Friday, 21 August 2015

[CERPEN] Loser

Headphone di kepala ditarik dan disangkut di leher. Ipod yang sedang memainkan lagu dimatikan. Dia bangun dari duduknya. Bahagian belakang seluarnya dikibas laju. Baru dia nak melangkah ke dewan kuliah, namanya diseru!
"Ady!"
"Kau siapa?"
"Er... hi! Saya Nina. Saya..."
"Kau nak apa sebenarnya ni? Nak cakap pun tergagap-gagap."
"Er... saya nak kasi..."
Ady menrengus, "Kau simpan ajelah apa yang kau nak cakap. Aku nak blah!" Laju dia berpaling nak berlalu. Namun si gadis menahan langkahnya!
"Eh, kejap!"
Ady menghembus nafas, "Apa lagi?"
Nina mengetap bibirnya sebelum kedua-dua tangannya menghulurkan sekeping sampul surat pada Ady, "Saya suka awak! Er... ni surat untuk awak!"
Ady jungkit kening sebelum ukir senyum sinis. Surat Nina ditarik kasar sebelum dia membelek surat itu sekilas. Tanpa sebarang kata, tangannya laju mengoyak sampul surat itu menjadi cebisan-cebisan kecil sebelum dia melemparkan cebisan itu ke wajah Nina, "Kau duduk zaman mana nak main hantar-hantar surat ni?"
Tanpa menunggu balasan Nina, dia berjalan terus tanpa berpaling ke belakang lagi.
Nina pula sudah terus tertunduk. Kolam matanya basah. Pipinya terasa hangat. Malunya bila kena tolak macam ni...


"Kau tau, dia nilah budak yang kena reject dengan Ady hari tu. Selekeh, kan? Kalau aku jadi Ady, aku pun tak nak berkenalan dengan dia!" 
Nina mengetap bibir mendengar kata-kata gadis di meja sebelahnya. Sejak kena reject dengan Ady hari tu, tiap-tiap hari orang mengata dia, tiap-tiap hari orang gelakkan dia. 
"Aah! Dalam mimpi dia ajelah kalau Ady nak berkawan dengan dia! Hahaha!" Gadis yang memakai tudung corak batik ketawa terkekek.
Nina mengeluh lantas headphone diletakkan di telinganya. Lagu Loser dendangan Big Bang berdentum kuat di telinganya. Dia kemudiannya terus hanyut dengan kerja khusus yang telah diberikan oleh pensyarahnya.
Tiba-tiba kerusi di depannya ditarik. Spontan dia mengangkat muka dan wajahnya berubah sama sekali.
"Aku duduk kat sini boleh? Meja lain dah penuh," ujar Ady sambil merenung Nina yang masih terkesima.
Nina berdehem sebelum dia menarik headphone lalu keningnya dijungkit, "Apa?"
"Aku duduk sini boleh?"
"Duduklah. Tak ada nama saya pun kat kerusi tu," ujar Nina sebelum kembali memakai headphone. Ady jungkit bahu lalu dia melabuhkan punggung di kerusi yang ditariknya tadi.
Nina pula rasa tak tentu arah, apatah lagi bila budak perempuan di meja sebelah asyik-asyik memandang ke mejanya. 
Ady tiba-tiba memetik jarinya di depan muka Nina. Nina tersentak sedikit sebelum dia menarik headphonenya, "Kenapa?"
"Kita pernah jumpa ke? Aku rasa macam pernah jumpa kau sebelum ni tapi aku tak ingat kat mana."
"Apa kata awak tanya kat budak dua orang yang dok tengok-tengok awak dari tadi? Dia orang tahu kot kat mana awak pernah jumpa saya," ujar Nina laju sebelum dia mengemas barang-barangnya. Ah, rimas aku duduk kat sini! Tanpa sebarang kata kerusi ditolak dan dia terus berlalu meninggalkan Ady yang terpinga-pinga.

Ady menyangkutkan headphone miliknya di leher. Jari-jemarinya diregangkan. Assignment sudah siap! Dia dah bebas!
"Hahaha! Kelakar siot!"
Ady kalih memandang rakan sebiliknya Helmi yang tekun menonton sesuatu di komputer ribanya, "kau tengok Running Man ke?"
"Taklah! Aku tengah tengok video kau reject budak Nina tu."
"Hah? Siapa?"
"Nina. Budak akaun yang bagi kau surat hari tu. Takkan dah lupa."
Ady mengerutkan dahinya sebelum dia mengimbas kembali peristiwa dia mengoyakkan surat biru yang diberi gadis bernama Nina. Nina? Oh, wait! "Apa maksud kau dengan video?"
"Video kau reject minah tulah. Entah siapa yang rakam, admin group Facebook kolej kita upload. Semua orang pakat share. Kelakar siot!"
Ady segera turun dari kerusi lalu dia duduk di katil Helmi. Butang PLAY di skrin ditekan dengan cursor.
Wajahnya berubah melihat gadis yang bernama Nina itu! Perempuan kat library tadi! Habis saja video itu dimainkan, dia membaca komen-komen yang memenuhi post itu. Semua komen-komen yang diberikan tiada yang positif. Semuanya negatif! "Benda ni tak kelakar dowh!"
"Apa kau ni? Kau yang reject dia, wei!"
"Memang aku reject tapi itu tak bermaksud korang boleh share sesuka hati. Yang rakam video ni pun bangang. Dia pun ada maruah, wei!"
"Dude, kau reject dia kau ada fikir pasal maruah dia ke?"
Ady terdiam. Betul! Dia pun sebenarnya sama macam budak-budak yang share, yang mengejek Nina! Sama level!
Tiba-tiba pintu bilik mereka ditolak dari luar. Wajah Zack, budak bilik sebelah terjengul di muka pintu, "Wei, jom! Ada budak nak bunuh diri kat asrama perempuan!" 
Wajah Ady dan Helmi sama berubah. Ady tak menunggu lama, dia terus berlari ke keluar dari bilik. Detik hatinya dapat merasakan Ninalah budak yang dimaksudkan oleh Zack.

"You ni Nina kan?"
Nina yang baru selesai membasuh muka kalih ke kanan, "Ya?"
"Apa perasaan you lepas kena reject dengan Ady? Hahaha!" Dengan ketawa panjang, gadis berambut panjang itu berlalu. 
Nina mengetap bibir. Satu keluhan dia lepaskan. Bekas alatan mandinya dibawa dengan tangan kanan manakala tangan kirinya memegang tuala mandi.
Sebaik saja sampai di depan biliknya, sekali lagi dia melepaskan keluhan. Di depan pintu biliknya, penuh dengan kata-kata cercaan. Saat dia menolak pintu, rakan sebiliknya, Dija merenungnya tajam, "Nina! Aku dah tak tahan kau tau! Semuanya sebab kau, dengan aku-aku terpalit sama! Dengan aku-aku kena ejek, dengan aku-aku kena kutuk!"
Nina mengetap bibir, "Aku minta maaf."
"Sudahlah! Naik penat aku dengar kau minta maaf! Dasar loser!" Ujar Dija sebelum dia mencapai tudung sarung dan kunci bilik. Dija, dengan sengaja merempuh bahu Nina penuh kegeraman.
Nina terduduk di lantai sebaik sahaja Dija keluar dari bilik. Apa salah aku dengan korang semua?
Tak menunggu lama, dia berdiri dan instant shawl yang disangkut di pintu almari dicapai. Kemudiannya dia mencapai MP4 dan headphone miliknya. I need my solace!

"Eh, Dija! Kau nampak tak tu?"
"Apa?" Dija yang sedang menghirup air mengerling pada Ipah. Geramnya masih bersisa pada Nina!
"Roommate kau kan tu?"
"Entah, tak tahu!"
"Tengoklah dulu, minah! Aku rasa dia nak bunuh dirilah, Dija!"
Dija langsung panggung muka. Wajahnya berubah serta merta. Dari kafeteria, dia dapat lihat Nina sedang duduk di atas tembok bumbung asrama. Ya Allah, Nina!

Nina pandang langit yang gelap, tiada bintang! Sama seperti hatinya kala itu. Gelap tak bercahaya. 
Butang play MP4 ditekan. Headphone pula disarung ke kepala. Lagu Loser berkumandang kuat.
Tanpa sedar air matanya mengalir. Ibu, adik dah penat! Abah, adik tak kuat! Abang, adik ni loser. Kakak, adik minta maaf!

Loser, loner
A coward who pretends to be tough
A mean delinquent
In the mirror, you’re
JUST A LOSER
A loner, a jackass covered in scars
Dirty trash
In the mirror, I’m a

Honestly, I’ve never fit in with the world
I was always alone
It’s been a long time since I’ve forgotten about love
I can’t listen to hopeful love songs anymore
You and me both
We’re just sad clowns, tamed and scripted
I’ve come too far
I’M COMING HOME
I wanna go back
To when I was young

At some point
I started looking at the ground more than the sky
It’s hard even to breathe
I hold out my hand
But no one holds it
I’m a

Loser, loner
A coward who pretends to be tough
A mean delinquent
In the mirror, you’re
JUST A LOSER
A loner, a jackass covered in scars
Dirty trash
In the mirror, I’m a

It’s a cycle of girls and mistakes
Love them for one night
And hate them when morning comes
Can’t own up to it
Because of my selfish pleasure
Everything is being ruined
Can’t stop this dangerous full speed run
Now I have no interest, no fun anymore
I’m standing alone at the edge of a cliff
I’m going home
I wanna go back
To how it was before

At some point
I’ve gotten scared of people’s eyes
I’m sick of crying so I tried smiling
But no one recognizes me
I’m a

Loser, loner
A coward who pretends to be tough
A mean delinquent
In the mirror, you’re
JUST A LOSER
A loner, a jackass covered in scars
Dirty trash
In the mirror, I’m a

I curse the blue skies
Sometimes I wanna lay it all down
I WANT TO SAY GOOD BYE
When I stop wandering at the end of this road
I hope I can close my eyes without regrets

Loser, loner
A coward who pretends to be tough
A mean delinquent
In the mirror, you’re

JUST A LOSER
A loner, a jackass covered in scars
Dirty trash
In the mirror, I’m a

LOSER
I’M A LOSER
I’M A LOSER
I’M A LOSER

Nina berdiri di atas tembok. Sempat dia memandang ke bawah. Bibirnya mengukir senyum sinis. Ramai orang di bawah sedang memandang dia. Sudah pasti mulut mereka memandang dia penuh keji dan hina! Ya, hanya mereka saja mulia dan tidak dia. 
Nina memejamkan mata. I'm a loser...
"Nina, turun!
"Nina jangan buat benda bukan-bukan!" 
"Nina!" Hampir kesemua orang menjerit memanggil Nina namun tiada respon dari Nina. Pada Nina, mereka sedang mengata dirinya, sedang mengutuk dirinya, sedang mengeji dirinya. 
Nina ukir senyum. Kalau dia mati, adakah mereka akan berhenti mengeji dirinya?

Nina buka mata. Sekali lagi dia memandang ke bawah. Kalau aku jatuh, apa yang akan aku rasa? 
Nina melepaskan nafas. Butang NEXT di MP4 ditekan. Lagu One Step Closer berdentum kuat di telinganya sebelum sekali lagi butang NEXT ditekan. Nina kemudian kembali duduk di atas tembok bumbung. Sempat dia membuka selipar jepun miliknya lalu di campak ke belakang. Kakinya dibiarkan berjuntai ke bawah.
"Nina!" Ady termengah-mengah di pintu bumbung. Penat dia berlari dari aras bawah ke aras atas sekali apabila dia nampak Nina berdiri di atas tembok tadi.
Nina yang masih tidak menyedari kehadiran Ady tiba-tiba berdiri dan menjerit! "Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarghhhhhhhhhhhhhhhhh!!!"
Ady terkejut lalu dia segera berlari ke arah Nina dan tanpa rasa ragu, dia segera menarik tangan Nina yang kelihatan seperti mahu lompat ke bawah.
Nina yang tak bersedia terus terjatuh di atas Ady! "Aduh!" Headphonenya ditanggalkan lalu disangkut ke leher.
"Kau dah gila ke, hah? Tak ada agama ke?" Tanpa mukadimah, Ady menghamburkan amarah pada Nina! Geram dengan Nina yang tak berfikir panjang.
Nina yang terkejut melihat Ady terpinga-pinga apabila dimarahi, "Awak tu yang gila! Sini asrama perempuan tahu? Gila tak tahu peraturan ke?"
"Wei, aku naik atas ni sebab kau tau tak?! Kau tu yang gila nak bunuh diri!"
"Awak ni mereng ke? Siapa yang nak bunuh diri pun? Dari bunuh diri baik saya bunuh awak! Gila!" Ujar Nina sebelum berdiri. 
"Apa maksud kau siapa yang nak bunuh diri? Kau yang nak bunuh diri tadi kan? Kau yang dok berdiri atas tembok tu! Kau yang buat semua orang risau, kau tahu?!"
"Risau? Bullshit! Risau apa kalau semua pakat keji saya? Saya bukannya bangang sangat nak mati sia-sia. Ya, saya depress but I'm not that crazy to end my life hanya sebab orang yang tak berperikemanusiaan macam awak dan kawan-kawan awak. Gila!" Tengking Nina pada Ady.
Tanpa menunggu balasan Ady, dia kalih nak berlalu namun langkahnya kaku melihat ramai orang berdiri di pintu. 
Tiba-tiba Dija berlari mendapatkan Nina, "Nina, kau okey, kan? Kau tak apa-apa kan?"
"Kenapa kau nak sibuk hal aku? Bukan kalau aku mati, hidup kau tenang ke? Tak ada dah orang nak buat hal dekat bilik kita, takkan ada orang dah nak keji-keji kau, kutuk kau, kan?"
Wajah Dija berubah.
Tanpa mempedulikan mata orang yang memandang dia, dia berlalu pergi dari kawasan bumbung.
Ady pula terduduk, melepaskan penat. Maksudnya tadi dia bukan nak bunuh dirilah? Tiba-tiba dia terpandang MP4 yang ada di tepinya. Pasti MP4 ini tertanggal sewaktu dia menarik Nina tadi.
MP4 itu dicapai. Lagu yang terpampang di skrin buat dia tergelak tiba-tiba. Orang punya risau dia nak bunuh diri, dia boleh dengar lagu dangdut! Kelakar!

"Helmi, kau kenal admin group kolej kita kat Facebook tu?"
Helmi menggosok leher sebelum dia menggeleng, "Kenal. Zacklah admin group tu."
"Zack? As in Zaki bilik sebelah?"
"Yelah. Aku tau dia admin pun sebab waktu dia upload video si Nina tu, aku ada sekali dengan dia."
Ady jungkit kening, "Dia dapat video tu dari mana?"
Helmi jungkit bahu, "Entah. Yang aku tau video tu ada dalam telefon dia."
Ady mengangguk. Dia ukir senyum jahat, "Jom ikut aku ke bilik sebelah kejap. Oh and please, bawak sekali video cam kau!"
"Nak buat apa ni?"
"Kau ada baca latest post kat group tu?"
"Ada. Yang pasal Nina tak ada agama tu?"
Ady mengangguk, "Aku nak bagi dia satu pengajaran. Cukuplah kot dia buli Nina. She has a life. Dia ada maruah. Sampai bila Zack nak buli dia?"
"First time aku tengok kau macam ni, Ady."
Ady senyum tawar, "Hidup Nina jadi tunggang-langgang sebab aku."
"Well, kau reject dia tu hak kau. Hal tu antara kau dengan Nina. Yang jadikan benda ni viral yang teruk. Dan aku antara orang yang teruk tu." Helmi tersenyum tawar, "Kalau betullah Nina bunuh diri semalam, aku rasa satu kolej deserve to be punished. Tapi Alhamdulillah, dia tak buat benda sia-sia macam tu."
"So. kau nak ikut aku ke tak?"
Helmi capai video cam miliknya lalu keningnya dijungkit, "Jomlah!"
Ady ukir senyum lebar!

Nina menggeledah sweater miliknya. Mencari MP4 yang hilang entah ke mana. Dia kemudiannya menyelongkar almari pakaiannya. Setiap inci ruang di dalam almari itu dicari.
Dia rasa dia tertinggal MP4 itu dekat bumbung tapi sejak kes kononnya dia nak bunuh diri, pintu bumbung terus ditutup dan dikunci.
"Kau cari apa, Nina?" Tanya Dija yang baru selesai solat.
Nina menggeleng saja. Mulutnya masih berat nak berbicara dengan Dija. Dia kemudiannya mencapai tudung sarung berwarna hitam miliknya lalu dia memandang Dija, "Aku nak pergi kafe. Kau nak pesan apa-apa ke?"
Dija menggeleng. Walaupun Nina bertanya, dia dapat rasakan pertanyaan Nina itu hanya ajak-ajak ayam, sekadar untuk berbahasa kata orang.
Nina mengangguk sebelum keluar dari biliknya. Pintu bilik ditarik laju. Baru dia nak melangkah, tiba-tiba ada dua tiga orang pelajar perempuan menghalang langkahnya dan salah seorang daripada mereka adalah orang yang mentertawakan Nina di tandas tempoh hari.
"Boleh kita cakap sekejap?"
"Sorry, tak boleh. Saya ada hal lain."
"Nina, please."
"Awak semua nak apa? Tak cukup kutuk saya kat belakang? Ni nak kutuk depan-depan pulak?"
"Tak, Nina. You dah salah faham."
"Here's the thing. Saya kena reject. Okay, I'm totally fine with it. Masalahnya sekarang, saya kena reject kenapa awak semua yang butthurt? Ady tu boyfriend awak semua ke?"
"Kami..."
"Save your words. I don't want to know anything," ujar Nina sebelum berlalu. Dah mengata habis-habisan, hari ni nak buat baik. Sorrylah kalau nak aku layan baik-baik.

Nina berjalan tenang menuju ke kafeteria. Sepanjang perjalanan ke kafe, terdapat beberapa orang manusia yang memerhatikan dia.
Semalam, lepas kes konon dia nak bunuh diri tu, timbul pula isu di group kolej di Facebook kononnya dia nak buat benda bodoh hanya sebab putus cinta. Kalau dia jumpalah admin group tu... memang nak kenalah!
Sampai dia di kafeteria, hampir saja dia menukar haluan ke tempat lain bila dia nampak Ady dan kawannya sedang berjalan ke arah dia. Namun dia berpura-pura tidak nampak Ady. Chill, Nina! Kau kuat!
Saat dia berselisih dengan Ady sempat dia mengerling Ady yang sedang bersembang dengan kawannya. Nampak sangat Ady tak nampak dia. Nina, kenapa nak perhatian dia lagi? Ish!
"Nina!"
Langkah Nina terhenti. Nak kalih ke tak? Tapi kau dah berhenti, Nina! Perlahan-lahan dia berpaling, "Apa?"
Ady mendekati Nina sebelum dia menyeluk poket seluarnya, "Kau tinggal benda ni kat atas hari tu!"
Wajah Nina berubah sedikit dan di saat MP4 miliknya dihulur oleh Ady, cepat-cepat tangannya mencapai MP4 itu.
"Tak payah gelabah sangat. Aku dah tengok semua lagu kau!" Ady jungkit kening.
Nina buat muka. Yang nak buat gaya ramah terlebih ni kenapa. Baru dia nak berpaling sempat dia menangkap suara Ady berkata sesuatu.
"Pardon?"
"Kau tahu, bila orang dah buat baik dengan kita, paling-paling kurang cakaplah terima kasih dekat orang tu."
"Okey. Thanks!" Ujar Nina senafas sebelum berlalu.
Helmi tepuk bahu Ady, "Mangai garang minah tu. Dulu lembut je, senyap, tak bercakap banyak pun."
"Wei, kau telefon Zack suruh turun kafe sekarang. Aku nak dia minta maaf dekat Nina depan-depan."
Helmi mengangguk, "Okey!"
Ady menghela nafas sambil memerhatikan wajah Nina yang ketat. Dia letak dinding di sekeliling dirinya sebab dia tak nak dibuli lagi.
"Husnina..."
Nina yang baru selesai membuat pembayaran mee goreng basah memandang lelaki yang berdiri di sebelahnya. Keningnya dijungkit, "Kenapa Zack?"
"Aku... er... aku..."
Nina mengerutkan dahi. Pelik dia dengan Zack ni. Nasib baik dia kenal Zack dah lama.
"Aku..." Zack garu kepala, "Aku..."
Tiba-tiba ada tangan memeluk bahu Zack, "Sejak kau bila gagap, Zack?"
Nina pandang Ady yang tenang merenung wajah Zack. Kenapa dengan dia orang ni? 
"Zack, kalau kau nak cakap apa-apa baik kau cakap sekarang. Aku nak naik dah ni!"
"Er..."
Ady mencekak bahu Zack, "Baik kau buat sekarang, kalau tak video kau tadi aku upload kat Facebook dan aku mintak semua orang viralkan."
Zack menghela nafas sebelum memandang Nina, "Nina, aku orang yang rakam video kau kena reject dengan Ady dan aku jugak yang upload video tu masuk Facebook."
Wajah Nina berubah, "Aku ni bukan kawan kau ke Zack?"
"Aku minta maaf, Nina. Aku..."
Tak sempat Zack nak habiskan kata-katanya, Nina membuka bekas polisterin yang mengandungi mee goreng basah miliknya sebelum mee itu dituang ke atas kepala Zack!
"Aku tau tak baik buat makanan macam tu tapi aku rasa selera aku dah mati tengok muka kau! Kau patut bersyukur yang mee goreng ni tak sepanas hati aku sekarang kalau tak, mungkin muka kau dah melecur aku buat!"
Ady yang sudah melepaskan bahu Zack. Dia sendiri terkejut bila Nina menuang mee goreng itu di atas kepala Zack!
"Apa perasaan kau sekarang dimalukan depan orang ramai? Oh tak, ni tak cukup memalukan lagi Zack. Seminggu hidup aku macam pesalah jenayah berat sebab kau! Semua orang hina aku! Semua orang keji aku! Semua sebab kau! Kalau kau fikir aku akan maafkan kau, kau boleh jalan." Ujar Nina, tanpa nada. "Kau dengan orang yang dok mengata aku sebab aku luahkan perasaan aku dekat Ady boleh pergi terjun kolam dekat library tu! Sekurang-kurangnya aku berani luahkan perasaan aku, korang? Cuma berani menyorok di balik skrin dan keyboard. Sekadar menjadi seorang keyboard warrior yang bajet bagus dalam segala hal!"
Wajah Zack berubah, "Nina..."
Nina kemudiannya terus berlalu meninggalkan kafeteria. Rata-rata pelajar di kafeteria memandang Zack dan Nina silih berganti sambil berbisik sesama mereka. 
Ady pula menepuk bahu Zack berkali-kali sebelum dia berlalu meninggalkan Zack yang masih terkaku di depan kedai menjual makanan goreng panas.

"Dude, video Zack ni nak delete ke? Aku tengok banyak kali pun rasa geli dowh!" Ujar Helmi sambil matanya masih menonton video Zack yang mereka rakam secara curi-curi.
"Jangan delete lagi. Benda ni benda best kot!" Ujar Ady sambil menaip nama penuh Nina di kotak pencarian. Husnina Alya.
Saat Facebook Nina terpampang di skrin komputer ribanya, butang Add Friend ditekan laju. Selepas itu, dia mula menyelongkar laman 'muka buku' milik Nina itu dengan tekun.
Status yang ditulis dua jam lepas dibaca sebelum dia menggeleng kepala
'Lebih baik ada musuh yang membenci dari mempunyai seorang kawan yang kononnya menyokong tetapi menyorokkan pisau, bersedia untuk menikam."- (Husnina Alya, 2015).
Status yang seterusnya dibaca. Status yang ditulis pada malam kononnya Nina nak bunuh diri!

At some point
I started looking at the ground more than the sky
It’s hard even to breathe
I hold out my hand
But no one holds it
Loser, Big Bang (2015)

Satu keluhan Ady lepaskan. Dia capai headphonenya lalu diletakkan di atas kepalanya. Ipod ditekan lalu lagu yang dicuri dari MP4 Nina dipasang. Lagu Loser berkumandang perlahan di telinganya. Walau sepatah haram dia tak faham apa yang didendangkan namun entah kenapa dia terasa sedih. Seperti dia dapat faham perasaan Nina.

Seminggu berlalu. Video Nina yang viral sudah dipadamkan oleh pihak admin. Status yang menuduh Nina tidak punya agama juga sudah dipadamkan. Nina dan Dija pun dah berbaik semula. Dija meminta maaf kerana tidak memikirkan perasaan Nina sebaliknya hanya mementingkan diri. Semuanya menjadi normal dan Nina kembali menjadi dirinya yang lama.
"Nak ikut kami pergi library tak?"
Nina menggeleng dengan pelawaan rakan sekelasnya, "Aku nak baliklah. Nak kemas baju. Malam ni aku nak balik kampung."
"Kenapa nak balik kampung?"
"Saja. Lagipun abah aku tak sihat. Aku cadang nak baliklah weekend ni.."
Rakan-rakannya mengangguk sebelum mereka berpamitan. Nina kemudiannya berjalan menuju ke bangunan asrama. Headphone di dalam beg dibawa keluar sebelum disarung ke telinga. Lagu Let's Not Fall In Love berkumandang di telinganya. Sambil dia berjalan, dia memandang ke kiri dan kanan, melihat pemandangan di sekitar kampus kolej.
Tiba-tiba dia dirempuh dari depan. Fail dan buku yang dipegang terjatuh terus dari pegangannya. Headphone yang tersarung di kepala ditarik sebelum dia tunduk mengutip fail dan bukunya,"Eh! Saya minta maaf! Saya jalan tak tengok depan."
"Cuba jangan asyik nak salahkan diri sendiri. Aku yang langgar kau, aku yang kena minta maaf!" Orang yang merempuh Nina bersuara sambil turut menunduk, membantu Nina mengangkat failnya.
Nina angkat wajah dan dia terkesima dua saat. Kenapa sejak akhir-akhir ni mesti kami bertembung? Fail yang dihulur Ady diambil, "Thanks." Ucap Nina sepatah sebelum berlalu.
"Nina!"
Nina berpaling memandang Ady, "Do you have time? Aku nak tunjuk something dekat kau."
"Er... saya..."
"Kejap aje. Tak sampai sepuluh minit pun."
Nina mengangguk akhirnya, "Kita pergi dekat tempat orang ramai, boleh?"
"Memang aku nak ajak kau pergi tempat ramai orang pun," ujar Ady sebelum melangkah menuju kafe di bangunan Fakulti Sains dan Teknologi.

Seminit...
Dua minit...
Masuk minit ketiga, Nina terus berdiri, "Saya tak ada masa tau nak duduk kat sini dengan awak pandang saya, saya pandang awak."
"Eh! Kejap kejap! Duduk dulu! Sorry... sorry..." Ady menggaru kepalanya. Alahai. Awkwardnya! 
"Apa yang awak nak tunjuk?"
Ady mengeluarkan telefon pintarnya sebelum sebuah video dibuka dari galerinya, "Nah!"
Nina mencapai telefon Ady dan baru saja dia nak tekan butang PLAY, Ady tiba-tiba bersuara, "Eh, kejap! Better pakai ni!" Ujar Ady sebelum dia dengan selamba menyarungkan headphone ke kepala Nina sebelum mencucuk wayar penyambung di telefon pintarnya.
Nina terpaku sejenak sebelum membetulkan letak headphone di telingannya. Butang PLAY ditekan dan pada saat kedua, dia tak dapat menahan tawanya dari meletus! Ya Allah, benda apa Ady bagi aku tengok ni? Ya Allah... maafkanlah aku!
Tak sampai separuh video, dia tekan butang STOP. Headphone ditanggalkan dari kepala, "Apa benda yang awak rakam ni?"
"Ingat hari yang Zack kena simbah dengan mee goreng kau tu?"
Nina mengangguk, "Kenapa?"
"Aku dengan Helmi rakam benda ni dan ugut dia supaya mengaku pasal dia rakam dan viralkan video kau kena reject dengan aku."
Nina terlopong, "Oh, okey! Kenapa awak tunjuk dekat saya?"
Ady tersenyum sikit, "Aku nak mintak pendapat kau, patut ke aku viralkan video ni?"
Nina laju menggeleng! "Eh, jangan. Kesian dia. Saya dah rasa macam mana dibuli, saya tak nak dia pun rasa apa yang saya rasa."
"Okey, then!" Ady angkat bahu sebelum dia memandang Nina, "Nina, aku minta maaf pasal aku reject kau tu."
Nina senyum segaris, "Oh, not a big deal cuma benda jadi teruk sebab video tu je."
"Tapi sepatutnya aku cakap elok-elok dengan kau kan?"
"Ala, benda dah lepas pun. Tak payah ungkitlah."
"Aku cuma takut nak rapat dengan perempuan. Aku ada pengalaman pahit dengan perempuan, so aku takut nak rapat dengan mana-mana perempuan."
"Tak apa. Saya faham." Ujar Nina laju. Dia tak nak dengar dah apa yang Ady nak cakap, "Saya kena pergi ni."
"Kejap!" Ady menahan. "Aku ada benda lagi nak cakap ni."
"Apa benda lagi?"
"Aku rasa..." Ady garu kepala sikit sebelum memandang Nina sekilas, "Aku rasa nak berkawan dengan kau."
"Hah?"
"Kau nak kawan tak dengan aku?"
"Gila! Awak ni gila, tahu?"
Ady sudah mengerutkan dahinya. "Apa yang gilanya?"
"Malas nak layan awak."
"Kalau kau tak nak kawan dengan aku..." Ady ukir senyum jahat, "Aku viralkan video Zack."
"Eh! Apa kena mengena pulak video Zack dengan saya?"
"So, kau nak kawan dengan aku ke tak?"
Nina buat muka, "Suka hati awaklah!"
Ady ketawa, "Langkah pertama untuk aku jadi kawan kau adalah dengan kau approve aku dekat Facebook. Punya lama aku tunggu kau approve aku."
"Tengoklah kalau saya rajin buka Facebook," ujar Nina selamba sebelum berlalu.
Ady yang ditinggalkan ketawa perlahan. Tiba-tiba satu notification dari Facebook keluar di telefon pintarnya.
Notification itu dibaca dan Ady terus tersenyum lebar.
Husnina Alya has approved your friend request. You can now post on Husnina Alya's wall.
Nama Facebook Nina ditekan sebelum dia menaip sesuatu di wall post Nina.
'Hai kawan!"
Tak sampai seminit, satu notification masuk. Bibir Ady mengukir senyuman lebar membaca komen dari Nina.
'Gila!'

Semester akhir di kolej (Setahun selepas kes viral)
"Nina, aku ada benda nak bagitahu ni." Ady menarik beg sandang Nina, menghalang Nina dari melangkah.
Nina yang sudah bersedia nak masuk ke dalam bas kalih memandang Ady, "Ala, awak telefon sayalah kejap lagi. Saya nak kena naik dah ni. By the way, thanks Ady sebab tolong hantar saya dengan kawan-kawan saya ke stesen bas ni."
Tak sempat Ady nak menghalang. Nina sudah masuk ke dalam bas dan segera mencari tempat duduknya.
Baru saja Nina menjatuhkan tempat duduknya ke belakang, telefon pintarnya bergetar di dalam poket seluar jeans yang dipakainya. Laju dia mencapai telefon itu. Skrin telefon itu dipandang sekilas lalu dia menggeleng perlahan, "Hello, Ady!"
"Nina, aku tahu ni semua terlalu mengejut tapi..." Ady berhenti seketika sebelum dia menghela nafas panjang, "Nina, jom kahwin?"
Nina di dalam bas laju memandang ke luar tingkap. Ady berdiri tegak memandang dia dengan penuh harapan.
"Gila!" Hanya itu yang keluar dari mulut Nina sebelum dia menggeleng laju. Entah kenapa dia rasa sebak tiba-tiba, "Ady... kita kawan kan?"
"Nina, aku serius."
Nina gigit bibir, "Maaf... saya tak boleh."
"Kenapa?"
"Ady... saya mengaku, saya suka awak tapi... saya perlu masa."
"Nina..."
"Let's not fall in love, Ady. Dengar lagu tu. Awak akan faham maksud saya."
"Nina..."
"Saya harap, kita masih boleh stay macam ni. Berkawan baik. Saya sayang awak, Ady tapi biarlah hanya sebagai kawan." Ujar Nina sebelum mematikan talian. Serentak dengan itu, bas yang membawa Nina terus berlalu. Laju meluncur, membelah malam. 
Ady yang berdiri kaku hanya mampu tersenyum nipis. Macam ni rupanya rasa sakit bila ditolak orang yang kita suka.
Nina di dalam bas terus menangis. Ady, saya minta maaf tapi saya masih takut. Saya takut kalau awak cuma kesiankan saya. Andai ada jodoh kita... insyaAllah kita akan bersama.
Ady menyarung headphone ke telinganya sebelum lagu Let's Not Fall In Love dipasang. Dia kemudiannya berjalan, meninggalkan stesen bas yang menyaksikan dia ditolak. Lagu yang berkumandang itu buat bibirnya mengukir senyum tawar. Setiap isi lirik yang dinyanyikan oleh kumpulan Big Bang sudah dihafal. Sejak dia berkawan dengan Nina, apa saja kesukaan NIna menjadi kesukaan dia. Dan antara kesukaan Nina adalah lagu ini yang turut disukai oleh dirinya...
Let’s not fall in love, we don’t know each other very well yet
Actually, I’m a little scared, I’m sorry
Let’s not make promises, you never know when tomorrow comes
But I really mean it when I say I like you
Don’t ask me anything
I can’t give you an answer
We’re so happy as we are right now
Don’t try to have me
Let’s just stay like this
You’re making it more painful, why?
Goodbyes after our frequent meet-ups
Repetition of broken hearts
I can’t find a purpose in these foolish feelings
A mistake with the mask of love
All the feelings are the same now
But in this moment, I want you to stay
Let’s not fall in love, we don’t know each other very well yet
Actually, I’m a little scared, I’m sorry
Let’s not make promises, you never know when tomorrow comes
But I really mean it when I say I like you
Don’t smile at me
If I get attached to you, I’ll get sad
I’m afraid that pretty smile will turn into tears
Don’t try to trap us
In the word, love
Because it’s a greed that can’t be filled
At first, it was half excitement, half worries
But in the end, it became an obligation, trial and error
Day by day, I get nervous, your innocence is too much pressure on me
But tonight, I want you to stay
Don’t expect too much from me
I don’t wanna lose you either
Before things get too deep, before you get hurt
Don’t trust me
You always call me
A selfish bastard
Let’s not fall in love, we don’t know each other very well yet
Actually, I’m a little scared, I’m sorry
Let’s not make promises, you never know when tomorrow comes
But I really mean it when I say I like you

Setahun berlalu.
"Adik, kemas ruang tamu sikit tau. Kawan abang nak datang petang ni," arahan Haris tengahari tadi akhirnya diselesaikan dengan kalut-kalut sebaik saja dia pulang dari sesi temuduga di sebuah syarikan perakaunan tadi,
"Kawan abang yang mana nak datang, ibu?"
"Entahlah. Kawan sepejabat dia kot. Adalah rancangan abang kamu tu."
"Rancangan apa?"
"Eh, banyak tanya pula adik hari ni! Dah, pergi buat air. Pukul 6.00 karang sampailah abang kamu tu."
Nina tarik muka namun tetap dia turuti arahan ibunya untuk membuat air.
"Hah, adik. Interview kerja pagi tadi macam mana?"
"Entahlah, bu. Adik rasa adik nak jadi cikgu sekolah ajelah. Penatlah. Asyik pergi temuduga tapi dapatnya tak pernah."
"Hish, apa cakap macam tu? Itu maksudnya bukan rezeki adik. InsyaAllah nanti adalah tu rezeki adik. Allah nak uji adik aje ni."
Nina mengangguk saja. Kalau menjawab lagi, ada lagi ceramah ibunya keluar nanti.
"Assalamualaikum..."
Suara Haris memberi salam buat Nina terkocoh-kocoh menyarung tudung ke kepalanya.
"Adik pergi buka pintu," arah Puan Laila pada Nina.
Nina menurut saja arahan ibunya. Laju dia berjalan ke pintu depan. Dia menarik nafas seketika sebelum pintu itu dibuka, "Waalaikumusalam. Awal balik!"
"Eh, suka hati abanglah! Ibu mana?"
"Dapur." Jawab Nina sambil menjenguk pada tiga orang tetamu abangnya. Ketiga-tiga mereka saling berbual dan membelakangi abangnya.
Haris kalih ke belakang, "Wei, masuk rumah dulu. Karang sambung sembang."
Saat salah seorang daripada mereka berpaling. Wajah Nina berubah. Ady!
"Adik kau ke Haris?" Tanya salah seorang daripada mereka pada Haris.
"Aah. Adik aku yang last. Yang paling manja dan cengeng!" Ejek Haris pada Nina.
Nina yang masih terkaku pada Ady yang berdiri tegak di belakang abangnya, tidak membalas usikan abangnya itu. Wajah itu, masih sama seperti setahun lalu.
"Husnina Alya!" Haris menepuk bahu Nina kuat.
Nina tersentak, "Eh, adik nak pergi tolong ibu!" Ujarnya lalu sebelum berlalu masuk ke dapur.
Haris yang pelik dengan perangai adiknya kalih memandang Ady, "Bro, aku rasa dia ingat kau!"
Ady ukir senyum tawar. Ya, dia masih ingat aku!
"Jemputlah makan. Ada cekodok aje ni."
Helmi ukir senyum, "Eh, cekodok ni pun lebih dari cukup makcik!"
Puan Laila ketawa kecil, "Abang siapa nama kawan-kawan abang ni? Faiz ni ibu kenal dah. Yang lain-lain ni siapa?"
"Yang pakai cermin mata ni Helmi. Yang hujung sana Ady, bakal menantu ibu."
"Hah?" 
Ady yang sedang meneguk air terus tersedak! Uhuk! "Makcik, jangan percaya cakap Haris ni."
Helmi dan Faiz sudah bantai ketawa. Wajah Ady kala itu sungguh lucu pada pandangan mereka!
Puan Laila ketawa, "Kalau betul, apa salahnya. Tapi anak dara mak cik ada dua orang. Nak yang mana satu?"
"Eh, mestilah yang bongsu, ibu!" Haris sudah ketawa terbahak-bahak.
"Oh, yang bongsu? Kejap ye?" Puan Laila sudah tersenyum mengusik, "Adik, tak siap lagi ke goreng kuihnya?"
Nina yang mendengar namanya dipanggil, kalut memasukkan karipap yang digoreng tadi ke dalam pinggan. Selesai saja tugas itu, dia dengan penuh berhati-hati menatang pinggan itu ke ruang tamu.
Puan Laila memandang Ady yang tekun memandang Nina, "Ni anak bongsu makcik. Single lagi. Nak berkenalan ke?"
Nina yang baru letak pinggan berisi karipap itu ke atas meja menyiku ibunya, "Ibuuuuuuuu..."
"Tak payah berkenalan dah makcik. Saya kenal anak bongsu makcik ni. Saya kenal Nina lagi awal dari saya kenal Haris."
Nina terus angkat muka memandang Ady sebaik saja Ady selesai bersuara.

"Kenapa kau buat-buat tak kenal aku?"
Nina tunduk memandang rumput. Lepas Ady buat pengakuan berani mati tadi, tiba-tiba saja Ady mengajaknya berbual di luar rumah. Siap minta kebenaran abang dan ibu lagi.
"Awak pun buat tak kenal saya."
"Sebab kau yang buat tak kenal aku dulu."
"Mana ada. Lagipun, setahun awak senyap. Kekok kot kalau tiba-tiba saya nak terkinja-kinja tegur awak."
Ady senyum sinis, "Aku pun kekok nak tegur kau lepas kau tolak aku setahun lepas."
"Ady..."
"Kenapa kau takut, Nina?"
"Ady..."
"Kenapa kau perlu takut? Kau tahu yang aku serius malam tu. Kau tahu yang aku sayangkan kau."
"Ady, please cerita benda lain! Saya tak sedia nak cerita benda-benda macam ni."
Ady mengeluh, "Setahun, Nina! Setahun aku bagi masa untuk kau bersedia. Aku tak contact kau sebab aku nak kau belajar rindukan aku, macam aku rindukan kau. Yeah, memang sangat klise ayat aku tapi aku nak kau belajar rindukan aku supaya kau lebih kenal hati kau. Berapa tahun lagi aku perlu beri kau masa untuk kau terima aku? Berapa tahun lagi baru kau bersedia nak bercerita tentang hati dan perasaan dengan aku?"
Nina tunduk. Matanya terasa panas, "Saya... saya takut awak cuma nak saya sebab awak kesiankan saya, Ady."
"Kenapa aku kesiankan kau pulak? Aku ikhlas nak berkawan dengan kau dulu dan aku ikhlas nak berkahwin dengan kau."
Nina senyap tak bersuara.
"Nina, setahun aku tunggu kau! Aku boleh tunggu kau sampai bila-bila tapi aku tak pasti kau akan beri jawapan yang aku mahukan."
Nina menekup wajahnya. Dia sayangkan Ady. Dia rindukan Ady, "I don't have a job. I'm weird. Saya cengeng, ada masa saya akan menjerit tanpa sebab, ada masa saya akan menari tiba-tiba, ada masa saya akan ketawa sampai keluar air mata. Sometimes I think I'm a loser or maybe I am a loser. Sometimes I will sing sad songs while laughing. Sometimes saya makan banyak, kadang-kadang saya tak ada selera nak makan. I have many flaws. Kenapa awak nak kahwin dengan saya?"
Ady senyum, "Because I love you, loser."
Nina angkat muka memandang Ady. Pipinya yang basah dikesat kasar, "Saya banyak kekurangan."
"Aku pun tak sempurna mana."
"Saya pemalu"
"Aku tak tahu malu."
"Saya tak suka cerita melayu."
"Aku pun tak suka."
"Saya suka Big Bang."
Ady senyum, "Aku pun suka Big Bang tapi tak adalah sampai tahap nak menari macam Zack."
Nina ketawa! "Tak baik."
"Nina, next week aku datang ya? Aku bawak family aku ya?"
Nina kesat air matanya bersisa, "Pergi tanya ibu dan abang dulu."
Ady akhirnya mengukir senyum lebar. Alhamdulillah!

"Hahahahaha!" Tawa meletus kuat di ruang tamu rumah dua tingkat itu.
"Kenapa simpan lagi benda ni?"
"Benda kelakar kot!" 
"Awak tak ada sebar dekat sesiapa kan?"
"Awak... awak... cuba panggil abang. Kahwin dah dekat sebulan dah."
"Manaaaaaaaaaaaaaaaaa.... baru dua puluh empat hari kahwin," ujar Nina sambil ketawa.
Ady menggeleng sebelum menarik hidung Nina yang masih ketawa, "Menjawab."
"Tak sangka kan?"
"Apa yang tak sangka?"
"Kita dah kahwin," ucap Nina sebelum menyandarkan kepalanya pada dada Ady, "Dulu lepas awak... eh, abang reject Nina, Nina tak pernah letak harapan apa-apa dah dekat abang. Time abang nak berkawan dengan Nina tu pun, Nina dah pesan kat diri Nina jangan letak harapan tinggi. Nina takut Nina kecewa kali kedua. Bila abang ajak Nina kahwin mula-mula tu, Nina rasa takut... takut abang cuma kesiankan Nina."
"Apa yang kesiannya? Abang sayang Nina sepenuh hati abang, tahu?" Ady peluk bahu Nina erat,
"Ada hikmah abang reject Nina dulu."
"Hah?" Nina bangkit tiba-tiba. Dia menjegilkan matanya pada Ady.
"Cuba dengar dulu abang nak cakap apa..." ujar Ady sambil menarik pipi Nina.
Nina tarik muka namun dia kembali bersandar pada dada Ady.
Ady menghela nafas sebelum kembali bersuara, "Kalaulah abang reject Nina baik-baik, mesti Zack tak akan rakam video. So abang mungkin takkan berpeluang nak kenal Nina. Kalau kes Nina tak jadi viral, mungkin abang takkan dapat berkawan dengan Nina dulu. Mungkin abang jadi mamat bodoh sombong sampai bila-bila."
Nina ketawa! "Amboi, mengakulah dulu awak tu bodoh sombong?"
"Eh, at least bukan loser macam awak tu!" Ady jungkit-jungkit kening pada Nina.
"Eh, loser-loser kita ni, ada orang tu merayu-rayu suruh kita kahwin dengan dia. Lepas tu buat ayat sedih, konon dah setahun tunggu kitalah apalah! Kalau ikut hati, memang tak naklah dengan orang yang dah pernah reject kita tapi sebab kesian kan..."
"Amboi...!" 
Nina ketawa, "So siapa loser sekarang? Abang ke Nina?"
"Yelah! Abanglah loser."
Nina ketawa sebelum dia memeluk pinggang Ady, "Takpa. Loser di hati Nina! Hahaha!"
"I'm glad Zack rakam video kita dulu."
Nina tersenyum sebelum mengeratkan pelukannya. I'm glad abang sentiasa tunggu Nina.



TAMAT :)




14 comments:

  1. Bestttt..nk smbgn lily dn iman.. huhu

    ReplyDelete
  2. cerita yang bestt... kalau kak sue jadi nina pun akan fikir berkali-kali kalau org yg pernah reject kita nak jadi kawan lepas tu ajak kahwin... kita akan fikir yg sebab kasihan sahaja..

    ReplyDelete
  3. Thumb up! Teruskan berkarya ya Najwa

    ReplyDelete
  4. HAI VIP ! dammmmnn , ada jugak writer yg minat bb .. smbil baca cerpen ni smbil dgr lagu bb , smbil snyum2 . wkakakkakaka !!! syokkk !!

    ReplyDelete
  5. helloo V.I.P...huaaa minat bb kerkk? same goes with me! cerpen ni best!lg best ade lgu bb tu..hehe

    ReplyDelete
  6. ni memang betul Allah terbalikkan hati dia...huhuhu...best3 cerita ni!! :D

    ReplyDelete
  7. Hehe..minat bb jgk ke kak najwa? Best cerita ni..thumbs up..lagi best sbb ada lagu bb..acah acah feeling sedih gitu...huhu..

    ReplyDelete