Friday, 2 October 2015

[CERPEN] Cik Peah Klinik Sebelah

Adib merenung langit yang gelap. Bibirnya ukir senyum tawar. Alasan Nida untuk putuskan pertunangan dia bagai bermain-main di mindanya.
"I tak boleh bagitahu media yang tunang I hanya seorang pembancuh kopi dekat sebuah kafe. Bukan Starbucks tapi kafe. Kafe biasa."
Dahi Adib berkerut, "Maksud you apa?"
"Find a decent job, Adib. You nak jadi pembancuh kopi sampai bila? Sampai you tua? Nanti kalau anak you ditanya dekat sekolah, bapak kerja apa... you nak dia jawab apa? Pembancuh kopi?"
"Wait! Hold up!" Adib angkat tangan, "Apa hina ke pekerjaan I ni dekat mata you? You nak I kerja apa, Nida? Jadi personaliti televisyen macam you?"
"Adib, you ada degree dalam bidang perundangan. Apa kata you jadi peguam? It's better than jadi pembancuh kopi."
"Sekali lagi I tanya you, hina sangat ke I jadi barista? You malu ke tunang you ni pembancuh kopi?"
"Adib, I tak selamanya akan jadi personaliti tv."
"Jadi? Soalan I you tak jawab lagi."
"I nak hidup senang lepas I berhenti nanti, Adib. Dengan gaji you yang tak seberapa... macam mana kita nak... I mean... urghh..."
Adib hela nafas, "You nak putuskan pertunangan kita?"
"I've met someone. Dia janjikan I kesenangan kalau I bersara dari dunia hiburan. I..."
"Siapa lelaki tu?"
"CEO stesen penyiaran yang I bekerja sekarang."
Adib mengangguk, "So... bagi you, duit boleh bagi you kesenangan dan kegembiraan?"
Nida diam. Cincin yang tersarung di jari manisnya dipusing-pusing.
"You rasa dia boleh bahagiakan you?"
Nida menghela nafas, "I pasti dia boleh bahagiakan I. I bukan pandang rendah pada you, Adib tapi... I tak boleh nak hidup dengan you yang hanya bergantung sebagai pembancuh kopi."
"Tapi, I yang kerja bancuh kopi ni pun... dapat bagi you cincin tunang harga dekat dua ribu ringgit. Still tak cukup, eh?"
Wajah Nida berubah.
"Fine. Kalau you nak putuskan pertunangan kita. Up to you. I tak kisah."
Nida hela nafas. Dia berdiri, "I minta maaf."
"Eh, Nida! Sebelum you balik... cincin tunang kita tu, boleh bagi balik? I nak gadai. Untung-untung dapat balik duit dua ribu I."
Wajah Nida berubah lagi. Cincin di jarinya ditanggalkan sebelum diletakkan di tengah meja, "I tak sangka you buruk siku."
"Kawan I pernah kata biar buruk siku, jangan buruk perangai. And yes, dengan buruk perangai tu, I maksudkan diri you."
Nida tak menunggu lama! Dia terus berlalu keluar dari kafe mewah itu.
"Wei, termenung apa syaiton?"
Adib tersentak sedikit sebelum dia menjeling Apek di sebelahnya. Dia menggeleng, "Apek..."
"Apa?"
"Aku handsome, kan?"
"Bangang!" Apek memukul belakang kepala Adib dengan bantal.
Adib ketawa! Biarlah hilang tunang, asalkan aku bahagiaaa..

"Adib, kau dengan Nida betul ke dah putus tunang?"
“Apa kau nampak macam aku tengah menipu ke, Romeo?"
Mike pandang Jet sebelum dia memandang Adib, "But why?"
"Orang dah tak nak aku. Takkan nak terhegeh-hegeh lagi?"
"Kira kau dah kembali jadi jejaka single la ni?"
Adib sengih, "Hell, yeah! I'm single and I am ready to mingle!"
"Persoalannya, perempuan gila mana yang nak mingle dengan kau?" Mike jungkit-jungkit kening.
"Wei, ni Adib Asyranlah! Self-proclaimed casanova. Berbekalkan muka handsome nak mampus, aku mampu mencairkan wanita-wanita di dunia. Aku pencinta wanita kot."
Jet pandang Mike sebelum menggeleng, "Kesian. Baru putus tunang, dah gila macam ni."
Adib ketawa, "Bengong!"
Bunyi pintu ditolak buat mereka bertiga mengalihkan pandangan. Seorang gadis berbaju kurung, memakai tudung bawal berwarna hitam dan bersneakers jenama converse melangkah masuk ke kedai sebelum dia mendekati kaunter, "Hai!"
Adib ukir senyum lebar, "Hai! Boleh saya bantu?"
"Er... nak tanya. Kafe ni ada buat delivery servis tak?"
"Hah?"
"Maksud I, kalau I order dari klinik kat sebelah, you boleh hantar makanan ke klinik tak?"
Adib kalih memandang Jet dan Mike, "Ada delivery servis ke kita?"
Jet angkat bahu. Mike mengerutkan dahi.
Adib tiba-tiba ukir sengih lebar, "Kami boleh buat delivery tapi..."
"Tapi?"
"Tapi ada caj tambahanlah."
"Eh... kenapa pulak? Bukan jauh pun. Klinik sebelah je pun."
"Eh, suka hati sayalah. Saya yang nak buat delivery. Yang penat saya. Awak pulak tunggu je makanan sampai. Aci ke dak saya minta caj tambahan?"
Si gadis buat muka, "Aci kat India tahu?"
"Mana. Kat Malaysia pun banyak aci apa."
"Urghhh... whateverlah. Caj tambahan pun caj tambahanlah. Bak nombor telefon."
Adib keluarkan kad nama Gulp! Cafe sebelum dihulurkan kepada si gadis, "Nak mesej, order makanan... hantar kat nombor 016 tu. Nombor lain tak layan."
Si gadis mengangguk, "Thanks."
Adib senyum.
Si gadis kalih ke belakang, mahu berlalu.
"Eh, saudari!"
Si gadis berpaling semula pada Adib, "Ya?"
"Nama saudari?"
Si gadis kerut dahi. Ni tak lain nak jual minyaklah ni, "Peah. Rafeah!"
Jet dan Mike berpaling pada rak cawan di belakang mereka, sama-sama melindungkan tawa yang mahu meletus.
Adib senyum senget. Peah? Klasik!

"Cik Faridatul!"
Gadis yang sedang membelek kad nama yang diberikan oleh kafe sebelah panggung kepala, "Ya?"
"Tadi Doktor Hidayah cari cik."
"Oh, mama tak ada patient?"
"Tak ada, cik."
Faridatul sengih sebelum bangun menuju ke bilik Doktor Hidayah, mamanya yang tercinta, "Assalamualaikum, mama!"
"Waalaikumussalam. Hah, Farid pergi mana? Tadi Farid mesej mama kata dah sampai tapi tak masuk-masuk klinik pun."
Faridatul senyum, "Farid pergi kafe sebelah. Kan mama selalu cerita pasal makanan kafe sebelah. Sajalah Farid pergi tinjau."
"Lepas tu, ada beli apa-apa?" Tanya Doktor Hidayah. 
Faridatul menggeleng, "Tak jadi nak beli. Jumpa mamat buaya."
"Ish, apalah Farid label orang tu buaya."
"Betullah. Tak dan apa-apa, ada sorang mamat tu tanya nama Farid."
"Dah, Farid jawab apa?"
Faridatul sengih, "Peah. Rafeah."
Doktor Hidayah menggelengkan kepala, "Peah? Aduhai, Farid... klasik sangat tu."
"Ala, biarlah. Karang sebut nama Faridatul Afifah, dia bomohkan Farid. Ei... tak naklah!"
"Farid kenal kan Kak Nor yang kat kaunter tu? Mama bagitahu dah dia yang Farid nak tolong-tolong mama dekat klinik. Apa-apa Farid rujuk pada Kak Nor tu, ya?"
Faridatul mengangguk lalu dia ukir senyum, "Baik, mama!"

"Betul ke nama budak tu Peah ye?" Tanya Mike pada Adib yang sedang menyisip kopi dari cawan.
"Manalah aku tahu. Betullah kot."
"Rafeah... pergh! Rasa macam nak pasang lagu Rafeah Buang pulak dalam kafe kita," ujar Mike sebelum ketawa.
"Gila kau! Kena bunuh dengan Apek, aku tak tau haaa..." Adib ketawa! Apek cukup tak suka kalau mereka pasang lagu-lagu klasik. Paling dia tak suka kalau pasang lagu A. Rahman Hassan. Rasa macam kena perli dia kata.
"Wei, Adib."
“Apa?”
"Kau tak sedih ke?"
"Sedih kenapa pulak? Tiba-tiba je kau ni."
"Taklah. Kau kan baru putus tunang tapi aku tengok kau ceria je. Macam tak ada rasa sedih langsung."
Adib senyum tawar, "Kalau aku sedih, Nida nak balik ke kat aku? Tak, kan? Bohonglah kalau aku kata aku tak sedih. Tapi aku sedih pun sebab umi aku. Umi aku kan dah teringin sangat nak tengok aku kahwin. Aku still tak dapat tunaikan lagi hasrat umi aku."
"Kau bertunang dengan Nida dulu sebab umi kau je ke?"
"Taklah. Sebab sayanglah, gila! Aku sayang kot kat Nida tu tapi tulah... sayang je bukan boleh buat dia bahagia. Dia perlukan harta, wang ringgit... baru dia bahagia."
"Materialistikus punya perempuan."
"Ala, ni semua ujian dari Tuhan untuk aku. Yelah, dulu aku dok permainkan perasaan perempuan. Mendapatlah kena tinggal."
Mike tepuk bahu Adib, "Betul lah tu. Bagus jugak kau tahu perangai sebenar Nida tu sebelum korang kahwin. Kalau kata korang dah kahwin... adui, aku yang terasa seksa untuk kau."
Adib ketawa, "Over! Ala, lagipun putus tunang aje. Jet tu... mati isteri lagi. Alhamdulillah dia dapat Iman. Bukan jodoh aku dengan Nida. Mungkin ada perempuan lain yang tercipta untuk aku. Pergh... puitis siot!"
"Bangang! Kalau aku tak kenal kau, aku rasa aku takkan percaya kau ada degree dalam law!" Mike ketawa, "Oh, cakap pasal perempuan lain tercipta untuk kau tu."
"Ha, kenapa?"
Mike senyum, "Mungkin Cik Peah klinik sebelah, jodoh kau sebenarnya?"
"Cik Peah klinik sebelah?" Adib ketawa, "Minah tu garang. Tak nak aku..."
Mike ketawa! Tak nak konon, melekat hati kau karang... aku ketawa dulu!

"Kak Nor..."
"Ya?"
"Kak Nor kenal budak-budak lelaki kafe sebelah."
Wanita yang dipanggil Kak Nor menganggukkan kepalanya, "Kenal sangat. Apa yang tak kenalnya. Baik budak-budaknya. Kenapa Cik Faridatul?"
"Eh, janganlah panggil saya cik. Panggil saya Farid je Kak Nor," Faridatul ukir sengih, "Saja saya tanya."
"Budak-budak lelaki sebelah tu memang nakal terutama si Adib tu tapi masing-masing baik. Ramai peminat dia orang semua tu. Usahawan muda kita. Bukan senang nak cari."
Faridatul sengih, "Kak Nor tak nak buat menantu ke?"
Kak Nor ketawa, "Menantu? Anak perempuan Kak Nor baru dua belas tahun. Yang atas-atas semua lelaki. Kalau Farid nak jadi isteri budak-budak tu, bolehlah."
Faridatul ketawa, "Farid? Eiii... tak naklah!"
"Tapi kafe sebelah ni yang available, Adib dan Apek tu je. Tapi Adib tu ceritanya sedih sikit, dia baru putus tunang."
"Adib yang mana satu?"
"Adib tu yang..."
Pintu klinik tiba-tiba ditolak dari luar, "Assalamualaikum, Kak Nor!"
Kak Nor panggung kepala, "Waalaikumussalam. Eh, kafe Adib ada buat delivery ke?"
Adib sengih sebelum memuncungkan mulutnya pada Faridatul, "Aah! Delivery khas untuk Cik Peah tu."
Kak Nor bulatkan mata pada Faridatul, "Cik Peah? Tapi ni Far..."
"Eh, berapa harga makanan?" Faridatul berdiri.
Adib kerutkan dahi, "Semua sekali termasuk caj penghantaran ringgit Malaysia lapan belas ringgit, lima puluh sen."
Faridatul menghulurkan not dua puluh ringgit kepada Adib.
Sebaik saja duit dan bungkusan makanan bertukar tangan. Adib mengeluarkan baki seringgit setengah sebelum diletakkan di atas kaunter pendaftaran klinik, "Ini bakinya. Terima kasih!"
Sebaik saja Adib berlalu, Faridatul tarik nafas lega.
"Kenapa Cik Peah, Farid?"
Soalan dari Kak Nor buat Faridatul sengih. Nak jawab macam mana ye...


"Adib, kau dah tengok paper hari ni?"
"Ada apa? Kau menang lumba kuda ke?"
"Bangang!" Mike melibas belakang badan Adib dengan surat khabar, "Ini ha... berita hari ni. Personaliti TV6, Anida Maya bakal bertunang dengan VVIP!"
"Iya? Tahniahh..." Adib bersuara, sarkastik.
"VVIP mana ya yang dia nak bertunang ni?"
"Definitely a very, very idiot person."
"Marah ke, bang?" Giat Mike.
Adib senyum, "Tak marah, sayang! Abang sukaaa!"
"Euww... gay!" Ujar Jet yang baru keluar dari bilik rehat pekerja.
Adib jungkit kening, "Baby nak abang belai jugak ke?"
"Wei, tenuk! Tak selera aku dengan kau!"
Adib dan Mike sama-sama ketawa sebelum Adib menarik nafas, "Wei, esok off. Nak pergi tengok wayang?"
"Kau ajak kami ke?"
"Eh, tak! Aku ajak bijik kopi ni ha..."
"Esok aku nak spend time dengan isteri aku."
"Kau, Mike?"
"Sia-sialah cuti aku kalau aku lepak dengan kau gila!"
Adib buat muka, "Tak nak, sudah."
"Kau kena faham, Adib. Dia orang ni dah kena rantai kaki," Apek yang tiba-tiba saja keluar dari dapur, menyampuk. "Kau ajak aku pun tak apa. Ajak dia orang ni, sia-sia je."
"Kau, nak pergilah ni?"
"Malas!" Laju Apek menjawab sebelum dia, Mike dan Jet ketawa berdekah-dekah.
"Wei, Sepet! Kau jangan sampai aku kentut kat muka kau time kau tidur!" Adib merengus. Fine! Aku pergi tengok wayang sorang-sorang!

"Denny, mana boleh awak buat saya macam gini! Saya dah sampai mall, kot!" Faridatul merengus pada talian.
"Ala, baby! I busy lah. Macam you tak tahu. I tak ada pun, you still boleh tengok wayang, kan?"
"Don't you baby, baby me! Janji tak pernah nak tepati! Dahlah!" Talian telefon dia matikan. Bibirnya dikumat-kamit, membebel. Satu keluhan dia lepaskan akhirnya. Matanya melilau memandang keadaan sekeliling. Apa nak buat dekat mall sorang-sorang? Apa nak buat?
Pada masa yang sama di kaunter pembelian tiket wayang.
"Hai!" Adib ukir senyum.
Si gadis tersenyum, "Hai, encik. Nak tengok cerita apa ya?"
"Cerita apa yang best?"
"Ada satu cerita hantu dari Thailand. Ramai cakap best."
"Bolehlah."
"Satu tiket aje, ye?"
"Dua, kalau awak nak tengok dengan saya," Adib memberikan senyuman manis.
Si gadis tersipu-sipu, "Saya tengah kerja."
Adib buat muka konon sedih, "Tak apalah. Satu tiket ajelah macam tu."
Si gadis menganggukkan kepalanya. Tiket yang sudah siap dicetak dihulurkan pada Adib dan Adib menghulurkan duit.
"Terima kasih, encik. Datang lagi, ya?"
Adib kenyit mata, "Kalau awak yang kerja, hari-hari saya datang."
Si gadis masih tersipu-sipu. Sweetnya dia...

Adib menyuap popcorn ke dalam mulutnya. Ya Allah, bosannya datang tengok wayang sorang-sorang. Dia memandang sekeliling panggung wayang. Kebanyakan mereka yang datang ke panggung wayang pada hari ini adalah pasangan tapi dia? Forever alone! Dia mengeluh.
Lampu panggung kemudiannya dipadamkan. Skrin besar di hadapan mula menayangkan trailer-trailer filem yang akan ditayangkan.
Dalam dia menonton trailer di skrin, tempat duduk disebelahnya diduduki seseorang. Dia mengerling sekilas sebelum dia kembali memandang skrin. 
Bosan! Woi, bila nak tayang cerita, gila?! Maki Adib dalam hati. Nak maki kuat-kuat karang, dia yang kena maki.
"Saya tengah tengok wayanglah, Denny!" 
Adib mengerling perempuan di sebelahnya. Apa ni main telefon ni? Ei... takkan tak tahu peraturan.
"Eh, suka hati sayalah nak tengok dengan siapa pun. Awak sibuk apa?"
Adib merengus, tak puas hati. Apatah lagi tayangan filem sudah pun dimulakan. Tanpa sebarang kata telefon pintar yang melekap di telinga perempuan itu ditarik, "Kau apahal, mangkuk? Dia dah kata kan dia tengah tengok wayang." Adib senyum sinis, "Aku siapa? Akulah orang yang tengok wayang dengan awek kau, gila! Dah, jangan gatal tangan nak telefon lagi! Kacau orang je!"
Adib tanpa mengalihkan pandangannya pada perempuan di sebelahnya, menghulurkan telefon pintar yang sudah dimatikan taliannya, "Tak payah berterima kasih! Aku tak suka bila aku tengok wayang, orang cakap telefon. Main telefon."
"Awak ni gila ke?"
Adib kalih memandang perempuan di sebelahnya. Matanya membulat. Walaupun dalam gelap, dia kenal perempuan yang sedang merenungnya dengan pandangan tak puas hati, "Cik Peah!"
Faridatul menekup mulut, "Delivery man!"
"Woi, diamlah yang kat belakang tu!" Satu suara dari depan panggung buat mereka sama-sama mengalihkan pandangan ke skrin.

"Arrghhhh!" Jeritan penonton di panggung membuatkan Adib dan Faridatul sama-sama tersentak kerana terkejut.
Adib buat muka, "Apa entah yang terkejutnya! Bukan seram pun hantunya. Setakat dok jegil mata dari atas almari, celah mana yang takut entah."
Faridatul pandang Adib di sebelahnya. Kebetulan pulak jumpa mamat ni kat sini. Dahlah tadi sesuka hati rampas telefon aku. Karang yang nak menjawab dengan Denny, aku. Aduhai...
"Baby, tak naklah... gelilah." Suara seorang perempuan yang duduk di depan Faridatul buat Adib memandang Faridatul.
"Ala, sayang... geli-gelilah best," si lelaki yang duduk berdepan dengan Adib membalas.
Faridatul pandang Adib. Adib merengus sebelum dengan kuat dia menendang kerusi orang di depannya.
Pasangan di depannya itu sama-sama terdiam sebelum mereka kalih ke belakang, "Apahal ni, bro?"
"Eh, sorry brother! Tak sengaja. Nak betulkan kaki tadi." Ujar Adib dengan senyuman. Nada suaranya masih perlahan, tak nak mengganggu orang lain di dalam panggung itu.
"Elok-eloklah sikit! Hormat orang sikit," si lelaki memberi amaran kepada Adib sebelum berpaling ke depan.
Adib senyum sebelum dia merendahkan sikit badannya mendekati kerusi si lelaki, "Bro, kalau kau nak orang hormat kau. Apa kata kau hormat orang lain dulu? Sini bukan bilik tidur kau, nak bermesra-mesra, nak geli-geli bagai. Malu kat orang lain dengar awek kau merengek-rengek, tergedik-gedik. Tapi yelah kan, orang macam kau mana tahu malu pun. Kalau dengan Tuhan pun kau tak malu, apalah sangat nak malu dengan manusia!"
Si lelaki dan si perempuan yang tadinya saling berpegangan tangan, melepaskan tangan masing-masing!
"Selamat menonton." Ucap Adib sebelum kembali menyandar pada kerusinya.
Faridatul tersenyum. Not bad!
Sepuluh minit kemudian,
"Baby, tak naklah! Malulah. Nanti orang belakang tegur lagi. Hihi! Baby, gelilah!"
"Ala, geli-geli sikit je, sayang!"
"Baby ni... hihihi!”
Faridatul merengus. Cawan kertas berisi Pepsi dibuka penutupnya sebelum dia mendekatkan mulut cawan pada kepala si perempuan.
Adib pandang Faridatul sebelum tersenyum. Cawan kertas yang masih berbaki air Ice Lemon Tea di dalamnya, dibuka penutup sebelum mulut cawan tersebut turut didekatkan dengan kepala si lelaki.
Faridatul senyum sebelum dia memberi isyarat pada Adib. Satu... dua... tiga...
"Wei! Gila ke!" Si lelaki sudah berdiri. Si perempuan turut sama berdiri.
"Memang kami dah gila, bengong! Kau kata apa tadi? Geli-geli sikit je? Kepala hotak kau! Kitorang yang geli kat belakang ni kau tak fikir. Elok aku curah air je, kalau aku muntah atas kepala korang? Otak bingai! Dah tegur elok-elok, tak nak dengar! Bangang!" Tengking Faridatul. 
Filem yang ditayangkan, dihentikan tayangan secara mengejut. Petugas panggung wayang segera masuk ke dalam panggung tersebut. 
"Ada masalah apa ni?"
"Ni perempuan gila dengan lelaki sewel ni, curah air atas saya dengan awek saya tanpa sebab!" Si lelaki mengadu.
Adib jungkit kening, "Oh, awek? Baru jadi awek dah pandai nak main geli-geli, eh? Hebat!"
"Fitnah! Mana ada kami buat semua tu," balas si perempuan, berang. Apatah lagi bila mata penonton lain memandangnya sinis.
"Kau nak aku tunjuk rakaman kau dengan pakwe kau menggeli-geli ke?" Ujar Faridatul dengan kening terjungkit-jungkit.
Si perempuan menghentakkan kakinya sebelum dia berlari keluar dari panggung itu. Si lelaki pula terkedek-kedek mengejar langkah si kekasih hati.
Si petugas panggung wayang memandang Adib dan Faridatul, "Maafkan saya, ya encik, cik. Sila ikut saya ke pejabat pengurus saya."
"Eh, apahal pulak?" Adib bersuara, lantang! "Kami berdua cuma mengamalkan amar makruf nahi mungkar, salah ke?"
"Tapi encik..."
"Eh, dia orang ni tak salah. Patutnya pasangan tadi awak pergi pejabat pengurus awak. Dia orang cuma nak hentikan gangguan yang pasangan tadi buat aje. Saya pun rimas dengan dia orang dok merengek-rengek. Saya datang sini nak tengok wayang filem, bukan nak tengok orang buat filem dia orang sendiri," seorang lelaki yang duduk di hadapan kerusi pasangan tadi laju membela Adib dan Faridatul.
Si petugas panggung wayang tersebut mengeluh, "Baiklah. Maaf ya encik dan cik."
Sebaik saja si petugas itu keluar dari panggung, Adib ukir senyum pada lelaki itu, "Terima kasih, encik."
"Not a problem. Awak dah tolong halau orang tak bermoral, apa salahnya kami tolong awak semula."
Adib mengangguk sebelum dia dan Faridatul kembali duduk di tempat mereka.
"Wei, Peah."
"Apa?"
"Kau datang sorang, kan?"
"Kenapa?"
"Lepas habis wayang ni, teman aku makan jom. Aku belanja."
Faridatul angkat bahu tanda tak kisah. Dari pergi makan sorang-sorang, baik aku makan dengan mamat ni, "Okey! Aku pun memang nak makan lepas ni."
"Cool!" Adib mengangguk sebelum kembali fokus pada hantu yang keluar di skrin besar.

Adib pandang Faridatul yang sedang mengunyah ayam, "Kau memang lapar, eh?"
"Everytime! Tak pernah ada satu masa pun aku tak lapar."
Adib ketawa, "By the way, nama kau memang Peah eh?"
Faridatul tersedak sikit. Dia capai gelas berisi Lemonade sebelum menghirup sedikit air di dalam gelas, "Ehem..."
Adib menggeleng sebelum ketawa. Tangannya mencapai tisu sebelum diberi pada Faridatul, "Itulah. Gelojoh sangat macam daging-daging ayam ni nak lari."
"Kaulah! Tanya soalan tiba-tiba."
"Apa yang tiba-tibanya? Aku cuma tanya betul ke nama kau Peah."
"Kenapa kau sibuk nak tahu nama aku apa? Kalau betul nama aku Peah, kenapa? Kau ada sejarah gelap dengan perempuan nama Peah ke?"
"Excuse me, lady. Tak pernah dalam sejarah aku, awek aku nama Peah."
Faridatul memuncungkan mulutnya sebelum daun salad dicapai. Kepingan daging ayam yang siap dibakar diletakkan di atas daun salad. Dia kemudiannya mengambil cebisan kimchi sebelum diletakkan di atas daging itu. Daun salad itu kemudiannya dilipat dua sebelum dimasukkan ke dalam mulutnya! Errmm! This is heaven!
Adib mengangkat kening, "Kau makan style apa ni, wei? Kau tengok, semua orang pakat tengok kau."
Faridatul mengunyah salad wrap itu sebelum dia memandang ke sekeliling, "Ala, biarlah! Bukan kita makan free. Plus, this is Seoul Garden, dude! Orang Korea makan daging bakar macam ni lah."
"Wei, Peah... kau memang makan free sebab aku yang belanja kau makan."
"Mengungkit! Kau yang kata nak belanja aku tadi."
"Bukan mengungkit, cuma mengingatkan kau." Ujar Adib sebelum dia menyendukkan tomyam ke dalam mangkuknya. 
Faridatul memandang Adib, "Wei, nama kau apa?"
"Adib."
Faridatul tiba-tiba tersengih lebar, "Kau nak try makan salad wrap? Aku buatkan untuk kau, nak?"
"Sedap ke?"
"Kau tak try lagi. Mana kau tahu," Faridatul menjungkit-jungkit kening.
Adib menghela nafas, "Yelah. Tolong buatkan satu untuk aku."
Faridatul senyum. Dia dengan ceria mencapai daun salad.
Adib tongkat dagu sebelum dia tersenyum memandang Faridatul. Kuat makan, garang... apa lagi?

"Kau nak balik ke lepas ni?"
Faridatul menjungkit bahu, "Entah. Baliklah kot. Kenapa?"
"Saja tanya," ujar Adib sebelum berjalan. "Nak aku hantarkan ke?"
"Tak payah. Bas banyak, teksi berlonggok."
Adib angkat bahu, "If you say so."
"Wei, kenapa ramai orang berkerumun dekat situ? Jom pergi!" Ajak Faridatul, teruja.
"Ala, orang buat jualan langsunglah tu! Malaslah nak pergi. Sesak, ramai orang."
"Wei, jomlah!" Faridatul terus menarik lengan Adib mendekati manusia-manusia yang sedang berkerumunan.
Dalam bersesak-sesak, wajah Adib berubah melihat gadis yang sedang berdiri di atas pentas.
Faridatul memuncungkan mulutnya bila terbaca bunting yang digantung di kawasan itu, "Ala, siaran langsung rancangan Gosip Panas rupanya."
Adib senyap. Matanya masih memandang perempuan yang sedang tersipu-sipu apabila ditemuramah.
"Anida, baru-baru ni ada gosip yang awak bakal mengakhiri zaman bujang awak. Apa komen Anida?"
"Saya tak nak komen banyak cuma saya boleh kata yang memang sekarang saya tengah mengenali hati budi seseorang. Siapa orangnya, biarlah rahsia dulu."
Adib tarik lengannya yang dipegang Faridatul, "Aku nak balik dulu."
"Eh, kejaplah! Nak dengar lagi pasal Anida ni. Dia tengah famous kan sekarang."
"Kau dengarlah. Aku nak balik."
Nada suara Adib yang dingin buat Faridatul pelik. Kenapa dia ni? Tiba-tiba je.
"Ada satu lagi gosip yang kami dengar yang mengatakan Anida pernah bertunang tapi terputus di tengah jalan. Komen awak?"
"Saya mengakulah, saya pernah bertunang tapi... tak ada jodoh kan?"
"Dah berapa lama bertunang?"
"Biarlah orang tak tahu. Saya nak jaga hati dia, hati keluarga dia, hati keluarga saya lagi..."
Wajah Faridatul berubah. Dia teringat kata-kata Kak Nor. Adib baru putus tunang. Wait a minute...!

Faridatul memutarkan pen di tangannya. Kak Nor yang ada di sebelahnya dipandang, "Kak Nor..."
"Ya?"
"Farid nak tanya sikit boleh?"
"Banyak pun boleh, Farid."
"Yang mamat nama Adib tu kan..."
"Ha, dia. Kenapa?"
"Kak Nor kata dia pernah bertunang kan?"
Kak Nor mengangguk, "Ye. Dia pernah bertunang. Baru lagi putus tunang. Kenapa? Farid berkenan dengan dia, ya?"
"Ehh! Please! Mintak simpang Kak Nor. Farid dah ada boyfriendlah."
"Ala, baru boyfriend, kan?"
Farid ketawa! "Dah, Kak Nor! Kita fokus balik pada topik kita tadi."
"Hah, iyelah."
"Sebenarnya Farid rasa bersalah dengan dia. Semalam kami terjumpa dekat mall, so kami melepak sekali. Then kebetulan ada rancangan televisyen Gosip Panas buat pengambaran kat situ. Kak Nor kenal personaliti tv yang nama Anida tu."
"Eh, kenal! Kak Nor minat sungguh kat dia. Cantik orangnya."
"Hah, dialah jadi tetamu rancangan tu semalam. Si pengacara tu sebut pasal putus-putus tunang dekat Anida tu. Tiba-tiba Adib tu macam sentap. Mungkin dia tak suka kot orang sebut pasal tunang-tunang ni. Dia blah macam gitu je semalam. Farid takut dia marahlah dengan Farid."
Kak Nor mengerutkan dahi, "Eh, kenapa nak marah dengan Farid? Bukan Farid yang sebut pasal tunang-tunang tu."
"Tapi, Faridlah yang ajak tengok orang buat pengambaran tu."
"Kak Nor rasa dia tak marah pun pada Farid. Lagipun, sepanjang Kak Nor kenal Adib tu, dia jarang marah. Eh... tak pernah lagi rasanya Kak Nor tengok dia marah. Dia tu paling nakal tapi paling baik. Kalau kawan dia si Mike tu, mula-mula kenal macam gangster, sebab dulu rambut dia panjang satu, lepas tu jarang nak mesra-mesra sangat dengan pelanggan. Tapi lepas kenal, dia tu sama nakal aje dengan si Adib. Jet pulak, dia mesra tapi tak nakal sangat. Dia pernah menduda tapi dah kahwin semula. Apek pulak, dia tu serius sikit tapi lama-lama kenal, tahulah dia baik."
"Kak Nor, kita cerita pasal Adib je kot. Kak Nor tarik sekali kawan-kawan dia kenapa?" Faridatul ketawa.
Kak Nor turut ketawa, "Tak boleh tinggallah Farid. Kalau cakap pasal geng tu, tak sah kalau tak sebut salah seorang daripada mereka."
Faridatul berdiri, "Kak Nor, Farid nak pergi kafe sebelah kejap. Kak Nor nak pesan apa-apa?"
Kak Nor menggeleng, "Tak ada kot tapi Farid bawaklah telefon. Kot karang Kak Nor ke, mama Farid ke nak makan... boleh terus mesej Farid."
Faridatul mengangguk sebelum dia keluar dari klinik.

"Best ke tengok wayang semalam?" Mike tersengih pada Adib.
Adib menjeling, "Bestlah, gila! Tambah best sebab dapat tengok orang buat wayang free."
Mata Mike terbuntang, "Aiseh, rugi aku tak ikut kau!"
"Gila! Aku bagitau Sarah..."
"Kau pergi tengok wayang dengan siapa semalam?" Jet jungkit kening.
"Soranglah, mangkuk! Kau ingat aku tengok wayang dengan siapa?"
"Manalah tahu... kau kan buaya. Kotlah semalam tiba-tiba berteman."
Adib yang sedang mengelap meja tiba-tiba panggung kepala, "Eh?"
"Kenapa?"
"Baru aku teringat."
"Teringat apa?"
"Semalam aku..."
Pintu kafe yang ditolak dari luar buat mereka bertiga mengalihkan pandangan ke arah pintu.
Mike senyum, "Uuu... Cik Peah klinik sebelah sudah mari."
Jet senyum, "Jodoh kau dari klinik sebelah dah sampai."
Adib ketawa, "Awek orang aku tak sailanglah, gila."
"Mana kau tau dia awek orang?" Mike pandang Adib.
Adib sengih, "Wei, Peah! Mencemar duli nampak masuk kafe aku. Tak berat punggung pulak kau hari ni."
"Suka hati akulah," Faridatul buat muka pada Adib sebelum mengukir senyum pada Jet dan Mike.
"Aku lapar. Aku datanglah nak makan."
Adib menggelengkan kepala, "Kau ni memang tak pernah tak lapar, kan?"
"Tau tak apa," ujar Faridatul selamba.
"Pergi duduk dulu. Karang aku hantar menu."
Faridatul menganggukkan kepala sebelum meninggalkan kaunter.
Mike pandang Jet. 
Jet pandang Mike.
Mike kerutkan dahi sebelum memandang Adib, "Sejak bila kau dengan Cik Peah tu berbaik?"
Adib tarik senyum, "Sejak kami tengok wayang sama-sama semalam." Dan dia terus melangkah meninggalkan kaunter.
"Say what?!" Mike angkat kening. Jet buntangkan mata.
Adib, Kasanova Malaya tengok wayang dengan Cik Peah klinik sebelah? 
"Sejak bila Adib tackle minah tu? Sampai pergi tengok wayang sama-sama. Eh, tapi tadi Adib kata dia tengok sorang-sorang." Jet garu kepala.
Mike jungkit bahu, "Aku rasa kan, Adib bukan takat buat delivery makanan... dia delivery hati dia sama ni."
Jet pandang Adib yang sedang bersembang dengan 'Cik Peah' sebelum dia pandang Mike, "Aku rasa betullah dia tengok wayang dengan minah tu."
Mike angkat bahu, "Nanti kita tanya dialah."

"Nah, menu! Karang dah sedia nak order, panggil aku kat kaunter!"
"Eh, Adib!"
Adib kalih, "Ya?"
"Kau marah dengan aku ke?"
"Apahal aku nak marah dengan kau pulak?" Adib garu kepala.
"Taklah. Semalam, lepas aku ajak kau tengok rancangan Gosip Panas tu, kau blah gitu je. Tak tunggu aku."
Muka Adib berubah sikit, "Oh! Taklah! Semalam aku sakit perut, tu aku blah."
"Ye eh? Bukan sebab pengacara tu sebut pasal putus tunang?"
"Kau tau ke?"
"Tau apa?"
Adib duduk di hadapan Faridatul, "Aku pernah bertunang dengan dia?"
"Dia? Dia siapa?"
"Anida. Kau tau mana aku pernah bertunang dengan dia?"
Faridatul buntangkan mata, "Kau dulu bertunang dengan Anida?!"
"Kenapa kau nampak terkejut sangat ni? Bukan kau dah tau ke?"
"Ya, aku dah tau kau pernah bertunang tapi aku baru tau kau dulu bertunang dengan Anida."
Muka Adib berubah, "Wei, kejap! Maksudnya kau baru tahu yang ex-tunang aku Anida?"
Faridatul mengangguk, "Er... ya!"
Adib raup muka! Damn! "Mana kau tahu aku pernah bertunang?"
"Kak Nor cerita."
Adib hela nafas, "Peah, aku mintak kau tolong rahsiakan pasal aku dengan Anida. Please? Aku tak nak orang tahu yang dia bekas tunang aku."
"My lips are sealed."
"Janji?"
"Janji!" Faridatul angkat tangan.
Adib mengangguk sebelum bangun, "Aku nak sambung buat kerja."
"Semalam kau blah dari tempat tu sebab dialah, kan? Bukan sebab kau sakit perut, kan?"
Adib kembali duduk sebelum dia mengangguk, "Aku tak boleh tengok muka dia. Aku jadi marah, bengang."
"Kau nak cerita dengan aku kenapa kau tak boleh tengok muka dia?"
"Kau nak dengar ke cerita aku?"
Faridatul mengangguk, "Kalau kau nak cerita."
Adib senyum tawar, "Dia yang mintak putus dengan aku atas alasan yang tak munasabah."
"Apa alasan dia?"
"Kerja aku sebagai pembancuh kopi dekat kafe ni tak mampu nak bagi dia kebahagiaan."
Faridatul buntangkan mata, "What?!"

"Childhood loves, huh?" Faridatul angkat kening.
"Not really. Dia suka kat aku tapi aku reject dia because she is not that pretty at that time."
"So, kau pandang rupa!"
"Hey, dude! Aku tingkatan tiga kot waktu tu. Waktu tingkatan tiga, kau cuma akan akan berpasangan kalau orang tu hot, cantik, lawa."
"So... kau nak kata kau hot, cantik dan lawa?"
"No, dude! Aku hot, handsome and popular."
Faridatul ketawa, "Perasan! Then, what happened?"
"Couples of years back, kami berjumpa semula. She's pretty, famous and hot. Dua bulan lebih aku mengorat dia. Then, dia terima aku. We fell in love, got engaged and recently we just called-off the engagementl"
"Dan dia putuskan pertunangan korang sebab kau cuma seorang barista yang tak ada masa depan."
"Wow, kau buat aku rasa aku macam loser!" 
"Kau suka dia lagi ke?"
"Entah. But jujurlah aku cakap, lepas aku nampak dia semalam... aku jadi marah. Aku marah sebab dia berpura-pura depan semua orang. Aku tak suka tengok senyuman dia. Bila dia senyum, mak aku tengah bersedih."
"Kau tak rasa dia cuma nak balas dendam dekat kau? I mean, kau pernah reject dia. Mana tahu dia nak balas dendam."
"Bodoh gila kalau dia nak balas dendam macam tu. Kalau nak balas dendam, balas dekat aku sorang. Jangan babitkan family kami," ujar Adib, separuh jengkel.
"Whoa, relakslah! Jangan lepas kat aku. Aku cuma bagitahu kemungkinan yang mungkin boleh terjadi."
"Aku tak lepas kat kau. Aku cuma geram," Adib sengih, "But look on the bright side, I'm a happy, single man yang tak terikat dengan apa-apa komitmen."
Faridatul mencebik, "Lelaki memang tak suka komitmen, huh?"
"Aku tak tahu lelaki lain tapi kalau kau kenal Mike dan Jet, kau takkan keluarkan kenyataan lelaki tak suka komitmen."
"How about you?"
"Aku? Aku pernah bagi komitmen aku, tapi orang tak hargai... so, aku simpanlah rasa nak berkomitmen tu dulu sampai aku jumpa yang sama-sama rela berkomitmen dengan aku."
Faridatul tersenyum. Telefon pintarnya dipandang, "Kau ingat orang yang kau cakap semalam waktu kau rampas telefon aku?"
"Ingat."
"Well, kami bukan couple or maybe we are. Aku pun tak tau. Tak pernah declare but most of my time, I spent with him."
"So... kau assumed semua lelaki tak suka komitmen sebab dia?"
"Kinda. Dia buat aku rasa istimewa hari ni tapi esoknya, bila aku cakap pasal komitmen... dia akan buat aku macam kawan biasa."
"Kenapa kau tunggu lagi? Angkat kakilah, wei!"
"Not that easy. Bila aku nak blah, dia datang... bawak macam-macam rasa. Bila aku stay, dia blah... buat macam aku tak wujud," Faridatul mengeluh, "And pasal kes semalam, sepatutnya aku yang merajuk sebab dia lupa janji nak tengok wayang dengan aku tapi sekarang, dia yang tak nak contact aku, aku hantar mesej tak balas, aku call tak angkat."
"Boyfriend kau tu pengkid ke macam mana?"
"Woi, mangkuk! Cakap baik sikitlah. Kau ingat aku lesbian ke?"
Adib ketawa, "Lepaklah, gila! Aku tengah jadi sarkastik, tahu? Aku cakap pakwe kau tu pengkid sebab dia emo macam perempuan."
Faridatul buat muka, "Wei, aku lapar!"
"Ngok, tadi aku suruh kau order, kau ajak aku sembang!"
"Biarlah!"
"Kau nak makan apa ni?" Adib berdiri.
"Spaghetti bolognaise dengan hazelnut latte."
Adib mengangguk sebelum berlalu ke kaunter minuman.
"Lama dating..." giat Mike.
Jet ketawa, "Kau ni. Kasi canlah, wei! Orang baru nak keluarkan kuku, nak serang mangsa. Jumpa stok awek baru, nampakkk..."
"Bangang! Dia tu mana boleh jadi stok awek."
"Apahal pulak?" Mike jungkit kening.
"Bersembang dengan dia macam bersembang dengan korang bertiga. Basically, dia tu gabungan korang dua orang dengan Apek."
Jet ketawa, "Dude, kalau betul dia tu gabungan kami bertiga... maksudnya dia perlukan kau untuk lengkapkan satu geng kita."
"Blah! Nak jual idea luar alam, pergi jual dekat Apek! Oh by the way..." Adib pandang Mike, "Mike, hazelnut latte satu."
Mike buat tanda okey sebelum dia mula membuat minuman yang dipesan oleh Cik Peah.

"Farid, apa termenung jauh ni? Mama tengok Farid renung televisyen tu macam nak tembus aje."
Faridatul tersengih mendengar pertanyaan Doktor Hidayah, "Mama, mama rasa pengacara tu cantik tak?"
"Anida tu?" Doktor Hidayah memandang skrin televisyen sebelum menggeleng, "Anak mama ni lagi cantik..."
"Ha. Ha. Ha!" Faridatul ketawa tak ikhlas, "Mama perli Farid, eh?"
"La, mama seriuslah. Anak mama memang cantik."
Faridatul menggeleng, "Serius, mama. Mama rasa dia cantik tak?"
"Biasa je. Waktu dia mula-mula mengacara dulu memang cantik tapi sekarang mama tengok solekan dia makin tebal, bajunya makin ketat."
"Amboi, mama... bukan main."
"Betullah. Lagipun sekarang ni kan dia popular sebab gosip. Bukan sebab rancangan dia pun."
Faridatul mengangguk. 
"Kenapa Farid tanya pasal dia?"
"Sajalah Farid tanya."
Doktor Hidayah tersenyum.
"Mama..."
"Hmm...?"
"Papa memang tak nak balik rumah dah ke?"
Doktor Hidayah tersenyum tawar, "Tak tahulah, Farid. Biarlah. Papa kan dah ada keluarga baru."
Faridatul peluk bahu Doktor Hidayah, "Tak apalah, ma. Farid kan ada. Biar Farid jaga mama sampai bila-bila..."
"Terima kasih, sayang."
"Sama-sama, mama."

"So, macam mana kau boleh rapat dengan Cik Peah?" Tanya Jet sebelum menghirup Americano di dalam cawan.
"Wei, ni Adiblah! Aku bukak mulut sikit je, Cik Peah dah cair..."
"Bangang! Seriuslah oi!" Mike ketawa.
"Semalam kebetulan kami duduk sebelah menyebelah waktu dalam panggung wayang. Then lepas tengok wayang, kami pergi makan sama-sama. Tau-tau je... hari ni kami dah rapat. End of story."
"Aku ingat kau tak suka perempuan garang," ujar Apek.
"Wei, gila! Aku ada sebut perkataan suka ke dalam cerita aku tadi?"
Jet dan Mike ketawa. Apek buat muka, "So, kau tak nak mengorat dia jadi awek simpanan kau?"
Adib ketawa, "Tak nak aku! Dia tu garang, gila! Dahlah garang, kuat makan, banyak tanya, suka kutuk aku, mulut boleh tahan laser... tak nak. Tak nak."
"Ha! Sesuailah tu dengan kau. Kau tu banyak main, orang tanya, kau buat main, kuat kutuk orang, makan tak berapa kuat tapi boleh tahanlah, mulut pun laser."
"Bengong, sempat lagi mengata aku. Kalau aku jadi serius, korang kutuk aku tak fun lah, apalah. Aku kentut kat muka sekor-sekor karang!"
"Eh tapi kan..." Jet pandang Adib.
"Apa?"
"Betul ke nama dia Peah?"
Adib senyum sebelum sebuah purse berwarna merah hati diangkat, "Faridatul Afifah. Tu nama betul dia."
"Mana kau dapat purse dia tu?" Mike angkat kening.
"Dia tertinggal dekat kaunter lepas buat bayaran tadi."
"Nama dia apa tadi?" Apek bertanya.
"Faridatul Afifah."
Apek dan Jet sengih, "Hafal wei nama dia. Nanti senang nak akad nikah."
Adib buat muka, "Bengong!"

"Mama, ada nampak purse Farid tak?" Terkocoh-kocoh Faridatul turun tangga bila dia sedar purse miliknya tak ada dalam beg sandangnya.
"Farid, cuba elok-elok sikit turun. Jatuh karang, macam mana?" Doktor Hidayah menggelengkan kepala.
"Purse Farid hilang, ma! Aduhai. IC, lesen semua... macam mana ni, ma?"
"Farid salah letak kat mana-mana kot?"
"Kat mana? Farid dah geledah satu bilik tadi. Macam mana ni, ma? Should I make a report?"
"Sabar, Farid. Nanti kita pergi klinik dulu, mana tahu Farid tinggal dekat klinik semalam."
Faridatul mengeluh sebelum dia duduk di atas kerusi, "Aduhai..."
"Aduh, neng. Kenapa ni?"
"Tak ada apalah, bik! Bik, nanti tak payah kemas ya bilik saya. Saya balik dari klinik mama, saya kemas sendiri bilik tu."
"Tak apa, neng. Saya bisa kemaskan. Itukan kerjanya saya?"
"Ala, bik! Bik kemas bilik mama dengan ruang tamu je dahlah."
Doktor Hidayah tersenyum sebelum bahu bibik ditepuk, "Tak apalah, bik. Ikutkan aje apa yang Farid cakap. Nanti bibik nak masak apa untuk makan malam?"
"Mahu masak itu gulai nangka sama tulang. Itu kegemarannya neng Farid."
"Aww, bibik! You are the best!" Faridatul tersengih.
Doktor Hidayah ketawa, "Makanan kegemaran saya, bik?"
"Saya masak itu sayur kailan goreng ikan masin, ya?"
"Boleh aje, bik!"
Faridatul tersenyum. Hilang semua kegalauan dalam hatinya pasal purse. Yang dia nampak sekarang cumalah wajah ceria mama, wajah gembira bibik dan dirinya. Mereka bertiga. Cukup. Sudah lengkap. A happy family!

Adib melunjurkan kakinya ke depan. Jam di tangan dipandang. Bapak awal dia datang hari hi. Baru pukul 9.00.
"Adib?"
Adib yang mendengar namanya disebut terus panggung kepala. Laju dia berdiri sebelum bibirnya mengukir senyum, "Doktor!"
Doktor Hidayah tersenyum, "Awal datang hari ni? Sakit ke?"
"Eh, tak! Saya nak jumpa Peah."
"Siapa?" Doktor Hidayah kerutkan dahi.
"Er..."
"Adib, kau sakit ke?" 
Doktor Hidayah berpaling ke belakang sebelum dia kembali berpaling memandang Adib, "Oh, nak jumpa Peah yang ini?"
Adib tersengih, "Aah. Peah yang itu."
Doktor Hidayah tersenyum, "Sebelum jumpa dengan Peah tu, boleh Adib tolong saya angkat pintu besi klinik ni?"
"Boleh-boleh. Tak ada masalah."
Faridatul tersengih. Padan muka kau, Adib!

"Kenapa nak jumpa aku?" Faridatul duduk di sisi Adib.
Adib pandang Faridatul, "Aku nak tanya kau. Jawab dengan jujur, ya?"
"Apa?"
"Betul ke nama kau Peah?"
"Kenapalah kau berminat sangat dengan nama aku, eh?"
"Mestilah aku berminat. Mana tahu nanti nama kau yang aku sebut sebagai lafaz akad nanti."
"Gila!"
"So, betul ke nama kau Peah?"
"Ish!" Faridatul merengus.
Adib ketawa. Nak marahlah tu! Purse berwarna merah yang dia simpan di dalam poket dihulurkan pada Faridatul, "Nah!"
Mata Faridatul membulat, "Kau curi purse aku?!"
"Wei, gila! Kalau aku curi takkan aku pulangkan balik?"
Faridatul laju menarik purse yang dihulur oleh Adib sebelum dia menyelongkar isi di dalam purse tersebut.
"Dey, minah! Aku tak ambik apa-apalah. Aku cuma bukak semalam cari kad pengenalan sebab nak tengok siapa pemilik purse."
Wajah Faridatul berubah. Kad pengenalan?
Adib berdiri, "By the way, Faridatul Afifah adalah sebuah nama yang sangat sedap. Kenapa kau bagitahu aku nama kau Peah?"
Faridatul berdiri, "Sebab aku takut kau mandremkan aku, so aku rahsiakan nama betul aku."
"Wei, hello! Kau ingat kau hot sangat ke sampai aku nak mandrem kau? Please lah!"
"Manalah nak tahu! Waktu kita jumpa first time, kau dah tanya nama aku. Manalah tahu kot kau nak buat jahat dengan aku ke!"
"Kau ni mesti kuat tengok sinetron kan?"
Faridatul buat muka, "Mana ada..."
"Farid?"
Faridatul berpaling ke tepi, "Denny."
Adib turut sama mengalihkan pandangannya. Keningnya terangkat sikit. Mamat K-pop mana sesat kat Malaysia ni?

Adib senyum senget sebelum dia menggumam perlahan, "Teruk gila taste kau, Peah!"
Faridatul menjeling Adib, "Diamlah!"
"Siapa ni?" Lelaki yang dipanggil Denny itu mendekati Faridatul, "Boyfriend baru?"
Faridatul jungkit kening, "What is your problem, dude?"
"I datang nak jumpa you tapi suprisingly, I jumpa you with this... gay."
Adib angkat kening, "You call me, what? Gay? Obviously rumah kau tak ada cermin kan?"
Denny senyum sinis, "Kau patut cermin muka kau. Nampak sangat sentap. Orang cakap kalau kau sentap, betullah kau gay."
Adib ketawa, kuat sebelum dia memandang Faridatul, "Dude! Betul aku cakap boyfriend kau ni pengkid! Perangai macam perempuan datang period!"
Muka Faridatul berubah, "Hei, itu satu penghinaan bagi kaum perempuan. Perempuan datang bulan mana ada perangai macam dia ni."
"Farid!" Wajah Denny yang sinis berubah, "Baby, you patut sokong I!"
"Don't call me baby, damn it!" Ujar Faridatul, garang! "Sokong awak? Gila ke apa? Dahlah datang tak diundang! Apa masalah awak, hah? Tiba-tiba datang nak tuduh saya dengan kawan saya bukan-bukan. Dahlah salam apa tak ada!"
"Hei, I bengang okey! You dahlah keluar tengok wayang dengan lelaki lain."
"Wei, bangang! Siapa yang mungkir janji dengan aku dulu? Siapa yang janji tak tepati? Bukan kau ke?" Bahasa Faridatul dah berubah menjadi lebih kasar.
Adib tekup mulut nak tahan ketawa. Padan muka kau! Mendapatlah kau panggilan bangang! Tahniah!
"Baby!"
"Jangan nak baby-babylah! Aku telefon kau semalam, mesej kau... haram tak ada balasan. Dan hari ni, tiba-tiba kau datang nak baby-baby dengan aku! Dah hilang akal?"
Denny menjeling Adib, "Apa kau dah buat dengan Farid, hah?"
Adib angkat kening, "Obviously aku pergi tengok wayang dengan dia, kami buat macam-macam kot hari tu. Kami buat semua benda yang kau janji nak buat tapi kau tak buat pun!"
"Look, Denny! Sampai bila kau nak mainkan aku? Semalam, aku nampak kau online kat Facebook tapi kau ignore mesej aku. Kau happy, kau blah. Kau lonely, tak ada kawan... kau cari aku. Aku bukan mainan tau?"
Wajah Denny berubah, "Mana ada I mainkan you, Farid. You tahu kan I sayangkan you?"
"Sayang? Denny, jangan sebut sayang kalau kau tak maksudkan. Bukan sekali kau buat aku macam ni. Kau anggap aku apa sebenarnya, Denny? Kawan? Kekasih? Atau teman untuk kau berhibur waktu kau sunyi semata-mata?"
Denny terdiam.
"Baliklah, Denny! Aku tak nak jumpa kau dah. Jangan pernah mesej aku, jangan pernah cari aku lagi."
"Farid."
Faridatul pandang Adib, "Halau dia kejap. Please..."
"Wei, gay! Baliklah. Orang dah tak nak jumpa kau. Blahlah,"
"Diam!" Denny angkat jari, "Farid, I sayang you. Serius I cakap. I takkan pernah berputus-asa dengan you."
"Blahlah, bangang!!" 
Adib dan Denny sama-sama tersentak. Mangaii... kuat gila minah ni jerit!

"Kau okey ke?"
"Do I look okay?"
Adib angkat bahu, "Tapi serius aku cakap, taste kau kelaut!"
Faridatul menjeling Adib, "Hahaha! Kelakarnya."
"No, seriously! Okeylah, kau nak minat K-pop, minatlah tapi janganlah jadi bangang nak tiru rambut, tiru fesyen, siap bermekap. Gila kot!"
Faridatul ketawa, "You're right, you know?"
"Apa?"
"He's gay!"
"Seriously?"
"Ntah. Aku cakap je. Honestly, aku selalu tegur cara dia berfesyen. Dia kata no, this is k-pop!" Faridatul tersengih, "Cuma k-pop versi dia sangat hodoh."
"So, kau ngaku taste kau teruk?"
"Mungkin!"
"Kenapa kau tiba-tiba buat keputusan untuk angkat kaki dari relationship kau?"
"Sebab semalam aku dapat private message dari awek dia."
"Huh?"
"Dia dah ada awek. Based on what the girl said, dia orang dah lama cumanya Denny ni asyik dengan aku sebab duit. Well, my mom is a doctor. So dia expect aku banyak duitlah kot."
"So, maksudnya kalau korang keluar selalu kau yang belanja?"
"Yup! And you know, sekarang aku rasa macam bodoh gila."
"O... kay..." Adib mengangguk, "So, bila kau nak belanja aku?"
"Bengong, Adib!" Faridatul ketawa, "Tapi, satu lagi reason aju angkat kaki sebab papa aku. Honestly, I can see my dad in him. Bunyi macam kelakar tapi itu hakikat. Papa aku pun macam Denny, janji macam-macam tapi tak ada satu pun janji dia yang dia tepati. Sejak papa aku kahwin lain, aku dah tak pernah jumpa papa aku. Dia contact aku lagi. Dia cakap dia rindu dan dia janji nanti dia akan balik rumah mama tapi sampai ke hari ni, dia tak pernah muncul. Mesej-mesej dia, dulu selalu aku dapat. Sekarang, aku dah tak dapat. Aku mesej dia, tak pernah berbalas."
Adib terdiam.
"Papa aku kahwin lain waktu aku dekat matrikulasi. Dan sejak hari tu, aku tak pernah jumpa dia. Baru-baru ni ada ura-ura dia nak kahwin lain. Kalau dia nak kahwin lain pun, kahwinlah. Aku tak nak ambik tahu."
"Kau benci ayah kau?"
"Aku tak benci dia cuma aku tak suka tengok dia sakitkan hati mama. Mama tu baik kot! Tak pernah sekali dia curang tapi papa...?" Faridatul mengeluh, "Papa guna alasan mama tak boleh mengandung lagi untuk kahwin lagi satu. Walaupun dia bagi nafkah pada mama tapi bukan duit yang mama nak. Duit bagi, kasih sayang simpan."
"I feel sorry for you."
"Don't be. Mama kata ni ujian Allah pada dia, jadi dia terima."
Adib senyum, "Mama kau kuat."
"I know," Faridatul mengangguk.
"Wei, Peah!"
"Apa?"
"Macam mana mamat K-pop tu boleh ada awek eh? Awek dia buta ke macam mana? Dia tu obviously gay!"
Faridatul ketawa! 
Adib yang melihat Faridatul ketawa, tersenyum. Ketawalah, Peah! Ketawa itu penawar duka, kata orang.
Bunyi pintu ditolak buat Adib panggung kepala.
Apek yang berdiri di pintu jungkit kening, "Kau buat kafe jadi tempat dating?"
"Wei, bangang! Mana adaaa. Is ada kat dapurlah, gila!"
Faridatul kalih memandang Apek. Dia tersenyum sikit.
Apek ukir senyum sebelum dia menumbuk bahu Adib, "Apa barang bawak awek dating dekat kafe? Jangan jadi Jet, please!"
"Wei, Sepet! Aku dengan Peah bukan datinglah!" Adib berjalan masuk ke dapur sambil menjerit, "Kau ingat aku macam Jet ke bawak Iman dating kat kafe? Woi, jangan ignore aku gila!"
Faridatul ketawa. Adib, thanks!

"Adib."
"Yo!"
Jet pandang Mike sebelum mereka berdua ukir senyum, "Dengar kata pagi tadi kau dating dengan Peah."
Adib tepuk dahi, "Sepet!"
Apek berdiri bersandar bahu pada pintu dapur, "Wei, gosip panas kot!"
"How I wish that budak kecik ada kat sini untuk buat Apek terdiam tak boleh cakap apa-apa," Adib pura-pura menggeleng kesal.
Wajah Apek berubah sedikit sebelum dia masuk semula ke dapur, "Aku rasa ayam aku hangit! Will come back later."
"Uuu... burned!" Mike ketawa.
"So, kau dengan Peah... " Jet merapatkan jari telunjuk kedua-dua belah tangannya di depan Adib.
"Kau jangan nak merepek, syaiton!" Adib buat muka, "Kami kawan jelah."
"Yelah. Mula-mula kawan, lama-lama kahwin," ujar Mike sambil tersengih.
"Mike, ini bukan cerita kau dengan Sarah eh?" Ujar Adib sambil ketawa.
Mike buat muka, "Adib, kau tau berita Nida nak bertunang hujung bulan ni? Ibu aku telefon kata dia dapat jemputan. Kau tak tanya umi kau?"
Adib yang sedang membuat latte art tersenyum, "Umi aku tak tahu. Dia jemput aku."
Jet pandang Adib, "Maksud kau?"
"Dia personally hantar mesej jemput aku ke majlis pertunangan dia. Kad jemputan ada jugak dia hantar tapi aku suruh kak long buang sebelum umi aku baca."
"Kiranya umi kau tak tahu yang Nida nak bertunang pulak?" Mike meletakkan Kiwi Mojito yang selesai dibancuh ke atas dulang.
"Umi aku still tak boleh terima hakikat yang kami putus tunang. Dia tak boleh terima hakikat yang aku takkan berkahwin dalam masa yang terdekat ni."
"Maksudnya umi kau tak sabar nak tengok anak teruna dia yang ini kahwin!" Ujar Jet sebelum menepuk bahu Adib.
Adib senyum, "Umi selalu cakap waktu dia dah tak lama dan dia nak sangat tengok aku kahwin tapi... entahlah, aku rasa better aku tak kahwin kot. Aku boleh jaga umi. Kak long dah nak pindah ke Sungai Petani. Kak ngah, tengah tunggu tawaran nak sambung PhD dengan suami dia. Kak chik pulak dah pindah Pahang. Kalau semua kakak-kakak aku keluar, siapa yang nak jaga umi aku?"
"Sebab tu kau kena kahwin, gila! Kau kahwin, isteri kau boleh jaga umi kau while you are working."
Adib ketawa, "Kalau aku nak kahwin, tunggu aku jumpa perempuan yang tak pandang harta dan kerjaya aku."
"Dude, kau dah jumpa!" Ujar Mike, "It's Cik Peah klinik sebelah."
"Yeah, right dude!" Adib senyum lalu menggeleng. Aku dengan Peah? Tak nak aku!

Adib tunduk mengunci pintu kafe. Hari ni, dia orang yang terakhir di kafe. Semuanya sebab dia tertinggal telefon di dalam bilik rehat.
Dia berdiri dan dia berpaling ke belakang. Hampir saja dia menjerit apabila melihat seorang perempuan berdiri di keretanya, "Nida!”
"Sorry kalau I buat you terkejut."
"You buat apa kat sini?"
"I datang sebab I nak jumpa you."
Adib kerling jam di tangannya, "Sorry. I've got to go. Dah lewat. Umi I sorang-sorang kat rumah. I'm sorry."
"Adib, please! I datang sebab I nak bagi you option."
"Apa maksud you? I tak perlukan apa-apa option dari you."
"I akan tinggalkan lelaki tu kalau you cari kerja lain."
"Hah?"
"I sayangkan you, Adib. I need you tapi... I tak boleh bersama dengan you kalau you still nak kerja sebagai pembancuh kopi, Adib. I nak masa depan yang indah dengan you."
"Dah tu, you buat apa kat sini? Obviously masa depan kita tak indah. Move along, Nida."
"Sebab tu I datang nak berikan you option. I bagi you pilihan, tinggalkan kerja you as pembancuh kopi, find a decent job dan I akan bersama dengan you. Ataupun you stay sebagai pembancuh kopi dan kita takkan bersama."
"Nida, you tak ada hak suruh I pilih apa yang I nak dalam hidup I. You nak lelaki kaya dan you dah dapat, kenapa nak babitkan I lagi dalam drama hidup you?"
"Tapi I tak sayangkan dia. I sayangkan you."
"Sayang? Kalau you sayang I, you akan tahu apa yang I nak dalam hidup I. You akan tahu yang dari dulu I nak bancuh kopi. Bukan mudah untuk I, Jet, Mike dan Apek nak bina kafe ni dan sekarang you dengan senangnya nak suruh I tinggalkan hasil usaha kami berempat? Seriously?"
"Adib, I tak nampak masa depan yang cerah untuk kita. Untuk you, untuk I dan untuk anak-anak kita kalau you keep on jadi pembancuh kopi."
"Satu, kita memang tak ada masa depan bersama. You and I, we're never ever getting back together. Thanks, Taylor Swift. Dan yang kedua, kita takkan ada anak-anak. Seriously. I tak nak anak-anak I ada mak yang memandang kebendaan semata-mata."
"Adib!"
"I rela tak bersama dengan you dari tinggalkan kerjaya I sebagai pembancuh kopi Gulp! Kafe."
Nida mengeluh, "Adib..."
"Bye, Nida! Semoga hidup you sentiasa diberkati Tuhan. Assalamualaikum," dan tanpa berpaling, Adib terus masuk ke dalam keretanya.

"Mama, Farid dah tak ada apa-apa dengan Denny."
"Huh? Denny mana ni?"
"Ala, yang datang raya rumah tahun lepas."
Doktor Hidayah membelai rambut Faridatul yang panjang, "Farid pernah ada apa-apa ke dengan dia?"
"Tak pun. Sebelum ni teman tapi mesra je kot. Tapi kot jelah. Sebab Farid pun tak tau apa hubungan kami sebenarnya."
"Farid, mama ada benda nak cakap ni."
"Apa, ma? Mama nak buat tuntutan fasakh ke?"
"Faridatul Afifah!"
"What? Farid teka aje. So, mama nak cerita apa?"
"Papa call mama tadi."
Wajah Faridatul berubah, "Dia nak apa?"
"Faridatul Afifah, dia yang awak maksudkan tu papa awak tau?"
"Farid tau. So, papa nak apa mama?"
"Papa nak ajak kita sekeluarga makan malam esok."
Wajah Faridatul berubah, "Maksud mama?"
"Papa ajak mama, Farid, mak uda Farid dan adik-adik Farid makan malam sama-sama esok."
"Farid tak nak pergi."
"Farid!"
"Mama, papa nak buat drama apa pulak kali ni? Farid dah tak larat nak layan sandiwara papa, mama. Tolonglah!"
"Faridatul Afifah..."
"Mama, kalau mama bagi Farid duit sejuta ringgit pun, Farid tak akan pergi. Kalau papa rasa makan malam esok untuk betulkan semua kesalahan dia, mama bagitahu papa... dia dah terlambat!"
"Faridatul Afifah!"
"Farid naik atas dulu!" Tak menunggu lama, dia berlari naik ke biliknya di tingkat atas. Doktor Hidayah cuma mampu mengeluh.

Adib yang baru nak melelapkan mata, membuka semula matanya apabila terasa getaran di bawah bantal. Telefon yang diletakkan di bawah bantal ditarik. Matanya digenyeh perlahan sebelum panggilan itu diambil, "Assalamualaikum. Kedai Makan Che' Nah..."
"Waalaikumussalam," suara di talian kedengaran seperti sedikit serba salah, "Ni kedai makan ke? Bukan nombor telefon Adib ke?"
Adib ketawa, "Adib bercakap. Sorry, tadi saja main-main. Ni siapa ya?"
"Aku."
"Aku siapa, gila? Memang aku kenal orang nama aku."
"Peah."
Adib buka mata yang separa pejam, "Faridatul Afifah?"
"Wei, mangkuk! Tak payahlah sebut nama penuh aku."
Adib ketawa, "Ha, ni baru betul kau! Yang mula-mula tu suara buat ala lemah gemalai kenapa?"
"Kau tengah tidur ke?"
"Eh, tak! Aku tengah berenang atas katil ni ha.." Adib ketawa, "Wei, kau okey ke? Kau macam tak okey aje ni."
"Aku tak boleh tidur."
"Kira kau nak aku dodoikan kau?"
"Tak..." Faridatul leretkan suara.
"Kau apahal, gila? Ada benda yang mengganggu minda?"
"Papa aku... ajak dinner esok."
Adib tolak selimut yang menyelimuti kakinya, "Pergi ajelah. Kau nak serabut kepala kenapa?"
"Kau teman aku?"
"Kau gila?"
Faridatul terdiam.
"Peah?"
"Sorry..."
"Wei, janganlah macam ni."
"Aku tak nak pergi! Aku takut aku akan cakap sesuatu yang sakitkan hati papa, sakitkan hati mama. Aku tak nak! Aku tak nak kenal adik-adik tiri aku. Dah bertahun-tahun, kenapa baru sekarang nak kenalkan aku dengan mak tiri aku? Kenapa baru sekarang nak kenalkan aku dengan adik-adik tiri aku? Aku tak nak kenal dia orang! Aku tak nak!" 
Adib terdiam mendengar esakan halus di talian sana, "Wei, Peah..."
"Aku... tak nak..."
"Janganlah menangis, wei! Aku tak reti pujuk perempuan wei. Janganlah macam gini."
"Kau kan pernah bertunang, takkan pernah pujuk tunang kau?!"
"Wei, ex tunang aku mana pernah menangis!"
Faridatul terus-terusan menangis.
Adib garu kepala! Bala! Bala! "Terpulanglah... mau jadi apa. Mau jadi hantu, mau jadi buaya! Terpulanglah... mau bikin apa, mau bikin masalah, sila teruskan saja."
Faridatul tertawa kecil, "Kau tengah menyanyi ke bersyair? Lagi satu, mana ada orang pujuk nyanyi lagu macam gitu. Kau ni gila, kau tau?"
"Kaulah gila! Telefon aku, nangis! Lagi satu, lagu tu catchy kau tau."
Faridatul ketawa! Lantang.
Adib ukir senyum lega, "Kau dah okey?"
"Kau tau, kaulah lelaki pertama yang buat aku menangis sambil gelak tau?"
"Aku anggap kau tengah puji aku. Thanks, Peah!"
Faridatul ketawa lagi, "No. Thanks, Adib! At least, aku rasa bahu aku ringan sikit."
"Dinner kau tu pukul berapa esok?"
"Entah. Lapan maybe," jawab Faridatul, masih tersedu di talian sana.
"Aku try mintak off untuk esok malam dekat kawan-kawan aku. Aku teman kau."
"Kau... serius?"
Adib garu belakang kepala, "Aku tak nak member aku jadi anak derhaka, mencarut kat bapak sendiri."
"Terima kasih, Adib. Hei, kalau kau tak nak teman aku, tak payah susah-susah teman aku. Aku okey kot esok."
"Dude, aku tak nak kau menangis-nangis kat dalam telefon besok! At least biar kau menangis depan-depan aku, baru syok nak bahan!"
"Bangang!"
Adib senyum, "Faridatul Afifah, lepas letak telefon, pergi ambik wuduk. Buat solat sunat, mengaji ke apa. InsyaAllah nanti kau akan rasa lebih okey."
"Kenapa sebut nama penuh aku?"
"Kan aku dah kata, mana tahu kalau nanti aku kena sebut nama kau..."
"Dude, kau tak payah nak bagi ayat kasanova kat aku."
"Dahlah, gila! Meluat aku cakap dengan kau!" Adib ketawa, "Aku letak telefon dulu. Ingat, ambik wuduk, then pergi mengadu kat Allah pulak. Lepas tu, tidur. Umi aku pesan, anak dara kalau nak cantik... tidur awal, baru muka berseri. Cewah! Eh, dahlah! Aku tidur dulu. Take care, Faridatul Afifah. Assalamualaikum."
Adib segera mematikan talian. Buat seketika dia duduk bersandar di kepala katil. Faridatul Afifah, macam mana aku boleh nak setuju teman kau pergi dinner esok? Aku nak cakap apa kat syaiton bertiga tu? Oh, damn it!

"Kau nak pergi mana?!" Mike berdiri.
"Dengan siapa?" Jet dah kerutkan dahi.
"Kau dah couple dengan dia ke, gila?" Apek berpeluk tubuh.
Adib terus meletakkan kepala di atas meja! "Huwaa! Aku tak sampai hati nak tolaklah, wei!"
"Betullah korang dah couple?" Mike pandang Jet.
"Wei, gila! Bukanlah." Adib angkat semula kepalanya, "Aku tak couple dengan sesiapa. Aku free, sexy, single man."
Apek pandang Adib atas bawah, "Seksi celah mana? Celah ketiak?"
Mike dan Jet ketawa kuat!
Adib menjeling Apek, "Diam, Sepet! Jangan sampai aku kasi kau hidu ketiak aku!"
"Euww... seriously guys?" Iman yang sedang menaip di komputer ribanya angkat muka.
"Sayang, I tak terlibat!" Jet angkat tangan, tanda tak bersalah.
"Blah, takut bini!" Ujar Apek dan Adib serentak.
"Bukan takut bini, syaiton! Sayang isteri..." Jet jungkit-jungkit kening.
"Tolong! Bunuh aku! Tolong!" Adib menggapai-gapaikan tangannya seperti lemas.
"Bengong! Woi, sambung ceritalah!" Mike menepuk belakang Adib.
"Okay. Aku nak pergi makan malam family Peah, malam ni. Aku tahu benda ni macam pelik tapi... aku setuju sebab aku kesiankan dia. Lagipun dia member aku. Kalau aku tak tolong dia, tak ke aku jadi member yang tak guna."
"Kalau kau tolong dia pun, kau tetap member kami yang paling tak guna," ujar Mike sebelum berhigh-five dengan Apek.
"Blah, Romeo! Kawan kau yang tak guna ni lah tolong kau dengan Sarah dulu!"
Mike tersengih sebelum menunduk tanda hormat pada Adib, "Maafkan saya, tuan! Saya bersyukur
tuan tolong saya dulu."
Adib jeling Mike sebelum bahu Mike ditumbuk, "Kau buat gaya gitu lagi, aku tumbuk muka kau."
Mike ketawa, "So, kira kau nak off lah malam ni?"
"Boleh ke?"
Mike pandang Apek, Apek pandang Jet. Jet mengalihkan pandangan pada Adib, "Boleh je. Tak lingkup eh kafe kalau kau tak ada! Lagi aman kafe rasanya nanti."
"Ah, diam!"
"Eh, Adib!" Apek pandang Adib.
"Apa?"
Mike sengih bila mendapat isyarat mata dari Apek, "Kau dengan Cik Peah... kuch-kuch hota hai?"
"Kuch-kuch hotak hang! Kau dengan Sepet memang nak makan julap, kan?"
Berderai ketawa dari meja itu. 
"Adib..."
Adib kalih memandang Iman, "Ya, Iman?"
"Kalau you dengan Cik Peah klinik sebelah tu jadi, jangan lupa inform I ya? Boleh I buat novel baru."
Adib mencerun pada Jet, "Jenglot! Kau cerita kat Iman?! Tenuk punya member!"
Jet tuding jari pada wajahnya dengan riak tak percaya, "Jenglot?! Aku handsome kot, kau panggil aku jenglot?!"
Berderai lagi ketawa dari meja itu. Iman di mejanya turut ketawa. Microsoft Words dibuka. Tangannya laju menaip tajuk cerita terbaru yang bakal dia tulis.
'CIK PEAH KLINIK SEBELAH'

"Farid, hari ni tak nak order makanan dekat kafe sebelah?"
Faridatul menggeleng. Tiba-tiba rasa malu nak mesej Adib, nak jumpa Adib. Kau buat benda gila semalam, Peah!
"Tak lapar?"
"Tak. Kenapa? Kak Nor lapar?"
"Taklah. Kak Nor tengok Farid macam tak bersemangat aje."
Faridatul sengih, "Biasa aje, Kak Nor. Lagipun semalam Farid tidur lambat."
Kak Nor mengangguk sebelum dia mula memanggil nama pesakit yang mendaftar di kaunter tadi.
Faridatul pula mula duduk tegak sambil menyusun kad rawatan pesakit sebelum dia berdiri dan berlalu ke bilik rawatan pesakit.
"Doktor, ni kad rawatan pesakit."
"Farid, Farid masih marah mama?"
"Kenapa mama baik sangat, ma?"
Doktor Hidayah mengeluh, "Sebab papa Farid masih lagi suami mama."
"Mama, papa tak pernah berlaku adil. Ya, nafkah zahir dia bagi. Nafkah batin? I'm not talking about intimate relationship. Maksud Farid, perhatian, kasih sayang dia... mama dapat?"
"Faridatul Afifah..."
"No, ma! Papa buat mama macam ni sejak Farid masuk matrikulasi. Farid dah besar, dah boleh faham benda yang terjadi. Sekarang Farid dah dua puluh enam tahun, mama. Dekat tujuh tahun... tujuh tahun, ma. Kita terabai."
Doktor Hidayah diam.
"See. Mama cuma akan diam setiap kali Farid bangkitkan hal ni. Mama, please... Mama Farid wanita bermaruah, bukan wanita yang lemah."
Doktor Hidayah mengesat matanya yang terasa berair, "Tolong panggil next patient."
Faridatul mengetap bibir. Great, sekarang kau jadi anak derhaka, Farid! "Mama... Farid minta maaf."
"It's okay, sayang. Mama tak marah Farid. Mama cuma rasa sebak memikirkan family kita. Kalau mama minta cerai pada papa, macam mana dengan keluarga kita?"
"We're still going strong, mama. You are a supermom, I'm a superdaughter and yes, don't forget, we still have superbibik yang awesome. Cukup kita tiga orang. Girl power!"
Doktor Hidayah membelai pipi Faridatul, "Kita tengok dulu apa yang papa nak cakap malam ni, ya?"
Faridatul mengeluh sebelum mengangguk, "Oh, mama... pasal malam ni."
"Kenapa, sayang?"
"Farid terajak orang lain sekali untuk join. Is it okay?"
"Siapa? Denny?"
"Tak..." Faridatul sengih, "Adib!"

"Lamanya masuk bilik doktor."
Faridatul sengih, "Relakslah, Kak Nor. Bila mama jumpa anak perempuan dia, mestilah banyak benda nak dibualkan."
"Tu, " Kak Nor memuncungkan mulutnya, "Kesian orang tu tunggu lama."
Faridatul mengalihkan pandangannya. Adib yang sedang tersengih dipandang sekejap sebelum dia kembali memandang Kak Nor, "Kak Nor, kenapa bagi masuk orang gila ni?"
"Wei, baik sikit! Aku datang jauh-jauh macam gini kau layan aku?"
Faridatul menjuihkan mulutnya, "Eleh, jauh sangat padahal sekangkang kera aje."
"Peah, kau tahu yang kera tak boleh kangkang seluas tu."
"Dude, kau ingat aku pernah tengok kera mengangkang?"
"Apalah kamu berdua ni sembang? Pening Kak Nor. Kera kangkanglah, kangkang keralah."
Faridatul dan Adib serentak ketawa.
Adib kemudiannya membuat isyarat mata pada Faridatul, "Do you have a minute? Aku nak jumpa kau sekejap. Kalau kau sibuk sekarang, kau datang kafe eh kejap lagi?"
Faridatul kerling jam di dinding sebelum dia memandang Kak Nor, "Kak Nor, Farid pergi kafe kejap ye? Kak Nor boleh kan sorang-sorang?"
"Farid, klinik mama Farid ni kalau tak ada Kak Nor, tak boleh jalan tau."
Faridatul ketawa, "Tak baik riak, Kak Nor." 
Faridatul capai purse dan telefon pintarnya sebelum dia keluar dari kaunter pendaftaran, "Shall we?"
"Dude, Farid?"
"Shut up!"
"I rather called you Peah."
"Call me whatever, Mr Delivery."
Adib tiba-tiba ukir sengih nakal, "Kalau sayang?"
"Kau pernah kena tampar dengan terajang serentak tak?"
Adib ketawa. Sentap! 
Kak Nor yang mendengar Adib ketawa memandang ke arah Faridatul dan Adib. Bibirnya mengukir senyum. Semoga jodoh mereka berdua panjang...

"Iman, ni Peah. Peah, ni Iman. Iman ni wife kawan aku, Jet. Tu yang tinggi-tinggi tu.
Iman menghulurkan salam pada Faridatul dan Faridatul menyambut salam Iman itu sambil tersenyum.
"Dude, kau lepak dengan Iman kejap boleh? Tadi waktu aku keluar, tak ada orang. Ni tiba-tiba ramai orang pulak."
"Tak ada hal. Boleh je mana-mana," ujar Faridatul sebelum menarik kerusi yang berhadapan dengan Iman.
"Kau duduk sembang dengan Iman. Aku nak buat kerja kejap."
Faridatul angkat bahu, "Sure."
"Dude?"
Faridatul pandang Iman yang sedang buat riak tidak percaya, "He did not just call you dude."
"He did. By the way, my real name is Faridatul Afifah. Tak payah panggil saya Peah tu pun tak apa."
Iman mengangguk, "I still can't believe he called you dude."
"I'm fine with it. It's okay."
Iman ketawa, "Okay. Tak nak order apa-apa? Minuman, makanan?"
"Nak order minum aje kot."
"Stay here. Saya orderkan untuk awak. Tak payah bangun, tak payah angkat tangan. Awak nak minum air apa?"
"Hazelnut latte."
Iman senyum lalu telefon pintarnya dikeluarkan. Nombor si barista didail.
Jet di kaunter panggung kepala sebaik saja nama Iman naik di atas skrin. Dia pandang Iman. Iman buat isyarat mata suruh panggilan itu diangkat.
Jet tersenyum lalu menggeleng, "Yes, Iman adalah mutiara?"
"Can I have hazelnut latte and iced lemon tea? Oh, nak beef lasagne jugak."
"Sayang, I thought you call to say you love me..." ujar Jet separuh mengusik.
"Dear, Jet. Who do you think I am? Pelakon drama pukul tujuh?"
"Sebab you bukan pelakon drama pukul tujuh, I ambik you jadi wife I tau?"
Iman ketawa, "Cepat sikit please buat order I."
"Baik, mem!" Jet matikan talian sebelum mengenyitkan mata pada Iman.
Faridatul memandang Iman, "Awak dengan suami awak memang macam ni, eh? Manja-manja loving?"
Iman ketawa, "Nampak loving ke?"
"A little bit."
"Kami sebenarnya tak suka tunjuk sangat affection depan orang ramai tapi kalau sekali kami tunjuk..." Iman menuding jari pada Adib yang sedang menghidangkan minuman pada pelanggannya, "Mamat tulah yang kami sengaja tunjuk sebab nak bagi dia jealous."
Faridatul ketawa.
"Adib is a nice guy."
Faridatul angkat kening, "Iman, awak bukan nak kenen-kenenkan saya dengan Adib, kan?"
Iman ketawa, "Alamak. Obvious sangat eh?"
Faridatul mengangguk.
"Wei, sembang apa? Mengutuk aku ke?" Tanya Adib sebelum dia ambil tempat di sebelah Faridatul.
"Adib, mestilah kena kutuk you. Takkan nak kutuk Jet?"
"Cuba kutuk Apek. Dia tu banyak benda untuk dikutuk," Adib tersengih pada Iman sebelum dia pandang Faridatul, "Wei, Peah!"
"Apa?"
"Aku off malam ni. Dress code macam mana? Venue kat mana?"
Iman berdiri tiba-tiba, "Sila bersembang dulu. I nak pergi washroom."
Adib dan Faridatul sama mengangguk.
Mike yang nampak Iman berjalan menggamit Iman supaya mendekati kaunter minuman, "Wei, Iman."
"Yes, Mike?"
"Nak pergi mana?" 
"Kau sibuk sangat isteri aku nak pergi mana kenapa, gila?"
Mike jeling Jet, "Iman, husband you jealous tak bertempat."
Iman ketawa, "I nak pergi toilet lagipun rasa macam orang ketiga bila duduk kat situ."
"Dia orang tengah cakap pasal dinner ke?" Tanya Jet.
Iman mengangguk, "Tapi kan, I rasa dia orang berdua sangat sesuai. Don't you think so?"
"Tell that to Adib, Iman. Kalau kami yang bagitahu macam tu, mampus kami dicarut-carut!" Ujar Mike serius.
Jet dan Iman serentak ketawa. Macam tak biasa kena carut...

"Wei, kenapa aku rasa macam nak pergi jumpa keluarga mertua je?"
Doktor Hidayah yang duduk di tempat belakang ketawa. Faridatul yang berada di sebelah Adib tersengih, "Dude, kalau bakal suami aku. Kau boleh tarik nafas lega dah kot. Mak mertua kau baik gila kot."
"Aku tau tapi anak dia samseng."
"Ngok!" Faridatul angkat penumbuk pada Adib.
Adib ketawq sebelum dia memandang Doktor Hidayah melalui cermin, "Doktor, tak apa ke saya ikut ni? Rasa macam orang ketiga pulak."
"Tak apa. Saya pun rasa lega Adib ikut kami."
Adib tersengih-sengih, "Rasa macam dapat restu pulak."
"Kau jangan merepek, eh? Aku tumbuk karang."
"Kau ni, cuba jangan garang-garang. Aku ni bakal suami kau tau?"
"Oh, please! Tak nak aku!"
Adib dan Doktor Hidayah ketawa. 
Faridatul ukir senyum. Dah lama tak dengar mama gelak macam tu. Terima kasih, Adib.

Adib melangkah tenang bersama Faridatul. Entah kenapa, dia pulak berasa gemuruh. Dikerling Faridatul yang tenang di sisinya, "Wei, Peah!"
"Apa?"
"Aku nervous, gila."
"Lepaklah, mangkuk! Papa aku tak makan orang... kot"
"Hahaha. Kelakarnya!"
Faridatul berhenti melangkah, "Adib..."
"Ya."
"Tu papa aku," dia menjuihkan mulutnya pada satu meja panjang yang dipenuhi orang. 
Wajah Adib berubah sikit, "Tu papa kau?"
Faridatul mengangguk sebelum dia kembali melangkah sambil memegang lengan baju Adib.
Sesampainya di meja makan, Faridatul melepaskan lengan baju Adib, "Assalamualaikum."
Encik Mokhtar panggung kepala, "Waalaikumussalam. Eh, anak papa!"
Wajah ibu tirinya yang sedang menjuih mulut ke depan dikerling, "Maaf, lambat."
Encik Mokhtar pandang Adib yang berdiri di sisi Faridatul, "Ini..."
"Kawan Farid, Adib."
"Saya harap saya tak mengganggu," Adib ukir senyum sebelum bersalaman dengan Encik Mokhtar.
"Tak. Sila-sila duduk."
Adib mengangguk sebelum dia dan Faridatul sama-sama melabuhkan punggung di atas kerusi kosong. Doktor Hidayah turut mengambil tempat duduknya.
"Peah," panggil Adib dengan perlahan.
"Ya?"
"Papa kau... bukan bekas pelakon Malaysia ke?"
Faridatul tersenyum sebelum mengangguk, "Ya tapi sekarang dia CEO syarikat penyiaran televisyen."
"Bapak kau pelakon kot!"
"So...?" Faridatul mengangkat kening, "Bekas pelakon je. Lagipun, apa yang nak dibanggakan?"
"Umi aku peminat setia papa kau. Setiap koleksi filem papa kau berlakon, dia ada. Sampai arwah ayah aku pernah merajuk dengan umi."
Faridatul ketawa, "Umi kau mesti comel."
"Derr, tengok anaklah!"
Faridatul buat muka nak termuntah pada Adib. Adib ketawa!
"Orderlah makanan dulu. Ada seorang lagi tetamu papa yang masih tak sampai."
Faridatul pandang papanya sekilas, "Siapa? Bakal isteri baru papa?"
"Faridatul Afifah..." lembut suara Doktor Hidayah menegur Faridatul.
Puan Raihana menjeling Faridatul, "Kurang ajar."
Faridatul buat-buat tak mendengar. Dia membelek buku menu di tangannya.
Adib pandang Faridatul, "Mak tiri kau tu umur berapa?"
"46 tahun. Muda enam tahun dari mama aku."
Adib berbisik perlahan di telinga Faridatul, "Aku ingatkan dia lagi tua dari mama kau! Umi aku yang umur 60 tahun pun nampak muda lagi."
Faridatul tutup mulut tahan ketawa! 
"Adib dengan Faridatul memang ada hubungan istimewa ke?" Encik Mokhtar ukir senyum pada Adib dan Faridatul yang nampak sangat tidak mempedulikan orang sekeliling.
Adib panggung kepala. Faridatul pula duduk tegak apabila mendengar soalan Encik Mokhtar.
Encik Mokhtar ukir senyum pada isteri pertamanya, "Hidayah sihat?"
Doktor Hidayah mengangguk sikit sambil mengukir senyum.
"Abang, maaf lambat."
Adib dan Faridatul sama-sama kalih memandang wanita yang berdiri di sebelah Encik Mokhtar. Wajah mereka sama-sama berubah.
Faridatul genggam penumbuk di bawah meja! Shit!
Adib ketap bibir. Damn it!

"Ann, kenalkan keluarga abang."
Si wanita tersenyum pada anak-anak Encik Mokhtar sebelum dia tunduk sedikit pada Puan Raihana yang masam mukanya, kemudian dia menunduk sikit pada Doktor Hidayah, pada Faridatul dan akhir sekali pada lelaki yang duduk di sebelah Faridatul. Wajahnya berubah, "A... Adib."
"Eh, Ann kenal Adib? Tu kawan anak sulung abang, Faridatul. Yang duduk sebelah dia tu."
"Kami kawan sekolah dulu," laju Adib menjawab.
Faridatul pandang Adib, "Adib..."
"I'm good, Peah! No worries," Adib pandang Faridatul sebelum dia mengukir senyum. No, I'm not good!
"Siapa perempuan ni?" Faridatul pandang Anida, tajam.
"Ni..." Encik Mokhtar ukir senyum serba salah, "Bakal isteri papa yang baru."
Faridatul berdiri sebelum menepuk tangan, "Wow! Kau tak ada lelaki lain yang kau boleh cari untuk jadikan suami? Memang kau nampak duit papa aku yang berkepuk-kepuk aje kan?"
"Faridatul Afifah!" Serentak Encik Mokhtar dan Doktor Hidayah menegur.
Faridatul duduk. Dia rasa bersalah pada Adib. Dia rasa menyesal datang malam ni.
Puan Raihana, isteri kedua Encik Mokhtar memandang Anida atas bawah, "Cik Anida, dengar kata pernah bertunang dulu. Kenapa putus tunang?"
Wajah Anida berubah. Dia mengerling Adib yang sedang berpeluk tubuh memandang dirinya, "Jodoh tak panjang."
Faridatul mengetap bibir. Adib di sisi di kerling, "Jodoh tak panjang atau bekas tunang awak tu tak mampu nak penuhi kehendak awak?"
"Faridatul Afifah!" Encik Mokhtar menegur sekali lagi.
"Enough, papa!" Faridatul berdiri, "Bertahun-tahun kita tak jumpa padahal kita duduk di daerah yang sama. Semalam, bila mama cakap papa nak jumpa kami, Farid tahu ada benda yang tak kena. Farid tak expect hari ni papa nak jumpa sebab nak kenalkan Farid dan mama dengan bakal isteri baru papa. Bakal isteri papa yang umurnya hampir sebaya dengan Farid. How do you expect me to call her mama? Farid geli, papa! Geli!"
"Faridatul Afifah! Jangan kurang ajar sangat boleh? Apa ni Hidayah? Awak tak pandai didik anak ke? Sejak bila dah pandai berkurang ajar ni?!"
Faridatul pandang wajahnya mamanya yang berubah, "Papa! Jangan salahkan mama. Mama dah bagi didikan yang cukup untuk Farid. Mungkin papa patut tanya diri papa, apa yang papa bagi pada Farid selama ni? Jangan cakap harta, Farid tak nak harta papa. Duit, harta benda semua tu, papa bagi aje pada mak uda dan bakal isteri baru papa. Mungkin dia suka bila dia dihujani dengan duit berkepuk!"
"Farid, dahlah tu!" Adib berdiri.
Faridatul menghela nafas, "Cik Anida, jawab soalan saya dengan jujur... kenapa awak pilih papa saya dan bukannya bekas tunang awak?"
Anida tertunduk.
"Awak pilih papa saya, awak lukakan hati ramai orang. Hati saya, hati bekas tunang awak, hati mama saya dan hati mak uda saya. Sebab awak nak jaga kepentingan awak, awak buat papa saya abaikan kepentingan keluarga dia."
"Faridatul Afifah, cukup! Jangan salahkan Ann!" Encik Mokhtar menepuk meja.
Doktor Hidayah berdiri, "Tahniah abang, Cik Anida. Hidayah rasa cukuplah. Farid dengan Hidayah dah tak ada selera nak makan. Kami doakan kebahagiaan buat abang dengan isteri baru abang."
"Hidayah..."
"Waktu abang minta nak kahwin sekali lagi dengan Raihana, separuh hati Hidayah hancur tapi Hidayah relakan. Hari ni, sekali lagi abang kenalkan Hidayah dengan bakal isteri baru abang. Hati Hidayah dah hancur. Dah tak ada apa yang tinggal. Hidayah rasa, cukuplah sampai sini. Abang lepaskanlah Hidayah. Tak guna lagi abang simpan Hidayah. Hidayah bahagia walaupun hanya ada Farid dalam hidup Hidayah. Hidayah dah cukup bersyukur."
"Kak Hidayah!" Puan Raihana berdiri.
"Hidayah!" Encik Mokhtar terkejut. Bukan ini yang dia mahu sebenarnya, "Duduk dulu, Hidayah... Farid. Kita boleh selesaikan hal ni."
Adib rasa terasing. Aku nak buat apa ni? Apa aku nak buat ni?
"Adib pun tak makan lagi. Kesian pada dia."
Suara Encik Mokhtar buat Adib tersedar dari lamunannya. Adib pandang Faridatul yang sedang memandang dirinya. Bibirnya ukir senyum. Dia berdiri, "Maafkan saya, encik. Saya tak rasa nak makan pun bila tengok muka bakal isteri saya kelat macam ni."
"Apa maksud you bakal isteri you?!" Anida tiba-tiba berdiri.
Serentak seisi meja diam. 
Adib ukir senyum sinis, "Anida, ini bakal isteri I, Faridatul Afifah. Dia terima I seadanya walaupun I hanya kerja sebagai pembancuh kopi dan wanita di sebelah dia yang you mahu rampas haknya adalah bakal mak mertua I, Doktor Hidayah."
Wajah Anida berubah. Tak mungkin secepat ini you cari pengganti I?
Wajah Encik Mokhtar turut sama berubah. Dia dapat rasakan yang Adib, kawan Faridatul bukan hanya semata-mata kawan sekolah bakal isterinya, Anida!

"Adib, aku mintak maaf. Aku tak sangka yang dia tu bakal isteri papa aku!"
"Wei, aku okeylah! Jangan risau. Aku rasa kau patut minta maaf papa kau. Aku tau kau marah doa tapi walau apapun jadi, dia tetap papa kau."
Faridatul mengeluh, "Aku melampau sangat ke tadi?"
"Entah! Aku tak rasa apa yang kau rasa. So, aku tak tahu nak cakap benda tu melampau ke tak."
Faridatul kalih memandang mamanya yang sudah terlena, "Aku kesiankan mama aku."
"Aku faham."
"Adib, boleh tak kau drive thru kat mana-mana? Karang balik, mesti kelaparan. Bibik aku mesti dah tidur. Nak harap aku masak, aku malas."
"Kesian bakal suami kau."
"Kaulah bakal suami aku."
Adib ketawa, "Tak nak aku! Kau garang!"
Faridatul tarik muka, "Macam aku nak sangat dengan kau."
Adib ketawa sebelum dia pandang Faridatul, "Kau betul nak makan?"
"Dah tu? Aku geram-geram, bengang-bengang aku... makan tetap nombor satu tau?"
Adib buat muka, "Tau dah tapi tak payah drive thru mana-manalah. I have a better idea."
"What? Kau nak masak?"
Adib menggeleng, "Apa guna Gulp! Kafe bukak sampai tengah malam kalau kita tak pergi makan situ?"
"Kau sebenarnya nak untungkan kafe kau kan?"
"Eh, mesti! Sia-sia aku bukak kafe kalau member aku lapar, aku bawak pergi makan tempat lain."
Faridatul ketawa, "Whatever, dude! Cepat sikit! Aku lapar gila!"
"Kesian kau. Dahlah kelaparan. Gila pulak tu!"
"Eh, kelakarnya Adib! Ya Allah, sumpah kelakar!" 
Adib buat muka menyampah. Faridatul pula terus ketawa.

Apek, Jet dan Mike masing-masing menongkat dagu memandang Faridatul dan mamanya makan.
Adib yang sedang menyuap Vampire Chicken memandang kawan-kawannya, "Wahai sahabat-sahabatku, apa yang korang tengok haaa?"
"Doktor Hidayah tu kira tough kan, boleh hadapi situasi macam tu dalam hidup dia," ujar Jet sebelum dia membetulkan duduknya.
"Sebab tu Peah tu pun tough jugak," ujar Mike sebelum menghela nafas, "So, kiranya bekas tunang kau tu bakal jadi mak tiri Peah?"
"Kau ni tak dengar ke aku cerita tadi?" Adib menjeling Mike.
"Aku cuma nak kepastian ajelah."
"Tapi aku tak sangka Nida tu macam tu," ujar Apek sebelum menyandarkan tubuhnya pada kerusi.
"Siapa yang sangka pun? Dulu waktu sekolah innocent je. Tapi tulah, sedangkan pantai boleh berubah. Inikan pula manusia."
"Pergh, Jet! Sejak kahwin dengan Iman, bahasa berbunga-bunga gila." Usik Mike.
"Bengong!" Jet ketawa sebelum dia memandang Adib, "Apa kau rasa bila tengok Nida pilih lelaki jauh lebih berusia daripada kau?"
Adib letakkan garfu dan pisau pemotong daging ke atas pinggan. Napkin dicapai lalu bibirnya yang terasa berminyak dilap perlahan, "Apa aku rasa? Aku rasa dia buta. Nak kata papa Peah tu handsome, memang taklah. Aku menang kot. Aku ni dahlah handsome, muda, tampan, gagah, perkasa, walaupun tak berapa katang, muscle tetap ada. Yang kurang cuma poket aku je. Poket papa dia tebal. Poket aku nipis sikit."
"Bangang!" Serentak Apek dan Mike bersuara.
Jet ketawa. Adib sengih, "Honestly aku rasa pelik kenapa aku boleh pilih perempuan materialistikus macam dia."
"Allah temukan kau dengan orang yang salah sebab dia nak kau belajar dari kesilapan kau. Supaya kau boleh belajar memilih orang yang betul lepas ni," ujar Apek, serius.
"Dude, aku rasa macam aku ada kat dalam program Imam Muda!" Usik Mike.
"Tenuklah kau!" Apek melibas belakang Mike.
Jet dan Adib ketawa.
Mike menggosokkan belakangnya yang masih terasa sengal namun sengih di bibirnya masih tak padam, "Apek!"
"Apa?"
"Aku bagi balik ayat tu untuk kau. Aku rasa kau dah bertemu dengan orang yang salah tu. Orang yang betul pun dah kau jumpa cuma sekarang ni dia tengah struggle dengan SPM."
"Bangang, Mike! Bangang!"
Ketawa mereka bertiga berderai dari meja itu. Faridatul memandang Adib. Bibirnya mengukir senyum tanpa sedar.

"Apek!"
"Apa, gila?"
Adib tarik muka, "Dodoi aku, wei! Aku tak boleh tidur!"
"Kau ni gila, Adib! Yang kau menyibuk kat rumah aku ni kenapa?"
"Ala! Dodoilah aku, dodoilah aku!" Adib menarik-narik baju yang dipakai Apek.
"Kau nak aku ambik kucing aku yang tengah tidur tu ke?"
Adib terus menarik tangannya, "Damn, I hate it bila kau babitkan binatang bulu-bulu tu dalam hubungan kita!"
Apek menjeling Adib, "Dude, aku tau kau baru putus tunang tapi no, aku bukan gay."
"Bangang!" Adib ketawa sebelum dia memfokuskan pandangannya pada filem lakonan Stephen Chow. "Apek... kau tak rindu ke Lisa?"
"Whoa! Aku tau kau suka tanya soalan random tapi tu terlalu random, dude!"
Adib ketawa, "Kau tak nak kahwin ke?"
"Siapa je tak nak kahwin, Adib oii..." separuh mengeluh Apek bersuara, "Tapi mungkin jodoh aku tersesat dekat negeri lain. So, dia tak jumpa aku lagi."
"Lame!" Adib sengih, "Aku jealous wei tengok Jet dengan Iman, Mike dengan Sarah."
"Kahwinlah, Adib. Kau mengadu kat aku pun bukan aku boleh kahwin dengan kau."
"Aku mana boleh kahwin lagi. Aku kan nak kahwin lepas kau kahwin."
"Kalau aku tak kahwin lagi dalam masa enam tahun akan datang, kau still nak tunggu aku kahwin dulu?"
"Dude, aku tak ada calon lagi pun nak kahwin."
Apek senyum, "Peah?"
"Nah, she is my bro! I don't want to ruin our sweet bromance."
"Bangang, Adib!"
Adib senyum, "Wei, aku ni pembancuh kopi aje. FYI, aku putus tunang sebab aku seorang pembancuh kopi tau? Dia tu anak doktor dan aku baru dapat tahu dia ada degree dalam engineering. Dude, she's a girl but she is an engineer."
"Dude, Nida is a bitch!" Apek sengih, "And yes, aku baru lepas carutkan dia. Apa aku kisah? Dia buat kawan aku heartbroken kot! Apa-apa pun, kau rasa apa yang buatkan kafe kita tu bergerak? Kau punya bancuhan kopi buat orang stay. And yes, credits to Jet dan Mike jugak. Pasal Peah, arwah ayah kau pun doktor jugak Adib. Dia ada degree dalam kejuruteraan dan kau ada degree dalam perundangan. You and her are compatible with each other."
"Aku sangat hargai kau carutkan ex-tunang aku. That is so sweet of you!" Adib ketawa, "Aku tak tahulah, wei! I'm not ready for any serious relationship. Aku suka Peah tapi cuma as a friend."
"Aku tahu kau suka dia lebih dari seorang kawan."
Adib senyum, "Aku pun tahu kau suka Lisa lebih dari seorang pak cik sayangkan anak buahnya. Oh wait, that sounds weird!"
Apek ketawa, "Dia budak lagilah, Adib. Dia sepatutnya enjoy masa remaja dia."
"True," Adib mengangguk setuju.
"Tapi serius aku cakap, kau dengan Peah sangat sesuai. Dia garang, kau anak mak. Dia kuat makan, kau pun boleh tahan. Dia garang, kau suka loyar buruk."
Adib senyum, "Biarlah dulu. Aku lebih selesa berkawan je sekarang. Kalau ada jodoh aku dengan dia, adalah nanti..."
Apek senyum sebelum bahu Adib ditepuk, "Aku akan mintak Jet, Mike, Iman, Sarah dan Is doakan jodoh kau dengan Peah panjang."
Adib senyap tak membalas. Dia cuma tersenyum namun matanya tekun menonton Stephen Chow yang sedang menyepak bola ke dinding.

"Farid, mama tengok Adib tu macam kenal je bakal isteri papa Farid tu."
Faridatul memandang mamanya, "Bakal isteri papa tu namanya Anida. Yes, Adib memang kenal dia. Adib bekas tunang dia."
Wajah Doktor Hidayah berubah,"Maksud Farid, dia tu bekas tunang Adib?"
"Mama, mama just ulang ayat Farid."
"Tau," Doktor Hidayah memeluk bahu Farid, "So, Farid dengan Adib sekarang?"
"Mama, kami kawan ajelah! Dia tak suka Farid. Farid tak suka dia. We're even."
"Tapi mama tengok Adib tu baik. Dia jaga Farid. Mama tak tidur tau waktu dia ajak Farid makan dekat kafe dia semalam lepas Farid mintak dia drive thru."
"Mama, dia cuma nak untungkan kafe dia aje. Tak ada nak jaganya."
"Dia teman Farid pergi makan malam dengan papa."
"Sebab Farid menangis dekat dia!"
"Farid menangis dekat dia?"
Wajah Faridatul berubah, "Oh, crap!"
"Farid tak menangis dekat mama tapi Farid menangis dekat Adib?"
"Ma..." Farid berpaling pada mamanya sebelum dia menarik sila, "Farid tengah geram dan bengang dan marah dan cranky. Farid tak sengaja tertelefon dia because obviously Farid tak ada kawan rapat dan buat masa sekarang, dia paling rapat dengan Farid. Dia setuju nak pergi dinner pun sebab Farid buat dia serba salah bila Farid menangis. Tapi tu jelah!"
"Farid suka Adib?"
"Ma, dia kawan Farid."
"Denny pun kawan Farid."
"Ma, Denny bukan kawan Farid."
Doktor Hidayah senyum, "Mama tak pernah nampak Farid senyum tiba-tiba macam malam semalam."
"Mana ada Farid senyum tiba-tiba."
"Farid, mama tahu Farid senyum sebab teringatkan Adib. Don't lie, honey."
"Okey. Farid mengaku Farid suka Adib tapi cuma sebagai kawan. Farid tak rasa nak ada serious relationship dengan sesiapa."
"Tapi Adib is a very nice guy, sayang."
"Well, ma! Dia mungkin dah ada pilihan hati sendiri. Farid ni kasar ma. Dahlah kasar, garang, kuat makan, mulut laser... "
"Tapi manisnya tetap ada."
"Mama jangan nak gula-gulakan Farid. Kami cuma sesuai sebagai kawan."
Doktor Hidayah senyum, "Tetap mama rasa Adib dan Farid sesuai untuk satu sama lain. Bukan hanya sebagai kawan tapi lebih dari itu."
Faridatul ketawa, "Serious, ma. Kami tak boleh jadi lebih dari kawan."
"But why?"
Faridatul senyum saja. Sebab Farid tak nak rosakkan persahabatan kami yang sekarang...

"Adib mana?" Mike pandang Jet.
"Dia pergi bilik belakang. Solat," ujar Jet sebelum memandang Mike, "Kenapa?"
"Tu. Tengok siapa yag datang."
Jet panggung kepala. Wajahnya berubah sedikit, "Oh, this is not good."
Mike mengangguk, "Adib will not like this."
"Apalah yang perempuan tu nak?"
"Kau tanya lagi apa yang dia nak. Mestilah dia nak Adib, gila!"
"Bukan aku yang gila, ngek! Minah tu yang gila. Dah ludah nak jilat balik."
"Siapa yang meludah jilat balik?" Adib yang keluar dari pintu dapur bertanya sambil membetulkan lengan bajunya yang dilipat hingga ke siku.
"Bekas tunang kau," ujar Jet selamba.
Tangan Adib terhenti. Kepalanya dipanggung lalu wajah Jet dipandang, "Siapa?"
"Tu. Kat meja bahagian beranda sana."
Adib kalih memandang arah yang ditunjuk Mike. Wajahnya berubah. Apa lagi dia ni nak? Tak cukup-cukup lagi?

"You datang sini sebab apa? Apa yang you nak?" Tanpa sebarang mukadimah, terus saja dia bertanya.
Nida yang termenung terus panggung kepala sebelum dia berdiri, "Adib!"
Adib berpeluk tubuh memandang Nida.
"Salah ke I nak jumpa you?"
"Kenapa nak jumpa I?"
"Kenapa? Tak boleh? Takut Faridatul marah?"
"Tak. Perangai dia bukan macam you," ujar Adib sambil tersenyum sinis.
"Adib, tolong!" Nida mengeluh, "Kita perlu berbincang."
"Bincang apa lagi, Nida? Kita dah putus tunang. Kalau you nak cakap pasal cincin tunang dulu, maaf... cincin tu I dah gadai."
"Please. Just duduk dulu, okey?"
Adib merengus lalu dia menarik kerusi di depan Nida. Dia pandang kawasan jalan. Terdapat beberapa orang sedang memerhatikan mereka berdua, "You tak takut pulak orang pandang you."
"I tak kisah dah pasal pandangan orang."
"You nak apa, Nida?"
"I want you back."
Adib ketawa. Kuat! "You tengah praktis nak masuk Super Spontan ke apa ni? Lawak gila!"
"I serius."
Adib buat muka, "Kenapa dengan you ni? You tak malu? Dulu you yang ludah I, sekarang you nak jilat balik? Tak geli ke?"
"Adib, I akan tinggalkan Abang Mokhtar untuk you. Doktor Hidayah tak perlu bercerai dengan suami dia. Faridatul akan bahagia. You terima I semula, I akan beri semula Abang Mokhtar pada keluarga dia. It's a win-win situation."
"Ai, pelik! You nak ke bersuamikan lelaki tak berduit macam I?"
Nida menghela nafas, "I... kenapa you tak nak jadi peguam aje, Adib?"
Adib ketawa, "Oh my God! I tau dah. Listen, I takkan jadi peguam. I cuma nak bancuh kopi. I tak tahu sampai bila tapi mungkin sampai I mati. You boleh terima benda tu?"
"Adib!"
"You boleh teruskan dengan rancangan you nak kahwin dengan Abang Mokhtar kesayangan you tu. Buatlah apa yang you suka. Nak kahwin, nak dapat anak dengan dia, nak habiskan harta dia... teruskan! I tak nak ambik tahu." Adib bersuara, serius. "Kalau you rasa dengan you tak kahwin dengan Abang Mokhtar you tu, keluarga Faridatul akan bahagia semula. You silap! Dia orang dah lama bahagia, walaupun tak ada Abang Mokhtar you tu dalam keluarga dia orang. I bukan nak pecah-belahkan keluarga dia orang tapi I rasa, Doktor Hidayah deserved a better life dengan Faridatul without Abang Mokhtar you in the picture."
"Adib, you serius ke? You dah tak sayangkan I ke?"
"I rasa I tak pernah seserius ini dalam hidup I," ujar Adib, "I memang sayang you tapi tu dulu. Antara you dengan Gulp! Kafe, I pilih kafe I. I bahagia bancuh kopi dan I rasa kalau I kahwin dengan you dan jadi peguam, I takkan bahagia Nida. Sampai mati I takkan bahagia," Adib senyum sebelum berdiri. Dia menunduk sikit pada Nida sebelum dia masuk semula ke dalam kafe.

"Peah!"
Faridatul yang sedang mengisi maklumat pesakit di dalam komputer angkat kepala. Bibirnya terus mengukir senyum, "Delivery man!"
Adib buat muka, "Sibuk ke?"
"Boleh tahanlah." Faridatul hela nafas.
"Patutlah tak tunjuk muka kat kafe."
"Apahal? Rindu?"
"Aah, Peah! Aku rindu gila dengan kau!"
Faridatul buat muka, "Blah!"
Adib ketawa, "Kau tak lapar ke, Peah? Jomlah pergi kafe."
"Banyak kerjalah, gila!"
"Dah tu? Tak nak makan? Kalau nak makan, bagitahu aku. Nanti aku hantar sini."
Mata Faridatul bersinar. Makanan! Yummy! "Tak payahlah. Nanti aku pergi sana lepas selesai kerja aku."
Adib jungkit bahu, "Okay, then."
Faridatul sengih sebelum kembali memandang komputer.
Adib garu kepala, "Faridatul Afifah."
"Apa kau?"
"Tadi bakal isteri ketiga papa kau datang jumpa aku."
Faridatul berpaling pada Adib, "Kenapa?"
"Dia nak aku balik semula pada dia dan dia akan tinggalkan papa kau."
Wajah Faridatul berubah. Matanya mencari mata Adib. Detak jantungnya tiba-tiba menjadi laju, "Kau... kau setuju?"
"Tak," Adib menggeleng sebelum dia mengeluh.
Faridatul ukir senyum tawar, "Kau sayang dia lagi."
"Mana ada!" Adib menafikan laju.
"Aku boleh nampaklah..."
Adib mengeluh, "Sayang pun tak guna..."
Faridatul mengangguk sebelum dia berdiri, "Eh! Kau baliklah kafe nuh. Aku nak susun fail-fail pesakit. Nanti kita sambung lagi."
Adib mengangguk sebelum dia keluar dari klinik.
Faridatul pulak kembali terduduk di atas kerusi. Kau sayang dia lagi, huh?

Adib mengeluh. Panggilan dari Nida yang bertalu-talu masuk buat dia rasa rimas.
"Kau kenapa, gila?" Apek menolak belakang Adib.
"Aku serabut! Aku rimas!"
Jet dan Mike saling berpandangan. Apek tercengang, "Woi, apa kau menjerit macam perempuan ni!"
"Ni! Bekas tunang aku ni! Urghhh!" Adib mencampakkan telefon jenama Apple itu ke atas meja. "Dah gila agaknya perempuan ni!"
"Dia nak kat kau balik ke?"
Adib mengangguk! "Arghh! Apa aku nak buat bagi dia berhenti kacau aku?!"
"Dude, get married!" Serentak Jet dan Mike bersuara.
"Jangan nak merepek! Apek tak kahwin lagi, takkan aku nak langkah bendul."
"Bangang!" Apek menolak kepala Adib, "Aku bukan kakak kaulah gila, nak langkah bendul bagai."
Adib terkekeh-kekeh ketawa. Jet dan Mike turut sama ketawa. Apek, kalau sebut pasal kahwin sekarang malu sokmo...
"Apek, tarikh kahwin kau dengan Lisa dah tahu ke?"
Apek mengangguk, "Dua bulan dari sekarang."
"Haa, Apek dah nak kahwin lagi dua bulan. Kau cepat-cepatlah cari calon!" Ujar Mike sebelum mula mengira wang keuntungan kafe hari itu.
"Warghh!" Adib menekup kepalanya pada meja, "Nak cari mana calon?"
"Kau kan ramai skandal?" Ujar Jet. Apek dan Mike mengangguk bersetuju.
"Mana! Lepas aku putus dengan Nida mana ada aku mengorat perempuan dah."
"Kau tak boleh move on lagi ke dari Nida?" Tanya Apek.
Adib mengeluh, "Entah! Aku rasa bukan sebab aku tak boleh move on tapi sebab aku rasa aku trauma... or takut nak ada relationship dengan sesiapa."
"Bila kasanova takut nak ada relationship..." gumam Mike rendah sebelum kembali mengira.
"Romeo, diam kau!"
"Sejak bila kau takut dengan relationship?" Tanya Jet.
"Sejak aku kena tinggal dengan tunang aku. It's hard, dude!"
Mike dan Apek serentak memandang Jet. Mike terus ukir sengih "Jet, kau nasihat dia! Kau pun dulu takut nak ada relationship dengan mana-mana perempuan."
Jet tarik muka, "Mana ada aku takut. Dulu aku takut aku curang dengan Huda tapi aku mengakulah benda tu macam... erm... bangang. Yelah, Huda dah tak ada tapi aku tak move on. Aku tak nak lukakan hati Huda kononnya padahal dia dah tak ada. Hati Iman pulak aku hiris-hiris, tabur garam, perah asam..."
"Perghh! Kau ni aku tahulah kahwin dengan penulis, nak menggambarkan luka hati Iman pun kau pakai hiperbola," Ujar Mike sebelum ketawa.
Jet ketawa lalu menggeleng, "Fine! Maksud aku, hati Iman aku lukakan dengan teruk sebab aku nak jaga hati orang yang dah tak ada. Dan itu sangat bodoh!"
Apek tepuk tangan, "Dekat enam tahun aku tunggu dia mengaku dia bodoh buat Iman macam tu."
"Diam kau, Sepet!" Marah Jet.
Mike dan Adib ketawa. Apek tersengih.
"Okey, my point is... kau kena move on, Adib. Kau tak perlu takut pada relationship kau yang akan datang. Kalau kau takut, kau akan sia-siakan masa kau. Kau akan sia-siakan masa bakal isteri kau. Dan kalau kau kena bukak mata kau, tak semua perempuan tu sama macam Nida."
"Jet, kalau kau tua nanti, aku rasa kau patut jadi penceramah bebaslah," Mike sengih.
Jet melibas belakang Mike dengan tuala good morning yang tersangkut di lehernya, "Kau diam! Aku nak nasihat Adib ni."
Adib ketawa bila Mike mengaduh sakit, "Aku faham maksud kau Jet tapi entahlah. Aku rasa aku perlukan masa kot."
Jet mengangguk, "Cuma jangan ambik masa lama sangat macam aku. Lima tahun aku biar Iman tunggu aku. Nasib baik dia still nak aku, kalau dia dah kahwin... aku rasa aku mungkin pindah dok Itali selama-lamanya."
Mike tiba-tiba tersengih, "Itulah. Kalau aku jadi Iman, memang idokler aku nak pilih kau dah."
"Diam, Mikail!"
Apek dan Adib ketawa.
Mike buat muka sebelum dia pandang Adib, "By the way, aku rasa kau dah jumpa calon yang sesuailah Adib."
"Kau merepek apa, gila? Mana ada calon!"
Apek dan Jet pandang Mike sebelum mereka tersenyum. Mike sengih lebar, "Cik Peah kan ado..."
Adib buat muka. Macam nak aje Peah tu dengan aku. Merepek tak habis-habis...

Faridatul pegang kepala yang terasa berdenyut. Surat tawaran kerja yang diterima dipandang sekali lagi.
"Neng Farid, kenapa termenung aja?"
Faridatul berpaling memandang bibik yang entah bila berdiri di sebelahnya, "Eh, bik! Tak ada apa-apa. Saya tengah tengok surat tawaran kerja ni."
"Waduh! Neng Farid sudah dapat kerja ya? Kerja di mana ni, neng?"
"Johor, bik! Tapi tak tahulah saya nak pergi ke tidak. Saya pun tengah serabut memikirkan benda ni."
"Udah dapat kok, kenapa nggak mau pergi pulak, neng? Ini namanya rejeki."
Faridatul ketawa mendengar perkataan rejeki yang disebut oleh bibiknya, "Kalau saya pergi, siapa nak jaga mama?"
"Aduh, neng! Apa guna bibik di rumah kalau nggak jaga puan?"
"Memanglah bibik boleh jaga tapi Farid pun nak jaga mama jugak." Faridatul mengeluh, "Lagipun, Farid sayang nak tinggal mama sama bibik."
Bibik tersenyum tiba-tiba, "Sayang mau tinggal bibik sama puan atau sayang mau tinggal itu cowoknya neng?"
"Eh, saya mana ada cowoklah bik!"
"Nggak ada konon. Yang itu hari datang jemput neng sama puan itu, bukannya cowoknya neng?"
Faridatul ketawa, "Aduh, bibik! Kok itu lelaki dibilang cowoknya saya? Itu kawan saya ajelah. Dia dah ada orang yang dia sayang."
"Tapi neng sayang juga kan sama dia?"
"Mana...! Bibik ni pandai-pandai aje!" Faridatul ketawa.
"Amboi, rancak sangat ketawa ni. Tak nak share dengan mama?" Doktor Hidayah yang baru turun dari tingkat atas menegur.
"Tak adalah! Bibik buat lawak luar alam."
Bibik ketawa, "Kok saya yang kena, neng?"
Faridatul dan Doktor Hidayah turut sama ketawa. Doktor Hidayah menepuk bahu bibik, "Bibik, tolong buatkan air untuk saya dengan Farid kejap."
Bibik mengangguk sebelum berlalu ke dapur.
"Farid dah buat keputusan nak terima ke tak tawaran kerja ni?"
"Farid tak tahu, mama! Farid pun buntu."
Doktor Hidayah tersenyum, "Farid, mama ada benda nak bagitahu ni."
"Apa, mama?"
"Papa tak jadi kahwin dengan pengacara tu."
Wajah Faridatul berubah, "What?!"
"Kenapa Farid macam terkejut sangat ni?"
Faridatul menggeleng. Wajahnya berubah. Papa tak jadi kahwin dengan Nida? Maksudnya, Adib...? Ya Allah!

"Adib ada?" Faridatul senyum memandang Mike yang sedang menyediakan kopi.
"Ada tapi dia tengah tolong Apek kat belakang. Awak pergilah duduk dulu."
Faridatul mengangguk, "Oh, saya nak order hazelnut latte satu."
"Okay! Awak duduk dulu. Nanti saya hantar," Mike tersengih. Dia nak gurau lebih-lebih dengan Faridatul, dia tak reti. 
Faridatul berlalu ke sebuah meja sebelum dia duduk di salah sebuah kerusi meja itu. 
Bunyi pintu kafe yang ditolak dari luar buat Faridatul panggung kepala. 
Mike yang sedang menyediakan hazelnut latte turut panggung kepala. Wajahnya berubah. Oh, damn! Semua peralatan yang ada di tangannya diletakkan ke atas meja sebelum dia berlari masuk ke dapur.
Riak wajah Faridatul berubah sedikit saat Nida menjeling dirinya. Eh, apahal perempuan ni nak jeling-jeling aku? Perempuan bajet hot!
Di kawasan dapur...
"Adib! Bala dah datang!"
Adib yang sedang mengacau Apek mengalih pandangan ke arah Mike, "Apa yang bala tiba-tiba ni?"
"Peah datang nak jumpa kau."
Adib mengerutkan dahi, "Apa yang balanya kalau dia nak jumpa aku?"
"Nida pun ada jugak kat luar."
Wajah Adib berubah! Okey, memang bala! 
Adib tak menunggu lama, dia segera melangkah keluar dari dapur. Nida yang sedang tersenyum padanya dibuat tak peduli. Laju dia melangkah mendekati Faridatul, "Heya! Mike kata kau nak jumpa aku!"
Faridatul mengerling Nida yang terpinga-pinga, "Tu, Nida datang nak jumpa kau tu."
"Tak nak aku jumpa dia. Buang masa," Adib buat muka sebelum sebuah kerusi ditarik, "Hari ni kafe sibuk sikit. Jet tak ada. Dia bawak Iman pergi check-up."
Faridatul mengangguk sebelum dia memandang Nida yang berjalan ke arah mereka.
"Adib! How could you?!"
Adib merengus, "Apa you nak, Nida?"
"I dah bagitahu kan. I nak you!"
Faridatul berdiri, "Aku datang nanti-nantilah!"
"Faridatul Afifah, duduk!" Tegas suara Adib buat Faridatul kembali duduk. Adib memandang Nida, "Kau, ikut aku!"
Bahasa panggilan yang sudah bertukar buat wajah Nida berubah riak. Adib...

"Kau nak apa lagi, hah?"
"Adib, kenapa you berubah jadi macam ni sekali?"
"What do you expect? Aku dah cakap berkali-kali. Kau still tak nak faham, kan?"
"Adib, I dengan papa Farid dah tak ada apa-apa. I dah cakap kat dia yang I dah ada orang lain yang I sayang."
"Kau merepek apa ni?"
"I tak kisah kalau you cuma seorang pembancuh kopi. I dah sedar. Yang penting hati, bukan harta. Bahagia bukan terletak pada harta tapi pada hati."
Wajah Adib berubah, "Apa maksud kau ni?"
"Kita cuba sekali lagi, boleh? Bagi I satu lagi peluang? I janji I takkan sia-siakan hubungan kita."
Adib meraup muka, "Kau balik dululah, Nida. Aku tak boleh nak berfikir sekarang."
"Adib!"
"Tolong! I need time!" Ujar Adib, tegas. "Just go home, will you?"
Nida mengeluh sebelum dia berlalu dari kawasan kafe. Adib raup muka sekali lagi. Apa dah jadi ni?
Faridatul yang memandang dari jauh menghela nafas sebelum dia kembali masuk ke dalam kafe.
"Kenapa kau nak jumpa aku?" Adib duduk di depan Faridatul.
"Saja! Aku nak bagitahu kau yang aku dah dapat kerja cuma aku tak tahu nak pergi ke tak."
Adib mengangguk, "Oh, tahniah!"
"Kau tak nak tanya kat mana?"
Adib hela nafas, "Kalau kau nak cerita, kau cerita aje terus. Tak payah tunggu aku tanya ke tak."
Faridatul buat muka, "Dude, kau gaduh dengan ex-tunang kau tak payahlah libatkan aku!"
"Kau ni apahal?" Adib bersuara, keras.
"Kau tu yang kenapa? Kalau kau tak suka nak sembang dengan aku, cakap! Aku tak ada hal, bro! Aku boleh blah."
"Blahlah kalau nak blah! Aku heran apa!"
Wajah Faridatul berubah. Dia bingkas berdiri, "Selama ni kau cakap Denny tu PMS, rupanya kau pun sama ada pre-menstrual syndrome!"
Adib menghentak meja, "Kau!"
Faridatul berlalu ke kaunter, membayar bayaran hazelnut latte yang tidak bersentuh langsung. Mike menyambut huluran duit Faridatul, "Sorry! Adib tengah bad mood tu. Dia..."
"Tak apa! Tak payah cakap apa-apa. Saya tak heranlah dia nak bad mood ke apa. Lantak. Ingat orang heran ke dengan dia?!" Marah Faridatul.
Mike garu kepala. Aduhai! Ni Nidalah punya pasal ni. Adib yang jarang marah pun dah naik angin.
"Thanks!" Sebaik saja duit baki dihulurkan pada dia, dia tanpa pamitan terus berlalu. 
Adib yang geram menumbuk meja! Shit!
Apek keluar dari dapur, "Dia gaduh dengan Peah?"
Mike mengangguk, "Gaduh dasyat punyaaaa..."
Apek menggeleng, "Karang percayalah cakap aku, dia mesti menyesal."
"Adib... Adib..."

Adib ketuk kepalanya berkali-kali. You've messed up! Tadi di kafe habis dia diceramah dengan Mike dengan Apek. Dia sendiri sedar dia dah terlepas kata dengan Peah tadi. Adehhh...
"Kalau kau asyik renung telefon tu, dia takkan call si Peah tu dengan sendirinya, tau."
Kata-kata Apek buat Adib susah hati. Nak pujuk ke idok? Nak pujuk ke idok?
"Kau fikir apa lagi, gila? Telefon ajelah! Minta maaf. Benda mudah, jangan disusahkan."
"Kau pergilah masuk bilik. Kalau kau dok mengacau aku kat sini, macam mana aku nak telefon dia."
Apek senyum sinis, "Ingat, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya..."
"Diam, Sepet! Kau tak membantu aku langsung!"
Apek ketawa kuat sebelum berlalu masuk ke bilik tidurnya. Dari aku kacau Adib, baik aku telefon Lisa.
Adib capai telefonnya sebelum nombor Faridatul didail. Selepas lima deringan, panggilannya bersambut.
"Kau nak apa?"
"Assalamualaikum, Faridatul."
"Waalaikumussalam. Nak apa ni?" Datar nada Faridatul bertanya.
"Err... kau marah aku ke, Peah?"
Adib dengar Faridatul menghela nafas, "Kau rasa?"
"Aku mintak maaf. Aku serabut dengan Nida. Aku tak sengaja."
"Kalau kau serabut pun, tak payahlah serang aku. Kalau tak nak cakap dengan aku lagi waktu tu, boleh aje kan kau cakap baik-baik."
"Sebab tu aku cakap aku tak sengaja, Peah oi! Sorrylah!"
"Hmm..."
"Kau janganlah marah aku. Tak bestlah kalau kita gaduh," ujar Adib sebelum menarik sila di atas sofa.
"Yelah! Aku pun bukan suka nak gaduh-gaduh dengan kawan aku. Dahlah aku tak banyak kawan,"ujar Faridatul, "Lagipun, tadi memang aku niat nak telefon kau pun. Aku tau aku tengah serabut. Patutnya aku kenalah faham, kan?"
"Ha, tau tak apa!"
"Laju je kau!" 
Adib ketawa, "Peah..."
"Apa?"
"Sorry."
"Ye! Dahlah nak minta maaf. Aku dah maafkan. Aku pun minta maaf dengan kau jugak. Kita kosong-kosong, eh?"
"Okey! Esok kau datang kafe, aku belanja kau hazelnut latte. Okey?"
"Okey! Deal!" Faridatul ketawa, "Wei, kau tak nak cerita kenapa kau serabut tadi?"
"Nida..."
"Hmm... kenapa dengan dia?"
"Dia dah tinggalkan papa kau. Dia kata dia boleh terima kalau aku jadi pembancuh kopi sampai bila-bila. Aku jadi serabut, Peah. Aku tak tau nak buat macam mana."
"Wah, okeylah tu! Go on jelah!"
"Aku... aku tak tau. Aku tak rasa aku boleh terima dia semula."
"Then jangan terima."
Adib garu kepala, "Peah, apa kata kau kahwin je dengan aku?"
"Haha! Kau kira habis lawaklah ni?"
Adib ketawa, "Aku dah habis buntulah ni."
"Buat istikharahlah, Adib. Mana tahu lepas tu Allah bagi kau jawapan."
Adib mengangguk di luar sedar, "Tadi kau cakap kau dapat kerja kan? Kat mana?"
"Johor. Jauh... tapi aku tak tau nak pergi ke tak."
"Pergilah! Cari pengalaman. Mana tahu, nanti kat sana kau jumpa jodoh."
"Banyaklah kau, jodoh!"
"Bila kau kena lapor diri?"
Faridatul mengeluh, "Isnin depan."
Adib terdiam. Dah tak lama dah...

Faridatul mengacau kopi yang ada di dalam cawan. Sesekali keluhan dia lepaskan. Dia masih berbelah bahagi, nak pergi ke tidak...
"Farid dah ada jawapan untuk kerja tu? Kalau Farid nak kerja kat sana, mama boleh tolong pak ngah tolong carikan rumah sewa dekat dengan tempat kerja Farid nanti."
Faridatul panggung kepala, "Entahlah, mama! Farid pun tak tau. Buntu Farid."
Doktor Hidayah tersenyum lalu dia memegang tangan Faridatul, "Farid dah tanya Adib?"
"Dah. Dia suruh pergi cari pengalaman."
"Aik? Tak sedih ke dia?"
"Kenapa dia nak sedih pulak, mama?"
"Farid kan rapat dengan dia."
"Ala, rapat aje! Bukan ada apa-apa pun."
Doktor Hidayah senyum, "Semalam waktu balik dari klinik, muka anak mama ni masam aje. Lepas tu malam semalam mama ada terdengar orang tu bersembang dengan teman tapi mesra dia tu. Dah berbaik ye?"
"Mama! Ala, normallah kalau kami bergaduh. Kawan-kawan pun banyak apa bergaduh."
Doktor Hidayah ketawa! "Mama pun pernah muda, sayang!"
Faridatul ketawa sebelum menggeleng! "Serius, ma! Farid tak ada apa-apa dengan dia."
"Yelah! Mama tak usik dah!"
Faridatul senyum. Farid tak boleh ada apa-apa dengan dia, mama. Bekas tunang dia dah datang balik...

Faridatul pandang Adib yang sedang menyibukkan diri di kaunter minuman. Sesekali dia menyisip hazelnut latte di dalam gelasnya. 
Mike yang menyedari pandangan Faridatul pada Adib menyiku Adib, "Wei, Adib!"
"Apa?"
"Cik Peah tu macam ada benda je nak cakap. Dari tadi asyik pandang kau je."
Adib panggung kepala memandang Faridatul namun dia nampak Faridatul menunduk melihat telefon, "Mana! Tu dia tunduk je."
"Ish! Aku nampaklah. Aku rasa adalah tu benda dia nak bercerita dengan kau tu."
Adib menghela nafas. Strawberry Mojito yang sudah siap dibancuh terus diletakkan di dalam dulang,
"Ni untuk meja kat luar. Spaghetti Marinara dia tak siap lagi kot. Cuba kau pergi tanya Apek karang."
Mike mengangguk, "Noted. Eh, Adib!"
Adib yang baru keluar dari kaunter mengalihkan pandangannya ke belakang, "Apa?"
"Ni kad kahwin Apek. Kan dia pesan suruh bagi dekat Peah," sampul berwarna ungu lembut itu dihulur pada Adib. Adib mencapai sampul itu sebelum berlalu ke meja yang diduduki Faridatul.
"Hai!"
Faridatul ukir senyum, "Heya! Tak sibuk ke?"
"Tak sangat. Tu Mike ada. Jet, karang keluarlah lepas solat. Mike cakap kau asyik pandang aku. Ada benda nak cakap, eh?"
Faridatul tersipu sekejap. Eh, Mike nampak ke? Okey, malu dua saat! "Mana ada. Aku pandang aje. Aku suka tengok kau buat kopi. Kau nampak happy dan serius. Bukan senang nak tengok kau serius."
"Ceh, aku selalu serius apa?"
"Serius celah mana? Celah hidung?"
Adib ketawa sebelum kad undangan perkahwinan Apek dan Lisa diberikan pada Faridatul, "Nah!"
Faridatul jungkit kening, "Apa ni?"
"Undangan majlis perkahwinan..."
"Kau nak kahwin?"
Adib tarik muka, "Kau perli haaa..."
"Mana, aku tanya serius ni. Kad kahwin kau ke ni?"
"Bukanlah. Kad kahwin Apek. Aku tukang menyampai aje."
Faridatul tanpa sedar tarik nafas lega. Ingat jadi jugak dengan Nida tu. Sampul surat itu dicapai sebelum kad kahwin itu ditarik keluar, "Bila ni?"
"Sebulan lebih lagi."
Wajah Faridatul berubah melihat tarikh majlis kahwin itu, "Erm... mungkin aku tak boleh pergi kot."
"Eh, kenapa pulak?"
Faridatul ukir senyum tawar, "Aku dah buat keputusan nak terima tawaran kerja dekat Johor tu. InsyaAllah esok aku pergi."
Adib hilang kata-kata. Kenapa dia rasa macam sedih tiba-tiba ni?

Adib hela nafas. Sejak mendengar perkhabaran dari Faridatul, dia rasa macam lost. Dia rasa kehilangan.
"Adib Asyran..."
Adib panggung kepala. Wajah uminya dipandang sebelum dia ukir senyum, "Eh, umi!"
"Termenung apa? Umi panggil banyak kali, tak menyahut pun," Puan Aznah duduk di sisi Adib, "Kafe ada masalah?"
Adib senyum. "Manaa... kafe mana ada apa-apa masalah."
"Lepas tu? Kenapa anak umi ni termenung aje?" 
Adib hela nafas sebelum dia meletakkan kepala di atas riba Puan Aznah, "Umi... umi terkilan ke Adib tak jadi peguam?"
Puan Aznah tersenyum. Rambut Adib dibelai lembut, "Umi tak pernah kesal. Sejak Adib bukak kafe dengan kawan-kawan Adib tu, umi nampak yang wajah anak umi sentiasa gembira. Umi gembira bila nampak Adib bahagia dengan kafe tu. Tak perlu rasanya untuk umi terkilan."
Adib tersenyum. Dia tahu, umi dan arwah abah tak pernah menghalang cita-citanya.
"Kenapa Adib tanya pasal tu? Adib teringatkan Nida?"
"Mana ada, umi..." Adib memuncungkan mulutnya.
"Nida datang rumah siang tadi."
Adib terkejut lantas dia bangun dari baringnya, "Dia nak apa, umi?"
"Dia datang meminang Adib."
Wajah Adib berubah. Oh, man! "U... umi... umi terima ke?"
"Umi nak tengok Adib kahwin."
Wajah Adib berubah menjadi lebih kelat, "Umi terima?"
Puan Aznah senyum. Pipi Adib dibelai, "Umi nak tengok Adib kahwin tapi umi pun nak tengok Adib bahagia."
Adib buat muka kelam. Tak faham!
"Umi tak rasa Nida boleh buat anak umi bahagia. Walaupun sekarang dia kata dia boleh terima Adib kerja sebagai barista. Nanti-nanti... macam mana?"
Adib tarik nafas lega sebelum dia segera memeluk uminya, "Umi, I love you!"
Puan Aznah ketawa, "Oh ya, Adib..."
"Ya, umi?"
"Peah siapa? Bila nak bawak dia datang jumpa umi?"
Adib rasa badannya terkaku mendengar pertanyaan Puan Aznah. Mana umi tahu? "Umi tahu dari mana ni, umi?"
Puan Aznah ukir senyum, "Dia telefon tadi. Waktu Adib tengah mandi. Umi lupa nak bagitahu. Pergilah telefon dia semula. Kesian dia, tunggu Adib."
Adib garu kepala, "Er... okey."
Puan Aznah membelai rambut anaknya sebelum dia bangun dari duduknya, "Cakap kat dia, nama dia klasik."
Adib tersenyum sebelum mengangguk.

Faridatul tunduk memandang beg roda yang sudah separuh berisi dengan barang-barangnya. Nafasnya dihela. Rambutnya yang ditocang satu dikusutkan. 
Lagu Born Hater dendangan Epik High berkumandang kuat dari telefon pintarnya. Nama Adib yang terpampang di skrin membuahkan senyuman di bibirnya. Jemarinya laju menarik ikon hijau ke kanan, "Hello!"
"Peah!" Dia dapat dengar Adib ketawa di talian sana.
"Kau kenapa suka sangat ni?"
"Saja. Wei, tadi kau ada telefon aku ke?"
"Aah! Saja aku telefon kau. Sekali umi kau yang angkat. Malu aku..."
Adib ketawa lagi, "Amacam umi aku? Sempoi kan? Dah ready nak jadi menantu umi aku?"
"Ha. Ha. Ha. Kelakarnya Adib!"
"Wei, Peah!"
"Apa?"
"Mama kau bagi tak kau keluar lewat malam?"
"Er... why?"
"Jom ikut aku melepak. Don't worry! Bukan kita-kita aje. Keluar dengan kawan-kawan aku sekali. Sekejap je. Tak lama."
Faridatul garu kepala, "Janji tak lama?"
"Janji, gila!"
"Kaulah gila, gila! Kejap biar aku tanya mama aku dulu."
"Okey!"
Faridatul meninggalkan telefonnya di atas katil sebelum berlari keluar dari bilik, menuju ke bilik mamanya, "Mama!"
Doktor Hidayah yang sedang membaca panggung kepala, "Ya?"
"Boleh Farid keluar kejap dengan Adib? Tak lama. Kejap je."
"Nak pergi mana lewat macam ni?" Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 12.45 pagi.
"Er... tak tau. Adib yang ajak."
Doktor Hidayah ukir senyum bila tengok Faridatul resah, "Pergilah. Adib dah minta kebenaran mama petang tadi lagi."
"Eh? Tapi tadi..."
“Dia saja nak mengusik Faridlah tu,” Doktor Hidayah senyum, "Tapi jangan lama sangat."
Faridatul mengangguk, "Okey!"

"Wei, gelap je kafe kau ni! Kau kata kawan-kawan kau ada sekali!"
"Dia orang tak sampai lagi. Kita tunggu dia orang kat dalam."
"Wei... kau bukan nak buat benda tak elok dekat aku kan?"
Adib berpaling memandang Faridatul, "Apa muka aku ni nampak macam orang jahat ke?"
"Eleh, zaman sekarang kita bukan tahu. Yang muka babyface pun boleh jadi pembunuh, yang muka nerd pun boleh aje jadi perogol."
Adib hela nafas, "Sepanjang kita kawan, pernah ke aku buat jahat kat kau ha, perempuan?"
"Memanglah tak pernah," gumam Faridatul.
"Macam nilah. Kalau kau takut, kau lepak kat luar dulu. Biar aku masuk dulu, okey?"
"Kau nak tinggal aku sorang-sorang kat luar ni?"
"Dah tu?" Adib buat muka, "Kau ni, nampak aje tough, penakut pahit jugak ek!"
"Woi! Baik sikit!" Faridatul menjeling Adib.
"Kau masuklah dulu..." Adib membuka pintu kafe untuk Faridatul.
Sempat dia menjeling pada Adib sebelum melangkah masuk ke dalam kafe. Baru selangkah dia menapak masuk, lampu kafe tiba-tiba terbuka.
"SURPRISEEEE!!!"
Faridatul dah jatuh rahang. Adib di belakangnya tersengih lebar, "Sweet tak aku?"
"Dia nak claim dia sorang je sweet, padahal kita rancang beramai-ramai," gumam Mike sebelum mendekati Faridatul, "Selamat menempuhi alam pekerjaan, Peah!"
Faridatul mengangguk lalu dia ketawa. 
Adib pula buat muka pada Mike, "Kau kata apa tadi, gila?!"
Serentak satu kafe pecah dengan ketawa. Faridatul tersenyum. Tak pernah lagi dia menerima kejutan seperti ini. Dengan belonnya, kek... dia tak sangka, berkawan dengan Adib, dia dapat pakej berkawan dengan rakan-rakan Adib juga.
"By the way, Faridatul. Ni wife saya, Sarah." Mike ukir senyum sebelum menarik tangan isterinya.
Sarah dan Faridatul bersalaman. Sarah ukir senyum, “Sarah!”
“Farid!” Farid sengih lebar.
Jet dan Iman yang berdiri di sisi pasangan Mike-Sarah, "Kalut Mike nak kenalkan wife dia kat orang."
"Suka hati akulah!"
Iman yang pegang tangan Faridatul, "Awak betul nak pergi ke Farid?"
Faridatul mengangguk. Bibirnya mengukir senyum, "Saya nak cari pengalaman hidup, Iman."
"Mati rindu Adib kat sini nanti," ujar Jet, sebelum tersengih pada Adib yang sedang mencerun padanya.
"KAU KATA APA TADI, JENGLOT?!"
Sekali satu kafe pecah dengan ketawa. 
Lisa yang berdiri di sisi Apek di kaunter minuman memandang bakal suaminya, "Pak cik!"
"Apa?"
"Tu awek Caca ke?"
Apek hela nafas, "Kalau betul tu awek dia, kita semua patut sujud syukur tahu?"
Lisa ketawa. Tapi saya rasa kakak tu memang sesuai dengan Cacalah, pak cik...
"Jom pergi dekat dia orang. Tolong bawakkan pinggan tu," Apek pandang Lisa.
Lisa angguk kepala sebelum dia ukir senyum nakal, "Baik, pak cik!"
Apek menjeling Lisa. Pak cik... pak cik... cuba panggil abang tengok. Hailah, bakal isteri siapalah ni?!

"Thanks, Adib! Terharu aku."
Adib yang sedang memandu tersengih, "Ala, kau kan dah nak pergi jauh. Anggap je ni hadiah farewell untuk kau."
Faridatul hela nafas, "Kau tak sedih ke aku nak pergi?"
"Wei, mestilah aku sedih. Kau kan kawan baik aku. Aku tak pernah ada kawan baik perempuan. Walaupun kali pertama aku jumpa kau, kau bajet kau hot. Lama-lama aku kenal kau, aku boleh kata kau ni perempuan paling cool aku pernah jumpa. Kau tak macam perempuan lain yang usik sikit, cepat emo. Senang kata kau cool la."
"Wei, bengong! Bila aku bajet hot, ha? Kau tu yang mula-mula dah menggatal tapi lepas kenal kau, kau taklah teruk sangat. Kau pun cool jugak, as a guy."
Adib ketawa, "Bajet hot la, tanya nama... tak bagitahu nama betul. Nasib baik kau tertinggal purse, kalau tak aku rasa sampai ke sudah aku ingat nama kau Rafeah."
Faridatul menjeling Adib, "Rafeah tu nama opah aku tau."
Adib sengih sebelum dia menekan brek. Gear ditukar sebelum brek tangan ditarik, "Dah sampai."
Faridatul pandang rumahnya yang masih cerah. Mama tak tidur lagi agaknya.
"So, this is good bye, huh?"
Faridatul mengangguk sebelum dia menggumam rendah, "Majimak insa."
"What?!" Adib jungkit kening.
"Nothing," Faridatul senyum tawar, "Kau tak nak bagi pesanan apa-apa untuk aku ke? Aku nak hidup seorang diri ni kat sana."
Adib ketuk stereng kereta sebelum dia pandang Faridatul, "Jaga hati, jaga iman, jaga solat. Tu je pesanan aku untuk kau."
Faridatul senyum, "Thank you, dude!"
"Wei, jangan lost contact."
"Sure! Tapi just so you know, aku tak suka teknologi. Cara aku contact dengan kau mungkin klasik sikit."
"Maksud?"
"You'll know," Faridatul buka pintu kereta. "Aku masuk dulu. Thanks again, Adib."
Adib mengangguk, "Hati-hati esok."
"InsyaAllah." Faridatul mengukir senyuman yang manis untuk Adib sebelum dia berpaling. Adib, kalau kau panggil aku sekarang, cakap jangan pergi... aku takkan pergi.
Adib hela nafas, "Peah!"
Faridatul berpaling memandang Adib.
"Aku sayang kau... kawan!" Adib senyum sebelum dia berlalu pergi.
Senyuman Faridatul mati. Entah bila, matanya terasa hangat. Aku pun sayang kau jugak tapi bukan sebagai kawan, Adib. Aku sayang kau lebih dari itu, gila!

Mike tongkat dagu memandang Adib yang sedang mengayat salah seorang pelanggan kafe. Jet di sebelahnya turut sama menongkat dagu, "Dude, Adib tak sedih ke?"
Mike angkat bahu, "Entah! Kau sedar tak, sejak Peah tu pergi, Adib tutup langsung cerita pasal Peah. Macam dia tak pernah kenal Peah."
"Sedar. Poskad yang Peah hantar, aku rasa dia tak pernah baca. Dia simpan dalam kotak aje."
"Dah empat bulan. Peah still hantar poskad. Adib? Langsung tak peduli."
Jet pandang Mike, "Memang Adib tak suka Peah ke?"
"Mungkin selama ni dia memang anggap Peah tu kawan aje kot."
Jet menggeleng, "Jangan dia menyesal nanti."
"Aku takut dia jadi macam kau aje, Jet."
Jet jeling Mike, "Kau jangan nak bukak hikayat, gila!"
Mike sengih, "By the way, Apek tu hati kering betul. Isteri dia masuk universiti hari ni, kan? Boleh dia melepak dalam dapur mengadap Is. Tak sedih ke isteri dia nak tinggalkan dia?"
Jet ketawa, "Kau ingat Apek tu mat jiwang macam kau? Sarah pergi outstation pun kau dah merengek macam budak tak dapat mainan."
"Woi, tu tandanya aku sayang isteri aku tau?"
"Habis aku tak sayang isteri aku?"
"Eh, cerita kasih sayang isteri kau simpan kat kau sorang je dahlah. Tak payah nak story dekat aku!" Mike buat muka.
"Wei, sembang apa?!" Adib melompat duduk di atas kerusi yang ada di kaunter minuman.
"Sembang pasal Apek tu, hah. Isteri dia nak duduk asrama, muka acah tenang aje. Bajet cool. Pergilah hantar isteri tu. Ada ke patut biar gitu je," ujar Mike.
"Ala, Apek kan memang hati kering. Bukan macam kau, mat jiwang."
Jet dah ketawa terbahak-bahak mendengar kata-kata Adib, "Aku dah kata, kau mat jiwang Mike!"
"Ah, diam kau!"
Adib sengih saja.
Jet mencapai sesuatu di bawah kaunter minuman sebelum dihulurkan kepada Adib, "Posmen bagi ni tadi."
Wajah Adib berubah sedikit. Poskad itu dicapai sebelum dibaca sekilas. Dia kemudiannya menghulurkan semula poskad itu kepada Jet, "Simpanlah dalam kotak bawah tu."
"Kau tak nak baca ke?"
Adib menggeleng, "Eh, by the way... esok aku off tau."
"Kau nak pergi mana?" Mike jungkit kening.
Adib sengih, "Cari jodohlah, gila!"
Jet dan Mike saling berpandangan. Cari jodoh? Jodoh kau tiap-tiap minggu hantar poskad, tak pernah satu pun kau baca...
“Hello!”
Serentak Adib, Mike dan Jet kalih memandang Apek yang keluar dari dapur dengan telefon di tangan.
Apek tiba-tiba ketawa, “Rindulah tu!’
Apek ambil tempat di sebelah Adib. Bibirnya menguntum senyum apabila mendengar rengekan Lisa di talian sana, "Abang kan kerja? Lagipun kalau abang hantar, mesti Lisa menangis beria-ia tak nak berpisah."
Adib buat muka, “Geli! Ni sorang lagi jadi mat romeo macam Mike!”
Mike menumbuk bahu Adib. Apek pula buat tak tahu saja dengan kata-kata Adib.
Jet pula ketawa, “Pengantin baru lagi, gila! Kasi canlah Apek jadi romeo.”
Adib tiba-tiba sengih jahat! Dengan sepantas kilat, telefon di tangan Apek ditarik lalu dibawa ke telinganya! "Wei, budak kecik! Roommate kau lawa tak?"
"Wei, syaiton! Aku tengah cakap dengan isteri akulah!" Jerit Apek!
"Sekejaplah, Sepet! Aku nak suruh isteri kau cari calon untuk aku!" Adib lari jauh dari Apek sebelum dia ketawa mendengar kata-kata Lisa di talian yang sama membentak kerana merampas telefon Apek, "Ala! Korang malam karang gayutlah! Wei, budak... cari aku calon isteri tau? Aku single lagi ni!"
"Aku nak jugak calon," tiba-tiba Mike bersuara dari kaunter minuman.
Serentak tiga pasang mata memandang dia, "Kami bagitahu Sarah, Mike!"
Tak sempat Adib nak berbicara dengan lebih panjang bersama Lisa, telefon itu dirampas semula oleh Apek dan tanpa disengajakan, Apek tertekan butang End Call di skrin telefonnya.
“Hello, Lisa?” Apek melekapkan telefon itu pada telinganya sebelum memandang skrin. Gelap! Tanda talian sudah terputus, “Bangang, Adib!”
Adib ketawa! “Padanlah muka!”
Jet dan Mike sama-sama ketawa. Apek menunjukkan penumbuk pada Adib sebelum dia turut sama tersenyum. Nasib sendiri Apek. Kau yang sengaja keluar dari dapur sebab nak menunjuk pada Adib yang kau tengah bergayut dengan Lisa. Riak sangat! Mendapatlah kau!

Adib berjalan-jalan di sekitar mall. Sesekali dia masuk ke kedai pakaian namun selepas itu dia akan keluar dengan tangan kosong.
Dia kemudiannya masuk ke dalam sebuah kedai alat tulis. Dia berjalan ke bahagian buku nota. Kebetulan di situ, terdapat dua orang budak perempuan yang dia kira sebagai pelajar kolej sedang memilih kertas kajang.
"Kau nak buat apa kertas kajang ni, Mel?"
Gadis yang dipanggil Mel tersenyum, "Kau rasa?"
"Kau dengan Andy klasik betul. Tak pernah lagi aku rasa aku jumpa couple yang still berutus surat macam kau."
Adib yang mendengar perbualan kedua orang gadis itu mengukir senyum. Dia teringatkan Faridatul. Faridatul pun klasik. Seminggu sekali pasti ada sebuah poskad yang akan dihantarkan kepadanya namun tidak pernah dia baca. Dia cuma pernah baca poskad pertama yang dihantar oleh Faridatul dan lepas itu, dia tak pernah baca. Bukan dia tak mahu tahu isi kandungan poskad itu tapi dia nak kawal hati dia. Hati dia sekarang terlalu merindui Faridatul. Dia takut kalau dia baca, dia akan pergi Johor cari Faridatul.
Kawan-kawannya tak pernah tahu yang sekarang dia sedang berlawan dengan perasaannya sendiri. Malam dia menghantar Faridatul balik. Dia nak sangat cakap yang dia sayangkan Faridatul lebih dari seorang kawan tapi dia tak nak halang Faridatul kejar cita-citanya. Dia pernah bersembang dengan Doktor Hidayah dan Doktor Hidayah sendiri memberitahunya yang Faridatul sudah lama ingin menjadi seorang jurutera. Jadi andai kata dia meluahkan perasaannya malam itu, pasti hati Faridatul berbelah bahagi. Itu pun kalau Faridatul ada rasa yang serupa macam dia.
Itu juga salah satu punca dia tak pernah luahkan perasaannya pada Faridatul. Dia takut kalau Faridatul tak punya rasa yang sama macam dia. Dia biarkan Faridatul pergi jauh dengan harapan Faridatul akan merindui dia... seperti mana dia merindui gadis itu. Pengecut? Ya, dia memang pengecut!
"Er, excuse me?"
Adib tersentak sebelum dia mengalihkan pandangan ke arah orang yang menegurnya, "Ya?"
"Er... saya nak lalu."
Adib mengangguk sebelum dia memberi laluan kepada dua orang gadis tadi. Adib menggeleng perlahan. Kertas kajang ditarik. Bungkusan sampul surat turut dicapai. Sudah empat bulan, dia menulis isi hatinya ke dalam surat yang tak pernah dihantar kepada Faridatul. Sebaliknya, dia simpan saja surat itu di dalam kotak di bawah katilnya sama seperti dia menyimpan poskad kiriman Faridatul.

"Aik? Bukan kau off hari ni?" Mike jungkit kening bila Adib melangkah masuk ke dalam kafe.
"Bosanlah! Tak ada jodoh yang aku jumpa."
"Kau beli apa tu?" Tanya Jet.
"Adalah..." Adib jungkit-jungkit kening kanannya, gaya kerek.
Jet pandang Mike. 
Mike mengangguk sekali. 
Jet berdehem sebelum bersuara, "Adib."
"Ya?"
"Kotak yang penuh poskad Peah tu, kami dah buang tau. Semaklah kotak tu," ujar Jet tanpa memandang Adib.
Plastik yang dipegang Adib terjatuh ke lantai. Wajah Adib berubah, "Ko... korang buang?"
"Aah! Kat tong sampah besar kat belakang."
Jawapan dari Mike buat Adib berlari terus ke bahagian dapur. Jet dan Mike saling menjungkit kening sebelum mereka berhigh-five, "Ikan dah makan umpan..."
Apek tiba-tiba keluar dari dapur, "Apa yang korang dah buat, hah? Korang sorok mana kotak tu?"
"Adalah!" Jet sengih, "Ala, sesekali mengusik member. Apa salahnya."
"Bengong, nak buat jahat lain kali ajak aku sekali."
Mike ketawa, "Ala, tadi kau sibuk sangat bergayut dengan isteri kau. Tak dan nak mengajak."
"Ceh! Eh, karang kalau dia datang, tanya mana kotak tu. Korang cakap aku dah bakar."
Serentak Jet dan Mike ketawa, "Bapak segala syaiton dah keluar."
Apek sengih jahat, "Balas dendam, derr. Dulu dia selalu ngusik aku. Apa salahnya kali ni, kita cuit sikit si Adib tu."
Jet dan Mike ketawa lagi kuat. Nasib kaulah Adib...

Is berkerut dahi melihat Adib yang sedang menyelongkar tong sampah besar di lorong belakang kafe.
Dia pandang Apek yang sedang berdiri tegak di sebelahnya, "Korang buat apa kali ni?"
Apek sengih, "Adalah..."
"Macam kucing hilang anak aje si Adib tu."
Apek hanya tersengih.
Is keluarkan telefon pintarnya yang disimpan dalam poket seluar.
Apek pandang Is, "Kau nak buat apa? Kau nak telefon umi dia ke?"
"Kau ingat aku kaki ngadu ke? Kau tunggu!" Is jungkit kening sebelum dia melangkah mendekati Adib.
"Kau buat apa ni, Adib?"
"Kotak. Kotak aku. Kau ada nampak budak-budak tu buang tak tadi?" Tanya Adib tanpa memandang Is yang terang-terangan sedang merakam dia menyelongkar tong sampah besar itu.
"Entah tapi kotorlah Adib."
Adib menggeleng, "Kotor ke apa ke, aku kena cari jugak kotak tu."
"Ada apa dengan kotak tu?"
Adib mengeluh sebelum dia menyelongkar pula plastik sampah berwarna hitam yang ada di sebelah tong sampah besar itu, "Poskad-poskad yang Peah hantar dekat aku. Semuanya ada dalam kotak tu. Budak-budak tu buang tak bagitahu aku dulu..."
Is mengangguk, "Ooo... penting ke poskad tu?"
"Pentinglah, mangkuk! Kalau tak, takkan aku nak selongkar sampah-sampah ni!" Ujar Adib, sedikit geram. 
"Sorry! Sorry! Aku masuk dulu..." ujar Is sebelum berlalu meninggalkan Adib. Dia berdiri di depan Apek sebelum telefon pintar itu dihulurkan kepada lelaki bermata sepet itu, "Mohon hantar dekat Peah!"
Apek ketawa, "Perangai kau boleh tahan syaiton jugak kan?"
Is jungkit kening, "Hei, aku belajar dengan korang jugak."
Apek ketawa sebelum dia memandang Adib yang sudah terduduk, "Adib!"
Adib hela nafas sebelum berpaling ke belakang, "Apa?"
"Kau cari apa?"
"Kotak."
"Kotak penuh poskad Peah tu ke?"
Adib berdiri, "Kau tau dia orang buang kat mana?"
Apek senyum senget, "Aku dah bakar."
Wajah Adib berubah, "Apa?!"

"Korang ingat kelakar?" Mata Adib dah merenung tajam pada sahabat-sahabatnya yang masing-masing buat muka tak bersalah, "Aku sikit lagi je nak tumbuk si Sepet ni tau?"
Jet yang tadi cuba menahan ketawa, langsung terbahak-bahak, "Wei, kalau kau tumbuk si Apek ni mampus kau nak mengadap isteri dia."
Mike pun turut sama meletus ketawanya!
Adib hela nafas, "Gelak... gelak... aku tengah panas lagi ni."
"Kami sorokkan kotak tu bukan sebab kami saja-saja nak kenakan kau. Okeylah, memang niat asal kami nak kenakan kau tapi kami nak kau mengaku perasaan kau pada Peah dekat kami. Sejak dia pergi, kau tutup langsung cerita pasal dia."
Adib raup muka, "Aku tak nak kacau koranglah dengan cerita hati dan perasaan aku ni. Biar aku tanggung sorang-sorang je."
"Kau ni, Adib..." Jet menggeleng, "Kau suka dia kan?"
Adib sengih tawar, "Sayang."
Jet buat muka kelam. Mike kerut dahi tak faham. Apek pula garu kening. 
"Aku sayang dia. Bukan setakat suka."
"Ini kali pertama... Adib. Kau mengaku direct macam ni dengan kita orang. Dengan nida dulu pun tak macam ni."
Adib senyum tawar, "Tapi aku tak tahulah dia sayang aku ke tak."
"Dude, dia hantar poskad setiap minggu untuk kau. Takkan kau tak nampak lagi?" Mike pandang Adib dengan riak tak percaya. Kotak yang berisi poskad kiriman Faridatul diletakkan di atas meja, "Bukti tu semua ada dalam ni."
"Aku takut! Aku tak nak dia anggap aku buat dia sebagai rebound. Aku baru putus tunang dengan Nida. Kalau aku luahkan perasaan aku, kau ingat dia senang-senang aje nak terima ke?"
"Dah tu, kenapa kau tak baca poskad dia? Kenapa kau tak hantar berita langsung dekat dia?"
Soalan Jet buat Adib mengeluh, "Aku bukan sengaja tak nak baca. Aku nak sangat baca tapi... aku tak nak terlalu rindukan dia. Sekarang ni pun aku dah rindukan dia bagai nak gila."
Apek, Mike dan Jet diam. Seorang Adib yang ceria dah bertukar menjadi seorang Adib yang emosional kerana seorang perempuan.
"Aku tak tau nak kirim berita apa. Kalau aku balas, setiap ayat dalam surat tu cuma akan jadi aku rindu kau, aku rindu kau. Trust me, dude! Aku dah jadi mat jiwang lagi teruk dari Mike!"
"Bangang, sempat lagi tu..." Mike tarik muka.
Apek dan Jet ketawa. 
Apek tepuk bahu Adib, "Kau betul-betul sayangkan dia, kan?"
"Ya, dengan sepenuh jiwa aku. Aku betul-betul sayangkan dia."
"Then, tell her! Tulislah walaupun hanya sekadar ayat 'aku sayangkan kau' aje dalam kertas kajang yang kau beli tu. Tak perlu nak tulis benda meleret-leret. Straight to the point. Kalau kau segan atau malu dengan aku sayangkan kau tu. Kau tulislah lirik lagu ke apa ke, asalkan maksud tu sampai pada dia," ujar Mike, serius.
Adib sengih tiba-tiba, "Dasar mat jiwang."
"Woi, aku seriuslah, gila!"
Pecah ketawa Jet dan Apek. Adib pula mencapai salah satu poskad yang dikirim Faridatul lalu isinya dibaca.
Adib,
Kenapa kau diam aje? Sibuk sangat ke? Aku kat sini pun sibuk. Aku rindulah hazelnut latte yang kau buat. Aku rindu jugak nak melepak dekat kafe kau. Aku rindu mama jugak. Rindu bibik aku. Rindu kat Kak Nor. Kat kau pun aku rindu. Kau rindu aku tak, Adib? Kau tak boleh ke buat delivery hazelnut latte kau ke Johor, Adib? *insert muka mengharap aku*
Adib terasa sebak tiba-tiba. Wei, Peah! Aku rindu kau sangat, gila!

Tiga hari kemudian,
"Afifah, tadi ada surat untuk awak. Ada atas meja makan tu."
Faridatul yang baru melangkah masuk ke dalam rumah jungkit kening. Mama ke? "Thanks, Laila."
"You are welcome." Gadis yang dipanggil Laila itu tersenyum, "Awak dah makan? Saya ada buat nasi goreng tomyam. Ada kat dapur. Banyak lagi tu."
Faridatul sengih, "Yeay! Ni yang saya sayang awak lebih ni."
Laila ketawa, "Tau dah."
Faridatul senyum sebelum dia mendekati meja makan. Surat yang ada di atas meja itu diambil. Wajahnya berubah melihat tulisan yang ada di atas sampul surat itu. Ini bukan tulisan mama. 
Laju sampul itu dibuka dan dia terus mengambil kertas kajang yang berlipat di dalam sampul itu. Sempat dia menonggengkan sampul surat itu bila dia terasa ada sesuatu yang keras berada di dalam sampul itu. Dahinya berkerut melihat sebuah MP3 kecil yang sudah dipasangkan dengan sebuah kad memori keluar dari sampul itu.
Surat yang berlipat itu dibuka. Matanya dibuntangkan melihat perkataan pertama yang ditulis di atas kertas kajang itu.
Peah,
Pasang earphone kat MP3 tu. Dengar lagu yang ada dalam tu. Bawah ni, lirik lagu yang ada dalam MP3 tu. This is corny, I know. Tapi aku harap kau fahamkan lirik bawah ni, okey? And Peah... I miss you too...
Ku melihat wajah kau yang jelita
Lalu teringat dan ku merasa cinta
Sepatutnya ku katakan saja
Kesemua yang pernah aku rasakan
Ada saja sesuatu tentang kau
Yang ku kenali dan ianya terindah
Dibiarkan walau kau ku mahu
Sebab kita tak akan dapat bersama
Jika kasih yang kau rasa
Mungkin engkau terima
Baik saja dihilangkan
Sepertinya dilupa
Kau selalu aku fikirkan
Salah ku mengertikannya
Terlalu ku inginkan kamu
Uuu.. Ku inginkan kamu
Ternyata tarikan mu itu
Meminta ku tuk mendampingi kau
Ku terpegun membuat ku ragu
Sebab ku tahu ianya takkan terjadi
Segala yang ku harapkan
Tersimpan seakan khayalan
Sepertinya dihilangkan
Sebaik saja dilupa
Kau selalu aku fikirkan
Salah ku mengertikannya
Terlalu ku inginkan kau
Uuu.. Ku inginkan kau
Selalu ku fikirkan
Terlalu inginkan kau
Kau selalu aku fikirkan
Salah ku mengertikannya
Terlalu ku inginkan kau
Ohh ohh
Agar kau ada dalam hidupku
Tak akan ku tunjukkannya
Terlalu ku inginkan kau
Ohh ku inginkan kau
Inginkan kau
Inginkan kau
-ADIB-
Tanpa dia melihat lirik lagu yang tertulis di atas surat itu, MP3 kecil itu dicapai sebelum earphonenya disambungkan pada MP3 itu. Butang ON ditekan dan kemudiannya dia menekan butang PLAY. Lagu yang Adib kirimkan pada dia, buat dia rasa seperti nafasnya terhenti seketika. I... Inginkan Kau?
Surat yang berlipat itu dibaca sekali lagi. Lirik lagu tersebut turut dibaca. Matanya terasa hangat tiba-tiba. Tanpa sedar bibirnya mengukir senyuman walaupun ada air mata yang menitis di pipinya...

Faridatul masih lagi membelek surat yang pertama kali dia terima dari Adib cuma... dia masih tak faham kenapa Adib beri lagu itu kepadanya.
"Aip, buat apa tu?" Laila mencuit bahu Faridatul.
"Tengah baca surat dari kawan saya ni."
"Kawan istimewa, ya?"
Faridatul mengangguk, "Bagi sayalah... dia istimewa."
Laila sengih, "Dia ni ya, penerima poskad-poskad awak tu?"
Faridatul mengangguk lagi, "Betullah tu."
"Tapi kenapa saya tengok awak baca surat kawan awak ni macam nak tembus kertas tu?"
"Dia bagi saya lagu tapi... saya macam tak boleh interpret maksud lagu yang dia bagi ni."
"Lagu apa?"
"Estranged, Inginkan Kau."
Mata Laila terbuntang, "Wah, dari tajuk pun boleh agak yang dia nak awak, Afifah."
Faridatul ketawa, "Saya pun ingat macam tu tapi... cuba awak baca lirik lagu dia. Dia macam nak tapi at the same time, dia tak nak."
Surat yang dihulurkan Faridatul buat Laila menggarukan kepalanya, "Eh, tak apa ke saya baca ni?"
"Bacalah. Bukan ada benda-benda pelik pun."
Laila ketawa sebelum surat itu diambil. Dia membaca lirik itu, lama. Dia kemudiannya tersenyum, "Saya dah faham."
"Hmm...?"
"This guy, really really really likes you, Afifah tapi dia ada rasa macam takut. Tak taulah apa yang dia takut. Mungkin dia takut awak reject dia, takut awak tak dapat terima dia, takut awak tak ada rasa yang sama, takut yang lain-lain tapi at the same time, dia terlalu inginkan awak."
Faridatul ketawa, "Wah, macam ahli sastera awak tafsir lagu ni."
"Afifah... dia betul-betul sukakan awak. Saya tak tahulah, tapi dengan lirik lagu ni, sangat obvious dia mahukan awak lebih dari seorang kawan."
Faridatul garu kepala, "Kenapa sebelum saya datang Johor, dia tak luahkan perasaan dia kalau betul dia suka saya?"
"Sebab tu saya kata, dia takut. Mungkin dia takut hubungan awak dengan dia tak menjadi atau dia takut kalau dia luahkan perasaan dia, dia akan halang cita-cita awak."
"Bunyi tafsiran awak ni sangat complicated."
Laila senyum, "Sebab rasa yang awak dan dia alami sekarang pun sangat complicated."
"Apa yang saya patut buat sekarang ni?" 
Laila bersandar pada sofa sebelum surat itu diserahkan kembali pada Faridatul, "Semuanya terpulang pada awak. Balas cinta dia, tolak cinta dia, hantarkan poskad, berhenti hantar poskad, kembali ke kampung halaman awak... it is all up to you, dear."
Faridatul mencapai surat itu sebelum dia turut sama bersandar pada sofa. Hmm... apa yang perlu aku buat?

Seminggu berlalu,
Adib meletakkan kepalanya di atas meja. Sehingga ke hari ini, tiada lagi poskad yang tiba di kafe. Sudah seminggu berlalu sejak dia meluahkan perasaannya pada Faridatul. Arghhh! Tak sepatutnya aku luahkan perasaan aku! Gila, Adib! Gila!
"Kesian pulak aku tengok si Adib tu," Mike menghela nafas.
"Hari ni pun tak ada poskad?" Tanya Jet sebelum menghulurkan strawberry milkshake pada Iman.
Iman turut mengalihkan pandanganya pada Adib. He is falling hard in love...
"Tak ada. Posmen tadi hantar surat untuk kafe aje. Tak ada surat lain."
Lisa yang duduk di sebelah Iman tongkat dagu, "Kenapa dengan Caca?"
"Putus cinta," balas Apek yang berdiri di sebelah Mike.
Iman ketuk dagu, "Faridatul memang tak hantar berita langsung ya lepas Adib luahkan perasaan dia?"
Serentak Mike, Jet dan Apek mengangguk. 
Lisa dan Iman serentak mengeluh. Iman kemudiannya memandang Jet, "Ke Farid merajuk?"
"Maksud you?"
"Yelah. Selama ni Adib tak pernah balas poskad yang dia kirim, mana tahu dia sengaja nak kenakan Adib."
Apek mengangguk, "Ada kemungkinan."
Mike dan Jet turut sama mengangguk.
"Ataupun, Kak Farid memang tak suka Caca," ujar Lisa.
Apek jungkit kening pada Lisa. Mike pandang Jet. Jet pula pandang Apek, "Betul cakap Lisa, ada kemungkinan yang Peah memang tak pernah suka pun kat Adib selama ni."
Mike hela nafas, "Kesiannya kawan aku! Aku rasa ni balasan dia sebab selalu sangat dok mengayat perempuan."
Jet dan Apek ketawa. Iman senyum lalu menggeleng, "Merepek aje, Mike."
Mike sengih, "Boleh jadi apa?"
Lisa kerling jam di tangannya, "Alamak! Abang, Lisa dah lambat."
Apek kerling jam di dinding. Laju dia menepuk dahi, "Dah. Jom! Jom!"
Lisa bersalam dengan Iman sebelum pipi Iman dikucup, "Bye, Kak Iman. Jumpa lagi nanti. Jaga baby dalam perut tu, ya?"
"Belajar rajin-rajin!" Iman mencubit pipi Lisa.
Lisa mengangguk sebelum dia memeluk lengan Apek yang sudah bersedia untuk menghantarnya pulang ke asrama, "Pak cik, laju sikit jalan!"
"Eh, dia yang jalan lambat... kita pulak yang kena!" Bebel Apek sebelum pipi Lisa ditarik.
Mike tiba-tiba ketawa, "Aku je ke yang nampak Apek dan Lisa macam anak beranak instead of husband and wife?"
Jet dan Iman turut ketawa, "Tu yang buat dia orang tu unik."
Mike mengangguk bersetuju sebelum dia kembali memandang Adib, "Apa kita patut buat dengan mamat tu?"
Iman kerut hidung, "Kalau betul Farid merajuk, Adib kena cari cara untuk pujuk dia semula."
Jet mengangguk sebelum dia tiba-tiba memetik jari, "Mike, video!"
"Video?!" Mike jungkit kening.
"Video yang Apek cakap Is rakam minggu lepas. Yang kita prank Adib tu."
Wajah Mike tiba-tiba bercahaya, "Yes, video!"
Iman pula mengerutkan dahi. Video apa pulak dah...?

"Adib... woi, cakaplah sesuatu. Dari tadi senyap je."
Adib pandang Mike lalu dia ukir sengih, "Ya, sayang. Rindu suara abang, yaaa?"
Jet buat muka geli, "Dia mula dahhh..."
"Jealouslah tu!" Adib buat gaya seakan-akan lelaki lembut sebelum dia meletakkan kepala di atas bahu Mike.
"Woi, apa ni?! Apa ni?!" Mike tolak kepala Adib.
"Kau okey ke, Adib?" Tanya Jet, serius.
Adib hela nafas, "Hmm... okeylah kot. Entahlah. Aku rasa Peah tak pernah suka akulah. Tak apalah. Mungkin dia bukan jodoh aku."
"Sorry, wei! Kalaulah aku tak suruh kau balas poskad dia..." Mike menggeleng kesal.
Adib senyum, "Chill, dude! Aku okey je. At least kita tahu perasaan dia yang sebenarnya pada aku. Tak adalah aku nak terus berharap, kan?"
"Still..."
"Lepak, Mike! Aku tak salahkan kau pun."
Jet hela nafas, "Mungkin jodoh kau belum lahir lagi agaknya."
Adib ketawa, "Apa kau ingat aku ni Che Ta Zain ke?"
Mike turut sama ketawa, "Kalau Adib couple dengan budak kecik, aku tak tahulah. Mau tergugat Apek-Lisa nanti."
"Cakap pasal Apek, dia pergi mana?" Tanya Adib, cuba mengubah topik perbualan.
"Hantar wife dia balik universiti. Karang sampailah tu," jawab Jet.
Adib mengangguk, "So sweet."
"You're time will come, dude!" Mike tepuk bahu Adib.
Adib senyum lalu dia mengangguk, "Sure!"

Faridatul melipat baju-bajunya yang bertimbun. Earphone yang dipakai ditelinganya sesekali dibetulkan. Bibirnya pula terkumat-kamit menyanyi, mengikut lirik lagu Inginkan Kau. Dah seminggu, dia dengar lagu yang sama dan dia masih tidak boleh move on daripada mendengar lagu itu.
Getaran dari telefonnya buat dia menarik earphone di telinganya. Nama mamanya terpampang di skrin buat dia tersenyum, "Assalamualaikum, mama."
"Waalaikumussalam. Amboi, cerianya... dah jumpa calon menantu mama ke?"
Faridatul ketawa, "Mana ada."
"Farid sihat?"
Faridatul berdiri lalu dia berjalan menuju ke katil sebelum dia duduk bersila di atas katil itu, "Farid sihat, ma. Mama? Bibik?"
"Mama sihat. Bibik pun sama sihat. Bosan rumah bila Farid tak ada. Sekarang mama dah sama-sama tengok sinetron dengan bibik, tau?"
Faridatul ketawa, "Aduhai! Telenovela Sepanyol beratus-ratus episod kat Astro Bella tu tengok jugak?"
Doktor Hidayah ketawa, "Semua jenis drama mama tengok, Farid."
"Ah, I miss home. I miss you. I miss bibik."
"We miss you too, honey. Macam mana kerja hari ni?"
"Urgh! Worst. Farid bergaduh dengan senior Farid. Dia tolak idea Farid tanpa sebab yang konkrit."
"Sabarlah. Itu dugaan orang yang bekerja."
Faridatul senyum tawar, "Tau, ma. Sebab tu Farid tengah bertahan ni."
"Farid, Farid betul ke dengan keputusan Farid tu?"
"Betul, ma. Farid rasa, cukuplah..." Faridatul mengeluh, "Hidup ni bukan semudah yang kita fikirkan."
"Apa pun keputusan Farid, mama sokong."
"Thanks, mama. You are the best!"
"Mama tahu. I love you, Farid."
"I love you too, ma..."
Sebaik sahaja perbualan dia dengan Doktor Hidayah tamat, dia sedar. Dia ada terima satu Whatsapp dari satu nombor yang tidak dikenali.
Whatsapp itu dibuka.
-Farid, ini Iman. Wife Jet. This is a video yang husband saya suruh hantar dekat awak. Sila tengok ya?" *insert smiley face*
Faridatul mengerutkan dahinya. Video apa ni? Butang PLAY pada video itu ditekan. Wajahnya berubah melihat wajah Adib yang langsung tidak memandang kamera. Adib...?

Adib berjalan beriringan dengan Is sambil mereka berbual-bual kosong namun langkah kakinya terhenti apabila melihat Nida berdiri di depan keretanya. Oh, not again! 
Nida ukir senyum, "Is. Adib."
Is garu kepala. Dia pandang Adib dan Nida bersilih ganti sebelum dia bersuara pada Adib, "Aku tunggu dalam kereta."
Adib mengangguk. Dia pandang Nida, "You nak apa lagi ni?"
"I nak jumpa you."
"Dah lewat. I nak balik dah."
"You memang tak boleh terima I semula ke, Adib? I tunggu you empat bulan lepas I pergi meminang you. You still tak boleh terima I?"
"Nida, cukuplah. I dah tak pernah letak harapan untuk bersama you lagi sejak kita putus tunang. I dah tutup hati I untuk you, Nida."
Nida berpaling ke arah lain, "You dah tak sayangkan I?"
"Sayang I untuk you dah lama mati. I pun tak letak harapan dalam mana-mana hubungan I sekarang ni. I serahkan semuanya seratus peratus pada takdir Allah. I'm sorry, Nida tapi... carilah lelaki lain. Carilah lelaki yang boleh terima you seadanya, yang boleh jaga you, yang boleh berikan you kebahagian, boleh berikan you kemewahan. Dan you perlu tahu, lelaki itu bukan I." Ujar Adib sebelum dia berlalu meninggalkan Nida yang masih kaku di tempat itu.
Is pandang Adib, "Kenapa tu?"
Adib menggeleng perlahan, "Dia masih berharap pada yang tak sudi."
"Situasi dia dengan kau dah terbalik," ujar Is sebelum menukar gear.
Adib senyum tawar, "Aku tak pernah doa yang situasi kami akan jadi macam ni."
Is memulakan pemanduannya bila Nida sudah berlalu dari depan keretanya, "Mungkin itu peringatan Allah kepada dia."
Adib angkat bahu. Telefon pintarnya dibelek, "Is..."
"Ya?"
"Kau nak kahwin bila?"
Is tersengih, "Aku tunggu kau kahwin dulu. Aku tak nak langkah bendul kau."
Adib tarik muka, "Ceh! Kau tunggu aku, alamatnya sampai ke tua kau tak kahwin."
Is ketawa! "Aku doakan yang terbaik untuk kau."
Adib senyum, "Amin..."

"Life is complicated."
Mike pandang Apek, "Kau tengah merepek apa ni, gila?"
Apek ketawa lalu menggeleng, "Aku stress ni. Aku stress."
"Kau apahal?" Adib yang baru selesai menyusun kerusi angkat kening.
"Lisa cakap dia nak baby."
Mike jatuh rahang. Adib yang sedang bersandar bahu pada dinding, hampir terjatuh dek terkejut. Jet pula tercengang hingga gelas di tangannya jatuh. Nasib baik saja gelas itu diperbuat daripada plastik.
Apek ketawa melihat reaksi rakan-rakannya, "Woi, yang korang buat teruk sangat ni kenapa?"
"Isteri kau tu betul ke?"
Apek ketawa mendengar pertanyaan Adib, "Betullah kot. Semalam waktu aku hantar dia balik universiti, dia cakap dia teringin nak ada baby. Perasaan dia tu makin berkobar-kobar bila tengok perut Iman semalam."
Jet mengutip gelas yang berada di atas lantai lalu dia memandang Apek, "Dah tu? Kau jawab apa?"
"Aku jawablah, dia tu tengah belajar. Mana nak bawak perut, nak masuk kelas lagi. Kalau nanti baby lahir, mesti kena pantang apa semua. Kalau gitu, pelajaran dia macam mana? Kau tau dia jawab apa?"
"Apa?" Serentak tiga orang lelaki itu bertanya.
Apek senyum, "Dia kata waktu belajar dia belajarlah. Anak tu dia suruh Adib jaga sebab Adib tak kahwin lagi."
Adib tarik muka, "Cis, isteri kau tu kalau aku cepuk boleh ke?"
Jet dan Mike ketawa. Lisa... Lisa...
"Kau tak nak anak lagi ke, Sepet?" Tanya Adib sebelum mencapai strawberi yang baru dibasuh oleh Jet sebelum dimasukkan ke dalam mulutnya.
"Mestilah nak, gila! Tapi Lisa tu baru aje masuk belajar. Lagipun dia baru 18 tahun. Dia tu baru nak kenal dunia."
"Dan kau pun tak lama lagi dah nak masuk tanah, tau?" Mike jungkit kening, "Kalau Lisa sendiri yang nak jadi ibu, kenapa hasrat dia tu kau nak halang? Kau sendiri bukan muda mana. Takkan umur kau dah 40 tahun baru nak kelek anak? Orang ingat kau kelek cucu aje nanti."
Ketawa Adib dan Jet pecah bila dengar ayat Mike. Makan dalam kau, Apek! Makan dalam!
"Amboi, manis sungguh gurauan kau, Mike!" Apek mencerun tajam pada Mike.
Mike ketawa, "Betul apa. Kita ni bila-bila masa je Allah boleh tarik nyawa kita. Tak salah kalau kau dengan Lisa berusaha pun nak dapatkan anak. Anak tu rezeki. Mana tahu, nanti ada anak tu, kau dengan Lisa makin murah rezeki?"
"Wah, aku rasa macam dalam rancangan Pencetus Ummah dah!" Adib ketawa terkekeh-kekeh.
"Kau sembang pasal anak-anak ni, kau tak nak anak lagi ke Mike?" Jet jungkit kening.
"Aku?" Mike tuding jari ke muka sendiri, "Gilalah aku kalau aku tak nak anak."
"Dah tu? Tak reti nak berusaha?" Adib capai sebiji lagi buah strawberi dan dimasukkan ke dalam mulutnya.
"Wah, kau... kemain nasihat aku! Kau tu patut berusaha dulu nak kahwin."
Adib ketawa, "Lepak. Aku ni free, sexy, single. Nak kisah apa? Aku happy je dengan diri aku sekarang."
"Dah move on lah ni?" Tanya Apek.
Adib senyum tak menjawab.
Jet dan Apek menggeleng. Belum move on lah tu.
"Guys, ada benda aku nak cakap ni."
Serentak mereka bertiga memandang Mike yang sedang tersengih, "Aku nak bagitahu yang..."
"Apa? Kau nak kahwin satu lagi?" Tanya Adib, teruja.
"Bangang!" Mike tarik muka sebelum dia kembali tersengih, "Tadi korang tanya aku kan pasal anak-anak ni?"
"Ya. Maka?" Jet jungkit kening.
"Makanya, Jet... aku akan join masuk parenthood sama macam kau."
"Sarah...?" Adib buat gaya seperti orang mengandung.
Mike sengih lalu mengangguk!
"Oh man! Tahniah, dude! Alhamdulillah!" Jet laju memeluk Mike.
Apek pun sama tersengih seperti Mike, "Damn, aku betul kena berusaha lebih ni. Congrats, Mike!"
Adib melihat saja kawan-kawannya saling berpelukan. Jet dan Mike masing-masing dah nak jadi ayah. Aku? Haih... mereputlah kau jadi bujang tua...

Mike menghulurkan kertas order pada Adib, "Dude, order dari Klinik Hidayah."
Adib jungkit kening, "Huh?"
"Kak Nor mesej nombor aku tadi. Dia mintak buat delivery."
"Kau tak cakap ke kita dah tak buat delivery makanan ni?"
Jet yang baru selesai menghidang makanan pada pelanggan duduk di atas kerusi, "Ala, kesianlah kat Kak Nor. Hari ni klinik sibuk kot."
Adib mengeluh, "Kaulah buat delivery. Aku malas."
"Cuba jangan jadi malas. Kau nak Apek masak kau?"
"Fine! Kak Nor order apa ni?" Kertas order yang diberi oleh Mike tadi dibaca, "Spaghetti Marinara, Nasi Goreng dengan Buttermilk Chicken, Chicken Cheezy Wrap. Wow! Dasyat gila selera Kak Nor ni."
Jet ketawa, "Kau ni. Mestilah untuk Doktor Hidayah sekali dia order tu."
Adib mengangguk, "Hazelnut latte dua dengan strawberry mojito. Tolong buat mojito, Mike. Hazelnut latte ni biar aku buat."
"Noted!"
"Betullah kau cakap."
"Apa?" 
"Selera Kak Nor... maha dasyat!"
Adib ketawa sebelum topi yang dipakai Jet ditolak, "Aku cakap kat Kak Nor kau mengata dia."
Jet ketawa! Berani sangat kau nak mengadu pasal aku...
Lima belas minit kemudian, Adib menapak keluar dari kafe dengan tangan penuh dengan bungkusan makanan dan minuman. Dia depan pintu klinik sempat dia lepaskan keluhan sebelum pintu klinik ditolak dengan bahunya, "Food delivery."
"Kenapa lambat sangat?"
Adib panggung kepala. Wajahnya berubah. 
"Aku laparlah, gila! Cepatlah bagi makanan aku tu!" 
Adib tiba-tiba rasa nak ketawa, "Peah!"
Faridatul sengih, "Apa kau? Aku taulah kau rindu aku."
Adib ketawa akhirnya, "Kalau aku peluk kau ni, mama kau marah aku tak?!"
"Tak sempat kau peluk, aku terajang kau dulu!"
Serentak ketawa mereka berdua pecah.
"Kau dah balik!" Adib senyum. Senyum lega.
Faridatul mengangguk laju. Dia rasa matanya mulai hangat . I'm back, Adib. I'm back for good!

Adib dan Faridatul sama-sama membisu. Faridatul menunduk bermain dengan jemarinya sendiri. Adib pula meliarkan pandangannya pada sekitar kafe. Segan oi, segan!
"So.."
Adib pandang Faridatul, "Hmm...?"
"Kau sihat?"
"Macam ginilah," balas Adib sambil tersenyum. 
Faridatul mengangguk. 
Dan situasi kembali senyap.
Mike dan Jet menepuk dahi! 
"Seriously, Adib... apa dia ex-kasanova hilang kata-kata. Aduhai!" Mike menggeleng kesal.
"Aku rasa macam nak simbah air je kat muka dia tu. Bagi sedar sikit. Cubalah bercakap sikit. Aku stress. Aku stress!" Bentak Jet, geram.
Apek ketawa melihat Mike dan Jet, "Lepaklah. Adib tengah susun ayat tu."
Adib yang sedar dia dan Faridatul diperhatikan mengalihkan pandangan ke arah kaunter minuman. Mike dan Jet yang nampak Adib memandang ke arah mereka terus memberi pelbagai isyarat kepada Adib supaya Adib bersuara.
Adib buat muka sebelum dia memandang Faridatul, "Kau dah berhenti kerja?"
Faridatul mengangguk, "Aku rindu mama aku. Lagipun tak best kerja sana. Kerja aku asyik nak bergaduh je dengan ketua aku."
"Kau tulah! Gangster sangat. Cuba bersopan sikit."
Faridatul tarik muka sebelum dia memandang Adib, "Wei, kenapa kau tak pernah balas poskad yang aku hantar, hah?"
Adib sengih, "Ala, aku malaslah nak main hantar-hantar poskad, surat ni. Klasik sangat. Teknologi ada. Gunalah."
"Ala, asyik-asyik teknologi. Sesekali kita kenalah buat cara ol' skool sikit."
"Ol' skool sangat!" Adib senyum sambil menongkat dagu.
Faridatul buang pandang ke luar kafe. Jangan senyum macam gitulah, gila!
"Wei, kenapa minggu lepas kau tak hantar poskad kat aku dah? Aku tunggu tau?"
Faridatul pandang Adib, "Kalau aku hantar bukan kau nak balas pun."
Adib tarik muka, "Aku balas apa poskad kau. Tapi aku tak pakai poskadlah. Aku pakai surat aje."
Faridatul tarik sesuatu dari dalam beg sandangnya, "Nah!"
Adib jungkit kening memandang poskad yang diletakkan di atas meja, "Ceh, apa ni?"
"Ambik dan baca!" Arah Faridatul, garang.
Adib mencapai poskad itu lalu isinya dibaca. Wajahnya berubah melihat ayat yang tertulis di atas poskad itu.
Faridatul tertunduk. Tak pernah dibuat orang ni, Farid!
Adib panggung kepala memandang Faridatul sebelum dia melompat gembira, "Yes! It's a yes!" Dia kemudiannya memandang kawan-kawannya, "Dude, I'm getting married!"
Faridatul tekup muka. Adeh, malunya!
Mike ternganga! Jet yang tengah bersandar pada kaunter minuman tercengang! Apek yang memegang sudip terus melepaskan sudip di tangannya. 
Mereka bertiga saling berpandangan, "Peah lamar Adib?!"
Adib berlari mendekati kawan-kawannya sebelum pipi mereka dicium. 
"Woi!" Mike mengesat pipinya laju-laju. Geli! Geli!
"Wei, mangkuk!" Jet tarik tisu sebelum pipinya di lap berkali-kali. Iman, I dah ternoda!
"Gelilah, syaiton!" Apek mengesat pipinya dengan lengan baju berkali-kali. Huwaa! Wife aku pun jarang nak kiss aku! Gila punya Adib!
Faridatul ketawa melihat gelagat Adib. Seronok sangat tu!
Poskad yang ditinggalkan Adib di atas meja ditarik oleh Faridatul sebelum isinya dibaca. Faridatul menggeleng sendiri. Kamikaze! 
-Adib, jom kahwin dengan aku?-

Faridatul memeluk Iman yang sedang sarat mengandung, "Bila due ni, awak?"
"Lagi sebulan lebih! Eh, by the way, tahniah! Sorry tadi waktu akad nikah tak dapat nak datang. Baby dalam perut meragam" Iman sengih! "Kahwin jugak awak dengan Adib. Berkesan jugak ye video yang saya hantar tu."
Faridatul ketawa, "Terima kasih banyak-banyak, Iman. Kalau awak nak tahu, waktu awak hantar video tu dulu, saya dah buat keputusan nak balik sini pun."
"Eh? Kiranya bukan sebab video tu, ya?"
Faridatul menggeleng, "Tapi video tu buat saya lebih berkobar-kobar nak balik sini."
Iman senyum. "InsyaAllah awak akan happy dengan Adib cuma mungkin bias-bias kasanova dia tu still ada lagi tapi trust me, awak akan bahagia."
"I think so too..." Faridatul mengangguk sebelum dia memandang lelaki yang baru dua jam menjadi suaminya.
"Kak Peah! !" Panggil Lisa yang sedang berjalan bersama Sarah, "Welcome to the club!" 
"Kelab apa ni?"
Sarah mencubit sikit pipi Lisa yang sedang tersengih, "Kelab isteri-isteri Gulp! Kafe."
Faridatul ketawa lalu dia mengangguk.
"Okay, semua! Sila beri perhatian ya. Kami ada hadiah nak bagi pada pengantin lelaki. Saya minta anda semua sila pandang skrin putih di depan ni ya!" Jet yang entah bila naik ke atas pentas sambil memegang mikrofon tersengih lebar.
"Hadiah?" Faridatul pandang Sarah, Lisa dan Iman.
"Oh, percayalah. Hadiah ini hadiah yang paling akan Adib ingat sampai bila-bila..." Jet yang sudah turun dari pentas mendekati Iman. Tangan Iman digenggam erat.
Apek, Mike dan Adib turut sama mendekati ahli-ahli kelab Isteri-isteri Gulp! Kafe. Adib berdiri di sebelah Faridatul, "Hadiah apa ni, Jenglot?"
Jet tarik muka sebelum dia mengukir senyum sinis. Jenglot? Siap kau karang! "Tengok ajelah dulu."
Baru Adib nak membalas, skrin putih di depan mereka terus keluar menayangkan sebuah video.
Tajuk Video : Adib, Poskad dan Tong Sampah.
Adib buntangkan mata bila dia nampak dirinya di dalam video itu sedang menyelongkar tong sampah!
Faridatul dah ketawa. Nasib awaklah, Adib...
Adib menghela nafas panjang. Senyuman tak ikhlas diukir. Sempat dia jeling Apek, Mike dan Jet. Syaiton punya member!!
Is yang duduk di meja tetamu dah terkekeh-kekeh ketawa. Selamat pengantin baru, sepupu!
Mike, Jet dan Apek masing-masing dah ketawa terbahak-bahak. Hadiah baik punyaaa...

Adib mencapai sekeping poskad yang digantung pada pokok. Poskad ucapan dari tetamu-tetamu majlis perkahwinannya dengan Faridatul.
"Tengok apa?"
Adib kalih memandang Faridatul yang baru selesai mandi. Bibirnya terukir senyum melihat kepala Faridatul yang berbalut tuala.
"Senyum apa?" Faridatul rasa pipinya dah hangat. Ni dia redah aje ni keluar dari bilik air dengan tuala berbungkus di atas kepalanya. Dia segan lagi nak tunjuk rambut dia pada Adib. Pakai t-shirt lengan pendek dengan seluar tidur ni pun dia rasa segan. Apatah lagi nak tunjuk rambut.
"Suka hatilah nak senyum!" Adib jungkit kening, buat gaya kerek.
Faridatul tarik sila, "Ni poskad yang orang tulis ucapan tu ya?"
Adib mengangguk sebelum sekeping poskad dihulurkan pada Faridatul, "Cuba teka siapa yang tulis."
Faridatul capai kad itu sebelum dia membaca isi poskad itu. Tawanya meletus tiba-tiba, "Mesti ni Mike kan?"
Adib ketawa lalu mengangguk, "Dialah tu. Siapa lagi."
Poskad itu diserahkan kembali kepada Adib, "Nah! Cuba gantung balik."
Adib mencapai poskad itu sebelum dia menggantung semula poskad itu pada pokoknya, "Nak baca yang lain?"
Faridatul menggeleng, "Tak nak. Malas."
Adib mengangguk sebelum dia menjeling Faridatul, "Dah tu nak buat apa? Nak tidur, awal lagi ni."
Faridatul menampar lengan Adib yang terdedah, "Mengada!"
Adib ketawa, "Cuba tampar sekali lagi. Macam best je bila orang tangan halus mulus ni tampar lengan kita."
"Ei, mengada!" Faridatul tarik muka.
Adib tarik tangan Faridatul sebelum digenggam erat, "Macam ini ya rasanya pegang tangan isteri sendiri."
"Apa yang awak... eh, abang rasa?"
Adib panggung kepala. Tuala yang menutup rambut Faridatul ditarik dengan sebelah tangan. Bibirnya mengukir senyum, "Rasa bahagia."
Faridatul tersipu-sipu. Alahaiii...
"Lawa rambut..." ucap Adib sebelum membelai rambut Faridatul. Kering dah rambut dia. Kenapalah pergi bungkus dalam tuala tu? Kesian rambut, lemas...
"Perli ke?"
"Betullah!" Adib tarik sikit rambut Faridatul. Geram! Orang puji sungguh-sungguh, dia kata kita perli pulak.
"Sakitlah!"
Adib ketawa sebelum dia berdiri, "Afifah tunggu kejap. Ada benda abang nak bagi."
Faridatul tercengang sebelum mengangguk. Aduhai, rasa nak gugur jantung dia bila Adib panggil dia Afifah. Cair... cair...
Adib yang tadi menyelongkar beg rodanya berjalan menuju ke arah Faridatul dengan sebuah kotak di tangannya. Dia kemudiannya duduk bersila di hadapan Faridatul. Bibirnya mengukir senyum manis, "Dah ready? Ini hadiah abang untuk Afifah. Dah lama sangat abang simpan. Rasanya, dah sampai masa kotak ni bertukar tuan."
Faridatul mencapai kotak yang diberikan oleh Adib, "Ada apa dalam ni?"
"Bukaklah."
Faridatul membuka kotak itu. Matanya terbuntang sikit melihat sampul-sampul surat yang ada di dalam kotak itu. Faridatul panggung kepala memandang Adib, "Ini...?"
"Sehari lepas abang dapat poskad pertama dari Afifah, abang mula menulis surat untuk Afifah. Setiap hari. Selalunya lepas balik dari kafe, abang akan tulis. Abang tahu, mesti Afifah terfikir kenapa abang tak hantar semua surat ni pada Afifah. Kalau Afifah nak tahu jawapannya, cuba Afifah baca salah satu surat ni."
Faridatul laju mengambil sepucuk surat yang berada di tengah-tengah kotak. Sampul surat dibuka sebelum surat itu ditarik keluar. Isi kandungan surat itu mula dibaca. Entah bila air matanya mula bertakung di matanya. Wajahnya ditekup dengan surat itu.
"Hei, kenapa menangis ni?" Tangan Faridatul ditarik.
"Selama ni orang ingat, orang aje yang rindukan abang..."
Adib senyum lalu air mata Faridatul dikesat sebelum dia mengucup dahi Faridatul, "Percayalah! Hari yang Afifah kata Afifah nak pergi Johor tu, abang dah mula merindu..."
Faridatul pantas memeluk Adib, "Peah sayang abang."
Adib membalas pelukan Faridatul, "Abang pun... sayang sangat pada Peah a.k.a Afifah."

Peah!
Kau sihat tak kat sana? Aku rindu kau. Rindu gila! Aku rasa kalau lama-lama aku rindu kau macam ni, aku betul-betul boleh jadi gila. Peah, aku nak kau ada depan mata aku. Aku nak buli kau macam selalu. Aaaahhhh... Peah, aku rindu. Betul. Aku tak tipu!
                                                                                                                
-Adib-

TAMAT

p/s: lepas ni cerita Mike pulak ye :) Terima kasih atas komen anda, tak kiralah di blog, di group, di facebook saya, di page. Terima kasih. Maaf ada yang saya tak sempat balas. Tapi setiap komen anda sangat saya hargai :)




63 comments: