Thursday, 3 September 2015

[CERPEN] Coffee (PART II)

"Aku ingat kau dah tak nak balik Malaysia," ujar Apek dengan senyuman sinis.
Jet sengih, "Gulp macam mana? Mesti dah tak bergerak kan sejak aku tak ada?"
"We're still in business la, dude! Kau bila nak jadi pembancuh kopi terhormat kafe semula?" Adib jungkit kening.
"Ada kosong ke?"
"Kau tau kan kitorang sentiasa menanti kau?" Mike yang masih dalam persalinan raja sehari menjawab.
"So... kau kahwin dengan Hani, huh?" Adib mengerling Apek sekilas sebelum memandang Jet.
Jet kerling Hani yang sedang berbual dengan isteri Mike sekilas sebelum dia ketawa, "Dah jodoh."
"Seriuslah kau dah kahwin dengan dia?"
"Jangan merepeklah, Adib. Hani cuma kawan aku. Aku tak mungkin akan kahwin dengan dia sedangkan dalam hati aku ada nama..."
"Huda! Ya... ya... kami tahu. Tak payah ulang." Potong Mike laju. Malas nak dengar Jet sebut nama Huda. Ingatkan dah move on.
Jet tersenyum, “Doa-doakanlah aku kahwin dalam tahun ni.”
“Wah, dah ada calon? Awek Itali mata biru?” Adib jungkit kening mengusik.
“Orang Melayu kita. Aku tak suka orang mata birulah.”
“Bila nak kenalkan dengan kita orang?” Mike bertanya pula.
“InsyaAllah, tak lama lagi kot.”
“Ke calonnya Iman?” Apek pula menjungkit kening.
Jet ketawa, “Aku nak gerak dululah. Eh, sebelum tu! Esok aku dah boleh mula kerja kat Gulp! balik ke?”
“Anytime when you’re ready, dude.”
Jet angguk, “See you guys, tomorrow. And, Mike... happy honeymoon!” Ujarnya sebelum mendekati Hani.
Selepas beberapa minit, dia dan Hani terus berlalu pulang.


Iman termenung merenung langit. Kenapalah dia balik? Ingat nak tinggal terus dekat Itali tu. Balik buat apa? Buat semak mata dia, buat semak otak dia. Huh!
“Oi, menung apa?” Aiman duduk di depan Iman.
“Menung sambil fikir... kenapalah abang kacau Iman? Pergi kacau Fishalah!”
“Eh, tu tak payah cakap. Memang hari-hari abang kacau.”
Iman julingkan mata ke atas, “Gatal!”
“Iman okey ke ni? Nampak macam fikir masalah negara aje.”
Iman sengih mendengar soalan Aiman, “Okeylah. By the way, abang... Cik Kiah rumah depan tu buat lagi.”
“Dia buat apa pulak kali ni?”
“Macam biasalah, canang kat semua orang anak nombor dua dia tu mengandung. Lepas tu sindir-sindir mama dengan Fisha. Nasib baik Iman ada sekali tadi, kenalah dia. Asyik nak banding-bandingkan rezeki orang aje! Allah tarik balik nanti, padan muka!” Luah Iman, geram.
“Mulut Acik Kiah tu kenapa eh? Dulu dengan Piqa rumah hujung sana pun bising jugak.”
“Biasalah. Darah sama merah, hati lain-lain.”
“Fisha okey ke?”
Iman ketawa, “Tersangatlah okey. Boleh dia bantai gelak bila Iman sindir Acik Kiah tu semula. Tak cover langsung. Bini siapalah tu.”
“Oi, kutuk wife abang!”
“Pergi masuklah. Tadi kalau tak salah Fisha tengah panaskan lauk untuk abang kot.”
Aiman mengangguk sebelum dia menarik tocang Iman, “Jangan menung lama sangat.”
“Ish, kacaulah! Pergi sana nuh! Shuh! Shuh!” Iman menghalau Aiman sebelum kembali termenung.

"Hai, Adib!"
"Eh, Iman! Bila you masuk?"
Iman senyum, "Baru kejap tadi."
"So, what can I get you?"
"Iced Latte and brownies."
Adib angguk kepala, "Tapi you boleh tunggu kejap kan? Barista kami keluar kejap."
"Eh, Mike datang kerja? Bukan tengah honeymoon ke?"
Adib ketawa, "Bukanlah! Kami dah hire someone new."
"Ooo... patutlah. Tak apa. I boleh tunggu." Ujar Iman sebelum berlalu ke sebuah meja kosong.
Tak sampai lima minit dia duduk, Adib tiba-tiba melabuhkan punggung di depannya, "So... kat kenduri Mike hari tu."
"Ha, kenapa?"
"You jumpa Jet?"
Wajah Iman berubah namun dia ukir sengih, "Tak pun. Dia ada ke hari tu?"
Adib mengangguk, "Terkejut jugak kita orang bila dia datang. Yelah, pergi dan terus senyap. Tup-tup, datang kenduri Mike."
"Adib, cerita benda lain please. I tak suka cerita pasal dia."
"Oh, sorry! My bad! Kejap, I ambikkan brownies you."
Iman mengangguk sebelum tunduk membaca majalah.
Lima minit kemudian, sebiji gelas diletakkan di depannya. Tanpa mengangkat wajah, Iman bersuara, "Terima kasih Adib."
"Kenapa you nak berterima kasih pada Adib? Bukan dia yang buat kopi ni."
Iman panggung kepala. Wajahnya berubah. Lelaki yang duduk di depannya ukir senyum.
"Hi, Iman!" Jet ukir senyum.

Iman betulkan riak wajahnya menjadi tenang, “Siapa awak ya? Saya kenal ke?”
Jet tersenyum kecil. Nampak sangat berlakon, “Baru lima tahun I pergi, Iman. Tak mungkin you dah lupa.”
Iman merengus sebelum mencapai beg tangannya dan tanpa mempedulikan Jet, dia berlalu namun langkahnya dihalang oleh Jet, “You nak pergi mana?”
“Tolong ke tepi boleh?”
“Kalau I tak nak ke tepi?”
"Tepilah! I cakap tepi, tepilah!" Iman merengus marah.
"You tak bayar duit kopi you lagi," bersahaja Jet bersuara.
Iman menyelongkar beg tangannya lalu sekeping not berwarna kuning diletakkan di atas meja, "Keep the change and move!"
"Bukan bayar kat I, bayar kat kaunter. I barista, bukan cashier."
Iman menarik nafas panjang-panjang. Not kuning tadi dicapai lalu di kaunter, dia membuat pembayaran, "Adib, boleh tak I nak ais kosong satu. Takeaway please.”
Adib mengangguk saja sebelum dia menyediakan pesanan Iman. Sebaik saja gelas berisi air ais kosong itu bertukar tangan, Iman terus mendekati Jet, "Sekarang boleh ke tepi?"
"Adib, cik ni ambil tak duit baki dia?" Tanya Jet kepada Adib yang masih terpinga-pinga dengan keletah Iman dan Jet. Adib menggeleng sekali sebelum dia menggarukan kepalanya.
"You tak boleh keluar sebelum..."
Splash! Kata-kata Jet terhenti. Adib di kaunter dah terlopong. Oh, shit! Oh, shit! 
Iman pula tersenyum puas. Gelas kosong di tangannya dibaling ke lantai. Mata pengunjung kafe yang melekat padanya tidak dia pedulikan, "Don't mess with me, stranger!"
Tanpa menunggu kata balasan dari Jet, Iman terus berlalu. Sempat bahunya dan bahu Jet berlaga. Cari pasal lagi dengan aku. Ingat aku bodoh macam dulu ke? Sorry sikit!
Jet ketawa menggeleng sebelum mendekati kaunter minuman. Tak pasal-pasal aku mandi sekali lagi.
"Kau okey ke, dude?" Adib mengelap baju Jet yang dah basah.
Jet senyum, "Okey je. Nasib baik dia tak order kopi panas. Kalau dia simbah kopi panas kat aku, mungkinlah aku tak okey."
Adib menggeleng, "Itulah kau, cari pasal lagi dengan Iman."
"Dia makin garang," komen Jet.
"Dengan kau aje. Dengan orang lain, dia masih Iman yang dulu."
Jet tersenyum tawar, "Tak apalah. Dia jadi macam tu pun sebab aku."
"Tahu tak apa!" Balas Adib sebelum berlalu. Jet pula mengutip gelas plastik yang dibuang oleh Iman tadi sebelum dia tersenyum sendiri. She's so different. Garang tapi memikat.

“You say what? Iman, that is so childish!"
"Shut up, Fisha! Mujur aku simbah dengan air sejuk. Kalau air panas?"
"Aku rasa dia cuma nak tarik perhatian kau ajelah."
Iman mencebik. Wajahnya dimasamkan, "Maaf, kalau tarik perhatian cara murah macam tu. Aku tak layan. Sorry!"
"Iman, sejak bila kau jadi macam ni?"
"Sejak bila kau masuk pakatan Jet ni? FYI, dia dah kahwin okey!"
"Are you sure? Aiman cakap dekat aku yang Jet cakap dia tak kahwin lagi."
"Tak kisahlah dia dah kahwin ke tak, aku peduli apa."
"Obviously kau peduli Iman. Kau tunggu dia lima tahun walaupun kau cakap kau takkan tunggu dia. Kau tetap tunggu dia."
"Bila masa aku tunggu dia? Apa hanya sebab aku tak kahwin lagi, kau cakap aku tunggu dia? Dah kalau jodoh aku tak sampai lagi, aku nak buat macam mana?" Ujar Iman, berang.
Fisha mengeluh, "Aku tak maksudkan macam tu..."
"Bukan rezeki aku lagi nak jumpa jodoh. And please, buat apa aku nak tunggu orang yang obviously tak boleh move on dari cerita lama?"
"Iman, jodoh tu takkan datang bergolek kalau kau tak cari, kalau kau tak usaha! Lagipun, aku rasa kau yang tak move on dari cerita lama, bukan dia!" Ujar Fisha, sinis.
"Kalau macam tu, mungkin kau patut lebih berusaha nak dapatkan anak, Fisha! Sebab anak ni tak datang bergolek macam jodoh kau dengan abang aku dulu. Kalau dah namanya rezeki, usaha macam mana pun, kalau Allah tak nak bagi lagi, dia takkan bagi! Jangan cakap aku tak usaha cari jodoh aku, cuba kau kira berapa kali aku pergi blind date, berapa kali mama cuba kenenkan aku dengan anak kawan dia. Itu salah satu usaha aku untuk cari jodoh. Aku cari, aku usaha tapi mungkin sebab bukan jodoh aku, bukan rezeki aku... aku tak kahwin lagi." Iman hela nafas panjang, "Kau cakap senang, Fisha. Bukan kau yang kena tinggal lima tahun dulu. Bukan kau yang orang suruh tunggu tapi tak janji untuk bersama. Bukan kau yang rasa sakit. Yang sakit, aku! Yang kena tinggal, aku! Yang disuruh tunggu, aku!”
Wajah Fisha berubah terus, "Iman, aku..."
"Aku nak tidur. Good night!" Tanpa menunggu kata-kata Fisha, dia terus berlalu.
Fisha pula terus mengeluh, “Bukan niat aku, Iman...”
'Orang yang tak pernah merasa sakitnya jatuh, takkan dapat lihat parut yang ditinggalkan.'

"You..."
"Ye?" Aiman kalih memandang Fisha.
"I rasa I dah sakitkan hati Iman."
"Kenapa cakap macam tu?"
"I bangkitkan soal Jet dekat dia."
Aiman mengerutkan dahinya, "Apa kaitan Jet dengan Iman?"
"Eh, you tak tahu ke?!" Fisha bangkit dari baringnya.
"Tahu apa ni?"
Fisha tepuk dahi. Tahulah dia sudah terlepas kata, "Janji dengan I yang you takkan bagitahu Iman pasal ni."
Aiman angguk kepala.
"Iman suka Jet. I mean, bukan hanya suka. Dia sayangkan Jet."
Aiman tercengang, "Wait! Jet? Jet as in Aizat, mamat Gulp! Kafe tu?"
Fisha angguk kepala.
Aiman menggelengkan kepala, "Selama ni I ingatkan dia suka mamat barista yang putih-putih tu."
"Adib? Fisha menyoal sebelum dia menggeleng, "Mamat tu anak mak. Iman mana suka anak mak ni. Macam you tak tahu."
"Manalah tahu. Suka ni bukan boleh kira. Lepas tu?"
"Kan Jet dah balik dari Itali, I provok Iman dengan cakap yang dia masih tunggu Jet. Sebab tu dia tak kahwin-kahwin lagi."
"Lepas tu, Iman kata apa?"
"Dia mengamuklah! Dia kata dia tak tunggu pun Jet tu cuma jodoh dia tak sampai lagi. I provok dia sampai satu tahap dia sindir I pasal anak."
Wajah Aiman berubah, "Iman dah melampau!"
"No! Bukan salah Iman. I yang provok dia. I yang tuduh dia tak usaha cari jodoh dia, padahal dia dah banyak kali pergi blind date, kawan dengan orang tu, kawan dengan orang ni. Dia pun suruh I berusaha lebih untuk dapatkan anak. Sounds cruel, kan? Tapi Iman takkan cakap macam tu kalau I tak provok dia."
Aiman terdiam. Tak tahu nak berpihak dekat belah mana. Sebelah kanan, adiknya. Sebelah kiri, isteri tersayang.
"I provok dia sampai I lupa, selama ni waktu saudara-mara kita, jiran-jiran kita tanya pasal anak dekat I, dekat you... dia yang asyik membela kita, cakap pasal rezeki apa. Tapi lepas Jet balik, I provok dia. I sakitkan hati dia. I rasa bersalah sangat pada Iman, you."
Aiman hela nafas sebelum bahu Fisha digosok perlahan, "I faham. Kadang-kadang, I pun terlepas kata pada dia cuma dia tak balas. Mungkin dia lepaskan pada you sebab dah tak tahan asyik diprovok. Apa kata, esok pagi-pagi kita jumpa Iman, kita minta maaf pada dia dan cuba sembang dari hati ke hati dengan dia."
"Nak ke dia?"
"Adik I, dia marah sekarang je. Esok-esok dia akan okey balik. Macam you tak kenal kawan baik you tu."
Fisha ketawa sebelum mengangguk. Betul, Iman panas kala itu saja. Esok-esok, dia akan okey semula. Iman... maafkan aku!

Bunyi derap kaki yang menuruni tangga buat Fisha kalih ke belakang. Perlahan dia bersuara, “Iman, jom makan dulu. Mama buat bihun goreng hari ni.”
Iman laju menggeleng, “Tak apalah. Aku dah lambat.”
“Anak dara, nak ke mana pagi-pagi ni?” Puan Aina mengangkat kening sebaik saja keluar dari dapur, “Jom makan dulu.”
“Iman dah lambatlah mama.”
“Iman nak ke mana? Jom makan dengan mama, dengan Fisha.”
Iman pantas menggeleng, “Iman nak pergi cari jodoh ni, mama.”
Wajah Fisha berubah sedikit. Tau Iman menyindirnya.
“Amboi! Paginya nak pergi cari jodoh.”
“Dah ada orang kata Iman tak cukup usaha lagi nak cari jodohnya,” ujar Iman bersahaja. “Iman pergi dulu. Assalamualaikum!”
Tak sempat Puan Aina membalas lebih lanjut, Iman sudah pun berlalu dari rumah. Fisha pula mengeluh perlahan. Iman masih terasa...

“Hai!”
Iman angkat muka dari buku novelnya. Bibirnya terus ukir senyum, “Hai!”
“Lama ke tunggu?”
Iman pantas menggeleng, “Tak adalah lama mana pun. Abang Art datang sorang aje ke?”
“Aik? Kenapa? Nak Abang Art bawak Liam sekali ke?”
“Lah, saya tanya ajelah. Tiba-tiba tarik Liam masuk pulak.”
Lelaki yang digelar Abang Art itu ketawa, “Saja aje usik Iman sebab abang tengok Iman dengan Liam macam sweet gitu. Macam watak dalam novel Iman tu.”
Iman ketawa, “Merepek aje. So, kenapa abang nak jumpa saya?”
“Oh, nak bincang pasal sesi pitching cerita Iman tu. Abang dah baca buku Iman tapi abang nak Iman cerita semula, boleh? Sebabnya senang sikit kalau nak terangkan pada pihak stesen televisyen bila kita beritahu melalui penulis punya point of view.”
Iman mengangguk, “Sebelum kita mula... saya nak tanya boleh?”
“Ya, tanyalah.”
“Kenapa Abang Art ajak jumpa kat sini?” Iman memerhatikan si barista yang dia sedar sedari tadi asyik mengerling padanya.
“Sebab Iman kan ada tulis nama kafe ni dalam novel Iman. Abang nak trylah kopi yang si heroin tu suka minum.”
Iman garu kepalanya. Dia tak selesa. Mula-mula Abang Art hantar mesej nak jumpa dekat ofis syarikat penerbitan lepas tu, tiba-tiba dia tukar venue berjumpa. Alih-alih dia ajak jumpa dekat Gulp! Kafe pulak.
“Iman tunggu kejap boleh? Abang Art nak pergi order air. Iman nak apa-apa ke?”
Iman sengih sebelum dia menggeleng, “Tak apa. Iman puasa hari ni.”
Art kerut dahi sebelum dia berlalu.
Iman pula mencebikkan bibirnya. Puasa, Iman? Menipu tak beragak!

“Siapa mamat tu?” Tanya Adib pada Apek yang melepak di kaunter minuman. Pagi ni tak ramai orang datang kafe, makanya dia melepak saja di depan.
Apek angkat bahu, “Kenal pulak aku kawan-kawan Iman.”
“Kan ke kau dah rapat dengan Iman sejak-sejak Jet pergi Itali.”
“Mana ada,” Apek tumbuh bahu Adib. Memandai buat cerita.
“Siapa rapat dengan Iman?” Jet yang baru masuk ke kaunter minuman angkat kening.
“Adib yang rapat dengan Iman,” laju Apek menjawab.
“Mana... statement kau jangan buat main. Tau kat tunang aku, mati tak menikah aku.”
Jet dan Apek ketawa serentak! Tunang Adib tu semua kenal, perangainya kalah Nyonya Mansur. Tapi tak tahu macam mana Adib boleh tahan.
“Tu...” Jet memuncungkan mulutnya pada meja yang diduduki Iman, “Boyfriend Iman ke?”
“Entah!” Apek jungkit bahu, “Mungkinlah kot.”
Jet melepaskan keluhan dalam diam. Aku dah terlambat ke?
“Hai, Jet... mengeluh panjang nampak?” Ujar Apek, separa sinis.
Jet ketawa tawar, “Mana!”
“Jangan putus asa lagi, Jet. Lima tahun Iman tak pernah berteman, tak pernah bawak mana-mana kawan lelaki untuk lepak dengan dia. Mungkin ni salah seorang blind date yang mama dia aturkan. Cheer up, dude!” Ujar Adib sambil menepuk bahu Jet.
“Aku okey ajelah. Korang apahal entah buat teruk.”
“Jangan nak angkat ego kau tu tinggi sangat, Jet! Sekarang bukan masa kau nak nafikan perasaan kau. Lima tahun dulu kau nafikan takkan kau nak tunggu Iman kahwin baru nak mengaku. Be a man, dude!” Apek tersenyum sebelum memegang bahu Jet sebelum dia berlalu ke dapur.
Jet seluk poket seluar. Terdetik sesuatu di hatinya kala itu. Be a man. Jet, be a man! Dia tersenyum sebelum dia pandang Adib, “Adib, esok cuti kau free? Tak keluar dengan Nida?”
“Free je. Nida tak ada kat sini. Dia pergi kenduri kawan dia dekat Kedah.”
Jet mengangguk, “Mike dah balik kan dari honeymoon dia?”
“Dah rasanya. Kenapa?”
Jet senyum senget, “Esok malam, korang semua datang rumah ibu aku, boleh?”
“Kenapa?”
“Datang aje. Ada benda aku nak mintak tolong korang semua.”
Adib mengerutkan dahi namun dia hanya senyap, tak memberi komen.  Kenapa agaknya ya?

Iman memarkirkan keretanya di porch rumah. Pintu rumah kelihatan terbuka luas. Pasti ada tetamu yang bertandang ke rumah hari ini. Dia segera mematikan enjin keretanya sebelum dia keluar.
“Assalamualaikum!”
“Waalaikumussalam!” Encik Naim kalih memandang anak saudaranya yang seorang itu, “Baru balik, Iman?”
Iman senyum senget, “Ada meeting kat luar tadi. Dah lama sampai pak long, mak long?” Tanyanya lembut sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman.
“Lama dah!” Jawab Puan Fadhilah, “Iman keluar dengan kawan lelakinya kot.”
“Taklah, mak long!” Balas Iman sebelum dia duduk di sisi Aiman di sofa, “Jumpa penerbit novel tadi.”
“Iman bila nak kahwin? Asyik menulis aje, cubalah bawak berehat sikit! Cari pasangan hidup dulu.”
“Er...” Iman senyum.
“Betul cakap pak long kamu tu. Kamu bukannya muda. Umur pun dah makin lanjut. Tahun ni kamu dah tiga puluh tahun kan? Kalau kat kampung ni, harus orang dok panggil kamu andartu, andartu. Anak mak long yang baya-baya kamu semuanya dah kahwin, siap dah beranak-pinak lagi.”
Iman diam tak membalas. Aiman di sisinya sudah terkekeh-kekeh ketawa, “Kat sini pun, kiri kanan rumah orang panggil dia andartu, mak long. Tak payah tunggu balik kampung.”
Iman mengerutkan dahi, “Salah ke kalau tak kahwin lagi walaupun umur dah tiga puluh tahun?”
Seisi ruang tamu senyap tiba-tiba.
“Iman tak faham betullah dengan orang yang suka sangat menyibuk pasal hal jodoh, rezeki orang. Tak faham agaknya konsep rezeki Tuhan. Sibuk aje nak bandingkan rezeki orang tu, rezeki orang ni. Padahal sendiri tahu yang rezeki setiap manusia lain-lain. Takkan benda senang pun tak tahu,” ujar Iman sedikit sinis sebelum bangun, “Iman nak naik atas dululah. Nak solat, nak mandi.  Assalamualaikum.”
Dan ruang tamu itu masih senyap. Semua bagai tersampuk bisu...

“Iman...”
Iman yang sedang menaip di komputer riba memandang Aiman yang berdiri di muka pintu, “Kenapa?”
“Kenapa tak turun makan?”
“Tak lapar.”
“Kenapa macam mengelak dari jumpa abang dengan Fisha, mengelak dari bersembang dengan papa dengan mama?”
“Abang je yang rasa macam tu.”
“Rasa bersalah sebab suruh Fisha berusaha lebih untuk dapatkan anak? Ke rasa bersalah pada mama dengan papa sebab melawan cakap mak long tadi?”
“Abang nak apa sebenarnya ni? Jangan kacau Iman boleh?” Ujar Iman, marah!
“Iman kenapa? Kenapa nak marah-marah?”
“Just go, abang!”
Aiman tidak mempedulikan suruhan Iman sebaliknya dia berjalan mendekati adiknya itu, “Iman ada masalah ke? Tak nak share dengan abang?”
“Buat apa share dengan abang? Abang boleh ke tolong Iman? Tak, kan?” Iman bersuara sinis.
Aiman mengeluh. Dia tahu kenapa Iman jadi macam ni. Mesti sebab kehadiran sepupu mama, Pak Long Naim dan Mak Long Dila dari kampung petang tadi buat Iman bengang dan geram. Hari tu, panas akibat diprovok Fisha masih belum hilang, inikan pula bila diprovok oleh saudara mara papa dan mama.
“Iman...”
“Apa berdosa sangat ke kalau umur tiga puluh tahun masih tak kahwin lagi? Kenapa tak habis-habis nak mempersoalkan hal jodoh Iman? Kenapa? Kalau Iman tak kahwin lagi, Iman takkan bahagialah? Iman kalau tak kahwin lagi, Iman kacau semua orang ke? Hah?” Iman menekup wajahnya, menyembunyikan air matanya yang tiba-tiba saja merambu turun.
Aiman pantas memeluk Iman, “Iman...”
“Abang pun sama dengan pak long, mak long! Bukan nak bela Iman, abang gelakkan Iman! Kelakar sangat kot Iman ni kat mata abang sebab Iman tak kahwin lagi! Bukan macam abang, kahwin muda!” Iman menolak Aiman yang memeluknya.
“Abang minta maaf. Abang tak ada niat pun nak buat Iman rasa macam tu. Abang...”
“Abang tahu tak Iman rasa malu sangat depan semua orang tadi! Orang yang Iman harap bela Iman, gelakkan Iman. Ini ke abang Iman? Abang dengan Fisha sama aje! Pergi! Keluar dari bilik Iman!”
Aiman jatuh terduduk di lantai bila dia ditolak Iman, “Iman, jangan macam ni!”
“Abang nak sangat Iman kahwin? Nak sangat tengok adik abang ni jadi isteri orang? Dah tak larat sangat nak jaga Iman, huh? Okey, lepas ni, sesiapa saja yang datang meminang, Iman terima! Iman dah tak tahan dengan orang yang asyik nak mempersoalkan tentang jodoh Iman! Pergi beritahu isteri abang, papa dan mama! Go!” Ujar Iman, berang! Ditolak Aiman sehingga keluar dari biliknya sebelum pintu bilik ditutup kuat!
Aiman mengeluh! Dia tak sangka Iman akan meletup sampai macam ni sekali. Silap dia. Apa yang patut dia buat sekarang?

“Ada apa Achik suruh semua orang berkumpul ni?” Puan Isma kerut dahi memandang Jet. Mike yang sedang meneguk air turut mengangguk. Apek dan Adib sama mengangguk sambil mengunyah kerepek pisang yang dihidangkan oleh ibu Jet.
“Ala, relaks dulu ibu. Along tak sampai lagi kan?” Jet ukir sengih tak bersalah.
“Ada apa sebenarnya ni, wei? Aku risaulah tinggal isteri aku sorang-sorang kat rumah,” adu Mike dengan mimik muka sedih, konon.
“Blahlah! Sekarang mengada risau isteri, esok lusa... menggedik nak keluar malam.” Ejek Adib sebelum berhigh-five dengan Apek.
Puan Isma menggeleng. Masing-masing usia dah meningkat ke tiga puluh tahun tapi masih terserlah sifat keanak-anakkan mereka, “Hah, Adib! Asyik mengata Mike, kamu bila nak kahwinnya?”
Adib yang terkejut akibat disergah Puan Isma ukir sengih, “Er... insyaAllah hujung tahun ni.”
“Apek pulak?”
Apek yang baru nak menyuap kerepek pisang berhenti kejap sebelum dia ukir senyum, “Saya tunggu jodoh turun dari langit.”
Mike dan Adib dah ketawa. Jet pula menggelengkan kepala. Jawapan Apek ni... rare sungguh!
“Assalamualaikum...”
Serentak mereka semua kalih memandang tetamu yang baru sampai, “Along!”
“Eh, ramainya malam ni!” Ujar Aizam bersalaman dengan ibunya sebelum dia bersalaman dengan kawan-kawan rapat adiknya.
“Achik tu! Ada benda nak dibincangkan katanya. Risau ibu.”
Jet buat muka, “Nak risau apa, ibu? Bukan achik ajak ibu buat jahat.”
Aizam ketawa, “Betul cakap achik tu, ibu. Ha, achik! Benda apa yang penting sangat sampai suruh semua orang berkumpul ni?”
Jet ukir senyum lebar, “Achik nak semua orang tolong achik.”
“Tolong apa?”
“Tolong pinang Nurul Iman untuk achik,” sempat dia mengangkat isyarat peace pada ibunya. Apek yang minum air tersedak, Adib yang tengah makan kerepek pisang berhenti mengunyah dan Mike yang baru nak balas SMS dari isterinya, terjatuhkan telefon pintarnya.
Aizam pula angkat kening, “O... okay... that is so random!”
Jet ketawa. Random? Well, I love random things!

“Siapa Nurul Iman? Ibu tak kenal pun siapa tu. Achik tak pernah bawak jumpa ibu pun,” Puan Isma menyerang Jet dengan soalan yang bertubi-tubi.
“Achik kenal Iman dah lima tahun. Dalam lima tahun macam tu. Kami kawan aje selama ni, tapi sekarang achik rasa... achik nak serius kot dengan dia. Cukuplah lima tahun. Achik rasa... cukuplah lima tahun achik kenal hati budi dia.”
Puan Isma menggeleng kepala. Kamikaze sungguh anaknya ini! Dulu waktu dengan Huda pun macam gini jugak gayanya, “"Bila nak masuk meminangnya?"
Dia sengih pada ibu bapanya. Wajah sahabatnya yang bertiga dipandang sekilas. Nafas ditarik,
"Esok, boleh?"
"Hah?! Cincin tak cari lagi. Barang apa pun tak ada. Jangan main-main dengan ibu, ya!" Puan Isma meninggikan suaranya. Aizam pula dah terkekeh-kekeh ketawa.
"Serius ni, bu! Esok! Tak boleh tunggu dah. Kita buat yang ringkas-ringkas aje. Cincin dah ada. Achik beli lama dah. Tapi achik tak tahulah muat ke tak untuk jari dia, tapi rasanya muat aje.”
"Bila lagi kau beli?" Adib yang masih dalam mode terkejut bertanya.
Jet sengih sebelum dia memandang Mike, "Mike, ingat hari yang aku mesej kau suruh tanya dia pasal saiz jari Iman dulu!"
Mike melopong? Mangaiiiiiiiii... “Yang lima tahun lepas tu? Yang lepas lima bulan kau pergi Itali, kau telefon aku suruh tanya saiz jari Iman tu?!"
Jet angguk kepala, "Ya. Lima tahun lepas.”
“Kau gila? Kau ingat muat lagi ke cincin tu?!” Separuh menjerit Mike bersuara.
Adib menyiku Mike laju, “Hoi, mak Jet kat depan tu!”
“Tak apa, Mike! Jerit terus kat telinga dia pun tak apa!”
Jet tepuk dahi dengan saranan ibunya pada Mike. Along masih ketawa. Apek pula hanya tersenyum. Akhirnya, Jet...

“Jet... Jet... ini rupanya sebab sebenar kau kumpulkan kami semua.”
Jet senyum sambil menyandarkan badannya pada kereta milik Aizam, “Aku cuma sahut saranan korang. Dari dulu lagi aku patut buat keputusan ni cuma dulu aku takut. Aku tak pasti dengan perasaan sebenar. Nak menyesal pun tak guna dah.”
“Belum terlambat lagi pun untuk kau menyesal. Kalau Iman dah kahwin, mungkin patutlah kau menyesal!” Ujar Adib sambil tersengih sebelum mendongak memandang langit.
Jet mengangguk, “Mungkin.”
"Kau betul ke nak pinang dia?" Apek yang bersandar di sisi Adib memandang Jet yang turut memandang langit.
Jet angguk sebelum dia kalih memandang Apek.
Apek hela nafas, "Kalau dia tak terima?"
Jet jungkit bahu, "Aku cuba lagi."
"Kalau dia tak terima jugak?" Adib pula bertanya.
"Aku akan cuba sampai dia terima. Andai kata dia tolak aku dan terima pinangan orang lain..." Jet senyum tawar, "Aku akan lepaskan dia."
Apek hela nafas, "Good luck, dude."
"Thanks, bro!"
Apek senyum sambil mengangguk. Kalaulah kau tak balik, Jet... mungkin betul kau akan menyesal.
Adib pandang Apek, lama. Apek kalih memandang Adib. Keningnya dijungkit bertanya, kenapa. Adib senyum sebelum bahu Apek ditepuk perlahan.
Apek tersenyum sebelum menggeleng. Dia dah faham sangat dengan senyuman Adib tu. Senyuman simpati...

Iman membetulkan letak selendang di atas kepalanya. Kepala yang terasa berdenyut dibuat tidak peduli. Dia memeriksa semula pakaian yang tersarung pada tubuhnya. Dia mengangguk perlahan sebelum dia melangkah ke arah pintu.
Baru dia mahu mencapai tombol pintu, pintu biliknya sudah dibuka dari luar, “Iman...”
Iman pandang Fisha, “Kenapa?”
“Er... ada dua rombongan peminangan yang datang hari ni.”
“Hah? Dua?”
“Mama suruh kau turun sekarang jugak,” ujar Fisha.
Iman tak mempedulikan kata-kata Fisha sebaliknya dia laju turun ke tingkat bawah. Di anak tangga terakhir, wajahnya berubah. Ramainya orang! Dia tertunduk malu, “Tumpang lalu ya...” dan dengan laju dia berjalan masuk ke dapur.
Aizam yang ada di ruang tamu menyiku ibunya, “Itulah calon pilihan achik rasanya, ibu.”
Puan Isma mengangguk lalu tersenyum. Manis orangnya...
Iman di dapur pula sudah tak senang duduk. Puan Aina yang sedang membancuh air memandang Iman, “Iman?”
“Mama, kenapa ramai sangat kat depan tu? Bukan kata ada satu rombongan aje ke? Kenapa ramai sangat ni?”
Puan Aina angkat bahu, “Mama pun tak tahu, Iman. Tadi satu rombongan aje yang datang. Ni tiba-tiba datang lagi satu rombongan.”
Iman mengeluh, “Rombongan satu lagi tu dari mana?”
“Mama tak pasti, sayang tapi katanya anak lelaki keluarga tu kenal Iman.”
Iman mengeluh lagi, “Ma, rombongan yang mana datang dulu? Keluarga Rauf ke rombongan satu lagi?”
“Rombongan yang satu lagi. Keluarga Rauf lambat dua minit aje.”
Iman ketap bibir. Rombongan yang mana patut dia pilih ni?

“Maaf ya, mak cik.”
Puan Isma menggeleng, “Tak apa. Benda dah nak jadi.”
Iman senyum sebelum dia tunduk mencium belakang tangan Puan Isma.
“Mak cik balik dulu, ya?”
Iman mengangguk, “Hati-hati ya, mak cik.”
“Iman jangan lupa ya pesanan mak cik tadi ya?” Puan Isma tersenyum lalu dia terus berlalu keluar dari perkarangan rumah Iman.
“Iman yakin dengan keputusan Iman ni?” Aiman berdiri di sebelah Iman.
Iman memandang Aiman sekilas, “Abang bolehlah tarik nafas lega. Tak payah jaga Iman dah.”
“Iman!” Aiman pandang Iman, “Sampai bila Iman nak marah abang?”
Iman tak menjawab sebaliknya dia berlalu masuk ke dalam rumah. Fisha yang berdiri di depan pintu, dia buat tak peduli saja.

Jet duduk merenung biji kopi Arabica yang masih belum dikisar. Sekali sekala dia melepaskan nafasnya.
Mike yang sedang membancuh kopi memandang Jet, “Dude! Kalau setakat nak main renung-renung biji kopi tu, tak payah masuk kerjalah wei!”
Jet mengeluh sebelum dia bangun, “Aku risau!”
“Apa yang kau nak risaunya?”
“Along aku mesej cakap, ada satu rombongan meminang lain tadi selain dari rombongan aku. Siap bertepak sirih bagai. Rombongan kami tadi cuma ada dulang cincin, sepasang telekung dengan senaskhah al-Quran aje.”
Adib yang baru keluar dari dapur ketawa, “Itulah kau! Kamikaze sangat! Gelojoh tak bertempat.”
“Diam kau!” Jet membaling kain lap meja di tangannya pada muka Adib.
“Jet, tu ada orang nak order! Pergilah ambik order sana.”
Jet mengangguk sebelum buku menu ditarik dan dibawa pergi ke meja pelanggan. Apek yang baru keluar dari dapur memandang Mike, “Kenapa dengan Jet?”
Adib ketawa, “Kau tanya lagi? Harus dok gelisah pasal peminangan tu.”
Apek senyum, “Kalau ada jodoh dia dengan Iman, adalah tu...”
Mike pandang Apek, “Berbaloi ke kau buat semua ni, Apek?”
Apek pandang Mike, “Hmm...?”
“Kau lepaskan Iman... untuk Jet sedangkan kau sebenarnya...”
“Dahlah tu! Buat apa nak bahas pasal benda tu. Lagipun aku rasa berbaloi je apa yang aku buat sekarang. Biar aku hilang cinta, jangan hilang kawan...”
“Kau rasa Iman boleh bahagia dengan Jet?”
Apek senyum, “Yang tu, biarlah Jet yang tentukan. Cuma apa yang aku tahu, dia takkan bahagia kalau dia dengan aku.”
Adib dan Mike saling angkat bahu. Susah betul nak faham pemikiran Apek ni...

Iman mendail nombor telefon yang diberi oleh Puan Isma petang tadi. Sebaik saja nombor itu didail, satu nama naik di atas skrin. Wajahnya berubah. Dia tak sedia lagi! Baru dia mahu membatalkan panggilan, orang yang ditelefon mengangkat panggilannya.
“Assalamualaikum...” suara di talian sana, sangat dia kenal walaupun dah lima tahun mereka tidak bercakap di dalam telefon.
“Wa... waalaikumussalam.”
Dia terdengar lelaki di talian itu ketawa apabila diusik kawan-kawannya. Pasti dia berada di kafe, “So... you terima rombongan meminang dari ibu I ya?”
Dia boleh rasa lelaki itu sedang tersenyum di talian, “Apa motif you, Jet?”
“Iman?”
“Kenapa you hantar rombongan ke rumah I? I dah lama move on dari you, apa yang you cuba buat sekarang, Jet?”
Dia dengar lelaki di talian itu mengeluh, “You kata you dah move on, tapi you tetap terima peminangan dari keluarga I.”
“I terima sebab I dah janji pada abang I, I akan terima mana-mana peminangan yang dihantar untuk I! I takkan terima kalau I tahu Mak Cik Isma tu ibu you! Rombongan Rauf lambat dua minit aje dari rombongan keluarga you. Kalau rombongan you yang lambat dua minit, I akan terima peminangan dari keluarga Rauf, tahu?!”
“Iman, you nak tahu kenapa rombongan that Rauf guy sampai lambat?”
“Kenapa?”
“Sebab sudah ditakdirkan oleh Tuhan yang rombongan I akan sampai dulu. Sudah ditakdirkan yang you akan pilih rombongan dari keluarga I.”
“Jet... this is wrong. You don’t like me, heck... you don’t even love me. Lagipun you kan dah kahwin dengan...”
“Iman, I masih single! I masih seorang duda berhias. Hani dengan I tak ada apa-apa.”
“You ingat I nak percaya?!” Iman rasa sebak tiba-tiba. Matanya terasa hangat, “Lima tahun lepas, you tinggalkan I, without a word. Bila I pergi airport, you ada dengan dia. Dan selepas lima tahun, I nampak you dengan dia waktu kenduri Mike with a little boy. Sekarang you nak percaya yang you tak ada apa-apa dengan dia?”
“Iman...”
“You bagitahu I supaya jangan tunggu you. I tipu diri I, kononnya I tak tunggu you! Tapi sebenarnya memang I tunggu you! Bodoh gila kan, I? Fisha provoke I pasal benda ni, I marah sebab apa yang dia cakap tu semuanya betul! I denial, I jadi marah bila Fisha boleh tahu pasal benda ni. You tahu tak I rasa buang masa tunggu you?!” Tanpa sedar Iman mengalirkan air matanya, “I buang masa lima tahun! Tahu tak?!”
“Iman, please don’t cry!” Jet di talian sudah gelabah.
“I hate you!”
“I tahu, Iman. I tahu...”
Iman tak menunggu lama, talian telefon terus dimatikan. Dia masih rasa sakitnya parut yang ditinggalkan Jet. Rasa sakit itu masih terasa...
Pintu bilik yang ditolak dari luar buat dia panggung kepala.
Fisha yang berdiri perlahan-lahan mendekati Iman, “Do you need a hug, sayang?”
Iman mengangguk sebelum dia memeluk Fisha, erat! Fisha pula menepuk belakang Iman, cuba menenangkan Iman.

Iman mengesat matanya yang terasa pedih. Padah menangis tak ingat dunia! Jam di dinding dikerling. Tepat pukul 6.45 pagi. Subuh gajah kau, Iman! Dia bangun dari baringnya lalu dia segera pergi ke tandas untuk membersihkan diri.
Tepat pukul 7.15 pagi, dia sudah turun ke tingkat bawah. Konon mahu membantu mamanya di dapur. Baru dia nak masuk ke dapur, Aiman tiba-tiba masuk ke dalam rumah dari pintu depan, “Iman.”
Iman kalih memandang Aiman, “Ya?”
“Pergi pakai tudung. Ada orang nak jumpa kat luar.”
Iman kerutkan dahi sebelum dia capai tudung sarung berwarna hitam milik Puan Aina sebelum dia melangkah mendekati pintu. Nasib baik dia pakai baju lengan panjang dan tracksuit. Saat dia melangkah keluar dari rumah, dia rasa nak berpatah balik masuk.
Jet berdiri di depan pagar dengan sebiji styrofoam cup dan sejambak bunga di tangan.

“Buat apa datang sini?”
“Sebab I nak jumpa you.”
Iman hela nafas, “Pergi baliklah.”
“I dah buat you menangis.”
“So? Lima tahun lepas you buat I menangis, you tak terpacak pun depan rumah I.”
“I’ll make up to you untuk lima tahun lepas.”
“Maaf, I tak nak!” Iman bersuara sebelum dia mengerutkan dahinya, “Mata you... kenapa? Lebam kenapa?”
“Someone say I deserve this sebab I buat adik dia menangis sejak lima tahun lepas.” Jet menghela nafas, “Iman, I cuma minta satu lagi peluang dari you. I akan buktikan yang I serius kali ni.”
Iman berpaling ke belakang, dia nak jumpa dengan Aiman! Dia melangkah laju namun suara Jet buat kakinya berhenti melangkah, “Lima tahun lepas... waktu I cakap sayang I pada you hanya sekadar sayang seorang kawan pada kawannya, it was the stupidest lie that I ever told to you. I keliru dengan perasaan I sendiri. I keliru dengan wasiat Huda yang tiba-tiba diberikan pada I. Separuh hati I nak mencuba semula dengan you walaupun waktu tu I rasa yang hubungan kita hanya boleh jadi sekadar kawan tapi separuh lagi hati I mahu tunaikan hasrat Huda.”
Iman masih berdiri kaku.
Jet menghela nafas, “I buat keputusan, I nak ke Itali, bersama Hani dan kekasih Hani.”
Iman perlahan-lahan berpaling memandang Jet.
“Kekasih Hani, first officer flight kami waktu tu. Dan Hani dah pun kahwin dengan lelaki tu. I dengan Hani tak pernah ada apa-apa. Betul, wajah Hani seiras Huda tapi dia bukan Huda, dia Hani. Waktu kenduri Mike, memang I pergi dengan Hani sebab kebetulan dia ada di rumah ibu I. I ajak dia, dengan anak dia untuk teman I pergi kenduri Mike.”
Iman kekal diam.
Jet mengeluh, “Tak sampai lima bulan pun I di Itali, I dah sedar siapa sebenarnya yang I rindu, siapa sebenarnya yang I sayang, siapa sebenarnya I tunggu selama ni. It was you. It was you all along. Lima tahun I pendam rindu I pada you. I boleh telefon you, I boleh hantar emel pada you tapi I tak berani! I takut you benci I. Waktu kita berpisah di airport pun, sekalipun you tak berpaling ke belakang untuk pandang I.”
“What do you expect? You suruh I tunggu you tapi you tak janji untuk bersama dengan I nanti. You expect I nak berpaling pada you, lambai-lambai tangan macam orang gila?”
Jet tahan senyum nak menguntum. Dia mengambil selangkah mendekati Iman, “Kalau you berpaling walau sekali waktu tu...”
“Kenapa? You nak buat apa?”
Jet angkat bahu, “I pun tak tahu.”
“Pergi baliklah, Aizat!”
“Iman, I tahu I dah banyak sakitkan hati you tapi I minta... sekali ini saja, please... bagi I satu lagi peluang?”
Iman tak bersuara sebaliknya dia mendekati Jet. Bunga yang dipegang Jet ditarik, “Satu, I tak suka mawar. I suka lili.” Kemudian, dia mencapai pula styrofoam cup di tangan Jet, “Dua! Pagi-pagi I minum teh dan bukannya kopi!”
Jet ukir senyum, “So... you dah terima I?”
“Banyak lagi benda yang I tak puas hati tapi sekarang baik you pergi balik! I mengadu dekat ibu you nanti.”
Jet mengangguk sebelum berpaling mahu berlalu.
“Jet!”
Jet berpaling, “Ya?”
“Semalam lagi I dah terima you. Kalau you tak datang hari ni pun, I dah pun terima you. I dah terima you walaupun cincin yang you beli lima tahun lepas ni longgar. Malam semalam I menangis, I geram sebab you lambat sangat. I marah sebab you ambik masa yang lama untuk cari I semula.”
“Kan I dah cakap, I takut...” Jet ketawa, “Satu lagi, mana I nak tahu you makin kurus. Nanti kita pergi kedai emas, mana tahu dia boleh adjust cincin tu ikut saiz jari you.”
“Dah, pergi balik!”
Jet tersenyum sebelum dia keluar dari perkarangan rumah Iman. Alhamdulillah!
Iman pula berpaling ke belakang. Aiman berdiri di muka pintu dengan senyuman, “Selama ni abang ingat Iman sukakan Adib. Nasib baik abang tak tumbuk muka Adib tu. Karang tak pasal je, kena saman!”
Iman ketawa sebelum dia berlari dan memeluk Aiman, “I’m sorry!”
“I’m sorry too, Iman. Abang sayang Iman. Maafkan abang sebab gelakkan Iman hari tu.”
Iman mengangguk di dalam pelukan abangnya.
Usai dia meleraikan pelukannya pada Aiman, telefonnya tiba-tiba bergetar dari poket seluarnya. Laju-laju dia mengangkat panggilan dari orang yang baru dia halau tadi, “Ya, Encik Aizat?”
"Satu aje soalan I."
"Apanya?" Iman pandang kereta milik Jet yang masih belum bergerak.
"Mamat hari tu. Yang dekat kafe tu. Siapa?" Dikawal habis suaranya supaya tak kedengaran macam orang cemburu.
Iman tarik sengih, "Kawan."
"Special ke tak?"
"Eh, kawan-kawan I semua special!"
"Habis I?"
"You? Bolehlah kot."
"Aduh..." separuh mengeluh Jet bersuara.
Iman tahan ketawa yang nak meletus, "Lelaki tu penerbit drama adaptasi novel I. Sepatutnya kami bertiga, tapi seorang lagi penulis tak dapat datang. So kami berdua aje."
Diam.
Iman senyum lalu menggeleng, "You... kalau you tak special, I takkan pakai tau cincin yang ibu you sarung kat I semalam walaupun longgar. I takkan terima you semula lepas apa yang jadi. Faham?"
Jet menghela nafas di talian, "Lain kali..."
"Hmm...?"
"Lain kali jangan keluar berdua dengan dia. I tak suka."
"Ya. Tahu..." balas Iman sebelum ketawa. Cemburu tak nak mengaku!

“Sungguhlah kau ni kamikaze, Jet! Bertunang baru sebulan, terus menikah. Kau gelojoh sangat ni, bhai!” Mike ketawa sambil menepuk bahu Jet yang lengkap berpakaian pengantin.
“Bukan gelojohlah! Ni namanya nak mengejar masa yang terbuang,” Jet ketawa!
“Entah! Tak thrill langsung bertunang sebulan je, terus nikah!” Adib buat muka bersahaja.
“Kau sembang je lebih. Jangan tunang lama-lama, kesian Nida kena tunggu kau!”
Adib pandang cik tunang di sebelahnya, “Aku kan pernah cakap, aku akan kahwin kalau Apek kahwin dulu.”
Apek yang berpakaian serba ungu buat muka, “Apa aku pulak?! Aku tak puas lagi nak hidup bujang, dude!”
“Entah kau ni, Adib! Kau bukan tak tahu yang awek Apek baru umur tujuh belas. Kau kalau tunggu Apek kahwin, mau kena tunggu lagi lima tahun kau tau?”
Apek tanpa sebarang kata terus menyepak kaki Mike!
“Aduh... ni belajar dari awek dialah ni! Sejak bila entah main sepak-sepak pulak!”
Apek menjeling Mike, “Bangang!”
Jet dan Adib sama-sama ketawa. Mereka pun sedar yang Apek sekarang rapat dengan seorang budak perempuan yang berusia tujuh belas tahun.
“Apek, kau serius ke dengan Lisa tu?”
“Dia budak lagilah, Adib.”
“Kira apa budak tak budak. Kalau nak kahwin, lulus aje kat mahkamah tahu?”
Apek menggeleng, malas nak layan! Baru Mike nak mengusik, dia tiba-tiba tersengih-sengih, “Wah, Iman! Lawanyaaaaaaaaaaaaaaaaaa...”
Iman yang baru selesai berbual dengan kawan sekolahnya memeluk lengan Jet, “Perli haaa?”
“Mana! I cakap betullah. Lawa kot. Patut orang tu boleh tangkap cintan...”
“Diamlah!” Jet tunjuk penumbuk pada Mike.
Iman buat muka, “Ala, dia tangkap cintan dengan I pun lepas lima tahun. Nasib baik I tunggu dia lagi...”
Jet ketawa sebelum pipi Iman dicubit, “Apa ni ungkit-ungkit ni?!”
“Euw, Jet! Jangan buat gaya mengada macam tu. Kau nak masuk pakatan Mike ke apa tunjuk manja-manja depan orang ramai? Tolonglah... uweekk!” Adib pura-pura nak termuntah sebelum dia ketawa.
Jet dan Iman ketawa. Mike pula mula tunjuk gaya manja-manja dengan isterinya. Apek pula hanya tersenyum.
Entah bila, mata Apek dan Iman saling bertemu.
Apek tersenyum lalu mengangguk sekali, ‘Be happy, Iman. Itu je yang I minta.’
Iman turut mengangguk sebelum dia juga mengukir senyum, ‘InsyaAllah. Thank you, Apek.’

"This is nice, kan?" Tanya si suami pada si isteri yang sedari tadi termenung merenung pantai.
Perlahan dia mengangguk, "Sangat."
"Sorry, I tak dapat bagi Americano pagi-pagi ni. Kopi 3 in 1 pun kira jadilah ek?"
"Tak apa! Bancuhlah air apa sekalipun, I tetap minum."
“Mana boleh, I kan dah pernah janji nak buat Americano untuk you. Balik dari honeymoon kita ni, I bancuh ya?” Ujar Jet sebelum dia memeluk bahu Iman, "Sayang..."
Senyap! Si isteri terdiam.
"Sayang...? Kenapa senyap je ni?"
Si isteri berpaling pada si suami, "You panggil I sayang ke?"
Si suami tertawa, "Kenapa? Tak boleh eh?"
"Bukan... I rasa awkward lagi..."
"Okey, I faham tapi biasakanlah. Janganlah rasa awkward je. Semalam I pegang tangan you, you kata awkward."
"Awkward lah! I mana pernah pegang tangan lelaki lain selain dari tangan abang dengan papa. Lainlah you... you dah pernah... oops!" Tangannya laju menekup mulut. Ish, mulut ni!
"Tak apa. Cakaplah bagi habis. I dah pernah kahwin."
"Sorry!"
"Lah, nak minta maaf ni kenapa? I tak marah pun. Kenyataan kan tu. I dah pernah kahwin sebelum ni, dan sekarang I kahwin sekali lagi."
Si isteri diam. Dia menunduk sambil bermain dengan jemarinya.
"Sayang... dengar apa I nak cakap ni ya?"
Si isteri mengangguk.
"Jujur I cakap, lepas Huda meninggal I tak terasa nak cari pengganti, I tak pernah ada niat nak kahwin lain. Then, I jumpa you..."
Iman panggung kepala memandang Jet.
“You unik gila. Boleh minum tiga gelas Americano, without any syrup tanpa henti.”
“Mana? I dah tak minum banyak macam tulah...” Iman memuncungkan mulutnya.
Jet ketawa, “Haip! Jangan potong I cakap.”
Iman angkat tangan tanda maaf.
Jet senyum sebelum dia kembali menyambung, “Then, I jumpa you. You yang unik, you yang clumsy, you yang kelam-kabut kejar deadline, kejar masa. You yang tak pernah kisah nak pakai apa. Plain t-shirt, with a pair of jeans dan sekadar selendang yang dililit halai balai, you yang selera bukan main dasyat, you yang protective, you yang penyayang dan berjumpa dengan you buat I tanpa sedar, jatuh cinta kali kedua.”
Iman pandang Jet. Jet masih ukir senyum, tangannya makin erat memeluk bahu Iman, “Perlahan-lahan, setiap perlakuan you, I compare dengan Huda. I bandingkan you dengan Huda. Ada part dalam diri you better than Huda, dan ada part dalam diri Huda better than you. Bila Mike, Adib dan Apek cakap you suka I, I semacam tak boleh terima! Bagi I, kita cuma boleh jadi kawan. Kita tak boleh jadi lebih dari tu. I tak nak you terluka kalau I tak boleh suka you macam mana I suka pada Huda. Tapi...” Jet menghela nafas, “Hari you kena alergik tu, I rasa macam jiwa I kena rentap! Tambah bila I tengok you macam hilang nafas, I rasa macam nafas I pun sama hilang. Waktu tu I tahu, I tak boleh hilang you macam I hilang Huda.”
“Then kita berkawan dan I sedar... semakin lama, I semakin tertarik pada you sehinggalah suatu hari, I terima surat ala wasiat dari Hani. Katanya Huda suruh dia sampaikan surat tu pada I. Lepas I baca aje surat tu, I rasa bersalah pada Huda. I rasa macam I curang pada dia tapi sebenarnya tak. Istilah curang tak pernah wujud. I aje yang suka buat benda mudah jadi renyah. Entah bila, I buat keputusan untuk ke Itali, pergi bersama Hani. I tunaikan permintaan Huda untuk I jadi barista semula. Hari I nak berlepas pergi, berkali-kali I cuba nak balas mesej you tapi I tak mampu. I takut...”
“You takut apa?”
“I takut I ubah fikiran. Mike, Apek dan Adib marah gila pada I waktu tu. Mereka cakap, I hanya nak mainkan you dan I rasa memang I mainkan you pun. I bagi harapan, tapi tiba-tiba I musnahkan harapan tu. Waktu you datang airport, honestly... I rasa bersyukur sangat you dah tahu I nak pergi walaupun you tahu bukan dari mulut I. That day, I made you make stupid promises! I suruh you tunggu I tapi I tak janji yang I akan masih bersama dengan you. It was so stupid, I rasa kesal gila sampai sekarang.”
Iman mengangguk tanpa sedar. Dia masih ingat janji itu. Dia masih ingat betapa sakitnya hati dia waktu tu.
“Tak lama lepas I tinggalkan Malaysia, I mula sedar yang I sayangkan you. I sentiasa rindu you. Waktu belajar buat latte art, I tak tahu macam mana I tertulis nama you di atas latte. Waktu tu, I terus bertekad untuk belikan you sebentuk cincin. I nak melamar you lepas I balik Malaysia. I gigih telefon Mike semata-mata nak minta dia tanya saiz jari you dan I tak sangka senang gila you bagitahu dia saiz jari you.”
Iman ketawa, “Mana ada senang! I pelik tahu, dia tak sudah-sudah suruh dia pakai cincin yang dia belikan untuk girlfriend dia. I ingat dia syok kat I tau?”
Jet turut ketawa! “Mike, gigih aje dia! Kalau dia sungguh syok kat you, I mungkin akan lepaskan you pada dia tapi lepas tu I menangis dekat bucu katil sorang-sorang, tengah-tengah malam.”
“Amboi! Ingat suka ni boleh main pass-pass ke?” Iman mencebik!
“You nak tahu kenapa I tiba-tiba pergi melamar you?”
Iman mengangguk.
“Sebab I cemburu. I cemburu tengok you dengan lelaki apa entah nama dia tu dekat kafe. Sakitnya tu di sini you, tau?” Jet pura-pura memegang bahagian kiri dadanya, konon sakit sangatlah tu.
Iman ketawa, “Jet...”
“Ya?”
“Nasib baik you hantar rombongan hari tu. I tengah cari alasan sebenarnya tak nak terima rombongan keluarga Rauf.”
“Siapa Rauf tu sebenarnya?”
“Ketua I waktu I kerja dulu. Kami tak rapat pun. Tiba-tiba dia call, cakap nak hantar rombongan meminang. I was like mamat ni gila ke apa? Dan I rasa lega dan serabut pada masa yang sama bila tiba-tiba ada satu lagi rombongan yang datang.”
“Tapi kenapa you terima rombongan dari keluarga I padahal you tak tahu pun siapa yang datang meminang, you kenal that Rauf. Kalau you kata sebab rombongan I sampai dulu... I rasa baik you terima rombongan Rauf je. At least you kenal dia.”
“Kenapa nak terima rombongan Rauf bila I tiba-tiba dapat mesej dari Apek pasal sorang mamat yang tengah gelisah dekat kafe? Tak senang duduk.”
Jet pandang Iman, “Apek mesej you?”
“Dia cakap kalau I tak terima, mungkin I akan menyesal seumur hidup. You know what, betul apa yang dia kata tu. Kalaulah I tak terima rombongan you... ada kemungkinan untuk I menyesal. Cuma malam tu, bila I telefon you... I rasa perasaan yang I pendam selama ni membuak-buak nak keluar. Geram, bengang, marah, sedih... semuanya!”
Jet ketawa! “Tiba-tiba I rasa nak balik, nak peluk cium si Apek.”
Iman ketawa sebelum dia memandang Jet, “Jet...”
“Ya?”
“Sorry, I simbah air dekat you.”
“Tak apa! I tak marah pun, I lagi rasa kelakar adalah.” Jet kembali memeluk Iman dari belakang, “Iman, you mungkin cinta kedua I tapi you akan selalu jadi cinta terakhir I. Selamanya... cinta terakhir I.”
Iman pegang lengan Jet lalu dia kalih memandang Jet, “Lepas balik dari sini... kita pergi melawat kubur Huda, ya?”
Jet tergamam sebelum dia mengeratkan pelukannya pada Iman, “Terima kasih, Iman.”
Iman senyum sebelum dia bersandar pada dada Jet, “I nak jumpa Huda, nak berterima kasih pada dia sebab bagi I peluang untuk kenal you, untuk bercinta dengan you dan untuk berkahwin dengan you.”
Jet mengangguk sebelum ubun-ubun Iman dikucup lembut. Huda, I dah jumpa happiness yang you suruh I cari. Terima kasih sayang. Semoga Allah menemukan kita kembali di sana nanti. InsyaAllah.

Dear Jet,
Mungkin waktu awak baca ni, saya mungkin ada di sebelah awak. Mungkin juga saya sudah tiada di sisi awak. Jangan sedih ya, sayang!
Jet, saya tahu awak pernah lepaskan cita-cita awak untuk jadi barista kerana saya tapi sayang, saya nak minta awak kejarlah kembali cita-cita awak. Saya nak awak cari semula kebahagiaan awak. Kalau awak kata awak hanya bahagia dengan saya, jangan tipu! Saya selalu nampak awak perhatikan Mike dan Adib dan saya nampak mata awak bercahaya setiap kali mereka buat latte art, setiap kali mereka kisar kopi.
Sayang, carilah semula kebahagian awak. Saya akan sentiasa menyokong awak walaupun saya sudah tiada di sisi awak.
Dan satu lagi, pandanglah sekeliling awak sayang... jangan tutup hati awak hanya kerana saya. Carilah cinta semula, ya sayang?
Remember what you have told me?
‘You can’t buy happiness but it can buy coffee and that’s kind of the same thing.’
Buy coffee, seek for your happiness. Saya akan sokong awak, sayang. Selamanya, saya akan sokong awak.

                                                                                                                                                                                                                       Love, Huda


Cinta itu seperti kopi Americano. Pahit, bila diminum tanpa sirap dan manis, bila dicampurkan dengan sirap. Terpulang pada anda bagaimana anda mahu merasanya. Untuk saya, Americano Ais ditambah dengan sedikit sirap, untuk merasa kopi pahit-pahit manis, seperti cinta. :)

TAMAT

21 comments:

  1. Part apek dgn iman tu really unexpected. Nice! ����

    -emma-

    ReplyDelete
  2. Aaaaa awesome. Goodjob. Lepas ni bolehlah buat cerita pasal apek pulak. Kesian diaaa.

    ReplyDelete
  3. Best.....walaupun hanya cerpen...sgt2 best...sebab....susunan cerita yg teratur...tak terkejar2..(sbb sesetengah cerpen mcm longgar jer jln crita)...tp yg ni padat....sgt2 nice...tahniah...

    Yna...

    ReplyDelete
  4. Even you jarang post cerita baru, sekali post mesti best gila. Hee. Memang puas hati la. Thumbs up! :)

    ReplyDelete
  5. kehidupan kita pun macam kopi juga... rasa pahit dan manis ... baru betul.... cerita yg banyak pengajaran... bestttt...

    ReplyDelete
  6. Sian kt apek.. Wlupn jet ni ok.. Huhu.. Xtau nk komen cmne.. But definitely true friendship..

    ReplyDelete
  7. Great story.... tak pernah tak best...
    Keep it up...

    Sentiasa menanti cerpen2 najwa..

    ReplyDelete
  8. bestnya cerpen ni. suka sgt watak jet tu. tahniah cik penulis.

    ReplyDelete
  9. Aku membaca but not suka when write part kubur,berterima kasih,...kerana....oh man!... which one i am not someone yg ada islmic religion knowledge a deep side. Aku sedih part tu. I am the one don't know bout all that?

    ReplyDelete
  10. Tahniah Najwa. Satu cerpen yg panjang dan memberi kesan.

    Kmas

    ReplyDelete
  11. Ok lengkap tiga org llaki dari 4 sahabat...now really waiting for mike story...najwa kipidap...akk sukaaaaaa sgt...

    ReplyDelete
  12. Sedihnye part ape tu :'(

    tapi saya tak paham surat huda tu..bukan Jet dah tak jadik barista AFTER huda meninggal ke?? bukan sebelumkan??

    ReplyDelete
  13. Habis dh bca psl semua mamat2 Gulp! Cafe. Now, nk tnya, Gulp! Cafe tu wujud x? Ada alamat? 4 mamat trlajak sweet ni betul2 wujud x? Hahaha. Bkn sbb pa, nak g minang all of them.. Hihihi

    Mike:
    Antara karya2 Najwa, cerita pasal Mike, Si Sneakers Merah adalah cerpen yg kdua saya baca, yg first saya baca Kalau Dah Jodoh yg hero dia nama lebih kurang budak baru kelas I dulu, Akmal Firdaus yg suka org pnggil dia Zahreen, so nama watak tu Zahrin Ferdaus kan, kna sgt I nk brangan. Ok wait, I nak ckp pasal Mike kan? Masa I baca cerita Mike, I mcm dh jatuh hati sgt kat Mike coz dia baik gilaaaa! Rendah diri lagi. Tapi, bila dh bca cerita lgi3 mmber dia, saya rasa Mike lain, mngkin kot bila dia ngan kawan dia dh lama so x segan dh la kn. But, smpai ke sudah saya x dpt bayangkan wajah Mike, dissappointed sbb I x boleh imagine his face :( Masa baca cerita Mike selalu lupa yg Sarah kata mka dia cam samseng, so I can't figure out someone yg baik gila dgn gangster face.

    Adib:
    Lepas cerita Mike I baca Adib pnya story lak, Cik Peah Klinik sebelah. Terus terang ckp, dgn apa yg Najwa tulis pasal Adib semua ada kat my my satu2nya adik, Qayyum. So, I mmang boleh sgt figure out mka Adib ni. Okay, masa I baca certa Adib-Peah ni, I gila suka jln cerita dia, sumpah sweet! I rasa syg sgt si Adib tu, rasa cam nak g cari Anida tu, nk g lenyek2 muka dia. Kisah Adib xdalah buat I nangis mana mcm I nangis masa baca about Mike, but, seriously, terkesan sgt lepas bca ni Masa sya siram pokok bnga pun dok tringat kat Adib lagi mcm org angau. Respect dia, coz even dia kasanova, but still, dia gila super duper gempak and berbaloi sgt jdi pasangan dia. Alah mcm Kak Nor ckp, nakal tpi baik.

    Apek:
    Fisrtly, masa I baca cerpen Jodoh Dari Langit I hampa sikit. Sebab saya harapkan jodoh Apek cam lain. Tapi... X pa lah, Lisa pun dh okay, nasib Lisa ada nak jga my Apek. Hmm, lagi kecewa bila dpt tau nama sbnar Apek. Byk saya x berapa puas dlm cerpenabout Apek-Lisa ni, tpi okaylah, byk kali gak tergelak terbahak2, guling2 lagi.. Actually, sebelum baca Jodoh Dari Langit, mmang x expect Apek end up ngan bdak baru habis skolah, and ofcoz kecewa sgt bila saya tahu sapa jodoh dia, tkpa2, best jugak ceritaa Apek ngan Lisa and rare. Awal2 dh pening camna nk imagine wtak Apek, pastu dpt dh gmbaaran, then pup! Lost.. Dah, wajah Apek berubah pulak. Hahahaha!

    Jet:
    His story the last one I read. Wow, part I part II, ada byk gak story pasal Jet, x silap, ada jgak kan cerpen about Huda and Jet? Tapi x tahulah sgt, sbb dok baca kt komen dok sebut pasal Untuk Seminggu Shaja kea apa tah tajuk dia, mcm kna ngan Jet, kan Jet kawin seminggu ja ngan Huda. Okay, masa mula2 baca pasal Jet kat cerpen pasal gang dia y g lain, x sgka Jet pakai spek, and sampai skrg I don't know Jet ngan Adib sapa lgi hndsome? But, saya dh imagine muka Jet, tapi x pakai spek dri awal, biarlah. Untuk adil, saya bygkan Adib muka dia handsomemanis ala2 buaya darat gitu, a little cute guy, putih2 and ofcoz rambut stylo, kiranya lebih kpd style la yg buat dia nampak kacak bergaya. But for Jet, I imagine seorang lelaki tinggi, bdnnya sado, kulit gelap sikit jea but, matang gila muka dia, muka berahang sikit, maskulin sikit la, no cute2 mcm Adib, Giginya cantik putih teratur, and ofcoz dia punya rambut kemas, x nmpak naughty cam Adib. Dari awal lagi, masa baca pasal Adib, seriously interesting sgt nk tahu cerita Jet. Cerita Apek pun la, sikit2. Entah knapa perasaan saya kat Jet lepas dh tahu story dia x sama mcm first feeling masa baca kat kisah Mike dulu. Tapi sgt sukakan jln cerita Jet. Tapi masa Jet marah Iman suruh masuk kereta tu trrkejut gila and rasa jhtnyaa Jet, tapi dlm masa yg sama, rasa cam 'Iman, jgnlah lawan ckp Jet, ikut jea lah, kesian dia.'

    Sejak baca tntg jejaka2 Gulp! Cafe ni, mmang rasa rindu sngat kt diorang kalau x baca balik kesemua kisah 4 hot guy ni.

    Untuk Mike, I prefer call him Mikhail, suka kat dia, tapi rasa tu sikit2 dh pudar lepas knal Adib, erm lgipun, wajah Mike pun saya x mmpu figire out, tu yg kurang sikit tu feeling kt dia. Rasa cam Mike x mnyerlah sgt lah..

    ReplyDelete
  14. Mcm komen yg kat atsπŸ‘† tu boleh x writer buat novel pasal semua 4 mamat gulp! Kafe?? Bestlah citer pasal diorang semua.. Mula dari kisah jet n huda. Then, kisah mike n sarah, kisah jet balik but dgn iman. Kisah apek n lisa. Lastly kisah adib n peah but in a novel.. Satu novel citer pasal diorang semua..πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete