Thursday, 3 September 2015

[CERPEN] Coffee (PART 1)

Pintu kafe ditolak dengan sebelah tangan sementara tangan yang sebelah lagi laju menaip mesej di dalam telefon pintarnya.
Mesej yang sudah siap ditaip dibaca sekilas sebelum dihantar kepada mamanya.
-Iman balik lambat sikit. Iman nak siapkan manuskrip Iman. Mama tak payah tunggu Iman. Iman ada kunci rumah.-
“Excuse me, miss! Kalau ye pun nak taip mesej, you boleh duduk kot.” Teguran seorang gadis di belakangnya buat dia tersentak.
“Maaf!” Iman menunduk sikit sambil mengangkat tangan kanannya. Gesture minta maaf sebelum dia duduk di meja yang kosong tak berorang. Gadis yang menegurnya tadi sudah duduk di meja lain.
Iman mengeluarkan komputer riba berjenama Lenovo dari beg galasnya dan diletakkan di atas meja. Telefon Samsung Galaxy Note III diletakkan di atas meja, bersebelahan komputer ribanya.
“May I take your order, miss?” Sebuah buku menu diletakkan di hadapan Iman, membuatkan dia terkejut sikit.
Dalam kalut-kalut Iman yang sedang mengeluarkan charger komputer ribanya, sempat dia melayangkan senyuman kepada si pelayan lelaki yang segak memakai uniform, “Iced Americano... ada?”
Si pelayan menganggukkan kepalanya, “Anything else, miss?”
“Itu aje buat masa sekarang. Kalau saya nak apa-apa, saya panggil awak.”
Si pelayan mengukir senyum sebelum mengangguk lagi. Buku menu ditarik dengan sebelah tangan sebelum dia berlalu meninggalkan Iman yang sudah kembali ‘sibuk’ dengan charger komputer ribanya.
Usai menyambungkan charger dengan lubang pengecas pada komputer ribanya, dia menekan butang ON. Sebaik saja skrin komputer ribanya terpasang, Iman mengukir senyum, “Bismillahirahmanirahim...”


“Masuk ni dah tiga gelas Iced Americano dia pesan. Otak dia tak weng ke minum kafein banyak-banyak ni?” Si lelaki yang  berkaca-mata bersuara.
Si lelaki yang mengikat tocang satu tarik sengih, “Kalau dia weng, kaulah kena angkut dia pergi Klinik Hasanah dekat sebelah tu.”
“Banyaklah kau!” Si lelaki berkaca-mata membaling kain lap meja yang ada ditangannya pada lelaki yang bertocang satu itu.
“Jet, hantar ni dekat customer!” Lelaki yang berdiri di belakang kaunter bersuara sambil menghulurkan dulang hitam yang berisi segelas Iced Americano kepada si lelaki berkaca mata.
Jet tanpa banyak bicara segera mengambil dulang tersebut sebelum dia berjalan mendekati meja uyang diduduki Iman.
“Miss, your Iced Americano.”
Iman yang tekun menulis memandang Jet sekilas sebelum dia mengangguk, “Thank you.”
Jet garu kepala, “Er... miss...”
“Ya?” Iman panggung kepala dari skrin laptop. Jari jemarinya yang tadinya lincah menekan papan kekunci berhenti sendiri.
“Boleh saya tanya sesuatu?”
“Ya?”
“Cik tak rasa nak order air lain ke? Dari tadi asyik Iced Americano je. Too much caffein is not good for the body, miss.”
Iman ukir senyum. Tag nama si pelayan dipandang sekilas, “Jet, ya?”
Jet mengangguk.
“Coffee is my stress reliever. So, basically my favourite coffee is Iced Americano. So... awak faham kan?”
Jet ketawa lalu mengangguk, “Maaf ya, saya menyibuk dengan hal cik.”
Iman menggeleng, “It’s okay! By the way, can I get a glass of plain water please? Icy cold.”
“Sure, miss!” Jet menunduk sikit sebelum berlalu meninggalkan Iman.
Jet meletakkan dulang hitam di atas kaunter sebelum matanya dihala ke arah si barista yang sedang tekun melukis di atas kopi latte panas yang diorder oleh pelanggan.
“Nak apa Jet?”
“That miss nak plain water. Icy cold.”
Si barista jungkit kening. Teko stainless steel yang berisi susu diletakkan di atas meja sebaik saja lukisan di atas kopi latte itu sudah menampakkan rupa seperti not muzik. Kopi yang sudah siap itu diletakkan di atas dulang. Segelas air Pepsi turut diletakkan di sebelah cawan kopi itu, “Mike mana?”
“Entah. Apek panggil dia pergi belakang kot,” jawab Jet sambil mengambil dulang hitam itu sebelum berlalu.
Si barista pula laju menyediakan segelas air sejuk untuk si gadis yang sedari tadi jadi perbualan dua orang pelayannya.
“Air siapa tu?” Si lelaki bertocang satu yang baru keluar dari dapur bertanya.
“Cik Iced Americano,” ujar si barista selamba.
“Meh aku hantar.”
Si barista pantas menggeleng, “Naa... biar aku yang hantar. Kau tolong buat Caramel Macchiato satu, untuk couple sana tu.”
“Ai... aku pulak kena?”
Si barista ukir senyum segaris, “Aku nak rehat. Penat.”
Lelaki yang bertocang satu itu mengangguk akhirnya, “Yelah. Caramel Macchiato aje?”
Si barista mengangguk, “Itu aje.”

“Miss, you plain water.”
Iman mengangguk tanpa mengangkat muka sebaliknya dia semakin tekun menekan papan kekunci, mencipta aksara.
Si barista tersenyum memandang si gadis sebelum dia duduk di kerusi yang berdepan dengan si gadis. Dengan berbaju t-shirt hitam gedabak, dipadankan dengan kemeja kotak-kotak yang tak dibutangkan, tudung bawal hitam yang cuma diselempangkan di atas bahu... si gadis nampak sangat serabut.
Iman yang menyedari ada seseorang sedang memerhatikannya dari depan panggung kepala. Wajahnya berkerut sedikit memandang lelaki yang sedang memandangnya, “Yes, anything?”
Si barista menggeleng kepala, “Awak nampak stress.”
Iman jungkit kening lalu dia mengeluh, “Sangat!”
Si barista ketawa, “And Iced Americano make you feel better?”
Iman jungkit bahu, “Kinda! By the way... you are?”
“Adib. And you are?”
“Iman.”
Si barista yang bernama Adib mengangguk, “So... you wanna tell me why you are stressed?”
Iman ketawa lalu tangan kanannya ditegakkan sebelum dagunya ditongkat dengan tangan kanannya itu, “Sebelum I jawab soalan you, meh I nak tanya you satu soalan.”
Adib mengangguk, “Shoot!”
“You ni turun dari mana? Langit?”
Adib ketawa! Minah nilah...

Iman meregangkan jari jemarinya yang terasa lenguh kerana menaip terlalu lama. Oh my, penat nak mampus!
“Banyak lagi ke?” Segelas Iced Americano diletakkan di sebelah komputer riba Iman.
Bahu Iman terhincut sikit. Terkejut. “Hai, Adib! I tak nampak you pun tadi.”
Adib senyum, “I baru datang aje ni. Tadi pergi bank. Bayar duit sewa kedai.”
“I kagum dengan you.”
Adib jungkit kening, “Kagum dengan I? Kenapa? I yang patut kagum dengan you, tau? Siang arkitek, habis kerja datang sini tulis novel. You tak penat ke?”
“Ceh, sindir I ke apa ni? Gila ke tak penat? Tapi I yang nak jadi macam ni. So, kenalah hadap! Haha! I kagum dengan you sebab you, muda-muda lagi dah ada kedai sendiri. Berdiri dengan kaki sendiri walaupun ada qualification untuk jadi seorang peguam.”
“I tak naklah jadi peguam. I rasa kalau I jadi peguam, I akan stress dan I akan teguk kopi macam you sekarang. I tak suka tekanan. I lagi suka buat kerja yang I enjoy buat. Contohnya, I suka buat kopi. Buat kopi ni bagi I rasa happy dan puas hati. Tambah bila ada orang yang enjoy minum kopi yang I buat... macam you.”
“Perli I lagi!” Iman buat muka sebelum jam di tangannya dipandang, “Adib... er... boleh I tanya?”
“Ya?”
“Kat kafe you, ada surau tak? Takpun bilik kecik ke. I nak solat. I tak solat Asar lagi ni.”
Adib mengangguk, “Ada. Jom ikut I!”
“Er... ada telekung sekali?”
Adib mengangguk, “Ada. Katil pun ada, Iman. You nak bergolek ke bergendang ke dalam bilik tu, buatlah! Nak tidur pun boleh!”
Iman capai telefon pintarnya sebelum bahu Adib dipukul, “Ish!”
“Garang!” Adib ketawa sebelum dia bangun, “Jom!”
Iman angguk sebelum turut bangun dari kerusi. Sebelum dia mengikut Adib ke bilik belakang, sempat dia menitipkan pesan pada Jet supaya menjaga komputer ribanya yang masih terpasang di atas meja.

Iman meletakkan kepalanya di atas meja kayu itu sambil mengeluh, kuat!
“Iman, apa mengeluh ni?” Tanya Jet sambil meletakkan hot chocolate yang dipesan Iman ke atas meja. “Ada masalah ke dengan manuskrip?”
Iman angkat wajah lalu dia ukir sengih, “Taklah! I penat sikit. Hari ni ada projek baru masuk. I kena jadi leader untuk projek tu tapi I rasa I tak naklah jadi leader. Penat ooo...”
“Itulah you. Arkitek pun you nak jadi, penulis pun you nak jadi... dah penat,” usik Jet sambil tersengih. Sejak Iman dan Adib berkawan ni, semua pasal Iman pun dia dah tahu dan Iman pun dah jadi pelanggan tetap Gulp Cafe.
“Mana Adib? I tak nampak dia lagi hari ni,” tanya Iman pada Jet.
Jet sengih, “Adib datang lewat sikit kot. Dia pergi dating hari ni!”
Iman nampak terkejut sikit lalu dia mengangguk, “Ohhh...”
“Jet, order ni!” Suara Mike dari kaunter buat Jet mengangkat tangan, tanda menerima arahan.
“Gotta go! Mike ni kalut sikit kalau nak dibandingkan dengan Adib. Chow dulu! Karang sembang lagi.”
Iman mengangguk sambil mengukir senyum. Dia faham maksud Jet. Mike memang kalut sikit bila dia kena jadi barista menggantikan Adib andai Adib ada hal lain. Apek, si ketua tukang masak pula paling pendiam antara empat jejaka itu. Pembantu-pembantu Apek di belakang pula, peramah semuanya tapi jarang-jarang dia jumpa. Iyalah, dia duduk di depan. Mereka semua di belakang.
Bunyi loceng yang berbunyi di pintu, menandakan ada orang masuk. Iman yang baru nak menghidupkan komputer ribanya, panggung wajah. Dia terpaku lama sebelum dia terus tunduk memandang skrin komputer ribanya yang masih gelap.
Iman menggenggam erat hujung kemeja kotak-kotaknya. Dia rasa nak balik. Dia tak ada rasa nak menulis malam ni.
“Apek! Keluar oi! Adib bawak awek oii... keluar cepat!” Jerit Jet, kuat! Saja nak mengusik.
Adib menggeleng kepala. Jet buat pasal dah. Adib pandang gadis yang sedari tadi mengikut langkahnya, “Awak nak makan apa?”
“Apa-apa aje. Saya tak kisah cuma saya nak awak buat kopi kegemaran saya, boleh?”
Adib mengangguk pada permintaan si gadis, “Okey. Kejap tau, sayang!”
Iman yang mendengar perbualan Adib dan gadis itu terus mengemas komputer ribanya. Usai berkemas, segera dia gamit Jet yang kebetulan sedang bersembang dengan si gadis, “Eh, kemas barang dah?”
Iman ukir senyum, “Rasa macam tak sihatlah, Jet. I nak bil.”
“Eh, kalau you tak sihat. You baliklah dulu! Esok-esok pun boleh bayar lagi.”
Iman mengeluh, “Tak naklah berhutang, Jet. Tak sedap pulak. Tolong ambilkan bil pleasee...”
“Aiseh! You ni, macam tahu je I tak boleh orang buat gaya comel macam gitu!” Seloroh Jet sebelum ketawa, “You tunggu kejap, eh. I pergi ambil bil kejap.”
Iman mengangguk. Sementara menunggu Jet, sempat dia memandang si gadis. Cantik! Berbeza gila dia dengan si gadis itu. Gadis itu kelihatan sangat up-to-date pakaiannya. Kontranyalah dengan dia.
Dalam ralit dia merenung si gadis, dia tak perasan bila Adib sudah duduk di sisi gadis itu, “Kopi kegemaran you.”
“Thanks, sayang!”
Iman terus mengalihkan wajahnya ke tempat lain. Pipinya terasa hangat tiba-tiba. Mata terasa panas sama. Ah, sudah... Nurul Iman! Kawal!
“Iman!” Jet menggawangkan tangannya di hadapan Iman yang nyata nampak lost, “Okey tak ni?”
Iman tersentak sebelum dia mengangguk, “Okey!”
“Here’s your bill.”
Iman mengangguk sebelum dia mengeluarkan not merah dari dompetnya lalu diserahkan kepada Jet.
“Kejap tau, Iman. I pergi ambil baki.”
Tak sempat Iman membalas, Jet sudah pun berlalu. Iman mengeluh lalu dia terus bangkit dari duduknya dah terus keluar dari kafe. Dia rasa dia tak cukup kuat nak stay lama-lama kat kedai tu.
Jet yang sudah berpatah balik ke meja Iman tercengang apabila bayang Iman sudah tiada di situ, “Eh?”
“Iman dah keluar tadi!” Ujar Mike, kuat.
Jet buat muka blur. Adib yang mendengar nama Iman disebut Mike mengerutkan dahi. Iman ada ke?
“Mike! Adib! Aku keluar kejap!” Ujar Jet dan tanpa menunggu balasan dari Mike dan Adib, Jet terus berlari keluar, meninggalkan kafe.
Adib pandang Mike. Mike angkat bahu, tanda tak tahu.
“Siapa Iman tu?” Tanya si gadis tiba-tiba.
“Regular customer kat sini.”
“Oh... girlfriend Jet?”
Adib pantas menggeleng, “Taklah tapi  tak tahulah pulak kalau dia orang bercinta. Kalau awak dengan saya, saya tahulah...”
Si gadis ketawa, “Nakal!”
Mike yang memerhatikan Adib dari tadi menggeleng kepala. Kesian Iman...

Iman mengetuk stereng kereta yang masih tidak mahu hidup dari tadi. Waktu orang nak balik nilah dia buat perangai, "Cik Viva! Kenapa kau tak mau hidup haaaa?!"
Tuk! Tuk! Ketukan di tingkap kereta mengejutkan Iman. Bila wajah Jet yang terpampang di situ, dia segera menarik nafas lega. Ingatkan penjenayah mana tadi ketuk tingkap kereta dia. Tak menunggu lama, segera dia keluar dari kereta.
"Kenapa pergi tak tunggu duit baki?" Tanya Jet.
"I rasa nak muntah, sebab tu I lari keluar. I ingat nak terus balik tapi kereta pulak tak nak hidup."
Jet menggeleng. Lengan baju panjang yang tersarung pada badannya ditarik hingga ke siku, "Biar I tengokkan."
Iman ukir senyum lalu dia mengangguk laju, "Terima kasih, Jet."
"Tapi dengan satu syarat."
"Ala, ada syarat pulak."
"Nak I tolong ke tak?"
Iman buat muka, "Apa syaratnya?"
"You tak payah balik lagi. You rehat dulu kat bilik belakang. I habis shift nanti, biar I hantar you balik."
"Eh?" Iman buat muka kelam tak faham.
"Syarat I ialah... I tak kasi you balik sendiri. Bahaya. You tak sihat. So, you pergi rehat kat bilik belakang dulu. Lepas I habis kerja, I hantar you balik. Okey, Cik Nurul Iman?"
Iman senyum lalu dia mengangguk, "Okey tapi I tak nak masuk ikut depan. I masuk ikut pintu belakang, boleh?"
Jet angguk, "Boleh!"

Iman tunduk memandang jemarinya manakala Jet di sebelah tekun dengan pemanduannya. Suasana sunyi sepi di antara mereka membuahkan rasa kekok dalam diri masing-masing.
“Iman...?” Suara Jet memecahkan kesunyian di antara mereka.
“Ya?”
“Esok you pergi kerja pukul berapa?”
Iman menggarukan kepalanya yang terasa gatal, “Erm... I masuk ofis pukul 9.00. Sharp!”
“Esok you nak I ambik you pukul berapa?”
Iman laju menggeleng, “Eh, tak payah susah-susah! I boleh suruh kembar I hantar I esok.”
Jet terus berpaling memandang Iman, “You ada kembar?”
“A’ah!” Iman mengangguk, “Tapi kembar tahun. Dia awal tahun, I hujung tahun.”
Jet mengangguk, “So, you sure esok you tak nak I pergi ambik you?”
Iman menggeleng, “Tak payahlah. You mesti nak rehat puas-puas kat rumah kan?”
“Haha! I wish I dapat rehat puas-puas dekat rumah.”
“Kenapa pulak?”
“Esok I kena pergi jumpa pembekal biji kopi. Lepas tu, I nak kena beli bahan mentah semua. Banyak gila kot benda nak buat esok.”
“You dulu ambik kursus apa dekat universiti? Kalau Adib, I tau dia ambik law. You?”
“I? I dulu ambik Teknologi Makanan.”
“No wonder you know macam-macam pasal makanan.”
Jet ketawa, “Dulu orang selalu fikir, kalau kursus Teknologi Makanan tu mesti kena masak dan mesti perempuan aje yang ambik. So, I nak tukar pemikiran semua orang yang kursus Teknologi Makanan tu tak semestinya kena masak dan yes, memang ramai perempuan yang ambik kursus ni tapi lelaki pun dah ramai apa yang ambik kursus ni.”
“Idea buka kafe ni mesti datang dari you, kan?”
Jet senyum, “Sejak dari kecik lagi, I memang bercita-cita nak bukak kafe sendiri tapi payah ooo nak bukak kafe kalau sorang-sorang. I’m lucky to have Apek, Adib and Mike in my life.”
“Mike dengan Apek dulu ambik kursus apa?”
“Kejuruteraan mekanikal dan Apek ambik kulinari.”
“Wow! Korang punya geng sangat dasyat.”
Jet ketawa lalu menggeleng, “Kami biasa-biasa aje. Cuma minat kami sama. Kebetulan, Adib dengan Mike dua-dua hantu kopi, so dia orang sama-sama ambik kursus jadi barista. Then, voila! Kita ada dua orang barista untuk Gulp! Kafe.”
“You tak nak jadi barista?”
Soalan dari Iman buat Jet terdiam, lama sebelum dia menggumam rendah, “I dah tak ada sebab untuk jadi barista lagi.”
“Hah? You cakap apa?” Iman pandang Jet dengan wajah yang hairan.
Jet menggeleng lalu dia ukir senyum, “Nothing!”
Iman mengemas mejanya yang penuh dengan kertas-kertas lukisan, model-model bangunan yang berselerakan. Sejak dia menjadi ketua projek untuk projek pembinaan shopping mall di pusat bandar, dia sudah tidak punya masa untuk menulis. Gulp! Kafe juga sudah lama tidak dijejaki. Sudah hampir sebulan rasanya tidak dia jejak lantai Gulp! Kafe.
“Iman!” Ayesha yang berdiri di depan pintu biliknya mengukir sengih lebar.
“Yes, Esha. Anything?” Iman panggung kepala sekejap sebelum kembali tekun mengemas mejanya. Kejap lagi pukul dua ada meeting. Now, dah 1.15 tengahari. Alahai, sempat ke nak pergi makan macam gini? Nak solat lagi.
“Ada orang nak jumpa you.”
Iman jungkit kening, “Esha, sekarang kan waktu rehat. I tak terima tetamu pada waktu rehat. Remember?”
“But he insisted to meet you.”
“He?” Iman jungkit kening lebih tinggi, “Nama dia?”
“Jet, Zet or Set. Well, something like that!” Balas Ayesha, serius.
Spontan Iman ketawa! “Okey! His name is Jet and not Zet. He’s my friend.”
Ayesha menggeleng kepala sebelum dia berlalu. Tak sampai lima minit, Jet yang lepak memakai t-shirt lengan pendek berwarna hitam, jeans biru lusuh dan sneakers muncul di muka pintu, “Assalamualaikum!”
“Waalaikumussalam!” Jawab Iman, laju namun dia masih mengemas meja yang sudah sedia ada kemas. Entah kenapa dia terasa segan dengan Jet. Mungkin sebab hari ni dia pakai baju kurung dan tidak selekeh seperti selalu. Mungkin...
“I nak ajak you keluar lunch.”
Iman tarik muncung namun matanya masih tidak memandang Jet, “Ala... I ada mesyuarat lepas ni. I takut tak sempatlah nak turun lunch. I baru bajet nak makan biskut cicah kopi aje.”
“Tak payah turun. Kita makan dalam bilik you ni pun boleh.”
“Eh? Tapi I serius tak ada makanan apa-apa. Paling berat makanan yang I ada, maggi cup.”
Jet ketawa sebelum tangannya mengangkat plastik putih yang dari tadi dia pegang, “Tapi I ada makanan. Oh yes! And just for you, Iced Americano.” Iced Americano yang dipegang di tangan kiri ditayang-tayang pada Iman.
Iman ketawa, “Fine! Tapi I harap makanan you banyak. I lapar gila ni.”
“Don’t worry. I dah suruh Apek masak lebih. I tahu you makan banyak,” usik Jet.
“Cis, kutuk I!” Ujar Iman, pura-pura marah sebelum ketawa.

“Dah lama you tak pergi kafe,” ujar Jet sebelum mencedok sambal sotong.
“I busy,” balas Iman. Busy dan juga I lari dari Adib... kot.
“Semua rindu you, Iman. Tempat yang you selalu duduk, Mike letak tanda ‘RESERVED’ kat meja tu sebab dia kata tempat tu khas untuk you aje.”
Iman ketawa, “Banyaklah dia punya reserved. I busy. Tak sempat nak buat apa-apa dah.”
“You tak datang kafe...” Jet pandang Iman sekilas sebelum kembali menyambung ayatnya, “... sebab you tahu Adib dah ada girlfriend ke?”
“Eh, apa pulak?”
“Iman, you suka Adib kan?”
“Merepeklah you ni!”
Jet letak sudu di atas pinggan sebelum dia memandang Iman, “Sejak malam yang Adib bawa girlfriend dia, you pun dah tak datang kafe. Tak mungkin you busy sampai tak dapat datang kafe langsung. Even Adib pun selalu tanya pasal you.”
“La, I busylah Jet! Apa kaitan girlfriend Adib dengan I. I dengan Adib kawan aje pun, macam you dengan I.”
“Adib dah putus dengan girlfriend dia tu.”
Iman tersedak tiba-tiba. Kenyataan dari Jet itu buat dia hilang nafas seketika. Allah! Cepat-cepat dia menyedut Iced Americano, “Ehem...”
“Ai, baru cakap Adib putus, you dah tersedak-sedak?” Perli Jet sambil mengukir senyum sinis.
“Kenapa putus?”
“Entah. Adib kata girlfriend dia ada orang lain. Entahlah. I tak ambik tahu pun pasal dia orang.”
Iman mengangguk, “Ala, bukan jodoh Adib kot.”
“So siapa jodoh Adib?”
“Eh, mana I tahu!” Iman tarik muka.
Jet ketawa, “Bukan you ke?”
“You pernah makan sudu besi?”
Jet terus ketawa. Lantang! She’s funny!!

Iman tolak pintu kaca Gulp! Kafe dengan sebelah tangan. Sebelah tangan lagi memegang sekeping sampul surat bewarna putih.
“Iman!” Mike yang berdiri di balik kaunter minuman mengangkat tangan, “Lama tak jumpa!”
“Heya, Mike! Sorang je?”
Tak sempat Mike nak menjawab, Iman terasa bahunya dicuit, “Hai!”
Iman berpaling, “Eh, hai! Lama tak jumpa!”
Adib senyum, “Youlah, busy sangat! Mengalahkan perdana menteri.”
“I kerja makan gaji, bukan macam you!” Ujar Iman, bergurau sebelum dia tertinjau-tinjau di sekitar Gulp! Kafe seperti mencari seseorang.
“You cari siapa ni, Iman? Dah macam burung unta I tengok you, tertinjau-tinjau.”
Iman melibas bahu Adib dengan sampul surat yang dipegangnya, “Cis! You kata I macam burung unta. Sampai hati!”
Adib ketawa, “Siapa yang you cari?”
“Jet... mana?”
Tawa Adib mati lalu dia memandang Mike yang turut terkesan dengan pertanyaan Iman, “Jet... dia off hari ni.”
“Oh!” Iman mengangguk tanda faham. Sampul surat yang dia pegang tadi, dia masukkan ke dalam beg galasnya, “Kenapa dia off?”
Adib menggaru kepala mendengar pertanyaan Iman, “Er...”
“Hari ni... hari ulangtahun perkahwinan Jet.”
Beg galas yang tergalas di bahunya terjatuh. Dadanya tiba-tiba terasa berombak, “Ulangtahun perkahwinan Jet?”
Mike dan Adib sama-sama mengangguk, “Jet kahwin dua tahun lepas.”
Iman tekup mulut. Ya Allah, Jet suami orang? “Dia...”
“Tapi wife dia dah tak ada. Seminggu lepas hari nikah, wife Jet accident waktu on the way ke rumah pihak lelaki untuk majlis resepsi.”
“Dan sejak pada itu, Jet akan bercuti dari sebarang kerja dekat kafe ni selama seminggu. Mula pada tarikh hari ni sampai Isnin minggu depan. ”
Iman tak tahu kenapa. Dia rasa sedih dan sayu. Simpatinya pada Jet bagai mencurah-curah. Di sebalik sikap ceria Jet, dia tidak pernah tahu kisah duka yang disembunyikan oleh Jet.
“Dulu, barista kedai ni ada tiga orang. I, Mike dan...” Adib hela nafas, “Jet. Kami selalu rotate. Contoh kalau hari ni Jet yang jadi barista, esok I pulak dan lusa Mike pulak tapi...”
Iman pandang Adib, menanti kata-kata Adib yang seterusnya.
“Tapi... sejak wife Jet meninggal, Jet sendiri dengan rela hati berhenti dari jadi barista. Bila kami tanya kenapa dia nak berhenti. Dia punya jawapan...”
Iman hela nafas, “I dah tak ada sebab untuk jadi barista lagi.”
Adib dan Mike saling berpandangan, “Eh? You knew?”
“I pernah dengar dia menggumam macam tu. I ingatkan I salah dengar rupanya tak...”
Adib senyum tawar, “Jet... jadi barista dulu sebab wife dia suka kopi dan dia nak jadi satu-satunya pembuat kopi untuk wife dia dan lepas wife dia meninggal, bagi dia... dia juga perlu berhenti jadi barista.”
“You nak tahu apa favourite drink wife Jet?” Tanya Mike pada Iman.
Iman pantas mengangguk, “Apa favourite drink wife dia?”
Mike senyum hambar, “Iced Americano...”

Iman pegang kepala. Sejak dia mengetahui tentang kisah hidup Jet, wajah Jet sentiasa menghantui mindanya. Tak tahulah kenapa.
Wajahnya diraup perlahan. Dia rasa macam dia perlukan udara lalu dia segera bangun dari duduknya. Tudung sarung berwarna hitam dicapai lalu disarung ke kepalanya. Sweater berzip yang disangkut di belakang pintu ditarik kemudian purse dan telefon pintarnya diambil. Tak menunggu lama, dia segera keluar dari bilik tidurnya.
“Hoi, nak pergi mana?”
Iman kalih memandang suara yang menegurnya. Aiman, abang kembar tahunnya menjungkit kening sambil berpeluk tubuh.
“Keluar.”
“Dah malam kan?”
“Iman serabutlah! Iman perlukan comfort food Iman.”
Aiman mengeluh, “Iman nak pergi mana? Dah lewat kot.”
 “Gulp! Kafe. Tak apa. Situ kawasan ramai orang. InsyaAllah.”
“Dah bagitahu mama?” Tanya Aiman lagi.
“Nak bagitahulah ni. Abang nak apa-apa ke?”
Aiman menggeleng, “Tak nak tapi Iman tunggu kejap.”
Iman kerut dahi, “Kenapa?”
“Iman ingat abang nak lepas ke Iman pergi kafe tu malam-malam?”
Iman buat muka, “Abang ni!”
“Tak ada! It’s either you take me or you tak boleh keluar langsung. You choose.”
“Fine!” Iman akhirnya bersetuju, “Iman kasi masa lima minit je untuk abang bersiap. Abang lambat, Iman pergi sorang!”
“Ah, trylah pergi seorang. Abang nak tengok, mama lepas ke tak Iman keluar sorang!” Ujar Aiman sebelum berlalu meninggalkan Iman yang memuncungkan mulutnya!

“So, this is the infamous Gulp! Kafe, huh?”
“Cut it out, Aiman!”
Aiman tarik muka, “Apa yang spesial sangat dengan kafe ni?”
Iman tak menjawab sebaliknya dia memerhatikan Adib yang menjadi barista malam itu. Teringat pulak cerita Jet pasal Adib yang baru lepas berpisah dengan girlfriend dia. Gaya tenang aje. Malam yang mereka bercerita pasal Jet tu pun dia tenang saja. Sentiasa tersenyum. Macam Jet... pandai sembunyikan kedukaan dia.
“Termenung pulak!” Aiman menyiku Iman yang nampak sangat tidak mendengar soalannya tadi.
“Apa abang ni?” Iman buat muka.
“Iman suka orang yang buat kopi tu ke?”
“Abang ni gila tahu?” Iman pukul bahu Aiman, “Gila!”
“Suka cakap suka, abang boleh masuk meminang dia!”
Baru Iman nak angkat tangan untuk memukul Aiman, Jet datang menegur dengan senyuman, “Hai Iman!”
“Eh, hi Jet!” Iman ukir senyum, “Lama tak jumpa you.”
Senyuman Jet yang tadi memekar kelihatan pudar sikit, “Oh, I cuti last week. Ada hal sikit.”
Iman ketap bibir lalu dia mengangguk, “Oh. No wonder.”
Jet pandang Aiman lalu dia menghulurkan tangan, “Aizat.”
“Aiman,” Aiman senyum lalu huluran tangan Jet dicapai, “Owner kafe ni?”
“Bukanlah owner tapi ada share jugak dalam kedai ni,” jawab Jet dengan senyuman sebelum menghulurkan menu.
Aiman mencapai menu tersebut lalu diselak-selak, “Teh Tarik Kaw, huh? How ‘kaw’?”
“Kaw enough to leave you in awe.”
Aiman ketawa, “Teh Tarik Kaw dengan Chicken Cheezy Wrap.”
Jet mengangguk sebelum dia memandang Iman, “You? Iced Americano and...”
Iman geleng kepala, “I tak nak Iced Americano. I nak Dark Mocha dengan spaghetti carbonara.”
Jet kerutkan dahi, “Kenapa tak order Iced Americano?”
“Saja. Tak rasa nak minum Iced Americano.”
 “Well, okay then!” Jet jungkit bahu dan dia terus berlalu. Namun tak sampai berapa langkah, dia berpaling kembali nak bertanya sesuatu pada Iman namun apabila dia melihat tangan Aiman melekap elok di dahi Iman. Terdetik sesuatu di hatinya lalu dia segera menggeleng.

“Abang, can you just balik rumah dulu?”
Aiman yang baru selesai menyuap Chicken Cheezy Wrap mengerutkan dahinya, “Kenapa? Iman nak pergi mana?”
“Iman nak tumpang Jet balik.”
Aiman mengerutkan dahinya, “Mungkin tak perlu nak tumpang dia sedangkan tadi kita datang sama-sama.”
“Abang...”
“Iman ada apa-apa dengan Jet?”
Iman menggeleng, “Kami kawan aje.”
“Dah tu? Kenapa nak tumpang dia pulak? Datang dengan abang, balik dengan abang!” Aiman bersuara keras.
Baru Iman nak membalas, telefon bimbit Aiman berbunyi. Lantang! Tak menunggu lama, panggilan itu diambil, “Hello!”
Aiman kemudiannya berdiri meninggalkan Iman dan pergi ke kawasan kafe yang sedikit tersorok daripada pandangan orang lain.
Iman mengeluh lalu dia menongkat dagu dengan tangan kanan dan tangan kirinya sibuk mengacau Dark Mocha yang masih berbaki separuh dengan penyedut minuman. Sesekali matanya mengerling ke arah kaunter minuman. Dia dapat lihat wajah Jet yang sedang ketawa dengan Mike. Adib pula sedang sibuk membancuh air kala itu. Jet...
“Iman, abang kena pergi ni. Ni duit, Iman pergi bayar. Abang izinkan Iman balik dengan Jet. Abang ada hal,” ujar Aiman sambil terkocoh-kocoh mengeluarkan not lima puluh ringgit dari dompet kulitnya.
“Kenapa abang?” Iman bertanya, terkejut. Wajah risau Aiman dipandang lama.
“Rumah Fisha kena pecah masuk. Abang nak pergi jumpa Fisha kejap.”
Wajah Iman berubah, “Eh, Iman nak ikutlah! Kesian Fisha.”
Aiman pantas menggeleng, “Tak payahlah. Fisha kata dah ada ramai orang kat rumah dia, dia cuma suruh abang teman dia buat report polis aje. Apa-apa nanti abang bagitahu Iman. Iman balik dengan Jet ya?”
Iman akhirnya mengangguk. Fisha itu tunang Aiman. Rakan sekelas mereka sejak kecil merangkap kawan baik Iman, “Hati-hati, abang. Kirim salam Fisha.”
Aiman mengangguk sebelum menggosok perlahan kepala Iman dan terus dia berlalu. Resah memikirkan si tunang yang jelas suaranya seperti dalam ketakutan.
Iman pula terus berdiri dan melangkah mendekati kaunter pembayaran. Mike yang menjaga mesin kira-kira terus mengukir sengih sebaik saja Iman berdiri di depannya, “Hi, Iman! Wah, dating ya tadi...”
Iman ketawa, “Manaaa...”
“Boyfriend you pergi mana, Iman?” Soal Adib, mengusik suaranya.
Iman menggeleng, “Bukan boyfriend I lah. Dia ada hal, so dia pergi dulu.”
“Bukan boyfriend tapi selamba aje bersentuh sana sini, huh?” Suara Jet selamba namun berjaya buat Iman tersentak.
“You sindir I ke, Jet?” Iman pandang Jet. Duit yang tadi dia nak hulurkan pada Mike, ditarik semula. Mike dan Adib saling berpandangan. Nak bergaduh ke budak berdua ni?
“Siapa makan cili, terasa pedasnya, Iman!”
“Dude, you should be a man. Bukan berkias-kias macam tu. Cakap direct aje, senang kan?” Iman bersuara. Entah kenapa, dia terasa panas pula dengan sindiran Jet waktu itu.
“Okey. Yes, memang I sindir you. You tu perempuan bertudung. Perlu ke nak bersentuh-sentuh dengan lelaki bukan mahram you? Jangan jatuhkan imej wanita bertudung, Iman! I hampir nak samakan you dengan Huda tapi ternyata you jauh berbeza dengan Huda... sangat berbeza.”
Wajah Iman berubah terus. Nama Huda itu buat dia rasa sedih dan pada masa yang sama, dia bengang. Dia tahu siapa Huda yang dimaksudkan Jet, “Pertama sekali, I tak sangka you ni suka menghukum orang tanpa soal siasat. I thought you were different.” Iman tersenyum sinis, “Mana you tau I dengan Aiman tu bukan mahram? Kalau you rasa apa I buat dengan dia tu salah, kenapa tak tegur terus? Kenapa perlu sindir-sindir? Kenapa perlu perli? Second, I bukan arwah isteri you. Jangan samakan I dengan dia. Huda is Huda, Iman is Iman. Dia isteri you dan I... cuma kawan you. Or mungkin lepas ni, cuma salah seorang customer Gulp! Kafe macam orang lain. You don’t have the right to judge me, Jet! You don’t have the right!”
Jet terdiam. Dia terkelu saat Iman menyebut nama arwah isterinya. Dia sangkakan Iman tidak tahu siapa Huda dan dia sendiri tak sengaja terlepas menyebut nama Huda di depan Iman.
Iman pula terus menghulurkan not lima puluh ringgit pada Mike, “Keep the change, Mike.”
Wajah Mike berubah, “Eh tapi Iman...”
“Just keep the change,” ujar Iman, tegas sebelum dia memandang Jet, “FYI Mr Jet, Aiman is my brother. I rasa tak salah kalau dia nak pegang dahi I, nak usap kepala I dan I rasa I sendiri pernah bagitahu you, I ada kembar tahun. Tapi biasalah, you manusia biasa. I faham! Manusia memang cepat menjatuhkan hukuman.”
Jet tersentak sikit. Mike garu kepala. Iman pula terus berlalu keluar dari kafe. Niat dia yang menumpang Jet tadi terus dia padamkan. Sakit hatinya dituduh seperti itu oleh Jet.
Adib memandang Jet, “Pergilah pujuk dia, Jet!”
Jet buat muka selamba, “Tak kuasa aku.”
“Dia tak buat salah pun, Jet. Kau yang tuduh dia melulu. Kau salah kali ni dan kau patut kejar dia, minta maaf dekat dia,” ujar Adib, serius. “Kau cuti seminggu, tiap-tiap hari dia cari kau. Dia risau dowh, tak dapat nak cari kau! I can see that from her eyes!”
“So, kaulah cerita kat dia pasal Huda?” Jet memandang tajam wajah Adib.
“Kami yang cerita! Aku, Adib dan Apek,” Mike mencelah. Wajahnya juga serius. “Dulu aku ingat Iman suka Adib tapi sebenarnya tak. Iman suka kau!”
Jet buat tak tahu dengan kata-kata Mike.
“Jet, at least... pergi minta maaf pada dia dan hantar dia balik. Tadi aku tengok abang dia dah blah. Dah lewat malam ni, apa-apa jadi dekat dia nanti. Kau nak tanggung?” Adib bersuara.
Jet merengus lalu apron yang tersarung pada tubuhnya ditanggalkan sebelum dia keluar dari kafe!
“Aku rasa Jet suka Iman,” ujar Mike sambil memandang langkah Jet.
Adib pandang Mike, “Dude, apa maksud kau yang Iman suka aku?”
Mike tepuk dahi, “Nak kena cerita ke?”
Adib mengangguk laju. Iman pernah suka aku?
Iman merenung kakinya yang bersarung sneakers. Sedari tadi dia menunggu teksi untuk lalu di depan perhentian bas ini namun jangan cakap bayang teksi, bayang kereta lain pun tak ada jugak! Warghh!! Kenapa kau tak minta tolong Adib ke, Mike ke tadi?
Pin! Bunyi hon kereta di depannya buat dia tersentak. Segera dia panggung kepala. Jet sudah keluar dari kereta. Wajahnya serius, “Naik! Biar I hantar you balik!”
Iman buat muka, “Tak payah! I boleh tunggu teksi.”
“Teksi tak adanya nak lalu kawasan ni. Cepatlah naik. I ada benda lain nak buatlah,” ujar Jet, sedikit kasar.
“Hello, brother! I tak suruh pun you datang sini, tolong hantar I balik ke apa! You boleh pergi buat benda lain yang you nak buat and just leave me alone!” Ujar Iman tanpa memandang Jet.
Jet meraup muka, “Jangan degil boleh, Iman? Okay, I admit. I salah dan I minta maaf! Sekarang boleh tak you naik kereta I? Biar I hantar you balik.”
“Tak payah. I dah suruh ‘boyfriend’ I datang ambik. You tak payah nak susah-susahkan diri you nak hantar I ke apa.”
Jet tak menunggu lama, segera dia dekati Iman dan tangan gadis itu ditarik, “Ikut I! I hantar you balik!”
Iman cuba menarik tangannya yang dipegang kejap oleh Jet, “You ni dah kenapa? Lepaskan tangan I!”
Tanpa mempedulikan Iman, tangan gadis itu ditarik lalu pintu kereta dibuka, “Masuk! I hantar you balik.”
Iman masuk juga ke dalam kereta Jet. Tangannya yang ditarik tadi digosok-gosok perlahan. Dia sebenarnya sedikit sedih dengan karakter Jet kali ini. Selalunya Jet cerita dan sentiasa tenang namun hari ini, dia dapat melihat Jet versi baru dan dia tak Jet versi ini!
“Pakai seatbelt,” arah Jet, tegas sebaik saja dia turut masuk ke dalam kereta.
Iman menarik tali pinggang keledar lalu terus dipasang. Dia langsung tidak memandang Jet sebaliknya lebih senang memandang pemandangan di luar kereta. Iman kesat matanya yang terasa basah. Kau dah salah jatuh hati ni, Iman...
Jet yang sedar Iman mengesat matanya mengeluh. Huda, apa yang saya perlu buat kali ni? “Sorry pasal tadi.”
Iman tak membalas.
“Mike cakap you cari I tiap-tiap hari waktu I cuti minggu lepas. Ada apa you cari I?”
“Tak ada apa-apa. Tak penting pun.”
Jet mengeluh, “Iman...”
“Look, Jet! I’m tired and I cuma nak balik aje. I tak nak cakap apa-apa.”
“Iman...” Panggil Jet, lembut. “I harap you tak simpan apa-apa perasaan dekat I.”
Iman yang tadinya memandang luar terus kalih memandang Jet, “Ap... apa maksud you?”
“Mike bagitahu I yang dia nampak yang you suka I. I tak tahu betul ke tak apa yang Mike cakap tu tapi please, Iman... kalau ada even secebis pun perasaan suka you pada I, sila buang!”
“Kenapa?”
Jet kalih memandang Iman, “You tanya I kenapa?”
“Ya! Kenapa I tak boleh simpan perasaan pada you? Kenapa I tak boleh suka pada you? Kenapa I tak boleh ada secebis pun perasaan suka pada you? Kenapa?”
“I dah ada wife, Iman!”
“No! Your wife dah tak ada, Jet! It has been two years already. Lepaskan dia pergi. Dia mesti tak suka kalau you terusan macam ni.”
Jet merengus, “Apa yang you tahu pasal dia? You tak kenal Huda, Iman! Stop talking macam you kenal Huda!” Jet menahan amarah yang mula nak bercambah dalam dirinya kala itu, “I takkan boleh mencintai orang lain macam I cintakan Huda. I takkan terima orang lain kecuali Huda! Jadi I harap sangat pada you, tolong jangan suka pada I. I takkan boleh balas rasa suka you, Iman.”
Iman menggeleng, “You kejam pada diri you, you kejam pada Huda dan you kejam pada I! Let her go, Jet! Dia dah bahagia dekat sana. You pun berhak bahagia di dunia ni, Jet!”
“Stop it, Iman! Please stop. I bahagia dengan diri I sekarang! I tak perlukan cinta you. Yes, I kejam pada you tapi I rasa lagi kejam kalau I bagi harapan palsu pada you. Sekali lagi I tegaskan, I cuma perlukan seorang Nurul Huda dalam hidup I dan bukannya Nurul Iman!” Ujar Jet, tegas sebelum dia memberhentikan keretanya di depan rumah Iman. “I harap, lepas ni... kita buat-buat tak kenal aje, Iman. I tak boleh rapat lagi dengan you. I tak nak bagi you harapan kalau I terus rapat dengan you. Jodoh you bukan dengan I tapi mungkin dengan orang lain. Maafkan I.”
Iman tak membalas sebaliknya terus dia turun dari kereta. Tiada sepatah ucapan pun dia berikan pada Jet dan terus saja dia menonong masuk ke dalam rumah. Jet pula terus memecut laju dan tiba di satu simpang, Jet berhentikan keretanya di bahu jalan.
Jet memejamkan matanya sekejap sebelum dia mengeluh perlahan, “Huda... I rindukan you.”
Terangi malamku dengan syair indahmu
Menenun kasih dalam sepi yang terasing
Saat kau pergi
Lemasku bila tiadamu
Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harusku pergi

Engkau bagaikan bintang-bintang di angkasa
Hanya mampu melihat kamu yang terbiar
Walaupun sakit walaupun pedih tak berdaya
Berjalan tenang menghampiri persisiran
Melakar namamu di sisi pasir pantai
Pastinya hilang tidak rasaku kepadamu

Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harusku pergi
Jauh terbawa lukisan hatimu
Warna pelangi hiasan terindah
Hati ini tak akan terbahagi
Sampai harusku pergi

Menuju aku kepadamu jadi satu
Meraih kasih kita

Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harus ku pergi
Jauh terbawa lukisan hatimu
Warna pelangi hiasan terindah
Hati ini tak akan terbahagi
Sampai harusku pergi jauh

“Kau okey ke, Iman?” Fisha menggawangkan tangannya di depan wajah Iman yang nampak seperti hilang.
Iman tersentak sebelum dia ukir senyum, gelas berisi Iced Americano dicapai sebelum disisip sedikit, “Aku okey.”
“Kau macam ada masalah je. Nak share dengan aku?”
Iman laju menggeleng, “Tak ada apa-apalah. Aku just terfikir plot manuskrip baru aje.”
“Nak share dengan aku? Macam berat aje cerita kau kali ni,” ujar Fisha sebelum menghirup teh yang ada di dalam cawan di depannya.
“Cerita dia pasal seorang perempuan yang terjatuh hati pada suami orang.”
Fisha kerut dahi, “Takkan kau nak buat heroin dia perampas pulak?”
“Ish, aku tak habis cerita lagilah.”
Fisha angkat tangan, “Okey! Sorry... sila proceed.”
“Lelaki yang perempuan tu suka... isteri dia dah meninggal dunia. Tak lama pun dia orang menikah. Mula-mula, heroin tersuka dengan kawan baik lelaki tu tapi sebab lelaki tu sangat mengambil berat, sangat menjaga perempuan tu. Lama-lama dia terjatuh hati dekat lelaki tu tapi sayangnya lelaki tu masih belum boleh melupakan arwah isteri dia. Lelaki tu dah tegaskan dekat heroin tu yang dia takkan pernah dapat ganti tempat arwah isteri dia.”
“Then?”
“Then? Aku pun tak tahu macam mana nak sambung cerita tu. Aku tak tahu apa nak buat. Patut ke aku move on atau teruskan jugak.”
“Hah?” Fisha kerut dahi, “Kau nak move on dari apa ni? Teruskan benda apa?”
Iman ketawa. Tersedar dia sudah terlepas kata, “Taklah. Maksud aku, patut ke aku teruskan cerita ni atau patut ke aku hentikan je? Cari cerita lain?”
Fisha geleng kepala, “Kau ada rahsiakan apa-apa dari aku ke, Iman?”
Iman menggeleng, “Mana ada...”
Fisha mengeluh, “Aiman kata kau lain je sehari dua ni. Kau kalau ada masalah, jangan simpan Iman.”
“Aku tak ada masalah. Jangan risau,” Iman senyum segaris.
“Iman, kau ada aku. Kau tahu kan?”
Iman angguk, “Aku tahu, Fisha! Tapi serius, aku okey aje.”
Fisha mengeluh lagi sebelum dia mengangguk, “Fine.”
Iman senyum sebelum dia menukar topik lain, untuk membuatkan Fisha lupa tentang ‘masalah’nya.

"Adib mana? Seharian aku tak nampak dia," Jet pandang Mike yang sedang mengelap gelas dengan kain putih.
"Hari ni dia cuti."
Jet mengangguk sebelum dia memandang seluruh kafe. Satu keluhan dia lepaskan perlahan.
"Mengeluh kenapa, bhai?"
"Penat!" Ujar Jet sebelum tersenyum.
"Kau sedar tak?"
"Sedar apa?" Jet pandang Mike.
Mike senyum sebelum mencapai sebiji gelas lagi untuk dilap, "Dah tiga minggu Iman tak datang kafe kita. I kinda miss her. Dia punya kalut, dia punya serabut buat dia nampak comel je!"
Jet senyum sinis, "Kalau kau suka dia, pergi luah kat dia. Bukan aku!"
"Lah, kalau memang dia suka aku... aku on je. Masalahnya dia tak suka aku."
Jet tak membalas. Apa-apa pasal Iman memang dia akan buat tak layan saja.
"Eh, dude! Tolong buat Iced Americano. Takeaway. Aku nak pergi toilet. Sakit perut."
Wajah Jet berubah, "Kau merepek apa? Aku bukan barista."
"Tolonglah, Jet! Sekali ni je. Aku sakit sungguh ni. Orang order through online ni. Tolonglah kejap. Aku takut aku lama. Dia dah on the way dah!" Tanpa menunggu balasan Jet, Mike terus lari meninggalkan kaunter minuman.
Jet mengeluh lalu dia masuk ke bahagian dalam kaunter minuman. Biji kopi yang belum dikisar diambil lalu dia menghidu aroma yang dihasilkan oleh biji kopi itu. Wangi.
Jet kemudian memejamkan matanya, bagai menghayati aroma dari biji kopi tersebut. How I missed all this stuff...

Iman pandang Aiman di sisinya. Aiman julingkan mata sebelum menggeleng, “No, Iman!”
“C’mon! Tolong Iman kejap aje, abang.”
“Abang penatlah Iman,” ujar Aiman sebelum memejamkan matanya. Dia masih jetlag tapi Iman dah suruh dia masuk ke Gulp! Kafe ambikkan Iced Americano yang dia pesan tadi.
“Ala... tolong Iman kali ni je.”
“Iman kan kenal Jet? Suruh Jet bawak keluar ajelah kalau Iman malas nak masuk kedai tu,” ujar Aiman tanpa membuka matanya.
Iman mengeluh. Orang tak nak masuk sebab tak nak terserempak dengan dia, ada pulak nak suruh dia hantar ke kereta! Gila kot!
Iman sebenarnya tak nak jejakkan kaki ke Gulp! Kafe dah tapi tadi bila dia dapat mesej dari Mike mengatakan hari ni Iced Americano ada 50% off, dia jadi teruja. Macam dah lama rasanya dia tak minum Iced Americano yang Adib dan Mike buat.
Dia mengeluh. Semoga dia tak ada dalam kedai. Semoga dia keluar jumpa pembekal biji kopi. Iman buka pintu kereta dan terus dia keluar.
“Iman!”
Iman kalih ke kiri. Dari jauh dia nampak Adib angkat tangan kepadanya, “Hai, Adib!”
“Lama tak nampak you. Last I nampak you... er... hari yang you dengan Jet macam nak perang tu.”
Iman ketawa, “I dengan dia memang dah perang pun.”
Adib menggeleng, “Jet tu dia tengah keliru. You jangan ambik hati sangat dengan dia.”
“I tak dapat ambik hati dia pun,” seloroh Iman.
“Janganlah cakap macam tu. I tahu Jet sukakan you, Iman.”
Iman jungkit kening lalu dia menggeleng, “Dahlah, tak payah cakap pasal dia.”
Adib mengeluh, “Okey. Eh, you tak nak masuk dalam ke?”
Iman mengangguk, “A’ah! I order Iced Americano tapi takeaway ajelah. I order online.”
“Oh, kalau gitu jomlah masuk. Mesti Mike dah siapkan air you.”
Iman senyum sebelum dia dan Adib sama-sama beriringan menuju ke arah Gulp! Kafe. Aiman yang di dalam kereta memandang ke arah Adib dan Iman lalu dia menggeleng sambil tersenyum, “Kan betul abang teka... Iman suka mamat bancuh air tu.”

Jet sedang menyediakan hot latte saat pintu kafe ditolak dari luar. Bunyi loceng yang berbunyi buat Jet panggung kepala dari cawan putih yang berisi hot latte itu. Wajahnya berubah sedikit melihat Adib dan Iman yang beriringan sambil ketawa.
Adib yang terasa sedang diperhatikan memandang ke arah Jet sebelum dia terjerit kecil, “Whoa, Jet!”
Jet jungkit kening, “Kenapa?”
“Dah lama aku tak nampak kau duduk dekat kaunter tu!” Ujar Adib lalu dia mendekati kaunter membancuh air manakala Iman ditinggalkan terkulat-kulat di belakang.
Jet yang menyedari Iman seperti terpinga-pinga menegur Adib, “Kenapa kau tinggal awek kau macam tu aje?”
Adib kerutkan dahi, “Ha? Awek?!” Adib kalih ke belakang lalu dia ketawa, “Eh, Iman! Sorry. Sinilah.”
Iman laju menggeleng, “Eh, I datang nak ambik Iced Americano aje. I tak boleh lama. Abang I tengah tunggu dalam kereta.”
Mendengarkan perkataan Iced Americano dari mulut Iman buat Jet tercengang kejap. Cawan plastik yang berisi Iced Americano yang sudah siap bertutup dipandang. Damn! Mike nak kena dengan aku ni! Bisiknya dalam hati.
“Iced Americano Iman dah siap, Jet?” Tanya Adib pada Jet yang kelihatan merenung sesuatu.
“Entah!”Jawab Jet acuh tak acuh.
Adib menggeleng sebelum dia masuk ke dalam kaunter. Baru dia nak bancuh Iced Americano untuk Iman, tangan Jet menghalang tangannya, “Aku dah buat. Pergilah bagi dekat dia.”
Suara Jet yang perlahan itu buat Adib nak ketawa. Jet... Jet... “Kau buat?”
“Kau nampak orang lain ke kat sini?” Tanya Jet tanpa memandang Adib.
Adib menggeleng, Cawan Iced Americano itu dicapai lalu dibawa pergi kepada Iman, “Iced Americano, done!”
“Mike kata hari ni 50% off,” ujar Iman sebelum membuka dompet miliknya.
“It’s okay. Ada orang belanja,” Adib menggeleng tanda tidak perlu membayar Iced Americano itu.
“Siapa?” Iman jungkit kening.
“Kalau I kata I?” Adib kenyit mata.
Iman ketawa, “You nak jual minyak ke apa ni?”
Adib ketawa, “Mungkin...”
“Merepeklah you! Anyway, thanks!” Ujar Iman sebelum dia terus berlalu keluar dari Gulp! Kafe.
Jet yang dengar bunyi pintu dibuka panggung kepala. Dia dengar tadi Adib dan Iman ketawa. Entah kenapa, ketawa mereka berdua itu buat dia sakit hati. Buat dia rasa nak marah. Adib nak mengorat Iman ke?

“Kau dating dengan Iman ke tadi?” Tanya Mike pada Adib yang sedang menaip sesuatu pada iPhone miliknya.
“Huh? Ha, betullah tu!” Ujar Adib tanpa mengangkat wajahnya dari iPhone.
Jet yang sedang menghirup Expresso tersedak sikit, “Uhuk!”
Apek yang sedang memutarkan gelas yang berisi teh tarik mengukir senyum, “Hai, panas ke kopi kau tu, Jet?”
Mike yang mendengar soalan Jet terus tersengih. Adib pula yang baru meletakkan iPhone-nya jungkit kening, “Korang sembang apa ni?”
“Itulah kau! Orang sembang, melepak... kau ralit melayan telefon kau tu!” Ujar Jet, cuba menutup kes tersedak kopi panas dia tu.
“Ala, sorrylah! Umi aku mesej tanya bila nak bawak balik menantu untuk dia.”
Apek ketawa tiba-tiba, “Momma’s boy.”
Mike dan Jet sama-sama ketawa.
“Gelaklah, gelak!” Adib buat muka, “Aku tak ada calon nak bawak jumpa umi aku...”
“Ala, kau kan kasanova. Mulut manis bak madu, sekali ayat perempuan... confirm melekat,” sakat Mike.
Adib buat muka, “Banyaklah kau punya kasanova.”
“Iman kan ada,” ujar Apek sebelum bangun dari kerusi. Gelas teh tarik yang sudah kosong turut dicapai, “Kau bawaklah Iman. Untung-untung, umi kau berkenan.”
Jet yang baru nak menghabiskan Expresso tersedak sekali lagi.
Mike tahan senyum yang nak menguntum. Adib pula dah keluar tanduk dua di atas kepalanya, “A’ahlah! Aku bawak Imanlah jumpa umi aku. Mana tahu jodoh kami kuat.”
“Wah, kemain berangan kau!” Mike ketawa sambil mengerling Jet yang sudah berdiri.
“Kalau jadi kau dengan Iman, jangan lupa hantar jemputan!” Ujar Jet sebelum berlalu meninggalkan meja yang mereka duduki.
Apek jungkit kening, “Panas punggung mamat tu, Adib.”
“Berasap telinga wooo...” Mike pula menyambung.
Adib angkat kening berkali-kali, “Jet... Jet... suka tak nak mengaku.”
Jet di dapur pula merengus. Kenapa aku nak rasa macam ni pulak? Biarlah Adib dengan Iman? Kenapa aku nak cemburu pulak?

Iman memandang saja pergaduhan yang terjadi di antara Aiman dan Fisha dalam memilih barang hantaran. Bibirnya ukir senyum. Pasti bahagia walaupun mereka bergaduh sesama mereka.
“Iman, kau tengok abang kau ni! Aku dah cakap banyak kali aku tak suka warna oren ni. Dia nak jugak belikan kasut warna oren ni dekat aku,” rengek Fisha lalu lengan Iman digoyang-goyang, tanda meminta sokongan.
Aiman mencebikkan bibirnya, “Cantik apa warna ni? Barulah menyerlah.”
Iman geleng kepala. Sembang kencang aje mamat ni. Tahulah putih pun, “Abang, terang sangatlah warna orennya.”
“Hah, kan Fisha dah kata...”
“Ish, oren ni mana terang pun. Cantiklah.”
Iman ketawa sebelum dia menyiku Fisha, “Itulah kau. Aku dah kata abang aku ni taste dia lain dari orang lain, kau nak jugak kat dia. Terima ajelah...”
Fisha buat muka, “Dah nak buat macam mana. Dah abang kau aje yang nak kat aku.”
“Amboi, mengata macam orangnya tak ada kat sini,” balas Aiman, sambil mencapai sepasang kasut yang bermotifkan bunga-bunga, “Kasut ni macam mana?”
Fisha terus ukir senyum lalu dia dekati Aiman dan terus berbincang kembali bersama Aiman. Iman geleng kepala. Merengek tak sampai dua saat, lepas tu tinggal aku. Hampeh punya Fisha.
Iman senyum segaris sebelum dia keluar dari kedai kasut itu. Earphone dari beg tangan dicapai lalu dicucuk ke telefon pintarnya sebelum aplikasi Music dibuka. Playlist yang bernama Iman Mutiara ditekan. Tak sampai beberapa saat, lagu Sheila On 7 berkumandang di telinganya.
Langkah kaki diatur mendekati sebuah bangku yang disediakan di dalam kompleks membeli-belah sebelum dia akhirnya melabuhkan punggung di kerusi itu. Kakinya ditarik ke atas bangku, membentuk sila. Lagu Sheila On 7 dah bertukar dengan lagu nyanyian Azharina Azhar yang bertajuk Seandainya.
Aplikasi Facebook dibuka lalu ikon notifikasi ditekan. Statusnya yang baru dimuat naik kelmarin dibaca sebelum senyum tawar diukir.
“Iman!”
Iman panggung kepala. Bibirnya terus mengukir senyum memandang lelaki yang berdiri di depannya, “Eh! Hai Adib!”
“You buat apa dekat sini?” Adib jungkit kening.
Iman pandang kawasan sekitar kompleks membeli-belah itu sebelum dia ukir senyum, “Tukar tayar kereta.”
Adib senyum lalu dia menggelengkan kepala, “Sarcasm is your middle name, eh?”
“Dah sapa suruh you tanya soalan yang jawapan dia obvious.”
“Itu orang panggil bunga-bunga bahasa, cik adik...”
Iman ketawa, “Eh. Kenapa you berdiri? Duduklah.”
“I ingat you tak nak jemput I duduk,” ujar Adib sebelum duduk di sisi Iman, “You buat apa sorang-sorang aje ni?”
“I tengah tunggu abang I dengan tunang dia shopping barang hantaran. I malas nak ikut tapi dua-dua dok merengek suruh I ikut. Bila I dah ikut, I jadi tunggullah pulak! Sumpah tak nak ikut dah lepas ni,” ujar Iman sambil ketawa.
Adib senyum saja sebelum iPhone miliknya dibawa keluar, “Eh, I tak ada lagi nombor you. Can I have  your number, please?”
“Lah, kenapa tak mintak dekat Mike aje? Dia ada nombor I,” ujar Iman sebelum bersuara lagi, “Jet pun ada nombor I.”
“I rasa tak gentleman kalau I tak mintak nombor telefon dari tuannya,” Adib jungkit-jungkit kening sebelum ketawa.
“Perghh! Dude, kalau you nak kasi ayat bunga-bunga, jangan kasi kat I. Meremang bulu roma I.”
Adib ketawa sebelum menghulurkan telefon keluaran Apple itu kepada Iman, “Your number, please...”
Telefon milik Adib itu dicapai sebelum nombot telefonnya ditaip, laju, “Just so you know, I tak layan nombor tak dikenali. Kalau you hantar mesej, tolonglah kenalkan diri you dulu, okey?”
“Lah, you tak nak ambik nombor I?”
Iman mencebikkan bibirnya, “Tak nak!”
Baru Adib nak bersuara, ada seorang wanita separuh abad yang menyeru namanya. Wanita itu berdiri berdiri sambil mencekak pinggang, “Adib Asyran.”
Adib tepuk dahi, “Alamak! I’ve got to go, Iman. Mem besar sudah marah! See you later, kay’?”
Iman mengangguk sebelum melihat langkah Adib yang sudah menjauh. Dapat dilihat Adib memegang telinganya, seperti didenda sebelum bahu wanita itu dipeluk.
Iman ukir senyum sebelum dia menggumam rendah, “Comel! Macam umi dia jugak...”

Jet termenung merenung jendela yang terbuka. Hari ini hari jadi Huda. Rindunya dia pada pemilik cintanya itu. Matanya dipejam. Gambar pernikahannya dengan Huda dipeluk rapat ke dada. Gambar yang diambil usai selesai majlis akad nikah itu sering menjadi penawar hatinya yang sedang gundah.
Bunyi ketukan pada pintu bilik buat Jet menghela nafas panjang. Tak sempat nak melayan perasaan, pasti ada saja yang mengganggu. Gambar perkahwinannya itu diletakkan semula di atas kabinet bersebelahan katil sebelum dia berjalan membuka pintu, “Yes?”
“Keluar jom. Aku lapar,” Mike menggosok perutnya di depan Jet.
“Lah, Apek tak masak ke?” Jet jungkit kening.
“Amboi, kat kafe pun aku yang masak. Kalau hari cuti pun aku yang kena masak?” Apek yang baru keluar dari bilik air, menjulingkan mata sebelum masuk ke dalam bilik.
Jet ketawa, “Siap-siaplah. Kita keluar. By the way, hari ni satu hari aku tak nampak Adib. Dia keluar ke?”
“A’ah! Katanya dating,” balas Mike sebelum berlalu ke biliknya yang dikongsi bersama Apek.
Jet menganggukkan kepalanya sebelum dia masuk ke dalam biliknya semula. Dia kemudiannya mencapai kembali gambar perkahwinannya dengan Huda sebelum gambar itu dikucup, “Selamat hari jadi, sayang. Tunggu saya dekat sana ya, sayang...”

“Mee udang satu. Udang nak udang besarrrrr punya,” Iman menekankan perkataan udang besar kepada pelayan yang sedang mencatit pesanan Iman di dalam buku nota kecil.
Puan Aina menggelengkan kepala, “Iman ni kan... awak tu kan alergik makanan laut.”
“Ala, mama! Iman teringinlah.”
“Nanti gatal-gatal, mama tak nak layan ya...”
Iman senyum, “Ye eh? Bukan nanti mama ke yang nangis-nangis bila Iman gatal-gatal.”
Puan Aina memukul bahu Iman sebelum bahu Aiman pula dipukul, “Hei, anak teruna! Cuba jangan nak membelek telefon tu aje. Orang tu tengah tunggu awak order. Dia banyak lagi kerja lain nak buat selain dok tunggu awak!”
Aiman terkulat-kulat sebelum dia ukir sengih, “Koeyteow kerang eh, dik. Extra pedas.”
Si pelayan itu senyum sebelum menganggukkan kepalanya.
Puan Aina pandang Encik Akil yang duduk berhadapan dengannya, “Abang nak pesan apa?”
“Ikut sayanglah. Abang makan aje apa-apa.”
Aina senyum pada pelayan muda itu sebelum membuat pesanan, “Char koayteow ketam special dua ya, dik?”
“Itu saja ke?” Tanya si pelayan memandang ke arah Iman.
“Ya, itu saja!” Ujar Iman sebelum mengangguk.
Iman menongkat dagu memandang ke serata isi restoran tersebut. Aiman di sisinya leka dengan telefon bimbit. Papa dan mama pula asyik berbual sesama mereka.
Perlahan dia mengeluh. Payah sungguh jadi forever alone ni.

“Wah, dah lama gila tak makan char koayteow kedai ni!” Ujar Mike sebelum melangkah masuk ke sebuah kedai makan yang di depannya dipenuhi dengan lampu lip lap lip lap.
“Mike kalau makan... laju je.” Komen Apek.
Jet senyum sebelum sama-sama mengambil tempat di meja yang sudah Mike duduki.
“Nak makan apa wei?” Tanya Mike pada Jet dan Apek.
Apek yang menongkat dagu memandang Mike, “Maggi ketam.”
“Jet?”
Jet mengetuk pipi, “Mee udang.”
“Tu je?”
Jet mengangguk, “Oh, extra pedas dengan udang besar-besar.”
“Hantu udang!” Mike buat muka sebelum dia membuat pesanan kepada pelayan.
Jet buat wajah bersahaja sebelum dia menongkat dagu, “Lepas ni nak balik terus ke?”
“Kenapa? Kau tak nak balik ke? Nak duduk kat kedai ni sampai esok pagi?” Mike jungkit-jungkit kening, tinggi.
“Tak adalah. Aku rasa macam malas nak balik rumah lagi.”
“Kita lepaklah mana-mana kejap lagi,” ujar Apek sambil membelek telefon di tangannya.
Jet mengangguk.
“Eh!” Tiba-tiba Mike terjerit kecil.
“Kenapa kau, dude?”
Mike menuding jari ke satu arah. Serentak mereka kalih pada arah yang ditunjuk oleh Mike. Wajah Jet berubah.
Apek dah tarik sengih. Mungkin ini yang orang kata sebagai... JODOH?
Iman yang terasa seperti diperhatikan kalih ke kiri. Sebaik saja matanya bersabung dengan orang itu, badannya terasa keras kaku. Apatah lagi apabila Aiman sudah angkat tangan menegur orang itu.

“Jet!” Aiman angkat tangan pada si lelaki yang masih memakukan  pandangannya ke meja mereka sekeluarga.
Puan Aina turut kalih memandang lalu dia kerutkan dahi sebelum dia kembali berpaling memandang Aiman, “Siapa tu abang?”
“Kawan Iman, mama!!” Balas Aiman selamba.
“Eh, abang yang tegur kot! Iman pulak kena,” Iman buat muka.
“Lah, betullah kan Jet tu kawan Iman.”
Iman tak membalas sebaliknya dia menjuihkan mulutnya, “Dia tu owner kafe yang Iman selalu lepak dulu.”
Puan Aina mengangguk.
“Assalamualaikum!” Suara yang memberi salam buat Encik Akil dan Puan Aina sama-sama kalih memandang orang yang memberi salam.
“Waalaikumussalam,” serentak mereka semua menjawab. Iman pula menunduk memandang Lemon Ais yang ada di dalam gelas.
“Punya jauh kau menapak. Kau angkat tangan pun tak apa,” ujar Aiman pada Jet yang bersalaman dengan Encik Akil.
“Macam tak sopan kalau aku tak datang tegur. Dah lama ke sampai?” Ujar Jet berbasa-basi. Dia sebenarnya tak nak pun datang ke meja keluarga Iman ni tapi Mike dengan Apek yang beria-ia paksa dia.
“Boleh tahanlah,” ujar Aiman sebelum menendang kaki Iman yang ada di bawah meja, “Hai, Iman! Member datang tegur. Senyap pulak.”
Iman angkat muka! Dia buat dah. Dia buat dah! Nak kena sungguh mangkuk bernama Aiman ni, “Dah abang tu rancak sangat bersembang.” Ujar Iman bersahaja sebelum memandang Jet, “Hai, Jet!”
“Hai, Iman!” Balas Jet, separuh ikhlas. “Lama tak nampak you datang kafe.”
“Oh, busy sikit.” Ujar Iman tanpa mengukir senyum. Dia bangun tiba-tiba, “Sorry! Ladies, kejap!”
Jet memerhatikan langkah Iman yang sudah berlalu pergi sebelum dia kembali memandang Aiman, “Bro, aku gerak dululah. Enjoy you meal!”
“Sure.” Aiman senyum sebelum mengangguk sikit.
Langkah Jet yang mahu menghala ke meja diubah tiba-tiba. Entah kenapa, dia terasa ingin bersemuka dengan Iman!

Iman mengelap tangannya yang basah pada tisu sebelum dia melangkah keluar dari tandas itu. Namun, dia hampir menjerit saat Jet tiba-tiba berdiri di depannya.
"You ni dah kenapa?" Iman mencerun marah. Nasib baik tak hilang nyawa sebab terkejut.
Jet pandang Iman, lama. "You tengah bercinta dengan Adib ke?"
Iman kerut dahi, "You ni demam ke apa tanya soalan pelik-pelik ni?"
Jet merengus, "Jawab soalan I!"
Iman jungkit kening, "Apa kaitan dengan you pun kalau I bercinta dengan Adib pun? Lagi satu, I ada hak untuk tak menjawab soalan you."
"I tetap nak tahu jawapan you."
Iman senyum, sinis! "Lebih baik I bercinta dengan Adib dari menunggu lelaki yang mengejar cinta orang yang dah tiada."
Wajah Jet berubah terus, "You tak ada hak nak cakap macam tu. Salah ke kalau I masih mencintai arwah isteri I. Salah ke kalau I tak boleh nak suka you sebab I cintakan isteri I?"
Ayat terakhir Jet buat Iman tersentap, "You know what? Teruskanlah mencintai isteri you. I tak larang dan I tak kisah pun. You nak hidup macam mana pun, lantak youlah. Semoga you terus bahagia dengan bayangan arwah isteri you!"
Tak menunggu lama, Iman terus berlalu. Rasa sedih, marah, geram semua bercampur jadi satu. Dia penat. 
Jet pula terus menumbuk dinding di situ. Dia rasa bersalah pada Iman tapi pada masa yang sama dia rasa marah pada Iman. Kenapa you tak nak faham. Iman?!

Iman tunduk mengadap mee udangnya yang masih berasap. Selepas dia dan Jet bercakap tadi, dia rasakan seleranya sudah mati. Dia tak suka rasa macam ni.
“Iman? Kenapa termenung? Abang nak baca doa tu. Tadah tangan...” Tegur Puan Aina pada Iman yang nampak sangat sedang mengelamun.
Aiman kerling adiknya yang nyata langsung tak mendengar apa yang Puan Aina katakan, “Nurul Iman.”
Mendengarkan namanya dipanggil, wajahnya diangkat, “Hmm...?”
“Tadah tangan. Mengelamun apa lagi?”
Iman tak menunggu lama sebelum menadah tangan. Sejurus selepas Aiman menghabiskan bacaan doa makannya, tangannya yang ditadah terus dibawa ke muka dan wajahnya diraup perlahan.
Puan Aina dan Encik Akil mula berbual sambil menjamu selera. Aiman pula leka dengan telefon pintarnya. Sesekali sudu char koey teownya disua ke mulut namun matanya masih lekat pada skrin telefon pintar itu. Iman pula masih tunduk memandang mee udang yang sudah kelihatan sedikit kembang.
Perlahan-lahan sudu dipegang sebelum dia mula menyudu mee udang tersebut, “Iman rasa tak nak makan.”
Serentak tiga pasang mata beralih memandang Iman yang masih menunduk. Puan Aina memandang Iman yang nyata lebih senyap dari biasa, “Kenapa Iman? Iman nak tukar order lain?”
Iman menggeleng, “Iman cuma tak ada selera.”
“Makanlah, Iman. Kita dah dapat makanan ni, bersyukurlah. Ada yang kat luar sana, nak jumpa makanan punya susah. Kita dah jumpa makanan, boleh makan kenyang-kenyang lagi, tapi kalau tak nak makan. Bukan ke tu menunjukkan kita tak bersyukur pada nikmatNya?” Nasihat Encik Akil lembut pada Iman.
Iman mengangguk mengiakan kata-kata Encik Akil sebelum dia memulakan suapannya yang pertama. Aiman mengangkat kening pada Encik Akil yang nyata juga berasa pelik dengan tingkahlaku Iman kala itu.
“Iman okey ke ni?” Tanya Puan Aina pada Iman.
Iman mengangguk, “Okey. Dahlah! Jom makan, Iman rasa tak larat sangat ni. Lepas ni kita terus balik, ya?”
Mereka akhirnya mengangguk dan tidak bersuara lagi. Wajah Iman yang tenang namun tidak beriak itu mengundang tanda tanya pada hati mereka.

Jet mengerling keluarga Iman yang masih menjamu selera. Wajah Iman yang tiada riak menerbitkan rasa bersalah di hatinya.
“Iman memang dua beradik aje ke?” Apek pandang Mike yang sedang menyuap .
Mike mengangguk, “Rasanya. Hari tu aku dengar Adib cakap yang dia orang dua beradik aje.”
“Adib rapat jugak dengan Iman, kan?”
Mike ukir sengih, “Adib kan antara orang awal yang tegur Iman dulu?”
Jet mengerling Mike. Dia tak suka bila Mike kata macam tu. Bukan Adib yang tegur Iman dulu. Dia yang tegur Iman dulu!
“Senyap je Jet?” Tegur Apek yang sedar Jet tak betah bila nama Iman dibangkitkan waktu itu.
“Lepas ni baliklah. Tak payah lepak,” ujar Jet senada.
Mike angkat kening tinggi. Apek pula dah ukir sengih senget. Mai dah angin dia...
“Tadi kata nak lepak...” Mike menghirup jus oren yang ada di dalam gelas tinggi.
“Malaslah. Aku rasa letih tiba-tiba,” jawab Jet, mudah. Memang dia letih. Letih mental bila mengadap Iman.
Apek jungkit-jungkit kening pada Mike, Mike pula terus ketawa. Faham sangat dah isyarat Apek. Tu tanda nak bergosip la tu bila balik nanti.

Iman menggaru-garu badannya yang terasa gatal. Aiman dia lihat masih berbual-bual kosong dengan Jet di kaunter bayaran. Puan Aina di sebelahnya dipandang, “Mama.”
“Hmm...?” Puan Aina kalih memandang Iman sebelum wajahnya berubah riak! “Tengku Nurul Iman!”
“Ma... gatal,” adunya perlahan. Kepalanya terasa seperti berpusing.
Puan Aina tak menunggu lama sebelum mendapatkan suaminya yang masih menanti Aiman, “Abang...”
“Kenapa, Aina?”
“Iman... badan dia naik merah-merah dah tapi kali ni macam makin teruk. Dia macam lali, abang!” Puan Aina bersuara kalut. Nafasnya seperti tertahan-tahan, seolah-olah sedang menahan tangis.
Aiman yang kebetulan sudah selesai membuat pembayaran, “Mama, ayah... kenapa ni?”
“Iman... abang, kita bawak Iman pergi hospital sekarang.”
Wajah Aiman berubah terus, “Kenapa dengan Iman?”
“Alahan Iman. Tak macam selalu. Iman macam tak cukup nafas. Cepat abang, mama risau!”
Tak menunggu lama terus dia mengikut langkah mama dan ayahnya menuju ke kereta. Tidak sempat untuk dia berpamitan dengan Jet. Jet, bila-bila masa dia boleh jumpa. Iman? Hanya itu permata hatinya!

“Abang, kenapa dengan kereta ni?” Puan Aina mulai resah bila Aiman memberi signal ke kiri sebelum memberhentikan kereta.
“Tak tahu, sayang! Kejap. Kejap abang check. Aiman, tengokkan adik. Bila ayah suruh startkan enjin, Aiman hidupkan enjin okey?”
Aiman cuma mengangguk.
“Cepat abang,” ujar Puan Aina. Nadanya penuh kerisauan.
Encik Akil turun dari kereta setelah hud kereta dibuka manakala Puan Aina memegang erat tangan Iman yang terasa semakin sejuk.
Aiman sesekali kalih ke belakang memandang adiknya. Luluh hatinya melihat Iman yang seperti tidak sedarkan diri, “Mama, abang tengok Iman macam makin teruk aje.”
Puan Aina mengesat matanya yang terasa basah. Hatinya tidak keruan melihat Iman yang seperti orang mabuk, menggaru-garukan badannya, “Ma... uhuk... ma....”
“Mama kat sini, sayang!”
“Ma... uhuk... sakit...” Iman terasa ruang pernafasannya makin mengecut. Oksigen yang sepatutnya masuk memenuhi ruang bagaikaqn tersekat.
“Sabar sayang. Sabar...” air mata Puan Aina sudah mengalir deras. Dia dapat lihat betapa teruknya alahan Iman kali ini. Ya Allah, janganlah kau ambil dia dariku. Selamatkanlah dia, Ya Allah.
Aiman pula menumbuk stereng, geram! Kenapa saat genting macam ni kau nak rosak, hah?!

“Jet!”
“Hmm...?” Jet yang sedang memandu menyahut.
Mike menuding jari ke sebelah kiri jalan, “Itu bukan kereta abang Iman ke? Yang pak cik tu bukan ayah Iman ke?”
Jet mengerling sekilas sebelum dia memberi signal ke kiri. Keretanya diberhentikan di depan kereta Aiman. Dia tidak tahu kenapa namun wajah ayah Iman yang kelihatan seperti serabut membuatkan dia berdebar-debar. Bagai ada sesuatu yang tak kena.
Tak menunggu lama, mereka bertiga segera turun dari kereta milik Jet dan terus melangkah mendekati ayah Iman yang masih terbongkok-bongkok mencari kerosakkan pada enjin kereta milik anak lelakinya.
“Assalamualaikum, pak cik!”
Encik Akil kalih ke belakang. Tiga orang pemuda berdiri di belakangnya. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah kerana mengirimkan mereka ini untuk membantu keluargaku.
“Kenapa dengan kereta pak cik ni?” Tanya Mike, sopan.
“Tak tahulah. Pak cik kalut sangat dah ni. Pak cik dah tak tahu nak buat apa. Pak cik asyik fikir anak perempuan pak cik yang ada dalam kereta tu. Keadaan dia macam makin teruk,” luah Encik Akil, kalut.
“Pak cik ni ayah kepada Iman dan Aiman, kan?” Jet bertanya.
Encik Akil bingung sedikit sebelum dia ukir senyum, “Kamu kawannya Aiman kan? Yang tegur Aiman dekat restoran tadi?”
Jet mengangguk sikit.
“Maaflah. Pak cik sejak dah berusia ni, tak berapa nak cam orang sangat.”
“Iman kenapa pak cik?” Tanya Apek pula.
“Alahan. Habis naik bintik-bintik merah dekat badannya.”
Zup! Jantung Jet seakan-akan terhenti berdegup seketika, “Mike, kau cuba tengokkan enjin kereta ni kejap. Pak cik, apa kata kalau saya yang tolong hantarkan Iman ke hospital?”
Encik Akil pantas mengukir senyum, “Jom ikut pak cik!”
Mike dan Apek saling berpandangan, “Kau nampak kan muka Jet macam mana?”
Apek mengangguk, “Dia risaukan Iman.”
“Sangat-sangat risau...” balas Mike sebelum dia ukir senyum. Maybe it’s time to let Huda go, Jet...

Jet tengok jam di tangannya. Sudah hampir sejam Iman duduk dalam bilik rawatan. Kedua belah tangannya digenggam erat. Dulu, ini juga keadaan dia bila dapat tahu Huda kemalangan. Lehernya digosok berkali-kali, bagai menghilangkan resah yang tetap tak mahu hilang.
“Aizat...”
Jet kalih memandang Puan Aina yang baru tiba dari surau, “Ya?”
“Doktor tak keluar lagi?”
Jet menggeleng, “Belum, mak cik.”
Puan Aina mengeluh seketika, “Mak cik risau...”
“InsyaAllah Iman tak ada apa-apa, mak cik.”
Puan Aina mengangguk. Jet pula membelek telefon bimbitnya. Sudah pukul 11.30 malam, “Mak cik, saya nak ke surau sekejap. Mak cik tak apa kan kalau tunggu sorang-sorang kat sini?”
“Tak apa. Tadi Aiman dah telefon mak cik. Mereka dah on the way ke sini,” ujar Puan Aina sambil mengukir senyuman.
“Kalau macam tu, saya ke surau dulu ya...” tak menunggu lama Jet bangun. Sempat dia mengerling bilik rawatan yang menempatkan Iman. Please be okay, Iman...

Iman menolak tangan abangnya yang cuba mencubit pipinya yang masih kelihatan membengkak, “Ish, janganlah mangkuk!”
“Hoi, derhaka!”
“Mama, tengok abang ni! Kacau Iman!” Rengek Iman sebelum tangannya laju menepuk belakang Aiman.
“Manja!” Aiman buat muka.
“Muhammad Aiman, cuba jangan kacau adik tu. Orang tu bukannya sihat lagi.”
“Ma, you left out Tengku!” Usik Aiman pada Puan Aina sebelum dia menarik belakang tudung yang dipakai Iman, “Bye, Iman! Abang ada kerja! See you later, manja!”
Iman buat muka sebelum menunjukkan isyarat penumbuk pada Aiman. Puan Aina pula duduk di birai katil Iman, “How are you feeling today?”
“Ma, Iman okeylah...”
“Okey? Mama rasa nyawa mama ni macam hilang separuh tahu? Nasib baik Aizat datang tepat pada waktunya. Kalaulah Iman tak sempat jumpa doktor...”
“Mama, janganlah cakap macam tu! Iman pun tak sangka teruk sangat alergi Iman malam tu.”
“Lepas ni, mama tak kira! You won’t be eating anymore seafoods, young lady.”
“Ala, mama!”
“And kalau nak makan pun, make sure your pills are with you!”
Iman mengeluh, “Okay, mama!”
Belum sempat Puan Aina nak bersuara, pintu bilik Iman ditolak dari luar, “Assalamualaikum...”
Wajah Iman berubah. Puan Aina pula terus mengukir senyum, “Waalaikumussalam. Aizat datang nak melawat Iman, ya?”
Jet yang berdiri di depan pintu tersengih, “Ya.”
Iman pula dah tarik bantal untuk menutup wajahnya. Why today, dude? Why today?!

"Terima kasih sebab bawakkan I ke hospital," ujar Iman tanpa memandang Jet.
Jet kulum senyum yang nak menguntum, "Kenapa cakap tak pandang I?"
"Ish, suka hati I lah!" Iman merengus.
"Cuba pandang I, Iman." Jet duduk di sisi Iman yang masih memalingkan wajahnya.
"Tak mau!"
"Lah, kenapa?"
"Orang cakap tak mau, tak maulah!" Balas Iman, separuh merengek.
Jet senyum senget. Comel! "Okeylah. Kenapa tak mau pandang I?"
"I tengah selekeh ni."
"So? Apa kaitannya? Sebelum ni you relaks je, ni kenapa nak fikir selekeh ke tak selekeh ke?"
"Dulu I tak suka you. Sekarang I suka you," balas Iman, perlahan.
Jet terdiam sebelum dia kembali bersuara, "Dah tu you nak suruh I suka you waktu you cantik aje? Waktu you tengah selekeh, I tak boleh sukalah? Macam tu?"
Iman mengeluh, "Serius Jet, you mesti takkan suka I dengan muka I yang macam sekarang. Waktu I biasa-biasa pun you tak suka."
"Cuba pandang I dulu sebelum buat kesimpulan sendiri."
Iman perlahan-lahan memalingkan wajahnya pada Jet. Namun dia tetap menunduk.
"Angkat muka you. I tak nampaklah," ujar Jet, separuh mengusik.
Iman angkat wajah namun dia memejamkan mata. Biarlah dia tak nampak reaksi Jet tengok muka dia yang macam sekarang.
Jet senyum. Wajah Iman yang kelihatan membengkak dan dipenuhi bintik-bintik merah itu ditatap lama. "I tengok you cantik aje. Apa yang selekehnya?"
Iman buka mata, "You perli ke apa ni?"
"Kecantikan you bukan terletak pada wajah you, Iman. You tetap nampak cantik di mata I sebab hati you cantik. Dan walaupun you rasa diri you tak cantik sekarang, pada mata I... you cantik. Sangat cantik."
Iman kelu lidah untuk membalas. Dia akhirnya memalingkan wajah ke tempat lain. Dia tak boleh tengok Jet. Dia takut dia makin suka.
Jet senyum, "I baru sedar sekarang."
"Sedar apa?" Tanya Iman tanpa memalingkan wajah.
Jet tak menjawab sebaliknya dia terus berdiri, "I balik dulu, Iman."
"Eh!" Iman nak menghalang namun Jet lebih pantas berlalu. Iman mengeluh. Apa yang dia sedar sebenarnya?

Iman mengeluarkan telefon pintarnya dari poket sweaternya. Diputar-putarkan telefon itu sebelum diletakkan di atas katil.
“Are you waiting for someone to call you?” Aiman jungkit kening pada Iman.
Iman menggeleng, “Taklah.”
“Tunggu mamat bancuh air tu? Abang tak pernah nampak pun dia datang melawat Iman waktu Iman masuk wad.”
Iman kerut dahi, “Adalah.”
“Bila?”
“Dia datang, bukan abang ada pun kat situ,” Iman buat muka.
“Eleh. Kenapa Iman suka kat mamat tu? Nak kata handsome, handsome abang lagi!”
“Jangan nak perasan sangatlah, abang!”
Aiman menggeleng kepala, “Baik Jet dari mamat tu, Iman.”
“Hah?” Iman buntangkan matanya. “What do you mean by that?”
“Jet a.k.a kawan Iman tu sepuluh kali ganda lagi okey dari mamat bancuh air tu.”
Iman tak dapat menahan ketawanya! Gila punya abang! Sungguh-sungguh dia ketawa, “Abang dah salah oranglah, abang...”
“Eh?” Aiman kerutkan dahi.
“Dahlah! Keluarlah. Orang nak rehat ni! Orang balik nak rehat, dia kacau orang pulak.”
Aiman buat muka, “Yalah! Ingat, rehat! Bukannya mesej-mesej, calling... calling...REHAT!” Ujar Aiman sebelum menarik tocang milik Iman sebelum dia berlalu keluar dari bilik Iman.
Iman menghela nafas panjang. Sejak dua hari lepas, Jet sudah langsung tidak melawatnya. Hari ini dia keluar dari wad pun, Jet tetap tak datang sedangkan dia sudah menghantarkan pesanannya pada Jet. Nampaknya, hubungan mereka akan kembali pada asal.
Baru dia nak lelapkan mata, terasa getaran yang keluar dari bawah bantalnya. Laju-laju dia mencapai telefon pintar yang disorokkan di situ selepas Aiman keluar tadi.
Pesanan dari aplikasi WhatsApp itu dibuka dengan penuh debaran. Semuanya gara-gara dia melihat nama Jet yang terpapar pada skrin telefon keluaran Samsung itu.
Iman menekup mulut tanda tidak percaya dengan apa yang dia baca. Pipinya terasa hangat. Kolam matanya sudah terasa panas. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah...

-Assalamualaikum. Dah keluar wad, kan? Sorry tak datang jenguk you. I baru keluar dari gua, baru lepas buat analisis dekat hati I! Okey, tak kelakar kan? Hehe...-
-You mesti tertanya-tanya kan apa yang dah I sedar tempoh hari? Sebenarnya I dah sedar apa yang you cuba sampaikan pada I selama ni. I faham yang I patut bagi peluang kedua pada diri I untuk bahagia. Betul, I cintakan Huda tapi I tak boleh nak nafikan yang hati I dah mula suka orang lain.-
-Iman, siapa kata I tak suka you yang biasa-biasa? Bagi I, you luar biasa. Kenapa you luar biasa? You luar biasa sebab you berjaya buat I jatuh suka. Semoga cepat sembuh. Lepas you sihat, I akan buat Iced Americano kegemaran you. Betul cakap you, I patut lepaskan Huda pergi dan I patut moved on. I dah buat keputusan untuk moved on dan I harap you dapat bantu I untuk moved on!-
-P/s: muka you yang bengkak, penuh bintik merah comel je. Serius I cakap😊😊😊😊. Good night, Nurul Iman!-

Iman kesat air matanya yang dah mengalir ke pipi. Menipu tak beragak! Comel apa kalau muka bengkak macam kena sengat tebuan? Walaupun hatinya merungut, tidak dapat dia tahan senyum yang menguntum di bibirnya. Terima kasih Jet...

Jet membetulkan apron yang dipakai sebelum dia mencapai iPhone yang disimpan di dalam poket apron. Pesanan WhatsApp yang masuk dibuka. Bibirnya menguntum senyum. Walaupun dia masih dalam fasa mengenali Iman, dia rasa gembira. Gembira yang tak tahu nak dijelaskan bagaimana.
“Hai, happy nampak!” Adib memukul bahu Jet sebelum dia masuk ke dalam kaunter membuat minuman.
“Mana!” Jet cepat-cepat menyembunyikan telefon pintarnya daripada pandangan Adib.
“Apa korang sembang ni?” Mike yang baru keluar dari dapur, jungkit kening.
“Tak ada apalah,” ujar Jet sebelum dia membetulkan letak tisu yang ada di dalam bekas di kaunter. Dia jadi serba tak kena.
Mike jungkit kening pada Adib. Adib pula dah ketawa, “Jet... Jet...”
Jet tak membalas sebaliknya dia membetulkan kedudukan kerusi yang diletakkan di depan kaunter minuman. Getaran yang terhasil dari poket apronnya membuatkan dia cepat-cepat mengeluarkan telefonnya. Pesanan WhatsApp dibuka lalu bibirnya spontan mengukir senyum.
“Macam mana aku tak usik dia? Tu dok tersenyum-senyum, macam kerang busuk!” Ejek Adib sebelum ketawa.
Mike sengih, "Tersenyum-senyum. Kau mesej dengan siapa Jet?"
Jet pandang Mike sekilas sebelum menyimpan telefon pintarnya ke dalam poket apron yang dipakainya, "Tak ada sesiapa. Adib, one Iced Americano. Takeaway, yeah?"
Adib angkat tangan, “Got it!”
Mike sengih lagi lebar. Iced Americano takeaway, ya... "Iman macam mana agaknya ya? Sejak malam kau hantar dia pergi hospital tu, dah tak ada khabar berita dari dia. Kita blah malam tu pun, dia tak sedar lagi."
Jet jungkit kening, "Kenapa kau kisah sangat dengan dia?"
"Lah, kawan aku tu." Mike sembunyi senyum. Aura cemburu dah datang! Kahkahkah!
Jet hela nafas, "Dia okey aje. Nanti dia datanglah tu."
Mike tak sempat nak membalas apabila pintu kafe dibuka dari luar. Iman yang memakai sehelai jeans biru lusuh, dipadankan dengan t-shirt hitam kosong dan kemeja kotak-kotak bersaiz XXL di luarnya melangkah masuk. Di bahunya terdapat sebuah beg galas jenama Adidas. Tudung bawal yang tersarung di bahagian kepala hanya diselempang saja ekornya ke kanan dan kiri bahu.
Mike pandang Jet dengan muka konon penuh curiga, "Mana kau tahu Iman nak datang?"
Jet ukir sengih sebelum dia mencapai Iced Americano yang sudah tersedia di dalam cawan plastik dan terus berlalu mendekati Iman. Mike, aku rasa kau dah boleh teka jawapannya...
Adib siku Mike yang masih buat muka ala curiga, “So, dia dengan Iman eh sekarang?”
“Yelah kot!” Mike mengangguk sebelum dia memandang Adib, “Kenapa?”
“Saja. Dah tak ada peluanglah eh, aku nak dekat dengan Iman?”
Mike menjentik dahi Adib sekali, “Senget kau, mamat! Senget!”
Adib ketawa. Semoga you berjaya hadiahkan kebahagiaan buat Jet!

“So, dah makan?!” Tanya Jet pada Iman sebaik saja mereka sama-sama duduk di kerusi yang ada di luar kafe.
Iman mengangguk, “You?”
“Dah,” Jet senyum segaris.
Iman mengangguk lagi sebelum dia senyap tak bersuara. Iced Americano yang diberi Jet tadi disedut sekali sebelum dia pandang Jet, “You yang buat?”
“Hmm...?”
“Ni!” Iman mengoncangkan gelas plastik yang berisi Iced Americano di depan Jet.
“Oh, tak! Adib yang buat.”
Iman memuncungkan mulutnya, “Oh...”
“Kenapa? You tunggu Iced Americano yang I buat ke?”
Iman sengih, “You yang cakap you nak buat Iced Americano lepas I sihat sikit.”
“I masih kekok lagi nak bancuh kopi. Rasa macam kena belajar balik semula,” ujar Jet sambil ukir senyum. Betul, dia rasa kekok. Dan sebab yang satu lagi, dia rasa macam bersalah pada Huda bila dia mula nak bancuh kopi semula.
“Tak apa. Take your time. I’m not going anywhere soon.”
Jet mengangguk, “So, lepas ni you nak pergi mana? Menulis semula?”
Iman ketawa, “Taklah! I nak pergi taska kawan I. Jaga budak-budak. Dia mintak tolong semalam.”
“Wah! Macam best aje.”
Iman senyum sebelum dia bangun, “Okeylah. I pergi dulu. Selamat bekerja.”
“Take care. Peluk cium budak-budak tu untuk I.”
“Tengoklah kalau dia orang tak buas. Kalau dia orang buas, I takut I tak sempat nak peluk cium dia orang.”
Jet ketawa, “Entah-entah you yang ajar dia orang jadi buas.”
“Mana!” Iman buat muka, “I pergi dulu...”
Jet mengangguk dan Iman terus berlalu. Namun dalam beberapa langkah, Iman kalih ke belakang, “By the way! Thank you for the coffee!”

Jet mengeluh. Titisan air hujan yang membasahi bumi bagai menangisi hatinya hari ini. Sudah hampir sebulan dia cuba untuk move on. Sudah hampir sebulan dia cuba nak mengenali hati budi Iman tapi hatinya masih belum terbuka untuk menerima Iman.
Dia akui, dia sukakan Iman tapi rasanya... suka dia pada Iman hanyalah suka sebagai kawan dan tidak lebih daripada itu. Dia juga akui, dia bahagia apabila ada orang yang mengambil berat tentang dirinya namun hanya setakat itu. Dia rasa... dia tak mampu nak suka Iman lebih dari apa yang sepatutnya. Apatah lagi ingatannya terhadap Huda semakin kuat. Semakin dia cuba melupakan, semakin dia mengingati Huda.
Satu keluhan dia lepaskan sebelum surat di tangannya digenggam erat. Dan rasanya sejak surat ini sampai ke tangannya petang tadi, dia sudah semakin sukar melupakan Huda.
"Jet, ada orang nak jumpa kau kat luar."
Ketika Mike memberitahunya, dia sedang membantu Apek menyediakan Cheezy Chicken Wrap pesanan customer dan dia perasan, wajah Mike agak serius waktu itu namun tidak pula dia menegur.
Dia tanpa ragu terus melangkah ke arah kaunter di mana ada seorang gadis tinggi sedang berdiri, membelakangi kaunter. Seperti sedang memerhatikan sesuatu, "Er... cik?"
Saat si gadis berpaling, dia kaku. 
Saat gadis itu menyeru namanya, dia kelu.
"Aizat," senyuman manis yang terukir di bibir gadis itu buat dia terkenangkan Huda. Lesung pipit yang ada di pipi kanan gadis itu membuatkan jantungnya berdegup deras. Tapak tangannya terasa berpeluh. Akhirnya. Dia dipertemukan sekali lagi dengan orang yang menjadi sanjungan Huda.
"Ha... Hani?"
Hani ukir senyum lalu mengangguk,"Maaf, Hani datang mengejut kan?"
Jet pantas menggeleng. Nak mengangguk, macam tak kena. Terpandangkan Hani, dia bagai nampak bayangan Huda. Walaupun status mereka cuma sepupu, tapi rias wajah mereka yang begitu seiras membuatkan dia nampak seorang Huda dalam Hani. Perbezaan mereka yang ketara adalah hijab. Huda berhijab tetapi tidak Hani. Rambutnya yang beralun lebih senang dia biarkan bebas. 
"Can we talk for a while?"
Dia gosok leher sebelum mengangguk. Apron yang tersarung ditanggalkan lalu dia keluar kawasan kaunter, "Kita duduk kat meja sana. Lebih tertutup."
Hani turuti saja langkah Jet sebelum mereka sama-sama duduk di meja yang terlindung dari pandangan orang lain.
"Aizat. Maaf kalau saya datang tiba-tiba."
"It's okay. Ada apa saya boleh bantu Hani?"
Hani menggeleng sebelum sehelai sampul coklat dihulurkan pada Jet, "Ini untuk awak. Arwah Huda ada berikan ini pada saya sehari sebelum awak dengan dia akad nikah. Dia bagi waktu hantar saya ke airport, dia suruh sampaikan pada awak suatu hari nanti. Dulu saya tak faham maksud dia dan sekarang saya dah faham. Suatu hari nanti yang dia maksudkan adalah hari ini. Saya minta maaf sebab terlambat sampaikan amanat dari arwah. Cumanya saya berbelah bagi nak beri pada awak."
"Kenapa?" 
"Baca dan fahamkan. Ini nombor telefon saya. You can call me if you want to talk. Saya pergi dulu," dan tanpa pamitan, Hani berlalu pergi.
Datangnya tidak diundang, perginya tidak dijemput.
Jet melepaskan keluhan. Surat yang baru dia baca tadi sudah renyuk. Dia mengeluh lagi. Mencari pengganti Huda pun sangat payah buat dia. Ini dia diberikan sebuah permintaan yang baginya tidak masuk akal. Huda, kenapa awak buat saya begini sayang?
Baru dia nak melayan fikiran, telefon pintarnya berbunyi. Dia bingkas bangun dan telefon itu dicapai. Nama yang tertera di skrin buat dia tersedar seketika. Iman! 
Namun panggilan itu dibiarkan sepi. Dia tiada rasa untuk menjawab panggilan Iman. Yang dia tahu, sekarang dia terlalu rindukan Huda.

“Kenapa kau mengelak dari Iman?” Apek mencekak pinggangnya pada Jet.
“Mana ada...”
“Mana ada? Kau tak datang kafe. Kau tutup telefon, kau tak keluar rumah. Kau mengelak dengan Iman, kan?”
Jet bangun dari duduknya sebelum dia cuba berlalu, “Aku penatlah. Lain kali kita cakap!”
“Shit! Be a man, dude! Jangan nak jadi lelakilah kalau kau jadi pengecut macam ni!”
Jet berpaling, “Kau jangan nak nasihat aku kalau kau tak tahu apa yang aku lalui sekarang!”
Mike mengeluh lalu dia menggeleng, “Jet...”
“Jangan hanya sebab sekeping surat dari Huda, kau nak jadi manusia hilang diri macam ni!” Ujar Apek, marah! “Jangan sebab sekeping surat tu, kau terus nak ignore Iman! Kau ni manusia jenis apa? Bagi harapan lepas tu kau hancurkan harapan tu! Kalau kau tak suka Iman tu, kenapa kau nak bagi harapan lagi dekat dia?!”
Jet diam tak membalas. Dia sedar, dia salah... dia tahu, dia dah salah.
“Apek...” Adib pegang tangan Apek yang nampaknya masih marah, “Sabar. Jangan biarkan amarah kau menguasai kau.”
Mike pula menggosok bahu Jet. Dia pandang Adib sekilas sebelum Adib mengangguk, “Jom, duduk! We need to talk. Among us.”

Jet diam merenung mug berisi teh susu, hasil bancuhan Adib. Masih tidak berkurangan isipadu air yang ada di dalam mug tersebut.
Apek pula memusing-musingkan mugnya dengan sesekali matanya menjeling Jet.
Mike pandang Adib. Adib mengeluh. Akulah nak kena start ni? Dengan lafaz bismillah dia mula bersuara, “Jet...”
Jet panggung kepala.
“Kenapa kau jauhkan diri kau dari Iman?”
Jet mengeluh, “"Aku tak nak mainkan dia. Aku rasa selama sebulan aku cuba dekat dengan dia, aku cuba buka hati aku. Aku rasa aku cuma pura-pura. Aku mengaku aku sukakan dia tapi mungkin suka aku pada dia hanya atas dasar persahabatan."
Mike mengeluh. Apek merengus. Adib menggeleng.
Tanpa menunggu balasan mereka, dia menyambung, “Aku dengan dia. Kami cuma kawan. Tak pernah pun kami melangkau ke garisan lebih dari kawan.”
“Sebab Huda ke?” Tanya Adib, tenang.
Jet senyum tawar, “Aku sayang Huda, Dib. Kau pun tahu. Bukan kau aje tahu. Korang tiga orang tahu macam mana aku sayangkan Huda. Macam mana susahnya aku nak bangun balik lepas Huda tinggalkan aku.”
“Jadi sebab Hudalah kau jauhkan diri dari Iman?” Apek jungkit kening. Sungguh dia tak faham dengan Jet. Kenapa bagi harapan pada Iman kalau di akhirnya dia tetap memilih Huda.
“Ya... dan juga...” Jet pandang wajah rakan-rakannya sebelum kembali bersuara, “Aku nak pergi Itali.”
“Hah?”
“Aku dah buat keputusan nak pergi Itali macam apa yang Huda nak. Aku nak belajar jadi barista semula.”
“Kenapa sampai Itali? Kat Malaysia pun boleh kan kalau kau nak jadi barista?” Apek bersuara, tak puas hati.
“Sebab Huda...”
"Bullshit, takkan hanya sebab Huda?! Sudahlah, Jet! Selama ni, aku ingat kaulah paling matang antara kita empat orang. Rupanya, aku silap!" Ujar Apek, keras sebelum bangun meninggalkan meja.
"Kau yakin dengan keputusan kau yang nak ke Itali?" Tanya Mike sambil memutarkan cawan berisi teh susu.
Jet senyum tawar, "Aku nak tunaikan permintaan Huda yang mahu aku belajar semula untuk jadi seorang barista."
Adib bangun, "Semoga kau berjaya." Dan dia terus berlalu. Dia dah malas nak mendengar segala alasan Jet. Dia takut, dia yang naik angin nanti!
"Kau nak jadi belajar barista semula sebab Huda?"
Jet menggeleng, "A part of it, yes. Another part of it, aku nak lepaskan Huda perlahan-lahan dari hidup aku. Mana tahu dalam aku sibuk belajar, aku akan lupakan kisah aku dengan Huda."
"Jangan lupakan terus, memori tu simpan. Kenangan tu, biarlah tinggal kenangan."
Jet senyum mengangguk, "Thanks, Mike sebab sokong aku."
Mike mengangguk sebelum dia pandang Jet, "Jet..."
"Yes?"
"Kalau kau pergi sana... Iman macam mana? I mean, macam mana kau nak bagitau Iman about all this thing yang kau baru sedar? About your feeling towards her? About Italy. How are you going to tell her? Takkan selama-lamanya kau nak elakkan diri kau dari Iman? Dia perlu tahu jugak, Jet. At least bagitahu dia dari biar dia terus hilang punca, tak tahu apa-apa."
Zap! Wajah Jet terus berubah. Iman...

Iman menolak pintu kafe dengan sebelah tangan. Dari jauh dia nampak Adib yang sedang mengelap gelas di belakang kaunter minuman. Langkah diatur perlahan-lahan mendekati Adib, “Assalamualaikum!”
Adib panggung kepala, “Eh! Waalaikumussalam. Awal you datang hari ni. Tak kerja”
Iman senyum, “I dah berhenti kerja. Dah dekat seminggu lebih jugak.”
“Oh!” Adib senyum. Dia serba salah dengan Iman sebenarnya.
“Mike mana?”
“Ada kat belakang.”
Iman mengangguk sebelum dia membuat pesanan, “Iced Americano satu.”
“Got it, ma’am!”
Iman ketawa sebelum telefon pintarnya dibawa keluar. Dia mengeluh seketika sebelum dia panggung kepala. Sudah hampir dua minggu dia tidak dapat mencari Jet. Panggilan tak berjawab, mesej tak berbalas. Pernah dia tanya pada Mike. Mike kata Jet sibuk. Takkan sibuk sangat sampai terus ignore orang.
"Iced Americano for you," Adib ukir senyum sambil meletakkan gelas berisi Iced Americano di depan Iman.
Iman membalas senyuman Adib sebelum dia bersuara, "Jet tak datang hari ni?"
Senyuman di bibir Adib mati, "Jet... dia... er..."
"Kenapa? Mana Jet?" Iman pandang Adib dengan penuh pandangan curiga.
Adib mengeluh. Jet, sorry! Iman pun kawan aku jugak, "Jet is going to leave soon."
Iman tercengang, “What do you mean by going to leave soon? Dia nak pergi mana? Kenapa dia tak cakap dekat I?”
"Jet ada kat KLIA. Dia dah buat keputusan untuk ke Itali."
Wajah Iman berubah. Keputusan? Itali? "WHAT?!"
"Flight dia pukul 9.00 malam. You sempat lagi kalau nak kejar dia."
Iman tak menunggu lama. Tanpa sebarang kata, dia keluar dari Gulp! Kafe. Jet is leaving to Italy? But why?!

Jet merenung buku passportnya. Dulu, dia dan Huda sama-sama buat keputusan nak bulan madu ke Itali namun hasrat mereka tidak kesampaian. Itali...
“Aizat!”
Jet panggung kepala. Hani berdiri di depannya dengan segelas cawan styrofoam, “Your coffee.”
“Thanks, Hani!” Cawan styrofoam itu diambil.
“Huda must be proud of you, Aizat!” Ujar Hani sebaik saja dia duduk di sisi Jet.
“Kenapa pulak?”
“Sebab awak buat keputusan nak jadi barista semula.”
Jet senyum, “Terima kasih, Hani!”
Hani senyum, “No problem, Aizat.”
Jet ketawa, “Janganlah panggil saya Aizat. Just call me Jet. Aizat tu macam formal sangat pulak.”
“Saya dah terbiasalah.”
Sedang mereka asyik berbual-bual, Iman tiba-tiba berdiri di depan Jet.
Jet tercengang, “Iman!”
“Is it that hard to tell me that you were leaving?”
Hani yang menyedari wajah keruh Iman terus berdiri, “Er... Jet, saya ke tandas dulu.”
Jet mengangguk.
Hani pula terus berlalu. Sempat dia mengerling ke belakang. Siapa perempuan tu?
“Iman...”
“Jawab soalan I!” Jerit Iman, kuat. “Is it that hard to tell me that you were leaving?”
“Iman, I’m sorry!”
“Go to hell with your sorry!” Ujar Iman, marah! “You ignore I, tak return call I, tak balas mesej I. Block I dari Facebook and now, you want to leave without telling me? Why?”
“Iman, please! People are looking at us!”
“Biarlah dia orang tengok!”
“Iman!” Jet raup muka.
“I thought we had that something. I thought we are special. Atau selama ni I yang perasan sendiri?”
Jet mengeluh, “Maafkan I...”
Iman menundukkan wajah. Betullah. Dia yang perasan sendiri. Dia berpaling, mahu berlalu. Cukuplah dia malukan dirinya sendiri. Cukuplah!
“Iman!”
Dia berhenti seketika sebelum dia berpaling. Jet mendekati dirinya. Matanya tunak memandang mata Iman yang sudah berkaca.
"Tunggu I..."
"Kenapa I perlu tunggu you? Kenapa I perlu sia-siakan masa I lagi untuk tunggu you?"
Jet ukir senyum tanpa rasa, "I perlukan masa. I perlukan masa untuk diri I, untuk I lepaskan Huda pergi. I tak janji I akan masih bersama you lepas ni tapi tolong... tunggu I."
Iman geleng kepala. Pipinya sudah basah dengan air mata. Kalaulah Adib tak bagitahu dia pasal Jet nak pergi malam ni. Mesti dia takkan sempat jumpa Jet, "You tak adil, Jet! You kata you suka I, tiba-tiba you buat I macam perasan sendiri! You tak suka I pun, Jet! Kenapa nak suruh I tunggu lagi? You tak boleh nak janji pun yang you akan bersama dengan I lepas ni, kenapa you nak suruh I tunggu lagi? Tak cukup lagi ke you mainkan I?"
Jet ketap bibir. Gambar Huda di tangannya digenggam erat, "I suka you, Iman. I akui tu tapi suka I pada you tetap tak boleh padamkan cinta I pada Huda. I minta maaf. Tolong beri I waktu, Iman. I tak pernah berniat pun nak mainkan you!"
Iman menunduk. Tanpa sebarang kata, dia terus berpaling dan berlalu. Cukuplah. Cukuplah dia perbodohkan diri. Selepas sepuluh langkah dia berpaling pada Jet, “I tak patut percayakan mesej yang you hantar lepas I keluar wad tu. I tak sepatutnya percaya!” Ujar Iman sebelum terus berlalu.
Nak pergi Itali? Pergilah! Dia tak nak peduli.
Nak sayangkan Huda lagi? Teruskanlah! Dia tak nak kisah dah.
Nak suruh dia tunggu lagi? Cukuplah! Dia bukan bodoh untuk diperbodohkan lagi.
Jet rasa sedih melihat langkah Iman yang sudah semakin jauh, "Maafkan I, Iman. I harap nanti, bila I dah dapat lepaskan Huda... you masih berada di sini, menunggu I..."

Lima tahun berlalu,
"Tahniah, Mike!" Iman menghulurkan hadiah yang sudah dibalut kemas pada si pengantin lelaki.
"Thank you, Iman!" Mike tersengih. "You dah makan?"
"Belum. I nak jumpa pengantin dulu, baru makan."
Mike sengih sebelum menggaru leher. Malu bila diusik Iman, "Eh, Iman! Tahniah on your new book."
"Thank you. Taklah baru pun. Dah dua bulan keluar kan."
"Dan masih menjadi bualan orang. You tak nak sambung cerita tu?" Mike bertanya. Dia sudah baca buku bertajuk Coffee yang ditulis Iman. Itupun dia baca kerana dipaksa oleh tunangnya sebulan lepas.
Iman cuma senyum tak menjawab. Sambung? Cerita tu memang sengaja dibiarkan begitu, tak perlu disambung.
"Miss Iced Americano," Iman dan Mike serentak menoleh pada si lelaki yang bersuara.
Mike ukir senyum lebar. Iman juga turut mengukir senyum.
"Kau!" Adib tuding jari pada Mike sebelum dia memeluk sahabatnya itu, "Ini baru Mikail, derr..."
Mike tumbuk perut Adib, "Blahlah kau! Semalam kau tak datang, tengok detik bersejarah rambut aku kena potong."
Iman tersenyum mendengar rengekan Mike sebelum dia memberi isyarat untuk ke meja tetamu. Mike hanya mengangguk sebelum terus berbual dengan Adib.
Iman ambil tempat duduk di sebelah Fisha dan Aiman usai dia siap mengambil nasi dan lauk lain di meja buffet. Sebelum dia makan, sempat matanya mengerling pada pelamin yang berdepan dengan khemah tetamu. Sebentuk senyuman diukir sebelum dia menunduk menikmati makanan.
Sesuap nasi dimasukkan ke dalam mulut dan tanpa disedari sesiapa, setitis air mata jatuh ke pipi Iman. Cinta itu tak semestinya memiliki.

“Abang, jom! Iman dah sudah!”
Fisha dan Aiman yang sedang menyuap bubur jagung terus menarik muka, “Eh, pengat pisang tu tak rasa lagi!”
Iman tepuk dahi, “Cuba jangan buruk lantak sangat!”
“Ala. Tak sportinglah Iman ni.”
Iman tarik muka, “Cepatlah! Iman nak pergi majlis kat syarikat penerbitan novel Iman pulak!”
Laju Fisha dan Aiman menghabiskan bubur jagung yang diambil dari meja hidangan. Iman pula membelek gambar Mike dan isterinya yang ditangkap tadi. Manis. Sama cantik, sama padan.
“Jom, Iman!”
Iman bingkas bangun. Dia menuruti langkah Fisha dan Aiman namun matanya masih lekat pada telefon pintarnya. Gambar dia dan Adib yang diambil tadi mengundang senyum di bibirnya. Kalau tahu dek tunang Adib ni, habis dia. Tunang Adib, boleh tahan cemburu.
“Eh!”
Suara Aiman menghentikan langkah Iman. Iman memandang Aiman di sisinya, “Dah kenapa abang ni?”
“Tu! Aizat dengan family dia!” Ujar Aiman ceria sebelum dia laju melangkah pada Jet yang kaku langkahnya. Dia statik berdiri di pagar rumah Mike.
Iman perlahan-lahan kalih ke depan. Wajahnya berubah terus melihat lelaki yang masih kekal kaku. Melihatkan kanak-kanak lelaki yang didukung oleh Jet membuatkan hatinya terasa sakit. Apatah lagi melihatkan perempuan yang berdiri di sebelah Jet. Wanita itu! Wanita yang sama dia jumpa sedang bergelak ketawa dengan Jet di lapangan terbang, lima tahun lepas.
Bibirnya spontan mengukir senyum tawar. Kolam matanya terasa panas. Betullah kata orang, mencintai itu tak semestinya memiliki...

Andai rasa itu boleh dipilih
Aku akan memilih untuk tidak menyukai kamu
Andai rasa itu boleh dihalang
Akan aku halang hatiku dari sukakan kamu
Andai rasa itu boleh dirasai 
Di sini, pastinya tidak akan aku menunggu kamu.

Part II coming soon...

8 comments:

  1. Im waiting for next part..
    Cepat...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. waa...suspen ni..

    ReplyDelete
  4. Alaaaaaaa.... mesti itu anak hani tapi bukan dgn jet. please lah jet, dah suruh iman tunggu kan

    ReplyDelete
  5. Alaaaaaaa.... mesti itu anak hani tapi bukan dgn jet. please lah jet, dah suruh iman tunggu kan

    ReplyDelete
  6. sambungan citer ni dari citer akil aina cinta tu ke???!!!heheee winkwink..bty best pe bro ..cayalah.

    ReplyDelete