Wednesday, 25 November 2015

[CERPEN] Si Sneakers Merah



"Mak, nak beli apa lagi ni? Penuh dah troli ni ha...”
Puan Asmah merenung senarai barang dapur yang dipegang sedari tadi, "Cereals. Aimy merengek nak makan cereals dengan susu pagi tadi."
Mike sengih, "Nak buat macam mana, mak. Cucu kesayangan mak tu kan orang luar negara."
Puan Asmah menepuk bahu Mike, "Yelah, Mikail! Dah, cepat tolak troli tu."
Mike senyum menggeleng sebelum menolak troli mengikut Puan Asmah yang laju berjalan. Mak ni, jalan laju sungguh. Nak kejar apa entah...
Di bahagian bijiran, dia menongkat dagu pada besi pemegang troli melihat emaknya yang sedang membelek dan membaca segala jenis tulisan yang ada pada kotak bijirin, "Mak, lambat lagi ke?"
"Kejap..."
Mike garu kepala sebelum dia kalih memandang kawasan sekitar pasaraya besar itu. Matanya akhirnya terhenti pada satu rak. Bibirnya mengukir senyum, "Mak, abang pergi dekat rak makanan kucing tu kejap."
"Nak buat apa?" Puan Asmah kalih memandang Mike.
Mike senyum, "Mestilah nak beli makanan kucing, takkan nak pergi cari jodoh pulak mak..."
Puan Asmah menjeling Mike, "Ha, cepat sikit!"
Mike laju berjalan meninggalkan lorong bijirin. Laju saja dia berjalan mendekati rak makanan haiwan peliharaan yang sudah disusun kemas.
"Mama, nak beli yang jenis apa ni? Ali makan makanan jenama apa? Banyak sangat jenama ni. Pening dah orang ni."
Mike mengerling si gadis yang sedang bercakap dalam telefon. Dia tersengih tanpa sedar. Kecik aje suaranya, ha... 
Bungkusan makanan kucing yang berwarna hitam oren ditarik dari rak.
"Er... saudara..."
Mike kalih memandang kepada suara yang memanggilnya. Mike tiba-tiba rasa macam jantungnya jatuh bergolek.
Gadis yang memakai selendang hitam itu memetikkan jarinya di depan wajah Mike, "Eh, saudara!"
"Oh, sorry!" Mike tersentak sikit, "Ada apa ya, awak panggil saya?"
"Oh, tolong ambilkan sebungkus makanan kucing tu." Pinta si gadis sambil menuding ke arah bungkusan makanan kucing yang berada di rak paling atas.
Mike mengangguk lalu bungkusan makanan kucing itu ditarik sebelum diberikan kepada si gadis, "Nah!"
Si gadis tersenyum, "Thanks."
Mike mengangguk, "Beli untuk kucing ke?"
Si gadis kerutkan dahi sebelum dia ketawa kecil, "Tak, saya nak buat makan sarapan pagi. Makan dengan susu."
Riak wajah Mike berubah sedikit, "Serius?"
Si gadis ketawa lagi, "Hei, saya main-main ajelah."
Mike garu kepala, "Oh, ye ke?"
"Tak, tadi awak tanya saya... saya beli ni untuk kucing ke. So, saya saja jawab secara sarkastik tadi sebab soalan yang awak tanya tadi jawapannya dah terang-terang ada pada bungkusan ni."
Mike mengangguk lalu dia ketawa, "Okey, my bad! Saya lampi sikit. Sorry."
"It's okay. Saya pergi dulu. Thanks again, by the way!" Si gadis senyum sedikit sebelum berlalu.
Mike tanpa sedar bersandar pada rak makanan kucing. Hati, kenapa kau jadi macam gini ni...

"Woi!" Adib melibas belakang Mike yang sedang termenung jauh.
"Wei, sakit!" Mike menggosok belakangnya yang terasa pedih. Bongok Adib!
"Termenung apa? Order dah menimbun ni."
Mike merengus, "Ye, nak buat la ni. Lain kali panggil elok-eloklah. Aku dengar lagi."
Adib kerutkan dahi. Aik? Dia pandang Apek yang sedang menulis sesuatu di atas kertas A4, "Wei, Apek!"
"Apa?"
"Kau tak rasa macam Mike macam pelik ke hari ni?"
Apek panggung kepala memandang Mike yang sudah mula membancuh kopi, "Biasa aje aku tengok. Kenapa? Kau nampak rambut dia jadi panjang lagi satu sentimeter ke?"
Adib tepuk dahi, "Kau ni. Aku libas belakang dia tadi. Tiba-tiba je dia sentap!"
Apek kerut dahi, "Mike sentap?"
"Itulah pasal! Tak macam Mike langsung bila dia sentap-sentap ni."
"Dia ada masalah kot. Kau pun, lain kali bagi salam dulu. Jangan nak hentam je melibas orang."
Adib tarik muka. Aku jugak yang salah? 
"Nah, tolong lekatkan kertas ni kat luar kejap."
"Apa benda ni?"
"Hari tu kan kau dengan Mike yang cakap nak gajikan sorang waiter or waitress untuk kafe. Penat nak handle orderlah apalah. Ni iklan dia."
Adib buat muka, "Cheap gila iklan kau, gila!"
"Diam! Nasib baik aku nak buat. Kalau ikut aku, tak payah nak gajikan pelayan pun tak apa."
"Ceh! Meluat!" Adib buat muka sebelum dia berlalu keluar dari kaunter minuman sebelum berjalan keluar dari kafe.
Apek pandang Mike, "Mike!"
"Ya?"
"Kau okey ke?"
"Hah? Kenapa? Okey je..."
"Adib kata kau sentap. Pelik jugak aku kau sentap."
"Aku tak sentap. Aku cuma terkejut dia libas belakang aku tak bagi salam. Sakit kot!"
"Ala, macam kau tak kenal aje Adib tu macam mana."
Mike mengangguk sebelum dia mengeluh.
Apek hela nafas, "Kau rindu Jet ke wei?"
"Kau ingat aku gay? Lagipun nak rindu apa kat syaiton tu. Tiap-tiap hari aku tengok muka dia kat Skype!"
"Sihat ke dia?"
Mike mengangguk, "Sihatlah kot. Kenapa?"
"Saja tanya."
"Dia ada tanya aku semalam. Kau dengan Adib marah dia lagi ke."
"Kau cakap apa?"
"Aku cakaplah aku tak tahu," ujar Mike selamba.
Apek senyum tawar, "Aku mana boleh nak marah Jet lama-lama. Sejak dia tak ada kat sini, tempat ni rasa sunyi aje. Tapi aku still tak boleh terima dia buat Iman macam tu."
Mike mengangguk sebelum dia mencapai steamed milk yang berada di dalam teko kecil, "Yelah. Kalau dia ada, baru lengkap kita berempat."
Apek mengangguk. Ya, kalau Jet ada... barulah lengkap mereka berempat di kafe ini.

Adib pandang perempuan di depannya atas bawah. Mangai...
Mike pula membelek resume si perempuan sebelum dia mengerling pada tuan empunya resume. Dasyat!
Apek pula meniliti raut wajah si perempuan yang sedang meniup-niup kukunya.
"So, Cik Zandra..."
Si perempuan menjeling lelaki yang ada di depannya, "Yes?"
"Kenapa awak nak kerja dekat sini?" Apek bertanya.
"Mestilah sebab saya nak kerja. Duh!"
Apek menarik nafas. Okey, tarik... hembus... sabar...
Mike garu kepala. Perlahan belakang Apek digosok. Sabar...
Adib pandang Zandra, "Cik?"
"Ya?" Zandra mengibarkan rambutnya ke belakang dengan gaya menggoda.
"Awak ni memang tak pernah datang interviu ke macam mana?"
"Apa maksud awak ni?!" Zandra rasa mukanya hangat.
Adib menarik resume yang ada di tangan Mike sebelum dicampak ke atas meja, "Satu, awak ni berlagak bagus. Kawan saya tanya, awak jawab macam bagus. Kami tak perlukan pelayan berlagak bagus macam awak. Dua, benda yang dalam kertas A4 tu bukan resume awak. Tu biodata, siap dengan hobinya, dengan cita-cita. Awak ingat ni zaman sekolah, main biodata-biodata? Tiga, awak ni tak ada adab. Datang interviu pakai baju yang entah apa-apa. Dengan skirt pendeknya. Baju t-shirt tak ada lengan, leher tu pulak penuh dengan aksesori pelik-pelik. Ya, kami tahu kami cuma mencari seorang pelayan tapi kami nak pelayan yang beradab, bukan yang biadap!"
Zandra pantas menepuk meja, "Whatever! Pelayan kafe je pun. Ingat aku hadap sangat ke?"
"Tu pintu keluar, silalah berambuskan diri anda."
Zandra merengus sebelum menarik resume yang ada di atas meja. Tanpa sebarang kata dia terus berlalu.
"Bravo!" Mike tepuk bahu Adib.
"Pening aku tengok baju dia yang macam-macam warna tu. Kuku dia... pergh, pontianak pun boleh menangis tengok kuku dia."
Mike dan Apek ketawa dengan kata-kata Adib. 
Adib mengeluh, "Siapa pulaklah yang nak datang interviu karang? Aku harap bukan badut..."
"Adalah tu nan..." Kata-kata Mike terhenti bila dia pintu kafe ditolak dari luar. Wajahnya berubah sedikit. 
Adib pandang pada sekumpulan gadis yang baru masuk ke kafe, "Datang nak interviu ke?"
Salah seorang daripada mereka laju menggeleng, "Eh, tak!"
"Macam mana ye... kami tutup kafe hari ni sebab nak jalankan interviu untuk jawatan pelayan."
"La, ye ke? Tak apalah macam tu. Kami datang lain kali aje," seorang gadis yang memakai jeans hitam dengan blouse bunga-bunga bersama sneakers berwarna merah hati mengukir senyum.
Mike tiba-tiba berdiri, "No. Stay!"
Tujuh pasang mata memandang Mike.
Apek jungkit kening, "Nak hidang apa kat dia orang, gila?"
Mike pandang gadis yang berlima di depannya, "Kami cuma ada coffee dengan penkek je."
"Oh, dengan waffle jugak!" Adib menyampuk. Uuu... awekssss!
Mike senyum pada si gadis bersneakers merah, "Boleh?"
Apek tarik muka, "Korang buat. Aku tak nak campur!"
Adib dan Mike sama-sama buat muka. Tak nak campur, diam!
Kelima-lima gadis di depannya saling berpandangan sebelum mereka sama-sama mengangguk, "Boleh!"

"Aku tak pernah tengok kau hyper macam ni sekali!" Adib tongkat dagu melihat Mike yang sedang membuat penkek.
Apek mengangguk. Tak pernah-pernah kafe ada menu penkek, hari ni pecah rekod! "Kau sejak bila jadi kasanova macam Adib ni?"
"Bangang!" Adib memukul bahu Apek.
"Mana aku jadi kasanova pun. Aku kesian dengan dia oranglah."
"Kesian... uuuuu!" Adib buat muka teruja. "Kesian-kesian... tiba-tiba jatuh cinta. Pergh!"
"Kau ni kecik-kecik mesti selalu tengok drama Cinderella Ahmad Idham dengan Haliza Misbun, kan?"
"Hahaha! Kelakar gila, Sepet!" Adib buat gaya tangan ke dada, mata ke atas.
Mike ketawa, "Eh, Adib! Kau tak mengorat ke budak-budak tu?"
"Tak payah kau tanya. Dia dulu pergi jual ayat-ayat cinta." Ujar Apek, sambil menjeling pada Adib.
"Kau apa tau? Cinta itu indah tau?"
"Cinta tu indah tapi kalau cinta kau, tu murah!"
"Ceit!"
Mike ketawa. Bergaduh aje kerjanya.
"Mike, nah!"
Kertas kecil yang dihulurkan Adib buat Mike jungkit kening, "Apa ni?"
"Nombor telefon budak perempuan yang pakai sneakers merah."
Wajah Mike berubah, "Mana kau dapat?"
"Kawan dia bagi. Tak payah cakap terima kasih. Ambik ni! Aku tau siapa yang kau dok perati dari tadi."
Mike menepis tangan Adib, "Merepek apa kau, gila?"
"Aku nampak jugak, Mike!"
Mike tepuk dahi! "Aku tengok jelah. Bukan aku nak berkenalan ke apa."
"Apa salahnya kalau berkenalan pun. Kau ambik je nombor ni tapi kau nak mesej dia ke, tak nak ke... terpulang pada kau. Tak ada paksaan."
Mike berpaling mengadap penkek yang sudah siap dimasak di dalam kuali leper.
Apek pandang Adib. Adib angkat bahu. Kertas kecil itu ditindih di bawah pinggan putih, "Kami keluar dulu."
Mike tak membalas. Apek dan Adib pula beriringan keluar dari dapur.
Mike kembali berpaling. Kertas yang ditindih dengan pinggan putih itu ditarik. 013...
"By the way, nama dia Sarah!" Adib tiba-tiba muncul di pintu dapur sambil menjungkit-jungkitkan kening.
"Bangang!" Mike buat muka. Siot, kantoi!

"Jadi kau kira jatuh cinta pandang pertamalah ni?"
Mike buat muka pada Jet yang ada di dalam skrin komputer ribanya, "Kau tak payah nak menganjing aku, gila!"
Jet ketawa, "Antara kita berempat, kau dengan Apek yang selalu tak ambik kisah pasal relationship. Apek langsunglah. Tengok perempuan macam tak ada rasa langsung. Kau, kalau awek seksi datang kafe dulu, selalu jugak aku tengok kau kerling dua tiga kali. Tapi cerita kau kali ni macam kelakar bagi aku. Kau jatuh hati dengan siapa ni, Mike?"
Mike jungkit bahu.
"Kau dah ada nombor dia, kan?"
Mike mengangguk.
"Dah tu? Kau tunggu apa lagi? Mulakanlah salam perkenalan."
"Kau ingat aku Adib?"
"Dey! Tak salah pun kalau kau berkenalan dengan dia."
"Memanglah..." Mike garu rambutnya yang terasa serabut, "Tapi..."
"Mike, beranikan diri. Jangan jadi pengecut macam aku."
"Kau bila nak balik sini? Apek ada tanya pasal kau."
Jet senyum senget di skrin, "Kirim salam sayang aku dekat dia dengan Adib."
"Kemain nak berkirim salam sayang bagai!" Mike tarik rambutnya, geram, "Warghhhh, Jet! Nak buat apa ni? Stressnya."
Jet ketawa, "Kau ni... pergilah belajar dengan Adib macam mana nak mengorat perempuan."
"Tak nak aku. Mamat tu karang bagi aku ajaran sesat."
Jet ketawa lagi.
"Jet..."
"Hmm...?"
"Kau dengan Hani... memang ada something special ke?"
"Mike, Hani memang serupa dengan Huda tapi dia bukan Huda."
"Manalah tahu kot angin Itali buat kau berubah hati."
Jet senyum senget. Berubah hati? Dah lama hati aku ni berubah, Mike. Cuma baru sekarang aku sedar...

Mike dan Apek saling berpandangan. Adib pula tersengih, "Ni sepupu aku, Is! Buat sementara waktu, kita ambiklah dia jadi waiter kejap."
"Ni sepupu kau yang mana ni?" Mike jungkit kening. Macam pernah tengok mamat ni tapi kat mana ya?
"Ala, yang waktu kecik dulu kerja nak mengikut je kita berempat nak pergi mana-mana. Takkan dah tak ingat?"
"Iskandar? Anak mak ngah kau?" Apek buntangkan mata.
Lelaki yang dipanggil Is itu isyarat 'peace' dengan tangan kanannya, "Yo!"
"Damn it! Kau dah dewasa, oi!" Apek ketawa sebelum berhigh-five dengan Is.
"Dewasa? Aku tahulah kau tua dari aku, tapi kau punya bahasa..." Is ketawa.
"Kau tak kisah ke jadi waiter ni, Is?"
"Aku tak kisah pun, Mike!"
Adib senyum senget, "Is ni nak jadi cef macam si Sepet ni tapi rezeki dia tak datang lagi nak kerja kat tempat yang dia nak."
"Kau ambik kulinari jugak ke dulu?"
"Lebih kuranglah," Is menjawab sambil tersenyum.
"Macam ginilah, Is. Sementara Jet tak ada ni, kau ambiklah tugas dia dulu. Nanti lepas kami ambik waiter baru atau Jet balik, kau pindah masuk dapur. Aku rasa aku boleh gunakan seorang lagi pembantu cef," Apek jungkit kening.
Is senyum, "On!"
"Dah! Dah!" Mike sengih sebelum menepuk tangan berkali-kali, "Jom mula kerja!"

"Mike..."
"Apa?"
"Kau mesti tak contact budak perempuan tu lagi kan?"
"Apa motif aku pun nak contact dia?" Ujar Mike sebelum meninggalkan Adib di kaunter dan berlalu masuk ke dapur.
Is yang berdiri di depan kaunter angkat kening, "Mike ada crush ke?"
Adib sengih, "Kau budak-budak lagi, jangan campur hal orang tua."
"Ala, setakat dua tahun je pun!" Is ketawa sebelum dia mencapai dulang yang berisi Iced Americano dan Pepsi Lemon dan terus berlalu ke meja pelanggan.
Adib mengetuk jari jemarinya di atas meja kaunter sebelum matanya terpandang telefon pintar Mike yang ada di atas kaunter. Bibirnya mengukir senyum nakal.

"Wei, ada sesiapa nampak phone aku tak?"
Adib pandang Is lalu dia buat isyarat senyap.
"Wei, tak nampak ke?" Mike garu kepalanya. Ah, serabut!
"Tak. Kau letak kat mana tadi?" Is bertanya. 
Adib senyum lalu isyarat bagus ditunjuk kepada Is. Ini baru namanya sepupu!
"Rasa tadi aku letak kat kaunter tu je. Ni tak ada pun. Aduhai..."
"Kejap, biar aku try call!" Adib keluarkan telefon dari poket apron sebelum dia mendail nombor Mike, "Mike, masuk voicemail. Kau off phone ke?"
"Rasanya tak. Alahai... mana pulak phone tu."
Adib beri isyarat mata pada Is. 
Is mengangguk lalu dia berjalan ke kaunter minuman. Pura-pura mencari telefon Mike. Telefon yang ada di dalam poketnya ditarik keluar sebelum diletakkan di sebelah mesin espresso. Dia kemudianya terus berpura-pura mencari sebelum dia tiba-tiba menjerit, "Dah jumpa!"
Mike kalih memandang Is, "Kau jumpa kat mana."
"Ni kat mesin kopi."
Dahi Mike berkerut. Tadi rasanya dia dah cari dah kat situ, "Cuba bukak phone aku tu."
Is menekan-nekan butang tepi telefon pintar itu lalu dia menggeleng, "Aku rasa phone kau ni habis bateri."
Mike mengeluh. Habis bateri? Alahai...! Dia berjalan mendekati Is lalu telefon itu diambil, "Thanks, Is."
"Aku ada bawak charger. Kau nak pinjam ke?" Tanya Adib.
Mike menggeleng, "Tak payahlah. Aku cas lepas balik rumah karang."
Adib sengih lalu mengangguk. Sedang dia tersengih, dia terasa seperti ada yang sedang memerhatikan dia. Saat matanya bertemu dengan mata Apek, sengihannya mati.
"Kau yang ambik phone dia, kan?"
Senyap.
"Kau yang habiskan bateri telefon dia, kan?"
Senyap lagi.
"Kau dajalkan Mike kan?"
"Aku cuma nak tolong dia."
Apek menggelengkan kepala, "Apa-apa jadi nanti, aku tak campur."
"Benda apa yang nak jadi pun? Aku tolong Mike ajelah."
Apek angkat bahu, tanda tak nak ambik tahu.
Adib buat muka. Aku nak tolong Mike aje pun...

Mike menggosok rambutnya yang basah dengan tuala. Rambut panjang yang dibela sejak dua tahun lepas itu hanya akan dipotong bila rambut itu memanjang melebihi tulang belikatnya.
Telefon pintar yang sudah separuh bateri dicas, dibuka. Logo Samsung kelihatan di skrin. Sambil menunggu telefon itu sedia untuk digunakan, dia menyidai tuala yang digunakannya tadi pada penyidai sebelum dia melangkah keluar dari bilik. 
Dia kemudiannya turun ke tingkat bawah sebelum dia masuk ke dapur. Balang plastik berisi makanan kucing dicapai sebelum pintu dapur dibuka.
"Awang! Kiah! Che' Teh! Pak Tam! Abu!" Dia bersuara kuat namun nadanya masih terkawal. Takut terkejut pula jiran-jiran di sebelah rumahnya, "Kuman, Lemak, Pau, Adib!"
"Meoww..." Seekor kucing berwarna oren putih menggeselkan kepalanya pada kaki Mike. 
Mike tersenyum lebar sebelum kucing itu diangkat dan diletakkan di atas ribanya, "Awang! Rindu aku ya?"
"Nyiaoo!" Seekor kucing betina yang berwarna hitam putih dan oren pula datang mendekati Mike. 
"Kiah! Perut kau ni dah nak meletup dah!" Kepala kucing yang dipanggil Kiah itu diusap lembut. Dan kucing itu, apabila diusap-usap, mulalah nak menggeletis.
Kemudian, semakin banyak pulak kucing-kucing mendekati dia yang sudah bersila di pintu dapur. Mike kemudian mengangkat Awang turun dari ribanya sebelum bekas makanan kucing dibuka penutupnya dan makanan mereka di letakkan di dalam bekas-bekas yang sudah tersedia, "Mai makan semua!"
"Balik kerja, belek kucing. Balik kerja, belek kucing!" Suara di belakangnya buat dia kalih ke belakang. Kakaknya, Zalia sedang berpeluk tubuh memandang dirinya.
"Suka hati akulah, kak oiii! Aku bukan ada anak nak dikelek-kelek macam kau!" Mike sengih.
"Abang, company husband aku nak cari engineer baru. Tak nak try ke?"
Mike menggeleng, "No, thanks kak! Aku dah lama tinggal ilmu kejuruteraan ni. Kalau kau suruh aku buat kopi, insyaAllah aku pandai."
Zalia ketawa, "Aku tanya je. Aku tau kau tak nak."
Mike sengih sebelum dia mengangkat anak kucing berwarna kelabu lalu dikucup anak kucing itu bertalu-talu, "Good night, Abu!"
"Kahwinlah, bang! Aku rasa kau macam dah parah je. Orang umur macam kau ni selalunya cium anak, ni kucing tulah kau cium-cium."
Mike buat muka apabila mendengar kata-kata wanita yang tua dua tahun darinya itu, "Apa barang kahwin awal?"
Zalia menggeleng, "Aku nak naik dah. Jangan lupa kunci pintu tu."
"Yelah, kak!" Mike mencangkung melihat kucing-kucingnya sedang menjamu selera. Dia kemudiannya berdiri sebelum pintu dapur ditutup dan dikunci. Dia kemudiannya pergi ke sinki dan tangannya dibasuh dengan sabun pencuci tangan sebelum dibilas.
Selepas itu, dia mendekati peti ais dan pintu peti ais dibuka sebelum dia mencapai sebotol air mineral yang sudah tersedia di dalam peti ais itu. Pintu peti ais ditolak perlahan dengan kakinya. Kemudian, dia menutup lampu dapur dan terus berlalu naik ke tingkat atas.
Sebaik saja dia masuk ke dalam biliknya, dia menutup pintu bilik dan dia terus mendekati tempat telefonnya sedang dicas. Telefon itu dibuka skrinnya. Terpampang notifikasi Whatsapp dari tiga conversation berbeza yang diterima di atas skrin telefon tersebut. Aplikasi itu dibuka dan wajahnya berubah melihat satu nama di atas skrin. Pesanan itu dibuka dan wajahnya berubah menjadi semakin kelam.
+Assalamualaikum. Sarah, kan? πŸ˜Š
-Waalaikumussalam. Ni siapa ya? 😟😟
Mike mengerutkan dahinya lalu nafasnya dihela panjang, "Adib!!!"
Pada masa yang sama...
Adib yang tertidur di ruang tamu rumahnya terus terjaga dengan mata yang terbeliak! "UMI!!!!"
Adib raup wajah yang terasa basah dengan peluh. Bapak ngeri gila mimpi dia tadi! Meremang bulu romanya bila bayangan mimpinya dikejar sekumpulan kucing berlegar-legar di mindanya. Errr... seram!

Sarah mencapai kerepek pisang yang ada di dalam balang sebelum kerepek itu masukkan ke dalam mulutnya. Tangan kirinya pula asyik membelai kucing mamanya yang diberi nama Ali. Dia sebenarnya taklah suka sangat pada kucing tapi selepas mama membela si Ali. Rasa sayang pada kucing tiba-tiba saja muncul.
"Ali, kenapa kau kuat tidur hah, kucing gemuk?" Peha gebu Ali ditepuk-tepuk, geram.
Ali yang sedang bersandar badan pada peha Sarah buat tidak tahu.
Sarah ketawa sendiri. Dia kemudiannya mengambil telefon pintar yang ada di atas meja kopi. Aplikasi Whatsapp dibuka. Mesej yang dia terima tadi dibuka semula. Dia mengerutkan dahinya. Dah blue tick tapi dia tak balas. Profile picture si penghantar mesej dibuka. Gambar empat orang lelaki memakai apron, berdiri sambil memeluk tubuh masing-masing.
"Dia tak reply lagi?" Sarah berpaling pada orang yang baru duduk di sebelahnya, Mira.
"Tak!" Sarah menggeleng.
Mira sengih, "Kau mesti cuak kan, dapat mesej dia tadi?" 
"Gila tak cuak? Tiba-tiba hantar mesej bagi salam, sebut nama aku pulak tu. Dahlah aku tak kenal siapa."
"Tak cuba call?"
"Tak nak aku. Bukan aku yang cari dia. Dia yang cari aku."
"Nak kata salah nombor, macam tak mungkin sebab dia sebut nama kau dalam mesej dia tu."
Sarah mengangguk.
"Eh, parents kau berapa lama pergi Singapore?"
"Empat hari. Kau boleh teman aku sampai Rabu ni, kan?"
Mira mengangguk, "Yup. Tak ada masalah."
Sarah tersenyum, "Thanks, Mira."
"Hei, aku kawan kau! Tak payah nak berkira sangat." Mira menolak bahu Sarah sebelum telefon di tangan Sarah dikerling, "Eh, I know them!"
"Siapa?"
"Tu, mamat-mamat dalam phone kau tu!"
Kening Sarah terangkat, "Kau kenal mana? Kawan kau ke?"
"Taklah! Ni kan owner kafe yang kita pergi Sabtu lepas."
"Mira!" Sarah terjerit kuat, "Salah seorang daripada dia orang ni yang mesej aku hari ni!"
Mata Mira terbuntang, "Alamak, Sarah! Baru aku ingat!"
"Apa?" Sarah menjeling Mira tajam.
"Mamat yang tengah sengih lebar tu. Yang paling kiri tu. Dia... ada mintak nombor kau dari aku."
"What?!" Sarah dah berdiri! Ali yang terkejut mendengar suara Sarah terus terjaga dari tidurnya.
Mira garu kepala, "Sorry! Aku tak tahu macam mana dia boleh pujuk aku untuk bagi nombor kau dekat dia. Sorry, Sarah!"
Sarah terduduk semula. Wajahnya menjadi kelat! "Huwaa! Mira...!"
"Sorry tapi aku rasa dia cuma nak berkawan aje kot. Apa salahnya, Sarah! Kau single. Dia.. er... single kot. Plus, dia sangatlah good looking."
Sarah buat muka, "Mira, kau tau kan aku tak suka nombor aku diedar-edarkan macam gitu je."
"Tau! Tapi serius, dia sangat pandai cakap. Kau takkan boleh kata tidak pada dia."
"Siapa nama dia ni?" Tanya Sarah sambil merenung gambar profile lelaki yang menghantar mesej kepadanya itu.
"Aa... Adib kalau tak salah aku."
Sarah hela nafas. Matanya dialihkan daripada wajah Adib pada wajah lelaki yang berdiri di sebelah Adib. Macam gengster!
"Sarah..."
"Hmm...?"
"Kalau kau tak nak kawan dengan dia, kau cakap direct je pada dia."
Sarah mengangguk sebelum dia menghela nafasnya sekali lagi. Tiba-tiba telefon di tangannya bergetar, tanda ada mesej masuk. Matanya terbuntang luas apabila melihat nombor yang naik di atas skrinnya.
"Mira!"
"Ya?"
"Dia dah reply!" Sarah rasa tangannya berpeluh. 
Mira tersengih, "Apa yang dia hantar?"
Telefon pintarnya diberi kepada Mira sebelum wajahnya diraup.
+Boleh kita berkenalan? Kalau awak nak berkenalan dengan saya, baru saya beritahu awak siapa saya sebenarnya πŸ˜πŸ˜πŸ˜

"Adib!"
Adib menyorok di belakang Apek bila dia nampak Mike masuk ke dalam kafe dengan wajah garang, "Sabar, Mike! Sabar..."
"Kau ni kan..." Mike hela nafas sebelum dia tarik kerusi dan punggungnya dilabuhkan di atas kerusi itu, "Aduh, kalau kau bukan kawan aku memang aku terajang kau sampai pengsan!"
Adib garu kepala sebelum dia mendekati Mike, "Wei, kau marah aku ke?"
"Kalau aku marah kau pun, benda dah jadi..." keluh Mike.
"Dude, look! Aku boleh bagitahu dia yang aku hantar mesej tu kat dia. Aku akan clearkan nama kau. Okey?"
"Tak payah. Aku dah bagitahu dia perkara sebenar," ujar Mike sebelum dia berdiri dan berlalu ke bilik rehat.
Apek yang sedang menyusun meja, mengangkat kening pada Adib, "Aku tak nak campur."
"Aku tak suruh kau campur pun." Adib tarik muka, "Tapi kan wei..."
"Apa?"
"Aku rasa macam peliklah. Aku expect Mike datang nak serang aku terus tapi dia macam relaks je. Macam tak marah."
"Habis tu? Kau nak dia pukul kau sampai berdarah hidung?"
"Bukanlah macam tu. At least bebellah apa-apa. Ini tak, senyap aje..."
"Kau nak aku marah kau ke?" Suara Mike buat Adib laju mencapai kain lap meja yang ditinggalkan di atas meja.
Apek tersengih lalu dia mengangkat isyarat bagus pada Mike. 
Mike pula tahan ketawa yang nak meletus lalu dia mengerling Adib yang tekun mengelap meja. Sepatutnya aku yang minta maaf dekat kau Adib sebab aku TERguna nama kau untuk berkenalan dengan Sarah. Sorry, dude!

Mike menghela nafas bila Apek sedang merenung dia tidak lepas, "Kau kenapa?"
"Kau tu kenapa? Kau nampak lost, Mike. Kau ada masalah ke?"
Mike menggeleng, "Tak adalah. Aku okey je."
"Dude, aku tau kau tak okey. Adib cakap, hari ni kau macam hilang fokus bila buat kopi. Kau kenapa?"
Mike hela nafas, "Aku sebenarnyaa... arghh!"
"Kenapa?" Apek bertanya, tenang.
"Janji kau takkan bagitahu Adib?" Mike bertanya, meminta kepastian. Kala itu, hanya ada dia dan Apek saja di dalam kafe. Adib dan Is awal-awal lagi sudah pulang.
"Ada kaitan dengan Adib? Kenapa? Kau sailang awek Adib ke?"
"Bukanlah, gila!"
Apek sengih, "Dah tu?"
"Remember awek sneakers merah?"
"Ya. What about her?"
"Okey, aku rasa kau tahu kan yang Adib mesej budak perempuan tu pakai telefon aku?" Mike bertanya. Melihatkan Apek mengangguk, dia meneruskan ceritanya, "Well, lepas Sarah reply mesej Adib, aku mesej dia semula. Aku ajak dia berkenalan."
Wajah Apek berubah sedikit. Matanya yang sepet menjadi semakin sepet.
Mike laju buat muka, "Nak gelak, gelaklah!"
Apek terus ketawa sebaik saja Mike memberi kebenaran! "DUDE, IT'S FUNNY!”
"Kau nak dengar cerita ke tidak?"
"Okey... teruskan. Teruskan!"
"Then dia balas, saya dah tau awak siapa. Awak Adib. Owner Gulp! Kafe."
Apek kerutkan dahi, "Adib? Kenapa dia kata kau Adib?"
"Sebab Adib yang minta nombor dia dari kawan dia."
"Lepas tu?"
"Aku..." Mike hela nafas, "Aku mengaku aku Adib."
Wajah Apek berubah, "Kenapa? Terus-terang jelah pasal benda betul. Kau siapa, kau nama apa. Kenapa nak pakai nama Adib?"
"Aku tak tahu! Aku rasa, better aku jadi Adib dari jadi diri aku."
"Tapi kenapa?"
"Aku tak ada keyakinan dengan diri aku. You see, dari zaman kita sekolah, Adib tu sangatlah famous. Masuk universiti pun sama. Good looking, hot, pandai. Aku? Good looking? Tak. Hot? Lagilah tak. Pandai? Lebih kurang sama je dengan Adib."
"Mike!"
"Antara kita berempat pun, orang tak pandang aku pun. Jet, sekali senyum. Lekat Iman dengan dia. Adib, apatah lagi. Tak payah senyum, setakat renung pun orang dah cair. Kau? Hmm... sepet tu daya tarikan kau. Aku, tak ada. Mata pun tak sepet."
"Bangang! Sempat lagi tu!" Apek ketawa, "Sejak bila kau jadi kurang keyakinan diri ni, Mike?"
"Sejak aku jatuh suka dekat Sarah ni." Mike ketawa.
"Kalau kau betul suka dia, kau patut bagi dia sukakan diri kau. Bukan sukakan Adib!" 
"Kalau aku jadi diri aku, kau rasa dia akan suka aku? Apek, aku bukan macam Adib yang manis berkata-kata, lembut tutur bicara, pandai buat lawak bagi orang ketawa. Aku ni tak reti bergaul dengan perempuan macam Adib. Mulut aku pun kadang-kadang tak ada tapis. Sekali tengok, macam gangster. Dua kali tengok, macam penyangak. Kau rasa dia akan suka ke lelaki macam aku?"
"Low gila self-esteem kau."
Mike senyum tawar, "Aku tau. Jet pun cakap benda yang sama."
"Jet cakap apa lagi?"
"Semua benda yang kau cakap, dia cakap juga pada aku."
"Kau nak menyamar jadi Adib sampai bila?"
Mike angkat bahu, "Entah! Sampai rahsia ni terbongkar sendiri."
"Mike, kau sedar tak kau nak cipta persahabatan dengan sebuah penipuan."
"Sedar tapi... aku betul nak kenal dengan dia."
Apek mengeluh, "Terpulanglah kau nak buat macam mana tapi aku pesan siap-siap, kalau rahsia kau ni terbongkar, aku takkan dapat tolong kau."
Mike mengangguk, sedar, "Aku tau, Apek. Aku tau."
Apek menghela nafas sebelum dia menggeleng. Jet macam gitu. Mike macam gini. Aduhai...

Sarah tersenyum apabila mesej dari 'Adib' masuk. Entah macam mana, dia boleh pula bersetuju nak berkawan dengan 'Adib' padahal sebelum ini dia yang tak mahu.
"Sarah!"
Sarah angkat kepala dari memandang telefon, "Ya?"
"Kau nak pergi ke tak ni? Tak siap pun lagi."
"Kat mana pulak dia orang buat program ni?"
"Kat Jalan Perdana Indah. Cepatlah siap, Sarah!" Gesa Mira bila dia lihat Sarah masih bermalas-malasan di atas katil.
Sarah bangun dengan rasa malas yang menggunung. Dia memuncungkan mulutnya apabila dengar Mira masih membebelkan dirinya sebelum dia menolak Mira keluar dari biliknya, "Kau keluar dulu. Bagi aku sepuluh minit."
Kemudian Sarah cepat-cepat menutup pintu biliknya sebelum sempat Mira membalas kata-katanya.
Sepuluh minit kemudian,
"Dah! Jom!" Sarah ukir sengih.
Mira menggeleng, "Kau ni dulu memang cita-cita nak join black metal ke, Sarah? Dari tudung sampai ke stokin warna hitam. Cuba tukar warna lain sama."
"Ah, diam!" Sarah jungkit kening. Beg sandang berwarna merah digalas dengan sebelah bahu,
"Jomlah."
"Tak warna hitam, warna merah."
"Diam, Mira! Cepat!" Laju Sarah tarik tangan Mira yang mula nak keluarkan bunga-bunga membebel.

Mike mengikat rambutnya kemas sambil dia mendengar penerangan dari ketua program. Sesekali dia mengangguk tanda memahami apa yang diterangkan oleh ketua program.
"Okey, semua faham kan? Ingat, pukul empat nanti kita berkumpul semula di sini."
Semua orang di situ mengangguk termasuk Mike.
"Mikey!" Si ketua program mendekati Mike.
"Heya, mate!" Mereka berhigh-five.
"Lama kau tak join program."
"Sibuklah, Faiz. Macam kau tak tahu kafe aku macam mana."
"Aku tahu!" Faiz mengangguk, "Apa pun, it's nice seeing you here!"
"Sure, dude!"
Di kawasan yang sama,
"Sarah!"
"Apa?" Sarah yang sedang tunduk mengikat tali sneakers bertanya.
"Tu, macam kawan Adib je."
Sarah terus panggung muka, "Mana?"
"Tu, yang tengah cakap dengan Faiz tu!"
Sarah berdiri lalu dia memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Mira. Dia mengangguk. Dia kenal mamat tu. Mamat gangster. Rambut panjang, selalu tocang satu. Air mukanya garang sentiasa, "Adib tu tak ada pulak."
"Aiceh, cari Adib nampak?"
"Mana. Aku cakap je." 
Mira ketawa sebelum dia menegur orang yang berada di sebelahnya. Sarah pula terus merenung kawan Adib yang dia gelar sebagai mamat gangster itu.
Saat lelaki itu ketawa, Sarah tiba-tiba rasa seperti dia kenal lelaki itu. Dia rasa dia pernah jumpa lelaki itu sebelum ini. Pertemuan mereka di Gulp! Kafe bukanlah pertemuan mereka yang pertama. Dia dapat rasakan mereka berdua pernah bertemu sebelum ini tapi dia tak ingat di mana!

Mike tunduk pada seorang wanita yang sedang bersandar pada pintu bangunan bersama dua orang anaknya. Rambut anak wanita itu dibelai lembut sebelum dia menghulurkan dua bekas makanan kepada wanita tersebut.
Wanita itu mengesat matanya sedikit sebelum dia mencapai bekas makanan yang dihulurkan Mike, "Terima kasih."
Mike mengangguk perlahan, "Sama-sama."
Sarah yang sedang memberi bekas makanan kepada gelandangan yang lain sempat memandang lelaki yang bertocang satu itu.
"Sarah, pandang apa?"
Sarah pantas menggeleng lalu tangan wanita separuh abad yang sedang duduk ditepi longkang itu digenggam erat, "Nanti saya datang lagi, ya?"
"Terima kasih, nak..."
Sarah membuka jaket yang dipakainya namun baru saja dia mahu meletakkan jaket itu di atas badan wanita itu, ada seseorang yang meletakkan sehelai selimut di atas bahu wanita itu.
Sarah berpaling ke tepi. Wajahnya berubah sedikit. Eh!
Mike yang sedar dirinya diperhatikan, memandang ke sisinya. Wajahnya turut sama berubah! Sneakers merah!
Mira yang memerhati terus mengukir senyum, "Hai! You kawan Adib kan?"
Mike mengangguk walaupun dia sedikit teragak-agak, "Aaaa... ya."
"Saya, Mira!" Mira mengukir senyum, "Yang ini, Sarah."
"Salam perkenalan!" Mike senyum serba-salah sebelum dia tersedar sesuatu. Mangai, skema gila salam perkenalan! "By the way, saya Mike. I mean, nama saya Mikail tapi you guys can call me Mike."
Sarah tersenyum sikit. Nampak macam gangster tapi kalut semacam! Comel je.
"Guys, gerak!" Suara si ketua program mengejutkan mereka bertiga.
Mike senyum, "That's our call! Jom gerak!"
Mira dan Sarah sama mengangguk. Sempat mereka berpamitan dengan wanita separuh abad yang sudah mula menjamah makanan yang diberikan kepadanya tadi.

"Kami baru lagi join program ni. Dulu pernah join waktu kat universiti. Ni sekarang masing-masing dah habis belajar, tu saja-saja join. Lagipun kami tak kerja lagi, bolehlah nak join program macam ni."
Mike mengangguk mendengar kata-kata Mira, "Belajar dulu ambik course apa?"
"Saya ambik business," jawab Sarah sebelum menyedut air kotak perisa epal yang ada di tangannya.
Mike kerling Sarah yang masih lagi senyap tanpa suara, "Er... Sarah?"
Sarah pandang Mike lalu dia senyum nipis, "Akaun."
"Awak dah lama join program ni, Mike?"
"Bolehlah! Waktu dekat universiti dulu saya memang selalu join program macam ni. Tapi lepas bukak kafe dengan member-member saya, jarang join tapi kalau ada kelapangan, saya akan join."
Sarah dan Mira mengangguk kemudian Mira terus bertanyakan pelbagai soalan pada Mike. Sarah pula hanya mendengar. Sesekali dia memandang Mike. Kat mana kami pernah jumpa ya?
"Nyiaoo..."
Mata Mike terus terarah pada seekor kucing yang sedang menggeselkan badannya pada kakinya. Bibirnya terus mengukir senyum lebar. Kucing terus diangkat, "Hai, sayang!"
Sarah pandang Mike. Muka serius macam gangster, kelam-kabut sikit, ramah, suka senyum dan... penyayang!
Mike mengacah-acah kucing di tangannya itu, "Kurus sangat awak ni. Nak ikut abang balik rumah?"
"Awak bela kucing?" Tanya Sarah sambil menongkat dagu memandang Mike.
"Hmm, setakat ni ada sepuluh ekor kot. Kalau termasuk yang ini, mungkin jadi sebelas. Atau lebih." Jawab Mike dengan senyuman yang memekar di bibirnya. 
Sarah tersenyum. Mata dia bercahaya! Mesti dia sangat, sangat, sangat, sukakan kucing.
"Awak suka kucing?" Mike kalih memandang Sarah sebelum dia kembali memandang kucing yang dia letakkan di atas ribanya. Not good! Not good! Senyuman dia... Ya Allah!
"Suka!" Sarah memanjangkan tangannya, membelai kucing di riba Mike, "Tapi dulu saya neutral, nak kata suka pun tak, nak kata tak suka pun tak. Sejak mama saya bela, baru rasa suka tu datang."
Mike tersenyum di luar sedar lalu dia mengangguk.
"Mike, kau jumpa stray cat lagi, huh?!" Faiz yang baru tiba ukir senyum.
"Macam kau tak tahu. By the way Faiz, aku nak kena gerak dulu ni! Aku tak dapat tunggu dah," Mike berdiri.
"Eh, dah nak balik ke?" Tanya Mira sebelum berdiri bersama-sama Sarah.
Mike mengangguk, "Tak boleh stay lama. Nice meeting you girls. Kau pun, Faiz! Nanti datanglah lepak kat kafe. Awak berdua jugak!"
Sarah dan Mira mengangguk. Faiz pula menepuk bahu Mike. Mike ukir senyum sebelum berlalu pergi dengan kucing di tangannya.
"Faiz, dah lama ke kenal dia tu?" Tanya Mira.
Faiz angkat bahu, "Sejak dari universiti lagi. Dia tu, nampak aje garang tapi pemalu. Sekali dia senyum, nampaklah muka dia tu macam mesra sikit."
"Dia sayang kucing sangat-sangat, eh?" Tanya Sarah.
Faiz mengangguk. "Sangat. Kat mana ada kucing, kat situ ada dia dan kat mana ada dia, kat situ ada kucing. Rajin pulak tu bagi makan kucing-kucing kat universiti kami dulu."
Sarah mengangguk lalu dia memandang Mira, "Kau tak nak try si Mike tu?"
"Tak naklah! Tapi kalau kau offer Adib dekat aku, aku terima je."
Sarah tarik muka, "Kalau kau nak mamat tu, ambiklah. Aku tak heran pun!"
Mira terus ketawa, kuat!

"Kau apahal sengih-sengih aje ni, gila?" Adib menumbuk bahu Mike yang sedang tersengih. Buat kopi sengih, buat mojito sengih, "Kau tengah bercinta ke Mike?"
"Sengih pun salah ke?"
"Tak adalah. Kau sedang tersengih lebar, Mike! Rare kot."
Mike buat muka pada Adib sebelum dia memandang Is, "Is, aku senyum pelik ke?"
Is jungkit kening sebelum dia mengambil dulang yang ada di depannya, "Nope! Aku rasa kau better senyum macam tu. Nampak mesra sikit!"
Mike pandang Adib lalu keningnya dijungkit-jungkit, "See..."
Adib tarik muka, "Whatever, dude!"
Mike ketawa. Dah kalahlah tu.
Pintu kafe ditolak dari luar. Adib panggung kepala. Bibirnya tiba-tiba mengukir senyum lebar, "Mike!"
"Apa?"
"Sneakers merah!"
Mike laju mengangkat muka. Damn! 
Mira yang nampak Mike mengangkat muka terus mengangkat tangan. Sempat dia menyiku Sarah di tepinya, "Sarah, Adib duduk sebelah Mike tu!"
Sarah mengerling Adib yang sedang tersenyum lebar. Sempat dia memandang Mike juga. Mamat gangster! Dia mengukir senyum segaris sebelum menarik tangan Mira untuk duduk di meja, "Jom!"
Adib pandang Mike lalu keningnya dijungkit-jungkit, "Uuu... dia senyum dekat kau!"
"Are you sure? Aku rasa dia senyum dekat kau," ujar Mike sebelum dia mencapai buku menu, "Dahlah! Aku pergi ambik order dia orang."
"Eh, tak apa!" Adib tarik buku menu di tangan Mike, "Biar aku ambik order dia orang."
"No!" Mike tarik semula buku menu, "Biar aku ambik order."
"Eh, tak apa. Biar aku je ambik. Lagipun, aku nak try kawan Sarah tu."
Muka Mike berubah. Nak try Mira? Jangan buat gila Adib! Kau tengah 'berkawan' dengan Sarah sekarang, "Tak payahlah. Kau try orang lainlah."
"La... kenapanya? Apa salahnya aku try kawan dia?" Adib memuncungkan mulutnya.
"Sajalah. Tak payah trylah dia tu." Jawab Mike sebelum buku menu ditarik semula dari tangan Adib,
"Biar aku ambik order!"
Baru Adib nak menarik semula buku menu di tangan Mike, ada satu tangan lagi yang mencapai buku menu tersebut, "Biar aku ambik order, korang dua orang stay sini. Buat kopi, ya?"
Mike dan Adib sama-sama terdiam. Is pula ukir senyum senget sebelum berlalu ke meja Sarah dan Mira.
Adib jeling Mike, "Ni semua salah kau!"
Mike buat tak tahu. Salahkanlah aku, Adib. Asalkan kau tak pergi meja Sarah tu!

"Korang dua ni tengah bergaduh ke apa?"
"Siapa?" Mike bertanya.
"Kau." Apek pandang Mike sekilas sebelum dia memandang Adib, "Adib."
Adib buat muka, "Mike ni haaa... halang aku bercinta."
"Wei, mangkuk! Bila masanya aku halang kau bercinta, syaiton?"
Apek ketawa. Halang bercinta konon.
"Tadi!" Adib memuncungkan mulutnya, "Aku baru nak mengayat kawan si Sarah. Tiba-tiba si gila ni menghalang niat suci aku."
"Kawan Sarah?" Kening Apek terangkat sikit sebelum dia memandang Mike, "Sarah datang kafe?"
Adib mengangguk. Wajahnya masih kelihatan muram.
Apek pandang Adib, "Kau nak ayat kawan Sarah tapi Mike tak bagi?"
Adib angguk lagi.
Apek pandang Mike lalu dia menggumam rendah, "Patutlah..."
"Patutlah apa?" Adib pandang Apek.
Mike pula dah berubah mukanya. Laju dia memberi isyarat mata pada Apek. Jangan cakap, Apek! Jangan cakap!
Apek hela nafas, "Patutlah Mike tak bagi kau ayat kawan Sarah tu. Kau tu kasanova. Nanti kau ayat minah tu, dia suka kau... kau angkat kaki. Kau ingat Sarah tu nak ke dekat Mike lepas kau buat macam gitu."
Adib tiba-tiba ketawa, "Ooo... sebab tu ke? Lain kali cakaplah awal-awal, Mike!"
Mike tersengih saja, "Takkan nak cakap. Faham-faham sendirilah." Dia kemudian memandang Apek. Terima kasih, dude!
Apek menghela nafasnya sekali lagi lalu menggeleng. Kali ini aje!

Sarah menyandar pada sofa sambil menonton drama Buzzer Beat, lakonan Yamapi dan Keiko Kitagawa. Sedang dia menonton, telefon pintar yang ada di atas meja bergetar. 
Telefon itu dicapai lalu skrin telefon pintar itu dibuka. Pesanan Whatsapp dari Adib. Dia mengeluh namun dia tidak mahu digelar sombong. Dia layankan jua.
+Sarah!
-Ya?
+Sibuk ke? 
-Tak sangat. Tengah tengok cerita Jepun.
+Ooo... sorry tadi waktu awak pergi kafe, saya tak tegur awak. Saya segan nak tegur.
Dahi Sarah berkerut. Segan? Pelik! Tadi rasanya kat kafe, ramah aje dia tegur semua pelanggan dia. Mira kata waktu nak bayar makanan mereka, ramah aje si Adib menegur.
-It's okay.
+Sarah, Mike kata awak suka kucing.
Mata Sarah bercahaya apabila ternampak nama Mike di dalam mesej Adib.
-Bolehlah. Awak suka kucing?
+Tak berapa tapi Mike suka.
-Bercakap pasal Mike tu... dia ada split personality ke?
-Tadi saya senyum dekat dia, dia tak senyum balik pun.
+Mike? Awak senyum dekat Mike ke? Saya ingat awak senyum dengan saya *insert sad face*
Sarah senyum senget. Senyum dekat awak? Ampunlah...
-Sebab saya pernah sembang dengan dia. Dengan awak tak pernah lagi.
+Bila awak pernah bersembang dengan dia?
-Oh, saya terjumpa dia waktu sertai program sukarelawan.
+Ooo... Mike memang suka sertai program-program macam gitu. Mike tu okey sebenarnya, cuma dia pemalu sikit. Dia tak ada split personality pun. Kalau awak nak rapat lagi dengan dia, awak tegurlah dia, bersembanglah dengan dia. Lama-lama nanti dia okeylah.
-Kenapa saya rasa macam awak tengah promote Mike dekat saya? *insert smirk*
+Hahaha! Taklah. Saya bagitahu je. 
+Okeylah, Sarah! Saya nak tidur dulu. Selamat malam!
-Selamat malam, Adib!
Sarah hela nafas lalu telefon itu diletakkan di atas meja kopi.
Pada masa yang sama, di sebuah rumah lain...
Mike tersenyum sendiri dalam baringnya sebelum kucing berwarna putih diambil lalu diletakkan di atas dadanya, "Adib, aku mintak maaf sebab aku guna nama kau! Kau tak marah kan?"
"Meow!" Kucing putih itu menyahut.
"Adib, dia senyum kat aku tadi rupanya! Aku ingat dia senyum dekat kau."
"Meowww..." kucing itu menyahut lagi.
Mike ketawa, "Kau cakap aku gila, Adib?" Kucing itu dibelai lalu dia menghela nafas, "Aku pun rasa aku dah gila..."

Mike membetulkan ikatan rambutnya sambil bersiul rendah. Adib memerhatikan Mike sebelum dia memandang Apek, "Kau sedar tak dia macam glowing dua tiga hari ni?"
"Glowing?" Apek buat muka kelam tak faham.
"Berseri-serilah, gila! Glowing!" Adib menuturkan geram.
Apek ketawa, "Cakaplah berseri-seri. Aku dok bayang muka Mike bercahaya tadi."
Adib tepuk dahi! Ei, Sepet ni... "Apa-apa ajelah tapi memang dia nampak berseri-seri kan? Nampak ceria aje."
"Ala, adalah benda yang dia happykan tu!" Ujar Apek sebelum memandang Mike. Hailah, yang sini kawan, yang situ kawan... kalau Jet ada, kan senang?
"Mike! Kau kenapa happy sangat ni?"
"Mana... biasa je!" Mike sengih, "Eh, by the way... Jet kirim salam."
Adib dan Apek sama-sama menjawab salam Jet dalam hati. Adib kemudiannya memandang Mike, "Sihat ke dia kat sana?"
"Sihat kot. Dia cakap dia rindu kafe."
Apek senyum sinis, "Kalau rindu, suruh dia balik."
"Entahnya! Suruh dia balik kalau nak sembang rindu-rindu."
"Dia kata dia akan balik kalau..."
"Kalau...?"
"Kalau salah seorang daripada kita ni kahwin."
Apek laju membalas, "Memang bukan akulah."
Adib angkat tangan, "Aku pun tak. Aku tak enjoy lagi jadi bujang."
Mike laju menggeleng, "Aku tak ada calon lagi."
"Sarah?!"
"Jangan merepek, Adib."
Kemudian, mereka bertiga senyap sebelum memandang Is yang sedang menyisip kopi dari cawannya.
Is panggung kepala lalu dia menggeleng, "Aku bukan geng korang."
Mike ketawa mendengar kata-kata Is. Jet, kau simpanlah dulu hasrat kau nak tengok kami kahwin. Sekor-sekor tak nak kahwin lagi ni!
Apek menghela nafas sebelum menggeleng kepala sambil tersenyum.
Adib pula tersengih, "Patutnya Jet yang kena kahwin dulu." 
"Agak-agak..." Apek memusingkan gelasnya sebelum memandang Mike, "Jet dah move on belum dari Huda?"
Mike senyum lalu mengangkat bahu. Mungkin dah, mungkin belum... siapakan tahu?

Mike memandang Puan Asmah sebelum dia memandang Aimy yang duduk di dalam troli. Bibirnya mengukir senyum nakal. Sementara mak tak tengok ni...!
Aimy menjerit marah bila sebelah tocangnya ditarik oleh Mike, "Grandma! Tengok pak ngah ni!"
"Bukan grandma la! Nenek!" Mike mengejek anak saudaranya itu.
"Suka hati Aimylah nak panggil grandma apa, she's my grandmother!" Aimy menjelirkan lidahnya pada Mike.
Mike buat muka, "But she is my mother!"
"Mikail! Dengan budak kecik pun jadi ke?" Mike rasa bahunya dipukul kuat.
"Mak ni, lemakkan sangat budak ni!" Mike menarik satu lagi tocang Aimy.
"Grandma! Tengok pak ngah!"
"Mikail!" Puan Asmah menepuk bahu Mike sekali lagi.
"Mak ni, dapat cucu... anak dilupakan"
"Alah, kalau abang tu... dapat kucing, mak dilupakan."
"Mana..."
Puan Asmah ketawa, "Cakap pasal kucing. Pasir anak-anak awak tu dah habis. Tak nak beli ke?"
Mike mengangguk, "Abang pergi ambik kejap. Wei, budak... nak ikut pak ngah ke nenek?"
"Tak nak ikut pak ngah. Pak ngah jahat."
"Macam awak tu baik sangat!" Mike buat muka sebelum rambut tocang Aimy ditarik lagi sekali.
"Pak ngah!"
Mike pula hanya ketawa sebelum berlalu dari lorong makanan ringan itu.

Sarah memandang kafe yang kosong tidak berorang. Sunyi. 
"Hai! Nak order apa?" Adib yang menegur tiba-tiba, mengejutkan Sarah.
"Eh!" Hampir melatah Sarah bila ditegur Adib! "Hai, Adib!"
Adib kerutkan dahi. Sarah kenal aku? Dia kembali tersenyum, "So, you nak order apa?"
Giliran Sarah pula mengerutkan dahinya. You? "Caramel macchiato."
"Makan?"
"Erm, mushroom soup dengan garlic bread aje dulu. Hari ni tak ramai orang eh, kafe?"
"Weekdays memang tak ramai orang kalau siang." Jawab Adib, "You datang sorang je?"
Sarah tersenyum, "Mira ada interview kerja. Cadangnya nak jumpa kat sini karang. By the way, Mike tak ada hari ni?"
"Dia masuk lambat sikit," Adib ukir senyum lebar, "You berminat dengan Mike ke?"
"Eh! Mana ada. Saya tanya aje. Awak kan suka cerita pasal dia."
Senyuman Adib mati. Aku suka cerita pasal Mike? "I suka cerita pasal Mike dekat siapa?"
"Dekat sayalah!" Sarah mengerutkan dahi. Apa mamat ni?
"Adib, Apek panggil!" Tiba-tiba Is menepuk bahu Adib.
Adib tersentak sedikit sebelum dia ukir senyum pada Sarah, "Excuse me!"
Sarah mengangguk. Kenapa dengan Adib?

Sarah memandang Mira yang sedang meniarap di atas katilnya sambil menonton drama Korea, My Girl kemudian dia duduk di sisi Mira, "Mira..."
"Hmm...?" Mira menekan butang pause dengan wireless mouse sebelum kalih memandang Sarah,
"Kenapa?"
"Aku..." Sarah garu kepala sebelum dia pandang Mira, "Aku rasa aku bukan berkawan dengan Adib sekarang ni."
"Hah? Kau merepek apa ni?"
"Tadi aku pergi kafe tu. Aku bersembang dengan Adib tapi... aku rasa dia lain, tak macam dia dalam Whatsapp."
"Maksud kau?"
"Aku tak tahulah. Tapi aku rasa dia macam lagi budiman dalam Whatsapp dan realitinya di Whatsapp, dia macam nakal."
"Aik, pelik tu."
Sarah angkat bahu, "Hari tu dia cakap dia segan nak tegur aku tapi tadi dia tegur aku relaks je. Tak nampak segan langsung."
"Mungkin dia dah tak segan?"
"Tapi Mira, aku rasa pelik! Aku rasa aku bukan mesej dengan Adib selama ni."
"Ke sebenarnya kau harapkan orang lain yang Whatsapp kau, Sarah?"
"Apa maksud kau?"
"Kau faham maksud aku, Sarah. Kau sebenarnya harapkan orang lain, kan?"
Sarah buat muka, "Merepek!"
"Sarah, kau suka Mike kan?"
"Kau merepek apa ni, Mira?"
"Setiap kali kita pergi kafe tu. Mata kau asyik pandang dia. Dan sejak kita jumpa dia dekat program sukarelawan hari tu, kau tak habis-habis cakap pasal dia. Kau kalau mesej Adib pun, kau akan tanya pasal Mike. Am I right?"
"Mira, kau tengok drama Korea banyak sangat ni."
"Sarah..." Mira mencapai tangan Sarah, "Kau suka Mike atau tak?"
"Aku tak..." Sarah hela nafas, "Aku tak tau."
Mira tersenyum, "Kau antara kawan-kawan kita, kau paling pelik. Bila semua kawan-kawan kita adore Adib, kau sorang je tiba-tiba cakap 'lelaki yang ikat tocang satu tu pun not bad apa'. Sampai sekarang aku ingat lagi. Waktu semua orang pandang Adib, kau seorang pandang dia yang tengah buat kopi."
Sarah tersenyum tawar. Mira sedar rupanya.
"Esok malam ada program lagi. Mungkin dia ada. Heads up, Sarah! Esok kau boleh jumpa dia, kalau diizinkan Tuhan."
Sarah menggelengkan kepala, "Aku rasa... aku nak elakkan diri aku daripada Mike."
"But why?"
"Sarah, aku tengah berkawan dengan Adib. Ya, walaupun kami cuma kawan tapi apa yang dia akan fikir kalau dia dapat tahu aku suka Mike. Complicated, tau."
Mira mengeluh, "Kau suka Adib jugak ke?"
Sarah angkat bahu, "Aku cuma tak nak timbulkan situasi awkward antara aku, Mike dan Adib. Dia orang tu kawan baik, Mira."
Mira garu kepala. Complicated gila!

"Mike, kau tau tak sikit lagi rahsia kau nak terbongkar tadi! Kau nak tipu Sarah sampai bila? Kau nak guna nama Adib sampai bila?" Ujar Apek, geram!
"Apek, kau nak aku berterus-terang macam mana? Mesej Sarah dan cakap, 'Hai, Sarah! Saya bukan Adib, saya Mike. Selama ni saya yang mesej awak, bukannya Adib.' Macam gitu?"
"Sebab itu dari mula lagi kau tak patut tipu dia, gila?!"
Mike raup muka, "Benda bukan mudah, Apek! Dia awal-awal aku mesej dan anggap aku Adib. Waktu tu kau ingat senang ke bagi aku untuk kata, tak saya bukan Adib. Saya Mike, kawan Adib. Dari mula lagi Apek... dia kenal Adib dan bukannya aku."
"Kalau kau berterus-terang dari awal, dia akan tahu kau tu Mike dan bukannya Adib. Kau faham tak? Kau just perlu jadi diri kau, mengaku kau nak berkenalan dengan dia. Tak payah guna nama Adib pun!"
"Kan aku cakap bukan mudah!" Bentak Mike!
"Apa yang bukan mudah? Benda senang aje, Mike! Kau tu yang pengecut!"
"Ya!" Mike berdiri. Wajahnya memerah, "Memang aku pengecut! Tak payah bagitahu aku. Memang aku pengecut. Aku tau. Kau hebat, Apek. Kau tak faham perasaan aku! Aku suka perempuan yang suka kawan baik aku. Kau ingat senang aku nak hadap benda tu? Aku jatuh hati pandang pertama dengan dia. Kali pertama aku suka perempuan, dia suka kawan aku. Kau ingat aku ada keberanian ke nak mengaku perkara sebenar lepas aku tau dia sukakan kawan baik aku yang sepuluh kali ganda better dari aku? Kau ingat senang?"
Apek senyum sinis, "Benda senang, Mike! Kau dengan Jet sama je, suka nak buat benda mudah jadi lebih rumit!"
"Kau selalu rasa kau betul dalam semua benda, Apek. Dalam hal Jet dan Iman, kau salahkan Jet seratus peratus. Kau tak contact Jet langsung lepas dia pergi Itali sebab kau marahkan dia, konon hanya sebab dia tak mampu nak terima hati Iman. Tapi kau tak cuba faham hati Jet macam mana. Jet tu kawan kau. Dah nak dekat tiga puluh tahun kita semua berkawan kenapa kau tak cuba faham hati dia macam mana? Lagi satu, situasi aku dengan Jet tak sama. Kau boleh salahkan aku dalam hal aku dengan Sarah tapi jangan cuba cakap pasal Jet yang kau tak tau cerita di sebaliknya."
Apek terdiam.
"Aku tahu aku salah sebab aku tipu Sarah, aku guna nama Adib tapi letakkan kau dalam situasi aku. Kau rasa kau boleh nak bagitahu perkara sebenar pada Sarah? Letakkan juga diri kau dalam situasi Jet. Jet pergi Itali untuk cuba lupakan Huda, untuk kejar semula cita-cita dia. Kau ingat mudah bagi dia hidup dekat sana sorang-sorang? Yes, dia ada Hani tapi apa yang Hani boleh tolong dia? Kalau kau rasa mudah, kau cubalah jadi kami berdua. Jangan senang-senang nak bercakap semua benda mudah sebab bukan kau yang berjalan dalam kasut aku."
Apek masih lagi terdiam.
"Aku kesiankan Iman jugak, macam kau dan Adib tapi aku pun kesiankan Jet," Mike capai telefon pintarnya, "Tapi kau kena fikir hidup ni bukan semudah yang kau cakap, Apek!"
Baru dia nak melangkah meninggalkan kafe, kakinya jadi kaku melihat Adib yang berdiri di depan pintu kafe.
"Kau guna nama aku untuk berkenalan dengan Sarah?" Tanya Adib dengan nada tertahan.
Apek panggung kepala. Oh, crap! 
Mike mengeluh dan dia akhirnya mengangguk, "Ya."

"Adib!" Apek berdiri, lalu dia memegang Adib yang melangkah perlahan mendekati Mike, "Mike ada reason kenapa dia buat macam tu."
Adib masih senyap. Tangan Apek yang memegang bahunya ditepis.
Mike pula hanya berdiri kaku.
"Kau still boleh lari, Mike." Ujar Adib. Nadanya dingin.
"Kenapa aku nak lari? Aku tau aku salah. Kau boleh pukul aku Adib, kalau kau nak pukul. Aku tak kisah."
Adib laju mencekak kolar baju Mike. Apek pula tepuk dahi, "Dude, kita boleh bincang baik-baik!"
"Diamlah, Sepet!" Arah Adib, garang.
"Kenapa kau guna nama aku, Mike?"
Mike hela nafas, "Sebab dia ingat aku ni kau."
"Kenapa kau tak cakap benda betul? Kenapa kau iakan aje?"
Mike diam. Adib mengeluh lalu cekakan kolar Mike dilepaskan, "Mike... Mike..."
Mike tercengang. Eh?
Apek terpinga-pinga. Aik?
"Kenapa kau selalu rasa aku better dari kau, Mike? Mike, kita ni sama level tau. Kau ada kelebihan kau, aku ada kelebihan aku. Kita sama-sama ada kelebihan sendiri. Aku ni tak hebat mana, Mike. Kau penyayang, walaupun muka macam samseng. Aku ni penyayang jugak tapi aku penyayang dekat awek je. Kau penyayang dekat semua makhluk. Kalau kau rasa kau tak good looking, heck... Apek pun tak good looking. Dahlah mata sepet, lepas tu acah-acah cool," Adib kerling Apek yang dah tarik muka sebelum dia kembali memandang Mike, "Hati kau baik, Mike. Aku tak kata aku jahat tapi kau serius baik. Waktu aku, Apek tengah membuta kat rumah, kau pergi bagi makanan dekat gelandangan. Kau kutip kucing jalanan, kau bela, kau jaga. Aku, nak pegang kucing pun belum tentu mampu. Baru dia datang menggesel sikit, aku dah sepak kucing tu jauh!"
Apek ketawa tiba-tiba. Teringat pulak kes zaman sekolah dulu di mana Adib tertendang seekor kucing apabila kucing itu menggeselkan badannya pada kaki Adib.
Mike senyum senget.
"Lagi satu, kau punya semangat setiakawan tu tinggi. Bila aku, Apek pulaukan Jet... kau tetap sokong dia dan pada masa yang sama, kau tak putus-putus pujuk kami maafkan Jet. Walaupun kami tak pernah tanya pun pasal Jet dekat kau, kau sentiasa update cerita pasal Jet dekat kami sebab tak nak kami lupakan Jet, sebab tak nak kami terus marahkan Jet." Adib senyum, "Antara kita berempat, kau mungkin paling tak kacak tapi hati kau paling baik. Pasal kes kau dengan Sarah. Aku tak marah kau pakai nama aku cuma aku terkejut, kenapa kawan baik aku yang selalu yakin dengan setiap benda yang dia buat tiba-tiba jadi penakut, bila dia mula jatuh hati pada seorang perempuan. Well, I guess cinta tu buat orang berubah."
"Adib, jangan pakai ayat kasanova!"
Mike senyum, "Bila masa aku yakin dengan setiap benda aku buat?"
"Kau tak ingat dulu, mak kau pernah marah dengan kau bila kau buat keputusan tak nak jadi jurutera, sebaliknya kau nak jadi pembancuh kopi? Kau yakin dengan kerjaya sebagai seorang barista padahal terang-terang kerja sebagai jurutera tu lebih lumayan." Adib peluk bahu Mike, "Lagi satu, dulu tak ada seorang pun dalam geng kita percaya yang Gulp! Kafe boleh bertahan selama setahun even Jet, orang pertama yang suarakan hasrat dia nak bukak kafe tapi kau seorang aje yang yakin waktu tu yang kita boleh bertahan lama. Kalau kau tak ada, kalau kau sama tak yakin dengan kafe ni dulu... mesti Gulp! Kafe ni tak bertahan lama."
Mike senyum, "Thanks, Adib."
"Look, kau amazing, dude! Kau cuma perlu jadi diri kau. Berhenti tipu dia."
Mike mengangguk sebelum dia mendekati Apek, tangan kanannya dihulurkan pada Apek, "Apek! Kosong-kosong?"
"Kau ingat ni iklan Astro nak kosong-kosong?" Apek jungkit kening sebelum tangan kanan Mike dicapai dan tubuh Mike dipeluk, "Sorry, dude!"
Adib yang memerhati tiba-tiba memeluk mereka berdua, "Group hug!"
Serentak, Mike dan Apek meleraikan pelukan mereka! Mike senyum senget, "Tak nak aku peluk kau! Kau dahlah kadang-kadang ada gaya macam gay!"
Adib tarik muka, "Bangang!"
Ketawa Mike dan Apek pecah. And the friendship is still going strong!

Sarah memandang sekeliling. Bayang si lelaki itu masih tidak kelihatan. Satu keluhan dia lepaskan.
Mira yang mendengar keluhan Sarah memandang Sarah, "Sarah. Dia tak ada eh?"
Sarah menggeleng, "Dia sibuk kot."
"Kau betul suka dia, kan?"
"Ish!" Sarah menjeling Mira.
Mira ketawa, "Tak salah pun kalau kau suka dia."
"Assalamualaikum! Sorry lambat!" Mira dan Sarah pantas mengalihkan pandangan mereka pada suara yang kedengaran seperti kepenatan.
"Waalaikumussalam! Tak lambat pun! Just in time," Faiz tersenyum pada Mike.
Mike tarik nafas lega, "Alhamdulillah. Aku ingat aku dah lambat."
"Kau hari ni cover Lorong Damai 1, tau? Kumpulan B."
Mike mengangguk. Faiz pula memandang pada ahli kumpulan B, "Pija, Mike group awak hari ni."
Gadis yang dipanggil Pija mengangguk laju. Rakan-rakan Pija kelihatan berbisik sesama mereka sebelum mereka sama-sama ketawa kecil.
Sarah pandang Mira, "Kita kumpulan...?"
"Kumpulan A, Sarah. Kita cover Lorong Damai 2."
"Oh!" Sarah mengangguk sebelum dia mengerling Mike yang sedang berbual dengan Pija, "Dia nampak mesra aje dengan Pija."
"Pija kan ketua kumpulan B, mestilah ada benda yang dia nak briefing. Janganlah cemburu, Sarah."
"Aku bukan cemburu, aku cakap aje..." ujar Sarah sebelum sekali lagi dia mengerling Mike. Kebetulan Mike turut memandangnya dirinya (dialah yang rasa macam Mike pandang dia), dia ukir senyuman pada Mike namun senyumannya mati bila Mike laju melarikan pandangannya ke arah lain.
Sarah kecewa! Kalau tak suka pun, senyum ajelah! Huh!

"Kau tak bagitahu dia lagi?"
Mike geleng lalu dia meletakkan kepalanya di atas kaunter minuman, "Aku tak boleh nak bagitahu dia. Payahlah. Lagipun semalam aku jumpa Pija."
"Pija?" Kening Adib terangkat tinggi, "Pija crush kau zaman tak baligh dulu?"
Mike angguk, "Rupanya sebelum ni dia dah nampak aku tapi tak pernah tegur. Semalam sebab kami satu kumpulan, so dia tegur aku."
"Pija mana ni?" Apek yang baru selesai mengemas barang dapur duduk di sisi Adib.
"Ala, penolong pengawas perpustakaan sekolah kita dulu. Si acah-acah bagus, padahal librarian aje pun..."
"Oh! Sepupu Nida, kan?" Apek petik jari.
Adib tarik muka, "Perlu ke sebut nama dia, gila?"
"Kau tengah frust ke macam mana ni?" Mike angkat kening, "Nida tak kasi feedback lagi, eh?"
"Ah, menyampah! Tu lagi sorang acah-acah hot. Taulah dah jadi pengacara popular."
Apek dan Mike sama-sama ketawa, "Itulah kau. Dulu orang tu nak kat kau, kau berlagak nak mampus!"
"Mana ada aku berlagak, gila! Aku tolak dengan berhemah kot."
Apek ketawa lagi kuat, "Berhemah sangat. Kau reject dia depan mak dia kot."
"Aku dulu tak matang kot."Adib buat muka, "Tapi serius aku suka dia, wei! Lagi dia jual mahal, lagi aku nak beli."
Mike senyum, "Kau rasa sekarang kau dah matang?"
"Matang sikitlah dari kau!" Adib jungkit-jungkit kening.
Mike mencampakkan kain lap meja ke muka Adib. Apek ketawa, "So, bila kau nak bagitahu dia, Mike?"
"Tak tahulah! Semalam dia senyum kat aku, aku terus pandang tempat lain... tak balas pun senyuman dia. Aku rasa macam bersalah nak balas senyuman dia."
Apek ketawa lalu dia menggeleng, "Sebab tu kau kena be a man untuk hilangkan rasa bersalah kau tu."
"Arghh! Kenapalah aku boleh suka kat Sarah tu?!" Mike mengeluh kuat sebelum meletakkan kepalanya pada meja kaunter.
Adib ketawa, "Mike... Mike... aku ingatkan selama ni kau cuma akan sukakan kucing aje! Rupanya kau ada jugak perasaan dekat manusia kan?"
Mike angkat muka, "Kau nak aku letak anak kucing dalam loker kau kat bilik rehat tu?"
Adib terus berhenti ketawa. Err... seram...

"Papa nak Sarah sambung master dekat mana?" Sarah angkat kening.
"Aussie. Kak Nadya ada kat sana."
"Sarah baru cadang nak study dalam Malaysia je."
"Sarah ni pelik, tahu? Orang lain berlumba-lumba nak sambung belajar dekat luar negara, Sarah nak belajar dekat Malaysia je?" Puan Safiah menggelengkan kepala.
"Ada apa dekat luar negara tu? Lagipun Sarah dah dapat tawaran untuk sambung di Universiti Malaya."
"Sarah, papa dengan mama nak yang terbaik untuk Sarah." Encik Said memandang Sarah dengan penuh harapan.
"Sarah tak nak. Sejak tingkatan satu, Sarah duduk jauh dari keluarga. Untuk kali ini, tolong... Sarah nak belajar dalam Malaysia saja. Keputusan Sarah muktamad."
"Sarah..."
Sarah segera bangun, "Sarah dah nak masuk tidur! Assalamualaikum, mama papa. Good night!"
Encik Said menggeleng, "Waalaikumussalam..."
Sarah yang sudah berlalu ke biliknya mengeluh. Tiba-tiba saja mama dan papanya mahu dia menyambung pengajian ke luar negara. 
Sarah segera duduk di birai katil sebelum telefon pintar yang disorokkan dibawah bantal ditarik keluar. Skrin telefon dibuka. Notifikasi dari aplikasi Whatsapp dibuka. Bibirnya tersenyum saat nama Adib tertera di atas skrin.
+Sarah!
-Assalamualaikum...
+Waalaikumussalam. Busy tak?
-Tak. Baru nak tidur. Kenapa ya?
+Esok... awak datang kafe, boleh?
Sarah mengerutkan dahinya dengan permintaan Adib. Dia baru berkira-kira tak nak menjejakkan kaki di kafe itu. Dia masih kecewa dan marah dengan Mike!
-Oh, kenapa ya?
+Ada benda saya nak bagitahu awak. 
-Oh, bagitahu ajelah dekat sini.
-Penting ke?
+Tak boleh. Kena bagitahu awak face to face. Yes, ia sangat penting. URGENT! πŸ˜₯πŸ˜₯
-Pukul berapa awak nak saya pergi kafe itu?
+Terpulang pada awak. Tapi kalau boleh waktu sianglah.
Sarah mengeluh sikit. Hmm... nak pergi ke idok?
-Okey. Saya datang lepas Zohor. Okey?
+Okey! Sekarang, awak pergi tidur. Dah lewat ni.
-Baik, encik! Goodnite, Adib! πŸ˜ͺπŸ˜ͺπŸ˜ͺ
+πŸ˜ͺπŸ˜ͺπŸ˜ͺπŸ˜ͺπŸ˜ͺπŸ˜ͺ
Sarah menyimpan telefonnya di bawah bantalnya sebelum dia memejamkan matanya. Apalah agaknya yang Adib nak beritahu pada dia, ya?

Mike kerling jam di dinding. Sudah pukul 2.30 petang tapi bayang Sarah masih lagi tidak kunjung tiba.
"Relakslah! Karang sampailah dia tu."
Mike hela nafas, "Kalau dia tak datang pun bagus jugak."
"Kenapa?"
"Aku takutlah, gila!"
Adib ketawa, "Berani buat tapi takut nak mengaku!"
"Diam kau!" Mike tarik muka.
Adib ketawa. Sentap...
Bunyi pintu ditolak buat Adib dan Mike memandang ke arah pintu. 
Adib ukir senyum lebar, "Selamat datang!"
Sarah membalas senyuman Adib. Ceria sangat dia hari ni. Kenapa ya?
Adib kalih memandang Mike, "Woi, senyum!"
Mike merenung kosong pada wajah Sarah sebelum dia kalih memandang mesin espresso.
Adib tepuk dahi. Dia buat dah!
Sarah tanpa sedar menarik muka. Sombong! Dia kemudiannya terus mengambil tempat di sebuah meja kosong.
"Mike!"
"Dude, I can't do this!"
"Kau jangan nak lembik boleh?"
Mike mengeluh sebelum dia memandang Sarah. Buku menu dicapai, "Wish me luck, Adib!"
Adib ketawa, "You can do it, Mike!"
Mike mendekati Sarah, "Hi!"
Sarah panggung kepala. Dia mengangguk sambil mengambil buku menu yang dihulurkan Mike.
Mike telan air liur. Mak oi, kakak... garangnya muka! "Seorang je hari ni?"
Sarah mengangguk tanpa mengangkat mukanya. Oh my! Dia tegur aku! "Saya nak Iced Americano dengan kek Red Velvet."
"Okey. Coming right up!" Mike berlalu ke kaunter minuman.
Sarah mengangguk. Tapi dia masih tidak mengangkat mukanya. Saja nak buat sombong!
"Dah cakap?" Adib tongkat dagu memandang Mike.
Mike menggeleng, "Sabarlah dulu! Tak menyempat sangat nak cakap."
Adib ketawa sebelum dia memandang Sarah. Sarah, kalau kau tahu perkara sebenar apa yang akan jadi ya?

Adib dah terlopong. Is yang tengah menghidangkan minuman pada pelanggan terkaku. Apek yang sedang duduk di kaunter minuman terus berdiri.
Mike menyapu wajahnya yang baru saja dilekapkan dengan kek red velvet.
"Kelakar sangat awak dapat tipu saya macam ni, Mike?"
Mike hela nafas, "Sarah, biar saya terangkan dulu sebabnya."
Sarah pantas menggeleng! "Saya tak nak dengar apa-apa lagi! Cukuplah!" Sarah menggenggam kedua-dua belah tangannya. Bagai terngiang-ngiang lagi pengakuan Mike di telinganya tadi. Bagai terbayang-bayang lagi apa yang terjadi tadi.
"Iced Americano dan kek red velvet."
Sarah menganggukkan kepalanya. Baru dia nak tarik piring berisi kek dekat kepadanya, tangannya terkaku bila Mike menarik kerusi yang berhadapan dengannya. Eh?
"Sarah."
Sarah angkat kening pada Mike, "Ya?"
"Adib ajak awak datang kafe hari ni, kan?"
Sarah mengerutkan dahinya sebelum mengangguk, "Mana awak tahu?"
"Adib cakap dia nak beritahu sesuatu pada awak kan?"
Sarah pandang Mike, "Kenapa dengan awak ni?"
Mike hela nafas. Dia berpaling memandang kaunter minuman. Apek dan Adib sama-sama sedang memandang mereka berdua kala itu.
Mike mengeluarkan telefon pintar lalu nombor Sarah didail dari bawah meja.
Sarah tersentak saat telefon pintarnya bergetar dari atas meja. Nama Adib tertera di skrin buat dia mengerutkan dahi. Dia pandang Adib yang ada di kaunter minuman. Adib sedang tersenyum!
"Angkatlah telefon tu."
Sarah menarik ikon hijau di atas skrin telefonnya ke kanan sebelum telefon itu dilekapkan di telinganya, "Hello!"
Mike kemudiannya melekapkan telefon pintarnya di telinganya, "Sarah."
Wajah Sarah berubah. Dia pandang Adib di kaunter. Adib tak pegang telefon. Yang pegang telefon sekarang ni, Mike!
"Selama ni, bukan Adib yang mesej awak. Saya, Muhammad Nur Mikail yang sedang berkawan dengan awak di Whatsapp. Bukan Adib."
Sarah pandang telefon di tangannya. Matanya terasa berair, "Benda apa ni? Game apa ni?"
"Memang Adib yang minta nombor awak dari Mira tapi nombor awak dia bagi kat saya. Sebab... sebab..."
"Sebab apa? Sebab awak dengan Adib nak mainkan saya?!" Sarah berdiri.
"Sarah!" Mike turut sama berdiri, "Bukan sebab itu."
"Jadi kenapa? Sebab saya nampak bodoh dan senang dipermainkan, macam tu?"
"No! Awak dah salah faham. Adib bagi nombor awak pada saya sebab..."
Pap! Kata-kata Mike mati.
"Sarah, saya buat macam ni sebab saya nak berkawan dengan awak!"
Sarah tersentak dari lamunannya sebelum dia menggeleng. Sempat dia ukir senyum sinis, "Maaf! Saya tak nak berkawan dengan penipu!" Sarah tarik beg yang diletakkan di atas kerusi dan terus dia berlalu dari kafe itu.
Mike pula terduduk. Tahniah, Mike! Tahniah!

Sarah ketawa. Ketawa bagai tak mahu berhenti. Bersungguh-sungguh dia ketawa sambil menonton rancangan 2 Broke Girls, sebuah sitkom berbahasa Inggeris.
Mira memandang Sarah. Tadi, Sarah telefon dia, minta dia datang melepak di rumahnya. Tapi bila dia sampai tadi, Sarah tak bercakap sepatah apa pun. Hanya tersenyum dan terus mengajaknya menonton sitkom lakonan Kat Dennings dan Beth Behrs itu.
"Sarah... kau okey tak ni?"
Sarah pandang Mira, "Mira, kau tau tak selama ni aku bukan mesej dengan Adib tapi Mike?"
"Apa maksud kau ni?"
Sarah ketawa, "Aku dah kena main dengan Mike dan Adib. Dia orang mainkan aku."
Wajah Mira berubah. What?
"Bodohkan aku? Sepatutnya aku tak layan mesej dia. Tak sepatutnya aku layan mesej dia orang! Aku rasa super duper stupid sekarang, Mira!" Sarah ketawa. Ketawa sampai meleleh air matanya!
Mira pegang tangan Sarah, "Sarah... jangan macam ni."
"Aku rasa bodoh, Mira! Aku rasa aku ni sangat bodoh!" Air matanya semakin galak keluar dari matanya.
Mira terus memeluk Sarah, "Sarah, menangislah! Menangislah!"
"Aku benci dia, Mira! Dia and his stupid gang! I hate them!"
Mira menepuk belakang Sarah, perlahan. "Aku tau, Sarah.... aku tau..."

Apek dan Adib sama-sama memandang Mike yang senyap sedari kejadian petang tadi. Bila Adib nak menegur, Apek menahan. Bila Apek nak menegur, Adib tak bagi.
"Korang nak apa ni? Dari tadi pandang aku macam tak puas hati."
Adib tersengih, "Tak adalah. Kau diam je..."
"Kau nak aku cakap apa, Adib?"
Adib diam. 
"Kau okey tak ni, Mike?"
Mike senyum tawar, "Apa definisi okey sebenarnya?"
Apek turut mengukir senyum tawar. Aku tak tahu nak tolong kau macam mana, Mike.
Adib hela nafas, "Kau nak buat apa sekarang, Mike?"
"Entah. Tunggu Sarah sejuk dulu kot. Tapi aku rasa dia dah block aku Whatsapp."
"Kau betul suka dia ke, Mike?"
"Aku tak taulah kalau kau pernah rasa ke tak... tapi aku, bila kali pertama nampak Sarah aku rasa oksigen kat bumi ni dah tak ada. Aku rasa macam hilang upaya nak bernafas. Jantung aku berhenti sekejap. Waktu nampak dia, aku nampak dia bercahaya. Orang lain sekitar dia, aku dah tak nampak. Aku cuma nampak dia."
Adib dah jatuh rahang. Apek terpinga-pinga. Ayat Mike...
"Spoken like a true Romeo!"
Mike campak kain lap pada Is. 
Is ketawa, "If you really want to be a romeo, be one. Tapi jadilah romeo yang agresif, bukan pasif."
"Deep, Is! Deep!" Adib tepuk tangan.
Is sengih mendengar pujian Adib, "Mike, kalau kau suka dia, kau kena berani. Cinta tu mengajar kau untuk jadi berani."
"Is, kau ni belajar madah cinta dari mana? Dari kasanova ni ke?" Tanya Apek sebelum menolak kepala Adib.
"Wei, gila! Kepala aku ni berharga tau!"
Is ketawa lagi kuat, "Belajar dari Adib? Dude, aku tak terima ajaran sesat."
"Bangang! Aku bagitahu mak ngah!"
"Kau ingat aku heran?" Is jungkit kening. Dasar kaki mengadu!
Mike ketawa akhirnya. Macam-macam.
"Ingat nasihat aku, Mike! Walaupun aku muda, tapi aku rasa kalau nak bandingkan nasihat aku dengan kawan kau yang dua orang ni, aku rasa nasihat aku paling berasas."
"Blah kau!" Adib tarik muka. 
Apek angkat bahu, "Aku memang tak ada bagi nasihat apa pun dekat Mike."
Mike tersenyum. Kata-kata Is diulang-ulang di dalam minda. Kalau nak jadi romeo, jadilah tapi jadi romeo yang agresif bukan yang pasif.

"Hai, anak mak ni. Macam tak ada mood aje dua tiga hari ni. Ada masalah ke? Tak nak cerita dekat mak?"
"Mana..." Mike ketawa sebelum dia memandang Encik Ismail, "Abah, tengok mak. Mak dah mula nak jadi Detektif Conan."
Encik Ismail ketawa, "Biarlah mak kamu tu. Sekali sekala. Dulu waktu abah tak pencen lagi, abahlah orang yang selalu dia soal siasat. Ni dah tiap hari mengadap muka abah, dah tak ada apa nak disiasat lagi. Dia beralihlah pada anak lelaki dia."
Mike ketawa bila Puan Asmah tarik muka.
"Abang, mak nak tanya ni."
"Tanyalah mak..." ujar Mike sebelum dia menyuap roti bakar ke dalam mulutnya.
"Abang bila nak kahwin, abang?"
Mike jungkit kening lalu dia pandang Encik Ismail, meminta bantuan. Topik paling dia tak suka dah mula dibangkitkan.
Encik Ismail menggeleng, "Cik Mah dah mula dah..."
"Eh, Encik Mail! Saya nak tengok anak lelaki saya kahwin tau."
"Cik Mah, anak awak ni baru dua puluh lapan tahun. Muda lagi."
Mike mengangguk. Muda... muda...
"Encik Mail, mana mudanya? Umur dia tu dah cukup elok kalau nak langsungkan perkahwinan."
Mike menggeleng. Muda lagilah, mak...
"Cik Mah, bagilah abang ni masa."
"Encik Mail sayang, saya ni nak merasa cucu dari anak lelaki saya ni jugak."
"Tu, cucu awak kat belakang rumah tu dah banyak sangat dah. Nak cucu apa lagi?" 
Mike ketawa.
Puan Asmah buat muka, "Saya nak cucu dengan menantu. Bukan cucu dari kucing."
Mike dan Encik Ismail dah ketawa terbahak-bahak! 
"Suka sangat! Hari ni pergi kafe tak?" Puan Asmah menepuk bahu Mike.
Mike menggeleng, "Cuti hari ni tapi petang karang kena pergi jugak. Nak kemas kafe."
"Oh, kat kafe abang tu boleh buat parti ke? Kakak kamu suruh tanya."
"Boleh je tapi kena tempah awal. Kenapa mak?"
"Kakak kata nak buat birthday party si Aimy."
Mike mengangguk, "Kalau nak buat, bagitahu awal-awal. Lagi satu, birthday budak tu ada kek ke?"
"Kakak kata nak buat kek daripada cupcake. Dia ada tengok kat channel mana entah, orang buat birthday kek pakai kek cawan."
Mike menggeleng, "Bagitahu kakak tu jangan nak merepek sangat. Buat kek biasa sudah."
"Yelah. Nanti mak bagitahu kakak tu."
"Kalau nak nombor telefon orang buat kek kat kafe abang tu, cakaplah. Nanti abang boleh tolong deal."
Puan Asmah mengangguk. Mike pula terus bangun dan berlalu ke dapur. Masa untuk bagi anak-anak kesayangan dia makan.
Puan Asmah laju memandang suaminya, "Anak awak tu nampak lain, kan Encik Mail?"
"Apa yang peliknya? Sama aje saya tengok dia, Cik Mah."
"Tak tahulah. Naluri saya kata ada yang tak kena."
Encik Ismail ketawa, "Naluri awak tu selalunya tak kena. Tak pernah yang kena."
"Ish!"
"Mikail tu dah besar, Mah. Taulah dia jaga diri dia, selesaikan masalah dia. Kita doa yang baik-baik aje."
"Saya rasakan, Encik Mail... saya nak aturkan dia berjumpa dengan anak kawan sayalah."
"Mah, biar abang tu cari jodoh sendiri. Jangan campur urusan dia."
"Awak ni..." Puan Asmah tarik muka, "Saya nak tengok abang tu kahwin."
Encik Ismail menggeleng, "Dari carikan jodoh untuk abang tu, apa kata awak carikan jodoh untuk saya? Untung-untung awak dapat anak baru."
"Ewah!" Puan Asmah dah mencekak pinggang, "Banyak cantik muka awak, Encik Mail?"
Encik Ismail ketawa! Garang sungguh Cik Mah kita ni sekarang...

Mike menjeling Adib yang sedang meniup belon. Dari tadi tak habis-habis tiup belon. Tanpa sebarang kata, dia terus mencucuk belon yang ditiup Adib dengan lidi pencucuk sosej.
Pom!
"Woi!" Adib pandang Mike. 
Mike ketawa, "Sakit ke?"
"Kau trylah. Belon meletup time kau tiup. Sakit ke tak, nanti kau bagitahu aku."
Mike menggeleng sebelum dia rasa apronnya ditarik seseorang. Dia pandang bawah, "Nak apa?"
"Pak ngah, can I have one sausage? Aimy lapar."
"Mana boleh. Aimy kenalah tunggu kawan-kawan Aimy datang dulu."
"Tapi Aimy laparlah pak ngah. Kenapa Aimy tak boleh makan pulak? Baby Azri boleh aje makan."
"Azri kan kecik lagi."
"Aimy pun kecik lagi," Aimy tarik muncung.
Mike tepuk dahi. Dia buntu. Sebenarnya kakaknya yang tak bagi Aimy makan apa-apa lagi, takut waktu birthday party nanti, dia buat perangai tak mau makan sebab kenyang, "Adib, woi! Tolong aku."
Adib buat jeling Mike sebelum dia memandang Aimy, "Aimy nak makan?"
"Uncle Adib, nak makan. Aimy hungry."
Adib terus mendukung Aimy, "Tapi nanti kalau Aimy makan, Aimy kenyang. Nanti kan nak tiup lilin, makan kek. Nanti Aimy mesti tak nak makan kek. Kalau Aimy tak nak makan, siapa nak makan?"
"So, Aimy tak boleh makan lagi? Aimy tak nak makan banyak. Nak sosej tu satu je. Sosej dengan cheese."
Adib pandang Mike. Mike hela nafas, "Janji dengan pak ngah, jangan bagitahu mummy Aimy. Dengan nenek pun jangan bagitahu."
"Promise!" Aimy angkat tangannya, seperti berikrar.
"Satu aje, okey?"
Aimy mengangguk. "Satu aje."
Mike cubit pipi anak saudaranya yang ada dalam dukungan Adib sebelum menyuap sosej yang sudah diletakkan sos keju pada Aimy. 
Aimy yang mengunyah sosej itu terus membulatkan matanya, "Ermmm... sedap!"
Adib ketawa. 
Mike pula mencubit pipi Aimy sekali lagi. Over punya budak!

Sarah membetulkan letak kain baju kurungnya sebelum dia memeriksa selendang merah yang tersarung di kepalanya. Nafas dihela. Baju kurung putih yang tersarung di tubuhnya dikemaskan sekali lagi. Hmm... bolehlah!
"Sarah, dah siap?"
Sarah berpaling memandang pintu yang terbuka, "Dah, ma tapi kita ni nak pergi kenduri siapa ni?"
"Bukan kenduri apa pun tapi staff mama ada buat majlis hari jadi."
"Ai, umur berapa staff mama tu? Hari jadi pun nak disambut-sambut!" Kata Sarah sambil tersenyum.
"Bukan untuk dialah! Untuk anak dia."
"Oh!" Sarah ketawa, "Cakaplah untuk anak dia."
"Dah siap kan? Jom kita pergi."
"Bagi Sarah lagi lima minit."
"Ha, cepat sikit! Mama tunggu kat bawah."
Sarah mengangguk.
Puan Safiah pula terus berlalu ke tingkat bawah.Sarah capai telefon dan dompet yang ada di meja solek sebelum dimasukkan ke dalam beg tangannya. Dia kemudiannya mematikan semua suis elektrik di dalam biliknya sebelum dia berlalu ke tingkat bawah.
Puan Safiah pula terus berdiri, "Papa, jom! Dah lambat ni."
Sarah terus menuju ke pintu rumah sebelum sneakers berwarna merahnya di atas rak kasut di capai.
"Sarah pakai sneakers? Pakailah flats yang mama beli hari tu."
Sarah senyum lalu menggeleng, "Tak naklah. Sarah rasa tapak flats mama beli tu nipis sangat. Rasa macam berjalan tak pakai kasut. Lagipun flats tu warna dia tak masuklah dengan tudung Sarah."
Puan Safiah menggeleng, "Alasan Sarah aje tu, kan?
Sarah ketawa, "Sarah selesa pakai sneakers ni."
"Ikut suka Sarahlah. Pelik-pelik fashion orang zaman sekarang."
Sarah ketawa lagi. Apa yang peliknya? Normallah ni.

"Dude, aku nak keluar kejap."
"Kau nak pergi mana? Parti anak saudara kau dah nak start ni," Adib mengerutkan dahinya.
"Aku lupa nak beli hadiah untuk dia. Aku pergi gift shop kat hujung lot ni sekejap aje."
Apek mengangguk, "Pergilah. Kami cover untuk kau."
"Kalau mak aku tanya, kau cakap je aku cari hadiah untuk Aimy. Jangan bagitahu kakak aku je. Mampus dia membebel."
Adib dan Apek sama-sama angkat tanda okey.
Mike pula terus masuk ke dapur. Di dapur dia bertembung dengan Is yang sedang menyusun pinggan untuk digunakan waktu parti hari jadi Aimy nanti.
Is jungkit kening. Beberapa orang pembantu yang ada di dapur turut memandang Mike.
"Aku keluar kejap. Kalau ada orang tanya nampak Mike ke tidak, cakap tak nampak."
Is ketawa lalu mengangguk. Pembantu-pembantu dapur yang lain turut mengangguk.
Mike sengih sebelum menanggalkan apron yang dia pakai. Apron itu diletakkan di atas meja stainless steel sebelum dia berlalu keluar dari kafe melalui pintu belakang.
Dia kemudiannya berjalan sambil bersiul kecil. Sesekali dia menyanyikan lagu kegemarannya dengan perlahan.
Sesampainya di kedai hadiah, dia segera menuju ke arah teddy bear yang bersusun-susum di atas rak.
"Ya, encik. Boleh saya bantu?"
"Err... patung kucing tak ada ke?"
"Ha?" Si pembantu kedai dah menggaru kepala, "Tak ada encik. Maaf."
Mike senyum, "Tak apa. Saya saja tanya. Err... tolong bagi teddy bear yang warna coklat cair tu. Saiz paling besar."
"Paling besar?" Si pembantu kedai meminta kepastian.
"Ya, yang paling besar."
Si pembantu kedai terus meminta tolong kawannya menurunkan teddy paling besar di dalam kedai itu.
Sebaik saja teddy bear itu berjaya dibawa turun, Mike menghalang si pembantu kedai itu dari membawa teddy bear itu ke kaunter, "Biar saya aje yang bawak. Teddy bear ni lagi besar dari awak, takut terbalik awak kat sini."
Si pembantu kedai tersipu-sipu sebelum mengangguk, "Kalau macam tu, encik boleh buat bayaran di kaunter ya?"
Mike mengangguk sebelum memeluk teddy bear yang besar itu. Teddy bear itu memang besar, terlalu besar hingga menutup pandangannya.
Sedang dia berjalan, tiba-tiba dia terasa dia telah terlanggar seseorang. Mike terus meminta maaf, "Maaf! Saya tak sengaja."
"Tak apa. Accidents happen."
Mike menurunkan teddy bear yang dipeluknya. Saat mata dia dan mata orang yang dia terlanggar tadi, wajahnya berubah. Wajah si gadis turut sama berubah.
Mike telan air liur. Sarah! Mike rasa jantungnya berhenti berdegup, dia rasakan bagai oksigen tiada kala itu. Sarah yang memakai baju kurung berwarna putih nampak sangat cantik pada matanya.
Bagaikan bidadari. Bidadari yang memakai sneakers merah! Bidadari sneakers merah!

Mike hela nafas. Tadi, tak sempat dia nak cakap apa-apa, Sarah dah berlalu meninggalkan kedai itu tadi. Haih...
Telefon yang terasa bergetar di dalam poket seluarnya dibiarkan saja. Nak angkat tak cukup tangan. Dah lah teddy bear ni berat nak mampus!
Sebaik saja sampai di kafe. Dia membuat keputusan untuk masuk ikut pintu depan. Tak sanggup rasanya nak menapak ke pintu belakang kafe.
Pintu kafe ditolak dengan kaki kanan.
"Tak nak potong kek kalau pak ngah tak ada."
"Tapi kan kawan-kawan Aimy dah tunggu tu."
"Tak nak!"
Mike tersenyum bila dia dengar Aimy membentak. Dia bersuara di sebalik teddy bear. Suaranya sengaja dikecilkan, "Aimy!"
Aimy kalih memandang ke suara yang memanggilnya. Matanya membulat bila nampak teddy bear yang sedang dipegang seseorang. Dia terus ukir senyum lebar, "Pak ngah!"
Mike meletakkan teddy bear yang dipegang itu diletakkan ke bawah, "Ai, budak!"
Aimy berlari mendekati Mike dan sekelip mata dia berada di dalam dukungan Mike. Teddy bear yang diletakkan di bawah tadi sudah diangkat oleh Is dan di bawa ke meja hadiah.
"Pak ngah pergi mana? Aimy was looking for you, pak ngah!"
"Pak ngah pergi ambik hadiah Aimy dalam kereta pak ngah."
Aimy senyum sebelum dia memeluk leher Mike. Zalia menghela nafas sebelum dia menampar lengan Mike, "Where have you been? Semua orang tunggu."
"Kau ni kak! Aku pergi ambik hadiah Aimy lah."
"Pergi ambik hadiah ke pergi beli hadiah?"
Mike tarik muka sebelum meletakkan Aimy ke bawah, "Pergi tiup lilin, potong kek. Kawan Aimy dah tunggu."
Aimy terus menarik tangan mummynya. Zalia sempat menepuk bahu Mike sebelum dia mengikut langkah Aimy.
Mike mengukir senyum pada tetamu-tetamu yang ada di situ sehinggalah matanya terpaku pada seseorang yang sedang berdiri berhampiran dengan pintu beranda. Sarah!

Sarah menghela nafas. Kalau dia tahu parti hari jadi anak kawan mama dia dibuat di kafe ni, sumpah dia takkan menjejakkan kaki ke sini! Dah lah tadi boleh pulak dia bertembung dengan mamat penipu tu kat gift shop hujung lot ni, sumpah dia takkan datang!
"Sarah, tak makan ke? Sedap tau makanan yang dia orang sediakan ni."
"Kenyang."
"Kenyang? Bila Sarah makannya? Jomlah makan. Serius sedap ni," pujuk Puan Safiah.
"Nanti Sarah ambik. Mama makan apa tu?"
"Spaghetti bolognaise. Ada sate kebab jugak. Sedap."
"Ai, mama ni beria-ia sangat memuji ni."
Puan Safiah ketawa, "Sebab sedap."
Sarah senyum lalu dia berdiri. Sedap pulak tengok mama makan. Dia sekali terliur.
"Sarah nak ambik makanan ke?"
Sarah mengangguk.
"Tolong ambikkan mama air ya."
"Baik, ma!" Sarah tersenyum sebelum dia berlalu ke meja bufet. Pinggan dicapai sebelum spaghetti diletakkan di dalam pinggan. Dua cucuk sate kebab diambil sebelum kuah spaghetti dicedok ke dalam pinggan.
"Hai!"

Sarah panggung kepala. Wajahnya berubah apabila Adib berdiri di depannya.
"Ingat dah tak sudi datang sini."
Sarah tak membalas. Sebaliknya dia tenang mengambil sosej bersama sos keju dan diletakkan di dalam pinggannya.
"You marah Mike lagi?"
"What do you want, Adib? Kalau awak setakat nak gelak dekat saya, boleh buat lain hari."
"Look, I dan Mike tak ada niat pun nak mainkan you. Lebih-lebih lagi Mike. Sebenarnya, mesej pertama yang you terima dari Whatsapp, I yang hantar, dengan gunakan telefon Mike. Betul, memang I yang bagi nombor telefon you dekat Mike tapi dia tak nak pun nombor you. Dia tak ada keyakinan diri pun nak mesej you tapi sebab I nak tolong dia, I pun ambik telefon dia dan mesej you."
Sarah diam.
"Kalau you nak tahu, antara kami berempat... Mikelah yang paling jujur dan baik sekali. I bukan nak bela dia ke apa tapi ini kali pertama Mike menipu dengan pakai nama I berkenalan dengan you."
"Awak nak bagitahu apa sebenarnya ni?"
Adib hela nafas, "I cuma nak mintak you tolong dengar apa yang Mike nak beritahu you hari tu."
"Itu je? Can you leave me alone?"
Adib mengeluh, "I rasa you dah kenal pun Mike tu macam mana sepanjang you dengan dia berkawan. Mike mungkin tipu nama dia tapi setiap mesej yang you terima dari dia selama ni adalah diri dia yang sebenarnya."
Sarah diam. Adib hela nafas lagi, "Sorry I mengganggu. Selamat menjamu selera."
Sebaik saja Adib berlalu, Sarah berpaling memandang Aimy, anak staff mamanya yang sedang duduk di riba Mike. Sesekali dia nampak Mike mengusik Aimy, dan adakalanya Aimy mengusik Mike. Sarah gigit bibir. Patut ke aku cuba dengar apa yang dia nak cakap hari tu?

"Sedap makanan-makanan yang awak hidangkan hari ni."
"Oh, ni hasil masakan chef kafe ni. Saya harap puan puas hati dengan majlis hari ni."
Puan Safiah tersenyum, "Puas hati sangat! Pandai awak cari kafe yang cozy macam ni."
"Oh, ni kafe adik saya dengan kawan-kawan dia."
"Wah, bagusnya! Boleh saya datang selalu lepas ni."
"Boleh puan. Boleh sangat." Zalia senyum sebelum memandang Sarah yang berdiri di sebelah Puan Safiah, "Anak puan ke?"
"Satu-satunya anak perempuan saya, Sarah."
Zalia dan Sarah saling bersalaman, "Terima kasih sudi datang majlis akak ni."
"Sama-sama kak," Sarah tersenyum sebelum dia merendahkan badannya, untuk menjadi sama tinggi dengan Aimy, "Selamat hari jadi."
"Thank you, aunty!" Aimy ukir senyum.
Sarah mencubit pipi Aimy yang tembam. Comel!
"Kak, ni ada makanan lebih. Bagilah kat ketua kau."
Suara seorang lelaki membuatkan Sarah mendongak sebelum terus berdiri. Mike!
"Puan, inilah adik lelaki saya tu. Mikail namanya. Barista kafe ni."
Puan Safiah ukir senyum, "Bagus anak muda macam awak buka kafe macam ni."
Mike menunduk sikit pada Puan Safiah, tanda hormat, "Terima kasih, puan. Banyak lagi kami kena belajar."
Puan Safiah mengangguk. Sopan.
"Pak ngah!" Aimy berlari mendekati Mike.
Mike buat muka, "Apa? Pak ngah tak ada duit dah nak bagi jajan dekat Aimy."
Aimy tarik muka sebelum dia mendepangkan tangannya, "Dukung!"
"Ei, tak malu ke? Tu aunty cantik tu pandang Aimy," ujar Mike sambil memandang Sarah sekilas.
"Pak ngah! Nak dukunggggg!"
Puan Safiah ketawa. 
Mike pula terus mendukung Aimy yang mula nak merengek, "Why so manja?"
Aimy buat muka.
Zalia ketawa sebelum dia membelai rambut Aimy, "Aimy ni memang manja dengan pak ngah dia. Walaupun pak ngah dia ni kuat mengusik, kalau saya marah dia... pak ngah dia mesti marah saya balik."
Puan Safiah ketawa lagi. Sarah pula tanpa sedar mengukir senyum. So cute! 
"Saya nak minta diri dulu. Nak kemas dapur pulak," ujar Mike sambil mengukir senyum pada Sarah dan Puan Safiah.
Puan Safiah mengangguk, "Terima kasih untuk makanan yang sedap-sedap tadi."
Mike mengangguk sebelum dia memandang Aimy, "Pak ngah nak masuk dapur. Aimy nak stay dengan mummy ke nak ikut pak ngah?"
"Aimy nak ikut pak ngah!"
Mike buat muka sebelum pipi Aimy dicium, "Ei, busuk!" Dia kemudiannya terus berjalan meninggalkan kakaknya bersama Puan Safiah.
"Pak ngahlah busuk!" Dari jauh mereka mendengar Aimy membentak.
Puan Safiah dan Zalia ketawa lagi. Sarah pula menghela nafas. Bagi dia peluang, huh?
Adib pandang Mike yang sedang bermain tepuk-tepuk dengan Aimy, "Kau ada cuba bercakap dengan dia tadi?"
"Nak cuba bercakap apa? Dia berkepit je dengan mak dia."
"Aku terkejut gila bila nampak dia tadi."
Apek yang tadi senyap mengangguk, "Aku ingat dia dah tak nak jejak dah kafe kita."
"Aku jumpa dia tadi lagi," ujar Mike sebelum mula mengikat rambut anak saudaranya.
"Huh? Bila?"
"Tadi. Waktu aku beli hadiah untuk budak ni!" Jawab Mike sambil dia menarik rambut Aimy.
"Pak ngah!"
Adib dan Apek ketawa.
"Kau jumpa dia kat mana?" Tanya Adib, kembali ke topik asal.
"Kat kedai hadiah tu. Aku terlanggar dia waktu bawak teddy bear budak ni!" Sekali lagi rambut Aimy ditarik.
"Pak ngah!"
"Kau tak puas hati apa dengan anak saudara kau ni?" Ujar Apek sebelum dia buat gaya bagai mahu mendukung Aimy.
Aimy menggeleng, "Uncle, where is your eyes?"
Sesaat, bahagian dapur itu sunyi sepi dari sebarang suara sebelum Mike dan Adib mula ketawa berdekah-dekah.
"Uuu... burned!" Adib ketawa kuat. 
Aimy terpinga-pinga lalu dia memandang Apek. Apek pula menghela nafas. Kau pun nak cari pasal macam pak ngah kau ke budak?
Mike ketawa, "Budak memang jujur, Apek. Terimalah kenyataan."
"Diam kau!" Ucap Apek sebelum berlalu ke sinki.
Adib berhenti ketawa akhirnya sebelum dia memandang Mike, "Waktu kau nampak dia lepas berminggu-minggu tak nampak dia, apa kau rasa?"
"Waktu aku nampak dia tadi..." Mike memejamkan mata, bagai mengulang kembali saat dia da Sarah bertentang mata di kedai hadiah tadi, "Aku rasa aku baru jumpa bidadari."
Adib terlopong, "Sungguhlah kau ni Romeo, Mike! Aku yang orang panggil kasanova angkat tabik dekat kau."
Mike senyum, "Aku tak tahu macam mana nak cakap dengan dia benda yang sebenarnya. Aku tak rasa dia nak jumpa aku or dengar apa yang aku cakap."
"Ingat pesan Is, kalau nak jadi romeo..."
"Jadilah romeo yang agresif. Bukan pasif."
Adib senyum lalu mengangguk.
Aimy tiba-tiba memandang Mike, "Pak ngah, what is Romeo?"
Mike pandang Adib. Adib pandang Apek. Apek pandang Is yang baru masuk ke dapur. Is yang sedar diperhatikan angkat kening, "Kenapa?"
Serentak, mereka bertiga ukir sengih. Mike terus berbisik pada Aimy. Aimy mengangguk sebelum memandang Is, "Uncle Is."
"Ya?"
"What is Romeo?"
Is tercengang! Cinabeng punya bos, korang pekena aku... cis!

"Abang, tolong aku kejap."
Mike yang baru duduk di atas sofa buat muka, "Tolong apaaaa?"
"Tolong ambikkan kad nama ketua aku kat bilik kerja abah."
"Kau pergilah ambik sendiri, kak. Aku letihlah."
"Tolonglah kejap. Kau ni. Dengan aku pun berkira."
Mike bangun juga walaupun dia rasa malas nak mampus, "Aku nak upah okey. Aku nak sneakers limited edition."
"Kau pergi ambik kad tu dulu, baru sembang pasal upah!" Zalia jungkit kening, “Nama ketua aku Safiah Ibrahim.”
Mike berlalu ke bilik kerja Encik Ismail yang dah menjadi bilik kerja kakaknya. Bekas berisi kad nama ditarik sebelum dia mencari kad nama ketua kakaknya. Kad nama Safiah Ibrahim ditarik.
Baru dia nak keluar dari bilik itu, telefon pintar milik Zalia berbunyi. Nama Puan Safiah yang tertera di skrin buat dia laju saja mengangkat panggilan tersebut.
"Hello, assalamualaikum."
"Waalaikumussalam. Ni nombor telefon Zalia ke?"
Mike senyum, "Ya tapi Zalia tak ada sekarang. Saya adik dia, puan boleh tinggalkan pesanan puan pada saya."
"Mikail ya?" Kedengaran ketawa dari talian sana.
"Ya, saya."
"Macam ni, nanti awak tolong bagitahu Zalia yang saya tak dapat masuk ofis esok. Ada hal kecemasan. Bagitahu dia tolong hantarkan kertas kerja yang dia dah buat ke rumah saya."
"Oh, baik."
"Ini alamat rumah saya..."
Mike laju mencapai kertas kosong dan pen yang ada di atas meja kerja, "Ya? Boleh puan ulang semula?"
Selesai mencatat, Mike terus bersuara, "Okey, puan. Nanti saya akan sampaikan pesanan puan pada kakak saya."
Usai mereka berpamitan, Mike merenung alamat rumah yang baru dia salin. Kata-kata Is terngiang-ngiang di telinganya. Agresif huh?
"Mikail! Tak jumpa ke?!" 
Jeritan Zalia dari tingkat bawah mengejutkan dia. Ish! Kacau aje orang nak bermonolog, "Coming!"

"Kau jangan buat gilalah, syaiton! Dah tengah malam pun!"
Mike pandang Adib dan Is, "Korang yang suruh aku jadi romeo agresif."
"Memanglah, bangang! Tapi buatlah siang hari."
Mike buat tak tahu saja, "Adib, pinjam telefon."
"Kau nak buat apa ni, wei? Jangan buat gila!"
"Too late to give up."
Is yang ada di tempat belakang tepuk dahi, "Wei, Adib! Kenapa kawan-kawan kau semuanya gila-gila?"
Adib hela nafas, "Aku pun tak tau. Aku pun naik gila hadap perangai dia orang ni!"
Mike pandang Adib dan Is, "Wish me luck!"
Is dan Adib sama diam. Wish good luck? Ampun, bro! Tak dapat den nak tolong.
Mike buat muka sebelum dia keluar dari kereta. Telefon Adib yang dia pegang dibuka skrinnya sebelum dia mula mendail nombor Sarah yang sudah dia hafal.
Tak sampai dua kali deringan. Panggilannya berjawab, "Hello?"
"Sarah! Jangan letak telefon dulu."
Sarah di talian terdiam sekejap, "M... Mike?"
Mike mendongak memerhatikan sebuah bilik yang tiba-tiba terang. Gotcha! Bilik Sarah.
"Awak nak apa, Mike?"
"Jangan letak telefon lagi!" Mike memberi arahan sebelum dia mula memanjat pagar rumah Sarah.
Adib dan Is yang memerhatikan dari dalam kereta terlopong. Gila ayam Mike ni! Adib laju memandang sekeliling. Takut-takut ada yang memerhati. Nasib baik tiada bayang manusia pun yang ada ketika itu.
Mike yang berjaya masuk ke dalam kawasan rumah Sarah menarik nafas. Kau memang gila, Mike! Memang gila! Telefon Adib dilekapkan di telinganya, "Sarah?"
"Ya? Awak nak apa ni?"
"Please wear anything yang sopan dan keluar dekat balkoni bilik awak."
Sarah terdiam. "Why should I?"
"Please..." Mike merayu lembut.
Dia dapat dengar Sarah merengus. 
Lima minit kemudian, dia terdengar bunyi seperti pintu gelongsor ditarik dari bilik atas. Dia pantas mendongak. Telefon yang dia tidak matikan dari tadi dilekapkan di telinganya, "Sarah, tengok bawah."
Sarah yang mendengar arahan Mike memandang ke laman rumahnya dan hampir saja dia menjerit, "Awak buat apa dekat rumah saya."
"Wait! Saya terpaksa buat macam ni sebab awak tak nak jumpa saya, awak tak nak bercakap dengan saya. Saya cuma nak minta maaf."
"Tapi..."
"Sarah, sejak kali pertama saya jumpa awak, saya dah mula rasa nak berkenalan dengan awak tapi saya takut. Saya cuma mampu perhatikan awak dari jauh. Tapi saya tak sangka yang Adib nampak yang saya asyik perhatikan awak dekat kafe. Betul, Adib yang mulakan segalanya untuk saya. Dia hantar mesej pada awak. Menyamar jadi saya sebab dia nak tolong saya. Dia nak tolong saya berkenalan dengan awak. Tapi bila awak teka saya ni Adib, semangat saya nak kenalkan diri saya sebagai Mike dekat awak jatuh merudum. Saya rasa kecik sebab saya selalu rasa Adib sentiasa lebih dari saya. Yes, I am a coward. Saya mengaku."
Sarah diam, memberi ruang untuk Mike terus bersuara.
"Lepas tu, kita jumpa dekat program sukarelawan tu. Waktu tu, saya happy sangat dapat bercakap dengan awak tanpa perlu menjadi Adib tapi I was too shy to start conversation dengan awak. Luckily we have Mira. Kalau awak sedar, saya selalu promote diri saya pada awak dengan menggunakan nama Adib sebb waktu tu saya harap awak akan rasa nak berkenalan dengan saya lebih rapat lagi. Saya sebenarnya cadang nak tipu awak lebih lama lagi tapi kawan saya kata, persahabatan yang bermula dari sebuah penipuan tidak akan kekal lama. Saya minta maaf saya tipu awak tapi saya jujur bila saya cakap saya betul-betul nak berkenalan dengan awak."
Sarah menghela nafas, "Ni awak telefon saya pakai telefon siapa?"
"Adib."
"Macam mana awak masuk sampai laman rumah saya?"
"Saya panjat pagar."
"Kenapa?"
"Sebab saya Romeo yang nak pujuk Julietnya?"
Sarah tak dapat menahan tawa mendengar kata-kata yang diucapkan oleh Mike.
Mike senyum, "Sarah, mujhse dosti karoge?"
"Bahasa Melayu, please..."
"Awak nak jadi kawan saya semula? Can I get a second chance?"
"Let me think about it. Awak better balik dulu."
"Sarah..."
"What?"
"I want nobody, nobody but you?"
Sarah tersenyum, "Balik, Mike and please, lain kali jangan datang panjat pagar, lain kali nak masul, masuk ikut pagar."
"So, saya boleh datang lain kali lagi?"
"Balik, Romeo!"
Mike terus ukir senyum. She called me Romeo! "Sarah, satu lagi."
"Apa?"
"Jangan block saya dah dekat Whatsapp. Please..."
"Balik sekarang atau saya takkan consider pun nak bagi second chance dekat awak." Sarah terus matikan talian.
"Ye! Nak baliklah ni!" Mike menggumam rendah sebelum dia berpaling. Dengan penuh hati-hati dia memanjat pagar rumah Sarah. Di atas pagar sempat dia berpaling ke belakang. Bibirnya tanpa sedar mengukir senyum pada Sarah sebelum dia melompat turun ke atas tanah.
Mike! Jerit Sarah dari dalam hati. Ya Allah!
Mike yang di luar pagar rumah Sarah mengaduh sakit. Mangai, patah pinggang aku!
"Romeo, kau tunggu apa lagi? Cepatlah naik kereta!" Adib memberikan arahan. 
Mike dengan kaki terhincut-hincut terus masuk ke kereta Adib. Sebaik saja pintu penumpang ditutup, Adib terus menekan pedal minyak.
Sarah di balkoni menggelengkan kepala. Kata pengecut, tapi berani panjat pagar rumah orang. Eh, tapi mana dia tau rumah aku kat mana?!

Mike menolak pintu kafe dengan tangan. Selalu dia tolak pintu kafe pakai kaki tapi semalam sebab dia nak sangat jadi romeo, kakinya terseliuh akibat salah landing waktu terjun dari pagar rumah Sarah.
"Ai, Romeo... masuk kerja jugak?" Adib jungkit kening.
Mike tarik muka, "Kalau tak masuk kerja, siapa nak bagi kucing-kucing aku makan?"
Apek yang tengah membetulkan susun atur meja dan kerusi pandang Mike, "Kaki kau apahal, gila?"
"Romeo salah landing, wei!" Jawab Adib bagi pihak Mike.
"Romeo salah landing? Kenapa? Kau lompat macam mana dari pagar rumah Sarah?"
Adib pandang Apek, "Kau tau?"
Apek senyum senget, "Banyak benda dalam dunia ni aku tau, kau tak tau."
"Ceh, berlagak!" Adib jeling Apek sebelum dia kembali memandanb Mike, "Dia ada mesej kau lepas semalam?"
Mike senyum tawar lalu dia menggeleng, "Tak apalah. Kalau dia tak nak kawan dengan aku lepas ni pun, aku okey je kot sebab aku dah bagitahu dia sebab sebenar kenapa aku tipu dia."
"Takkan nak give up macam tu je?"
Serentak tiga pasang mata kalih memandang Is.
Is senyum, "Kata Romeo... takkan give up awal sangat?"
"Wei Is, Romeo yang asal pun bunuh diri sebab dia dengar khabar angin yang Juliet tu dah mati tau?" Adib jungkit kening.
"Tu Romeo versi luar negara. Mike, Romeo versi Gulp! Kafe. Lagipun Mike kan dah ada alamat rumah Sarah tu, masuk meminang ajelah."
Apek sengih mendengar kata-kata Is, "Nak minta kebenaran panjat pagar rumah semalam pun, mangkuk ni terketar-ketar, ni pulak nak masuk meminang."
"Hah?" Is dan Adib sama tercengang.
Apek ketawa. Mike pula tersengih, "Kau rasa kenapa semalam aku dapat panjat pagar rumah Sarah dengan senang? Dengan tak ada alarm bunyi apa semua."
Adib tepuk dahi! Maha dasyat Romeo ni!
Is ketawa! Romeo Melayu, nak panjat pagar rumah pun minta kebenaran dulu!
"Kau buat apa?!" Jet di skrin menjerit terkejut!
"Jangan gelak, syaiton! Jangan gelak!" Mike tuding jari pada skrin bila dia nampak Jet menutup mulut bagai mahu ketawa.
"Dude, sejak bila kau jadi macam ni?"
"Sejak aku jumpa Sarah tulah."
"She must be a very special someone, huh?"
"Aku tak tau nak terang macam mana, Jet tapi aku rasa she's the one. Macam kau kali pertama nampak Huda dulu. Kau bagitahu kami yang Huda tu orang yang kau akan jadikan isteri."
Jet tersenyum tawar, "Aku akan doakan hubungan kau dengan dia."
"Thanks, dude!"
"No biggie! So, kafe okey?"
"Okey je. Tak ada masalah."
"Iman selalu datang kafe?"
Mike menggeleng, "Jarang dah. Dia dah mula kerja balik."
"Maksud kau?" Jet bertanya.
"Dia dah jadi arkitek semula."
"Dia dah tak menulis?"
"Entah!" Mike jungkit bahu.
Jet di skrin hela nafas. 
"Kau tanya pasal Iman je? Kawan-kawan kita kau tak nak tanya?"
Jet senyum tawar, "Kau kan selalu cerita pasal dia orang. Aku tunggu kau cerita aje ni."
"Sampai hati tak nak tanya pasal aku!" 
Jet di skrin nampak terkejut bila tiba-tiba Adib muncul di sebelah Mike. "Kau!"
"Woi, Jet!" Adib ketawa.
Jet turut ketawa akhirnya, "Kau makin gemuklah, Adib!"
"Wei, bangang! Ni muscle kau tau? Muscle!" Adib buat muka.
Mike dan Jet sama-sama ketawa. Muscle sangat...
"Aku, kau tak nak tanya Jet?"
Jet ketawa apabila Apek turut muncul di sebelah Mike, "Wei, Apek! Mata kau makin keciklah!"
"Bangang!"
Jet ketawa lagi, "Wei, Mike! Apahal dua ekor ni ada dengan kau ni?"
"Dia orang gedik nak tidur rumah aku. Ikut aku, aku halau dah tadi!"
"Eh, syaitonnya perangai kau Mikail!" Adib tarik muka.
Jet dan Mike ketawa lagi kuat dari tadi.
Apek yang melihat Jet ketawa, terus ukir senyum. I miss you, Jet!

"Hai, anak dara. Lawa-lawa pagi ni, nak pergi mana?" Puan Safiah memandang Sarah memakai blaus berwarna merah jambu dipadankan dengan skirt kembang hitam. 
Sarah sengih, "Dating!"
"Anak mama ni dah ada boyfriend tak bagitahu mama ya?"
"Bukan dating dengan boyfriendlah mama. Sarah mana ada boyfriend lagi. Sarah nak keluar dengan kawan-kawan sekolah menengah Sarah. Elisya dah balik. Hari ni nak buat reunionlah kononnya."
"Ooo..." Puan Safiah mengangguk, "Ingat keluar dengan Mikail, adik staff mama hari tu."
Sarah yang baru nak menyisip susu dari gelas terus kalih memandang mamanya, "Apa mama merepek ni?"
"Mama tak pernah jumpa lagi lelaki yang gentleman macam Mikail tu."
Sarah menggelengkan kepalanya, "Mama ni tiba-tiba puji dia tu kenapa? Papa dengar nanti, merajuk papa..."
Puan Safiah ketawa, "Sarah tak bagitahu mama pun yang Sarah kenal dengan Mikail tu."
"Bukan penting sangat pun."
"Tak penting? Ye ke? Kalau tak penting, takkanlah dia berani mintak kebenaran mama dengan papa nak panjat pagar rumah kita dua malam lepas?"
Sarah tercengang, "Siapa mintak kebenaran mama dengan papa?!"
"Mikail itulah. Dia datang dengan kakak dia. Tiba-tiba dia cakap pasal hal kamu dengan dia. Terkejut papa dengan mama."
"Dia bagitahu apa dekat papa dengan mama?"
"Semuanya. Pasal dia menyamar jadi kawan dia... dan lain-lain lagi."
Sarah terdiam.
"Sarah tak nak maafkan dia?"
Sarah pandang Puan Safiah.
"Dari apa yang mama tengok, Sarah akan rugi sangat kalau Sarah tak maafkan dia."
"Kenapa?"
"Susah nak cari lelaki Melayu macam tu zaman sekarang ni, sayang. Papa pun setuju dengan mama cuma papa tak suka satu je."
"Apa yang papa tak suka tu?"
"Rambut dia tu. Papa kata, kalau nak kahwin nanti kena potong rambut."
Sarah bulatkan mata, "Siapa nak kahwin dengan dia tu?!"
Puan Safiah ketawa dan terus bangun berlalu ke dapur.

"Mike, Iced Americano dua!" Is meletakkan kertas order di atas kaunter.
"Noted!" Mike mengeluarkan dua biji gelas dari bawah kaunter sebelum diletakkan di atas kaunter, "Adib mana, Is?"
"Dia cirit-birit! Hari ni cuti."
Mike mengangguk. "Teruk sangat ke?"
"Boleh tahanlah. Mak long aku cakap sampai lembik badan."
"Makan apalah budak tu sampai kena cirit birit," ujar Mike sebelum menuang espresso ke dalam gelas yang berisi ais.
"Entah! Tapi kata mak long aku sebelum kena cirit tu dia keluar dengan Nida."
Mike angkat kening, "Dia dah dapat ayat si Nida ke?"
"Mungkin! Kalau tak, takkan dia orang boleh keluar sekali."
Baru Mike membalas, pintu kafe ditolak dari luar membuatkan Mike dan Is sama-sama berpaling ke depan, "Selamat datang!"
Is tiba-tiba ukir senyum senget sebelum memandang Mike, "Dia datang... dengan lenggang-lenggoknya! Dia datang... dengan lenggang-lenggoknya."
"Diam! Pergi hantar ni dekat customer." Mike memberi arahan.
"Ai ai, bos!"
Mike terus mencapai pen dan buku menu. Walaupun kakinya sakit, dia berjalan juga mendekati meja Sarah dan rakan-rakannya, "Hi, may I take your order?" Buku menu dihulurkan pada salah seorang rakan Sarah.
"Kaki awak kenapa?" Tanya Sarah. Kawan-kawannya yang tadi sedang membelek buku menu memandang Sarah yang menegur lelaki yang masih berdiri di meja mereka.
Mike sengih, "Romeo pun manusia biasa. Terpeleot sebab salah landing."
Sarah tahan senyum nak menguntum, "Lain kali tak payah nak berlagak Romeo sangat, nak panjat-panjat pagar rumah orang."
"Nak pujuk Juliet kan?"
Sarah buat muka.
"Eh, korang kenal?" Salah seorang kawan Sarah menyampuk.
Sarah pandang Mike sekilas sebelum memandang kawan-kawannya, "Kawan aku. Salah seorang owner kafe ni."
Mike pandang Sarah dengan riak wajah tak percaya. Sarah sebut kawan aku...
"Patutlah kau cadangkan kafe ni," kawan Sarah ukir senyum mengusik, "Saya Elisya, kawan Sarah sejak kecik lagi. Nak tau apa-apa pasal Sarah, tanyalah saya!"
Mike senyum lalu menggeleng, "Tak apa. Saya tanya dia sendiri je nanti. Baru gentleman!"
Sarah buat muka. Gentleman sangat!

Mike baru nak melelapkan matanya membuka matanya saat terasa ada getaran dari bawah bantalnya. Telefon dicapai sebelum skrin dibuka. Melihatkan nama yang tertera di skrin, dia terus bangkit dari baringnya!
+Mikail?
-Ya, saya!
+Dah tidur ke?"
-Baru nak lelap πŸ˜ŠπŸ˜Š
+Saya dah buat keputusan nak maafkan awak dan beri awak peluang kedua.
Mike yang membaca mesej itu terus melompat turun dari katil sebelum melompat-lompat di atas lantai! Yeay! Terima kasih Ya Allah. Mike berhenti melompat bila telefonnya bergetar sekali lagi. Pesanan dari Sarah dibuka.
+Tapi saya ada syarat...
-Apa syaratnya?
+No more lies, please. Saya tak suka ditipu.
-Janji! No more lies. Lepas ni saya cuma akan bagitahu awak benda yang betul sahaja.
+Janji?
-Janji!
+Okey
+Hai, nama saya Sarah.
Mike tersenyum sebelum dia membalas mesej dari Sarah.
-Hai, nama saya Mikail tapi awak boleh panggil saya Mike! Selamat berkenalan.
+Selamat berkenalan, Mike πŸ˜ŠπŸ˜Š

Adib memandang Mike yang sedari tadi tersengih. Mike dah angau! "Cukuplah sengih sorang-sorang! Orang lain pun bercinta jugak."
"Siapa orang lain yang bercinta tu? Kau?" Apek jungkit kening.
Adib sengih! Mestilah aku!
"Aku mana bercinta pun. Kami kawan je," ujar Mike.
"Yelah tu," Apek tarik muka.
"Betullah. Kami selesa berkawan sekarang."
"Tak apalah, berkawan dulu. Dah kenal hati budi, proceed ke langkah seterusnya," ujar Is sambil mengelap gelas.
"Kau ni, Is. Aku rasa macam kau abang aku dah!" Adib ketawa, "Padahal kalau ikutkan, aku cucu lelaki sulung opah!"
"Nak buat macam mana? Kau tak matang!"
Adib tarik muka, "Hormat sikit! Aku tua dari kau!"
Is buat tak tahu. 
Mike pula mula membantu Is mengelap gelas, "Kau dengan Nida serius ke, Adib?"
"Entah! Serius kot."
Apek menjungkit kening, "Ai kasanova, dah nak jadi one man woman ya?"
"Habis takkan kau expect aku jadi kasanova sampai tua?"
"Manalah tahu..." Apek meleretkan suara.
"Wei..."
"Apa?"
"Birthday Sarah lagi dua hari. Agak-agak... hadiah apa yang sesuai aku bagi dekat dia?"
"Birthday aku kau tak pernah bagi hadiah," Adib tiba-tiba bersuara lirih.
"Ah, kau nak hadiah minta dekat Apek!"
"Tak nak! Apek kedekut!"
Apek laju menarik telinga Adib, "Kau kata aku apa? Kau nak aku ungkit balik benda yang aku pernah bagi dekat kau?"
"Tak nak! Tak nak!" Adib bersuara, laju!
Mike dan Is sama-sama ketawa sebelum Mike memandang Is, "Wei, bagi idea kejap nak bagi apa dekat Sarah."
"Mana aku tau awek kau suka apa. Kau fikir sendirilah."
"Perempuan suka bunga kan? Patut tak aku bagi bunga?"
"Kau ni mesti banyak tengok drama kan?" Ujar Adib sambil tersengih.
"Ceit!" Mike buat muka, "Cepatlah tolong aku."
"Sarah suka apa? Takkan dia tak pernah cerita apa yang dia suka, apa yang dia tak suka kat kau selama ni?"
"Dia suka sneakers. Itu aku tau."
"Selain daripada tu?"
Mike garu kepala, "Argh! Stress! Patut tak aku telefon Iman, mintak tolong dia?"
"Kau nak kacau anak dara orang selesaikan masalah peribadi kau?" Apek jungkit kening.
"Ceh, marah sangat orang kacau Iman dia..." Adib sengih mengusik.
"Mana...! Aku pesan je."
Mike dan Is ketawa melihat wajah Apek yang berubah manakala Adib masih mengukir sengih lebar.

"Kak!"
"Ya?"
"Perempuan suka hadiah macam mana?" Tanya Mike.
"Perempuan? Perempuan ni banyak jenislah, abang. Ada yang suka barang kosmetik, ada suka baju, ada suka emas, ada suka buku."
"Kau? Kau suka apa?"
"Aku? Mestilah aku suka kosmetik dengan barang kemas."
Mike senyum sinis, "Kopak Abang Faizal sejak kahwin dengan kau!"
"Ala, dia yang selalu nak belikan. Bukan aku mintak pun." Ujar Zalia, separuh riak, "Tapi kau tanya perempuan suka apa ni kenapa? Kau nak bagi hadiah dekat Sarah ke?"
Mike mengangguk, "Lagi dua hari birthday dia."
"Kenapa kau beria-ia sangat dengan dia, abang? Aku ingatkan korang kawan aje."
"Memanglah kami kawan je."
"Dah tu? Kenapa kau beria-ia sangat?"
Mike tak menjawab.
"Kalau kau suka dia, jangan tunggu lama-lama abang. Kalau suka, masuk meminang. Kau dengan dia pun kawan dah lama kan?"
"Lama apa, baru tiga bulan."
"Lamalah tu tiga bulan. Kau nak tau hadiah apa paling perempuan suka?"
"Apa?"
"Bila dia dilamar oleh lelaki yang ingin jadikan dia seorang isteri."
"Tapi aku takut dia tak suka aku..."
Zalia senyum sini, "Kau nak takut apa lagi? Kau dah pernah panjat pagar rumah dia, tak perlu nak rasa takut."
"Tapi, kami baru berkawan tiga bulan. Tak mungkin dia nak terima lamaran aku, kak."
"Mana kau tahu dia tak mungkin akan terima lamaran kau? Kau tak cuba pun lagi!"
"Aku tak tau saiz cincin dia pun kalau nak melamar dia."
"Siapa kata nak melamar kena guna cincin?"
Mike jungkit kening, "Maksud kau?"
Zalia ukir sengih penuh misteri. Mikail... Mikail...

"Mana kau jumpa benda ni?"
Mike pandang Adib yang sedang membelek bekas baldu merah itu, "Instagram. Kakak aku yang carikan."
"Dasyat jugak kakak kau kan? Boleh aku mintak tolong dia lepas ni."
"Kenapa? Kau nak melamar Nida jugak?"
Adib sengih, "Doa-doalah niat Jet nak balik sini tercapai tahun depan."
"Amin, insyaAllah."
Is yang baru selesai menyusun atur meja melangkah ke arah Adib dan Mike, "Mike, meja dah settle. Awek kau datang pukul berapa ni?"
Mike tengok jam di pergelangan tangannya, "Dia kata dia datang lepas habis kerja."
"Lagi setengah jam," Adib mengangguk, "Kau dah sedia ke?"
"Tak!" Mike mengeluh, "Aku risau aku messed up!"
"InsyaAllah tak!" Is senyum sambil menepuk bahu Mike.
"Is, order meja dua belas!" Suara Apek dari tingkap dapur buat Is laju masuk ke dapur untuk mengambil makanan yang sudah disediakan oleh Apek.
Adib pula mula berjalan mendekati pelanggan yang memanggilnya untuk membuat pesanan.
Mike hela nafas! Let's get back to work!

"Sibuk ke hari ni?" Tanya Mike sambil menongkat dagu memandang Sarah yang sedang menghirup Iced Mocha.
"Boleh tahan."
"Awal tak nak makan ke?"
"Saya kenyang lagi tapi saya nak Iced Mocha satu lagi, boleh?"
"Kejap, saya buatkan." Mike bangun dari kerusi dan terus berlalu ke kaunter minuman.
Sarah pula memerhatikan sekeliling kafe lalu dia memandang Adib yang sedang mengumpulkan pinggan kotor, "Adib."
"Ya?" Adib kalih memandang Sarah.
"Hari ni ada apa-apa event ke kat kafe? Macam nampak extra special. Dengan belonnya, bunga rosnya."
Adib tercengang dua saat sebelum dia sengih, "Tak ada event apa pun. Saja kami hias kafe ni cantik-cantik."
Sarah mengangguk. Oh, patutlah...
"Your Iced Mocha," Mike meletakkan gelas di atas meja dengan tangan kanan manakala tangan kirinya memegang kotak besar yang sudah dibalut dengan cantik.
"Thank you!" Sarah ukir senyum.
"Nah, hadiah birthday!" Mike menghulurkan kotak besar itu kepada Sarah.
"Wah! Terima kasih," Sarah mengambil kotak itu dari tangan Mike, "Tapi awak tak payah bagi saya hadiah apa pun tak apa. Lagipun pagi tadi kan awak dah wish."
"Bukaklah kotak tu."
Sarah senyum lalu balutan kotak itu dibuka. Mata Sarah bercahaya sebaik saja melihat kotak yang dipegangnya, "Sneakers!"
"Cuba tengok saiz dia. Sama tak dengan saiz kaki awak."
Kotak kasut itu dibelek lalu dia mengangguk laju, "Sama! Mana awak tahu saiz saya?"
Mike senyum, "Saya mintak kakak saya tanya mama awak."
"Main tipu!" Ujar Sarah separuh mengejek namun bibirnya masih mengukir senyum, "Terima kasih! Awak macam tahu je sneakers merah saya dah haus."
"Sama-sama. Happy birthday, sekali lagi."
Sarah tersenyum lebar.
"Sarah..."
"Ya?"
"Saya ada satu lagi hadiah untuk awak."
"Lagi?" Mata Sarah terbuntang luas.
Mike tersenyum sebelum dia mencapai kotak baldu merah di dalam poketnya.
Sarah memandang Mike dengan penuh tanda tanya, "Kenapa awak senyum macam tu? Macam ada yang tak kena aje..."
Mike ketawa, "Mana."
Sarah masih lagi memandang Mike dengan mata yang curiga. Hadiah apa lagi?
Mike hela nafas sebelum tangannya yang memegang kotak itu dihulur pada Sarah, "Will you go out for a coffee date with me, everyday?"
Sarah tercengang! "A... awak... tengah propose saya ke?"
Mike senyum lalu mengangguk. Please say yes!


Mike memandang Adib yang sedang membetulkan letak bunga di atas gubahan hantaran sempena pertunangannya dengan Nida.
"Adib! Jangan kacaulah!" Kakak sulung Adib, Adina menampar tangan Adib.
"Sengetlah, along!"
"Memang sengaja angah buat senget!" Kakak kedua Adib, Asilah membalas, "Jangan kacau!"
Adib sekali lagi mahu membetulkan letak bunga namun tangan Mike laju menampar tangannya, "Cuba kau duduk diam."
"Bunga tu senget! Tak lawa!" Adib tarik muncung.
"Senget tu seni, tahu! Dah, tepi!" Asilah menolak Adib ke tepi. Glue gun dicapai sebelum bunga berwarna ungu lembut itu dilekatkan di tepi dulang.
Adib tarik muka, "Kak lang tak balik ke?"
"Kak lang balik esok!" Adina menjawab.
Adib pandang Mike, "Wei, jom lepak bilik akulah!"
"Aku ingat kau nak suruh aku buat hantaran sekali kakak kau tadi."
Adib menjeling sebelum dia dan Mike berdiri dan sama-sama berlalu ke tingkat atas.
"Buatlah macam bilik sendiri!" Ujar Adib sebelum dia duduk di kerusi meja kerjanya.
“Memang aku selalu buat bilik kau ni bilik aku sendiri pun,” Mike mengangguk sebelum dia duduk di atas katil Adib, "Apa perasaan kau nak bertunang dengan Nida ni?"
"Perasaan?" Adib jungkit kening, "Entah!"
"Nervous?"
"Tak."
"Gugup?"
"Tak." Adib ketawa, "Bukan aku nak akad nikah lagi, gila!"
Mike turut sama ketawa, "Berapa lama tempoh pertunangan kau dengan Nida?"
"Family aku mintak setahun. Family dia nak tunang dua tahun tapi tengoklah esok. Umi aku nak bincang dengan mummy Nida macam mana."
"Mangai lama sampai dua tahun!"
"Nida tu tengah sayang nak lepaskan kerjaya dia." Adib senyum tawar, "Lagipun aku nak tunggu kau, Apek dengan Jet kahwin dulu."
"Nasib kaulah dapat bakal isteri orang famous." Mike ketawa, "Kalau macam tu, sampai ke tua belum tentu kau dapat kahwin. Apek tu macam mustahil je nak kahwin dalam masa terdekat ni."
"Ah, yang penting kau kahwin dulu!"
Mike senyum, "InsyaAllah. Kau rasa Jet balik tak kenduri aku?"
Adib jungkit bahu, "Aku harap dia balik."
"Aku pun!"

"Mike..."
"Ya?"
"Kalau kita tak cari kasut nikah, tak apa tak?"
"Eh, kenapa? Awak tak nak nikah dengan saya ke?" Mike jungkit kening.
"Naklah!" Sarah menjawab laju, "Tapi..."
"Tapi...?" Mike pandang Sarah.
"Saya tak pandai pakai heels."
Mike mengerutkan dahinya, "Pakai ajelah. Sarung dan jalan macam biasa ajelah kan?"
"Saya tak pandai nak balancekan badan saya. Saya dah biasa pakai sneakers dan flats je. Kalau kasut pergi ofis pun, ada tumit sikit je," Sarah menggaru-garukan kepalanya.
Mike senyum. Comel! "Tak apa! Jom kita pergi tengok-tengok dulu, okey?"
Sarah menghela nafas, "Okey tapi tak apa ke awak masuk kafe lambat hari ni?"
"Tak apa. Saya dah cakap dekat budak-budak tu."
Sarah mengangguk sebelum dia dan Mike sama-sama beriringan masuk ke dalam sebuah kedai kasut.
"Hai, boleh saya bantu?" Seorang pembantu kedai datang mendekati Mike dan Sarah.
"Kami cari kasut tumit tinggi untuk majlis kahwin."
Si pembantu kedai pantas mengangguk sebelum memandang Sarah, "Boleh cik ikut saya?"
Sarah pandang Mike. Mike mengangguk, "Saya stay sini."
Sarah ukir senyum nak tak nak. Dengan hati yang tak rela dia mengikut langkah pekerja di situ yang menuju ke rak kasut yang dipenuhi dengan kasut-kasut tumit tinggi yang cantik.

"Kenduri aku next month, kau balik tak?"
Jet di skrin mengangkat bahu, "Kau harap aku balik ke?"
"Wei, gila! Kau jangan buat pasal eh! Kau cakap kau nak kahwin kalau salah seorang daripada kami kahwin."
"Tapi aku tak janji!"
"Jet, kau tak datang majlis aku..." Mike buat muka serius, "Kita putus kawan."
"Wei, takkan sampai macam tu sekali?"
"Kau datang waktu resepsi pun tak apa dah Jet! Aku tak kisah."
Jet senyum di skrin, "Kau ada Apek dengan Adib kan sebagai best man kau? Aku tak ada pun tak apa."
"Aku tak kisah kalau kau tak nak jadi best man aku pun, asalkan kau datang majlis aku je, Jet!"
Jet hela nafas sebelum dia tersenyum, "Wei, kau ingat aku nak biarkan kawan baik aku kahwin tak ada aku?"
Mike tarik nafas lega.
Jet senyum lagi, "Tapi aku tak dapat datang waktu akad nikah."
"Tak apa! Asalkan kau balik."
"Kau jemput Iman?"
Mike mengangguk, "Dia kawan aku jugak."
"Aku tak kata apa pun. Aku tau dia dengan kau kawan jugak."
"Dia still tunggu kau."
"Mana kau tahu?"
Mike tarik sebuah buku yang disimpan dalam laci sebelum ditunjuk pada skrin, "Iced Americano. Penulis Nami Akil. Nama hero, Aizat. Nama heroin, Iman. Endingnya, hero tinggalkan heroin sebab masih teringatkan cinta lama."
Jet diam.
"Scene akhir dalam buku ni. Heroin duduk di sebuah kafe sambil minum Iced Americano. Kata-kata akhir heroin, aku akan tetap menanti di sini sehingga kau kembali."
"Apa yang kau cuba sampaikan ni?" Tanya Jet.
"Dia tetap menanti kau, sampai kau kembali."
Jet senyum tawar. Macam mana kalau aku kembali, dia sudah membenci?

"Kau kenapa wei?"
Mike pandang Apek lalu menggeleng, "Huwaa! Aku tak bersedia lagi!"
"Wei, gila! Kau punya akad nikah malam ni kau tau?!"
"Tapi... aku tak sanggup!" Mike buat muka sedih. 
Apek pandang Puan Asmah yang menggeleng kesal. Alahai...
"Abang, nak nikah ke tidak?" Zihan, adik bongsu Mike jungkit kening. Dah nak kahwin pun buat perangai macam budak-budak.
"Diam, adik! Diam! Abang tak boleh nak buat benda ni."
"Kau cuma perlu duduk diam je, Mike! Orang lain yang tolong potongkan."
"Aku tak sanggup, Apek! Ni kekasih pertama aku kot!"
Zihan mengeluh sebelum dia memandang Apek yang dah nampak seperti nak berputus asa. Dia pandang pula maknya yang dah mengurut dahi, pening dengan kerenah anak terunanya yang seorang itu! "Mak, mak kahwinkan ajelah abang dengan rambut dia ni!"
"Adik tolong ambikkan telefon mak. Mak nak telefon Sarah kata majlis tak jadi hari ni, "Puan Asmah bersuara selamba.
Mike berpaling memandang maknya, "Makkkkk!"
"Abang yang tak nak potong rambut kan? Dah abang tak nak potong rambut, kita tak payah teruskanlah majlis ni!"
"Ala, rambut panjang pun boleh kahwin jugak apa?"
"Dah lupa apa yang bakal bapa mertua awak cakap apa? Dia nak awak potong rambut, kan?" Puan Asmah memukul bahu Mike.
"Tapi..."
"Potong jelah, mangkuk!" Apek memukul belakang Mike, "Kalau kau tak nak kahwin dengan Sarah, esok biar aku je jadi pengantin lelaki bersanding dengan Sarah."
Muka Mike berubah. "Wei!"
"Kau nak potong ke tak ni? Ke kau nak aku sunatkan kau sekali lagi?" Apek buat muka, bengang!
Mike raup muka. 
Zihan yang sedang bercakap telefon berjalan ke arah Mike sebelum telefon itu doserahkan kepada Mike, "Nah, ada orang nak cakap!"
Mike tarik telefon itu, "Hello?"
"Muhammad Nur Mikail, awak tak nak kahwin dengan saya ya?"
"Sarah..."
"Awak tak nak saya jadi isteri awak?"
"Bukan macam tu..."
"Awak, untuk kali ni je awak potong rambut. Lepas ni, kalau awak nak simpan rambut panjang macam Ella sekali pun, saya tak kisah."
Mike hela nafas, "Betul lepas ni saya boleh simpan semula rambut panjang?"
"Iya..."
Mike akhirnya mengangguk sebelum memandang Apek, "Okeylah. Potong!"
Puan Asmah tarik nafas lega.
Zihan menggeleng. Mengada punya orang tua!
Apek ketawa pula. Nak kena tunggu bakal isteri pujuk dulu... aduhai!

"Pengantin lelaki, Muhammad Nur Mikail?"
"Saya."
Jurunikah ukir sengih, "Cuba tengok pengantin perempuan, betul ke itu orang yang awak nak jadikan isteri?"
Mike menggeleng, "Saya tak boleh tengok dia, tok."
"Eh, kenapa?"
"Dia turun dari tangga tadi pun jantung saya macam nak luruh."
Serentak, semua orang yang ada di ruang tamu ketawa. 
Sarah pula tersenyum. Lain benar dia nampak Mike malam ini. Dengan rambut pendek begitu. Dia sendiri rasa macam nak luruh jantungnya.
"Nervous?"
Sarah kalih memandang Mira yang duduk di sisinya lalu dia mengangguk, "Nervous gila."
"Kamu dah berapa kali khatam al-Quran?" Tanya si jurunikah, tiba-tiba.
Mike tercengang, "Er... alhamdulillah, dah lebih lima kali."
Jurunikah mengangguk-anggukkan kepalanya, "PTPTN dah bayar?"
Sekali lagi ruang tamu rumah dua tingkat itu gamat dengan hilai tawa. Apek dah terkekeh-kekeh ketawa di sebelah Mike. Kalau Adib ada ni, mampus bergolek dia gelak dekat ruang tamu ni.
Mike tahan senyum, "Saya tak ambik PTPTN, tok."
Jurunikah itu ukir sengih, "Alhamdulillah. Saya tanya je. Dalam iklan, Ebby Yus tanya macam gitu dekat pengantin lelaki."
Gamat sekali lagi ruang tamu itu dengan ketawa. Apek dah pegang perut. Aduhai, Adib... rugi kau tak ada malam ni! Rugi!
"Dah sedia?" Jurunikah pandang Mike.
Mike mengangguk, "Alhamdulillah, sudah!"
"Marilah kita mulakan..." jurunikah ukir senyum. 
Encik Said mengangguk sebelum dia berjabat tangan dengan Mike, "Muhammad Nur Mikail."
"Saya."
"Saya nikahkan dikau dengan anak saya, Nur Maisarah Iliani binti Mohamad Said dengan mas kahwinnya dua ratus ringgit, tunai."
Mike hela nafas panjang dan... "Saya terima nikahnya Nur Maisarah Iliani binti Mohamad Said dengan mas kahwinnya dua ratus ringgit, tunai."
"Sah?"
"Sah!" Sahut dua orang saksi yang berada di situ.
Mike laju meraup mukanya. Alhamdulillah!

Mike ketawa melihat kucing yang berada di dalam dulang hantaran. Relaks saja kucing itu lena di dalam dulang hantaran, "Comel je."
"Apa?" Sarah memandang Mike. Dia puji siapa?
"Tu, kucing tu! Comel je lena."
Sarah mengangguk, "Oh, ingat tengok siapa tadi."
Mike pandang Sarah sekilas sebelum dia kembali memandang dulang hantaran, "Apa nama kucing tu?"
"Sarah panggil dia Mika aje."
"Mika?"
"Aah. Ambik sempena nama ab... abang."
Mike kalih memandang Sarah. Sarah panggil dia apa tadi? Nak pengsan boleh? "S... Sarah cakap apa tadi?"
"Nama Mika tu, Sarah ambik dari nama ab.. abang."
Mike tersengih lebar. Mungkin inilah yang dinamakan cintaaaa...
"Mikail, balik jom!" Faizal, abang ipar Mike menepuk bahunya, "Mak dah tunggu kat luar tu. Mak kata kalau nak manja-manja, tunggu esoklah. Malam ni, balik dulu."
Wajah Sarah memerah. Aiyoo, segan mak!
Mike rasa wajahnya hangat, "Ni hantaran ni..."
"Tu dia orang dah ready nak angkat dah tu." Faizal sengih, "Nak cakap apa-apa lagi, cakaplah dulu. Kami tunggu kat luar."
Mike kalih memandang Sarah namun matanya tidak tepat memandang mata Sarah. Berdebar gilos!
"Abang balik dulu."
Sarah mengangguk. Nak balik dah? Uhuk!
"Jumpa esok ya..." Mike garu kepala, "...sayang."
Sarah terkesima sebelum dia mengangguk malu. Tangannya dihulur, mahu bersalam dengan Mike. Mike menyambut tangan Sarah dan dia mengusap kepala Sarah sewaktu isterinya itu menunduk mencium belakang tangannya. 
Sebaik saja Sarah mengangkat kepalanya, dia terasa dahinya dikucup lembut buat kali kedua pada malam itu. 
"Abang sayang Sarah." Ucap Mike, lembut.
Sarah terdiam. Kata-kata Mike itu buat dia hilang nafas. Sarah pun sayang abang.

"Woi, pengantin!"
Mike ketawa mendengar suara Adib di talian, "Woi, sewel!"
"Bangang! Dah kahwin ni, simpan sikit bangang tu."
"Siot! Macam mana dengan kakak kau?"
"Alhamdulillah. Selesai dah. Sorrylah wei, aku tak dapat pergi time kau akad nikah."
"Dude, chill! Aku okey je," Mike senyum dia duduk bersandar pada sofa, "Lagipun, famili kau lagi penting."
"Kita pun famili apa?" Adib bersuara.
"Memanglah tapi kakak kau kan bersalin. Kakak kau lagi penting. Nida ada situ?"
"Tak ada. Dia pergi Kedah. Ada kawan dia kahwin."
"Oh, kau cakap tak pasal kenduri aku dekat dia?"
"Dah! Ala, kau taulah tunang aku tu macam mana..."
"Alasan apa dia bagi?"
"Dia takut orang datang serbu dia kalau dia pergi kenduri kau."
"Ceh, macam kalau dia pergi kenduri kat Kedah tu tak ada orang serbu dia. Apa dia ingat orang Kedah tak ada tv ke kat rumah? Tok ndak aku ada tv besar tau kat rumah dia."
Adib ketawa di talian, "Entahlah wei! Kadang-kadang aku rasa tunang aku tu perasan popular pulak."
"Bangang gila mengata tunang sendiri!" Mike ketawa.
"Ala, sekali sekala! Rimas aku kadang-kadang, nak keluar pergi makan-makan pun nak pakai over-over, dia ingat dia Jessica Alba ke? Jessica Alba kalau keluar pergi jalan-jalan pun pakai singlet dengan jeans. Nasib baik aku sayang, kalau aku tak sayang... lama dah aku angkat kaki."
Mike ketawa, "Perbandingan tak nak kalah. Pakai nama Jessica Alba."
Adib di talian turut ketawa, "Mike."
"Yup?"
"Jet dah balik ke?"
"Entah! Dahlah kot. Dia tak ada contact aku pun. Tapi aku rasa dia dah balik. Dia dah janji dengan aku kan kata nak datang kenduri aku esok."
"Hmm... kau rasa Jet dah move on ke dengan Huda? Ke dia dah kahwin senyap-senyap dengan si Hani tu?"
Mike hela nafas, "Kita tengok esok. Aku harap benda yang kau cakap tu tak jadi realiti."
"Yang mana?"
"Kahwin dengan Hani."
Adib kedengaran seperti menghela nafas, "Aku pun, harap benda tu tak jadi kenyataan!"

Mike pandang Sarah lalu dia tersenyum bila dia lihat Sarah mengelap dahinya, "Penat?"
"Sikit!" Sarah senyum, "Abang, kawan abang yang abang panggil Jet tadi tu, siapa? Sarah tak pernah nampak kat kafe pun sebelum ni."
"Jet tu kawan baik abang jugak. Sekali dengan Adib dan Apek jugak cuma lima tahun lepas dia pergi Itali."
"Buat apa?"
"Dia dulu barista tapi berhenti lepas wife dia meninggal."
"Sarah ingat abang yang first kahwin. Rupanya abang yang kedua."
"Panjang kisah cerita Jet ni tapi kalau Sarah nak tahu, Sarah boleh baca buku Iman."
"Iman?" Sarah kerutkan dahi, "Yang datang dengan abang dia tadi tu ya? Apa kaitan Iman dengan Jet?"
"Yup, Iman yang datang dengan abang dia tu. Iman tu dulu ada crush dekat Adib. Tapi tak boleh nak cakap apalah part tu, dah mamat tu pun mulut manis, gaya kasanova. Tapi entah macam mana, dia boleh rapat dengan Jet dan end up, jatuh hati dengan Jet."
"Jet tak suka Iman?" Sarah pandang Mike.
Mike mengangguk, "Dia tak boleh lupa arwah isteri dia. Tapi serius, kalau Sarah nak tahu kisah Jet-Iman boleh baca novel yang Iman tulis. Abang ada buku tu."
"Abang baca novel?" Sarah sengih mengusik.
"Bacalah. Kalau tak macam mana abang nak jadi Romeo?"
Sarah ketawa sebelum dia mencapai tangan Mike, "Romeo yang panjat pagar rumah tapi mintak kebenaran mama dengan papa."
"Abang Romeo berhemah tau!" Mike jungkit-jungkit kening sebelum mengeratkan pegangan tangannya dengan Sarah.
"Awh, sho shweet!" Sarah dan Mike pantas kalih ke kiri. Adib tersengih-sengih pada mereka berdua.
"La, tak berambus lagi kau?" Tanya Mike pada Adib.
"Cis! Mentang-mentang dah kahwin, kawan-kawan kau tolak ke tepi!" Adib pura-pura merajuk sebelum dia senyum memandang Sarah, "Terima kasih Sarah sebab terima mamat gila ni jadi suami you. Sabarlah ya dengan kerenah dia!"
Sarah ketawa lalu mengangguk.
Mike pula buat muka, "Kau tunggu giliran kau menikah nanti. Kau tunggu..."
"Tak takut," Adib ketawa jahat!
Sarah ketawa lalu dia menepuk lengan suaminya beberapa kali, seperti menyuruhnya untuk bersabar.
"Kau kat sini? Wei, aku tunggu kau bukan main lama kat khemah tu! Jomlah balik, gila!" Apek menepuk belakang Adib.
"Sakitlah mangkuk!"
Mike dan Sarah ketawa.
"Kami balik dulu, wei! Selamat pengantin baru!" Apek mengenyitkan mata sepetnya sebelum dia menarik Adib. 
Adib laju melambaikan tangannya pada Mike dan Sarah, "Selamat berbulan maduuuuuu..."
Mike tepuk dahi! Gila punya member!
Sarah ketawa. Comel je Adib!

Sarah membelai kucing-kucing Mike yang sedang menjamu selera. Hari ni, dia dan Mike dah genap seminggu berkahwin. Sejak dia berkahwin dengan Mike, dia semakin dapat mengenali lelaki itu.
"Termenung!" Mike duduk di sisi Sarah.
Sarah senyum, "Abang sungguh-sungguh suka kucing, kan?"
Mike sengih sebelum dia mencapai Kuman yang datang bergesel di lututnya lalu diletakkan di atas riba, "Suka sangat-sangat. Waktu tadika dulu, abang selalu kena buli sebab abang dulu kurus gila. Ada sekali tu, ada sorang budak tu nak buli abang tapi dia lari bila ada sekor kucing tiba-tiba serang dia. Sejak hari tu, abang mula suka kucing. Kalau kat sekolah dulu, abanglah orang yang bertanggungjawab bagi kucing-kucing sekolah abang gemuk dan montel."
Sarah ketawa sebelum dia mencapai seekor kucing, "Ni nama apa?"
"Yang ni?" Mike membelai kucing yang ada di riba Sarah lalu dia sengih, "Ni nama dia Adib."
"Adib?" Sarah membuntangkan matanya.
"Kucing ni Adib yang jumpa. Dia kesian kat kucing ni tapi dia takut kucing sebab kecik-kecik dulu dia pernah kena gigit dengan kucing sampai masuk hospital. Dia call abang, suruh selamatkan kucing ni. Waktu tu kucing ni baru lepas kena langgar."
"Kesiannya."
"Kan? Sebab tu, abang bagi nama kucing ni Adib. Banyak-banyak kucing yang abang bela, Adib okey dengan Adib kucing ni je."
"Dulu waktu kali pertama Sarah tengok abang, Sarah ingat abang ni gangster. Muka serius je. Waktu abang tahan kami dari keluar kafe tu, Sarah ingat abang nak marah kita orang."
"Muka abang macam gangster? Abang comel kot!"
Sarah ketawa. Adib di riba Sarah turut sama mengiau, seolah-olah dia turut mengerti maksud gelak Sarah, "Comel sangat."
"Bila Sarah mula suka abang?"
Sarah jungkit bahu, "Sebelum abang jadi menyamar Adib, Sarah rasa abang gangster tapi abang ada aura buat orang terasa nak kenal dengan abang. Tapi Sarah start suka abang bila abang selimutkan mak cik waktu kita buat kerja sukarelawan. Muka abang serius tapi waktu abang selimutkan mak cik tu, muka abang jadi lembut. Waktu tu kot Sarah mula suka abang."
Mike sengih, "Sarah tak nak tahu bila abang mula jatuh suka pada Sarah?"
Sarah senyum lalu dia pandang Mike, "Bila?"
"Bila Sarah suruh abang ambik makanan kucing atas rak dekat pasaraya."
Sarah kerutkan dahinya sebelum dia meletakkan Adib ke bawah, "Huh?"
"Sarah nak belikan makanan kucing untuk Ali."
Kerut di dahi Sarah makin bertambah sebelum dia membulatkan matanya, "Aaaaa! Sarah dah ingat!"
Mike senyum, "Abang jatuh cinta pandang pertama dengan Sarah."
"Kenapa tak pernah bagitau sebelum ni?"
"Sebab abang ingat Sarah tak akan ingat abang."
"Abang tahu tak Sarah lega sangat bila tahu selama ni abang yang mesej Sarah, bukannya Adib. Sarah tak nak mesej pun Adib tapi sebab nak tahu pasal abang, Sarah mesej jugak dengan dia."
"Tapi ada orang tu marah jugak dengan kita."
"Iyalah! Mana ada orang suka kena tipu."
Mike ketawa, "Abang sayang Sarah."
"Sarah pun, sayaaaaannnnggggggg abang," Sarah meletakkan kepalanya pada bahu Mike.
Mike senyum lalu tangan Sarah dipegang dan digenggam erat. Semoga kita kekal hingga ke syurga, sayang...
“Meow!” Adib yang sedang menggeselkan badannya pada kaki Mike mengiau, seolah-olah turut sama-sama mendoakan pasangan itu.

TAMAT :)

p/s: habis sudah kisah cerita empat syaiton Gulp! Kafe. Hehe. Semoga terhibur :)


36 comments: