik, sampailah suami dia tak nampak apa-apa. Tiap-tiap petang, walaupun suami dia tak nampak, aunty akan cerita apa yang ada di tasik dan menjadi 'mata' pada suaminya. Dia tak pernah jemu, tak pernah bosan walaupun cerita sama diulang-ulang setiap hari. Bagi aku, itulah 'kemanisan' kasih sayang sebenarnya."
Nine menganggukkan kepala. Mengakui definisi 'sweet' yang diberi Zarith, “Kau ni kalau ikut masa, jiwang jugak ek?”
“Bongok!” Zarith menjeling Nine sebelum menyambung cerita, "Aku selalu tertanya-tanya, macam mana kalau aunty tu pergi dulu? Siapa nak jaga uncle tu? Siapa yang nak jadi mata dia? Siapa yang nak bercerita pada dia? Tapi aunty tu ada bagitahu satu benda pada aku. Dia kata... kalau ditakdirkan salah seorang daripada mereka mati dulu, dia nak suami dia mati dulu. Bukan sebab dia tak sayang tapi sebab dia takut tak ada siapa sudi jaga suami dia nanti kalau dia mati dulu."
"She is a strong woman," ujar Nine.
"Hmm...?"
"Aunty tu. Dia sangat kuat."
Zarith senyum pada Nine sebelum dia berdiri, "Wei, jom!"
"Pergi mana?"
"Pergi tegur aunty dan uncle tu."
Nine senyum lalu mengangguk, "Jom!"


"Zarith, aku rasa... aku rasa..."
"Aku rasa... aku rasa...! Nine, kau tau tak aku rasa macam nak cepuk kau sekarang! Nak cerita, cerita ajelah!?"
Nine buat muka, "Cepuk... cepuk! Cuba jadi perempuan sikit. Kalau macam gini perangai kau sampai kau kahwin nanti, silap-silap laki kau bungkus barang dia lari dari rumah kau tau?"
Zarith buat muka, "Oh, please! Jangan cerita kahwin-kahwin dengan aku. Loya!"
"Okey... okey! Listen."
"Hmm...?"
"Aku rasa aku dah jatuh cinta," Nine jungkit-jungkitkan keningnya.
Zarirt buat muka teruja, "Wah! Dengan siapa? Cik Mah tea lady?"
Nine yang sedang senyum terus mematikan senyumannya, "Tak kelakar."
"Whatever, bagi aku kelakar."
"Kau ingat budak intern yang jadi anak buah kau tu?"
"Siapa? Ramai kot intern bawah aku."
"Raihan."
"Raihan?" Zarith kerutkan dahi sebelum dia menepuk tangan, "Dah ingat! Budak rambut karat tu! Orang mana panggil dia Raihan, dol! Orang panggil dia, Rai."
"Zarith, rambut dia semula jadi perang okey."
"Semula jadi perang? Serius? Kau buat kelakar?"
"Zarith..."
"Nine, waktu awal intern rambut dia hitam berkilat, okey? Jangan kata aku prejudis."
"Okay, fine! Aku salah. Tapi serius aku rasa aku dah jatuh cinta dengan dia."
"Alif Zulkarnain, kau sedar tak dia tu budak lagi? Umur baru nak 23 tahun. Kau nak main cinta dengan dia? Budak perempuan umur macam tu kebanyakkannya nak main-main lagi."
"Mana kau tau?"
"Dol, aku perempuan dan aku pernah lalui umur 23 tahun. Aku faham sangatlah kerenah budak-budak mentah ni."
"Lah, Zarith... kau perempuan rupanya! Selama ni aku ingat sama spesies dengan aku," perli Nine selamba. 
Zarith buat muka, "Hahaha! Not funny!"
"Funny enough for me!"

"Zarith!"
"Yuhuuu!" Mendengar namanya dipanggil, Zarith menyahut! "Aku kat dapur!"
"Zarith Ameena!" Jerit Lana sebaik saja dia masuk ke dalam dapur.
"Apa? Minah, kau jangan menjerit boleh?"
"Kau buat apa dengan baju aku?"
"Kenapa dengan baju kau?"
"Kenapa dengan baju aku?" Lana menjegilkan mata, "Serius kau tanya macam tu?"
"Serius!" Zarith mengangguk.
"Kenapa kau basuh baju aku yang warna putih dengan baju warna lain, hah? Kau tengok ni apa dah jadi dengan baju putih aku ni?! Ni baju favourite aku tau, tak?"
Zarith yang sedang memotong sayur menghela nafas sebelum pisau dihempaskan ke atas papan pemotong, "Wei, minah! Pagi tadi siapa yang dok tergedik-gedik minta tolong aku dengan Emma basuh baju sebab nak pergi dating? Bukan kau ke? Kau tak pesan pun suruh asingkan baju putih, baju warna-warni. Kau cuma mintak kami basuh. So, kami basuh walaupun ikut hati aku, aku tak nak pun tolong kau tapi sebab Emma, terpaksa aku relakan. Ni dah jadi macam ni, tiba-tiba nak sembur aku pulak! Akai ada mana? Kepala lutut?!"
"Ei, common sense kot asingkan baju putih dengan baju warna-warni."
"Ei, common sense kot bila orang dah tolong kau kena cakap terima kasih dan bukannya sembur orang tak tentu hala!"
"Ah, menyampah aku cakap dengan kau! Dasar tomboi!"
Zarith senyum sinis, "Kau ingat aku suka cakap dengan bimbo macam kau?"
Lana menghentakkan kakinya geram sebelum berlalu.
"Bimbo! Belajar sampai luar negara pun, kalau dah bimbo... tetap bimbo!" Bebel Zarith, geram!

"Kuat bunyi laki bini gaduh tadi." Nine jungkit kening bila Zarith sudah keluar dari rumahnya.
"Diam kau, Nine! Aku panas tak habis lagi ni!" Zarith menjeling Nine di rumah sebelah.
Nine senyum, "Chill la, wei! Jomlah pergi jogging."
Zarith tak membalas sebaliknya dia segera keluar dari perkarangan rumah dan terus berdiri di depan rumah sewa Nine yang terletak di sebelah rumah sewanya, "Kejap lagi aku nak kau belanja aku ais krim!"
"Eh, apahal pulak? Kau nak makan, kau beli sendirilah!"
"Belanja ajelah! Aku tumbuk kau, nak?"
Nine segera keluar dari perkarangan rumahnya sebelum topi Zarith ditepuk, "Yelah! Cuba jangan emo macam perempuan."
"Bangang! Kau pergilah jogging sorang-sorang!"
"Ala... ala... sorry! Hahaha! Gurau pun tak boleh."
"Gurau apa gurau?!" Marah Zarith sebelum berjalan laju meninggalkan Nine.
Nine di belakang menggelengkan kepala. Garang bebenor...

Zarith menjulingkan matanya apabila melihat aksi Raihan yang mengada-ngada dengan ketuanya.
"Kau usha apa, Zarith?"
Zarith pandang Aina sebelum dia memuncungkan mulutnya kedepan, "Minah tu tak pernah rasa kena tampar lagi kot eh?"
Aina ketawa, "Encik Haikal nak ambik dia kerja sini, kau tau?"
"Hah? Minah tu? Kerja sini? Lingkup, Aina... lingkup!"
"Kan? Aku tak faham apa yang dia ada sampai semua orang tergila-gilakan dia. Nak kata cantik, cantik Cik Mah tea lady tu."
"Apa yang dia ada, korang tak ada..." sampuk Nine tiba-tiba.
"Maksud kau?" Zarith pandang Nine.
"Dia manis, pandai bergaya, sopan... korang? Selekeh, serabai, mulut tak ada insurans. Mana lelaki nak suka!”
Aina menjeling Nine, "Oh, kira korang orang lelaki ni memang pandang benda macam tu ajelah ye?"
Nine jungkit bahu.
Zarith buat muka, "Biarlah dia, Aina. Nak sangat perempuan macam tu. Lantak pi. Lebih baik hidup ni single dari berkahwin dengan lelaki yang hanya pandang pada luaran."
Nine senyum sinis lalu wajah Zarith dipandang, "Eh? Sentap?"
Zarith tak menjawab sebaliknya dia terus tunduk membuat kerjanya. Aina pula dah berlalu ke kubikelnya. Malas nak berlama di situ. Kasi sakit hati aje!

"Abang Nine, boleh tak nanti Rai tumpang abang Nine balik? Abah Rai tak dapat ambik Rai hari ni."
Nine garu kepala, "Er... bukan tak boleh tapi..."
"Ala! Please..."
"Yalah... bolehlah!"
Raihan bertepuk tangan sebelum dia mendekatkan wajahnya pada Nine, "Thank you abang Nine."
Nine menganggukkan kepalanya sebelum dia menghela nafas melihat langkah Rai yang semakin menjauh.
"Abang Nine... Rai nak tumpang boleh? Uwekk!" Zarith buat muka menyampah!
"Apa kau benci sangat dengan dia, Zarith? Dia tak kacau kau pun."
"Tak kacau aku? Wei, kerja dia haram tak buat kot! Kerja dia dok menggedik dengan semua orang. Kerja yang patut dia buat, terbengkalai! Lepas tu, yang nak menjawab, aku jugak!"
"Dengan budak intern pun kau nak berkira. Chill lah!"
"Kenapa aku bother nak cerita kat kau pasal minah tu? Urghhh!" Zarith menghempaskan fail sebelum berlalu menuju ke pantry.
Nine pula menggeleng, "PMS!"

"Emma!" Zarith menjerit dengan sepenuh hati. Kamar tidurnya yang bersepah membuatkan dia geram.
"Er... ya?"
"Siapa masuk bilik aku?"
"Er..."
"Emma! Siapa?"
"Lana... dia kata dia nak cari baju dia. Kot-kot kau terambik."
"Aku?" Zarith tuding jari pada wajah sendiri, "Aku TERAMBIK baju dia? Baju tak cukup kain dia tu? Serius?!"
"Er... dialah cakap macam tu."
"Dia masuk bilik kau tak?"
Emma menggeleng, "Tak."
"Ya Allah! Perempuan tu sengaja kan?! Dasar bimbo! Nak balas dendam buat cara macam budak-budak, sepahkan bilik aku! Mentang-mentang bilik aku tak boleh kunci! Urghhh!"
"Zarith. Sabar..."
"Sabar?"
"Aku dah tak boleh sabar, Emma! Ya Allah... dia mana?"
"Dia keluar.”
"Dia kunci bilik tak?"
"Kunci rasanya."
"Kau ada kunci spare kan? Kunci bilik dia. Ada kan?"
Emma garu kepala, "Er..."
"Ada, kan?"
Emma hela nafas sebelum mengangguk.
Zarith ukir senyum jahat. Kau buat cara budak-budak, aku balas cara budak-budak.

"Zarith Ameena, kau dah melampau kau tau?!"
"Tau. Lama dah aku tau!"
"Kenapa kau pecah masuk bilik aku hah?"
"Saja."
"Zarith!"
"Apa? Kau tak puas hati? Kau nak buat apa dekat aku, hah? Nak keluar dari rumah ni? Dipersilakan! Aku lagi suka!" Zarith berdiri dan terus dia menjegilkan matanya pada Lana.
Lana menghentakkan kakinya sebelum dia berlalu ke bilik tidurnya. 
Zarith buat tak tahu sebelum dia kembali duduk di atas sofa.
"Zarith... kenapa cakap macam tu pada Lana? Harga rumah sewa ni makin mahal lah. Dia keluar nanti siapa nak duduk rumah ni?"
"Kalau dia betul keluar, kita carilah penyewa baru!"
"Zarith..."
"Emma, aku dah tak tahan dengan perangai dia. Aku ni, walaupun korang kata aku tomboi, kasar, kurang ajar... sekurang-kurangnya aku buat tau kerja-kerja rumah ni. Aku masak, aku cuci tandas, aku kemas rumah, ikut jadual yang kita dah buat. Dia? Suruh masak, tak pandailah, panaslah duduk dapur. Suruh cuci tandas, busuklah apalah. Berak pandai, suruh cuci jamban tak nak!"
"Dia kan manja."
"Habis, kalau manja, harus kita manjakan lagi? Nak aku tatang dia macam minyak yang penuh? Kirim salamlah."
"Zarith, dia anak yatim. Ibu dia dah tak ada."
"Habis, aku? Ya, aku memang bukan anak yatim. Ibu aku memang hidup lagi tapi aku tak kenal siapa pun ibu aku. Boleh je aku hidup! Boleh je aku buat kerja rumah!"
Emma mati kata. Zarith, degilnya aduhai... "Susahlah nak cakap dengan kau, Zarith."
Zarith menghela nafas, "Fine! Kalau kau tak nak sangat dia keluar, biar aku yang keluar!"
"Zarith!" Emma pegang tangan Zarith, "Bukan macam tu maksud aku."
Zarith merentap tangannya lalu dia berdiri. Sweatshirt yang tersarung di badannya dibetulkan. Tanpa sebarang kata, dia berlalu dari dalam rumah! Panas!

"Hoi, perempuan!" Nine yang kebetulan berada di luar rumah, menjerit memanggil Zarith.
Zarith yang sedang membuka pagar menjeling Zarith, "Apa?"
"Kau nak pergi mana malam-malam ni?"
"Suka hati akulah. Kau sibuk apahal?" Ujar Zarith, keras,
Nine telan liur. Angin dia tak elok, "Kau gaduh dengan Lana lagi?"
"Nine, aku tak nak cakap pasal dia!"
"Kau nak pergi mana, wei? Dah malam kot."
"Aku nak keluarlah. Ambik angin!"
"Kau nak ambik angin kat mana?"
"Kenapa kau sibuk sangat ni?"
"Aku kawan kau, Zarith."
Zarith hela nafas, "Aku nak pergi tasik."
"Aku ikut!"
"Eh, apahal pulak?"
"Zarith, kat tasik tu tempat mat rempit melepak tau? Tak pasal kau jadi lauk, walaupun kau tu perangai serupa jantan," ujar Nine selamba.
"Nak ikut, ikut jelah! Nak kutuk aku apahal?"
Nine sengih! "Jomlah!"
Zarith buat muka. Eh, mamat ni! Dia pulak yang over.

"Kau gaduh dengan Lana lagi?" Tanya Nine sebelum memandang Zarith yang sedang meneguk kopi sambil merenung tasik.
Zarith mengangguk, "Aku bengang ooo dengan dia. Dia masuk bilik aku, sepahkan bilik aku. Macam apa lagi!"
"Lepas tu?"
"Aku balas baliklah. Cari pasal dengan aku siapa suruh." Ujar Zarith, geram! Bangku yang didudukinya ditepuk-tepuk.
"Kau ni... cuba bersabar sikit. Kalau dia jadi tak matang, kau janganlah jadi tak matang sama!" Ujar Nine, tegas. "Kau dah tua, boleh fikir baik buruk."
"Aku je yang tua? Dia tak tua?"
"Kau tengok sendiri kan Lana tu macam mana? Tengok dia pun dah tau dia tu macam mana."
"Aku rasa aku nak pindah rumah lainlah."
"Wei, janganlah. Nanti aku nak jogging dengan siapa?"
"Pergilah jogging dengan Raihan kau tu."
"Kau jealous ek aku rapat dengan Rai?"
"Eh, please... kau ingat kau tu selera aku?"
"Amboi, main selera-selera nampak! Kau cakaplah macam tu. Kena kahwin kau dengan aku nanti, tahulah..."
"Kahwin? Dengan kau? Mintak simpang!" Zarith ketawa, "Wei, kau cakap kat tasik ni port mat rempit lepak. Aku tak nampak pun orang melepak."
"Tulah. Senyap je kan? Pelik jugak aku."
"Dahlah, jom balik!" Zarith dah berdiri. Nine meneguk iced lemon tea-nya sampai habis sebelum berdiri. Baru mereka nak berlalu, tiba-tiba... 
Lima orang lelaki berbaju melayu dan berkopiah putih, tiba-tiba menghalang laluan mereka, "Assalamualaikum..."
Wajah Zarith berubah. Nine pula rasa nak pitam! Ah, bala!

Zarith menunduk. Tajam mata tok imam membuatkan dia gusar. Nine pula mengeluh buat kesekian kalinya. Apa nasib malang sangat dia orang malam ni? Aduhai...
"Awak tahu kan lelaki dan perempuan tak elok berdua-duaan di tempat gelap macam di tasik tu?"
Serentak Zarith dan Nine mengangguk. Tahu...
"Kalau tahu kenapa buat jugak?"
Zarith garu kepala. Nine mengeluh lagi.
"Kamu berdua ni couple?"
"Bukan!" Serentak, mereka berdua menjawab.
"Bukan tapi jawab sehati sejiwa," nada tok imam tu biasa saja tapi dia punya sentap, perghh! Menusuk ke kalbu!
"Kami kawan je, imam. Kawan saya ni dia tension, saya temanlah dia pergi tasik. Lepaskan tekanan," ujar Nine, menerangkan situasi sebenar.
"Lepaskan tekanan atau puaskan nafsu?"
Wajah Nine berubah. Zarith pula dah menggenggam penumbuk, "Tok, kami tak buat apa pun! Kami melepak aje! Bukan pergi melampiaskan nafsu ke apa! Dia pun tak selera dengan saya."
"Ameena, nafsu ni bukan ikut selera ke tak selera. Kalau dah namanya nafsu, dengan pondan pun jadi."
Zarith terdiam. Nine pula dah garu kepala.
"Dah banyak kali saya dapat aduan pasal pasangan bukan mahram berdating di tasik tapi saya tak sangka, dapat tangkap lima pasangan malam ni."
"Tapi kami bukan pasangan pun!"
"Tetap lelaki dan perempuan yang tiada ikatan yang sah!"
Senyap. Zarith tarik muka. Nine mengeluh lagi.

"Saya rasa, ada baiknya kita nikahkan Zarith dan Alif ni. Walaupun depa setuju nak bayaq denda aja tapi hal ni melibatkan maruah. Senang kalau kita nikahkan depa."
Zarith menjegilkan matanya pada mak longnya, "Mak long!"
Ibu Nine menganggukkan kepalanya, "Saya pun rasa elok macam tu. Takut nanti jadi lagi kes macam ni, mana lagi kita nak letak muka?"
Encik Zainal menghela nafas, "Zarith, setuju nak kahwin dengan Alif?"
"Memang taklah abah!"
"Eh, kau ingat aku nak kahwin dengan kau?!" Nine jegilkan matanya pada Zarith. 
"Alif Zulkarnain..." suara Encik Arif bergetar, memberi amaran.
"Zarith tak nak kahwin, abah. Memang Zarith kenal Nine tapi kami kawan aje. Tak lebih dari tu."
"Abah dah tak larat jaga kamu, Zarith. Orang-orang kampung semua dok bercerita pasal kamu. Zarith perangai tak macam perempuan, Zarith ni songsang sebab tu tak kahwin-kahwin lagi. Ni kalau berita kamu kena tangkap basah ni tersebar, mana abah nak sorok muka Zarith? Sekurang-kurangnya kalau kamu kahwin, tak adalah orang nak kata kamu songsang lagi."
Zarith mengeluh,"Tapi..."
"Alif setuju nak kahwin dengan Zarith," ujar Nine tiba-tiba. 
Zarith pandang Nine, "Kau dah gila?!"

Nine dan Zarith berjalan ke lif tanpa sebarang kata. Tidak seperti kebiasaannya. Kalau tidak, harus mereka saling mengutuk antara satu sama lain.
"Eh, abang Nine!" Raihan yang sedang menunggu lif, menegur dengan penuh keterujaan. 
"Hai, Rai!"
"Nine je kau tegur?" Tanpa nada Zarith bersuara.
"Kak Zarith, good morning."
Zarith mengangguk saja, "Drawing yang aku suruh buat hari tu dah siap?"
"Er, belum..."
"Kau ni..."
"Zarith, dahlah tu! Pagi-pagi lagi dah nak marah-marah!" Ujar Nine tanpa memandang Zarith.
Raihan dah tersenyum bangga. Yeay, abang Nine bela aku!
Wajah Zarith yang kelat bertambah kelat. Menyampah aku! Tanpa sebarang kata, dia berjalan meninggalkan Nine dan Raihan.
"Kak Zarith nak pergi mana? Lif dah nak sampai ni," ujar Raihan, sengaja.
"Naik tangga!"

"Aku ingatkan baik sangat. Selalu pandai sangat condemn orang padahal... dia tu perangai serupa perempuan murahan! Buat malu je kena tangkap basah!" 
Zarith menekup wajahnya. Suara Lana bagai terngiang-ngiang di telinganya. Ahhhh! Stresssss!
"Zarith."
Zarith panggung muka. Nine yang memandangnya dipandang, "Ingat, jangan bagitahu sesiapa kat ofis yang kita dah kahwin!"
Zarith buat muka. Kecoh lebih padahal dia yang kalut nak kahwin hari tu!
"Kau dengar tak apa aku cakap ni?"
"Dengar."
"Ingat pesanan aku tadi."
"Aku ingatlah!"
Nine mengangguk sebelum kembali fokus pada kerjanya. Zarith pula bangun dan berlalu ke pantri.
Di situ, dia terserempak dengan Aina, "Zarith."
"Aina."
"Kau nampak serabut je. Kau okey tak ni? Gaduh dengan Nine lagi?"
"Tak ada apa. Aku okey je."
"Kalau kau ada masalah, bagitahu je pada aku. Aku sedia menjadi telinga mendengar masalah kau."
"Terima kasih Aina tapi aku okey aje."
"Tak apalah macam tu. By the way, kau dengan Nine dua-dua muka macam tertelan kapur. Sudah-sudahlah gaduh tu," ujar Aina sebelum menepuk bahu Zarith.
Zarith yang ditinggalkan mengeluh. Gaduh apa Aina weiii... aku dengan dia tak bersembang pun dia hari lepas.

"Anak abah masak apa ni?"
Zarith senyum, "Masak lemak cili api udang dan rebung."
"Amboi... sedap tu."
Zarith ukir senyum, "Abah kan suka makan masak lemak cili padi udang dengan rebung."
"Memang abah suka tapi anak abah kan dah ada suami, kenalah masak ikut kegemaran suami."
Wajah Zarith berubah. Suami? Heh... suami apa kalau sembang pun guna kau aku. Arghhhh! Aku terseksaaaaa...
"Sedapnya bau. Masak apa ni, menantu ibu?" Puan Zaiton yang baru masuk ke ruangan dapur tersenyum. 
"Masak lemak cili padi, ibu." Ujar Zarith, sedikit kekok.
"Pandai Encik Zainal didik Zarith. Pandai masak, pandai kemas rumah. Serba-serbi sempurna kerjanya. Bertuah saya dapat menantu macam Zarith."
"Tapi anak saya ni tak semacam perempuan perangainya. Kasar. Nasib baik Alif sudi ambil Zarith ni sebagai isteri."
"Perangai boleh diubah. Walau Zarith kasar, kelembutannya tetap ada," ujar Puan Zaiton sebelum menepuk bahu Zarith yang sedang memasak.
"Ibu, seganlah Zarith kalau ibu asyik puji Zarith aje"
"Nak segan apa? Ibu bukan puji orang lain, ibu puji menantu ibu," Puan Zaiton ketawa.
"Ibu dengan abah duduklah dekat depan dulu. Dah siap nanti Zarith hidangkan kat depan."
Encik Zainal berlalu meninggalkan dapur manakala Puan Zaiton menepuk belakang Zarith, "Zarith, Alif mana? Tak balik sekali ke tadi?"
Zarith yang sedang mengacau lauk berubah wajahnya, "Er... dia ada kerja lagi tadi kat ofis. Zarith balik dulu."
"Oh, tak apalah macam tu. Ibu ke depan dulu ya, nak tengok apa yang ayah dengan abah kamu tu bualkan."
Zarith mengangguk sambil tersenyum. Sebaik saja Puan Zaiton berlalu, Zarith mengeluh. Ada kerja apanya, Zarith oi... Nine balik dulu dari kau. Balik dengan Raihan pulak tu. Tak tunggu dia padahal pagi tadi datang sekali. Dasar buaya hidung kembang!

"Assalamualaikum..." pintu rumah dibuka dengan sebelah tangan. Nine yang baru nak melangkah masuk ke dalam rumah terkaku kejap. Zarith tertidur di atas sofa!
Nine mengeluh sebelum dia duduk di sisi Zarith, "Wei, bangun."
Zarith senyap tak berkutik.
"Zarith Ameena, bangun!"
"Shushh..." Zarith bersuara tanpa membuka mata.
"Zar..."
"Alif, dia dah tidur tu. Tak payah kejutkan. Letih sangat agaknya tu," Puan Zaiton yang berada di anak tangga bersuara.
"Ibu, kenapa tak tidur lagi? Dah pukul 1 ni."
"Ibu dahaga, saja turun minum air," jawab Puan Zaiton, "Alif pergi mana? Lewat benar baliknya. Zarith bagitahu ibu, Alif ada kerja lagi di pejabat."
"Memang tadi Alif ada kerja sikit. Lepas tu, Alif pergi main futsal."
"Ya Allah, Alif! Bapa mertua kamu tadi hampir-hampir nak tertinggal bas sebab menunggu kamu."
"Eh, abah dah balik ke?"
"Dah. Zarith dengan ayah hantarkan abahnya ke stesen bas. Gigih dia tunggu kamu, Alif."
"Alif terlupa yang abah nak balik malam ni."
Puan Zaiton menggeleng, "Dahlah, angkat Zarith tu tidur dalam bilik. Tadi lepas balik kerja terus memasak. Tu dia terkulai layu tu," usai berkata-kata, Puan Zaiton terus berlalu ke dapur. 
Nine pula terus mencempung Zarith yang terlena. Sorry, Zarith... aku lupa abah kau balik malam ni!

"Zarith, tu bukan Nine ke?"
"Hmm...?" Zarith tak angkat muka langsung dari nasi goreng ikan masin yang dipesan tadi.
"Tengoklah, ngek!"
Zarith angkat muka, "Ninelah tu."
"Kau gaduh dengan dia ke?"
"Mana ada gaduh."
"Dah tu? Kenapa aku rasa korang dah makin renggang ya?" Aina pandang Zarith.
"Biasa jelah. Kau ni suka fikir bukan-bukan."
"Kau kalau gaduh dengan Nine, bagitahu aku. Biar aku basuh sikit mulut celupar dia tu."
Zarith ketawa, "Tak payahlah Aina, wei! Aku dengan dia okey je. Tak ada sesiapa bergaduh pun."
"Betul ke kau ni?"
"Betul, sayang..."
"Euwww, kau ni bisexual rupanya, eh?"
Serentak Aina dan Zarith panggung kepala. Zarith ketap bibir, penumbuk digenggam. Lana berdiri di depan mejanya sambil berpeluk tubuh.
"Kau ni siapa?" Aina bersuara, keras.
"Oh, jangan risau! Aku tak bernafsu tengok boyfriend kau ni. Bukan taste aku. You can take her, cuma hati-hati, boyfriend kau ni dah kahwin, tau? Nanti suami dia serang kau, baru kau tau..."
Zarith dengan laju mencapai teh ais dari gelasnya lalu disimbah pada Lana, "Get lost, bimbo!"
"Oh my God!" Lana menjerit kuat bila baju dress pendeknya sudah disimbahi air teh ais.
"Wei bimbo, baik kau blah sebelum aku tumbuk muka kau!"
Lana merengus, geram sebelum dia berlalu meninggalkan kedai makan. Malunya dia bila ada yang merakam dirinya yang disimbah dengan teh ais oleh Zarith.
"Zarith, sabar."
"Aina, jom blah!"
"Zarith, sebelum tu. Aku nak tanya."
"Apa dia?"
"Apa maksud dia yang kau dah kahwin?"
Wajah Zarith berubah, "Kita balik ofis dulu. Nanti aku cerita. Aku janji."

"Kahwin? Kau?" Aina dah terlopong, "... dengan Nine?"
"You heard me, Aina." Zarith yang bersandar di dinding surau mengeluh.
"Kiranya kau sekarang tinggal serumah dengan Nine?"
Zarith angguk, "Tapi Aina, kau jangan cerita dekat sesiapa. Aku cuma boleh cerita pada kau aje. Itu pun sebab aku rasa dah tak tertanggung dah beban ni."
"Kenapa Nine setuju nak kahwin dengan kau?"
"Aku tak tahu! Sejak kami kahwin, dia tak bercakap pun dengan aku. Entahlah, Aina! Perkahwinan ni macam satu kesalahan kau tau? Aku tak sedia lagi nak berkahwin, wei!"
"Aku faham tapi mesti ada sebab kenapa Nine sudi nak kahwin dengan kau. Cubalah tanya dia."
"Kau rasa dia nak jawab ke?"
"Tak cuba mana tahu,"
"Arghhh! Kenapalah aku bagi Nine ikut aku malam tu? Kalau tak, mesti aku dengan dia takkan jadi macam ni."
"Zarith, sabarlah. Ada hikmah di sebalik kejadian ni. Sabar, okey?"
Zarith mengangguk saja namun dia rasa dia dah tak mampu nak bersabar.

"Zarith, aku ada satu rancangan!"
"Rancangan apa?"
"Mission Impossible : Pikat Hati Nine."
"Kau gila?"
"Gila apa? Suami kau kot tu."
"Tapi apa motif aku nak pikat Nine tu? Gila?"
Aina tepuk dahi, "Zarith, sayang... Nine tu suami kau. Walaupun korang menikah bukan atas sebab saling suka tapi tak salahkan kalau kau nak pikat suami kau sendiri? Kau nak hidup dengan Nine macam ni sampai bila?"
Zarith memuncungkan mulutnya, "Macam mana nak pikat Nine?"
"Pertama sekali, makeover baby!"
Zarith dah bulatkan mata. Oh no!

"Perempuan jalan kena lemah-lembut sikit, Zarith. Janganlah jalan macam nak rempuh orang, macam samseng dah aku tengok."
Zarith mengubah caranya berjalan di depan Aina, "Macam ni?"
"Wei, dah macam Nine aje gayanya!"
Zarith ketawa, "Kau nak aku jalan macam Rai? Tergedik-gedik serupa sotong hidup kena bakar atas api."
"Haha! Tapi kau boleh cuba, kan? Cuma kurangkan gedik."
"Urghhhh! Tell me again, kenapa aku setuju dengan benda ni?"
"Sebab kau nak pikat hati suami kau."
"Uweeeeekkkkkkk!" Zarith berpura-pura seperti nak termuntah.

"Wah, lawanya..."
"Lain gila. Buang tebiat ke apa dia ni?"
"Aku rasa dia lagi cantik jadi macam dulu. Walaupun tomboi, manis tetap ada."
Zarith melabuhkan punggungnya ke atas kerusi. Satu keluhan dia lepaskan. Gila ketat kebaya ni. Bengong punya Aina suruh aku pakai kebaya.
"Pergi mana dua hari tak balik? Buat pembedahan plastik ke?"
Zarith menjeling Nine. Baru dia nak membalas, dia teringat pesanan Aina.
'Zarith, jangan melawan cakap Nine. Dia perli kau, kau pura-pura ketawa gedik gitu.'
Zarith menggenggam penumbuk, bagai menahan dirinya dari membalas perlian Nine. Sengih gedik ditarik, "Kan I dah sms you yang I stay dengan Aina? Dah lupa?"
Wajah Nine berubah. Tanpa berkata apa dia kembali menunduk membuat kerjanya. Zarith pula rasa tekaknya seperti mual. Ya Allah, gelinyaaaa!

"Aina, I can't do this! Ini bukan aku, Aina. Zarith Ameena bukan perempuan lemah-gemalai yang tergedik-gedik. Kalau betul aku nak pikat Nine, biarlah dia terpikat dengan diri aku yang sebenarnya. Bukan aku yang berubah menjadi Raihan Jr."
Aina pegang tangan Zarith yang kelihatan serabai. Kesan solekan di wajah Zarith nampak sangat serabai. Pasti Zarith rasa tak selesa yang teramat sangat.
"Tapi Zarith..."
"Aku tak boleh berpura-pura jadi orang lain, Aina. Sekarang aku rasa macam aku tengah pakai topeng muka."
Aina mengeluh. Dia faham maksud Zarith tapi dia rasa inilah cara yang paling senang untuk Nine 'nampak' Zarith.
Tok tok tok! Bunyi pintu surau diketuk mengejutkan mereka berdua. Aina bangun dari duduknya lalu pintu dibuka. Wajahnya berubah sedikit.
"Nine!"
"Kenapa kau dengan Zarith tak turun makan?"
"Er... err..."
"Nah, ni bagi dekat Zarith. Kau bagitahu dia, jangan jadi badut. Zarith nampak pelik macam tu. Kau pun, jangan nak menggalakkan dia ubah diri dia."
"Apa ni?"
"Baju. Aku balik tadi ambik baju dia. Kasut pun ada. Jangan suruh dia pakai kasut tumit tinggi-tinggi, dia dah cukup tinggi. Karang berdiri sebelah aku, jadi sama tinggi... tak nampak elok."
Aina bagai hilang kata. Plastik beg yang dihulur Nine dipandang saja.
"Aku ada tapaukan KFC jugak untuk kau dengan Zarith. Makan kat pantri, jangan makan kat sini pulak. Tak elok."
"Nine, kau tau ke..."
"Aku tau kau tau kami dah kahwin. Aku dah dapat agak sebab Zarith percaya dua orang aje dalam company ni. Aku dan kau. Cepat ambik ni!" Gesa Nine.
"Kau sayang Zarith, Nine?" Aina mencapai bungkusan yang dihulur Nine sebelum memandang Nine.
Nine tak menjawab sebaliknya dia ukir senyum sebelum berlalu ke surau sebelah.
Zarith di dalam surau menarik telefonnya yang berbunyi dari beg. Satu mesej daripada Nine masuk, 'Buang mekap kau tu, nampak macam badut. Tukar baju kau tu, hodoh sangat rupanya. Pakai macam biasa aje, kau lagi cantik macam tu. Lepas tu, pergi makan. Aku dah belikan KFC. Ayam hot and spicy thigh tiga ketul, kentang putar dua, coleslaw dua dengan sos cili lebih. Oh sekali dengan cheesy wedges, extra cheese. Air Pepsi gelas besar dua. Your favourite.'
Zarith tiba-tiba rasa matanya basah. Perghh... apa kau dah buat pada aku ni, Nine? 
Aina yang masih tak percaya dengan apa Nine beri berjalan perlahan mendekati Zarith, "Zarith, aku rasa..."
Zarith panggung kepala.
"Aku rasa betullah kau tak payah ubah diri kau. Be yourself."
Zarith senyum lalu mengangguk.

"Ini baru Zarith hat kami kenai. Tadi hat dok tergelek-gelek jalan serupa itik tu bukan hang. Welcome back, Zarith!" Saiful yang berasal dari Baling, Kedah tersengih.
"Amboiiii! Mengata aku, hah? Nak kena tumbuk?!" 
Saiful ketawa sebelum dia berlalu ke kubikelnya.
Zarith kemudiannya duduk di tempat duduknya. 
"Kenyang dah?" Soalan dari orang sebelah kubikelnya buat dia tarik muka.
"Bukan ayam thigh yang kau beli!"
"Eh, bukan ke?"
"Ada satu drumstick. Lain kali checklah dulu."
"Wei, bersyukurlah perempuan! Dahlah terima kasih pun tak ada."
"Yelah, terima kasih! Puas hati?"
Nine tersenyum, "Jangan tukar I, you dengan aku. Pelik nak mampus. Meremang bulu roma aku."
"Yelah!"
"Kau nak mengorat siapa bila jadi badut tadi?"
"Entah. Kau anggap ajelah aku hilang akal tadi."
Nine ketawa. This is MY Zarith, "By the way, Zarith..."
"Apa?"
"Kau dah gemuk!"
"Bangang! Mana ada!"
"Petang ni, balik kerja kita pi jogging. Mau?"
"Nak ajak jogging, cakaplah Zarith, jom pergi jogging. Yang kau kutuk aku apahal?"
"Kau nak pergi jogging ke tak?"
Zarith buat muka, "Yelah. Pergilah!"
Aina dari jauh tersenyum. Betul apa Nine kata, kau lebih sesuai berdiri sebelah dia macam kau yang sekarang, Zarith.

"Dah lama kita tak jogging kat sini, kan?" Tanya Zarith pada Nine.
Nine menganggukkan kepalanya, "Zarith..."
"Hmm...?
"Tu bukan aunty yang selalu datang dengan husband dia ke?"
Zarith memandang ke arah yang dikatakan Nine. Wajahnya berubah, "Aahlah. Aunty tu tapi kenapa aunty tu datang sorang diri?"
"Jom pergi sembang dengan dia."
Zarith mengangguk sebelum dia dan Nine berjalan beriringan mendekati aunty berbangsa Cina itu.
"Aunty Lydia! Remember us?" Tegur Nine sebaik saja mereka sampai di sisi Aunty Lydia.
Wanita yang digelar Aunty Lydia itu tersentak sedikit sebelum mengangguk, "Oh, hi darling! Mestilah I ingat."
"Aunty sorang saja hari ni?" Tanya Zarith sebelum duduk di sisi Aunty Lydia.
Aunty Lydia mengangguk, "Sudah seminggu aunty datang sini sorang-sorang."
Wajah Nine dan Zarith berubah sedikit. Zarith memegang tangan Aunty Lydia, "Uncle... dia..."
"My husband sudah meninggal. Sudah dekat seminggu tapi aunty tak sedih sebab Tuhan sudah makbulkan doa aunty untuk biar dia pergi dulu dari aunty."
Zarith rasa matanya hangat, "Aunty sangat tabah."
"Aunty kena tabahlah, darling. Suami aunty tak suka aunty bersedih. Dia kata, hidup ni kena sentiasa senyum walaupun kita sedang tanggung derita."
Zarith rasa pipinya sudah basah. Nine pula sudah duduk mencangkung, berdepan dengan Zarith. Tangannya laju mengesat air mata Zarith, "Tak macho langsung nangis."
"Diamlah."
Aunty Lydia ukir senyum sebelum menepuk tangan Zarith yang menggenggam tangannya, "You ada seorang suami yang sangat baik. Dia terima you seadanya. Jaga dia, hargai dia ya darling?"
"Er..."
"You, husband... jaga hati isteri you. Isteri tu amanah Tuhan. Jaga dia baik-baik."
Nine mengangguk. InsyaAllah aunty...

"Kau nak makan apa?"
"Kau boleh masak apa?"
"Kau cakap dulu kau nak makan apa."
"Tomyam, telur bungkus, kailan ikan masin..."
Zarith menganggukkan kepalanya, "Okey."
"Masak sedap-sedap. Tak sedap, aku mengadu dekat abah kau!"
"Baik kau keluar dari dapur sebelum aku tikam kau! Bising. Pok pek pok pek!"
Nine keluar dari dapur dengan ketawa kuat. Amboi, ada hati nak tikam aku! Tapi tak sampai sepuluh saat, dia masuk semula ke dapur, "Zarith, phone kau bunyi."
"Tolonglah angkat."
"Tak nak."
Zarith merengus sebelum telefonnya dicapai. Nama di skrin buat dahinya berkerut.
"Kenapa?"
"Kenapa Lana telefon aku?"
Kening Nine terjungkit sikit. Lana? Telefon Zarith? Dunia dah nak terbalik ke?

"Terima kasih, Zarith!" Lana yang sedang menangis tersedu-sedan memeluk Zarith.
Zarith yang membiarkan saja dirinya dipeluk sempat mengerling Nine. Nine pula angkat bahu.
"Apa dah jadi ni?"
"Amar..." Lana menarik nafas, "Amar... Amar tinggal aku dekat sini. Dia... dia... dia rogol aku."
Zarith terkaku. Nine pula sudah beristighfar. Patutlah ketika mereka jumpa Lana di sini, bajunya koyak rabak. Betullah, kemanusiaan sudah hilang...
"Ya Allah! Kita buat report, Lana?"
Lana menggeleng, "Tak nak! Aku takut. Aku tak berani..."
"Lana... dia dah rogol kau! Kau boleh mengandung, Lana!"
"Tapi aku takut!" Lana meraung kuat.
Zarith laju memeluk Lana sambil menepuk belakang Lana, "Dah... dah... kita report polis ya? Ini untuk kebaikan kau juga."
Di dalam pelukan Zarith, Lana mengangguk.

"Kesian Lana, kan?" Ujar Zarith sebaik saja dia dan Nine sampai di rumah selepas menemani Lana membuat laporan polis.
"Aku ingat kau tak suka dia."
"Aku tak suka perangai dia, bukan tak suka dia keseluruhannya."
"Zarith..."
"Hmm...?"
"Abang lapar."
"Apa?!" Zarith kalih memandang Nine.
"Aku kata aku lapar."
Zarith kerutkan dahi. Tadi rasanya lain yang aku dengar, "Nak buat tomyam jugak ke?
Nine menggeleng, "Tak payahlah. Dah lewat dah ni. Buat roti letak kaya pun tak apa dah."
"Tunggu kejap!"
Nine mengangguk sebelum dia mencapai remote televisyen dan terus menonton siaran sukan.
Sepuluh minit kemudian, Zarith menatang sebuah dulang berisi nasi goreng. Mula-mula dia memang cadang nak buat roti letak planta aje tapi bila dia ke dapur, dia teringat yang dia sudah masak nasi dan memotong bahan-bahan untuk membuat tomyam sebelum keluar menolong Lana tadi.
 Zarith meletakkan dulang ke atas meja kopi dengan penuh hati-hati sebelum dia kalih memandang Nine, "Ni..." ne. Dia menyambung di dalam hati. Nine sudah terlena. 
Zarith tiba-tiba mengukir senyum. Nine ni kalau bercakap selalu menyakitkan hati tapi setiap apa yang dia kata, selalunya ada kebenaran. Mulut Nine ni selalu dia rasa nak cili-cilikan aje. Tanpa sedar
Zarith menongkat dagunya. Matanya masih telus merenung wajah Nine. Alif Zulkarnain... kenapa agaknya kau setuju untuk kahwin dengan aku?

Zarith rasa bahunya dicuit-cuit namun tidak dia peduli. 
"Zarith, bangun wei! Dah subuhlah!"
Zarith langsung tidak berkutik.
Nine tepuk dahi. Perlahan-lahan dia mendekatkan bibirnya di telinga Zarith, "Assalamualaikum..."
Zarith terus membuka matanya lalu dia berpaling mengadap Nine. 
Wajah Nine berubah.
Wajah Zarith memerah.
"Bangun. Dah subuh!" Tanpa nada Nine bersuara sebelum dia berlalu ke tingkat atas.
Zarith pula meraup wajah. Masih terasa hangatnya bibir Nine di dahinya. Aduhai... dah macam cerita Korea dah ni! Uwaaa! Kenapalah aku berpaling muka tengok dia tadi?!

"Kak Zarith, Encik Haikal cari tadi."
Zarith yang sedang membuat drawing panggung kepala, "Kenapa?"
Raihan angkat bahu, konon tidak tahu.
Zarith tinggalkan drawing sebelum berlalu ke bilik Encik Haikal. Pintu bilik ketuanya itu diketuk dulu sebelum dia tolak pintu itu, "Encik nak jumpa saya?"
"Zarith, masuk dulu."
Zarith mengangguk kepala sebelum dia melangkah masuk ke dalam bilik Encik Haikal, "Ada apa-apa yang tak kena ke, encik?"
"Zarith, mana drawing untuk Syarikat Bina Jaya yang saya minta semalam?"
"Saya dah hantar petang semalam."
"Tapi saya tak dapat pun."
"Encik Haikal, saya dah letak atas meja encik."
"Zarith, kalau awak dah hantar, mesti saya takkan panggil awak masuk ke bilik ni."
Zarith angkat kening, "Encik nak cakap saya menipu?"
"Terpulang pada awak bagaimana nak tafsirkan ayat saya." ujar Encik Haikal bersahaja, "Dan satu lagi, kenapa awak bagi markah praktikal Rai terlalu rendah?"
"Dia tak buat kerja, encik."
"Dan awak buat kerja?"
"Encik!"
"Zarith, Raihan dah bagitahu semuanya pada saya. Awak bagi semua kerja yang sepatutnya awak buat pada dia dan dia bersusah-payah buat semua kerja tapi awak yang dapat namanya!"
"What?"
"Drawing yang saya suruh awak buat, nasib baik Raihan ada buat back up! Kalau tidak apa saya nak jawab pada klien kita nanti? Encik Haikal mencampakkan sebuah drawing di hadapan Zarith, "Saya benar-benar kecewa dengan awak, Zarith!"
Zarith senyap. Dia capai drawing yang dicampakkan oleh Encik Haikal. Tangannya menggenggam penumbuk, "Ini saya yang buat, encik! Bukan Raihan."
"Saya dah agak awak akan cakap ni awak yang lukis. Zarith, saya harap awak mengaku saja salah awak. Awak antara staf yang saya sayang tapi kalau macam ini hasil kerja awak, saya sangat kecewa." Encik Haikal menggelengkan kepalanya.
Zarith dia tak menyahut. Dia rasa darahnya sudah menggelegak!
"Ini amaran pertama dari saya Zarith. Kalau benda macam ni berulang lagi..."
"Jangan risau, ia takkan berulang. Saya berhenti kerja!"
Wajah Encik Haikal berubah, "Apa?"
"I quit! Saya akan hantarkan notis berhenti kerja saya pagi esok. Terima kasih Encik Haikal!"
Encik Haikal mati kata, Zarith pulak terus berlalu keluar dari bilik Encik Haikal.
"Raihan!"
Serentak, satu ofis berpaling pada Zarith. Raihan yang sedang bertenggek di meja Nine berdiri. Wajahnya kelihatan takut.
"Apa masalah kau dengan aku, hah?!" Zarith menolak bahu Raihan dengan sebelah tangan.
"Rai tak faham, kak Zarith!"
"Siapa kakak kau? Selama ni aku sabar je dengan kau! Pandai kau kan bodek Encik Haikal?!"
"Apa maksud kak Zarith ni?" Raihan membuat riak wajah sedih.
"Patutlah semalam kau balik lambat, kau pecah masuk bilik Encik Haikal, kan? Kau curi drawing aku, kan?! Kau sengaja kan nak kenakan aku?!"
"Tak, kak! Rai tak buat semua tu," Raihan tergeleng-geleng menafikan tuduhan Zarith. "Rai tak salah, kak Zarith. Rai cuma beritahu pasal markah praktikal Rai aje pada Encik Haikal."
"Zarith, dahlah tu! Sabar..." Aina menahan Zarith yang hampir mencekak kolar baju Raihan.
"Lepaskan aku, Aina!"
"Zarith!" Encik Haikal yang baru keluar dari biliknya menjerit kuat.
"Encik Haikal, diam!" Zarith menengking Encik Haikal.
Encik Haikal tercengang. Dia kena tengking?
Nine mengerutkan dahinya sebelum dia berdiri di depan Raihan,"Kau ni kenapa, Zarith?!"
"Tepilah, Nine! Biar aku ganyang perempuan tu!"
"Apa masalah kau ni?! Dah hilang akal?!" Nine menjerkah Zarith.
"Memang aku dah hilang akal! Semua sebab perempuan tak guna tu!"
Raihan tiba-tiba memeluk lengan Nine, "Abang Nine, Rai takut..."
Wajah Zarith berubah. Amarahnya memuncak, tanpa dapat Aina tahan Zarith meluru ke arah Raihan sebelum tangan Raihan yang memegang lengan Nine dipukul, "Kenapa kau pegang Nine?! Lepaskan tangan kau dari lengan Nine!"
Raihan mengaduh sakit namun lengan Nine langsung tidak dilepaskan.
"Lepaskan lengan Nine!" Bertalu-talu pukulan dilepaskan pada tangan Raihan.
Pang!
Tiba-tiba suara Zarith terhenti.
Aina tercengang.
Satu pejabat sunyi.
Raihan melepaskan lengan Nine. Bibirnya menguntum senyum sinis. Padan muka kau!
Nine pula berubah wajahnya. Tangannya yang digunakan untuk menampar Zarith tadi dipandang. Apa aku dah buat ni? Shit! "Zar... Zarith..." Nine cuba memegang tangan Zarith namun tangannya ditepis.
"Kau dengan awek kau, boleh pergi mampus!" Jerit Zarith pada Nine sebelum dia menolak Nine dan terus dia meluru keluar dari pejabat.
Aina tak menunggu lama, dia berlari mengejar langkah Zarith, "Zarith!"
Nine pula terduduk. Apa aku buat tadi?

Aina melangkah masuk ke dalam pejabat dengan wajah yang sugul. Nine yang nampak kelibat Aina bingkas berdiri, "Aina, Zarith?"
"Dia dah balik. Naik teksi."
Nine terduduk semula. Tangan yang menampar Zarith dipandang. Nine... 
Aina mengerling Raihan yang sedang bergelak-ketawa dengan Danny. Kau kenakan kawan aku ya? Aina tak menunggu lama terus saja berjalan menuju ke bilik ketuanya, merangkap abang kandungnya, Haikal.
"Encik Haikal tak adil!"
Haikal tersentak! "Aina, siapa beri kebenaran pada awak untuk terjah bilik saya macam ni?"
"Peduli apa kebenaran dari sesiapa pun! Encik Haikal tak ada hak untuk tuduh Zarith macam tu."
"Saya ada bukti!"
"Bukti apa?! Bukti si merenyam tu bagi. Dasar buta!"
"Aina!"
"Apa? Tak nak mengaku lagi yang awak tu buta?"
"Aina..."Haikal dah berubah wajahnya. Bila adik sendiri menyinga, dia mati kata.
"Setiap drawing yang Zarith buat, di bahagian bawah kanan akan tertulis ZA. Signature dia, awak boleh tengok sekarang."
"Aina, orang tengok kita."
"Eh, peduli pulak orang tengok. Saya heran apa! Tengok lukisan yang si gatal tu claim dia punya. Tengok sekarang!" Aina menjerit kuat.
"Ya, saya tengok..." Haikal bersuara sebelum drawing itu dicapai. Dia meneliti lukisan itu di bahagian bawah kanan. Betul, ada tulisan ZA di situ. Kecil saja.
"Ada ke tak?"
"Er..."
"Ada ke tidak?"
Haikal mengangguk, "Ada."
Aina merengus, "Sekarang mari datang sini! Saya nak tunjuk perangai sebenar budak intern kesayangan awak tu."
Haikal melangkah mendekati Aina. Aina menuding jari pada Raihan yang sedang menepuk bahu Danny. Sekali-sekala, dia mengirai rambut panjangnya. Nampak sangat dia dan Danny tak sedar yang Aina menjerit-jerit pada Haikal tadi.
"Sebelum menuduh, siasat dulu. Ni tak, main sembur je macam awak tu tau segala benda."
"Saya..."
"Baik awak pergi marah Raihan tu! Kalau tidak, saya mengadu kat abah, biar awak pulak kena marah."
Haikal terus mengangguk laju. Tak menunggu lama, segera dia menjerit memanggil nama Raihan, "Raihan!"
Raihan yang namanya dipanggil bingkas berdiri. Aina ukir senyum sinis, padan muka kau perempuan!

Zarith duduk memeluk lutut. Dia tak balik pun ke rumah Nine, sebaliknya dia balik ke rumah sewa lamanya, di sebelah rumah Nine.
"Zarith, makan dulu..." ujar Emma sebelum duduk di sisi Zarith.
Zarith menggeleng.
Lana yang baru selesai membasuh pinggan duduk di lantai sebelum memegang tangan Zarith, "Zarith, makanlah sikit."
"Tak lapar. Aku sakit hati!"
"Tau, tapi sakit hati pun kena makan."
"Tak nak. Aku nak tidur."
Lana bingkas berdiri, "Tidur kat bilik akulah. Tapi jangan risau, cadar pink geli-geli dah tak ada."
Zarith ukir senyum namun sekejap saja. Pipinya masih terasa sakit, "Thanks, Lana."
Lana mengangguk sebelum dia dan Emma kembali duduk di atas sofa, sementara Zarith berlalu ke tingkat atas untuk ke bilik Lana.
"Kesian Zarith, kan?"
Lan mengangguk. Kesian...
"Lana, kes kau dengan Amar macam mana?"
Lana tundukkan wajah sikit, "Aku tetap akan teruskan dakwaan yang dia rogol aku walaupun dia minta maaf banyak kali."
"Bagus! Apa dia ingat dengan maaf dia tu semuanya boleh jadi okey semula?” Emma merengus geram.
Lana diam. Hmm... betul, maaf tak boleh nak buat semuanya jadi okey semula...

"Zarith... Nine ada kat bawah," Emma memegang tangan Zarith yang sedang duduk di atas katil Lana.
"Lantaklah kat dia."
"Janganlah macam ni. Kesian dia."
"Dia tak kesian kat aku pun."
"Dia tak sengaja kot tampar kau," ujar Emma.
"Tak sengaja?"
Lana menggarukan kepalanya, "Ke kau nak kami panggil dia naik?"
"Jangan nak buat gila!"
"Emma, jom!" Lana gamit Emma untuk turun ke bawah.
"Wei, janganlah panggil dia!" Zarith membentak.
Lana dan Emma pura-pura tak mendengar dan terus keluar dari bilik. Baru Zarith nak bangun mengikut langkah mereka, dia tersentak bila Nine tiba-tiba masuk ke dalam bilik itu.
Zarith kembali duduk di atas katil Lana. Wajahnya dipalingkan mengadap tingkap. Bibirnya terkumat-kamit mengutuk Nine.
"Merajuk?"
"Kau nak apa?"
"Kenapa balik sini? Rumah kita kat sebelah."
"Aku nak pindah rumah ni balik."
"Kau ingat aku nak bagi?"
"Kalau setakat nak sakitkan hati aku, kau boleh blah!" 
Nine berjalan mendekati Zarith sebelum dia duduk di depan Zarith di atas katil, "Sejak bila kau jadi manja sampai nak merajuk bagai?"
"Kau nak kena bunuh ke?" Zarith angkat penumbuk mahu menumbuk Nine namun Nine sempat menangkap penumbuk Zarith.
"Tak takut dosa tumbuk suami sendiri?" Nine bersuara selamba sebelum dia memegang pipi Zarith yang kelihatan sedikit lebam. Dia menekan sikit kesan lebam itu, "Sakit?"
"Kalau dah sampai berlebam, gila tak sakit?"
Cup!
Mata Zarith terbuntang!
"Sakit lagi?"
Cup!
Zarith terkelu lidah. 
"Tadi... aku tak sengaja tampar kau. It's just that, kau macam menggila sangat. Yang perempuan tu pulak tergedik-gedik dengan aku. Aku rimas. Aku tak sangka aku tertampar kau."
"Dah apahal tak tampar dia sekali? Kenapa tampar aku je?"
"Aku mana tampar perempuan."
"Habis, aku bukan perempuan?"
Nine sembunyi senyum tiba-tiba, "Kau nak aku pergi tampar dia?"
"Pergilah!"
Nine bingkas berdiri, konon-konon nak keluar pergi cari Raihan namun lengan Nine segera Zarith tarik, "Kata tak tampar perempuan."
"Isteri aku suruh aku tampar dia."
"Euwww!" Zarith buat muka, "Jangan nak buat gedik boleh?"
"Biarlah. Bukan dengan orang lain, dengan isteri aku jugak."
"Nine, please..."
Nine tiba-tiba mengusap pipi Zarith, "Aku dah lama nak usap pipi kau macam ni, nak pegang pipi kau, nak sentuh kau tapi aku tak sangka sentuhan pertama aku... berbekas sampai macam ni sekali. Aku minta maaf."
"A... ap... apa kau ni?"
"Zarith, boleh tak kita... jadi suami isteri yang sebenar-sebenarnya?"
Zarith terdiam. Nak jawab apa ni?

Nine merenung Zarith penuh harapan, menunggu kata putus Zarith dengan sabar.
Zarith pula...
Dush!
Nine pula tercengang. Pipi yang terasa sengal dipegang, "Apa ni Zarith? Sakitlah!"
Zarith senyum sinis, "Ooo... tau pun sakit! Habis aku yang kena tampar ni kau tak rasa sakit?"
Nine mengerutkan dahinya, "Er... tadi aku dah kasi ubat!"
"Ubat? Apa? Yang kau cium tu? Haaaa! Siapa suruh kau cium aku? Tak minta kebenaran pun! Oh, pandaiiii, dah tampar aku sampai lebam, pandai nak cium-cium aku! Kau ingat aku ni insan yang lemah ke? Jangan panggil aku anak Zainallah kalau kau ingat aku ni senang nak diperlakukan sesuka hati! Tu baru sikit tau, ikut hati... biar sampai kau terlantar dekat hospital kena belasah!" Zarith tiba-tiba mengamuk!
"Aku tak maksudkan macam tu..."
"Plus, kau nak apa tadi? Kau nak aku..." Zarith tuding jari je wajahnya sendiri, "Jadi isteri kau yang sebenar-benarnya? Kirim salamlah hoi! Tak hingin aku nak jadi isteri kaki pukul macam kau! Aku menikah dengan kau pun, sebab kes kita dan aku kesiankan bapak aku, tahu?!"
"Habis kau nak aku ceraikan kau?!" Nine menaikkan suaranya.
"Kau rasa?" Zarith mengangkat kening, bagaikan mencabar, "Kalau kau betul rasa nak aku jadi isteri sebenar kau... kau patutnya bagitahu pada semua orang dekat ofis kita! Tapi tak... kau suruh rahsiakan. Sebab apa? Sebab kau tak nak Raihan kesayangan kau tu tahu!"
"Dahlah Zarith! Aku malas nak berbalah dengan kau!" Nine tiba-tiba berdiri.
"Betul kan apa aku kata? Dulu kau pernah bagitahu aku yang kau suka dekat si sotong tu... ni kenapa tiba-tiba kau nak aku jadi wife kau yang betul pulak? Dah hilang akal?!"
"Memang..." Nine menggumam rendah, "Memang aku dah hilang akal bila fikir yang aku boleh jadi suami kau yang sebenarnya! Memang aku hilang akal!"
Zarith terdiam.
Nine pula terus keluar dari bilik Lana. Di luar, dia terserempak dengan Lana dan Emma. Dia menghela nafas, "Jaga dia..."
Lana dan Emma menganggukkan kepala dan Nine terus berlalu.
Zarith di dalam bilik kembali memeluk lutut. Kenapa dia rasa bersalah tiba-tiba?

"Kenapa kau cakap macam tu dekat Nine?"
"Apa? Salah apa aku cakap?!"
"Nine tu sayangkan kau..." ujar Emma, serius.
"Nine sayang aku? Kirim salam..."
Lana yang sedang menonton televisyen kali memandang Zarith, "Dia memang sayangkan kau, Zarith."
"Sayang apanya kalau tampar aku sampai macam berlebam."
"Kau pun pukul dia sampai lebam..." gumam Emma rendah.
"Emma, kau patut bela aku!"
"Aku tak nak bela sesiapa. Bagi aku, Nine salah... kau pun ada salah. Simple."
"Apa yang simple?" Zarith angkat kening.
Tak sempat Emma menjawab soalan Zarith, telefon Zarith tiba-tiba berbunyi. Lana yang berada dekat dengan telefon itu mencapainya sebelum memberikan kepada Zarith.
Nama Aina di talian buat Zarith teruja, "Aina!"
"Woi, perempuan! Apahal tak datang pejabat? Rindu tau!"
"Kan aku dah berhenti."
"Encik Haikal tak terima permohonan berhenti kerja kau tu. Dia mengaku dah salah dia sebab tuduh kau melulu. Nine tak cerita ke semalam?"
"Cerita apa?"
"Cerita yang dia dengan aku halau Raihan dari ofis."
"Dia... tak cerita pun." 
"Raihan tu kena marah dengan aku, dengan Haikal... dengan Nine. Puas hati aku, kau tau?"
"Nine marah dia?"
"Lepas Nine dapat tahu dia claim drawing kau tu drawing dia, Nine mengamuk. Sikit lagi tangan dia nak naik kat muka Raihan tapi Saiful halang pulak."
Zarith terdiam.
"Esok kau masuk kerja, tau?! Aku rindulah nak dengar kau marah-marah budak ofis."
"Tengoklah dulu macam mana."
"Ala janganlah tengok-tengok. Masuk ofis tau? Lagipun aku mana ada kawan dah kat sini. Nine pun tak ada dah kat ofis."
"Nine tak ada? Dia pergi mana?"
Aina di talian terdiam sekejap, "Kau gaduh dengan Nine lagi ya?"
Zarith diam. 
Aina mengeluh sebelum kembali bersuara, "Nine... dia berhenti kerja jugak."
"He what?!" Zarith terjerit. Nine dah berhenti?

"Zarith! Kau dah datang!!" Aina bersorak kegembiraan.
Zarith senyum senget. Kubikel Nine dikerling, "Dia betul ke dah berhenti kerja?"
Senyuman Aina mati sebelum mengangguk, "Hmm..."
Zarith mengangguk. Bibir digigit tanpa sedar. Dia sedar pagi tadi, waktu nak datang ofis, rumah sebelah gelap saja. Malam semalam pun sama, "Dia berhenti kenapa?"
Aina angkat bahu, "Dia suami kau kot."
Zarith diam. Yelah, memang dia suami aku tapi aku tak jaga dia.
"Encik Haikal tak ada?"
Aina menggeleng, "Outstation."
"Oh..."
"Kau ni nak bercakap macam gini aje ke? Jomlah duduk dulu."
"Aku datang kejap je ni. Nak kemas barang je."
Wajah Aina berubah, "Kau nak berhenti jugak ke?"
"Aku malaslah nak kerja. Nak buat benda lain pulak."
"Ke kau nak berhenti pasal Nine?"
"Apahal pulak?"
"Manalah tahu kalau kau rasa tak boleh buat kerja kalau tak ada dia."
"Gila ke apa?"
Aina kerutkan dahi, "Gila... gila... aku gila sungguh nanti baru tahu."
Zarith ketawa! Kalau kau gila, aku tetap kawan dengan kau, Aina oiii...

Zarith tongkat dagu. Kereta milik Nine ada di luar rumah sebelah tadi. Dia masih berkira-kira, nak pergi atau tidak ke rumah sebelah.
"Kalau setakat kau nak tongkat dagu, termenung... tak guna jugak, Zarith! Cuba bangun dan pergi rumah sebelah, tanya sebab musabab kenapa suami kau tu berhenti kerja."
Zarith muncungkan mulut bila Emma bersuara.
"Aku cakap benda betul. Sampai bila kau nak ke kiri, dia ke kanan. Cuba pergi jumpa, duduk berbincang elok-elok."
"Dia tak ada datang cari aku pun."
"Dia ada datang tapi kau yang tak nak jumpa dia."
Zarith diam.
"Zarith... selama ni aku selalu doa kau berjodoh dengan Nine," ujar Emma bersahaja.
"Maksud kau?"
"Kau mungkin tak nampak, tapi aku selalu nampak yang Nine sangat menjaga kau. Selama korang berkawan, aku tak pernah nampak dia cuit kau, sentuh kau dengan sengaja. Waktu kau sedih pasal ibu kau dulu, Nine yang pujuk kau. Ya, memang mulut dia lancang tapi hati dia kisah pasal kau. Dia selalu jaga kau dan aku percaya... dia setuju untuk kahwin dengan kau sebab dia nak jaga kau.”
"Tapi aku boleh jaga diri sendiri. Lagipun, dia menjaga apanya kalau hari tu dia tampar aku?"
"Ya, kau boleh jaga diri sendiri tapi aku nak tanya kau... berapa lama dah kau tak balik kampung kau? Kau jarang balik. Selalu abah kau yang datang sini. Sebab apa? Sebab kau tak tahan dikutuk orang kampung. Orang kata kau songsang, tak cukup sifat keperempuanan apa semua, kan?"
Zarith mengangguk.
"Nine sebenarnya nak jaga kau dari jadi buah mulut orang luar. Dia nak jaga kau dari dicaci, dikeji oleh orang lain. Dia kahwin dengan kau sebab nak jaga maruah kau, jaga maruah abah kau."
Zarith diam.
"Pasal yang dia tampar kau. Mungkin bagi kau dia sengaja tapi sepanjang korang berkawan, pernah dia cuit kau? Pernah dia tampar kau? Pernah dia tumbuk kau macam dia pernah buat dengan kawan lelaki dia. Pernah tak?"
Zarith menggeleng. Betul. Sepanjang mereka berkawan, Nine tak pernah mencuit dia. Kelakuannya sentiasa dijaga cuma mulutnya saja kadang-kadang tak ada insurans. 
"Aku dah lama sedar yang Nine sayangkan kau."
Zarith pandang Emma.
Emma ukir senyum, "Percayalah cakap aku, Nine sayangkan kau."
"Mana kau tahu?"
"Sia-sia aku belajar psikologi kalau aku tak pandai baca bahasa tubuh orang."
Zarith senyap. Nine sayang aku? Hmm... tak percayalah!

Zarith melangkah ke rumah sebelah. Debarnya jantung dia kala itu... aduhaiiiii. Naik gila rasanya. Sesampainya saja dia di rumah sebelah. Dia berkira-kira mahu menekan loceng atau tidak.
Baru jarinya nak menekan loceng, pintu rumah tiba-tiba dibuka dalam.
Nine yang baru nak keluar tercengang.
Zarith pula terkejut sikit.
"Nak keluar ke?" Zarith memberanikan diri untuk bersuara.
Nine mengangguk.
"Oh, balik dululah kalau gitu!" Zarith mengangkat tangan sebelum berpaling nak berlalu.
"Eh, nak balik mana?" Nine menarik lengan Zarith, "Rumah kat sini. Bukan kat sana."
Zarith terdiam sebelum berpaling mengadap Nine, "Tadi kata nak keluar."
"Wife abang dah balik, takkan abang nak keluar pulak."
Zarith membulatkan matanya, "Kau dah kenapa?"
"Jomlah masuk dulu."
Zarith kerutkan dahi, "Janji kau jangan nak berabang-abang dengan aku. Aku geli!"
Nine mengangguk, "Yelah, jom masuk dulu!"
Zarith menghela nafas sebelum mengikut saja Nine yang menarik tangannya.
Zarith duduk bersila di atas sofa manakala Nine sudah ke dapur, untuk membuat air. Zarith garu kepala, "Nine, tak payahlah buat air. Karang aku balik sana, aku minum jugak."
"Nak buat apa balik sana?" 
Zarith garu kepala, "Kan ke aku dah pindah sana."
"Balik rumah ni semula."
"Tapi..."
"Tak ada tapi-tapi. Pindah sini semula." Nine bersuara sebelum meletakkan segelas air di atas meja kopi.
"Tadi kau siap-siap nak keluar ke mana?"
"Aaa... nak cari barang sikit."
"Barang apa?"
"Adalah."
Zarith mengangguk, "Aina kata kau berhenti kerja."
"Hah?" Nine mengerutkan dahinya, "Aina kata macam tu?"
Zarith mengangguk lagi.
Nine menggeleng perlahan, "Percaya sangat cakap si Aina tu. Dia dengan abang dia sama tak betul."
"Habis tu kenapa tak pergi ofis? Kau pergi mana? Kat rumah pun tak ada orang."
"Skodeng eh?"
"Mana... tertanya-tanya aje pun."
Nine mengangguk.
Buat seketika, mereka sama-sama diam.
"Nine..." Zarith pandang Nine.
"Hmm...?"
"Kenapa kau setuju nak kahwin dengan aku padahal dulu kau cakap kau dah jatuh cinta dengan Raihan."
"Betul nak tahu jawapannya?"
Zarith menganggukkan kepalanya.
Nine senyum sikit, "Sebab sayang. Aku sayang kau, Zarith. Raihan, aku cuma gunakan nama dia untuk tengok reaksi kau."
Zarith terdiam.
Nine pula sudah mengubah kedudukannya mengadap Zarith. Tangan Zarith dicapai, "Kalau betul aku suka perempuan macam Raihan, kenapa aku nak buang masa dengan kau setiap masa padahal masa tu aku boleh mengorat dia."
Zarith tarik tangannya yang digenggam Nine, "Apa kau buat ni?"
"Malam kita kena tangkap khalwat. Aku tak nak sebenarnya kahwin ekspress macam tu dengan kau. Aku nak kahwin dengan kau bila kau dah betul-betul ready dengan aku. Bila kau dah betul-betul sayangkan aku. Tapi tak sangka kita kena tangkap basah."
Zarith diam.
"Waktu mak long suarakan hal pasal kahwin, aku rasa macam... inilah saat dia! Inilah saat dia untuk aku ambik kau sebagai isteri aku dan satu sebab lagi, aku kesiankan abah kau. Ingat abah kau kata yang abah dah tak larat jaga kau?"
Zarith mengangguk.
"Aku rasa kesian pada abah kau. Kalaulah orang tahu yang kau kena tangkap basah, macam manalah abah kau nak hadapi semua tu. Waktu tu aku rasa aku patut be the man yang boleh lindungi kau, lindungi abah... jaga maruah kau dan abah. Sebab itu, aku dengan rela hati terima kau. Seadanya kau."
"Tapi..." Zarith pandang Nine, "Kenapa lepas kita kahwin kau buat tak tahu pada aku? Kenapa kau suruh kita rahsiakan perkahwinan kita?"
"Sebab aku nak bagi kau masa. Aku nampak waktu akad nikah kita, kau nampak sangat terpaksa. Aku terfikir, aku terlampau memaksa kau ke? Jadi aku buat keputusan nak jauhkan diri. Aku suruh rahsiakan sebab aku tahu, kau mesti lagi tertekan kalau orang tahu pasal kita. Aku tak nak buat kau rasa tertekan. Aku tak nak kau terima aku sebab terpaksa."
Zarith tunduk. Dia rasa sebak tiba-tiba. Nine sayangkan kau, Zarith... dia sayangkan kau seadanya kau, "Aku..."
Nine yang menyedari perubahan suara Zarith terus menarik Zarith ke dalam pelukannya, "Tau. Kalau nak menangis, menangislah. Tapi biar aku jadi bahunya..."
Dan Zarith terus menangis di bahu Nine. Dia tak tahu kenapa dia rasa sedih sangat tapi dia terus menangis...

Kita nak pergi mana ni?"
Nine yang sedang memandu, senyum saja, "Ikut aje."
"Aku letihlah..."
"Haip! Tadi kan dah kata nak tukar panggilan?"
Zarith tarik muka, "Ish... tak retilah."
"Ala, tak cuba lagi dah cakap tak reti."
"Mana reti nak tukar panggilan. Dah biasa kan dengan aku kau."
"Biasakan dengan saya awak pulak. Lama-lama okeylah."
Zarith tepuk dahi. Kenapa tadi dia setuju dengan cadangan Nine untuk jadi suami isteri yang sebenarnya? Aku dah gila!
Nine senyum lagi sebelum dia capai tangan Zarith, "Apa tepuk dahi ni? Hilang ilmu nanti."
"Janganlah cakap nada macam tuuuuuu...! Dengan pegang-pegang tangan lagi."
"Kenapa? Terpikat?"
Zarith buat muka. Huwaaaa, nak balik rumah! "Kita nak pergi mana?"
"Adalah."
"Betul ke... er... er... awak... errr... kerja kat mana sekarang?"
Nine ukir senyum lebar. Awak pun awaklah, Zarith...
"JANGAN SENYUM MACAM TU LAH!!"
Nine ketawa, "Apa Zarith tanya tadi?"
"Sekarang kerja kat mana?"
"Kat ofis lama kitalah."
"Yang Aina cakap berhenti tu?" Zarith mengerutkan dahinya.
Nine senyum, "Kan dah kata... jangan percaya cakap Aina tu. Abang ambik cutilah."
Zarith memejamkan matanya. Erghhh! Gelinya dia bahasakan diri dia abang!
"Kenapa? Geli?"
"Tau tak apa!"
Nine ketawa! Zarith... Zarith...

"Eh, kita nak buat apa dekat ofis ni?"
"Adalah. Zarith tolong ambikkan kotak kat belakang."
"Kotak mana?"
"Ada kat tempat duduk belakang," ujar Nine sebelum mengeluarkan telefonnya. Zarith pula sudah keluar dari kereta dan membuka pintu belakang.
Kotak berwarna coklat di belakang kereta dicapai. Kerana rasa ingin tahu, kotak itu dibuka. Dahinya berkerut melihat banyak sampul berwarna pink di dalam kotak itu. 
Satu sampul ditarik dan dibuka. Kad yang ada di dalam sampul ditarik keluar sebelum dibaca. Wajahnya berubah sedikit membaca isi kad tersebut. 
Jemputan ke Majlis Resepsi Alif Zulkarnain dan Zarith Ameena.
Ayat itu dibaca berulang kali. Bibirnya tanpa sedar mengukir senyum. Rasanya dia dah tahu kenapa mereka datang ofis hari ni!

"Aku mimpi ka wei?"
"Nine... Zarith... datang hand in hand..." Danny gosok mata.
"Aku tak tahu kenapa tapi aku nampak macam pasangan gay masuk ofis!" Seloroh Azim sebelum menepuk bahu Nine, "At last! Kau bagitahu jugak perasaan kau dekat dia kan?!"
Zarith jeling Azim, "Kau kata kami apa tadi? Pasangan gay? Nak kena pukul dengan aku?!"
Azim ketawa! Macam mana dia tak kata pasangan gay? Zarith masih lagi datang ofis pakai baju kemeja kotak-kotak dia tu. Siap bertopi lagi! Garang pulak tu! "Kau ni! Cuba ubah sikit gaya! Samseng dari dulu sampai ke sudah! Nasib Nine ni tahan dengan kau!"
"Eh, biarlah gaya aku macam mana pun! Dia nak aku, dia kenalah tahan," balas Zarith, garang.
Nine ketawa sebelum sampul merah jambu dihulurkan pada Azim, "Dahlah tu usik Zarith! Jangan lupa datang Sabtu ni."
"Apa ni?"
"Bacalah sendiri," ujar Nine sebelum mengedarkan sampul merah jambu itu ke pekerja-pekerja lain. 
Zarith pula sudah mendekati Aina yang tersengih-sengih! "Kau sengih apa, perempuan?!"
"Uu... orang tu datang ofis hand in hand dengan suami dia..."
Zarith tunjuk penumbuk pada Aina, "Wei, kau! Dahlah tipu aku pasal Nine berhenti kerja."
"Ala, sajalah! Nak tengok kau kisah ke tak pasal Nine tu."
Zarith buat muka. Baru dia nak bersuara, tiba-tiba dia terdengar Azim menjerit! "MAJLIS RESEPSI?! BILA KORANG NIKAH?! AKU INGAT KORANG BARU COUPLE!"
Nine yang ada di meja Saiful ketawa, "Kau ingat aku boleh pegang ke tangan Zarith kalau kami tak nikah lagi?"
"Patutlah cuti lama! Dah menikah rupanya!" Azim mengomel sewaktu berjalan pergi ke tempatnya.
Zarith pandang Nine.
Nine kenyit mata.
Zarith tahu maksud Nine. Biarlah orang anggap mereka menikah ketika Nine mengambil cuti dan bukannya kerana tangkap basah. Bibirnya mengukir senyum. Perlahan-lahan, dia rasa suaminya itu dah pun mengambil tempat di hatinya.

Usai mengedarkan kad di pejabat, Nine membawa Zarith ke tempat lain pula.
"Kita nak pergi mana pulak ni?"
Nine senyum, "Adalah..."
"Asyik adalah aje dari tadi. Kita nak pergi mana?"
Nine senyum lagi, "Majlis resepsi hari Sabtu kan?"
Zarith mengangguk, "Jadi?"
"Zarith pengantin perempuan."
"Maka..."
"Nak jadi pengantin macam mana kalau bajunya tak ada lagi."
"Err... baju pengantin?"
Nine menjeling Zarith sekilas, "Kenapa? Tak nak pakai baju pengantin?"
"Bukan tak nak pakai tapi..."
"Kita cari baju yang Zarith selesa nak pakai, okey? Tak payah pakai dress meleret-leret. Baju kurung pun tak apa dah."
Zarith mengangguk. Lega hatinya bila Nine faham apa yang dia mahukan.

"Mana pengantin perempuannya?"
Wajah Zarith dan Nine sama-sama berubah namun tak lama sebelum Nine meletuskan tawanya, "Ni wife saya a.k.a the bride."
Wajah pekerja butik pengantin itu berubah, "Eh, maaf! Saya... saya... ingatkan..."
Zarith senyum paksa, "Tak apa. Faham dah."
"Er... sila ikut saya ya, cik... eh, puan."
Zarith mengangguk sebelum mengikut langkah pekerja butik.
Nine pula masih ketawa. Dia sedar sebenarnya yang wajah Zarith macam nak telan orang tadi. Kelakar!
Lima belas minit menunggu, Nine mengangkat wajah dari majalah yang dibacanya sebaik saja mendengar derap kaki mendekati dirinya.
Wajahnya berubah. Bibirnya mengukir senyum. Walaupun hanya dengan sepasang kurung putih biasa, Zarith tetap nampak cantik di matanya. Sangat cantik, di matanya.

Zarith mengikut saja langkah Nine yang menarik tangannya. Ketika melewati sebuah kedai menjual aneka jenis tudung, Zarith menarik tangan Nine, "Nine... eh, awak!"
Nine berpaling ke belakang, "Kenapa?"
"Boleh tak... er... nak pakai tudung waktu majlis tu nanti?"
"Hah?"
"Tadi... segan dengan orang kedai pengantin tu. Rasanya... patut pakai tudung dah kan?"
"Kenapa tak nak sebut saya?"
"Eh?" Zarith ukir sengih. Sedar rupanya! Ingat tak sedar.
"Abang suka kalau Zarith nak pakai tudung."
"Janganlah bahasakan diri tu abang! Peliklah."
"Apa? Bukan memang abang tua setahun dari Zarith ke?"
"Ala, setahun je pun!" Zarith tarik muka.
Nine ketawa, "Tak apalah. Jom masuk kedai ni dulu, beli tudung Zarith."
"Boleh?"
"Mestilah boleh."
Zarith tanpa sedar menarik tangan Nine masuk ke dalam kedai menjual tudung itu. Nine pula tersenyum. Dia rasa... Zarith dah boleh buka hatinya untuk dia. Alhamdulillah...

Zarith membetulkan selendang yang terlilit kemas di atas kepalanya. Wajahnya yang disolek oleh Lana diperhatikan, "Wei, aku rasa macam aku hodoh gila!"
"Cantiklah!"
"Tak tebal sangat ke?"
"Okey dah ni," Emma membetulkan letak veil di atas selendang, "Cantik!"
Aina yang menjadi pengapit menganggukkan kepalanya, "Serius cantik. Waktu kau pakai kebaya dulu, aku tak rasa cantik mana. Tapi bila kau pakai baju kurung ni, dengan tudung ni. Sumpah kau nampak lawa, Zarith."
"Tapi aku rasa macam bukan aku."
"Kami faham... tapi, hari ni je, Zarith. Kau tak nak ke nampak cantik untuk Nine?"
Zarith muncungkan mulut lalu dia mengangguk, "Mestilah nak."
"Dah tu? Senyumlah!"
Zarith mengangguk sebelum mengukir senyum lebar.
Bunyi ketukan di pintu buat Zarith berdebar. Sebaik saja pintu dibuka oleh Emma, wajah Nine yang sedang tersenyum terpampang di muka pintu, "Dah sedia?"
Zarith mengangguk. Tak tahu kenapa dia tak berani nak angkat kepala. Nine mendekati Zarith lalu tangannya dihulurkan pada Zarith.
Tanpa kata, Zarith mencapai tangan Nine. Mereka kemudiannya berpimpinan turun ke tingkat bawah, di mana semua tetamu sedang menunggu mereka.
Nine kalih memandang Zarith yang kelihatan sukar berjalan dengan kasut tumit tinggi yang dibeli tempoh hari, "Susah ke nak jalan?"
Zarith mengangguk. Nine pula memberi isyarat mata pada Saiful, pengapitnya. Saiful mengangguk sebelum berlari ke bahagian dapur. Zarith pandang Nine yang berhenti sebaik saja mereka tiba di tingkat bawah, "Kenapa?"
Nine senyum, "Sekejap."
Saiful kemudiannya tiba dengan sepasang sneakers berwarna putih, "Nine, nah!"
Nine mencapai kasut itu sebelum melutut di depan Zarith. Kaki kanan Zarith dicapai sebelum kasut tumit tinggi yang dipakai Zarith ditanggalkan. Dia kemudiannya menyarung sneakers yang dibawa Saiful pada kaki Zarith sebelum tali kasut itu diikat. Nine kemudiannya melakukan perkara yang serupa pada kaki kiri Zarith.
Zarith yang tadinya terkesima dengan perbuatan Nine rasa matanya berair. Dia rasa terlalu sebak ketika itu.
Nine pula kembali berdiri sebelum memandang Zarith, "Dah okey?"
Zarith menganggukkan kepala. Nine mengukir senyuman sebelum mereka kembali berpimpinan tangan menuju ke luar rumah di mana ramai tetamu sedang memerhatikan mereka.
Encik Zainal yang memerhatikan pasangan itu menitiskan air mata. Alhamdulillah, Allah telah temukan kau jodoh yang baik, anakku!
Sebaik saja Nine dan Zarith melangkah keluar dari rumah, lagu Ucapkanlah dendangan Yusry KRU dan Erra Fazira berkumandang. 
Zarith memejamkan matanya seketika. Ya Allah, andai ini mimpi... jangan pernah kejutkan aku dari lena.
"Zarith? Kenapa pejam mata?" Nine kalih memandang Zarith.
Zarith senyum menggeleng, "Ingatkan mimpi!"
Mereka berdua kemudiannya beriringan ke meja menempatkan kek pengantin. Keknya simple saja. Tak ada hiasan yang mewah. Tak bertingkat-tingkat.
Ketika itu, Nine tiba-tiba menyeluk poket seluarnya mengeluarkan sesuatu.
"Zarith."
Zarith memandang wajah Nine sebelum memandang tangan Nine yang memegang sebuah kotak berbentuk hati, "A... abang..."
Nine ukir senyum sebelum kotak itu dibuka dan sebentuk cincin ditarik. Dia kemudiannya menarik tangan Zarith, "Waktu kita akad nikah dulu, abang tak bagi cincin kan pada Zarith? Kita cuma guna cincin milik ibu abang sebagai syarat. Hari ni, abang nak ganti cincin tu dengan cincin ni. Cincin ni biasa saja. Abang tak beli cincin yang sarat-sarat sebab abang tahu Zarith tak suka. Zarith... izinkan abang sarung cincin ni pada jari Zarith?"
Zarith merenung Nine sebelum mengangguk.
Nine kemudiannya menyarung cincin berbatu satu itu pada jari manis Zarith. Sebaik saja cincin itu tersarung cantik pada jari Zarith, rakan-rakan sepejabat mereka bersorak.
Zarith pula ketawa kecil. Apa definisi bahagia pada aku? Definisi bahagia aku adalah bila dia sentiasa ada. Dulu sebagai kawan baik aku dan sekarang sebagai suami aku. Alhamdulillah!

"Tok ma! Umi panggil balik. Dah nak masuk Maghrib!"
Zarith tersentak sedikit sebelum memandang wajah cucunya, "Omar kata apa?"
"Umi ajak balik. Dah nak Maghrib."
Zarith menganggukkan kepalanya sebelum dia memandang lelaki di sebelahnya yang sedang merenung tasik, "Abang..."
Lelaki itu kalih memandang dia.
"Jom balik. Omar ajak tok ma dan tok pa dia balik."
Lelaki itu menggelengkan kepalanya, "Ta... tasik... nak tengok ta... tasik..."
Zarith mencapai tangan lelaki yang sudah berkedut seribu itu, "Esok kita datang lagi ya? Esok boleh tengok tasik lagi."
"E... esok datang lagi?"
Zarith menganggukkan kepalanya, "Tiap-tiap hari kita datang sini. Esok kita datang lagi. Lusa datang lagi. Okey?"
Nine menganggukkan kepalanya, "Janji?"
"Janji."
Nine perlahan-lahan berdiri dan Zarith turut berdiri. Zarith kemudiannya memimpin suaminya, "Abang, abang ingat Zarith siapa?"
Nine kalih memandang Zarith sebelum memegang pipi Zarith yang sudah dihinggapi kedut-kedut halus, "Isteri kesayangan abang."
Zarith senyum sebelum mengangguk. Ya dan abang juga suami kesayangan Zarith walaupun sekarang abang dah ingat-ingat lupa pada Zarith tapi abang jangan risau, Zarith tetap akan jaga abang sampai bila-bila.
"Zarith..."
"Ya?"
"A... abang sayang Zarith."
Zarith ukir senyum sebelum mengeratkan pegangan tangannya pada tangan Nine, "Zarith pun sayang abang..."

TAMAT

p/s: Cerita ni saya taip sebelum saya taip cerita Apek-Lisa dan Adib-Peah lagi. Cerita Mike-Sarah saya akan post kemudian. Cerita yang agak err... I don't know, ada jiwang sikit-sikit, ada sweet sikit-sikit. Hehehe. Selamat membaca semua :)

29 comments:

  1. Wahh!!! Bestnya!! Btw.. Bila nak sambung cerita iman dgn lily tu?? Nk tau juga sambungannya..

    ReplyDelete
  2. I was hoping for Mike-Sarah actually .Tapi nie pun best ! Teringat dekat drama Kau,Aku,Kita .Thank you sebab buat banyak cerpen yang best :')

    ReplyDelete
  3. Keep it up..mmg tunggu mike sarah...

    ReplyDelete
  4. double thumps up!! waiting for mike-sarah

    ReplyDelete
  5. Mmg best....
    Cter iman n lily smbg plse....

    ReplyDelete
  6. ni cerita yang paling sweet... tampa orang ke tiga dan cemburu buta... terima diri seadanya... paling sweet sampai ke tua... terbaikkkkk...

    ReplyDelete
  7. Best lah citer nih. And citer kak najwa tak pernah mengecewakan saya. Waiting for mike-sarah and iman-lily.

    ReplyDelete
  8. bestt.. sweet ngatt ������

    ReplyDelete
  9. Finally kak najwa post juga cerita baru.. sy hari2 tau bukak blog akak..I love all your story.. ;)
    *nurul nabila*

    ReplyDelete
  10. Awesome...Waiting for mike-sarah plak..keep it up

    ReplyDelete
  11. So sweet that I shed tears.. Love till jannah..love unconditionally.. Thanks for this piece.. As usual, u touched my heart..

    ReplyDelete
  12. Thank you Sis. I've read many of your cerpen and enjoyed them.

    ReplyDelete
  13. Huwaaaa... Bestt lah cik najwa. Hihi...
    Sweet...

    ReplyDelete
  14. luv it!!! sy bc dgn feeling2 skali...fuh!!! terbaik

    ReplyDelete
  15. So sweet... Sampai leleh air mata ni baca. Superb
    Azzna

    ReplyDelete
  16. So sweet and touching. Mata basah sikit sikit baca cerpen ni especially bahagian dia orang dah tua. Best!!!!

    ReplyDelete
  17. Best... bagus nine sbb dia terima zarith seadanya diri zarith. Itu baru namanya cinta. Saling melengkapi. Good job writer.

    ReplyDelete
  18. Best... bagus nine sbb dia terima zarith seadanya diri zarith. Itu baru namanya cinta. Saling melengkapi. Good job writer.

    ReplyDelete
  19. Cik writer knpa xblh bca cerpen bru tu..dh removed ke???

    ReplyDelete
  20. Yup kenapa ye tak boleh baca cerpen baru ? Terima kasih

    ReplyDelete
  21. Bestnya!! Terharu sy baca cerpen ni

    ReplyDelete
  22. Bestnya!! Terharu sy baca cerpen ni

    ReplyDelete
  23. Bestnya!! Terharu sy baca cerpen ni

    ReplyDelete