Friday, 4 September 2015

[CERPEN] Wedding Dress

"Tahniah," lelaki itu mengukir senyum.
Si gadis mengangguk, "Thank you. Kau datang dengan siapa?"
"Sorang je. Husband kau mana?"
"Ada. Dia pergi jumpa kawan-kawan ofis dia. Tak sangka, kan? Aku dengan Ikhwan."
Si lelaki mengangguk, "Sangat tak sangka."
"Firas!" Mendengarkan namanya dilaung kuat, dia ketawa. Pengantin lelaki datang menghampiri mereka berdua.
"Tahniah, dude! Kau dengan Nani, betul-betul bagi kejutan dekat aku," ucap Firas, tenang.
"Perancangan famili," ujar Ikhwan, senada. 
"Wan?" Satu suara yang menyeru nama Ikhwan buat mereka bertiga berpaling.
Wajah Ikhwan berubah melihat orang yang menyeru namanya, "Anna..."
Wajah gadis yang dipanggil Anna itu sudah basah dengan air mata. Patutlah telefon tak berjawab, mesej tak berbalas. Sampai hati awak, Wan. Tak menunggu lama, Anna lari meninggalkan majlis walimah Ikhwan dan Nani.
"Abang, siapa tu?" Tanya Nani, keliru.
Ikhwan tak menjawab sebaliknya dia mengejar Anna yang sudah berlalu. Firas pandang Nani yang nyata sudah berubah wajahnya. Andai aku yang kau pilih, Nani...

 “Siapa perempuan tu?” 
“Hmm...?” Ikhwan mengerutkan dahinya, “Perempuan mana?”
“Perempuan yang lari waktu majlis kau dengan Nani.”
Ikhwan menghela nafas, “Ex-girlfriend aku.”
Wajah Firas berubah, “Ex-girlfriend?”
“Lepas kahwin dengan Nani...” Ikhwan hela nafas, “Dia putuskan hubungan kami. Dia tak tahu aku nak kahwin. Aku hilangkan diri dekat sebulan lebih sebab aku tak tahu nak cakap macam mana dengan dia.”
“Lepas tu?”
Ikhwan senyum sinis, “Entah macam mana dia dapat alamat rumah mak aku dan dia muncul pada hari perkahwinan aku dengan Nani.”
“Kalaulah kata dia tak tahu, kau nak simpan rahsia kau tu berapa lama?”
“Aku... aku pun tak tahu.”
“Nani tahu?”
Ikhwan menggeleng.
“Kau sayang Nani?”
“Dulu... aku sayangkan Nani sebagai adik tapi rasanya...” Ikhwan hela nafas, “Aku kena sayangkan dia sebagai isteri kan, sekarang?”
Firas menghela nafas, “Jangan sia-siakan Nani.”
Ikhwan mengangguk separuh ikhlas.

“Ayah Cu, beli kek strawberry okey? Kakak nak kek strawberry,” ujar Syuhada.
Firas menganggukkan kepalanya, “Ye. Ayah Cu tahu. Abang nak kek apa?”
“Abang tak kisah,” Syahir mengukir sengih.
“Adi, jaga dia orang ni.”
Adi mengangguk saja mendengar arahan Firas. Dia sebagai sepupu Syuhada dan Syahid paling besar, harus dia menjaga mereka.
Firas pula terus menuju ke kedai kek yang berada di seberang jalan. Dia menolak pintu kedai dengan tangan kanan.
“Selamat datang!” Suara pekerja dari kaunter membuatkan dia mengukir senyum. Mesra!
Dia mendekati kaunter sebelum memerhatikan deretan kek yang disimpan di dalam chiller kaca di depannya.
“Boleh saya bantu encik?”
Firas angkat muka. Wajahnya berubah sedikit melihat si gadis. Wajah si gadis turut berubah.
Dia rasa dia kenal perempuan di depannya ini, "Kita pernah jumpa ke sebelum ni?"
Anna angkat bahu, "Entah. Macam tak. So, encik nak kek yang mana?"
Firas mengangguk. Gadis itu nampak tak nak berbual dengan dia. Dia hela nafas, "Double Oreo Cheesecake dengan Strawberry Shortcake tu."
Buat seketika, mereka sama-sama diam. Anna tekun membungkus kek pesanan Firas. Firas pula diam tak bersuara. 
"Nama awak memang Anna? As in Anna dalam Frozen tu?" Tanya Firas sambil melihat tag nama si gadis.
"Yes, Anna but not as Anna in Frozen, more to Annabelle!" Ujar si gadis, serius.
Firas tercengang dua saat. Annabelle? Bibirnya terus mengukir senyum. Gaya serius, bolehlah kot jadi Annabelle.
Anna menghulurkan kek yang sudah dibungkus cantik kepada Firas, "Here your order, sir. Encik boleh bayar kat kaunter depan sana."
Firas mengangguk. Dia berpaling nak berlalu namun dia tiba-tiba kalih ke belakang, "Awak lebih sesuai jadi Anna dalam Frozen dari Annabelle."
Anna terpinga-pinga dengan komen tiba-tiba dari Firas. Firas pula terus berlalu selepas dia berjaya buat Anna terpinga-pinga.

“Kau tau, dia kata aku sesuai jadi Anna Frozen dari Annabelle.”
“Kau ni gila, Anna! Annabelle tu hantu kau tahu? Gila!”
“Ala, movie aje pun.”
Dira buat muka, “So, dia handsome tak?”
“Siapa?”
“Mamat Frozen tu lah.”
Anna buat muka, “Handsome lagi Beto Khusyairy.”
“Anna...”
“Hmm...?”
“Tadi aku jumpa Ikhwan dengan wife dia.”
Anna jungkitkan kening, “Oh ya?”
Dira mengangguk, “Nampak bahagia.”
“Baguslah untuk dia.”
“Anna, kau tak ada perasaan ke?”
Anna mengeluh, “Kau nak aku buat apa, Dira? Kau nak aku pergi musnahkan masjid dia orang ke?”
“Bukanlah macam tu. Hari tu lepas kau putus dengan dia, kau menangis sehari je... lepas tu kau okey. Macam tak ada apa-apa berlaku.”
“Memang tak ada apa-apa berlaku. Aku tinggalkan dia. Dia dah kahwin. Settle!”
“Anna, kau ni memang Annabelle la aku rasa.”
Anna buat muka bengang, “Mangai panggil aku Annabelle.”
“Kau sendiri kata kau Annabelle dekat mamat Frozen tu.”
Anna ketawa, “Dah aku nak mengelak dari bersembang dengan mamat tu.”
“Eleh, mengelak-mengelak... lama-lama melekat.”
Anna buat muka, “Mintak jauh!”

“Anna!”
Nani tersentak saat suaminya menjerit nama perempuan lain, “Abang?”
Ikhwan yang baru tersedar dia, mengerdipkan matanya, “Nani.”
“Abang okey?”
“Abang okey...”Ikhwan mengangguk, “Dah lama ke abang tertidur kat sofa ni?”
Nani mengangguk, “Dekat sejam jugak. Nani baru nak kejut, abang dah bangun dulu.”
Ikhwan mengangguk, “Abang naik dulu ya?”
Nani yang sedang melipat baju mengangguk. Sebaik saja Ikhwan naik ke tingkat atas, dia mengeluh. Bukan sekali Ikhwan menyebut nama itu di dalam mimpinya. Telefon pintar Ikhwan yang ada di atas meja kopi diambil.
Aplikasi WhatsApp dibuka, senarai contact dicari hingga dia berjumpa dengan satu nama, Anna. Perbualan suaminya dengan wanita itu dibuka. Wajahnya berubah melihat perbualan mereka. Walaupun perbualan terakhir mereka sebulan sebelum dia dan Ikhwan menikah, dia rasa jantungnya bagai ditusuk besi tajam.
Kemudian dia membuka pula galeri telefon Ikhwan. Seperti yang dia jangka, galeri telefon pintar itu penuh dengan gambar-gambar Ikhwan dan wanita itu.
Nani menutup galeri gambar itu sebelum meletakkan semula telefon itu di atas meja. Dia menghela nafas, dengan kekasih siapa aku berkahwin ni?


Firas mengerling jam di tangannya. Kemudian, dia memandang pula gelas plastik yang sudah habis isinya. Gedung membeli-belah yang berdepan dengan food court itu dipandang. Kelibat ibu dan kakaknya masih tidak kelihatan. Perlahan dia menggelengkan kepala. Women!
“Anna, aku sakit perutlah!” Nama yang disebut membuatkan dia berpaling pada meja di belakangnya, “Teman aku!”
Bibirnya mengukir senyum bila ternampak gadis yang pernah dia jumpa ketika di kedai kek. Annabelle!
“Kau sakit perut, pergilah tandas. Suruh aku teman bukan ada guna pun. Aku bukannya toilet.”
Dia menahan tawa mendengar jawapan si gadis pada kawannya. Sinis! Dia bangun dari duduknya lalu dia mendekati gadis itu, “Ehem... excuse me!”
Serentak perbalahan antara si gadis dan rakannya berhenti. Kedua-dua mereka mengalihkan pandangan mereka kepada Firas.
“Annabelle kan?” Firas ukir senyum.
Kawan si gadis membulatkan matanya. Mamat Frozen. Wajah si gadis di pandang, “Anna, aku pergi toilet dulu. Bye!”
Anna tercengang! Eh, tadi dia yang ajak teman pergi toilet! Anna mengeluh sebelm dia memandang lelaki itu, “Er... saya nak ikut kawan saya tadi.”
“Tadi awak kata awak bukan toilet untuk kawan awak tu gunakan.”
Anna gigit bibir sebelum dia melepaskan keluhan, “Ada apa-apa saya boleh tolong encik ke?”
“Tak ada apa. Saya saja tegur awak.”
“Maaf, mak saya tak bagi saya bersembang dengan stranger!” Anna terus bangun dan berlalu dari food court meninggalkan Firas yang masih tersenyum.

"Anna?"
Anna yang sedang memegang selendang kalih ke belakang. "Ya?” Wajahnya berubah sedikit melihat wanita di depannya. Eh, siapa ni?
"Betulkan awak Anna?"
Anna mengangguk, "Dan awak...?"
"Nani. Isteri Ikhwan."
Wajah Anna berubah, "Oh."
"You busy? Boleh kita jumpa sekejap?" Tanya Nani, serius.
"Saya..."
"Dia ada datelah, Nani!"
Serentak Nani dan Anna sama-sama berpaling pada orang yang menegur. Nani ukir senyum, "Firas. Kau buat apa dekat sini?"
Firas senyum, "Dating!"
Nani ukir senyum nakal, "Kau dating dengan siapa ni?"
Firas spontan berdiri di sebelah Anna, "Dengan Anna."
Wajah Nani berubah. Anna tercengang. Firas pula ukir senyum, “So will you excuse us, Puan Nani?”
Nani menarik nafas sebelum dia mengukir senyum palsu, “Sure!”
Anna dapat rasa tangan Firas memegang lengannya, kejap. Anna pandang Nani sebelum menunduk sikit, “Maaf ya. Saya pergi dulu!”
Nani menganggukkan kepalanya sebelum matanya memandang langkah Firas dan Anna yang semakin menjauh. Firas ada hubungan dengan Anna?
“Kak Nani, pandang apa?” 
Nani mengalihkan pandangan pada adik iparnya, Isha sebelum menggelengkan kepala, “Oh, tak ada apa!”
Isha menganggukkan kepalanya, “Eh, jomlah pergi tengok kain dekat sana! Cantik-cantik tau, kak?”
“Iya? Jomlah!” Nani ukir senyum sebelum mengikut langkah Isha namun ingatannya masih pada Firas dan Anna tadi. Apa hubungan mereka?

Anna menarik lengannya yang dipegang Firas sebelum dia memandang lelaki itu, “Kenapa awak cakap kita dating?”
“Saja!” Firas jungkit bahu, “Kalau saya tak cakap macam tu, awak mungkin terpaksa berkonfrontasi dengan Nani.”
“So? Biar ajelah! Bukan saya kenal pun perempuan tu.”
“Oh, awak kenal dia. Dia wife ex-boyfriend awak.”
“Apa masalah awak?”
Firas senyum, “Saya cuma tak nak dua orang perempuan cantik bergaduh di depan orang ramai hanya kerana seorang lelaki.”
“Siapa kata kami nak bergaduh pun?”
“Anna, saya kenal Nani. Nani orangnya keras kepala. Percayalah cakap saya, yang lepas ni dia akan cari awak lagi untuk kenal awak dan awak sendiri, saya rasa keras kepala.”
“Hey mister, awak tak kenal saya! Awak tak boleh nak judge saya keras kepala sesuka hati awak.”
“Saya tak judge. Saya cuma cakap melalui perhatian saya tapi kalau awak bukan keras kepala, makanya saya minta maaf.”
Anna merengus sebelum berlalu.
“Annabelle!”
Anna kalih ke belakang.
Firas melambai perlahan, “Nama saya Firas, by the way! In case awak rasa nak berkenalan dengan saya, cari saya kat Facebook. Firas Ahmad!”
Anna buat muka sebelum melangkah! Gila! Siapa nak berkenalan dengan kau pun?!

"Kau pergi mana? Penat aku cari kau tau."
"Telefon mahal tak guna kalau tak reti pakai."
Dira memuncungkan mulutnya.
"Dir..."
"Hmm...?
"Aku jumpa wife Ikhwan tadi."
"Huh? Then?"
"Dia nak jumpa aku. Macam nak berbincang sesuatu."
"Dia tau ke kau ex Ikhwan?"
"Kalau dia tak tau, kenapa dia nak jumpa aku?”
Dira menyandarkan badannya pada kerusi kereta, "So tadi kau pergi berbincanglah?"
Anna menggelengkan kepala, "Tak. Ada mamat bajet hero Malaya tarik aku pergi tempat lain."
"Siapa?"
Anna menjeling Dira, "Mamat Frozen."
Dira terus ketawa! "Aku dah agak tapi kenapa dia tarik kau pergi tempat lain?"
"Dia kata sebab dia takut aku dengan wife Ikhwan tu gaduh. Gila tau mamat tu!"
"Hahaha! Aku rasa dia comel je."
Anna menggelengkan kepalanya, "Kau dengan dia sama gila!"
Dira ketawa lagi.

"Firas."
Firas angkat muka dari buku menu, "Oh, hi Nani. Ikhwan mana?"
"Tengah cari parking. Ramai sungguh orang kat sini kan?"
Firas menganggukkan kepalanya, "Biasalah tu."
"Firas, aku nak tanya sikit boleh?"
"Tanyalah..."
"Apa hubungan kau dengan perempuan dekat mall tadi?"
"Kami..." Faris pandang Nani, "Kenapa kau nak tau?"
"Salah ke aku ambik tahu pasal kawan aku?"
"No, Nani! Tak salah tapi kau tak pernah ambik tahu pasal aku dan personal life aku pun sebelum ni. Sekarang kenapa kau nak kisah?"
Nani merengus, "Kau tau dia tu girlfriend Ikhwan?"
Firas menggelengkan kepala, "Ex. Ex-girlfriend Ikhwan. Ya, aku tahu. Ada masalah ke?"
Wajah Nani berubah, "Firas, dia tak sesuai dengan kau! Aku dah buat background check. Dia tu cuma kerja dia kedai kek saja. Kau boleh cari perempuan yang lebih baik dari dia."
"Whoa! Nani! Stop... stop!" Firas kerutkan dahi, "Siapa bagi hak pada kau untuk tentukan dengan siapa aku berkawan? Mak aku pun tak halang aku berkawan. Jadi, kenapa kau nak melebih-lebih?"
"She is not a nice woman."
"And who are you again to judge her?"
"Firas..."
"Amboi, rancak berbual. Sembang apa ni?" Ikhwan yang datang ke meja buat Firas dan Nani sama-sama terdiam.
"Tak ada apa. Cuma berbual hal-hal semasa."
"Abang, tadi Nani terjumpa Firas tau? Tengah dating."
Wajah Firas berubah. 
"Really? Kau tak bagitahu kami pun kau dah ada kawan."
Firas ukir senyum sinis, "Tak ada apa yang nak diberitahu pun. Baru kawan, belum kahwin."
Ikhwan menganggukkan kepalanya, "Betullah tu."
Nani pula mengetap bibir, "Nama perempuan tu Anna. Kerja kedai kek dekat Jalan Bendahara."
Wajah Ikhwan berubah. Kedai kek di Jalan Bendahara cuma ada satu. Cake & Coffee Bakery.
Tempat kerja Anna dan di situ hanya ada seorang Anna yang berkerja di situ. "D... dah lama korang kenal?"
"Baru lagi. Dahlah. Tutup cerita pasal aku. Kita datang nak makan. So... jom order makanan dulu?"
Ikhwan mengangguk. Nani pula merengus dalam hati. Apa yang hebat sangat dengan Anna tu?

"Dir..."
"Hmm...?"
"Bosan kan?"
Dira yang sedang menongkat dagu mengangguk. Sangaaattt bosannn! "Tau tak apa."
"Jom stalk Lia dengan Azrul. Sejak dia orang putus, dua-dua senyap je..."
"Bosan gila stalk diorang tu! Post nak islamik saja, sekali couple... nak jadi Couple Islamik kononnya! Choi! Mana ada dalam Islam couple islamik."
"Perghhh, makan dalam aku, Dira..."
"Ops! Sorry bos!" Dira sengih.
"Tak ada apalah. You have your point and opinion," ujar Anna sebelum tablet miliknya dicapai, "Aku tau dah siapa kita nak stalk."
"Siapa?"
Anna sengih memandang Dira, "Mamat Frozen!"
"Serius?"
Anna mengangguk.
"Cepat Anna! Teruja dah aku ni."
Anna ketawa, "Sabarlah!" Jari jemari laju membuka aplikasi Facebook sebelum menaip nama Firas Ahmad di kotak pencarian.
"Eh, yang ni kan?" Tanya Dira sambil menunjukkan sebuah profile yang berada di atas sekali.
Anna mengangguk. 1 mutual friend, "Ada one mutual friend."
"Tekanlah Anna, profile dia!"
Profile itu ditekan.
"Oh my God! His dp is so cuteeee!" Dira dah ketawa suka.
Anna pula mengerutkan dahi, "Cute celah mana, wei?!"
"Look! His smile! Cute kot. Dengan mata terpejam gitu... aduhaiii... dah ada awek ke belum eh?"
"Kenapa? Kau nak try?"
Dira menggelengkan kepalanya, "Tak naklah aku. Dia tak minat dengan aku. Dia minat dengan kau."
"Gila!" Ujar Anna sebelum memberikan tablet itu pada Dira.
"Eh, kau nak pergi mana?"
"Nak berak! Kenapa? Nak ikut?"
"Euuwww... selekeh!" Dira buat muka.
Anna pula terus berlalu ke tandas.
Dira yang memegang tablet tiba-tiba mengukir senyum lebar. Butang Add Friend Request yang ada di profile Firas ditekan. Anna, tak perlu berterima kasih pada aku! Hahaha!

"Iyas, tolong kak long boleh?"
Firas jungkit kening, "Kalau nak suruh Iyas teman shopping lagi esok, Iyas tak mau! Muntah darah Iyas tunggu ibu dengan kak long tadi tahu?"
"Ala bukan lama pun. Iyas ni drama lebih. Patut boleh jadi pengarah teater pun."
Firas buat muka, "Nak mintak tolong apa?"
"Tolong check pintu dapur kunci ke tak. Kak long tak sedap hatilah."
Firas mengangguk. Dah pukul 10 malam, ahli keluarganya semua sudah masuk ke bilik masing-masing. Cuma tinggal dia saja yang sedang berWhatsApp dengan rakan universitinya di ruang tamu tingkat atas.
"Kak long masuklah bilik dulu. Biar Iyas check."
Faiza mengangguk sebelum berlalu masuk ke bilik tidurnya. Firas pula terus turun ke tingkat bawah. Pintu dapur diperiksa sebelum dia memeriksa tingkap di dapur. Setelah berpuas hati, dia pergi ke pintu depan pula. Setiap inci pintu diperiksa. Apabila sudah berpuas hati, dia naik ke tingkat atas semula.
Telefon pintar yang tadi dia tinggalkan di atas meja dicapai. Dia tergelak melihat notifikasi WhatsApp yang sudah mencecah 200 lebih padahal baru sekejap saja dia meninggalkan telefonnya. 
Satu notifikasi friend request dari Facebook membuatkan dia mengerutkan dahi. Notifikasi itu ditekan. Wajahnya berubah sedikit melihat orang yang mahu menambahkan dia sebagai kenalan. Nurul Hannah.
Spontan bibirnya mengukir senyum. Profile picture yang menunjukkan dia memakai pakaian ala chef. Butang terima ditekan.
Firas Ahmad is now Nurul Hannah's friend.

"Adiraaaaaaaaa!"
Dira yang masih mengantuk terus membuka matanya, "Hah? Mana api? Mana api?!"
"Api apa kau ni!" Anna menepuk bahu Dira, "Apa kau dah buat dengan Facebook aku?"
Apabila perkataan Facebook itu mencecah ke telinganya, mata Dira terus terbuka luas, "Dia dah approve ke?"
"Haaaaaaaa! Adiraaaaa! Kenapa kau add mamat tu, sengal?!" Anna menampar-nampar belakang Dira.
"Wei, sakit! Sakit!"
"Hati aku ni lagi sakit, tau?"
Dira terus ketawa terkekek-kekek, "Chill, dude! Chill!"
"Chill hotak kau! Eiii! Aku tak nak kawanlah dengan dia."
"Kenapa? Sebab dia kawan dengan Ikhwan?"
"Dira..."
"Anna, tak salah kalau kau kawan dengan dia. He seems nice. A full time consultant and part time, pengarah teater. Dia suka kucing. Non-smoker. Apa lagi?"
"Tapi dia kawan Ikhwan!"
"Jadi? Kau dah move on, kan?"
"Yes tapi tu tak bermaksud aku boleh berkawan dengan kawan-kawan dia."
"Anna, cuma berkawan. Bukannya kau kahwin pun dengan dia, which the idea is not so bad sebab kalau kau kahwin dengan Firas... pergh! Makan dalamlah Ikhwan!"
"Dira! Stop! Aku nak pergi bakeri. Aku akan unfriend Firas. Aku tak nak kawan dengan dia dan tak akan mungkin nak kahwin dengan dia. Titik!"
"Do whatever you want, Anna! Tapi kalau Allah dah kata jodoh kau dengan Firas, larilah ke benua mana pun... kau tetap akan dengan dia."
"Shut up, Dira!" Anna merengus sebelum terus keluar dari apartment. Dira pula menggelengkan kepala. Anna... kau masih tak move on sebenarnya!

"Anna!"
Anna yang sedang membuka pintu bakeri terus keras tangannya. Kaku. Suara orang yang dia pernah rindui.
"Anna, tak nak pusing pandang abang ke?"
"Sorry sir! Bakeri kami tak bukak lagi. Pukul 11 baru bukak."
"Abang datang bukan nak beli kek, abang nak jumpa Anna."
Anna kalih ke belakang memandang Ikhwan, "Satu, saya tak nak jumpa encik. Dua, saya bukan adik encik yang encik nak berabang-abang dengan saya dan encik tak kahwin dengan kakak saya pun untuk layakkan diri encik bahasakan diri encik abang dengan saya."
Ikhwan mengeluh, "Abang rindukan Anna."
"Ei, tolonglah encik! Jangan nak merayu rindu kat sini. Geli saya!"
Ikhwan tarik tangan Anna, "Abang rindu Anna. Abang sayang Anna..."
"Wei, lepaslah!"
"Abang rindu senyuman Anna!" Ucap Ikhwan sebelum mencium tangan Anna.
Pang!
"Bila aku kata lepas, lepaslah! Kau tak faham bahasa melayu ke?" Anna merentap tangannya yang baru dicium oleh Ikhwan. Ikhwan pula tak dapat berbuat apa kerana masih tercengang dengan tamparan yang dihadiahkan oleh Anna, "Lelaki gila! Waktu kau nak kahwin, aku mesej kau, aku cari kau... ada kau cari aku? Tak ada kan? Sekarang kau nak buat perangai macam orang gila talak kenapa?"
"Anna dah banyak berubah."
"Habis kau nak aku jadi aku yang dulu? Yang bodoh aje ikut cakap kau?"
"Mesti sebab Firas kan? Anna ada hubungan dengan Firas kan?!" Mata Ikhwan tiba-tiba mencerlung marah.
Anna buat muka menyampah, "Ya! Kalau aku ada hubungan dengan dia pun, apa masalah kau? Aku bujang, dia bujang! Bukan macam kau, dah kahwin tapi gatal nak mencari aku! Gila!"
"Ya! Memang abang gila! Abang gilakan Anna!"
"Tapi aku rasa kau patut gilakan wife kau, bukan kekasih aku. Kan?"
Wajah Anna berubah saat terlihat lelaki yang sedang bersandar pada pintu keretanya. Ikhwan pula perlahan-lahan berpaling ke belakang. Firas ukir senyuman, "Kau ada wife, hargai dia! Biar orang bujang macam aku pulak cari bahagia."
Ikhwan menunduk. Anna pandang Ikhwan, "You've heard him. Awak boleh pergi kot dari sini. Jangan cari saya lagi. Kalau nak beli kek sekalipun, beli kat tempat lain. Saya tak nak tengok lagi muka awak."
Ikhwan pandang Firas dengan wajah penuh amarah, "Kau rampas Anna dari aku."
Firas geleng kepala, "Tak. Kau yang lepaskan Anna untuk aku!"

"Saya ingat awak dengan Ikhwan kawan."
Firas senyum, "Memang dia kawan saya tapi... Nani pun kawan saya."
"Nani?" Anna meletakkan secawan kopi di atas meja.
"Wife Ikhwan! Yang datang jumpa awak hari tu."
"Oh!"
Firas menghirup kopi. Erm... sedap! "So... awak add saya kat Facebook, eh?"
Wajah Anna berubah, "Eh! Pasal tu... nanti saya unfriend balik. Maaflah, kawan saya yang memandai add."
"Eh, tak payah unfriend pun tak apa."
"Tapi..."
"Saya tau awak tak selesa dengan saya. Tapi tak salah kan kalau kita kawan. Sekurang-kurangnya saya boleh jaga awak dari Ikhwan, dari Nani..."
Anna menghela nafas, "Firas... look. You are nice and all tapi saya tak boleh kawan dengan kawan Ikhwan."
"So, maksudnya kalau nak kawan dengan awak... saya kena putus kawan dengan Ikhwan. Macam tu?"
"Firas..."
"Ikhwan dan Nani dah fikir kita ada relationship. So why not kita play along? Kalau tidak, sampai bila-bila pun dia orang akan kacau awak."
"Sampai bila nak play along?"
"Sampai awak kahwin or sampai saya kahwin."
"Kalau kita tak kahwin-kahwin?"
Firas senyum nakal, "Kita kahwin dua."
Anna buat muka. Tak hingin aku kahwin dengan kau!

Firas pandang wajah ibunya sambil menongkat dagu, "Ibu."
"Ya?"
"Macam mana ibu dengan ayah jatuh cinta?"
"Hah?"
Faiza bulatkan mata, "Iyas tanya apa tadi?"
"Er... Iyaz tanya benda pelik ke?"
Faiza dan Puan Salbiah ketawa, "Iyas sihat ke tak ni?"
"Lebih dari sihat. Tanya pun salah ke?"
"Tak salah tapi random sangat soalan Iyas tu," Faiza ketawa.
Puan Salbiah ketawa, "Iyas nak tau apa tadi?"
"Macam mana ibu dengan ayah jatuh cinta?"’
"Erm... dulu ibu minat dekat ayah waktu kami belajar dekat UK. Tapi ayah sombong. Bercinta dengan orang putih tapi entah macam mana, lepas balik Malaysia, kerja satu company. Ayahlah kejar ibu. Ibu jual mahal mula-mula tu tapi biasalah, ayah kamu kasanova kelas satu... perempuan mana tak cair. Dan akhirnya kami pun kahwin. Dapat kak long, abang ngah dengan Iyas."
Faiza ukir senyum. Firas pula tersengih-sengih, "Ibu... macam mana nak buat perempuan suka dengan kita?"
Sekali lagi Faiza dan Puan Salbiah ketawa, "Kenapa Iyas tanya benda macam tu?"
Firas ketawa, "I'm tired of being friendzoned!"
"Well, it's Nani's loss, Iyas."
Firas ketawa tawar. Betul ke Nani yang rugi? Hmm...

"Boleh saya jumpa dengan Anna?"
Pekerja kedai bakeri yang bernama Una itu mengerutkan dahinya, "Er... Cik Anna pergi buat delivery. Apa kata cik..."
"Puan!" Tegas dia bersuara, membetulkan kesalahan pekerja perempuan itu.
"Maaf. Apa kata puan duduk dulu sementara tunggu Cik Anna balik ke sini?"
"Fine! Tapi agak-agak pukul berapa dia akan balik?"
"Dalam setengah jam lagi, mungkin. Puan duduklah dulu."
Nani mengangguk sebelum dia duduk di sebuah meja, berdekatan dengan kaunter.
"Bajet gila perempuan tu. Macam hot sangat!" Aida, si cashier buat muka.
Una sengih, "Aida... never ever talk bad about your customer! Ingat. Kak Anna dengar, kena ceramahlah kau."
Aida sengih, "Tau tapi over sangat gaya. Dengan spek hitamnya. Dalam kedai kot. Dok berlagak bagus nak tunjuk kat siapa?"
"Nak tunjuk dekat kaulah tu," Una ketawa.
Bunyi pintu yang ditolak buat mereka berdua berhenti berbual, "Selamat datang!"
Nani pula mengangkat wajah. Sangkanya Anna sudah pulang. Wajahnya berubah sedikit melihat si lelaki yang nyata tak menyedari kehadiran dia di situ, "Firas."
Firas kalih memandang wanita yang memanggil namanya. Wajahnya berubah, "Nani? Kau buat apa dekat sini?"
"Aku... aku..."
Bunyi pintu ditolak buat mereka berdua kalih memandang pintu. Anna masuk dengan senyuman lebar namun senyumannya mati saat matanya bertentang dengan mata Nani. Dia mengeluh tanpa sedar. Hari tu suami dia. Hari ni dia pulak! Ya Allah...

"Saya rasa awak datang sini sebab nak jumpa saya, kan?" Tanya Anna pada Nani sebaik saja dia mendekati wanita itu.
Nani pandang Firas sekilas sebelum mengangguk, "Saya tak mengganggu kan?"
"Awak dah sampai ke bakeri saya pun, takkan nak cakap tak mengganggu pulak," ujar Anna senada sebelum memandang Firas, "I can handle this, Firas."
Firas hela nafas, "Ingat awak tak nampak saya."
"Besar gedabak, tak nampak apanya. Awak duduklah dulu."
Firas mengangguk sebelum berlalu. Nani ketap bibir. Siapa sebenarnya Anna ni? Firas bagai tak nampak dia lagi. Dahlah Ikhwan masih tergila-gilakan Anna!
"So, kenapa nak jumpa saya?"
"Awak tak nak offer minuman untuk saya?"
"Saya rasa awak dah tunggu saya lama. Kenapa tak order sendiri dekat kaunter tadi?"
Nani menghela nafas, "Why so rude?"
"Oh, ya? Saya tak rasa saya biadap." Ujar Anna, tenang. "Jadi kenapa awak nak jumpa saya?"
"Saya dapat tahu awak kekasih Ikhwan sebelum dia berkahwin dengan saya."
"Ya. Dulu. Sekarang..." Anna kerling melihat Firas yang sedang ralit dengan telefonnya, "Saya sedang mengenal hati budi Firas."
"Saya minta maaf."
Wajah Anna berubah, "Ke... kenapa awak nak minta maaf?"
Nani senyum tawar, "Saya tak tahu Ikhwan bercinta dengan awak. Kalau tak saya takkan setuju dengan perancangan keluarga kami ni."
Anna mengerutkan dahinya, "Awak datang sini bukan sebab nak serang saya?"
"Kenapa saya nak serang awak? Saya yang rampas kekasih awak, bukan awak ke patut serang saya?" Nani tersenyum tawar.
Anna terdiam. Tak tahu nak balas apa.
"Saya selalu stalk awak. Selalu nak tahu apa istimewanya awak sampai kedua-dua orang kawan baik saya suka pada awak."
"Hah?"
"Saya, Firas dan Ikhwan berkawan baik tapi sejak saya dan Ikhwan berkahwin, kami bertiga renggang."
"Tapi Firas bagitahu saya yang awak..."
"Yang saya memang sukakan Ikhwan?"
Anna mengangguk.
"Memang saya sukakan Ikhwan tapi saya hanya bertepuk sebelah tangan. Saya jumpa awak sebab saya nak tahu, apa istimewanya awak di mata Ikhwan dan apa kurangnya saya di mata dia," ujar Nani sambil tersenyum namun Anna nampak yang kolam mata Nani sudah bertakung dengan air mata.
"Nani..."
"Saya minta maaf, Anna sebab rampas Ikhwan dari awak,"ujar Nani sebelum dia berdiri.
"Eh?!" Anna turut berdiri.
"Awak baik, Anna. Saya tahu kenapa kawan-kawan baik saya suka pada awak. Saya kena balik dulu. Terima kasih untuk masa awak. Assalamualaikum," tanpa menunggu balasan Anna, Nani terus berlari keluar dari kedai bakeri itu.
Anna tercengang! Apa sebenarnya yang berlaku ni?

"Saya rasa kesian dengan Nani.
Firas mengangguk.
"Saya rasa macam nak sedarkan Ikhwan tu pasal Nani."
"Awak rasa dia nak dengar cakap awak? Ikhwan tu macam dah gila talak dengan awak."
Anna buat muka, "Tak payah cakap. Saya tahulah."
Firas ketawa. Comel.
"Awak ni tak ada kerja ke, tiap-tiap hari datang bakeri saya."
"Ni tengah kerjalah ni. Jadi guardian angel awak. Perghh... sweetkan saya?"
"Euww! Psiko!"
Firas ketawa lagi sebelum dia buat wajah serius, "Macam mana kita patut tolong Nani ya?"
Anna menongkat wajahnya sebelum mengacau kopi di dalam cawannya. 
Firas meniru perbuatan Anna, "Jangan buat gaya macam ni lagi, boleh?"
"Apahal pulak?"
"Comel. Macam Annabelle!"
Anna buat muka bengang, "Sewel!"
Firas ketawa. Anna yang geram akhirnya mengukir senyum. Siapa sangka dia boleh berkawan jugak akhirnya dengan mamat Frozen ni?

"Nani, esok kau free?" Firas memandang Anna yang memandangnya dengan riak wajah penuh tanda tanya.
"Aku dengan Anna nak jumpa kau."
Firas diam seketika sebelum mengangguk, "Oh! Bila kau nak balik sini?"
"Okey. Nanti apa-apa update dengan aku, ya? Okey. Waalaikumussalam." Firas mematikan panggilan telefonnya dengan Nani.
"Macam mana?" Anna pandang Firas.
Dira yang tak tahu apa-apa cuma memandang saja gelanggang bola keranjang yang sedang berlangsungnya perlawanan bola keranjang.
“Nani kata dia kat rumah mak mertua dia."
"Oo..." Anna mengangguk, "Kalau kita pergi sana, tak boleh?"
"Hello! Calling Cik Annabelle yang pergi Planet Namek! Kalau kita pergi sana, Ikhwan mesti ada sama."
Anna menganggukkan kepalanya, "Right!"
"Korang ni tengah merancang apa sebenarnya ni?"
Anna sengih mendengar soalan Dira, "Tengah merancang macam mana nak satukan suami isteri yang berantakkan."
"Siapa? Ex boyfriend kau tu?"
"Dira... aku kesian dengan wife dia."
"Woooo! Kau betul ke ni, Anna?"
"Babe, aku dah move on lah. Buat apa nak fikir pasal suami orang. Lagipun, Nani is a nice woman."
Dira senyum mengusik, "Untunglah dah move on. Yelah, baik move on kan? Lagipun kau kan dah jumpa prince charming. Macam Anna dalam Frozen tu. Walaupun orang yang dia suka bukan putera raja."
Anna buat muka, "Kau merepek apa, hah?"
Firas yang sedar Dira sedang bercakap pasal dirinya terus berdiri, "Eh, saya nak join budak-budak tu main basket kejap! Nanti nak balik, bagitau okey?"
Anna menganggukkan kepala. Dira pula dah ketawa terkekek-kekek bila Firas dah masuk ke gelanggang, "Babe, aku rasa pakwe kau comel gila!"
"Wei, dia bukan pakwe akulah!"
"Whatever! Yang pasti, dia suka kau!" Ujar Dira sebelum dia ketawa lagi. Anna pula pandang Firas yang sedang mencekak pinggang di gelanggang bola keranjang. Dia sungguh ke suka aku?

"Thank you, Firas!" ujar Anna sebaik saja dia buka pintu kereta.
Firas senyum. Dira yang baru keluar kereta mengukir senyum lebar, "Er... Anna, aku naik atas dulu."
"Eh, naik sama-samalah!" Anna pandang Dira.
"Ala, Firas macam ada benda nak cakap je dengan kau tu!"
Anna kerutkan dahi. Firas pula dah tepuk dahi! Alahai, direct sangat Dira ni pun...
"Awak ada benda nak cakap dengan saya ke?" Anna pandang Firas.
Firas mengangguk, "Er tapi tutuplah pintu dulu."
Anna pandang pintu kereta yang terbuka, "Eh, sorry!" Anna tersengih malu sebelum menarik pintu kereta itu.
"Tak apa," Firas senyum.
"So, awak nak cakap apa?"
Firas tarik nafas, "Saya tahu kita baru aje berkawan..."
Wajah Anna berubah sikit. Dia rasa macam dia boleh agak apa yang ingin Firas katakan.
"Anna, saya dah 29 tahun hidup di dunia ni. Ibu saya sekarang asyik bagi hint untuk carikan dia menantu."
Anna masih diam.
"Anna... saya tahu, ini terlalu mendadak untuk awak tapi... aduhai..."
Anna pandang Firas.
"Saya nak melamar awak jadi isteri saya."
Anna menunduk sikit. Apa yang harus dia jawab. Wajahnya diangkat sebelum wajah penuh harapan Firas ditatap, "Saya minta maaf. Saya..."
Firas ukir senyum, menutup kekecewaannya, "Tak apa. Saya faham. Pergilah naik. Dah lewat ni."
Anna gigit bibir, "Firas..."
"Saya okey, Anna! Jangan risau."
Anna mengangguk sebelum dia keluar dari kereta, "Saya minta maaf."
"Not a big deal pun," Firas ukir senyum, "It was too fast, I guess. Apa pun, good night, Anna! Tidur jangan lupa basuh kaki. Takut nanti mimpi Annabelle!"
Anna ketawa kecil sebelum pintu kereta itu ditutup. Firas melambai sekali sebelum terus memecut laju, meninggalkan kawasan apartment enam tingkat itu.

"Jadi betullah Anna dengan dia sekarang?"
Anna kalih ke belakang. Wajahnya berubah. Ikhwan!
"Awak buat apa dekat sini?" Anna mencerlungkan matanya pada Ikhwan yang berdiri hanya lima langkah jauh daripadanya.
"Abang rindu Anna!"
"Ikhwan, awak dah kahwin tahu! Ingatlah isteri awak!"
"Kenapa abang nak ingat perempuan yang tak pernah bagi kebahagiaan pada abang?"
"Awak ni gila tau? Gila! Kesian dekat Nani dapat suami macam awak. Nasib baik saya tak kahwin dengan awak. Gila!"
Wajah Ikhwan berubah mendengar nama isterinya, "Mana Anna kenal Nani?"
"Kenapa pulak saya tak kenal isteri awak? Awak ni tak ada simpati langsung ke pada isteri awak?! Dia isteri awak yang sah, Ikhwan! Ingat Tuhan!"
"Perempuan tu bodoh!"
"Ikhwan!"
"Abang sayang Anna..." Ikhwan perlahan-lahan mendekati Anna.
Anna mengundur sedikit demi sedikit, "Jangan dekat! Saya jerit nanti!"
Ikhwan ukir senyum. Senyuman yang amat menakutkan, "Hihihi... jeritlah sayang! Kat sini takkan ada sesiapa dengar suara Anna..."
Anna memeluk beg tangannya erat. Ya Allah, tolong aku!
"Kau ni sungguh gila, kan Ikhwan? Kenapa selama ni aku tak tahu, ya?"
Ikhwan berpaling pada suara yang menyebut namanya!
Anna rasa nak menangis bila melihat Firas berdiri tenang dengan tangan di dalam poket.

"Kau... kau patut dah balik..." Ikhwan menjerit marah!
"Jadi?" Firas jungkit kening.
Ikhwan merengus, marah!
"Ikhwan, kau bukan macam ni. Jangan hanya kerana cinta kau jadi bodoh macam ni. Let Anna go and move on."
"Diam! Kau tak tahu apa-apa Firas! Diam!"
"Jodoh kau dengan Anna tak ada, Ikhwan. Tolonglah sedar..." ujar Firas, serius.
Ikhwan meluru nak memukul Firas namun Firas hanya berdiri tenang.
"Firas!" Anna menjerit.
Baru Ikhwan nak melayangkan penumbuknya, Firas terlebih dahulu menghadiahkan penumbuk pada Ikhwan! "Ingat Ikhwan, kau bukan lawan aku..."
Ikhwan yang terduduk, "Kau tak guna, Firas! Kau rampas Anna dari aku!"
"Aku tak rampas Anna dari sesiapa! Kau dah putus dengan dia. Kau dah kahwin!" 
Bunyi wisel pengawal, mengejutkan mereka bertiga. Ikhwan bingkas berdiri sebelum dia meludah ke jalan, "Hal antara kita belum selesai, Firas! Belum selesai!" Dan dia terus berlari menuju keretanya yang diparkir tidak jauh dari situ.
Sebaik saja kereta Ikhwan berlalu, Firas mendekati Anna, "Awak okey?"
Anna mengangguk, "Kalaulah awak tak ada tadi..."
Firas senyum, "Kan saya dah kata... saya guardian angel awak."
Dua orang lelaki berpakaian pengawal berlari mendekati mereka, "Maaf pak, non... tadi ada yang bilang di sini ada pergaduhan."
"Tak ada apa dah. Semuanya dah selesai." Firas sengih 
"Aduh, maaf ya pak, non!"
Anna menggeleng laju, "Tak apa. Tak perlu nak minta maaf. Teruskan kerja awak ya."
Kedua-dua orang pengawal itu menganggukkan kepala mereka sebelum berlalu meninggalkan Firas dan Anna.
Firas pandang Anna, "Pergilah naik dulu. Saya tunggu kat sini. Awak dah sampai rumah, baru saya balik."
Anna mengangguk dan terus berjalan mahu berlalu.
"Eh, Anna!"
Anna kalih. Firas mendekati Anna, "Ni, telefon awak."
Anna ketawa lalu telefon buatan Korea itu diambil, "Terima kasih Firas."
"Pergilah naik. Dah sampai rumah nanti, telefon saya ya?"
Anna mengangguk dan terus dia berlalu. Firas pula setia menanti di bawah.
Lima minit kemudian telefonnya berbunyi. Nama Anna di skrin buat dia tersenyum, "Dah sampai ya?"
"Aah! Baru sampai."
"Okey. Kalau macam tu, saya balik dulu ya?"
"Err... Firas!" Separuh menjerit Anna memanggil Firas.
"Ya?"
"Tentang lamaran awak tadi... tawaran masih dibuka kan?"
Firas terdiam. Lama sebelum dia mengangguk tanpa sedar, "Selamanya tawaran itu terbuka untuk awak."
"Kalau macam tu... minggu depan, bawaklah famili awak jumpa mak ayah saya!" Usai bersuara, Anna mematikan talian telefonnya.
Firas tersenyum di luar sedar. Perlahan bibirnya menggumam rendah, "Alhamdulillah!"

Iyas ni betul ke?"
"Betullah. Apa yang tak betulnya?"
"Iyas baru lagi kan kenal dia?"
Firas kerut dahi, "Ya? Apa masalahnya?"
"Iyas tak nak kenal hati budi dia dulu?"
"Kak long, Iyas boleh kenal hati budi dia lepas kami kahwin kan?"
Faiza melepaskan keluhan, "Iyas, kak long tak nak Iyas jadi macam abang ngah Kenal tak sampai dua bulan, dah buat keputusan nak kahwin. Tak sampai dua hari kahwin, dapat tahu yang isteri dia tu janda dan tengah cari cina buta sebab nak kahwin semula dengan bekas laki dia! Siap ada anak lagi. Sekarang, tengoklah abang ngah jadi macam mana? Hidup dengan kerja aje, tak pedulikan orang langsung! Kak long tak nak benda macam tu jadi pada Iyas."
"Kak long... Iyas kenal Anna. Iyas tahu dia macam mana."
Faiza mengeluh, "Iyas ni keras kepala, tahu?"
"Kak long pun keras kepala jugak," Firas ukir sengih.
"Bawak dia datang rumah dulu. Kak long nak kenal dia," tegas Faiza.
Firas angkat tabik hormat, "Baik bos!"

"Er... Firas..."
"Ya?"
"Baju saya okey ke?" Anna tunduk melihat baju kurung yang tersarung di tubuhnya, "I look horrible, kan? Nampak saya macam gemuk, kan?"
Firas yang sedang memandu ketawa, "Apa awak merepek? Biasa ajelah! You look beautiful, as usual. Jangan risau."
"Gila tak risau! Saya nak pergi jumpa famili awak kot. What if famili awak tak terima saya? What if awak dengan saya tak boleh bersama? What if..."
"Banyaknya what if awak, Anna! Awak ni mesti banyak tengok sinetron kan? Tu yang dok fikir merepek sesaja."
"Bukan merepeklah! Itu probability yang mungkin berlaku, tahu?"
Firas ketawa! Selama ni dia ingat Anna ni serius je memanjang, "Anna, selama ni saya ingat awak ni serius gila tahu? Tak sangka awak ni banyak cakap, kalut, kelakar, suka fikir benda bukan-bukan, suka buat assumption yang pelik-pelik, suka..."
"Awak ingat saya robot nak serius aje dua puluh empat jam?"
"Manalah tahu. Dah sebelum kita... er... serius ni awak asyik serius je."
"Well, inilah diri saya yang sebenar. Saya memang jenis serius awal-awal, sebab saya takut nak open up dekat orang. Saya jenis... erm... takut? I don't know how to explain but awak faham kan maksud saya?"
"Kiranya awak ni introvert lah kan? Kena orang approach awak, baru awak respon. Lepas tu, awak hanya akan open up bila awak betul-betul selesa dengan orang tu. Betul tak apa saya cakap?"
"Entah. Yelah kot..." balas Anna sebelum memandang Firas, "Firas, look at me."
Firas jungkit kening, "Hah? Kenapa?"
"Tengok ajelah!"
Firas memandang Anna sekilas "Dah. Kenapa?"
"Selendang I okey, kan?"
Firas yang mendengar soalan Anna terus ketawa, "Saya ingat awak nak cakap I love you ke apa, rupanya nak suruh tengok tudung aje!"
"Firas, jangan ketawa!" Anna buat muka.
Firas terus-terusan ketawa! No wonder Ikhwan boleh jatuh cinta dengan Anna. She is absolutely amazing!

"Inilah Anna, ya?"
Firas mengangguk, "Annabelle, ibu."
Anna bulatkan mata pada Firas. Dia buat dah!
"Firas ni... mengusik aje kerjanya," Faiza buat muka pada Firas.
Anna tersenyum malu. Tak sangka Faiza nampak dia bulatkan mata pada Firas tadi.
"Auntie... nama auntie Anna ke?"
Anna pandang wajah si kecil yang berambut tocang dua di depannya, "Ya, sayang."
"Anna Frozen?" Syuhada ukir sengih.
Anna pandang Firas yang sedang tersengih mengusik. Sukalah dia tu bila anak saudara dia ingat Anna tu sama macam Anna dalam Frozen, "Aah. Auntie Anna Frozen."
Syuhada yang mendengar jawapan Anna terus kalih memandang Faiza, "Mama, kakak nak jadi Elsa boleh? Auntie ni dah jadi Anna."
Berderai ketawa di ruang tamu rumah itu. Kids and their imagination! 
"Kakak, kalau kakak jadi Elsa, Ayah Cu nak jadi siapa?"
"Ayah Cu jadi Olaflah. Ayah Cu kan suka hugs nenek."
Sekali lagi ruang tamu itu gamat dengan gelak ketawa. Firas menggeleng. Pandai menjawab sungguh budak kecik ni!

"Syuhada comel."
Firas ketawa, "Macam Ayah Cu dia kan?"
"Awak ni memang spesies perasan ke macam mana? Jenis memang suka masuk kuali masak sendiri?"
Firas ketawa lagi kuat, "Awak dulu SPM dapat berapa ya Bahasa Melayu? Peribahasa awak superb!"
"Diamlah!" Anna menjeling Firas.
"Anna."
"Ya?"
"Keluarga saya okey, kan?"
Anna mengangguk, "Sangat okey! Ibu awak super baik, kak long awak super awesome, you have a very pretty niece and two handsome nephews. What else?"
Firas senyum, "Too bad awak tak sempat jumpa ayah saya. But it's okay. Nanti saya kenalkan tapi melalui gambar ajelah."
Anna ukir senyum, "Dia dah happy kat sana."
Firas mengangguk, "Oh ya, awak pun tak jumpa dengan abang ngah saya lagi. He's nice cuma a bit workaholic."
"Oh... dah kahwin?"
Firas mengeluh, "Dah kahwin dan dah bercerai."
Anna terdiam.
"Abang ngah saya jadi workaholic lepas dia bercerai."
"Oh, so sorry to hear about the divorce."
"Tapi lebih baik dia bercerai pun. That woman tak jujur. Dia cuma nak gunakan abang ngah saya untuk jadi cina buta."
"Kesiannya abang ngah awak."
Firas mengangguk, "Kesian tapi itu ujian untuk abang ngah saya."
"Betul. Setiap apa yang berlaku di dunia ni, yang baik mahupun yang buruk... semuanya ujian dari Allah," ujar Anna.
"Allah uji kerana dia sayangkan kita."
Anna mengangguk sambil mengukir senyum. Satu benda yang dia suka pasal Firas, walaupun kuat mengusik, gila-gila tapi dia matang dengan cara dia tersendiri. Matang yag buat hatinya terusik.

"Nani ni isteri abang!"
Ikhwan pekup telinga, "Diam! Aku tak nak dengar!"
"Kenapa abang tak nak terima hakikat yang Nani ni isteri abang? Kenapa tiap-tiap hari abang nak belek gambar Anna? Dia bukan isteri abang yang sah! Nani ni isteri abang!"
"Kau bukan Anna, Nani! Kau bukan Anna!"
"Ya, Nani bukan Anna tapi Nani ni isteri abang! Faham tak? Nani ni isteri abang! Tengok kat dinding tu! Tu gambar kahwin kita, bukan gambar kahwin abang dengan Anna!"
Ikhwan mencerlungkan matanya pada Nani sebelum dia mendekati dinding yang tergantung gambar perkahwinan mereka berdua. Gambar itu dicapai sebelum dia pandang Nani, "Ada apa pada sekeping gambar ni, Nani? Ada apa? Aku tak bahagia! Aku tak bahagia, faham tak?" Dan frame gambar itu pecah berderai di depan Nani sebaik saja Ikhwan mencampakkan frame itu ke lantai.
Nani terduduk. Kaca yang sudah pecah berderai, frame yang sudah patah itu meremukkan hatinya.
Ikhwan pula duduk di kerusi meja solek. Dia meraup wajah. Dia tahu dia sudah keterlaluan tapi untuk terima Nani, dia tak mampu. Hatinya tak mampu.
Pintu bilik tidur mereka tiba-tiba terbuka dari luar, "Ikhwan, Nani... apa yang dah berlaku ni?"
Wajah Ikhwan dan Nani sama-sama berubah. Mereka berdua lupa, mereka tidak berada di rumah mereka sebaliknya mereka ada di rumah ibu bapa Ikhwan.
"Nani... apa dah jadi ni?" Puan Hashimah mendekati Nani. Dia mengucap panjang dalam hati melihat frame gambar yang sudah patah dan kaca yang berteraburan di atas lantai.
Nani hela nafas panjang, "Mummy, Nani nak bercerai dengan Ikhwan. Nani dah tak boleh teruskan lagi."
Ikhwan tersentak lalu dia mengangkat muka memandang Nani.
Puan Hashimah terkelu.
"Nani sakit kat sini! Sakit kat sini!" Nani menepuk bahagian kiri dadanya berkali-kali, "Nani tak kuat, mummy... Nani tak kuat." Dan Nani terus menangis kuat. Dia dah tak mampu nak bertahan.
Cukuplah!

"Anna!"
Anna panggung kepala. Wajahnya berubah. 
Ikhwan mendekati kaunter kek dengan senyuman lebar walaupun wajahnya tidak begitu terurus, "Anna, abang rindu Anna..."
"What are you doing here? Saya dah cakap kan, jangan pernah jejakkan kaki di bakeri saya!"
Keras Anna bersuara namun nada suaranya tetap dikawal, untuk tidak mengejutkan pelanggan-pelanggan di kedainya.
"Anna! Abang cuma nak jumpa Anna."
"Saya tak nak!" Anna memberi isyarat mata pada pekerjanya yang terkaku di belakang Anna. 
"Anna, kalau Anna tak nak jumpa abang sebab abang suami orang, Anna jangan risau. Abang dengan Nani dah bercerai. Abang bukan suami Nani lagi. Kita boleh bersama semula."
Wajah Anna berubah, "Apa maksud awak... bercerai?"
"Nani yang mintak cerai. Abang cuma tunaikan permintaan dia."
"Bodoh! Awaklah lelaki paling bodoh saya pernah kenal!" Anna tiba-tiba meninggikan suaranya! "Keluar dari kedai ni, atau saya panggil polis!"
"A... Anna?" Wajah Ikhwan kelam. Dia tak faham kenapa Anna mesti marah-marah padanya. 
"Kenapa awak sia-siakan Nani? Kenapa awak ceraikan Nani? Dia sayangkan awak lebih dari saya sayangkan awak! Kalau awak fikir yang awak dah bercerai, saya akan kembali pada awak. Fikir balik! Saya takkan jilat ludah saya semula. Saya dah ada Firas. Saya happy dengan Firas. Saya tak perlukan awak, Ikhwan!"
Wajah Ikhwan berubah. Mendengarkan nama Firas, dia rasa marah! "Jangan sebut nama dia!"
"Kenapa? Firas bakal tunang saya, bakal suami saya. Suka hati sayalah kalau saya nak sebut nama dia!"
Ikhwan mencerlung tajam pada Anna, "Kalau aku tak dapat kau, jangan harap dia akan dapat kau, Anna! Jangan harap!" Ujar Ikhwan sebelum berlalu dari bakeri itu.
Pelanggan-pelanggan di situ mula berbisik sesama mereka. Anna pula rasa kakinya sudah lembik. Dia takut dengan ugutan Ikhwan. Dia takut dengan pandangan mata Ikhwan. Dia takut andai Firas akan diapa-apakan oleh Ikhwan. Sungguh, dia takut...

"Dira, cuba kau cakap dengan kawan kau ni yang Ikhwan tu takkan buat apa-apa dengan aku!" Firas ketawa sebaik sahaja mendengar cerita dari Anna.
Dira tersengih pada Firas sebelum dia memandang Anna, "Kau fikir yang bukan-bukan aje, Anna. Ikhwan tu tak segila tu aku rasa."
"Kenapa korang tak nak percaya apa yang aku cakap? Percayalah! Cara dia cakap, cara dia pandang aku... memang dia nak buat sesuatu pada Firas."
Firas tersenyum memandang Anna, "Anna, dia takkan buat apa-apa dekat saya. Awak terlampau memikirkan yang bukan-bukan ni."
"Saya cuma mintak awak berjaga-jaga, Firas."
"He won't do anything to me, Anna."
"Saya cuma risaukan awak."
"I appreciate that but trust me, nothing will happen okay? Awak jangan fikir banyak sangat."
"Mana awak tahu dia takkan apa-apakan awak?"
"Anna, please! Think positive, okay?"
"Anna, chill! Kau gelabah sangat ni kenapa? Ikhwan takkan buat apa-apalah kat Firas."
Anna merengus sebelum dia memeluk tubuh. Geram dengan Firas yang tidak endah dengan kata-katanya. Geram dengan Dira yang membela Firas, "Fine! If anything happen to you, saya takkan ambik peduli. Bila saya ambik peduli, awak cakap saya terlampau banyak fikir. Fine! Saya takkan ambik kisah dah pasal awak. Suka hati awaklah. Lantaklah apa Ikhwan nak buat pada awak. Saya tak nak peduli!" Dia memalingkan wajah pada pemandangan di luar restoran.
Wajah Firas berubah. Dira yang baru nak menyuap makanan ke dalam mulutnya terhenti. Kata-kata Anna yang akhir tadi buat mereka berdua terdiam. Anna terasa hati pada mereka berdua!
"Anna, aku..." Dira menggigit bibir sebelum dia ukir senyum, "Rare gila wei, kau merajuk!"
Firas pula dah ketawa. Ingat minah stone, rupanya pandai merajuk jugak!
Anna kalih memandang Dira, "Kau rasa kelakar?"
Senyuman Dira mati. Ketawa Firas terhenti. Pipi Anna yang basah dengan air mata buat mereka hilang kata-kata.
"Aku takut separuh mati, korang ketawakan aku? Bagi kau benda ni kelakar? Bagi kau benda ni gurauan?"
"Anna..." Firas cuba mencelah.
"Awak ketawakan saya, huh? Saya yang separuh mati takut Ikhwan buat benda tak elok kat awak, awak gelakkan saya? Saya risaukan awak, awak ketawakan saya?"
"Anna, I'm sorry!" Firas bersuara, separuh gelabah.
"Korang makanlah, aku nak balik!" Anna berdiri.
"Anna, saya hantar."
"Tak payah. Awak duduklah sini dengan Dira. Terus ketawakan saya sampai puas. Tak payah kisah pun apa jadi dekat saya. Apa saja Ikhwan buat, semuanya hanya gurauan semata-mata. Dia tak serius pun," ujar Anna sambil mengesat air matanya. Tanpa menunggu balasan Firas dia berlalu. 
Firas raup wajah. Dira pula rasa macam dia dah hilang selera, "Wei, Firas. Jom balik. Aku risaukan Anna..."
Firas mengangguk laju. Lepas Anna berlalu baru dia tersedar dengan sebarang kemungkinan yang berlaku andai ugutan Ikhwan itu benar. Bagaimana kalau Ikhwan cuba buat yang tidak elok pada Anna? Bagaimana kalau peristiwa sebelum ini berulang semula? "Kau pergi kejar Anna dulu. Biar aku settlekan bil."
Dira mengangguk. Hatinya diusik kerisauan pada Anna yang mungkin diganggu oleh Ikhwan. Cukuplah sekali. Dia tak nak Anna diganggu lagi!

Firas memandang Anna yang masih tidak mempedulikan dia sejak dia menjejakkan kaki ke bakeri milik Anna.
"Anna... sampai bila awak nak ignore saya ni?"
Anna tak menyahut sebaliknya dia terus menyibukkan diri dengan menghias kek.
"Anna, saya minta maaf. Saya tahu saya tak patut ambil ringan dengan apa yang awak cakap hari tu."
"Tapi memang awak ambil ringan pun."

"Ya, saya tahu..."
Anna mengeluh. Dia tahu dia patut berhenti dari memberi layanan dingin pada Firas, "Tolong... tolong ambil serius kata-kata saya. Walaupun awak rasa Ikhwan tak berani buat apa-apa... tolong... jaga diri awak. Itu je saya minta."
Firas mengangguk sebelum dia ukir senyum, "Awak dah maafkan saya?"
Anna menjeling Firas, "Kalau saya tak maafkan awak, macam mana kita nak pergi tengok baju pengantin kejap lagi?"
Firas ketawa. Nasib baik Anna maafkan dia. Kalau tidak mampus dia nak menjawan dengan ibu dia, dengan mama Anna.

Ikhwan meraup wajahnya. Wajah gembira Anna dan Firas buat dia sakit hati. Kenapa mesti Firas yang kau pilih, Anna? Kenapa mesti Firas?
Dia dapat lihat betapa gembiranya Anna memilih baju pengantinnya bersama Firas. Kadang-kala Anna ketawa. Ketawa yang sudah lama tidak dia lihat.
Ikhwan menghela nafas, "Mungkin... aku sudah patut lepaskan kau pergi dengan dia, kan Anna?"
Ikhwan ukir senyum paksa. Telefon pintarnya dikeluarkan dari kocek seluar. Nombor Firas didail.
Dari jauh, dia dapat lihat senyuman Firas mati melihat namanya di skrin telefon bimbitnya.
"Firas?"
"Kenapa?"
Ikhwan hela nafas, "Aku nampak kau. Aku dengan Anna..."
"Kau nak apa, Wan?" Dari jauh dia nampak Firas berjalan mendekati pintu. Wajahnya serius.
"Kau akan bahagiakan Anna?"
"Aku takkan sia-siakan dia."
Ikhwan mengesat matanya yang terasa basah, "Jaga dia, Firas. Janji dengan aku, jaga dia."
"Kau..."
"Aku mengaku, aku ikut kau dengan Anna. To be honest, setiap hari aku ikut Anna. Setiap aku perhatikan dia. Aku mengaku aku ada niat jahat pada dia... pada kau tapi hari ni... hari ni... aku nampak senyuman Anna. Senyuman Anna yang tak pernah aku dapat sebelum ni. Waktu kami bercinta dulu, kami banyak bergaduh. Dia jarang ukirkan senyuman pada aku."
Ikhwan menghela nafas, "Aku masih cintakan Anna. Itu hakikat tapi aku tahu dia dah tak cintakan aku. Aku tak boleh berikan dia bahagia. Kalau aku pisahkan kau dengan dia, samalah macam aku musnahkan sumber kebahagiaan dia."
"Kenapa kau cakap semua ni pada aku?"
"Bahagiakan dia, Firas. Jangan sia-siakan dia macam aku buat dulu. Dulu aku pengecut, nak bawak dia jumpa mak aku pun, aku selalu bagi alasan. Aku menyesal tapi sekurang-kurangnya dia tak terus bersama aku. Sekurang-kurangnya, dia jumpa kau yang boleh bahagiakan dia."
"InsyaAllah, Wan."
Ikhwan tekup wajahnya. Air mata terasa bagai ingin mengalir, "Nanti majlis, jangan lupa jemput aku."
Firas di talian terasa sebak tiba-tiba, "InsyaAllah. Wan, kita masih kawan kan?"
"Selamanya, bro. Selamanya." Dan Ikhwan matikan talian. Enjin kereta dihidupkan. Live well, Anna. Live well, Firas.

"Kenapa awak tak bagi saya tengok awak pakai baju pengantin tu?"
"Sajalah. Tak bestlah kalau saya kasi awak tengok saya dalam baju pengantin awal-awal. Tak suprise tahu?"
"Tahu!" Firas memuncungkan mulutnya.
"Jangan buat muka macam tu. Anak saudara awak pun tak mengada macam awak, tahu!"
"Biarlah! Saya mengada dengan bakal isteri saya."
Anna yang sedang menyerahkan baju yang dicubanya tadi kepada pembantu kedai memandang Firas, "Kenapa awak tak nak bertunang dulu, ya Firas?"
Firas jungkit bahu, "Entahlah tapi orang cakap waktu bertunang dugaannya makin kuat. Saya rasa saya tak mampu kot nak hadapi dugaan waktu bertunang. Kita menikah dululah. Baru lain dari yang lain."
Anna ketawa, "Saya tak sangka saya akan kahwin dengan Mamat Frozen."
Firas buat muka sebelum tersenyum, "Saya tak sangka Annabelle yang saya jumpa dulu dah berubah jadi Anna Frozen."
"Firas..."
"Ya...?"
"Walaupun Ikhwan dah berubah, awak kena tetap jaga diri awak, okey?"
"Maksud awak?"
"Saya cuma risau. Boleh kan? Jaga diri awak?"
Firas mengangguk, "InsyaAllah."
Anna tersenyum lalu dia melepaskan nafas. Semakin hampir mereka dengan tarikh pernikahan mereka, semakin berdebar hatinya. Darah gemuruh seorang pengantin, agaknya...

"Iyas, nervous tak?" Fariz menepuk bahu Firas yang sedang membaca buku mengenai perkahwinan.
Firas menutup buku motivasi itu lalu dia berpaling mengadap Fariz, "Honestly... Iyas tak tahu apa yang Iyas rasa sekarang ni."
Fariz ketawa, "Abang ngah dulu pun macam Iyas jugak. Tak tahu nak rasa apa. Semua rasa bergabung."
"Abang ngah tak nak kahwin balik?"
Fariz menggeleng, "Buat masa sekarang, abang ngah tak rasa nak kahwin. Biarlah dulu. Abang ngah dah serik."
Firas mengangguk, "Ke abang ngah sayangkan perempuan tu lagi?"
"Abang ngah ni gila kalau sayangkan perempuan macam tu lagi. Nak tahu satu benda tak?"
"Apa?"
"Dia dah bercerai balik dengan suami dia. Sekarang asyik cari abang ngah, konon menyesal. Dia nak rujuk dengan abang ngah."
Firas kerutkan dahi, "Entah apa-apa perempuan tu."
"Iyas, abang ngah harap Iyas tak jadi macam abang ngah."
"Abang ngah ragui Anna ke?"
"Jangan ulangi kesilapan abang ngah. Kak long kata Iyas baru kenal dia kan?"
"Dia baik, abang ngah. Betul."
"Abang ngah nampak yang dia tu baik tapi berjaga-jagalah. Kata ibu, dia bekas kekasih Ikhwan."
Firas mengeluh, "Kalau dia bekas kekasih Ikhwan kenapa?"
"Ikhwan dah bercerai kan dengan Nani? Iyas tak takut dia kembali pada Ikhwan semula?"
"Kenapa abang ngah nak racun fikiran Iyas? Abang ngah cakaplah apa pun. Iyas percayakan Anna," separuh membentak, Firas bersuara.
Fariz ketawa sebelum menepuk bahu Firas, "Abang ngah sajalah nak uji Iyas. Relakslah."
Firas tercengang sekejap sebelum ketawa, "Abang ngah buat Iyas risau."
"Abang ngah doakan Iyas bahagia dunia akhirat. InsyaAllah," Fariz tersenyum dia memeluk Firas.
"Terima kasih abang ngah!"

Mata Dira terbeliak sikit bila ternampak lelaki yang duduk di sebelah Firas, "Wei, Firas suruh Ikhwan jadi pengapit ke macam mana?"
Anna mengangguk. Sesekali dia mengerling ke arah Firas yang sedang tenang duduk di hadapan jurunikah, "Aku dengan Firas personally minta dia jadi pengapit Firas."
"Dan dia setuju?"
"Dia dah janji dengan Firas takkan kacau aku lagi. Dia boleh terima aku dengan Firas nak menikah."
Dira laju meraup muka, "Alhamdulillah. Tapi apa yang buat dia berubah?"
"Aku pun tak tahu."
"Dia tak rujuk balik dengan Nani?"
"Aku tak tahu, Dira."
"Pengapit dengan pengantin ni banyak benar gosipnya. Sambung kejap-kejap lagi, tak boleh?" Bisikan suara Puan Mufidah, mama Anna buat mereka berdua kembali diam. 
Perlahan Anna menyiku pinggang Dira, "Semua salah kau!"
"Aku pulak..." Dira buat muka.
Tak sempat Anna nak membalas, suara jurunikah mematikan suaranya, "Pengantin lelaki, dah sedia?"
Anna pandang Firas.
Kebetulan, Firas turut memandang Anna. Matanya dikenyit sebelum dia memandang jurunikah, "Alhamdulillah. Lebih dari bersedia..."
Anna ukir senyum. Good luck, Firas!

"Kamu tak jemput Nani ke, Iyas?"
Pertanyaan dari Puan Salbiah buat Firas memandang Anna yang sudah dua jam memegang gelaran sebagai Puan Anna, "Kita dah jemput Nani kan?"
Anna mengangguk, "Anna dengan Firas sendiri jemput dia hari tu, ibu."
Firas menghela nafas. Dia teringat kembali penerimaan Nani sewaktu mereka memberi kad kahwin mereka kepada dia. Pandangannya kosong, tidak bereaksi. Mungkin masih bersedih dengan penceraian antara dia dan Ikhwan agaknya. 
Puan Salbiah mengerutkan dahi, "Mungkin dia ada hal kot tapi ibu ayah dia ada je datang."
Firas kerutkan dahi, "Datang berdua aje?"
Puan Salbiah mengangguk, "Aah. Itu ha, tengah berbual dengan Ikhwan. Dengar ibu si Ikhwan tu kata Ikhwan nak mencuba semula dengan Nani tapi tak tahulah."
"Kalau kuat jodoh mereka, mungkin mereka akan bersama jugak nanti," ujar Anna sambil tersenyum.
Puan Salbiah mengusap pipi Anna, "Menantu ibu ni, manis sungguh bila berkata-kata."
"Ibu, jangan usap lebih-lebih, Iyas cemburu ni!" Firas kerutkan hidungnya sebelum dia ketawa.
Puan Salbiah mencebik sedikit sebelum perut Firas dicubit dan dia kemudiannya terus berlalu menjemput tetamu yang baru hadir.
"Manja!" Anna sengih sinis.
"Biarlah!" Firas ketawa sebelum dia merenung Anna, "Rasanya saya dah tahu kenapa awak tak bagi saya tengok awak dalam baju pengantin ni hari tu."
"Kenapa?"
"Sebab awak tak nak saya jatuh cinta berkali-kali dengan awak kan?"
"Ehhh... manisnya mulut!"
"Mestilah manis, tadi dah makan kek kan?"
"Menjawab... menjawab!"
Firas ketawa, "Anna..."
"Apa?"
"Saya sayang awak."
"Tak payah cakap. Saya dah tahu."
"Eleh, berlagak! Awak bila nak cakap awak sayang saya?"
Anna ketawa, "Saya tak beritahu melalui percakapan, saya bagitahu melalui perbuatan."
"Iye? Mananya?" Firas jungkit-jungkit kening. 
Anna pula mencubit pinggang Firas, "Gatal!"
"Er... pengantin, dah pukul 3 lebih dah ni. Kita nak pergi tangkap gambar kahwin outdoor pulak."
Anna dan Firas pantas mengangguk, "Jomlah. Sementara mekap ada lagi kat muka isteri saya ni."
Si jurugambar tersenyum. Sempat dia menekan shutter kameranya bila melihat Firas membetulkan selendang Anna.

"Ramai pulak orang dekat taman ni hari ni," komen Ikhwan sewaktu memarkirkan kereta di bahu jalan.
Dira yang duduk di tempat duduk penumpang menganggukkan kepala mengiakan komen Ikhwan, "Aah!"
Firas yang memegang erat tangan Anna di belakang meninjau pemandangan di luar, "Hari cuti memang ramai kot."
Anna yang terlena di bahunya dikejutkan perlahan, "Sayang, bangun. Dah sampai kat taman ni."
Anna terpisat-pisat membuka mata, "Dah sampai ke?"
"Ya, Puteri Anna."
Anna menjeling Firas sebelum penumbuknya dikepal dan dia berpura-pura mahu menumbuk Firas.
"Wan, kita kena lintas jalan ke? Kat seberang sana tak ada parking ke?" Dira bertanya pada Ikhwan.
"Tadikan kita dah pusing. Memang penuh dengan kereta. Tapi kalau nak pusing sekali lagi, boleh aje."
Firas lekas membantah, "Tak payahlah. Kita lintas jalan aje. Bukan jauh pun."
Ikhwan pandang Dira dan Dira mengangkat bahu, tanda ikut saja cakap pengantin lelaki. Mereka berempat keluar dari kereta. 
Dira kemudiannya membetulkan sedikit solekan pada wajah Anna yang sudah sedikit comot.
Firas pula berkata sesuatu pada Ikhwan sebelum memandang Anna, "Anna, saya nak pergi dekat jurugambar kita kejap. Nanti saya datang balik sini."
"Kita pergi sekalilah," ujar Anna.
"Sekejap aje. Tadi dia orang SMS, katanya ada masalah sikit. Saya pergi kejap je. Awak tunggu sini dengan Ikhwan dan Dira, okey?"
"Firas!" Anna membentak sikit. Degil!
Firas ukir sengih sebelum dia melintas. Ketika Firas di tengah jalan, Anna terlihat ada sebuah kereta meluncur laju bagaikan mahu melanggar Firas. Tangannya laju menolak tangan Dira yang sedang merias wajahnya, dan dia terus berlari mendapatkan Firas, "Firas!"
Bam!
Firas yang terduduk setelah ditolak Anna tergamam.
Ikhwan dan Dira tercengang.
Anna yang tercampak jauh ke hadapan, terketar-ketar tangannya menggamit Firas.
Wanita yang sedang memandu kereta itu ketawa, kuat sebelum dia tiba-tiba menangis, "Padan muka kau, Anna! Kau rampas semua kebahagiaan aku! Kau buat aku hilang suami! Hilang kawan baik! Semuanya salah kau!"
Firas yang bagai terkena renjatan elektrik terus mendekati Anna yang sudah berlumuran darah, "Anna!"
"Ka... kan... saya dah kata... jaga diri awak, Firas..."
"Sayang..." Firas memangku kepala Anna yang sudah semakin pucat wajahnya.
"Saya... sayang awak... Firas. Saya... dah buktikan yang... saya sayangkan... awak... saya dah selamatkan awak..." tersekat-sekat Anna bersuara.
"Telefon ambulans! Telefon hospital! Ikhwan! Dira! Tolong aku!" Firas meraung kuat! Tangan Anna digenggam erat, "Anna, bertahan sayang. Tolong..."
"Ja... jangan sedih, sayang..." Anna ukir senyuman
"Anna, jangan macam ni sayang! Awak kuat, kan? Tolong bertahan!" Firas dah menangis bagaikan kanak-kanak. Air matanya bercucuran jatuh ke pipi.
Anna perlahan-lahan mengangkat tangan kanannya, mahu mengesat air mata Firas namun tak sempat tangannya memegang pipi Firas, tangannya terkulai jatuh. Matanya terpejam.
Firas tergamam sebelum dia menjerit kuat, "Annaaaaaaaaa!!!"

"Sayang, tahu tak? Hari ni abang ngah dan Dira dah sah bergelar suami isteri. Bersungguh-sungguh Dira mengorat abang ngah. Alhamdulillah, lembut juga hati abang ngah akhirnya. Ni pun saya lari dari majlis kejap sebab saya rasa rindu sangat pada awak," ujar Firas sambil mencabut rumput yang tumbuh meliar di atas kubur milik isterinya.
"Syuhada kan selalu tanya pasal Anna tahu? Dia selalu tanya mana Aunty Anna Frozen. Kesian dia, mesti dia rindukan sayang. Saya pun rindukan awak, sayang. Tak pernah sekali pun saya tak rindu. Walaupun sekejap saja kita jadi suami isteri, saya bersyukur sangat. Sekurang-kurangnya awak pergi sebagai isteri saya. Baju pengantin awak, saya masih simpan. Masih ada kesan darah yang melekat tapi baju tu tetap cantik sama macam dulu. Saya akan basuh lagi sampai kesan darah tu hilang. Ibu suruh bakar baju tu tapi saya tak nak. Bukan saya puja pun baju tu. Saya cuma nak simpan sebab itu baju terakhir dan baju yang tercantik awak pernah pakai di depan saya. Lagipun, saya masih ingat yang awak pernah kata awak nak simpan baju pengantin awak sebab awak kata baju tu akan beri memori paling manis dalam hidup awak. Tak salahkan saya simpan baju tu?" Ujar Firas sebelum dia menunduk untuk menyembunyikan air matanya yang sudah mengalir.
Sudah lima tahun rupanya peristiwa itu berlaku. Rasa bersalahnya membuak-buak di hatinya. Andai dia tidak leka, andai dia tidak alpa, pasti ini semua takkan terjadi. Walaupun ramai menyuruh dia mencari pengganti, dia tidak mahu. Cukuplah Nur Hannah seorang yang menjadi isterinya di dunia.
"Firas!" Tepukan di bahu buat dia tersentak sebelum air matanya yang menitis di pipi dikesat. Bibirnya terus mengukir senyum untuk lelaki di belakangnya.
"Wan, dah lama sampai?"
Ikhwan senyum, "Baru lagi. Baru lepas melawat Nani."
"Macam mana dengan Nani?"
Selepas peristiwa Nani melanggar Anna, Nani disahkan mengalami tekanan mental. Ada masa dia akan ketawa sendiri, ada masa dia menangis dan ada masa dia menjerit ketakutan sebelum meminta maaf. Mulanya memang dia marah pada Nani tapi selepas apa yang terjadi, dia rasa kasihan pada Nani. Keadaan dirinya membuatkan dia hilang kewarasan. Patutlah dulu Nani acuh tak acuh saja melayan dia dan Anna ketika mereka bertandang ke rumahnya. 
Ikhwan tersenyum tawar, "Kalaulah dulu aku tak sia-siakan Nani, semua ini pasti takkan terjadi kan?"
"Jangan pernah kesali apa yang terjadi. Ini semua takdir Allah. Aku boleh terima ketentuan Dia. Apa yang terjadi ada hikmahnya."
"Tapi aku tetap rasa bersalah pada kau. Pada Anna."
"Anna dah bahagia di sana. Tak perlu rasa bersalah pada aku. Walaupun dia dah pergi, sekurang-kurangnya pergi sebagai isteri aku. Kalau dipanjangkan jodoh aku dan dia di sana, pasti aku akan berjumpa juga dengan dia nanti."
Ikhwan tersenyum sebelum dia memeluk Firas, "Kau manusia paling tabah aku pernah jumpa Firas."
Firas tersenyum. Tabah? Aku pun tak sekuat mana, Wan. Aku cuba jadi tabah kerana aku sudah berjanji dengan Anna untuk sentiasa kuat.

(Imbas kembali)
"Awak, kalau saya tak nak sewa baju pengantin ni boleh?" Anna ukir sengih.
"Kenapa? Sewalah jimat."
"Tahu tapi saya rasa... macam nak simpan baju pengantin ni. Cantik. Bolehkan?"
"Kenapa nak simpan?"
"I don't know. Untuk memori kot? Lagipun, saya kan akan pakai baju ni untuk memori paling manis dalam hidup kita, mestilah saya nak simpan. Baju ni mesti simpan banyak memori."
Firas ketawa, "Betul ke awak nak simpan?"
Anna laju mengangguk, "Lagipun, nanti kalau kita ada anak perempuan... saya nak passkan wedding dress ni untuk anak kita. Biar dia pakai baju perkahwinan mama dia untuk perkahwinan dia nanti."
"Amboi, ke depan sangat pemikiran awak ni! Yelah, kita beli."
Mata Anna bercahaya, "Iya? Terima kasih, awak!"
Firas ketawa melihat Anna yang beria-ia menggosok baju pengantin itu. Macam budak-budak.
Anna tersenyum gembira, sebelum jemarinya menggosok renda-renda yang dijahit kemas pada baju pengantin itu. Kolam matanya terasa panas. My wedding dress...

TAMAT

Cinta itu, walaupun hanya sekejap... tetap membahagiakan :)

22 comments:

  1. Ayyarkk!!! Pndai cik writer twist...memula igtkan heroin nani n hero firas...rupanya nani jd mental firas ilang cinta..tragis..rasa klu jd novel x sggup baca..maybe right frm d start i dh set nani tu heroin tp tgh2 tu nmpk nani mmg lemah (mengiyakan old sayin "wanita itu lemah") nani xleh move on..anna watak strong sbb heroin..ikhwan tu mmg chicken...igtkan watak ikhwan ni ending merayu balik nakkan nani..rupanya end up dgn dira kwn anna...alahai relationship dorang circle around them je..xyah pening2 cari watak lain...heheh

    Nway a gud story tho...

    ReplyDelete
  2. miss writer... move my heart with ur every pieces.. in a way..
    thank you...

    ReplyDelete
  3. Maigod I didnt expect for the sad ending. :'[

    Btw nice story.

    ReplyDelete
  4. Ohh oh myyyy. Sedih gilaaa huhuu

    ReplyDelete
  5. Mangaiiiii, sedihnyaaa. tak expect ending diaa T_T

    ReplyDelete
  6. Sedih sangat 😭😭😭.
    Tak sangka Hannah meninggalkan Firas buat selamanya.

    ReplyDelete
  7. Alaaa sedihnyaaaa heroin mati...

    ReplyDelete
  8. Tanpaku sedar air mataku mengalir membacanya....
    Tahniah miss writer...
    Two thumbs up...

    ReplyDelete
  9. betullah org kata, klu byk ketawa akhirnya nanti nangis.
    mcm sy baca citer ni dr mula, gelak je bila part firas mengusik
    anna.tp hujung2 dah meleleh air mata...sedihnya...kesian firas

    tp citer ni memang best...tahniah cik penulis

    ReplyDelete
  10. Superb!!!!
    Najwa... your story x pernah mengecewakan... unexpected!!!

    ReplyDelete
  11. good job najwa .. 5 star !! :)

    ReplyDelete
  12. 😭😭😭ending...but i loved it

    ReplyDelete
  13. Sesekali layan cerpen memang syok dan karya2 najwa ulfah memang menarik dan best. Kipidap. Kenapa cerpen fly tak de sambungan lagi?

    ReplyDelete
  14. ingatkan ikhwan yang gila..rupa2nya nani yang tak waras...kesian anna-firas :'(

    ReplyDelete
  15. Huwaaa...mnangiss sy baca tu maksudnyee cita nih top sgt...

    ReplyDelete
  16. Tahniah cik penulis kerana telah menghasilkan karya yg cukup menarik...sad ending... kesudahannya semua sedih

    ReplyDelete
  17. try la buat novel.. rasanya novel stail cmni x ad lgi...

    ReplyDelete
  18. Crta pling mnrik prnh sye bce. Tahniah wrtr. Good stry n idea.

    ReplyDelete
  19. Crta pling mnrik prnh sye bce. Tahniah wrtr. Good stry n idea.

    ReplyDelete